1 00:00:06,006 --> 00:00:07,966 SEBUAH SIRI ASLI NETLIX 2 00:00:49,090 --> 00:00:54,430 Selepas lebih seabad perang saudara, Toyotomi Hideyoshi telah menyatukan Jepun. 3 00:00:55,263 --> 00:00:59,643 Pesaingnya sama ada telah bersumpah setia atau mereka telah dimusnahkan. 4 00:01:00,477 --> 00:01:02,477 Di sebalik keamanan baru ini, 5 00:01:02,562 --> 00:01:05,942 Hideyoshi kini mengimpikan satu rancangan berani dan pelik 6 00:01:06,024 --> 00:01:09,284 untuk menjadikan dirinya lelaki paling berkuasa di Asia. 7 00:01:12,614 --> 00:01:16,084 JEPUN 1590 8 00:01:16,826 --> 00:01:19,446 Jepun sudah sekian lama berperang, 9 00:01:19,537 --> 00:01:24,287 ketika ini kita bercakap tentang beberapa generasi yang hanya tahu berperang. 10 00:01:25,460 --> 00:01:28,000 Sungai Jepun mengalir dengan darah. 11 00:01:30,298 --> 00:01:33,178 Tanah lapang dipenuhi lopak berdarah. 12 00:01:35,345 --> 00:01:39,095 Hideyoshilah yang menamatkan mimpi ngeri ini buat Jepun. 13 00:01:41,392 --> 00:01:42,732 Dia menyatukan negara, 14 00:01:42,811 --> 00:01:44,601 dia menamatkan perang saudara, 15 00:01:44,687 --> 00:01:48,477 dia telah mencipta seakan keseimbangan politik yang stabil, 16 00:01:49,150 --> 00:01:51,360 tapi masyarakat ini ramai samurai, 17 00:01:51,444 --> 00:01:54,454 dan ramai daimyo yang hanya tahu berperang. 18 00:02:04,707 --> 00:02:08,747 Persoalannya, "Apa nak buat dengan ketumbukan tentera yang besar ini 19 00:02:08,837 --> 00:02:11,167 kerana kini tiada apa lagi nak dibuat." 20 00:02:12,841 --> 00:02:17,801 Jadi, kebimbangan ini meningkatkan lagi keangkuhannya. 21 00:02:17,887 --> 00:02:20,557 Ini lelaki yang asalnya tak punya apa-apa 22 00:02:20,640 --> 00:02:24,140 dan berjaya sampai ke kemuncak kuasa di Jepun. 23 00:02:25,311 --> 00:02:27,651 dan dia fikir dia takkan buat silap. 24 00:02:32,944 --> 00:02:37,164 Jadi dia merancang untuk menakluki China. 25 00:02:43,496 --> 00:02:47,746 Bagi Jepun, China adalah seperti penanda aras sesebuah ketamadunan. 26 00:02:47,834 --> 00:02:53,424 Ia mewakili pusat dunia dan ia negara yang sering pandang rendah terhadap Jepun, 27 00:02:53,506 --> 00:02:57,006 jadi jika dia dapat takluki China, dialah hulubalang terhebat dalam sejarah. 28 00:02:58,011 --> 00:02:59,141 Sediakan tentera. 29 00:03:01,764 --> 00:03:05,394 Dan saya rasa, dari pelbagai aspek, serangannya terhadap China 30 00:03:05,476 --> 00:03:08,476 ialah satu tindakan untuk menjaga maruah, 31 00:03:09,147 --> 00:03:12,107 seperti mana kita lihat pada Napoleon Bonaparte 32 00:03:12,192 --> 00:03:13,442 atau Alexander Agung, 33 00:03:13,526 --> 00:03:17,526 yang membina empayar mereka kerana mahu mengukir nama dalam sejarah. 34 00:03:18,907 --> 00:03:22,697 Ini peluangnya untuk jadi bukan saja orang yang menyatukan Jepun, 35 00:03:22,785 --> 00:03:26,405 bahkan orang yang membawa tenteranya merentas lautan. 36 00:03:30,877 --> 00:03:35,507 Ramai yang menentang rancangan Hideyoshi untuk menyerang China. 37 00:03:38,551 --> 00:03:40,721 Salah seorang ialah isterinya, Nene. 38 00:03:40,803 --> 00:03:42,603 CIK PUAN NENE 39 00:03:42,680 --> 00:03:44,560 Dia sangat bijak, 40 00:03:45,558 --> 00:03:46,808 sangat berwawasan. 41 00:03:47,769 --> 00:03:49,019 Berpendirian teguh, 42 00:03:49,604 --> 00:03:52,904 dan dia orang paling penting dalam hidup Hideyoshi. 43 00:03:54,525 --> 00:03:57,645 Dia libatkan Nene dalam setiap keputusan yang dibuat. 44 00:04:00,782 --> 00:04:03,662 Dia menolak ideanya tentang serangan ini. 45 00:04:04,285 --> 00:04:07,745 "Ia terlalu sukar. Kemungkinan besar jika ia gagal, 46 00:04:07,830 --> 00:04:10,210 semua yang telah dibina di Jepun akan musnah." 47 00:04:12,210 --> 00:04:16,970 Nene nampak bencana yang akan menimpa akibat serangan ini. 48 00:04:17,048 --> 00:04:21,678 Dia takut dan dia cuba sedaya upaya untuk menghalang Hideyoshi. 49 00:04:28,518 --> 00:04:29,808 Walau apa Nene kata, 50 00:04:29,894 --> 00:04:33,734 Hideyoshi nekad untuk teruskan rancangannya. 51 00:04:34,816 --> 00:04:38,106 Tiada siapa dapat halang Hideyoshi. 52 00:04:42,323 --> 00:04:45,203 Hideyoshi sedar bahawa untuk ke China, 53 00:04:45,285 --> 00:04:47,075 dia perlu melalui Korea. 54 00:04:50,498 --> 00:04:54,338 Ia satu mimpi ngeri bagi Jepun dari segi logistik 55 00:04:54,419 --> 00:04:58,669 untuk bawa tentera ke sana, beri makan, beri senjata, dan jaga mereka, 56 00:04:58,756 --> 00:05:02,466 untuk bina markas bagi memulakan perjalanan ke Semenanjung Korea 57 00:05:02,552 --> 00:05:05,222 untuk akhirnya mengalahkan China. 58 00:05:11,019 --> 00:05:14,769 Jadi dia menulis surat kepada Korea untuk meminta laluan. 59 00:05:37,545 --> 00:05:42,255 Perunding utama pihak Jepun ialah Konishi Yukinaga. 60 00:05:44,886 --> 00:05:49,516 Dia diberi kebenaran oleh Hideyoshi untuk menyampaikan permintaan Hideyoshi. 