1 00:00:24,441 --> 00:00:28,445 Keluarga kucing bertaring lengkok. 2 00:00:36,036 --> 00:00:40,624 Sejak beribu tahun, ia hidup membiak di utara sejuk ini. 3 00:00:43,752 --> 00:00:47,297 Tapi sekarang, keluarga ini kebuluran. 4 00:00:52,052 --> 00:00:56,974 Mangsa yang diburu semakin berkurang di lembah ini… 5 00:01:00,143 --> 00:01:02,563 kerana iklim semakin panas, 6 00:01:03,188 --> 00:01:06,942 memaksa haiwan ragut mencari tempat makan baharu. 7 00:01:10,654 --> 00:01:13,740 Hari ini, keluarga ini mungkin bernasib baik. 8 00:01:17,911 --> 00:01:21,999 Kawanan mamot, mencuba laluan baharu ke selatan. 9 00:01:37,931 --> 00:01:42,436 Melawan haiwan sebesar itu ialah risiko besar. 10 00:01:45,772 --> 00:01:47,691 Tapi, ia tiada pilihan. 11 00:01:51,403 --> 00:01:54,448 Inilah pengakhiran Zaman Ais. 12 00:01:56,408 --> 00:02:02,289 Planet semakin panas, setiap habitat di Bumi pun berubah. 13 00:02:06,418 --> 00:02:10,964 Ais mencair, air kembali ke persekitaran 14 00:02:11,632 --> 00:02:14,259 dan haiwan hutan pun membiak. 15 00:02:19,097 --> 00:02:21,183 Tapi, penguasa Zaman Ais 16 00:02:21,266 --> 00:02:24,019 berdepan penamat dunia yang ia kenali… 17 00:02:25,979 --> 00:02:28,273 dan bergelut untuk hidup. 18 00:02:47,125 --> 00:02:50,754 PENCAIRAN BESAR 19 00:03:02,391 --> 00:03:06,311 DICERITAKAN OLEH TOM HIDDLESTON 20 00:03:08,689 --> 00:03:11,483 Kucing besar mula bertindak. 21 00:03:13,485 --> 00:03:15,404 Bahaya terbesar? 22 00:03:15,904 --> 00:03:17,656 Mamot jantan besar. 23 00:03:28,834 --> 00:03:31,253 Sukar dijangka dan amat kuat. 24 00:04:10,292 --> 00:04:14,922 Kucing betina ini cedera, tapi keluarga ini takkan mengalah. 25 00:04:19,176 --> 00:04:22,346 Iklim panas telah mengubah laluan migrasi 26 00:04:22,429 --> 00:04:24,014 di sini. 27 00:04:25,432 --> 00:04:29,937 Di pantai, kesannya amat mengagumkan. 28 00:04:34,066 --> 00:04:37,736 Ais yang kaya mineral jatuh dalam kuantiti banyak, 29 00:04:37,819 --> 00:04:41,031 memenuhi laut cetek dengan nutrien. 30 00:04:50,290 --> 00:04:56,380 Keluarga lembu laut ini datang ke sini untuk makan kelpa yang subur 31 00:04:57,631 --> 00:04:59,758 bekalan daripada ais yang cair. 32 00:05:11,144 --> 00:05:15,899 Haiwan gergasi Zaman Ais ini ialah saudara manati… 33 00:05:18,443 --> 00:05:21,280 tapi, sebesar paus. 34 00:05:27,244 --> 00:05:29,496 Kelpa ialah makanan kegemarannya. 35 00:05:31,748 --> 00:05:35,586 Tapi ia cuma tumbuh di perairan pinggir laut cetek… 36 00:05:37,504 --> 00:05:40,966 jadi, agak berisiko makan di sini. 37 00:05:48,223 --> 00:05:52,019 Apabila air surut, ia akan terdampar. 38 00:05:55,230 --> 00:05:58,275 Apabila tiada air, ia terlalu berat untuk bergerak. 