1 00:00:23,875 --> 00:00:26,041 - Nah, adik. - Terima kasih. 2 00:00:27,750 --> 00:00:29,750 Kamu nak sain dalam buku kenangan? 3 00:00:30,708 --> 00:00:31,541 Boleh juga. 4 00:01:02,916 --> 00:01:06,458 Slim tetap bertegas sepanjang tempoh lama dia dipenjarakan 5 00:01:07,125 --> 00:01:10,708 bahawa dia tak bersalah atas jenayah yang disabitkan. 6 00:01:10,791 --> 00:01:14,208 Tapi dia juga percaya bahawa dia patut dihukum 7 00:01:14,291 --> 00:01:18,250 atas segala kesalahan lamanya yang tak dibalas. 8 00:01:19,041 --> 00:01:22,083 "Jalanilah hukuman sebelum menyesal kemudian." 9 00:01:22,750 --> 00:01:25,000 Itulah epitaf yang dia pilih. 10 00:01:26,083 --> 00:01:30,083 Saya rasa dia cuba maksudkan bahawa sepanjang kehidupan ini, 11 00:01:30,166 --> 00:01:34,500 kita semua pasti pernah melakukan suatu perkara yang mengaibkan. 12 00:01:35,333 --> 00:01:37,750 Tapi selagi bernyawa, kita masih ada masa 13 00:01:37,833 --> 00:01:41,333 untuk menebus semua kesilapan itu. 14 00:01:41,416 --> 00:01:44,958 Ayuh kita dengarkan salah satu lagu kegemaran Slim. 15 00:01:48,833 --> 00:01:51,375 Andai aku memerlukanmu 16 00:01:51,458 --> 00:01:54,208 Sudikah kau datang kepadaku? 17 00:01:55,166 --> 00:01:57,500 Sudikah kau datang kepadaku 18 00:01:58,166 --> 00:02:00,541 Lalu melegakan keperitanku? 19 00:02:02,250 --> 00:02:04,750 Takkan kau menyaksi terbitnya matahari 20 00:02:05,333 --> 00:02:08,250 Andai matamu dipejam rapi 21 00:02:08,916 --> 00:02:13,541 Lalu akan jiwaku luluh berkecai 22 00:02:26,500 --> 00:02:29,416 EPISOD LIMA: BUDAK MELARIKAN DIRI 23 00:02:29,500 --> 00:02:31,416 "LUKISAN ALAM BENDA" DENGAN BUNGA 24 00:02:42,791 --> 00:02:43,666 Maaf? 25 00:02:46,125 --> 00:02:49,375 - Kau George Masoumi. - Ya, aku tahu. Kau siapa? 26 00:02:50,375 --> 00:02:53,375 Aku Eli Bell. Slim kata kau boleh tolong aku. 27 00:02:54,791 --> 00:02:57,000 Slim dah mati. Tolong apa? 28 00:02:57,083 --> 00:02:59,916 Hantar bungkusan kepada mak aku di Penjara Jalan Boggo. 29 00:03:00,000 --> 00:03:02,125 Maaf, aku tak tahu apa-apa. 30 00:03:02,208 --> 00:03:04,750 Cuma barang keperluan dia untuk Krismas. 31 00:03:04,833 --> 00:03:07,458 Aku penjual buah. Kerja aku hantar buah. 32 00:03:07,541 --> 00:03:08,666 Aku boleh bayar mahal. 33 00:03:08,750 --> 00:03:12,250 Kalau kau nak beli barang, datanglah ke kedai aku. 34 00:03:17,000 --> 00:03:18,000 Eli. 35 00:03:18,833 --> 00:03:20,000 Helo. 36 00:03:20,708 --> 00:03:22,166 Saya cuba hubungi awak. 37 00:03:23,833 --> 00:03:25,291 Dah agak awak di sini. 38 00:03:25,375 --> 00:03:28,125 Betul cakap awak tentang tatu itu. 39 00:03:29,458 --> 00:03:31,666 Ayah tiri awak hilang dan mak awak di penjara. 40 00:03:33,166 --> 00:03:35,083 Awak kata awak ada cerita 41 00:03:36,166 --> 00:03:38,000 tentang sekumpulan orang jahat. 42 00:03:38,083 --> 00:03:41,166 Saya dah ubah fikiran. Begitulah. 43 00:03:42,250 --> 00:03:45,916 Semua orang cakap saya patut mendiamkan diri. 44 00:03:46,000 --> 00:03:50,041 Jadi, itulah yang saya akan buat. Buat masa sekarang. 45 00:03:50,125 --> 00:03:54,500 Kalau semua orang terus mendiamkan diri, orang jahat akan terus bebas. 46 00:03:56,416 --> 00:03:58,375 Mereka tetap akan terus bebas. 47 00:03:58,458 --> 00:03:59,791 Lain kali sajalah, ya? 48 00:04:00,708 --> 00:04:01,541 Okey. 49 00:04:03,000 --> 00:04:04,416 Awak boleh hubungi saya. 50 00:04:04,916 --> 00:04:05,833 Bila-bila saja. 51 00:04:10,333 --> 00:04:11,708 Mereka beri gambar dia. 52 00:04:27,500 --> 00:04:28,333 Hei! 53 00:04:28,416 --> 00:04:30,333 Tinker Bell, apa semua ini? 54 00:04:30,416 --> 00:04:32,375 Pulangkan. Ia benda penting. 55 00:04:32,458 --> 00:04:34,416 - Bagi sini. - Jangan ambil! 56 00:04:34,500 --> 00:04:35,916 Kau nak ambil? 57 00:04:36,833 --> 00:04:37,916 - Bertenang. - Hei! 58 00:04:39,291 --> 00:04:40,708 Pulangkan. Tolonglah. 59 00:04:43,333 --> 00:04:44,166 Kau terkena. 60 00:04:45,750 --> 00:04:46,791 - Jangan! - Kejam. 61 00:04:47,541 --> 00:04:48,875 - Berseronoklah. - Pergi dulu. 62 00:04:50,916 --> 00:04:51,916 Tidak. 63 00:05:03,333 --> 00:05:05,750 Kami nak kutip derma untuk distrofi otot. 64 00:05:05,833 --> 00:05:07,000 Itu penyakit kamu? 65 00:05:07,083 --> 00:05:10,166 Ya, jika dapat 70,000, sekolah boleh pasang tanjakan, 66 00:05:10,250 --> 00:05:11,458 jadi saya boleh ke kelas. 67 00:05:11,541 --> 00:05:14,875 Tujuh puluh ribu? Banyak betul tanjakan nak dipasang. 68 00:05:14,958 --> 00:05:17,083 Ada ramai budak tak boleh berjalan. 69 00:05:19,541 --> 00:05:23,041 - Dah ada berapa? - Dalam 2,000. Hasil daripada pesta. 70 00:05:23,125 --> 00:05:24,625 Macam tak ada langsung. 71 00:05:24,708 --> 00:05:27,416 Kalau encik beri sepuluh dolar, dah ada 2,010. 72 00:05:30,041 --> 00:05:31,166 Baguslah. 73 00:05:32,333 --> 00:05:33,958 Lagipun, Krismas dah dekat. 74 00:05:34,041 --> 00:05:37,500 Jangan pergi ke rumah 14. Perempuan itu kedekut. 75 00:05:48,666 --> 00:05:50,375 Kenapa awak tolong saya, Gus? 76 00:05:51,041 --> 00:05:52,416 Sebab saya suka awak. 77 00:05:52,500 --> 00:05:55,416 Banyak perkara menyeronokkan yang awak boleh buat. 78 00:05:55,500 --> 00:05:57,875 Rosakkan hentian bas macam budak lain? 79 00:05:59,666 --> 00:06:01,791 Awak rela tukar lampin orang dewasa? 