1 00:00:19,000 --> 00:00:20,625 Ini peluang terakhir kau 2 00:00:21,125 --> 00:00:23,958 untuk elak sesuatu yang sangat menyakitkan. 3 00:00:25,250 --> 00:00:27,958 Mana kau sorok lebihan-lebihan itu, Lyle? 4 00:00:28,958 --> 00:00:31,083 Eli, abah minta maaf. 5 00:00:31,166 --> 00:00:32,208 Jawablah, Lyle! 6 00:00:33,250 --> 00:00:34,750 Maafkan saya, Frankie. 7 00:00:41,833 --> 00:00:42,916 Bawa dia pergi. 8 00:00:43,500 --> 00:00:48,250 Lyle! 9 00:00:49,125 --> 00:00:50,333 Budak sial. 10 00:00:51,208 --> 00:00:52,916 Tidak! Jangan pukul aku! 11 00:00:53,000 --> 00:00:54,958 - Tolong panggil polis! - Cepat! 12 00:00:55,041 --> 00:00:56,666 Panggil polis! 13 00:00:56,750 --> 00:01:00,208 Jangan sumbat ke dalam but! Tempat duduk belakang sajalah. 14 00:01:00,291 --> 00:01:01,708 Masuklah, sial! 15 00:01:01,791 --> 00:01:03,500 Saya sayang awak, Frankie! 16 00:01:03,583 --> 00:01:04,583 Diamlah! 17 00:01:24,750 --> 00:01:26,541 Tidak… 18 00:01:28,208 --> 00:01:31,541 Jangan cari nahas dengan Ivan Kroll, bangsat. 19 00:01:34,750 --> 00:01:35,708 Apa pula itu? 20 00:01:54,333 --> 00:01:55,291 Sial… 21 00:01:57,500 --> 00:01:58,333 Tunggu! 22 00:02:13,875 --> 00:02:17,958 Kehidupan sememangnya berbeza jika membesar dalam keluarga penjenayah. 23 00:02:22,833 --> 00:02:25,708 EPISOD SATU: BUDAK DAN PENGKHIANAT 24 00:02:26,291 --> 00:02:27,875 Di pekan macam Darra pun, 25 00:02:27,958 --> 00:02:31,583 kami tetap bersekolah, ada kerja rumah dan patuh orang dewasa. 26 00:02:32,166 --> 00:02:37,000 Tapi ada orang dewasa yang bercelaru dan dihumban ke penjara kerana buat silap. 27 00:02:37,500 --> 00:02:38,625 Bangun, anak-anak. 28 00:02:40,125 --> 00:02:41,791 Slim akan datang kejap lagi. 29 00:02:42,291 --> 00:02:43,125 Bangun. 30 00:02:46,791 --> 00:02:50,416 Maka, aku perlu bantu mak dan ayah tiri hindari kesilapan sama 31 00:02:50,500 --> 00:02:52,458 dan terus mematuhi undang-undang. 32 00:02:54,875 --> 00:02:56,833 - Mak! Mak tahu tak? - Apa? 33 00:02:56,916 --> 00:02:59,375 Slim beri pandu di jalan besar kali ini. 34 00:02:59,875 --> 00:03:01,250 Mak percaya kamu boleh. 35 00:03:02,250 --> 00:03:04,583 Dia rasa saya lebih baik daripada abah. 36 00:03:04,666 --> 00:03:05,625 Wah. 37 00:03:08,666 --> 00:03:09,666 Mak masak apa? 38 00:03:09,750 --> 00:03:13,041 Sebenarnya, mak pun belum pasti lagi. 39 00:03:13,125 --> 00:03:14,250 Tanya balik nanti. 40 00:03:14,916 --> 00:03:15,875 Nampak sedap. 41 00:03:16,625 --> 00:03:17,750 Terima kasih. 42 00:03:19,166 --> 00:03:21,541 Mak kami mak yang paling hebat di dunia. 43 00:03:21,625 --> 00:03:24,541 Dia sentiasa mahu yang terbaik untuk aku dan abang aku, Gus. 44 00:03:24,625 --> 00:03:26,583 Kami cuba jadi anak yang terbaik. 45 00:03:26,666 --> 00:03:29,083 Kelemahan dia cuma terlalu mempercayai, 46 00:03:29,166 --> 00:03:31,125 tapi mungkin itu bukan kelemahan. 47 00:03:36,625 --> 00:03:38,541 Tak sabar betul dia nak memandu. 48 00:03:41,500 --> 00:03:44,666 Slim Halliday yang beri idea supaya aku tulis surat. 49 00:03:44,750 --> 00:03:47,291 Dia bekas banduan Penjara Jalan Boggo kerana membunuh. 50 00:03:50,166 --> 00:03:53,375 Ayah tiri kami, Lyle, jumpa Slim di penjara juga. 51 00:03:53,458 --> 00:03:56,333 Akhir-akhir ini, Slim dah macam penjaga kami. 52 00:03:58,500 --> 00:04:00,000 Pindahlah ke sebelah. 53 00:04:04,000 --> 00:04:06,583 Kau okey? Apa yang Gus tulis? 54 00:04:08,625 --> 00:04:11,708 Tulisan abang aku selalunya betul-betul berlaku. 55 00:04:11,791 --> 00:04:14,958 Dia mungkin manusia paling bijak di seluruh Australia. 56 00:04:15,541 --> 00:04:18,500 Tapi dia berhenti bercakap sejak umur tujuh tahun. 57 00:04:18,583 --> 00:04:20,708 "Pengakhiran kamu bangkai ren biru." 58 00:04:20,791 --> 00:04:21,750 Apa? 59 00:04:21,833 --> 00:04:24,625 Entahlah. Selepas ia berlaku, baru kita faham. 60 00:04:25,375 --> 00:04:26,541 Okey, jom gerak. 61 00:04:26,625 --> 00:04:28,708 Ingat? Pijak klac, hidupkan enjin. 62 00:04:31,708 --> 00:04:34,625 Okey. Masuk gear satu. 63 00:04:35,541 --> 00:04:37,583 Pijak pedal perlahan-lahan. 64 00:04:43,875 --> 00:04:45,041 Macam itulah. 65 00:04:49,458 --> 00:04:50,375 Jaga-jaga. 66 00:04:50,458 --> 00:04:52,416 - Ikut jalan raya. - Hei! 67 00:04:53,708 --> 00:04:54,791 Bagus. 68 00:04:54,875 --> 00:04:56,166 Macam itulah. Terus. 69 00:04:56,250 --> 00:04:57,916 Ya Tuhan! 70 00:04:58,000 --> 00:04:58,833 Perlahan. 71 00:05:01,333 --> 00:05:03,750 Ya. Begitulah cara memandu. 72 00:05:03,833 --> 00:05:06,083 Aku dan Alex Bermuda berbalas surat. 73 00:05:06,166 --> 00:05:09,875 Dia akan bebas empat tahun saja lagi kalau dia tak buat masalah. 74 00:05:09,958 --> 00:05:11,625 Tipis sangat kemungkinannya. 75 00:05:11,708 --> 00:05:13,333 Bosan sangatkah di penjara? 76 00:05:13,416 --> 00:05:16,166 Macam mana kau boleh tahan 25 tahun? 77 00:05:16,250 --> 00:05:17,833 Pandulah elok-elok! 78 00:05:17,916 --> 00:05:19,833 Kita perlu menguasai masa. 79 00:05:19,916 --> 00:05:22,041 Memang lama kalau banyak berfikir. 