1 00:00:06,881 --> 00:00:10,927 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:52,010 --> 00:00:54,637 BERDASARKAN NOVEL "JURASSIC PARK" OLEH MICHAEL CRICHTON 3 00:00:57,766 --> 00:00:59,392 Ayah? 4 00:00:59,976 --> 00:01:01,978 Kenji? Kamu masih hidup? 5 00:01:14,991 --> 00:01:18,286 - Tak mungkin. - Ayah Kenji. 6 00:01:20,580 --> 00:01:24,417 - Tak sangka kita bertemu lagi. - Saya juga. 7 00:01:24,501 --> 00:01:29,464 Gembira dapat bertemu, Tuan Kon, bukan? 8 00:01:29,547 --> 00:01:31,549 Saya mahu berjabat tangan, tapi… 9 00:01:34,552 --> 00:01:36,638 Sudah tentu. Suruh semua BRAD berundur. 10 00:01:36,721 --> 00:01:38,640 Biar betul? 11 00:01:41,309 --> 00:01:44,437 Ayah buat apa di sini? 12 00:01:44,521 --> 00:01:48,608 - Panjang ceritanya. - Hei, saya kenal awakkah? 13 00:01:49,317 --> 00:01:53,321 Ingatkan ayah bekerja dengan Masrani. Sekarang, ayah uruskan Syarikat Mantah? 14 00:01:53,404 --> 00:01:55,573 Ya, Kenji. Banyak yang dah berubah. 15 00:01:55,657 --> 00:01:59,160 Ayah ambil alih Syarikat Mantah selepas Jurassic World ditutup. 16 00:01:59,244 --> 00:02:03,331 - Jadi tuan yang uruskan pulau ini? - Tuan yang rancang perlawanan dinosaur? 17 00:02:03,414 --> 00:02:07,085 - Tuan biarkan dia kurung Darius? - Tuan bina robot membunuh ini? 18 00:02:07,168 --> 00:02:09,546 Adakah tuan tahu yang dia cuba bunuh saya? 19 00:02:10,130 --> 00:02:13,633 - Awak buat apa? - Saya buat apa yang patut. 20 00:02:13,716 --> 00:02:15,969 Awak sepatutnya buat kerja awak. 21 00:02:16,052 --> 00:02:20,640 Bukan membunuh! Nampaknya, saya dah beri awak terlalu banyak kebebasan. 22 00:02:20,723 --> 00:02:22,892 "Terlalu banyak kebebasan"? 23 00:02:22,976 --> 00:02:26,437 Maksud tuan, tuan seronok goyang kaki sementara saya bekerja keras. 24 00:02:26,521 --> 00:02:29,774 Beginilah. Lupakan saja. Ini pulau saya. 25 00:02:32,193 --> 00:02:33,653 Masa untuk berparti. 26 00:02:43,705 --> 00:02:47,834 - Hapuskan mereka. - Laksana pembatal sembilan-satu-enam. 27 00:02:51,921 --> 00:02:55,550 Awak tak betul-betul fikir yang saya berikan awak kawalan sepenuhnya, bukan? 28 00:03:03,725 --> 00:03:05,810 - Biar saya kejar, ayah. - Kenji! 29 00:03:05,894 --> 00:03:07,061 Tangkap dia. 30 00:03:16,362 --> 00:03:18,656 Apa yang kamu fikirkan? Kita baru bertemu kembali, 31 00:03:18,740 --> 00:03:22,243 tapi kamu ambil risiko yang tak patut sedangkan BRAD boleh lakukannya? 32 00:03:23,494 --> 00:03:28,374 Hei, semua? Mae nampak pucat. Rasanya luka dia terbuka semula. 33 00:03:29,918 --> 00:03:34,130 Saya akan bawa dia ke Bilik Rawatan dan kurung Kash di tempat yang terasing. 34 00:03:34,213 --> 00:03:37,175 Saya akan kembali dan bincangkan cara untuk kamu semua pulang. 35 00:03:37,258 --> 00:03:39,427 - Saya nak ikut ayah! - Nanti saja, Kenji. 36 00:03:39,510 --> 00:03:41,387 Kamu dan kawan-kawan kamu pergilah mandi. 37 00:03:41,471 --> 00:03:44,057 Bilik suite pelabur di tingkat dua serba lengkap. 38 00:03:44,140 --> 00:03:46,267 Gunalah apa saja kamu yang perlu. 39 00:03:46,351 --> 00:03:50,647 "Apa saja"? Oh, Tuhan. Kita boleh bebas macam orang normal. 40 00:03:52,899 --> 00:03:57,195 - Banyak yang saya nak ceritakan. - Ayah tak sabar nak dengar semuanya. 41 00:03:57,278 --> 00:03:59,822 Saya patut tahu yang awak tak boleh dipercayai! 42 00:03:59,906 --> 00:04:02,825 Ini belum berakhir! Lepaskan saya! 43 00:04:05,703 --> 00:04:07,747 Semuanya akan baik-baik saja. 44 00:04:16,547 --> 00:04:19,300 Awak tak tahu benda ini ada di sini selama ini? 45 00:04:19,884 --> 00:04:24,639 - Ada banyak pintu berkunci. - Tapi masih tiada telefon. 46 00:04:24,722 --> 00:04:25,848 Kawan-kawan! 47 00:04:28,142 --> 00:04:29,727 Kita ada bilik sendiri! 48 00:04:57,213 --> 00:05:01,050 Hei, D! Saya jumpa ini dalam bilik air. Tapi entahlah. 49 00:05:01,134 --> 00:05:03,720 Adakah ini buat saya nampak lebih matang? 50 00:05:03,803 --> 00:05:06,014 Bagaimana kalau saya cukur dan nampak macam dulu? 51 00:05:06,097 --> 00:05:09,517 - Apa salahnya? - Ayah saya jarang ada, 52 00:05:09,600 --> 00:05:13,021 tapi saya tak ada buat apa-apa untuk dia pandang serius terhadap saya. 53 00:05:13,604 --> 00:05:18,151 Saya nak keadaan berubah. Sebab saya dah berubah. 54 00:05:18,234 --> 00:05:23,406 Betul. Cukur jambang serabut yang menggelikan itu takkan mengubahnya. 55 00:05:29,078 --> 00:05:35,126 Apabila Tuan Kon kata serba lengkap… Tak sangka dia betul-betul maksudkannya. 56 00:05:35,209 --> 00:05:38,296 Betul, bukan? Sekurang-kurangnya, dia tak tipu. 57 00:05:39,213 --> 00:05:43,051 - Awak rasa dia penipu? - Tidak! Bukan begitu. 58 00:05:43,134 --> 00:05:47,638 Cuma rasa macam dia bukan seratus peratus bercakap benar. 59 00:05:47,722 --> 00:05:51,684 Tapi Kenji teruja jumpa dia… Saya tak mahu tak percayakan dia, tapi… 60 00:05:51,768 --> 00:05:55,354 Saya faham. Dia uruskan Syarikat Mantah. 61 00:06:02,320 --> 00:06:03,654 Saya suka rambut awak. 62 00:06:03,738 --> 00:06:07,283 Saya suka muka awak. Licinnya. 63 00:06:09,077 --> 00:06:11,662 Kenji, tentang ayah awak… 64 00:06:15,458 --> 00:06:18,086 - Semuanya okey? - Ya. 65 00:06:18,169 --> 00:06:22,298 Cuma memecat Kash buat ayah ditimbuni banyak kerja. 66 00:06:22,381 --> 00:06:24,675 Saya harap kamu semua dapat menyesuaikan diri. 67 00:06:24,759 --> 00:06:28,554 - Kenapa kami perlu menyesuaikan diri? - Kami akan balik, bukan? 68 00:06:29,138 --> 00:06:30,431 Tentang itu… 69 00:06:30,515 --> 00:06:34,894 Selepas insiden Jurassic World, seluruh dunia membenci dinosaur. 70 00:06:34,977 --> 00:06:37,105 Kalau ada sesiapa tahu tentang pulau ini… 71 00:06:37,188 --> 00:06:41,025 Dinosaur ini dan keluarga kita, kita semua… 72 00:06:41,109 --> 00:06:43,236 mungkin akan hadapi banyak masalah. 73 00:06:43,319 --> 00:06:49,075 Kash takkan terlibat lagi dan dia akan terima akibat perbuatannya terhadap Mae. 74 00:06:49,158 --> 00:06:52,036 Saya tahu ini tak adil untuk minta kamu buat begini, 75 00:06:52,120 --> 00:06:54,539 tapi jika kamu boleh beri saya beberapa hari, 76 00:06:54,622 --> 00:06:58,543 saya boleh hantar kamu pulang dengan selamat, tapi secara senyap-senyap. 77 00:06:58,626 --> 00:07:04,507 Jauh daripada perhatian orang ramai. Jika bukan untuk saya, buatlah demi Kenji. 78 00:07:07,593 --> 00:07:08,886 - Okey. - Boleh agaknya. 79 00:07:08,970 --> 00:07:10,805 Ya. Demi Kenji. 80 00:07:11,389 --> 00:07:16,102 Terima kasih. Kalau kamu perlukan apa-apa, BRAD boleh bantu kamu sekarang. 81 00:07:16,185 --> 00:07:17,770 Boleh pergi sekarang, Kenji? 82 00:07:24,610 --> 00:07:27,780 Saya cuma rasa pelik sebab kita tak hubungi keluarga kita pun. 83 00:07:27,864 --> 00:07:32,368 Saya tahu. Tapi jika benar dunia ini benci dinosaur, betul kata Tuan Kon. 84 00:07:32,452 --> 00:07:34,454 Kita perlu rahsiakannya demi dinosaur. 85 00:07:34,537 --> 00:07:38,791 - Bagaimana dengan kita pula? - Mari kita tanya pendapat Mae. 86 00:07:39,792 --> 00:07:42,837 Sudu sangat pelik, bukan? 87 00:07:42,920 --> 00:07:46,883 Sekejap kita nampak terbalik, kemudian tidak! 88 00:07:48,718 --> 00:07:53,139 - Awak okey? - Sangat okey. Semuanya dah baik. 89 00:07:53,222 --> 00:07:56,767 Mereka berikan saya benda entah apa namanya, untuk tahan sakit. 90 00:07:58,060 --> 00:08:00,021 Ya, jelas sekali. 91 00:08:00,104 --> 00:08:02,940 Saya rasa kita patut tunggu sebelum tanya dia apa-apa. 92 00:08:03,024 --> 00:08:06,694 Tidak! Jangan tinggalkan saya sendirian. Rancangan TV ini terlalu menakutkan. 93 00:08:13,367 --> 00:08:16,496 Kami akan pergi tutup siarannya supaya Mae boleh berehat. 94 00:08:17,413 --> 00:08:19,790 Tak apa. Berikan saya salad saja. 95 00:08:30,676 --> 00:08:32,261 Pemakan Besar tak makan. 96 00:08:46,901 --> 00:08:50,238 Baru saya ingat awak! Budak ladang. 97 00:08:50,321 --> 00:08:52,281 Nama saya Sammy Gutierrez. 98 00:08:52,365 --> 00:08:55,117 Jangan pura-pura tak ingat yang awak ugut keluarga saya. 99 00:08:55,201 --> 00:08:58,621 Saya dah buat apa yang awak nak, jadi saya harap keluarga saya selamat. 100 00:08:59,288 --> 00:09:04,919 Okey. Maaf. Saya tak tahu tentang keluarga awak di ladang. 101 00:09:05,002 --> 00:09:08,464 Selepas awak "mati", Kon sisihkan saya. 102 00:09:08,548 --> 00:09:12,718 Tapi saya takkan terlalu mengharap. Dia boleh menjadi musuh. 103 00:09:13,386 --> 00:09:16,472 - Dia sejahat itu? - Mungkin. 104 00:09:16,973 --> 00:09:19,141 Mungkin saya mempermainkan awak. 105 00:09:21,894 --> 00:09:25,189 Jika awak beritahu apa yang kami nak tahu, saya boleh tolong awak keluar dari sini. 106 00:09:28,943 --> 00:09:31,112 Kalau awak nak tahu tentang keluarga awak, 107 00:09:31,195 --> 00:09:33,197 periksa fail-fail di pejabat Kon. 108 00:09:33,281 --> 00:09:36,701 Ia di sebelah pejabat saya, tapi tak sehebat saya punya. 109 00:09:36,784 --> 00:09:39,745 Baiklah, adakah awak akan bebaskan saya? 110 00:09:39,829 --> 00:09:43,874 Mungkin. Atau mungkin saya mempermainkan awak saja. 111 00:09:59,140 --> 00:10:01,851 Kemudian, kami pernah hampir dimakan oleh Carnotaurus. 112 00:10:01,934 --> 00:10:03,936 Sebenarnya, dua kali. Rasanya? 113 00:10:04,020 --> 00:10:07,773 Scorpios itu pula, saya takkan lupakannya. 114 00:10:07,857 --> 00:10:10,568 Sebenarnya, ada dua ekor yang saya takkan lupa… 115 00:10:16,282 --> 00:10:18,326 Saya buat ayah bosan, bukan? 116 00:10:18,409 --> 00:10:22,288 Apa? Tidak. Tentulah tidak. Ayah nak dengar semuanya. 117 00:10:22,371 --> 00:10:25,875 Ayah cuma ada banyak kerja. 118 00:10:26,417 --> 00:10:29,086 Contohnya, kenapa Kash yang ada begitu banyak masa 119 00:10:29,170 --> 00:10:34,258 tak dapat hidupkan kamera-kamera ini? Banyaknya kerja dalam dua hari ini. 120 00:10:34,925 --> 00:10:39,096 - Kenapa? Apa yang akan berlaku nanti? - Ayah sangka kamu dah tahu. 121 00:10:39,180 --> 00:10:40,890 Pembentangan kepada pelabur. 122 00:10:40,973 --> 00:10:44,268 Nanti. Adakah ayah masih mahu teruskan perlawanan dinosaur? 123 00:11:00,493 --> 00:11:04,413 Ayuh, sayang. Awak perlu makan. Makanlah. 124 00:11:28,354 --> 00:11:29,688 Sedih. 125 00:11:30,731 --> 00:11:32,400 Awak rindukan Pemakan Kecil. 126 00:11:33,275 --> 00:11:36,112 Kenji, ini bukan pelabur-pelabur biasa. 127 00:11:36,195 --> 00:11:39,573 Tak boleh main-main dengan mereka. 128 00:11:39,657 --> 00:11:44,495 Mereka mahu lihat perlawanan dinosaur. Jadi itulah yang ayah akan buat. 129 00:11:44,578 --> 00:11:45,704 Tapi ayah tak boleh. 130 00:11:45,788 --> 00:11:48,290 - Ayah terpaksa. - Kenapa? 131 00:11:48,374 --> 00:11:52,294 Ahli lembaga Syarikat Mantah tak tahu pulau ini wujud, okey? 132 00:11:52,378 --> 00:11:54,004 Ayah perlu buat sesuatu sebelum 133 00:11:54,088 --> 00:11:56,882 mereka dapat tahu duit yang ayah laburkan ke sini hilang. 134 00:11:57,716 --> 00:12:01,095 Kalau tak, kita akan kehilangan semuanya, Kenji. 135 00:12:02,638 --> 00:12:05,975 - Tapi ini salah. - Yakah? 136 00:12:06,058 --> 00:12:11,605 Inilah sifat dinosaur. Ayah takkan beri ia dadah macam yang Kash buat. 137 00:12:12,940 --> 00:12:14,733 Lagipun, bukankah kamu baru saja cerita 138 00:12:14,817 --> 00:12:18,237 tentang kamu perlu selamatkan diri daripadanya sepanjang masa? 139 00:12:19,780 --> 00:12:22,324 - Ya, tapi… - Kenji! 140 00:12:29,874 --> 00:12:33,419 Nampak? Haiwan tak berakal yang membunuh tetap akan berlawan. 141 00:12:34,211 --> 00:12:36,380 Ayah hanya berpandangan jauh. 142 00:13:04,700 --> 00:13:06,160 Hei, Sammy. 143 00:13:11,999 --> 00:13:14,418 Itu dia! Gutierrez Ranch. 144 00:13:16,879 --> 00:13:22,176 Tuan Kon memilikinya. Sehingga hutang mereka langsai. 145 00:13:22,885 --> 00:13:26,847 Tapi ladang ini sudah lama dimiliki oleh keluarga saya. 146 00:13:27,598 --> 00:13:31,435 - Saya dah agak yang dia jahat! - Maaf, siapa yang jahat? 147 00:13:34,230 --> 00:13:36,899 Sesiapa saja yang sanggup buat begini kepada keluarga saya! 148 00:13:38,442 --> 00:13:42,696 Maksud awak, selesaikan masalah Kash dan tolong keluarga awak? 149 00:13:42,780 --> 00:13:45,366 Awak Sammy Gutierrez, bukan? 150 00:13:46,033 --> 00:13:49,995 - Kontrak eksklusif? - Selepas Jurassic World ditutup, 151 00:13:50,079 --> 00:13:53,165 ibu bapa awak tak ada cara untuk bayar pinjaman bank. 152 00:13:53,249 --> 00:13:55,918 Jadi ya, saya beli hutang mereka. 153 00:13:56,001 --> 00:13:59,588 Saya juga jadikan mereka pembekal daging khas saya di sini. 154 00:13:59,672 --> 00:14:03,968 Mereka tak tahu daging itu ke mana, tapi saya pesan banyak. 155 00:14:05,469 --> 00:14:10,766 - Baiknya tuan. - Keluarga awak okey saja. 156 00:14:10,849 --> 00:14:13,602 Jika saya tahu siapa awak atau awak tanya saja saya, 157 00:14:13,686 --> 00:14:15,396 dah lama saya beritahu awak. 158 00:14:15,479 --> 00:14:18,065 Tuan Kon, tuan perlu faham… 159 00:14:18,148 --> 00:14:22,695 Selepas semua yang kami lalui, kami tak mudah mempercayai sesiapa. 160 00:14:22,778 --> 00:14:26,949 Saya fikir disebabkan saya ayah Kenji, kamu akan percayakan saya sedikit. 161 00:14:27,032 --> 00:14:30,035 Dia akan kecewa kalau dapat tahu tentang hal ini. 162 00:14:30,119 --> 00:14:34,957 Ini antara kita saja. Kamu semua nampak sangat… rapat. 163 00:14:35,040 --> 00:14:37,084 Saya tak nak rosakkannya. 164 00:14:43,757 --> 00:14:47,469 - Hei. Kenapa? - Pemakan Besar tak nak makan. 165 00:14:47,553 --> 00:14:49,096 Ia rindukan anaknya. 166 00:14:49,179 --> 00:14:51,891 Mungkin jika kita boleh temukannya, ia akan lebih ceria. 167 00:14:51,974 --> 00:14:53,893 Boleh awak cakap sesuatu kepada ayah awak? 168 00:14:55,477 --> 00:15:00,107 Tentang itu… Hei! Kamu berdua ke mana? 169 00:15:00,190 --> 00:15:05,321 - Kami sedang menyiasat… - Apa Kash buat kepada keluarga Sammy. 170 00:15:05,404 --> 00:15:08,616 Mujurlah kami nampak ayah awak dan dia beritahu kami berita baik. 171 00:15:08,699 --> 00:15:10,492 Keluarga saya baik-baik saja! 172 00:15:10,576 --> 00:15:14,163 Malah, semua daging di sini adalah dari Ladang Gutierez! 173 00:15:14,955 --> 00:15:18,459 - Baguslah, Sammy. - Ayah awak tolong mereka, Kenj. 174 00:15:18,542 --> 00:15:20,169 Saya tak tahu nak cakap apa. 175 00:15:21,295 --> 00:15:25,925 Ya. Maksud saya, ayah saya hebat. Mungkin itu maknanya dia akan dengar. 176 00:15:26,008 --> 00:15:27,051 Dengar apa? 177 00:15:30,137 --> 00:15:32,056 Pulau ini perlukan pelabur. 178 00:15:32,848 --> 00:15:35,017 Dia masih akan buat perlawanan dinosaur. 179 00:15:35,100 --> 00:15:36,810 - Apa? - Dia tak boleh buat begitu! 180 00:15:36,894 --> 00:15:39,980 Ya, dia fikir dinosaur memang selalu bergaduh pun, 181 00:15:40,064 --> 00:15:42,107 jadi apa kata buat duit daripadanya? 182 00:15:42,191 --> 00:15:46,403 - Tapi ada banyak lagi sifat dinosaur! - Dia tak tahu sepertimana kita tahu. 183 00:15:46,487 --> 00:15:48,739 Tapi kalau kita boleh tunjukkan kepada dia… 184 00:15:48,822 --> 00:15:52,201 - Mungkin dia akan ubah fikiran. - Kalau kita tak dimakan dulu. 185 00:15:55,245 --> 00:15:57,831 Apa sebenarnya yang berlaku, Kenji? 186 00:15:57,915 --> 00:16:00,167 Semalam ayah kata dinosaur haiwan tak berakal 187 00:16:00,250 --> 00:16:03,587 yang hanya tahu berlawan dan membunuh. Tapi… 188 00:16:08,592 --> 00:16:10,219 ayah silap. 189 00:16:10,302 --> 00:16:12,554 Kalau ayah beri peluang, saya akan buktikannya. 190 00:16:12,638 --> 00:16:16,141 - Apa yang kamu nak buat? - Tengok saja. 191 00:16:51,260 --> 00:16:55,723 - Awak yakin boleh berkomunikasi, bukan? - Ya. Dalam sembilan… 192 00:16:56,265 --> 00:16:58,642 Tujuh puluh peratus yakin. 193 00:16:58,767 --> 00:17:03,313 Aduhai. Kalau saya dimakan, ayah takkan hormat saya. 194 00:17:13,615 --> 00:17:16,744 Hai, kawan. Ini saya. Ingat lagi? 195 00:17:20,539 --> 00:17:23,959 Tak apa. Awak selamat. 196 00:17:24,626 --> 00:17:27,838 Apa yang dia buat? Kenapa mereka mendekatinya? 197 00:17:27,921 --> 00:17:31,508 - Mereka akan bebaskan ia. - Mereka nak buat apa? 198 00:17:31,592 --> 00:17:33,177 Saya tak boleh duduk saja dan… 199 00:17:35,054 --> 00:17:39,058 Ayah, jangan! Ayah, tolonglah! 200 00:17:45,147 --> 00:17:47,274 Tolong bertenang. 201 00:18:22,017 --> 00:18:26,563 Betul. Kami akan bawa ia kepada awak, tapi benarkan kami bebaskan awak. 202 00:18:26,647 --> 00:18:29,566 Tolonglah. Ingat, kita kawan. 203 00:18:55,509 --> 00:18:58,637 Hei, awak berjaya! Ia berjaya! Rancangan awak berjaya! 204 00:18:58,720 --> 00:19:02,224 Saya tak boleh buat tanpa awak. Awak bercakap dengan T-Rex. 205 00:19:02,307 --> 00:19:04,977 Hei, T-Rex dengar cakap awak! 206 00:19:05,060 --> 00:19:07,646 Ya. Betul! 207 00:19:09,356 --> 00:19:11,775 - Kita berjaya! - Ya! 208 00:19:17,114 --> 00:19:18,699 Ayah… 209 00:19:21,743 --> 00:19:23,912 Itu bukan pemangsa tak berakal. 210 00:19:28,167 --> 00:19:31,086 Itu cuma si ibu yang benar-benar ingin bersama anaknya. 211 00:19:32,337 --> 00:19:37,593 - Hebatnya, D. - Kedua-duanya gembira! 212 00:19:37,676 --> 00:19:41,513 Penyelidikan Mae membolehkan kita berkomunikasi dengannya pada tahap asas. 213 00:19:42,639 --> 00:19:45,809 Ayah akui, ayah tak sangka akan lihat perkara sebegini. 214 00:19:45,893 --> 00:19:49,771 Jadi jangan buat ia berlawan. Tolonglah. 215 00:19:52,941 --> 00:19:56,945 Ayah tak mahu buat begitu lagi. Kamu percayakan sesuatu. 216 00:19:57,029 --> 00:20:01,700 Kamu dapat membimbing kawan-kawan dan tegas dengan pendirian kamu. 217 00:20:02,826 --> 00:20:04,995 Ayah amat bangga dengan kamu, nak. 218 00:20:07,372 --> 00:20:09,208 - Untuk Kenji! - Untuk Kenji! 219 00:20:09,291 --> 00:20:10,918 - Ya! - Untuk Kenji! 220 00:20:13,170 --> 00:20:16,715 Esok, saya akan tolong ayah saya buat pembentangan. 221 00:20:17,716 --> 00:20:20,093 Dia fikir saya ada bakat dalam perniagaan. 222 00:20:20,177 --> 00:20:21,803 Dia akan ajar saya tentangnya! 223 00:20:23,096 --> 00:20:28,227 - Baiklah, semua. Saya nak masuk tidur. - Ya! Kita ada bilik sendiri 224 00:20:28,310 --> 00:20:31,438 dengan katil dan bantal yang empuk, semuanya untuk kita. 225 00:20:36,568 --> 00:20:38,237 Saya gembira untuk awak, Kenj. 226 00:20:38,820 --> 00:20:42,282 Baguslah ayah awak dapat lihat lelaki yang saya fikir sangat istimewa. 227 00:20:44,034 --> 00:20:45,953 Selamat malam. 228 00:20:46,036 --> 00:20:47,621 Selamat malam. 229 00:21:03,637 --> 00:21:05,264 Sammy? 230 00:21:05,347 --> 00:21:10,185 Tak boleh tidur. Lagipun, saya dah jadi tak biasa tidur seorang diri. 231 00:21:10,269 --> 00:21:14,189 Ya, saya pun sama. Rasa tak selamat. 232 00:21:16,483 --> 00:21:20,362 Ya. Awak mahu… 233 00:21:28,120 --> 00:21:29,746 tidur bersama? 234 00:21:32,916 --> 00:21:38,797 Saya harap saya tak cakap benda yang tak dijangka semasa saya tak stabil. 235 00:21:38,880 --> 00:21:42,426 Taklah. Saya sangat teruja dengan penyelidikan awak, Mae. 236 00:21:42,509 --> 00:21:44,803 Ia kunci kepada masa depan Syarikat Mantah. 237 00:21:44,886 --> 00:21:47,014 Apabila Kash kata awak boleh berkomunikasi, 238 00:21:47,097 --> 00:21:49,099 saya ingatkan dia dah hilang akal. 239 00:21:49,641 --> 00:21:53,228 Mungkin juga. Lagipun, dia cuba bunuh saya. 240 00:21:53,312 --> 00:21:56,481 Saya tak mahu mengungkitnya, tapi ia memang memberi kesan. 241 00:21:56,565 --> 00:21:58,567 Saya tahu. Saya boleh jamin 242 00:21:58,650 --> 00:22:02,362 yang dia akan terima padahnya jika dia cuba buat begitu lagi. 243 00:22:03,030 --> 00:22:04,531 Apa awak kata? "Lagi"? 244 00:22:05,490 --> 00:22:07,451 Sedia untuk bekerja, rakat setugas? 245 00:22:12,831 --> 00:22:16,001 Macam yang saya cakap, kajian awak mengubah segalanya. 246 00:22:16,084 --> 00:22:18,420 Tapi para pelabur akan datang dalam dua hari lagi 247 00:22:18,503 --> 00:22:22,257 dan awak tak boleh buat kemajuan yang saya perlukan tanpa teknologi Kash. 248 00:22:22,341 --> 00:22:25,635 Jadi kamu berdua akan bekerja bersama. 249 00:22:25,719 --> 00:22:29,348 Tak. Langsung tak. Kenapa saya nak setuju? 250 00:22:31,683 --> 00:22:37,064 Sebab kalau awak tak setuju, nasib budak-budak itu mungkin tak baik. 251 00:23:10,388 --> 00:23:12,307 Terjemahan sari kata oleh Syira Salleh