61 00:05:55,063 --> 00:05:58,153 Sejak berabad lamanya, hubungan Korea dan Jepun amat teruk. 62 00:05:58,649 --> 00:06:00,489 Jepun pernah menyerang Korea 63 00:06:00,568 --> 00:06:03,238 beratus tahun sebelumnya. Ia belum dilupakan. 64 00:06:14,957 --> 00:06:18,497 JEPUN 65 00:06:27,845 --> 00:06:29,465 Berani mereka ingkar! 66 00:06:31,682 --> 00:06:35,772 Korea takkan benarkan Hideyoshi merentas negara mereka untuk ke China. 67 00:06:35,853 --> 00:06:39,443 Sebahagiannya, ini kerana hubungan rapat Korea dengan China, 68 00:06:39,524 --> 00:06:43,694 dan mereka adalah negara penampan antara Jepun dan China. 69 00:06:43,778 --> 00:06:45,148 Ini tak boleh diterima. 70 00:06:45,738 --> 00:06:46,908 Berambus! 71 00:06:52,203 --> 00:06:53,543 Dalam minda Hideyoshi, 72 00:06:53,621 --> 00:06:57,211 ini bermaksud dia terpaksa menguasai Korea dahulu 73 00:06:57,291 --> 00:07:00,881 dan menghukum mereka kerana jawapan mereka yang angkuh itu. 74 00:07:04,340 --> 00:07:07,220 Kemudian beralih kepada hal lebih besar iaitu menguasai China. 75 00:07:07,301 --> 00:07:09,101 Cukup! Berambus! 76 00:07:13,266 --> 00:07:17,976 PULAU TSUSHIMA (BARAT JEPUN) 1592 77 00:07:21,858 --> 00:07:24,148 Usaha menyerang Korea adalah 78 00:07:24,235 --> 00:07:28,355 operasi ketenteraan paling kompleks dari segi teknikal dalam sejarah 79 00:07:28,448 --> 00:07:29,818 hingga ke saat itu. 80 00:07:33,494 --> 00:07:36,584 Hideyoshi akan bergantung kepada daimyo di barat 81 00:07:36,664 --> 00:07:38,544 kerana mereka paling hampir kepada Korea, 82 00:07:38,624 --> 00:07:42,924 jadi mereka boleh kumpulkan askar mereka dan bergerak ke sana lebih cepat. 83 00:07:44,547 --> 00:07:48,177 Daimyo barat adalah para pahlawan. Mereka adalah para pejuang. 84 00:07:48,259 --> 00:07:53,059 Idea untuk menakluki musuh tradisi yang dibenci, 85 00:07:53,139 --> 00:07:57,769 dan meluaskan pengaruh ke benua itu serta menguasai perdagangan antarabangsa, 86 00:07:57,852 --> 00:08:01,652 adalah menarik bagi para daimyo itu, sama seperti bagi Hideyoshi. 87 00:08:04,609 --> 00:08:09,739 Jadi, pada tahun 1592, dia arahkan salah satu pencerobohan terbesar di dunia 88 00:08:09,822 --> 00:08:13,662 pada ketika itu… dengan kira-kira 200,000 orang askar. 89 00:08:14,827 --> 00:08:19,617 Skala seperti ini tidak lagi disaksikan oleh dunia sehinggalah berlakunya D-Day. 90 00:08:22,919 --> 00:08:27,469 Tapi, Hideyoshi telah memandang rendah tahap kesukaran peperangan ini. 91 00:08:32,178 --> 00:08:34,808 Pada 13 April 1592, 92 00:08:35,515 --> 00:08:38,305 angkatan serangan pertama Toyotomi Hideyoshi 93 00:08:38,392 --> 00:08:42,522 berlayar menuju ke Pulau Tsushima di seberang Selat Korea. 94 00:08:44,482 --> 00:08:46,982 Mereka mendarat di selatan pelabuhan Busan, 95 00:08:47,068 --> 00:08:50,698 dan mengatasi pertahanan Korea dengan jumlah askar yang besar. 96 00:08:51,781 --> 00:08:54,241 Tentera Jepun kemudian mara ke darat, 97 00:08:54,325 --> 00:08:57,825 dan segera menguasai bandar utama iaitu Seoul dan Pyongyang, 98 00:08:57,912 --> 00:09:00,542 sebelum bergerak ke sempadan China. 99 00:09:20,768 --> 00:09:22,558 Perlu diingat, Jepun baru saja 100 00:09:22,645 --> 00:09:26,225 menamatkan peperangan yang berlanjutan selama 150 tahun. 101 00:09:26,315 --> 00:09:28,395 Benar, mereka hanya tahu berperang. 102 00:09:52,967 --> 00:09:57,217 Tentera Hideyoshi melakukan keganasan yang dahsyat di semenanjung Korea. 103 00:09:58,848 --> 00:10:03,388 Apabila menahan garison, mereka bunuh askar pertahanan yang menyerah kalah, 104 00:10:03,477 --> 00:10:08,767 mereka menyerang orang awam, tanpa membezakan orang awam atau askar. 105 00:10:16,949 --> 00:10:21,749 Perang Korea pada ketika itu adalah antara kekejaman yang tak pernah dijangka. 106 00:10:23,456 --> 00:10:27,996 Pihak Jepun melakukan kekejaman dahsyat seperti merogol, 107 00:10:28,085 --> 00:10:31,165 penyembelihan, penjarahan dan pengambilan hamba. 108 00:10:43,059 --> 00:10:46,149 Demi melawan arus keganasan yang melanda ini, 109 00:10:46,228 --> 00:10:49,108 pemberontakan bermula di hampir setiap wilayah 110 00:10:49,190 --> 00:10:54,650 apabila orang Korea yang setia bangkit untuk cuba mengusir mereka. 111 00:10:59,367 --> 00:11:03,537 Rakyat biasa Korea seperti petani, sami, orang biasa, 112 00:11:03,621 --> 00:11:06,621 membentuk apa yang dikenali sebagai Tentera Mulia. 113 00:11:06,707 --> 00:11:09,037 Ia adalah pasukan gerila kecil. 114 00:11:22,682 --> 00:11:27,522 Ketua gerila Korea yang paling terkenal ialah jeneral Gwak Jae-u. 115 00:11:31,899 --> 00:11:36,699 Tak lama selepas Jepun mendarat di Busan, Gwak menubuhkan tentera pertamanya. 116 00:11:39,532 --> 00:11:43,292 Dia sangat kaya dan terkenal kerana menjual banyak hartanya 117 00:11:43,369 --> 00:11:46,909 untuk membeli senjata bagi Pahlawan Mulianya. 