80 00:06:01,875 --> 00:06:03,416 Itu yang akan berlaku. 81 00:06:04,166 --> 00:06:05,833 Tak sabar nak buat. 82 00:06:06,833 --> 00:06:09,208 Selepas itu, awak kena tengok saya mati. 83 00:06:10,333 --> 00:06:13,458 Semua orang akan mati, Shells. Awak selalu mendahului. 84 00:06:19,375 --> 00:06:21,750 - Awak cuma nak tiduri saya. - Taklah. 85 00:06:21,833 --> 00:06:23,166 Saya nak tukar lampin. 86 00:06:44,125 --> 00:06:47,208 PENJUAL BUAH 87 00:06:56,375 --> 00:06:57,208 George? 88 00:07:03,125 --> 00:07:04,541 Duit yang kau pinjamkan. 89 00:07:08,125 --> 00:07:09,000 Untuk mak aku. 90 00:07:15,125 --> 00:07:16,208 Nah. 91 00:07:18,291 --> 00:07:19,125 Berambus. 92 00:07:38,125 --> 00:07:39,208 Berapa kamu dapat? 93 00:07:40,041 --> 00:07:41,125 Beberapa ratus. 94 00:07:45,625 --> 00:07:47,333 Kamu buat perkara mulia, nak. 95 00:07:48,708 --> 00:07:50,541 Bolehkah kalau ayah… 96 00:07:52,166 --> 00:07:53,166 Gurau saja. 97 00:07:53,666 --> 00:07:56,875 - Jangan lupa buat kerja sekolah. - Baik. 98 00:08:01,791 --> 00:08:04,166 Apa yang sampai? Tak ada surat mak kamu? 99 00:08:04,250 --> 00:08:05,208 Tak ada. 100 00:08:16,916 --> 00:08:20,500 Sejujurnya, ayah akan bawa kamu kalau ayah mampu, tapi… 101 00:08:21,791 --> 00:08:23,458 Ada banyak sangat luka lama. 102 00:08:24,666 --> 00:08:27,666 Dia masih salahkan ayah kerana kamu tak bercakap. 103 00:08:27,750 --> 00:08:29,833 - Dia tak salahkan ayah. - Mustahil. 104 00:08:30,333 --> 00:08:32,000 Ayah pun salahkan diri ayah. 105 00:08:34,166 --> 00:08:36,125 Dia rasa ayah rosakkan otak kamu. 106 00:08:36,208 --> 00:08:37,125 Otak saya okey. 107 00:08:39,083 --> 00:08:39,916 Hei. 108 00:08:40,666 --> 00:08:41,666 Ayah tahu. 109 00:08:42,250 --> 00:08:43,750 Ayah tahu otak kamu okey. 110 00:08:46,000 --> 00:08:47,416 Otak ayah yang rosak. 111 00:08:49,125 --> 00:08:50,958 Kita semua ada masalah sendiri. 112 00:08:54,250 --> 00:08:55,083 Ya. 113 00:09:08,583 --> 00:09:10,958 Frankie, ada bungkusan untuk kau. 114 00:09:36,500 --> 00:09:37,666 LAGU UNTUK MAK 115 00:09:57,791 --> 00:10:00,500 Hei, mak. Dah lama saya cuba hubungi mak. 116 00:10:00,583 --> 00:10:03,041 Tapi rasanya surat kami tak sampai. 117 00:10:03,541 --> 00:10:05,208 Saya harap mak okey di sana. 118 00:10:05,291 --> 00:10:07,208 Saya dan Gus buat pita lagu 119 00:10:07,291 --> 00:10:09,583 untuk mak dengar pada Hari Krismas. 120 00:10:09,666 --> 00:10:12,875 Balas supaya kami tahu mak dapat surat ini dan selamat. 121 00:11:00,916 --> 00:11:01,750 Tink. 122 00:11:04,208 --> 00:11:05,333 Betullah itu kau. 123 00:11:07,000 --> 00:11:07,916 Hai, Darren. 124 00:11:11,750 --> 00:11:14,041 Jadi, apa kau buat sekarang? 125 00:11:14,625 --> 00:11:16,750 Kau tak telefon, tak hantar surat. 126 00:11:16,833 --> 00:11:20,166 Macam biasalah. Cuba halang ayah aku minum arak. 127 00:11:21,583 --> 00:11:23,375 Dibuli oleh Bobby Linyette. 128 00:11:23,958 --> 00:11:26,166 - Bobby memang sial. - Kau kawan dia. 129 00:11:26,250 --> 00:11:27,458 Ada kawan yang sial. 130 00:11:28,041 --> 00:11:29,958 Suruhlah dia berhenti kacau aku. 131 00:11:30,041 --> 00:11:32,333 Cakap sendiri. Aku ada masalah lagi besar. 132 00:11:33,666 --> 00:11:35,833 - Ada dengar tentang mak aku? - Tak. 133 00:11:36,958 --> 00:11:39,291 Dia kena strok. Dia tak boleh berjalan. 134 00:11:40,250 --> 00:11:41,500 Kasihannya dia. 135 00:11:42,208 --> 00:11:43,625 Dia masih bengang. 136 00:11:43,708 --> 00:11:47,000 Sebab itu aku ambil alih. Itu pun dia tak suka juga. 137 00:11:50,541 --> 00:11:53,125 Jadi, apa kau buat di belakang FunWorld? 138 00:11:53,875 --> 00:11:55,250 Dustin Vang pemiliknya. 139 00:11:56,208 --> 00:11:58,708 Dia nak rampas perniagaan borong mak aku. 140 00:11:58,791 --> 00:12:00,125 Barang apa? 141 00:12:00,208 --> 00:12:02,958 Pokok pasu hiasan. Kau ingat apa, bangang? 142 00:12:03,791 --> 00:12:06,333 Aku masih tak tahu cara nak takutkan dia. 143 00:12:06,416 --> 00:12:07,875 Kau dah cuba berunding? 144 00:12:08,375 --> 00:12:10,000 Dia penyangak besar. 145 00:12:11,291 --> 00:12:13,833 Aku kena guna cara ganas, baru mereka faham. 146 00:12:15,375 --> 00:12:16,625 Bobby Linyette pun. 147 00:12:18,916 --> 00:12:20,291 Kau jumpa dadah Lyle? 148 00:12:20,958 --> 00:12:21,875 Tak. 149 00:12:22,875 --> 00:12:24,208 Ada orang dah ambil. 150 00:12:27,000 --> 00:12:29,250 Kalau kau ingat aku yang ambil, bukan. 151 00:12:30,125 --> 00:12:32,083 Mak kau ada cerita tentang Lyle? 152 00:12:32,166 --> 00:12:33,541 Kenapa fikir dia tahu? 153 00:12:33,625 --> 00:12:36,916 Mak kau pengimport utama, dan Ivan Kroll pula pengawal. 154 00:12:37,000 --> 00:12:39,750 Aku dengar kawan abah kau yang repot. 155 00:12:39,833 --> 00:12:42,166 - Ivan Kroll selesaikannya. - Kawan apa? 156 00:12:42,750 --> 00:12:44,875 Lelaki yang minat mak kau itu. 157 00:12:46,000 --> 00:12:47,125 Teddy Kallas? 158 00:12:47,958 --> 00:12:49,958 Kaki repot mesti orang yang dekat. 159 00:12:55,458 --> 00:12:56,958 Adik, kita dah lambat. 160 00:12:58,375 --> 00:12:59,291 Adik! 161 00:13:12,875 --> 00:13:15,625 - Rasanya dah mula. - Sekejap. 162 00:13:26,791 --> 00:13:30,041 Cantik beg kau, Eli. Mak kau jahitkannya di penjara? 