1 00:00:11,678 --> 00:00:15,182 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,517 --> 00:00:21,563 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,318 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,361 --> 00:00:29,613 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,656 --> 00:00:35,202 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,285 --> 00:00:38,247 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,330 --> 00:00:41,542 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,587 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,671 --> 00:00:47,923 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,006 --> 00:00:51,343 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,426 --> 00:00:58,016 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,436 --> 00:01:05,440 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,949 --> 00:01:17,494 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,038 --> 00:01:24,084 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,128 --> 00:01:29,256 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,465 --> 00:01:33,218 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,391 --> 00:01:45,689 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,651 --> 00:01:52,196 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:08,544 --> 00:02:11,673 Gurun 20 00:02:11,757 --> 00:02:14,301 Ini barat Amerika Selatan 21 00:02:14,384 --> 00:02:19,097 dan antara tempat paling tandus di planet prasejarah ini. 22 00:02:20,682 --> 00:02:23,477 Tak banyak haiwan datang ke sini, 23 00:02:23,560 --> 00:02:28,524 tapi ia menjadi pilihan bagi perhimpunan paling luar biasa di Bumi. 24 00:02:49,878 --> 00:02:51,380 Dreadnoughtus. 25 00:03:15,404 --> 00:03:21,326 Titanosaur. Sepanjang 25.91 meter dan seberat 36 tan metrik. 26 00:03:33,255 --> 00:03:35,257 Semua ini titanosaur jantan, 27 00:03:35,841 --> 00:03:39,595 dan ia telah berjalan jauh dari hutan tempat ia mencari makanan. 28 00:03:42,222 --> 00:03:47,519 Ia datang ke sini atas satu sebab saja: merebut peluang untuk mengawan. 29 00:03:49,813 --> 00:03:53,609 Sekumpulan titanosaur betina mengkritik ketibaan si jantan, 30 00:03:54,693 --> 00:03:57,362 sambil menilai kekuatan dan kesesuaiannya. 31 00:04:05,621 --> 00:04:08,123 Leher titanosaur yang besar 32 00:04:08,207 --> 00:04:12,711 ditampung oleh rangka yang amat ringan dan mengandungi udara. 33 00:04:15,339 --> 00:04:18,884 Tulang lehernya yang berongga bersambung dengan beberapa "belos" 34 00:04:18,966 --> 00:04:22,721 yang mengecutkan pundi udara gular yang unik. 35 00:04:35,609 --> 00:04:41,823 Si jantan dengan peragaan paling hebat dapat menarik lebih banyak betina. 36 00:04:48,622 --> 00:04:53,001 Dinosaur yang diselaputi debu putih ini 37 00:04:53,585 --> 00:04:56,547 merupakan titanosaur jantan dominan selama dua minggu ini. 38 00:04:59,842 --> 00:05:02,928 Beratnya hampir 45 tan metrik. 39 00:05:11,728 --> 00:05:14,189 Setakat ini, peragaannya 40 00:05:15,315 --> 00:05:17,818 menakutkan semua pencabar. 