1 00:00:08,717 --> 00:00:10,552 {\an8}Dinosaur menguasai dunia... 2 00:00:10,552 --> 00:00:12,179 {\an8}DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 3 00:00:12,179 --> 00:00:14,806 {\an8}...selama lebih 150 juta tahun. 4 00:00:15,682 --> 00:00:18,727 Ia menduduki hampir setiap sudut dunia ini 5 00:00:19,311 --> 00:00:23,148 dan wujud hampir dalam pelbagai bentuk dan saiz. 6 00:00:24,358 --> 00:00:27,402 Ada yang amat luar biasa. 7 00:00:30,822 --> 00:00:34,535 Kini kita tahu T. rex perenang yang hebat... 8 00:00:36,787 --> 00:00:40,082 Velociraptor pemburu berbulu yang licik, 9 00:00:42,000 --> 00:00:45,963 dan sesetengah dinosaur mempunyai kelakuan yang amat aneh. 10 00:00:48,841 --> 00:00:52,594 Tapi hampir setiap hari penemuan terbaharu diketahui 11 00:00:52,594 --> 00:00:57,641 yang menjelaskan lagi tentang kehidupan di dunia ini, 66 juta tahun lalu. 12 00:01:02,604 --> 00:01:05,482 Dalam Prehistoric Planet kali ini, 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,026 kami paparkan haiwan baharu 14 00:01:09,403 --> 00:01:13,740 dan pengetahuan baharu tentang cara ia mencari pasangan, 15 00:01:15,576 --> 00:01:18,203 cabaran yang dihadapi untuk menjaga keluarga 16 00:01:19,496 --> 00:01:21,415 dan pertempuran hebatnya. 17 00:01:29,506 --> 00:01:33,969 Saksikan zaman alam semula jadi memperlihatkan keajaibannya. 18 00:01:37,514 --> 00:01:41,727 Ini Prehistoric Planet 2. 19 00:01:54,823 --> 00:02:00,078 LAUT 20 00:02:04,499 --> 00:02:05,584 Laut. 21 00:02:06,877 --> 00:02:10,172 Habitat terbesar di planet prasejarah... 22 00:02:14,426 --> 00:02:18,514 dan tempat tinggal satu daripada pemangsa terbesar yang pernah wujud... 23 00:02:24,937 --> 00:02:27,064 mosasaur gergasi. 24 00:02:46,792 --> 00:02:51,463 Tapi bukan semua mosasaur merupakan "raksasa" ganas sepanjang 15 meter. 25 00:02:52,965 --> 00:02:56,677 Phosphorosaurus, yang sedang berlindung di dalam terumbu. 26 00:02:58,470 --> 00:03:00,722 Ia pun sejenis mosasaur. 27 00:03:01,265 --> 00:03:04,560 Antara yang paling kecil, kurang dari tiga meter. 28 00:03:08,313 --> 00:03:11,775 Ia menghabiskan waktu siang bersembunyi daripada bahaya. 29 00:03:15,821 --> 00:03:21,034 Tapi sekali dua dalam sejam, ia perlu bergegas ke permukaan untuk bernafas. 30 00:03:25,914 --> 00:03:29,459 Seperti mosasaur lain, ia bernafas menggunakan udara. 31 00:03:37,092 --> 00:03:39,928 Ia nampak kecil apabila bersama mosasaur lebih besar. 32 00:03:47,728 --> 00:03:51,106 Tapi ia pun pemangsa berbahaya... 33 00:03:54,359 --> 00:03:57,154 dan tidak selalu bersembunyi. 34 00:04:00,032 --> 00:04:03,160 Apabila tiba waktunya, ia menjadi pemburu. 35 00:04:07,956 --> 00:04:11,084 Waktunya adalah semasa matahari terbenam. 36 00:04:30,771 --> 00:04:35,400 Menjelang malam, dunia dalam airnya berubah. 37 00:04:52,709 --> 00:04:57,464 Sekarang, berbilion makhluk mula muncul dari dasar 38 00:04:57,464 --> 00:04:59,466 untuk mencari makanan berdekatan permukaan. 