163 00:13:35,083 --> 00:13:37,125 Cantik. Tepat kena kepala dia. 164 00:13:53,583 --> 00:13:55,791 - Biar betul! - Eli bantai Bobby. 165 00:13:55,875 --> 00:13:58,583 Jangan kacau aku lagi kalau kau tak nak mampus! 166 00:13:58,666 --> 00:14:01,666 Matilah kau, Bobby! Aku akan bunuh kau. 167 00:14:01,750 --> 00:14:03,291 Adik, sudah. Lepaskan dia. 168 00:14:04,833 --> 00:14:05,875 Lepaskan aku! 169 00:14:06,500 --> 00:14:08,416 - Sakit! - Lepaskan aku! 170 00:14:08,500 --> 00:14:10,416 Aku dah muak dengan semua ini! 171 00:14:10,500 --> 00:14:12,500 Aku takkan beri muka lagi! 172 00:14:12,583 --> 00:14:15,000 - Aku takkan beri muka! - Susah nanti. 173 00:14:15,083 --> 00:14:16,208 Cukup-cukuplah! 174 00:14:18,125 --> 00:14:23,041 "Akhirnya, saya digantung sekolah selama dua hari atas sebab "khas". 175 00:14:23,750 --> 00:14:27,083 Cuti Krismas hampir bermula. Saya takkan terlepas banyak. 176 00:14:28,000 --> 00:14:30,500 Mak ada kata nak ambil kursus psikologi. 177 00:14:30,583 --> 00:14:33,208 Ada buku tentangnya dalam timbunan buku ayah. 178 00:14:33,791 --> 00:14:37,375 Saya makin risau tentang mak sebab mak tak balas surat saya. 179 00:14:37,458 --> 00:14:41,083 Beritahulah kami kalau mak okey. Kami sayang mak. 180 00:14:41,166 --> 00:14:44,041 Kami menghitung hari untuk mak pulang. 181 00:14:44,541 --> 00:14:48,375 Cuma kena tidur 1,451 kali lagi." Ya. 182 00:14:50,083 --> 00:14:50,958 Frankie? 183 00:14:52,208 --> 00:14:53,458 Kau dengar tak? 184 00:14:54,833 --> 00:14:55,708 Frankie! 185 00:14:56,708 --> 00:14:59,250 Beritahulah kalau kamu perlu rehat, Gus. 186 00:14:59,333 --> 00:15:00,583 - Okey. - Baik. 187 00:15:05,125 --> 00:15:07,500 Eli, pegang belakang ayah. Terima kasih. 188 00:15:09,000 --> 00:15:10,958 Maaf, ayah terkentut pula. 189 00:15:11,541 --> 00:15:13,625 Kebakaran bermula lewat malam tadi. 190 00:15:13,708 --> 00:15:17,375 Walaupun tiada mangsa terkorban, tak bermakna ini bukan perbuatan khianat. 191 00:15:17,458 --> 00:15:20,500 Kita perlu berhati-hati memilih tempatnya. 192 00:15:20,583 --> 00:15:26,208 Tak terlalu terdedah kepada matahari dan tak terlalu berangin. 193 00:15:26,291 --> 00:15:27,125 Kenapa begitu? 194 00:15:27,625 --> 00:15:32,083 Sebab Henry sangat sensitif. Ia pohon menangis. 195 00:15:32,166 --> 00:15:34,166 Kalau marah, ia akan menangis. 196 00:15:34,250 --> 00:15:37,666 Air matanya sangat cepat mengalir. 197 00:15:37,750 --> 00:15:40,666 - Samalah macam Eli. - Saya tak macam itu. 198 00:15:40,750 --> 00:15:43,625 Tolonglah. Kamu asyik menangis ketika kecil. 199 00:15:43,708 --> 00:15:45,125 Tak sangka ayah ingat. 200 00:15:46,291 --> 00:15:49,875 Okey. Mari kita hias Henry. 201 00:15:50,750 --> 00:15:52,125 Ini untuk kamu. 202 00:15:53,000 --> 00:15:53,833 Baiklah. 203 00:15:55,166 --> 00:15:56,541 Macam itulah. Teruskan. 204 00:15:58,041 --> 00:16:01,958 Cantik. Ayah nak letak ini pula di atas. 205 00:16:03,125 --> 00:16:07,000 Barulah mengikut tradisi. Siap. Cantik. Apa pendapat kamu? 206 00:16:07,083 --> 00:16:09,791 Boleh letak hadiah di bawah macam dalam filem. 207 00:16:09,875 --> 00:16:12,666 - Ayah ada hadiah untuk kami? - Tak ada. 208 00:16:12,750 --> 00:16:15,208 Tapi ayah ada idea. 209 00:16:16,000 --> 00:16:19,250 Vinnie's akan hantar kotak Krismas tengah hari nanti. 210 00:16:19,333 --> 00:16:20,750 Ada banyak barang baik. 211 00:16:20,833 --> 00:16:23,958 Satu tin ham, jus nanas dan kuih likuoris. 212 00:16:25,541 --> 00:16:30,208 Mungkin kita boleh ambil buku daripada timbunan buku ayah, 213 00:16:30,291 --> 00:16:32,708 balut dan letak di bawah pokok itu. 214 00:16:32,791 --> 00:16:34,500 Bukan buku sembarangan. 215 00:16:34,583 --> 00:16:36,916 Mungkin buku yang kamu tengah baca 216 00:16:37,000 --> 00:16:39,750 atau buku yang orang lain akan suka. 217 00:16:39,833 --> 00:16:42,916 Apa-apa pun, ada nama di dalam ini. 218 00:16:43,000 --> 00:16:43,958 Pilihlah satu. 219 00:16:46,166 --> 00:16:47,166 Kamu dapat siapa? 220 00:16:47,916 --> 00:16:50,125 Baik, jadi Gus pilih buku untuk ayah, 221 00:16:50,208 --> 00:16:53,375 ayah pilih untuk Eli, dan Eli pilih untuk Gus. 222 00:16:53,958 --> 00:16:56,958 Kita minum jus nanas sambil makan kuih likuoris. 223 00:16:57,041 --> 00:16:59,250 Ayah boleh minum bir. Kita baca buku. 224 00:16:59,333 --> 00:17:01,083 Apa beza daripada hari lain? 225 00:17:01,666 --> 00:17:02,708 Ia Hari Krismas. 226 00:17:03,750 --> 00:17:05,000 Kenapa? 227 00:17:05,083 --> 00:17:07,250 Kamu akan sambut di sini, bukan? 228 00:17:08,666 --> 00:17:12,333 Mestilah. Hari Krismas, bukan? Takkan saya tak ada pula? 229 00:17:12,416 --> 00:17:13,833 Ya, macam itulah. 230 00:17:14,583 --> 00:17:15,416 Bagus. 231 00:17:19,666 --> 00:17:22,083 Ke hadapan Alex. Krismas hampir tiba. 232 00:17:22,166 --> 00:17:24,375 Kami belum dapat khabar daripada mak. 233 00:17:24,458 --> 00:17:26,416 Aku tak boleh tunggu lagi. 234 00:17:26,500 --> 00:17:28,708 Masa untuk bertindak secara drastik. 235 00:17:32,875 --> 00:17:33,708 Hai, George. 236 00:17:35,166 --> 00:17:38,125 - Kau lagi. - Mak aku ada bagi apa-apa? 237 00:17:39,625 --> 00:17:40,500 Maaflah. 238 00:17:43,083 --> 00:17:46,125 - Aku nak tanya. - Okey. Cepat sikit. Aku sibuk. 239 00:17:46,750 --> 00:17:49,291 Apa benda terbesar yang kau pernah seludup? 