118 00:11:53,337 --> 00:11:56,917 Dia telah menjadi seorang tokoh legenda di Korea. 119 00:11:57,007 --> 00:12:02,047 Dikatakan, kot merahnya dicelup dengan darah haid anak-anak dara, 120 00:12:02,138 --> 00:12:06,098 supaya ia diberi perlindungan ajaib terhadap musuh. 121 00:12:11,063 --> 00:12:15,743 Objektif utama Gwak ialah menyerang dan memutuskan talian bekalan Jepun. 122 00:12:17,945 --> 00:12:21,815 Talian bekalan adalah unsur kelemahan utama bagi Jepun 123 00:12:21,907 --> 00:12:24,987 kerana ia perlu diperkuatkan dari Jepun sendiri, 124 00:12:25,077 --> 00:12:28,867 dan sebarang bekalan akan diangkut sepanjang perjalanan di Korea, 125 00:12:28,956 --> 00:12:31,956 di mana ia terdedah kepada serangan gerila. 126 00:12:38,174 --> 00:12:40,434 Salah satu serangan gerila utama yang pertama 127 00:12:40,509 --> 00:12:43,969 adalah menentang penempatan Jepun berdekatan Sungai Nam. 128 00:12:45,222 --> 00:12:51,062 Perisik perasan yang orang Jepun memacak kayu dalam sungai 129 00:12:51,145 --> 00:12:54,855 agar askar mereka tahu di mana selamat untuk menyeberang. 130 00:12:54,940 --> 00:12:56,280 SUNGAI NAM (KOREA) 1592 131 00:12:56,358 --> 00:12:59,818 Ia peluang yang baik untuk mengadakan serangan mengejut. 132 00:13:10,581 --> 00:13:13,041 Semasa Jepun mula mengharungi sungai, 133 00:13:13,918 --> 00:13:16,498 perisai berat mereka membebankan mereka. 134 00:13:20,007 --> 00:13:23,427 Biasanya, situasi pihak Korea tidak menguntungkan mereka. 135 00:13:23,511 --> 00:13:28,471 Tentera Jepun berpengalaman. Kebanyakan mereka ada perisai dan senjata lebih baik, 136 00:13:28,557 --> 00:13:31,807 tapi itu semua tak berguna jika cuba berlawan dalam air. 137 00:13:38,275 --> 00:13:41,945 Pada ketika itulah, Tentera Mulia memasang perangkap. 138 00:13:51,080 --> 00:13:56,090 Orang Korea melancarkan peluru dan panah menentang Jepun. 139 00:13:58,045 --> 00:14:00,455 Orang Jepun tak berdaya membalas. 140 00:14:16,897 --> 00:14:19,727 Setelah itu, berlakulah pembunuhan beramai-ramai… 141 00:14:24,697 --> 00:14:27,827 dan banyak mayat askar Jepun hanyut ke hilir. 142 00:14:38,627 --> 00:14:40,497 Peperangan merentasi Sungai Nam 143 00:14:40,588 --> 00:14:43,918 adalah kemenangan di darat pertama Korea dalam peperangan itu. 144 00:14:52,266 --> 00:14:54,726 Ia kemenangan besar buat Tentera Mulia, 145 00:14:54,810 --> 00:14:58,900 dan ia membuktikan, askar Jepun boleh kalah di darat. 146 00:15:02,109 --> 00:15:04,029 Ia beri mereka keyakinan tinggi 147 00:15:04,111 --> 00:15:08,821 yang mereka boleh menentang penjajah Jepun dan mengusir mereka keluar. 148 00:15:13,454 --> 00:15:15,834 Terilham oleh Tentera Mulia, 149 00:15:15,915 --> 00:15:20,455 rakyat biasa di rumah ladang mereka bangkit menentang penjajahan Jepun. 150 00:15:20,544 --> 00:15:22,924 Ini serangan gerila berskala penuh. 151 00:15:23,505 --> 00:15:26,545 Serangan malam, serangan api pada kem, 152 00:15:26,634 --> 00:15:31,354 apa saja yang mereka mampu buat dari segi kepintaran ketenteraan. 153 00:15:37,519 --> 00:15:42,269 Mereka menyerang, kemudian berundur. Mereka cuba menyukarkan kemaraan Jepun. 154 00:15:42,358 --> 00:15:44,108 Menyukarkan sehabis boleh 155 00:15:44,193 --> 00:15:48,113 bagi Jepun untuk kuasai kawasan lain mahupun kawal yang telah ditawan. 156 00:15:51,492 --> 00:15:56,372 Tak lama kemudian, talian bekalan dan bot Jepun diserang bertubi-tubi. 157 00:15:56,455 --> 00:16:00,285 Komunikasi antara tentera dan pergerakan bekalan dihalang. 158 00:16:00,376 --> 00:16:04,586 Skala serangan-serangan tak berkesudahan oleh Tentera Mulia 159 00:16:04,672 --> 00:16:07,682 mula menjatuhkan semangat tentera serangan Hideyoshi 160 00:16:07,758 --> 00:16:10,138 dan menghalang kemaraan mereka. 161 00:16:12,262 --> 00:16:16,852 Daimyo barat telah kekeringan sumber akibat peperangan di Korea. 162 00:16:16,934 --> 00:16:18,604 Mereka tinggal 50,000 orang. 163 00:16:18,686 --> 00:16:21,186 Mereka kehilangan dua pertiga angkatan mereka. 164 00:16:25,526 --> 00:16:27,276 Peperangan kian berlanjutan, 165 00:16:27,361 --> 00:16:31,031 Dinasti Ming dari China pula menghantar 50,000 askar ke Korea 166 00:16:31,115 --> 00:16:33,235 untuk mematahkan kemaraan Jepun. 167 00:16:33,993 --> 00:16:36,123 Walaupun banyak pertempuran epik, 168 00:16:36,245 --> 00:16:40,075 ini hanya membuntukan semua pihak yang cuba merebut tanah jajahan. 169 00:16:41,166 --> 00:16:42,286 Di Jepun, 170 00:16:42,376 --> 00:16:46,296 Hideyoshi mengeluarkan arahan tak menentu untuk maju ke China, 171 00:16:46,380 --> 00:16:48,880 tapi komandernya di Korea tak mampu… 172 00:16:49,675 --> 00:16:52,335 namun mereka tak berani menentang tuan mereka. 