1 00:00:08,717 --> 00:00:10,552 {\an8}Dinosaur menguasai dunia... 2 00:00:10,552 --> 00:00:12,179 {\an8}DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 3 00:00:12,179 --> 00:00:14,806 {\an8}...selama lebih 150 juta tahun. 4 00:00:15,682 --> 00:00:18,727 Ia menduduki hampir setiap sudut dunia ini 5 00:00:19,311 --> 00:00:23,148 dan wujud hampir dalam pelbagai bentuk dan saiz. 6 00:00:24,358 --> 00:00:27,402 Ada yang amat luar biasa. 7 00:00:30,822 --> 00:00:34,535 Kini kita tahu T. rex perenang yang hebat, 8 00:00:36,787 --> 00:00:40,082 Velociraptor pemburu berbulu yang licik 9 00:00:42,000 --> 00:00:45,963 dan sesetengah dinosaur mempunyai kelakuan yang amat aneh. 10 00:00:48,841 --> 00:00:52,594 Tapi hampir setiap hari penemuan terbaharu diketahui 11 00:00:52,594 --> 00:00:57,641 yang menjelaskan lagi tentang kehidupan di dunia ini, 66 juta tahun lalu. 12 00:01:02,604 --> 00:01:05,482 Dalam Prehistoric Planet kali ini, 13 00:01:05,482 --> 00:01:08,026 kami paparkan haiwan baharu... 14 00:01:09,403 --> 00:01:13,740 dan pengetahuan baharu tentang cara ia mencari pasangan, 15 00:01:15,576 --> 00:01:18,203 cabaran yang dihadapi untuk menjaga keluarga... 16 00:01:19,496 --> 00:01:21,415 dan pertempuran hebatnya. 17 00:01:29,506 --> 00:01:33,969 Saksikan zaman alam semula jadi memperlihatkan keajaibannya. 18 00:01:37,514 --> 00:01:41,727 Ini Prehistoric Planet 2. 19 00:01:54,448 --> 00:01:57,868 AMERIKA UTARA 20 00:02:00,829 --> 00:02:03,749 Pantai lautan pedalaman yang luas 21 00:02:03,749 --> 00:02:06,835 yang hampir membelah Amerika Utara. 22 00:02:09,838 --> 00:02:12,883 Di bahagian selatan, apabila air surut, 23 00:02:13,800 --> 00:02:16,220 haiwan besar menuju ke pinggir pantai. 24 00:02:33,904 --> 00:02:37,074 Alamosaur ini sepanjang 30 meter 25 00:02:37,074 --> 00:02:39,159 dan seberat 73 tan metrik. 26 00:02:43,872 --> 00:02:47,501 Ia dinosaur terbesar di benua ini. 27 00:02:51,505 --> 00:02:54,925 Sangat besar sehingga tiada pemangsa dapat kalahkannya. 28 00:02:58,679 --> 00:03:01,098 Ada yang hidup sehingga usia tua. 29 00:03:06,812 --> 00:03:10,065 Alamosaur jantan ini berusia sekitar 70 tahun. 30 00:03:20,868 --> 00:03:24,580 Kebanyakan alamosaur dalam kawanan ini mungkin anak-anaknya. 31 00:03:27,124 --> 00:03:30,669 Tapi umur panjangnya kini akan berakhir. 32 00:03:36,800 --> 00:03:41,221 Badannya yang besar sudah mula lemah. 33 00:04:04,912 --> 00:04:07,372 Ia takkan dapat bertahan sehingga malam. 34 00:04:20,093 --> 00:04:21,136 Subuh. 35 00:04:22,513 --> 00:04:26,016 Troodontid ini terhidu sesuatu. 36 00:04:32,231 --> 00:04:34,733 Dengan pantas ia menyiasat penemuan baharu... 37 00:04:37,528 --> 00:04:39,905 untuk tahu jika boleh dimakan. 38 00:04:44,409 --> 00:04:48,956 Tapi ia tak mampu menggigit kulit setebal lapan sentiemeter. 39 00:04:50,958 --> 00:04:52,334 Amat mengecewakan. 