80 00:05:22,125 --> 00:05:25,541 Kalau kita sibukkan diri, kita akan rasa masa tak cukup. 81 00:05:25,625 --> 00:05:26,541 Sibuk buat apa? 82 00:05:26,625 --> 00:05:29,791 Kutip tahi lipas untuk tulis nama kita dengannya. 83 00:05:29,875 --> 00:05:32,000 Kemas katil dan baca buku. 84 00:05:32,083 --> 00:05:34,916 Lawan catur dengan diri sendiri, kemudian menang. 85 00:05:36,458 --> 00:05:39,458 Memancing dalam minda di Jeti Redcliffe. 86 00:05:39,958 --> 00:05:43,916 Tangkap ikan kepala leper dan masak sambil tengok matahari terbenam. 87 00:05:44,416 --> 00:05:45,916 - Brek. - Apa? 88 00:05:46,000 --> 00:05:47,000 Brek! 89 00:05:56,708 --> 00:05:58,500 Baru kau tahu makna "beri laluan". 90 00:05:59,125 --> 00:06:02,000 Okey. Tukar kepada gear neutral. 91 00:06:02,666 --> 00:06:03,875 Hidupkan enjin. 92 00:06:03,958 --> 00:06:05,916 Pijak pedal perlahan-lahan. 93 00:06:10,541 --> 00:06:11,666 Slim kata, 94 00:06:11,750 --> 00:06:14,541 mematuhi undang-undang sama macam memandu. 95 00:06:14,625 --> 00:06:16,333 "Pijak pedal perlahan-lahan." 96 00:06:17,750 --> 00:06:19,083 Abah! 97 00:06:19,166 --> 00:06:21,166 Abah nampak saya memandu? 98 00:06:21,250 --> 00:06:23,000 Saya memandu betul-betul! 99 00:06:23,083 --> 00:06:26,750 Abah nampak, nak. Kamu pasti akan jadi pemandu yang hebat. 100 00:06:26,833 --> 00:06:29,375 - Lagi hebat daripada kau. - Yalah, Slim. 101 00:06:30,500 --> 00:06:31,500 Memang pun. 102 00:06:34,291 --> 00:06:36,083 Kau ada apa malam ini? 103 00:06:36,166 --> 00:06:39,833 Frankie nak ikuti kelas Jane Fonda. Aku pula ada hal sikit. 104 00:06:39,916 --> 00:06:42,500 Kau boleh tolong jaga budak-budak itu? 105 00:06:42,583 --> 00:06:44,375 Suruh mereka buat kerja rumah. 106 00:06:45,666 --> 00:06:47,291 Boleh saja. 107 00:06:47,375 --> 00:06:48,458 Terima kasih. 108 00:06:49,125 --> 00:06:52,083 Nak, kamu dah cakap terima kasih kepada dia? 109 00:06:52,166 --> 00:06:54,833 - Terima kasih, Slim! - Kamu lambat. 110 00:06:54,916 --> 00:06:57,875 Mak, saya memandu sampai ke kilang simen. 111 00:06:57,958 --> 00:06:59,500 Saya belajar beri laluan. 112 00:06:59,583 --> 00:07:01,250 Hei, bertenang. 113 00:07:01,875 --> 00:07:03,958 Lap kaki dulu. Jangan lari. 114 00:07:05,416 --> 00:07:08,833 Perang dadah Brisbane semakin melarat. 115 00:07:08,916 --> 00:07:12,666 Caitlyn Spies dari Courier Mail meliputi perkembangan hal ini. 116 00:07:12,750 --> 00:07:16,666 Mayat seorang lelaki yang tidak dikenal pasti telah ditemui… 117 00:07:16,750 --> 00:07:18,291 Eli, matikannya. 118 00:07:18,375 --> 00:07:20,375 …di tanah terbiar di Stapleton, 119 00:07:20,458 --> 00:07:22,083 tanpa tangan kanannya. 120 00:07:22,166 --> 00:07:25,000 Polis mengaitkan pembunuhan itu dengan konflik 121 00:07:25,083 --> 00:07:27,000 antara geng-geng dadah Asia. 122 00:07:27,083 --> 00:07:31,291 Mereka menyeru sesiapa yang ada maklumat untuk tampil dan buat laporan. 123 00:07:31,375 --> 00:07:33,083 - Mak! - Itu cuma berita, Eli. 124 00:07:33,166 --> 00:07:34,916 Itu Caitlyn Spies. 125 00:07:35,000 --> 00:07:38,083 Kalau Mikhail Gorbachev pun mak tak kisah. Buat kerja rumah. 126 00:07:40,375 --> 00:07:41,708 ELI SUKA CAITLYN 127 00:07:41,791 --> 00:07:43,208 Diamlah. 128 00:07:44,000 --> 00:07:45,791 Berhenti! 129 00:07:45,875 --> 00:07:47,958 Eli, cukup! 130 00:07:49,708 --> 00:07:52,958 Mak dan abah nak keluar nanti. Slim akan jaga kamu. 131 00:07:54,250 --> 00:07:55,250 Keluar ke mana? 132 00:07:57,416 --> 00:07:58,416 Panggung wayang. 133 00:08:34,416 --> 00:08:36,541 Slim, kau masuk dalam surat khabar. 134 00:08:36,625 --> 00:08:37,833 Ya, aku dah tengok. 135 00:08:37,916 --> 00:08:41,291 - Dia yang penjarakan kau, bukan? - Ya, si korup gila itu. 136 00:08:43,125 --> 00:08:46,083 Betulkah kau bunuh pemandu teksi itu? 137 00:08:47,166 --> 00:08:48,250 Kau rasa? 138 00:08:49,541 --> 00:08:51,708 Entahlah. Aku tak rasa kau ganas. 139 00:08:52,916 --> 00:08:55,625 Jangan pandang rendah kemampuan seorang lelaki. 140 00:09:01,333 --> 00:09:03,791 Kau rasa abah dah mula jual dadah semula? 141 00:09:07,875 --> 00:09:10,333 Entahlah. Kenapa kau tak tanya dia? 142 00:09:10,916 --> 00:09:12,833 Aku tak nak dia rasa bersalah. 143 00:09:12,916 --> 00:09:14,916 Dia cuba buat yang terbaik. 144 00:09:15,625 --> 00:09:16,791 Kau memang baik. 145 00:09:17,375 --> 00:09:18,250 Yakah? 146 00:09:18,333 --> 00:09:21,208 Buat hal kau saja. Tak usah cari masalah. 147 00:09:22,041 --> 00:09:24,791 Biar abah kau uruskan masalah dia sendiri. 148 00:09:34,583 --> 00:09:35,833 Ke hadapan Alex. 149 00:09:35,916 --> 00:09:38,625 Ada banyak rahsia dalam keluarga kami. 150 00:09:38,708 --> 00:09:43,500 Sama ada untuk saling melindungi ataupun mengelakkan pertengkaran. 151 00:09:43,583 --> 00:09:47,708 Apa pandangan kau tentang terlalu terbuka atau terlalu berahsia? 152 00:09:47,791 --> 00:09:50,875 Kedua-duanya boleh membawa kepada masalah besar. 