39 00:05:59,818 --> 00:06:05,324 Hari ini, laut ini ialah tempat yang berbahaya. 40 00:06:17,127 --> 00:06:19,296 Seekor beruang muka pendek. 41 00:06:21,340 --> 00:06:24,635 Ia 227 kilogram lebih berat daripada beruang kutub 42 00:06:25,636 --> 00:06:28,013 dan lebih buas. 43 00:06:41,860 --> 00:06:46,865 Antara pemangsa terbesar yang wujud di Bumi sejak dinosaur. 44 00:06:53,664 --> 00:06:55,415 Ia terhidu bau sesuatu. 45 00:07:14,142 --> 00:07:16,144 Ia tak pernah nampak haiwan sebegini. 46 00:07:20,732 --> 00:07:23,235 Tapi, baunya seperti makanan. 47 00:07:27,114 --> 00:07:29,241 Semuanya amat mengelirukan. 48 00:07:50,095 --> 00:07:54,600 Beruang muka pendek mampu merobek kebanyakan haiwan. 49 00:08:00,022 --> 00:08:01,815 Lembu laut bernasib baik, 50 00:08:01,899 --> 00:08:06,069 ia dilindungi kulit keras setebal dua sentimeter. 51 00:08:14,411 --> 00:08:18,081 Serangan beruang ini menjengkelkannya. 52 00:08:21,919 --> 00:08:25,339 Atau mungkin, penggaru belakang yang dicari-cari. 53 00:08:31,136 --> 00:08:33,347 Air pasang semula. 54 00:08:35,849 --> 00:08:37,100 Pantas. 55 00:08:41,063 --> 00:08:44,566 Bagi si beruang, makanannya bakal terlepas. 56 00:09:05,420 --> 00:09:08,465 Masa untuk menyertai semula keluarganya. 57 00:09:10,425 --> 00:09:13,762 Ia perlu makan banyak untuk menebus masa terbuang. 58 00:09:22,104 --> 00:09:27,985 Di pantai, Pencairan Besar bermakna lebih banyak kelpa berkhasiat untuk lembu laut… 59 00:09:31,613 --> 00:09:33,866 tapi bagi haiwan Zaman Ais lain, 60 00:09:35,534 --> 00:09:37,953 hidup semakin sukar. 61 00:09:54,678 --> 00:09:58,015 Bagi haiwan yang tinggal beribu batu di selatan, 62 00:09:58,807 --> 00:10:04,855 iklim panas mengubah hutan semak samun ini kepada tempat berbahaya. 63 00:10:14,823 --> 00:10:20,162 Waktu malam, mamot Columbia selamat untuk makan di sini. 64 00:10:29,713 --> 00:10:31,798 Tapi, sebaik saja matahari terbit… 65 00:10:38,430 --> 00:10:41,600 gergasi ini pun diancam bahaya. 66 00:11:13,757 --> 00:11:15,884 Tasik tar. 67 00:11:24,518 --> 00:11:28,522 Ia muncul ke permukaan dari dalam kerak Bumi. 68 00:11:30,691 --> 00:11:35,362 Apabila sejuk, tar keras dan selamat untuk jalan di atasnya. 69 00:11:37,281 --> 00:11:40,075 Tapi, apabila suhu mencecah 64 darjah… 70 00:11:42,077 --> 00:11:45,747 ia menjadi perangkap maut yang melekit. 71 00:11:50,043 --> 00:11:52,838 Hari ini, ia dapat mangsa baharu. 72 00:12:35,714 --> 00:12:40,552 Kucing bertaring lengkung Amerika Utara ialah pemburu yang kuat. 73 00:12:43,430 --> 00:12:47,518 Tapi, ia takkan menolak rezeki di depan mata. 74 00:12:56,985 --> 00:13:01,823 Matahari tidak terik, jadi, tar masih keras untuk dipijak. 75 00:13:39,278 --> 00:13:40,863 Serigala purba. 