240 00:17:50,625 --> 00:17:52,083 Besar macam mana? 241 00:17:53,000 --> 00:17:53,958 Besar macam aku. 242 00:17:58,291 --> 00:17:59,208 Lupakan saja. 243 00:17:59,291 --> 00:18:02,500 Lari dari penjara memang salah. Siapa cakap tak boleh pecah masuk? 244 00:18:02,583 --> 00:18:05,000 Tak ada orang cakap sebab tak ada orang sebodoh itu. 245 00:18:05,083 --> 00:18:06,708 Ya, tapi kalau ada? 246 00:18:08,041 --> 00:18:09,541 Pergi. Aku takkan tolong. 247 00:18:11,458 --> 00:18:13,291 Slim kata kau terhutang budi. 248 00:18:13,375 --> 00:18:16,291 Dia tolong adik kau sewaktu di penjara. 249 00:18:17,250 --> 00:18:18,541 Memang pun. 250 00:18:18,625 --> 00:18:20,833 Adik kau takkan bertahan tanpa dia. 251 00:18:21,708 --> 00:18:22,875 Ya, mungkin takkan. 252 00:18:22,958 --> 00:18:25,083 Sekarang, mak aku di penjara, 253 00:18:25,166 --> 00:18:29,125 dan aku risau dia tak mampu bertahan. 254 00:18:29,708 --> 00:18:31,958 Dia takkan jumpa kami untuk Krismas. 255 00:18:34,833 --> 00:18:38,375 Aku risau dia akan hisap dadah balik dan mati terlebih dos. 256 00:18:41,916 --> 00:18:43,625 Sebab itu aku kena jumpa dia. 257 00:18:44,958 --> 00:18:46,625 Dia perlu tahu kami peduli. 258 00:18:48,625 --> 00:18:51,625 Aku nak beritahu dia yang semua akan baik-baik saja. 259 00:18:57,041 --> 00:18:58,708 - Entahlah. - Beginilah… 260 00:18:59,875 --> 00:19:01,416 Aku tahu ia agak sukar… 261 00:19:03,416 --> 00:19:07,166 cuma kau bukannya buat untuk aku, tapi kau buat untuk Slim. 262 00:19:38,000 --> 00:19:40,666 KEPADA: GUS DARIPADA: ELI 263 00:19:53,125 --> 00:19:55,583 KEPADA: ELI DARIPADA: AYAH 264 00:20:03,833 --> 00:20:06,666 ELI BELL KISAH DIA 265 00:20:20,291 --> 00:20:22,083 Adik dah janji takkan buat. 266 00:20:24,291 --> 00:20:27,166 Semua ini demi mak, abang. Adik terpaksa. 267 00:20:27,250 --> 00:20:28,750 Kalau mereka kurung adik? 268 00:20:28,833 --> 00:20:30,458 Mereka kena tangkap adik dulu. 269 00:20:30,541 --> 00:20:32,208 Itu penjara, adik. 270 00:20:32,291 --> 00:20:35,375 Memang kerja mereka untuk halang orang daripada lari. 271 00:20:35,958 --> 00:20:38,625 Kecuali leher adik patah ketika panjat tembok. 272 00:20:39,250 --> 00:20:42,083 - Itu yang akan berlaku? - Abang tak tahu. 273 00:20:43,875 --> 00:20:45,500 Tapi ini kerja bodoh. 274 00:20:46,583 --> 00:20:47,541 Doakan adik. 275 00:20:59,500 --> 00:21:02,125 Okey, walau apa-apa pun berlaku, 276 00:21:02,208 --> 00:21:04,625 senyap saja dan tunggu. 277 00:21:06,041 --> 00:21:07,208 - Okey. - Okey. 278 00:21:07,291 --> 00:21:08,250 Selamat Hari Krismas. 279 00:21:52,875 --> 00:21:55,375 PENJARA WANITA 280 00:22:04,958 --> 00:22:06,875 PELAWAT 281 00:22:08,458 --> 00:22:09,541 Georgie! 282 00:22:10,500 --> 00:22:12,791 Okey, bersedia. Ada penghantaran buah. 283 00:22:14,166 --> 00:22:16,791 Nah, ambillah. 284 00:22:16,875 --> 00:22:18,416 Tiada orang sorok apa-apa? 285 00:22:23,750 --> 00:22:25,750 Tuan nak periksa di bawah bekas? 286 00:22:39,666 --> 00:22:40,666 Masuklah. 287 00:22:52,666 --> 00:22:54,875 Avokado, ya? Kau percaya tak? 288 00:22:54,958 --> 00:22:57,916 Ceri, tembikai wangi. Mereka makan lagi sedap daripada aku. 289 00:22:58,000 --> 00:23:02,000 Mereka juga lagi pandai hisap pelir daripada kau, jadi tak apalah. 290 00:23:02,083 --> 00:23:03,625 Suruh Georgie keluar. 291 00:23:04,583 --> 00:23:06,000 - Aduhai. - Baik, George. 292 00:23:09,833 --> 00:23:10,958 Kau boleh pergi. 293 00:23:16,250 --> 00:23:18,833 George, kau boleh pergi. Silakan. 294 00:23:20,291 --> 00:23:21,625 Beri dia keluar. 295 00:23:57,166 --> 00:23:58,291 Sempit, ya? 296 00:23:58,375 --> 00:24:01,625 - Kamu nak keluar? - Nak. Boleh tolong angkat saya? 297 00:24:07,541 --> 00:24:08,750 Nama mak cik Bernie. 298 00:24:09,250 --> 00:24:10,250 Saya Eli. 299 00:24:10,333 --> 00:24:12,125 George kata kamu akan datang. 300 00:24:12,208 --> 00:24:14,333 - Mak cik dah lama kenal dia? - Lama. 301 00:24:14,416 --> 00:24:15,291 Entahlah. 302 00:24:15,375 --> 00:24:18,416 Ini kali pertama dia buat perkara sebodoh ini. 303 00:24:20,583 --> 00:24:21,916 Faktor usia agaknya. 304 00:24:23,583 --> 00:24:26,833 - Di sini mak cik masak makanan mak? - Restoran Bernie. 305 00:24:28,166 --> 00:24:30,958 Menu tak banyak, tapi pelanggan sentiasa ramai. 306 00:24:31,041 --> 00:24:33,208 Boleh saya jumpa mak sekarang? 307 00:24:33,291 --> 00:24:36,625 Kamu tahu tak kamu ada di mana sekarang? 308 00:24:36,708 --> 00:24:39,916 Ini penjara wanita, bukannya hotel. 309 00:24:40,000 --> 00:24:43,458 Kau tak boleh panggil seseorang dan jumpa dia di lobi. 310 00:24:49,958 --> 00:24:53,708 Salvation Army. Semua orang di dewan makan menonton mereka. 311 00:24:54,333 --> 00:24:56,625 - Mak cik tak nak tonton? - Tak nak. 312 00:24:57,208 --> 00:24:59,958 Mak cik benci him. Mak cik dibesarkan oleh mubaligh. 313 00:25:00,541 --> 00:25:03,166 Krismas dan semua karol boleh pergi jahanam. 314 00:25:03,250 --> 00:25:06,500 Semua penyanyi karol itu pun boleh pergi jahanam. 315 00:25:07,083 --> 00:25:09,500 - Bernie! - Kami ada di sini, Deb. 316 00:25:12,583 --> 00:25:13,750 Ini anak Frankie? 317 00:25:13,833 --> 00:25:17,125 Entahlah. Ada ramai lagi di belakang sana. 318 00:25:18,041 --> 00:25:20,875 Kau sepatutnya bawa Frankie sekali, bodoh. 