153 00:09:50,958 --> 00:09:54,125 Ke hadapan Eli, salam sejahtera daripada Alex Bermuda 154 00:09:54,208 --> 00:09:55,750 dan geng Blok B16. 155 00:09:56,333 --> 00:09:58,958 Aku masih tak sangka kau kenal Slim Halliday. 156 00:09:59,041 --> 00:10:01,250 Dia seorang legenda. 157 00:10:01,333 --> 00:10:04,541 Berkenaan terjebak dalam perkara di luar kawalan kita, 158 00:10:04,625 --> 00:10:07,291 aku pun mengambil masa untuk fikir tentangnya. 159 00:10:07,375 --> 00:10:10,541 Kita makhluk sosial. Biasalah kalau nak bantu kawan. 160 00:10:11,125 --> 00:10:14,833 Tapi banyak keputusan buruk dibuat kerana emosi ketika berbalah. 161 00:10:15,416 --> 00:10:20,375 Pengawal ambil televisyen kami tempoh hari kerana kami buat kesalahan kecil. 162 00:10:20,458 --> 00:10:22,291 Kesannya amat dahsyat. 163 00:10:25,958 --> 00:10:28,125 Bak pepasir di dalam jam pasir, 164 00:10:29,000 --> 00:10:31,250 begitulah hari-hari dalam hayat kita. 165 00:10:31,750 --> 00:10:33,583 Rampaslah kebebasan penjenayah, 166 00:10:34,125 --> 00:10:36,708 rampaslah hak-haknya sebagai manusia, 167 00:10:37,208 --> 00:10:38,458 tapi tolonglah, 168 00:10:39,125 --> 00:10:40,916 usah rampas Days of Our Lives. 169 00:10:51,083 --> 00:10:55,541 Selamat tinggal, Ruby Tuesday 170 00:11:02,250 --> 00:11:03,958 Saya nak jenguk anak-anak. 171 00:11:04,041 --> 00:11:04,875 Mereka okey. 172 00:12:22,416 --> 00:12:24,416 BARANGAN SUKAN DAN KULIT QUEENSLAND 173 00:12:31,166 --> 00:12:32,791 Jadi, filem apa… 174 00:12:34,833 --> 00:12:36,500 yang mak dan abah tonton? 175 00:12:37,416 --> 00:12:38,708 Ia menyeronokkan. 176 00:12:38,791 --> 00:12:40,375 Terms of Endearment. 177 00:12:42,958 --> 00:12:44,083 Cerita tentang apa? 178 00:12:45,916 --> 00:12:47,041 Cinta. 179 00:12:48,083 --> 00:12:51,500 - Tamat dengan kegembiraan? - Ya, tapi sedih juga. 180 00:12:52,375 --> 00:12:53,333 Makan cepat. 181 00:12:53,416 --> 00:12:56,916 Bos saya kata boleh bawa anak-anak pergi kerja. 182 00:12:57,000 --> 00:12:59,333 Untuk program tunjuk dan cerita. Bagus, bukan? 183 00:12:59,416 --> 00:13:01,208 Kami bukan anak abah. 184 00:13:04,416 --> 00:13:07,416 Itu juga hari untuk "bawa budak nakal pergi kerja", 185 00:13:07,500 --> 00:13:09,250 jadi kamu berdua layak. 186 00:13:13,250 --> 00:13:15,791 Apa pendapat abah tentang filem malam tadi? 187 00:13:18,416 --> 00:13:19,958 - Apa… - Terms of Endearment. 188 00:13:20,041 --> 00:13:20,958 Terms of Endearment. 189 00:13:21,541 --> 00:13:23,166 Filem itu sangat menarik. 190 00:13:23,250 --> 00:13:25,875 Mesti semua wanita suka. Tanyalah mak kamu. 191 00:13:27,666 --> 00:13:28,500 Hei. 192 00:13:29,250 --> 00:13:30,416 Mana saya punya… 193 00:13:31,000 --> 00:13:32,125 Terima kasih. 194 00:13:32,791 --> 00:13:33,958 Satu lagi… 195 00:13:35,208 --> 00:13:36,416 Awak memang terbaik. 196 00:13:37,291 --> 00:13:39,833 Abah pergi dulu. Berseronoklah di sekolah. 197 00:13:39,916 --> 00:13:42,083 Abah tahu itu mustahil, bukan? 198 00:13:42,166 --> 00:13:45,666 Sekolah tempat untuk belajar menghadapi cabaran hidup. 199 00:13:58,666 --> 00:14:00,500 Abang rasa dia jual dadah lagi? 200 00:14:01,625 --> 00:14:03,416 Adik rasa dia jual dadah lagi. 201 00:14:05,708 --> 00:14:07,708 DIA BUAT MAK BAHAGIA! 202 00:14:07,833 --> 00:14:09,875 Tak kalau mak hisap dadah semula. 203 00:14:36,916 --> 00:14:38,250 Nak ikut jalan pintas? 204 00:14:47,291 --> 00:14:50,291 Berambus, Astro Boy! Ini tempat kami. 205 00:14:51,333 --> 00:14:53,000 Jom, abang. Biarkan saja. 206 00:14:55,125 --> 00:14:56,208 Ya, berambus. 207 00:15:15,791 --> 00:15:18,625 Kamu Gus, bukan? Kita belum pernah berjumpa. 208 00:15:18,708 --> 00:15:21,750 Nama cikgu Poppy Birkbeck, kaunselor. Silakan duduk. 209 00:15:24,541 --> 00:15:25,750 Cikgu harus sebut. 210 00:15:26,416 --> 00:15:29,958 Kamu buat semua kaunselor sebelum ini banyak berfikir. 211 00:15:31,333 --> 00:15:34,541 Mereka semua kata kamu tak ada apa-apa masalah fizikal. 212 00:15:34,625 --> 00:15:35,916 Pendengaran sempurna. 213 00:15:36,625 --> 00:15:39,000 Otak kamu juga sememangnya bijak 214 00:15:39,083 --> 00:15:41,000 berdasarkan rekod akademik kamu. 215 00:15:41,875 --> 00:15:46,166 Jadi, hanya pertuturan kamu yang menjadi masalah. 216 00:15:51,416 --> 00:15:54,208 Adakah karya seni kamu mempunyai makna? 217 00:15:57,583 --> 00:15:59,250 Ini lukisan alam benda kamu. 218 00:16:04,208 --> 00:16:06,916 Ini pula lukisan alam benda kamu dengan bunga. 219 00:16:07,916 --> 00:16:10,541 Pada kebanyakan lukisan kamu, 220 00:16:10,625 --> 00:16:12,375 ada kereta ini sekali. 221 00:16:14,000 --> 00:16:16,083 Kumpulan keluarga, Lambaian Akhir. 222 00:16:17,750 --> 00:16:19,541 Budak-budak di belakang itu. 223 00:16:20,458 --> 00:16:22,250 Itu kamu dan adik kamu, ya? 224 00:16:26,291 --> 00:16:27,541 Kamu menuju ke mana? 225 00:16:32,166 --> 00:16:34,083 Kalau tak boleh cakap, tulislah. 226 00:16:34,958 --> 00:16:37,250 Lukis pun boleh. 