40 00:05:08,517 --> 00:05:10,269 Tyrannosaurus rex... 41 00:05:13,355 --> 00:05:15,524 pemangsa terhebat di Amerika Utara. 42 00:05:20,070 --> 00:05:22,155 Dengan gigi sepanjang 15 sentimeter, 43 00:05:22,656 --> 00:05:26,660 senang saja mahu mengoyakkan kulit alamosaur yang keras. 44 00:05:55,272 --> 00:05:58,817 Walaupun T. rex mampu membuli troodontid, 45 00:05:58,817 --> 00:06:03,655 tak lama lagi bangkai sebesar ini akan menarik pesaing yang lebih menggerunkan. 46 00:06:15,375 --> 00:06:19,254 Quetzalcoatlus, pterosaur gergasi. 47 00:06:24,968 --> 00:06:29,348 Antara beberapa haiwan yang akan cabar tyrannosaur dewasa. 48 00:06:43,237 --> 00:06:45,948 Satu tusukan paruh sepanjang dua meternya 49 00:06:45,948 --> 00:06:48,909 mampu mencederakan mata T. rex. 50 00:06:53,247 --> 00:06:57,167 Namun begitu, nampaknya ia tak mahu mengalah. 51 00:07:09,471 --> 00:07:12,224 Tapi kedatangan Quetzalcoatlus kedua... 52 00:07:14,601 --> 00:07:15,811 mengubah keadaan. 53 00:07:24,820 --> 00:07:28,282 Lagipun, dua paruh lebih berbahaya daripada satu. 54 00:08:05,277 --> 00:08:08,572 Bagi T. rex, keadaan sekarang terlalu berbahaya. 55 00:08:14,578 --> 00:08:17,706 Ada pertempuran yang tak berbaloi dilawan. 56 00:08:20,209 --> 00:08:23,462 Buat masa ini, dinosaur terbang ini menang. 57 00:08:27,841 --> 00:08:30,135 Ia terus makan semampunya. 58 00:08:34,972 --> 00:08:39,269 Tapi T. rex biasanya akan kembali untuk menuntut haknya 59 00:08:40,687 --> 00:08:43,524 sebaik saja musuhnya beredar. 60 00:08:56,286 --> 00:09:00,874 Dalam air yang mengelilingi Amerika Utara, ada satu lagi pemangsa besar. 61 00:09:03,252 --> 00:09:05,337 Tapi ia tiada pesaing. 62 00:09:09,675 --> 00:09:11,093 Mosasaur. 63 00:09:17,391 --> 00:09:19,351 Walaupun kelihatan seperti jerung besar, 64 00:09:19,351 --> 00:09:22,855 sebenarnya ia mirip biawak air. 65 00:09:29,111 --> 00:09:32,155 Saiz, kelajuan dan rahang kuatnya menandakan 66 00:09:32,155 --> 00:09:36,243 tak banyak hidupan di laut akan selamat daripada pemburu ini. 67 00:09:42,374 --> 00:09:47,129 Di Teluk Mexico, mosasaur Globidens ini mencari 68 00:09:47,129 --> 00:09:49,756 satu jenis mangsa tertentu. 69 00:09:58,640 --> 00:10:02,019 Amonit harimau, Sphenodiscus. 70 00:10:03,979 --> 00:10:06,982 Setiap tahun, kawanan amonit betina yang banyak 71 00:10:06,982 --> 00:10:10,360 datang dari laut dalam dan menuju ke pantai. 72 00:10:15,365 --> 00:10:20,746 Kesemuanya baru mengawan dan kini mempunyai beratus telur yang disenyawakan. 73 00:10:35,135 --> 00:10:37,596 Telur itu perlu diletakkan di tempat cetek. 74 00:10:41,099 --> 00:10:44,144 Di situlah mosasaur menanti. 75 00:10:56,240 --> 00:10:58,992 Amonit harimau sendiri merupakan pemburu. 