1 00:00:22,814 --> 00:00:25,607 {\an8}Kemenangan diraikan dalam limpahan cahaya, 2 00:00:25,608 --> 00:00:30,613 {\an8}tetapi dimenangi dalam kegelapan. 3 00:00:34,826 --> 00:00:39,998 Yang manakah lebih hakiki, sejarah atau ramalan? 4 00:00:43,335 --> 00:00:47,422 Apabila manusia melawan mesin pintar yang memperhambakan mereka... 5 00:00:51,384 --> 00:00:55,680 sejarah mengatakan bahawa Atreideslah peneraju usaha ke arah kemenangan... 6 00:01:00,477 --> 00:01:03,813 sementara moyangku meninggalkan pertempuran itu. 7 00:01:09,235 --> 00:01:13,323 Apabila perang berakhir dan semua teknologi mesin pintar diharamkan, 8 00:01:15,116 --> 00:01:18,203 sejarah melabelkan keluarga kami pengecut. 9 00:01:19,287 --> 00:01:22,123 Berikutan itu, kami diusir ke bumi tandus. 10 00:01:30,590 --> 00:01:34,219 Seluruh keturunan kami terpaksa turut menanggung malu. 11 00:01:36,513 --> 00:01:40,725 Tapi sejarah Atreides telah diputarbelitkan. 12 00:01:44,312 --> 00:01:47,857 Maka, aku, Valya Harkonnen, berazam untuk mengubahnya. 13 00:02:02,038 --> 00:02:05,750 Oleh itu, aku meninggalkan masa silam dan memilih keluarga baharu. 14 00:02:06,710 --> 00:02:10,046 Yakni sekumpulan wanita yang tak takut akan kuasa mereka. 15 00:02:11,423 --> 00:02:15,759 Melaluinya, aku kenal ibu sebenarku, Ibu Kudus yang pertama, 16 00:02:15,760 --> 00:02:17,679 Raquella Berto-Anirul. 17 00:02:19,264 --> 00:02:20,974 Dia banyak berjasa semasa perang 18 00:02:21,891 --> 00:02:24,686 dan telah melatih wanita untuk menjadi Nujum Dusta. 19 00:02:27,647 --> 00:02:32,068 Dia bantu Majlis Kerabat membezakan antara kebenaran dan pembohongan. 20 00:02:35,947 --> 00:02:39,951 Bersama-sama, mereka melebarkan pengaruh mereka ke seluruh Imperium. 21 00:02:41,244 --> 00:02:43,663 Raquella gunakannya untuk mentadbir masa depan. 22 00:02:52,505 --> 00:02:56,634 Namun, mereka yang berkuasa didorong oleh kekejaman dan sifat tamak. 23 00:02:58,970 --> 00:03:01,555 Bimbingan saja tak mencukupi. 24 00:03:01,556 --> 00:03:03,600 Sebaliknya, mereka perlu berubah. 25 00:03:05,477 --> 00:03:08,146 Ibu Raquella memulakan satu projek rahsia. 26 00:03:10,940 --> 00:03:14,069 Dia mahu melahirkan pemimpin yang lebih berwibawa. 27 00:03:15,487 --> 00:03:18,281 Dia kumpulkan arkib genetik yang besar 28 00:03:19,366 --> 00:03:22,910 untuk menyatukan ahli kerabat 29 00:03:22,911 --> 00:03:25,622 yang boleh melahirkan pemimpin yang kami boleh kawal. 30 00:03:30,752 --> 00:03:34,756 Penentang di kalangan kami menganggap misi ini amalan sesat. 31 00:03:36,841 --> 00:03:39,844 Namun, Ibu Kudus tahu aku sehaluan dengannya, 32 00:03:43,098 --> 00:03:45,766 dan akan memastikan ia berjaya. 33 00:03:45,767 --> 00:03:48,852 {\an8}WALLACH IX DUNIA ASAL JEMAAH SURI 34 00:03:48,853 --> 00:03:52,023 {\an8}Sebabnya itulah, semasa dia di ambang maut... 35 00:03:53,108 --> 00:03:54,734 dia mahu berjumpa denganku. 36 00:03:59,280 --> 00:04:00,364 Valya. 37 00:04:00,365 --> 00:04:03,242 Ini saya, Dorotea. 38 00:04:03,243 --> 00:04:04,744 Valya Harkonnen. 39 00:04:42,574 --> 00:04:43,908 Tunggu di sini, Tula. 40 00:04:57,213 --> 00:04:58,714 Doa takkan membantu. 41 00:04:58,715 --> 00:04:59,799 Dia buat apa di sini? 42 00:05:03,470 --> 00:05:04,971 Ya, Ibu Kudus. 43 00:05:08,391 --> 00:05:10,060 Debu merah. 44 00:05:12,312 --> 00:05:14,105 Suruh mereka keluar sekarang. 45 00:05:17,067 --> 00:05:18,276 Merah... 46 00:05:26,368 --> 00:05:27,369 Ia kian hampir... 47 00:05:29,913 --> 00:05:32,374 Tiran-arafel. 48 00:06:15,208 --> 00:06:16,418 Valya. 49 00:06:17,961 --> 00:06:19,379 Kembangkan jemaah kita. 50 00:06:20,088 --> 00:06:22,090 Lindungi kuasa kita. 51 00:06:23,550 --> 00:06:25,592 Gunakan semua cara yang ada. 52 00:06:25,593 --> 00:06:29,471 Kedudukan Jemaah Suri perlu dikukuhkan, 53 00:06:29,472 --> 00:06:31,266 jika tidak, ia akan tumbang. 54 00:06:34,728 --> 00:06:37,604 Kamulah yang akan melihat 55 00:06:37,605 --> 00:06:42,318 dan tahu kebenaran hakiki. 56 00:07:02,839 --> 00:07:04,382 Dia dah ingatkan kita. 57 00:07:05,592 --> 00:07:06,884 Tiran-arafel. 58 00:07:06,885 --> 00:07:08,011 Ia pembalasan. 59 00:07:08,845 --> 00:07:11,181 Hukuman yang dijatuhkan oleh penzalim. 60 00:07:11,556 --> 00:07:15,643 Daripada pandangan mata Raquella, saya percaya kita akan diserang. 61 00:07:17,062 --> 00:07:18,271 Kita perlu bersedia. 62 00:07:19,064 --> 00:07:20,065 Bagaimana? 63 00:07:21,941 --> 00:07:24,110 Dengan menjadikan orang kita pemerintah. 64 00:07:29,324 --> 00:07:30,408 Ahli kita? 65 00:07:33,119 --> 00:07:36,122 Maharani pertama yang memerintah Imperium. 66 00:07:37,248 --> 00:07:38,707 Yang setia kepada kita. 67 00:07:38,708 --> 00:07:40,334 Dorotea takkan setuju. 68 00:07:40,335 --> 00:07:42,212 Dia tiada pilihan, Kasha. 69 00:07:43,338 --> 00:07:45,882 Itu saja cara untuk menjamin kemaslahatan kita. 70 00:08:04,192 --> 00:08:08,196 Ibu Raquella selalu kata kami semua perlu sehaluan. 71 00:08:15,787 --> 00:08:18,707 Perpecahan hanya akan melemahkan jemaah kami. 72 00:08:25,338 --> 00:08:29,091 Dia meramalkan kuasa kegelapan dahsyat 73 00:08:29,092 --> 00:08:31,177 yang boleh memusnahkan kami semua. 74 00:08:39,310 --> 00:08:41,938 Aku terpaksa meyakinkan mereka tentang ramalan itu. 75 00:08:45,859 --> 00:08:48,278 Kita mesti teruskan legasinya. 76 00:08:50,405 --> 00:08:54,409 Kita perlu terus menerokai potensi sebenar manusia. 77 00:08:56,244 --> 00:08:58,912 Kita mesti guna kuasa menyisihkan dusta 78 00:08:58,913 --> 00:09:02,499 sehingga kita dijadikan penasihat semua majlis kerabat. 79 00:09:02,500 --> 00:09:05,878 Ibu Raquella mahu kita guna semua cara yang ada. 80 00:09:05,879 --> 00:09:12,926 Tawaduk ialah asas sifat mulia kita. 81 00:09:12,927 --> 00:09:17,766 Minda manusia suci. 82 00:09:18,266 --> 00:09:20,560 Jangan sesekali mencabuli jiwa! 83 00:09:20,935 --> 00:09:23,355 Jangan sesekali mencabuli jiwa! 84 00:09:29,110 --> 00:09:32,364 Jalan menuju kemajuan penuh onak dan duri. 85 00:09:35,367 --> 00:09:36,743 Orang lain tentu berundur. 86 00:09:37,577 --> 00:09:38,995 Aku akan mengharunginya. 87 00:09:40,413 --> 00:09:43,833 Sebab itulah Ibu Raquella pilih aku untuk memimpin. 88 00:09:52,967 --> 00:09:55,512 Tak sabar nampaknya ibu mahu ambil alih. 89 00:10:00,058 --> 00:10:03,269 Ibu Dorotea, apa yang ibu buat? 90 00:10:07,607 --> 00:10:09,818 Sesuatu yang saya sepatutnya dah lama buat. 91 00:10:21,204 --> 00:10:23,415 Kenapa ibu mahu akses indeks genetik? 92 00:10:28,837 --> 00:10:32,924 Supaya saya dapat kembalikan jemaah kita kepada tujuan asalnya. 93 00:10:37,053 --> 00:10:38,053 Perbuatan ini salah! 94 00:10:38,054 --> 00:10:40,472 Kita bertanggungjawab menunjukkan arah yang betul. 95 00:10:40,473 --> 00:10:43,308 Kita perlu bimbing Imperium, bukan memerintahnya. 96 00:10:43,309 --> 00:10:45,853 Kita perlu buka laluannya dan pimpin orang ke sana. 97 00:10:45,854 --> 00:10:47,271 Kita saja yang mampu. 98 00:10:47,272 --> 00:10:49,857 Sejak kamu dan adik kamu, Tula, tiba di sini, 99 00:10:49,858 --> 00:10:51,943 kamu anggap kami semua tak setaraf kamu. 100 00:10:55,238 --> 00:10:57,991 Jemaah kita akan hancur jika ibu mahu tegakkan pendirian ibu. 101 00:10:58,575 --> 00:11:01,410 Ibu Raquella dan ahli lain pun tak sependapat dengan ibu, 102 00:11:01,411 --> 00:11:03,412 kecuali penyokong fanatik ibu. 103 00:11:03,413 --> 00:11:06,540 Ibu dengar cakapnya dan bersumpah untuk guna semua cara yang ada. 104 00:11:06,541 --> 00:11:09,669 Saya cuma tak mahu bertelagah semasa dia dah nazak. 105 00:11:12,255 --> 00:11:14,466 Ini bukan caranya. 106 00:11:15,425 --> 00:11:17,469 Kita cuba mengatur ketetapan Tuhan 107 00:11:19,012 --> 00:11:21,097 dan kita akan menerima balasannya. 108 00:11:22,724 --> 00:11:24,516 Saya hormati nenek saya, 109 00:11:24,517 --> 00:11:27,979 tapi misinya harus ditamatkan. 110 00:11:30,273 --> 00:11:31,941 Saya merayu, hentikannya! 111 00:11:32,442 --> 00:11:33,443 Dorotea! 112 00:11:35,653 --> 00:11:38,406 Berhenti! 113 00:11:41,493 --> 00:11:42,994 Pandang saya! 114 00:11:49,167 --> 00:11:50,168 Apa... 115 00:11:52,003 --> 00:11:53,463 Ia kemahiran baru saya, 116 00:11:55,965 --> 00:11:57,592 yang saya nak kongsi dengan ibu, 117 00:11:59,219 --> 00:12:00,303 dan akan kongsi, 118 00:12:02,055 --> 00:12:03,473 jika ibu tunduk. 119 00:12:07,435 --> 00:12:11,647 Saya takkan sesekali tunduk di hadapan awak, 120 00:12:11,648 --> 00:12:14,192 Valya Harkonnen. 121 00:12:17,779 --> 00:12:19,572 Kalau begitu, keluarkan pisau! 122 00:12:23,368 --> 00:12:25,161 Tusuk leher ibu! 123 00:12:48,935 --> 00:12:52,146 Pada saat itu, aku sedar nama Valya Harkonnen 124 00:12:52,147 --> 00:12:55,650 akan selama-lamanya dilaknat dalam lipatan sejarah. 125 00:13:00,030 --> 00:13:02,532 Namun, aku yakin dengan ramalan itu. 126 00:13:03,283 --> 00:13:04,492 Apa kita patut buat? 127 00:13:07,328 --> 00:13:08,872 Utamakan jemaah kita. 128 00:13:41,112 --> 00:13:44,948 30 tahun kemudian 129 00:13:44,949 --> 00:13:49,953 {\an8}116 tahun selepas berakhirnya perang besar antara jentera 130 00:13:49,954 --> 00:13:57,045 {\an8}10,148 tahun sebelum kelahiran Paul Atreides 131 00:14:27,033 --> 00:14:29,118 Kerabat Varick dan Kerabat Khumali 132 00:14:29,119 --> 00:14:31,204 mohon seorang Nujum Dusta. 133 00:14:33,456 --> 00:14:36,876 Kerabat Harkonnen dah buat permohonan keempat. 134 00:14:43,174 --> 00:14:44,801 Ibu Kudus Valya? 135 00:14:47,345 --> 00:14:48,680 Bantu Kerabat Varick. 136 00:14:49,764 --> 00:14:51,182 Khumali perlu tunggu, 137 00:14:53,560 --> 00:14:55,645 dan tolak permohonan Kerabat Harkonnen 138 00:14:56,604 --> 00:14:58,023 buat kali keempat. 139 00:15:03,028 --> 00:15:04,529 Tolong keluar, Cik Avila. 140 00:15:21,463 --> 00:15:22,630 Pengawal diraja. 141 00:15:23,882 --> 00:15:25,383 Mereka datang kerana tuan puteri. 142 00:15:26,259 --> 00:15:28,093 Suami barunya tentu istimewa, 143 00:15:28,094 --> 00:15:29,596 sampai dia mahu tinggalkannya. 144 00:15:32,349 --> 00:15:34,100 Itu adik tiri puteri. 145 00:15:37,687 --> 00:15:39,189 Dia bukan waris takhta. 146 00:15:42,400 --> 00:15:45,403 Lelaki yang tiada matlamat hidup selalu buat hal. 147 00:15:45,862 --> 00:15:46,863 Betul. 148 00:15:47,614 --> 00:15:51,868 Saya suka sangat lelaki kaya yang tak ada kerja. 149 00:15:55,705 --> 00:15:58,248 Dia mungkin kerap datang selepas kakaknya sertai kita 150 00:15:58,249 --> 00:16:00,919 dan kelak, saya akan jadi Nujum Dusta dan adik iparnya. 151 00:16:01,544 --> 00:16:04,464 Rasanya puteri datang untuk jadi Nujum Dusta. 152 00:16:20,772 --> 00:16:25,276 Kami didik ramai anak perempuan Majlis Kerabat, Tuan Constantine. 153 00:16:25,860 --> 00:16:27,986 Tuan puteri akan selamat di sini. 154 00:16:27,987 --> 00:16:31,449 Semua anak perempuan itu bukan pewaris Takhta Singa Emas. 155 00:16:32,200 --> 00:16:35,077 Kakak saya akan tinggal selama 10 tahun di sini, 156 00:16:35,078 --> 00:16:36,830 jadi kita perlu berjaga-jaga. 157 00:16:37,247 --> 00:16:41,001 Tuan puteri juga perlukan bilik sendiri. 158 00:16:43,003 --> 00:16:44,503 Apabila kakak tuan di sini, 159 00:16:44,504 --> 00:16:46,715 dia akan dilayan seperti murid lain. 160 00:16:47,716 --> 00:16:49,633 Asrama kami agak selesa. 161 00:16:49,634 --> 00:16:51,428 Syarat itu melampau. 162 00:16:53,430 --> 00:16:55,056 Malanglah kalau begitu. 163 00:17:06,943 --> 00:17:07,944 Saya cuba-cuba saja. 164 00:17:11,614 --> 00:17:12,907 Boleh kita teruskan? 165 00:17:31,843 --> 00:17:35,513 Senjata terhebat manusia ialah penipuan. 166 00:17:36,264 --> 00:17:41,852 Cuba lihat jirim putih yang besar di korteks prefrontal ini, 167 00:17:41,853 --> 00:17:44,189 kamu rasa siapakah lelaki ini? 168 00:17:44,689 --> 00:17:46,357 - Penjenayah. - Sosiopat. 169 00:17:46,358 --> 00:17:47,483 Orang yang terselamat. 170 00:17:47,484 --> 00:17:48,985 Betul, Cik Jen. 171 00:17:49,361 --> 00:17:52,780 Manusia perlu menipu untuk hidup. 172 00:17:52,781 --> 00:17:54,657 Kita tipu musuh kita. 173 00:17:55,784 --> 00:17:57,202 Kita tipu kawan-kawan kita. 174 00:17:59,371 --> 00:18:00,789 Kita tipu diri sendiri. 175 00:18:02,123 --> 00:18:06,378 Menipu adalah antara tugas tercanggih bagi otak manusia. 176 00:18:08,088 --> 00:18:10,005 Ini adalah kerana kebanyakan manusia 177 00:18:10,006 --> 00:18:11,800 tak suka menipu. 178 00:18:12,467 --> 00:18:14,886 Badan kita menolaknya. 179 00:18:17,013 --> 00:18:18,139 Bagaimana ia menolaknya? 180 00:18:18,640 --> 00:18:19,640 Pupil mata mengembang. 181 00:18:19,641 --> 00:18:20,724 Pernafasan berubah. 182 00:18:20,725 --> 00:18:22,059 Kening berpeluh. 183 00:18:22,060 --> 00:18:24,061 Ya, betul. Semua itu tanda-tanda 184 00:18:24,062 --> 00:18:27,231 yang kita cuba cari untuk mengesan dusta. 185 00:18:27,232 --> 00:18:29,567 Nampaknya kamu faham teorinya, 186 00:18:30,402 --> 00:18:32,779 tapi cara penggunaannya yang membezakan kamu. 187 00:18:33,363 --> 00:18:35,782 Esok, kami akan uji perkembangan kamu. 188 00:18:36,199 --> 00:18:38,283 Jadi, kamu berehatlah hari ini. 189 00:18:38,284 --> 00:18:39,452 Kelas tamat. 190 00:18:48,503 --> 00:18:49,838 Adik, ada berita baik. 191 00:18:51,339 --> 00:18:52,424 Ia berjalan lancar? 192 00:18:53,425 --> 00:18:55,343 Minggu depan, dia milik kita. 193 00:19:06,813 --> 00:19:12,944 SALUSA SECUNDUS DUNIA ASAL KERABAT IMPERIAL 194 00:19:46,561 --> 00:19:47,979 Awak hampir tewaskan saya. 195 00:19:48,605 --> 00:19:49,689 Taklah. 196 00:19:57,572 --> 00:19:59,573 Tumpukan pada badan, bukan pedang. 197 00:19:59,574 --> 00:20:02,452 Mata boleh menipu, tapi ini... 198 00:20:04,454 --> 00:20:06,330 membayangkan niat lawan kita 199 00:20:06,331 --> 00:20:07,540 sebelum dia sedar. 200 00:20:09,542 --> 00:20:10,794 Jangan sentuh puteri! 201 00:20:11,586 --> 00:20:12,587 Jantan gatal. 202 00:20:13,171 --> 00:20:14,881 Constantine! Awak dah sampai! 203 00:20:15,423 --> 00:20:18,760 Takkanlah saya mahu terlepas perkahwinan kakak dengan anak kecil? 204 00:20:23,056 --> 00:20:24,057 Keiran. 205 00:20:25,892 --> 00:20:28,894 Dengan latihan pedang awak dan Jemaah Suri, 206 00:20:28,895 --> 00:20:31,231 saya risau juga kalau Nezzy mula angkuh. 207 00:20:32,399 --> 00:20:34,191 Dia dah semakin mahir. 208 00:20:34,192 --> 00:20:36,361 Dia boleh biasakan diri di Wallach IX. 209 00:20:38,279 --> 00:20:39,698 Bagaimana dengan jemaah itu? 210 00:20:40,657 --> 00:20:43,409 Kalau awak suka ruang kosong dan minimalisme, 211 00:20:43,410 --> 00:20:44,703 awak pasti menyukainya. 212 00:20:49,624 --> 00:20:51,459 - Tuan puteri. - Awak nak lihat? 213 00:21:01,928 --> 00:21:03,929 Sebagai hadiah perkahwinan, 214 00:21:03,930 --> 00:21:06,432 Kerabat Richese menghadiahi Kerabat Corrino 215 00:21:06,433 --> 00:21:09,436 armada kapal induk ballista yang baru siap dibina. 216 00:21:11,229 --> 00:21:14,858 Maharaja Corrino telah kaji usul Kerabat Richese 217 00:21:14,983 --> 00:21:17,610 dan baginda setuju dengan syaratnya. 218 00:21:18,236 --> 00:21:21,364 Sebuah armada yang tiada tandingan. 219 00:21:22,240 --> 00:21:24,117 Ribut debu pun tak dapat menghalangnya. 220 00:21:24,743 --> 00:21:27,579 Dengannya, Fremen takkan dapat menang. 221 00:21:27,954 --> 00:21:31,165 Masalah tuanku di Arrakis akan selesai 222 00:21:31,166 --> 00:21:33,126 dan rempah akan mudah diperoleh. 223 00:21:36,338 --> 00:21:40,215 Tapi patik rasa kalau kami ada sayap sendiri di istana tuanku, 224 00:21:40,216 --> 00:21:42,218 perpindahan putera kami tentu lebih lancar. 225 00:21:44,012 --> 00:21:45,387 Itu bukan syarat perjanjian. 226 00:21:45,388 --> 00:21:47,348 Maaflah kalau patik berterus terang, 227 00:21:47,349 --> 00:21:50,352 tapi masalah tuanku di Arrakis takkan hilang. 228 00:21:51,186 --> 00:21:55,190 Melainkan kapal patik lindungi tuaian daripada serangan Fremen. 229 00:21:56,608 --> 00:21:57,858 {\an8}Patik mahir bina kapal... 230 00:21:57,859 --> 00:22:00,444 {\an8}Duke saya mahu Arrakis dan nak pengaruhi Majlis Kerabat. 231 00:22:00,445 --> 00:22:01,862 {\an8}...dan pandai membinanya. 232 00:22:01,863 --> 00:22:04,365 {\an8}Orang tuanku tahu kapal Richese tiada tandingannya. 233 00:22:04,366 --> 00:22:07,534 {\an8}Sekarang, utamakan perkahwinan itu. Kita uruskan Duke kemudian. 234 00:22:07,535 --> 00:22:11,539 {\an8}Satu lagi pengorek dan rejimen tuanku dah terkorban bulan lepas. 235 00:22:13,958 --> 00:22:19,297 Takkan nak biar permintaan kecil ini menjejaskan perjanjian kita? 236 00:22:31,726 --> 00:22:33,561 Dia cuba membodoh-bodohkan beta. 237 00:22:56,292 --> 00:22:57,919 Baiklah. Beta setuju. 238 00:22:59,004 --> 00:23:00,088 Bagus. 239 00:23:02,007 --> 00:23:03,758 Jumpa lagi di majlis pertunangan itu. 240 00:23:09,180 --> 00:23:12,057 Kamu mahu menjadi Nujum Dusta Majlis Kerabat 241 00:23:12,058 --> 00:23:14,185 dan membentuk aliran kuasa. 242 00:23:14,561 --> 00:23:17,188 Kamu perlu guna dulu kuasa ke atas diri sendiri. 243 00:23:19,357 --> 00:23:22,569 Kamu perlu mampu kawal minda dan badan. 244 00:23:25,030 --> 00:23:27,407 Selepas itu, barulah kamu nampak kebenaran. 245 00:23:32,037 --> 00:23:35,706 Berikut ialah banduan-banduan penjara diraja. 246 00:23:35,707 --> 00:23:39,001 Pencuri, pengecong, penipu. 247 00:23:39,002 --> 00:23:41,670 Kamu perlu tunjukkan 248 00:23:41,671 --> 00:23:43,630 arahan asas untuk kesan dusta. 249 00:23:43,631 --> 00:23:47,843 Kami dah buang semua penghalang untuk memudahkan tugas kamu. 250 00:23:47,844 --> 00:23:48,928 Mula sekarang. 251 00:23:59,689 --> 00:24:01,524 Comelnya awak. 252 00:24:32,222 --> 00:24:35,892 Kata-katanya benar, tapi dia berniat untuk menipu. 253 00:24:36,351 --> 00:24:37,559 Dia tipu. 254 00:24:37,560 --> 00:24:38,978 Lelaki ini penipu. 255 00:24:39,771 --> 00:24:42,315 Setakat ini sajakah yang ibu dapat cari? 256 00:24:47,487 --> 00:24:50,281 Kalau kamu rasa menipu itu mudah, 257 00:24:51,366 --> 00:24:52,784 kenapa kamu ke sini? 258 00:24:54,828 --> 00:24:55,870 Sebenarnya... 259 00:24:56,663 --> 00:24:58,498 Semasa saya kecil, 260 00:24:59,124 --> 00:25:00,624 saya dijual kepada seorang lelaki 261 00:25:00,625 --> 00:25:03,086 yang kaya dengan melacurkan kanak-kanak. 262 00:25:04,754 --> 00:25:06,131 Cukuplah setakat itu. 263 00:25:07,257 --> 00:25:08,758 Tapi saya tunggu 264 00:25:09,384 --> 00:25:11,469 saat dia cuai dengan pisaunya. 265 00:25:14,389 --> 00:25:16,141 Saya kelar lehernya semasa dia tidur. 266 00:25:18,518 --> 00:25:19,519 Lalu saya pulang... 267 00:25:22,272 --> 00:25:24,190 dan kelar leher ibu bapa saya pula. 268 00:25:30,030 --> 00:25:31,865 Kelakarnya riak wajah kamu. 269 00:25:51,718 --> 00:25:52,927 Ini tradisi ibu. 270 00:25:54,512 --> 00:25:56,598 Ibu pakai pada kali pertama ibu jumpa ayah. 271 00:25:57,349 --> 00:25:59,017 Ibu pun tak kenal dia waktu itu. 272 00:26:02,020 --> 00:26:03,605 Selendangnya milik nenek. 273 00:26:04,898 --> 00:26:06,733 Ia dibuat oleh Petualang Harmonthep. 274 00:26:07,359 --> 00:26:08,693 Ia tak menonjol langsung. 275 00:26:09,277 --> 00:26:10,945 Ia simbol kekuatan, 276 00:26:14,115 --> 00:26:16,534 yang ibu harap kamu berani tunjukkan... 277 00:26:18,536 --> 00:26:22,248 dan bukannya pergi berguru dengan wanita sihir itu. 278 00:26:24,626 --> 00:26:28,129 Jemaah Suri akan ajar saya kemahiran yang akan bantu saya memimpin. 279 00:26:28,672 --> 00:26:30,297 Bukan ini yang ibu mahukan. 280 00:26:30,298 --> 00:26:31,383 Kenapa? 281 00:26:31,883 --> 00:26:33,884 Orang kata Pruwet Richese baik. 282 00:26:33,885 --> 00:26:35,345 Dia sembilan tahun. 283 00:26:35,804 --> 00:26:39,556 Selagi dia belum matang, saya bebas berbuat sesuka hati. 284 00:26:39,557 --> 00:26:41,517 Malah, lagi muda, lagi bagus. 285 00:26:41,518 --> 00:26:42,768 Kamu ikut nasihat ibu. 286 00:26:42,769 --> 00:26:45,188 Memerintahlah dan berkahwinlah sesuka hati kamu. 287 00:26:51,152 --> 00:26:54,114 Ibu nampak cara kamu pandang guru pedang itu. 288 00:26:56,074 --> 00:26:57,575 Saya akan buat sesuka hati saya. 289 00:27:01,579 --> 00:27:04,207 Bukan ibu saja yang tahu berunding. 290 00:27:25,395 --> 00:27:28,105 Saya dikelilingi pengkhianat, Kasha. 291 00:27:28,106 --> 00:27:30,357 Duke Richeselah yang paling teruk. 292 00:27:30,358 --> 00:27:32,401 Duke bukan pengkhianat. 293 00:27:32,402 --> 00:27:34,111 Dia lelaki biasa. 294 00:27:34,112 --> 00:27:35,404 Tuanku. 295 00:27:35,405 --> 00:27:36,613 Ibu Pendeta Kasha. 296 00:27:36,614 --> 00:27:37,699 Tuan. 297 00:27:38,450 --> 00:27:39,450 Ada apa, Keiran? 298 00:27:39,451 --> 00:27:40,951 Ada askar dari Arrakis. 299 00:27:40,952 --> 00:27:42,536 Boleh kamu uruskannya? 300 00:27:42,537 --> 00:27:44,413 Dia Desmond Hart, tuan. 301 00:27:44,414 --> 00:27:45,915 Dia terselamat. 302 00:28:03,183 --> 00:28:04,392 Desmond Hart. 303 00:28:06,644 --> 00:28:07,645 Tuanku. 304 00:28:08,438 --> 00:28:09,688 Beta berbesar hati. 305 00:28:09,689 --> 00:28:13,610 Dua belas kali bertugas di Arrakis sedangkan tak ramai mampu buat, 306 00:28:14,069 --> 00:28:15,612 berbilang pujian. 307 00:28:17,113 --> 00:28:21,117 Dengar kata rejimen kamu tumpas semasa diserang oleh Fremen. 308 00:28:22,118 --> 00:28:24,079 Jentera penuai, kenderaan, semuanya. 309 00:28:24,829 --> 00:28:26,289 Sebab itulah patik datang. 310 00:28:28,833 --> 00:28:31,503 Kerana patik sajalah yang tahu kisah sebenar. 311 00:28:35,006 --> 00:28:36,424 Serangan di Arrakis itu, 312 00:28:37,717 --> 00:28:38,927 bukan angkara Fremen. 313 00:28:40,720 --> 00:28:42,931 Mereka pemberontak dari dunia sekutu tuanku. 314 00:28:43,390 --> 00:28:45,724 Peralatan mereka berasal dari luar 315 00:28:45,725 --> 00:28:47,644 dan mereka dilatih seperti kita. 316 00:28:49,270 --> 00:28:51,897 Apabila jentera penuai mengeluarkan rempah, 317 00:28:51,898 --> 00:28:54,234 kapal mereka mengutipnya. 318 00:28:54,859 --> 00:28:56,319 Mereka pencuri. 319 00:29:01,783 --> 00:29:02,784 Kasha? 320 00:29:05,954 --> 00:29:08,081 Dia bercakap benar, tuanku. 321 00:29:08,915 --> 00:29:10,750 Atau dia yakin ia benar. 322 00:29:13,086 --> 00:29:14,795 Kenapa beta tak diberitahu tentangnya? 323 00:29:14,796 --> 00:29:16,464 Ia tentu kes terpencil. 324 00:29:22,762 --> 00:29:25,014 Kamu dah lama berada di Arrakis. 325 00:29:25,015 --> 00:29:27,142 Kamu tentu tak sabar mahu bercuti. 326 00:29:29,602 --> 00:29:32,022 Sebenarnya, tuanku, patik harap... 327 00:29:33,398 --> 00:29:35,567 patik dapat bekerja di istana. 328 00:29:36,359 --> 00:29:40,071 Kami akan carikan tugas yang sesuai untuk lelaki seperti kamu. 329 00:29:41,614 --> 00:29:42,948 Sementara itu, 330 00:29:42,949 --> 00:29:45,035 kami akan adakan majlis meriah. 331 00:29:47,454 --> 00:29:48,663 Jemputlah datang. 332 00:30:31,414 --> 00:30:32,415 Nez! 333 00:30:34,417 --> 00:30:35,919 Awak puncanya! 334 00:31:12,372 --> 00:31:13,790 Saya mahu ucap selamat tinggal. 335 00:31:14,541 --> 00:31:16,543 Kasha, kenapa? 336 00:31:24,551 --> 00:31:27,178 Awak ingat hari saya dan saudara saya jumpa awak? 337 00:31:29,180 --> 00:31:31,933 Kami langsung tak tahu apa yang akan kami temui. 338 00:31:33,768 --> 00:31:36,563 Anak kecil yang dikurung bertahun lamanya. 339 00:31:37,647 --> 00:31:40,190 Tapi ketika saat saya melihat awak, 340 00:31:40,191 --> 00:31:42,819 saya tahu bahawa suatu hari nanti... 341 00:31:44,070 --> 00:31:48,074 awak akan memimpin Imperium kita ke arah masa depan yang lebih cerah. 342 00:31:50,243 --> 00:31:53,663 Saya perlu uruskan sesuatu, tapi kelak, saya akan kembali. 343 00:32:40,669 --> 00:32:43,087 Kasha akan terlepas majlis pertunangan. 344 00:32:43,088 --> 00:32:45,339 Tapi dia akan pulang untuk majlis kahwin. 345 00:32:45,340 --> 00:32:46,674 Syukurlah. 346 00:32:46,675 --> 00:32:48,967 Entah apa akan jadi kepada kita kalau dia tiada. 347 00:32:48,968 --> 00:32:51,304 Ya, dinda marahkan kanda kerana perkahwinan ini. 348 00:32:52,764 --> 00:32:54,182 Tapi kanda terpaksa. 349 00:32:55,392 --> 00:32:58,352 Perkahwinan kita menyatukan Imperium. Tapi ia tak mengukuhkan... 350 00:32:58,353 --> 00:32:59,978 Jangan ulang kata-katanya. 351 00:32:59,979 --> 00:33:02,190 Dinda rancang dan tahu tujuan kita kahwin. 352 00:33:03,274 --> 00:33:04,692 Mereka pilih budak lelaki itu 353 00:33:04,693 --> 00:33:07,904 kerana usianya membolehkan mereka mempengaruhi Nez. 354 00:33:08,530 --> 00:33:10,532 Jangan tentang perkahwinan ini, Natalya. 355 00:33:12,242 --> 00:33:15,495 Budak itu berikan jet pejuang yang kanda perlukan untuk Arrakis. 356 00:33:20,792 --> 00:33:23,920 Dulu, kanda dengar pendapat dinda. 357 00:33:25,797 --> 00:33:28,174 Kerananya, empayar Imperium kuat. 358 00:33:29,551 --> 00:33:30,760 Ya, tapi... 359 00:33:33,888 --> 00:33:35,724 ingatan kita tak sama. 360 00:33:43,773 --> 00:33:45,191 Dinda nak bersiap. 361 00:33:48,153 --> 00:33:49,154 Masanya dah tiba. 362 00:34:00,915 --> 00:34:02,250 Keputusan Emaline bagus. 363 00:34:03,376 --> 00:34:07,505 Mungkin puteri patut disatukan dengan orang yang bukan kerabat diraja. 364 00:34:08,048 --> 00:34:09,049 Seterusnya. 365 00:34:10,759 --> 00:34:14,178 Bukan semua orang di sini anak keluarga bangsawan. 366 00:34:14,179 --> 00:34:16,347 Bukan latar belakangnya yang merisaukan saya. 367 00:34:16,348 --> 00:34:18,349 Dia tegar. Kewarakannya terlalu jelas. 368 00:34:18,350 --> 00:34:21,602 Kita bertugas di berbilang dunia yang berbagai-bagai. 369 00:34:21,603 --> 00:34:24,355 Kita tak sepatutnya meluaskan sudut pandangan puteri, 370 00:34:24,356 --> 00:34:26,066 tapi mempengaruhinya. 371 00:34:28,401 --> 00:34:29,903 Jemaah Suri ini, ya? 372 00:34:34,282 --> 00:34:36,618 Hubungan cekel seteguh karang. 373 00:34:37,035 --> 00:34:38,328 Ia kekal sepanjang hayat. 374 00:34:39,621 --> 00:34:41,331 Emeline pengaruh buruk. 375 00:34:42,374 --> 00:34:44,542 Jen tegas, bukan? 376 00:34:49,589 --> 00:34:52,509 Dia boleh pergi jauh, jika dia boleh ditundukkan. 377 00:34:54,219 --> 00:34:56,054 Seperti seseorang yang saya kenal. 378 00:34:57,013 --> 00:34:58,514 Pernahkah saya ditundukkan? 379 00:34:58,515 --> 00:34:59,598 Tak pernah. 380 00:34:59,599 --> 00:35:01,101 Kalau menurut kata ibu. 381 00:35:05,522 --> 00:35:07,941 Saya rasa puteri mungkin menyukainya, tapi... 382 00:35:09,067 --> 00:35:10,819 pemikirannya sukar dikawal. 383 00:35:12,195 --> 00:35:15,699 Ynez perlu dipadankan dengan orang yang boleh pastikan dia patuh. 384 00:35:16,366 --> 00:35:18,992 Kasha akan meninggalkannya tak lama lagi. 385 00:35:18,993 --> 00:35:20,203 Theodosia pula? 386 00:35:22,580 --> 00:35:24,457 Dia patut setia kepada kita. 387 00:35:25,542 --> 00:35:28,669 Kitalah yang melindunginya semasa dia terdesak. 388 00:35:28,670 --> 00:35:30,337 Dia cemerlang dalam pelajarannya. 389 00:35:30,338 --> 00:35:33,800 Dia... berguna. 390 00:35:34,926 --> 00:35:35,927 Kita tengoklah nanti. 391 00:35:37,387 --> 00:35:40,765 Sudahlah. Kami tahu awak tegas dengannya kerana awak suka dia. 392 00:35:42,308 --> 00:35:44,894 Mungkin, tapi cekel kesayangan awak dah hilang arah. 393 00:35:52,610 --> 00:35:53,987 Sifat empati Lila kuat, 394 00:35:55,697 --> 00:35:57,032 dan dengan keturunannya, 395 00:35:58,408 --> 00:36:00,535 dia sesuai menjadi Nujum Dusta. 396 00:36:02,704 --> 00:36:03,955 Dia perlu dididik. 397 00:36:04,664 --> 00:36:06,708 Kelemahan tak patut dipupuk. 398 00:36:08,793 --> 00:36:09,877 Dia masih muda, 399 00:36:09,878 --> 00:36:11,713 dia takut dan kagum terhadap awak. 400 00:36:12,797 --> 00:36:16,760 Kelak, dia akan bina sifat-sifat yang awak sangat sukakan itu. 401 00:36:18,678 --> 00:36:19,679 Seperti saya dulu. 402 00:36:21,264 --> 00:36:23,266 Jangan merendah diri, Tula. 403 00:36:24,893 --> 00:36:28,438 Asas di sebalik sifat-sifat itulah yang paling penting. 404 00:37:11,189 --> 00:37:13,065 Sebarang keraguan yang awak rasa... 405 00:37:13,066 --> 00:37:14,525 Saya tak ragu-ragu. 406 00:37:14,526 --> 00:37:16,695 Mimpi itu bukan mimpi ngeri biasa. 407 00:37:17,404 --> 00:37:20,740 Ketakutan yang saya rasa ketika itu, masih berbekas. 408 00:37:24,411 --> 00:37:26,037 Saya kenal sangat Nez. 409 00:37:27,664 --> 00:37:28,748 Dia kuat. 410 00:37:29,624 --> 00:37:30,791 Tak mudah dikawal. 411 00:37:30,792 --> 00:37:33,752 Bagus. Sebab itulah dia dipilih. 412 00:37:33,753 --> 00:37:37,173 Awak lupa. Sayalah yang mendampinginya sejak dia kecil. 413 00:37:38,091 --> 00:37:40,384 Saya elak campur tangan maharani, 414 00:37:40,385 --> 00:37:43,888 dan meredakan ketakutan maharaja ketika kita melemahkannya di Arrakis. 415 00:37:45,223 --> 00:37:48,517 Ini bukan masa terbaik untuk meragui rancangan 416 00:37:48,518 --> 00:37:50,644 yang dibuat berdekad-dekad lamanya. 417 00:37:50,645 --> 00:37:53,022 Tapi bagaimana jika rancangan awak ini 418 00:37:53,023 --> 00:37:56,234 menjadi punca bencana yang kita cuba elak itu? 419 00:37:57,277 --> 00:38:00,154 Bagaimana jika kitalah punca pembalasan yang Raquella sebutkan? 420 00:38:00,155 --> 00:38:01,447 Awak lupa, 421 00:38:01,448 --> 00:38:05,243 sayalah yang dia pilih sebagai penggantinya. 422 00:38:06,327 --> 00:38:07,954 Saya akan nampak kebenarannya. 423 00:38:08,997 --> 00:38:10,623 Saya rasa saya tahu kemahuannya. 424 00:38:18,006 --> 00:38:19,466 Apa kata awak bermalam di sini, 425 00:38:20,091 --> 00:38:21,843 cuba ingat semula tugas awak. 426 00:38:22,761 --> 00:38:25,388 Tapi esok, awak harus pulang ke Salusa Secundus. 427 00:38:25,847 --> 00:38:28,182 Tugas awak di sana amat penting. 428 00:38:28,183 --> 00:38:31,394 Orang kita harus memerintah. Itu yang kita setujui. 429 00:38:33,146 --> 00:38:35,523 Perkahwinan ini yang menjadikannya kenyataan. 430 00:38:40,320 --> 00:38:41,738 Mereka harus berkahwin. 431 00:38:49,162 --> 00:38:51,623 Kerabat Richese! 432 00:39:26,157 --> 00:39:27,242 Tuanku. 433 00:39:28,827 --> 00:39:30,620 Memperkenalkan anak patik 434 00:39:31,788 --> 00:39:34,457 dan bakal kerabat diraja tuanku. 435 00:39:35,333 --> 00:39:38,044 Tuan Pruwet Richese. 436 00:39:41,840 --> 00:39:47,429 Semoga benih Richese bercambah di dalam rahim diraja. 437 00:40:23,631 --> 00:40:25,632 Jika Kasha yakin ada sesuatu yang tak kena, 438 00:40:25,633 --> 00:40:27,802 kita patut siasat. 439 00:40:28,636 --> 00:40:30,387 Kenapa awak abaikan kata-katanya? 440 00:40:30,388 --> 00:40:31,723 Saya tak abaikannya. 441 00:40:32,849 --> 00:40:34,059 Saya dengar cakapnya. 442 00:40:35,143 --> 00:40:36,561 Kemudian, saya abaikan. 443 00:40:39,022 --> 00:40:41,024 Jadi, awak cuma mahu kami patuh. 444 00:40:41,691 --> 00:40:42,858 Ya. 445 00:40:42,859 --> 00:40:44,693 Setidak-tidaknya, awak masih sama. 446 00:40:44,694 --> 00:40:47,863 Saya dah tunaikan semua permintaan Raquella. 447 00:40:47,864 --> 00:40:50,741 Saya lindungi usaha kita dan kembangkan jemaah. 448 00:40:50,742 --> 00:40:53,952 Kedudukan kita mencecah tampuk pemerintahan, 449 00:40:53,953 --> 00:40:56,122 tapi cengkaman kita pada tampuk itu lemah. 450 00:40:57,374 --> 00:40:59,958 Saya cuba melindungi jemaah kita 451 00:40:59,959 --> 00:41:02,753 dan Imperium itu saja cara yang saya tahu. 452 00:41:02,754 --> 00:41:05,840 Saya yakin dengan usaha awak, Valya. 453 00:41:13,098 --> 00:41:15,016 Mungkin dia terlalu rapat dengan Ynez. 454 00:41:16,017 --> 00:41:19,144 Tak sangka dia sanggup tinggalkan tugasnya pada saat segenting ini. 455 00:41:19,145 --> 00:41:20,897 Itulah yang saya cuba katakan. 456 00:41:21,648 --> 00:41:23,274 Cubalah cari padanannya. 457 00:41:25,151 --> 00:41:29,072 Pastikan Puteri Ynez harapan terbaik kita. 458 00:41:40,250 --> 00:41:41,918 Keluarga saya panggil saya Nez. 459 00:41:43,128 --> 00:41:44,337 Apa nama panggilan awak? 460 00:41:44,879 --> 00:41:45,879 Pruwet. 461 00:41:45,880 --> 00:41:47,131 Apa yang awak buat... 462 00:41:47,132 --> 00:41:49,008 Kita tak perlu berbual. 463 00:41:49,009 --> 00:41:51,261 Ayah cakap ini cuma formaliti. 464 00:43:02,665 --> 00:43:03,917 Bulu ikan paus. 465 00:43:04,709 --> 00:43:06,378 Yang terbaik di alam semesta. 466 00:43:07,128 --> 00:43:08,128 Ia menguntungkan. 467 00:43:08,129 --> 00:43:11,007 Mudah saja kiraannya. 468 00:43:11,549 --> 00:43:14,134 Sudah tentu, Baron Harkonnen. Tapi beta perlu fikir dulu. 469 00:43:14,135 --> 00:43:15,428 Tuanku takkan menyesal. 470 00:43:16,388 --> 00:43:18,765 Bulu paus takkan ketinggalan zaman. 471 00:43:19,557 --> 00:43:21,935 Ia sesuai untuk pakaian tuanku. 472 00:43:23,061 --> 00:43:27,107 Kita dah bincang tentang nilai benih ikan paus yang belum dikaji itu? 473 00:43:27,732 --> 00:43:29,233 Kegunaan sebagai ubat saja... 474 00:43:29,234 --> 00:43:31,319 Beta perlu pergi sebentar. 475 00:43:45,125 --> 00:43:46,334 Itu apa? 476 00:43:47,669 --> 00:43:48,920 Tak ada apa-apa. 477 00:43:54,634 --> 00:43:56,511 Awak tipu. 478 00:43:56,886 --> 00:43:58,137 Awak bukan Nujum Dusta. 479 00:43:58,138 --> 00:44:00,807 Belum lagi, tapi saya tahu apabila orang menipu. 480 00:44:07,564 --> 00:44:08,857 Tunjuklah kepada saya. 481 00:44:51,775 --> 00:44:54,527 Teknologi itu diharamkan! 482 00:44:56,863 --> 00:44:58,281 Puteri Ynez, ke tepi. 483 00:45:03,328 --> 00:45:05,829 Takkanlah kamu takut kepada mainan kecil. 484 00:45:05,830 --> 00:45:06,915 Takut? 485 00:45:08,333 --> 00:45:11,378 Kamu wujud pun kerana Kerabat Corrino tumpaskan mesin pintar. 486 00:45:15,882 --> 00:45:16,966 Javicco, 487 00:45:18,218 --> 00:45:19,552 janganlah keterlaluan. 488 00:45:20,887 --> 00:45:23,723 Jangan biar mainan itu musnahkan majlis kita. 489 00:45:34,359 --> 00:45:36,611 Apa kata, kita semua, 490 00:45:38,363 --> 00:45:40,448 teruskan majlis keraian kita? 491 00:46:15,942 --> 00:46:16,985 Terima kasih, Nez. 492 00:46:19,070 --> 00:46:21,155 Selepas kita berkahwin, 493 00:46:21,156 --> 00:46:25,075 kalau awak buat lagi macam itu, saya akan tikam awak. 494 00:46:25,076 --> 00:46:26,745 Sekarang, buang benda itu. 495 00:46:43,261 --> 00:46:44,512 Rancangan perlu diteruskan. 496 00:46:45,263 --> 00:46:46,805 Saya dah periksa arkib genetik. 497 00:46:46,806 --> 00:46:49,516 Ynez ialah pilihan yang tepat dan perkahwinannya 498 00:46:49,517 --> 00:46:51,978 akan mengekalkan kedudukan Corrino berkurun lamanya. 499 00:46:53,396 --> 00:46:55,397 Saya rasa mungkin apabila semua ini berakhir, 500 00:46:55,398 --> 00:46:59,486 Kasha tak patut berada di Wallach IX dengan kita. 501 00:47:01,363 --> 00:47:04,365 Ramalan Kasha mungkin silap, tapi dia rapat dengan maharaja. 502 00:47:04,366 --> 00:47:06,117 Kita perlukan pengaruhnya. 503 00:47:07,243 --> 00:47:09,661 Awak tak patut singkirkan orang 504 00:47:09,662 --> 00:47:11,581 hanya kerana mereka tak sehaluan. 505 00:47:13,249 --> 00:47:16,670 Jika awak nak lindungi dia, Tula, betulkan pemikirannya. 506 00:47:35,897 --> 00:47:37,481 Kita bersusah payah berlatih, 507 00:47:37,482 --> 00:47:40,401 tapi puteri boleh sertai kita sewenang-wenangnya. 508 00:47:40,402 --> 00:47:41,902 Tak adil betul. 509 00:47:41,903 --> 00:47:44,197 Dia puteri. Dia tak faham erti adil. 510 00:47:57,419 --> 00:47:59,212 Kita baru melepasi Lowers. 511 00:48:00,547 --> 00:48:02,048 Kita takkan ke Lowers. 512 00:48:03,675 --> 00:48:05,426 Kita akan pergi ke Division. 513 00:48:05,427 --> 00:48:08,346 Untuk malam terakhir kita berdua. 514 00:48:09,222 --> 00:48:10,432 Kalau begitu... 515 00:48:49,763 --> 00:48:50,764 Tuanku. 516 00:48:53,308 --> 00:48:54,726 Tuanku tak apa-apa? 517 00:48:55,894 --> 00:48:57,520 Ya, beta baik-baik saja. 518 00:49:03,026 --> 00:49:04,694 Ketakutan boleh melumpuhkan kita. 519 00:49:07,238 --> 00:49:09,073 Terutamanya di planet seperti Arrakis, 520 00:49:09,074 --> 00:49:12,994 penuh dengan pelbagai benda yang cuba membunuh kita. 521 00:49:17,165 --> 00:49:19,209 Kamu tentu menyukai Salusa Secundus. 522 00:49:21,586 --> 00:49:22,671 Tak apa, terima kasih. 523 00:49:24,089 --> 00:49:26,090 Kamu rasa mampukah jet pejuang beta 524 00:49:26,091 --> 00:49:28,593 menghilangkan kebimbangan beta di Arrakis? 525 00:49:30,095 --> 00:49:31,096 Ya. 526 00:49:33,098 --> 00:49:36,768 Tapi ia takkan menghentikan pemberontakan di Imperium. 527 00:49:37,185 --> 00:49:38,812 Ia cuma kejadian terpencil. 528 00:49:41,731 --> 00:49:44,567 Tuanku, kecurian rempah itu cuma antara tandanya. 529 00:49:46,569 --> 00:49:49,656 Masalah tuanku bukan cuma Arrakis. 530 00:49:58,206 --> 00:50:01,960 Ramai orang mula mempersoalkan tindakan kita menyingkirkan mesin 531 00:50:03,586 --> 00:50:06,965 dan kenapa Majlis Kerabat saja yang buat untung daripada rempah. 532 00:50:09,259 --> 00:50:11,219 Tuanku tak tahukah? 533 00:50:12,095 --> 00:50:14,597 Patik ingat jemaah itu tahu semuanya. 534 00:50:20,061 --> 00:50:21,855 Kasha tak pernah tipu beta. 535 00:50:24,607 --> 00:50:27,485 Tapi perkahwinan ini menggusarkan beta. 536 00:50:28,987 --> 00:50:30,320 Kalau begitu, batalkan saja. 537 00:50:30,321 --> 00:50:32,282 Lantas hilang kawalan ke atas Arrakis? 538 00:50:35,577 --> 00:50:38,997 Keturunan sebelum beta tak pernah dimalukan sebegini rupa. 539 00:50:39,998 --> 00:50:43,376 Tanpa rempah, Majlis Kerabat akan menjatuhkan beta. 540 00:50:45,879 --> 00:50:47,255 Tuanku tak percayakah 541 00:50:48,131 --> 00:50:51,217 kewujudan unsur yang bukan sekadar manusia atau mesin? 542 00:50:52,969 --> 00:50:54,804 Beta dah tak percaya apa-apa sekarang. 543 00:50:57,474 --> 00:50:58,725 Jika begitu, cuba fikir. 544 00:51:00,852 --> 00:51:02,020 Patik tak patut hidup, 545 00:51:03,313 --> 00:51:05,023 dan patut mati akibat serangan itu. 546 00:51:06,107 --> 00:51:08,443 Rasa gerun ketika patik memandang jurang itu... 547 00:51:13,156 --> 00:51:14,783 Tuanku tahu apa yang patik doakan? 548 00:51:17,494 --> 00:51:22,123 Kekuatan... agar mati rasa. 549 00:51:24,542 --> 00:51:27,461 Tiba-tiba saja, patik berusaha keluar dari timbunan pasir, 550 00:51:27,462 --> 00:51:29,254 paru-paru patik perit. 551 00:51:29,255 --> 00:51:31,049 Ketika patik tarik nafas... 552 00:51:33,343 --> 00:51:34,886 patik rasa seperti hidup semula. 553 00:51:35,929 --> 00:51:36,930 Rasa berbeza. 554 00:51:37,847 --> 00:51:39,474 Patik tak takut lagi. 555 00:51:45,105 --> 00:51:46,523 Dewa dengar doa patik. 556 00:51:48,525 --> 00:51:49,818 Dewa? 557 00:51:54,698 --> 00:51:56,533 Agamalah tempat isteri beta mengadu. 558 00:52:01,287 --> 00:52:02,497 Tapi beta berjanji. 559 00:52:03,665 --> 00:52:06,084 Jika dewa bebaskan beta daripada perkahwinan ini, 560 00:52:07,961 --> 00:52:09,754 barulah beta akan percaya. 561 00:53:27,082 --> 00:53:28,249 Awak nak kongsi? 562 00:53:29,125 --> 00:53:30,126 Atreides? 563 00:53:31,753 --> 00:53:32,962 Semua okey? 564 00:53:34,089 --> 00:53:35,090 Semuanya baik. 565 00:53:39,469 --> 00:53:40,762 Awak setuju? 566 00:53:44,349 --> 00:53:45,475 Ya. 567 00:54:48,329 --> 00:54:50,498 Dua hari lagi, saya akan berada di dunia lain. 568 00:55:37,379 --> 00:55:38,463 Apa masalahnya? 569 00:55:39,339 --> 00:55:40,506 Mimpi buruk, ya? 570 00:55:40,507 --> 00:55:42,008 Awak tak pernah serius. 571 00:55:45,011 --> 00:55:46,513 Kenapa awak di sini? 572 00:55:52,977 --> 00:55:54,562 Cerita awak palsu. 573 00:55:56,481 --> 00:55:58,233 Tapi ada kebenarannya. 574 00:56:00,652 --> 00:56:01,736 Saya dibesarkan di sini 575 00:56:03,029 --> 00:56:04,114 oleh Jemaah Suri. 576 00:56:05,949 --> 00:56:09,244 Ibu Pendeta kadangkala tak kenal ibu bapa kita. 577 00:56:10,328 --> 00:56:12,414 Kalau mereka tahu pun, mereka tak beritahu. 578 00:56:18,044 --> 00:56:19,462 Jangan risau, adik. 579 00:56:21,131 --> 00:56:24,134 Masa silam pasti akan menghantui kita. 580 00:58:27,424 --> 00:58:29,050 Awak selamat. Jangan risau. 581 00:58:29,884 --> 00:58:30,885 Saya ada di sini. 582 00:58:39,978 --> 00:58:40,979 Tuan di situ rupanya. 583 00:58:50,238 --> 00:58:52,157 Kenapa tuan di sini? 584 00:58:54,200 --> 00:58:55,243 Saya tak boleh tidur. 585 00:58:55,827 --> 00:58:57,203 Akibat mimpi buruk. 586 00:59:07,756 --> 00:59:09,215 Nak kongsi dengan saya? 587 00:59:12,886 --> 00:59:14,095 Saya pun tentu cemas 588 00:59:15,305 --> 00:59:16,931 jika mainan saya ditikam. 589 00:59:22,354 --> 00:59:25,231 Ayah kata benda begitu pun orang dah tak boleh terima sekarang. 590 00:59:29,694 --> 00:59:30,820 Awak seorang askar? 591 00:59:32,197 --> 00:59:33,323 Kenapa awak di sini? 592 00:59:34,949 --> 00:59:36,200 Di sini, tiada perang. 593 00:59:36,201 --> 00:59:38,619 Perang ada, tapi orang tak nampak. 594 00:59:38,620 --> 00:59:41,122 Ia terlindung di depan mata. 595 00:59:42,540 --> 00:59:46,169 Dimulakan oleh musuh yang menjadikan diri mereka satu keperluan. 596 00:59:47,921 --> 00:59:50,131 Mereka berfikir bagi pihak kita. 597 00:59:50,757 --> 00:59:52,716 Tapi perang mesin dah lama berakhir. 598 00:59:52,717 --> 00:59:54,678 Betul. Saya pun tahu. 599 00:59:55,553 --> 01:00:00,392 Sebab itulah saya bimbang, kerana kita dikawal sekali lagi. 600 01:00:31,381 --> 01:00:34,509 Sebab itulah saya dianugerahkan satu kuasa besar. 601 01:00:35,719 --> 01:00:37,137 Kuasa apa? 602 01:00:38,555 --> 01:00:41,391 Kemenangan dalam perang memerlukan pengorbanan 603 01:00:43,852 --> 01:00:46,646 dan pengorbanan tuan pasti tak sia-sia. 604 01:00:59,117 --> 01:01:00,118 Tolong hentikannya! 605 01:01:00,535 --> 01:01:01,618 Sakitnya! 606 01:01:01,619 --> 01:01:02,704 Berhenti! 607 01:01:08,710 --> 01:01:09,878 Tolong hentikannya! 608 01:02:56,401 --> 01:02:57,610 Saya nampak sekarang, ibu. 609 01:02:58,778 --> 01:02:59,863 Saya dah nampak. 610 01:05:28,428 --> 01:05:30,430 Terjemahan oleh: Noorsalwati