227 00:16:37,833 --> 00:16:39,833 Mungkin nampak macam sia-sia, Gus, 228 00:16:39,916 --> 00:16:42,875 tapi cikgu percaya potensi kamu dan adik kamu besar 229 00:16:42,958 --> 00:16:45,916 kalau bukan kerana trauma masa lalu. 230 00:16:46,708 --> 00:16:50,541 Mungkin sebab ketagihan mak kamu. Sebab dia tinggalkan ayah kamu. 231 00:16:50,625 --> 00:16:53,458 Atau sebab lain yang kamu enggan cerita 232 00:16:53,958 --> 00:16:56,333 kerana rasa selamat kalau kamu senyap. 233 00:16:56,958 --> 00:16:58,125 Mungkin sebab seseorang. 234 00:16:59,541 --> 00:17:02,458 Percayalah, tak ada baiknya kalau senyap. 235 00:17:03,583 --> 00:17:05,208 Malah, ia boleh jadi teruk. 236 00:17:11,500 --> 00:17:13,458 Lukiskan rahsia kamu, Gus. 237 00:18:25,916 --> 00:18:26,916 Hei, Tinker Bell. 238 00:18:27,666 --> 00:18:30,375 Darren panggil kau ke belakang makmal sains. 239 00:18:41,833 --> 00:18:42,958 Awak okey, Gus? 240 00:19:06,458 --> 00:19:07,916 Hei. Apa halnya? 241 00:19:09,500 --> 00:19:11,250 Hulur tangan dan pejam mata. 242 00:19:13,833 --> 00:19:15,708 Dia suruh hulur tangan. 243 00:19:15,791 --> 00:19:17,250 Kau bebal, ya? 244 00:19:31,541 --> 00:19:32,750 Haram jadah! 245 00:19:37,208 --> 00:19:38,041 Pegang. 246 00:19:39,250 --> 00:19:40,583 Ikut sajalah, mangkuk. 247 00:19:45,708 --> 00:19:47,083 Regangkan sikit. 248 00:19:47,166 --> 00:19:48,666 Pegang leher dan ekornya. 249 00:19:49,375 --> 00:19:50,375 Di atas tong ini. 250 00:19:51,125 --> 00:19:52,333 Tahan ekornya. 251 00:19:52,416 --> 00:19:54,333 Genggam saja. 252 00:19:54,916 --> 00:19:55,833 Apa kau nak… 253 00:19:55,916 --> 00:19:57,416 Seriuslah, bodoh? 254 00:19:59,333 --> 00:20:02,583 Ini pedang datuk aku. Keluli samurai. 255 00:20:02,666 --> 00:20:04,208 Kau dari Vietnam, Darren. 256 00:20:04,291 --> 00:20:06,875 Mustahil kau keturunan samurai. 257 00:20:07,958 --> 00:20:10,041 Sebenarnya, kawan, 258 00:20:10,583 --> 00:20:12,375 itulah yang kita nak buktikan. 259 00:20:13,083 --> 00:20:14,708 Ya Tuhan. 260 00:20:14,791 --> 00:20:17,208 Jangan terkencing pula. Aku dah berlatih. 261 00:20:19,041 --> 00:20:22,333 Jangan bergerak langsung. Pasti selamat. 262 00:20:22,916 --> 00:20:24,333 Darren, ini kerja gila. 263 00:20:24,416 --> 00:20:26,291 Mata minda melihat segalanya. 264 00:20:26,375 --> 00:20:28,541 Mesti kena kepala atau tangan aku. 265 00:20:28,625 --> 00:20:31,666 - Pahlawan sejati takkan goyah. - Kau akan ke penjara! 266 00:20:35,583 --> 00:20:37,083 Apa kamu semua buat? 267 00:20:44,708 --> 00:20:47,000 Apa yang berlaku di sini? 268 00:20:50,000 --> 00:20:52,416 Tikus makmal itu hak milik sekolah. 269 00:20:53,583 --> 00:20:54,666 Ikut cikgu. 270 00:20:56,416 --> 00:20:58,250 Cikgu nak tanya, Eli Bell. 271 00:20:59,083 --> 00:21:00,500 Di negara kita ini, 272 00:21:00,583 --> 00:21:02,625 dengan segala kelebihan yang ada, 273 00:21:02,708 --> 00:21:06,625 kenapa anak muda boleh tertarik kepada jenayah dan kesalahan kecil? 274 00:21:07,708 --> 00:21:08,916 Saya tak tahu, tapi… 275 00:21:09,000 --> 00:21:11,208 Kerana kekurangan senaman jasmani. 276 00:21:12,958 --> 00:21:15,833 Apa kawan kamu buat di belakang blok sains itu? 277 00:21:15,916 --> 00:21:16,833 Merokok? 278 00:21:17,625 --> 00:21:18,916 Main telur? 279 00:21:19,000 --> 00:21:21,708 Mereka bukan kawan saya, cikgu. Saya… 280 00:21:21,791 --> 00:21:25,458 Jangan tipu cikgu, Eli. Kamu langsung tak pandai menipu. 281 00:21:26,291 --> 00:21:27,750 Siapa lagi ada tadi? 282 00:21:28,583 --> 00:21:30,708 Mereka mungkin budak luar. 283 00:21:30,791 --> 00:21:33,666 Seorang gemuk dan seorang lagi budak Vietnam. 284 00:21:33,750 --> 00:21:36,875 Ya, itu gambaran bagi separuh daripada murid cikgu. 285 00:21:37,666 --> 00:21:39,291 Cikgu nak tahu nama mereka. 286 00:21:46,708 --> 00:21:47,916 Lucutkan celana. 287 00:21:48,000 --> 00:21:49,416 Apa, cikgu? 288 00:21:49,500 --> 00:21:50,708 Seluar kamu. 289 00:21:59,666 --> 00:22:00,666 Tonggeng. 290 00:22:02,333 --> 00:22:03,708 Cepatlah! Tonggeng. 291 00:22:05,125 --> 00:22:08,500 Cikgu takkan kata ia tak sakit. Sebab sakitlah cikgu buat. 292 00:22:09,916 --> 00:22:14,291 Cikgu akan berhenti sebaik kamu sebut nama pesalah-pesalah itu. 293 00:22:14,375 --> 00:22:15,500 Apa, cikgu? 294 00:22:15,583 --> 00:22:18,875 Kenapa susah sangat nak faham? Rakan sejenayah kamu. 295 00:22:19,666 --> 00:22:21,791 - Kawan-kawan kamu! - Ya Tuhan. 296 00:22:21,875 --> 00:22:24,125 Cikgu agak yakin yang Tuhan 297 00:22:24,791 --> 00:22:27,791 tak gemuk dan bukan dari Vietnam. 298 00:22:29,958 --> 00:22:31,291 Siapa nama mereka? 299 00:22:34,708 --> 00:22:39,041 Apabila berdepan dengan kaki buli, kita hanya ada dua pilihan. 300 00:22:39,125 --> 00:22:43,958 Sama ada jangan masuk campur atau ambil saja tindakan sendiri. 301 00:22:52,500 --> 00:22:56,416 Masalah bagi pilihan kedua, kita tak boleh agak akibatnya. 302 00:22:57,041 --> 00:23:01,541 Jadi, semakin hampir tarikh pembebasan, semakin aku patuh kepada kod banduan. 