173 00:17:02,354 --> 00:17:04,484 Apabila melaporkan kembali ke Jepun, 174 00:17:04,565 --> 00:17:08,355 jeneral Hideyoshi sering cuba memberikan konotasi positif 175 00:17:08,444 --> 00:17:10,404 tentang keadaan di Korea. 176 00:17:18,454 --> 00:17:22,294 Hideyoshi ialah seorang diktator, 177 00:17:22,374 --> 00:17:25,464 jadi jika mereka buat dia marah… 178 00:17:25,544 --> 00:17:26,884 SEJARAWAN 179 00:17:26,962 --> 00:17:29,302 …nyawa mereka mungkin dalam bahaya. 180 00:17:29,882 --> 00:17:34,052 Oleh itu, pengikutnya tak melaporkan berita buruk, 181 00:17:34,136 --> 00:17:35,796 tapi hanya berita baik. 182 00:17:36,597 --> 00:17:42,137 Jadi, Hideyoshi tak tahu situasi sebenar di Korea. 183 00:17:43,979 --> 00:17:47,779 Sebarang berita buruk atau keinginan untuk menarik diri 184 00:17:47,858 --> 00:17:50,358 akan ditolak mentah-mentah oleh Hideyoshi. 185 00:17:50,444 --> 00:17:53,914 Maknanya, dia tak tahu sepenuhnya apa yang sedang berlaku. 186 00:17:53,989 --> 00:17:57,279 Dia tak faham skala sebenar bencana ini. 187 00:17:58,827 --> 00:18:00,697 Malah, ada bukti 188 00:18:00,788 --> 00:18:03,998 mengatakan Hideyoshi sangka dia hampir memenangi Korea. 189 00:18:05,084 --> 00:18:08,714 Apabila perhatiannya diperlukan untuk uruskan perang di Korea, 190 00:18:08,796 --> 00:18:11,416 Hideyoshi menjadi semakin hilang fokus 191 00:18:11,507 --> 00:18:13,467 dan obses dengan masalah lain. 192 00:18:16,428 --> 00:18:20,138 Hakikat bahawa Hideyoshi tiada pewaris sangat membimbangkannya. 193 00:18:21,517 --> 00:18:26,437 Mereka tiada anak dan dia impikan untuk membentuk sebuah dinasti baru di Jepun, 194 00:18:26,522 --> 00:18:31,322 di mana keluarga Toyotomi akan diteruskan ke generasi-generasi seterusnya. 195 00:18:32,861 --> 00:18:36,121 Hideyoshi berjaya mencipta sejarahnya sendiri, 196 00:18:36,198 --> 00:18:40,198 tapi tiada ciptaan yang dapat menyelesaikan masalah 197 00:18:40,285 --> 00:18:42,115 ketiadaan pewarisnya. 198 00:18:43,455 --> 00:18:46,075 Tanpa pewaris, dalam erti kata lain, 199 00:18:46,166 --> 00:18:47,996 segala legasinya akan terlerai, 200 00:18:48,085 --> 00:18:50,705 dan dia sedar yang ia semua akan terlerai. 201 00:18:55,801 --> 00:18:59,431 Pada masa ini, Nene sudah terlalu tua untuk melahirkan anak. 202 00:19:00,139 --> 00:19:04,479 Pada masa yang sama, Hideyoshi ada beratus-ratus gundik di Osaka. 203 00:19:04,893 --> 00:19:07,903 Salah seorang daripada mereka boleh melahirkan anak. 204 00:19:07,980 --> 00:19:12,320 Kemudian, orang itu, seorang anak lelaki, boleh menjadi pewaris Hideyoshi. 205 00:19:23,579 --> 00:19:26,999 Gundik biasanya datang daripada keluarga berpangkat tinggi. 206 00:19:27,332 --> 00:19:30,422 Mereka anak perempuan daimyo dan berdarah bangsawan. 207 00:19:31,545 --> 00:19:35,625 Saya rasa, perbezaan utama antara gundik dan isteri ialah 208 00:19:35,716 --> 00:19:39,136 wujud kemungkinan di mana gundik boleh dipiilih. 209 00:19:39,219 --> 00:19:42,179 Isteri biasanya daripada perkahwinan yang diatur. 210 00:19:45,851 --> 00:19:49,151 Cik Puan Chacha ialah gundik kegemaran Hideyoshi. 211 00:19:49,229 --> 00:19:50,769 YODO-DONO (CIK PUAN CHACHA) 212 00:19:50,856 --> 00:19:53,566 Dia sebenarnya ialah anak saudara Oda Nobunaga. 213 00:19:54,568 --> 00:19:56,778 Dia terkenal dengan kecantikannya. 214 00:19:56,862 --> 00:20:00,822 Dia seorang primadona. Dia wanita yang sangat bongkak. 215 00:20:00,908 --> 00:20:04,828 Dia sangat angkuh, jadi dia agak berbeza berbanding Nene, 216 00:20:04,912 --> 00:20:08,172 yang mana sangat merendah diri dan berakal. 217 00:20:14,630 --> 00:20:18,180 Setelah bertahun-tahun tak dapat melahirkan anak, 218 00:20:18,842 --> 00:20:21,352 Chacha melahirkan anak lelaki, Tsurumatsu, 219 00:20:22,054 --> 00:20:23,724 dan Hideyoshi amat gembira. 220 00:20:25,724 --> 00:20:27,104 Dia mahu kawal Asia, 221 00:20:27,184 --> 00:20:30,604 dan dia perlukan anak lelaki untuk teruskan salasilahnya. 222 00:21:01,760 --> 00:21:04,300 Anak Hideyoshi, Tsurumatsu meninggal dunia. 223 00:21:06,014 --> 00:21:07,724 Hatinya hancur luluh. 224 00:21:13,855 --> 00:21:17,775 Tiba-tiba, masa depan keluarga ini sekali lagi kabur. 225 00:21:19,695 --> 00:21:23,985 Ini jelas mempunyai kesan terhadap status mental Hideyoshi… 226 00:21:25,450 --> 00:21:28,580 kerana seorang anak perempuan kesayangannya juga meninggal dunia, 227 00:21:28,662 --> 00:21:29,912 kemudian ibunya pula. 228 00:21:32,457 --> 00:21:34,957 Ini menyumbang kepada 229 00:21:35,043 --> 00:21:38,343 terhasilnya krisis dalam diri Hideyoshi 230 00:21:38,422 --> 00:21:45,352 di mana segala usaha terpentingnya gagal di saat ia amat diperlukan. 231 00:21:45,429 --> 00:21:47,679 Mungkin ini juga menyumbang kepada 232 00:21:47,764 --> 00:21:52,444 apa yang dilihat sebagai kemerosotan ketajaman akalnya. 233 00:21:59,609 --> 00:22:01,609 Hari kian berlalu… 234 00:22:02,404 --> 00:22:06,834 sikap Hideyoshi makin tak menentu dan membimbangkan. 235 00:22:08,493 --> 00:22:11,663 Semua orang dapat lihat perubahan tersebut 236 00:22:11,747 --> 00:22:14,537 dan dia sendiri tak dapat mengawal dirinya. 237 00:22:15,250 --> 00:22:19,880 Khabar angin mengatakan bahawa Hideyoshi juga dijangkiti sifilis 238 00:22:19,963 --> 00:22:25,263 dari salah seorang gundiknya, dan itu menjadikan sikapnya makin tak rasional. 239 00:22:26,803 --> 00:22:29,353 Hideyoshi betul-betul naik gila. 240 00:22:49,993 --> 00:22:52,703 Dia semakin menganggap dirinya terasing 241 00:22:53,497 --> 00:22:56,457 dan dia takut dia akan gagal, 242 00:22:56,541 --> 00:22:59,381 serta keluarganya akan hilang apabila dia mati. 243 00:23:03,256 --> 00:23:07,466 Selepas anaknya meninggal dunia, Hideyoshi kehilangan pewaris. 244 00:23:09,262 --> 00:23:11,852 Ketika peperangan Korea masih berterusan… 245 00:23:13,016 --> 00:23:15,516 Hideyoshi membuat keputusan yang dramatik. 246 00:23:17,521 --> 00:23:22,191 Dia menamakan anak saudaranya, Hidetsugu, sebagai penggantinya. 247 00:23:25,862 --> 00:23:28,622 Hidetsugu berpewatakan sangat jahat. 248 00:23:28,698 --> 00:23:30,908 Dia ketagih kepada kenikmatan asmara. 249 00:23:30,992 --> 00:23:32,702 Dia kejam dan ganas. 250 00:23:34,121 --> 00:23:36,621 Ada kalanya dia tembak petani sesuka hati. 251 00:23:37,124 --> 00:23:42,214 Dia tak layak menjadi pewaris, tapi Hideyoshi tiada pilihan. 252 00:23:43,422 --> 00:23:47,472 Hidetsugu ialah satu-satunya pewaris sah dalam keluarganya. 253 00:23:53,849 --> 00:23:56,349 Tapi ada satu kejutan untuk Hideyoshi. 254 00:23:59,980 --> 00:24:01,900 Hanya enam bulan kemudian, 255 00:24:01,982 --> 00:24:05,032 gundik kegemaran Hideyoshi, Cik Puan Chacha, 256 00:24:05,110 --> 00:24:08,860 melahirkan anak lelaki bernama Hideyori. 257 00:24:11,241 --> 00:24:14,491 Kini Hideyoshi berbelah bahagi dalam mewariskan 258 00:24:14,578 --> 00:24:18,038 antara Hidetsugu yang telah dinamakan sebagai pewaris, 259 00:24:18,123 --> 00:24:22,383 dan anak lelaki yang dia mahu jadikan pewaris sebenarnya. 260 00:24:25,964 --> 00:24:28,474 Ini situasi yang sangat berbahaya, 261 00:24:28,550 --> 00:24:31,800 jadi Hideyoshi nekad untuk hapuskan Hidetsugu 262 00:24:31,887 --> 00:24:34,927 dengan mengusirnya ke Koyasan. 263 00:24:35,891 --> 00:24:37,981 Ia sepatutnya berjaya, 264 00:24:38,059 --> 00:24:41,729 tapi khabar angin mengatakan Hidetsugu merancang untuk kembali, 265 00:24:41,813 --> 00:24:45,653 dan mahu mengadakan rampasan kuasa terhadap Hideyoshi. 266 00:24:46,318 --> 00:24:48,068 Itu tak boleh berlaku. 267 00:24:51,448 --> 00:24:55,328 Untuk menjamin hak anak keduanya… 268 00:24:55,952 --> 00:24:57,792 Hidetsugu perlu mati. 269 00:25:35,283 --> 00:25:40,043 Kemudian Hideyoshi menangkap 31 orang wanita dan kanak-kanak, 270 00:25:40,121 --> 00:25:43,961 kebanyakannya keluarga terdekat Hidetsugu, dan memaksa mereka ke Kyoto 271 00:25:44,543 --> 00:25:46,883 serta membunuh mereka. 272 00:25:54,553 --> 00:25:56,393 Ia amat keterlaluan sehinggakan 273 00:25:56,471 --> 00:25:59,311 semua orang percaya bahawa ia merupakan petanda 274 00:25:59,391 --> 00:26:01,811 yang menunjukkan Hideyoshi dah naik gila. 275 00:26:05,897 --> 00:26:09,777 Salah seorang yang terbabit dalam rancangan Hidetsugu 276 00:26:09,859 --> 00:26:14,239 untuk merampas kuasa dan merebut takhta ialah Naga Bermata Satu. 277 00:26:16,533 --> 00:26:19,703 Date Masamune dan Hidetsugu mesra. 278 00:26:19,786 --> 00:26:22,706 Mereka kerap berburu bersama, 279 00:26:22,789 --> 00:26:27,339 dan hasilnya, Masamune dianggap sebagai kawan oleh Hidetsugu. 280 00:26:29,004 --> 00:26:31,554 Hideyoshi naik berang. 281 00:26:37,554 --> 00:26:39,724 Masamune bercita-cita tinggi. 282 00:26:39,806 --> 00:26:44,136 Tak mustahil dia sanggup mengkhianati Hideyoshi. 283 00:26:52,861 --> 00:26:55,741 Akibatnya, Masamune dibawa menghadap Hideyoshi 284 00:26:55,822 --> 00:26:59,492 dan dipaksa menjelaskan tentang perkaitannya dengan Hidetsugu. 285 00:27:27,479 --> 00:27:31,359 Dia terselamat hanya kerana campur tangan orang yang lebih tenang 286 00:27:31,441 --> 00:27:34,111 dan Hideyoshi masih mendengar nasihatnya. 287 00:27:35,779 --> 00:27:38,239 Tokugawa Ieyasu bersuara, 288 00:27:38,323 --> 00:27:42,993 dan mengatakan bahawa tiada sebab untuk meragui Masamune, kesetiaannya teguh, 289 00:27:43,078 --> 00:27:45,748 maka, tak perlu ada hukuman. 290 00:27:45,830 --> 00:27:48,080 "Kita patut percayakan dia dan kata-katanya." 291 00:27:48,166 --> 00:27:53,876 Hasilnya, Masamune rasa amat terhutang budi kepada Tokugawa Ieyasu. 292 00:27:55,757 --> 00:27:58,587 Ieyasu akan menuntut hutang ini di kemudian hari. 293 00:28:02,430 --> 00:28:04,430 Walaupun Hideyoshi makin paranoid, 294 00:28:04,516 --> 00:28:07,726 dia setuju untuk tak membunuh Masamune dengan satu syarat. 295 00:28:07,811 --> 00:28:11,441 Masamune mesti kumpulkan tenteranya dan sertai serangan terhadap Korea, 296 00:28:11,523 --> 00:28:13,533 meskipun mereka semua akan musnah. 297 00:28:18,363 --> 00:28:20,663 Walaupun ragu-ragu, 298 00:28:20,740 --> 00:28:22,990 Date Masamune, seperti daimyo lain, 299 00:28:23,076 --> 00:28:27,496 tak berani mengingkari arahan Hideyoshi untuk menyertai peperangan di Korea. 300 00:28:27,580 --> 00:28:30,290 Jika tidak, ia akan membawa maut dan rasa malu. 301 00:28:30,792 --> 00:28:32,882 Walaupun bantuan telah dihantar, 302 00:28:32,961 --> 00:28:36,761 tentera Jepun buntu dek peperangan yang tak mungkin dimenangi, 303 00:28:36,840 --> 00:28:40,720 kekurangan makanan dan bekalan serta dirundung penyakit. 304 00:28:42,178 --> 00:28:45,428 Tanpa menyedari keadaan sebenar di medan peperangan, 305 00:28:45,515 --> 00:28:49,435 Hideyoshi terus mengeluarkan arahan agar pasukannya mara. 306 00:29:02,031 --> 00:29:04,031 Peperangan di Korea amat dahsyat. 307 00:29:05,160 --> 00:29:08,460 Ia mengorbankan berpuluh ribu nyawa orang Jepun 308 00:29:08,538 --> 00:29:12,248 dan ratusan ribu nyawa orang Korea yang tak dinyatakan. 309 00:29:21,259 --> 00:29:23,509 Sedang bencana di Korea berterusan, 310 00:29:23,595 --> 00:29:27,805 mereka menerima arahan yang semakin pelik dari Jepun. 311 00:29:28,475 --> 00:29:31,725 Maka jelaslah, Hideyoshi semakin tidak stabil 312 00:29:31,811 --> 00:29:34,861 dan tak mampu membuat keputusan yang strategik dan jelas. 313 00:29:34,939 --> 00:29:38,189 Dia percaya dia bakal menang sedangkan sebenarnya tidak. 314 00:29:40,695 --> 00:29:45,065 Sudah tentu, ia melumpuhkan jeneralnya yang tak menerima arahan yang jelas. 315 00:29:45,909 --> 00:29:48,369 Komander tertingginya tertanya-tanya 316 00:29:48,453 --> 00:29:51,923 tentang kestabilan mentalnya dan dapatkah mereka pulang dengan selamat. 317 00:29:56,169 --> 00:29:59,339 Jadi, situasi di medan perang amat terdesak 318 00:29:59,422 --> 00:30:04,762 dan para komander tahu mengenainya serta sedar bahawa 319 00:30:04,844 --> 00:30:09,474 ruang rundingan perlu dibuka untuk mencapai satu penyelesaian. 320 00:30:16,314 --> 00:30:18,154 Setelah lama berunding, 321 00:30:18,233 --> 00:30:23,323 Hideyoshi tak tahu syarat-syarat yang dikemukakan oleh China 322 00:30:23,404 --> 00:30:26,494 bukanlah apa yang dia nak dengar. 323 00:30:29,536 --> 00:30:31,956 Kerana kemerosotan keadaan mentalnya 324 00:30:32,038 --> 00:30:35,788 dan laporan palsu yang jeneralnya berikan kepadanya, 325 00:30:35,875 --> 00:30:40,505 Hideyoshi percaya dia telah memenangi peperangan di Korea 326 00:30:40,588 --> 00:30:46,138 dan dia mahu pengiktirafan ke atas kejayaannya pada tahap tertinggi. 327 00:30:46,219 --> 00:30:49,849 Dalam erti kata lain, daripada Maharaja Ming dari China. 328 00:30:51,891 --> 00:30:55,521 Setidaknya, Hideyoshi mahukan sebahagian daripada Korea. 329 00:30:55,603 --> 00:30:59,653 Dia cadangkan Korea dibahagikan kepada dua sfera pengaruh, 330 00:30:59,732 --> 00:31:02,692 sfera selatan yang dikuasai oleh Jepun 331 00:31:02,777 --> 00:31:05,277 dan utara yang dikuasai oleh China. 332 00:31:05,363 --> 00:31:07,703 Ini syarat minimum dia sanggup terima. 333 00:31:08,283 --> 00:31:10,993 Tambahan pula, Hideyoshi mahu Maharaja China 334 00:31:11,077 --> 00:31:15,207 menghantar salah seorang anak gadisnya ke Jepun untuk dijadikan gundik. 335 00:31:25,466 --> 00:31:29,676 Konishi Yukinaga tahu misi ini mustahil. 336 00:31:29,762 --> 00:31:33,352 Tak mungkin Maharaja Ming akan berikan Hideyoshi 337 00:31:33,433 --> 00:31:36,273 pengiktirafan yang dia fikir layak untuknya. 338 00:31:40,940 --> 00:31:46,360 Sejujurnya, apa yang Hideyoshi mahu itu menghina orang China. 339 00:31:46,446 --> 00:31:49,566 Mereka enggan menurut syarat-syarat ini. 340 00:31:52,577 --> 00:31:55,457 Lagipun, dia tak pernah menang di Korea. 341 00:31:55,538 --> 00:31:57,418 Kekalahannya amat memalukan. 342 00:32:02,086 --> 00:32:06,006 Sebaliknya, mereka berikan tawaran lain kepada Augustin Konishi, 343 00:32:06,090 --> 00:32:07,970 yang mana akhirnya dia terima. 344 00:32:08,551 --> 00:32:14,061 ISTANA TOYOTOMI HIDEYOSHI 1596 345 00:32:21,147 --> 00:32:24,067 Apabila utusan China tiba di Kyoto, 346 00:32:24,150 --> 00:32:29,530 diiringi Konishi dan perunding lain dari Korea, 347 00:32:29,614 --> 00:32:33,664 mereka mempersembahkan jubah China kepada Hideyoshi, 348 00:32:35,370 --> 00:32:41,790 dan Hideyoshi sangat gembira kerana dia fikir ini bermaksud 349 00:32:41,876 --> 00:32:44,166 mereka menyerah diri kepadanya. 350 00:32:53,012 --> 00:32:56,352 Namun, kekeliruan timbul dengan cepat. 