1 00:00:11,678 --> 00:00:15,182 DIHOSKAN OLEH DAVID ATTENBOROUGH 2 00:00:16,517 --> 00:00:21,563 Antara haiwan paling mengagumkan yang pernah wujud, 3 00:00:22,105 --> 00:00:26,318 dan yang paling terkenal, tentulah dinosaur. 4 00:00:27,361 --> 00:00:29,613 Tyrannosaurus rex. 5 00:00:30,656 --> 00:00:35,202 Haiwan yang dapat mencetuskan imaginasi kita. 6 00:00:35,285 --> 00:00:38,247 Ia haiwan jenis apa? 7 00:00:38,330 --> 00:00:41,542 Bagaimana rupanya? Bagaimana ia hidup? 8 00:00:41,625 --> 00:00:45,587 Kini, kajian saintifik menjawab semua persoalan itu. 9 00:00:45,671 --> 00:00:47,923 Bukan tentang T. rex saja, 10 00:00:48,006 --> 00:00:51,343 malah spesies lain yang turut hidup bersamanya. 11 00:00:51,426 --> 00:00:58,016 Teknologi pengimejan terkini membolehkan kami mencipta semula haiwan ini. 12 00:01:01,436 --> 00:01:05,440 Bumi, 66 juta tahun lalu. 13 00:01:13,949 --> 00:01:17,494 Langit dipenuhi dinosaur berterbangan. 14 00:01:20,038 --> 00:01:24,084 Dalam laut, reptilia gergasi mengawasi dasar. 15 00:01:26,128 --> 00:01:29,256 Di darat pula, setiap jenis dinosaur 16 00:01:30,465 --> 00:01:33,218 bergelut untuk meneruskan hidup. 17 00:01:39,391 --> 00:01:45,689 Kini, kita tahu banyak perkara tentang dunia yang dikuasai dinosaur. 18 00:01:49,651 --> 00:01:52,196 Inilah kisah tentangnya. 19 00:02:05,167 --> 00:02:10,631 Hutan 20 00:02:14,468 --> 00:02:20,224 Hutan di Amerika Selatan mempunyai beberapa pokok tertinggi di dunia. 21 00:02:24,603 --> 00:02:28,023 Ia boleh tumbuh setinggi melebihi 91.44 meter. 22 00:02:33,570 --> 00:02:36,573 Tapi di sini pun, ada dinosaur juga. 23 00:03:01,098 --> 00:03:03,433 Dinosaur yang memakan tumbuhan. 24 00:03:11,108 --> 00:03:13,694 Ini Austroposeidon. 25 00:03:14,278 --> 00:03:16,738 Ia sepanjang 24.38 meter. 26 00:03:27,499 --> 00:03:30,043 Selera makannya juga amat besar. 27 00:03:32,838 --> 00:03:36,758 Giginya bukan digunakan untuk mengunyah, 28 00:03:37,342 --> 00:03:39,011 tapi untuk memotong. 29 00:03:44,349 --> 00:03:50,522 Sekawan Austroposeidon sebegini boleh memakan 9 tan metrik tumbuhan setiap hari. 30 00:03:55,402 --> 00:04:01,450 Ia sukakan daun muda yang lembut yang tumbuh di hujung ranting. 31 00:04:03,035 --> 00:04:06,872 Tapi jika terjumpa pokok yang lebih tinggi daripadanya, 32 00:04:06,955 --> 00:04:08,498 ia takkan biarkan saja. 33 00:04:21,386 --> 00:04:25,933 Ia menggunakan beratnya serta tulang dada setebal 20.32 sentimeter 34 00:04:26,016 --> 00:04:29,144 untuk menolak pokok itu. 35 00:05:03,095 --> 00:05:04,263 Berjaya. 36 00:05:07,432 --> 00:05:10,477 Tapi kehidupan di hutan amat mencabar. 37 00:05:12,271 --> 00:05:15,399 Terutamanya apabila terdapat ruang baharu. 38 00:05:33,333 --> 00:05:36,211 Tumbuhan berlumba merebut cahaya… 39 00:05:38,255 --> 00:05:42,467 dan menggunakan pelbagai cara untuk mendapat kelebihan. 40 00:05:51,852 --> 00:05:55,063 Tak lama kemudian, jarak antara kanopi mula rapat. 