303 00:23:02,333 --> 00:23:03,833 Jangan masuk campur, 304 00:23:03,916 --> 00:23:05,583 jangan repot banduan lain 305 00:23:05,666 --> 00:23:07,208 dan tutup mulut. 306 00:23:10,625 --> 00:23:13,541 Cikgu kagum kamu tetap diam, tapi tak kena tempat. 307 00:23:14,791 --> 00:23:16,791 Cikgu dah tahu orangnya. 308 00:23:16,875 --> 00:23:18,416 Cikgu cuma nak kamu sebut. 309 00:23:22,875 --> 00:23:23,791 Baiklah. 310 00:23:39,583 --> 00:23:42,125 Mak? Abah? 311 00:23:50,583 --> 00:23:51,416 Mak? 312 00:24:09,083 --> 00:24:11,458 Abang, kita tak patut masuk. 313 00:24:24,583 --> 00:24:26,916 Mampus kita kalau abah tahu kita masuk. 314 00:24:31,583 --> 00:24:33,250 Abang, janganlah! 315 00:24:33,333 --> 00:24:35,458 Tiada orang masuk sejak tragedi mak. 316 00:24:57,333 --> 00:24:58,375 Keluar balik. 317 00:24:58,458 --> 00:25:00,875 - Apa kami nak buat dengan mak? - Maaflah. 318 00:25:00,958 --> 00:25:03,541 - Abah! - Abah janji akan balik. 319 00:25:05,750 --> 00:25:07,250 Abah! 320 00:25:07,333 --> 00:25:10,958 Abah akan betulkan diri abah, okey? Abah janji akan balik. 321 00:25:11,041 --> 00:25:12,125 Maaf, nak! 322 00:25:12,208 --> 00:25:13,708 Abah! 323 00:25:24,208 --> 00:25:25,375 Abang! 324 00:25:25,958 --> 00:25:27,375 Abang, abah dah balik! 325 00:25:30,458 --> 00:25:32,291 - Abah! - Hei! 326 00:25:32,916 --> 00:25:33,791 Helo, nak! 327 00:25:35,916 --> 00:25:36,916 Pandang abah. 328 00:25:41,458 --> 00:25:42,541 Mak kamu okey? 329 00:25:42,625 --> 00:25:43,666 Masih teruk. 330 00:25:44,541 --> 00:25:46,666 Baiklah, mari kita uruskan dia. 331 00:25:48,833 --> 00:25:51,583 Anak-anak… 332 00:25:52,166 --> 00:25:53,125 Anak-anak! 333 00:25:55,125 --> 00:25:57,000 Anak-anak! 334 00:26:03,375 --> 00:26:06,458 Kau memang sial! Celaka! 335 00:26:08,041 --> 00:26:11,083 Kau memang bangsat! Sial! 336 00:26:11,166 --> 00:26:14,250 Aku benci kau! 337 00:26:21,250 --> 00:26:24,625 Anak-anak, tolong mak! 338 00:26:25,125 --> 00:26:29,250 Jangan buat mak macam ini. 339 00:26:29,333 --> 00:26:31,750 - Tolonglah. - Semuanya pasti okey. 340 00:26:31,833 --> 00:26:33,666 Anak-anak. 341 00:26:36,833 --> 00:26:39,541 Aku tahu kau boleh dengar! 342 00:26:43,625 --> 00:26:46,625 Sial! Kau semua memang sial! 343 00:26:46,708 --> 00:26:49,125 Sial! 344 00:26:58,083 --> 00:27:00,083 Macam mana abang tahu tentang ini? 345 00:27:32,625 --> 00:27:34,000 Tak sangka betul. 346 00:27:35,541 --> 00:27:36,416 TUNGGU! 347 00:27:36,500 --> 00:27:39,166 Apa? Kita nak tunggu apa? 348 00:28:02,625 --> 00:28:03,500 Jangan jawab! 349 00:28:08,333 --> 00:28:09,333 Eli. 350 00:28:19,125 --> 00:28:21,125 - Eli? - Siapa ini? 351 00:28:22,125 --> 00:28:23,625 Tiga peluang untuk teka. 352 00:28:24,250 --> 00:28:26,541 Aku tak tahu. Alex, ya? 353 00:28:26,625 --> 00:28:28,125 Ada sejuta Alex di dunia. 354 00:28:28,208 --> 00:28:30,916 Kawan pena aku. Banduan di Penjara Jalan Boggo. 355 00:28:31,000 --> 00:28:32,125 Slim kenalkan kami. 356 00:28:32,208 --> 00:28:34,125 Mungkin kawan pembunuh pemandu teksi itu… 357 00:28:34,208 --> 00:28:35,166 Bukan dia bunuh! 358 00:28:35,250 --> 00:28:37,625 Slim penjaga kau. Dia kena cakap begitu. 359 00:28:37,708 --> 00:28:40,250 Mak aku kata bukan dia. Mak aku takkan tipu. 360 00:28:40,333 --> 00:28:43,541 Semua orang menipu. Tak kira orang baik atau jahat. 361 00:28:44,250 --> 00:28:46,375 Cuma kena tahu dia baik atau jahat. 362 00:28:46,458 --> 00:28:47,708 Semoga berjaya, Eli. 363 00:28:48,916 --> 00:28:50,458 Jangan cakap kamu turun. 364 00:28:54,000 --> 00:28:55,916 Alamak! Cepat, abang. 365 00:28:56,916 --> 00:28:59,375 Hei! Budak tak guna! Naik sekarang! 366 00:28:59,458 --> 00:29:01,458 - Cepat, abang! - Jangan, Gus! 367 00:29:01,541 --> 00:29:03,541 - Eli! - Cepat, abang! 368 00:29:03,625 --> 00:29:05,833 Naik sekarang, budak tak guna! 369 00:29:05,916 --> 00:29:06,750 Apa halnya? 370 00:29:06,833 --> 00:29:09,625 Budak-budak itu masuk ke terowong kecemasan! 371 00:29:09,708 --> 00:29:12,250 Cukup. Siaplah kamu berdua. 372 00:29:13,875 --> 00:29:14,958 Apa awak nak buat? 373 00:29:15,916 --> 00:29:18,541 Kalau mereka tak terkubur, saya akan bunuh mereka. 374 00:29:18,625 --> 00:29:21,333 Lyle, berlembutlah sikit dengan mereka. 375 00:29:21,416 --> 00:29:23,333 Abang, tunggu adik! 376 00:29:24,375 --> 00:29:25,583 Abang. 377 00:29:26,458 --> 00:29:27,708 Abang! 378 00:29:27,791 --> 00:29:30,583 Abang, adik tersangkut! Patah balik. 379 00:29:33,833 --> 00:29:36,208 Pastikan mereka selamat, boleh? 380 00:29:40,583 --> 00:29:42,583 Baunya macam tahi! 381 00:29:44,250 --> 00:29:45,125 Di mana kita? 382 00:29:45,958 --> 00:29:48,166 Di tempat yang sepatutnya, tak guna. 383 00:29:48,250 --> 00:29:50,541 Mujur kamu tak terkubur hidup-hidup. 384 00:29:50,625 --> 00:29:51,458 Keluar cepat. 385 00:29:51,541 --> 00:29:54,583 - Tak nak. Abah akan sebat kami. - Mestilah, bongok. 386 00:29:54,666 --> 00:29:56,458 - Pergi mampus. - Jangan carut! 387 00:29:56,541 --> 00:29:59,291 - Abah baru mencarut. - Ya, abah dah dewasa. 