319 00:25:20,958 --> 00:25:23,291 Dia masuk ke sel dan sekat pintu lagi. 320 00:25:23,375 --> 00:25:25,625 Pengawal suruh biarkan saja dia. 321 00:25:26,791 --> 00:25:27,666 Helo. 322 00:25:29,166 --> 00:25:30,000 Saya Debbie. 323 00:25:32,416 --> 00:25:34,291 Mak ketagih dadah semula? 324 00:25:41,958 --> 00:25:45,083 Saya cuma boleh cakap yang dia tengah dalam kegelapan. 325 00:25:45,166 --> 00:25:47,041 Dia kurang makan. 326 00:25:47,125 --> 00:25:50,666 Dah lama dia tak keluar beriadah pada pukul tiga petang. 327 00:25:50,750 --> 00:25:52,333 Saya cuma nak bagi amaran. 328 00:25:56,958 --> 00:25:58,375 Dia pasti akan keluar. 329 00:25:59,666 --> 00:26:03,500 Waktu Krismaslah keajaiban berlaku. Bawa saya ke kurungan dia. 330 00:26:03,583 --> 00:26:06,041 Kalau dengar suara saya, mesti dia buka. 331 00:26:06,125 --> 00:26:09,958 Ya, pengawal pun akan dengar, tapi itu bukan masalah saya. 332 00:26:15,000 --> 00:26:16,791 Baiklah. Masuk cepat. 333 00:26:19,333 --> 00:26:21,250 Apa? Dengan semua sampah ini? 334 00:26:21,875 --> 00:26:23,125 Masuk sajalah. 335 00:26:26,250 --> 00:26:28,833 Senyap. Bertahan sekejap. 336 00:26:42,750 --> 00:26:44,291 Sebelum mak cik pergi, 337 00:26:44,375 --> 00:26:46,625 kalau tertangkap, siapa bawa kamu? 338 00:26:47,208 --> 00:26:49,250 Saya tak nampak. Macam wanita kulit putih. 339 00:26:49,333 --> 00:26:50,958 Macam mana kamu masuk? 340 00:26:51,041 --> 00:26:52,875 Saya berpaut di bawah trak. 341 00:26:52,958 --> 00:26:54,000 Trak apa? 342 00:26:54,083 --> 00:26:56,500 Entahlah. Trak itu bawa banduan. 343 00:26:57,416 --> 00:26:58,250 Bagus. 344 00:26:59,458 --> 00:27:03,833 Kamu sendirian sekarang. Kurungan dia yang keempat. Nombor B25. 345 00:27:34,750 --> 00:27:37,208 Mak! 346 00:27:42,708 --> 00:27:43,583 Mak? 347 00:27:47,750 --> 00:27:48,583 Mak. 348 00:27:50,833 --> 00:27:52,875 Ini saya, Eli. 349 00:27:55,916 --> 00:27:58,291 Mak, buka pintu. 350 00:27:59,875 --> 00:28:01,208 Ini bukan mimpi, mak. 351 00:28:03,083 --> 00:28:05,250 Mak, buka pintu. 352 00:28:09,500 --> 00:28:13,708 Selamat tinggal, Ruby Tuesday 353 00:28:14,208 --> 00:28:17,083 Siapalah yang mampu menggambarkan dirimu? 354 00:28:18,250 --> 00:28:22,166 Kian hari, kian dirimu berubah 355 00:28:23,666 --> 00:28:25,625 Namun tetap akan kumerinduimu 356 00:28:28,916 --> 00:28:30,041 Mak, buka pintu. 357 00:28:49,083 --> 00:28:50,666 Selamat Hari Krismas, mak. 358 00:28:51,458 --> 00:28:52,291 Jom peluk. 359 00:29:02,500 --> 00:29:05,000 - Betulkah ini kamu? - Mestilah betul, mak. 360 00:29:07,958 --> 00:29:09,541 Nipisnya tulang mak. 361 00:29:11,291 --> 00:29:14,916 Mak kena berhenti hisap dadah. Semua akan baik-baik saja, mak. 362 00:29:15,458 --> 00:29:17,458 Gus yang cakap. Dia tahu semuanya. 363 00:29:18,125 --> 00:29:19,708 Mak cuma perlu bertahan. 364 00:29:19,791 --> 00:29:21,875 Kami akan cari dadah abah, 365 00:29:21,958 --> 00:29:24,083 kemudian jual untuk dapat duit muka. 366 00:29:24,166 --> 00:29:26,291 Kami akan beli rumah elok untuk mak. 367 00:29:26,375 --> 00:29:27,791 Mak tak perlu apa-apa. 368 00:29:30,083 --> 00:29:32,708 Cukuplah mak dah ada kamu dan Gus. 369 00:29:35,583 --> 00:29:37,125 Semuanya pasti hebat, mak. 370 00:29:37,625 --> 00:29:40,958 Mak boleh sambung belajar atau bekerja di kantin sekolah. 371 00:29:41,041 --> 00:29:42,750 Apa-apa sajalah yang mak nak. 372 00:29:44,416 --> 00:29:45,583 Eli. 373 00:29:48,125 --> 00:29:50,416 Anak impian mak yang comel. 374 00:29:50,500 --> 00:29:54,125 Ini bukan mimpi, mak. Mak hanya perlu percaya. 375 00:29:54,208 --> 00:29:55,750 Percayalah kepada kami. 376 00:29:57,750 --> 00:29:59,291 Mestilah mak percaya kamu. 377 00:30:00,166 --> 00:30:02,041 Dulu, kini dan selama-lamanya. 378 00:30:03,166 --> 00:30:04,708 Pandanglah saya dan cakap. 379 00:30:06,833 --> 00:30:09,416 Apa jadahnya ini? 380 00:30:09,500 --> 00:30:12,208 Bertenang, Laura. Apa halnya? 381 00:30:12,291 --> 00:30:13,916 Adakah ini pusat jagaan? 382 00:30:14,000 --> 00:30:16,208 Puteri Frankie dilawat di kurungan. 383 00:30:16,291 --> 00:30:18,958 - Apa yang awak merepek? - Saya kena pergi. 384 00:30:19,041 --> 00:30:22,000 Kita boleh atasinya. Kita lagi kuat daripada mereka. 385 00:30:25,416 --> 00:30:27,708 Cepatlah! Dia nak lari. 386 00:30:27,791 --> 00:30:28,958 Hei. Tak guna! 387 00:30:36,166 --> 00:30:37,833 Hei, budak, mari sini! 388 00:30:44,250 --> 00:30:45,708 Mari sini! 389 00:30:48,958 --> 00:30:51,000 Tangkap dia. Dia di bawah meja! 390 00:30:53,416 --> 00:30:55,208 Bangun, tangkap dia! 391 00:31:02,583 --> 00:31:03,833 - Cepat! - Jumpa lagi. 392 00:31:11,541 --> 00:31:13,166 Mari sini! 393 00:31:16,458 --> 00:31:17,291 Salam Krismas! 394 00:31:17,375 --> 00:31:19,125 - Apa kau buat? - Tolong mak! 395 00:31:24,333 --> 00:31:25,375 Dia ikut sini. 396 00:31:29,416 --> 00:31:31,333 Mari sini. Masuk ke sini semula! 397 00:31:31,958 --> 00:31:34,750 Kecemasan, ada orang nak lari. Dapur kawasan B. 398 00:31:34,833 --> 00:31:35,833 Datang sekarang! 399 00:31:36,375 --> 00:31:38,125 - Ada kunci. - Cubalah. Cepat! 400 00:31:38,208 --> 00:31:40,750 - Bagi sini! - Jangan jadi bodoh. Mari sini. 401 00:31:40,833 --> 00:31:42,208 Ambil pemotong besi! 402 00:31:42,291 --> 00:31:43,625 - Pergi! - Cepat! 