1 00:03:30,460 --> 00:03:33,922 Sejak wujudnya kaum manusia di Bumi Tua ini, 2 00:03:35,632 --> 00:03:39,219 mereka yang bertindak untuk memusnahkan susunan masyarakat 3 00:03:39,219 --> 00:03:41,554 memang perlu segera dikenakan tindakan. 4 00:03:42,722 --> 00:03:47,060 Komplot serangan pemberontak di Landsraad mengancam kita semua. 5 00:03:47,852 --> 00:03:52,023 Kalau bukan kerana tindakan seorang rakyat yang baik dan setia, 6 00:03:53,191 --> 00:03:55,402 majlis hari ini pasti satu pengebumian. 7 00:03:57,362 --> 00:04:03,118 Saat ini menggesa kita untuk memelihara nilai kita dengan tegas 8 00:04:03,243 --> 00:04:04,452 dan bermaruah. 9 00:04:04,452 --> 00:04:08,623 Sebab itu beta telah menubuhkan rejimen elit baharu. 10 00:04:10,208 --> 00:04:15,755 Beta lantik kamu, Desmond Hart, sebagai Bashar beta yang baharu. 11 00:04:17,090 --> 00:04:19,759 Untuk memimpin askar Imperium 12 00:04:19,759 --> 00:04:21,636 dan menghapuskan pengkhianatan. 13 00:04:22,554 --> 00:04:25,015 Berkhidmatlah kepada Kerabat beta, dengan bermaruah... 14 00:04:26,141 --> 00:04:27,517 dan setia. 15 00:04:56,087 --> 00:04:57,714 Saya dah jalankan tugas saya. 16 00:04:57,714 --> 00:05:00,800 Jika kamu disuruh mengawasi saya, baik kamu segera ikut. 17 00:05:17,359 --> 00:05:20,737 Nyawa keluarga beta terancam. Beta nak kamu kendalikannya. 18 00:05:21,780 --> 00:05:24,657 Patik akan urus pemberontak, tuanku. 19 00:05:25,241 --> 00:05:29,537 Patik cadang tuanku biarkan armada di orbit Salusa 20 00:05:29,537 --> 00:05:31,081 lama lagi. 21 00:05:31,081 --> 00:05:33,291 Nanti lambatlah perdagangan stabil. 22 00:05:34,125 --> 00:05:35,502 Itu cara tunjuk kekuatan. 23 00:05:36,961 --> 00:05:39,839 Peringatan tentang kedudukan kuasa sebenar. 24 00:05:41,216 --> 00:05:43,301 Kamu dilahirkan untuk mengenakan uniform itu. 25 00:05:43,301 --> 00:05:45,887 Saya dilahirkan untuk berkhidmat, tuanku. 26 00:06:10,954 --> 00:06:12,288 Francesca... 27 00:06:14,207 --> 00:06:16,459 Dah lama tak jumpa, Javicco. 28 00:06:19,087 --> 00:06:21,339 Saudari Francesca. Tak sangka kamu datang. 29 00:06:22,966 --> 00:06:25,593 Tiada sesiapa beritahu kamu ini majlis tertutup? 30 00:06:28,304 --> 00:06:29,848 Tuanku. 31 00:06:29,848 --> 00:06:32,142 Patik bukan datang atas urusan Jemaah Suri. 32 00:06:33,268 --> 00:06:35,687 Constantine hantar mesej kepada patik. 33 00:06:37,981 --> 00:06:40,400 Patik nak jumpa anak patik. 34 00:06:50,452 --> 00:06:52,454 Awak tahu siapa saya. Biar saya masuk. 35 00:06:53,371 --> 00:06:56,708 Kamu diarahkan untuk jaga adik saya, bukan halang kami berjumpa. 36 00:06:57,375 --> 00:06:59,461 - Sudah. - Awak fikir mereka halang awak? 37 00:06:59,461 --> 00:07:02,213 Tolonglah, Nez. Perlukah buat begini? 38 00:07:02,881 --> 00:07:04,049 Okey. 39 00:07:06,718 --> 00:07:09,262 - Saya... - Awak nak minta maaf? 40 00:07:09,262 --> 00:07:11,765 - Jika itu saja... - Saya minta maaf, Nez. 41 00:07:12,515 --> 00:07:14,017 Bukan itu sahaja, saya... 42 00:07:16,853 --> 00:07:19,773 Saya rasa bersalah kerana tinggalkan awak di Landsraad. 43 00:07:19,773 --> 00:07:22,275 Ayah sangka saya datang untuk sokong dia. 44 00:07:25,028 --> 00:07:26,654 Dia... 45 00:07:28,239 --> 00:07:29,574 berbangga. 46 00:07:45,340 --> 00:07:47,676 Awak patut beritahu saya peristiwa itu. 47 00:07:47,676 --> 00:07:49,761 Saya takkan kecewakan awak lagi. 48 00:07:53,223 --> 00:07:55,058 Haba hanyalah tenaga. 49 00:07:55,892 --> 00:08:00,855 Menerusi disiplin, kita boleh mengagihkan semula tenaga itu 50 00:08:00,855 --> 00:08:02,399 tanpa membawa bahaya. 51 00:08:04,192 --> 00:08:06,611 Minda yang tertumpu ialah perisai terhebat. 52 00:08:06,611 --> 00:08:10,573 Perisai apa pula yang kami ada apabila minda kami diserang igauan? 53 00:08:10,573 --> 00:08:14,035 "Yang paling berkuasa di dunia alamiah itu minda manusia." 54 00:08:14,035 --> 00:08:15,328 Usah berceramah. 55 00:08:15,328 --> 00:08:19,874 Seluruh sekolah ini mimpi benda sama, tapi hal ini langsung tak ditangani. 56 00:08:19,874 --> 00:08:22,210 Mata siapa yang menatap dari kegelapan? 57 00:08:22,335 --> 00:08:24,170 Awak dah melampau, cekel. 58 00:08:24,170 --> 00:08:25,755 Awak nak kami bezakan kebenaran. 59 00:08:25,755 --> 00:08:29,259 Bagaimana itu boleh berlaku sedangkan ia tak wujud di sini? 60 00:08:29,259 --> 00:08:31,553 Kita menghadapi situasi yang dahsyat. 61 00:08:32,512 --> 00:08:35,432 Bukan saja di Wallach IX, tapi di planet diraja. 62 00:08:35,432 --> 00:08:36,558 Itulah kebenarannya. 63 00:08:37,142 --> 00:08:38,435 Kukuhkan keazaman awak. 64 00:08:39,102 --> 00:08:41,396 Ingat tugas awak atau pergi. 65 00:08:42,022 --> 00:08:44,357 Itu pilihannya. Pilihan milik awak. 66 00:08:49,195 --> 00:08:51,906 Awak, keluar sekarang. 67 00:09:03,418 --> 00:09:06,755 - Saya dibuang sekolah? - Tak, Saudari Jen. Ikut saya. 68 00:09:09,841 --> 00:09:12,010 Tidur awak masih tak terganggu? 69 00:09:12,010 --> 00:09:14,304 Maksud awak, saya bermimpi? Tiada. 70 00:09:14,304 --> 00:09:15,597 Entah kenapa. 71 00:09:16,306 --> 00:09:18,099 Mungkin awak tak terkesan. 72 00:09:22,562 --> 00:09:25,148 Jadi, awaklah yang sesuai untuk bantu saya. 73 00:09:28,610 --> 00:09:29,944 Apa-apa saja yang diperlukan. 74 00:09:29,944 --> 00:09:33,031 Saya perlukan kebijaksanaan awak. 75 00:09:41,831 --> 00:09:44,793 Saya ambil risiko dengan menunjukkan perkara ini. 76 00:09:45,502 --> 00:09:47,253 Emosi awak tentu terkesan. 77 00:09:47,253 --> 00:09:49,214 - Saya tak faham... - Saya kena cuba. 78 00:09:59,808 --> 00:10:00,809 Lila? 79 00:10:01,810 --> 00:10:02,852 Tolong saya. 80 00:10:03,645 --> 00:10:08,149 Lila, ikut suara saya. 81 00:10:09,025 --> 00:10:10,026 Angkat kakinya. 82 00:10:11,277 --> 00:10:12,487 Ikat kaki dan tangannya. 83 00:10:16,241 --> 00:10:17,492 Apa yang berlaku pada dia? 84 00:10:17,951 --> 00:10:20,787 Bukan dia. Ini salah seorang moyangnya. 85 00:10:23,039 --> 00:10:25,166 Ingat perkara kita bincangkan, Lila. 86 00:10:25,667 --> 00:10:27,460 Apa awak buat pada dia? 87 00:10:28,336 --> 00:10:29,879 Saya temui jalan untuk dia hidup. 88 00:10:29,879 --> 00:10:32,757 - Lepaskan saya! - Ini hidupnya? 89 00:10:33,383 --> 00:10:35,010 Lila belum meninggalkan kita. 90 00:10:35,677 --> 00:10:37,303 Dia cuma tak tahu apa dia buat. 91 00:10:37,303 --> 00:10:40,473 Kita perlu bimbing dia kembali kepada dirinya. 92 00:10:42,058 --> 00:10:43,059 Lila. 93 00:10:43,810 --> 00:10:46,730 Lila, ikut suara saya jika awak boleh dengar. 94 00:10:47,397 --> 00:10:49,190 Saya sangat merindui awak. 95 00:10:52,444 --> 00:10:53,611 Tak apa. 96 00:11:05,749 --> 00:11:09,711 Kelak, nenek moyangnya akan bertenang 97 00:11:10,670 --> 00:11:12,964 dan dia akan belajar kendalikannya. 98 00:11:13,965 --> 00:11:17,969 Saya nak awak teman dia kerana awak kawan dia. 99 00:11:18,720 --> 00:11:20,889 Saya ada hal lain yang perlu diurus. 100 00:11:21,765 --> 00:11:25,518 Jika perlu, ini ubat sedatif ringan. 101 00:11:26,269 --> 00:11:27,937 Tapi hanya jika tiada cara lain. 102 00:11:40,700 --> 00:11:43,286 Saudari Jen, saya dengar suara awak. 103 00:11:43,286 --> 00:11:45,955 Saya di sini, Lila. Saya ada di sini. 104 00:12:12,107 --> 00:12:13,358 Ibu. 105 00:12:21,282 --> 00:12:23,284 Gembiranya dapat jumpa kamu, anakku. 106 00:12:28,665 --> 00:12:30,834 Sudut alam semesta ini yang lain macam mana? 107 00:12:31,918 --> 00:12:33,503 Saya tak sangka ibu datang. 108 00:12:33,503 --> 00:12:35,505 Ibu datang sebaik saja terima mesej kamu. 109 00:12:35,505 --> 00:12:38,633 Mesej saya? Saya tak hantar kristal. 110 00:12:38,633 --> 00:12:41,177 Saya sangka ibu datang kerana Kasha. 111 00:12:42,887 --> 00:12:44,556 Kasha? 112 00:12:44,556 --> 00:12:48,476 Ibu tak tahu? 113 00:12:50,061 --> 00:12:51,604 Kasha dah mati. 114 00:12:54,482 --> 00:12:58,695 Ibu Kudus datang ke Zimia dan sampaikan berita itu sendiri. 115 00:13:05,660 --> 00:13:07,037 Masuk. 116 00:13:09,748 --> 00:13:10,957 Tuan Bashar? 117 00:13:15,170 --> 00:13:16,921 Tengok siapa datang. 118 00:13:18,423 --> 00:13:20,592 Berani betul. 119 00:13:22,886 --> 00:13:24,804 Saya datang untuk minta maaf secara rasmi. 120 00:13:25,555 --> 00:13:29,809 Saya tak patut usulkan siasatan terhadap Kerabat Corrino. 121 00:13:29,809 --> 00:13:32,354 Awak patut minta maaf kepada maharaja. 122 00:13:32,354 --> 00:13:33,730 Bukan saya. 123 00:13:35,315 --> 00:13:37,067 Baginda dengar nasihat awak. 124 00:13:41,237 --> 00:13:42,405 Tutup pintu. 125 00:13:47,035 --> 00:13:50,705 Awak bertindak seperti pengkhianat di depan Majlis Tertinggi. 126 00:13:50,705 --> 00:13:54,668 Sumpah, tindakan saya hasil pemikiran saya yang terbantut. 127 00:13:56,086 --> 00:13:58,338 Saya tersilap dengar cadangan mak cik saya. 128 00:13:59,547 --> 00:14:02,425 Saya keliru. Itu akan berlaku jika berurusan dengan dia. 129 00:14:09,557 --> 00:14:11,351 Mak cik awak paksa awak buat? 130 00:14:12,143 --> 00:14:14,688 Dia tak habis-habis mengaibkan Kerabat kami. 131 00:14:18,817 --> 00:14:19,818 Mari duduk. 132 00:14:34,791 --> 00:14:36,376 Kenapa saya patut maafkan awak? 133 00:14:37,544 --> 00:14:40,755 Sebab kita tak mewakili keturunan kita. 134 00:14:44,050 --> 00:14:48,054 Datuk saudara saya kenal dia siapa. Kenapalah saya tak sempat... 135 00:14:52,100 --> 00:14:55,812 Saya nak tahu hubungan Jemaah Suri 136 00:14:57,063 --> 00:14:58,356 dengan pemberontakan. 