388 00:29:59,375 --> 00:30:03,000 Saya ingat orang dewasa belajar daripada kesilapan. 389 00:30:03,083 --> 00:30:05,458 Abah dan mak jual dadah balik, bukan? 390 00:30:06,708 --> 00:30:09,375 Beritahu sajalah kepada semua orang. 391 00:30:13,500 --> 00:30:15,541 Nah, pegang pangkalnya cepat 392 00:30:15,625 --> 00:30:18,000 sebelum dijangkiti polio atau hepatitis. 393 00:30:18,083 --> 00:30:20,625 Pergi mati. Kami jawab panggilan lelaki itu. 394 00:30:20,708 --> 00:30:23,041 - Mana dia tahu nama saya? - Siapa? 395 00:30:23,125 --> 00:30:25,625 Tak mungkin. Telefon itu tak bersambung! 396 00:30:25,708 --> 00:30:28,416 Saya dan Gus patut tahu! 397 00:30:28,500 --> 00:30:30,291 Kamu patut duduk di bawah itu 398 00:30:30,375 --> 00:30:33,625 sampai kamu boleh jaga adab. 399 00:30:38,791 --> 00:30:40,708 Abah buat mak hisap dadah balik? 400 00:30:43,875 --> 00:30:45,166 Jahanam betul. 401 00:30:51,833 --> 00:30:53,541 Eli! 402 00:30:54,541 --> 00:30:56,375 Eli! 403 00:30:57,250 --> 00:30:59,625 Biar saja dia mengamuk dan memaki hamun. 404 00:31:00,208 --> 00:31:01,750 Abah tahu semua ini sukar, 405 00:31:02,625 --> 00:31:04,416 tapi kita hanya perlu tunggu. 406 00:31:04,500 --> 00:31:07,125 Dia nak bunuh mak, Eli. 407 00:31:07,833 --> 00:31:10,916 Telefon polis! Dia nak bunuh mak. 408 00:31:11,000 --> 00:31:13,958 Cakap yang dia nak bunuh mak. 409 00:31:25,958 --> 00:31:27,458 Eli. 410 00:31:29,166 --> 00:31:30,791 Eli! 411 00:31:31,375 --> 00:31:32,875 Kamu tak boleh bantu dia. 412 00:34:22,708 --> 00:34:23,541 Hei. 413 00:34:29,416 --> 00:34:30,291 Jom… 414 00:34:32,208 --> 00:34:33,875 Jom peluk. 415 00:34:49,416 --> 00:34:50,958 Abang rasa dia dah keluar? 416 00:35:00,416 --> 00:35:01,750 Maafkan saya, Frankie. 417 00:35:03,833 --> 00:35:05,458 Saya bukan ayah yang baik. 418 00:35:07,083 --> 00:35:07,916 Tak. 419 00:35:09,333 --> 00:35:10,625 Awak hebat, Lyle. 420 00:35:17,333 --> 00:35:21,083 Kami tentu merempat dan hidup susah kalau awak tak beri rumah. 421 00:35:22,916 --> 00:35:25,666 - Rumah ini tak cukup bagus, bukan? - Cukup. 422 00:35:28,250 --> 00:35:29,750 Mereka kagum akan awak. 423 00:35:31,708 --> 00:35:33,291 Saya pun suka awak. 424 00:35:39,875 --> 00:35:42,333 Cepat angkat adik. Cepat, abang… 425 00:35:43,625 --> 00:35:45,250 Jangan! Adik nak terjatuh! 426 00:35:45,333 --> 00:35:46,166 Abang! 427 00:35:49,208 --> 00:35:50,583 Cepat, abang! Tolak! 428 00:35:54,583 --> 00:35:57,083 Mana pula butang baju tak guna ini? 429 00:36:14,375 --> 00:36:16,041 Kamu dah serik? 430 00:36:16,666 --> 00:36:18,208 Abah masih marah kami? 431 00:36:18,291 --> 00:36:20,416 Dah tenang. Dia tonton bola sepak. 432 00:36:20,500 --> 00:36:22,083 Dia takkan sebat kami? 433 00:36:23,666 --> 00:36:25,458 Tak kalau kamu minta maaf. 434 00:36:37,791 --> 00:36:40,458 "Perbuatan memutuskan." Sepuluh huruf. 435 00:36:40,541 --> 00:36:44,500 Ruang kosong, ruang kosong, "M", ruang kosong, "T". 436 00:36:48,250 --> 00:36:49,541 Pemotongan. 437 00:36:49,625 --> 00:36:50,500 Mak. 438 00:36:51,250 --> 00:36:53,875 Janji yang mak dan abah tak hisap dadah balik. 439 00:36:55,958 --> 00:36:56,958 Mak janji. 440 00:37:03,458 --> 00:37:06,458 "Kasih keluarga." Lima dan tiga. 441 00:37:07,000 --> 00:37:07,833 Helo? 442 00:37:11,958 --> 00:37:12,791 Selamat malam. 443 00:37:17,750 --> 00:37:19,833 Kenapa mak lari daripada ayah kami? 444 00:37:20,541 --> 00:37:22,416 Eli, dah lewat malam. 445 00:37:22,500 --> 00:37:24,458 Mak tak nak cakap tentang Robert. 446 00:37:25,625 --> 00:37:27,541 Dia buat jahat, bukan? 447 00:37:29,458 --> 00:37:31,458 Kadangkala, kita semua buat jahat. 448 00:37:33,833 --> 00:37:35,541 Ketagih arak satu penyakit. 449 00:37:35,625 --> 00:37:37,208 Dia tak sihat. 450 00:37:39,541 --> 00:37:40,666 Dia baikkah? 451 00:37:42,041 --> 00:37:43,291 Dia pandai menari. 452 00:37:45,291 --> 00:37:48,166 - Dia lebih macam saya atau Gus? - Entahlah, Eli. 453 00:37:49,916 --> 00:37:52,208 Dia macam gabungan kamu berdua. 454 00:37:54,166 --> 00:37:55,833 Adakah dia menakutkan? 455 00:37:57,625 --> 00:37:59,083 Macam Gus. 456 00:37:59,166 --> 00:38:00,583 Gus tak menakutkan. 457 00:38:00,666 --> 00:38:01,583 Dia menakutkan. 458 00:38:01,666 --> 00:38:04,375 Yakah? Kenapa pula? 459 00:38:04,458 --> 00:38:08,250 Entahlah. Semua yang dia tulis di udara dengan jari ajaibnya. 460 00:38:09,041 --> 00:38:14,125 Dia macam boleh mengembara masa dan bawa balik mesej dari masa depan. 461 00:38:15,541 --> 00:38:16,583 Mungkin juga. 462 00:38:17,625 --> 00:38:19,750 Pernahkah kamu fikir tentangnya? 463 00:38:21,458 --> 00:38:24,708 Dia sayang kamu lebih daripada yang dia boleh gambarkan. 464 00:38:25,333 --> 00:38:29,583 Selepas kamu lahir, dia bersungguh-sungguh jaga katil kamu. 465 00:38:30,416 --> 00:38:32,250 Dialah kawan kamu yang terbaik. 466 00:38:35,208 --> 00:38:36,625 Mak pula mak terbaik. 467 00:38:40,541 --> 00:38:41,375 Taklah. 