76 00:11:00,827 --> 00:11:05,832 Badan yang bergaris arus dan sifon yang kuat membolehkannya 77 00:11:05,832 --> 00:11:09,044 bergerak laju di dalam air. 78 00:11:17,511 --> 00:11:19,513 Tapi, mosasur pun boleh. 79 00:11:34,361 --> 00:11:39,741 Gigi Globidens yang lebar dan bulat memudahkannya memecahkan cangkerang amonit 80 00:11:40,826 --> 00:11:43,745 dan membebaskan udara yang membuatkannya terapung. 81 00:11:44,872 --> 00:11:48,375 Tanpa udara itu, amonit tenggelam sehingga ke dasar laut. 82 00:11:57,176 --> 00:12:02,264 Sebelum amonit dapat melarikan diri, mosasaur menggigit sebanyak mungkin. 83 00:12:42,179 --> 00:12:45,349 Akhirnya, masa untuk makan. 84 00:12:57,277 --> 00:13:00,322 Walaupun Globidens bunuh berdozen amonit... 85 00:13:04,117 --> 00:13:10,332 ia langsung tak menjejaskan bilangan sebenarnya. 86 00:13:13,627 --> 00:13:15,921 Kebanyakan kawanan itu selamat 87 00:13:15,921 --> 00:13:19,049 dan meneruskan perjalanannya ke tempat bertelur. 88 00:13:42,865 --> 00:13:46,869 Dasar laut yang berbatu di sini ada banyak celahan dan rekahan, 89 00:13:48,620 --> 00:13:52,916 sesuai untuk melekatkan kantung telur amonit yang berharga. 90 00:13:57,921 --> 00:14:00,215 Kemudian, amonit betina meninggalkannya. 91 00:14:06,805 --> 00:14:09,141 Terlindung dalam pusat jagaan laut, 92 00:14:09,808 --> 00:14:13,020 telur ini akan menghasilkan generasi seterusnya. 93 00:14:25,324 --> 00:14:28,160 Ada banyak hidupan di laut ini. 94 00:14:30,787 --> 00:14:34,333 Tapi di darat dan beberapa ratus kilometer dari situ, 95 00:14:34,333 --> 00:14:36,168 tiada hidupan. 96 00:14:40,172 --> 00:14:44,259 Di sini, pergerakan kuat dalam kerak bumi sudah mula 97 00:14:44,259 --> 00:14:46,345 membentuk Pergunungan Rocky. 98 00:14:52,726 --> 00:14:58,065 Perubahan ketara terhadap landskap memisahkan tasik dari sungai berdekatan. 99 00:15:02,069 --> 00:15:06,865 Airnya menyejat dalam angin kencang dan keterikan musim panas. 100 00:15:10,410 --> 00:15:15,541 Mineral yang terlarut di dalamnya mula mencapai paras toksik. 101 00:15:19,294 --> 00:15:23,131 Bagi kebanyakan hidupan, air ini terlalu beracun untuk diminum. 102 00:15:33,267 --> 00:15:38,772 Namun, setiap tahun tempat ini dikunjungi pelbagai jenis haiwan. 103 00:15:41,817 --> 00:15:43,610 Sekawan Styginetta, 104 00:15:43,610 --> 00:15:47,698 keturunan itik zaman purba, singgah di sini setelah mengembara. 105 00:15:51,451 --> 00:15:53,245 Bukan ia saja. 106 00:15:57,124 --> 00:15:59,042 Dinosaur juga datang ke sini. 107 00:16:11,763 --> 00:16:16,602 Sekeluarga Pectinodon. Berbulu tapi tak boleh terbang. 108 00:16:25,736 --> 00:16:27,905 Ia diketuai si bapa. 109 00:16:42,628 --> 00:16:46,715 Dinosaur dan Styginetta tertarik dengan kawasan ini 110 00:16:46,715 --> 00:16:49,968 disebabkan ganjaran bermusim yang aneh. 111 00:16:57,017 --> 00:16:58,018 Lalat. 112 00:17:04,441 --> 00:17:09,530 Larva serangga ini dapat menapis garam toksik tasik ini 113 00:17:09,530 --> 00:17:13,909 dan disebabkan itu, bilangannya amat banyak. 114 00:17:15,702 --> 00:17:17,663 Kini ia bertelur menjadi lalat dewasa... 115 00:17:19,790 --> 00:17:21,415 sebanyak berjuta-juta ekor. 116 00:17:25,712 --> 00:17:30,801 Ia sumber protein utama bagi semua pengunjung tasik ini. 117 00:17:48,777 --> 00:17:52,781 Pectinodon ialah dinosaur yang amat bijak. 118 00:17:54,408 --> 00:17:58,996 Sekejap saja ia sudah tahu cara terbaik untuk dapatkan lalat. 119 00:18:27,399 --> 00:18:31,195 Tapi bapanya menyasarkan ganjaran yang lebih besar. 120 00:18:38,619 --> 00:18:41,246 Pectinodon bukan saja bijak, 121 00:18:41,246 --> 00:18:44,249 ia juga pemburu yang amat mahir. 122 00:18:58,555 --> 00:19:01,892 Styginetta tidak sedar ia mendekati. 123 00:19:27,918 --> 00:19:28,919 Berjaya. 124 00:19:38,762 --> 00:19:41,473 Makanan yang lebih mengenyangkan buat keluarga 125 00:19:42,850 --> 00:19:44,351 dan baguslah begitu. 126 00:19:45,561 --> 00:19:48,939 Lalat tidak menetap lama di situ. 127 00:19:51,108 --> 00:19:55,112 Jadi, keluarga dinosaur terpaksa mencari makanan di tempat lain. 128 00:20:04,079 --> 00:20:05,163 Jauh di utara, 129 00:20:05,163 --> 00:20:08,000 Pergunungan Rocky masih terbentuk perlahan-lahan. 130 00:20:09,459 --> 00:20:13,172 Sepanjang waktu itu, ia menghasilkan landskap yang lebih tinggi dan sejuk 131 00:20:13,172 --> 00:20:16,008 yang membolehkan hutan pain tumbuh subur. 132 00:20:22,431 --> 00:20:27,394 Musim bunga bakal tiba, panggilan aneh bergema di celahan pokok. 133 00:20:31,732 --> 00:20:33,650 Musim mengawan telah tiba 134 00:20:33,650 --> 00:20:37,613 buat satu daripada dinosaur paling kebal di Amerika Utara. 135 00:20:45,245 --> 00:20:46,496 Triceratops. 136 00:20:53,003 --> 00:20:57,758 Setiap tahun, sejumlah besar dinosaur ini berkumpul di cerang. 137 00:21:06,808 --> 00:21:09,895 Triceratops betina datang untuk memilih pasangan. 138 00:21:15,192 --> 00:21:18,904 Triceratops jantan seberat 5.44 tan metrik bergaduh dan tunjukkan kekuatan. 139 00:21:31,542 --> 00:21:34,878 Triceratops jantan muda ini nampak kuat. 140 00:21:38,715 --> 00:21:42,135 Ia menunjukkan tanduk hebatnya yang sepanjang satu meter... 141 00:21:44,179 --> 00:21:46,598 dan jumbai kepala yang berwarna-warni. 142 00:21:52,020 --> 00:21:53,689 Tanduknya nampak sempurna. 143 00:21:54,398 --> 00:21:56,191 Belum rosak akibat pertempuran. 144 00:21:59,361 --> 00:22:01,071 Namun bagi si betina, 145 00:22:01,071 --> 00:22:07,327 ketiadaan kesan kecederaan menandakan satu kelemahan. 146 00:22:09,830 --> 00:22:11,707 Kurang pengalaman. 147 00:22:18,672 --> 00:22:22,926 Perjumpaan ini acara paling penting dalam kehidupan Triceratops. 