41 00:05:35,502 --> 00:05:36,753 Tapi, pendatang baharu ini… 42 00:05:42,634 --> 00:05:43,760 tidak gentar. 43 00:06:39,149 --> 00:06:42,778 Mengangkat badan sebesar itu amat memenatkan. 44 00:06:47,407 --> 00:06:49,910 Ia perlu bertahan. 45 00:06:52,621 --> 00:06:58,168 Pergaduhan semakin memuncak, dan setiap pencabar saling cuba mencederakan, 46 00:06:58,252 --> 00:07:01,964 menikam kaki lawan dengan kuku setajam belati 47 00:07:03,507 --> 00:07:05,884 dan melapah kulit menggunakan gigi. 48 00:07:15,310 --> 00:07:17,229 Penghujungnya… 49 00:07:26,989 --> 00:07:28,615 tumbukan yang menumbangkan. 50 00:07:39,960 --> 00:07:45,924 Kekuasaan pendatang lama ini pun berakhir. 51 00:07:54,516 --> 00:07:59,646 Pemenang muda mengambil giliran sebagai jantan dominan. 52 00:08:09,489 --> 00:08:13,952 Buat sesetengah daripadanya, kekalahan boleh membawa maut. 53 00:08:40,102 --> 00:08:44,107 Walaupun sesetengah haiwan dapat sesuaikan diri hidup di gurun, 54 00:08:45,400 --> 00:08:48,153 kebiasaannya, kelangsungan hidupnya tidak menentu. 55 00:08:49,530 --> 00:08:51,281 Terutamanya di Asia, 56 00:08:52,032 --> 00:08:53,825 kerana apabila kemuncak musim panas, 57 00:08:53,909 --> 00:08:58,038 suhu boleh mencecah melebihi 60 darjah Celsius… 58 00:09:04,753 --> 00:09:07,965 dan air tersejat sekelip mata. 59 00:09:14,930 --> 00:09:18,016 Di sini juga terdapat reptilia yang kelihatan ganas. 60 00:09:24,982 --> 00:09:29,444 Tapi panjang biawak kecil ini cuma beberapa inci saja. 61 00:09:34,241 --> 00:09:37,661 Amat mencabar mencari makanan di sini. 62 00:09:51,758 --> 00:09:54,845 Bangkai besar ini berbaloi juga. 63 00:10:00,267 --> 00:10:02,352 Bangkai sauropod. 64 00:10:03,353 --> 00:10:06,440 Ganjaran besar buat kebanyakan haiwan. 65 00:10:11,195 --> 00:10:13,739 Tapi anehnya, tiada yang mendekati. 66 00:10:17,159 --> 00:10:18,827 Tarbosaurus… 67 00:10:20,162 --> 00:10:23,707 versi T. rex di gurun. 68 00:10:27,294 --> 00:10:30,088 Inilah yang membuatkan yang lain takut. 69 00:10:39,056 --> 00:10:42,768 Tapi bagi biawak ini, peluang tak boleh dilepaskan. 70 00:10:55,739 --> 00:11:00,369 Lalat bukan setakat tertarik dengan bangkai… 71 00:11:05,499 --> 00:11:10,504 tapi turut tertarik dengan tarbosaur tidur yang memakan bangkai itu. 72 00:11:32,943 --> 00:11:34,778 Ia perlu berani. 73 00:11:55,424 --> 00:11:57,467 Velociraptor. 74 00:12:13,442 --> 00:12:15,611 Ia perlu berhati-hati. 75 00:12:19,323 --> 00:12:23,702 Sebab Velociraptor selalu memburu bersama-sama. 76 00:13:28,642 --> 00:13:30,519 Tarbosaur berlalu pergi. 77 00:13:39,862 --> 00:13:42,072 Kini, pterosaur boleh mendarat… 78 00:13:44,575 --> 00:13:46,827 dan menikmati ganjaran ini. 79 00:14:09,933 --> 00:14:15,439 Tapi bagi biawak kecil ini, peluangnya sudah hilang. 80 00:14:22,487 --> 00:14:27,868 Haiwan perlu pantas mengambil peluang untuk hidup di gurun, 81 00:14:28,493 --> 00:14:33,457 dan sebahagian dinosaur dapat melakukannya dengan amat berkesan. 82 00:14:41,548 --> 00:14:44,676 Mononykus pakar hidup di gurun. 83 00:14:49,640 --> 00:14:51,558 Sama seperti haiwan gurun lain, 84 00:14:51,642 --> 00:14:55,812 ia perlu memantau kawasan yang luas jika mahu dapatkan makanan mencukupi. 