1 00:00:08,717 --> 00:00:10,552 {\an8}Dinosaur menguasai dunia... 2 00:00:10,552 --> 00:00:12,179 {\an8}DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 3 00:00:12,179 --> 00:00:14,806 {\an8}...selama lebih 150 juta tahun. 4 00:00:15,682 --> 00:00:18,727 Ia menduduki hampir setiap sudut dunia ini 5 00:00:19,311 --> 00:00:23,148 dan wujud hampir dalam pelbagai bentuk dan saiz. 6 00:00:24,358 --> 00:00:27,402 Ada yang amat luar biasa. 7 00:00:30,822 --> 00:00:34,535 Kini kita tahu T. rex perenang yang hebat, 8 00:00:36,787 --> 00:00:40,082 Velociraptor pemburu berbulu yang licik 9 00:00:42,000 --> 00:00:45,963 dan sesetengah dinosaur mempunyai kelakuan yang amat aneh. 10 00:00:48,841 --> 00:00:52,594 Tapi hampir setiap hari penemuan terbaharu diketahui 11 00:00:52,594 --> 00:00:57,641 yang menjelaskan lagi tentang kehidupan di dunia ini, 66 juta tahun lalu. 12 00:01:02,604 --> 00:01:05,482 Dalam Prehistoric Planet kali ini, 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,026 kami paparkan haiwan baharu... 14 00:01:09,403 --> 00:01:13,740 dan pengetahuan baharu tentang cara ia mencari pasangan, 15 00:01:15,576 --> 00:01:18,203 cabaran yang dihadapi untuk menjaga keluarga... 16 00:01:19,496 --> 00:01:21,415 dan pertempuran hebatnya. 17 00:01:29,506 --> 00:01:33,969 Saksikan zaman alam semula jadi memperlihatkan keajaibannya. 18 00:01:37,514 --> 00:01:41,727 Ini Prehistoric Planet 2. 19 00:01:55,991 --> 00:02:01,163 PULAU 20 00:02:02,456 --> 00:02:07,836 Muara sungai di selatan Eropah, 66 juta tahun lalu. 21 00:02:11,507 --> 00:02:16,970 Selepas ribut tropika reda, puing-puing hanyut ke hilir. 22 00:02:22,809 --> 00:02:28,065 Antara puing itu, terdapat "rakit" tumbuhan yang tercabut. 23 00:02:31,235 --> 00:02:35,948 Bagi pterosaur yang kepenatan, ia boleh dijadikan tempat untuk berehat... 24 00:02:42,287 --> 00:02:44,540 tapi tak selamat. 25 00:03:05,769 --> 00:03:09,231 Seekor mosasaur besar, pemburu buas dalam air, 26 00:03:09,731 --> 00:03:11,775 sedang mencari makanan mudah. 27 00:03:16,822 --> 00:03:21,535 Seperti dinosaur kecil ini, Zalmoxes. 28 00:03:27,332 --> 00:03:29,501 Bahaya jika tunggu di situ. 29 00:03:31,253 --> 00:03:34,715 Ia perlukan rakit lebih besar cepat. 30 00:03:41,597 --> 00:03:43,849 Ia terpaksa berenang. 31 00:04:12,586 --> 00:04:14,630 Ia bukan yang pertama sampai. 32 00:04:20,219 --> 00:04:21,553 Seekor pendatang lain. 33 00:04:22,763 --> 00:04:24,139 Betina. 34 00:04:29,978 --> 00:04:32,356 Rakit hanyut ke laut. 35 00:04:45,827 --> 00:04:48,914 Kadangkala, pendatang yang menggunakan rakit seperti ini 36 00:04:49,706 --> 00:04:53,252 terdampar di pantai pulau terpencil. 37 00:04:57,548 --> 00:05:02,010 Jika bernasib baik, kedua pasangan ini boleh jadi perintis. 38 00:05:14,106 --> 00:05:20,153 Kedua-duanya boleh wujudkan populasi baharu yang akan menjadi spesies baharu... 