76 00:13:42,739 --> 00:13:46,034 Musuh ketat kucing bertaring lengkung. 77 00:13:51,415 --> 00:13:55,460 Pemburu kawanan, dengan gigitan yang menghancurkan tulang. 78 00:14:14,897 --> 00:14:19,776 Kawanan ini akan bunuh anak kucing besar jika berpeluang. 79 00:14:33,290 --> 00:14:36,960 Kucing bertaring lengkung dan serigala purba sama kuat. 80 00:14:40,631 --> 00:14:44,426 Tapi, tar itu mengubah segalanya. 81 00:14:52,434 --> 00:14:58,190 Serigala purba menggunakan deria baunya yang tajam untuk cari laluan selamat. 82 00:15:36,520 --> 00:15:39,064 Anak-anaknya dalam bahaya… 83 00:15:45,404 --> 00:15:48,991 ia menemui kekuatan untuk melepaskan diri. 84 00:16:05,215 --> 00:16:07,885 Kawanan serigala tak dapat membantu. 85 00:16:16,310 --> 00:16:21,064 Kolam tar mengakibatkan kematian beribu-ribu haiwan Zaman Ais. 86 00:16:22,566 --> 00:16:26,195 Keluarga ini bernasib baik. 87 00:16:32,034 --> 00:16:34,661 Suhu meningkat di seluruh dunia, 88 00:16:34,745 --> 00:16:40,000 kehidupan turut berubah drastik di padang rumput Zaman Ais. 89 00:16:42,169 --> 00:16:44,546 Rusa kutub ini beradaptasi. 90 00:16:47,758 --> 00:16:53,180 Tapi, kehidupan jadi semakin sukar bagi Megaloceros… 91 00:16:55,516 --> 00:16:58,852 rusa gergasi Zaman Ais. 92 00:17:15,410 --> 00:17:18,872 Ia perlukan tanah lapang untuk hidup. 93 00:17:22,000 --> 00:17:24,586 Tapi, memandangkan air kembali ke persekitaran, 94 00:17:25,671 --> 00:17:29,174 hutan rimba menguasai sekali lagi. 95 00:17:36,390 --> 00:17:42,479 Ia memiliki tanduk terbesar sepanjang zaman. 96 00:17:44,898 --> 00:17:47,401 Sepanjang empat meter. 97 00:17:55,117 --> 00:17:58,704 Ketika musim pembiakan, tanduk itu membantu menarik pasangan. 98 00:17:59,830 --> 00:18:03,417 Tapi, pada waktu sekarang tahun ini, tanduk itu membebankan. 99 00:18:12,885 --> 00:18:14,887 Dubuk gua. 100 00:18:20,184 --> 00:18:25,022 Pemangsa buas, dua kali lebih besar daripada serigala. 101 00:18:25,772 --> 00:18:28,692 Dubuk memburu haiwan gergasi ini sejak beribu-ribu tahun. 102 00:18:36,575 --> 00:18:38,493 Megaloceros sangat laju. 103 00:18:39,328 --> 00:18:44,333 Sebaik saja berlari, ia mampu mencecah lebih 80 kilometer sejam. 104 00:18:51,006 --> 00:18:54,510 Dengan permulaan awal, ia dapat meninggalkan dubuk. 105 00:19:01,558 --> 00:19:03,185 Tapi, dubuk tidak mengalah. 106 00:19:04,686 --> 00:19:06,939 Ia ada strategi lama. 107 00:19:07,523 --> 00:19:10,734 Jika dubuk dapat menghampiri dan pastikan rusa terus berlari… 108 00:19:11,276 --> 00:19:13,779 dan tak biarkan ia berehat… 109 00:19:15,072 --> 00:19:17,115 dubuk mungkin dapat menangkapnya. 110 00:19:22,037 --> 00:19:24,456 Mungkin lebih awal daripada jangkaan. 111 00:19:31,296 --> 00:19:33,924 Ada satu saja jalan keluar. 