148 00:22:25,637 --> 00:22:30,642 Ia peluang terbaik dalam sepanjang tahun bagi yang dewasa untuk menjadi ibu bapa. 149 00:22:33,478 --> 00:22:36,607 Bukan Triceratops muda yang bercita-cita saja ada di sini. 150 00:22:52,664 --> 00:22:56,752 Triceratops jantan berusia 30 tahun seberat lebih 9.07 tan metrik. 151 00:22:59,963 --> 00:23:02,382 Ia memiliki banyak 152 00:23:02,382 --> 00:23:05,344 kesan parut daripada berdekad-dekad. 153 00:23:11,475 --> 00:23:12,559 Walaupun tua, 154 00:23:12,559 --> 00:23:16,563 ia masih kuat untuk mencabar pesaing muda yang sihat. 155 00:23:29,952 --> 00:23:31,161 Taruhan sangat tinggi 156 00:23:32,913 --> 00:23:35,541 dan kedua-duanya tak mahu mengalah. 157 00:24:06,321 --> 00:24:09,741 Triceratops tua ada kelebihan dari segi saiz... 158 00:24:12,536 --> 00:24:14,580 dan kemahiran yang hebat. 159 00:24:19,918 --> 00:24:23,380 Tanduk si muda tidak lagi sempurna. 160 00:24:54,953 --> 00:24:57,414 Kekuatan si jantan tua 161 00:24:57,414 --> 00:25:00,584 nampaknya membuatkan si betina kagum. 162 00:25:16,099 --> 00:25:19,645 Bagi yang kalah, musim mengawan sudah berakhir. 163 00:25:23,190 --> 00:25:28,362 Namun, parut yang ia baru dapat mungkin cukup untuk menarik betina 164 00:25:28,362 --> 00:25:31,865 apabila ia kembali ke sini untuk mengawan nanti. 165 00:25:37,621 --> 00:25:40,666 Bagi dinosaur yang makan tumbuhan seperti Triceratops, 166 00:25:40,666 --> 00:25:45,796 hutan luas yang meliputi keseluruhan Amerika Utara ini mempunyai banyak makanan 167 00:25:45,796 --> 00:25:47,339 sepanjang tahun. 168 00:25:50,050 --> 00:25:53,595 Tapi bagi yang tinggal dalam kesejukan jauh di utara Amerika, 169 00:25:53,595 --> 00:25:55,931 makanan amat susah diperoleh. 170 00:25:58,851 --> 00:26:00,644 Di Garisan Artik, 171 00:26:00,644 --> 00:26:04,690 selama tiga bulan sepanjang tahun, matahari seolah-olah tidak terbit. 172 00:26:09,611 --> 00:26:12,781 Apabila kehangatannya akhirnya kembali selepas musim sejuk yang panjang... 173 00:26:15,158 --> 00:26:18,954 Ornithomimus yang berbulu dengan pantas mengambil kesempatan itu. 174 00:26:27,254 --> 00:26:32,718 Pengembara pantas ini antara pelari terlaju dalam kalangan dinosaur. 175 00:26:34,178 --> 00:26:38,849 Ia boleh mencapai jarak yang jauh untuk mencari tumbuhan segar. 176 00:26:45,147 --> 00:26:49,359 Ia sangat laju sehingga menyukarkan pemangsa untuk menangkapnya. 177 00:26:56,992 --> 00:26:58,702 Selepas musim sejuk yang mencabar, 178 00:26:58,702 --> 00:27:02,998 nanuqsaur betina ini perlu cepat dapatkan makanan. 179 00:27:08,545 --> 00:27:14,051 Ia lebih kecil daripada T. rex, tapi lebih tangkas dan laju. 180 00:27:18,514 --> 00:27:22,768 Tiada tempat untuk bersembunyi, jadi, serangan mengejut adalah mustahil. 181 00:27:30,275 --> 00:27:34,279 Sebaliknya, ia memilih untuk cetuskan panik. 182 00:27:53,507 --> 00:27:56,093 Ia perlu memilih satu sasaran... 183 00:27:58,887 --> 00:28:00,430 dan fokus padanya. 184 00:28:13,902 --> 00:28:18,073 Kelajuan Ornithomimus memberikannya kelebihan. 185 00:28:24,037 --> 00:28:27,749 Setiap pemburuan yang gagal telah membazirkan lebih banyak tenaga... 186 00:28:31,336 --> 00:28:34,173 dan ia semakin hampir kepada kebuluran. 187 00:28:40,596 --> 00:28:41,680 Walaupun sudah musim bunga, 188 00:28:41,680 --> 00:28:46,894 jauh di utara ini, angin sejuk membuatkan suhu menurun secara mendadak. 189 00:29:15,506 --> 00:29:21,595 Deruan salji dan singkapan berbatu memberikan peluang kedua buat nanuqsaur. 190 00:29:29,186 --> 00:29:31,396 Kini, lebih sukar untuk mengecamnya. 191 00:29:36,401 --> 00:29:39,947 Setiap pergerakan kecil membawanya semakin hampir kepada ganjaran. 192 00:30:18,360 --> 00:30:20,445 Ia memilih sasarannya. 193 00:31:07,367 --> 00:31:10,078 Ganjaran ini bukan untuknya saja. 194 00:31:19,046 --> 00:31:20,631 Ia merupakan ibu. 195 00:31:29,223 --> 00:31:31,391 Daging segar untuk anak-anaknya. 196 00:31:33,310 --> 00:31:35,562 Mungkin yang pertama dalam masa berminggu-minggu. 197 00:31:46,698 --> 00:31:48,867 Jika mahu anaknya hidup lama, 198 00:31:48,867 --> 00:31:53,664 ia perlu ulang kejayaan hari ini banyak kali. 199 00:31:58,043 --> 00:32:01,964 Sehinggalah anaknya cukup dewasa untuk ikut memburu 200 00:32:01,964 --> 00:32:05,467 dan mempertahankan diri sendiri. 201 00:32:12,057 --> 00:32:16,854 Di kawasan terpencil dan paling mencabar 202 00:32:17,354 --> 00:32:19,648 di benua Amerika Utara ini, 203 00:32:20,232 --> 00:32:22,568 66 juta tahun lalu. 204 00:32:33,871 --> 00:32:35,873 PREHISTORIC PLANET: DISINGKAP 205 00:32:39,918 --> 00:32:41,920 {\an8}KENAPA TRICERATOPS MEMPUNYAI JUMBAI? 206 00:32:44,047 --> 00:32:49,386 Ini antara tengkorak paling mengagumkan dari planet prasejarah kita. 207 00:32:50,095 --> 00:32:55,475 Ia milik dinosaur yang memakan tumbuhan, iaitu Triceratops. 208 00:33:00,647 --> 00:33:03,817 Dinosaur ini mudah dikenal pasti 209 00:33:04,735 --> 00:33:07,821 disebabkan jumbai besar di belakang kepalanya. 210 00:33:11,366 --> 00:33:14,912 Tapi 140 tahun selepas fosil pertama ditemui, 211 00:33:14,912 --> 00:33:17,206 saintis masih tertanya-tanya, 212 00:33:18,707 --> 00:33:21,084 "Apa kegunaan jumbai itu?" 213 00:33:23,128 --> 00:33:24,546 Jumbai ini struktur yang besar, 214 00:33:24,546 --> 00:33:26,798 {\an8}jadi, tulang dan tisu yang besar... 215 00:33:26,798 --> 00:33:28,342 {\an8}PROFESOR PAUL BARRETT MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI 216 00:33:28,342 --> 00:33:30,636 {\an8}...serta otot yang kuat amat penting untuk menampung struktur ini. 217 00:33:31,595 --> 00:33:34,515 Semua itu menandakan ciri-ciri ini tentu sangat penting 218 00:33:34,515 --> 00:33:35,933 dalam kehidupan haiwan ini. 219 00:33:37,142 --> 00:33:38,143 Tapi bagaimana? 220 00:33:41,396 --> 00:33:45,359 Bukti kecederaan pada fosil Triceratops menandakan 221 00:33:45,359 --> 00:33:49,196 jumbai ini sangat penting untuk pertahanan dan pertempuran. 222 00:33:51,281 --> 00:33:52,991 {\an8}Kita dapat lihat kesan lesi pada tengkorak... 223 00:33:52,991 --> 00:33:54,451 {\an8}DR. SUSANNAH MAIDMENT MUZIUM SEJARAH SEMULA JADI 224 00:33:54,451 --> 00:33:56,662 {\an8}...iaitu di bahagian yang telah cedera dan sembuh. 225 00:33:58,497 --> 00:34:03,001 Kita juga dapat lihat kesan pemangsa mematahkan sebahagian jumbai itu. 226 00:34:03,752 --> 00:34:07,714 Itu mungkin menandakan ia sejenis struktur pertahanan. 227 00:34:11,844 --> 00:34:13,594 Tapi kisahnya tak terhenti setakat itu. 228 00:34:17,224 --> 00:34:22,980 Satu lagi kemungkinan ialah jumbai itu digunakan untuk tarik bakal pasangan. 229 00:34:25,815 --> 00:34:27,650 Kita dapat lihat pada haiwan hidup 230 00:34:27,650 --> 00:34:30,821 dengan struktur seperti tanduk yang menunjukkan ia haiwan yang sihat 231 00:34:30,821 --> 00:34:34,032 dan mampu melahirkan banyak anak. 232 00:34:37,536 --> 00:34:38,620 Bagi seekor moose, 233 00:34:38,620 --> 00:34:42,623 tanduk yang besar membuatkan moose jantan lebih menarik. 234 00:34:43,166 --> 00:34:46,043 Amat penting apabila mencapai kematangan seksual. 235 00:34:49,672 --> 00:34:52,967 Adakah jumbai Triceratops miliki fungsi yang sama? 236 00:34:55,094 --> 00:34:56,679 Jika untuk pertahanan saja, 237 00:34:56,679 --> 00:34:58,849 tentu kami akan dapat lihat jumbai besar 238 00:34:58,849 --> 00:35:02,352 pada si anak sama seperti dewasa, tapi tidak. 239 00:35:03,937 --> 00:35:05,814 {\an8}Jumbai pada anak Triceratops adalah lebih kecil 240 00:35:05,814 --> 00:35:08,859 {\an8}dan tidak terbentuk menjadi struktur yang sangat besar 241 00:35:08,859 --> 00:35:10,527 {\an8}sehinggalah ia menjadi dewasa. 242 00:35:10,527 --> 00:35:12,738 {\an8}PEMBENTUKAN TENGKORAK TRICERATOPS 243 00:35:12,738 --> 00:35:14,907 {\an8}Bukan ini saja bukti 244 00:35:14,907 --> 00:35:17,409 {\an8}yang menunjukkan ia digunakan dari segi seksual. 245 00:35:18,827 --> 00:35:21,914 Permukaan jumbai ini beralur. 246 00:35:22,456 --> 00:35:25,125 Alur itu mungkin mempunyai saraf dan salur darah 247 00:35:25,125 --> 00:35:28,253 yang membuatkan kulit tumbuh pada jumbai itu. 248 00:35:30,047 --> 00:35:31,673 Ia mungkin berwarna terang 249 00:35:31,673 --> 00:35:35,719 dan permukaan yang luas untuk haiwan paparkan tarikan kepada pasangan. 250 00:35:42,851 --> 00:35:45,020 Saintis kini yakin 251 00:35:45,020 --> 00:35:50,234 ciri-ciri terkenal pada Triceratops ini ada banyak tujuan. 252 00:35:52,444 --> 00:35:54,655 Amat berguna untuk menyerang dan pertahanan... 253 00:35:59,952 --> 00:36:03,080 serta menarik pasangan. 254 00:36:09,545 --> 00:36:14,591 Ia boleh buatkan rakan atau musuh rasa amat kagum. 255 00:38:49,288 --> 00:38:51,290 Terjemahan sari kata oleh Hamizah