137 00:14:59,107 --> 00:15:00,358 Saya tak tahu. 138 00:15:01,985 --> 00:15:03,695 Entah siapa bersekongkol dengan dia. 139 00:15:03,695 --> 00:15:06,489 Kami bukanlah rapat sangat. 140 00:15:07,365 --> 00:15:10,577 Awak rasa mereka campur tangan dalam perdagangan rempah 141 00:15:12,412 --> 00:15:14,205 untuk melemahkan maharaja? 142 00:15:21,046 --> 00:15:22,130 Macam mana? 143 00:15:23,965 --> 00:15:28,928 Bawa bukti dan Kerabat Diraja akan beri awak ganjaran. 144 00:15:40,315 --> 00:15:43,109 - Saya ada sesuatu. - Yakah? 145 00:15:43,777 --> 00:15:48,448 Suatu masa dulu, lanun sering rampas penghantaran bulu paus saya. 146 00:15:48,448 --> 00:15:50,992 Identiti dan lokasi mereka tak diketahui. 147 00:15:50,992 --> 00:15:53,495 Misteri yang tak terungkai. 148 00:15:53,495 --> 00:15:56,915 Jadi, saya berhenti mencari lanun 149 00:15:56,915 --> 00:15:59,542 dan mula mencari barang gelap. 150 00:15:59,542 --> 00:16:00,669 Tahu apa saya jumpa? 151 00:16:00,669 --> 00:16:04,506 Di Zimia, semuanya melalui pasar gelap 152 00:16:04,506 --> 00:16:07,425 yang diusahakan oleh sekumpulan penyeludup Arrakeen. 153 00:16:07,425 --> 00:16:11,304 Bulu paus, senjata, rempah. 154 00:16:11,304 --> 00:16:13,473 Maknanya... 155 00:16:13,473 --> 00:16:15,600 Entah. Awak yang bercerita. Apa maksudnya? 156 00:16:15,600 --> 00:16:16,976 Kumpulan pemberontak. 157 00:16:17,977 --> 00:16:20,980 Mereka pasti gunakan pasar gelap. 158 00:16:20,980 --> 00:16:22,941 Mereka pasti gunakan... 159 00:16:23,983 --> 00:16:25,819 pasar gelap. 160 00:16:25,819 --> 00:16:30,323 Untuk jual rempah, kumpulkan solari dan beli mesin pintar. 161 00:16:30,323 --> 00:16:35,620 Saya yakin jika awak lawat lokasi penyeludup ini dan... 162 00:16:38,415 --> 00:16:41,418 ampu mereka dengan tarikan awak yang terkenal... 163 00:16:44,587 --> 00:16:46,423 Mereka akan beritahu identiti 164 00:16:46,423 --> 00:16:49,217 dan lokasi pemberontak serta orang yang bersepakat. 165 00:17:04,941 --> 00:17:06,359 Permulaan yang bagus. 166 00:17:07,027 --> 00:17:12,032 Tapi untuk bersihkan nama awak, saya nak bukti mak cik awak terlibat. 167 00:17:38,058 --> 00:17:39,768 Kenapa awak tak jujur? 168 00:17:39,768 --> 00:17:42,937 Persatuan Cakerawala sentiasa mengawasi perutusan. 169 00:17:42,937 --> 00:17:45,231 Saya tak nak ancam misi awak dan tak nak 170 00:17:45,231 --> 00:17:47,484 maharaja tahu yang awak dipanggil. 171 00:17:47,484 --> 00:17:50,111 Keadaan terlalu berbahaya. 172 00:17:51,654 --> 00:17:55,283 Francesca, perkara yang menimpa Kasha hanyalah permulaannya. 173 00:18:01,790 --> 00:18:03,750 Kita telah diketepikan. 174 00:18:04,876 --> 00:18:07,879 Maharaja menolak perkhidmatan Nujum Dusta. 175 00:18:10,590 --> 00:18:14,427 Bashar baharunya mempengaruhi dia untuk menjadi kuku besi. 176 00:18:16,054 --> 00:18:18,765 Ini pembalasan yang disebut oleh Raquella. 177 00:18:20,016 --> 00:18:21,267 Ya. 178 00:18:22,018 --> 00:18:24,854 Tapi dia mungkin hanya sebahagian kecil masalah kita. 179 00:18:24,854 --> 00:18:26,398 Apa pendapat Tula? 180 00:18:27,315 --> 00:18:30,235 Tula sokong saya sebagaimana dia sokong saya dari dulu. 181 00:18:31,236 --> 00:18:34,906 Jika dia ada, dia akan bertegas agar kita bertindak. 182 00:18:35,824 --> 00:18:38,618 Rancangan saya untuk hapuskan Desmond Hart sedang berjalan. 183 00:18:39,411 --> 00:18:44,165 Apabila misi tercapai, awak perlu bimbing Corrino kembali kepada kita. 184 00:18:44,916 --> 00:18:48,545 Yakinkan dia untuk benarkan Ynez belajar di Wallach IX. 185 00:18:48,545 --> 00:18:50,171 Constantine pula? 186 00:18:51,673 --> 00:18:53,258 Dia cuma umpan? 187 00:18:53,258 --> 00:18:57,012 Maharaja belum melantik komander bagi armada baharunya. 188 00:18:59,264 --> 00:19:01,224 Lebih baik anak ahli jemaah 189 00:19:01,224 --> 00:19:03,768 mengetuai aset penting itu. 190 00:19:05,186 --> 00:19:08,273 Peluang kejayaan saya tipis jika Bashar menjadi penghalang. 191 00:19:09,149 --> 00:19:10,692 Dia takkan halang awak. 192 00:19:11,693 --> 00:19:13,486 Saya akan pastikan dia sibuk. 193 00:19:31,171 --> 00:19:32,547 Guru pedang. 194 00:19:49,898 --> 00:19:51,900 Kami sedang mencari pemberontak. 195 00:19:55,028 --> 00:19:56,446 Awak nak ikut? 196 00:20:01,159 --> 00:20:03,411 Saya tak tahu pula awak ada kelas tarian. 197 00:20:04,412 --> 00:20:05,747 Tuanku. 198 00:20:06,998 --> 00:20:08,625 Mungkin lain kali. 199 00:20:18,551 --> 00:20:20,428 Sedia untuk dibelasah, Atreides? 200 00:20:26,351 --> 00:20:28,228 - En garde. - Awak lambat lagi. 201 00:20:28,978 --> 00:20:30,814 - Ibu saya... - Jangan buat alasan 202 00:20:30,814 --> 00:20:32,232 untuk diri awak, Constantine. 203 00:20:32,232 --> 00:20:34,150 Nak dihormati ayah awak? Mula di sini. 204 00:20:34,150 --> 00:20:35,652 Cuba jadi bertanggungjawab. 205 00:20:35,652 --> 00:20:38,196 Latihan ini mungkin selamatkan nyawa awak. 206 00:20:38,196 --> 00:20:40,740 Tapi saya takkan ajar jika awak tak ambil serius. 207 00:20:40,740 --> 00:20:43,576 Sudah. Itu saja pengajaran hari ini. 208 00:21:01,970 --> 00:21:04,514 Mikaela, awak perlu pergi dari planet ini. 209 00:21:04,514 --> 00:21:06,933 Anjing polis baharu maharaja sedang memburu. 210 00:21:08,226 --> 00:21:10,437 Okey, apa kata awak bertenang dulu? 211 00:21:10,437 --> 00:21:13,148 Mereka di serata pelabuhan, mengganggu penyeludup. 212 00:21:13,148 --> 00:21:16,234 Tunggu masa sebelum dia seksa orang untuk tangkap kita. 213 00:21:16,234 --> 00:21:19,320 - Awak perlu pergi sekarang. - Okey, awak pula? 214 00:21:19,320 --> 00:21:20,488 Penyamaran saya utuh. 215 00:21:23,616 --> 00:21:26,286 Saya cuba bertahun-tahun untuk dapat posisi itu. 216 00:21:28,121 --> 00:21:29,998 Bodohlah kalau saya sia-siakannya. 217 00:21:29,998 --> 00:21:32,709 Ini tiada kaitan dengan tuan puteri? 218 00:21:32,709 --> 00:21:36,463 Saya lebih lama bergiat daripada awak dan ini nasihat saya. 219 00:21:37,172 --> 00:21:38,923 Jangan tersilap dengan berfikir 220 00:21:38,923 --> 00:21:41,634 bahawa awak boleh jadi orang yang awak menyamar. 221 00:21:43,595 --> 00:21:45,638 Walaupun orang itu lebih baik daripada saya? 222 00:21:46,639 --> 00:21:48,058 Terutamanya begitu. 223 00:21:53,938 --> 00:21:56,858 Mari. Horace pasti nak awak selamat. 224 00:21:58,985 --> 00:22:03,073 Jika awak rasa Horace nak saya lari, maknanya awak tak kenal dia. 225 00:22:05,283 --> 00:22:06,826 Peledak berantai? 226 00:22:06,826 --> 00:22:10,830 - Macam mana awak dapat? - Saya ada caranya, Atreides. 227 00:22:11,456 --> 00:22:15,377 Biar Desmond Hart datang. Saya tak sabar nak sambut dia. 228 00:22:39,526 --> 00:22:40,610 Daripada Ibu Kudus. 229 00:23:05,260 --> 00:23:06,886 Saya sangka awak dah tiada. 230 00:23:08,304 --> 00:23:09,597 Kami semua begitu. 231 00:23:11,141 --> 00:23:13,018 Kata mereka, itu saja caranya. 232 00:23:15,020 --> 00:23:16,312 Saya patut masuk campur. 233 00:23:16,980 --> 00:23:18,148 Bukan salah awak. 234 00:23:19,607 --> 00:23:21,317 Awak dah nasihatkan saya. 235 00:23:22,610 --> 00:23:24,154 Betul kata awak. 236 00:23:25,363 --> 00:23:27,115 Jemaah Suri dirundung masalah. 237 00:23:28,283 --> 00:23:29,784 Entah macam mana nak cerita. 238 00:23:32,287 --> 00:23:35,749 Kami mula mengigau dan semua orang lihat benda sama... 239 00:23:35,749 --> 00:23:37,542 Mulut terlopong Shai-Hulud... 240 00:23:38,793 --> 00:23:42,005 ditelan kegelapan sehingga dua mata menatap kita semula. 241 00:23:42,005 --> 00:23:43,923 Tunggu, awak pun mimpi ngeri? 242 00:23:43,923 --> 00:23:45,508 Itu bukan mimpi ngeri. 243 00:23:46,217 --> 00:23:47,635 Itu satu ramalan. 244 00:23:49,679 --> 00:23:54,142 Saya nampak pembalasan yang akan memacu kezaliman Imperium. 245 00:23:54,726 --> 00:23:56,895 Jika dia berjaya, 246 00:23:58,229 --> 00:24:02,817 manusia akan kembali memusnahkan diri. 247 00:24:02,817 --> 00:24:05,278 Awak nampak semua itu semasa Kesengsaraan? 248 00:24:07,906 --> 00:24:09,908 Semasa saya nazak. 249 00:24:12,369 --> 00:24:13,787 Di mana Valya? 250 00:24:17,540 --> 00:24:19,042 Awak bukan Lila. 251 00:24:29,177 --> 00:24:30,345 Lila... 252 00:24:31,971 --> 00:24:33,515 Awak patut berehat. 253 00:24:35,684 --> 00:24:37,394 Saya suruh awak jaga dia di bawah. 254 00:24:38,228 --> 00:24:41,648 Saudari Tula, meja ini begitu kucar-kacir. 255 00:24:43,858 --> 00:24:47,445 Awak gunakan kaedah luar biasa untuk jangkau pengetahuan saya. 256 00:24:47,445 --> 00:24:50,699 Saya dah ada. Mari kita bekerja. 257 00:24:51,908 --> 00:24:53,702 Ibu Raquella? 258 00:24:53,702 --> 00:24:56,246 Sia-sia saja peluang ini jika awak tercegat di situ. 259 00:24:58,998 --> 00:25:02,043 Saya tak tahu berapa lama saya dapat kawal dia. Saudari! 260 00:25:05,380 --> 00:25:08,717 Jejak data ini. Cari corak yang wujud. 261 00:25:10,468 --> 00:25:15,265 - Sampel batang otak Saudari Kasha? - Betul. 262 00:25:15,974 --> 00:25:18,226 Sekolah Ibu masih bertahan. 263 00:25:20,270 --> 00:25:22,022 Itu buat saya rasa lega. 264 00:25:22,022 --> 00:25:26,359 Valya telah meningkatkan bilangan ahli dan pengaruh kita. 265 00:25:27,027 --> 00:25:30,697 Dia telah melindungi teras Jemaah Suri. 266 00:25:30,697 --> 00:25:33,575 Maknanya, dia setia menjalankan misinya. 267 00:25:34,325 --> 00:25:37,037 Melantik dia pilihan yang betul, 268 00:25:37,037 --> 00:25:39,664 walaupun ada risiko memecah-belahkan Jemaah Suri. 269 00:25:42,876 --> 00:25:45,587 Saya takut misi saya akan terabai. 270 00:25:46,629 --> 00:25:49,507 - Misi apa? - Jangan banyak tanya, Saudari Jen. 271 00:25:49,507 --> 00:25:52,594 Cucu saya, Dorotea, 272 00:25:52,594 --> 00:25:57,349 dia dan Valya dah berdamai? 273 00:26:04,981 --> 00:26:06,608 Begitu rupanya. 274 00:26:13,448 --> 00:26:16,618 Iltizam kakak awak takkan pernah malap. 275 00:26:30,674 --> 00:26:32,425 Saya pernah lihat kerosakan tisu ini. 276 00:26:32,425 --> 00:26:33,843 - Ya? - Semasa perang. 277 00:26:33,843 --> 00:26:36,429 Saudari Jen, bawakan saya sampel baharu. 278 00:26:54,406 --> 00:26:55,907 Kamu dah kembali. 279 00:26:57,200 --> 00:26:59,285 Maklumat yang mak cik beri membantu? 280 00:27:00,078 --> 00:27:01,454 Hart menghargainya. 281 00:27:02,080 --> 00:27:04,624 Jika matlamatnya tercapai menerusi penyeludup itu, 282 00:27:04,624 --> 00:27:07,877 harapnya dendamnya terhadap kita akan dilupakan. 283 00:27:08,461 --> 00:27:09,546 Ia takkan dilupakan. 284 00:27:10,380 --> 00:27:13,758 Tapi kemusykilannya boleh digunakan menjadi kelebihan kamu. 285 00:27:15,802 --> 00:27:18,179 Banyak kali dia ungkit hal mak cik dan Jemaah Suri. 286 00:27:19,180 --> 00:27:21,182 Tanya jika saya tahu kegiatan mak cik. 287 00:27:22,934 --> 00:27:24,352 Apa yang mak cik buat? 288 00:27:25,395 --> 00:27:27,397 Kegiatan biasa kami, Harrow. 289 00:27:27,397 --> 00:27:29,149 Berkhidmat kepada Imperium. 290 00:27:31,359 --> 00:27:34,362 Keinginan kamu untuk membantu Bashar 291 00:27:34,362 --> 00:27:38,491 akan buat Kerabat Harkonnen dipandang tinggi oleh maharaja. 292 00:27:39,242 --> 00:27:41,369 Inilah impian kamu dari dulu. 293 00:27:41,369 --> 00:27:44,748 Mak cik ada di sini untuk menghadiahkan impian itu. 294 00:27:46,291 --> 00:27:49,711 Kalaulah ada Nujum Dusta untuk menilai keikhlasan mak cik. 295 00:27:50,879 --> 00:27:52,714 Kamu perlu percaya mak cik saja. 296 00:28:11,107 --> 00:28:12,108 Saya perlu pergi. 297 00:28:13,026 --> 00:28:14,652 Tak lama lagi kapal akan belayar. 298 00:28:14,652 --> 00:28:16,613 Mak cik pasti tak mahu ikut saya 299 00:28:16,613 --> 00:28:19,574 untuk tanam Pak Cik Evgeny tersayang di antara moyang kita? 300 00:28:20,367 --> 00:28:22,035 Mak cik dah ucapkan selamat tinggal. 301 00:28:23,453 --> 00:28:25,622 Setiap kata-kata itu pasti beri dia ketenangan. 302 00:28:27,999 --> 00:28:30,001 Saya akan kirim salam mak cik ke Lankiveil. 303 00:28:30,543 --> 00:28:32,420 Anggap ini rumah mak cik masa saya tiada. 304 00:28:41,346 --> 00:28:42,472 Saya tak faham. 305 00:28:43,056 --> 00:28:45,975 Keputusan untuk bawa Desmond Hart kepada pemberontak... 306 00:28:46,935 --> 00:28:48,895 Apa peranan Saudari Francesca? 307 00:28:50,897 --> 00:28:53,942 Kelak, awak dan yang lain akan belajar erti pengaruh. 308 00:28:55,068 --> 00:28:59,030 Memberikan pengaruh begitu besar sehingga mengubah haluan seseorang. 309 00:28:59,572 --> 00:29:03,326 Ikatan emosi dan fizikal itu takkan pernah putus. 310 00:29:09,207 --> 00:29:10,834 Apa yang kamu nak, Francesca? 311 00:29:14,254 --> 00:29:17,507 Berhenti mengawal anak kita dan mula menyokong dia. 312 00:29:17,507 --> 00:29:20,760 Uji dia dengan tanggungjawab sebenar. 313 00:29:22,554 --> 00:29:24,305 Budak itu lebih rela berseronok 314 00:29:24,305 --> 00:29:27,392 di kamar tidur setiap Majlis Kerabat daripada memimpin. 315 00:29:28,059 --> 00:29:31,062 Dia tak tunjuk keinginan mahupun inisiatif. 316 00:29:31,062 --> 00:29:33,565 Reputasi tuanku sama semasa muda dulu. 317 00:29:34,232 --> 00:29:37,444 Seingat patik, ayah tuanku juga sangat hampa dengan tuanku. 318 00:29:38,069 --> 00:29:39,988 Kisah ini melibatkan kamu juga. 319 00:29:40,697 --> 00:29:42,323 Beta banyak terima sokongan kamu. 320 00:29:45,702 --> 00:29:47,704 Beri anak kita peluangnya, tuanku. 321 00:29:48,663 --> 00:29:50,331 Dia pasti akan jadi lebih baik. 322 00:29:52,334 --> 00:29:53,752 Paksa dia buktikan dirinya. 323 00:29:57,297 --> 00:30:01,134 Kelak dia akan jadi lelaki yang cekap dan hebat seperti tuanku. 324 00:30:23,031 --> 00:30:26,284 Patik datang bukan nak rosakkan hubungan tuanku dengan isteri. 325 00:30:58,149 --> 00:31:00,068 Semasa Wabak Omnius, 326 00:31:00,068 --> 00:31:02,487 mesin mereka cipta patogen 327 00:31:03,113 --> 00:31:05,156 yang mengeram dalam tubuh manusia 328 00:31:05,156 --> 00:31:08,618 dan merembeskan enzim yang menjangkiti hati. 329 00:31:09,953 --> 00:31:12,664 Enzim ini mempunyai sifat yang sama, 330 00:31:12,664 --> 00:31:16,584 tetapi ia tertumpu di amigdala Kasha. 331 00:31:18,086 --> 00:31:19,170 Pusat ketakutan. 332 00:31:20,380 --> 00:31:22,549 Kami percaya di situlah kerosakan bermula. 333 00:31:26,970 --> 00:31:29,472 Saya kata, jangan ganggu melainkan ada kecemasan. 334 00:31:30,557 --> 00:31:31,725 Apa yang berlaku di sini? 335 00:31:32,642 --> 00:31:33,643 Sini tak selamat. 336 00:31:34,352 --> 00:31:35,437 Siapa bersama awak? 337 00:31:35,437 --> 00:31:38,023 - Itu bukan urusan awak. - Urusan saya? 338 00:31:38,023 --> 00:31:40,442 Awak tahu apa yang berlaku di sekolah ini? 339 00:31:41,067 --> 00:31:43,194 Pelajar menuntut untuk dihantar pulang. 340 00:31:43,194 --> 00:31:45,280 Mereka melarikan diri akibat ketakutan. 341 00:31:45,947 --> 00:31:49,117 Habislah kalau mereka beritahu keluarga mereka 342 00:31:49,117 --> 00:31:50,410 bahawa penyelia tiada... 343 00:31:50,410 --> 00:31:52,662 Saudari Avila, awak melampaui batas. 344 00:31:54,414 --> 00:31:56,207 Daripada Ibu Kudus Valya. 345 00:31:59,753 --> 00:32:03,173 Tula, ini virus. 346 00:32:03,173 --> 00:32:05,592 Mimpi ngeri dan kematian yang berlaku 347 00:32:05,592 --> 00:32:07,802 berkaitan dengan retrovirus RNA 348 00:32:07,802 --> 00:32:10,972 bawaan udara yang diubah suai secara genetik. 349 00:32:12,515 --> 00:32:13,558 Saudari Avila. 350 00:32:17,228 --> 00:32:19,939 Kekejian apa ini? 351 00:32:19,939 --> 00:32:21,441 Saya berjaya selamatkan dia. 352 00:32:24,027 --> 00:32:27,155 Saudari Lila masih dalam pemulihan. 353 00:32:27,155 --> 00:32:29,157 Valya tahu hal ini? 354 00:32:29,157 --> 00:32:31,659 Saya menjalankan tugas seperti yang diarahkan. 355 00:32:33,411 --> 00:32:36,456 Lindung Jemaah Suri tak kira caranya. Bukan itu matlamat awak? 356 00:32:36,456 --> 00:32:38,750 - Tentulah. Tapi saya... - Bagus. 357 00:32:38,750 --> 00:32:40,085 Jadi, kita bersetuju. 358 00:32:41,169 --> 00:32:42,253 Awak boleh pergi. 359 00:32:43,296 --> 00:32:45,548 Rahsiakan hal ini daripada semua, okey? 360 00:33:27,424 --> 00:33:29,426 Bashar baharu. Selamat datang. 361 00:33:31,428 --> 00:33:34,639 Nak rasa sikit secara percuma? 362 00:33:36,307 --> 00:33:40,353 Harapnya awak tak bergantung pada penghantaran rempah haram. 363 00:33:41,146 --> 00:33:42,230 Sebab... 364 00:33:43,565 --> 00:33:44,774 kebetulan pula, 365 00:33:45,817 --> 00:33:47,777 saya baru bercakap dengan penyeludup. 366 00:33:47,777 --> 00:33:51,906 Malangnya, kebanyakan masa dia hanya menjerit-jerit, 367 00:33:53,033 --> 00:33:55,452 tapi dia beritahu saya sesuatu yang menarik. 368 00:33:57,287 --> 00:34:01,916 Katanya, tempat ini sarang aktiviti pemberontak. 369 00:34:02,792 --> 00:34:05,754 Dia juga kata, rempah yang dia seludup masuk 370 00:34:05,754 --> 00:34:07,464 bantu biaya kumpulan itu. 371 00:34:09,549 --> 00:34:10,967 Macam biasa dengar? 372 00:34:12,344 --> 00:34:13,970 Tak. 373 00:34:18,224 --> 00:34:19,309 Okey. 374 00:34:55,428 --> 00:34:57,180 Yang buat saya hairan 375 00:34:58,014 --> 00:34:59,516 ialah kehadiran awak di sini. 376 00:34:59,516 --> 00:35:03,895 Seorang Fremen mengaut untung daripada penjarahan planet sendiri. 377 00:35:04,938 --> 00:35:07,857 Bergaul dengan penindas sendiri. 378 00:35:07,857 --> 00:35:09,693 Saya jumpa cara hidup yang lain. 379 00:35:09,693 --> 00:35:11,403 Atau cara lain untuk membunuh. 380 00:35:13,571 --> 00:35:15,073 Yang saya nak tahu 381 00:35:15,699 --> 00:35:18,785 ialah hubungan Jemaah Suri dengan pemberontakan. 382 00:35:19,369 --> 00:35:21,579 Awak berikan sesuatu yang berguna, 383 00:35:23,248 --> 00:35:24,958 saya akan biar awak hidup. 384 00:35:27,252 --> 00:35:29,713 Tuhan cipta Arrakis untuk melatih orang yang percaya. 385 00:35:30,547 --> 00:35:31,673 Saya tinggal di sini. 386 00:35:40,390 --> 00:35:42,392 Mari kita lihat ada apa di atas. 387 00:35:47,981 --> 00:35:49,065 Awasi dia. 388 00:37:16,528 --> 00:37:18,154 Ikut saya di belakang. Mari. 389 00:37:38,758 --> 00:37:39,759 Pergi! 390 00:38:34,606 --> 00:38:36,483 Saya pernah lihat pisau begitu. 391 00:38:37,984 --> 00:38:39,152 Ahli jemaah. 392 00:38:46,659 --> 00:38:47,660 Awak tipu kami. 393 00:38:50,246 --> 00:38:52,123 Semua orang ada rahsia, Atreides. 394 00:38:53,124 --> 00:38:56,419 Jemaah Suri menyokong yang terbaik untuk Imperium. 395 00:38:57,504 --> 00:38:58,755 Sama seperti awak. 396 00:38:59,923 --> 00:39:03,134 Awak dan penduduk Arrakis pula macam mana? 397 00:39:03,134 --> 00:39:04,761 Sanggup biar mereka binasa? 398 00:39:12,268 --> 00:39:13,687 Harap kita takkan jumpa lagi. 399 00:39:36,418 --> 00:39:38,962 Dia dah tidur. Bagus. 400 00:39:46,594 --> 00:39:49,014 Beritahu saya jika Raquella kembali. 401 00:39:56,730 --> 00:39:59,357 Adakah Lila dipergunakan untuk kepentingan jemaah? 402 00:40:00,525 --> 00:40:02,485 Kita dalam krisis, Saudari Jen. 403 00:40:02,485 --> 00:40:04,446 Pengorbanan perlu dibuat. 404 00:40:04,446 --> 00:40:05,864 Apa yang awak korbankan? 405 00:40:10,910 --> 00:40:12,662 Lebih daripada sangkaan awak. 406 00:41:27,987 --> 00:41:29,406 Dah lama ibu cari kamu. 407 00:41:34,369 --> 00:41:38,873 Selama ini, saya terpaksa belajar tentang kehebatan Kerabat Corrino. 408 00:41:40,041 --> 00:41:42,544 Roderick, Jules. Keluarga Butler sebelum mereka. 409 00:41:45,255 --> 00:41:47,966 Tapi saya tak tahu apa-apa tentang keluarga ibu. 410 00:41:49,384 --> 00:41:52,762 Setiap tindakan Jemaah Suri ibu dibuat dengan tujuan, bukan? 411 00:41:52,762 --> 00:41:54,681 Demi rancangan yang lebih besar? 412 00:41:57,934 --> 00:42:01,938 Ya, kami sentiasa berniat begitu. 413 00:42:04,024 --> 00:42:06,151 Apa tujuan ibu melahirkan saya? 414 00:42:10,071 --> 00:42:12,991 - Constantine. - Apa tujuannya ibu lahirkan saya? 415 00:42:12,991 --> 00:42:17,245 Ibu tinggalkan saya untuk dibesarkan oleh bapa yang takkan terima saya. 416 00:42:20,665 --> 00:42:22,167 Apa tujuannya? 417 00:42:32,677 --> 00:42:34,512 Maaf, tiada gelas untuk ibu. 418 00:42:40,352 --> 00:42:42,979 Kamu perlu lihat sisi sebenar ayah kamu. 419 00:42:44,439 --> 00:42:46,775 Lelaki yang takkan pernah berpuas hati. 420 00:42:47,692 --> 00:42:49,486 Lelaki yang didorong ketakutan. 421 00:42:51,654 --> 00:42:53,073 Kamu pula, sebaliknya, 422 00:42:53,907 --> 00:42:55,909 tak pernah peduli pendapat orang. 423 00:42:55,909 --> 00:42:57,202 Untuk apa semua itu? 424 00:42:57,202 --> 00:42:58,995 Akan ada peluang. 425 00:42:58,995 --> 00:43:02,123 Apabila peluang bertandang, rebutlah dengan yakin. 426 00:43:03,041 --> 00:43:04,584 Yalah itu. 427 00:43:06,378 --> 00:43:07,629 Nak tahu kebenaran? 428 00:43:08,338 --> 00:43:10,048 Tujuan kamu, Constantine, 429 00:43:10,924 --> 00:43:14,094 sebab kamu dilahirkan di dunia ini... 430 00:43:16,012 --> 00:43:17,681 untuk melindungi adik kamu, 431 00:43:20,058 --> 00:43:22,268 iaitu bakal pemimpin Imperium, 432 00:43:22,268 --> 00:43:24,771 daripada sesiapa yang membahayakan dia. 433 00:43:30,819 --> 00:43:33,029 Termasuk yang mendakwa mereka menyayanginya. 434 00:43:47,877 --> 00:43:50,463 Apa, Desmond Hart terselamat? 435 00:43:50,463 --> 00:43:51,965 Bagaimana itu boleh berlaku? 436 00:43:51,965 --> 00:43:53,383 Saya tak tahu. 437 00:43:53,383 --> 00:43:55,135 Tapi mayatnya tak ditemui. 438 00:43:55,135 --> 00:43:56,511 Biarlah jika begitu. 439 00:43:56,511 --> 00:43:58,430 Ada rancangan luar jangka untuknya. 440 00:43:59,055 --> 00:44:04,269 Saya terpaksa musnahkan segalanya yang saya bina selama ini. 441 00:44:04,269 --> 00:44:06,938 Ini usaha bertahun-tahun. Awak pula cuma... 442 00:44:06,938 --> 00:44:08,898 Usaha awak tak sia-sia. 443 00:44:09,941 --> 00:44:13,528 Kita perlu menyibukkan musuh agar Francesca boleh bertindak. 444 00:44:13,528 --> 00:44:15,780 Harapnya dia manfaatkan peluang itu. 445 00:44:16,614 --> 00:44:18,742 Awak boleh berbangga, Mikaela. 446 00:44:18,742 --> 00:44:21,202 Bukan prestasi saya yang saya ragui, Ibu Kudus. 447 00:44:21,202 --> 00:44:23,538 Hati-hati dengan kata-kata awak seterusnya. 448 00:44:37,635 --> 00:44:40,430 Ini akan bawa awak ke suaka kita di Arrakis. 449 00:44:47,145 --> 00:44:50,523 Saya takkan khianati orang saya macam saya khianati Horace dan lain. 450 00:44:50,523 --> 00:44:52,650 Jemaah Suri ialah orang awak. 451 00:44:54,694 --> 00:44:56,905 Nampaknya dia dicorakkan ikut acuan awak. 452 00:45:03,536 --> 00:45:06,289 Tengoklah berapa lama awak bertahan sebagai cekel naif. 453 00:46:25,118 --> 00:46:26,119 Itu pun dia. 454 00:46:28,371 --> 00:46:30,582 Constantine. Baru perasan awak ada. 455 00:46:33,543 --> 00:46:35,420 Begini, tentang hal tadi, 456 00:46:35,420 --> 00:46:37,464 saya tak berniat untuk... 457 00:46:37,464 --> 00:46:39,299 Saya nak berterima kasih. 458 00:46:40,258 --> 00:46:41,468 Awak prihatin... 459 00:46:42,719 --> 00:46:44,554 dan banyak bantu saya. 460 00:46:46,348 --> 00:46:48,975 Awak juga banyak cuba ajar saya. 461 00:46:51,853 --> 00:46:52,854 Tak mengapa. 462 00:46:53,938 --> 00:46:56,399 - Itu tugas saya. - Awak buat lebih daripada itu. 463 00:46:56,399 --> 00:46:58,443 Awak mengingatkan saya kepada tujuan saya. 464 00:46:59,444 --> 00:47:02,238 Saya gembira awak hargainya. 465 00:47:02,238 --> 00:47:05,158 Bukan itu saja, kawan. 466 00:47:07,911 --> 00:47:09,120 Saya sayang awak. 467 00:47:44,239 --> 00:47:47,325 Kita tak perlukan sebab untuk menjamu bersama sahabat handai, 468 00:47:47,325 --> 00:47:49,828 tapi malam ini peristiwa yang istimewa sekali. 469 00:47:50,620 --> 00:47:52,122 Boleh kamu berdiri, Constantine? 470 00:47:57,043 --> 00:48:00,505 Dengan bangganya, beta mahu berkongsi berita dengan kalian. 471 00:48:00,505 --> 00:48:03,675 Atas jasa tindakan pantas anak beta, 472 00:48:04,384 --> 00:48:06,928 kita berjaya tangkap pengkhianat dalam Kerabat kita. 473 00:48:08,638 --> 00:48:10,390 Guru pedang kita, 474 00:48:11,016 --> 00:48:13,143 yang beta sangka berkhidmat kepada kita. 475 00:48:14,185 --> 00:48:16,271 Tapi dia akan dijadikan pengajaran. 476 00:48:17,605 --> 00:48:20,942 Kerabat Harkonnen takkan menerima sebarang pengkhianatan. 477 00:48:20,942 --> 00:48:23,987 Beta berterima kasih kerana Constantine faham prinsip itu. 478 00:48:26,865 --> 00:48:27,866 Ayuh ucap selamat. 479 00:48:31,786 --> 00:48:34,039 Mengiktiraf kamu yang kini menjadi lelaki sejati, 480 00:48:34,039 --> 00:48:36,750 beta anugerahkan penghormatan terbesar. 481 00:48:37,375 --> 00:48:40,962 Beta memilih kamu, anakku, 482 00:48:40,962 --> 00:48:42,422 untuk mengetuai armada beta. 483 00:48:43,048 --> 00:48:44,716 Untuk dihantar ke Arrakis 484 00:48:44,716 --> 00:48:47,886 dan memastikan Kerabat Corrino membawa kestabilan ke planet 485 00:48:47,886 --> 00:48:49,554 dan rempah kepada Imperium. 486 00:48:50,847 --> 00:48:53,350 Ibu kamu pasti berbangga dengan kamu. 487 00:48:58,980 --> 00:49:00,398 Syabas. 488 00:49:10,575 --> 00:49:12,869 - Tahniah, anakku. - Terima kasih. 489 00:50:27,485 --> 00:50:28,570 Berterus teranglah. 490 00:50:30,655 --> 00:50:31,865 Segalanya hanya penipuan? 491 00:50:33,491 --> 00:50:34,784 Saya sayang awak. 492 00:50:35,410 --> 00:50:37,037 Awak cuba bunuh keluarga saya. 493 00:50:38,079 --> 00:50:39,330 Saya tak sanggup buat. 494 00:50:39,330 --> 00:50:42,375 Saya pilih awak dan ketepikan prinsip saya. 495 00:50:43,001 --> 00:50:45,003 Tapi saya sanggup mati untuknya. 496 00:50:46,087 --> 00:50:49,841 Awak percaya awak boleh wujudkan Imperium yang lebih baik? 497 00:50:52,510 --> 00:50:53,678 Ya. 498 00:51:24,084 --> 00:51:25,168 Awak tak apa-apa? 499 00:51:27,087 --> 00:51:28,171 Saya rasai dia. 500 00:51:29,172 --> 00:51:30,215 Ibu Raquella... 501 00:51:31,383 --> 00:51:32,717 bergerak dalam saya. 502 00:51:32,717 --> 00:51:34,052 Ya. 503 00:51:35,220 --> 00:51:36,304 Kami nampak. 504 00:51:38,723 --> 00:51:40,183 Dah dapat benda yang perlu? 505 00:51:41,518 --> 00:51:43,436 Nampaknya begitu, Lila. 506 00:51:48,525 --> 00:51:50,068 Di mana Ibu Tula? 507 00:51:50,068 --> 00:51:52,612 Dia dapat mesej daripada Ibu Kudus Valya. 508 00:51:52,612 --> 00:51:54,322 Jangan risau, dia akan kembali. 509 00:51:55,532 --> 00:51:57,575 Nasib baik saya tak hampakan semua orang. 510 00:51:58,493 --> 00:52:00,120 Itu mustahil. 511 00:52:02,288 --> 00:52:03,707 Awaklah yang paling berani. 512 00:52:04,791 --> 00:52:06,167 Tugas awak dah selesai. 513 00:52:11,089 --> 00:52:12,632 Berehatlah. 514 00:52:26,021 --> 00:52:28,356 Saudari, di samping mesej ini, 515 00:52:28,356 --> 00:52:32,110 saya sertakan sampel genetik lelaki bernama Desmond Hart. 516 00:52:34,320 --> 00:52:35,822 Periksa secepat mungkin. 517 00:52:37,907 --> 00:52:40,410 Dia ada kuasa yang saya tak mampu jelaskan. 518 00:52:42,829 --> 00:52:46,332 Untuk memahaminya, kita perlu tahu asal usulnya. 519 00:52:51,338 --> 00:52:53,548 Memproses sampel DNA. 520 00:53:00,138 --> 00:53:02,140 Mengakses pustaka genetik. 521 00:53:18,907 --> 00:53:20,909 Patik sepatutnya mati malam ini. 522 00:53:22,077 --> 00:53:24,996 "Setiap insan perlu hadapi hati nurani dan ujiannya sendiri. 523 00:53:28,041 --> 00:53:30,043 Akhirnya, Shai-Hulud yang menentukannya." 524 00:53:35,799 --> 00:53:37,217 Kamu telah dipilih. 525 00:53:40,011 --> 00:53:41,346 Beta juga telah dipilih. 526 00:53:42,514 --> 00:53:44,724 Untuk membimbing dunia-dunia memasuki Imperium 527 00:53:44,724 --> 00:53:46,685 dan membentuk masa depan baharu. 528 00:53:48,728 --> 00:53:52,649 Kemudian, Jemaah Suri merampasnya daripada saya. 529 00:53:55,819 --> 00:53:57,445 Kepercayaan suami saya. 530 00:54:01,616 --> 00:54:02,951 Kasih sayang anak saya. 531 00:54:04,911 --> 00:54:06,079 Kuasa saya. 532 00:54:17,298 --> 00:54:18,299 Beritahu saya. 533 00:54:27,934 --> 00:54:29,352 Apa mereka buat pada kamu? 534 00:54:31,855 --> 00:54:33,857 Keturunan, Atreides. 535 00:54:36,443 --> 00:54:38,653 Keturunan, Harkonnen. 536 00:54:48,079 --> 00:54:51,249 Padanan dikenal pasti. 537 00:55:06,264 --> 00:55:08,600 Wanita yang melahirkan saya... 538 00:55:10,477 --> 00:55:14,272 yang usir saya untuk hidup bersama petualang, 539 00:55:14,272 --> 00:55:17,567 yang biar saya bergelut untuk hidup serba kekurangan... 540 00:55:20,945 --> 00:55:22,364 Dia ahli jemaah. 541 00:55:51,601 --> 00:55:54,604 Mari kita hapuskan ahli sihir ini dari Imperium buat selamanya. 542 00:57:02,172 --> 00:57:04,174 Terjemahan sari kata oleh Hidayah Zulkipli