1 00:00:18,125 --> 00:00:19,000 Eli. 2 00:00:19,750 --> 00:00:21,250 Eli? 3 00:00:23,333 --> 00:00:24,333 Eli? 4 00:00:26,041 --> 00:00:27,041 Eli. 5 00:00:28,500 --> 00:00:30,000 Boleh dengar tak? 6 00:00:32,125 --> 00:00:33,750 Pakai topeng oksigen ini. 7 00:00:34,541 --> 00:00:36,125 Tarik nafas dalam-dalam. 8 00:00:53,375 --> 00:00:55,416 Kamu akan rasa sejuk sikit. 9 00:01:52,625 --> 00:01:57,500 EPISOD TIGA: LARILAH BUDAK LARI 10 00:02:17,125 --> 00:02:18,958 Selamat kembali ke dunia nyata. 11 00:02:19,958 --> 00:02:21,041 Apa khabar? 12 00:02:23,500 --> 00:02:24,375 Air. 13 00:02:26,291 --> 00:02:27,125 Air. 14 00:02:39,333 --> 00:02:40,416 Aku di mana? 15 00:02:40,500 --> 00:02:41,541 Royal Brisbane. 16 00:02:45,166 --> 00:02:47,500 - Jari aku disambungkan balik? - Maaf. 17 00:02:48,083 --> 00:02:49,625 Ia tak dapat disambungkan. 18 00:02:54,458 --> 00:02:55,500 Mana mak aku? 19 00:02:56,875 --> 00:02:58,333 Polis soal siasat dia. 20 00:02:58,416 --> 00:03:01,708 Kalau awak risau tentang kesihatan anak awak… 21 00:03:01,791 --> 00:03:02,833 Lyle pula? 22 00:03:03,708 --> 00:03:06,583 Lupakan Lyle. Kau patut risau tentang mak kau. 23 00:03:06,666 --> 00:03:08,291 Dia mungkin akan dipenjara. 24 00:03:09,666 --> 00:03:10,666 Kenapa pula? 25 00:03:11,333 --> 00:03:12,375 Berapa lama? 26 00:03:13,708 --> 00:03:15,916 Mengedar dan memiliki. Lima tahun. 27 00:03:18,375 --> 00:03:21,666 Tak, dia tak bersalah. Aku dan Lyle yang buat semua itu. 28 00:03:22,666 --> 00:03:24,166 Bukan itu yang dia cakap. 29 00:03:25,416 --> 00:03:28,500 Mak tak bersalah. Aku yang patut dihumban ke penjara. 30 00:03:28,583 --> 00:03:30,708 Kau tak patut cakap macam itu. 31 00:03:30,791 --> 00:03:32,875 Orang-orang yang culik Lyle? 32 00:03:32,958 --> 00:03:36,500 Aku tak tahu tentang mereka. Kau pun tak patut ambil tahu. 33 00:03:36,583 --> 00:03:38,041 - Aku akan cerita… - Eli! 34 00:03:38,125 --> 00:03:40,875 Bich Dang pembekal heroin di bandar ini. 35 00:03:40,958 --> 00:03:42,041 Dia rasuah polis. 36 00:03:42,125 --> 00:03:43,708 Diamlah, bangang! 37 00:03:43,791 --> 00:03:46,041 - Kemudian… - Tolonglah diam. Diam! 38 00:03:46,125 --> 00:03:48,625 Ivan culik Lyle dan kerat jari aku. 39 00:03:48,708 --> 00:03:50,833 Mak kau tak beritahu polis begitu. 40 00:03:51,500 --> 00:03:52,916 Apa yang dia beritahu? 41 00:03:53,708 --> 00:03:57,208 Dia kata semasa kau dan Gus main patung aksi Star Wars, 42 00:03:57,833 --> 00:04:00,375 kau nak belah Darth Vader dengan kapak. 43 00:04:00,458 --> 00:04:03,791 Gus ayun kapak, tapi terpotong jari kau. 44 00:04:03,875 --> 00:04:06,291 Mak kau pitam dan kepalanya terhentak. 45 00:04:06,375 --> 00:04:07,375 Biar betul, Slim? 46 00:04:07,458 --> 00:04:10,166 Itulah yang dia cakap, dan dia takkan ubah. 47 00:04:11,416 --> 00:04:12,250 Kenapa? 48 00:04:12,750 --> 00:04:16,416 Dia nak melindungi kau. Sekarang, kau pula kena melindungi dia. 49 00:04:17,583 --> 00:04:18,708 Sain di sini. 50 00:04:18,791 --> 00:04:22,458 Kau pasti nahas kalau kau repot tentang penyangak itu. 51 00:04:22,541 --> 00:04:23,791 Bukan kau saja, 52 00:04:24,541 --> 00:04:26,541 tapi orang yang kau sayang juga. 53 00:04:26,625 --> 00:04:30,458 Tak bolehlah macam ini. Kita patut beritahu seseorang. 54 00:04:30,541 --> 00:04:31,833 Beritahu siapa? 55 00:04:31,916 --> 00:04:33,291 Polis pun terlibat. 56 00:04:33,958 --> 00:04:36,041 Kau peduli akan nasib Lyle, bukan? 57 00:04:36,125 --> 00:04:39,916 Mestilah, tapi aku lagi peduli akan nasib kau, Gus dan mak kau. 58 00:04:40,000 --> 00:04:41,208 Beginilah. 59 00:04:41,291 --> 00:04:42,958 Panggil polis! 60 00:04:43,041 --> 00:04:47,250 Walau apa-apa pun masalah Lyle, dia mesti tak nak kau terjebak sama. 61 00:04:47,333 --> 00:04:51,083 Cara terbaik untuk kau tolong Lyle adalah dengan berdiam diri. 62 00:04:52,666 --> 00:04:54,791 Kejap lagi, Dr. Brennan akan datang. 63 00:04:54,875 --> 00:04:56,500 Dia akan suruh kau cerita. 64 00:04:56,583 --> 00:05:00,458 Jadi, cepat fikir perkara yang kau nak beritahu kepada dia. 65 00:05:00,541 --> 00:05:03,416 Kalau kau silap, kau bukan setakat hilang Lyle, 66 00:05:03,500 --> 00:05:05,125 tapi Gus dan mak kau juga. 67 00:05:05,208 --> 00:05:06,958 Papan nama itu terbalik. 68 00:05:09,375 --> 00:05:12,125 Walaupun mak kau ada di penjara, 69 00:05:12,208 --> 00:05:15,166 tak bermakna mereka tak boleh apa-apakan dia. 70 00:05:15,250 --> 00:05:16,250 BANDUAN 71 00:05:18,125 --> 00:05:20,541 Kau kata kau nak jadi orang yang baik. 72 00:05:20,625 --> 00:05:21,916 Ini satu ujian. 