1 00:00:08,717 --> 00:00:10,552 {\an8}Dinosaur menguasai dunia... 2 00:00:10,552 --> 00:00:12,179 {\an8}DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 3 00:00:12,179 --> 00:00:14,806 {\an8}...selama lebih 150 juta tahun. 4 00:00:15,682 --> 00:00:18,727 Ia menduduki hampir setiap sudut dunia ini 5 00:00:19,311 --> 00:00:23,148 dan wujud hampir dalam pelbagai bentuk dan saiz. 6 00:00:24,358 --> 00:00:27,402 Ada yang amat luar biasa. 7 00:00:30,822 --> 00:00:34,535 Kini kita tahu T. rex perenang yang hebat... 8 00:00:36,787 --> 00:00:40,082 Velociraptor pemburu berbulu yang licik 9 00:00:42,000 --> 00:00:45,963 dan sesetengah dinosaur mempunyai kelakuan yang amat aneh. 10 00:00:48,841 --> 00:00:52,594 Tapi hampir setiap hari penemuan terbaharu diketahui 11 00:00:52,594 --> 00:00:57,641 yang menjelaskan lagi tentang kehidupan di dunia ini, 66 juta tahun lalu. 12 00:01:02,604 --> 00:01:05,482 Dalam Prehistoric Planet kali ini, 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,026 kami paparkan haiwan baharu 14 00:01:09,403 --> 00:01:13,740 dan pengetahuan baharu tentang cara ia mencari pasangan, 15 00:01:15,576 --> 00:01:18,203 cabaran yang dihadapi untuk menjaga keluarga 16 00:01:19,496 --> 00:01:21,415 dan pertempuran hebatnya. 17 00:01:29,506 --> 00:01:33,969 Saksikan zaman alam semula jadi memperlihatkan keajaibannya. 18 00:01:37,514 --> 00:01:41,727 Ini Prehistoric Planet 2. 19 00:01:54,656 --> 00:02:00,078 PAYA 20 00:02:01,121 --> 00:02:04,625 Tanah paya luas di timur laut Asia. 21 00:02:08,211 --> 00:02:13,425 Di kawasan rendah dan banjir ini, terdapat banyak pulau. 22 00:02:19,348 --> 00:02:23,101 Setiap satunya dikelilingi air yang mengalir perlahan... 23 00:02:26,522 --> 00:02:31,068 dan menjadikannya tempat perlindungan buat hidupan baharu. 24 00:02:36,740 --> 00:02:42,788 Seekor pterosaur muda, sejenis Azhdarchid. Baru beberapa jam dilahirkan. 25 00:02:51,547 --> 00:02:53,298 Berada di pulau ini 26 00:02:53,298 --> 00:02:57,511 bermakna ia selamat untuk lakukan langkah pertama. 27 00:03:09,690 --> 00:03:15,487 Ia sudah stabil berdiri, kini perlu cuba terbang pula. 28 00:03:18,448 --> 00:03:22,286 Ia perlu berlatih lagi untuk membiasakan diri. 29 00:03:25,998 --> 00:03:28,166 Walaupun tingginya baru 30 cm, 30 00:03:28,166 --> 00:03:32,504 ia akan membesar menjadi dinosaur dengan lebar sayap sembilan meter. 31 00:03:33,630 --> 00:03:36,967 Untuk itu, ia perlukan banyak makanan... 32 00:03:40,095 --> 00:03:43,807 tapi pulau kecil ini tak dapat membantunya. 33 00:03:48,979 --> 00:03:50,522 Ia perlu mengembara 34 00:03:51,190 --> 00:03:55,360 untuk makan di hutan berpaya yang mengelilingi pulau. 35 00:04:04,494 --> 00:04:09,291 Memang susah nak terbang kali pertama, terutamanya jika merentasi paya luas. 36 00:04:12,461 --> 00:04:14,546 Hari ini, angin sepoi-sepoi bahasa. 37 00:04:15,047 --> 00:04:17,925 Boleh membantunya untuk terbang. 38 00:04:36,109 --> 00:04:39,363 Tapi si muda ini belum cukup kuat. 39 00:05:01,301 --> 00:05:05,097 Shamosuchus. Pemangsa sepanjang 457 cm. 40 00:05:07,891 --> 00:05:10,018 Pulau ini boleh menjamin keselamatannya 41 00:05:10,519 --> 00:05:13,856 tapi perairan di sekeliling tidak selamat. 42 00:05:19,236 --> 00:05:23,323 Jika terjatuh, agak sukar untuk terbang semula. 43 00:05:29,580 --> 00:05:32,249 Ketinggian itu tak mencukupi. 44 00:05:43,552 --> 00:05:45,304 Beberapa pterosaur yang lebih kuat 45 00:05:45,304 --> 00:05:48,432 sudah hampir tiba di hutan. 46 00:05:51,018 --> 00:05:53,687 Yang lain masih perlu mencuba. 47 00:06:54,248 --> 00:06:56,625 Ajaibnya, ia terselamat. 48 00:06:58,293 --> 00:07:01,672 Inilah peluang untuk mengambil ganjarannya. 49 00:07:14,184 --> 00:07:18,647 Di hutan berpaya yang subur ini, ia boleh makan sepuasnya. 50 00:07:32,244 --> 00:07:34,872 Di tanah lembap di Amerika Selatan, 51 00:07:34,872 --> 00:07:39,334 musim panas yang panjang menjadikan suasana meriah. 52 00:07:40,961 --> 00:07:44,673 Paya ini dipenuhi pelbagai jenis haiwan. 53 00:07:53,724 --> 00:07:55,642 Pemburu pun berkumpul. 54 00:08:04,943 --> 00:08:08,238 Ikan banang sepanjang 91 cm yang ganas. 55 00:08:16,163 --> 00:08:19,875 Makanan buat Austroraptor. 56 00:08:25,714 --> 00:08:30,677 Ia seakan-akan Velociraptor, tapi lebih besar. 57 00:08:37,226 --> 00:08:42,147 Sepanjang enam meter dan seberat lebih 362 kg. 58 00:08:56,036 --> 00:08:59,540 Gigi dinosaur ini sama seperti buaya 59 00:08:59,540 --> 00:09:03,794 dan amat mahir menangkap ikan. 60 00:09:12,302 --> 00:09:15,556 Kebiasaannya, ia pemburu yang menyendiri. 61 00:09:17,307 --> 00:09:20,352 Tapi memandangkan bilangan ikan semasa musim panas meningkat, 62 00:09:21,728 --> 00:09:24,815 bilangan Austroraptor juga bertambah. 63 00:09:32,489 --> 00:09:36,785 Austroraptor paling besar cuba membolot kawasan paling banyak ikan. 64 00:09:41,331 --> 00:09:43,125 Ia tak suka pesaing. 65 00:10:01,101 --> 00:10:05,480 Bagi yang belum matang, waktu ini amat mencabar. 66 00:10:08,734 --> 00:10:12,821 Austroraptor jantan ini, dengan warna bulu yang masih muda, 67 00:10:12,821 --> 00:10:16,366 sukar mencari kawasan untuk dapatkan ikan. 68 00:10:21,371 --> 00:10:25,042 Namun, ada cara lain untuk dapatkan makanan di sini. 69 00:10:30,714 --> 00:10:35,344 Memandangkan ada banyak makanan, si dewasa suka membazir. 70 00:10:38,847 --> 00:10:42,351 Ia selalu makan bahagian ikan yang paling berkualiti. 71 00:10:49,399 --> 00:10:54,196 Bagi si muda, sisa makanan pun memadai. 72 00:10:56,365 --> 00:10:57,950 Tapi agak berisiko. 73 00:11:08,627 --> 00:11:11,547 Untuk dapatkannya, ia perlu licik. 74 00:11:34,319 --> 00:11:37,281 Cedera dan bertangan kosong. 75 00:11:40,033 --> 00:11:43,036 Disebabkan si dewasa masih makan di situ, 76 00:11:43,036 --> 00:11:44,955 mungkin akan ada peluang lain. 77 00:12:02,389 --> 00:12:05,893 Dua dinosaur dewasa berebut kawasan terbaik. 78 00:12:28,332 --> 00:12:31,168 Si muda perlu bertindak... 79 00:12:33,712 --> 00:12:35,923 dan beredar. 80 00:12:40,135 --> 00:12:41,136 Berjaya. 81 00:12:42,012 --> 00:12:44,515 Bukan sekadar sisa. 82 00:12:47,267 --> 00:12:48,519 Ia belajar perkara baharu. 83 00:12:49,436 --> 00:12:52,231 Apabila cuaca elok kembali tahun depan, 84 00:12:52,231 --> 00:12:56,652 mungkin ia boleh rebut kawasan tangkap ikannya sendiri. 85 00:13:05,744 --> 00:13:10,541 Di utara Madagascar, cuaca sudah pun berubah. 86 00:13:12,292 --> 00:13:17,422 Hujan pertama sejak berbulan-bulan menyuburkan tanah gersang ini. 87 00:13:25,597 --> 00:13:30,185 Lopak serta saluran dipenuhi air dan haiwan pun kembali. 88 00:13:53,333 --> 00:13:55,586 Bukan semuanya dinosaur. 89 00:14:04,094 --> 00:14:06,430 Menghendap di lopak berlumpur... 90 00:14:08,807 --> 00:14:11,560 seekor "raksasa." 91 00:14:25,032 --> 00:14:28,702 Beelzebufo, kodok puaka. 92 00:14:32,122 --> 00:14:37,044 Ia amat besar dan boleh menelan seekor dinosaur kecil. 93 00:14:39,880 --> 00:14:41,965 Tapi kodok jantan ini bukan mencari makanan. 94 00:14:44,218 --> 00:14:46,762 Ia sedang mencari pasangan. 95 00:14:49,890 --> 00:14:55,729 Kodok betina sangat cerewet, jadi ia perlu cari kawasan yang sesuai. 96 00:14:58,190 --> 00:15:00,817 Kemudian, barulah ia boleh menarik pasangannya ke situ. 97 00:15:15,207 --> 00:15:18,544 Bunyi kuak yang garau dapat didengari dari jauh. 98 00:15:45,612 --> 00:15:48,657 Bukan ini yang ia harapkan. 99 00:15:53,871 --> 00:15:56,957 Rapetosaur sepanjang 15 meter. 100 00:16:05,591 --> 00:16:10,137 Ia tertarik dengan kawasan ini kerana ada mandian lumpur. 101 00:16:14,099 --> 00:16:18,103 Bagi Beelzebufo, kehadirannya memburukkan keadaan. 102 00:16:34,286 --> 00:16:39,458 Kini lopaknya dikerumuni sauropod seberat 70,000 kg. 103 00:16:47,174 --> 00:16:49,343 Masa sangat suntuk. 104 00:16:51,678 --> 00:16:56,266 Kodok betina hanya akan mengawan pada permulaan musim hujan. 105 00:17:01,271 --> 00:17:03,023 Ia perlukan lopak baharu. 106 00:17:08,362 --> 00:17:09,363 Ada satu. 107 00:17:21,165 --> 00:17:23,085 Amat bahaya untuk ke sana. 108 00:18:05,085 --> 00:18:07,337 Akhirnya ia sampai... 109 00:18:09,923 --> 00:18:12,259 tapi kedatangannya disedari. 110 00:18:23,729 --> 00:18:27,274 Ada sebab ia digelar kodok puaka. 111 00:18:32,279 --> 00:18:34,656 Masa untuk "menyanyi" lagi... 112 00:18:38,410 --> 00:18:45,167 tapi panggilannya takkan didengari kerana bunyi sauropod yang puas hati. 113 00:18:54,635 --> 00:18:55,719 Mujurlah, 114 00:18:55,719 --> 00:19:00,849 rapetosaur lebih sukakan satu perkara berbanding berkubang dalam lumpur... 115 00:19:03,810 --> 00:19:06,271 iaitu makanan. 116 00:19:10,734 --> 00:19:12,778 Kawanan kebuluran ini beredar... 117 00:19:14,988 --> 00:19:19,409 sebelum itu, ia meninggalkan sesuatu yang berguna. 118 00:19:23,539 --> 00:19:28,544 Berpuluh-puluh kesan tapak kaki gergasi yang dipenuhi air. 119 00:19:37,886 --> 00:19:42,599 Sesuai untuk Beelzebufo menyambung usaha menarik pasangan. 120 00:20:04,830 --> 00:20:07,666 Kodok puaka boleh hidup di sini saja 121 00:20:07,666 --> 00:20:12,462 kerana setiap tahun, kawasan ini dibanjiri hujan bermusim. 122 00:20:15,048 --> 00:20:18,552 Akan tetapi, ada kawasan yang berubah cuaca 123 00:20:18,552 --> 00:20:20,888 dan hujannya tak menentu. 124 00:20:26,643 --> 00:20:32,524 Dulu, lembangan pedalaman di Amerika Utara ini ditenggelami air. 125 00:20:36,361 --> 00:20:40,282 Tapi setelah kemarau selama berdekad, tanah ini gersang. 126 00:20:47,664 --> 00:20:51,460 Namun, sesetengah dinosaur masih berkeliaran di sini. 127 00:21:02,137 --> 00:21:04,723 Kawanan pachycephalosaur, 128 00:21:06,058 --> 00:21:09,811 makhluk aneh dengan tengkorak tebal dan jendul. 129 00:21:22,282 --> 00:21:25,369 Ia lebih suka makan buah dan daun... 130 00:21:28,622 --> 00:21:33,961 tapi kini ia terpaksa makan akar dan serangga. 131 00:21:48,976 --> 00:21:51,937 Kawanan ini dipimpin oleh seekor jantan besar. 132 00:21:54,523 --> 00:22:00,445 Ia menjaga keamanan supaya yang lain boleh cari makanan dengan tenang. 133 00:22:17,379 --> 00:22:21,300 Tapi masalah akan tercetus dalam kawanan ini. 134 00:22:24,386 --> 00:22:27,139 Si jantan muda menunjuk kekuasaan dengan keganasan. 135 00:22:40,027 --> 00:22:45,991 Masa untuk jantan dominan menyedarkan kedudukannya atau mengusirnya. 136 00:22:55,876 --> 00:22:58,128 Ia melibas kepala berwarna-warninya... 137 00:23:05,385 --> 00:23:07,679 untuk cuba menakutkan si muda itu. 138 00:23:14,978 --> 00:23:17,314 Tapi ia takkan mengalah begitu saja. 139 00:24:07,155 --> 00:24:12,411 Tengkorak setebal 25 cm membolehkannya menahan tandukan kuat. 140 00:24:34,558 --> 00:24:36,518 Si jantan tua lebih berat, 141 00:24:37,936 --> 00:24:41,732 tapi si muda lebih tangkas dan bertenaga, 142 00:24:42,733 --> 00:24:45,569 jadi keadaan memihak kepadanya. 143 00:24:57,164 --> 00:24:58,999 Jeritan kejayaan. 144 00:25:10,219 --> 00:25:12,387 Tapi terlalu awal. 145 00:25:28,070 --> 00:25:31,073 Yang kalah perlu menanggung akibatnya. 146 00:25:38,622 --> 00:25:39,623 Diusir. 147 00:25:45,045 --> 00:25:49,216 Sendirian, ia akan alami kesukaran untuk menjaga dirinya. 148 00:25:55,097 --> 00:25:58,684 Tapi kehidupan di sini tidak mudah buat si pemenang juga, 149 00:25:58,684 --> 00:26:03,772 selagi air tidak kembali ke kawasan ini dengan cepat. 150 00:26:12,072 --> 00:26:14,491 Di serata benua yang luas ini, 151 00:26:14,491 --> 00:26:19,079 terdapat tanah paya seluas lebih 259,000 kilometer persegi... 152 00:26:21,957 --> 00:26:25,794 dan kebanyakannya kekal banjir sepanjang tahun. 153 00:26:33,051 --> 00:26:34,636 Semasa musim bunga, 154 00:26:34,636 --> 00:26:39,808 tumbuhan baharu menjadi tempat makan terbaik buat kawanan yang berhimpun. 155 00:26:55,324 --> 00:26:59,036 Tapi, selagi ada sebilangan besar pemakan tumbuhan... 156 00:27:01,663 --> 00:27:03,707 pemburu pun sentiasa ada. 157 00:27:15,260 --> 00:27:16,261 T. rex... 158 00:27:18,847 --> 00:27:22,142 pemangsa darat paling kuat di bumi. 159 00:27:24,895 --> 00:27:27,105 Biasanya, ia menyerang hendap mangsa... 160 00:27:30,359 --> 00:27:32,736 tapi memandangkan ada banyak mata memerhati... 161 00:27:34,905 --> 00:27:37,908 ini bukan masa sesuai untuk menyerang. 162 00:27:48,752 --> 00:27:50,629 Menjelang malam, 163 00:27:50,629 --> 00:27:54,758 beberapa kawanan yang telah meragut di kawasan terbuka 164 00:27:54,758 --> 00:27:57,344 pulang berlindung di hutan. 165 00:28:01,557 --> 00:28:05,519 Kini, keadaan memihak kepada pemangsa. 166 00:28:19,199 --> 00:28:23,245 Mata tyrannosaur lebih besar daripada dinosaur lain, 167 00:28:24,913 --> 00:28:27,958 dan membolehkannya melihat dengan jelas pada waktu malam. 168 00:28:48,687 --> 00:28:53,025 Ia juga dapat bergerak meredah hutan dengan senyap, 169 00:28:53,692 --> 00:28:56,445 disebabkan tapak kakinya yang berlapik. 170 00:29:07,581 --> 00:29:09,917 Kawanan edmontosaur. 171 00:29:21,220 --> 00:29:22,721 Ia tiada "senjata," 172 00:29:22,721 --> 00:29:26,934 tapi sama besar seperti T. rex dan dua kali lebih laju. 173 00:29:31,438 --> 00:29:33,899 Untuk menangkapnya, T. rex perlu licik. 174 00:29:46,245 --> 00:29:50,457 Setiap pemburu mengambil tempat dengan berhati-hati. 175 00:30:00,634 --> 00:30:04,263 Kemudian, seekor T. rex sengaja membuat bising. 176 00:30:16,692 --> 00:30:19,528 Edmontosaur cemas. 177 00:30:28,829 --> 00:30:30,956 Ia tahu pemburu berada hampir, 178 00:30:32,040 --> 00:30:34,543 tapi tidak tahu di mana lokasi sebenarnya. 179 00:30:37,713 --> 00:30:39,631 Masa untuk mulakan langkah. 180 00:30:43,218 --> 00:30:44,928 Seekor T. rex meluru keluar. 181 00:30:55,272 --> 00:31:01,737 Kawanan itu panik dan lari ke arah T. rex lain yang menunggu untuk menyerang. 182 00:31:42,361 --> 00:31:44,947 Strategi yang bijak... 183 00:31:49,117 --> 00:31:53,330 oleh antara pemangsa darat terhebat yang pernah wujud... 184 00:31:58,794 --> 00:32:02,714 di paya planet prasejarah kita. 185 00:32:12,975 --> 00:32:15,978 PREHISTORIC PLANET: DISINGKAP 186 00:32:19,273 --> 00:32:22,109 BENARKAH PACHYCEPHALOSAUR SUKA MENANDUK? 187 00:32:22,109 --> 00:32:26,363 Ini tengkorak seekor pachycephalosaur, 188 00:32:26,363 --> 00:32:28,824 pemakan tumbuhan sepanjang lima meter. 189 00:32:29,950 --> 00:32:32,202 Walaupun sudah dikaji sejak bertahun-tahun, 190 00:32:32,202 --> 00:32:37,374 kami masih cuba memahami sebab ia miliki kepala berbentuk aneh ini. 191 00:32:48,051 --> 00:32:50,220 {\an8}Ciri pachycephalosaur yang paling ketara tentulah... 192 00:32:50,220 --> 00:32:51,680 {\an8}DR. SUSANNAH MAIDMENT MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI 193 00:32:51,680 --> 00:32:53,515 {\an8}...kepala jendulnya yang kelihatan aneh. 194 00:32:56,768 --> 00:33:01,815 Di sekeliling kepalanya terdapat tuberkel, bonjolan dan rumbai. 195 00:33:02,441 --> 00:33:04,484 Ia nampak seperti naga. 196 00:33:06,528 --> 00:33:07,821 {\an8}PROFESOR PAUL BARRETT MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI 197 00:33:07,821 --> 00:33:09,573 {\an8}Apabila kali pertama mereka lihat tengkorak tebal dan jendul itu, 198 00:33:09,573 --> 00:33:11,867 {\an8}ia mungkin setebal 30 cm 199 00:33:12,701 --> 00:33:14,536 dan dianggap sangat kukuh. 200 00:33:14,536 --> 00:33:17,664 Ada pendapat yang mungkin ia digunakan untuk menanduk 201 00:33:17,664 --> 00:33:19,875 bagi merebut status sosial. 202 00:33:22,211 --> 00:33:26,757 Hari ini, haiwan seperti kambing bertanduk besar menanduk sebegitu. 203 00:33:28,717 --> 00:33:32,137 Tengkorak tebal membantu melindungi otaknya daripada gegaran. 204 00:33:35,307 --> 00:33:39,686 Tapi adakah ini menjelaskan fungsi sebenar kepala jendul pachycephalosaur? 205 00:33:43,232 --> 00:33:46,401 Beberapa ahli paleontologi berpendapat bahagian dalam tengkorak perlu dilihat. 206 00:33:47,736 --> 00:33:50,864 Mereka membelah beberapa kepala jendul pachycephalosaur 207 00:33:50,864 --> 00:33:54,243 dan mendapati ia tidak cukup kuat 208 00:33:54,243 --> 00:33:57,204 untuk menampung gegaran tandukan. 209 00:33:58,372 --> 00:34:04,419 Akan tetapi, mereka menemui perkara lain yang menjelaskan kegunaan lain jendul itu. 210 00:34:05,629 --> 00:34:09,591 Permukaannya mempunyai jaringan gentian kecil. 211 00:34:11,176 --> 00:34:14,137 Mungkin ia menampung kulit berwarna terangnya 212 00:34:14,137 --> 00:34:16,139 yang digunakan untuk menarik pasangan. 213 00:34:17,808 --> 00:34:24,147 Teori baharu ini seperti diterima sehinggalah tahun 2013, 214 00:34:24,857 --> 00:34:27,317 apabila terdapat penemuan baharu. 215 00:34:29,360 --> 00:34:31,237 Seekor pachycephalosaur ditemui 216 00:34:31,237 --> 00:34:37,034 dengan parut yang menunjukkan ia alami kecederaan di bahagian atas kepala 217 00:34:38,661 --> 00:34:40,956 dan bukan sekali itu saja. 218 00:34:41,998 --> 00:34:45,127 Mereka pulang dan memeriksa koleksi muzium bersejarah 219 00:34:45,127 --> 00:34:48,172 dan mendapati sebenarnya terdapat banyak bukti kesan sebegitu 220 00:34:48,172 --> 00:34:51,925 di bahagian yang sama pada beberapa ekor pachycephalosaur. 221 00:34:53,802 --> 00:34:56,679 Bukti ini menunjukkan yang ia mungkin menanduk. 222 00:35:02,394 --> 00:35:04,646 Jadi, adakah tengkoraknya cukup kuat 223 00:35:04,646 --> 00:35:07,816 untuk melindungi otaknya? 224 00:35:11,153 --> 00:35:15,490 Bagi mengetahui jawapannya, saintis menggunakan teknologi imbasan terkini. 225 00:35:17,159 --> 00:35:20,996 Kami guna imbasan CT untuk hasilkan model tulang maya, 226 00:35:20,996 --> 00:35:24,124 kemudian kami gunakan imej itu untuk lakukan ujian kejuruteraan 227 00:35:24,124 --> 00:35:28,337 sama seperti kita uji bahagian pesawat atau implan pinggul. 228 00:35:29,588 --> 00:35:33,258 Ujian itu memberikan pengesahan terakhir. 229 00:35:37,429 --> 00:35:39,181 Hasilnya ialah jendul pachycephalosaur 230 00:35:39,181 --> 00:35:42,059 boleh menampung daya yang sangat kuat. 231 00:35:44,311 --> 00:35:47,397 Daya itu sama seperti pemain bola Amerika 232 00:35:47,397 --> 00:35:49,066 yang saling berlanggar. 233 00:35:54,780 --> 00:35:58,325 Kini kita tahu pachycephalosaur menggunakan kepalanya 234 00:35:58,325 --> 00:35:59,952 sebagai senjata maut... 235 00:36:02,287 --> 00:36:04,206 dan pameran berwarna-warni. 236 00:36:07,292 --> 00:36:12,297 Dua ciri yang menunjukkan kehebatannya di dunia prasejarah. 237 00:38:46,201 --> 00:38:48,203 Terjemahan sari kata oleh Hamizah