112 00:19:53,151 --> 00:19:54,236 Selamat… 113 00:19:56,905 --> 00:19:58,240 buat masa ini. 114 00:20:07,666 --> 00:20:09,293 Lembar ais mencair, 115 00:20:09,877 --> 00:20:13,213 maka atmosfera Bumi jadi semakin basah. 116 00:20:15,007 --> 00:20:16,884 Di kawasan tropika, 117 00:20:16,967 --> 00:20:20,971 hutan berkembang lebih pantas berbanding di utara. 118 00:20:21,847 --> 00:20:24,850 Ia juga dipenuhi haiwan aneh… 119 00:20:28,437 --> 00:20:30,355 seperti tenrec ini. 120 00:20:32,608 --> 00:20:34,776 Ia suka makan serangga… 121 00:20:36,695 --> 00:20:38,864 serta telur burung. 122 00:20:42,117 --> 00:20:46,038 Tapi, telur ini terlalu besar buatnya. 123 00:20:51,168 --> 00:20:55,130 Lagipun, ini telur terbesar sepanjang zaman. 124 00:20:56,173 --> 00:21:00,677 Ia milik burung terbesar sepanjang zaman. 125 00:21:03,555 --> 00:21:05,557 Seekor burung gajah. 126 00:21:08,185 --> 00:21:12,940 Warna pialnya yang terang membantu menarik pasangan. 127 00:21:18,111 --> 00:21:22,032 Gergasi ini bakal menjadi bapa. 128 00:21:28,121 --> 00:21:30,457 Tapi, ada yang tak kena. 129 00:21:34,253 --> 00:21:36,338 Anaknya masih belum menetas. 130 00:21:38,006 --> 00:21:39,758 Ia sudah lambat. 131 00:21:44,847 --> 00:21:47,933 Burung gajah selaraskan eraman telur 132 00:21:48,016 --> 00:21:50,811 supaya anak-anak menetas pada masa yang sama. 133 00:22:05,200 --> 00:22:09,371 Kawanan burung bergerak bersama-sama dalam satu pengembaraan. 134 00:22:16,253 --> 00:22:21,091 Apabila seberat satu tan, terbang bukan satu pilihan. 135 00:22:27,598 --> 00:22:30,267 Tiada siapa suka ditinggalkan. 136 00:22:33,437 --> 00:22:36,273 Tapi anak burung ini enggan tergesa-gesa. 137 00:22:54,875 --> 00:22:56,919 Yang lain sudah pergi, 138 00:22:57,002 --> 00:23:00,339 menuju ke habitat musim panas di tanah lembap. 139 00:23:19,983 --> 00:23:23,070 Tapi, anak burung ini masih belum stabil. 140 00:23:40,128 --> 00:23:45,592 Buat sembilan bulan seterusnya, si bapa ini pencari nafkah dan penjaganya. 141 00:23:52,683 --> 00:23:55,519 Kedua-duanya perlu mengejar konvoi tadi. 142 00:24:09,658 --> 00:24:13,078 Burung gajah bergerak bersama-sama atas sebab munasabah. 143 00:24:17,374 --> 00:24:20,419 Hutan ini tempat berbahaya. 144 00:24:27,885 --> 00:24:30,470 Yang lambat, menjadi sasaran utama. 145 00:24:51,325 --> 00:24:53,076 Fosa gergasi. 146 00:24:56,079 --> 00:25:00,459 Pemangsa serang hendap, laju dan tangkas. 147 00:25:09,343 --> 00:25:12,179 Ini bukan waktu untuk makan snek. 148 00:26:05,023 --> 00:26:08,402 Konvoi sudah tiba di destinasinya. 149 00:26:10,946 --> 00:26:12,865 Hujan sudah kembali di sini… 150 00:26:14,283 --> 00:26:16,285 mewujudkan tanah lembap ini… 151 00:26:17,703 --> 00:26:21,456 yang banyak makanan dan minuman untuk semua. 152 00:26:30,340 --> 00:26:32,676 Tapi, bagaimana dengan yang lambat? 153 00:26:43,520 --> 00:26:47,649 Anak burung yang terakhir menetas pun terselamat. 154 00:26:56,867 --> 00:27:02,206 Tanah lembap berkembang, maka bilangannya bertambah setiap tahun. 155 00:27:05,375 --> 00:27:10,881 Pencairan Besar ialah permulaan zaman emas buat burung gajah. 156 00:27:13,133 --> 00:27:18,972 Tapi bagi rusa gergasi, dunia ini jadi semakin kecil. 157 00:27:24,353 --> 00:27:29,358 Di hutan, tanduk sepanjang empat meter ialah satu kemudaratan. 158 00:27:44,540 --> 00:27:49,211 Di hilir, dubuk telah temui tempat untuk menyeberang. 159 00:28:27,666 --> 00:28:28,792 Terperangkap. 160 00:29:20,761 --> 00:29:23,430 Penyelamatan yang menakjubkan. 161 00:29:33,148 --> 00:29:36,735 Ia selamat kerana mencabut tanduknya. 162 00:29:42,866 --> 00:29:46,328 Tanduk baharu akan tumbuh untuk musim membiak seterusnya. 163 00:29:49,206 --> 00:29:55,546 Tapi, waktu buat rusa sepertinya dan dubuk semakin suntuk. 164 00:30:05,806 --> 00:30:11,019 Kucing bertaring lengkung telah menjejak kawanan mamot selama dua hari. 165 00:30:21,405 --> 00:30:24,157 Kesabarannya membawa hasil. 166 00:30:32,082 --> 00:30:33,375 Mamot jantan, 167 00:30:33,458 --> 00:30:38,046 cedera semasa serangan pertama, telah ketinggalan. 168 00:30:46,471 --> 00:30:47,931 Ia lemah. 169 00:30:54,271 --> 00:30:58,358 Bagi alam kucing, kucing betina ini unik. 170 00:30:59,943 --> 00:31:02,654 Kucing betina ini sekuat singa… 171 00:31:05,365 --> 00:31:08,243 dan setangkas harimau bintang. 172 00:31:47,324 --> 00:31:50,661 Kucing besar dapat bertahan musim sejuk seterusnya. 173 00:31:58,710 --> 00:32:01,505 Kawanan mamot juga. 174 00:32:10,013 --> 00:32:12,015 Tapi, dunia kesemuanya berubah. 175 00:32:17,104 --> 00:32:20,816 Pemangsa baharu, wujud semasa Zaman Ais 176 00:32:21,650 --> 00:32:24,987 membiak ke setiap ceruk planet ini. 177 00:32:26,321 --> 00:32:31,076 Kisah itu masih dirungkai. 178 00:32:37,833 --> 00:32:41,879 PREHISTORIC PLANET DI SEBALIK AIS 179 00:32:45,257 --> 00:32:48,260 Mamalia gergasi menguasai Zaman Ais. 180 00:32:52,347 --> 00:32:56,685 Tapi, hampir kesemuanya mati semasa Pencairan Besar. 181 00:32:59,813 --> 00:33:02,274 Amat pelik dan aneh memikirkan 182 00:33:02,357 --> 00:33:06,945 semua haiwan besar yang pernah wujud, telah hilang sepenuhnya. 183 00:33:08,197 --> 00:33:09,781 Apa terjadi pada semuanya? 184 00:33:11,450 --> 00:33:12,534 Serta kenapa? 185 00:33:14,703 --> 00:33:19,499 KE MANA SEMUA HAIWAN GERGASI PERGI? 186 00:33:19,583 --> 00:33:22,836 Satu tempat mengejutkan, ada jawapannya. 187 00:33:23,754 --> 00:33:24,796 Los Angeles. 188 00:33:26,256 --> 00:33:31,678 Jika anda datang ke LA dan nampak rangkaian lebuh raya besar, 189 00:33:31,762 --> 00:33:34,306 anda takkan sangka di sini ada satu catatan berharga… 190 00:33:34,389 --> 00:33:35,974 DR. EMILY LINDSEY PEMBANTU KURATOR 191 00:33:36,058 --> 00:33:38,352 …tentang Zaman Ais berbanding tempat lain. 192 00:33:39,269 --> 00:33:41,772 Seperti savana Afrika yang besar. 193 00:33:43,398 --> 00:33:46,318 Kebanyakan orang berpindah ke LA bukan untuk jadi pakar paleontologi. 194 00:33:46,401 --> 00:33:48,862 Tapi, kami sebaliknya. 195 00:33:48,946 --> 00:33:50,447 Sebab itu saya di sini. 196 00:33:51,657 --> 00:33:55,285 Emily di sini disebabkan satu tempat luar biasa. 197 00:33:55,369 --> 00:34:01,291 Kolam tar purba yang digelar Kolam Tar La Brea. 198 00:34:02,543 --> 00:34:07,047 Kolam Tar La Brea ialah tapak fosil Zaman Ais paling berharga di dunia. 199 00:34:08,090 --> 00:34:10,926 Kami temui hampir lima juta fosil… 200 00:34:11,009 --> 00:34:12,386 KOLAM TAR LA BREA DAN MUZIUM LOS ANGELES 201 00:34:12,469 --> 00:34:16,681 …dan masih menggali fosil baharu hampir setiap hari. 202 00:34:18,934 --> 00:34:21,018 Semua kolam tar ini 203 00:34:21,103 --> 00:34:25,482 berfungsi sebagai perangkap yang menangkap dan memelihara 204 00:34:25,565 --> 00:34:29,360 sebarang makhluk hidup yang memasukinya 205 00:34:30,362 --> 00:34:34,949 dan mewujudkan catatan kehidupan Zaman Ais yang paling menakjubkan. 206 00:34:43,917 --> 00:34:48,755 Anda akan temui catatan fosil berharga di La Brea. 207 00:34:48,839 --> 00:34:50,090 Bilangan tulang… 208 00:34:50,174 --> 00:34:51,675 DR. VICTORIA HERRIDGE PAKAR BIOLOGI EVOLUSI 209 00:34:51,757 --> 00:34:53,552 …yang ditemui di tapak ini adalah mengagumkan. 210 00:34:54,344 --> 00:34:58,348 Kami ada hampir 3,000 kucing bertaring lengkung. 211 00:34:58,849 --> 00:35:00,517 Lima ribu serigala purba. 212 00:35:01,310 --> 00:35:04,730 Ia seperti gua fosil Aladdin. 213 00:35:06,231 --> 00:35:10,652 Apa yang pelik ialah, catatan fosil tiba-tiba terhenti… 214 00:35:11,945 --> 00:35:15,532 seolah-olah haiwan lesap dari muka Bumi. 215 00:35:17,826 --> 00:35:20,579 Kami guna kaedah pentarikhan radiokarbon terhadap tulang 216 00:35:20,662 --> 00:35:24,041 dan mengenal pasti waktu ia lesap. 217 00:35:25,209 --> 00:35:28,962 Apa yang mengejutkan, hampir semua spesies ini 218 00:35:29,046 --> 00:35:31,673 lesap pada waktu yang sama. 219 00:35:31,757 --> 00:35:37,179 Semuanya tamat pada 13,000 tahun lalu dan tak muncul lagi. 220 00:35:38,555 --> 00:35:43,185 Landskap luas yang dipenuhi kawanan 221 00:35:43,268 --> 00:35:46,480 haiwan Zaman Ais yang besar, tiba-tiba hilang. 222 00:35:47,606 --> 00:35:50,859 Kehilangan haiwan-haiwan ini buat kita terfikir, 223 00:35:50,943 --> 00:35:53,654 "Kenapa ia berlaku secara tiba-tiba?" 224 00:35:53,737 --> 00:35:56,156 Satu sebabnya ialah iklim berubah 225 00:35:56,240 --> 00:35:58,784 terlalu pantas di penghujung Zaman Ais. 226 00:35:59,493 --> 00:36:04,998 California bertambah sepuluh darjah dalam masa beberapa ribu tahun. 227 00:36:05,082 --> 00:36:07,084 Separuh daripada pokok lesap. 228 00:36:07,167 --> 00:36:09,962 Kemarau berlanjutan selama berdekad-dekad. 229 00:36:10,838 --> 00:36:14,174 Ada kemungkinan semua haiwan ini 230 00:36:14,258 --> 00:36:18,720 tak dapat beradaptasi dengan cepat terhadap perubahan iklim. 231 00:36:21,849 --> 00:36:26,061 Tapi, kajian di La Brea menunjukkan hal lain yang terjadi. 232 00:36:27,354 --> 00:36:32,067 Pasukan mula mengkaji sampel teras dari tasik berdekatan 233 00:36:32,150 --> 00:36:36,446 bagi memahami apa yang berlaku terhadap persekitaran pada waktu itu. 234 00:36:36,530 --> 00:36:41,952 Apa yang mengejutkan, terdapat pertambahan arang yang banyak. 235 00:36:43,871 --> 00:36:46,623 Spesies baharu sudah tiba. 236 00:36:47,624 --> 00:36:51,420 Ia turut membawa kuasa baharu yang membinasakan. 237 00:36:56,300 --> 00:36:59,011 Api ialah alat paling berkuasa yang manusia pernah cipta. 238 00:36:59,720 --> 00:37:05,642 Kita guna api untuk memasak, melihat waktu malam, lapangkan tanah untuk memburu. 239 00:37:06,476 --> 00:37:13,150 Orang pertama yang tiba di kawasan ini seperti tinggal dalam kotak batu api. 240 00:37:14,151 --> 00:37:16,570 Manusia membawa sumber penyalaan. 241 00:37:18,238 --> 00:37:20,282 Sejak berpuluh ribu tahun, 242 00:37:20,365 --> 00:37:24,203 tak pernah ada sebarang aktiviti api yang menyamai penemuan ini. 243 00:37:25,787 --> 00:37:27,456 Ia seolah-olah letupan bom. 244 00:37:27,956 --> 00:37:30,167 Letupan yang memusnahkan seluruh persekitaran… 245 00:37:30,250 --> 00:37:31,502 DR. ELLA GILBERT SAINTIS IKLIM 246 00:37:31,585 --> 00:37:34,046 …dan meletakkan tekanan besar pada haiwan yang hidup di situ. 247 00:37:35,631 --> 00:37:40,636 Sama ada api itu disengajakan atau sebaliknya, tidak diketahui. 248 00:37:41,178 --> 00:37:43,847 Tapi, ia memusnahkan habitat haiwan. 249 00:37:44,765 --> 00:37:48,060 Digabungkan dengan kemahiran memburu leluhur kita, 250 00:37:49,019 --> 00:37:51,063 ia menjadi faktor kritikal. 251 00:37:52,022 --> 00:37:53,065 Di serata planet, 252 00:37:53,148 --> 00:37:57,194 gabungan perubahan iklim dan aktiviti manusia 253 00:37:57,945 --> 00:38:01,323 menghapuskan hampir kesemua haiwan gergasi Zaman Ais, 254 00:38:02,032 --> 00:38:04,868 lalu mewujudkan dunia yang kita kenal hari ini. 255 00:40:28,971 --> 00:40:30,973 Terjemahan sari kata oleh Hamizah