1 00:00:11,678 --> 00:00:15,182 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,517 --> 00:00:21,563 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,318 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,361 --> 00:00:29,613 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,656 --> 00:00:35,202 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,285 --> 00:00:38,247 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,330 --> 00:00:41,542 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,587 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,671 --> 00:00:47,923 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,006 --> 00:00:51,343 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,426 --> 00:00:58,016 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,436 --> 00:01:05,440 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,949 --> 00:01:17,494 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,038 --> 00:01:24,084 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,128 --> 00:01:29,256 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,465 --> 00:01:33,218 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,391 --> 00:01:45,689 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,651 --> 00:01:52,196 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:05,250 --> 00:02:10,589 Air Tawar 20 00:02:16,470 --> 00:02:19,556 Selama berjuta-juta tahun, daratan di Bumi 21 00:02:19,640 --> 00:02:21,433 telah terbentuk oleh air. 22 00:02:22,518 --> 00:02:26,772 Sungai yang mengalir di sini masih membentuk ngarai besar ini. 23 00:02:32,319 --> 00:02:36,365 Tempat sebegini menjadi habitat reptilia terbang. 24 00:02:40,536 --> 00:02:41,703 Pterosaur. 25 00:02:47,876 --> 00:02:52,548 Sayapnya dapat mencecah dari jari sehingga tumit. 26 00:02:58,971 --> 00:03:02,766 Ia boleh terbang sejauh beratus-ratus batu dalam sehari. 27 00:03:38,510 --> 00:03:39,511 Setiap malam, 28 00:03:39,595 --> 00:03:45,350 ia datang ke ngarai ini dalam bilangan banyak untuk bertenggek di belebas sempit. 29 00:03:49,605 --> 00:03:51,648 Lebih banyak, lebih selamat. 30 00:03:54,693 --> 00:03:58,071 Lagipun, tak banyak pemangsa darat yang datang ke sini. 31 00:04:01,116 --> 00:04:02,701 Kecuali yang ini. 32 00:04:08,040 --> 00:04:11,210 Ia sejenis dinosaur. Velociraptor. 33 00:04:14,546 --> 00:04:18,175 Badannya hangat disebabkan bulu, tapi ia tak boleh terbang. 34 00:04:19,885 --> 00:04:23,055 Walaupun begitu, ia amat lincah. 35 00:04:31,313 --> 00:04:32,481 Ia perlu jadi lincah. 36 00:04:34,900 --> 00:04:37,903 Satu salah langkah, boleh memudaratkan. 37 00:04:44,910 --> 00:04:47,079 Pterosaur agak aktif. 38 00:04:47,162 --> 00:04:50,332 Ia akan terbang sebaik saja mengesan bahaya. 39 00:04:55,420 --> 00:05:01,051 Jika Velociraptor mahu tangkap makanan, ia perlu menyelinap tanpa disedari. 40 00:05:21,280 --> 00:05:24,199 Badannya yang ringan dan lengan yang berbulu membolehkannya 41 00:05:24,283 --> 00:05:25,993 mengawal pendaratan. 42 00:05:31,623 --> 00:05:36,044 Ekornya yang lebar pula membantu menyeimbangkannya. 43 00:05:45,179 --> 00:05:47,848 Pterosaur yang bertenggek 44 00:05:47,931 --> 00:05:50,809 di pinggir belebas ialah sasaran paling mudah. 45 00:06:23,091 --> 00:06:27,846 Bunyi deras air terjun menenggelamkan bunyi batu terjatuh. 46 00:06:50,953 --> 00:06:53,205 Velociraptors betina naik ke tempat tinggi. 47 00:06:55,749 --> 00:06:58,085 Manakala dua ekor jantan turun ke tempat rendah. 48 00:07:15,352 --> 00:07:19,106 Beberapa ekor pterosaur agak dekat untuk ditangkap. 49 00:07:39,334 --> 00:07:44,173 Ia berjaya tangkap seekor, tapi kini seluruh koloni sedar kehadirannya. 50 00:08:06,278 --> 00:08:09,198 Dalam kekecohan, mangsanya terlepas dari belebas. 51 00:08:18,707 --> 00:08:22,753 Velociraptors betina menggunakan ekor berbulunya. 52 00:08:27,591 --> 00:08:30,636 Akhirnya, ia dapat makanannya. 53 00:08:33,847 --> 00:08:37,726 Velociraptors jantan dibiarkan berlawan dengan pterosaur. 54 00:08:47,152 --> 00:08:50,948 Air tawar digunakan di seluruh planet ini. 55 00:08:57,037 --> 00:08:58,789 Suhu global sangat tinggi. 56 00:09:00,082 --> 00:09:03,252 Ribut kencang dan hujan lebat sering melanda. 57 00:09:15,681 --> 00:09:19,977 Kebanyakan kawasan di Amerika Utara dilitupi hutan tebal dan kaya sumber. 58 00:09:25,065 --> 00:09:30,070 Di sini, ada dinosaur pemakan tumbuhan terbesar yang pernah wujud. 59 00:09:33,115 --> 00:09:38,453 Sebagai balasan, ia menjadi buruan pemangsa paling ganas. 60 00:10:09,776 --> 00:10:12,487 Tyrannosaurus rex. 61 00:10:14,823 --> 00:10:19,077 T. rex jantan dewasa ini baru saja bunuh seekor Triceratops. 62 00:10:25,292 --> 00:10:27,920 Akibatnya, ia tercedera. 63 00:10:37,679 --> 00:10:41,225 T. rex mampu memburu herbivor besar… 64 00:10:43,936 --> 00:10:47,314 tapi kebanyakan daripadanya miliki senjata pertahanan yang berat. 65 00:10:55,030 --> 00:10:59,034 Badannya berparut akibat berdekad-dekad bertarung dengan mangsa "berperisai." 66 00:11:07,668 --> 00:11:10,546 Malah, hujung ekornya telah cedera akibat satu pertarungan. 67 00:11:19,555 --> 00:11:22,724 Luka kecederaan baharu ini lebih serius. 68 00:11:28,105 --> 00:11:32,818 Pada umur tua sebegini, ia boleh mendapat jangkitan. 69 00:11:46,999 --> 00:11:49,918 Air sungai dapat membantu membersihkan lukanya. 70 00:12:02,055 --> 00:12:06,226 Ia berpeluang untuk bertarung sehari lagi. 71 00:12:10,189 --> 00:12:12,691 Tapi hari itu tiba lebih cepat daripada dijangka. 72 00:12:28,498 --> 00:12:30,167 Satu lagi T. rex. 73 00:12:38,425 --> 00:12:39,468 Pendatang asing. 74 00:12:53,232 --> 00:12:56,777 Tapi bau pendatang baharu ini berbeza. 75 00:13:02,282 --> 00:13:03,367 Ia betina. 76 00:13:04,159 --> 00:13:06,912 Lebih muda dan kecil. 77 00:13:12,459 --> 00:13:15,629 Tapi, mungkin juga ia pesaing. 78 00:13:25,430 --> 00:13:29,852 Namun, T. rex jantan ini menunjukkan ia tidak berminat untuk berlawan. 79 00:13:35,315 --> 00:13:37,192 Ia lebih rela mengawan. 80 00:13:47,828 --> 00:13:49,496 Si betina seperti bersetuju. 81 00:14:00,048 --> 00:14:04,553 Bahagian muka tyrannosaur amat sensitif dengan sentuhan 82 00:14:06,471 --> 00:14:07,598 jadi, ia pun bergesel. 83 00:14:13,270 --> 00:14:18,901 Saiz jantan yang besar serta parutnya ialah bukti ia pemandiri. 84 00:14:21,195 --> 00:14:25,449 Mungkin pada pandangan si betina, ia menjadikan si jantan pasangan menarik. 85 00:14:44,718 --> 00:14:46,720 Jadi, ia kekal bersama. 86 00:14:47,221 --> 00:14:50,557 Selama beberapa minggu akan datang, kedua-duanya kerap mengawan. 87 00:14:52,851 --> 00:14:56,522 Akhirnya, ia mengeluarkan 15 biji telur. 88 00:14:58,982 --> 00:15:02,694 Ini memberi jaminan kewujudan generasi seterusnya. 89 00:15:14,414 --> 00:15:20,087 Habitat yang bergantung kepada air tawar boleh berubah dengan cepat dan radikal. 90 00:15:26,176 --> 00:15:27,970 Di sebahagian Asia Tengah, 91 00:15:28,053 --> 00:15:32,099 hujan bermusim yang lebat memenuhi sungai sehingga akhirnya, 92 00:15:32,182 --> 00:15:34,017 air melimpah dari tebing. 93 00:15:37,771 --> 00:15:40,274 Dataran sekeliling pun banjir. 94 00:15:53,370 --> 00:15:59,334 Terdapat satu dinosaur paling menakjubkan yang meredah air itu. 95 00:16:19,229 --> 00:16:20,898 Deinocheirus. 96 00:16:23,942 --> 00:16:26,486 Ia lebih tinggi daripada T. rex. 97 00:16:28,572 --> 00:16:32,034 Muncung berparuhnya yang besar amat berguna 98 00:16:32,117 --> 00:16:33,869 untuk mendapatkan tumbuhan air. 99 00:16:35,829 --> 00:16:38,582 Si jantan ini kuat makan 100 00:16:38,665 --> 00:16:41,960 kerana tiada banyak makanan semasa musim kemarau yang panjang. 101 00:16:46,131 --> 00:16:48,926 Tumbuhan air ada banyak khasiat. 102 00:16:50,135 --> 00:16:53,514 Kukunya yang besar dan melengkung sepanjang 20.32 sentimeter ini 103 00:16:53,597 --> 00:16:57,351 membolehkannya mengorek sehingga ke dasar. 104 00:17:08,904 --> 00:17:12,741 Ia juga merupakan sumber makanan bagi hidupan lebih kecil. 105 00:17:17,496 --> 00:17:21,916 Lalat yang memakan darah, yang mengerumuni bulunya. 106 00:17:29,216 --> 00:17:31,969 Ia menjengkelkan dan juga menyakitkan. 107 00:17:32,928 --> 00:17:36,682 Walaupun ia boleh garu menggunakan kuku besarnya… 108 00:17:39,643 --> 00:17:43,564 kadangkala, ada juga bahagian yang tak dapat dicapai. 109 00:17:51,029 --> 00:17:54,074 Untuk menggaru bahagian itu, ia perlukan bantuan. 110 00:17:58,078 --> 00:18:01,999 Pokok mati. Mungkin boleh membantu. 111 00:18:23,520 --> 00:18:25,105 Leganya. 112 00:18:40,037 --> 00:18:42,497 Kini, ia boleh sambung makan. 113 00:18:48,086 --> 00:18:52,299 Tapi, makanan yang cuma terdiri daripada tumbuhan basah 114 00:18:52,382 --> 00:18:56,303 mempunyai satu akibat yang tak dapat dielakkan. 115 00:19:09,691 --> 00:19:15,739 Makanan yang dinikmati tadi, kini menjadi baja. 116 00:19:21,286 --> 00:19:24,873 Dinosaur sebesar Deinocheirus boleh menghasilkan 117 00:19:24,957 --> 00:19:28,126 lebih 18.14 kilogram najis setiap tahun. 118 00:19:39,805 --> 00:19:41,265 Afrika Selatan. 119 00:19:43,976 --> 00:19:47,187 Di sini pun, hujan tahunan akan mengakibatkan banjir. 120 00:19:50,065 --> 00:19:53,819 Kawasan darat menjadi saliran sempit yang mengelirukan 121 00:19:53,902 --> 00:19:56,738 yang mengalir di antara beberapa pulau kecil. 122 00:20:03,370 --> 00:20:06,373 Kini, kawasan ini menjadi hutan paya. 123 00:20:13,672 --> 00:20:18,760 Ia menarik salah satu haiwan terbang terbesar yang wujud 124 00:20:18,844 --> 00:20:20,179 di Bumi. 125 00:20:31,690 --> 00:20:36,069 Pterosaur gergasi. Quetzalcoatlus. 126 00:20:49,416 --> 00:20:50,751 Ini pterosaur betina. 127 00:20:51,418 --> 00:20:54,254 Sayapnya sepanjang 9.14 meter. 128 00:20:57,090 --> 00:21:00,260 Ia datang ke sini atas satu sebab tertentu. 129 00:21:28,914 --> 00:21:31,792 Pulau kecil yang terbentuk disebabkan air pasang 130 00:21:32,793 --> 00:21:35,504 ialah tempat sesuai untuk ia bertelur. 131 00:21:50,561 --> 00:21:53,814 Quetzalcoatlus memang pakar terbang. 132 00:21:53,897 --> 00:21:58,235 Tapi agak mengejutkan, ia juga amat pakar di daratan. 133 00:22:00,779 --> 00:22:05,659 Setiap sayapnya ditampung oleh satu tulang panjang yang besar 134 00:22:05,742 --> 00:22:07,286 pada jari keempatnya. 135 00:22:08,245 --> 00:22:10,247 Dengan menaikkan sayapnya, 136 00:22:10,330 --> 00:22:13,667 ia boleh berjalan dengan mudah menggunakan keempat-empat kaki. 137 00:22:25,387 --> 00:22:28,223 Ia datang ke sini untuk bersarang. 138 00:22:35,689 --> 00:22:39,526 Ia memilih tanah yang lembap dan berpaya 139 00:22:39,610 --> 00:22:43,197 bagi mengelakkan telur berkulit lembut daripada kering. 140 00:23:10,849 --> 00:23:13,560 Dua telur pertama hanyalah permulaan. 141 00:23:25,864 --> 00:23:29,910 Selama tiga minggu seterusnya, ia akan menjaga sarangnya… 142 00:23:37,000 --> 00:23:40,796 dan mengeluarkan dua telur lagi selang beberapa hari. 143 00:23:50,764 --> 00:23:54,434 Bertelur memerlukan banyak usaha dan tenaga. 144 00:23:55,269 --> 00:23:58,939 Setiap telur adalah besar dan seberat kira-kira satu kilogram. 145 00:24:12,578 --> 00:24:16,331 Akhirnya, ia mengeluarkan 12 biji telur atau lebih sekali gus. 146 00:24:19,501 --> 00:24:22,754 Ia tutup menggunakan tumbuhan untuk melindunginya. 147 00:24:34,725 --> 00:24:37,102 Sekarang, ia perlu makan. 148 00:24:39,563 --> 00:24:44,651 Tentu ada banyak makanan di pulau ini untuk anak-anaknya apabila menetas nanti. 149 00:24:46,236 --> 00:24:51,366 Tapi, di sini tiada makanan yang cukup mengenyangkannya. 150 00:24:56,455 --> 00:25:00,083 Ia perlu pergi memburu di tempat lain… 151 00:25:02,127 --> 00:25:07,674 dan yakin tiada apa akan mengganggu telur-telur yang tersorok itu 152 00:25:07,758 --> 00:25:09,176 sementara ketiadaannya. 153 00:25:29,363 --> 00:25:32,741 Satu lagi Quetzalcoatlus betina yang lebih tua. 154 00:25:45,963 --> 00:25:49,675 Ia pun mencari tempat selamat untuk bertelur. 155 00:25:52,010 --> 00:25:57,516 Makanan di sini mungkin tak mencukupi untuk dua set anak Quetzalcoatlus. 156 00:25:58,851 --> 00:26:01,228 Tapi ada cara untuk selesaikan masalah itu. 157 00:26:12,281 --> 00:26:15,492 Lagipun, telur sangat berkhasiat. 158 00:26:43,145 --> 00:26:45,480 Pemilik sarang sudah kembali. 159 00:27:24,728 --> 00:27:27,231 Si betina yang lebih tua dihalau. 160 00:27:35,155 --> 00:27:37,866 Tapi, sarang si betina yang muda bersepah. 161 00:28:01,932 --> 00:28:06,603 Antara 12 biji telur, cuma tiga yang terselamat. 162 00:28:12,860 --> 00:28:18,615 Kejayaan musim bertelurnya kini terletak pada tiga telur yang belum menetas. 163 00:28:23,579 --> 00:28:28,750 Ia akan melindunginya sebaik mungkin sehingga menetas beberapa bulan lagi. 164 00:28:31,795 --> 00:28:35,966 Tapi selepas itu, anak-anaknya perlu jaga diri sendiri. 165 00:28:42,723 --> 00:28:44,975 Air sungai yang mengalir ke hilir 166 00:28:45,058 --> 00:28:51,273 menghakis kaut beberapa tan pasir dan batu kerikil serta menggerakkan batu besar. 167 00:28:54,443 --> 00:28:58,197 Pasir lebih halus mungkin diangkut sejauh beratus-ratus batu 168 00:28:58,280 --> 00:29:01,283 tapi apabila sungai semakin bercabang, alirannya perlahan. 169 00:29:02,868 --> 00:29:07,122 Akibatnya, ia mula menjatuhkan pasir dan batu kelikir. 170 00:29:13,629 --> 00:29:18,425 Haiwan yang sudah lama tinggal di laut, mula muncul. 171 00:29:24,264 --> 00:29:25,265 Ketam. 172 00:29:30,020 --> 00:29:33,273 Di sesetengah tempat, ada banyak ketam di setiap sudut. 173 00:29:48,080 --> 00:29:50,832 Ini Masiakasaurus. 174 00:29:51,667 --> 00:29:53,919 Betina, sepanjang 182 sentimeter. 175 00:29:54,002 --> 00:29:56,839 Ia mempunyai gigi yang tajam. 176 00:29:59,383 --> 00:30:03,679 Amat berguna untuk menghancurkan mangsa pelik dan banyak kaki. 177 00:30:23,073 --> 00:30:28,370 Walaupun ketam miliki kulit keras, ia tinggi protein. 178 00:30:31,748 --> 00:30:34,209 Rugi jika dibiarkan saja. 179 00:30:44,845 --> 00:30:46,430 Bukan untuk ia saja. 180 00:30:51,852 --> 00:30:53,562 Ia ada tiga ekor anak. 181 00:30:57,024 --> 00:30:59,359 Cuma setinggi 10 sentimeter. 182 00:31:03,197 --> 00:31:06,533 Ia masih belum boleh memakan ketam besar. 183 00:31:15,167 --> 00:31:18,003 Ia masih bergantung kepada sisa makanan ibunya. 184 00:31:23,759 --> 00:31:27,346 Tapi sesetengah anak Masiakasaurus mampu memburu pada usia muda. 185 00:31:37,397 --> 00:31:38,565 Amat menggoda. 186 00:31:45,489 --> 00:31:48,242 Ketam paling kecil boleh ditelan begitu saja. 187 00:31:54,456 --> 00:32:00,087 Malangnya, walaupun kecil, ia laju. 188 00:32:18,105 --> 00:32:21,775 Lebih selamat jika anak-anaknya tak merayau terlalu jauh. 189 00:32:45,299 --> 00:32:48,886 Beelzebufo, kodok gergasi. 190 00:32:50,721 --> 00:32:54,183 Antara katak paling besar yang pernah wujud. 191 00:33:05,861 --> 00:33:09,323 Ia boleh kenyang selama sebulan. 192 00:33:19,208 --> 00:33:22,252 Walaupun pesisir ini mungkin mempunyai banyak makanan, 193 00:33:22,336 --> 00:33:25,923 tempat ini amat berisiko untuk didiami. 194 00:33:35,140 --> 00:33:38,477 Air sungai kini menghampiri laut. 195 00:33:42,022 --> 00:33:45,859 Garam dalam airnya kini dapat dirasai. 196 00:33:53,700 --> 00:33:54,868 Ketika air pasang, 197 00:33:54,952 --> 00:33:59,289 ada haiwan yang datang dari laut terbuka ke saluran ini. 198 00:34:35,909 --> 00:34:37,661 Elasmosaurs. 199 00:34:39,830 --> 00:34:43,333 Ia reptilia yang sukakan laut. 200 00:34:45,793 --> 00:34:50,215 Tapi ada yang datang ke muara untuk mencari makanan dalam air payau. 201 00:35:29,296 --> 00:35:32,007 Kini, berjuta-juta tan endapan yang terbawa ke sini 202 00:35:32,090 --> 00:35:35,636 oleh sungai, akhirnya masuk ke laut. 203 00:35:41,391 --> 00:35:45,604 Air sungai mengambil masa untuk bercampur dengan laut, dan lama-kelamaan, 204 00:35:45,687 --> 00:35:48,607 kedua-dua air mengalir seiringan. 205 00:35:51,485 --> 00:35:52,486 Apa-apa pun, 206 00:35:52,569 --> 00:35:57,533 sekumpulan ikan boleh dapatkan banyak makanan. 207 00:36:01,662 --> 00:36:06,625 Endapan tebal melindungi ikan tak kira sejauh mana jaraknya. 208 00:36:09,670 --> 00:36:14,550 Tapi Elasmosaurs tidak takut untuk menyelam ke dalam air keruh 209 00:36:14,633 --> 00:36:16,218 untuk mengejar mangsanya. 210 00:36:35,779 --> 00:36:37,990 Ikan tak dapat terlepas… 211 00:36:45,706 --> 00:36:47,791 walaupun di permukaan. 212 00:37:07,936 --> 00:37:12,441 Elasmosaurs mengumpul pemberian terakhir dari sungai 213 00:37:12,524 --> 00:37:19,198 sebelum jejaknya hilang dalam laut planet prasejarah ini. 214 00:37:31,543 --> 00:37:33,587 Akan datang dalam Prehistoric Planet, 215 00:37:33,670 --> 00:37:38,008 ikatan antara ibu dan anak teruji 216 00:37:38,091 --> 00:37:40,093 dalam cabaran untuk hidup. 217 00:37:40,802 --> 00:37:44,932 Musuh purba melawan sesama sendiri dan ribut salji yang amat sejuk. 218 00:37:46,141 --> 00:37:49,978 Serta dinosaur berbulu yang menguasai dunia ais. 219 00:37:50,646 --> 00:37:53,649 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 220 00:37:53,732 --> 00:37:58,070 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 221 00:39:26,283 --> 00:39:28,285 Terjemahan sari kata oleh Hamizah