351 00:32:58,685 --> 00:33:01,015 Pertama, duta-duta ini enggan, 352 00:33:01,104 --> 00:33:03,904 memandangkan mereka ialah duta Maharaja China, 353 00:33:03,982 --> 00:33:08,152 untuk tunduk kepada Hideyoshi. Mereka mahu dia tunduk kepada mereka. 354 00:33:08,236 --> 00:33:13,066 Tentulah dia takkan tunduk kepada sesiapa, jadi, ada perselisihan antara dua pihak. 355 00:33:22,291 --> 00:33:27,461 Apabila mereka keluarkan surat Maharaja China yang mengumumkan syarat ini, 356 00:33:27,547 --> 00:33:31,047 "Hideyoshi, kamulah raja Jepun. Beta akuinya. 357 00:33:31,134 --> 00:33:32,554 Sebagai vasal saya…" 358 00:33:32,635 --> 00:33:34,345 Apa maksud semua ini? 359 00:33:35,013 --> 00:33:38,063 - Apa maksud semua ini, tolol? - Bertenang, sayang! 360 00:33:41,227 --> 00:33:44,557 Dia menyedari bahawa mahkota dan jubah itu bukan hadiah. 361 00:33:44,647 --> 00:33:46,727 Ia tanda penyerahannya 362 00:33:46,816 --> 00:33:51,026 yang diberikan Maharaja China untuk menyatakan, "Kini, kamu milik saya." 363 00:33:51,738 --> 00:33:54,408 Takkan saya nak pakai ini? Berambus! 364 00:33:54,490 --> 00:33:55,950 Berambus dari sini! 365 00:33:57,076 --> 00:33:58,196 Berambus! 366 00:33:58,286 --> 00:34:04,746 Hideyoshi sangat malu dan marah, dia arahkan serangan kedua terhadap Korea. 367 00:34:04,834 --> 00:34:05,674 Berambus! 368 00:34:05,752 --> 00:34:08,422 Tapi kali ini objektifnya lebih terhad. 369 00:34:09,797 --> 00:34:12,837 Ia cuma untuk membalas dendam. 370 00:34:14,510 --> 00:34:18,260 Hideyoshi memaksa lebih 10,000 orang samurai lagi 371 00:34:18,347 --> 00:34:22,267 untuk menyerang Korea dalam serangan kematian dan kemusnahan. 372 00:34:23,394 --> 00:34:25,064 Namun, dalam beberapa bulan, 373 00:34:25,146 --> 00:34:28,896 askar Korea dan China sekali lagi menyekat kemaraan mereka 374 00:34:28,983 --> 00:34:32,493 dan mengusir tentera Jepun kembali ke garison pantai mereka. 375 00:34:35,990 --> 00:34:39,330 Ketika ini, ramai daimyo yang marah. 376 00:34:39,410 --> 00:34:44,080 Mereka kehilangan ramai askar dan harta dan langsung tak bawa pulang hasil. 377 00:34:44,916 --> 00:34:48,796 Pada zaman Sengoku, ia penting bagi pemerintah 378 00:34:48,878 --> 00:34:52,668 untuk memberi ganjaran kepada pengikutnya dengan tanah dan harta, 379 00:34:52,757 --> 00:34:57,257 tapi haluan perang ini bermakna tiada tanah baru di Korea 380 00:34:57,345 --> 00:35:00,345 atau apa-apa boleh diberi kepada daimyo untuk jangka masa panjang. 381 00:35:00,431 --> 00:35:05,811 Jadi, wujud rasa tak puas hati di kalangan daimyo yang telah pergi ke Korea. 382 00:35:10,691 --> 00:35:14,031 Sehinggakan wujud perbincangan rahsia 383 00:35:14,112 --> 00:35:19,202 di kalangan orang berkuasa tentang apa yang patut dilakukan, 384 00:35:20,243 --> 00:35:22,083 apa langkah yang perlu diambil, 385 00:35:22,954 --> 00:35:25,084 dan bagaimana dia patut dilenyapkan. 386 00:35:26,916 --> 00:35:30,456 Orang mula bercakap tentang pemberontakan secara terbuka. 387 00:35:33,631 --> 00:35:36,841 Hideyoshi berada dalam keadaan yang semakin sukar. 388 00:35:37,927 --> 00:35:41,007 Secara fizikal, tentulah dia makin sakit, 389 00:35:41,097 --> 00:35:44,727 makin sukar untuknya meninggalkan istananya di Fushimi. 390 00:35:44,809 --> 00:35:48,979 JULAI 1598 391 00:35:51,274 --> 00:35:54,034 Sebelum dia mati… Dia tahu dia akan mati. 392 00:35:56,237 --> 00:35:57,197 Hideyori. 393 00:35:57,864 --> 00:36:01,414 Dia perlu pastikan Hideyori takkan disingkir atau dibunuh, 394 00:36:01,492 --> 00:36:04,452 seperti yang telah berlaku sejak beberapa dekad ketika peperangan. 395 00:36:12,086 --> 00:36:13,586 Tolong jaga dia. 396 00:36:16,716 --> 00:36:19,546 Dia buat keputusan strategik yang sangat penting. 397 00:36:29,645 --> 00:36:32,565 Dia memutuskan untuk melantik Majlis Tetua 398 00:36:32,648 --> 00:36:36,608 dan suruh mereka bersumpah untuk melindungi dan menjaga Hideyori 399 00:36:36,694 --> 00:36:41,954 sehingga dia dewasa dan boleh mengambil tempatnya sebagai ketua Jepun. 400 00:36:45,620 --> 00:36:51,040 Orang yang dia pilih ialah lima pemimpin paling berkuasa di seluruh Jepun. 401 00:36:54,212 --> 00:36:58,802 Sesetengahnya adalah orang yang telah lama dia kenali dan dia percaya. 402 00:36:58,883 --> 00:37:02,053 Yang lain dipilih terutamanya kerana kuasa mereka, 403 00:37:02,136 --> 00:37:05,426 tak semestinya kerana Hideyoshi percaya atau suka mereka. 404 00:37:06,015 --> 00:37:08,975 Tapi ini pertaruhan yang rasanya dia perlu buat. 405 00:37:11,270 --> 00:37:13,690 Antara lima pemangku dan kaunselor itu, 406 00:37:13,773 --> 00:37:17,493 dua orang yang paling penting ialah Tokugawa Ieyasu 407 00:37:18,486 --> 00:37:20,196 dan Maeda Toshiie. 408 00:37:26,410 --> 00:37:29,870 Maeda Toshiie akan ditempatkan di Istana Osaka 409 00:37:29,956 --> 00:37:33,076 dan akan bertanggungjawab membesarkan Hideyori, 410 00:37:33,167 --> 00:37:34,877 menguruskan pendidikannya, 411 00:37:34,961 --> 00:37:38,301 mempersiapkannya untuk menerajui negara. 412 00:37:40,258 --> 00:37:45,178 Pada ketika ini, Tokugawa Ieyasu ialah daimyo paling berkuasa di Jepun 413 00:37:45,263 --> 00:37:46,813 selain Hideyoshi, 414 00:37:46,889 --> 00:37:49,679 maka dia diberikan kuasa yang paling tinggi. 415 00:37:49,767 --> 00:37:52,977 Dia dipertanggungjawabkan dengan seluruh kerajaan. 416 00:37:56,816 --> 00:38:00,816 Mungkin ada yang menjangkakan sebuah majlis akan dibentuk di kalangan 417 00:38:00,903 --> 00:38:05,203 individu yang boleh bekerjasama dan uruskan kerajaan dengan berkesan. 418 00:38:05,283 --> 00:38:10,873 Namun, nampaknya ini bukanlah niat Hideyoshi dalam kes ini. 419 00:38:14,041 --> 00:38:18,501 Dia nampaknya sengaja memilih daimyo 420 00:38:18,587 --> 00:38:21,007 yang bersaing antara satu sama lain. 421 00:38:21,507 --> 00:38:26,887 Oleh itu, mungkin memastikan yang ahli majlis boleh diharapkan 422 00:38:26,971 --> 00:38:31,561 untuk awasi satu sama lain dan pastikan tiada siapa bertindak melulu. 423 00:38:33,728 --> 00:38:37,108 Dia cuba memastikan tiada ahli majlis yang boleh menjadi 424 00:38:37,189 --> 00:38:39,649 lebih berkuasa daripada empat ahli lain. 425 00:38:57,835 --> 00:39:01,875 Pada 15 September 1598, selepas berperang sepanjang hidup, 426 00:39:01,964 --> 00:39:05,804 salah seorang pembentuk Jepun yang hebat, Toyotomi Hideyoshi mati. 427 00:39:09,305 --> 00:39:13,345 Saya rasa hanya beberapa individu yang kita boleh kata, 428 00:39:13,434 --> 00:39:15,774 "Individu ini mengubah haluan sejarah." 429 00:39:16,979 --> 00:39:21,149 Hideyoshi semestinya layak dikatakan begitu. 430 00:39:26,489 --> 00:39:28,569 Pencapaiannya sangat besar, 431 00:39:28,657 --> 00:39:32,157 mungkin yang paling hebat oleh ketua Jepun dalam sejarah. 432 00:39:34,288 --> 00:39:36,078 Dia ketua yang jarang ditemui, 433 00:39:36,165 --> 00:39:41,085 dia dapat bayangkan sesuatu yang sungguh mustahil. 434 00:39:41,879 --> 00:39:46,549 Dia membawa keamanan dengan cara yang Nobunaga tak pernah impikan. 435 00:39:49,303 --> 00:39:52,603 Dia menyatukan negara itu. Dia menamatkan perang saudara. 436 00:39:52,681 --> 00:39:54,981 Dia mencipta apa yang dilihat sebagai 437 00:39:55,059 --> 00:39:59,769 imbangan politik yang stabil di kalangan para daimyo. Tapi lebih daripada itu, 438 00:39:59,855 --> 00:40:05,355 kebangkitannya adalah kemenangan hebat bagi sebuah asal usul yang rendah. 439 00:40:05,444 --> 00:40:08,244 Dari petani dan tahap terendah samurai, 440 00:40:08,322 --> 00:40:11,122 kepada ketua Jepun yang tak dipertikaikan. 441 00:40:14,787 --> 00:40:16,457 Apabila Hideyoshi meninggal, 442 00:40:16,539 --> 00:40:19,959 pada mulanya Majlis Tetua Berlima tidak mengumumkan 443 00:40:20,042 --> 00:40:22,712 bahawa pembesar dan pemerintah itu telah mati. 444 00:40:23,295 --> 00:40:24,415 Sebaliknya, 445 00:40:24,505 --> 00:40:27,715 mereka mengarahkan gencatan senjata demi Hideyoshi 446 00:40:27,800 --> 00:40:30,800 dan memanggil tentera Jepun pulang dari Korea. 447 00:40:34,098 --> 00:40:37,978 Dengan berbagai-bagai cara, apabila Hideyoshi meninggal dunia, 448 00:40:38,060 --> 00:40:40,810 saya syak para daimyo menghela nafas lega. 449 00:40:44,567 --> 00:40:47,987 Peperangan di Korea terbukti amat dahsyat. 450 00:40:50,072 --> 00:40:51,572 Dengan itu, 451 00:40:51,657 --> 00:40:56,907 tentulah ada kebimbangan yang besar setelah kematiannya 452 00:40:56,996 --> 00:40:59,536 kerana dia tidak meninggalkan waris dewasa, 453 00:40:59,623 --> 00:41:02,713 yang boleh mengambil alih takhtanya tanpa pertikaian. 454 00:41:05,337 --> 00:41:06,917 Memenuhi hajat Hideyoshi, 455 00:41:07,006 --> 00:41:10,546 Majlis Tetua mengisytiharkan Hideyori sebagai pemimpin Jepun, 456 00:41:10,634 --> 00:41:13,764 namun, sebagai kanak-kanak, dia tak mempunyai sebarang kuasa. 457 00:41:14,346 --> 00:41:18,766 Hakikatnya, kuasa itu dibahagikan dengan teliti antara lima ahli majlis itu. 458 00:41:19,351 --> 00:41:22,231 Ini menghasilkan situasi yang sangat berbahaya. 459 00:41:36,368 --> 00:41:39,828 Terdapat aturan kuasa yang rumit antara lima pemangku. 460 00:41:39,914 --> 00:41:42,504 Jika wujud perubahan dalam imbangan itu, ia mungkin 461 00:41:42,583 --> 00:41:46,923 akan hancur musnah dan mencipta sebuah kekosongan yang berbahaya. 462 00:41:50,341 --> 00:41:52,971 Sebaik saja Hideyoshi mati, pastinya para daimyo 463 00:41:53,052 --> 00:41:55,762 mula bersedia untuk berperang. 464 00:42:04,855 --> 00:42:09,355 Setelah lama berdiri di tepi, Tokugawa Ieyasu kini bersedia bertindak. 465 00:42:16,784 --> 00:42:20,334 Proses perebutan kuasa yang dahsyat kini telah bermula. 466 00:42:50,901 --> 00:42:53,151 Terjemahan sari kata oleh Najat Hamidi