403 00:31:43,708 --> 00:31:46,083 Boleh selit masuk? Letakkannya. 404 00:31:46,166 --> 00:31:47,791 Tak boleh buka! 405 00:31:53,916 --> 00:31:56,041 - Kamu takkan lepas. - Tak mungkin. 406 00:31:56,125 --> 00:31:57,916 - Jom ikut luar. - Tangkap dia! 407 00:32:08,083 --> 00:32:12,500 - Jangan jadi bodoh. Ia tak kuat. - Turun sebelum kamu jatuh dan mati. 408 00:32:16,208 --> 00:32:19,500 Sudahlah. Kamu bodoh, ya? Ia tak cukup kuat. 409 00:32:20,000 --> 00:32:21,625 - Turun. - Cepatlah turun! 410 00:32:23,125 --> 00:32:25,625 Alamak! 411 00:32:38,000 --> 00:32:39,333 Slim! 412 00:32:40,500 --> 00:32:42,291 Abah! 413 00:32:43,791 --> 00:32:45,125 Slim! 414 00:32:46,208 --> 00:32:48,083 Abah! 415 00:32:56,708 --> 00:32:59,041 Mereka tak dengar kalau kau belum mati. 416 00:32:59,625 --> 00:33:01,291 Kenapa aku dengar suara kau? 417 00:33:02,916 --> 00:33:04,541 Mungkin aku pun belum mati. 418 00:33:14,375 --> 00:33:16,333 - Macam mana? - Belum tahu lagi. 419 00:33:17,041 --> 00:33:19,958 Kami keluarkan tiub, dan dia bernafas sendiri. 420 00:33:21,041 --> 00:33:23,833 Kita tak tahu kesannya selagi dia belum sedar. 421 00:33:26,583 --> 00:33:27,416 Christopher? 422 00:33:29,958 --> 00:33:31,375 Doktor lagi. 423 00:33:32,708 --> 00:33:34,125 Macam mana keadaan kamu? 424 00:33:34,791 --> 00:33:36,666 Mestilah sakit. 425 00:33:36,750 --> 00:33:38,583 Boleh gerakkan tangan kanan? 426 00:33:45,375 --> 00:33:49,000 Mereka keluarkan seluruh tumor itu. Macam cedok biji avokado. 427 00:33:49,583 --> 00:33:52,416 Ada kemungkinan kamu akan sembuh sepenuhnya. 428 00:33:52,500 --> 00:33:53,333 Betulkah? 429 00:33:54,291 --> 00:33:56,666 Mungkin ini petanda daripada Tuhan. 430 00:33:56,750 --> 00:33:58,291 Saya tak percaya Tuhan. 431 00:33:58,375 --> 00:34:00,791 Sayang sekali. Dia percaya kamu. 432 00:34:03,458 --> 00:34:04,708 Selamat Hari Krismas. 433 00:34:18,750 --> 00:34:21,708 - Dia anak Frankie Bell. - Kepalanya terhentak? 434 00:34:21,791 --> 00:34:24,791 Tak kisahlah. Sekarang, apa kita nak buat? 435 00:34:24,875 --> 00:34:27,541 Kalau ia tersebar, habis bonus Krismas kita. 436 00:34:27,625 --> 00:34:28,750 Warden pun sama. 437 00:34:28,833 --> 00:34:30,083 Saya takkan sebarkan. 438 00:34:33,250 --> 00:34:34,583 Jangan berani sebar. 439 00:34:36,291 --> 00:34:38,916 Kamu tahu apa nasib banduan yang menyusahkan? 440 00:34:39,000 --> 00:34:42,208 Tahu, Slim Halliday cerita semua yang pengawal buat. 441 00:34:42,291 --> 00:34:44,625 Dipukul dan disiram air. 442 00:34:45,583 --> 00:34:46,958 Kahak di dalam makanan. 443 00:34:47,041 --> 00:34:49,875 Dikurung seminggu di dalam Black Peter tanpa selimut. 444 00:34:49,958 --> 00:34:51,625 Tapi kamu tetap pecah masuk. 445 00:34:52,541 --> 00:34:54,041 Mak tak dapat surat saya. 446 00:34:55,958 --> 00:34:58,333 Bodohnya alasan. Macam mana kamu masuk? 447 00:34:59,000 --> 00:35:03,166 Saya masuk ke dalam van Salvation Army dan kata saya ahli koir. 448 00:35:07,125 --> 00:35:10,666 Jadi, apa tuan nak buat kepada saya? 449 00:35:10,750 --> 00:35:14,041 - Kami pun belum tahu. - Lepaskan saja saya. 450 00:35:14,125 --> 00:35:16,958 - Kamu boleh repot kami. - Saya ikut kod banduan. 451 00:35:17,041 --> 00:35:21,041 - Kawan tak repot kawan. - Ya, tapi kamu bukan kawan kami. 452 00:35:21,125 --> 00:35:24,750 Kami tangkap kamu pun sebab kamu jatuh ke atas kami. 453 00:35:25,708 --> 00:35:27,625 Kamu kenal Slim Halliday? 454 00:35:28,625 --> 00:35:30,541 Ya. Tuan kenal dia? 455 00:35:30,625 --> 00:35:32,833 Kenal. Saya sedih atas pemergian dia. 456 00:35:33,958 --> 00:35:36,333 Kamu cuba buat Lompatan Halliday, ya? 457 00:35:36,416 --> 00:35:37,625 Itulah rancangannya. 458 00:35:37,708 --> 00:35:40,625 - Apa rancangan kamu jika tertangkap? - Berunding. 459 00:35:40,708 --> 00:35:44,583 Tuan lepaskan saya. Saya simpan rahsia. Mak saya boleh dilawati. 460 00:35:44,666 --> 00:35:46,833 Kamu tak layak berunding. 461 00:35:46,916 --> 00:35:47,791 Cukup. 462 00:35:48,875 --> 00:35:49,875 Ini Hari Krismas. 463 00:35:51,833 --> 00:35:55,083 Biar saya bincang dengan Bernie untuk cari penyelesaian. 464 00:36:03,083 --> 00:36:07,083 ENAM MINGGU KEMUDIAN 465 00:36:09,750 --> 00:36:12,166 Saya ada baca dalam buku psikologi saya. 466 00:36:12,250 --> 00:36:15,458 Kita akan jatuh cinta kepada sesuatu yang terasa biasa. 467 00:36:15,541 --> 00:36:19,416 Jadi, kalau kita kerap bersama seseorang, kita akan menyukai dia. 468 00:36:19,500 --> 00:36:22,500 Yakah? Bagi saya pula, biasanya terbalik. 469 00:36:24,333 --> 00:36:27,791 Frankie Bell, awak ada pelawat di bilik pelawat. 470 00:36:35,166 --> 00:36:36,041 Meja sembilan. 471 00:36:41,791 --> 00:36:42,666 Hai, Teddy. 472 00:36:43,625 --> 00:36:44,500 Frankie. 473 00:36:45,500 --> 00:36:47,625 Kau nampak cantik. Gaun baharu, ya? 474 00:36:48,666 --> 00:36:49,625 Gaun lama ini? 475 00:36:49,708 --> 00:36:52,125 Kalau pakai guni pun, kau tetap cantik. 476 00:36:52,916 --> 00:36:54,458 Rasanya memang macam guni. 477 00:36:55,125 --> 00:36:57,833 Aku boleh bawakan pakaian dalam yang selesa. 478 00:37:06,750 --> 00:37:08,416 Aku bersimpati tentang Lyle. 479 00:37:11,583 --> 00:37:13,791 Kau tak boleh buat apa-apa, Teddy. 