73 00:05:23,208 --> 00:05:25,833 Ujian tak berguna kalau mudah dilepasi. 74 00:05:27,000 --> 00:05:28,416 Ini ujian untuk kau. 75 00:05:29,416 --> 00:05:31,500 Mana Gus? Aku nak cakap dengan dia. 76 00:05:31,583 --> 00:05:32,958 Dia di rumah Robert. 77 00:05:33,041 --> 00:05:35,291 Rumah Robert? Kenapa pula? 78 00:05:35,875 --> 00:05:38,791 Dia ayah kau. Kau berdua akan tinggal dengannya. 79 00:05:38,875 --> 00:05:40,958 Pergi mati! Kami dah lama berpisah! 80 00:05:41,041 --> 00:05:43,583 - Eli! - Siapa cakap kami kena tinggal dengannya? 81 00:05:44,166 --> 00:05:45,875 Boleh tak jangan degil? 82 00:05:48,250 --> 00:05:52,125 Teruk juga bunyi batuk itu. Encik patut jumpa doktor. 83 00:05:52,208 --> 00:05:56,458 Tak. Doktor cuma akan cuba untuk halang saya daripada mati. 84 00:05:56,541 --> 00:05:58,333 Saya Halliday, kawan keluarga. 85 00:05:58,416 --> 00:06:01,250 Eli ada tempat tinggal apabila dia pulang? 86 00:06:01,333 --> 00:06:03,125 - Tak ada. - Rumah ayahnya. 87 00:06:05,791 --> 00:06:07,291 Tak ada pilihan lain? 88 00:06:07,375 --> 00:06:10,000 Bagus. Baiklah. 89 00:06:11,375 --> 00:06:12,875 Ada pakaian di dalam ini. 90 00:06:13,458 --> 00:06:14,916 Tambang teksi 20 dolar. 91 00:06:15,416 --> 00:06:18,083 Ini surat daripada kawan kau di Jalan Boggo. 92 00:06:18,791 --> 00:06:22,416 Kalau kau nak hubungi aku, panggil Gill di kedai arak. 93 00:06:22,916 --> 00:06:25,458 Cakap kau ada pesanan untuk Slim. 94 00:06:26,291 --> 00:06:27,125 Faham? 95 00:06:29,750 --> 00:06:30,583 Okey. 96 00:06:31,875 --> 00:06:32,875 Okey. 97 00:06:37,666 --> 00:06:39,875 - Slim Halliday, dia… - Apa? 98 00:06:39,958 --> 00:06:42,541 - Pembunuh pemandu teksi itu? - Bukan dia. 99 00:06:44,333 --> 00:06:48,458 Apa-apa pun, tolong beritahu dia yang dia perlu buat X-ray dada. 100 00:06:50,916 --> 00:06:54,416 Okey, mari kita tengok tangan kamu. 101 00:06:55,166 --> 00:06:57,791 Kamu hilang jari istimewa, ya? 102 00:06:57,875 --> 00:07:01,541 Mari kita lihat keadaan lukanya. 103 00:07:05,375 --> 00:07:09,416 - Kenapa tak jahit balik saja? - Ia agak rumit. 104 00:07:10,125 --> 00:07:13,125 Sarafnya amat sukar untuk dicantumkan semula. 105 00:07:13,208 --> 00:07:16,500 Kalaupun sarafnya boleh bertumbuh semula, 106 00:07:16,583 --> 00:07:20,375 jari kamu mungkin akan mengeras sementara menunggu ia bercantum. 107 00:07:20,458 --> 00:07:23,875 Kamu cuma akan terbeban dengan jari yang tak berfungsi 108 00:07:23,958 --> 00:07:25,916 dan akan buat kamu rimas. 109 00:07:26,000 --> 00:07:28,125 Lagi elok kalau tak sambung balik. 110 00:07:29,458 --> 00:07:31,500 Elok betul potongannya. 111 00:07:32,375 --> 00:07:34,416 Mesti kapak itu tajam. 112 00:07:36,333 --> 00:07:39,041 Kami sibuk, Christopher. Apa kamu nak? 113 00:07:39,125 --> 00:07:40,416 Tang tak cukup kuat. 114 00:07:40,500 --> 00:07:42,583 Tak mungkin. Saya dah gandakannya. 115 00:07:42,666 --> 00:07:45,875 Tak cukup! Saya akan mati, tapi doktor kedekut Tang? 116 00:07:45,958 --> 00:07:47,666 Tolong pergi, Christopher. 117 00:07:47,750 --> 00:07:50,083 Tutup tirai. Kejap lagi saya datang. 118 00:07:55,208 --> 00:07:57,666 - Kenapa dengan dia? - Kanser otak. 119 00:07:58,166 --> 00:07:59,041 Malangnya. 120 00:07:59,541 --> 00:08:01,250 Ya, dia pun rasa begitu. 121 00:08:02,708 --> 00:08:04,333 Kenapa tak bedah saja? 122 00:08:04,416 --> 00:08:06,041 Saya tak pasti. 123 00:08:06,125 --> 00:08:09,791 Kami nak cuba kecutkan tumornya dulu. 124 00:08:11,958 --> 00:08:12,791 Baiklah. 125 00:08:14,125 --> 00:08:16,208 Kita cakap tentang apa tadi? 126 00:08:18,166 --> 00:08:22,250 Kemalangan melibatkan kapak. Abang kamu terpotong jari kamu. 127 00:08:24,708 --> 00:08:26,708 Sebenarnya, kami cakap 128 00:08:26,791 --> 00:08:32,125 kami nak bunuh Darth Vader sebagai balasan kerana membunuh Obi-Wan Kenobi. 129 00:08:32,208 --> 00:08:35,541 Apa? Biar betul. Kamu rasa Obi-Wan Kenobi dah mati? 130 00:08:35,625 --> 00:08:39,250 Dia dibelah dengan pedang cahaya, kemudian lenyap, jadi… 131 00:08:39,333 --> 00:08:41,250 Lenyap tak bermakna dia mati. 132 00:08:43,208 --> 00:08:44,208 Betul juga. 133 00:08:48,833 --> 00:08:49,750 Baiklah. 134 00:08:50,750 --> 00:08:52,916 Boleh kamu tunjukkan 135 00:08:53,916 --> 00:08:55,625 cara kamu pegang Darth Vader? 136 00:09:01,000 --> 00:09:02,041 Macam ini. 137 00:09:02,125 --> 00:09:04,666 Baiklah, kemudian abang kamu 138 00:09:05,625 --> 00:09:10,125 mengayun kapak itu dengan sekuat hatinya 139 00:09:10,208 --> 00:09:13,541 dan terpotong satu jari kamu sampai habis 140 00:09:13,625 --> 00:09:16,333 tanpa terkena jari-jari lain langsung? 141 00:09:22,000 --> 00:09:23,375 Begitulah rasanya. 142 00:09:23,458 --> 00:09:26,458 Wah. Tepat betul ayunannya. 143 00:09:27,958 --> 00:09:31,750 Mak kamu datang, tergelincir di atas darah, lalu pitam? 144 00:09:36,583 --> 00:09:40,291 Ya, kalau itulah yang dia beritahu kepada polis. 145 00:09:45,291 --> 00:09:47,333 Eli, saya cuma nak tanya. 146 00:09:47,416 --> 00:09:51,250 Kamu nak ubah apa-apa tentang cerita kamu tadi? 147 00:09:53,916 --> 00:09:56,708 Tak. Tak ada apa-apa yang perlu diubah. 148 00:09:56,791 --> 00:09:58,333 Baiklah. 149 00:09:59,458 --> 00:10:01,833 Saya akan periksa kamu semula nanti. 150 00:10:01,916 --> 00:10:03,833 Polis mungkin akan datang esok. 151 00:10:03,916 --> 00:10:06,916 Detektif Tim Cotton nak cakap dengan kamu. 152 00:10:12,333 --> 00:10:13,333 Baik. 153 00:10:18,000 --> 00:10:21,416 Ya, dia akan mengaku bersalah, jadi tak ada masalah. 154 00:10:21,500 --> 00:10:24,250 Bukti akan menandakan yang pasangannya lari. 155 00:10:27,625 --> 00:10:30,875 Aku akan pergi melawat budak itu esok 156 00:10:31,375 --> 00:10:33,625 dan pastikan dia simpan rahsia kita. 157 00:10:42,666 --> 00:10:45,625 Hai! Selamat pagi, sayang. 158 00:11:01,416 --> 00:11:04,208 Mak kau tak boleh tolong kau sekarang. 159 00:11:08,625 --> 00:11:11,958 Ke hadapan Alex, maaf, tulisan aku macam cacing kerawit. 160 00:11:12,041 --> 00:11:15,041 Dua hari lepas, aku dimasukkan ke hospital 161 00:11:15,125 --> 00:11:17,750 kerana cedera terkena kapak. 162 00:11:17,833 --> 00:11:20,458 Doktor rasa aku akan sembuh segera. 163 00:11:20,541 --> 00:11:22,500 Mungkin kerana potongannya kemas. 164 00:11:22,583 --> 00:11:25,000 - Kau tulis kepada siapa? - Kawan aku. 165 00:11:26,125 --> 00:11:27,833 Kawan di Penjara Jalan Boggo? 166 00:11:28,333 --> 00:11:31,750 - Kau rasa itu teruk? - Kenapa kawan kau dipenjarakan? 167 00:11:31,833 --> 00:11:33,875 Dia ketua sebuah geng motosikal. 168 00:11:33,958 --> 00:11:37,208 Begitu, ya? Dia gila. Sekarang, dia tahu alamat kau. 169 00:11:37,291 --> 00:11:40,041 - Bodohnya kau. - Dia nampak mesra dalam surat. 170 00:11:40,125 --> 00:11:43,666 - Geng motosikal biasanya mesti gila. - Kau kenal ramai? 171 00:11:43,750 --> 00:11:45,541 Tak, tapi mak aku kenal ramai. 172 00:11:47,416 --> 00:11:49,833 - Doktor kata kau ada kanser otak. - Jadi? 173 00:11:49,916 --> 00:11:52,500 Kau nak tulis surat kepada pesakit kanser? 174 00:11:52,583 --> 00:11:54,583 Tak kalau mereka sial macam kau. 175 00:12:04,625 --> 00:12:06,375 - Nama aku Christopher. - Eli. 176 00:12:06,458 --> 00:12:08,625 - Macam nama perempuan. - Taklah. 177 00:12:08,708 --> 00:12:10,333 Ayah aku dapat ilham daripada buku. 178 00:12:15,208 --> 00:12:18,875 Aku suruh pasang Diff'rent Strokes, tapi ada ramai budak kecil. 179 00:12:18,958 --> 00:12:20,250 Terpaksa tonton ini. 180 00:12:20,333 --> 00:12:24,666 Budak-budak itu boleh tonton apa-apa sampai mereka tua bangka. 181 00:12:24,750 --> 00:12:28,291 Aku akan mati tiga bulan lagi, tapi tak boleh pilih. 182 00:12:28,375 --> 00:12:29,291 Tiga bulan? 183 00:12:29,875 --> 00:12:30,791 Biar betul? 184 00:12:30,875 --> 00:12:32,083 Kalau tak dibedah. 185 00:12:33,375 --> 00:12:34,666 Tangan kau kenapa? 186 00:12:36,541 --> 00:12:37,416 Nak aku jujur? 187 00:12:37,500 --> 00:12:40,833 Tak, aku nak kau temberang aku macam semua orang di sini. 188 00:12:42,000 --> 00:12:44,250 Ayah tiri aku pengedar heroin. 189 00:12:45,000 --> 00:12:49,375 Penguat kuasa sindiket dia kerat jari aku dengan pisau memburu. 190 00:12:49,458 --> 00:12:50,833 Kenapa pula? 191 00:12:50,916 --> 00:12:53,125 Dia rasa ayah tiri aku sorok dadah. 192 00:12:53,208 --> 00:12:54,125 Betulkah? 193 00:12:55,041 --> 00:12:56,041 Entahlah. 194 00:12:56,125 --> 00:12:58,541 Ayah tiri kau di mana sekarang? 195 00:12:58,625 --> 00:12:59,666 Aku pun tak tahu. 196 00:13:00,500 --> 00:13:03,750 Mereka belasah dia, kemudian heret dia pergi. 197 00:13:03,833 --> 00:13:07,458 Mak aku pun kena hentak sampai pengsan. 