1 00:00:06,089 --> 00:00:07,919 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:51,926 --> 00:00:55,806 1551. Keadaan Jepun huru-hara. 3 00:00:56,973 --> 00:01:01,103 Setelah berkurun lamanya memerintah, kerajaan pusatnya hilang kawalan… 4 00:01:02,479 --> 00:01:06,519 dan negara itu terjerumus ke dalam perang saudara yang ganas. 5 00:01:08,693 --> 00:01:12,743 Anarki bermaharajalela akibat hulubalang bersenjata bergelar daimyo 6 00:01:12,822 --> 00:01:15,082 berebut kuasa dan tanah jajahan. 7 00:01:17,118 --> 00:01:19,078 Di wilayah kecil bernama Owari, 8 00:01:19,162 --> 00:01:22,172 di dalam suku yang tak dikenali bernama Oda, 9 00:01:22,248 --> 00:01:26,498 seorang samurai bakal melancarkan sebuah kempen berdarah, 10 00:01:26,586 --> 00:01:28,706 di mana ramai yang akan terbunuh, 11 00:01:28,797 --> 00:01:33,177 dan melakar sejarah Jepun buat 300 tahun seterusnya. 12 00:01:38,264 --> 00:01:40,814 JEPUN 1551 13 00:02:11,381 --> 00:02:17,101 Kejadian paling penting pada 1551 buat keluarga Oda ialah kematian Oda Nobuhide. 14 00:02:24,144 --> 00:02:28,694 Apabila Nobuhide meninggal dunia, 15 00:02:28,773 --> 00:02:31,903 keluarga Oda serta-merta berpecah belah. 16 00:02:35,738 --> 00:02:38,948 Kamu takkan dapat mengetuai suku ini! 17 00:02:43,872 --> 00:02:45,792 Kematian seorang pembesar, 18 00:02:45,874 --> 00:02:51,094 adalah satu krisis utama dalam sebarang kekuasaan atau suku. 19 00:02:59,012 --> 00:03:01,812 Sebuah suku selalunya dianggap sebagai keluarga, 20 00:03:01,890 --> 00:03:04,230 tapi bukanlah keluarga yang biasa. 21 00:03:04,309 --> 00:03:06,389 Ia ada teras kekeluargaan, 22 00:03:06,477 --> 00:03:10,607 saudara-saudara yang mungkin mahukan kedudukan, tapi juga, 23 00:03:10,690 --> 00:03:13,230 ada pembantu, ada orang gaji, 24 00:03:13,318 --> 00:03:16,448 ada ipar duai. Maka, wujudlah puak-puak. 25 00:03:18,406 --> 00:03:21,986 Dan ketika itulah puak-puak ini akan menguji kekuatan mereka. 26 00:03:23,620 --> 00:03:27,170 Satu lagi masalah keluarga Oda ialah mereka suku yang kecil 27 00:03:27,248 --> 00:03:30,588 dan mereka dikelilingi oleh suku-suku yang lebih besar. 28 00:03:32,962 --> 00:03:35,592 Maka mereka harus lebih fokus kepada strategi 29 00:03:35,673 --> 00:03:38,683 dan fikir lebih teliti tentang cara meneruskan hidup 30 00:03:38,760 --> 00:03:41,600 kerana mereka hanyalah pelanduk di antara gajah. 31 00:03:55,401 --> 00:03:58,951 Oleh kerana keluarga Oda berada dalam situasi yang berbahaya, 32 00:03:59,030 --> 00:04:02,160 Oda Nobuhide mengejutkan ahli keluarganya 33 00:04:02,242 --> 00:04:07,002 kerana memilih anak sulungnya sebagai pewaris, iaitu Oda Nobunaga… 34 00:04:10,583 --> 00:04:13,923 yang tidak begitu disukai atas pelbagai sebab. 35 00:04:14,003 --> 00:04:17,973 Terdapat tentangan serius daripada saudara dan sepupu Nobunaga, 36 00:04:18,049 --> 00:04:19,929 dan ramai juga yang menentang. 37 00:04:20,009 --> 00:04:24,809 Mereka semua fikir mereka lebih layak daripada Nobunaga yang masih muda. 38 00:04:44,867 --> 00:04:48,327 Tindakan Nobunaga di majlis pengebumian ayahnya menambahkan 39 00:04:48,413 --> 00:04:51,963 kebencian ahli keluarganya yang memang tak menyukainya, 40 00:04:52,041 --> 00:04:55,711 kerana dia tidak berkabung dengan cara yang sesuai, 41 00:04:55,795 --> 00:05:00,295 sebaliknya dia mencampak segenggam kemenyan ke atas altar. 42 00:05:02,302 --> 00:05:03,472 Bodoh! 43 00:05:10,685 --> 00:05:14,265 Nobunaga terkenal dengan sikapnya yang panas baran. 44 00:05:17,442 --> 00:05:20,112 Dia seorang yang berperangai buruk dan jahat. 45 00:05:26,075 --> 00:05:29,035 Maka ramai orang, sama ada di dalam suku Oda, 46 00:05:29,120 --> 00:05:32,790 mahupun keluarga daimyo yang bersekutu dengan suku Oda, 47 00:05:32,874 --> 00:05:34,884 menganggapnya sebagai orang bodoh. 48 00:05:48,765 --> 00:05:49,965 Abang, tolonglah! 49 00:05:58,733 --> 00:06:02,573 Di Jepun, upacara adalah perkara yang amat penting. 50 00:06:03,363 --> 00:06:06,623 Dan ahli-ahli kerabat suka mengikut adat dan tradisi. 51 00:06:08,034 --> 00:06:10,294 Dia melanggar tradisi sepenuhnya. 52 00:06:19,003 --> 00:06:22,173 Tindakan Nobunaga menyebabkan kebimbangan yang serius 53 00:06:22,256 --> 00:06:24,796 buat ahli-ahli yang bakal dipimpinnya, 54 00:06:24,884 --> 00:06:28,934 hinggakan salah seorang mereka mengambil tindakan paling drastik. 55 00:06:33,935 --> 00:06:35,935 Namanya Hirate Masahide, 56 00:06:36,020 --> 00:06:39,820 dan dia sepatutnya menjadi ketua penasihat bagi pewaris baru itu. 57 00:07:03,381 --> 00:07:07,221 Dia amat terkejut dan malu dengan tindakan Nobunaga, 58 00:07:07,301 --> 00:07:09,801 maka sebagai protes, dia melakukan seppuku. 59 00:07:09,887 --> 00:07:12,517 Dengan kata lain, dia belah perutnya sendiri. 60 00:07:15,351 --> 00:07:17,771 Ia sejenis ritual mengeluarkan isi perut. 61 00:07:19,439 --> 00:07:23,149 Ada beberapa kes di mana terdapat orang yang belah perut mereka 62 00:07:23,234 --> 00:07:25,074 dan menarik keluar usus mereka. 63 00:07:27,155 --> 00:07:30,525 Ia antara cara seseorang itu mengawal kematiannya sendiri. 64 00:07:31,742 --> 00:07:33,202 Tapi boleh jadi juga, 65 00:07:33,286 --> 00:07:36,366 dalam sesetengah kes, cara untuk protes. 66 00:07:36,456 --> 00:07:41,836 Ia boleh jadi satu cara untuk buat seseorang terkejut dan patuh pada sesuatu. 67 00:07:47,842 --> 00:07:52,142 Mungkin Masahide memberi isyarat kepada ahli suku Oda yang lain, "Lihat, 68 00:07:52,221 --> 00:07:56,731 jika kamu rasa Nobunaga seorang yang bodoh dan tak beradab, 69 00:07:56,809 --> 00:07:58,389 dan kamu hormati saya, 70 00:07:58,478 --> 00:08:01,648 pembunuhan diri saya adalah satu tanda 71 00:08:01,731 --> 00:08:05,071 yang Nobunaga bukanlah orang yang perlu kamu sokong. 72 00:08:11,866 --> 00:08:15,576 Sejak dari hari pertama lagi, nyawa Nobunaga terancam. 73 00:08:18,456 --> 00:08:23,376 Dia sedar dia berseorangan dalam keadaan yang berbahaya. 74 00:08:24,045 --> 00:08:26,255 Apatah lagi ia berkaitan keluarga. 75 00:08:27,965 --> 00:08:32,755 Dalam era Sengoku, pembunuhan dalam keluarga adalah perkara biasa. 76 00:08:32,845 --> 00:08:34,755 Ayah bunuh anak lelaki mereka. 77 00:08:34,847 --> 00:08:37,887 Anak lelaki bunuh ayah. Adik beradik berbunuhan. 78 00:08:39,352 --> 00:08:41,522 Dan semuanya untuk merebut kuasa. 79 00:09:00,456 --> 00:09:04,996 Ada yang mengesyaki isterinya, Nōhime, mempunyai rancangan jahat, 80 00:09:08,005 --> 00:09:12,255 kerana dia anak perempuan kepada musuhnya, Saitō Dōsan, 81 00:09:12,343 --> 00:09:16,013 yang dikenali sebagai Si Ular Mino. Dia Anak Perempuan Si Ular. 82 00:09:17,598 --> 00:09:20,848 Mereka berkahwin sebagai perdamaian antara dua suku itu, 83 00:09:20,935 --> 00:09:22,935 maka ada kesangsian 84 00:09:23,020 --> 00:09:27,690 yang dia diletakkan di situ untuk mengintip Nobunaga. 85 00:09:29,235 --> 00:09:32,735 Malah, mungkin untuk membunuhnya jika perlu. 86 00:09:35,533 --> 00:09:39,453 Dan inilah salah satu bahaya dalam perkahwinan begini, 87 00:09:39,537 --> 00:09:42,867 di mana anak musuhnya berada di katilnya sendiri. 88 00:09:48,379 --> 00:09:51,009 Mungkin dia boleh membunuh menggunakan racun. 89 00:09:56,637 --> 00:09:59,347 Jika dia mati, ia baik untuk kita. 90 00:10:00,808 --> 00:10:04,018 Dia mementingkan diri. Dia hanya fikir tentang dirinya. 91 00:10:07,398 --> 00:10:09,978 Dan ada ura-ura mengatakan dia bersubahat 92 00:10:10,067 --> 00:10:12,607 dengan adik Nobunaga, iaitu Nobuyuki. 93 00:10:12,695 --> 00:10:14,235 ODA NOBUYUKI ADIK NOBUNAGA 94 00:10:14,780 --> 00:10:17,530 Nobuyuki agak dikagumi di kalangan keluarganya, 95 00:10:17,617 --> 00:10:21,947 kerana dia bukan kaki botol dan amat berbeza dengan Nobunaga. 96 00:10:24,749 --> 00:10:27,339 Boleh dikatakan dia anak yang baik. 97 00:10:27,418 --> 00:10:31,958 Anak yang menjaga maruah bapanya selama beliau masih hidup. 98 00:10:37,928 --> 00:10:41,558 Nobunaga bernasib baik kerana salah seorang pembantu setianya 99 00:10:41,641 --> 00:10:45,561 memaklumkannya tentang hasrat Nobuyuki untuk merampas kuasa. 100 00:10:55,279 --> 00:10:57,699 Ampunkan saya! 101 00:11:04,413 --> 00:11:05,333 Abang… 102 00:11:13,756 --> 00:11:16,426 Kamu bukan adik saya. 103 00:11:26,644 --> 00:11:31,364 Ini menampilkan aspek karakternya yang… 104 00:11:31,440 --> 00:11:33,780 amat ganas. 105 00:11:34,985 --> 00:11:37,485 Bertunjangkan keinginan untuk terus hidup, 106 00:11:38,197 --> 00:11:41,237 bertunjangkan keinginan untuk berjaya, 107 00:11:41,325 --> 00:11:45,195 inilah cara Nobunaga mengumumkan 108 00:11:45,287 --> 00:11:49,327 yang dia sanggup berputih tulang. 109 00:11:49,417 --> 00:11:51,837 Kekalahan individu ini 110 00:11:51,919 --> 00:11:55,169 menandakan Nobunaga adalah seorang yang perlu dihormati. 111 00:12:01,345 --> 00:12:05,175 Dengan terhapusnya ancaman daripada keluarga terdekatnya 112 00:12:05,266 --> 00:12:09,596 Nobunaga mengalihkan perhatiannya kepada ancaman terbesar dan terakhir 113 00:12:10,229 --> 00:12:12,479 terhadap penguasaannya dalam Wilayah Owari… 114 00:12:13,274 --> 00:12:15,324 iaitu sepupunya Nobukata. 115 00:12:15,401 --> 00:12:16,821 SEPUPU NOBUNAGA 116 00:12:20,364 --> 00:12:22,784 Nobukata mengawal Owari Utara. 117 00:12:27,997 --> 00:12:30,367 Terdapat 3,000 orang di bawah arahannya. 118 00:12:32,835 --> 00:12:35,045 Nobukata ialah musuh yang amat ganas. 119 00:12:36,297 --> 00:12:39,547 Jadi, pada ketika itu, terdapat dua orang pahlawan baru. 120 00:12:40,885 --> 00:12:44,805 Persaingan antara mereka, pada dasarnya, tak dapat dielakkan, 121 00:12:44,889 --> 00:12:49,229 memandangkan masing-masing menguasai separuh daripada Owari ketika itu, 122 00:12:49,310 --> 00:12:50,900 dan mahu meluaskan jajahan mereka. 123 00:12:50,978 --> 00:12:54,058 Mereka bukan setakat berebut tanah dan jajahan, 124 00:12:54,148 --> 00:12:57,228 malah untuk menjadi ketua keluarga Oda. 125 00:12:57,318 --> 00:13:02,908 Dan demi itu, saya rasa Nobunaga mahukan satu peperangan yang dapat memutuskan 126 00:13:02,990 --> 00:13:06,200 sama ada dia menang atau tewas. 127 00:13:10,581 --> 00:13:14,881 Nobunaga perlu bala tentera yang penuh dengan samurai jika mahu berperang. 128 00:13:22,593 --> 00:13:25,853 Lapan ratus tahun sebelum Nobunaga mula aktif, 129 00:13:25,930 --> 00:13:30,100 tiada siapa mahu digelar samurai kerana ia bermakna menjadi "hamba." 130 00:13:37,233 --> 00:13:40,653 Lama kelamaan, maknanya berubah menjadi apa yang kita fahami kini, 131 00:13:40,736 --> 00:13:45,366 iaitu orang yang setaraf dengan kesatria berkuda bagi zaman Jepun lama. 132 00:13:52,581 --> 00:13:58,501 Akhirnya "samurai" membawa maksud "bushi" iaitu kelas pahlawan. 133 00:14:09,098 --> 00:14:12,978 Tentunya, senjata paling ikonik samurai ialah katana. 134 00:14:13,060 --> 00:14:14,400 Pedang Jepun. 135 00:14:17,106 --> 00:14:21,526 Ia dianggap secara meluas sebagai pedang terbaik dalam sejarah dunia. 136 00:14:23,445 --> 00:14:27,445 Ia mempunyai bilah lasak yang amat tajam dan melengkung. 137 00:14:31,245 --> 00:14:35,165 Ia membolehkan seorang samurai melibas sedari sarungnya, 138 00:14:35,249 --> 00:14:38,959 dan juga memberi kelebihan yang besar buat samurai berkuda 139 00:14:39,044 --> 00:14:43,014 kerana setiap libasan ke bawah terhadap askar berjalan kaki… 140 00:14:45,718 --> 00:14:49,808 membawa momentum kuda berlari tersebut ke atasnya. 141 00:14:51,348 --> 00:14:54,308 Mereka adalah pahlawan atletik yang hebat. 142 00:14:54,393 --> 00:14:59,653 Mereka hanya tahu berperang. Mereka dilahirkan untuk berperang. 143 00:15:04,278 --> 00:15:07,778 Mereka mungkin adalah pahlawan terhandal dalam sejarah. 144 00:15:19,668 --> 00:15:24,968 Nobunaga masih berpegang kepada tradisi lama samurai. 145 00:15:27,468 --> 00:15:31,968 Tapi dia sedar, peperangan di Jepun semakin meninggalkan gaya lama tersebut. 146 00:15:33,974 --> 00:15:37,944 Peperangan kian menjadi perindustrian. Dia perlu tentera yang ramai. 147 00:15:41,482 --> 00:15:45,032 Oda Nobunaga boleh dianggap sebagai Iskandar Agung di Jepun. 148 00:15:45,110 --> 00:15:48,200 Kemungkinan besar dia ketua tentera paling inovatif ketika itu 149 00:15:48,280 --> 00:15:53,290 kerana dia amat terbuka kepada pelbagai idea baru. 150 00:15:54,787 --> 00:15:57,077 Sebelum zaman Nobunaga, 151 00:15:57,164 --> 00:16:01,594 tentera dan peperangan tidak melibatkan bilangan yang besar. 152 00:16:01,669 --> 00:16:03,919 Apabila tenteranya semakin besar, 153 00:16:04,004 --> 00:16:07,264 dek kerana tekanan untuk menewaskan musuhnya, 154 00:16:07,341 --> 00:16:11,891 Nobunaga mula cuba merekrut lebih ramai orang kebanyakan. 155 00:16:11,971 --> 00:16:14,221 Mereka dikenali sebagai ashigaru. 156 00:16:15,099 --> 00:16:19,439 Mereka rakyat marhaen yang dikerah berperang. Mereka askar berjalan kaki. 157 00:16:19,520 --> 00:16:23,320 Mereka rakyat yang hidup di bawah kawalan samurai 158 00:16:23,399 --> 00:16:25,939 selama 400 tahun. 159 00:16:26,026 --> 00:16:29,986 Mereka adalah harta peribadi, mereka hamba kepada para pembesar 160 00:16:30,072 --> 00:16:33,912 dan mereka digunakan sewenang-wenangnya. 161 00:16:43,377 --> 00:16:47,167 Tapi terdapat perbezaan ketara antara ashigaru Nobunaga 162 00:16:47,256 --> 00:16:52,296 dan ashigaru biasa yang hanyalah rakyat biasa tanpa kemahiran. 163 00:16:53,137 --> 00:16:57,387 Nobunaga memberi mereka peralatan lengkap dan melatih mereka. 164 00:16:58,726 --> 00:17:02,266 Dia tahu, dengan adanya kesetiaan, 165 00:17:02,354 --> 00:17:06,154 mereka boleh menjadi amat efektif dan berbahaya. 166 00:17:06,859 --> 00:17:10,449 Askar-askar ini lebih bernilai daripada sebilangan samurai. 167 00:17:11,613 --> 00:17:15,583 Mereka berubah daripada satu gerombolan kepada sebuah tentera. 168 00:17:18,495 --> 00:17:22,615 1558, setahun selepas membunuh adiknya, 169 00:17:22,708 --> 00:17:27,338 dan disertai oleh lebih kurang 3,000 orang tenteranya, 170 00:17:28,380 --> 00:17:31,630 Nobunaga meninggalkan kubunya di Selatan Owari, 171 00:17:31,717 --> 00:17:35,427 dan berarak ke utara untuk menentang pesaingnya, Nobukata. 172 00:17:37,264 --> 00:17:38,394 Sebagai respons, 173 00:17:38,474 --> 00:17:43,314 Nobukata mengerah tenteranya seramai 3,000 orang samurai berpengalaman 174 00:17:43,395 --> 00:17:46,105 untuk memintas dan menghancurkan penyerang itu. 175 00:17:47,232 --> 00:17:50,862 Nobunaga kurang berpengalaman dalam arahan di medan perang 176 00:17:50,944 --> 00:17:53,664 dan dia berdepan dengan cabaran besar, 177 00:17:53,739 --> 00:17:55,659 namun dia ada satu kelebihan, 178 00:17:55,741 --> 00:17:57,701 sebuah hadiah daripada dunia luar 179 00:17:57,785 --> 00:18:01,155 yang akan selamanya merubah rupa bentuk peperangan Jepun. 180 00:18:14,843 --> 00:18:19,183 Pada 1453, sebuah kapal Portugis dari Macau 181 00:18:19,264 --> 00:18:21,484 dihanyutkan oleh ribut 182 00:18:21,558 --> 00:18:24,898 dan karam di sebuah pulau kecil di Tanegashima, 183 00:18:24,978 --> 00:18:27,018 iaitu di perairan selatan Jepun. 184 00:18:27,106 --> 00:18:30,566 Barangkali ia ingin ke tanah besar China. 185 00:18:30,651 --> 00:18:35,161 Dan, seperti yang biasa berlaku di Jepun, sesuatu berlaku secara tak sengaja. 186 00:18:35,239 --> 00:18:38,119 Nak ke tempat lain, tapi tersesat ke Jepun. 187 00:18:44,414 --> 00:18:47,674 Mereka ada sejenis senjata, arquebus. 188 00:18:54,633 --> 00:18:59,933 Bagi kebanyakan daimyo, penggunaan senjata api tidak membawa banyak kebaikan. 189 00:19:02,474 --> 00:19:06,524 Ia mengambil masa untuk diisi peluru, ia bising dan berbau busuk, 190 00:19:06,603 --> 00:19:09,443 dan jika hujan, ia mungkin tak berfungsi. 191 00:19:09,523 --> 00:19:14,903 Maka, daimyo ini agak ragu-ragu untuk menggunakan arquebus sepenuhnya… 192 00:19:16,738 --> 00:19:18,818 tapi Oda Nobunaga tidak peduli. 193 00:19:20,701 --> 00:19:25,081 Dia datang dari kawasan kecil, dia tahu dia harus guna sebarang kelebihan 194 00:19:25,164 --> 00:19:27,424 untuk tewaskan musuh yang lebih besar. 195 00:19:27,499 --> 00:19:30,999 Maka dia bersedia menggunakan arquebus itu dari awal lagi. 196 00:19:31,420 --> 00:19:35,050 Oda Nobunaga antara yang pertama menyedari kekuatan tenteranya 197 00:19:35,132 --> 00:19:38,972 dan dia mampu membeli sejumlah besar pistol, 198 00:19:39,052 --> 00:19:43,472 yang mana ia mengubah kedudukan mereka dari peserta medan perang 199 00:19:43,557 --> 00:19:45,387 kepada kuasa yang mendominasi. 200 00:19:59,531 --> 00:20:02,781 Semakin Nobukata dan Nobunaga menghampiri konflik, 201 00:20:02,868 --> 00:20:06,208 Nobunaga memutuskan untuk menyerang. Dia tinggalkan Istana Kiyosu, 202 00:20:06,288 --> 00:20:09,788 dan menggerakkan tenteranya ke Iwakura 203 00:20:09,875 --> 00:20:12,785 di mana tentera Nobukata berada. 204 00:20:17,633 --> 00:20:21,263 Nobunaga memiliki lebih kurang 3,000 orang askar ketika itu. 205 00:20:22,304 --> 00:20:26,524 Dan barangkali dia ada lebih kurang 400 ke 500 pucuk pistol. 206 00:20:37,611 --> 00:20:42,201 Di hadapannya, Nobukata juga mempunyai lebih kurang 3,000 orang askar. 207 00:20:43,659 --> 00:20:46,449 Barangkali peralatan mereka lebih lengkap. 208 00:20:47,537 --> 00:20:50,827 Kamu harus bersedia untuk mati. 209 00:20:55,170 --> 00:20:56,510 Pergi! 210 00:20:59,383 --> 00:21:03,473 Bagi Nobukata dan Nobunaga, ini adalah antara hidup dan mati. 211 00:21:03,553 --> 00:21:07,353 Walapun mereka tak dapat hapuskan tentera lawan sepenuhnya, 212 00:21:07,432 --> 00:21:09,022 besar kemungkinan, bagi yang kalah, 213 00:21:09,101 --> 00:21:13,231 orang bawahannya akan lompat ke pihak lawan dan yang kalah akan musnah. 214 00:21:17,943 --> 00:21:19,033 Tunggu. 215 00:21:25,409 --> 00:21:31,669 Nobunaga perlu memerangkap musuhnya untuk mara ke zon membunuh, 216 00:21:31,748 --> 00:21:33,538 dalam lingkungan 100 meter. 217 00:21:33,625 --> 00:21:34,495 Tunggu. 218 00:21:43,343 --> 00:21:44,223 Tembak! 219 00:21:54,313 --> 00:21:58,073 Tembakan bertalu-talu daripada askar bersenapang 220 00:21:58,734 --> 00:22:03,574 mampu melemahkan hatta musuh yang paling kuat, sama ada berperisai atau tidak. 221 00:22:10,370 --> 00:22:14,170 Tapi, tempoh isi semula senapang adalah lama. 222 00:22:21,882 --> 00:22:25,182 Maka, peperangan itu akhirnya… 223 00:22:27,012 --> 00:22:29,772 menjadi pertempuran jarak dekat. 224 00:22:40,192 --> 00:22:44,112 Dalam peperangan ini, ia melibatkan askar kampung 225 00:22:44,196 --> 00:22:48,326 menentang pasukan elit yang memandang rendah kepada mereka. 226 00:22:49,785 --> 00:22:53,405 Setelah samurai yang kepenatan itu berada dalam jarak dekat, 227 00:22:53,497 --> 00:22:57,787 mereka menentang orang yang sanggup berputih tulang dan tak berputih mata. 228 00:23:05,592 --> 00:23:10,762 Pertempuran jarak dekat adalah lebih ganas daripada yang dapat dibayangkan. 229 00:23:11,723 --> 00:23:15,313 Anda berada dekat dengan musuh hingga boleh bau nafas mereka. 230 00:23:19,481 --> 00:23:22,571 Cukup dekat hingga boleh nampak maut di mata mereka 231 00:23:22,651 --> 00:23:25,861 ketika pedang dihunus ke perut mereka. 232 00:23:27,989 --> 00:23:31,199 Sementara itu, bedilan peluru bersimpang-siur. 233 00:23:33,328 --> 00:23:35,868 Suasana gempita dengan jeritan orang, 234 00:23:35,956 --> 00:23:39,456 baik panggilan perang, mahupun teriakan yang tercedera. 235 00:23:44,256 --> 00:23:46,506 Barangkali seperti berlawan di neraka. 236 00:23:48,260 --> 00:23:53,010 Selepas tiga jam, tentera Nobunaga mula menguasai. 237 00:23:56,143 --> 00:23:59,773 Mereka memecahbelahkan tentera Nobukata dan menewaskan mereka. 238 00:24:10,323 --> 00:24:16,083 Di akhir peperangan itu, angka kematian dianggarkan melebihi 1,200 orang. 239 00:24:16,997 --> 00:24:22,287 Ini adalah kadar kematian yang amat tinggi bagi peperangan yang kecil. 240 00:24:32,804 --> 00:24:37,354 Tentera Iwakura di bawah pimpinan Nobukata berundur kembali ke Istana Iwakura… 241 00:24:43,857 --> 00:24:48,567 yang berjaya bertahan dalam pengepungan selama tiga bulan, tapi akhirnya, gugur. 242 00:24:50,322 --> 00:24:52,202 Nobukata dibunuh… 243 00:24:56,036 --> 00:25:01,076 dan Nobunaga adalah satu-satunya pembesar yang masih hidup di Wilayah Owari. 244 00:25:06,254 --> 00:25:09,424 Setelah Peperangan Ukino, 245 00:25:10,050 --> 00:25:15,930 akhirnya Nobunaga secara rasminya mengambil alih penguasaan Owari. 246 00:25:16,014 --> 00:25:19,064 Dialah Pembesar Keluarga Oda. 247 00:25:22,354 --> 00:25:28,994 Walaupun masih muda, Nobunaga membesar menjadi komander perang boleh diharap. 248 00:25:32,572 --> 00:25:35,622 Dia bukan lagi "si tolol dari Owari." 249 00:25:37,619 --> 00:25:41,159 Dia menyedari dalam angkatan tenteranya, 250 00:25:41,248 --> 00:25:45,918 kekuatan dan kelemahan samurai. 251 00:25:47,379 --> 00:25:54,299 Kelebihan askar bawahan serta kepentingan teknologi. 252 00:25:57,514 --> 00:26:02,604 Saya rasa, ketika itulah dia memasang cita-cita yang tinggi. 253 00:26:04,437 --> 00:26:09,647 Kekuatan tentera Nobunaga yang ditunjukkan dalam penaklukan Owari 254 00:26:09,734 --> 00:26:12,574 kini akan digunakan di tempat lain. 255 00:26:18,076 --> 00:26:21,196 Sembilan tahun yang berdarah selepas kematian ayahnya, 256 00:26:21,288 --> 00:26:25,538 tak dipertikaikan lagi yang kini Nobunaga adalah ketua Wilayah Owari. 257 00:26:25,625 --> 00:26:30,545 Tapi pemerintahannya baru saja bermula apabila muncul ancaman baru dari Timur. 258 00:26:30,630 --> 00:26:36,010 Imagawa Yoshimoto, salah satu daimyo, atau hulubalang, yang digeruni di Jepun, 259 00:26:36,094 --> 00:26:39,014 mula mengorak langkah bersama bala tenteranya. 260 00:26:39,639 --> 00:26:44,979 Sasarannya ialah Kyoto, ibu negara dan pusat ketenteraan tradisi di Jepun. 261 00:26:45,645 --> 00:26:48,975 Untuk ke sana, dia perlu menembusi Owari. 262 00:26:49,065 --> 00:26:50,355 Jika dia berjaya, 263 00:26:50,442 --> 00:26:54,532 impian Nobunaga akan hancur berkecai. 264 00:26:56,906 --> 00:27:01,946 Barangkali terdapat enam, mungkin lapan, daimyo yang amat berkuasa 265 00:27:02,037 --> 00:27:06,537 yang boleh menggalakkan apa yang dipanggil penyatuan negara. 266 00:27:06,625 --> 00:27:11,125 Dan itu bermakna, menakluki ibu negara, Kyoto. 267 00:27:12,547 --> 00:27:14,217 Salah satunya ialah Imagawa. 268 00:27:14,841 --> 00:27:18,391 Niat Imagawa Yoshimoto ialah menakluki Kyoto. 269 00:27:19,095 --> 00:27:21,965 Untuk itu, dia perlu mara ke ibu negara, 270 00:27:22,057 --> 00:27:26,977 dan untuk mara ke ibu negara, dia perlu melalui Wilayah Owari dahulu. 271 00:27:29,105 --> 00:27:32,815 Tapi Nobunaga tak mahu benarkan Imagawa melalui situ. 272 00:27:33,568 --> 00:27:38,818 Nobunaga nekad ingin menyekat kemaraan Imagawa di sempadannya. 273 00:27:41,284 --> 00:27:47,294 Akibat daripada itu, dia tiada pilihan selain menyelesaikannya dengan peperangan. 274 00:27:53,505 --> 00:27:57,835 Dalam konflik dengan Oda, Imagawa mempunyai banyak kelebihan. 275 00:27:57,926 --> 00:28:02,136 Imagawa Yoshimoto ialah pemilik kepada kawasan yang amat besar, 276 00:28:02,222 --> 00:28:04,562 amat kaya dan amat berkuasa. 277 00:28:06,559 --> 00:28:11,269 Babad sejarah menyenaraikan tenteranya seramai 45,000 orang. 278 00:28:11,356 --> 00:28:13,976 Anggaran yang lebih munasabah ialah 25,000. 279 00:28:14,067 --> 00:28:17,697 Namun, ia tetap angka yang jauh lebih besar daripada Nobunaga. 280 00:28:18,113 --> 00:28:22,243 Nisbah tenteranya kepada tentera Nobunaga ialah dua belas kepada satu. 281 00:28:23,910 --> 00:28:27,660 Maka, dengan kekuatan angkatan tentera yang amat besar, 282 00:28:27,747 --> 00:28:32,127 Imagawa menjangkakan dia dapat masuk, hapuskan Nobunaga, 283 00:28:32,210 --> 00:28:35,260 dan teruskan perjalanannya ke Kyoto. 284 00:28:38,925 --> 00:28:43,555 Maka, dia mula menyerang kubu pertahanan Nobunaga 285 00:28:43,638 --> 00:28:46,018 dan menawannya dengan mudah. 286 00:28:50,228 --> 00:28:54,728 Samurai yang dihantar untuk menjalankan misinya ialah Tokugawa Ieyasu. 287 00:28:58,737 --> 00:29:01,817 Ieyasu muda, namun dia pakar dalam taktik peperangan. 288 00:29:01,906 --> 00:29:03,866 Dia berkhidmat untuk Yoshimoto. 289 00:29:06,369 --> 00:29:11,209 Tapi dia juga bercita-cita tinggi dan dia tahu masa depannya cerah. 290 00:29:22,135 --> 00:29:26,005 Jeneral Nobunaga faham yang peluang mereka tipis 291 00:29:26,097 --> 00:29:28,847 dan tentera musuh lebih ramai, jadi mereka menggesa Nobunaga 292 00:29:28,933 --> 00:29:32,523 untuk ikut cara lazim iaitu berkubu apabila dikepung 293 00:29:32,604 --> 00:29:35,194 menggunakan posisi pertahanan terbaik 294 00:29:35,273 --> 00:29:38,903 dan cuba bertahan hingga mungkin nasib mereka akan berubah. 295 00:29:40,945 --> 00:29:43,065 Nobunaga mempunyai pendapat berbeza. 296 00:29:46,242 --> 00:29:49,952 Dia mahu mencuba sesuatu yang tak dijangka dan berlainan, 297 00:29:50,038 --> 00:29:55,588 sesuatu yang tak diduga oleh pihak musuh dan berharap pertaruhan ini berjaya 298 00:29:55,668 --> 00:29:59,548 mengubah situasi tersebut agar menyebelahinya. 299 00:30:03,718 --> 00:30:10,348 Antara kebolehan terhebat Nobunaga ialah kemampuannya menyusun atur. 300 00:30:11,309 --> 00:30:13,139 Bilangan musuh melebihi mereka, 301 00:30:13,937 --> 00:30:16,767 tapi dia ada lebih banyak maklumat. 302 00:30:21,569 --> 00:30:25,069 Ini satu lagu contoh kebijaksanaan Nobunaga. 303 00:30:25,156 --> 00:30:27,906 Dia ada ramai pengintip di seluruh wilayah 304 00:30:27,992 --> 00:30:31,412 yang memberikannya maklumat setiap hari, bahkan setiap jam. 305 00:30:33,456 --> 00:30:38,206 Pergerakan musuh, kekuatan mereka, kedudukan kem mereka, apa mereka buat. 306 00:30:38,294 --> 00:30:39,464 Dia tahu semuanya. 307 00:30:47,887 --> 00:30:51,017 Pengintip yang diutus Nobunaga mendapati kem Yoshimoto 308 00:30:51,099 --> 00:30:53,349 berada di atas Gunung Okehazama. 309 00:30:56,229 --> 00:31:00,779 Imaga Yoshimoto berkhemah di Okehazama dengan 5,000 askar. 310 00:31:00,859 --> 00:31:04,279 Maknanya, tenteranya yang selebihnya berada di tempat lain. 311 00:31:07,240 --> 00:31:11,620 Jadi, keseluruhannya, ia dapat digambarkan, 312 00:31:11,703 --> 00:31:15,213 ya, Imagawa Yoshimoto mempunyai angkatan tentera yang besar, 313 00:31:15,999 --> 00:31:18,589 tapi ia berantakan. Ia berpecah belah. 314 00:31:21,296 --> 00:31:25,796 Jadi, Nobunaga menyimpulkan bahawa jika ketua pasukan musuh dapat dibunuh, 315 00:31:25,884 --> 00:31:29,014 maka mereka akan runtuh. Tiada yang menyatukan mereka. 316 00:31:29,095 --> 00:31:34,345 Oleh itu, dia tak perlu tewaskan mereka, dia hanya perlu bunuh Imagawa Yoshimoto. 317 00:31:43,234 --> 00:31:45,784 Dia memutuskan untuk buat serangan mengejut. 318 00:31:46,779 --> 00:31:51,579 Dalam zaman itu, peperangan dilakukan dengan cara lazim bagi zaman itu. 319 00:31:51,659 --> 00:31:55,579 Mereka berperang di tempat lapang. Mereka adakan pengepungan. 320 00:31:57,832 --> 00:32:01,132 Tiada siapa pernah cuba lakukan serangan mengejut begini. 321 00:32:03,671 --> 00:32:08,131 Tapi, walaupun tak ramai, Nobunaga sanggup serang tentera yang lebih besar, 322 00:32:08,217 --> 00:32:11,097 dengan peluang yang tipis untuk gunakan kesempatan yang ada. 323 00:32:11,179 --> 00:32:14,599 Menyerang di waktu malam, atau menyerang secara mengejut. 324 00:32:19,562 --> 00:32:22,152 Ia tanda awal menunjukkan betapa Nobunaga 325 00:32:22,231 --> 00:32:25,281 bijak, berdaya cipta dan berfikir di luar kotak. 326 00:32:30,365 --> 00:32:36,365 Ketika ini, Nobunaga dan tenteranya telah mengepung kem Yoshimoto. 327 00:32:43,920 --> 00:32:50,130 Imagawa Yoshimoto sedang mengadakan upacara pemeriksaan kepala. 328 00:32:50,218 --> 00:32:54,428 Ia upacara di mana seorang hulubalang, atau komander, 329 00:32:54,514 --> 00:33:00,314 dipersembahkan dengan kepala pihak musuh yang tewas. 330 00:33:06,359 --> 00:33:11,489 Ia akan dirapikan, dibasuh dan disolek. 331 00:33:11,572 --> 00:33:14,832 Dari satu aspek yang pelik, upacara ini adalah perlakuan 332 00:33:15,576 --> 00:33:18,536 membalas dendam dan memalukan terhadap pihak lawan, 333 00:33:18,621 --> 00:33:21,001 yang mana kepala mereka diperagakan sebagai objek, 334 00:33:21,582 --> 00:33:24,542 tetapi juga, wujud penghormatan dalam tindakan itu. 335 00:33:24,627 --> 00:33:27,127 Kepala yang dipenggal itu perlu disaksikan 336 00:33:27,213 --> 00:33:31,053 dengan rasa hormat yang selayaknya diberikan kepada tuan badannya. 337 00:33:48,401 --> 00:33:52,861 Imagawa Yoshimoto berada dalam keadaan santai. 338 00:33:53,573 --> 00:33:59,413 Mereka sedang makan, minum dan meraikan perjalanan mereka yang lancar setakat itu. 339 00:34:05,793 --> 00:34:08,713 Ini waktu yang dinantikan oleh Nobunaga. 340 00:34:15,261 --> 00:34:18,811 Tapi ia berisiko. Bagi Nobunaga, ia antara hidup dan mati. 341 00:34:22,060 --> 00:34:23,440 Tapi dia tiada pilihan. 342 00:34:24,353 --> 00:34:29,073 Dia mesti bunuh Yoshimoto. Dia mesti penggal kepala ular. 343 00:34:30,693 --> 00:34:33,363 Tenteranya menyerbu ke depan dan mula membunuh 344 00:34:34,363 --> 00:34:37,203 askar-askar Imagawa yang mereka dekati. 345 00:34:39,952 --> 00:34:43,082 Kem Imagawa keliru, mereka tak tahu apa yang berlaku. 346 00:34:43,164 --> 00:34:47,294 Imagawa Yoshimoto pula fikir telah berlaku pergaduhan 347 00:34:47,376 --> 00:34:51,836 kerana askar-askarnya mabuk dan mula berkelahi. 348 00:34:51,923 --> 00:34:55,723 Agak lama sebelum mereka sedar yang sebenarnya mereka diserang. 349 00:35:00,848 --> 00:35:03,888 Sementara itu, tentera Oda menyerbu mereka. 350 00:35:04,477 --> 00:35:08,857 Askar Imagawa mula panik. Mereka mencampakkan senjata mereka. 351 00:35:08,940 --> 00:35:12,360 Mereka lari bertempiaran ke arah bukit sepantas mungkin. 352 00:35:14,195 --> 00:35:15,855 Keadaan amat huru-hara. 353 00:35:20,243 --> 00:35:21,793 Dalam sekelip mata… 354 00:35:24,288 --> 00:35:28,578 askar Yoshimoto tinggal 300 orang. Kini keadaan sudah terbalik. 355 00:35:31,129 --> 00:35:32,919 Pertempuran ini amat mendesak. 356 00:35:36,801 --> 00:35:42,641 Salah seorang askar Oda berjaya menyerang Yoshimoto. 357 00:35:56,404 --> 00:35:57,824 Jeneral musuh dah mati. 358 00:35:59,407 --> 00:36:02,697 Tentera Imagawa yang tinggal berpecah dan melarikan diri. 359 00:36:04,495 --> 00:36:07,205 Askar-askar Imagawa yang berada di tempat lain 360 00:36:07,290 --> 00:36:09,920 tahu apa yang terjadi, dan memutuskan untuk berundur. 361 00:36:11,961 --> 00:36:15,461 Nobunaga telah mencapai kejayaan yang menakjubkan. 362 00:36:20,136 --> 00:36:24,466 Peperangan Okehazama berlangsung selama hanya 15 minit, 363 00:36:24,557 --> 00:36:28,897 namun ia antara peperangan yang paling memberi impak kepada sejarah Jepun. 364 00:36:31,189 --> 00:36:36,489 Serangan mengejutnya yang berjaya itu menunjukkan dia genius menyusun strategi 365 00:36:36,569 --> 00:36:39,409 yang mana ia amat jarang ditemui pada zaman itu. 366 00:36:39,488 --> 00:36:43,948 Kebanyakan suku kecil takkan berani menentang musuh yang lebih besar. 367 00:36:44,911 --> 00:36:49,791 Namun, tingkah laku yang merisaukan pembantu Nobunaga 368 00:36:49,874 --> 00:36:51,674 ketika pengebumian ayahnya… 369 00:36:53,002 --> 00:36:54,502 kini diperakui. 370 00:36:54,587 --> 00:36:56,667 Ia menampakkannya semberono, 371 00:36:56,756 --> 00:37:00,506 dan berisiko, namun dia juga telah berfikir dengan teliti… 372 00:37:01,510 --> 00:37:05,600 apakah kemungkinan yang terbaik untuk dia terus hidup dan menakluk. 373 00:37:07,350 --> 00:37:11,980 Selain berjaya menumpaskan salah satu kuasa terbesar di Jepun Tengah, 374 00:37:12,688 --> 00:37:16,278 Oda Nobunaga juga menjadi semakin terkenal. 375 00:37:16,359 --> 00:37:18,949 Ia juga menjadi batu loncatan 376 00:37:19,028 --> 00:37:23,908 untuknya memulakan proses yang bakal menjadi penyatuan semula Jepun. 377 00:37:28,246 --> 00:37:35,206 Akibat daripada peperangan Okehazama, Nobunaga mendapat dua sekutu penting 378 00:37:35,294 --> 00:37:40,844 yang bakal menampungnya selama beberapa tahun dan membantunya capai kemenangan. 379 00:37:40,925 --> 00:37:46,055 Di Okehazamalah tempat Nobunaga mula menghargai bakat 380 00:37:46,138 --> 00:37:51,098 seorang samurai muda yang telah menyertai tenteranya sebagai ashigaru. 381 00:37:52,103 --> 00:37:54,773 Namanya ialah Toyotomi Hideyoshi. 382 00:37:57,024 --> 00:38:01,034 Hideyoshi bermula sebagai askar berjalan kaki dalam tentera Nobunaga, 383 00:38:01,112 --> 00:38:05,282 namun kemahiran bertempurnya mengagumkan Nobunaga. 384 00:38:12,415 --> 00:38:15,875 Dia bukan setakat handal dalam bertempur berdepan-depan. 385 00:38:15,960 --> 00:38:19,340 Dia juga memiliki kebolehan mengatur orang lain. 386 00:38:19,422 --> 00:38:22,802 Dengan kata lain, dia menunjukkan potensi kepimpinan. 387 00:38:32,184 --> 00:38:34,904 Kesan daripada itu, Hideyoshi dinaikkan pangkat 388 00:38:34,979 --> 00:38:38,819 menjadi salah seorang jeneral Nobunaga yang taat dan setia, 389 00:38:38,899 --> 00:38:42,899 dan seterusnya menjadi orang yang banyak mempengaruhi sejarah Jepun. 390 00:38:51,787 --> 00:38:57,497 Terdapat satu lagi perikatan yang terbentuk akibat peperangan itu. 391 00:38:57,585 --> 00:38:59,495 Dan ia amat berbeza daripada 392 00:38:59,587 --> 00:39:02,757 hubungan antara Nobunaga dan Hideyoshi. 393 00:39:04,383 --> 00:39:08,853 Lelaki yang dimaksudkan adalah Tokugawa Ieyasu. 394 00:39:10,723 --> 00:39:14,773 Ketika muda, dia diserahkan oleh ayahnya sendiri sebagai tawanan 395 00:39:14,852 --> 00:39:16,652 kepada keluarga Imagawa. 396 00:39:19,982 --> 00:39:25,242 Ieyasu dibesarkan oleh mereka dan patutnya berkhidmat untuk tentera Imagawa. 397 00:39:27,740 --> 00:39:31,290 Tapi ketua keluarga Imagawa kini telah meninggal dunia. 398 00:39:32,495 --> 00:39:35,405 Jadi, Ieyasu membuat keputusan untuk menyertai 399 00:39:35,998 --> 00:39:40,128 lelaki yang telah menewaskan tuannya iaitu Oda Nobunaga. 400 00:39:42,963 --> 00:39:46,053 Melihatkan betapa cepatnya Ieyasu bertukar kesetiaan, 401 00:39:46,133 --> 00:39:50,223 menunjukkan kesetiaan amat mudah bertukar ganti ketika zaman Sengoku. 402 00:39:50,304 --> 00:39:54,644 Tiada lagi peraturan. Ini perang habis-habisan untuk merebut takhta Jepun. 403 00:39:54,725 --> 00:39:57,595 Maka, siapa yang sanggup ambil risiko, 404 00:39:57,686 --> 00:40:00,186 lebih berani untuk mendekati 405 00:40:00,272 --> 00:40:03,322 pihak yang lebih berkuasa atau sedang meningkat. 406 00:40:05,069 --> 00:40:08,989 Peperangan Okehazama ini penting kerana, tiba-tiba, 407 00:40:09,073 --> 00:40:13,873 tiga orang yang bakal membentuk nasib Jepun mula bersekutu, 408 00:40:13,953 --> 00:40:19,423 iaitu Oda Nobunaga, Toyotomi Hideyoshi dan Tokugawa Ieyasu. 409 00:40:23,546 --> 00:40:26,836 Dengan adanya Ieyasu dan Hideyoshi di sampingnya, 410 00:40:26,924 --> 00:40:30,894 Nobunaga melancarkan siri kempen berdarah ke atas pesaingnya. 411 00:40:31,637 --> 00:40:34,137 Dia menakluk lebih banyak jajahan. 412 00:40:34,974 --> 00:40:38,984 Kemudian, dia mara dengan beraninya ke arah ibu negara itu, Kyoto. 413 00:40:40,229 --> 00:40:44,529 Dari situ, Nobunaga merancang untuk melancarkan strategi paling beraninya, 414 00:40:44,984 --> 00:40:47,364 iaitu penyatuan semula Jepun. 415 00:40:50,489 --> 00:40:52,579 Namun, dia masih lagi dalam bahaya. 416 00:40:53,284 --> 00:40:56,754 Masih ada daimyo lain yang berada di barat dan utara 417 00:40:56,829 --> 00:40:58,999 yang mengancam kekuasaan Nobunaga 418 00:40:59,081 --> 00:41:01,711 kerana mereka enggan patuh kepadanya. 419 00:41:03,210 --> 00:41:05,960 Dan siapa yang enggan taat kepadanya, 420 00:41:06,046 --> 00:41:09,176 akan merasai kemurkaannya dan dibunuh, 421 00:41:09,258 --> 00:41:12,508 kerana dia takkan biarkan sesiapa pun menentangnya. 422 00:41:12,845 --> 00:41:14,255 Hanya lelaki begitu saja 423 00:41:14,346 --> 00:41:17,676 yang bakal memulakan proses penyatuan Jepun. 424 00:41:22,438 --> 00:41:26,938 Senario ini tentulah menimbulkan kemarahan pesaing Nobunaga. 425 00:41:27,485 --> 00:41:31,355 Mereka tahu Nobunaga mahu membolot kuasa. 426 00:41:31,947 --> 00:41:35,447 Maka, pertempuran sebenar buat Jepun bakal bermula. 427 00:42:05,731 --> 00:42:07,321 Terjemahan sari kata oleh Naja