85 00:14:59,775 --> 00:15:03,028 Kaki ayamnya dapat memastikan badannya kekal sejuk. 86 00:15:04,029 --> 00:15:08,116 Bulu pada badannya melindunginya daripada cahaya matahari, 87 00:15:08,200 --> 00:15:11,078 dan memberikannya deria yang amat tajam. 88 00:15:18,836 --> 00:15:23,590 Ia membentuk cakera muka yang membantunya mengesan bunyi perlahan. 89 00:15:45,612 --> 00:15:48,490 Pendengaran berarah yang hipersensitif sebegini 90 00:15:48,574 --> 00:15:54,580 membawanya ke dahan berongga dan ganjaran di dalamnya. 91 00:16:09,595 --> 00:16:13,724 Kini, ia menggunakan senjata yang membuatkan pemburu ini mendapat namanya. 92 00:16:15,642 --> 00:16:20,814 Mononykus, satu kuku gergasi. 93 00:16:22,316 --> 00:16:26,862 Itulah yang diperlukan untuk memecahkan sarang anai-anai. 94 00:16:36,413 --> 00:16:39,666 Ia juga mempunyai satu lagi peralatan istimewa. 95 00:16:42,753 --> 00:16:46,590 Lidah fleksibel, dua kali ganda lebih panjang daripada kepalanya. 96 00:16:52,429 --> 00:16:54,932 Anai-anai ialah sumber protein yang menguntungkan 97 00:16:55,557 --> 00:16:58,769 tapi amat menjengkelkan. 98 00:17:05,901 --> 00:17:10,656 Haiwan pakar seperti Mononykus boleh hidup dalam persekitaran gurun gersang. 99 00:17:14,034 --> 00:17:16,869 Tapi keadaan sebegini jarang berkekalan. 100 00:17:18,288 --> 00:17:19,873 Kadangkala, 101 00:17:19,957 --> 00:17:25,587 angin gunung yang lebih sejuk bertiup, dan bergabung dengan udara panas. 102 00:17:26,505 --> 00:17:31,468 Ribut gurun menurunkan hujan yang dinantikan. 103 00:17:47,067 --> 00:17:51,321 Mungkin ia tak pernah tengok gurun dibasahi seperti ini. 104 00:17:58,954 --> 00:18:03,041 Landskap berubah dengan cara tak dijangka. 105 00:18:13,427 --> 00:18:17,639 Benih yang selama ini tidak bercambah, mula tumbuh. 106 00:18:29,860 --> 00:18:34,573 Ia mengubah tanah gersang ini dalam masa beberapa hari. 107 00:18:38,911 --> 00:18:43,081 Memandangkan banyak tumbuhan, sumber makanan pun bertambah, 108 00:18:44,374 --> 00:18:46,210 jika tahu mencarinya. 109 00:18:58,639 --> 00:19:03,018 Enantiornithines, sejenis burung purba. 110 00:19:04,144 --> 00:19:06,480 Tapi mungkin terlalu besar untuk ditangkap. 111 00:19:12,569 --> 00:19:16,573 Agak sukar mahu sesuaikan diri dalam suasana berbeza dan asing. 112 00:19:22,788 --> 00:19:23,789 Aduhai! 113 00:19:44,017 --> 00:19:46,395 Akhirnya, ia dapat sesuatu. 114 00:19:49,147 --> 00:19:52,234 Tapi cabaran baharu ini cuma sementara. 115 00:19:52,317 --> 00:19:54,945 Di gurun, ada satu perkara yang pasti: 116 00:19:55,028 --> 00:19:58,949 Haba panas dan tanah tandus akan segera kembali. 117 00:20:00,701 --> 00:20:04,538 Bunga-bunga pun akan mati. 118 00:20:11,920 --> 00:20:15,299 Bukan cahaya matahari terik saja 119 00:20:15,382 --> 00:20:18,260 yang membuatkan gurun sukar didiami. 120 00:20:18,343 --> 00:20:20,429 Angin pun menyukarkan keadaan. 121 00:20:24,349 --> 00:20:28,145 Di Asia Tengah, angin bertiup kencang, 122 00:20:28,228 --> 00:20:32,524 dan tanah menjadi bertambah kering dan memusnahkan tumbuhan. 