1 00:00:08,717 --> 00:00:10,552 {\an8}Dinosaur menguasai dunia... 2 00:00:10,552 --> 00:00:12,179 {\an8}DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 3 00:00:12,179 --> 00:00:14,806 {\an8}...selama lebih 150 juta tahun. 4 00:00:15,682 --> 00:00:18,727 Ia menduduki hampir setiap sudut dunia ini 5 00:00:19,311 --> 00:00:23,148 dan wujud hampir dalam pelbagai bentuk dan saiz. 6 00:00:24,358 --> 00:00:27,402 Ada yang amat luar biasa. 7 00:00:30,822 --> 00:00:34,535 Kini kita tahu T. rex perenang yang hebat, 8 00:00:36,787 --> 00:00:40,082 Velociraptor pemburu berbulu yang licik 9 00:00:42,000 --> 00:00:45,963 dan sesetengah dinosaur mempunyai kelakuan yang amat aneh. 10 00:00:48,841 --> 00:00:52,594 Tapi hampir setiap hari penemuan terbaharu diketahui 11 00:00:52,594 --> 00:00:57,641 yang menjelaskan lagi tentang kehidupan di dunia ini, 66 juta tahun lalu. 12 00:01:02,604 --> 00:01:05,482 Dalam Prehistoric Planet kali ini, 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,026 kami paparkan haiwan baharu... 14 00:01:09,403 --> 00:01:13,740 dan pengetahuan baharu tentang cara ia mencari pasangan, 15 00:01:15,576 --> 00:01:18,203 cabaran yang dihadapi untuk menjaga keluarga... 16 00:01:19,496 --> 00:01:21,415 dan pertempuran hebatnya. 17 00:01:29,506 --> 00:01:33,969 Saksikan zaman alam semula jadi memperlihatkan keajaibannya. 18 00:01:37,514 --> 00:01:41,727 Ini Prehistoric Planet 2. 19 00:01:54,740 --> 00:02:00,037 TANAH TANDUS 20 00:02:00,037 --> 00:02:07,044 Inilah muntahan lava terbesar yang membanjiri bumi selama 100 juta tahun. 21 00:02:09,755 --> 00:02:12,633 Deccan di tengah India, 22 00:02:14,176 --> 00:02:15,594 tempat bagai neraka 23 00:02:16,678 --> 00:02:20,349 dan tentu anda tak sangka ada dinosaur di sini. 24 00:02:22,559 --> 00:02:26,897 Namun, dinosaur membahayakan dirinya untuk ke sini. 25 00:02:35,697 --> 00:02:37,157 Isisaur. 26 00:02:40,661 --> 00:02:42,996 Semuanya betina. 27 00:02:55,259 --> 00:02:59,388 Lava telah mengalir di Deccan buat masa yang lama 28 00:02:59,388 --> 00:03:02,558 sehingga di sesetengah tempat, ia melingkungi 1.6 kilometer. 29 00:03:17,239 --> 00:03:21,869 Setiap musim bunga, Isisaur betina tinggalkan keselesaan habitatnya di hutan 30 00:03:21,869 --> 00:03:26,415 dan melakukan perjalanan perih ke tanah tandus ini. 31 00:03:44,975 --> 00:03:49,646 Ia boleh memilih jalan selamat melalui lava yang telah sejuk dan keras... 32 00:03:52,733 --> 00:03:55,652 tapi ada bahaya lain di situ. 33 00:04:02,159 --> 00:04:08,332 Selain wap, gabungan maut karbon dioksida dan hidrogen sulfida 34 00:04:08,332 --> 00:04:11,251 terbebas dari lohong gunung berapi. 35 00:04:14,463 --> 00:04:17,132 Dalam cuaca sebelum subuh yang sejuk, 36 00:04:17,132 --> 00:04:19,218 gas berat ini tenggelam 37 00:04:19,218 --> 00:04:23,096 untuk hasilkan "selimut" halimunan yang menyesakkan. 38 00:04:25,224 --> 00:04:28,352 Beberapa sedut saja boleh membunuh. 39 00:04:32,272 --> 00:04:36,109 Tapi isisaur ada satu kelebihan penting. 40 00:04:38,153 --> 00:04:43,825 Leher panjang membuatkannya terelak daripada wasap beracun itu. 41 00:04:55,587 --> 00:04:59,675 Tapi jauh di depan, ialah tempat yang menyukarkannya untuk mengelak. 42 00:05:07,975 --> 00:05:10,352 Kawanan ini memasuki kawasan rendah 43 00:05:10,352 --> 00:05:13,730 dan di situ gas berbahaya sangat tebal. 44 00:05:16,733 --> 00:05:21,572 Bagi kawanan isisaur betina ini, masalah sudah pun berlaku. 45 00:05:26,201 --> 00:05:29,997 Lebih teruk, apabila matahari terbit dan memanaskan udara, 46 00:05:29,997 --> 00:05:32,749 gas itu tersebar lebih tinggi. 47 00:05:37,963 --> 00:05:41,258 Leher panjang tidak lagi dapat melindunginya. 48 00:05:46,471 --> 00:05:50,392 Ia perlu cepat pergi ke tempat lebih tinggi. 49 00:05:57,524 --> 00:06:01,653 Pendakian yang cerun, tapi udara di situ lebih segar. 50 00:06:16,168 --> 00:06:18,128 Lega akhirnya. 51 00:06:19,379 --> 00:06:22,758 Di depan ialah destinasi terakhirnya. 52 00:06:26,595 --> 00:06:29,598 Pulau gunung berapi tinggi 53 00:06:31,266 --> 00:06:35,020 di puncak tanah tandus berbahaya ini. 54 00:06:50,452 --> 00:06:56,416 Kawah besar, digelar kaldera memberikan tempat selamat untuk bertelur. 55 00:06:57,960 --> 00:07:03,340 Gas beracun di sekelilingnya membantu menghalau pemangsa... 56 00:07:06,552 --> 00:07:12,182 dan pemanas geoterma yang tersedia menjadikannya alat pengeram yang ideal. 57 00:07:27,698 --> 00:07:32,452 Setiap ibu menggali pasir hangat seluas 2.1 meter 58 00:07:32,452 --> 00:07:36,832 untuk meletakkan 20 biji telur bersaiz tembikai. 59 00:07:44,464 --> 00:07:47,718 Buat masa ini, telur-telur selamat di dalam kaldera, 60 00:07:47,718 --> 00:07:51,221 tapi ini baru permulaan kisahnya. 61 00:07:53,724 --> 00:07:54,933 Beberapa bulan lagi, 62 00:07:54,933 --> 00:08:00,022 beratus ekor anak kecil akan menetas untuk hadapi dunia asing ini. 63 00:08:02,191 --> 00:08:04,276 Jika mahu selamat, 64 00:08:04,276 --> 00:08:07,988 ia perlukan perubahan suasana yang bertepatan pada masanya. 65 00:08:22,085 --> 00:08:25,422 Tanah tandus di planet prasejarah 66 00:08:25,422 --> 00:08:28,800 mampu menguji dinosaur juga. 67 00:08:35,640 --> 00:08:37,768 Landskap aneh 68 00:08:37,768 --> 00:08:41,813 yang terbentuk akibat angin dan sungai-sungai purba yang luas, 69 00:08:41,813 --> 00:08:44,483 kelihatan seperti tiada hidupan. 70 00:08:52,658 --> 00:08:53,992 Namun di Asia, 71 00:08:54,743 --> 00:08:56,995 tersembunyi di celahan ngarai sempit... 72 00:09:00,457 --> 00:09:05,504 terdapat satu keluarga Velociraptor baharu. 73 00:09:14,346 --> 00:09:17,224 Si anak baru berusia beberapa minggu. 74 00:09:43,417 --> 00:09:50,007 Di tempat tandus beginia seakan-akan berdepan masa depan yang tak menentu. 75 00:09:52,384 --> 00:09:58,390 Ia bergantung kepada keadaan aneh, bukan di sini, tapi jauh dari habitatnya. 76 00:10:04,021 --> 00:10:09,651 Di seberang gurun yang panas, ada hutan yang terperangkap dalam pasir. 77 00:10:11,987 --> 00:10:16,200 Perubahan musim membuatkan air mengalir ke kawasan ini. 78 00:10:19,286 --> 00:10:21,580 Sekelompok besar pokok poplar 79 00:10:21,580 --> 00:10:25,250 menandakan ketibaannya dengan daun-daun yang berkhasiat. 80 00:10:28,545 --> 00:10:31,548 Umpama magnet yang menarik banyak haiwan kelaparan. 81 00:10:38,555 --> 00:10:44,186 Nemegtosaur berleher panjang disertai titanosaur Mongolia... 82 00:10:55,197 --> 00:10:57,950 begitu juga dengan Prenocephale yang lebih kecil. 83 00:11:05,958 --> 00:11:08,001 Namun ada satu penghalang. 84 00:11:13,924 --> 00:11:15,926 Penara besar ini. 85 00:11:21,974 --> 00:11:27,145 Satu-satunya cara untuk ke hutan adalah melalui ngarai berselirat ini. 86 00:11:37,281 --> 00:11:40,951 Apabila masuk, kawanan dinosaur menjadi gementar. 87 00:11:45,998 --> 00:11:49,334 Serangan hendap boleh berlaku di sini. 88 00:11:59,303 --> 00:12:01,763 Velociraptor menunggu. 89 00:12:10,272 --> 00:12:13,233 Namun ia takkan dapat mengalahkan titanosaur. 90 00:12:15,777 --> 00:12:20,449 Kejayaannya bergantung kepada pemburu lain yang memerhati. 91 00:13:04,409 --> 00:13:05,786 Tarbosaur. 92 00:13:11,917 --> 00:13:16,296 Tyrannosaurus rex versi Asia. 93 00:13:23,387 --> 00:13:27,224 Apabila pemangsa semakin mendekati, panik tercetus. 94 00:13:47,327 --> 00:13:51,164 Hanya Prenocephale dapat melarikan diri ke tempat lebih tinggi. 95 00:13:57,421 --> 00:14:01,258 Inilah yang Velociraptor nantikan. 96 00:14:09,850 --> 00:14:14,354 Kini, barulah Velociraptor dapat menyerang. 97 00:14:23,238 --> 00:14:24,239 Akhirnya. 98 00:14:27,618 --> 00:14:32,080 Hasil kerjasama, ia berjaya dapatkan makanan untuk seluruh keluarga. 99 00:14:38,921 --> 00:14:41,715 Tarbosaur juga dapat ganjarannya. 100 00:14:44,343 --> 00:14:47,888 Bagi pemangsa, semuanya berjalan lancar. 101 00:14:52,643 --> 00:14:57,981 Bagi Velociraptor, ini masa sesuai untuk membina keluarga. 102 00:15:13,622 --> 00:15:18,293 Memiliki ibu bapa yang bijak dan penyayang ialah permulaan bagus buat si anak. 103 00:15:20,295 --> 00:15:22,464 Di tanah tandus di Asia, 104 00:15:22,464 --> 00:15:26,635 ada beberapa lagi ibu bapa dinosaur yang lebih gigih daripada ini. 105 00:15:28,846 --> 00:15:32,140 Satu koloni Corythoraptors yang sedang bertelur. 106 00:15:40,274 --> 00:15:45,529 Beberapa hari lalu, si betina bertelur di timbunan bulat ini. 107 00:15:50,701 --> 00:15:54,413 Namun tugas menjaga telur jatuh kepada si jantan. 108 00:15:57,249 --> 00:15:59,126 Tugas itu bukan mudah. 109 00:16:13,682 --> 00:16:18,854 Jika terdedah kepada terik matahari, anak-anak akan mati. 110 00:16:25,986 --> 00:16:29,990 Namun si bapa gunakan ekor lebar dan bulu bawah lengan 111 00:16:29,990 --> 00:16:31,742 untuk melindungi telurnya. 112 00:16:36,205 --> 00:16:37,706 Akibatnya amat perit. 113 00:16:40,876 --> 00:16:45,005 Ia perlu bertahan terik matahari selama berjam-jam. 114 00:17:21,124 --> 00:17:26,839 Akhirnya, dalam kesejukan malam, si jantan boleh beredar mencari makanan. 115 00:17:30,300 --> 00:17:34,012 Ketika inilah dapat dilihat kelebihan bertelur dalam koloni. 116 00:17:37,474 --> 00:17:42,104 Corythoraptors tak beredar serentak, sebaliknya mengikut giliran. 117 00:17:45,524 --> 00:17:49,319 Jadi, akan sentiasa ada "jiran" yang memerhatikan kawasan. 118 00:17:52,489 --> 00:17:57,369 Namun kawalan sebegini pun tak menjamin keselamatan. 119 00:18:12,593 --> 00:18:17,347 Kuru kulla betina, yang seakan-akan Velociraptor. 120 00:18:18,807 --> 00:18:21,560 Ia kebuluran tapi berhati-hati 121 00:18:21,560 --> 00:18:25,063 dengan paruh dan kuku Corythoraptors yang tajam. 122 00:18:31,320 --> 00:18:34,156 Namun, ia ada satu kelebihan utama. 123 00:18:37,367 --> 00:18:42,039 Penglihatannya pada waktu malam lebih jelas daripada si pemilik sarang. 124 00:18:50,380 --> 00:18:55,761 Jika ia diam, ia boleh menyelinap ke dalam koloni tanpa disedari. 125 00:18:58,847 --> 00:19:01,266 Ia memilih mangsa dengan berhati-hati. 126 00:19:17,324 --> 00:19:19,243 Inilah peluangnya. 127 00:19:26,458 --> 00:19:28,001 Namun bukan untuk menyerang. 128 00:19:30,003 --> 00:19:33,632 Pemangsa ini juga ialah pencuri. 129 00:20:05,539 --> 00:20:09,376 Ia akan makan telur dengan sebanyak dan secepat mungkin. 130 00:20:18,886 --> 00:20:21,555 Masa dah tamat. Kehadirannya disedari. 131 00:20:23,724 --> 00:20:25,809 Ambil satu biji telur lagi. 132 00:20:50,250 --> 00:20:54,796 Kini ia ada peluang untuk menikmati telur curi dengan tenang. 133 00:20:59,927 --> 00:21:03,222 Namun pencuri ini berkongsi hasil tangkapan. 134 00:21:05,057 --> 00:21:10,062 Dengan bunyi panggilan prr, ia memanggil anaknya. 135 00:21:27,454 --> 00:21:31,124 Tak lama lagi, anak-anaknya pun akan tinggalkan sarang. 136 00:21:39,424 --> 00:21:43,679 Ia perlu belajar yang objek aneh ini ialah makanan. 137 00:21:45,848 --> 00:21:48,433 Serta belajar cara memecahkannya. 138 00:21:55,148 --> 00:22:01,446 Mungkin boleh gunakan paruh atau kuku. 139 00:22:21,508 --> 00:22:27,139 Berjaya, tapi lebih disebabkan tuah, bukan kemahiran. 140 00:22:29,391 --> 00:22:35,355 Namun ini masih pengajaran yang penting buat generasi baharu pencuri telur. 141 00:22:44,740 --> 00:22:47,951 Di tanah tandus, keselesaan kesejukan malam 142 00:22:47,951 --> 00:22:53,624 pantas berakhir dengan kembalinya kepanasan matahari yang terik. 143 00:22:57,669 --> 00:23:04,676 Suhu di permukaan pasir boleh mencapai lebih 71 darjah Celsius. 144 00:23:07,888 --> 00:23:12,392 Apa saja air di sini akan pantas kering atau tersejat. 145 00:23:14,853 --> 00:23:18,899 Ini tempat paling kering di dunia. 146 00:23:30,744 --> 00:23:34,289 Tanpa air, haiwan tak dapat hidup. 147 00:23:37,042 --> 00:23:40,546 Namun, inilah habitat bagi Tarchia muda. 148 00:23:50,222 --> 00:23:53,433 Ia ankylosaur yang tinggal di gurun. 149 00:23:59,690 --> 00:24:03,360 Memiliki ekor yang besar dan tajam. 150 00:24:07,656 --> 00:24:12,536 Tompokan gelap melindungi mata Tarchia daripada sinaran matahari. 151 00:24:22,796 --> 00:24:25,174 Beginilah bunyi 152 00:24:25,174 --> 00:24:28,343 sistem penyaman udara Tarchia yang tersendiri. 153 00:24:30,596 --> 00:24:34,683 Hidung besarnya menyejukkan udara apabila ia keluar dari badan, 154 00:24:34,683 --> 00:24:39,229 memeluwap dan menyimpan air berharga dalam setiap hembusan. 155 00:24:43,984 --> 00:24:48,488 Ini membolehkannya bertahan tanpa minum buat masa lama 156 00:24:48,488 --> 00:24:50,157 sementara mencari makanan. 157 00:24:54,494 --> 00:24:58,415 Suhu tinggi di sini menghasilkan angin yang menghakis, 158 00:24:58,415 --> 00:25:01,793 yang mengukir batu-batu kepada bentuk luar biasa. 159 00:25:05,964 --> 00:25:08,509 Namun, ia juga menyebabkan kawasan ini tandus. 160 00:25:12,471 --> 00:25:17,226 Namun, sesetengah tumbuhan mampu berakar di celahan batu. 161 00:25:24,191 --> 00:25:27,110 Makanan sikit tapi mengenyangkan amat berbaloi direbut. 162 00:25:43,627 --> 00:25:46,880 Setiap minit yang berlalu, matahari semakin tinggi. 163 00:25:48,715 --> 00:25:51,051 Tak lama lagi, takkan ada lagi tempat teduh. 164 00:25:54,096 --> 00:25:59,768 Malah, dinosaur gurun ini pun kadangkala memerlukan air. 165 00:26:05,983 --> 00:26:07,442 Seperti kebanyakan nomad, 166 00:26:07,442 --> 00:26:10,571 Tarchia dapat mengingati laluan di gurun 167 00:26:11,196 --> 00:26:15,951 dan mampu merentasi landskap gersang ini tanpa sesat. 168 00:26:22,165 --> 00:26:27,004 Ia ingat tempat unik yang mempunyai mata air semula jadi. 169 00:26:31,675 --> 00:26:34,303 Wahah gurun seperti ini. 170 00:26:39,308 --> 00:26:42,269 Penyelamat buat haiwan yang dapat menemuinya. 171 00:26:49,484 --> 00:26:50,527 Prenocephale. 172 00:27:17,054 --> 00:27:20,641 Suasana tegang sentiasa menyelubungi sekitar wahah... 173 00:27:24,353 --> 00:27:28,440 tapi pertarungan berbahaya dapat dielak dengan mempamerkan kekuatan. 174 00:27:38,492 --> 00:27:42,538 Akhirnya, Prenocephale rasa amat jengkel. 175 00:27:47,835 --> 00:27:50,879 Namun Tarchia dewasa pula lain halnya. 176 00:27:57,010 --> 00:28:01,056 Terutamanya yang dua kali lebih besar daripada si muda. 177 00:28:13,819 --> 00:28:17,698 Ia ayunkan ekor seberat hampir 23 kilogram. 178 00:28:27,624 --> 00:28:32,087 Jika tercetus pertempuran, si muda takkan menang. 179 00:28:46,727 --> 00:28:50,397 Namun bantuan akan tiba. 180 00:28:56,987 --> 00:28:59,698 Kedua-duanya bersatu. 181 00:29:02,993 --> 00:29:07,748 Kini, si dewasa perlu berdepan dengan dua ekor tajam. 182 00:29:21,303 --> 00:29:25,098 Ia memutuskan, mungkin air di sini mencukupi 183 00:29:25,098 --> 00:29:26,850 untuk dikongsi bersama. 184 00:29:46,787 --> 00:29:50,332 Tarchia muda akhirnya dapat minum dengan aman. 185 00:29:55,754 --> 00:29:59,383 Namun ia mungkin tak dapat nikmatinya buat masa lama. 186 00:30:04,680 --> 00:30:09,393 Di tanah tandus, keadaan boleh berubah sekelip mata. 187 00:30:16,441 --> 00:30:20,654 Suhu musim panas yang meningkat membentuk ribut elektrik 188 00:30:20,654 --> 00:30:22,281 sehingga beratus batu. 189 00:30:26,660 --> 00:30:31,999 Di Deccan, ribut bermusim ini boleh menyebabkan pertukaran arah angin. 190 00:30:33,542 --> 00:30:35,419 Di sekitar kaldera, 191 00:30:35,419 --> 00:30:39,590 tempat isisaur betina meninggalkan telurnya beberapa bulan lalu, 192 00:30:39,590 --> 00:30:42,676 gas beracun sudah tiada, 193 00:30:43,260 --> 00:30:46,305 dan ini memberikan satu kesempatan penting. 194 00:30:57,524 --> 00:31:01,820 Terdapat bunyi aneh datang dari bawah pasir. 195 00:31:03,155 --> 00:31:07,618 Anak-anak isisaur saling memanggil dari dalam telur. 196 00:31:09,494 --> 00:31:11,914 Cara itu membantu menyelaraskan penetasan. 197 00:31:51,036 --> 00:31:55,457 Anak isisaur sangat kecil, kurang dari 30 cm. 198 00:32:01,129 --> 00:32:05,551 Tiada makanan di sini, selain najis si ibu. 199 00:32:08,512 --> 00:32:09,763 Tidak disangka, 200 00:32:09,763 --> 00:32:15,853 ia amat berkhasiat dan ada kepentingan lain buat si anak. 201 00:32:20,607 --> 00:32:24,361 Ia membekalkan bakteria sihat dalam perutnya 202 00:32:24,361 --> 00:32:28,615 dan juga mengandungi feromon yang, sama seperti bau, 203 00:32:28,615 --> 00:32:31,159 membolehkannya mencari kawanan ibunya. 204 00:32:35,330 --> 00:32:38,542 Ia akan membawanya ke hutan yang selamat. 205 00:32:52,723 --> 00:32:54,975 Namun, perjalanannya tidak mudah. 206 00:33:00,689 --> 00:33:03,567 Walaupun angin memihak kepada isisaur, 207 00:33:05,027 --> 00:33:09,573 ada banyak lagi bahaya menanti si anak. 208 00:33:15,204 --> 00:33:19,499 Mata air panas dan lumpur cecair yang menggelegak. 209 00:33:22,002 --> 00:33:23,587 Perangkap maut. 210 00:33:56,453 --> 00:33:58,956 Selepas dua hari berjalan, 211 00:33:58,956 --> 00:34:01,792 anak-anak ini semakin lemah, 212 00:34:04,461 --> 00:34:07,339 tapi si ibu menyelamatkan anak-anak sekali lagi. 213 00:34:09,591 --> 00:34:12,886 Tumbuhan kecil telah tumbuh di celahan lava, 214 00:34:13,719 --> 00:34:17,516 daripada benih yang terdapat dalam najis si ibu. 215 00:34:25,524 --> 00:34:28,277 Namun, bahaya baharu sedang menanti. 216 00:34:31,154 --> 00:34:37,661 Memandangkan tiada lagi gas bertoksik, pemangsa mula muncul. 217 00:34:40,789 --> 00:34:42,123 Seekor rajasaur. 218 00:34:47,880 --> 00:34:52,885 Memandangkan banyak anak isisaur berkeliaran, ini satu ganjaran besar. 219 00:35:13,071 --> 00:35:17,201 Rekahan pada lava ialah satu-satunya tempat untuk bersembunyi. 220 00:36:09,336 --> 00:36:11,755 Lebih banyak rajasaur tiba. 221 00:37:26,747 --> 00:37:31,877 Walaupun bahaya, beratus ekor anak isisaur berjaya tiba ke hutan. 222 00:37:35,506 --> 00:37:40,385 Di sinia akan tinggal bersama-sama dan terlindung selama beberapa tahun. 223 00:37:46,183 --> 00:37:47,518 Sehingga akhirnya, 224 00:37:47,518 --> 00:37:50,562 ia cukup dewasa untuk sertai kawanan si ibu. 225 00:38:00,989 --> 00:38:05,577 Jika bernasib baik, isisaur betina dalam kalangannya akan kembali ke kawah ini 226 00:38:05,577 --> 00:38:09,581 beberapa tahun lagi untuk bertelur. 227 00:38:12,376 --> 00:38:16,380 Seperti haiwan lain yang tinggal di kawasan berbahaya, 228 00:38:16,380 --> 00:38:18,257 risiko sentiasa tinggi. 229 00:38:22,511 --> 00:38:29,518 Namun, peluang hebat juga ada di tanah tandus planet prasejarah. 230 00:38:34,147 --> 00:38:40,571 PREHISTORIC PLANET: DISINGKAP 231 00:38:40,571 --> 00:38:43,866 ADAKAH DINOSAUR IBU BAPA TERBAIK? 232 00:38:44,825 --> 00:38:48,829 Ini telur terfosil milik seekor dinosaur. 233 00:38:48,829 --> 00:38:50,247 Titanosaur. 234 00:38:50,998 --> 00:38:52,457 Apabila baru bertelur, 235 00:38:52,457 --> 00:38:55,752 beratnya mungkin sekitar 1.5 kilogram, 236 00:38:55,752 --> 00:38:59,381 dan kulitnya setebal kira-kira dua milimeter. 237 00:39:02,384 --> 00:39:04,845 Walaupun telurnya keras, 238 00:39:06,221 --> 00:39:08,682 ia masih perlu dijaga dan dilindungi. 239 00:39:12,644 --> 00:39:16,106 Jadi, bagaimana dinosaur menjaga telur-telurnya? 240 00:39:19,276 --> 00:39:21,361 Bagi melindungi telur daripada pemangsa 241 00:39:21,361 --> 00:39:24,489 {\an8}dan memastikan ia hangat, dinosaur mempunyai beberapa strategi. 242 00:39:24,489 --> 00:39:25,991 {\an8}DR. DARREN NAISH KETUA PERUNDING SAINTIFIK 243 00:39:25,991 --> 00:39:27,701 {\an8}Antaranya ialah membina sarang, 244 00:39:27,701 --> 00:39:30,037 {\an8}kemudian duduk di atas sarang itu. 245 00:39:31,663 --> 00:39:33,540 Kami tahu sesetengah dinosaur buat begini 246 00:39:33,540 --> 00:39:38,837 kerana kami ada fosil dinosaur yang duduk di atas sarang. 247 00:39:41,048 --> 00:39:45,719 Telur yang ditemui mengandungi anak daripada spesies sama 248 00:39:45,719 --> 00:39:46,803 seperti dinosaur dewasa, 249 00:39:48,138 --> 00:39:49,681 lalu menjadi bukti pertama 250 00:39:49,681 --> 00:39:53,268 sesetengah dinosaur menjaga anak-anaknya. 251 00:39:56,480 --> 00:40:00,234 Walaupun terjaga dan terlindung daripada cuaca, 252 00:40:00,901 --> 00:40:04,154 ada juga keburukan mengeram telur dengan cara begitu. 253 00:40:06,281 --> 00:40:09,034 Ia perlu duduk di atas telur dan menjaganya, ini bermakna 254 00:40:09,034 --> 00:40:12,871 ia perlu menjaga telur itu 255 00:40:12,871 --> 00:40:14,623 sepanjang masa pembentukannya 256 00:40:14,623 --> 00:40:16,625 sehingga tempoh ia menetas. 257 00:40:18,377 --> 00:40:21,755 Bagi sesetengah dinosaur, komitmen ini amat berbaloi. 258 00:40:25,759 --> 00:40:30,138 Namun dinosaur lain seperti sauropod berdepan cabaran berbeza. 259 00:40:32,057 --> 00:40:34,434 Ada kemungkinan sesetengah dinosaur tak pernah eram telurnya. 260 00:40:34,434 --> 00:40:36,520 {\an8}Lagipun, kebanyakan haiwan ini amat berat... 261 00:40:36,520 --> 00:40:38,021 {\an8}PROFESOR PAUL BARRETT MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI 262 00:40:38,021 --> 00:40:41,066 {\an8}...dan telur boleh hancur sebelum ia sempat menetas. 263 00:40:44,528 --> 00:40:46,405 Jadi, apa penyelesaiannya? 264 00:40:49,199 --> 00:40:51,451 Sesetengah telur sauropod yang keluar sekali gus 265 00:40:51,451 --> 00:40:55,873 diletakkan dalam lubang panjang, digali si ibu dengan kaki belakangnya. 266 00:40:58,542 --> 00:41:02,671 Kemudian, ia kambus semula sebaik saja semua telur diletakkan. 267 00:41:04,298 --> 00:41:06,717 Perbuatan ini dapat dilihat pada masa kini. 268 00:41:07,885 --> 00:41:11,597 Penyu menanam telurnya untuk melindungi daripada pemangsa 269 00:41:12,723 --> 00:41:17,269 dan pasir yang hangat dapat mengekalkan suhu yang sesuai. 270 00:41:19,396 --> 00:41:23,192 Namun, sesetengah dinosaur ada cara lain untuk menghangatkan telur. 271 00:41:25,068 --> 00:41:28,447 Kami fikir, sesetengah kumpulan dinosaur sengaja mengumpul 272 00:41:28,447 --> 00:41:30,657 dan menimbunkan tumbuhan reput. 273 00:41:31,700 --> 00:41:36,079 Ia bina timbunan kompos di atas sarang yang mempunyai telur. 274 00:41:38,415 --> 00:41:42,127 Burung bush turkey di Australia menggunakan teknik ini. 275 00:41:43,420 --> 00:41:45,339 Apabila tumbuhan itu hancur, 276 00:41:45,339 --> 00:41:48,759 ia membebaskan haba yang cukup untuk mengeram telur 277 00:41:48,759 --> 00:41:50,677 selama sekitar tujuh minggu. 278 00:41:53,055 --> 00:41:55,724 Namun, penemuan pada tahun 2010 279 00:41:56,517 --> 00:42:01,522 yang mendedahkan sesetengah dinosaur mempunyai cara lebih aneh 280 00:42:01,522 --> 00:42:03,148 untuk menghangatkan telur. 281 00:42:04,858 --> 00:42:07,569 Ia menggunakan haba daripada bumi sendiri. 282 00:42:09,488 --> 00:42:11,323 Di satu kawasan di Argentina 283 00:42:11,323 --> 00:42:13,700 yang mempunyai banyak penemuan telur sauropod, 284 00:42:13,700 --> 00:42:16,703 ia bersebelahan beberapa mata air geoterma. 285 00:42:17,287 --> 00:42:20,624 Kami merasakan, sauropod menggunakan aktiviti gunung berapi 286 00:42:20,624 --> 00:42:22,292 untuk menghangatkan telurnya. 287 00:42:24,628 --> 00:42:28,215 Di lokasi lain iaitu Deccan di India, 288 00:42:28,215 --> 00:42:32,052 antara kawasan gunung berapi paling aktif semasa penghujung Zaman Batu Kapur, 289 00:42:32,052 --> 00:42:33,971 lebih banyak bukti ditemui. 290 00:42:35,556 --> 00:42:38,308 Terbanyak banyak lapisan lava, 291 00:42:38,976 --> 00:42:42,396 dan di antara aliran lava itu, kami temui telur dinosaur. 292 00:42:46,441 --> 00:42:48,569 Dinosaur datang ke lokasi ini 293 00:42:48,569 --> 00:42:50,988 walaupun gunung berapi ini sangat aktif 294 00:42:50,988 --> 00:42:55,117 dan menggunakannya sebagai tapak bersarang selama berabad-abad. 295 00:43:01,164 --> 00:43:05,127 Dinosaur ada banyak cara untuk pastikan telurnya menetas... 296 00:43:07,296 --> 00:43:09,548 tapi kita boleh yakin akan satu perkara. 297 00:43:11,758 --> 00:43:14,553 Tekniknya sangat berkesan 298 00:43:15,262 --> 00:43:20,684 dan membantunya menguasai dunia selama lebih 150 juta tahun. 299 00:45:51,418 --> 00:45:53,420 Terjemahan sari kata oleh Hamizah