468 00:38:43,125 --> 00:38:46,500 Mak ada banyak kekurangan. Terima kasih sebab kata begitu. 469 00:38:46,583 --> 00:38:49,375 Tak, mak terlalu baik untuk tempat teruk ini. 470 00:38:49,458 --> 00:38:51,750 Mak terlalu baik untuk ayah, kini abah pula. 471 00:38:51,833 --> 00:38:52,666 Jangan begitu. 472 00:38:52,750 --> 00:38:55,416 Mak boleh jadi cikgu atau kaunselor sekolah, 473 00:38:55,500 --> 00:38:57,500 bukan tinggal dengan pengedar heroin. 474 00:38:57,583 --> 00:38:58,583 Cukup. 475 00:38:58,666 --> 00:38:59,625 Pergi tidur. 476 00:39:57,666 --> 00:39:58,875 Adik nak ekori dia. 477 00:39:59,750 --> 00:40:01,833 Siasat tempat dia pergi. Nak ikut? 478 00:40:03,041 --> 00:40:04,958 JANGAN MASUK CAMPUR 479 00:41:33,708 --> 00:41:34,666 Jangan bergerak. 480 00:41:38,125 --> 00:41:42,833 Tink, kalau nak jadi ninja, jangan pakai baju tidur biru dengan buntut terdedah. 481 00:41:42,916 --> 00:41:46,125 Aku boleh nampak buntut putih kau bersinar-sinar. 482 00:41:47,166 --> 00:41:48,000 Hai, Darren. 483 00:41:48,083 --> 00:41:51,291 Kalau aku pancung kau, otak kau akan hidup tiga minit. 484 00:41:51,375 --> 00:41:54,000 Kau boleh terus bercakap sampai kau mati. 485 00:41:55,083 --> 00:41:56,416 Aku tak rasa begitu. 486 00:41:57,083 --> 00:41:58,791 Satu cara saja untuk tahu. 487 00:42:02,958 --> 00:42:04,333 Kau terberak, ya? 488 00:42:04,416 --> 00:42:05,541 Sikit lagi. 489 00:42:08,541 --> 00:42:09,583 Kenapa Lyle datang? 490 00:42:11,208 --> 00:42:13,708 Rasanya dia ambil heroin daripada mak kau. 491 00:42:16,083 --> 00:42:19,416 Baguslah. Siapa lagi tahu ini kerja dia? 492 00:42:21,750 --> 00:42:23,208 Lelaki yang telefon itu. 493 00:42:23,875 --> 00:42:25,291 Lelaki mana pula? 494 00:42:25,375 --> 00:42:28,000 Ada lelaki telefon. Aku tak sengaja cakap dengannya. 495 00:42:29,166 --> 00:42:31,250 Dia macam tahu hal yang berlaku. 496 00:42:31,333 --> 00:42:32,708 Mungkin Ivan Kroll. 497 00:42:33,333 --> 00:42:36,458 - Siapa Ivan Kroll? - Bangsat yang tunggang motosikal. 498 00:42:36,958 --> 00:42:39,666 Ada tengok berita tentang lelaki hilang tangan? 499 00:42:39,750 --> 00:42:41,166 Itu mungkin kerja Ivan. 500 00:42:43,166 --> 00:42:44,375 Kau nak makan? 501 00:42:45,625 --> 00:42:47,416 - Tak apalah. - Jomlah masuk. 502 00:42:50,000 --> 00:42:51,291 Biadab kalau tolak. 503 00:42:58,500 --> 00:43:00,041 Tanggalkan kasut, bangang. 504 00:43:06,791 --> 00:43:07,916 Jom tengok sesuatu. 505 00:43:18,416 --> 00:43:20,208 Tengoklah. 506 00:43:28,750 --> 00:43:31,166 …banyak duit. Ini yang terbaik. 507 00:43:31,250 --> 00:43:33,208 Bila Lyle mula jual heroin balik? 508 00:43:33,291 --> 00:43:36,708 Kau ingat dia pernah berhenti? Dia baru naik pangkat. 509 00:43:37,833 --> 00:43:38,833 Perit, bukan? 510 00:43:39,416 --> 00:43:42,333 Kau sangka kau bersama orang baik, tapi sebenarnya jahat. 511 00:43:42,416 --> 00:43:43,291 Darren! 512 00:43:47,916 --> 00:43:49,500 Jom. Dia nak jumpa kau. 513 00:43:51,583 --> 00:43:53,458 Budak ini menghendap di laman. 514 00:43:54,166 --> 00:43:58,166 - Dialah yang tak repot saya. - Eli, apa kamu buat di sini? 515 00:44:00,000 --> 00:44:01,083 Darren ajak saya. 516 00:44:01,166 --> 00:44:03,083 Dah pukul satu pagi. Balik! 517 00:44:03,666 --> 00:44:06,458 - Balik dulu. - Kamu memang mudah mengalah? 518 00:44:10,083 --> 00:44:11,416 Kenapa kamu datang? 519 00:44:12,791 --> 00:44:14,291 Sebab dia bodoh. 520 00:44:15,333 --> 00:44:16,666 Saya ekori abah saya. 521 00:44:18,916 --> 00:44:19,791 Kenapa? 522 00:44:23,625 --> 00:44:25,333 Kamu ada soalan untuk dia. 523 00:44:25,416 --> 00:44:28,125 - Okey, cukuplah. - Aku yang tentukan. 524 00:44:30,625 --> 00:44:31,625 Okey. 525 00:44:34,458 --> 00:44:35,500 Mari sini. 526 00:44:38,958 --> 00:44:40,000 Dekat lagi. 527 00:44:42,416 --> 00:44:44,083 Apa kata kamu tanya Lyle 528 00:44:44,708 --> 00:44:46,708 soalan kamu yang paling penting? 529 00:44:48,500 --> 00:44:51,750 Saya akan pastikan dia jawab dengan jujur. 530 00:44:59,458 --> 00:45:01,125 Kenapa abah jual dadah lagi? 531 00:45:03,708 --> 00:45:06,125 - Untuk duit. - Habis, kenapa miskin lagi? 532 00:45:06,208 --> 00:45:07,833 Satu soalan saja. 533 00:45:09,583 --> 00:45:11,000 Giliran saya pula. 534 00:45:13,458 --> 00:45:16,125 Kenapa kamu tak repot tentang anak saya? 535 00:45:19,375 --> 00:45:23,166 Kod banduan. Jangan masuk campur, tutup mulut. 536 00:45:28,041 --> 00:45:29,583 Kau didik dia dengan baik. 537 00:45:33,833 --> 00:45:35,416 Kamu berdua boleh pergi. 538 00:45:35,500 --> 00:45:36,666 Okey. 539 00:45:36,750 --> 00:45:38,458 Bawa dia lagi lain kali. 540 00:45:38,541 --> 00:45:41,458 Kita boleh bincang tentang peluang kerja. 541 00:45:41,958 --> 00:45:43,083 Okey, terima kasih. 542 00:45:43,916 --> 00:45:44,750 Eli? 543 00:45:45,666 --> 00:45:48,000 Dia kata tadi dia buat untuk duit. 544 00:45:48,083 --> 00:45:50,500 Duit itu untuk keluarga kamu. 545 00:45:51,708 --> 00:45:54,291 Dia buat semua ini kerana dia sayang kamu. 546 00:46:03,916 --> 00:46:05,041 Pergi tidur. 