123 00:20:42,951 --> 00:20:45,287 Dinosaur besar sentiasa bergerak 124 00:20:45,370 --> 00:20:48,207 untuk cuba bertahan dalam keadaan genting ini. 125 00:20:51,168 --> 00:20:55,380 Dinosaur berparuh ini digelar Barsboldia. 126 00:21:14,441 --> 00:21:17,611 Ia pakar dalam melakukan perjalanan jarak jauh 127 00:21:18,362 --> 00:21:22,699 dan boleh bertahan tanpa air buat masa yang lama. 128 00:21:24,034 --> 00:21:27,579 Tapi kadangkala, sumber air amat banyak. 129 00:21:33,919 --> 00:21:35,045 Apabila hujan turun, 130 00:21:35,128 --> 00:21:40,551 air meresap dan mengalir ke bawah tanah di merata kawasan. 131 00:21:41,385 --> 00:21:46,139 Sehinggalah di beberapa tempat istimewa, air muncul ke permukaan 132 00:21:46,223 --> 00:21:48,267 dan menghasilkan wahah. 133 00:21:51,562 --> 00:21:56,733 Sumber air terbuka menarik pelbagai jenis haiwan gurun dari jauh. 134 00:22:02,406 --> 00:22:05,284 Ada haiwan yang lebih kecil daripada yang lain. 135 00:22:07,870 --> 00:22:10,205 Titanosaur Mongolia. 136 00:22:12,583 --> 00:22:14,334 Ia amat besar. 137 00:22:14,418 --> 00:22:16,295 Seberat lebih 64 tan metrik, 138 00:22:16,378 --> 00:22:20,507 ia antara haiwan terbesar yang wujud di Bumi. 139 00:22:23,468 --> 00:22:27,931 Tempat ini amat berbahaya buat Mononykus kecil mencari air. 140 00:22:34,563 --> 00:22:36,356 Walaupun ada banyak haiwan, 141 00:22:36,440 --> 00:22:41,570 jika miliki leher terpanjang di Bumi, ia tak perlu tunggu giliran. 142 00:23:11,099 --> 00:23:13,977 Perhimpunan sebegini menarik perhatian. 143 00:23:20,984 --> 00:23:22,319 Seekor tarbosaur. 144 00:24:33,015 --> 00:24:39,563 Tapi seperti yang lain, pemburu ini datang hanya untuk minum. 145 00:24:56,371 --> 00:25:00,417 Memandangkan banyak hidupan datang minum setiap masa, 146 00:25:00,501 --> 00:25:02,419 air pun cepat habis. 147 00:25:04,379 --> 00:25:06,423 Haiwan-haiwan beredar 148 00:25:06,507 --> 00:25:10,886 dan sekali lagi, keadaan gersang dan tandus kembali. 149 00:25:17,893 --> 00:25:21,939 Selama lebih berjuta tahun, air mengubah gurun 150 00:25:22,022 --> 00:25:24,483 menjadi landskap yang menakjubkan… 151 00:25:27,236 --> 00:25:30,072 seperti di Afrika Utara. 152 00:25:30,155 --> 00:25:35,452 Ngarai ini menawarkan peluang istimewa buat pelawat. 153 00:25:38,288 --> 00:25:43,669 Dengan sayap sepanjang lima meter, Barbaridactylus, sejenis pterosaur, 154 00:25:43,752 --> 00:25:47,256 dapat menggunakan terma dengan mudah… 155 00:25:50,425 --> 00:25:52,594 dan terbang jauh, 156 00:25:52,678 --> 00:25:57,099 walaupun ia memiliki balung besar. 157 00:26:15,492 --> 00:26:20,622 Setiap tahun, jantan dan betina berterbangan ke tempat istimewa ini 158 00:26:20,706 --> 00:26:22,583 dalam bilangan yang banyak. 159 00:26:37,681 --> 00:26:42,936 Tiada pemangsa darat di puncak penara terpencil ini, 160 00:26:43,020 --> 00:26:45,355 jadi, tempat ini selamat untuk ia mendarat. 161 00:26:45,939 --> 00:26:50,652 Pterosaur jantan besar memilih kawasan untuk peragaan 162 00:26:52,279 --> 00:26:55,699 sementara haiwan jantan tanpa pasangan berterbangan di langit. 163 00:27:01,163 --> 00:27:03,874 Pemilik kawasan memberi amaran kepada mana-mana pencabar. 164 00:27:08,253 --> 00:27:12,216 Amaran yang kadangkala perlu diberi secara keras. 165 00:27:55,259 --> 00:27:59,680 Tapi, saiz besar tidak menjamin kejayaan. 166 00:28:00,973 --> 00:28:05,310 Ada beberapa pterosaur jantan yang tidak mempunyai balung besar. 167 00:28:14,278 --> 00:28:18,657 Ia si jantan licik yang kelihatan seperti betina 168 00:28:20,158 --> 00:28:23,078 dan maksudnya, kehadirannya takkan disedari. 169 00:28:35,257 --> 00:28:37,718 Taktik yang amat bahaya… 170 00:28:40,637 --> 00:28:44,808 sebab pterosaur jantan besar sering memantau. 171 00:28:49,396 --> 00:28:51,648 Ia pun membuat peragaan. 172 00:29:08,582 --> 00:29:11,168 Si licik telah dikesan. 173 00:29:37,486 --> 00:29:38,904 Malah… 174 00:29:40,072 --> 00:29:43,200 ia menarik perhatian pterosaur jantan besar itu. 175 00:29:57,422 --> 00:30:01,051 Tapi si licik pura-pura menjadi si betina yang tak berminat… 176 00:30:07,015 --> 00:30:09,393 dan menolak pterosaur jantan itu. 177 00:30:13,438 --> 00:30:16,149 Kini, ia menyambung misinya… 178 00:30:17,651 --> 00:30:19,778 dan mula bertindak. 179 00:30:38,881 --> 00:30:40,090 Berjaya. 180 00:31:06,283 --> 00:31:09,203 Walaupun pterosaur jantan besar nampak lebih menarik, 181 00:31:10,287 --> 00:31:14,208 si betina mahu melahirkan anak yang paling sihat 182 00:31:14,291 --> 00:31:17,794 dengan mengawan bersama sebanyak mungkin pasangan… 183 00:31:20,380 --> 00:31:24,510 tidak kira jika ia cantik atau licik. 184 00:31:39,316 --> 00:31:42,444 Bukan haiwan luar biasa dan aneh saja 185 00:31:42,528 --> 00:31:45,531 yang mendiami gurun planet prasejarah. 186 00:31:48,408 --> 00:31:52,454 Terdapat landskap yang pelik dan mengagumkan juga. 187 00:31:54,206 --> 00:31:56,583 Contohnya seperti di Amerika Selatan. 188 00:32:01,839 --> 00:32:04,550 Rupanya seperti salji, 189 00:32:04,633 --> 00:32:10,556 tapi sebenarnya gumuk besar ini terdiri daripada gipsum, bukan pasir. 190 00:32:11,306 --> 00:32:16,311 Gipsum ialah mineral putih halus yang mudah larut ke dalam air. 191 00:32:16,395 --> 00:32:21,191 Ia cuma wujud dalam bentuk pepejal di kawasan paling kering di Bumi. 192 00:32:26,488 --> 00:32:30,993 Gumuk ini amat gersang, dan tak banyak haiwan mendiami kawasan ini. 193 00:32:32,828 --> 00:32:36,123 Namun, sesetengah dinosaur dapat hidup di sini. 194 00:32:39,459 --> 00:32:43,005 Secernosaurus, sejenis hadrosaur kecil. 195 00:32:47,801 --> 00:32:50,846 Walaupun ia boleh hidup tanpa makanan mengenyangkan, 196 00:32:50,929 --> 00:32:55,309 kira-kira setiap dekad, kawasan ini akan jadi terlalu tandus 197 00:32:55,392 --> 00:32:59,104 sehingga semua tumbuhan layu dan mati. 198 00:33:02,524 --> 00:33:07,070 Ia perlu menjaga anaknya dan ini mungkin generasi terakhirnya. 199 00:33:12,326 --> 00:33:15,829 Tapi sesetengah hadrosaur yang lebih tua dan berpengalaman 200 00:33:15,913 --> 00:33:19,583 mungkin masih ingat tempat lain yang ada sumber makanan dan air. 201 00:33:21,126 --> 00:33:25,797 Jika mahu hidup, ia tahu ia tak boleh tinggalkan gurun 202 00:33:25,881 --> 00:33:29,760 tapi perlu teruskan perjalanan merentasi gumuk yang panas terik. 