1 00:00:11,721 --> 00:00:15,976 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,560 --> 00:00:21,606 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,148 --> 00:00:26,361 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,404 --> 00:00:29,656 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,699 --> 00:00:35,245 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,328 --> 00:00:38,290 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,373 --> 00:00:41,585 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,668 --> 00:00:45,630 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,714 --> 00:00:47,966 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,049 --> 00:00:51,386 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,469 --> 00:00:58,059 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,980 --> 00:01:05,901 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,992 --> 00:01:17,537 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,081 --> 00:01:24,127 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,171 --> 00:01:29,299 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,508 --> 00:01:33,261 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,434 --> 00:01:45,732 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,694 --> 00:01:52,239 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:05,085 --> 00:02:09,296 Pantai 20 00:02:09,381 --> 00:02:12,884 Kawasan pesisir selatan laut pedalaman luas 21 00:02:12,968 --> 00:02:14,970 yang membahagikan Amerika Utara. 22 00:02:23,311 --> 00:02:27,107 Serta kesan tapak kaki pemangsa terkemuka di darat. 23 00:02:32,612 --> 00:02:36,533 Seekor Tyrannosaurus rex sedang berenang. 24 00:02:39,869 --> 00:02:43,164 Tulang berongga dan berudara serta kaki belakang yang kuat 25 00:02:43,248 --> 00:02:46,418 membolehkan T. rex berenang. 26 00:02:52,424 --> 00:02:58,638 Ini T. rex jantan dewasa bersama anak-anaknya. 27 00:03:02,267 --> 00:03:06,479 Anak-anaknya sudah cukup dewasa untuk mengikutinya dalam perjalanan 28 00:03:06,980 --> 00:03:10,984 menuju ke salah satu pulau luar pesisir berdekatan pantai ini. 29 00:03:34,466 --> 00:03:38,845 Perjalanannya pendek, tapi masih berbahaya. 30 00:03:44,309 --> 00:03:45,727 Seekor mosasaur. 31 00:03:45,810 --> 00:03:49,981 Biawak laut gergasi, dua kali ganda lebih besar daripada tyrannosaur 32 00:03:50,065 --> 00:03:52,484 dengan berat melebihi 15 tan. 33 00:04:03,161 --> 00:04:05,622 Ia pemangsa terbesar di bumi. 34 00:04:13,797 --> 00:04:17,007 Biasanya, mosasaur memakan penyu. 35 00:04:19,344 --> 00:04:23,557 Tapi, kumpulan ini pun boleh diterima. 36 00:04:33,900 --> 00:04:36,570 Walaupun berada di dalam air, seekor T. rex dewasa 37 00:04:36,653 --> 00:04:39,322 masih mampu mempertahankan dirinya. 38 00:04:43,827 --> 00:04:45,912 Tapi, anak-anak tak boleh berpecah. 39 00:05:30,373 --> 00:05:34,002 Tyrannosaurus rex sering kehilangan sekurang-kurangnya dua pertiga 40 00:05:34,085 --> 00:05:38,215 daripada 15 atau lebih anak-anak dalam tahun pertama. 41 00:05:45,597 --> 00:05:48,225 Kini, cuma tinggal empat ekor. 42 00:05:57,776 --> 00:06:01,196 Pulau ini memberikan perlindungan dan makanan. 43 00:06:02,113 --> 00:06:05,825 Penyu gergasi seberat dua tan datang untuk bertelur di sini. 44 00:06:10,163 --> 00:06:12,832 Tapi, penyu ini yang menarik perhatiannya ke sini. 45 00:06:17,254 --> 00:06:21,174 Penyu itu sudah mati, dan tyrannosaur terhidu bau bangkainya. 46 00:06:33,019 --> 00:06:35,438 Jika tyrannosaur dapat terbalikkan penyu itu, 47 00:06:35,522 --> 00:06:39,109 ia akan dapat menikmati lebih 907.18 kilogram daging. 48 00:06:54,791 --> 00:06:58,587 T. rex mempunyai rahang yang paling kuat. 49 00:07:00,714 --> 00:07:04,509 Kekuatan daya gigitannya melebihi lima tan. 50 00:07:06,469 --> 00:07:12,017 Si anak mahu makan juga, tapi si bapa tak mahu berkongsi. 51 00:07:12,601 --> 00:07:15,520 Si anak perlu belajar memburu sendiri. 52 00:07:18,106 --> 00:07:21,151 Namun nampaknya, tiada banyak makanan di pantai ini. 53 00:07:27,574 --> 00:07:31,953 Tapi apabila malam semakin menjelma, keadaan mula berubah. 54 00:07:38,043 --> 00:07:43,506 Anak-anak penyu mula menetas keluar daripada pasir dan bergegas ke laut. 55 00:07:55,268 --> 00:07:59,272 Anak T. rex telah dibawa ke kawasan buruan yang menguntungkan. 56 00:08:06,112 --> 00:08:10,116 Anak penyu yang baru menetas amat sesuai buat anak T. rex. 57 00:08:19,042 --> 00:08:23,004 Perasaan ingin tahu mampu membuahkan hasil. 58 00:08:40,020 --> 00:08:42,440 Masih banyak yang perlu dipelajari. 59 00:08:55,662 --> 00:09:00,375 Makanan di sini cukup buat si bapa dan anak-anaknya. 60 00:09:09,676 --> 00:09:11,303 Jika gagal dapatkan makanan, 61 00:09:11,386 --> 00:09:14,764 ia boleh curi saja makanan adik-beradiknya. 62 00:09:35,785 --> 00:09:37,078 Di seluruh dunia, 63 00:09:37,162 --> 00:09:43,168 perairan cetek ini adalah seluas 40.2 juta kilometer persegi. 64 00:09:43,251 --> 00:09:46,171 Lebih luas daripada benua terbesar. 65 00:09:48,215 --> 00:09:51,009 Keluasan dan laut yang ada banyak sumber 66 00:09:51,092 --> 00:09:53,720 menjadikan lautan habitat yang amat penting. 67 00:09:59,935 --> 00:10:02,145 Setiap kali pasang surut, 68 00:10:02,229 --> 00:10:06,650 sumber makanan dari dasar muncul dan dinikmati pelbagai jenis hidupan. 69 00:10:09,402 --> 00:10:12,697 Sumber makanan amat banyak di Atlantik Utara, 70 00:10:12,781 --> 00:10:16,785 memandangkan sekumpulan besar ikan berenang menghampiri pesisir. 71 00:10:26,670 --> 00:10:32,384 Satu jenis haiwan boleh hidup di kawasan begini dan membentuk banyak koloni. 72 00:10:37,556 --> 00:10:40,600 Reptilia terbang. Pterosaur. 73 00:10:41,518 --> 00:10:46,398 Terdapat tujuh spesies berbeza di pantai di Afrika Utara. 74 00:10:49,192 --> 00:10:53,780 Ia datang ke sini untuk makan, berehat dan membesarkan anak-anak. 75 00:10:56,658 --> 00:11:00,453 Tethydraco sudah biasa menghabiskan masa di darat 76 00:11:00,537 --> 00:11:04,749 dan ia membina sarang di sini serta melindungi anak-anaknya. 77 00:11:10,005 --> 00:11:12,966 Anak-anaknya amat memerlukan perlindungan. 78 00:11:17,554 --> 00:11:20,599 Paruh Phosphatodraco seperti belati tajam. 79 00:11:28,106 --> 00:11:31,902 Pemangsa setinggi 274.32 sentimeter yang sering memerhatikan koloni ini, 80 00:11:31,985 --> 00:11:35,572 dan menanti peluang untuk menangkap seekor anak yang tidak dilindungi. 81 00:11:41,786 --> 00:11:45,957 Tapi, sesetengah pterosaur tak biasa hidup di darat. 82 00:11:46,041 --> 00:11:49,502 Ia memiliki strategi bertelur yang berbeza. 83 00:11:52,464 --> 00:11:56,635 Ia membina sarang di kawasan yang kurang menarik perhatian pemangsa. 84 00:11:58,011 --> 00:12:00,889 Cenuram terpencil sebegini amat sesuai. 85 00:12:03,475 --> 00:12:07,687 Telur pterosaur amat keras dan mudah kering, 86 00:12:07,771 --> 00:12:09,981 jadi ia perlu ditutup. 87 00:12:11,691 --> 00:12:15,904 Ada sesuatu di sebalik timbunan rumpai laut ini. 88 00:12:22,202 --> 00:12:25,872 Seekor anak Alcione yang kecil 89 00:12:25,956 --> 00:12:28,250 seberat kurang 57 gram. 90 00:12:34,047 --> 00:12:37,467 Si ibu tinggalkan telurnya di sini kira-kira dua bulan lalu. 91 00:12:51,565 --> 00:12:54,568 Ia memanggil sesama sendiri supaya semuanya menetas. 92 00:12:55,610 --> 00:12:58,113 Lebih banyak, lebih selamat. 93 00:13:02,617 --> 00:13:05,495 Gerak hati pertamanya ialah mendaki. 94 00:13:29,394 --> 00:13:33,315 Anak-anak daripada beratus-ratus sarang berkumpul di puncak cenuram 95 00:13:33,398 --> 00:13:35,650 dan bersedia untuk terbang buat kali pertama. 96 00:13:44,159 --> 00:13:46,411 Tapi sayapnya belum terbentuk. 97 00:13:47,662 --> 00:13:51,082 Tulang jari panjang yang menyokong membran sayapnya 98 00:13:51,166 --> 00:13:56,171 perlu diluruskan dan tercantum dahulu, dan ia mengambil masa beberapa jam. 99 00:13:59,090 --> 00:14:00,884 Tapi, ia tak boleh berlengah lagi. 100 00:14:08,350 --> 00:14:12,270 Tulangnya amat ringan, mengandungi sehingga 90 peratus udara 101 00:14:12,354 --> 00:14:15,815 dan memudahkannya untuk terbang. 102 00:14:18,652 --> 00:14:21,696 Namun, ia perlu berlatih dulu. 103 00:14:23,073 --> 00:14:26,034 Ia cuma ada satu peluang saja 104 00:14:26,117 --> 00:14:28,078 untuk cuba terbang. 105 00:14:35,669 --> 00:14:39,506 Tebing cenuram menghasilkan arus menaik yang membantu ia terbang. 106 00:14:39,589 --> 00:14:43,718 Jadi, mujurlah ia berkumpul di sini menghadap angin lazim 107 00:14:43,802 --> 00:14:45,929 dan terbang ke daratan. 108 00:14:49,391 --> 00:14:52,602 Tapi, tiada sesiapa yang sudah bersedia untuk terbang. 109 00:14:59,693 --> 00:15:04,906 Akhirnya, seekor anak Alcione melakukan langkah pertama untuk diikuti yang lain. 110 00:15:44,821 --> 00:15:47,490 Ia bukan menuju ke arah pantai dan koloni. 111 00:15:47,574 --> 00:15:52,078 Ia perlu pergi ke hutan awan yang terletak jauh dari situ. 112 00:16:00,795 --> 00:16:02,255 Barbaridactylus. 113 00:16:02,964 --> 00:16:06,927 Pterosaur pemangsa dan kuat yang biasa memakan ikan. 114 00:16:07,719 --> 00:16:10,680 Tapi, anak-anak Alcione ini tak boleh dilepaskan saja. 115 00:16:19,856 --> 00:16:24,945 Satu cara untuk menyelamatkan diri ialah rapatkan sayap dan menjunam. 116 00:16:32,077 --> 00:16:36,039 Tapi, terbang rendah akan menyukarkan perjalanannya ke hutan. 117 00:17:13,159 --> 00:17:15,411 Pendaratan cemas ke dalam koloni. 118 00:17:15,495 --> 00:17:18,540 Anak Alcione tak patut berada di sini tanpa perlindungan. 119 00:17:42,814 --> 00:17:46,651 Seekor anak Alcione daripada kumpulan pertama yang terselamat… 120 00:17:49,195 --> 00:17:51,489 masih meneruskan perjalanan ke destinasinya. 121 00:18:10,508 --> 00:18:11,760 Kawasan selamat. 122 00:18:14,596 --> 00:18:18,975 Antara anak Alcione yang banyak tadi, cuma sedikit yang berjaya sampai. 123 00:18:21,853 --> 00:18:23,021 Tapi baginya, 124 00:18:23,104 --> 00:18:28,318 hutan ini memberikan perlindungan dan makanan yang diperlukan anak pterosaur. 125 00:18:31,029 --> 00:18:34,449 Ia akan menetap di sini selama lima tahun. 126 00:18:35,659 --> 00:18:38,954 Selepas tempoh itu, ia sudah cukup besar untuk menyertai pterosaur dewasa 127 00:18:39,037 --> 00:18:41,915 menangkap ikan di laut terbuka. 128 00:18:52,467 --> 00:18:57,222 Sesetengah haiwan marin yang menangkap ikan di laut 129 00:18:57,305 --> 00:19:01,726 perlu datang ke pantai sekali-sekala atas satu sebab tertentu. 130 00:19:03,520 --> 00:19:07,691 Di perairan di benua tenggelam Zealandia, 131 00:19:07,774 --> 00:19:10,277 satu perjalanan panjang bakal berakhir. 132 00:19:11,444 --> 00:19:13,780 Ini tuarangisaur, 133 00:19:13,863 --> 00:19:17,701 sejenis reptilia marin besar sepanjang hampir sembilan meter. 134 00:19:24,916 --> 00:19:29,421 Tuarangisaur betina ini ditemani anaknya yang berumur sekitar enam bulan. 135 00:19:34,301 --> 00:19:38,263 Kebiasaannya, ia cuma melahirkan seekor anak setiap dua tahun atau lebih. 136 00:19:38,346 --> 00:19:39,973 Ia amat berisiko, 137 00:19:40,056 --> 00:19:44,144 dan ikatan antara si ibu dan anak adalah sangat penting. 138 00:19:55,113 --> 00:20:00,118 Ia membawa anaknya berenang jauh menuju ke satu teluk. 139 00:20:12,172 --> 00:20:13,590 Ia tak sendirian. 140 00:20:14,174 --> 00:20:17,886 Tuarangisaur datang ke sini dari serata Pasifik Selatan. 141 00:20:34,319 --> 00:20:40,033 Tuarangisaur jantan turut berkumpul di sini untuk mencari pasangan. 142 00:20:46,915 --> 00:20:51,628 Tapi buat masa ini, keutamaan tuarangisaur betina bukan mengawan. 143 00:20:56,508 --> 00:21:00,595 Teluk ini memiliki sesuatu yang tiada di teluk lain. 144 00:21:17,237 --> 00:21:22,200 Batu yang licin, keras dan bulat. 145 00:21:24,744 --> 00:21:29,332 Ia menghaus akibat pergerakan air sungai, tapi sukar ditemui. 146 00:21:36,548 --> 00:21:40,051 Namun di dasar air terjun ini, 147 00:21:40,135 --> 00:21:41,636 ada banyak batu sebegitu. 148 00:21:41,720 --> 00:21:44,222 Tuarangisaur boleh memilih. 149 00:21:50,020 --> 00:21:52,314 Kemudian, ia melakukan sesuatu yang amat mengagumkan. 150 00:21:52,981 --> 00:21:54,316 Ia menelan batu itu. 151 00:21:56,192 --> 00:22:01,740 Batu itu berfungsi sebagai pemberat dan hempedal. 152 00:22:01,823 --> 00:22:05,619 Gastrolitos yang akan kekal dalam perutnya 153 00:22:05,702 --> 00:22:08,038 untuk menghancurkan makanan yang tidak dikunyah. 154 00:22:16,338 --> 00:22:17,589 Bagi si anak, 155 00:22:17,672 --> 00:22:21,343 bukan mudah mempelajari cara menelan batu buat kali pertama. 156 00:22:22,385 --> 00:22:24,429 Ia perlu berlatih. 157 00:22:27,390 --> 00:22:33,021 Namun, itulah peluang bagi si ibu mencari tuarangisaur jantan yang sesuai. 158 00:23:13,937 --> 00:23:17,315 Akhirnya, si anak berjaya. 159 00:23:22,654 --> 00:23:25,198 Kini, ia akan menelan sebanyak mungkin batu. 160 00:23:25,282 --> 00:23:29,327 Setelah dewasa nanti, ia akan kembali untuk telan lebih banyak lagi. 161 00:23:35,917 --> 00:23:39,045 Kini, keluarga ini perlu tinggalkan pantai 162 00:23:39,129 --> 00:23:41,381 dan kembali mencari makanan di laut. 163 00:23:41,464 --> 00:23:43,842 Bagi anak tuarangisaur, 164 00:23:43,925 --> 00:23:47,470 itu langkah penting ke arah kedewasaan. 165 00:23:58,481 --> 00:23:59,774 Di Eropah selatan, 166 00:23:59,858 --> 00:24:02,736 di kawasan pertembungan Lautan Atlantik dan Laut Tethys yang luas, 167 00:24:02,819 --> 00:24:06,656 terdapat banyak jenis hidupan laut. 168 00:24:09,034 --> 00:24:13,371 Paras laut yang semakin meningkat menandakan ada banyak pulau tenggelam 169 00:24:13,455 --> 00:24:16,875 yang dipenuhi bunga karang, kerangan dan karang. 170 00:24:27,010 --> 00:24:31,264 Karang menggunakan cahaya matahari di kawasan cetek 171 00:24:31,348 --> 00:24:35,268 dan bergabung dengan alga yang tumbuh di dalam tisunya. 172 00:24:43,944 --> 00:24:48,573 Ia mengumpul zarah makanan kecil yang terapung dalam arus lautan. 173 00:25:05,131 --> 00:25:09,594 Pelbagai jenis hidupan marin menyelaputi batu keras. 174 00:25:14,391 --> 00:25:18,395 Tapi mengejutkan, ada satu batu yang nampak kosong. 175 00:25:21,565 --> 00:25:25,569 Di seberangnya, ialah cenuram curam dan laut dalam, 176 00:25:25,652 --> 00:25:28,280 habitat pemangsa laut… 177 00:25:43,920 --> 00:25:47,549 dan bahaya buat ikan terumbu yang lalai. 178 00:26:14,659 --> 00:26:19,039 Tapi, ikan pycnodont ini tidak takut. 179 00:26:20,332 --> 00:26:24,753 Ini mosasaur Hoffman, pemangsa paling menggerunkan di laut. 180 00:26:25,337 --> 00:26:29,216 Tapi, ia datang bukan untuk cari makanan, tapi untuk dibersihkan. 181 00:26:34,888 --> 00:26:40,518 Mosasaur ialah biawak gergasi dan memiliki lidah bercabang 182 00:26:40,602 --> 00:26:44,439 dan kulit berwarna-warni apabila musim mengawan. 183 00:26:47,108 --> 00:26:50,612 Kini, ia perlu bersalin kulit. 184 00:27:02,415 --> 00:27:04,376 Untuk kelihatan menawan, 185 00:27:04,459 --> 00:27:08,088 seluruh badan perlulah bersih. 186 00:27:18,974 --> 00:27:23,395 Ikan dan udang halus memakan sisik yang tertanggal. 187 00:27:39,202 --> 00:27:43,832 Dengan muncul di permukaan, biawak laut yang memerlukan udara ini 188 00:27:43,915 --> 00:27:46,126 dapat memenuhkan paru-parunya 189 00:27:47,460 --> 00:27:49,838 dan berehat. 190 00:28:06,938 --> 00:28:08,148 Pesaing. 191 00:28:08,231 --> 00:28:10,942 Seekor mosasaur jantan muda mahu merampas kawasan ini. 192 00:28:37,135 --> 00:28:40,680 Mosasaur jantan dewasa lebih berat, iaitu lebih 15 tan. 193 00:28:40,764 --> 00:28:43,183 Tapi pesaingnya lebih lincah. 194 00:28:56,655 --> 00:29:01,243 Memandangkan kedua-dua sama hebat, pertarungan boleh membawa maut. 195 00:29:03,620 --> 00:29:07,499 Ada mosasaur yang ditemui dengan gigi hancur pesaing 196 00:29:07,582 --> 00:29:09,376 tertanam dalam tengkoraknya. 197 00:29:16,508 --> 00:29:18,593 Mosasaur jantan dewasa curi-curi ambil nafas. 198 00:29:26,601 --> 00:29:28,937 Kini, ia ada kelebihan. 199 00:29:34,067 --> 00:29:37,487 Ia dapat melemaskan pesaingnya dengan mengheretnya ke bawah. 200 00:30:24,326 --> 00:30:26,870 Mosasaur jantan dewasa berjaya. 201 00:30:27,704 --> 00:30:31,958 Buat masa ini, ia masih memiliki kawasan terumbu ini. 202 00:30:40,217 --> 00:30:44,971 Bulan sabit di pantai di Amerika Utara. 203 00:30:49,684 --> 00:30:56,107 Malam yang tenang dan gelap ini mencetuskan peristiwa unik dan indah. 204 00:31:04,783 --> 00:31:08,828 Malam ini, ada cahaya walaupun di dalam laut. 205 00:31:21,841 --> 00:31:25,887 Amonit bersinar muncul dari dasar laut. 206 00:31:34,813 --> 00:31:38,942 Amonit ialah moluska yang sejenis dengan kurita dan cumi-cumi. 207 00:31:39,651 --> 00:31:43,947 Saiz scaphitid ini sama besar seperti tangan manusia. 208 00:31:52,163 --> 00:31:55,917 Selama berminggu-minggu, ia berkumpul di dasar laut. 209 00:32:02,382 --> 00:32:06,845 Di dasar, cahaya ini dapat mengumpan plankton untuk dimakan. 210 00:32:07,554 --> 00:32:11,016 Tapi malam ini, cahaya itu ada fungsi berbeza. 211 00:32:13,643 --> 00:32:17,105 Ia muncul ke permukaan untuk mengawan. 212 00:32:17,188 --> 00:32:21,151 Tak lama kemudian, ada beribu-ribu ekor di setiap gosong. 213 00:32:34,331 --> 00:32:39,753 Setiap satu saling bergesel dan menghasilkan biopendarcahaya. 214 00:32:49,095 --> 00:32:51,723 Sistem sarafnya amat rumit, 215 00:32:51,806 --> 00:32:55,268 ia mengawal sel yang menghasilkan cahaya iaitu, photocyte. 216 00:33:04,236 --> 00:33:09,115 Si jantan bersesak merapati si betina yang lebih besar. 217 00:33:10,659 --> 00:33:16,623 Berdasarkan rupa si jantan, menunjukkan pasangan yang paling sesuai dan terbaik. 218 00:33:21,503 --> 00:33:25,966 Sebaik saja bersatu, kedua-duanya menyeragamkan cahaya. 219 00:33:32,597 --> 00:33:37,060 Jika si jantan tak dapat ikut rentak si betina, ia akan ditolak. 220 00:33:42,148 --> 00:33:44,359 Tapi, ia amat seragam. 221 00:33:47,737 --> 00:33:51,992 Kini, kedua-duanya akan bertelur dan menghasilkan generasi seterusnya. 222 00:33:57,455 --> 00:33:59,040 Selepas persenyawaan, 223 00:33:59,124 --> 00:34:02,711 si betina berenang ke kawasan cetek untuk melepaskan telur. 224 00:34:11,595 --> 00:34:13,722 Seperti kebanyakan sefalopod yang lain, 225 00:34:13,805 --> 00:34:17,224 bertelur ialah usaha terakhir dalam kehidupan pendeknya. 226 00:34:22,856 --> 00:34:27,110 Menjelang pagi, cahaya ini akan terpadam dan mati. 227 00:34:37,495 --> 00:34:41,499 Malam ajaib ini bakal menjadi malam terakhirnya. 228 00:34:54,596 --> 00:34:58,975 Di seluruh dunia, pantai menawarkan tempat yang sesuai 229 00:34:59,059 --> 00:35:04,898 buat haiwan untuk mengawan, membesarkan anak dan mencari makanan. 230 00:35:11,988 --> 00:35:14,449 Kembali ke perairan cetek di Zealandia, 231 00:35:15,367 --> 00:35:19,162 sekumpulan besar tuarangisaur bersatu. 232 00:35:34,010 --> 00:35:39,558 Ia menggerakkan diri menggunakan keempat-empat insang dan berenang 233 00:35:39,641 --> 00:35:43,019 untuk mencari sekumpulan ikan yang datang ke sini setiap musim panas. 234 00:35:44,938 --> 00:35:47,857 Kadangkala, tuarangisaur muncul di permukaan untuk bernafas 235 00:35:47,941 --> 00:35:51,278 sebelum meneruskan perjalanan dalam air. 236 00:36:00,078 --> 00:36:04,457 Tapi, seekor tuarangisaur betina tidak berenang seperti kebiasaan. 237 00:36:05,709 --> 00:36:10,922 Ia dan anaknya yang berumur dua tahun ketinggalan daripada ahli lain. 238 00:36:14,843 --> 00:36:17,679 Ia bergerak perlahan. 239 00:36:20,098 --> 00:36:23,226 Kejanggalan itu disedari. 240 00:36:26,396 --> 00:36:30,025 Pemburu berbahaya, Kaikaifilu. 241 00:36:35,864 --> 00:36:39,993 Tuarangisaur betina yang terkejut, kini menjadi sasaran. 242 00:36:43,705 --> 00:36:47,375 Ia mungkin dapat melindungi diri jika berenang lebih dalam. 243 00:36:53,215 --> 00:36:57,761 Bagi si anak, taktik mengalihkan perhatian mosasaur ini amat berbahaya. 244 00:36:59,679 --> 00:37:01,848 Tapi si ibu sempat menyelamatkan diri. 245 00:37:07,312 --> 00:37:10,774 Si ibu dan anak itu tidak bersendirian. 246 00:37:21,534 --> 00:37:23,995 Kesemuanya mungkin bersaudara, 247 00:37:24,079 --> 00:37:28,667 dan ia menghalau Kaikaifilu ini. 248 00:37:53,191 --> 00:37:57,737 Inilah punca kelewatan tuarangisaur betina tadi. 249 00:37:58,780 --> 00:38:00,323 Ia bunting. 250 00:38:24,890 --> 00:38:28,643 Kini, setelah bunting selama setahun setengah, 251 00:38:29,519 --> 00:38:30,812 anaknya lahir. 252 00:38:36,902 --> 00:38:41,740 Ia sepanjang lebih tiga meter, hampir mencapai separuh kepanjangan ibunya. 253 00:38:42,407 --> 00:38:45,660 Antara anak yang paling besar yang pernah wujud. 254 00:38:53,710 --> 00:38:58,590 Ia perlu ke permukaan untuk mengambil nafas pertama. 255 00:39:19,819 --> 00:39:24,199 Anak tuarangisaur ini dapat hidup selama 80 tahun. 256 00:39:26,243 --> 00:39:28,954 Kini, dengan bantuan ahli keluarga, 257 00:39:29,037 --> 00:39:32,040 ia dapat menjadi pemangsa… 258 00:39:35,126 --> 00:39:38,004 di salah satu habitat paling banyak sumber makanan di Bumi, 259 00:39:39,130 --> 00:39:44,052 iaitu laut di sekitar pantai planet prasejarah kita. 260 00:39:59,276 --> 00:40:01,820 Akan datang dalam Prehistoric Planet, 261 00:40:01,903 --> 00:40:07,284 dinosaur gergasi bergelut mendapatkan pasangan di gurun yang terik. 262 00:40:08,243 --> 00:40:09,661 Di serata dunia, 263 00:40:09,744 --> 00:40:14,583 pakar-pakar hebat perlu gunakan setiap cara untuk teruskan hidup 264 00:40:14,666 --> 00:40:17,878 di tempat paling mencabar di Bumi. 265 00:40:18,879 --> 00:40:21,923 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 266 00:40:22,007 --> 00:40:26,469 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 267 00:41:54,516 --> 00:41:56,518 Terjemahan sari kata oleh Hamizah