41 00:06:01,153 --> 00:06:05,782 Lebih tiga suku kawasan darat di dunia diliputi tumbuhan dan pokok. 42 00:06:09,870 --> 00:06:13,832 Planet prasejarah ini merupakan planet hijau. 43 00:06:18,086 --> 00:06:21,882 Pelbagai spesies dinosaur tinggal di hutan. 44 00:06:25,052 --> 00:06:29,890 Triceratops, antara spesies terbesar di Amerika Utara. 45 00:06:35,646 --> 00:06:38,065 Panjangnya boleh mencecah 7.92 meter. 46 00:06:43,111 --> 00:06:47,866 Ropol besar pada kepalanya berfungsi sebagai pelindung semasa berlawan. 47 00:06:52,246 --> 00:06:54,665 Tapi tumbuhan pun ada cara mempertahankan diri. 48 00:07:00,337 --> 00:07:02,005 Toksin beracun. 49 00:07:09,721 --> 00:07:12,724 Ia amat berbahaya bagi anak Triceratops. 50 00:07:15,936 --> 00:07:20,774 Berat si anak ini cuma 1/50 daripada berat ibunya. 51 00:07:23,861 --> 00:07:28,198 Toksin tumbuhan boleh membuatkannya jatuh sakit. 52 00:07:38,959 --> 00:07:43,088 Tapi Triceratops dapat rawat racun ini menggunakan satu cara. 53 00:07:44,965 --> 00:07:47,092 Ia menggunakan penawar. 54 00:07:54,057 --> 00:07:59,104 Satu sumber penawar itu terdapat dalam gua yang ia sentiasa kunjungi. 55 00:08:14,786 --> 00:08:19,124 Namun, si anak ini tak pernah masuk ke gua ini. 56 00:08:41,897 --> 00:08:44,232 Ia perlu mencari jalan di sepanjang laluan 57 00:08:44,316 --> 00:08:49,363 yang telah terhakis selama lebih beribu tahun akibat sungai bawah tanah. 58 00:09:09,800 --> 00:09:13,178 Keadaan di dalam gua teramat gelap. 59 00:09:15,806 --> 00:09:17,641 Ia tak nampak apa-apa. 60 00:09:23,146 --> 00:09:25,983 Si anak tak boleh terpisah daripada ahli keluarganya. 61 00:09:34,741 --> 00:09:36,243 Tapi tak boleh terlalu rapat. 62 00:09:56,889 --> 00:10:01,101 Jika tersalah belok, boleh memudaratkan. 63 00:10:40,432 --> 00:10:44,394 Akhirnya, kawanan Triceratops ini tiba di destinasinya. 64 00:10:54,821 --> 00:10:59,535 Inilah penawarnya, sejenis tanah liat istimewa. 65 00:11:02,621 --> 00:11:07,751 Ia dikenali sebagai jenut tanah liat dan tempat ini sering dikunjungi. 66 00:11:28,188 --> 00:11:30,190 Tapi, tak cukup seekor. 67 00:11:36,613 --> 00:11:38,240 Mana anaknya? 68 00:12:06,351 --> 00:12:08,729 Si anak bernasib baik. 69 00:12:24,786 --> 00:12:27,331 Setelah memakan tanah liat itu, 70 00:12:27,414 --> 00:12:32,503 ia pun terlindung daripada racun yang terdapat dalam daun yang dimakan. 71 00:12:37,508 --> 00:12:42,054 Selepas ini, semua Triceratops akan kembali ke hutan dan cahaya matahari. 72 00:12:47,309 --> 00:12:50,354 Malah, tak banyak sinaran cahaya matahari 73 00:12:50,437 --> 00:12:53,524 yang dapat mencapai bahagian lantai hutan tebal ini. 74 00:12:55,567 --> 00:12:56,693 Di Patagonia, 75 00:12:56,777 --> 00:13:01,156 hutan tebal merangkumi keluasan sehingga beratus-ratus kilometer. 76 00:13:04,701 --> 00:13:09,414 Tapi kadangkala, terdapat ruang kosong misteri, seperti ini. 77 00:13:28,475 --> 00:13:35,107 Ia dilakukan Carnotaurus jantan seberat 1.8 tan metrik dan setinggi 3.6 meter. 78 00:13:39,862 --> 00:13:43,574 Carnotaurus ini ambil masa lama untuk mengosongkan ruang ini. 79 00:13:46,285 --> 00:13:50,372 Ia perlu tumpukan perhatian sepenuhnya supaya ruang itu kekal kemas. 80 00:13:58,005 --> 00:14:01,884 Inilah "pentas" untuk menarik perhatian Carnotaurus betina. 81 00:14:05,220 --> 00:14:08,807 Semua dah siap. "Pengumuman" pun dibuat. 82 00:14:22,321 --> 00:14:24,156 Ngaumannya bernada rendah 83 00:14:24,239 --> 00:14:27,284 dan bergerak lebih jauh merentasi hutan tebal ini, 84 00:14:27,367 --> 00:14:29,494 berbanding ngauman nada tinggi. 85 00:14:53,143 --> 00:14:56,230 Akhirnya, seekor Carnotaurus betina datang. 86 00:15:04,196 --> 00:15:07,824 Ia lebih besar dan kuat daripada Carnotaurus jantan. 87 00:15:22,214 --> 00:15:25,509 Kini, si jantan perlu buatkan si betina kagum. 88 00:15:30,305 --> 00:15:33,016 Si jantan cuma ada satu peluang saja. 89 00:15:36,645 --> 00:15:38,689 Si betina melihat dengan berhati-hati. 90 00:15:42,901 --> 00:15:44,778 Jika mahu menarik minat si betina, 91 00:15:45,529 --> 00:15:49,032 si jantan perlu lakukan dengan cara yang luar biasa. 92 00:15:59,710 --> 00:16:03,881 Carnotaurus jantan tiada tanduk besar dan ekor menakjubkan. 93 00:16:06,216 --> 00:16:11,263 Tapi ia ada sepasang lengan kecil yang tiada guna. 94 00:16:15,434 --> 00:16:18,812 Kedua-dua lengan mempunyai sendi lesung pada dasarnya 95 00:16:18,896 --> 00:16:22,566 yang membolehkan Carnotaurus jantan menggerakkannya. 96 00:16:51,595 --> 00:16:52,721 Gagal hari ini. 97 00:17:00,020 --> 00:17:03,398 Bagaimana mahu berjaya? Entahlah. 98 00:17:08,694 --> 00:17:12,366 Buat masa ini, ia perlu sambung kutip sampah. 99 00:17:20,582 --> 00:17:23,001 Ini Asia Timur. 100 00:17:27,422 --> 00:17:31,677 Di hutan pergunungan ini, musim luruh tiba awal. 101 00:17:37,516 --> 00:17:40,853 Pada waktu inilah, kebanyakan pokok berbuah. 102 00:17:44,857 --> 00:17:49,987 Antara buah paling berharga ialah buah pokok Ginkgo. 103 00:17:56,952 --> 00:18:01,498 Ia satu bonanza buat dinosaur yang bergelar Corythoraptors. 104 00:18:06,211 --> 00:18:09,256 Walaupun berbulu, Corythoraptors tak boleh terbang. 105 00:18:13,552 --> 00:18:17,389 Sekumpulan Corythoraptors ini telah temui banyak buah yang gugur. 106 00:18:18,974 --> 00:18:22,978 Tapi jika berkumpul sebegini, boleh menarik perhatian yang tak diingini. 107 00:18:28,358 --> 00:18:33,447 Qianzhousaurus, pemangsa paling digeruni di hutan-hutan di Asia. 108 00:18:40,829 --> 00:18:43,832 Ini Qianzhousaurus betina, sepanjang lebih 9.14 meter. 109 00:18:48,587 --> 00:18:53,091 Jika mahu tangkap seekor Corythoraptor, ia perlu pergi dekat. 110 00:19:01,183 --> 00:19:03,143 Tak banyak ruang tersembunyi di sini. 111 00:19:08,232 --> 00:19:12,361 Tapi mangsanya masih belum sedar kehadirannya. 112 00:20:02,494 --> 00:20:04,037 Ia gagal. 113 00:20:04,121 --> 00:20:05,873 Tapi, kebanyakan masanya, 114 00:20:05,956 --> 00:20:10,252 ia gagal dalam kebanyakan pemburuan sepanjang hidupnya. 115 00:20:18,343 --> 00:20:20,596 Angin bermusim semakin kencang, 116 00:20:20,679 --> 00:20:25,726 membuatkan daun kebanyakan pokok di hutan sederhana ini mula gugur. 117 00:20:29,688 --> 00:20:32,274 Musim sejuk mendatangkan cabaran. 118 00:20:38,155 --> 00:20:43,160 Tapi, ribut memberikan satu peluang ringkas buat para pemburu. 119 00:20:45,746 --> 00:20:47,247 Ia mencuba lagi. 120 00:20:51,710 --> 00:20:57,341 Suasana kelam dan angin kencang mengaburi kehadirannya. 121 00:21:48,642 --> 00:21:50,811 Ganjaran seberat 36.29 kilogram. 122 00:21:53,981 --> 00:21:57,985 Ia amat berharga memandangkan musim sejuk semakin hampir. 123 00:22:06,618 --> 00:22:08,662 Di hutan di Amerika Utara, 124 00:22:09,246 --> 00:22:14,626 terdapat satu lagi masalah tahunan buat penghuni di sini. 125 00:22:24,928 --> 00:22:28,974 Kebakaran akibat panahan petir. 126 00:22:38,150 --> 00:22:43,363 Api yang merebak membuatkan suhu meningkat kepada lebih 1,093 darjah Celsius. 127 00:22:57,628 --> 00:23:01,048 Api kebakaran menjulang beberapa ratus meter ke udara. 128 00:23:16,146 --> 00:23:17,814 Kebanyakan haiwan melarikan diri. 129 00:23:19,942 --> 00:23:24,154 Tapi Edmontosaurus ini perlu menjaga keluarganya. 130 00:23:26,573 --> 00:23:28,242 Ia tak meninggalkan keluarganya. 131 00:23:30,327 --> 00:23:35,791 Kini, Edmontosaurus ini perlu berlindung sehingga api terpadam. 132 00:23:47,302 --> 00:23:50,264 Keadaan mungkin nampak amat teruk. 133 00:23:57,312 --> 00:24:01,316 Tapi ajaibnya, sesetengah tumbuhan perlu dibakar 134 00:24:01,400 --> 00:24:04,027 bagi melengkapkan kitaran hidupnya. 135 00:24:08,240 --> 00:24:12,911 Haba panas diperlukan untuk membuka kon pokok pain… 136 00:24:15,372 --> 00:24:17,249 dan membebaskan benihnya. 137 00:24:28,260 --> 00:24:31,597 Setelah beberapa jam api terpadam, 138 00:24:33,348 --> 00:24:36,101 haiwan-haiwan mula kembali. 139 00:24:39,980 --> 00:24:42,316 Antara haiwan pertama ialah kumbang. 140 00:24:45,736 --> 00:24:47,696 Ia mula bertelur. 141 00:24:49,156 --> 00:24:52,618 Setelah menetas, larva terlebih dahulu dapat makan 142 00:24:52,701 --> 00:24:56,121 bekalan kayu mati yang banyak. 143 00:25:06,757 --> 00:25:10,260 Atrociraptor ini bijak mencari peluang. 144 00:25:18,227 --> 00:25:21,939 Ia cepat kembali kerana ada makanan. 145 00:25:27,152 --> 00:25:29,530 Selain kerana makanan, ada sebab lain juga. 146 00:25:40,332 --> 00:25:42,960 Asap bertindak sebagai racun serangga… 147 00:25:47,214 --> 00:25:51,218 dan dapat membantu haiwan menghalau parasit. 148 00:25:57,224 --> 00:25:59,351 Tapi, ia perlu berhati-hati. 149 00:26:15,450 --> 00:26:18,537 Ankylosaur seberat 1.8 tan metrik. 150 00:26:23,083 --> 00:26:26,920 Ia juga mencari makanan yang sesuai selepas kebakaran. 151 00:26:36,096 --> 00:26:37,181 Arang. 152 00:26:39,766 --> 00:26:45,230 Ia bergabung dengan kebanyakan toksin tumbuhan dalam perut dan meneutralkannya. 