39 00:05:04,137 --> 00:05:10,060 Penghijrahan besar-besaran di Bumi berlaku hampir dalam kegelapan 40 00:05:11,812 --> 00:05:15,649 dan hanya dapat dilihat menggunakan kamera penglihatan malam. 41 00:05:22,197 --> 00:05:27,744 Pelawat waktu malam yang paling menakjubkan ialah sejenis ikan lantera. 42 00:05:32,291 --> 00:05:37,796 Cahaya samar dan menakutkan terhasil daripada tindak balas kimia dalam badan. 43 00:05:44,761 --> 00:05:49,641 Sinaran biopendarcahaya ini boleh digunakan untuk mengelirukan pemangsa. 44 00:05:52,811 --> 00:05:58,233 Apabila dilihat dari bawah, sinaran itu membolehkannya menyamar 45 00:05:58,233 --> 00:06:01,528 dan bersembunyi di permukaan laut yang disinari cahaya bulan. 46 00:06:05,782 --> 00:06:10,495 Tapi ia tak dapat bersembunyi daripada Phosphorosaurus. 47 00:06:14,499 --> 00:06:18,462 Dengan saiz sebegitu, matanya adalah yang terbesar dalam kalangan mosasaur... 48 00:06:21,548 --> 00:06:25,928 dan membolehkannya membezakan samaran itu dan mengesan mangsa. 49 00:06:46,782 --> 00:06:48,784 Menjelang subuh, 50 00:06:48,784 --> 00:06:52,412 kawanan yang berhijrah itu tenggelam semula ke dasar. 51 00:06:55,082 --> 00:07:01,004 Phosphorosaurus pun perlu kembali ke tempat persembunyian waktu siangnya. 52 00:07:07,302 --> 00:07:10,931 Mosasaur terbesar kembali mencari mangsa. 53 00:07:27,614 --> 00:07:31,577 Ia perlu tunggu sehingga malam untuk memburu dengan selamat lagi. 54 00:07:41,587 --> 00:07:45,716 Waktu siang, laut prasejarah membekalkan peluang 55 00:07:45,716 --> 00:07:48,010 buat pemburu yang amat berbeza. 56 00:07:53,724 --> 00:07:56,560 Dalam lautan Amerika Utara yang hangat dan cetek, 57 00:07:56,560 --> 00:08:01,148 bilangan ikan hampir menyamai kawanan ikan lantera yang nokturnal. 58 00:08:10,240 --> 00:08:16,580 Ia merupakan daya penarik bagi Hesperornis sepanjang dua meter. 59 00:08:33,429 --> 00:08:39,520 Walaupun Hesperornis tak boleh terbang, ia amat biasa dengan laut. 60 00:08:56,870 --> 00:09:00,874 Kaki yang besar dan kuat membolehkannya bergerak lincah. 61 00:09:03,502 --> 00:09:06,797 Ikan yang bernasib malang tak dapat melarikan diri 62 00:09:06,797 --> 00:09:10,968 setelah tertangkap dalam paruh yang dipenuhi gigi tajam. 63 00:09:25,107 --> 00:09:28,819 Hesperornis dapat menikmati ganjarannya sekejap saja. 64 00:09:31,989 --> 00:09:35,325 Xiphactinus, dikenali sebagai ikan-X. 65 00:09:37,661 --> 00:09:41,623 Tak lama kemudian, peluang untuk makan menarik begitu banyak ikan ini. 66 00:09:47,045 --> 00:09:53,051 Sepanjang lebih lima meter, ia antara ikan terbesar dan terlaju di laut. 67 00:10:07,524 --> 00:10:12,654 Dengan mulut yang besar, Xiphactinus boleh memakan beberapa ekor ikan sekali gus 68 00:10:12,654 --> 00:10:16,950 dan pernah menelan mangsa yang separuh daripada saiznya. 69 00:10:22,706 --> 00:10:25,292 Mulanya, ada banyak ikan untuk dikongsi. 70 00:10:27,628 --> 00:10:33,008 Tapi apabila ikan berkurang, ikan-X mencari mangsa lain. 71 00:10:37,137 --> 00:10:39,973 Pemangsa bakal menjadi mangsa. 72 00:10:57,824 --> 00:11:04,206 Hesperornis cuma ada satu pilihan: berenang menyelamatkan diri. 73 00:11:22,933 --> 00:11:24,977 Xiphactinus lebih laju. 74 00:11:27,229 --> 00:11:29,731 Hesperornis lebih lincah. 75 00:11:44,204 --> 00:11:49,126 Tapi bagi ikan-X, apa saja boleh dijadikan makanan... 76 00:11:54,047 --> 00:11:56,258 termasuklah spesies sendiri. 77 00:12:05,517 --> 00:12:08,937 Dalam masa beberapa minit, makanan hampir habis... 78 00:12:11,732 --> 00:12:13,775 dan pemangsa pun beredar. 79 00:12:24,703 --> 00:12:29,082 Bahaya di lautan bukan sekadar daripada pemangsa berbahaya saja. 80 00:12:29,082 --> 00:12:32,002 Laut sendiri pun boleh mendatangkan bahaya. 81 00:12:42,971 --> 00:12:46,016 Di sekitar pulau di Eropah prasejarah ini, 82 00:12:46,016 --> 00:12:50,521 kekuatan arus yang menjadi cabaran buat penghuninya. 83 00:12:54,107 --> 00:12:56,902 Terutamanya bagi hidupan paling kecil. 84 00:13:11,625 --> 00:13:14,169 Ini telur amonit. 85 00:13:16,088 --> 00:13:17,381 Ada beribu-ribu biji. 86 00:13:23,387 --> 00:13:25,681 Ia hanyut ke pesisir... 87 00:13:30,060 --> 00:13:31,770 ke kolam pasang surut. 88 00:13:41,321 --> 00:13:45,492 Di sinia mempunyai peluang untuk membesar jauh daripada bahaya. 89 00:13:49,830 --> 00:13:53,458 Telur ini kecil, setiap satu tidak sampai dua sentimeter. 90 00:13:57,796 --> 00:14:01,341 Kini, si anak di dalam telur akan menetas. 91 00:14:12,603 --> 00:14:15,063 Ia bergerak menggunakan pendorongan jet. 92 00:14:15,981 --> 00:14:19,109 Tapi bukan mudah mahu kuasai kemahiran berenang baharu. 93 00:14:29,369 --> 00:14:33,415 Sehingga kini, kolam ini menjadi "pusat jagaan." 94 00:14:34,750 --> 00:14:39,254 Tapi apabila air surut, ia terasing. 95 00:14:46,929 --> 00:14:49,181 Yang lain boleh melepaskan diri. 96 00:14:54,269 --> 00:14:56,230 Tapi bagi amonit yang kecil, 97 00:14:56,230 --> 00:15:00,067 pusat jagaannya boleh jadi perangkap maut dalam sekelip mata. 98 00:15:07,616 --> 00:15:12,704 Di bawah terik tengah hari, air dalam kolam mula tersejat. 99 00:15:15,249 --> 00:15:18,585 Jika kering sepenuhnya, semua amonit akan mati. 100 00:15:24,049 --> 00:15:25,801 Tapi masih ada harapan. 101 00:15:27,302 --> 00:15:30,013 Amonit kecil boleh buat sesuatu yang ajaib. 102 00:15:31,849 --> 00:15:36,186 Setiap satu cuba membebaskan diri, membuatkannya bercantum. 103 00:15:39,523 --> 00:15:43,402 Usaha ini bermaksud ia dapat bergerak bersama-sama. 104 00:15:46,613 --> 00:15:50,534 Ia bergerak seperti arus kecil, 105 00:15:52,202 --> 00:15:55,372 menolak merentasi batu oleh amonit di belakang... 106 00:16:00,836 --> 00:16:04,298 lalu masuk ke air lebih dalam. 107 00:16:09,178 --> 00:16:12,347 Kini ia menunggu air pasang. 108 00:16:42,836 --> 00:16:44,755 Tapi bukan semua berjaya melepaskan diri. 109 00:16:49,468 --> 00:16:52,054 Banyak juga tersadai... 110 00:16:57,726 --> 00:17:02,981 dan menjadi makanan buat si pemburu, seperti anak Pyroraptors ini. 111 00:17:13,407 --> 00:17:17,996 Selebihnya dihanyutkan oleh arus deras, jauh dari darat. 112 00:17:23,335 --> 00:17:28,799 Malah sejauh ini, pusat Lautan Pasifik. 113 00:17:31,510 --> 00:17:35,013 Atol gergasi ini dan lagun di tengahnya 114 00:17:35,013 --> 00:17:38,684 memberikan satu-satunya perlindungan sepanjang beribu kilometer. 115 00:17:46,233 --> 00:17:52,614 Di tempat terpencil ini, Tuarangisaurus, sejenis elasmosaur, berlindung. 116 00:18:04,334 --> 00:18:08,088 Tapi di luar kawasan cetek, keadaannya berbeza. 117 00:18:13,719 --> 00:18:18,390 Setiap hari, elasmosaur perlu berenang ke kawasan lebih dalam. 118 00:18:24,104 --> 00:18:30,110 Ngarai dalam tembok atol bermula dari kawasan cetek ke tempat makan. 119 00:18:34,823 --> 00:18:38,869 Laut dalam ini menarik perhatian bukan saja elasmosaur kelaparan, 120 00:18:39,745 --> 00:18:42,080 malah pemangsa yang memburunya juga. 121 00:18:49,338 --> 00:18:51,340 Terbesar di lautan. 122 00:18:55,677 --> 00:18:58,597 Mosasaurus sepanjang 15 meter. 123 00:19:13,946 --> 00:19:19,993 Nutrien dari dasar laut memastikan bilangan ikan sentiasa banyak. 124 00:19:25,666 --> 00:19:29,711 Badan bergaris arus dan empat sirip kuat 125 00:19:29,711 --> 00:19:32,631 membolehkan elasmosaur bergerak laju. 126 00:19:39,054 --> 00:19:43,016 Tapi rutin makanan hariannya membuatkan pergerakannya mudah dijangka 127 00:19:44,351 --> 00:19:47,396 bagi pemburu yang bijak dan tenang. 128 00:20:00,784 --> 00:20:04,121 Mosasaurus suka menyerang hendap. 129 00:20:09,418 --> 00:20:15,883 Haiwan gergasi ini menggunakan ekor besarnya untuk memecut laju. 130 00:20:29,188 --> 00:20:31,273 Kali ini, tidak bernasib baik. 131 00:20:41,533 --> 00:20:44,036 Malah, kebanyakan pemburuannya gagal. 132 00:20:47,206 --> 00:20:50,334 Tapi disebabkan banyak elasmosaur mendiami kawasan ini, 133 00:20:50,334 --> 00:20:53,921 ia boleh dapat peluang kedua dengan cepat. 134 00:21:10,771 --> 00:21:17,236 Menyamar di dasar ngarai yang gelap, mosasaur mendekati tanpa disedari... 135 00:21:19,780 --> 00:21:23,951 menunggu elasmosaur muda dan tidak berpengalaman. 136 00:21:24,826 --> 00:21:26,578 Mangsa yang ideal. 137 00:21:50,394 --> 00:21:53,897 Mosasaurus boleh menyerang mangsa dengan kuat 138 00:21:53,897 --> 00:21:56,233 sehingga impak itu saja boleh membunuh. 139 00:21:58,402 --> 00:22:04,449 Serangan sangat pantas sehingga elasmosaur tidak menjangkakannya. 140 00:22:09,955 --> 00:22:16,920 Kehidupan di lautan boleh jadi berbahaya, bukan saja kerana hidupan besar. 141 00:22:19,214 --> 00:22:22,384 Antara anak amonit yang melepaskan diri ke kolam pasang surut, 142 00:22:22,384 --> 00:22:26,597 tidak banyak yang mampu bertahan selama beberapa bulan di laut. 143 00:22:29,850 --> 00:22:32,728 Tapi segelintir amonit ini amat bernasib baik. 144 00:22:34,271 --> 00:22:38,692 Arus laut membawanya ke tempat tinggal yang ideal: 145 00:22:40,319 --> 00:22:43,280 rumput laut di dasar pantai di Eropah. 146 00:22:53,498 --> 00:22:59,004 Di sini, sekawan amonit boleh ditemui dalam pelbagai saiz... 147 00:23:00,422 --> 00:23:01,590 dan bentuk. 148 00:23:24,321 --> 00:23:28,742 Hidupan aneh dan besar sepanjang 1.83 meter ini ialah Baculites, 149 00:23:28,742 --> 00:23:31,328 yang mencari makanan berhampiran dasar laut. 150 00:23:39,211 --> 00:23:41,922 Hampir menyamai saiznya, 151 00:23:41,922 --> 00:23:46,468 Diplomoceras, yang berbentuk seperti klip kertas gergasi. 152 00:23:54,476 --> 00:23:59,189 Semuanya hidup sihat di sini, disebabkan ada banyak makanan. 153 00:24:02,025 --> 00:24:07,948 Plankton. Krustasea kecil. Ada juga yang memakan ikan. 154 00:24:19,751 --> 00:24:22,337 Anak tetasan ini mula memperoleh 155 00:24:22,337 --> 00:24:26,091 bentuk luar biasa yang akan dimilikinya apabila matang. 156 00:24:28,552 --> 00:24:33,223 Pusaran timbul ini dikenali sebagai Nostoceras muda. 157 00:24:39,855 --> 00:24:42,316 Ini Nostoceras dewasa. 158 00:24:44,067 --> 00:24:47,446 Ia suka makan di dasar laut kawasan lebih dalam. 159 00:25:10,636 --> 00:25:14,223 Amonit hidup sihat di lautan prasejarah 160 00:25:14,223 --> 00:25:17,434 selama hampir 400 juta tahun. 161 00:25:24,733 --> 00:25:26,652 Ada beribu-ribu spesies. 162 00:25:37,079 --> 00:25:41,333 Ia antara kumpulan haiwan paling berjaya yang pernah wujud... 163 00:25:44,586 --> 00:25:51,385 boleh hidup di laut hangat dan bersuhu sederhana dan juga di kutub paling sejuk. 164 00:25:57,850 --> 00:26:02,729 Contohnya di sini, lautan beku sekitar Antartik. 165 00:26:13,115 --> 00:26:19,288 Selepas musim sejuk yang hampir menggelapkan, matahari mencairkan ais... 166 00:26:21,206 --> 00:26:25,711 membolehkannya digunakan sekali lagi oleh pelawat bermusim yang besar. 167 00:26:30,465 --> 00:26:34,344 Morturneria, spesies elasmosaur yang aneh. 168 00:26:36,388 --> 00:26:38,098 Ia berdarah panas 169 00:26:38,098 --> 00:26:42,895 dan mempunyai lapisan lemak tebal yang mengekalkan haba dalam badannya. 170 00:26:48,150 --> 00:26:52,321 Ia antara haiwan paling misteri dan licik di dunia. 171 00:26:56,116 --> 00:27:01,163 Kawanan ini telah berhijrah hampir 3,219 kilometer dari Amerika Selatan 172 00:27:02,831 --> 00:27:05,501 untuk tiba di sini sebelum musim bunga. 173 00:27:09,338 --> 00:27:14,718 Ini kali pertama anak Morturneria tahun ini melihat ais laut. 174 00:27:18,013 --> 00:27:21,016 Amat berbahaya buat reptilia yang bernafas menggunakan udara. 175 00:27:26,813 --> 00:27:30,817 Ia hanya dapat mengambil nafas apabila ada lubang pada ais. 176 00:27:33,195 --> 00:27:36,281 Morturneria dewasa perlu bergerak berhati-hati untuk mencari lubang 177 00:27:37,032 --> 00:27:39,326 dan si anak perlu mengikut rapat. 178 00:27:54,424 --> 00:28:00,097 Perairan sejuk ini habitat terbaik buat makanan kesukaan gergasi ini. 179 00:28:03,851 --> 00:28:08,522 Lumpur kutub dipenuhi hidupan kecil. 180 00:28:14,278 --> 00:28:19,575 Terdapat beratus-ratus haiwan kecil di setiap kawasan dasar laut. 181 00:28:26,164 --> 00:28:30,627 Amat mencabar mahu asingkan makanan daripada lumpur melekit. 182 00:28:34,131 --> 00:28:36,675 Tapi ia ada penyelesaian bijak. 183 00:28:39,094 --> 00:28:43,390 Setelah membuat satu suapan, ia menutup rahang dengan separuh 184 00:28:45,309 --> 00:28:49,438 dan menghasilkan penapis gergasi untuk mengasingkan makanan. 185 00:28:54,610 --> 00:28:59,823 Haiwan ini saja yang mempunyai gigi evolusi untuk makan begini. 186 00:29:31,355 --> 00:29:34,775 Morturneria akan makan di sini sepanjang musim panas 187 00:29:34,775 --> 00:29:38,862 sehingga air membeku semula semasa musim sejuk. 188 00:29:51,250 --> 00:29:55,128 Di laut yang hangat, ia akan berdepan cabaran lain. 189 00:29:58,298 --> 00:30:03,011 Tapi haiwan paling pintar ini akan sentiasa menjumpai peluang 190 00:30:04,429 --> 00:30:08,100 di laut luas planet prasejarah. 191 00:30:19,570 --> 00:30:24,575 {\an8}PREHISTORIC PLANET: DISINGKAP 192 00:30:24,575 --> 00:30:28,370 {\an8}SELAJU MANAKAH SEEKOR MOSASAUR? 193 00:30:29,371 --> 00:30:34,001 Kawasan darat planet prasejarah dikuasai dinosaur. 194 00:30:34,668 --> 00:30:38,964 Tapi lautan pula dikuasai sekumpulan reptilia yang amat berbeza: 195 00:30:38,964 --> 00:30:40,340 mosasaur. 196 00:30:40,841 --> 00:30:43,385 Ini tengkorak satu daripadanya. 197 00:30:49,558 --> 00:30:53,312 Mosasaur ialah biawak dalam laut. 198 00:30:53,312 --> 00:30:57,733 {\an8}Cuba bayangkan biawak Komodo bersaiz paus yang besar dan berenang. 199 00:30:57,733 --> 00:30:59,902 {\an8}DR. MICHAEL HABIB UNIVERSITI CALIFORNIA 200 00:31:01,153 --> 00:31:06,325 Muncung tirus, kulit kasar, empat insang menggantikan anggota normal, 201 00:31:06,825 --> 00:31:11,872 serta ekor panjang yang kelihatan seperti ekor jerung yang terbalik. 202 00:31:12,998 --> 00:31:14,791 Itulah mosasaur. 203 00:31:19,296 --> 00:31:22,883 Mosasaur terbesar ialah Mosasaurus hoffmanni. 204 00:31:25,010 --> 00:31:26,887 Ia pemangsa yang menyerang hendap. 205 00:31:27,846 --> 00:31:30,599 Tapi apakah rahsia kejayaannya? 206 00:31:34,394 --> 00:31:36,522 {\an8}Ia boleh berubah daripada pegun... 207 00:31:36,522 --> 00:31:38,607 {\an8}KIERSTEN FORMOSO UNIVERSITI CALIFORNIA SELATAN 208 00:31:38,607 --> 00:31:41,026 {\an8}...dan bergerak laju dalam sekelip mata. 209 00:31:41,735 --> 00:31:45,864 Di dunia moden, ciri itu dapat dilihat pada reptilia seperti buaya. 210 00:31:54,164 --> 00:31:58,168 Ototnya membolehkannya meluru dengan penuh kekuatan. 211 00:32:01,922 --> 00:32:04,842 Mosasaurus ialah reptilia dan sejenis biawak, 212 00:32:04,842 --> 00:32:07,636 jadi ia mungkin memiliki ciri-ciri itu dalam ototnya. 213 00:32:11,807 --> 00:32:14,434 Ia juga mempunyai satu ciri 214 00:32:15,018 --> 00:32:17,604 yang dapat meningkatkan elemen kejutan. 215 00:32:19,189 --> 00:32:21,900 Antara perkara paling rumit tentang berenang ialah 216 00:32:21,900 --> 00:32:25,279 ia perlukan dinamik tertentu untuk mulakan pergerakan dengan cepat, 217 00:32:25,279 --> 00:32:28,323 untuk membina kelajuan seperti pelari pecut. 218 00:32:28,323 --> 00:32:33,829 Antara cara terbaik untuk dapatkannya dengan membengkok kepada bentuk C 219 00:32:33,829 --> 00:32:36,874 kemudian menolak air menggunakan sisi badan. 220 00:32:37,958 --> 00:32:40,210 Ikan pada zaman kini menggunakan teknik ini. 221 00:32:41,378 --> 00:32:42,921 Dikenali sebagai permulaan-C, 222 00:32:43,505 --> 00:32:49,052 {\an8}teknik ini membolehkannya memecut dari pegun ke kelajuan maksimum. 223 00:32:49,052 --> 00:32:50,429 {\an8}HALAJU - PECUTAN - JAM 224 00:32:50,429 --> 00:32:53,765 {\an8}Ada kemungkinan mosasaur dapat lakukan sesuatu yang sama 225 00:32:53,765 --> 00:32:55,893 tapi sudah tentu pada skala lebih besar. 226 00:33:02,107 --> 00:33:08,572 Selaju manakah gergasi seperti Mosasaurus hoffmanni berenang? 227 00:33:09,531 --> 00:33:16,079 Bagi mengetahuinya, kru Prehistoric Planet menjalankan kajian saintifik yang unik. 228 00:33:18,957 --> 00:33:22,753 Sebelum ini, tiada siapa pernah cuba mengira 229 00:33:22,753 --> 00:33:25,881 nilai prestasi sebegini secara mendalam. 230 00:33:25,881 --> 00:33:27,674 Kajian kami antara percubaan pertama 231 00:33:27,674 --> 00:33:31,637 untuk membuktikan kebolehan haiwan ini. 232 00:33:31,637 --> 00:33:35,641 Hasil yang kami dapat agak mengagumkan. 233 00:33:35,641 --> 00:33:37,267 {\an8}KEPANJANGAN BADAN 234 00:33:38,352 --> 00:33:40,521 {\an8}Mereka melakukan perkiraan sebanyak empat kali... 235 00:33:40,521 --> 00:33:41,605 {\an8}10,886 KG 12.8 METER 236 00:33:41,605 --> 00:33:42,856 {\an8}...bagi memastikan mereka betul. 237 00:33:42,856 --> 00:33:45,275 {\an8}KEPANJANGAN EKOR 238 00:33:45,275 --> 00:33:49,196 {\an8}Keempat-empat percubaan berbeza membawa kesimpulan yang sama. 239 00:33:50,572 --> 00:33:53,992 Haiwan ini dapat menjana pecutan yang amat tinggi. 240 00:34:11,844 --> 00:34:15,931 Ia mampu berenang sejauh 75 peratus daripada panjang badannya 241 00:34:15,931 --> 00:34:17,641 dalam satu saat. 242 00:34:18,766 --> 00:34:23,397 Maksudnya, jika mosasaur itu 17 meter daripada kita, 243 00:34:23,397 --> 00:34:26,900 dalam satu saat, ia akan berada 75 peratus lebih dekat. 244 00:34:26,900 --> 00:34:29,360 Pada saat kedua, ia akan melepasi 245 00:34:29,360 --> 00:34:31,154 dan mungkin memakan kita. 246 00:34:33,657 --> 00:34:36,201 Jika dilanggar Mosasaurus, ia seperti 247 00:34:36,201 --> 00:34:39,288 dilanggar oleh trak semi yang laju. 248 00:34:39,955 --> 00:34:44,710 Impak daripada haiwan itu saja, tak termasuk gigitannya, 249 00:34:45,377 --> 00:34:48,297 mampu membunuh mangsanya dalam sekelip mata. 250 00:34:52,426 --> 00:34:54,928 Mosasaur boleh mencapai 48 kilometer sejam 251 00:34:54,928 --> 00:34:56,972 kurang daripada sesaat. 252 00:35:00,934 --> 00:35:07,024 Ini yang menjadikannya pemangsa marin terunggul sepanjang zaman. 253 00:37:49,269 --> 00:37:51,271 Terjemahan sari kata oleh Hamizah