480 00:37:13,875 --> 00:37:17,125 Aku boleh cuba lawan dengan apa-apa cara. 481 00:37:19,958 --> 00:37:22,833 Aku tak nak apa-apa terjadi kepada kau. 482 00:37:25,333 --> 00:37:26,833 Semuanya dah berlalu. 483 00:37:28,291 --> 00:37:30,916 Terima kasih sebab datang melawat, Teddy. 484 00:37:31,000 --> 00:37:33,625 Aku sayang kau dari dulu, Frankie. 485 00:37:36,250 --> 00:37:39,541 Kalau aku boleh buat apa-apa untuk memudahkan kau, 486 00:37:39,625 --> 00:37:40,708 beritahu saja. 487 00:37:40,791 --> 00:37:42,208 Aku rasa aku okey. 488 00:37:42,291 --> 00:37:45,208 Jenguklah anak-anak aku kalau ada masa. 489 00:37:45,916 --> 00:37:47,791 Ya, baik. 490 00:37:47,875 --> 00:37:51,875 Sebenarnya, aku dah datang beberapa kali, tapi mereka tak ada. 491 00:37:51,958 --> 00:37:54,625 Aku akan pergi lagi kalau aku berdekatan. 492 00:37:57,666 --> 00:37:59,291 Kau orang yang baik, Teddy. 493 00:38:05,750 --> 00:38:08,166 Jangan beritahu mereka aku datang. 494 00:38:08,666 --> 00:38:10,708 Aku tak nak mereka fikir 495 00:38:12,041 --> 00:38:14,208 aku cuba mengganggu kau atau… 496 00:38:14,291 --> 00:38:16,041 - Kau tak mengganggu. - Yakah? 497 00:38:16,125 --> 00:38:19,333 Ya, aku gembira dapat jumpa orang yang aku rapat. 498 00:38:22,666 --> 00:38:24,666 Aku pun seronok dapat jumpa kau. 499 00:38:25,958 --> 00:38:28,041 - Meja sembilan, jangan bersentuhan. - Taklah. 500 00:38:30,583 --> 00:38:33,083 Kami tak bersentuhan pun. Kau ada nampak? 501 00:38:40,166 --> 00:38:42,625 Apa masalah dia? Datang bulan, ya? 502 00:38:47,291 --> 00:38:49,916 Aku akan datang lagi, okey? 503 00:38:51,416 --> 00:38:54,625 - Terima kasih, Teddy. - Sama-sama. 504 00:39:07,291 --> 00:39:09,875 Pemilik FunWorld ialah Dustin Vang. 505 00:39:09,958 --> 00:39:12,541 Dia dikatakan mengimport dadah di Sydney. 506 00:39:12,625 --> 00:39:16,583 Suspek utama ialah budak ini, anak pengimport tempatan, Bich Dang, 507 00:39:16,666 --> 00:39:19,833 yang bersara daripada perniagaan heroin kerana sakit. 508 00:39:19,916 --> 00:39:22,208 Nampaknya konflik antara dua geng ini 509 00:39:22,291 --> 00:39:24,000 dah semakin melarat. 510 00:39:24,083 --> 00:39:25,375 Kalau terjadi perang, 511 00:39:25,458 --> 00:39:29,458 tentu Dustin Vang akan didakwa atas semua jenayah lampau. 512 00:39:29,541 --> 00:39:31,291 Macam kes ini. 513 00:39:31,875 --> 00:39:34,875 Itu pun kalau ada saksi hidup lagi untuk beri keterangan. 514 00:39:36,458 --> 00:39:39,916 Tak ada pihak lain lagi yang kita tahu. 515 00:39:41,041 --> 00:39:44,458 Jeffrey, buang kata keterangan, jangan tambah kata sifat. 516 00:39:44,541 --> 00:39:47,083 Ayuh, semua! Dah pukul empat. 517 00:39:49,791 --> 00:39:50,875 Ke hadapan Alex. 518 00:39:50,958 --> 00:39:53,916 Mak berhenti hisap dadah dan keadaannya makin baik. 519 00:39:54,458 --> 00:39:56,541 Aku dan Gus nak buat kerja sambilan 520 00:39:56,625 --> 00:40:00,458 untuk beli rumah agar mak ada tempat tinggal selepas bebas. 521 00:40:04,666 --> 00:40:07,250 Kami nak geledah rumah Lyle sekali lagi. 522 00:40:07,333 --> 00:40:10,541 Mungkin ada sesuatu yang boleh dijual. Faham-fahamlah. 523 00:41:37,708 --> 00:41:39,500 Tolong abang angkat benda ini. 524 00:41:46,791 --> 00:41:48,458 Adik rasa ini apa? 525 00:41:50,041 --> 00:41:50,875 Tak pasti. 526 00:41:53,333 --> 00:41:55,125 BARANGAN SUKAN DAN KULIT QUEENSLAND 527 00:41:55,208 --> 00:41:56,333 Abang, tengok ini. 528 00:41:57,958 --> 00:42:00,416 Q, S, 529 00:42:00,500 --> 00:42:03,125 L, G. 530 00:42:05,583 --> 00:42:07,125 Apa dia beritahu? 531 00:42:15,208 --> 00:42:16,041 Sekejap. 532 00:42:29,750 --> 00:42:31,458 Biar betul. 533 00:42:58,833 --> 00:42:59,750 Itu saja. 534 00:43:05,708 --> 00:43:07,000 Ya Tuhan. 535 00:43:24,791 --> 00:43:27,750 - Berapa nilainya agaknya? - Semua? Seratus ribu. 536 00:43:27,833 --> 00:43:29,500 Apa kita nak buat? 537 00:43:30,208 --> 00:43:32,625 Jual sajalah kepada Darren Dang. 538 00:43:33,500 --> 00:43:34,750 Beli rumah untuk mak. 539 00:43:34,833 --> 00:43:37,750 Kita patut tanam. Empat tahun lagi baru mak bebas. 540 00:43:37,833 --> 00:43:40,750 Ya, tapi abang rasa Darren masih ada ketika itu? 541 00:43:40,833 --> 00:43:43,000 Kalau tengok cara dia, dia takkan hidup lama. 542 00:43:43,083 --> 00:43:44,875 Adik pun sama. 543 00:43:46,333 --> 00:43:48,083 Abang tahu sesuatu yang adik tak tahu? 544 00:43:48,958 --> 00:43:52,541 Abang tahu banyak hal yang adik tak tahu, tapi cuma cebisan. 545 00:43:53,250 --> 00:43:55,583 Contohnya? Beritahulah. 546 00:44:03,250 --> 00:44:04,916 Anak-anak. Makanan dah siap. 547 00:44:24,208 --> 00:44:26,666 - Apa kau nak? - Hai. Aku Eli Bell. 548 00:44:27,541 --> 00:44:30,625 Aku kawan Darren di sekolah dulu. 549 00:44:31,291 --> 00:44:34,083 Aku bawa barang yang dia mungkin minat nak beli. 550 00:44:36,666 --> 00:44:40,208 Inilah budak yang bawa barang itu. Katanya kawan sekolah kau. 551 00:44:40,750 --> 00:44:41,625 Helo. 552 00:44:46,291 --> 00:44:48,833 Aku tak pernah jumpa dia. 553 00:44:48,916 --> 00:44:49,875 Apa ini, Darren? 554 00:44:54,708 --> 00:44:56,250 Biar aku periksa, bos. 555 00:45:04,041 --> 00:45:05,125 Kau siapa? 556 00:45:05,208 --> 00:45:07,041 Ini akulah, Tinker Bell. 557 00:45:10,250 --> 00:45:12,291 Aku rasa dia pengintip BTK. 558 00:45:13,625 --> 00:45:16,958 - Dia tentunya bukan budak 5T. - 5T pun aku tak tahu. 559 00:45:18,500 --> 00:45:19,625 Akulah 5T. 560 00:45:21,875 --> 00:45:22,958 Ini 5T. 561 00:45:28,083 --> 00:45:31,416 Tinh, Tien, Tu, Toi, Thu. 562 00:45:35,250 --> 00:45:38,166 Kau nak sertai kami? Kami ada tukang tatu sendiri. 563 00:45:41,583 --> 00:45:42,750 Boleh fikir dulu? 564 00:45:44,916 --> 00:45:46,250 Siapa budak bodoh ini? 565 00:45:46,333 --> 00:45:47,791 Langsung tak hormat. 566 00:45:59,083 --> 00:46:01,958 Kau sama saja dari dulu, Tink. Kau terberak, ya? 567 00:46:03,208 --> 00:46:04,083 Ya. 568 00:46:12,541 --> 00:46:15,250 Berapa harga kau nak jual? 569 00:46:15,333 --> 00:46:16,833 Ia produk berkualiti. 570 00:46:17,541 --> 00:46:20,041 Mesti sekarang nilainya dah meningkat. 571 00:46:21,333 --> 00:46:22,541 Apa jadahnya… 572 00:46:25,041 --> 00:46:26,958 Geng Dustin Vang ada di laman. 573 00:46:27,041 --> 00:46:28,208 Kenapa biarkan? 574 00:46:28,291 --> 00:46:31,708 Dia rempuh pagar dengan trak. Dia kata nak bakar rumah kau. 575 00:46:31,791 --> 00:46:33,625 - Mereka ada senjata. - Jom. 576 00:46:33,708 --> 00:46:37,083 Aku dah cakap, kita tak patut bakar FunWorld. 577 00:46:38,125 --> 00:46:39,666 Simpan di dalam peti besi. 578 00:46:44,625 --> 00:46:46,583 - Apa ini? - 50 ribu. Ambillah. 579 00:46:46,666 --> 00:46:49,500 - Kita belum selesai berunding. - Dah selesai. 580 00:46:49,583 --> 00:46:52,208 Geng bangsat Sydney nak rampas pasaran kami. 581 00:46:55,291 --> 00:46:56,708 Kau tengok apa lagi? 582 00:46:58,291 --> 00:46:59,416 Kau nak parang? 583 00:46:59,500 --> 00:47:01,375 Apa? Tak nak. 584 00:47:03,125 --> 00:47:04,041 Suka hatilah. 585 00:47:04,625 --> 00:47:08,708 Bunuh! 586 00:47:24,791 --> 00:47:25,916 Rosak pagar aku. 587 00:47:26,000 --> 00:47:27,458 Itu baru sikit. 588 00:47:27,541 --> 00:47:29,625 Lepas kami bakar rumah kau, 589 00:47:29,708 --> 00:47:32,416 aku kerat konek kau dan sumbat ke dalam buntut. 590 00:47:32,500 --> 00:47:33,916 Aku nak masuk balik. 591 00:47:34,958 --> 00:47:36,416 Lapuk betul cara kau. 592 00:47:36,500 --> 00:47:40,083 Kalau kau tak berambus, aku akan ukir muka kau pada buah pelir kau 593 00:47:40,166 --> 00:47:42,458 dan hantar kepada mak kau untuk main boneka jari. 594 00:47:46,041 --> 00:47:46,916 Bunuh mereka! 595 00:47:47,000 --> 00:47:51,333 Tunggu! Aku tahu kau orang tak kenal aku, dan aku pun tak kenal kau orang, 596 00:47:52,500 --> 00:47:55,333 tapi aku rasa dalam keadaan macam ini, 597 00:47:55,416 --> 00:47:57,583 pandangan berbeza boleh membantu. 598 00:47:58,125 --> 00:47:59,291 Kau biar betul? 599 00:47:59,375 --> 00:48:02,583 Datuk dan nenek ayah tiri aku pelarian sewaktu Perang Dunia Kedua. 600 00:48:04,291 --> 00:48:07,916 Ramai macam mereka datang ke Darra untuk lari daripada perang. 601 00:48:08,000 --> 00:48:10,625 Mak ayah kau orang pun mungkin tahu. 602 00:48:10,708 --> 00:48:12,833 Kita semua pendatang di sini, 603 00:48:12,916 --> 00:48:15,208 tapi kita dah anggap ini rumah kita. 604 00:48:15,291 --> 00:48:17,250 Jadi, apa kata kita letak senjata 605 00:48:17,333 --> 00:48:20,166 dan selesaikannya sebagai keluarga atau jiran? 606 00:48:20,250 --> 00:48:23,500 Kita boleh berbincang di laman sambil minum bir. 607 00:48:27,541 --> 00:48:29,875 Jadi, siapa setuju? 608 00:48:34,208 --> 00:48:35,083 Bunuh mereka! 609 00:48:35,958 --> 00:48:37,208 Ya Tuhan! 610 00:49:56,083 --> 00:49:57,083 Adik? 611 00:50:05,333 --> 00:50:07,000 Tolong cakap itu sos tomato. 612 00:50:08,000 --> 00:50:10,333 Tak, kali ini memang darah. 613 00:50:11,291 --> 00:50:13,708 Aduhai, apa yang terjadi? 614 00:50:15,416 --> 00:50:17,833 Cuba tengok. Ada di dalam beg itu. 615 00:50:27,083 --> 00:50:30,875 Duit tunai 50,000. Duit muka untuk rumah mak. 616 00:50:34,166 --> 00:50:35,083 Kita berjaya. 617 00:51:01,083 --> 00:51:02,083 Ke hadapan mak. 618 00:51:02,166 --> 00:51:04,416 Saya cuma nak kata, betul cakap Gus. 619 00:51:05,083 --> 00:51:07,583 Semuanya berlaku macam yang dia cakap. 620 00:51:07,666 --> 00:51:11,333 Kami jumpa barang lama abah dan jual semuanya. 621 00:51:11,416 --> 00:51:12,750 Ayah belajar memasak. 622 00:51:12,833 --> 00:51:15,291 Kamu dapat hidu bau yang enak ini? 623 00:51:22,791 --> 00:51:25,833 Tidur 1,381 kali saja lagi. 624 00:51:25,916 --> 00:51:28,083 Keadaan akan kembali macam asal. 625 00:51:28,166 --> 00:51:29,625 Lebih baik, saya janji. 626 00:51:34,458 --> 00:51:38,000 SYARIKAT PERUMAHAN DRUMMOND RUMAH TERBUKA 627 00:51:43,041 --> 00:51:44,333 Kamu boleh hidu? 628 00:51:45,000 --> 00:51:47,250 Tunggulah apabila kamu tengok nanti. 629 00:51:47,333 --> 00:51:50,250 Aduh! Panas! 630 00:51:50,791 --> 00:51:51,958 Ayah tak apa-apa? 631 00:51:53,583 --> 00:51:55,458 Ya, ayah okey. 632 00:51:55,541 --> 00:51:58,625 Pai ayah dah bersepai, tapi mungkin masih sedap. 633 00:52:00,041 --> 00:52:01,958 Sebab itu kita kena bela anjing. 634 00:52:05,125 --> 00:52:06,875 MAKANAN ANJING 635 00:52:30,666 --> 00:52:32,375 Dia akan bebas selepas empat Krismas. 636 00:52:33,000 --> 00:52:34,666 Aku dah 17 tahun ketika itu. 637 00:53:16,708 --> 00:53:18,583 BERDASARKAN BUKU OLEH TRENT DALTON 638 00:55:22,041 --> 00:55:25,875 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi