1 00:00:06,089 --> 00:00:07,919 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:44,252 --> 00:00:49,132 Didorong cita-cita yang kejam dan gila untuk menakluk Jepun Tengah, 3 00:00:49,215 --> 00:00:53,335 Nobunaga telah hancurkan ramai musuh yang memandang rendah terhadapnya. 4 00:00:54,054 --> 00:00:58,984 Kempen ketenteraannya yang ganas untuk melemahkan institusi Buddha 5 00:00:59,059 --> 00:01:02,939 telah menyebabkan populasi di situ berpaling daripadanya. 6 00:01:03,021 --> 00:01:07,281 Malah, jeneralnya sendiri mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Nobunaga. 7 00:01:09,569 --> 00:01:10,699 Tidak terhalang, 8 00:01:10,779 --> 00:01:15,369 Nobunaga menyasarkan sekumpulan pemberontak di gunung dari wilayah Iga, 9 00:01:15,450 --> 00:01:17,910 yang enggan menerima pemerintahannya. 10 00:01:25,376 --> 00:01:29,666 WILAYAH IGA (JEPUN TENGAH) 11 00:01:40,517 --> 00:01:45,437 Selama 150 tahun, mereka yang dipanggil "pemberontak Iga" 12 00:01:45,522 --> 00:01:51,532 telah mengawal diri mereka sendiri, menjauhkan penceroboh dari kawasan mereka. 13 00:02:01,538 --> 00:02:07,918 Mereka adalah sekumpulan pembalak, petani dan nelayan, 14 00:02:08,002 --> 00:02:11,382 serta individu lasak lain yang terpilih 15 00:02:11,464 --> 00:02:15,434 untuk membina hidup di kawasan pergunungan di Iga. 16 00:02:20,056 --> 00:02:24,136 Mereka mengukir hidup mereka daripada batu-bata 17 00:02:24,227 --> 00:02:28,477 dan berangkakan tulang belulang tanah tempat tinggal mereka. 18 00:02:36,865 --> 00:02:40,115 Mereka lebih memahami landskap itu berbanding orang lain 19 00:02:40,201 --> 00:02:43,621 dan mampu melancarkan apa yang dinamakan perang gerila 20 00:02:43,705 --> 00:02:47,205 terhadap sesiapa yang berani masuk ke kawasan mereka. 21 00:03:14,027 --> 00:03:18,697 Mereka sangat mahir dalam teknik peperangan tak teratur, 22 00:03:18,781 --> 00:03:21,991 yang mana itulah satu-satunya cara yang mereka ada, 23 00:03:22,076 --> 00:03:26,576 maka inilah yang melahirkan legenda ninja Iga. 24 00:03:30,084 --> 00:03:33,924 Perkataan "ninja", yang amat biasa kita dengar hari ini, 25 00:03:34,005 --> 00:03:38,375 adalah, pada dasarnya, sebuah interpretasi kepada ungkapan Jepun 26 00:03:38,468 --> 00:03:42,138 yang merujuk kepada kerahsiaan. Dan ia disebut sebagai shinobi. 27 00:03:53,942 --> 00:03:57,782 Shinobi yang bagus boleh melakukan hampir apa-apa saja. 28 00:04:00,490 --> 00:04:01,620 Perisikan… 29 00:04:03,159 --> 00:04:05,369 sebarang bentuk pengumpulan maklumat… 30 00:04:10,708 --> 00:04:11,748 dan pembunuhan. 31 00:04:23,721 --> 00:04:26,141 Latihan akan bermula dari usia muda. 32 00:04:27,809 --> 00:04:30,269 Tapi selain daripada seni bela diri biasa, 33 00:04:30,353 --> 00:04:33,653 ini juga termasuk teknik penyediaan bahan letupan, 34 00:04:33,731 --> 00:04:36,821 malah, dalam beberapa kes, racun. 35 00:04:41,823 --> 00:04:44,373 Ramai wanita juga dilatih sebagai shinobi. 36 00:04:44,450 --> 00:04:48,830 Maknanya, mereka dilatih menjadi pengintip, pembunuh, pengumpul maklumat. 37 00:04:49,956 --> 00:04:52,416 Mereka boleh menyusup masuk rumah sasaran. 38 00:04:52,500 --> 00:04:55,000 Mereka boleh sembunyi di tempat yang jelas. 39 00:04:55,086 --> 00:04:58,296 Mereka dilatih untuk sesuaikan diri dengan masyarakat, 40 00:04:58,381 --> 00:05:01,881 tapi sebagai ejen shinobi. 41 00:05:04,762 --> 00:05:08,352 Ada seorang shinobi wanita bernama Mochizuki Chiyome, 42 00:05:08,433 --> 00:05:10,853 dan dia dilatih di pergunungan. 43 00:05:13,438 --> 00:05:16,648 Dia mendekati lelaki dan mengumpul maklumat. 44 00:05:19,652 --> 00:05:22,282 Jika perlu, shinobi akan tidur dengan mereka. 45 00:05:25,533 --> 00:05:30,203 Kadangkala, mereka bunuh orang selepas dapat maklumat. 46 00:05:32,915 --> 00:05:35,625 Jadi, mereka juga dilatih untuk jadi pembunuh. 47 00:05:36,210 --> 00:05:38,590 JENERAL ODA DIBUNUH PADA 1571 48 00:05:38,671 --> 00:05:40,421 Apa saja kamu panggil mereka, 49 00:05:40,506 --> 00:05:43,296 shinobi, ninja atau pemberontak, 50 00:05:43,384 --> 00:05:47,264 mereka telah mengembangkan seni mereka 51 00:05:47,347 --> 00:05:50,637 di rumah mereka di pergunungan Iga sejak berabad lamanya. 52 00:05:53,728 --> 00:05:58,268 Kehidupan yang sukar melahirkan lelaki dan wanita yang kental. 53 00:06:00,276 --> 00:06:06,116 Pembunuh, pengintip dan ejen ini tak patut dipandang rendah 54 00:06:06,199 --> 00:06:11,289 kerana demi sedikit wang, mereka mampu lakukan lebih daripada sepasukan tentera. 55 00:06:20,880 --> 00:06:23,420 Untuk menambah lagi penghinaan, 56 00:06:23,508 --> 00:06:28,548 pahlawan Iga terus melakukan serbuan terhadap wilayah Oda. 57 00:06:31,015 --> 00:06:36,055 Mereka terbukti menjadi duri dalam daging bagi Oda Nobunaga, 58 00:06:36,145 --> 00:06:39,065 dan dia ingin membanteras mereka. 59 00:06:40,358 --> 00:06:42,568 Bunuh setiap seorang daripada mereka! 60 00:06:46,489 --> 00:06:48,659 Celaka mereka semua! 61 00:06:49,992 --> 00:06:51,202 Berani mereka. 62 00:06:55,915 --> 00:06:58,245 Bawakan sake! 63 00:06:58,334 --> 00:07:01,634 Bukan saja mereka menyerbu talian komunikasinya, 64 00:07:01,712 --> 00:07:04,422 wilayah mereka betul-betul bersebelahan 65 00:07:04,507 --> 00:07:08,757 dengan wilayah anak Nobunaga, Oda Nobukatsu. 66 00:07:10,721 --> 00:07:13,181 Sake! Bawakan sake! 67 00:07:18,938 --> 00:07:23,728 Oda Nobukatsu memutuskan untuk memusnahkan mereka bagi pihak ayahnya. 68 00:07:25,736 --> 00:07:31,696 Semestinya, Nobukatsu dibayangi oleh abang-abangnya dalam pelbagai aspek. 69 00:07:33,661 --> 00:07:36,041 Mungkin Nobukatsu nampak ini satu peluang 70 00:07:36,122 --> 00:07:39,042 untuk buktikan nilainya kepada ayahnya, Nobunaga. 71 00:07:48,092 --> 00:07:50,602 Rancangan Oda Nobukatsu agak mudah. 72 00:07:51,179 --> 00:07:54,809 Dia akan memasuki Iga melalui tiga laluan gunung berasingan, 73 00:07:54,891 --> 00:07:58,231 gabungkan tenteranya dan musnahkan petani-petani ini. 74 00:08:12,783 --> 00:08:15,333 Nobukatsu yang lebih konvensional 75 00:08:15,411 --> 00:08:17,211 mara ke Iga, 76 00:08:17,288 --> 00:08:20,788 dia fikir mereka ini hanya sekadar penduduk di pedalaman. 77 00:09:09,090 --> 00:09:12,050 Orang Iga tahu di mana mereka akan berada 78 00:09:12,134 --> 00:09:15,224 dan di mana tempat terbaik untuk menyerang mereka. 79 00:09:16,556 --> 00:09:18,306 Sebagai pakar perang gerila, 80 00:09:18,391 --> 00:09:22,941 mereka nekad untuk menjadikan gunung Iga sebagai senjata. 81 00:09:35,491 --> 00:09:37,241 Apabila pertarungan bermula, 82 00:09:37,326 --> 00:09:42,536 tentera Nobukatsu cuba membentuk blok mereka untuk menyerang balas… 83 00:09:42,623 --> 00:09:43,503 Serang! 84 00:09:43,583 --> 00:09:46,343 Tapi mereka tak tahu siapa yang mereka tembak. 85 00:09:47,753 --> 00:09:52,723 Sepanjang itu, Iga berterusan mengalir ke depan dan belakang ibarat air pasang. 86 00:10:06,897 --> 00:10:09,647 Ia adalah suatu babak yang mengelirukan. 87 00:10:13,029 --> 00:10:15,949 Pertarungan ini bukan pertempuran. Ia penumpasan. 88 00:10:16,574 --> 00:10:18,584 Tanpa arahan, tanpa matlamat. 89 00:10:20,161 --> 00:10:25,791 Semasa serangan itu, seorang jeneral senior Nobukatsu terbunuh. 90 00:10:31,088 --> 00:10:34,468 Ia sangat memalukan bagi Oda Nobukatsu, 91 00:10:34,550 --> 00:10:36,840 jadi dia mengarah berundur segera. 92 00:10:42,266 --> 00:10:44,436 Dalam perjalanan pulang ke Ise, 93 00:10:44,518 --> 00:10:48,688 setiap inci perjalanan mereka diganggu oleh penduduk tempatan, 94 00:10:48,773 --> 00:10:52,233 kayu dan batu digunakan bagi mereka yang tiada senjata 95 00:10:52,318 --> 00:10:56,448 dan menyerang askar-askar yang terdesak untuk berundur itu dengannya. 96 00:11:00,618 --> 00:11:03,788 Tentera yang terselamat berundur dengan tergesa-gesa 97 00:11:03,871 --> 00:11:07,211 tanpa mengetahui siapa atau apa yang melawan mereka. 98 00:11:28,104 --> 00:11:30,864 Bagaimana kamu boleh dibelasah sekumpulan petani? 99 00:11:30,940 --> 00:11:33,480 Kamu memalukan nama Oda. 100 00:11:38,614 --> 00:11:42,244 Kempen itu adalah satu kegagalan yang tak pernah berlaku. 101 00:11:50,501 --> 00:11:51,501 Cukuplah. 102 00:11:52,086 --> 00:11:52,956 Keluar. 103 00:11:53,879 --> 00:11:57,679 Jika kekalahan ini tak dihukum, 104 00:11:57,758 --> 00:11:59,838 ia mungkin akan membawa kepada 105 00:12:00,720 --> 00:12:03,720 pemberontakan yang lebih besar terhadapnya. 106 00:12:06,892 --> 00:12:10,522 Dan kita tahu, Nobunaga cukup marah hingga sanggup 107 00:12:10,604 --> 00:12:13,154 mempertimbangkan untuk membunuh Nobukatsu. 108 00:12:16,026 --> 00:12:17,986 Saya nak kamu bunuh mereka semua. 109 00:12:18,821 --> 00:12:24,741 Sebaliknya, rancangannya adalah untuk menghapuskan Iga dari peta. 110 00:12:30,833 --> 00:12:36,133 Pada 1581, Nobunaga memilih lima jeneralnya yang paling berpengalaman 111 00:12:36,213 --> 00:12:42,763 untuk pencerobohan besar-besaran ke atas Iga dari lima arah berbeza. 112 00:12:45,890 --> 00:12:49,810 Penduduk Iga ingkar sekuat-kuatnya. 113 00:12:52,855 --> 00:12:56,435 Namun, orang Iga tak dapat lakukan 114 00:12:56,525 --> 00:12:59,315 apa yang mereka buat ketika Nobukatsu menyerang. 115 00:12:59,904 --> 00:13:04,494 Mereka tiada sumber untuk serang hendap lima angkatan tentera berasingan. 116 00:13:04,575 --> 00:13:10,365 Tentera Nobunaga mara dan membakar setiap kampung dan rumah yang mereka temui, 117 00:13:15,294 --> 00:13:18,304 serta membunuh sesiapa saja yang berlindung. 118 00:13:23,093 --> 00:13:26,103 Situasi ini memang ibarat kisah David dan Goliath, 119 00:13:27,014 --> 00:13:29,274 tapi kali ini Goliath akan menang. 120 00:13:29,975 --> 00:13:34,395 Lelaki, wanita dan anak kecil dibunuh dengan pedang atau dibakar. 121 00:13:39,151 --> 00:13:43,911 Malah, dikatakan bahawa, daripada membiarkan orang tersayang 122 00:13:43,989 --> 00:13:46,029 jatuh ke tangan musuh, 123 00:13:46,116 --> 00:13:51,326 askar Iga sanggup membunuh keluarga mereka sendiri sebelum membunuh diri. 124 00:13:53,499 --> 00:13:57,669 Bukan sekadar untuk lindungi maruah keluarga, tapi untuk simpan rahsia. 125 00:14:01,674 --> 00:14:03,554 Ini adalah pembunuhan kaum, 126 00:14:03,634 --> 00:14:09,144 kemusnahan yang sengaja dan sistematik terhadap nyawa di Iga. 127 00:14:10,683 --> 00:14:16,193 Nobunaga dimalukan di luar kemampuannya, 128 00:14:16,272 --> 00:14:20,692 dan seluruh wilayah ini akan menanggung akibatnya dengan nyawa mereka. 129 00:14:28,492 --> 00:14:31,952 Setelah berjaya menenangkan Iga… 130 00:14:33,539 --> 00:14:39,129 Oda Nobunaga telah mencapai kemuncak kekuatan dan kekuasaannya. 131 00:14:42,047 --> 00:14:43,967 KOMANDER PEMBERONTAK IGA 132 00:14:48,262 --> 00:14:53,432 Dia telah hampir berjaya menyatukan seluruh negara Jepun. 133 00:15:19,293 --> 00:15:23,423 Bukan saja dia kalahkan beberapa nama terhebat dalam sejarah Jepun, 134 00:15:23,505 --> 00:15:25,835 dia juga menegaskan kuasanya 135 00:15:25,925 --> 00:15:29,795 dengan membina kubu terhebat yang pernah dilihat di Jepun. 136 00:15:30,512 --> 00:15:32,682 Ia adalah istana Azuchi. 137 00:15:35,476 --> 00:15:39,476 Menara utama tujuh tingkat istana itu dihias dengan gaya baru. 138 00:15:41,023 --> 00:15:43,113 Setiap tingkat menara itu 139 00:15:43,192 --> 00:15:49,162 mempunyai pelbagai kilasan tentang dewa atau haiwan atau lelaki yang berkuasa. 140 00:15:50,783 --> 00:15:53,043 Jadi, semakin kamu menaiki menara itu, 141 00:15:53,118 --> 00:15:56,078 boleh dikatakan, pangkat makhluk semakin tinggi. 142 00:16:01,418 --> 00:16:05,128 Tapi di puncak, iaitu bilik peribadi Nobunaga, 143 00:16:05,214 --> 00:16:06,474 tiada apa-apa… 144 00:16:08,342 --> 00:16:09,512 kecuali cermin, 145 00:16:10,511 --> 00:16:12,931 di mana dia boleh lihat wajahnya sendiri. 146 00:16:25,442 --> 00:16:29,662 Sama seperti Iskandar Yang Agung telah disingkirkan di gurun Mesir, 147 00:16:29,738 --> 00:16:33,448 ada kepercayaan di mana, oleh kerana Nobunaga pasang cermin 148 00:16:33,534 --> 00:16:37,084 yang merupakan simbol tradisional bagi dewa di Jepun, 149 00:16:37,162 --> 00:16:39,292 dia anggap dirinya sebagai dewa. 150 00:16:45,921 --> 00:16:48,551 Dia telah menjadi hakim berdarah, 151 00:16:48,632 --> 00:16:54,222 mengerat semua kelas dan kawasan di Jepun, 152 00:16:54,304 --> 00:16:57,224 mengukir kuasanya sendiri… 153 00:16:58,642 --> 00:17:01,652 dan ekoran segala pembunuhannya, 154 00:17:01,729 --> 00:17:06,899 beberapa orang di Kyoto memberikannya nama 155 00:17:06,984 --> 00:17:09,404 Raja Syaitan Enam Syurga. 156 00:17:13,949 --> 00:17:15,779 Tiba satu tahap 157 00:17:15,868 --> 00:17:20,038 di mana kamu perlu berundur daripada kuasa 158 00:17:20,873 --> 00:17:22,923 atau terus membunuh. 159 00:17:24,168 --> 00:17:26,668 Nobunaga pilih yang kedua. 160 00:17:32,176 --> 00:17:33,006 JEPUN 1582 161 00:17:33,093 --> 00:17:37,683 Kononnya Raja Syaitan itu meneruskan rancangan perluasannya yang kejam 162 00:17:37,765 --> 00:17:39,925 dan meletakkan sasaran baru, 163 00:17:40,017 --> 00:17:44,767 keluarga Mori yang berkuasa, yang memerintah wilayah besar di barat. 164 00:17:44,855 --> 00:17:49,275 Dia arahkan jeneral yang lama berkhidmat dan dipercayai, Toyotomi Hideyoshi, 165 00:17:49,359 --> 00:17:51,779 untuk menyerang kubu utama istana mereka. 166 00:17:52,529 --> 00:17:56,619 Ia tindakan yang akan memberi kesan mendalam pada masa depan mereka. 167 00:18:07,711 --> 00:18:10,591 Waktu itu, Hideyoshi ialah antara jeneral tertinggi Nobunaga, 168 00:18:10,672 --> 00:18:13,052 dan dia diamanahkan kempen menentang 169 00:18:13,133 --> 00:18:17,643 keluarga Mori di Jepun Barat, salah satu keluarga daimyo paling berkuasa. 170 00:18:22,351 --> 00:18:27,111 Hideyoshi mengepung salah satu istana Mori iaitu Istana Takamatsu. 171 00:18:29,566 --> 00:18:33,526 Istana itu dikawal oleh kira-kira 5,000 askar, 172 00:18:33,612 --> 00:18:37,702 yang mana telah dikelilingi oleh 30,000 askar Hideyoshi. 173 00:18:37,783 --> 00:18:44,503 Namun, dia terima laporan yang Mori akan tiba dengan lebih 40,000 orang askar. 174 00:18:48,210 --> 00:18:51,000 Ini meletakkan Hideyoshi dalam posisi berbahaya. 175 00:18:52,673 --> 00:18:56,343 Jika tentera bantuan Mori tiba, 176 00:18:56,426 --> 00:18:58,546 dia akan terperangkap di antara 177 00:18:58,637 --> 00:19:02,717 pembela istana itu dan tembok mereka serta tentera bantuan Mori. 178 00:19:14,528 --> 00:19:18,698 Hideyoshi hantar pesanan kepada Oda Nobunaga 179 00:19:18,782 --> 00:19:20,662 memperincikan keadaan itu 180 00:19:20,742 --> 00:19:24,712 dan meminta Nobunaga datang dengan angkatan tenteranya 181 00:19:24,788 --> 00:19:27,288 untuk lawan tentera Mori yang bakal tiba. 182 00:19:37,759 --> 00:19:41,429 Mitsuhide… hantar askar kamu untuk bantu Hideyoshi. 183 00:19:41,513 --> 00:19:42,723 Saya akan ikut. 184 00:19:44,892 --> 00:19:47,602 Menyedari keterdesakan situasi itu, 185 00:19:47,686 --> 00:19:52,856 Nobunaga beri arahan kepada Mitsuhide untuk bergerak ke barat secepat mungkin. 186 00:19:52,941 --> 00:19:56,571 Nobunaga bersedia untuk mengekori bersama tenteranya sendiri. 187 00:19:59,781 --> 00:20:03,161 Akechi Mitsuhide mempunyai latar belakang yang luar biasa. 188 00:20:04,286 --> 00:20:07,246 Dia memasuki khidmat Nobunaga sebagai ronin. 189 00:20:07,331 --> 00:20:11,461 Maksudnya, samurai yang tuannya dahulu maut dalam pertempuran. 190 00:20:11,877 --> 00:20:16,797 Kebanyakan pembesar akan pilih daripada keluarga sekutu rapat selama berabad-abad 191 00:20:16,882 --> 00:20:18,382 untuk jadi komander kanan mereka. 192 00:20:18,467 --> 00:20:21,427 Nobunaga sanggup ambil pengembara ini, 193 00:20:21,511 --> 00:20:25,641 yang tiada kaitan dengan keluarga Oda dan jadikannya pemimpin senior. 194 00:20:27,684 --> 00:20:30,814 SEBELAS TAHUN LALU 195 00:20:31,438 --> 00:20:33,438 Mitsuhide penganut Buddha tegar 196 00:20:33,523 --> 00:20:38,203 dan dia terganggu oleh pembunuhan beramai- ramai penganut Buddha di Gunung Hiei. 197 00:20:50,832 --> 00:20:52,712 Tolong berhenti! 198 00:20:58,590 --> 00:21:00,930 Kita juga tahu, kadangkala, 199 00:21:01,009 --> 00:21:05,469 Nobunaga menghinanya di khalayak ramai dan memalukannya. 200 00:21:05,555 --> 00:21:08,135 Tolong berhenti! 201 00:21:10,978 --> 00:21:14,858 Antara pelbagai kesalahan Nobunaga terhadap Mitsuhide, 202 00:21:15,816 --> 00:21:18,486 dikatakan semasa satu kempen ketenteraan, 203 00:21:18,568 --> 00:21:21,608 keganasan Nobunaga adalah punca 204 00:21:21,697 --> 00:21:24,197 kematian ibu Mitsuhide. 205 00:21:27,911 --> 00:21:32,211 Kebencian ini… Layanan buruk ini, penyalahgunaan ini, 206 00:21:32,291 --> 00:21:36,041 mengasak-asak hatinya. Itulah yang mendorongnya hilang kawalan. 207 00:21:45,804 --> 00:21:46,814 Masanya dah tiba. 208 00:21:48,807 --> 00:21:50,057 Kita pergi berperang. 209 00:21:51,018 --> 00:21:51,888 Ya, tuan! 210 00:21:59,609 --> 00:22:02,359 Dia tidak pergi membantu Hideyoshi, 211 00:22:03,113 --> 00:22:06,493 sebaliknya Mitsuhide arahkan askarnya untuk mara ke Kyoto. 212 00:22:09,953 --> 00:22:12,793 Dan pada saat-saat akhir 213 00:22:12,873 --> 00:22:15,793 barulah dia beritahu rancangannya kepada jeneralnya, 214 00:22:15,876 --> 00:22:20,456 iaitu membunuh Nobunaga dan mengambil alih sendiri Jepun. 215 00:22:31,058 --> 00:22:36,058 Malam itu, Nobunaga berehat di kuil kecil di Kyoto bernama Honnō-ji. 216 00:22:39,941 --> 00:22:42,991 Nobunaga menyimpan sekumpulan pelatih 217 00:22:43,070 --> 00:22:46,200 dan pengawal peribadi sebagai tentera peribadinya. 218 00:22:47,074 --> 00:22:48,914 Di saat inilah dia lemah. 219 00:22:53,705 --> 00:22:56,535 Ini peluang yang mungkin takkan datang lagi 220 00:22:56,625 --> 00:22:59,285 dan nampaknya begitulah pandangan Mitsuhide. 221 00:23:05,300 --> 00:23:09,390 Mitsuhide mengarahkan tenteranya ke tengah Kyoto 222 00:23:09,471 --> 00:23:13,731 dan melancarkan serangan hebat ke atas kuil Honnō-ji. 223 00:23:23,402 --> 00:23:27,412 Nobunaga langsung tak menjangkakannya. 224 00:23:32,285 --> 00:23:34,495 Apabila dia sedar apa yang berlaku, 225 00:23:39,876 --> 00:23:42,206 dia bertarung hingga ke nafas terakhir. 226 00:23:45,674 --> 00:23:49,764 Tak lama kemudian Oda Nobunaga terima kenyataan yang ia telah tamat. 227 00:23:53,140 --> 00:23:55,520 Namun, dia tak dapat melarikan diri 228 00:23:58,728 --> 00:24:02,478 dan dia berundur ke salah satu bilik di belakang kuil itu. 229 00:25:01,666 --> 00:25:06,206 Bagi seluruh dunia, peningkatan Nobunaga kelihatan seperti tak dapat dihalang. 230 00:25:09,549 --> 00:25:12,179 Dalam 20 tahun, dia bermula dengan 231 00:25:12,260 --> 00:25:15,220 memerintah satu bahagian wilayah kecil 232 00:25:15,305 --> 00:25:17,555 kepada memerintah satu pertiga negara, 233 00:25:18,517 --> 00:25:22,437 dan kini, dalam hanya satu hari, dunia telah terbalik. 234 00:25:26,650 --> 00:25:31,780 Ini episod yang mengejutkan yang tiada siapa jangkakan. 235 00:25:33,532 --> 00:25:37,122 Terutamanya waris Nobunaga iaitu anak sulungnya, Nobutada, 236 00:25:37,202 --> 00:25:40,832 yang kini berada di istana Azuchi, kira-kira 20 batu ke timur. 237 00:25:43,917 --> 00:25:46,167 Perkara seterusnya yang Mitsuhide buat 238 00:25:46,253 --> 00:25:49,673 ialah menggerakkan tenteranya ke Azuchi dan bunuh Nobutada. 239 00:25:54,553 --> 00:25:57,683 Dengan membunuh Nobunaga dan warisnya, 240 00:25:57,764 --> 00:26:02,444 Mitsuhide telah mencipta lompang kuasa di Jepun, 241 00:26:03,436 --> 00:26:07,146 dan dia nekad untuk mengisi lompang itu sendiri. 242 00:26:12,529 --> 00:26:16,529 Kematian Nobunaga di tangan Akechi Mitsuhide adalah mengejutkan. 243 00:26:19,077 --> 00:26:22,117 Hulubalang hebat itu kini telah dibunuh, 244 00:26:22,205 --> 00:26:25,625 maka corak politik yang orang sangka akan diwujudkan 245 00:26:25,709 --> 00:26:27,539 kini menjadi rebutan. 246 00:26:27,627 --> 00:26:30,417 Ia perlumbaan siapa paling cepat rampas kuasa. 247 00:26:30,505 --> 00:26:33,795 Pada asasnya, ada tiga pesaing. Ada Akechi Mitsuhide, 248 00:26:34,884 --> 00:26:38,474 Tokugawa Ieyasu yang berada di timur, 249 00:26:38,555 --> 00:26:40,765 dan ada Toyotomi Hideyoshi. 250 00:26:44,853 --> 00:26:49,733 Sementara semua ini berlaku, Hideyoshi berada di Jepun Barat melawan Mori. 251 00:26:49,816 --> 00:26:53,356 Dia menantikan berita bantuan dari pusat jajahan Oda 252 00:26:53,445 --> 00:26:55,025 dengan penuh keresahan. 253 00:26:56,364 --> 00:26:58,454 Apabila utusan akhirnya tiba, 254 00:26:58,533 --> 00:27:02,953 apa yang diberitahu kepada Hideyoshi bakal mengubah haluan sejarah Jepun. 255 00:27:05,540 --> 00:27:06,920 Nobunaga dah mati. 256 00:27:11,755 --> 00:27:15,465 Hideyoshi akan buat apa yang seorang pahlawan setia patut buat 257 00:27:15,550 --> 00:27:20,850 dan balas dendam, menunjukkan kesetiaannya kepada Nobunaga walau selepas kematiannya. 258 00:27:25,018 --> 00:27:28,228 Selama 11 hari, Mitsuhide tidak dicabar. 259 00:27:29,689 --> 00:27:32,939 Hideyoshi harus balas dendam buat tuannya yang terbunuh, 260 00:27:33,026 --> 00:27:36,856 kerana risau hulubalang lain akan menyokong Mitsuhide. 261 00:27:37,947 --> 00:27:42,077 Hideyoshi bergegas ke Kyoto untuk bertarung dengan Mitsuhide 262 00:27:42,160 --> 00:27:45,750 bagi menentukan siapa bakal merampas kuasa di Jepun Tengah. 263 00:27:53,630 --> 00:27:56,130 Mitsuhide, pada waktu itu, terkejut kerana 264 00:27:56,216 --> 00:27:59,336 Hideyoshi dapat bergerak cepat untuk menentangnya. 265 00:27:59,427 --> 00:28:04,307 Dia sangka dia ada masa untuk mengukuhkan kedudukannya di Jepun Tengah 266 00:28:04,391 --> 00:28:07,191 sebelum dia terpaksa berdepan sebarang ancaman. 267 00:28:08,853 --> 00:28:10,733 Kita akan bergerak ke arah ini. 268 00:28:11,314 --> 00:28:14,574 Dia faham yang angkatan tenteranya lebih kecil, 269 00:28:14,651 --> 00:28:18,491 jadi dia pilih kedudukan di satu tempat bernama Yamazaki. 270 00:28:22,659 --> 00:28:25,369 Sebab pertarungan berlaku di Yamazaki 271 00:28:25,453 --> 00:28:31,293 adalah kerana istana Akechi Mitsuhide terletak di jalan yang sangat sempit 272 00:28:31,376 --> 00:28:35,256 yang dilindungi oleh gunung di satu sisi dan sungai di sisi lain. 273 00:28:35,338 --> 00:28:37,878 Ia tempat terbaik untuk bertahan. 274 00:28:43,722 --> 00:28:46,892 Jika kamu tak kawal rupa bumi dan memilihnya 275 00:28:46,975 --> 00:28:51,345 untuk elakkan tentera lain mengepung kamu sedangkan angkatan kamu sedikit, 276 00:28:51,438 --> 00:28:53,568 maka pada dasarnya, kamu akan kalah. 277 00:28:53,648 --> 00:28:57,778 Contoh klasik ialah Peperangan Thermopylae dalam sejarah Barat, bukan? 278 00:28:57,861 --> 00:29:01,531 300 askar Sparta yang menghalang laluan askar Parsi. 279 00:29:01,614 --> 00:29:03,164 Itulah teori Mitsuhide, 280 00:29:03,241 --> 00:29:07,041 iaitu dia boleh guna kelebihan pertahanan untuk kepentingannya. 281 00:29:10,498 --> 00:29:12,208 Namun, dia buat kesilapan kritikal. 282 00:29:12,292 --> 00:29:16,802 Dia tak tempatkan askar di gunung yang bernama Tennōzan. 283 00:29:33,646 --> 00:29:37,106 Tentera Hideyoshi tiba dahulu dan merampas tanah tinggi. 284 00:30:04,260 --> 00:30:08,010 Hideyoshi arahkan sayap kanannya untuk serang tentera Akechi. 285 00:30:11,476 --> 00:30:14,976 Sebaik mereka bertarung, dia kemudian lancarkan sayap kiri. 286 00:30:17,607 --> 00:30:21,527 Jadi, dia merempuh tentera Akechi dari kedua-dua belah. 287 00:30:26,533 --> 00:30:29,543 Apabila pertempuran tercetus antara kedua-dua belah, 288 00:30:30,203 --> 00:30:33,293 pada awalnya kelihatan seperti Mitsuhide akan menang. 289 00:30:39,879 --> 00:30:42,469 Yamazaki adalah pertempuran yang sengit. 290 00:30:45,593 --> 00:30:49,563 Bunyi jeritan askar, darah mengalir daripada luka. 291 00:30:55,103 --> 00:30:59,943 Terutamanya tembakan bertumpu daripada arquebus, 292 00:31:00,024 --> 00:31:03,034 yang kini jadi kebiasaan dalam peperangan samurai. 293 00:31:06,239 --> 00:31:09,659 Maka pertempuran ini bermula dikaburi oleh kepulan asap, 294 00:31:10,702 --> 00:31:14,962 dan dari dalam tembakan padat ini ternampak pancaran cahaya pistol, 295 00:31:15,039 --> 00:31:18,709 bunyi jeritan kuda dan libasan bilah pedang. 296 00:31:34,309 --> 00:31:35,269 Akechi! 297 00:31:39,898 --> 00:31:42,028 Serangan itu terlalu hebat. 298 00:31:43,192 --> 00:31:44,652 Mitsuhide terpaksa lari. 299 00:31:51,951 --> 00:31:54,541 Mitsuhide berjaya lakukan itu. 300 00:31:56,080 --> 00:31:59,330 Dia melarikan diri dengan hanya beberapa pengikut setia 301 00:31:59,417 --> 00:32:01,997 dan cuba bersembunyi di kampung berdekatan. 302 00:32:05,548 --> 00:32:07,798 Beberapa petani ternampak dia. 303 00:32:11,262 --> 00:32:13,722 Mitsuhide dikepung… 304 00:32:15,808 --> 00:32:17,268 dan ditikam hingga mati. 305 00:32:24,150 --> 00:32:26,530 Akechi Mitsuhide kini terbujur kaku 306 00:32:26,611 --> 00:32:30,741 13 hari selepas membunuh tuannya, Oda Nobunaga. 307 00:32:34,869 --> 00:32:37,959 Oleh itu, generasi selepasnya mengenalinya 308 00:32:38,039 --> 00:32:41,829 dengan ejekan sebagai "Shogun 13 Hari". 309 00:32:45,254 --> 00:32:49,514 Dengan membalas dendam terhadap pembelot, Akechi Mitsuhide, demi tuannya, 310 00:32:49,592 --> 00:32:53,142 Hideyoshi melangkah ke dalam lompang politik yang tercipta. 311 00:32:53,221 --> 00:32:56,141 Dia paling cepat bertindak berbanding daimyo lain, 312 00:32:56,224 --> 00:32:59,064 dia mengalahkan Mitsuhide dalam pertempuran 313 00:32:59,143 --> 00:33:01,733 hanya dua minggu selepas kematian Nobunaga, 314 00:33:01,813 --> 00:33:04,983 dan kini dia memancang kepala Akechi Mitsuhide. 315 00:33:07,068 --> 00:33:08,858 Ia merupakan satu pengumuman 316 00:33:08,945 --> 00:33:13,315 bahawa Hideyoshi merancang untuk jadi daimyo paling berkuasa di negara itu. 317 00:33:16,411 --> 00:33:18,291 Ia amaran kepada orang lain. 318 00:33:18,371 --> 00:33:19,871 SEJARAWAN 319 00:33:19,956 --> 00:33:22,496 Jika memberontak, kamu akan jadi begini. 320 00:33:22,583 --> 00:33:26,173 Pada masa yang sama, ia juga bermakna Hideyoshilah 321 00:33:26,254 --> 00:33:29,304 yang membunuh pemberontak itu. 322 00:33:29,382 --> 00:33:33,092 Itu siaran akhbarnya. 323 00:33:35,888 --> 00:33:38,978 Hideyoshi lahir tanpa nama keluarga. Dia orang biasa. 324 00:33:39,058 --> 00:33:41,808 Ada yang kata dia lahir sebagai orang terbuang. 325 00:33:41,894 --> 00:33:46,364 Dia bangkit dengan kemahiran luar biasa, kepintaran dan kelicikannya. 326 00:33:50,236 --> 00:33:51,236 Hideyoshi… 327 00:33:52,280 --> 00:33:55,370 saya rasa, kebangkitannya boleh dikatakan amat cepat. 328 00:33:55,867 --> 00:33:59,117 Ramai petani terlibat dalam peperangan pada zaman ini 329 00:33:59,203 --> 00:34:01,913 sebagai askar berjalan, tapi berjaya meningkat 330 00:34:01,998 --> 00:34:05,538 kepada apa yang kita boleh sebut sebagai kelas pegawai? 331 00:34:05,626 --> 00:34:07,336 Itu jarang berlaku. 332 00:34:07,420 --> 00:34:10,420 Akibatnya, Hideyoshi kini di kedudukan yang saya rasa, 333 00:34:10,506 --> 00:34:15,086 sukar diduga bagi lelaki yang mempunyai status sosial begitu. 334 00:34:15,720 --> 00:34:17,560 Dia mempunyai kuasa yang besar. 335 00:34:29,650 --> 00:34:33,110 Walaupun Hideyoshi telah menjadi daimyo paling berkuasa di Jepun, 336 00:34:33,196 --> 00:34:37,076 telah mencapai keabsahan setelah membalas dendam buat tuannya, 337 00:34:37,158 --> 00:34:38,948 dia tetap berada dalam bahaya. 338 00:34:39,535 --> 00:34:43,285 Ada lagi daimyo di bahagian Jepun yang lain, di barat dan timur, 339 00:34:43,372 --> 00:34:45,922 dan daimyo lain di bawah lindungan Nobunaga, 340 00:34:46,000 --> 00:34:48,590 yang akan mahu merampas kuasa. 341 00:34:48,669 --> 00:34:50,549 Jadi, dia masih belum selamat, 342 00:34:50,630 --> 00:34:53,840 tapi dia berada di kedudukan yang paling menguntungkan. 343 00:35:01,599 --> 00:35:04,479 Isteri Hideyoshi digelar Cik Puan Nene, 344 00:35:04,560 --> 00:35:09,190 dan dia amat penting bagi usaha Hideyoshi mengambil alih tempat Nobunaga. 345 00:35:09,273 --> 00:35:12,073 Dia orang paling penting dalam hidup Hideyoshi. 346 00:35:12,151 --> 00:35:14,861 Dia penyokong kuat Hideyoshi. Dialah sandaran Hideyoshi. 347 00:35:36,801 --> 00:35:40,601 Dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan Istana Osaka. 348 00:35:40,680 --> 00:35:43,180 Dia bertanggungjawab menjaga keamanan. 349 00:35:43,850 --> 00:35:46,690 Pada dasarnya, dialah daimyo ketika Hideyoshi tiada. 350 00:35:48,938 --> 00:35:53,148 Ketika Hideyoshi sertai kempen ketenteraan, mereka saling berutus surat. 351 00:35:55,570 --> 00:36:00,910 Nene juga menasihati Hideyoshi tentang apa yang patut dilakukan kepada tawanannya, 352 00:36:00,992 --> 00:36:02,412 pembentukan sekutunya, 353 00:36:02,493 --> 00:36:06,543 dan apa syarat yang perlu Hideyoshi beri kepada orang lain. 354 00:36:09,041 --> 00:36:13,631 Nene dan Hideyoshi bersama-sama melihat Jepun sebagai tanah mereka sendiri. 355 00:36:13,713 --> 00:36:19,053 Mereka mula melihat tanah ini sebagai alam Tuhan yang mereka boleh perintah. 356 00:36:34,609 --> 00:36:37,779 Bagi Hideyoshi, ini adalah takdirnya. 357 00:36:38,487 --> 00:36:42,737 Kini dia berpeluang untuk mengambil alih jajahan Nobunaga, 358 00:36:44,076 --> 00:36:48,286 tapi, sebelum itu, dia perlu meneutralkan penentangan yang masih ada 359 00:36:48,372 --> 00:36:50,632 daripada ahli keluarga Oda yang lain. 360 00:36:54,045 --> 00:36:59,625 Selepas rampasan kuasa Mitsuhide, dua anak Nobunaga masih hidup. 361 00:37:02,053 --> 00:37:06,723 Yang lebih tua ialah Nobutaka, yang lebih muda, Nobukatsu. 362 00:37:07,808 --> 00:37:12,808 Tuntutan Oda Nobukatsu hanyalah dia adalah waris sebenar Nobunaga, 363 00:37:12,897 --> 00:37:16,607 dan Hideyoshi telah melakukan rampasan kuasa yang haram. 364 00:37:19,111 --> 00:37:21,821 Reaksi segera Oda Nobutaka 365 00:37:21,906 --> 00:37:25,986 adalah mencari sekutu untuk menghalang Hideyoshi yang berlagak itu 366 00:37:26,077 --> 00:37:27,907 daripada merampas kedudukannya. 367 00:37:32,166 --> 00:37:35,916 Oda Nobutaka menemui bekas jeneral Oda Nobunaga. 368 00:37:36,963 --> 00:37:41,633 Salah seorangnya ialah jeneral penting bernama Shibata Katsuie. 369 00:37:43,844 --> 00:37:49,234 Katsuie pernah bertarung di samping Nobunaga sejak era Okehazama 370 00:37:50,142 --> 00:37:52,902 selain peperangan lain yang pernah disertainya 371 00:37:52,979 --> 00:37:58,779 iaitu pertempuran Anegawa, Nagashino dan kempen yang lama menentang Ikkō-ikki. 372 00:38:01,070 --> 00:38:04,910 Dia masih setia terhadap kenangan Nobunaga, 373 00:38:04,991 --> 00:38:09,751 maka dia sekutu yang mudah untuk Oda Nobutaka ambil. 374 00:38:09,829 --> 00:38:11,959 Dia seorang musuh yang menggerunkan. 375 00:38:15,501 --> 00:38:19,091 Dan Shibata Katsuie fikir, "Inilah saat saya. 376 00:38:19,171 --> 00:38:23,381 Ini peluang untuk saya tewaskan Hideyoshi dan kukuhkan kedudukan saya 377 00:38:23,467 --> 00:38:26,177 sebagai yang pertama di antara sekutu puak Oda. 378 00:38:26,262 --> 00:38:31,682 Dan perpecahan itu menimbulkan konflik, pertembungan antara Hideyoshi dan Shibata. 379 00:38:35,146 --> 00:38:39,436 Kelemahan besar yang dihadapi oleh Shibata Katsuie 380 00:38:39,525 --> 00:38:44,405 adalah dia tak boleh segera menyerang Hideyoshi, 381 00:38:44,488 --> 00:38:46,908 dan itu hanyalah kerana cuaca. 382 00:38:48,284 --> 00:38:50,044 Sekarang musim sejuk, 383 00:38:50,119 --> 00:38:54,669 dan pergunungan di antara wilayahnya dan Kyoto diliputi salji. 384 00:38:55,458 --> 00:38:59,588 Dia perlu tunggu sehingga musim bunga untuk bergerak, 385 00:38:59,670 --> 00:39:03,670 dan itu memberi kelebihan besar buat Hideyoshi. 386 00:39:03,758 --> 00:39:05,008 JEPUN 1582 387 00:39:05,092 --> 00:39:06,762 Ketika bulan musim sejuk, 388 00:39:06,844 --> 00:39:11,144 Hideyoshi memperkukuhkan tiga kubunya yang mengawal laluan pergunungan 389 00:39:11,223 --> 00:39:14,393 dalam usaha melengahkan kemaraan Katsuie. 390 00:39:15,811 --> 00:39:19,481 Kemudian Hideyoshi mengepung Istana Gifu yang berhampiran, 391 00:39:19,565 --> 00:39:21,525 yang dikawal oleh sekutu Katsuie. 392 00:39:21,609 --> 00:39:22,439 ISTANA GIFU 393 00:39:22,526 --> 00:39:24,606 Apabila nyah beku musim bunga tiba, 394 00:39:24,695 --> 00:39:27,775 Katsuie bergerak merampas kubu gunung. 395 00:39:28,616 --> 00:39:30,196 Jika dia berjaya, 396 00:39:30,284 --> 00:39:35,044 impian Hideyoshi untuk memerintah Jepun akan berakhir sepantas ia bermula. 397 00:39:42,296 --> 00:39:43,916 ISTANA KITANOSHO 398 00:39:44,006 --> 00:39:47,256 (MARKAS SHIBATA KATSUIE) 1583 399 00:39:53,182 --> 00:39:54,932 Sewaktu nyah beku musim bunga tiba, 400 00:39:55,017 --> 00:39:58,557 Shibata Katsuie menghantar angkatan yang besar 401 00:39:58,646 --> 00:40:02,146 untuk mendapatkan tiga kubu sempadan 402 00:40:02,233 --> 00:40:05,323 yang Hideyoshi tubuhkan di puncak gunung. 403 00:40:13,327 --> 00:40:18,367 Itu satu-satunya cara untuk menjamin laluan yang selamat buat tenteranya. 404 00:40:22,586 --> 00:40:24,506 Pada mulanya, plot itu berjaya. 405 00:40:26,382 --> 00:40:30,512 Askar Katsuie menguasai sepenuhnya dua kubu pertama. 406 00:40:39,437 --> 00:40:43,937 Askar yang terselamat melarikan diri untuk berlindung di kubu ketiga. 407 00:40:44,024 --> 00:40:48,154 Namanya Shizugatake dan ia yang paling besar antara tiga kubu itu. 408 00:40:51,198 --> 00:40:57,078 Shibata Katsuie kumpulkan pasukannya untuk menawan hadiah terakhir ini 409 00:40:57,163 --> 00:41:00,173 ini yang akan menjamin kemaraan menentang Hideyoshi. 410 00:41:01,459 --> 00:41:03,499 Jika Shizugatake tumbang, 411 00:41:03,586 --> 00:41:06,006 pemerintahan Hideyoshi akan berakhir. 412 00:41:13,387 --> 00:41:16,767 Pertaruhannya amat tinggi buat Hideyoshi. 413 00:41:23,105 --> 00:41:27,275 Kini bermulalah perebutan kuasa paling muktamad 414 00:41:27,359 --> 00:41:29,529 dalam sejarah Jepun. 415 00:42:00,893 --> 00:42:02,733 Terjemahan sari kata oleh Najaa