198 00:13:08,458 --> 00:13:09,875 Dahsyat gila. 199 00:13:11,458 --> 00:13:12,291 Ya. 200 00:13:12,375 --> 00:13:14,833 Aku perlu keluar secepat mungkin 201 00:13:14,916 --> 00:13:16,750 dan cari penculik-penculik itu. 202 00:13:16,833 --> 00:13:19,250 - Kau tak tipu, bukan? - Kenapa nak tipu? 203 00:13:19,333 --> 00:13:21,583 Kau cuma budak gila yang akan mati. 204 00:13:27,750 --> 00:13:29,375 Macam mana kau nak lari? 205 00:13:29,458 --> 00:13:34,291 Aku akan tunggu troli teh pukul 3.00, lalu alih perhatian ketika pintu terbuka. 206 00:13:34,375 --> 00:13:35,625 Macam mana? 207 00:13:35,708 --> 00:13:38,666 Ketika kawan aku, Slim, cuba lari dari Jalan Boggo, 208 00:13:38,750 --> 00:13:42,083 dia bakar timbunan tilam untuk alih perhatian pengawal. 209 00:13:42,875 --> 00:13:45,541 Dia nak keluar ikut bumbung dan panjat tembok. 210 00:13:46,083 --> 00:13:47,750 Dia berjaya? 211 00:13:47,833 --> 00:13:49,750 Lepaskan aku, haram jadah! 212 00:13:50,333 --> 00:13:52,833 Dia gagal ketika itu. Sikit saja lagi. 213 00:13:59,333 --> 00:14:01,166 Aku boleh bantu alih perhatian. 214 00:14:01,708 --> 00:14:02,916 Beri aku masa. 215 00:14:24,583 --> 00:14:28,125 Filem seram di TV terpampang 216 00:14:28,208 --> 00:14:30,416 Filem seram di TV terpampang 217 00:14:30,500 --> 00:14:32,708 Christopher, bertenang. 218 00:14:32,791 --> 00:14:35,500 Saya cakap saya nak tonton Diff'rent Strokes. 219 00:14:35,583 --> 00:14:38,083 Letakkan televisyen itu sekarang. 220 00:14:38,166 --> 00:14:40,750 Lalu kuterkejut tak terbayang 221 00:15:20,000 --> 00:15:21,375 Dari mana datangnya? 222 00:15:22,541 --> 00:15:23,833 Aras budak-budak itu. 223 00:15:26,750 --> 00:15:29,125 Ada televisyen di atas kereta saya. 224 00:15:31,083 --> 00:15:33,208 Ini hospital apa sebenarnya? 225 00:15:46,916 --> 00:15:49,750 AHLI PARLIMEN MENGHENTIKAN SIASATAN SOGOKAN POLIS 226 00:15:49,833 --> 00:15:51,125 OLEH CAITLYN SPIES 227 00:16:04,708 --> 00:16:06,625 Adakah bas seterusnya ke Darra? 228 00:16:08,166 --> 00:16:11,041 Darra… 229 00:16:13,708 --> 00:16:15,083 Gigit tangan aku. 230 00:16:15,166 --> 00:16:19,166 Cepatlah! Gigit tangan aku sekuat mungkin. 231 00:16:21,041 --> 00:16:23,250 Gigit saja. Cepatlah gigit. 232 00:17:30,208 --> 00:17:33,041 Unit forensik dah siasat seluruh rumah kamu, 233 00:17:33,125 --> 00:17:37,416 jadi pak cik tak rasa kamu perlu pecah masuk pun. 234 00:17:37,500 --> 00:17:38,791 Hai, Pak Cik Gene. 235 00:17:39,666 --> 00:17:41,291 Saya cuma nak ambil barang. 236 00:17:42,041 --> 00:17:44,666 Kecoh betul malam itu, ya? 237 00:17:45,166 --> 00:17:46,166 Apa yang berlaku? 238 00:17:49,500 --> 00:17:51,541 Saya dan Gus 239 00:17:52,833 --> 00:17:54,916 nak belah patung aksi dengan kapak, 240 00:17:55,666 --> 00:17:57,583 tapi dia terpotong jari saya. 241 00:17:58,125 --> 00:17:59,166 Begitu, ya? 242 00:17:59,250 --> 00:18:01,750 Pak cik pandang ke luar tingkap. 243 00:18:01,833 --> 00:18:06,291 Pak cik nampak Lyle diheret dua lelaki dan dimasukkan ke dalam but kereta. 244 00:18:06,375 --> 00:18:07,500 Pak cik beritahu polis? 245 00:18:07,583 --> 00:18:09,583 - Mestilah. - Apa mereka cakap? 246 00:18:09,666 --> 00:18:12,500 Mereka suruh pak cik rahsiakan kalau nak selamat. 247 00:18:14,208 --> 00:18:15,833 Ya, tak hairanlah. 248 00:18:16,583 --> 00:18:18,125 Ada khabar tentang Lyle? 249 00:18:18,208 --> 00:18:21,791 Tak, tapi saya akan cari dia sebelum perkara buruk berlaku. 250 00:18:23,500 --> 00:18:25,416 Pak cik rasa kamu dah terlambat. 251 00:18:27,208 --> 00:18:28,041 Ya. 252 00:18:29,750 --> 00:18:35,125 Tapi dia ada beri kunci pintu belakang untuk pak cik simpan suatu masa dulu. 253 00:18:36,541 --> 00:18:38,541 Katanya sediakan payung sebelum hujan. 254 00:18:40,125 --> 00:18:41,750 - Tapi tak hujan pun… - Eli… 255 00:18:42,333 --> 00:18:45,791 Pak cik rasa hujannya sangat lebat. 256 00:18:49,250 --> 00:18:50,500 Kita tak jumpa, okey? 257 00:18:52,958 --> 00:18:53,833 Terima kasih. 258 00:19:24,458 --> 00:19:25,750 Lyle! 259 00:19:27,041 --> 00:19:28,083 Mak! 260 00:20:58,583 --> 00:20:59,416 Tidak. 261 00:21:00,208 --> 00:21:03,500 Tidak! 262 00:21:22,458 --> 00:21:23,333 Siapa ini? 263 00:21:25,083 --> 00:21:27,041 Apa kau buat di situ? 264 00:21:27,708 --> 00:21:29,583 Aku cari dadah yang Lyle sorok. 265 00:21:30,500 --> 00:21:32,125 Macam mana kau tahu? 266 00:21:33,125 --> 00:21:35,291 Ivan Kroll rasa dia ada sorok dadah. 267 00:21:35,375 --> 00:21:37,291 Sebab itu Ivan kerat jari aku. 268 00:21:37,375 --> 00:21:40,083 Dia nak semua orang takut dia. 269 00:21:40,166 --> 00:21:42,375 Sebab itu orang dewasa takkan tolong. 270 00:21:42,458 --> 00:21:44,333 Lyle pun entah di mana-mana. 271 00:21:44,416 --> 00:21:46,583 Kau pun entah siapa-siapa! 272 00:21:46,666 --> 00:21:50,916 Kalau kau jumpa dadah Lyle, apa yang kau akan buat? 273 00:21:51,916 --> 00:21:55,541 Aku akan beri kepada Ivan Kroll agar dia bebaskan Lyle. 274 00:21:56,041 --> 00:21:58,416 Kau nak tanya siapa untuk cari Ivan? 275 00:21:59,500 --> 00:22:01,583 - Entahlah. Polis? - Fikir lagi. 276 00:22:02,083 --> 00:22:03,166 Mungkin Bich Dang? 277 00:22:05,458 --> 00:22:07,958 - Jaga diri, Eli. - Tak! Tunggu dulu! 278 00:22:45,708 --> 00:22:47,083 Helo, siapa itu? 279 00:22:48,708 --> 00:22:50,208 Bich ada? 280 00:22:50,291 --> 00:22:52,833 Ini Eli Bell, kawan Darren. 281 00:22:53,541 --> 00:22:54,541 Sekejap, ya? 282 00:23:00,041 --> 00:23:01,916 - Helo. - Hai. 283 00:23:02,000 --> 00:23:03,000 Tanggalkan kasut. 284 00:23:07,625 --> 00:23:08,458 Ikut saya. 285 00:23:14,833 --> 00:23:18,208 Itu dia Troy, pengacara kesayangan kita. 286 00:23:18,291 --> 00:23:21,958 Terima kasih banyak-banyak. Ya, inilah Wheel of Fortune. 287 00:23:22,041 --> 00:23:23,666 Hadiah hebat menanti lagi. 288 00:23:23,750 --> 00:23:28,291 Kita ada peserta yang bergaya di sini untuk membawa pulang semuanya. 289 00:23:28,375 --> 00:23:29,958 Kami suka beri barang… 290 00:23:32,083 --> 00:23:33,250 Eli Bell. 291 00:23:34,625 --> 00:23:35,958 Apa kamu nak? 292 00:23:36,041 --> 00:23:39,000 Puan kata saya boleh datang lagi untuk berbual. 293 00:23:39,708 --> 00:23:42,708 - Saya perlu bantuan. - Kamu kotor. Berdiri di situ. 294 00:23:44,583 --> 00:23:46,291 Kenapa saya patut layan kamu? 295 00:23:46,958 --> 00:23:48,958 Kamu mengkhianati saya. 296 00:23:49,041 --> 00:23:51,291 Taklah. Kenapa pula? 297 00:23:51,375 --> 00:23:55,875 Kamu dan Lyle jual heroin murahan dan guna nama saya. 298 00:23:55,958 --> 00:24:00,166 Heroin Bich Dang 100 peratus tulen. 299 00:24:00,750 --> 00:24:03,583 Lyle dah musnahkan reputasi saya. 300 00:24:03,666 --> 00:24:06,500 Dustin Vang fikir dia boleh ambil alih pasaran. 301 00:24:06,583 --> 00:24:09,000 Pasti Lyle pun tak nak itu berlaku. 302 00:24:09,083 --> 00:24:13,125 Tiada orang nak Perang Vietnam, tapi ia tetap berlaku. 303 00:24:13,708 --> 00:24:17,791 Saya tak nak bot mak ayah saya karam, tapi ia tetap karam. 304 00:24:17,875 --> 00:24:20,541 Banyak masalah berlaku walaupun kita tak nak. 305 00:24:23,750 --> 00:24:26,791 - Apa lagi? - Saya nak cakap dengan Ivan Kroll. 306 00:24:26,875 --> 00:24:29,958 Boleh puan hubungi dia? Dia hadiri majlis puan. 307 00:24:30,041 --> 00:24:31,083 Bukan hal saya. 308 00:24:32,208 --> 00:24:35,458 Kamu tak patut campur kalau tak nak senasib dengan Lyle. 309 00:24:35,541 --> 00:24:39,333 - Apa yang terjadi kepada Lyle? - Saya pun tak tahu. 310 00:24:40,375 --> 00:24:43,875 Kamu sepatutnya tolong saya, tapi kamu rosakkan semuanya. 311 00:24:44,625 --> 00:24:46,791 Pergi balik ke rumah. Mandi. 312 00:24:51,708 --> 00:24:53,000 Saya tak ada rumah. 313 00:24:57,083 --> 00:24:58,208 Bukan masalah saya. 314 00:25:06,708 --> 00:25:10,166 Kereta ini bagus untuk bergaya. Kereta ini mampu memecut. 315 00:25:10,250 --> 00:25:13,666 Pengendaliannya umpama mimpi. Sungguh luar biasa. 316 00:25:58,250 --> 00:25:59,083 Abang? 317 00:26:00,833 --> 00:26:01,875 Hei, adik. 318 00:26:11,083 --> 00:26:12,875 Abang tahu adik akan datang. 319 00:26:12,958 --> 00:26:14,041 Abang masih cakap. 320 00:26:16,500 --> 00:26:17,541 Baguslah. 321 00:26:19,083 --> 00:26:22,000 Dah berapa lama abang duduk di rumah ayah? 322 00:26:22,083 --> 00:26:23,166 Beberapa hari. 323 00:26:27,333 --> 00:26:29,041 - Dia di dalam? - Hati-hati. 324 00:26:29,125 --> 00:26:31,625 Dia susah dijangka apabila tengah mabuk. 325 00:26:33,916 --> 00:26:36,875 - Bunyi apa yang buruk itu? - Dia menyanyi. 326 00:26:36,958 --> 00:26:38,625 Ayuhlah bersama 327 00:26:48,041 --> 00:26:51,416 Ayuhlah Ya, ya, ya 328 00:26:52,375 --> 00:26:54,541 Ya, ya, ya 329 00:27:03,291 --> 00:27:04,125 Ayah? 330 00:27:09,875 --> 00:27:11,000 Ayuh! 331 00:27:11,083 --> 00:27:13,000 Tunjuklah sedikit 332 00:27:22,208 --> 00:27:23,208 Jahanam. 333 00:27:26,791 --> 00:27:28,291 Ya Tuhan. 334 00:27:29,333 --> 00:27:30,666 Ayah tak apa-apa? 335 00:27:38,666 --> 00:27:40,000 Ini saya, Eli. 336 00:27:42,000 --> 00:27:42,875 Ayah? 337 00:27:43,541 --> 00:27:44,708 Sial. 338 00:27:48,125 --> 00:27:51,416 Ayah! Jangan! Itu Eli! 339 00:28:26,833 --> 00:28:29,333 Jangan risau. Itu cuma kesan bir yang kuat. 340 00:28:31,416 --> 00:28:35,041 Dia tak cam adik. Dia agak mesra apabila tak mabuk. 341 00:28:37,416 --> 00:28:39,625 - Tolong abang bawa dia masuk. - Okey. 342 00:28:53,791 --> 00:28:56,416 Abang jumpa lubang kunci lama di bawah rumah. 343 00:29:01,625 --> 00:29:05,458 - Ada makanan di sini? - Dia habiskan duit untuk beli arak. 344 00:29:20,916 --> 00:29:22,750 Adik tak patut makan semua itu. 345 00:29:36,500 --> 00:29:40,750 - Itu lumpur atau tahi pada seluar adik? - Lumpur. 346 00:29:41,500 --> 00:29:44,708 Adik cari dadah abah di dalam terowong Jalan Sandakan. 347 00:29:44,791 --> 00:29:48,250 Kalau kita beri, mereka sepatutnya lepaskan dia. 348 00:29:48,333 --> 00:29:50,333 Penjenayah takkan fikir begitu. 349 00:29:56,125 --> 00:29:57,333 Biar abang betulkan. 350 00:29:58,166 --> 00:29:59,541 Macam mana tangan adik? 351 00:30:01,125 --> 00:30:01,958 Okey saja. 352 00:30:02,041 --> 00:30:03,333 Sakit sikit. 353 00:30:03,416 --> 00:30:06,791 Sejujurnya, abang rasa mereka dah pun bunuh abah. 354 00:30:07,541 --> 00:30:09,750 - Mereka dah humban mayatnya. - Abang. 355 00:30:09,833 --> 00:30:12,208 Kita tak boleh putus asa macam itu saja. 356 00:30:12,291 --> 00:30:15,000 Dia tulis sesuatu di udara sebelum diheret keluar. 357 00:30:15,083 --> 00:30:16,500 Apa yang dia tulis? 358 00:30:17,416 --> 00:30:19,666 "Abah sayang kamu, QSLG." 359 00:30:20,333 --> 00:30:22,125 Apa jadahnya QSLG itu? 360 00:30:22,208 --> 00:30:24,958 Dia kena pukul. Huruf-hurufnya jadi tak jelas. 361 00:30:29,208 --> 00:30:30,208 Maafkan abang. 362 00:30:35,416 --> 00:30:36,750 Nak tengok rumah ini? 363 00:30:37,583 --> 00:30:38,791 Jom abang tunjukkan. 364 00:30:40,708 --> 00:30:41,541 Okey. 365 00:30:53,625 --> 00:30:54,958 Ini perpustakaan ayah. 366 00:30:56,541 --> 00:30:59,916 Ayah cakap dia dah baca semuanya, tapi tak mustahil juga 367 00:31:01,166 --> 00:31:05,583 kerana dia membaca dan minum arak seharian serta tonton Sale of the Century. 368 00:31:17,541 --> 00:31:18,750 Adik ingat buku ini. 369 00:31:42,666 --> 00:31:45,750 Selimut tak ada, tapi gunalah kot ayah. 370 00:31:54,791 --> 00:31:56,833 Adik nak hubungi kilang itu. 371 00:31:56,916 --> 00:32:01,125 Kalau mereka baiki muka Ivan Kroll, mesti mereka tahu alamat dia, bukan? 372 00:32:04,375 --> 00:32:08,166 Kita patut jumpa Slim dulu dan minta untuk tinggal dengan dia. 373 00:32:09,166 --> 00:32:10,916 - Boleh tak? - Boleh juga. 374 00:32:13,750 --> 00:32:15,250 Cakaplah lagi, abang. 375 00:33:34,833 --> 00:33:36,791 Aduh. Jahanam. 376 00:33:39,625 --> 00:33:40,500 Helo? 377 00:33:44,166 --> 00:33:45,958 Gussie! 378 00:33:46,041 --> 00:33:46,916 Gus! 379 00:34:36,000 --> 00:34:36,875 Gus? 380 00:35:54,666 --> 00:35:55,500 Slim! 381 00:35:57,708 --> 00:36:00,916 Eli, Gus. Apa kau orang buat di sini? 382 00:36:01,000 --> 00:36:04,125 Eli ajak cari Ivan Kroll untuk buat tawaran kepadanya. 383 00:36:04,708 --> 00:36:07,250 Kau tak patut buat begitu. Aku dah jelaskan. 384 00:36:08,333 --> 00:36:09,791 Baguslah kau bercakap semula. 385 00:36:11,666 --> 00:36:15,125 - Dah lawat mak kau di penjara? - Belum lagi. 386 00:36:15,208 --> 00:36:17,750 Kami kena pergi dengan orang dewasa. 387 00:36:17,833 --> 00:36:19,958 - Ajaklah Robert. - Kau kenal dia? 388 00:36:20,041 --> 00:36:22,625 Dia kaki botol tak guna. Rumahnya bersepah. 389 00:36:23,500 --> 00:36:25,291 Kau tak boleh tinggal di sini. 390 00:36:25,375 --> 00:36:27,250 Kenapa? Kau kawan kami, bukan? 391 00:36:27,333 --> 00:36:30,458 Ya, tapi kau akan ditangkap dan dibela keluarga angkat 392 00:36:30,541 --> 00:36:33,125 macam aku dulu, sekarang tengok nasib aku. 393 00:36:33,750 --> 00:36:36,500 Boleh kami menyorok di sini sekejap sampai… 394 00:36:37,541 --> 00:36:39,750 Sampai bila? Mereka akan tangkap kau. 395 00:36:40,333 --> 00:36:43,333 Penyangak besar, polis korup dan jabatan pendidikan. 396 00:36:44,000 --> 00:36:46,500 Mereka tahu semuanya dan takkan putus asa. 397 00:36:47,375 --> 00:36:49,291 - Apa kurangnya rumah Robert? - Semuanya. 398 00:36:49,375 --> 00:36:51,125 Dia agak tak menentu. 399 00:36:51,208 --> 00:36:54,541 Dia ingat Eli pencuri dan serang Eli dengan batang kapak. 400 00:36:55,416 --> 00:36:58,916 Kau kena buat dia berhenti minum, barulah dia akan waras. 401 00:36:59,500 --> 00:37:02,916 Duduk. Aku akan sediakan roti dan teh dan hantar kau balik. 402 00:37:03,000 --> 00:37:06,291 Pergi mampuslah. Kami boleh balik sendiri. Jom, abang. 403 00:37:06,375 --> 00:37:07,458 Eli. 404 00:37:08,291 --> 00:37:11,291 Jangan marah. Aku cuma nak buat perkara yang wajar. 405 00:37:11,375 --> 00:37:12,416 Kau pengecut. 406 00:37:12,500 --> 00:37:14,583 Kau perlu faham keadaannya. 407 00:37:14,666 --> 00:37:18,666 Kalau kau terus macam ini, nyawa mak kau akan terancam. Kau pun sama. 408 00:37:18,750 --> 00:37:23,416 Kau berdua akan dibela keluarga angkat, dan aku akan ditangkap kerana pedofilia. 409 00:37:24,875 --> 00:37:26,791 Nah, ambillah duit ini. 410 00:37:26,875 --> 00:37:29,875 Simpan sajalah duit kau! Abang, jom pergi. 411 00:37:32,458 --> 00:37:35,583 Kau dah boleh cakap, jadi cubalah pujuk dia. 412 00:37:35,666 --> 00:37:37,208 Aku akan hubungi akhbar 413 00:37:37,291 --> 00:37:39,916 dan ceritakan semuanya kepada Caitlyn Spies. 414 00:37:40,000 --> 00:37:41,166 Silap besar. 415 00:37:41,250 --> 00:37:43,625 Kau akan buat keadaan jadi lagi teruk. 416 00:37:44,125 --> 00:37:45,583 Lagi teruk, Slim? 417 00:37:45,666 --> 00:37:48,375 Mak kami dipenjarakan walaupun tak bersalah. 418 00:37:48,458 --> 00:37:52,500 Ayah tiri kami pula diculik oleh pembunuh gila. 419 00:37:52,583 --> 00:37:55,166 Polis nak humban kami ke penjara juvenil, 420 00:37:55,250 --> 00:37:58,708 dan ayah kami cuba balun kepala aku dengan batang kapak! 421 00:37:58,791 --> 00:38:02,750 Apa yang boleh jadi lagi teruk daripada semua itu? 422 00:38:40,250 --> 00:38:41,083 Helo? 423 00:38:43,416 --> 00:38:44,500 Boleh saya bantu? 424 00:38:44,583 --> 00:38:47,041 Saya nak jumpa Caitlyn… 425 00:38:47,125 --> 00:38:49,041 Tekan butang itu sambil cakap. 426 00:38:52,500 --> 00:38:54,750 Saya Eli Bell. Saya nak jumpa Caitlyn Spies. 427 00:38:54,833 --> 00:38:56,500 Dia tahu awak nak datang? 428 00:38:57,083 --> 00:39:00,416 - Tak, tapi saya ada cerita untuk dia. - Cerita apa? 429 00:39:01,041 --> 00:39:02,208 Cerita jenayah. 430 00:39:02,875 --> 00:39:03,708 Awak saksi? 431 00:39:04,333 --> 00:39:05,333 Tak, saya mangsa. 432 00:39:06,000 --> 00:39:08,500 Caitlyn sibuk menyiapkan penulisannya. 433 00:39:08,583 --> 00:39:12,000 Boleh tinggalkan nama dan nombor untuk dia hubungi semula? 434 00:39:12,750 --> 00:39:15,291 Saya boleh atur temu bual dengan Slim Halliday. 435 00:39:17,916 --> 00:39:18,833 Tunggu sekejap. 436 00:39:22,125 --> 00:39:23,291 Hai, Caitlyn. 437 00:39:24,208 --> 00:39:26,750 Ada budak bernama Eli Bell di pintu masuk. 438 00:39:26,833 --> 00:39:30,166 Dia kata dia boleh atur temu bual dengan Slim Halliday. 439 00:39:30,833 --> 00:39:31,708 Baik. 440 00:39:34,666 --> 00:39:36,500 Masuklah. Dia akan turun. 441 00:39:42,833 --> 00:39:44,208 Sila duduk di situ. 442 00:39:45,875 --> 00:39:47,541 Helo, Courier-Mail. 443 00:39:47,625 --> 00:39:48,958 Boleh Brian telefon balik? 444 00:39:49,041 --> 00:39:51,750 Ada mesyuarat pemegang saham dengan Encik Broz. 445 00:39:51,833 --> 00:39:54,000 - Okey. - Saya nak rehat minum. 446 00:39:54,791 --> 00:39:57,375 Ya. Kita berhubung semula nanti. Baik. 447 00:40:22,708 --> 00:40:25,250 Awak tunggu saya? 448 00:40:29,750 --> 00:40:30,666 Saya Caitlyn. 449 00:40:34,250 --> 00:40:35,166 Saya… 450 00:40:35,250 --> 00:40:38,250 Ya, saya… 451 00:40:39,291 --> 00:40:41,000 Siapa nama penuh awak? 452 00:40:41,708 --> 00:40:44,000 Kenapa awak nak tahu? 453 00:40:44,583 --> 00:40:47,500 Saya nak kait kardigan dengan singkatan nama awak. 454 00:40:49,000 --> 00:40:50,208 Nama saya 455 00:40:51,708 --> 00:40:52,708 Christopher. 456 00:40:54,666 --> 00:40:57,125 - Brain. - Bukan Eli Bell, ya? 457 00:40:58,875 --> 00:41:00,791 Awak beritahu penyambut tetamu. 458 00:41:02,000 --> 00:41:03,375 Ya. 459 00:41:03,458 --> 00:41:06,583 - Eli Bell, ya? - Boleh rahsiakan nama saya? 460 00:41:06,666 --> 00:41:09,625 - Kenapa? - Ada orang yang saya harus lindungi. 461 00:41:11,250 --> 00:41:14,708 Lelaki yang saya nak ceritakan buat banyak perkara kejam. 462 00:41:15,375 --> 00:41:17,666 Baiklah. Mereka kawan Slim Halliday? 463 00:41:17,750 --> 00:41:20,208 Bukan. Jauh lagi dahsyat. 464 00:41:22,125 --> 00:41:23,916 Ada kaitan dengan tangan awak? 465 00:41:24,000 --> 00:41:29,000 Ada, tapi jika awak nak betul-betul faham, saya kena cerita dari awal. 466 00:41:29,083 --> 00:41:31,458 Eli, boleh awak ringkaskan? 467 00:41:31,541 --> 00:41:34,166 Ada kaki bertatu ditemui di Pantai Brighton. 468 00:41:34,250 --> 00:41:36,333 Saya perlu siasat tentangnya, tapi… 469 00:41:38,208 --> 00:41:39,291 Awak okey? 470 00:41:41,000 --> 00:41:42,208 Tatu apa? 471 00:41:42,833 --> 00:41:44,833 - Beri aku masuk! - Ya Tuhan. 472 00:41:45,916 --> 00:41:50,125 Aduhai, Raymond Leary datang. Helen, mana pengawal? 473 00:41:50,208 --> 00:41:51,625 Dia sedang berehat. 474 00:41:51,708 --> 00:41:54,291 Encik Leary, jangan dekat dengan kaca itu. 475 00:41:54,375 --> 00:41:57,208 Beri aku masuk! Aku tahu Broz ada di dalam. 476 00:41:57,291 --> 00:41:59,708 - Beri aku masuk! - Siapa Raymond Leary? 477 00:41:59,791 --> 00:42:03,291 Dia kontraktor bangunan. Katanya klien dia bayar kurang. 478 00:42:03,375 --> 00:42:05,916 Dia muflis. Isterinya murung dan bunuh diri. 479 00:42:06,000 --> 00:42:07,833 Dia nak kami siarkan kisahnya. 480 00:42:07,916 --> 00:42:09,333 Beri aku masuk! 481 00:42:10,541 --> 00:42:11,375 Kenapa enggan? 482 00:42:11,458 --> 00:42:16,000 Klien dia, En. Broz, pemegang saham utama. En. Broz ada perintah sekatan. 483 00:42:16,083 --> 00:42:17,041 Ya, polis? 484 00:42:17,125 --> 00:42:20,375 Ini pejabat Courier-Mail di Nombor 2, Jalan Holt. 485 00:42:20,458 --> 00:42:22,416 Ada orang cuba pecahkan pintu. 486 00:42:28,125 --> 00:42:30,958 - Dia akan bunuh diri. - Jangan beri dia masuk. 487 00:42:32,416 --> 00:42:33,250 Encik Leary. 488 00:42:35,666 --> 00:42:38,791 Eli! Eli, masuk ke sini semula. 489 00:42:38,875 --> 00:42:42,458 Mereka takkan tolong encik. Lupakan saja. Tak ada gunanya. 490 00:42:43,375 --> 00:42:45,125 - Encik? - Ke tepi, budak. 491 00:42:45,208 --> 00:42:47,125 Balik saja. Tulis surat. 492 00:42:47,208 --> 00:42:48,541 - Sia-sia saja. - Eli… 493 00:42:49,125 --> 00:42:50,208 Ke tepi. 494 00:42:56,000 --> 00:42:57,791 Helen, panggil ambulans. 495 00:42:59,375 --> 00:43:00,500 Eli, awak okey? 496 00:43:02,916 --> 00:43:04,958 Jadi, awak akan tulis tentang dia? 497 00:43:05,458 --> 00:43:06,708 Mungkin tak. 498 00:43:07,375 --> 00:43:09,458 Dia ada sejarah sakit otak. 499 00:43:10,041 --> 00:43:11,666 Kaki yang awak sebut tadi 500 00:43:11,750 --> 00:43:13,541 kaki seorang lelaki, bukan? 501 00:43:13,625 --> 00:43:15,166 Ada nama wanita padanya. 502 00:43:16,750 --> 00:43:18,666 Polis belum dedahkan butirannya. 503 00:43:20,291 --> 00:43:21,708 Nama wanita itu Frankie. 504 00:43:22,916 --> 00:43:24,208 Macam mana awak tahu? 505 00:43:25,250 --> 00:43:26,375 Frankie mak saya. 506 00:43:28,708 --> 00:43:31,500 Ke tepi. Tolong berundur, semua. 507 00:43:33,083 --> 00:43:34,083 Tunggu, Eli! 508 00:43:38,458 --> 00:43:39,666 Helo, Courier-Mail. 509 00:43:46,333 --> 00:43:48,125 Hei, maaf sebab lari. 510 00:43:49,583 --> 00:43:50,666 Tak apa. 511 00:43:59,250 --> 00:44:03,791 Ada orang jumpa kaki di Pantai Brighton, 512 00:44:04,708 --> 00:44:06,250 dan ada tatu nama padanya. 513 00:44:11,875 --> 00:44:13,041 Aduhai. 514 00:44:13,666 --> 00:44:15,166 Tak bermakna dia dibunuh. 515 00:44:17,375 --> 00:44:19,500 Tapi betullah. Mungkin dia dah mati. 516 00:44:28,541 --> 00:44:30,833 Adik tetap akan cerita kepada akhbar? 517 00:44:30,916 --> 00:44:31,791 Tak. 518 00:44:33,000 --> 00:44:34,000 Betul cakap Slim. 519 00:44:35,041 --> 00:44:37,000 Adik cuma perlu rahsiakannya dan… 520 00:44:39,875 --> 00:44:40,833 tolong ayah 521 00:44:41,833 --> 00:44:44,750 sebelum keadaan jadi lagi teruk daripada sekarang. 522 00:44:46,875 --> 00:44:48,500 Tinggal kita berdua, abang. 523 00:44:50,250 --> 00:44:51,916 Tiada orang akan bantu kita. 524 00:45:05,875 --> 00:45:07,000 - Brian? - Ya? 525 00:45:07,083 --> 00:45:09,583 Ada budak tiba-tiba datang siang tadi. 526 00:45:09,666 --> 00:45:11,416 Saya nak siasat lebih lanjut. 527 00:45:11,500 --> 00:45:12,500 Boleh saja. 528 00:45:12,583 --> 00:45:15,791 Sebelum awak pergi, apa perkembangan Encik Kaki Jerung? 529 00:45:15,875 --> 00:45:18,708 Seorang kawan lama di forensik… 530 00:45:20,750 --> 00:45:22,708 hantar ini untuk awak siang tadi. 531 00:45:29,458 --> 00:45:32,625 LELAKI KAUKASIA, 30-AN/40-AN TATU "FRANKIE" 532 00:45:43,000 --> 00:45:44,916 BERDASARKAN BUKU OLEH TRENT DALTON 533 00:47:45,000 --> 00:47:49,916 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi