1
00:00:06,006 --> 00:00:07,916
SIRI ASLI NETFLIX
2
00:00:30,947 --> 00:00:31,987
Serang!
3
00:00:53,094 --> 00:00:58,224
1598, setelah menamatkan perang saudara
yang berlarutan selama 120 tahun,
4
00:00:58,308 --> 00:01:01,308
dan menyatukan semula Jepun
di bawah panjinya,
5
00:01:01,394 --> 00:01:05,574
Toyotomi Hideyoshi,
pemerintah agung Jepun, kini mangkat.
6
00:01:07,317 --> 00:01:10,277
Dalam cubaan terdesak
untuk pertahankan dinastinya,
7
00:01:10,361 --> 00:01:11,781
sebelum kematiannya,
8
00:01:11,863 --> 00:01:16,033
Hideyoshi membentuk sebuah majlis
antara lima orang pahlawan terkuat.
9
00:01:16,159 --> 00:01:20,159
Mereka akan memerintah Jepun
sehingga anaknya mencapai umur yang sah.
10
00:01:21,581 --> 00:01:24,631
Kini, nasib Jepun berada di hujung tanduk.
11
00:01:25,126 --> 00:01:26,746
Jika majlis ini gagal,
12
00:01:26,836 --> 00:01:29,626
Jepun akan kembali ke zaman anarki
13
00:01:29,714 --> 00:01:34,184
dan segala yang telah Hideyoshi usahakan
akan hancur lebur.
14
00:01:37,347 --> 00:01:41,017
JEPUN
1598
15
00:01:51,194 --> 00:01:54,744
Lima orang ketua ini berasal
dari keluarga-keluarga hebat.
16
00:01:55,698 --> 00:01:57,328
Dengan menyatukan mereka,
17
00:01:57,408 --> 00:01:59,828
wujud keseimbangan sempurna antara mereka
18
00:01:59,911 --> 00:02:02,581
maka tiada siapa yang mempunyai kelebihan.
19
00:02:04,874 --> 00:02:08,344
Maeda Toshiie akan ditempatkan
di Istana Osaka…
20
00:02:22,308 --> 00:02:25,978
dan dia bertanggungjawab membesarkan
Hideyori yang masih kecil,
21
00:02:26,062 --> 00:02:31,112
menguruskan pendidikannya,
mempersiapkannya untuk memimpin negara.
22
00:02:33,987 --> 00:02:35,447
Tapi semua orang faham
23
00:02:35,530 --> 00:02:39,490
bahawa oleh kerana Hideyori lambat lagi
mencapai umur,
24
00:02:40,326 --> 00:02:44,456
ada peluang buat salah seorang
daripada mereka untuk merampas kuasa.
25
00:02:44,539 --> 00:02:47,829
Inilah kelemahan besar
dalam hidup Hideyoshi,
26
00:02:47,917 --> 00:02:53,047
segala apa yang dia usahakan kini menjadi
keraguan dek kerana usia pewarisnya
27
00:03:04,893 --> 00:03:07,023
Para daimyo mula membuat persiapan,
28
00:03:07,103 --> 00:03:09,903
sama ada untuk dirinya sendiri
mengambil alih…
29
00:03:12,358 --> 00:03:16,738
atau merancang untuk menghalang pesaing
daripada mengambil alih.
30
00:03:21,784 --> 00:03:26,334
Pada ketika ini, Tokugawa Ieyasu ialah
daimyo paling berkuasa di Jepun.
31
00:03:26,414 --> 00:03:28,584
Jadi, dia diberikan kuasa mutlak.
32
00:03:28,666 --> 00:03:31,786
Dia sebenarnya bertanggungjawab
atas seluruh kerajaan.
33
00:03:33,421 --> 00:03:38,801
Tak dinafikan, Tokugawa Ieyasu ialah
hulubalang paling berkuasa di negara itu.
34
00:03:38,885 --> 00:03:42,715
Kekayaan dan kekuatan tenteranya
lebih hebat daripada yang lain.
35
00:03:44,265 --> 00:03:47,685
Dengan kematian Hideyoshi,
sebaik saja ada peluang,
36
00:03:47,769 --> 00:03:51,979
Ieyasu di kedudukan sempurna
untuk jadi pemerintah tertinggi Jepun.
37
00:03:57,779 --> 00:04:02,119
Dengan penuh kesabaran, dia membina
kuasanya dan manghapuskan musuhnya,
38
00:04:02,200 --> 00:04:04,830
dia membentuk pakatan,
39
00:04:04,911 --> 00:04:09,831
dan inilah masanya untuk mendapatkan kuasa
paling tinggi dan mutlak di Jepun.
40
00:04:14,212 --> 00:04:15,802
Namun, di sebalik tabir,
41
00:04:15,880 --> 00:04:20,050
ada seorang kaki bohong yang bersedia
untuk menentang Ieyasu.
42
00:04:22,971 --> 00:04:27,311
Dia ialah Ishida Mitsunari.
Ishida Mitsunari ialah daimyo bawahan.
43
00:04:27,392 --> 00:04:30,482
Dia tak mempunyai kekuatan tentera
seperti Ieyasu,
44
00:04:30,561 --> 00:04:33,521
tapi dia amat setia
kepada Keluarga Toyotomi.
45
00:04:35,233 --> 00:04:36,363
Tuan.
46
00:04:41,322 --> 00:04:42,742
Masa untuk menyerang.
47
00:04:43,825 --> 00:04:45,655
Sekaranglah masanya.
48
00:04:50,915 --> 00:04:54,335
Dia cuba sedaya upaya
untuk menjejaskan kedudukan Ieyasu
49
00:04:54,419 --> 00:04:56,049
dan menimbulkan rasa curiga
50
00:04:56,129 --> 00:05:00,259
antara Ieyasu dan ahli-ahli majlis lain
yang dicalonkan oleh Hideyoshi.
51
00:05:00,341 --> 00:05:04,641
Mitsunari merasakan,
selagi Ieyasu tidak digugat,
52
00:05:04,721 --> 00:05:09,231
Ieyasu akhirnya akan menguasai
semua ketua dan ahli majlis yang lain.
53
00:05:09,309 --> 00:05:13,729
Dan Mitsunari tak sanggup menerimanya.
Mitsunari mahu sama ada bunuh Ieyasu,
54
00:05:13,813 --> 00:05:16,023
sekat dia atau hancurkan dia.
55
00:05:18,026 --> 00:05:21,196
Ishida Mitsunari perlukan
sekutu dan sokongan.
56
00:05:27,577 --> 00:05:33,167
Jadi, dia mendekati ahli veteran majlis,
Maeda Toshiie,
57
00:05:33,249 --> 00:05:38,089
seorang daimyo yang sangat kaya
dan ketua tentera yang kuat.
58
00:05:39,422 --> 00:05:45,302
Maeda Toshiie saja yang mampu
menentang Ieyasu.
59
00:05:45,887 --> 00:05:49,637
Perbuatan keluarga Tokugawa baru-baru ini…
60
00:05:54,062 --> 00:05:57,942
Bolehkah kamu bantu Hideyori?
61
00:06:07,784 --> 00:06:09,994
Saya tak berniat nak memandai-mandai.
62
00:06:11,704 --> 00:06:13,544
Saya tak berniat menghina kamu.
63
00:06:14,791 --> 00:06:16,541
Tapi Toshiie enggan.
64
00:06:16,626 --> 00:06:18,246
Dia hampir di hujung nyawa,
65
00:06:18,336 --> 00:06:20,956
dia tak yakin kempen itu akan berjaya,
66
00:06:21,047 --> 00:06:24,467
dia tak mahu berjanji sedang dia tahu
umurnya tak panjang,
67
00:06:24,550 --> 00:06:26,340
ia akan membebani anaknya
68
00:06:26,427 --> 00:06:30,057
dengan kedudukan yang mungkin akan
memusnahan keluarga mereka.
69
00:06:30,139 --> 00:06:35,229
Jadi, Maeda Toshiie menahan diri daripada
menentang Tokugawa Ieyasu,
70
00:06:35,311 --> 00:06:38,731
walaupun dia tahu
Ieyasu mahu membunuh Hideyori,
71
00:06:38,815 --> 00:06:42,525
menghapuskannya dan kemudian memerintah
di bawah panji Tokugawa.
72
00:06:46,322 --> 00:06:49,032
Tak lama selepas itu,
Toshiie meninggal dunia.
73
00:06:49,492 --> 00:06:53,082
Dia pernah menjadi penjaga
Toyotomi Hideyori.
74
00:06:54,080 --> 00:06:56,290
Jadi, siapa patut ganti tempatnya?
75
00:07:00,169 --> 00:07:04,669
Semestinya Tokugawa Ieyasu,
yang pindah ke Istana Osaka,
76
00:07:07,343 --> 00:07:12,103
supaya dia dapat mengawal rapat
Hideyori yang masih muda.
77
00:07:14,183 --> 00:07:16,443
Itu langkah yang penting.
78
00:07:17,145 --> 00:07:19,145
Ia ibarat seorang menteri
79
00:07:19,230 --> 00:07:24,740
yang tiba-tiba datang ke Istana Buckingham
di England
80
00:07:24,819 --> 00:07:31,529
dan mengatakan dia akan akan mula tinggal
di situ.
81
00:07:40,877 --> 00:07:44,917
Tindakan itu menimbulkan kemarahan
ahli majlis pemangku raja,
82
00:07:45,006 --> 00:07:49,466
kerana kini, pewaris muda itu berada
di bawah kawalan Tokugawa Ieyasu.
83
00:07:58,728 --> 00:08:02,108
Majlis pemangku raja itu
mengarahkan Ieyasu untuk berundur
84
00:08:02,190 --> 00:08:06,190
dan sedar bahawa Toyotomi Hideyori
adalah pewaris yang sah,
85
00:08:06,277 --> 00:08:10,867
dan Ieyasu tak berhak masuk campur
dalam proses itu.
86
00:08:15,411 --> 00:08:19,711
Ieyasu melihat kenyataan itu
sebagai pengisytiharan perang.
87
00:08:23,169 --> 00:08:25,709
Itulah peluang yang dia nantikan.
88
00:08:27,798 --> 00:08:30,718
Para daimyo di Jepun berpecah
kepada dua pihak,
89
00:08:31,469 --> 00:08:33,929
satu pihak menyokong Tokugawa Ieyasu…
90
00:08:35,264 --> 00:08:38,274
dan sebelah pihak lagi menyokong
Toyotomi Hideyori
91
00:08:38,351 --> 00:08:41,401
di bawah kepimpinan Ishida Mitsunari.
92
00:08:43,731 --> 00:08:47,651
Kini bermulalah proses perebutan kuasa
yang mutlak
93
00:08:47,735 --> 00:08:50,025
dalam sejarah Jepun.
94
00:08:56,160 --> 00:08:59,960
Dengan terbentuknya persediaan
untuk konfrontasi ketenteraan,
95
00:09:00,039 --> 00:09:04,919
Ishida Mitsunari menggerakkan tenteranya
untuk menentang kemungkinan sekutu Ieyasu.
96
00:09:05,002 --> 00:09:09,222
Salah seorang daripadanya ialah Uesugi
yang berada di utara Ieyasu.
97
00:09:10,174 --> 00:09:14,104
Rancangan Mitsunari
ialah Uesugi akan menentang Ieyasu,
98
00:09:14,178 --> 00:09:17,428
dan dia boleh kalahkan Ieyasu
99
00:09:17,515 --> 00:09:20,305
dengan gabungan tenteranya
dan tentera Uesugi.
100
00:09:24,146 --> 00:09:26,606
Jadi, Ieyasu buat keputusan pantas.
101
00:09:26,691 --> 00:09:30,991
Dia akan meminta bantuan,
terutamanya daripada Date Masamune,
102
00:09:31,070 --> 00:09:34,740
dan kumpul tentera di utara
untuk menentang Uesugi Kagekatsu.
103
00:09:36,659 --> 00:09:40,409
Ketika Masamune bergerak
untuk halang serangan dari utara,
104
00:09:40,496 --> 00:09:45,076
Ieyasu merancang untuk segera ke timur,
ke Edo untuk kumpulkan tenteranya.
105
00:09:45,167 --> 00:09:46,537
Tapi dia perlukan masa,
106
00:09:46,627 --> 00:09:49,757
memandangkan tentera Mitsunari
sudahpun bergerak,
107
00:09:49,839 --> 00:09:53,839
segala harapan Ieyasu kini terletak
pada istananya di Fushimi,
108
00:09:53,926 --> 00:09:57,136
sebuah kubu yang mengawal jalan
menuju ke timur.
109
00:10:08,649 --> 00:10:14,029
Atas sebab ini, walau apa sekalipun,
Istana Fushimi perlu dipertahankan
110
00:10:14,113 --> 00:10:18,123
untuk menghalang Ishida Mitsunari
daripada menyerang Ieyasu
111
00:10:18,200 --> 00:10:19,830
sebelum Ieyasu bersedia.
112
00:10:20,745 --> 00:10:22,905
Musuh akan mengelilingi istana ini.
113
00:10:26,334 --> 00:10:27,964
Saya mahu kamu kekal…
114
00:10:31,547 --> 00:10:33,047
di istana itu.
115
00:10:34,467 --> 00:10:37,677
Ia dipertahankan oleh rakannya,
Torii Mototada.
116
00:10:38,679 --> 00:10:43,179
Ieyasu dan Torii Mototada
sudah lama berkawan.
117
00:10:46,729 --> 00:10:50,109
Meraka tahu betapa pentingnya
untuk pertahankan istana ini
118
00:10:50,191 --> 00:10:52,191
bagi masa depan keluarga Tokugawa,
119
00:10:52,276 --> 00:10:56,276
dan juga, ia satu tugas yang amat sukar.
120
00:10:59,867 --> 00:11:00,987
Mototada.
121
00:11:11,128 --> 00:11:13,668
Mereka tahu ia akan menempah maut.