153 00:26:57,242 --> 00:27:01,246 Edmontosaurus betina meninggalkan hutan. 154 00:27:08,337 --> 00:27:12,716 Walaupun berbahaya, ia dapat bawa kedua-dua anaknya ke tempat selamat. 155 00:27:27,189 --> 00:27:32,486 Edmontosaurus perlu mencari hutan baharu sementara tumbuhan tumbuh semula. 156 00:27:42,329 --> 00:27:46,750 Pokok-pokok tidak kekal lama walaupun di hutan yang jarang berlaku kebakaran. 157 00:27:47,292 --> 00:27:52,422 Selepas pokok mati, ia menjadi makanan buat organisme yang berbeza. 158 00:27:57,636 --> 00:28:02,057 Pada waktu malam, sesetengah organisme itu muncul dan nampak menyeramkan. 159 00:28:05,936 --> 00:28:08,313 Di lantai hutan… 160 00:28:11,525 --> 00:28:13,527 kulat muncul… 161 00:28:15,487 --> 00:28:17,739 dan mula bercahaya. 162 00:28:25,831 --> 00:28:30,919 Ia menghasilkan cahaya melalui tindak balas kimia dalam tisunya. 163 00:28:35,048 --> 00:28:37,968 Tapi, sebab ia bercahaya ialah satu misteri. 164 00:28:41,597 --> 00:28:44,266 Mungkin kerana cahaya dapat menarik serangga, 165 00:28:44,349 --> 00:28:47,728 yang kemudian membantu menyebarkan spora kulat ini. 166 00:28:56,236 --> 00:28:58,322 Di Asia Tengah, 167 00:28:58,405 --> 00:29:03,076 waktu malam di hutan diselubungi bunyian pelik. 168 00:29:09,791 --> 00:29:12,753 Sauropods gergasi sedang tidur. 169 00:29:19,259 --> 00:29:22,054 Dalam kepala dan lehernya terdapat pundi udara 170 00:29:22,137 --> 00:29:26,350 yang mengurangkan berat serta menguatkan bunyi dengkurannya. 171 00:29:30,979 --> 00:29:33,398 Tapi, bukan semua hidupan sedang tidur. 172 00:29:37,569 --> 00:29:42,783 Bagi hidupan lebih kecil, keluar malam lebih selamat berbanding siang. 173 00:29:45,661 --> 00:29:50,791 Therizinosaurus ini baru menetas enam bulan lalu. 174 00:29:55,879 --> 00:30:00,634 Panjangnya tak sampai 91 sentimeter, dan saiznya cuma 1/10 daripada saiz dewasa. 175 00:30:03,387 --> 00:30:08,892 Walaupun kukunya nampak seperti belati, fungsinya lebih sebagai pencedok… 176 00:30:12,521 --> 00:30:15,315 kerana Therizinosaurus suka makan tumbuhan. 177 00:30:18,151 --> 00:30:23,907 Tapi, di hutan ini ada pelbagai jenis makanan yang tersembunyi. 178 00:30:26,076 --> 00:30:27,077 Madu. 179 00:30:29,371 --> 00:30:33,125 Madu yang menitik daripada sarang lebah di atas pokok. 180 00:30:36,837 --> 00:30:41,091 Biasanya, lebah membina sarang di tempat tinggi untuk mengelak pemburu darat. 181 00:30:42,801 --> 00:30:45,262 Tapi sarang ini lebih rendah daripada sarang lain. 182 00:30:47,764 --> 00:30:49,766 Rugi jika dibiarkan saja. 183 00:31:08,410 --> 00:31:13,790 Berbeza daripada kebanyakan dinosaur, anak Therizinosaurus boleh memanjat. 184 00:31:19,004 --> 00:31:21,798 Tapi, ia tidaklah mahir. 185 00:31:55,791 --> 00:32:01,839 Lebah yang berang menghasilkan pergerakan berombak supaya penceroboh berundur… 186 00:32:08,387 --> 00:32:10,222 jika tak mahu rasakan akibatnya. 187 00:32:39,543 --> 00:32:42,254 Seekor Therizinosaurus dewasa. 188 00:32:47,634 --> 00:32:53,098 Ia amat besar, setinggi hampir 9.14 meter dan seberat 4.53 tan metrik. 189 00:33:13,118 --> 00:33:16,496 Lebah tak dapat menghalau Therizinosaurus ini. 190 00:33:35,015 --> 00:33:37,476 Akhirnya, ganjaran. 191 00:33:39,478 --> 00:33:42,564 Serta beberapa sengatan. 192 00:33:57,871 --> 00:34:03,126 Walaupun siang, suasana masih gelap di lapisan bawah hutan tebal ini, 193 00:34:03,210 --> 00:34:05,546 seperti hutan di Eropah ini. 194 00:34:09,174 --> 00:34:12,844 Amat sukar mahu bezakan haiwan di sini. 195 00:34:18,934 --> 00:34:20,811 Tapi, ia ada di merata tempat. 196 00:34:26,233 --> 00:34:29,485 Telmatosaurus jarang memunculkan diri. 197 00:34:39,413 --> 00:34:42,123 Satu lagi haiwan yang juga jarang dilihat… 198 00:34:46,043 --> 00:34:47,420 Zalmoxes. 199 00:34:49,965 --> 00:34:53,302 Spesies terakhir baka dinosaur purba. 200 00:34:56,929 --> 00:35:00,809 Hutan ini antara beberapa habitat yang masih wujud buat spesies ini. 201 00:35:04,771 --> 00:35:10,944 Anak Zalmoxes setinggi 17 sentimeter sentiasa menjadi snek ringan pemangsa. 202 00:35:11,695 --> 00:35:14,740 Tapi snek ringan pun berbaloi dinikmati… 203 00:35:16,533 --> 00:35:18,327 jadi, ia perlu berhati-hati. 204 00:35:48,524 --> 00:35:52,694 Hatzegopteryx setinggi 4.57 meter. 205 00:36:03,247 --> 00:36:07,918 Ia sejenis pterosaur, reptilia bersayap, 206 00:36:08,001 --> 00:36:12,965 dan di sini, ia tak boleh kembangkan sayap apabila menghendap di sebalik pokok. 207 00:36:25,227 --> 00:36:30,858 Hutan ini mempunyai banyak hidupan kecil dan merupakan destinasi buruan biasanya. 208 00:36:38,991 --> 00:36:42,035 Ia terletak di hujung Eropah paling selatan. 209 00:37:09,521 --> 00:37:12,691 Hatzegopteryx haiwan boleh terbang yang paling berat 210 00:37:12,774 --> 00:37:17,738 dan di sini, ia tak dapat kembangkan sayap gergasinya 211 00:37:17,821 --> 00:37:20,199 yang sepanjang lebih 9.14 meter. 212 00:37:29,583 --> 00:37:34,296 Kebanyakan penghuni tetap hutan ini sering datang ke sini… 213 00:37:37,841 --> 00:37:40,928 kerana tumbuhannya diselaputi tempias laut 214 00:37:41,762 --> 00:37:44,681 yang menjadi sumber garam buatnya. 215 00:38:10,707 --> 00:38:15,754 Di sini, sauropods boleh berjumpa, memperbaharui hubungan kekeluargaan… 216 00:38:18,632 --> 00:38:20,634 dan mengawan. 217 00:38:34,565 --> 00:38:38,485 Tapi bagi Hatzegopteryx, laut merupakan ruang untuk ia terbang. 218 00:38:54,001 --> 00:38:57,754 Kini, sayapnya akan membawanya ke hutan lain, 219 00:38:57,838 --> 00:39:02,509 dengan sumber makanan yang lebih banyak dan pelbagai 220 00:39:02,593 --> 00:39:07,181 berbanding hutan lain di planet prasejarah kita. 221 00:39:22,112 --> 00:39:25,115 Bagi melihat sains di sebalik kisah ini, 222 00:39:25,199 --> 00:39:29,995 layari laman web Prehistoric Planet sekarang. 223 00:40:57,624 --> 00:40:59,626 Terjemahan sari kata oleh Hamizah