39 00:05:25,409 --> 00:05:27,286 yang tak pernah dilihat sebelum ini. 40 00:05:35,002 --> 00:05:37,629 Lebih lama sesebuah pulau itu terasing, 41 00:05:38,463 --> 00:05:41,758 lebih pelbagai haiwan yang menetap di situ. 42 00:05:45,095 --> 00:05:47,556 Pulau-pulau kecil di selatan Eropah ini 43 00:05:48,182 --> 00:05:52,853 ialah habitat bagi hadrosaur yang aneh dan agak pemalu. 44 00:05:59,943 --> 00:06:05,949 Hadrosauryang sedang memakan anak pokok pain ini ialah Tethyshadros. 45 00:06:25,844 --> 00:06:29,431 Saiznya lebih kecil daripada dinosaur sejenisnya di tanah besar, 46 00:06:30,098 --> 00:06:33,143 dan tingginya sama seperti manusia. 47 00:06:40,108 --> 00:06:44,780 Dengan paruh unik yang bergerigi, ia boleh meragut tumbuhan keras. 48 00:06:54,164 --> 00:06:58,460 Pemburu seperti T. rex tak pernah sampai ke pulau kecil ini, 49 00:06:59,711 --> 00:07:03,674 jadi tempat ini sepatutnya selamat buat si ibu membesarkan anaknya. 50 00:07:11,598 --> 00:07:14,226 Tapi ternyata meleset. 51 00:07:48,260 --> 00:07:49,970 Hatzegopteryx. 52 00:07:54,099 --> 00:07:56,560 Pterosaur pemangsa yang besar. 53 00:08:00,647 --> 00:08:05,360 Ia hanya mampu bersembunyi di bawah kanopi pokok yang lebih tinggi. 54 00:08:16,121 --> 00:08:19,708 Anak-anak kecil ini ditinggalkan di celahan anak pokok. 55 00:08:24,755 --> 00:08:26,965 Si ibu dan anak terpisah. 56 00:08:38,852 --> 00:08:42,397 Hatzegopteryx pterosaur yang sangat bijak. 57 00:08:44,691 --> 00:08:48,987 Memandangkan elemen kejutan sudah hilang, ia ubah cara. 58 00:08:51,782 --> 00:08:53,575 Dengan berpecah ke serata cerang, 59 00:08:53,575 --> 00:08:56,828 ia cuba mengumpan keluar mana-mana mangsa yang mungkin ada di situ. 60 00:09:05,712 --> 00:09:09,550 Si anak akan selamat jika ia kekal di situ... 61 00:09:15,597 --> 00:09:18,642 dan tidak lari. 62 00:09:51,967 --> 00:09:55,137 Dua ekor anak ini bernasib baik dapat kembali ke pangkuan ibu. 63 00:10:09,193 --> 00:10:14,239 Pterosaur yang suka melawat pulau mencuba nasib di tempat lain. 64 00:10:27,169 --> 00:10:29,963 Hadrosaur boleh sambung makan. 65 00:10:43,060 --> 00:10:46,396 Kepulauan Madagascar telah terpisah 66 00:10:46,396 --> 00:10:50,442 daripada tanah besar Afrika selama 80 juta tahun. 67 00:10:53,570 --> 00:10:57,366 Sehingga kebanyakan haiwan di situ kini amat berbeza 68 00:10:58,075 --> 00:10:59,910 daripada yang dilihat di tempat lain. 69 00:11:19,721 --> 00:11:21,849 Ini Simosuchus. 70 00:11:25,310 --> 00:11:29,690 Ia bukan dinosaur, tapi seakan-akan buaya kecil. 71 00:11:30,732 --> 00:11:33,360 Ia tinggal di darat 72 00:11:34,403 --> 00:11:38,574 dan hanya memakan tumbuhan. 73 00:11:52,212 --> 00:11:57,092 Simosuchus miliki badan bersisik yang melindunginya daripada serangan 74 00:11:57,092 --> 00:11:58,802 pemangsa di pulau. 75 00:12:00,888 --> 00:12:03,724 Jadi ia boleh bersenang lenang... 76 00:12:07,895 --> 00:12:08,896 tapi bukan selalu. 77 00:12:18,155 --> 00:12:23,702 Majungasaurus, pemburu paling berbahaya di Madagascar. 78 00:12:34,338 --> 00:12:37,341 Dinosaur betina ini buta sebelah mata, 79 00:12:38,634 --> 00:12:44,473 jadi ia susah untuk cari makanan dan kini ia amat lapar. 80 00:13:03,408 --> 00:13:06,995 Simosuchus mempunyai rangkaian laluan menyelamatkan diri 81 00:13:06,995 --> 00:13:09,414 yang membawanya ke sarang bawah tanah. 82 00:13:12,584 --> 00:13:16,880 Sebaik di dalam, ia menghadang laluan masuk dengan badan bersisiknya. 83 00:13:32,020 --> 00:13:34,648 Jantan kecil ini tidak bernasib baik. 84 00:13:38,694 --> 00:13:40,988 Tapi ia tidak takut. 85 00:13:55,836 --> 00:14:00,340 Serangan mengundur, libasan ekor dan tendangan kuat. 86 00:14:17,191 --> 00:14:20,694 Muncung pemburu terlalu besar dan tak dapat mencapai ke dalam. 87 00:14:33,165 --> 00:14:38,921 Tapi untuk berjaga-jaga, Simosuchus menggali lebih dalam. 88 00:14:47,554 --> 00:14:52,226 Bagi Majungasaurus, satu lagi pemburuan menemui kegagalan. 89 00:15:03,946 --> 00:15:09,034 Simosuchus bukan satu-satunya haiwan aneh berevolusi yang hidup di Madagascar. 90 00:15:14,581 --> 00:15:19,920 Pulau ini juga habitat bagi sekumpulan haiwan yang amat luar biasa. 91 00:15:24,091 --> 00:15:25,092 Mamalia. 92 00:15:34,226 --> 00:15:36,728 Ini Adalatherium betina. 93 00:15:38,939 --> 00:15:40,774 Panjangnya kurang 61 cm. 94 00:15:40,774 --> 00:15:45,279 Walaupun begitu, ia masih antara mamalia terbesar yang belum berevolusi. 95 00:15:51,243 --> 00:15:54,830 Ia habiskan kebanyakan masa dengan mencari makanan. 96 00:16:03,463 --> 00:16:08,051 Di penghujung terowong ini, ada telur... 97 00:16:11,638 --> 00:16:14,474 mungkin kaya dengan protein. 98 00:16:21,565 --> 00:16:24,568 Tapi ia tak makan sesangkak telur itu. 99 00:16:28,071 --> 00:16:30,824 Ini telurnya sendiri. 100 00:16:32,576 --> 00:16:34,912 Ini sarangnya. 101 00:16:48,258 --> 00:16:50,552 Telur-telur itu mula menetas. 102 00:17:15,743 --> 00:17:18,829 Mata anak-anaknya belum terbuka, 103 00:17:18,829 --> 00:17:24,837 tapi mengikut gerak hati, ia terus menuju ke ibunya untuk menyusu. 104 00:17:28,882 --> 00:17:32,553 Susu terhasil daripada kelenjar peluh terubah suai pada perutnya 105 00:17:33,554 --> 00:17:36,557 dan buat masa ini, itu saja makanan yang diperlukan. 106 00:17:50,279 --> 00:17:54,741 Dua bulan kemudian, saiz anak-anak itu meningkat empat kali ganda. 107 00:17:56,994 --> 00:17:58,829 Bagi menghasilkan susu yang cukup, 108 00:17:58,829 --> 00:18:01,832 si ibu perlu makan banyak. 109 00:18:04,251 --> 00:18:09,173 Setiap malam, ia perlu tinggalkan sarang untuk mencari makanan. 110 00:18:27,858 --> 00:18:31,236 Penglihatannya, seperti haiwan lain yang tinggal dalam lubang, 111 00:18:31,236 --> 00:18:33,071 tidak begitu sensitif. 112 00:18:37,326 --> 00:18:40,537 Jadi ia bergantung kepada deria pendengaran tajamnya. 113 00:18:45,209 --> 00:18:47,920 Jika terdengar sesuatu yang mungkin berbahaya, 114 00:18:47,920 --> 00:18:49,963 ia akan pegun. 115 00:18:56,970 --> 00:18:58,514 Masalah dapat dielakkan. 116 00:19:01,642 --> 00:19:06,021 Ia sambung mencari akar dan biji benih. 117 00:19:21,995 --> 00:19:26,667 Anak-anak ini cepat membesar, begitu juga seleranya. 118 00:19:32,673 --> 00:19:37,052 Si ibu kini perlu mencari makanan tanpa henti. 119 00:19:44,476 --> 00:19:48,146 Jadi anak-anaknya ditinggalkan tanpa pengawasan selama berjam-jam. 120 00:19:58,699 --> 00:20:00,242 Masiakasaurus. 121 00:20:05,080 --> 00:20:06,081 Pemburu. 122 00:20:06,081 --> 00:20:10,627 Ia amat pakar menangkap mangsa dalam lubang. 123 00:20:14,923 --> 00:20:17,134 Dengan leher panjang dan kepala yang kecil, 124 00:20:17,134 --> 00:20:20,429 ia boleh memeriksa mana-mana lubang yang mungkin mempunyai makanan. 125 00:20:55,005 --> 00:20:59,218 Tapi pemburu pun boleh jadi mangsa. 126 00:21:11,396 --> 00:21:17,152 Madtsoia, ular sepanjang hampir lapan meter, membelit mangsa sampai mati. 127 00:21:20,739 --> 00:21:23,867 Kawasan ini telah menjadi berbahaya. 128 00:21:46,932 --> 00:21:52,771 Menjelang malam, si ibu membawa anaknya keluar buat kali pertama. 129 00:22:01,238 --> 00:22:04,992 Sekurang-kurangnya buat masa ini, ia perlu kekal bersama. 130 00:22:19,840 --> 00:22:24,928 Jauh di selatan bumi, di kepulauan semenanjung Antartik, 131 00:22:25,470 --> 00:22:28,557 musim sejuk membawa kesejukan membeku selama berbulan-bulan. 132 00:22:32,227 --> 00:22:35,981 Di sini juga, ada kelebihan apabila bersama keluarga. 133 00:22:43,071 --> 00:22:47,284 Sebuah kamera terma menunjukkan beberapa badan bersinar. 134 00:22:55,959 --> 00:22:57,169 Imperobator. 135 00:22:58,504 --> 00:22:59,505 Pemburu. 136 00:23:04,051 --> 00:23:07,596 Seperti kebanyakan dinosaur, ia berdarah panas. 137 00:23:10,182 --> 00:23:13,310 Tapi untuk kekal panas, ia perlukan banyak makanan. 138 00:23:14,978 --> 00:23:18,148 Jadi ia perlu dapatkan makanan setiap beberapa hari. 139 00:23:25,614 --> 00:23:28,951 Salji yang turun meredamkan bunyi langkahnya 140 00:23:28,951 --> 00:23:33,205 dan membolehkannya bergerak tanpa disedari untuk mencari mangsa di hutan. 141 00:23:38,836 --> 00:23:40,254 Seekor Morrosaurus. 142 00:23:46,593 --> 00:23:51,390 Pemakan tumbuhan yang berdepan kesukaran apabila musim sejuk. 143 00:24:06,780 --> 00:24:10,284 Imperobator pakar mencari mangsa sebegitu. 144 00:24:23,422 --> 00:24:26,133 Morrosaurus lebih laju daripada pemburunya. 145 00:24:32,639 --> 00:24:34,683 Tapi bilangan musuhnya lebih banyak. 146 00:24:49,072 --> 00:24:53,952 Ekor Imperobator yang panjang dan berbulu membolehkannya bergerak dengan lincah. 147 00:25:05,047 --> 00:25:07,925 Aksi kejar-mengejar membawa ke hujung hutan. 148 00:25:10,511 --> 00:25:14,473 Di depannya terdapat tasik beku, seluas 0.8 km. 149 00:25:15,974 --> 00:25:21,355 Ruang luas terbuka boleh beri kelebihan buat Morrosaurus yang lebih laju. 150 00:25:24,066 --> 00:25:26,485 Tapi permukaan ais ini berbahaya. 151 00:25:35,994 --> 00:25:39,665 Imperobator semakin hampir dan ia tiada pilihan lain. 152 00:26:17,661 --> 00:26:19,079 Tersalah langkah. 153 00:26:19,788 --> 00:26:24,251 Peluang untuk Morrosaurus memecut laju jauh dari pemangsa. 154 00:26:28,338 --> 00:26:30,257 Tapi ini pulau, 155 00:26:30,257 --> 00:26:33,552 pemburu dan mangsa tentu akan berjumpa lagi. 156 00:26:44,646 --> 00:26:47,107 Sesetengah pulau sangat kecil 157 00:26:47,107 --> 00:26:50,027 sehingga tiada penghuni besar yang tinggal di darat. 158 00:26:53,238 --> 00:26:56,408 Tapi kadangkala pulau dikunjungi para pelawat. 159 00:27:03,665 --> 00:27:05,000 Hatzegopteryx. 160 00:27:13,592 --> 00:27:18,472 Si jantan ini tiba dengan membawa bangkai Tethyshadros seberat 18 kg. 161 00:27:19,598 --> 00:27:21,725 Ganjaran pemburuan terbaharu. 162 00:27:29,691 --> 00:27:34,404 Ia setinggi 4.6 meter dan lebar sayapnya lebih 9.1 meter. 163 00:27:36,323 --> 00:27:39,868 Hatzegopteryx ialah pemangsa paling bahaya di Eropah. 164 00:27:42,538 --> 00:27:47,459 Tapi dinosaur jantan ini datang ke sini untuk tunjukkan sisi lainnya. 165 00:28:21,702 --> 00:28:26,999 Ia hasilkan satu pameran sebagai mesej buat mana-mana betina yang berterbangan 166 00:28:27,708 --> 00:28:30,043 yang ia mencari pasangan. 167 00:28:32,671 --> 00:28:36,508 Tapi ia mungkin perlu tunggu lama sebelum mendapat jawapan. 168 00:28:57,404 --> 00:29:00,324 Akhirnya. Seekor betina. 169 00:29:04,870 --> 00:29:06,455 Ia nampak berminat, 170 00:29:06,455 --> 00:29:09,166 tapi mungkin perlu diyakinkan lagi. 171 00:29:10,709 --> 00:29:12,753 Si jantan perlu berhati-hati. 172 00:29:14,004 --> 00:29:16,173 Satu tusukan tepat paruh si betina 173 00:29:16,673 --> 00:29:20,010 mampu menamatkan musim mengawan ini buatnya. 174 00:29:25,766 --> 00:29:29,937 Pamerannya perlu menunjukkan yang ia miliki gen bagus 175 00:29:29,937 --> 00:29:32,606 yang bakal diwarisi anak-anaknya. 176 00:29:35,442 --> 00:29:38,904 Bangkai dinosaur itu membuktikan ia pemburu yang hebat 177 00:29:38,904 --> 00:29:42,449 dan dengan membawanya ke sini, itu menunjukkan ia kuat. 178 00:29:45,953 --> 00:29:51,416 Tapi si betina masih belum tunjukkan reaksi kagumnya. 179 00:29:55,754 --> 00:30:00,300 Masa untuk tunjukkan bukti baharu kehebatannya. 180 00:30:04,513 --> 00:30:08,016 Dongakan ini mengajak si betina supaya menghampirinya. 181 00:30:22,322 --> 00:30:25,659 Kini, si betina memberikan galakan. 182 00:30:52,436 --> 00:30:56,356 Tarian segerak mewujudkan kepercayaan antara keduanya. 183 00:31:19,463 --> 00:31:20,589 Seekor jantan lain. 184 00:31:22,633 --> 00:31:26,345 Ia lebih muda, tapi masih boleh menjadi pesaing. 185 00:31:48,992 --> 00:31:50,410 Ia telah dihalau. 186 00:31:56,458 --> 00:31:59,586 Masalah. Si betina sudah pergi. 187 00:32:07,344 --> 00:32:09,513 Ia mungkin sudah terlepas peluang. 188 00:32:25,320 --> 00:32:26,321 Si betina kembali. 189 00:32:28,824 --> 00:32:33,495 Menghalau bakal pesaing tadi mungkin menambahkan lagi tarikannya. 190 00:32:42,254 --> 00:32:45,215 Ia sambung mempamerkan kehebatannya. 191 00:32:54,057 --> 00:32:56,727 Satu peringatan akhir tentang kekuatannya. 192 00:33:01,857 --> 00:33:05,068 Ini saja sumbangannya untuk menjadi bapa. 193 00:33:15,245 --> 00:33:17,998 Semuanya berakhir dalam masa beberapa saat. 194 00:33:20,417 --> 00:33:25,422 Tapi inilah permulaan lahirnya generasi baharu pemburu terbang ini. 195 00:33:32,429 --> 00:33:34,890 Walaupun pulau-pulau seperti ini kecil, 196 00:33:36,058 --> 00:33:38,769 tapi sama seperti pulau lain di seluruh dunia, 197 00:33:40,437 --> 00:33:43,065 ia menjadi saksi detik-detik penting 198 00:33:43,065 --> 00:33:46,401 kehidupan sesetengah hidupan paling unik 199 00:33:47,194 --> 00:33:49,571 di planet prasejarah. 200 00:33:59,748 --> 00:34:04,253 PREHISTORIC PLANET: DISINGKAP 201 00:34:06,129 --> 00:34:08,924 {\an8}BOLEHKAH PTEROSAUR MEMBURU DI DARAT? 202 00:34:09,842 --> 00:34:12,219 Semasa kewujudan dinosaur, 203 00:34:12,761 --> 00:34:18,433 langit dikuasai oleh reptilia terbang yang digelar pterosaur. 204 00:34:23,397 --> 00:34:26,440 Terdapat lebih 250 spesies... 205 00:34:28,443 --> 00:34:30,612 dan sesetengahnya amat besar. 206 00:34:33,824 --> 00:34:36,493 Antara yang paling menarik disebabkan keunikannya, 207 00:34:36,493 --> 00:34:37,995 {\an8}ialah pterosaur Azhdarchid. 208 00:34:37,995 --> 00:34:39,663 {\an8}DR. MARK WITTON PELAKAR PALEO & AHLI PALEONTOLOGI 209 00:34:39,663 --> 00:34:40,831 {\an8}Amat sukar 210 00:34:40,831 --> 00:34:43,292 {\an8}untuk gambarkan pterosaur Azhdarchid. 211 00:34:44,251 --> 00:34:46,170 Ia setinggi zirafah. 212 00:34:46,795 --> 00:34:49,255 Kepalanya mungkin sepanjang dua meter 213 00:34:49,922 --> 00:34:51,341 dan sayap selebar 10 meter. 214 00:34:52,967 --> 00:34:56,096 Ia antara hidupan paling unik yang pernah berevolusi di Bumi. 215 00:34:58,557 --> 00:35:03,145 Walaupun besar, dinosaur ini boleh terbang. 216 00:35:04,813 --> 00:35:08,025 Jadi kenapa kami fikir ia memburu di darat? 217 00:35:10,485 --> 00:35:12,905 {\an8}Sayap Azhdarchid ialah membran kulit... 218 00:35:12,905 --> 00:35:14,448 {\an8}DR. DARREN NAISH KETUA PERUNDING SAINTIFIK 219 00:35:14,448 --> 00:35:17,743 {\an8}...yang ditampung sepenuhnya oleh jari keempat yang amat besar. 220 00:35:18,243 --> 00:35:19,369 {\an8}LEBAR SAYAP AZHDARCHIDAE 221 00:35:19,369 --> 00:35:23,248 {\an8}Membran kulit ini memanjang dari hujung jari keempat 222 00:35:23,248 --> 00:35:26,001 {\an8}sehingga ke bahagian atas kaki belakang. 223 00:35:28,086 --> 00:35:31,465 Azhdarchid mampu melakukan perjalanan jauh 224 00:35:31,465 --> 00:35:34,635 tapi ia bukan sejenis haiwan yang lincah 225 00:35:34,635 --> 00:35:37,012 dan melakukan pergerakan semasa terbang. 226 00:35:39,431 --> 00:35:42,476 Ciri itu menyukarkan Azhdarchid 227 00:35:42,476 --> 00:35:44,811 menangkap haiwan terbang lain. 228 00:35:46,563 --> 00:35:48,690 Tentu ia ada cara lain untuk memburu. 229 00:35:50,609 --> 00:35:54,988 Antara pendapat umum tentang cara pterosaur Azhdarchid mencari makanan 230 00:35:54,988 --> 00:35:59,284 adalah dengan menggunakan teknik mekanisme unik iaitu layapan. 