203 00:33:36,725 --> 00:33:42,022 Landskap gurun sentiasa berubah kerana angin kencang dan pasir yang ditiup. 204 00:33:44,983 --> 00:33:47,110 Keadaan itu menyukarkan perjalanannya. 205 00:34:08,215 --> 00:34:11,301 Kawanan hadrosaur ini lebih suka berjalan pada waktu malam. 206 00:34:30,654 --> 00:34:32,197 Bukan saja lebih sejuk, 207 00:34:32,281 --> 00:34:37,077 waktu malam turut menunjukkan peta yang membolehkannya memandu arah 208 00:34:37,159 --> 00:34:40,414 merentasi gurun yang gersang dan berubah ini. 209 00:34:42,291 --> 00:34:45,210 Peta di langit. 210 00:34:48,172 --> 00:34:50,132 Sama seperti haiwan lain yang berhijrah, 211 00:34:50,215 --> 00:34:54,178 hadrosaur dapat mengenal pasti bintang dan buruj. 212 00:35:00,475 --> 00:35:04,563 Menjelang siang, cahaya matahari terik masih memancar. 213 00:35:14,239 --> 00:35:19,953 Walaupun ada tempat berteduh, ini mungkin penamat buat sesetengah hadrosaur. 214 00:35:28,003 --> 00:35:30,881 Tapi ada benda lain yang boleh membantunya. 215 00:35:35,928 --> 00:35:40,140 Bunyi deruan ombak kuat yang menghempas garis pesisir di kejauhan 216 00:35:40,224 --> 00:35:42,768 dapat didengari merentasi gumuk ini. 217 00:35:44,978 --> 00:35:49,274 Bunyinya amat perlahan dan kebanyakan haiwan tidak mendengarnya. 218 00:35:49,358 --> 00:35:54,696 Tapi hadrosaur dengar, dan dapat mencari jalan menuju ke pantai. 219 00:35:57,115 --> 00:36:01,787 Tapi ada satu lagi halangan yang perlu dilepasi di gurun ini. 220 00:36:03,580 --> 00:36:07,376 Gumuk pantai yang besar menghalang laluannya. 221 00:36:23,767 --> 00:36:28,981 Pasir yang cerun dan jerlus menghabiskan tenaganya dalam setiap langkah. 222 00:37:20,115 --> 00:37:21,491 Ia sampai ke destinasi. 223 00:37:32,794 --> 00:37:38,383 Ganjaran pertamanya ialah menjilat titisan air yang tersejat pada kulitnya 224 00:37:38,467 --> 00:37:42,304 daripada kabus yang terbentuk kerana pertembungan gumuk dan laut. 225 00:37:53,232 --> 00:37:57,986 Kabus ini juga menyuburkan lagi syurga pantai ini. 226 00:38:10,123 --> 00:38:13,752 Buat masa ini, sumber makanan cukup buat kawanan ini, 227 00:38:14,253 --> 00:38:18,090 tapi sebaik habis, ia perlu teruskan perjalanan… 228 00:38:22,219 --> 00:38:25,222 dan sekali lagi perlu berdepan ujian kehidupan 229 00:38:25,806 --> 00:38:29,142 di gurun planet prasejarah ini. 230 00:38:35,816 --> 00:38:37,568 Akan datang dalam Prehistoric Planet, 231 00:38:37,651 --> 00:38:41,071 satu daripada dinosaur paling aneh yang pernah wujud. 232 00:38:41,154 --> 00:38:46,159 Dinosaur aneh berparuh sedang makan di paya pedalaman. 233 00:38:48,078 --> 00:38:50,497 Air tawar mengalir dari sumbernya ke laut, 234 00:38:50,581 --> 00:38:53,834 lalu membentuk kehidupan haiwan yang menikmatinya. 235 00:38:55,127 --> 00:38:58,213 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 236 00:38:58,297 --> 00:39:02,718 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 237 00:40:30,764 --> 00:40:32,766 Terjemahan sari kata oleh Hamizah