122
00:11:14,215 --> 00:11:18,715
Torii Mototada nisbah tentera musuh
adalah 20 kepada 1.
123
00:11:18,803 --> 00:11:22,773
Pada asasnya, Torii Mototada ditugaskan
dengan sebuah misi
124
00:11:22,848 --> 00:11:28,348
yang memerlukan dia berlawan
selama mungkin tanpa boleh berundur,
125
00:11:28,437 --> 00:11:30,307
dan tiada bantuan sokongan.
126
00:11:37,571 --> 00:11:40,991
Ketika Ieyasu tergesa-gesa lari
daripada tentera Mitsunari,
127
00:11:41,075 --> 00:11:43,655
Torii Mototada menulis
pesanan terakhirnya.
128
00:11:45,496 --> 00:11:47,246
"Ia tidaklah terlalu sukar
129
00:11:47,331 --> 00:11:50,081
untuk melepasi sebahagian bentengnya
dan larikan diri,
130
00:11:50,167 --> 00:11:53,497
tapi itu bukanlah makna sebenar
seorang pahlawan.
131
00:11:54,046 --> 00:11:57,676
Saya akan pertahankan serangan
daripada seluruh negara di sini
132
00:11:57,758 --> 00:12:00,298
dan mati dengan gemilang."
133
00:12:08,269 --> 00:12:13,019
Ishida Mitsunari dan 40,000 orang askarnya
menyerang istana itu.
134
00:12:16,193 --> 00:12:19,823
Torii Mototada dan 2,000 orang askarnya
berlawan dengan ganas.
135
00:12:22,074 --> 00:12:25,914
Torii Mototada mengutus askarnya
untuk bertarung berulang kali
136
00:12:25,995 --> 00:12:27,865
dengan tentera Ishida.
137
00:12:29,123 --> 00:12:31,333
Dalam sebuah aksi keberanian epik,
138
00:12:31,417 --> 00:12:36,297
Torii Mototada dan tenteranya bertahan
di Fushimi selama 12 hari.
139
00:12:40,092 --> 00:12:43,602
Legenda mengatakan bahawa
garison Fushimi terus berjuang
140
00:12:43,679 --> 00:12:45,969
hinggalah hanya tinggal sepuluh orang.
141
00:13:13,417 --> 00:13:16,797
Akhirnya, ketika istana marak terbakar
di sekelilingnya,
142
00:13:16,879 --> 00:13:20,089
Torii Mototada membunuh diri
dengan terhormat
143
00:13:20,174 --> 00:13:24,974
setelah memberikan antara pertahanan
paling mulia dalam sejarah Jepun.
144
00:13:25,721 --> 00:13:29,561
Keberanian Torii Mototada
adalah sangat penting.
145
00:13:29,642 --> 00:13:32,772
Ia membolehkan Ieyasu
mengumpulkan tenteranya di Edo
146
00:13:32,853 --> 00:13:35,523
untuk menyerang Ishida Mitsunari.
147
00:13:41,070 --> 00:13:43,200
JEPUN
1600
148
00:13:43,280 --> 00:13:47,240
Tokugawa Ieyasu sudah bersedia
untuk bertindak.
149
00:13:47,326 --> 00:13:52,456
Dia membahagikan tenteranya seramai 75,000
orang dan sedia menyerang Mitsunari.
150
00:13:53,415 --> 00:13:56,245
Ketika anaknya memimpin sepasukan besar
ke utara,
151
00:13:56,335 --> 00:13:59,755
Ieyasu mengetuai tentera utamanya
menuju ke arah musuhnya.
152
00:14:00,798 --> 00:14:04,298
Mitsunari kini berada dalam situasi
yang sangat bahaya,
153
00:14:04,385 --> 00:14:08,305
dan berisiko dikepung
oleh dua tentera yang semakin hampir.
154
00:14:30,578 --> 00:14:37,078
Mereka akan menyekat jalan
dan mengepung kita.
155
00:14:38,002 --> 00:14:42,422
Ishida Mitsunari sedar tentang
situasi bahaya yang kini dihadapinya.
156
00:14:44,258 --> 00:14:49,258
Ieyasu berpotensi menghampirinya
dan hapuskan jalan untuk Mitsunari lari.
157
00:14:50,764 --> 00:14:52,604
Saya takkan biarkan ia berlaku.
158
00:14:55,060 --> 00:14:58,810
Kita akan temui mereka di jalan
dan serang.
159
00:14:59,565 --> 00:15:02,395
Ishida Mitsunari membuat
satu keputusan dramatik.
160
00:15:04,069 --> 00:15:08,869
Dia takkan ambil risiko dan ditangkap
oleh tentera Ieyasu yang bakal tiba.
161
00:15:10,784 --> 00:15:15,754
Maka, dia memutuskan untuk mara
dan meletakkan pertahanan di laluan itu
162
00:15:15,831 --> 00:15:19,461
dan musnahkan tentera Ieyasu
apabila mereka tiba.
163
00:15:20,920 --> 00:15:22,760
Tempat yang dia pilih
164
00:15:22,838 --> 00:15:25,928
ialah sebuah lembah sempit
bernama Sekigahara.
165
00:15:28,385 --> 00:15:31,305
Ini strategi yang baik buat Mitsunari.
166
00:15:32,556 --> 00:15:36,306
Dia fikir, lebih baik bertarung
di Sekigahara
167
00:15:36,393 --> 00:15:38,653
berbanding di Istana Ogaki.
168
00:15:39,563 --> 00:15:42,483
Jika anda pilih untuk berperang
di lembah sempit,
169
00:15:42,566 --> 00:15:45,856
dan kawal gunung di sekelilingnya,
seperti yang Ishida lakukan,
170
00:15:45,945 --> 00:15:50,815
anda boleh mengumpan musuh ke arah anda,
dan serang daripada tiga arah.
171
00:15:50,908 --> 00:15:52,788
Ia pilihan yang bijak.
172
00:15:54,495 --> 00:15:55,785
Beritahu semua askar.
173
00:15:57,373 --> 00:16:01,423
Ketatkan pertahanan sebelum musuh tiba.
174
00:16:02,336 --> 00:16:03,376
Cepat!
175
00:16:04,171 --> 00:16:07,971
Ishida Mitsunari sempat
menyusun tenteranya
176
00:16:08,050 --> 00:16:10,640
dalam posisi pertahanan yang terbaik.
177
00:16:11,136 --> 00:16:16,386
Dia sendiri berulang-alik di jalan itu
menantikan serangan Ieyasu.
178
00:16:17,017 --> 00:16:18,057
Hideaki…
179
00:16:20,980 --> 00:16:24,610
Tempatkan tentera kamu di atas gunung.
180
00:16:25,776 --> 00:16:27,736
Apabila saya beri isyarat,
181
00:16:27,820 --> 00:16:31,780
turun dari gunung itu
dan serang Ieyasu dari sisi.
182
00:16:33,701 --> 00:16:38,621
Untuk melindungi rusuk kirinya
dan mengelak dari dikepung Ieyasu,
183
00:16:38,706 --> 00:16:42,166
dia menghantar Kobayakawa Hideaki
184
00:16:42,251 --> 00:16:45,801
untuk mengambil tempat
bagi melihat seluruh jalan itu.
185
00:16:47,965 --> 00:16:50,465
Apabila pertempuran bermula esok pagi,
186
00:16:50,551 --> 00:16:54,721
dia akan nyalakan api sebagai isyarat,
kemudian Kobayakawa Hideaki
187
00:16:54,805 --> 00:16:57,305
akan turun dari kedudukan strategiknya
188
00:16:57,391 --> 00:17:00,481
dan serang Tokugawa
di sebelah rusuk kanan mereka,
189
00:17:00,561 --> 00:17:03,151
dan memberi mereka kemenangan sepenuhnya.
190
00:17:07,901 --> 00:17:11,911
Namun, Mitsunari kurang disukai
191
00:17:11,989 --> 00:17:16,949
oleh ramai daimyo yang menyokong
misi Toyotomi Hideyoshi.
192
00:17:23,584 --> 00:17:26,464
Rasa benci dan sangsi
terhadap Ishida Mitsunari
193
00:17:26,545 --> 00:17:30,585
sebagai komander utama kembali
memakan dirinya dalam beberapa cara.
194
00:17:31,091 --> 00:17:35,971
Antara yang paling penting
ialah kes Kobayakawa Hideaki.
195
00:17:40,059 --> 00:17:44,609
Sebab utama kebencian Hideaki
terhadap Ishida Mitsunari
196
00:17:45,481 --> 00:17:48,191
adalah peranan Ishida
dalam pencerobohan Korea.
197
00:17:59,870 --> 00:18:02,580
Ishida Mitsunari telah dilantik
oleh Hideyoshi
198
00:18:02,664 --> 00:18:05,584
sebagai Inspektor Jeneral
angkatan tentera Jepun,
199
00:18:05,667 --> 00:18:09,667
dan dia amat kritikal terhadap
prestasi Hideaki yang masih muda.
200
00:18:15,219 --> 00:18:17,429
Berita telah sampai kepada Hideyoshi,
201
00:18:17,513 --> 00:18:21,933
dan dia melucutkan segala hak, kelebihan
dan milikan tanah Hideaki.
202
00:18:32,903 --> 00:18:35,663
Dalam waktu genting
menjelang peperangan itu,
203
00:18:37,574 --> 00:18:41,664
Tokugawa Ieyasu menerima satu berita
yang tak dijangka.
204
00:18:43,497 --> 00:18:47,127
Hideaki telah berpaling tadah.
205
00:18:49,002 --> 00:18:53,672
Sebaik pertempuran berlaku,
Hideaki menyertai Ieyasu,
206
00:18:53,757 --> 00:18:57,427
dan melancarkan serangan dahsyat
ke atas tentera Mitsunari.
207
00:18:58,971 --> 00:19:03,391
Jika ini berlaku,
keadaan akan menyebelahi Ieyasu.
208
00:19:07,479 --> 00:19:11,399
Entah-entah, Hideaki mungkin menyebelahi
kedua-dua pihak
209
00:19:11,483 --> 00:19:13,493
untuk lihat siapa akan menang,
210
00:19:13,569 --> 00:19:16,909
dan dia akan buat keputusan
untuk sokong siapa.
211
00:19:16,989 --> 00:19:19,239
Tentulah, sebelum pertarungan bermula,
212
00:19:19,867 --> 00:19:24,907
Ieyasu tak dapat pastikan sepenuhnya
yang Hideaki akan berpaling tadah.
213
00:19:26,373 --> 00:19:29,003
Tokugawa Ieyasu menghadapi
sebuah keputusan
214
00:19:29,084 --> 00:19:31,804
yang paling sukar dan berbahaya
dalam hidupnya.
215
00:19:33,881 --> 00:19:37,681
Akhirnya, ia satu pertaruhan besar
yang perlu dia lakukan.
216
00:19:43,682 --> 00:19:46,062
Tokugawa Ieyasu bergerak ke Sekigahara.
217
00:19:46,643 --> 00:19:50,563
Jika surat ini hanya satu muslihat
sepertimana anggapan jeneralnya,
218
00:19:50,647 --> 00:19:53,067
maka Ieyasu telah menggadaikan segalanya.
219
00:19:56,445 --> 00:19:59,275
Ieyasu tiba dan yang dia nampak
di sekelilingnya
220
00:19:59,364 --> 00:20:01,664
hanya api marak di atas gunung.
221
00:20:01,742 --> 00:20:04,492
Ia menunjukkan kedudukan kubu kuat
222
00:20:04,578 --> 00:20:07,578
yang sempat didirikan oleh tentera Ishida.
223
00:20:09,082 --> 00:20:11,752
Ia satu cabaran besar untuk dihadapi.
224
00:20:15,505 --> 00:20:18,715
Ieyasu berada dalam situasi yang merugikan
225
00:20:18,800 --> 00:20:20,930
kerana anak Ieyasu, Hidetada,
226
00:20:21,011 --> 00:20:25,521
belum tiba dengan tambahan 30,000 orang
askar yang dia harapkan.
227
00:20:25,599 --> 00:20:28,769
Ini mengancam kemandirian
angkatan tentera Ieyasu.
228
00:20:30,270 --> 00:20:34,690
Mereka hanya bersedia sebaik mungkin
untuk pertempuran yang bakal menjelang.
229
00:20:35,692 --> 00:20:39,202
Dalam masa beberapa jam,
kabus mula menipis,
230
00:20:39,738 --> 00:20:43,118
dan pertempuran paling mutlak di Jepun
akan bermula.
231
00:20:49,456 --> 00:20:52,416
Ketika tentera sayap berbaris
di Sekigahara,
232
00:20:52,501 --> 00:20:54,291
Mitsunari mempunyai kelebihan.
233
00:20:54,795 --> 00:20:58,085
120,000 orang askarnya mengawal
tanah tinggi.
234
00:20:59,132 --> 00:21:00,762
Apabila peperangan bermula,
235
00:21:00,842 --> 00:21:04,392
Mitsunari mensasarkan untuk menumpaskan
formasi sayap Ieyasu,
236
00:21:04,471 --> 00:21:06,811
lalu menumpaskan Ieyasu dari tiga sisi.
237
00:21:07,516 --> 00:21:09,096
Di pangkalan lembah itu,
238
00:21:09,184 --> 00:21:13,564
Ieyasu di kedudukan yang lebih lemah
dan nisbahnya hampir tiga kepada dua.
239
00:21:14,481 --> 00:21:17,191
Dek kerana anaknya dan tenteranya
belum muncul,
240
00:21:17,276 --> 00:21:21,196
segala harapannya kini bergantung
kepada janji Hideaki untuk belot.
241
00:21:31,123 --> 00:21:35,043
Pada hari peperangan di Sekigahara,
kabus muncul di awal pagi,
242
00:21:35,127 --> 00:21:38,127
maka kedua-dua pihak tak nampak
masing-masing dengan jelas.
243
00:21:40,841 --> 00:21:43,761
Apabila kabus mula menipis
di awal pagi,
244
00:21:43,844 --> 00:21:46,474
Ieyasu nampak apa yang ada di depannya.
245
00:21:48,473 --> 00:21:51,483
Kedudukan berkubu yang dibentuk
oleh Mitsunari.
246
00:21:53,645 --> 00:21:55,355
Benar, tenteranya tak ramai.
247
00:21:55,439 --> 00:22:00,239
Tapi, sebaliknya, Mitsunari tak banyak
pengalaman dalam berperang.
248
00:22:00,319 --> 00:22:04,279
Dia tak pernah ketuai peperangan.
Dia cuma pernah jadi sub-komander.
249
00:22:33,894 --> 00:22:35,104
Serang!
250
00:22:46,323 --> 00:22:48,703
Mitsunari ada masa
untuk bina pertahanan.
251
00:22:48,784 --> 00:22:53,044
Akibatnya, angkatan Ieyasu terpaksa mara
walau harus berkorban nyawa.
252
00:22:53,121 --> 00:22:54,751
Ia pertempuran dahsyat.
253
00:22:57,584 --> 00:22:59,754
Terdapat pertempuran depan-depan,
254
00:23:00,295 --> 00:23:03,215
pembawa lembing dan tombak
saling berlawan.
255
00:23:03,298 --> 00:23:08,098
Di bahagian rusuk, terdapat kontinjen
arquebusier menembak musuh.
256
00:23:09,554 --> 00:23:12,474
Dari bertempur, jadi bertumbuk.
257
00:23:12,557 --> 00:23:15,437
Ia huru-hara, mengelirukan
dan sangat kejam.
258
00:23:18,855 --> 00:23:20,685
Ini huru-hara terkawal.
259
00:23:20,774 --> 00:23:25,074
Peperangan kian berlarutan,
namun tiada pihak yang mengatasi.
260
00:23:26,571 --> 00:23:32,081
Ini akan jadi pertandingan untuk melihat
pihak mana yang lebih kuat.
261
00:23:34,413 --> 00:23:35,543
Beri isyarat!
262
00:23:37,207 --> 00:23:43,377
Ishida sedar yang dia perlu paksa
beberapa askarnya untuk masuk bertempur.
263
00:23:44,881 --> 00:23:46,971
Dia beri isyarat yang dirancang
264
00:23:47,050 --> 00:23:50,930
kepada Kobayakawa Hideaki
untuk serang tentera Tokugawa di rusuk.
265
00:23:51,847 --> 00:23:52,847
Namun…
266
00:23:56,435 --> 00:23:58,595
askar Hideaki tak berganjak.
267
00:24:03,817 --> 00:24:07,947
Ieyasu juga nampak Kobayakawa
tak bergerak.
268
00:24:10,407 --> 00:24:13,197
Tentera Kobayakawa terus berdiam diri.
269
00:24:14,411 --> 00:24:15,831
Selepas beberapa ketika,
270
00:24:15,912 --> 00:24:20,332
Ieyasu juga jadi agak gementar tentang
apa yang mereka akan buat.
271
00:24:24,087 --> 00:24:27,087
Ieyasu kemudian membuka langkah
dengan berhati-hati,
272
00:24:27,174 --> 00:24:30,264
ia bakal mencipta sejarah
dalam kisah rakyat Jepun.
273
00:24:30,844 --> 00:24:31,804
Tembak!
274
00:24:35,765 --> 00:24:39,685
Dia sepatutnya arahkan arquebusnya
untuk tembak ke arah Hideaki,
275
00:24:39,769 --> 00:24:42,689
lalu memaksa Hideaki memilih
salah satu pihak.
276
00:24:42,772 --> 00:24:44,572
Ini masanya untuk dia pilih.
277
00:24:47,819 --> 00:24:48,819
Serang!
278
00:24:49,404 --> 00:24:56,334
Ini menyebabkan Hideaki mula bertindak dan
tentera Kobayakawa meluru menuruni bukit.
279
00:24:57,621 --> 00:25:00,501
Anda perlu bayangkan reaksi
Ishida Mitsunari.
280
00:25:00,582 --> 00:25:03,172
Pertama, "Arahan sampai. Mereka mara. "
281
00:25:03,251 --> 00:25:08,171
Kemudian, dia tergamam, "Tunggu,
mereka bukannya mara ke arah Ieyasu,
282
00:25:08,256 --> 00:25:11,256
Mereka mara ke arah saya.
Mereka menyerang saya."
283
00:25:11,801 --> 00:25:15,681
Mereka menghentam angkatan tentera
di bahagian rusuk barat.
284
00:25:18,475 --> 00:25:20,725
Komander unit rusuk yang diserang itu
285
00:25:20,810 --> 00:25:25,070
mengarahkan tenteranya untuk serang balas,
namun pihak lawan lebih ramai.
286
00:25:26,858 --> 00:25:30,648
Serangan bertubi-tubi terhadap
tentera Mitsunari ini
287
00:25:30,737 --> 00:25:36,697
menyebabkan mereka terumbang-ambing,
lalu menyebabkan pertahanannya runtuh.
288
00:25:37,577 --> 00:25:38,997
Mitsunari kini sedar…
289
00:25:41,248 --> 00:25:43,248
…bahawa dia akan tewas.
290
00:25:45,627 --> 00:25:49,587
Kontinjen tentera barat yang masih ada
cuba sedaya upaya untuk lari.
291
00:25:50,632 --> 00:25:53,892
Semestinya, ramai yang akan dikejar
292
00:25:53,969 --> 00:25:56,679
oleh pihak yang menang…
293
00:25:57,681 --> 00:25:58,721
dan dibunuh.
294
00:26:00,517 --> 00:26:04,597
Sejurus selepas peperangan tamat,
berlakulah kekalutan.
295
00:26:07,566 --> 00:26:11,646
Ramai jeneral yang mengetuai pihak
yang kalah telah melarikan diri,
296
00:26:11,736 --> 00:26:13,066
termasuklah Mitsunari,
297
00:26:13,154 --> 00:26:16,494
tapi tentera Ieyasu berjaya tangkap
sebahagian mereka.
298
00:26:28,169 --> 00:26:31,669
Sekigahara adalah satu titik perubahan
bagi Ieyasu.
299
00:26:33,800 --> 00:26:36,890
Kerana kini sudah jelas,
dari sudut ketenteraan,
300
00:26:36,970 --> 00:26:39,140
dialah kuasa terbesar di Jepun.
301
00:26:40,265 --> 00:26:43,055
Bagi Ieyasu, kemenangan di Sekigahara
302
00:26:43,143 --> 00:26:46,353
meletakkannya di posisi paling dominan
303
00:26:46,438 --> 00:26:48,768
dalam sejarah Jepun.
304
00:26:49,441 --> 00:26:52,321
Kebanyakan penentang pemerintahannya
telah tiada.
305
00:26:54,863 --> 00:26:57,493
Kemenangan Ieyasu di Sekigahara
kini lengkap,
306
00:26:57,574 --> 00:26:59,784
tapi dia perlu hantar
isyarat kemenangannya,
307
00:26:59,868 --> 00:27:03,658
Ieyasu mengarahkan hukuman taat setia
terhadapa Hideyoshi.
308
00:27:06,207 --> 00:27:08,167
Termasuklah Ishida Mitsunari.
309
00:27:09,336 --> 00:27:12,416
Kepala mereka dipancang
sebagai satu pengumuman
310
00:27:12,505 --> 00:27:14,965
bahawa pakatan Toyotomi telah tamat,
311
00:27:15,050 --> 00:27:18,470
dan kuasa mutlak di negara itu
kini milik Tokugawa Ieyasu.
312
00:27:27,854 --> 00:27:31,944
Setelah kejadian di Sekigahara,
Ieyasu buat satu keputusan kontroversi
313
00:27:32,025 --> 00:27:35,275
yang menolak nasihat para jeneral
dan pengikut setianya.
314
00:27:35,362 --> 00:27:39,992
Walaupun pakatan yang berjuang melindungi
pewaris Hideyoshi iaitu Hideyori,
315
00:27:40,075 --> 00:27:42,785
Ieyasu putuskan untuk tak bunuh
anak muda itu.
316
00:27:42,869 --> 00:27:47,419
Sebaliknya, dia dibenarkan tinggal
di Istana Osaka dalam jagaan ibunya,
317
00:27:47,499 --> 00:27:48,629
Cik Puan Cha-Cha.
318
00:27:53,630 --> 00:27:57,220
Date Masamune akan hantar surat
kepada Tokugawa Ieyasu.
319
00:27:57,300 --> 00:27:58,260
Dia akan kata,
320
00:27:58,343 --> 00:28:03,143
"Ieyasu, jika kamu tak awasi budak ini
dan membesarkannya sendiri…
321
00:28:04,057 --> 00:28:08,057
semua musuh kamu akan mengelilinginya
dan menghasutnya
322
00:28:08,144 --> 00:28:10,314
serta membuat dia menentang kamu."
323
00:28:12,482 --> 00:28:15,362
Namun, Ieyasu punyai pendapat berbeza.
324
00:28:15,443 --> 00:28:18,993
Dengan menjauhkan diri
dan membiarkan Hideyori dewasa
325
00:28:19,072 --> 00:28:22,412
membolehkan Hideyori menerima
pemerintahan Tokugawa.
326
00:28:24,160 --> 00:28:28,830
Keputusan itu yang boleh dikatakan
sentimental, rupanya satu kesilapan.
327
00:28:28,915 --> 00:28:31,285
JEPUN
1600
328
00:28:31,376 --> 00:28:35,296
Ieyasu kini bergerak untuk
mengetatkan cengkamannya ke atas Jepun.
329
00:28:36,047 --> 00:28:38,967
Para daimyo yang menentangnya
di Sekigahara
330
00:28:39,050 --> 00:28:42,180
telah dibunuh atau dilucutkan
segala kelebihan mereka.
331
00:28:42,262 --> 00:28:46,732
Kemudian mereka dihantar ke pinggir
negara, jauh dari pengaruh dan kuasa.
332
00:28:47,600 --> 00:28:52,230
Penyokongnya pula dipindahkan berhampiran
pusat dan diberi ganjaran lumayan.
333
00:28:53,273 --> 00:28:57,943
Dengan itu, Ieyasu mencipta zon penampan
yang terdiri daripada pengikut setianya
334
00:28:58,027 --> 00:29:00,027
untuk menghalang ancaman serangan.
335
00:29:01,781 --> 00:29:04,201
Sistem pemindahan semula yang jauh ini
336
00:29:04,284 --> 00:29:08,504
akan melindungi Ieyasu dan mengubah
rupa politk Jepun selama-lamanya.
337
00:29:11,583 --> 00:29:15,633
Ia satu rancangan yang genius.
Perlu diingat, baik Nobunaga
338
00:29:15,712 --> 00:29:21,342
mahupun Hideyoshi tak berjaya wujudkan
keseimbangan politik yang berdaya maju.
339
00:29:21,426 --> 00:29:22,756
Yang boleh bertahan.
340
00:29:22,844 --> 00:29:24,054
Tapi Ieyasu berjaya.
341
00:29:25,972 --> 00:29:30,312
Jadi, sementara ramai mendapat
faedah daripada Peperingan Sekigahara
342
00:29:30,393 --> 00:29:33,693
lain pula halnya
dengan Kobayakawa Hideaki.
343
00:29:35,148 --> 00:29:38,778
Walaupun pembelotan Kobayakawa
yang memastikan ia berlaku,
344
00:29:38,860 --> 00:29:40,860
sebab itulah Ieyasu menang,
345
00:29:40,945 --> 00:29:42,695
Ieyasu tak percayakan dia.
346
00:29:42,781 --> 00:29:46,831
Lagipun, dia khianati seorang tuan.
Tak mustahil dia buat lagi.
347
00:29:48,703 --> 00:29:51,413
Hideaki rasa terseksa
348
00:29:51,498 --> 00:29:55,338
dan juga rasa bersalah
kerana mengkhianati rumah asalnya,
349
00:29:55,418 --> 00:29:59,668
iaitu Toyotomi,
hinggakan dia menjadi gila.
350
00:30:04,969 --> 00:30:06,889
Dalam masa dua tahun…
351
00:30:12,018 --> 00:30:13,688
dia mabuk sampai mati.
352
00:30:22,111 --> 00:30:25,911
Dari pelbagai sudut,
Ieyasu telah mengukuhkan kedudukannya.
353
00:30:25,990 --> 00:30:29,990
Dia menyusun semula para pembesar ini
mengikut kepentingannya,
354
00:30:30,078 --> 00:30:33,328
dia menubuhkan dominasinya di negara itu.
355
00:30:33,414 --> 00:30:36,254
Tapi, Ieyasu, saya rasa ia amat penting,
356
00:30:36,334 --> 00:30:39,754
mahu menjadikan dirinya
sebagai ketua pahlawan,
357
00:30:39,838 --> 00:30:43,968
bukannya seseorang yang terlampau terikat
dengan istana imperial lama.
358
00:30:48,513 --> 00:30:52,733
Pada tahun 1603, dia ambil langkah
terakhir untuk kukihkan kesahihannya.
359
00:30:54,811 --> 00:30:57,401
Dia akan ralit dengan gelaran Shogun.
360
00:31:00,775 --> 00:31:04,025
Apa yang perlu diingat
tentang gelaran Shogun ini ialah…
361
00:31:04,112 --> 00:31:05,782
sepanjang sejarah Jepun,
362
00:31:05,864 --> 00:31:10,794
ia bukanlah gelaran yang berpengaruh,
berkuasa, mahupun dikehendaki.
363
00:31:10,869 --> 00:31:13,579
Kebanyakan Shogun cuma boneka.
364
00:31:15,748 --> 00:31:22,128
Ieyasu mencipta semula gelaran Shogun
sebagai satu kuasa,
365
00:31:22,213 --> 00:31:26,053
menguatkannya dan membolehkannya
mengawal seluruh Jepun.
366
00:31:32,765 --> 00:31:35,475
Sebaik saja Ieyasu diberi gelaran Shogun,
367
00:31:35,560 --> 00:31:40,020
buat kali pertama sejak runtuhnya
kuasa pusat
368
00:31:40,106 --> 00:31:42,526
pada pertengahan abad ke-15,
369
00:31:42,609 --> 00:31:44,569
dia berada di puncak kuasa Jepun.
370
00:31:51,784 --> 00:31:56,624
Semua orang beranggapan, perang saudara
selama 130 tahun akhirnya tamat.
371
00:31:56,706 --> 00:31:58,576
Tapi lebih sedekad kemudian,
372
00:31:58,666 --> 00:32:01,036
wujud ura-ura pemberontakan penuh.
373
00:32:01,127 --> 00:32:04,667
Mereka yang tak pernah menerima
kemenangan Tokugawa
374
00:32:04,756 --> 00:32:07,006
mula bersubahat dengan seorang lelaki
375
00:32:07,091 --> 00:32:09,891
yang boleh mencabar
Ieyasu untuk kuasa…
376
00:32:12,347 --> 00:32:15,767
Toyotomi Hideyori,
pewaris sah Hideyoshi.
377
00:32:17,352 --> 00:32:19,732
Selepas kemenangan di Sekigahara,
378
00:32:19,812 --> 00:32:23,322
Ieyasu tak ambil sebarang langkah
untuk menentang Hideyori,
379
00:32:23,399 --> 00:32:25,779
iaitu pewaris sebenar gelaran Hideyoshi.
380
00:32:25,860 --> 00:32:29,280
Budak itu berjaya membesar dan
mengekalkan kedudukannya.
381
00:32:37,747 --> 00:32:40,827
Kian lama, ramai yang mula menerima
bahawa Hideyori
382
00:32:40,917 --> 00:32:43,837
adalah alternatif
kepada kebangkitan kuasa Ieyasu.
383
00:32:45,588 --> 00:32:49,298
Khususnya, beberapa samurai
yang tak bertuan, iaitu ronin,
384
00:32:49,384 --> 00:32:53,434
yang ditinggalkan tanpa jawatan
selepas peperangan di Sekigahara.
385
00:32:58,184 --> 00:33:02,064
Dengan kata lain, dia juga mempunyai
penyokong di seluruh negara.
386
00:33:05,108 --> 00:33:08,488
Walaupun Hideyori sendiri
menjadi punca penyatuan
387
00:33:08,569 --> 00:33:11,989
bagi ramai pihak yang tak puas hati
dengan arahan Tokugawa…
388
00:33:12,281 --> 00:33:14,241
ia boleh dipersoalkan
389
00:33:14,325 --> 00:33:17,195
sejauh mana dia sendiri
mahu mencabar Ieyasu.
390
00:33:17,286 --> 00:33:21,706
Jelas sekali, Ieyasu lebih berkuasa
dari sudut ketenteraan,
391
00:33:21,791 --> 00:33:25,961
dan nampaknya Hideyori mahu
mengelakkan konflik.
392
00:33:26,462 --> 00:33:27,552
Diam!
393
00:33:30,383 --> 00:33:33,093
Tuanku, jangan dengar cakap mereka.
394
00:33:35,805 --> 00:33:40,595
Jika kamu merayu untuk diselamatkan,
kamu akan masuk perangkap Tokugawa.
395
00:33:40,685 --> 00:33:43,515
Malah ibunya sendiri
iaitu penasihat terdekatnya,
396
00:33:43,604 --> 00:33:45,734
Lady Yodo, ataupun Cha-Cha,
397
00:33:45,815 --> 00:33:50,185
akan mula mendorong anaknya
untuk menentang Tokugawa Ieyasu.
398
00:33:50,278 --> 00:33:53,948
Sebenarnya, seringkali bertentangan dengan
nasihat pengikutnya,
399
00:33:54,032 --> 00:33:57,912
di mana ramai yang cadang lebih baik
tunggu Ieyasu mati,
400
00:33:57,994 --> 00:34:01,754
dan mencabar anaknya yang lebih muda
dan kurang berkesan sebagai pemerintah.
401
00:34:03,124 --> 00:34:06,844
Jika kamu samurai, fikir untuk kembalikan
pemerintahan Toyotomi!
402
00:34:07,420 --> 00:34:08,550
Ibu…
403
00:34:09,839 --> 00:34:13,469
Cha-Cha tak nak tunggu.
Dia mahu cabaran itu berlaku sekarang.
404
00:34:14,260 --> 00:34:15,390
Tolong berhenti.
405
00:34:18,514 --> 00:34:20,144
Saya mahu kamu semua pergi!
406
00:34:21,350 --> 00:34:22,480
Berambus!
407
00:34:33,988 --> 00:34:36,158
Walau apa niat Hideyori sekalipun,
408
00:34:36,240 --> 00:34:40,200
melihatkan berpuluh ribu dan
mungkin sehingga 60,000 orang
409
00:34:40,286 --> 00:34:44,116
yang berkumpul di sekeliling Hideyori
di Istana Osaka,
410
00:34:44,207 --> 00:34:47,997
Tokugawa Ieyasu nampak pemberontakan
sedang bermula.
411
00:34:57,678 --> 00:35:00,678
Ieyasu dikurniakan ramai anak lelaki.
412
00:35:00,765 --> 00:35:04,305
Dia tahu keluarganya akan terselamat jika…
413
00:35:05,478 --> 00:35:08,188
tiada alternatif kuasa yang berwibawa.
414
00:35:08,272 --> 00:35:10,902
Hideyorilah alternatif kuasa
yang berwibawa.
415
00:35:10,983 --> 00:35:14,823
Dia menjadi magnet bagi mereka
yang tak puas hati dengan Tokugawa.
416
00:35:17,990 --> 00:35:19,200
Bunuh Hideyori.
417
00:35:19,283 --> 00:35:20,203
Baik, tuan.
418
00:35:20,910 --> 00:35:24,330
Jika Ieyasu mahu dapatkan kepastian
sebelum dia mati
419
00:35:25,164 --> 00:35:28,544
agar keluarganya selamat
dan usahanya akan diteruskan,
420
00:35:28,626 --> 00:35:30,456
dia harus bunuh Hideyori.
421
00:35:35,550 --> 00:35:40,100
Dia putuskan untuk buat sesuatu yang dia
rasa harus dilakukan bertahun dahulu.
422
00:35:41,848 --> 00:35:45,348
Hapuskan keturunan Toyotomi
hingga langsung tiada waris.
423
00:35:52,483 --> 00:35:57,993
Ieyasu mara dengan 194,000 orang askar
untuk mengepung Istana Osaka.
424
00:35:58,948 --> 00:36:02,908
Disertai sekutu setianya,
termasuklah Date Masamune,
425
00:36:02,994 --> 00:36:07,124
beribu-ribu nyawa terkorban ketika
tentera Ieyasu mengepung kubu itu.
426
00:36:08,124 --> 00:36:11,844
Pertempuran yang tercetus amat ganas,
namun pertahan tetap utuh.
427
00:36:11,919 --> 00:36:17,799
Tapi, akhirnya, pada Jun 1615,
pertahanan terhebat Istana Osaka runtuh.
428
00:36:22,722 --> 00:36:26,142
Selepas berbulan-bulan
berlawan dan dikepung,
429
00:36:26,225 --> 00:36:30,935
meriam Tokugawa membedil Istana Osaka,
430
00:36:31,022 --> 00:36:33,022
sebahagian istana itu terbakar.
431
00:36:44,202 --> 00:36:46,622
Hideyori pasti tahu yang ia dah berakhir.
432
00:36:51,667 --> 00:36:55,457
Dia telah menjadi bidak buat penentang
pemerintahan Tokugawa,
433
00:36:55,546 --> 00:36:59,256
dan dia dimanipulasi untuk mulakan
perang yang tak mampu dimenangi.
434
00:37:01,928 --> 00:37:04,428
Api sedang marak di Istana Osaka.
435
00:37:04,513 --> 00:37:07,233
Jelas sekali,
penentangan tak lagi bermakna.
436
00:38:24,260 --> 00:38:26,550
Kemusnahan Istana Osaka
437
00:38:26,637 --> 00:38:29,427
adalah seolah-olah segala tenaga akhir
438
00:38:29,515 --> 00:38:32,885
semasa zaman perang saudara
telah habis digunakan,
439
00:38:32,977 --> 00:38:34,687
dan tiada apa yang tinggal.
440
00:38:34,770 --> 00:38:38,400
Semuanya perlu dimusnahkan
agar era baru dapat dilahirkan.
441
00:38:44,655 --> 00:38:48,695
Tiada pergaduhan lagi.
Akhirnya ia tamat.
442
00:38:48,784 --> 00:38:50,374
Semua orang faham.
443
00:38:50,453 --> 00:38:53,253
Ieyasu telah mengatasi semua orang.
444
00:38:55,791 --> 00:38:59,001
Tokugawa kini mempunyai kuasa yang mutlak.
445
00:39:15,895 --> 00:39:19,395
Ieyasu tak dapat menikmati
hasil kemenangannya terlalu lama.
446
00:39:19,982 --> 00:39:25,322
Setahun selepas kejatuhan Istana Osaka,
dia nazak mungkin akibat kanser perut.
447
00:39:28,407 --> 00:39:30,617
Ketika Tokugawa Ieyasu nazak,
448
00:39:30,701 --> 00:39:34,411
ramai orang hebat datang melawatnya
sebagai tanda hormat.
449
00:39:41,170 --> 00:39:43,420
Antaranya ialah Date Masamune,
450
00:39:43,506 --> 00:39:47,336
yang dikatakan telah melawat Ieyasu
dan membacakannya puisi.
451
00:39:50,388 --> 00:39:53,678
Mereka berdua saling menghormati
antara satu sama lain.
452
00:39:53,766 --> 00:39:57,846
Date bertindak sebagai sekutu yang setia
bertahun selepas Sekigahara.
453
00:40:17,665 --> 00:40:20,785
Tokugawa Ieyasu, si tua licik,
454
00:40:20,876 --> 00:40:27,166
orang tua penuh muslihat yang terselamat
daripada ribut dan peperangan…
455
00:40:33,639 --> 00:40:34,889
telah meninggal dunia
456
00:40:36,225 --> 00:40:39,345
setelah mengatasi jangka hayat
semua musuhnya.
457
00:40:50,865 --> 00:40:52,945
Para pahlawan yang hebat itu,
458
00:40:53,033 --> 00:40:54,663
bagi sepanjang tempoh ini,
459
00:40:54,743 --> 00:40:58,753
mereka faham bahawa ada sesuatu
yang menjangkaui peperangan.
460
00:40:58,831 --> 00:41:02,421
Itulah yang Tokugawa Ieyasu beri
kepada mereka. Peluang.
461
00:41:03,711 --> 00:41:08,761
Dia telah membentuk satu sistem yang teguh
untuk memerintah Jepun
462
00:41:08,841 --> 00:41:10,971
dalam sebuah era selepas peperangan.
463
00:41:11,051 --> 00:41:15,181
Dia bertuah kerana ada ramai anak lelaki.
Dia ada waris penyambung.
464
00:41:15,264 --> 00:41:18,774
Dia bernasib baik,
tapi juga ada kebijaksanaan.
465
00:41:18,851 --> 00:41:20,021
Disebabkan itu,
466
00:41:20,102 --> 00:41:23,732
sistem yang dibentuknya bertahan selama
dua setengah abad.
467
00:41:26,775 --> 00:41:28,315
Ia pencapaian yang hebat.
468
00:41:35,367 --> 00:41:38,747
Kematian Tokugawa Ieyasu menandakan
berlalunya era ini,
469
00:41:38,829 --> 00:41:42,629
di mana tiba-tiba,
sistem ketenteraan mula lenyap,
470
00:41:42,708 --> 00:41:46,798
dan kini, samurai ialah pahlawan
yang memerintah negara dengan aman.
471
00:41:49,256 --> 00:41:53,086
Selama satu abad,
mereka hanya kenal peperangan.
472
00:41:53,177 --> 00:41:57,307
Dilahirkan dan dibesarkan
dalam peperangan. Dididik untuk berperang.
473
00:41:57,389 --> 00:42:00,889
Mungkin ini adalah pahlawan terhebat
dalam lipatan sejarah.
474
00:42:01,810 --> 00:42:03,600
Tiba-tiba, tiada lagi perang.
475
00:42:09,401 --> 00:42:13,491
Dengan pantas, transformasi hebat samurai
dapat dilhat.
476
00:42:14,990 --> 00:42:19,330
Daripada fokus pada perang,
konflik dan strategi,
477
00:42:20,788 --> 00:42:24,668
fokus mula beralih
kepada falsafah, tugas, maruah.
478
00:42:24,750 --> 00:42:29,840
Apa maksudnya untuk berkhidmat?
Apa makna menjadi pahlawan dalam keamanan?
479
00:42:30,381 --> 00:42:32,931
Maka, dalam hanya beberapa dekad,
480
00:42:33,008 --> 00:42:36,718
dari pelbagai aspek, samurai tidak lagi
dikenali seperti dahulu.
481
00:42:38,973 --> 00:42:40,433
Tapi legasi samurai
482
00:42:40,516 --> 00:42:44,396
dalam transformasi sebuah negara,
dari pertumpahan darah kepada keamanan,
483
00:42:44,478 --> 00:42:46,728
ibarat sebuah kolosus di Jepun.
484
00:42:51,986 --> 00:42:54,606
Zaman peperangan,
485
00:42:54,697 --> 00:42:58,987
meskipun tragis, memusnahkan dan kejam,
486
00:42:59,076 --> 00:43:02,576
melahirkan 250 tahun keamanan,
487
00:43:02,663 --> 00:43:06,543
dan itu pencapaian yang jarang ditemui
dalam sejarah manusia.
488
00:43:35,237 --> 00:43:40,237
Terjemahan sari kata oleh Najat