231 00:36:00,494 --> 00:36:04,706 Kini, burung seperti camar hitam mencari makanan dengan cara itu. 232 00:36:06,291 --> 00:36:09,211 Itu cara mencari makanan yang paling mengarut yang boleh dibayangkan. 233 00:36:09,211 --> 00:36:11,547 Ia menolak rahang bawah ke dalam air 234 00:36:11,547 --> 00:36:13,048 dan berlanggar dengan makanannya. 235 00:36:14,967 --> 00:36:18,971 Leher camar mampu menyerap impak mengejut. 236 00:36:21,682 --> 00:36:25,811 Tapi fosil mendedahkan Azhdarchid tidak miliki ciri sebegitu. 237 00:36:27,104 --> 00:36:31,066 Malah, lehernya boleh patah akibat tekanan 238 00:36:31,066 --> 00:36:33,485 menolak rahang bawahnya ke dalam air. 239 00:36:36,363 --> 00:36:38,532 Seekor Azhdarchid tiada pilihan lain. 240 00:36:39,908 --> 00:36:42,369 Ia perlu mendarat untuk mencari makanan. 241 00:36:45,998 --> 00:36:48,792 Tapi mampukah ia berjalan laju untuk memburu? 242 00:36:51,253 --> 00:36:54,423 Saintis perlukan bukti untuk meyakinkan mereka 243 00:36:54,423 --> 00:36:57,551 yang haiwan itu bukan sekadar mampu berjalan saja. 244 00:36:59,678 --> 00:37:04,057 Bukti itu ditemui pada kesan tapak kaki berusia 66 juta tahun. 245 00:37:06,059 --> 00:37:08,437 Jejak pterosaur yang terbesar di dunia dilakukan 246 00:37:08,437 --> 00:37:10,355 oleh Azhdarchid gergasi yang berjalan. 247 00:37:11,273 --> 00:37:12,816 Penemuan itu mengagumkan 248 00:37:12,816 --> 00:37:15,903 dan banyak menjelaskan yang ia amat mahir berjalan. 249 00:37:15,903 --> 00:37:17,321 {\an8}KOREA SELATAN 250 00:37:18,405 --> 00:37:20,073 Jejak itu membuktikan 251 00:37:20,073 --> 00:37:23,160 ia pastikan anggotanya betul-betul di bawah badan, 252 00:37:24,536 --> 00:37:26,747 yang membolehkannya berdiri tegak. 253 00:37:28,749 --> 00:37:30,250 Kakinya berlapik. 254 00:37:32,252 --> 00:37:34,671 Berbeza daripada pterosaur kecil, 255 00:37:34,671 --> 00:37:38,175 kaki panjangnya membolehkannya membuat langkah besar. 256 00:37:40,385 --> 00:37:42,804 Walaupun Azhdarchid haiwan yang kelihatan aneh, 257 00:37:42,804 --> 00:37:44,139 pergerakannya sangat kemas. 258 00:37:49,102 --> 00:37:53,315 Azhdarchid miliki kebolehan berjalan yang stabil 259 00:37:53,315 --> 00:37:55,526 dan wajah panjang seperti burung botak. 260 00:37:56,693 --> 00:37:59,071 Ia memang pemangsa 261 00:37:59,071 --> 00:38:02,574 yang berjalan dan membongkok untuk menangkap haiwan. 262 00:38:07,412 --> 00:38:08,830 Tapi kita perlu ingat, 263 00:38:08,830 --> 00:38:11,333 saiz tekaknya ialah selebar setengah meter. 264 00:38:11,333 --> 00:38:13,377 Ia seakan-akan sama lebar bahu saya. 265 00:38:14,253 --> 00:38:18,173 Jika ia masih wujud, manusia akan jadi makanannya. 266 00:38:22,553 --> 00:38:27,057 Pterosaur nampak menakjubkan di langit. 267 00:38:31,228 --> 00:38:36,275 Tapi dinosaur ini lebih mengagumkan dan menggerunkan apabila di darat. 268 00:41:05,174 --> 00:41:07,176 Terjemahan sari kata oleh Hamizah