547 00:46:12,000 --> 00:46:12,833 Abah. 548 00:46:14,791 --> 00:46:15,875 Abah, tunggulah. 549 00:46:17,750 --> 00:46:19,000 Tolonglah! 550 00:46:19,083 --> 00:46:21,291 Jangan ekori abah lagi, faham? 551 00:46:22,000 --> 00:46:24,333 Abah! 552 00:46:24,416 --> 00:46:25,750 Itu sangat memalukan. 553 00:46:25,833 --> 00:46:28,750 Abah malu? Abah pengedar dadah! 554 00:46:28,833 --> 00:46:31,166 Apa masalah abah dan mak? 555 00:46:31,250 --> 00:46:34,625 "Buat kerja rumah! Makan brokoli! Kemas dapur!" 556 00:46:34,708 --> 00:46:36,916 Mak penagih dadah! 557 00:46:37,000 --> 00:46:39,375 Abah si bodoh yang buat dia ketagih! 558 00:46:41,958 --> 00:46:43,333 Sudahlah. Jom balik. 559 00:46:44,500 --> 00:46:47,000 Aduhai. Bangun, Eli. Apa kamu buat? Bangun. 560 00:46:48,083 --> 00:46:49,375 - Bangun! - Tak boleh. 561 00:46:49,458 --> 00:46:51,666 Abah cuma akan tolak saya balik. 562 00:46:54,125 --> 00:46:56,916 Janganlah menangis, budak. Kenapa kamu menangis? 563 00:46:57,000 --> 00:46:58,500 Saya pun tak tahu. 564 00:46:59,333 --> 00:47:01,500 Air mata saya memang banyak. 565 00:47:02,500 --> 00:47:03,750 Saya tak boleh tahan. 566 00:47:09,000 --> 00:47:09,833 Nah. 567 00:47:10,500 --> 00:47:11,833 Lap muka kamu. 568 00:47:12,958 --> 00:47:13,791 Ambillah. 569 00:47:34,041 --> 00:47:37,500 Abah tahu menjual dadah ialah cara cari duit yang tak elok, 570 00:47:37,583 --> 00:47:40,250 tapi tiada orang jadi kaya dengan kerja halal. 571 00:47:41,500 --> 00:47:44,166 - Darren pun cakap macam itu. - Yakah? 572 00:47:44,666 --> 00:47:45,666 Sungguh. 573 00:47:47,375 --> 00:47:50,041 Tak lama lagi, kita akan pergi jauh dari sini. 574 00:47:50,625 --> 00:47:53,208 Keadaan akan makin baik. Abah janji. 575 00:47:53,291 --> 00:47:56,916 Begitu baik sampai kamu lupa kepahitan lama. 576 00:48:03,833 --> 00:48:06,333 Pernah terfikir kenapa kamu mudah menangis? 577 00:48:07,833 --> 00:48:09,125 Sebab saya lemah. 578 00:48:09,208 --> 00:48:10,958 Tak, sebab kamu budak baik. 579 00:48:11,041 --> 00:48:13,833 Jangan sekali-kali rasa malu untuk menangis. 580 00:48:15,041 --> 00:48:16,958 Kamu menangis sebab kamu peduli. 581 00:48:17,750 --> 00:48:19,708 Tak menangis maknanya tak peduli. 582 00:48:19,791 --> 00:48:23,375 Ada ramai orang bodoh begitu di luar sana. 583 00:48:30,458 --> 00:48:31,291 Kamu okey? 584 00:48:33,583 --> 00:48:34,708 Dah habis menangis? 585 00:48:35,333 --> 00:48:36,166 Dah. 586 00:48:41,875 --> 00:48:43,208 Okey, jom balik. 587 00:48:57,208 --> 00:48:58,958 Terus masuk tidur, okey? 588 00:49:28,291 --> 00:49:29,125 Hei. 589 00:49:30,458 --> 00:49:34,041 Mak tak hisap dadah, tapi betullah abah mula jual semula. 590 00:49:34,125 --> 00:49:36,000 Bich Dang nak beri adik kerja. 591 00:49:36,083 --> 00:49:37,458 Kita boleh tolong abah. 592 00:49:38,083 --> 00:49:39,708 Bekerja sama-sama, 593 00:49:40,291 --> 00:49:42,708 buat banyak duit sampai cukup 594 00:49:42,791 --> 00:49:44,750 untuk bawa mak pergi dari sini. 595 00:49:47,916 --> 00:49:49,041 Macam mana? 596 00:50:08,166 --> 00:50:12,250 BUDAK MENELAN DUNIA 597 00:50:13,416 --> 00:50:14,875 Mesti adik letih esok. 598 00:50:57,375 --> 00:51:00,875 Ini satu ujian. Ujian tak berguna kalau mudah dilepasi. 599 00:51:00,958 --> 00:51:02,375 Ini ujian untuk kau. 600 00:51:05,208 --> 00:51:06,250 Bobby! 601 00:51:07,166 --> 00:51:10,291 Lihat betapa bahagia mak kau. Kenapa nak pertaruhkannya? 602 00:51:10,375 --> 00:51:11,750 Robert ayah kau. 603 00:51:11,833 --> 00:51:13,208 Ayah tak apa-apa? 604 00:51:14,208 --> 00:51:18,125 Keadaan akan makin baik, Frankie. Sampai awak lupa kepahitan lama. 605 00:51:18,208 --> 00:51:21,083 Ivan Kroll macam momok yang memastikan peraturan dipatuhi. 606 00:51:23,083 --> 00:51:24,666 Ada berita tentang Lyle? 607 00:51:24,750 --> 00:51:27,375 Tak, tapi aku akan cari dia sebelum perkara buruk berlaku. 608 00:51:29,958 --> 00:51:32,291 Selepas perkara buruk, baru perkara baik datang. 609 00:51:32,375 --> 00:51:36,791 Saya berjanji kepada anda semua yang misi suci kita baru saja bermula. 610 00:51:36,875 --> 00:51:37,916 Mana mak aku? 611 00:51:38,000 --> 00:51:39,833 Mak kau ada di penjara. 612 00:51:39,916 --> 00:51:41,333 Saya nak jumpa anak-anak! 613 00:51:41,416 --> 00:51:43,666 - Betulkah ini kamu? - Ini bukan mimpi. 614 00:51:43,750 --> 00:51:46,791 Tinggal kita berdua, abang. Tiada orang akan tolong. 615 00:51:48,791 --> 00:51:51,208 Caitlyn Spies? Saya Eli Bell. 616 00:51:51,291 --> 00:51:54,041 Saya dan awak, kitalah cahaya. 617 00:51:54,125 --> 00:51:57,833 Anak-anak dah kita dah dewasa. Kita patut bangga. 618 00:51:57,916 --> 00:52:00,000 Kesakitan dan kenikmatan lumrah manusia. 619 00:52:00,083 --> 00:52:02,250 Bukan kehidupan kalau tak menyakitkan. 620 00:52:07,125 --> 00:52:09,000 Mak hanya perlu percaya. 621 00:52:19,416 --> 00:52:21,333 BERDASARKAN BUKU OLEH TRENT DALTON 622 00:54:23,416 --> 00:54:27,833 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi