1 00:00:06,068 --> 00:00:07,945 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:51,072 --> 00:00:56,744 Sepuluh tahun selepas melancarkan kempen berdarah untuk menguasai wilayah sendiri, 3 00:00:56,827 --> 00:01:01,916 hulubalang samurai berkuasa, Oda Nobunaga, telah merampas sebahagian besar Jepun, 4 00:01:01,999 --> 00:01:04,502 termasuk ibu negaranya, Kyoto. 5 00:01:06,670 --> 00:01:09,673 Kini, didorong oleh cita-cita menggunung, 6 00:01:09,757 --> 00:01:14,136 dia ingin menghancurkan puak berkuasa yang masih menentang pemerintahannya. 7 00:01:14,220 --> 00:01:16,806 Dan buat kali pertama dalam lebih satu abad, 8 00:01:16,889 --> 00:01:19,683 menyatukan seluruh Jepun di bawah satu sepanduk. 9 00:01:20,309 --> 00:01:25,022 Tapi kekejaman Nobunaga yang luar biasa menyebabkan kemarahan yang meluas. 10 00:01:25,106 --> 00:01:29,110 Di seluruh negara, musuh yang berkuasa kini merancang kematiannya. 11 00:01:31,028 --> 00:01:35,908 JEPUN 1568 12 00:01:41,372 --> 00:01:44,416 Nobunaga ialah pakar di medan perang. 13 00:01:47,211 --> 00:01:53,634 Tapi di Kyoto, dia mula nampak potensi untuk meraih kuasa. 14 00:01:57,555 --> 00:02:01,725 Ini menyebabkan kebencian berpanjangan di kalangan pesaing Nobunaga. 15 00:02:01,809 --> 00:02:06,147 Mereka tahu Nobunaga mahu membolot kuasa. 16 00:02:09,942 --> 00:02:14,822 Ini bermakna pemerintahan Nobunaga di Jepun Tengah dikelilingi oleh musuh, 17 00:02:14,905 --> 00:02:17,074 yang meskipun berbeza latar belakang, 18 00:02:17,158 --> 00:02:21,871 mereka disatukan oleh kebencian dan risau tentang kawalannya yang makin meluas. 19 00:02:24,039 --> 00:02:27,209 Jika Nobunaga mahu menyatukan kuasanya di Jepun, 20 00:02:27,293 --> 00:02:31,630 dia perlu pilih untuk hapuskan atau bekerjasama dengan semua kuasa lain. 21 00:02:33,048 --> 00:02:35,509 Dan institusi Buddha, kuil-kuil besar… 22 00:02:36,427 --> 00:02:40,139 serta dua mazhab Buddha populis adalah ancaman terbesar baginya. 23 00:02:42,933 --> 00:02:47,563 Rahmat Buddha kepada kita… 24 00:02:47,646 --> 00:02:52,359 Pertubuhan Buddha adalah halangan besar dalam laluan Nobunaga. 25 00:02:52,443 --> 00:02:56,864 Inilah institusi yang amat berkait rapat dengan lanskap politik negara itu 26 00:02:56,947 --> 00:03:00,117 dan sering menggunakan pengaruh politik mereka. 27 00:03:08,000 --> 00:03:10,628 Fahaman Buddha telah lama wujud di Jepun, 28 00:03:10,711 --> 00:03:14,548 dan ia tiba di Jepun sebelum negara itu terbentuk 29 00:03:14,632 --> 00:03:17,218 dalam erti kata negara birokrasi berpusat. 30 00:03:19,845 --> 00:03:24,850 Konsepnya ialah kuil yang besar ini wujud untuk melakukan ritual dan upacara 31 00:03:24,934 --> 00:03:29,355 yang akan melindungi Jepun daripada pencerobohan, penyakit dan kesusahan. 32 00:03:29,438 --> 00:03:33,859 Ini adalah pertahanan ketuhanan terhadap sebarang ancaman luar atau dalaman. 33 00:03:36,654 --> 00:03:42,201 Institusi Buddha selalunya lengkap bersenjata seperti para hulubalang. 34 00:03:44,620 --> 00:03:46,747 Mereka sanggup berlawan hingga mati. 35 00:03:46,830 --> 00:03:47,957 Mereka tak gentar, 36 00:03:48,040 --> 00:03:51,752 dan mereka tahu kemenangan dalam perang akan menjamin syurga. 37 00:03:54,255 --> 00:03:58,175 Mereka adalah institusi besar yang mempunyai kekuatan tentera 38 00:03:58,259 --> 00:04:02,263 untuk menghalang dominasi Nobunaga ke atas Jepun Tengah. 39 00:04:06,267 --> 00:04:07,309 Kamu panggil? 40 00:04:17,486 --> 00:04:19,697 Hapuskan semua parasit ini! 41 00:04:19,780 --> 00:04:20,781 Mitsuhide! 42 00:04:21,949 --> 00:04:23,075 Pergi sekarang! 43 00:04:27,121 --> 00:04:28,163 Ya, tuan. 44 00:04:28,247 --> 00:04:30,374 Institusi Buddha yang besar itu 45 00:04:30,457 --> 00:04:33,961 bukan satu-satunya ancaman yang ada, malah bukan ancaman utama 46 00:04:34,044 --> 00:04:37,006 dari… mari kita namakannya, pihak Buddha. 47 00:04:37,089 --> 00:04:40,009 Ada juga sekta militan Buddha yang baru berkembang 48 00:04:40,092 --> 00:04:41,552 bernama Ikkō-ikki… 49 00:04:43,137 --> 00:04:46,849 yang merupakan komuniti penganut yang merebak ke seluruh negara. 50 00:04:48,142 --> 00:04:51,562 Ikkō-ikki menarik minat para petani dan pekerja rencam, 51 00:04:51,645 --> 00:04:54,815 kerana ia menggunakan formula mudah dalam pengampunan, 52 00:04:54,898 --> 00:04:57,318 iaitu mengakui kepercayaan kepada Buddha. 53 00:04:57,401 --> 00:05:02,364 Ia amat berkuasa di negara yang masih dilanda kemiskinan, kebuluran dan perang. 54 00:05:04,867 --> 00:05:07,995 Ikko menyatukan orang ramai yang berbeza status sosial 55 00:05:08,078 --> 00:05:11,957 untuk pertahankan tempat ibadat dan komuniti secara kolektif. 56 00:05:12,041 --> 00:05:16,420 Pedagang, penduduk kampung, sami, semua orang boleh bersatu di bawah 57 00:05:16,503 --> 00:05:19,506 satu kepercayaan untuk halau pemerintahan daimyo dari tanah mereka. 58 00:05:20,674 --> 00:05:25,095 Pada akhir tahun 1500-an, Ikkō-ikki mempunyai rangkaian di seluruh Jepun. 59 00:05:25,179 --> 00:05:27,473 Mereka bina kubu kuil yang besar… 60 00:05:30,559 --> 00:05:33,604 dan mereka bangkit hampir di semua wilayah. 61 00:05:38,400 --> 00:05:40,736 Mereka ada tentera sami dan petani. 62 00:05:41,278 --> 00:05:45,366 Mereka taat pada kuasa yang lebih tinggi. Mereka enggan jadi orang bawahan 63 00:05:45,449 --> 00:05:48,827 mana-mana ketua daimyo berkuasa, termasuk Oda Nobunaga. 64 00:05:48,911 --> 00:05:50,996 Oda Nobunaga… 65 00:05:52,289 --> 00:05:54,249 menyeksa orang kita. 66 00:05:55,793 --> 00:05:58,295 Perbuatannya seperti syaitan. 67 00:05:58,379 --> 00:06:03,258 Kita mesti lupakan imej bahawa sami Buddha adalah orang aman 68 00:06:03,342 --> 00:06:05,386 yang habiskan hidup dengan berdoa. 69 00:06:05,469 --> 00:06:08,097 Mereka tentera musuh yang menggerunkan. 70 00:06:11,642 --> 00:06:14,353 Jika Nobunaga tak ambil iktibar dari Ikkō-ikki, 71 00:06:14,436 --> 00:06:17,398 dan dia merasakan mereka mengancam kekuasaannya 72 00:06:17,481 --> 00:06:20,275 dan benarkan pemberontakan berlaku di seluruh negara 73 00:06:20,359 --> 00:06:23,445 di tempat-tempat strategik yang dia mahu kawal, 74 00:06:23,529 --> 00:06:25,489 maka dia perlu musnahkan mereka. 75 00:06:35,207 --> 00:06:39,795 Ketika Nobunaga menentang Ikkō-ikki, dia sasarkan untuk membasmi ia sepenuhnya 76 00:06:39,878 --> 00:06:42,548 dan membunuh sesiapa saja yang menghalangnya. 77 00:06:46,677 --> 00:06:48,971 Ogos, 1570. 78 00:06:49,054 --> 00:06:52,474 Nobunaga bergerak untuk musnahkan Ikkō-ikki buat selamanya. 79 00:06:53,183 --> 00:06:55,686 Selepas menghancurkan beberapa kubu mereka, 80 00:06:55,769 --> 00:06:59,481 dia memutuskan untuk menyerang pusat fahaman Buddha di Jepun. 81 00:06:59,565 --> 00:07:01,942 Kompleks kuil Enryaku-ji. 82 00:07:03,110 --> 00:07:07,322 Ia keputusan yang akan membahayakan segala yang telah dia usahakan. 83 00:07:14,997 --> 00:07:20,961 Kita sebagai penganut Buddha tak boleh benarkan ini berlaku. 84 00:07:21,545 --> 00:07:25,090 Kita tak boleh biarkan tindakannya. 85 00:07:25,174 --> 00:07:31,346 Enryaku-ji adalah kompleks Buddha paling berpengaruh di Jepun, 86 00:07:31,430 --> 00:07:34,933 dan berabad-abad lamanya, ia ada kuasa politik setanding 87 00:07:35,017 --> 00:07:39,021 dengan beberapa ketua puak di Jepun dan berhubungan rapat dengan istana. 88 00:07:39,104 --> 00:07:43,525 Walaupun membunuh bermakna mengingkari ajaran Buddha… 89 00:07:43,609 --> 00:07:46,653 Satu perkara yang menimbulkan kemarahan Nobunaga, 90 00:07:46,737 --> 00:07:49,865 yang sangat anti-Buddha,  91 00:07:50,949 --> 00:07:55,496 ialah para sami ini telah melindungi musuh-musuhnya yang melarikan diri. 92 00:07:56,163 --> 00:07:59,708 Bukan itu saja, ia sangat dekat dengan Kyoto, 93 00:07:59,791 --> 00:08:02,169 ia dapat melihat seluruh bandar itu, 94 00:08:02,878 --> 00:08:07,758 dan ini adalah ancaman strategik untuk kelangsungan hidup Nobunaga. 95 00:08:10,344 --> 00:08:13,764 Jadi dia buat keputusan paling bersejarah dalam kerjayanya. 96 00:08:13,847 --> 00:08:16,725 Dia akan menyerang dan menghancurkan 97 00:08:16,808 --> 00:08:20,646 biara terbesar di Jepun, iaitu Enryaku-ji. 98 00:08:23,106 --> 00:08:25,484 Pada September 1571, 99 00:08:25,567 --> 00:08:30,614 Nobunaga mengumpulkan tentera yang saiznya sesuai untuk pertempuran besar  100 00:08:30,697 --> 00:08:32,950 menentang musuh yang serius. 101 00:08:38,580 --> 00:08:43,293 Kemaraan Nobunaga ke arah Enryaku-ji menyebabkan ramai orang awam 102 00:08:44,002 --> 00:08:45,837 berundur ke puncak gunung, 103 00:08:45,921 --> 00:08:50,217 ke puncak Gunung Hiei, tempat terletaknya kompleks biara Enryaku-ji. 104 00:08:51,468 --> 00:08:55,389 Nobunaga arahkan tenteranya mara dalam barisan ke tepi gunung, 105 00:08:55,472 --> 00:08:57,891 dan bunuh sesiapa saja yang mereka jumpa… 106 00:08:59,685 --> 00:09:01,353 dan bakar sebarang bangunan. 107 00:09:03,063 --> 00:09:06,817 Sepanjang peperangan Sengoku, kekejaman berlaku di semua pihak, 108 00:09:06,900 --> 00:09:09,736 tapi Enryaku-ji membawanya ke tahap yang berbeza. 109 00:09:14,116 --> 00:09:17,536 Ada sumber menggambarkan askar Nobunaga ibarat haiwan liar. 110 00:09:22,874 --> 00:09:27,212 Semua askar Nobunaga telah tiba di puncak, dan di tengah kuil itu sendiri. 111 00:09:27,296 --> 00:09:31,592 Ketika mereka menghampiri, mereka beri kata dua kepada Enryaku-ji. 112 00:09:33,218 --> 00:09:35,804 Sama ada tunjukkan kesetiaan kepadanya, 113 00:09:36,680 --> 00:09:38,682 atau menentangnya dan dimusnahkan. 114 00:09:43,270 --> 00:09:44,855 Mereka pilih yang kedua. 115 00:09:48,358 --> 00:09:50,319 Kuil itu dibakar hingga jadi abu, 116 00:09:50,402 --> 00:09:55,282 dan penduduk Kyoto boleh melihat di langit timur dan nampak ia menyala 117 00:09:55,365 --> 00:09:59,453 akibat api marak di biara Buddha paling terkenal di Jepun. 118 00:10:01,288 --> 00:10:05,667 Askar Nobunaga memburu sesiapa saja yang terlepas dari kebakaran besar itu. 119 00:10:15,510 --> 00:10:17,971 - Ibu tak apa-apa? - Lari. 120 00:10:19,389 --> 00:10:21,058 Ibu! Lari. 121 00:10:21,642 --> 00:10:23,727 Ibu! 122 00:10:24,895 --> 00:10:29,733 Ini serangan tanpa belas ihsan yang mana tiada sami, wanita atau anak kecil… 123 00:10:30,984 --> 00:10:33,070 yang terlepas dari serangan itu. 124 00:11:06,812 --> 00:11:10,482 Nobunaga mengarahkan setiap wanita mahupun kanak-kanak, 125 00:11:11,316 --> 00:11:12,526 dipancung kepalanya, 126 00:11:12,609 --> 00:11:15,987 sedangkan askarnya sendiri tak sanggup untuk melihatnya. 127 00:11:17,948 --> 00:11:20,826 Dikatakan 20,000 orang maut 128 00:11:20,909 --> 00:11:25,163 akibat kezaliman dan kekejaman yang dahsyat ini. 129 00:11:25,747 --> 00:11:29,501 Malah ia menjijikkan beberapa jeneralnya yang paling setia. 130 00:11:31,211 --> 00:11:34,840 Akechi Mitsuhide, seorang penganut Buddha yang taat, 131 00:11:34,923 --> 00:11:36,299 sejak daripada itu 132 00:11:36,383 --> 00:11:41,263 mula meragui kebolehan Nobunaga untuk memerintah. 133 00:11:44,808 --> 00:11:48,812 Jelas wujud sesuatu yang tak dapat dibendung dalam diri Nobunaga. 134 00:11:48,895 --> 00:11:54,067 Tiada daimyo yang mengelak menggunakan kekerasan, tapi Nobunaga nampak seronok. 135 00:11:55,777 --> 00:11:57,654 Pembunuhan beramai-ramai ini mutlak. 136 00:11:57,738 --> 00:12:01,408 Dikatakan ada sungai darah yang mengalir ke lereng gunung, 137 00:12:01,491 --> 00:12:05,120 dan pastinya ini satu mesej. Ia mesej kepada puak Buddha lain. 138 00:12:05,203 --> 00:12:10,083 Ia juga mesej kepada daimyo lain bahawa Nobunaga tidak akur pada sempadan. 139 00:12:11,251 --> 00:12:13,545 Lelaki ini, yang buat pertama kalinya, 140 00:12:13,628 --> 00:12:18,759 berpotensi untuk menyatukan sekurang-kurangnya wilayah tengah Jepun 141 00:12:18,842 --> 00:12:22,345 akan lakukannya secara pertumpahan darah dan tujahan pedang. 142 00:12:24,097 --> 00:12:27,642 Namun, kemusnahan Enryaku-ji akan kembali menghantuinya. 143 00:12:30,771 --> 00:12:35,901 Pertumpahan darah berterusan apabila Nobunaga menyerang lebih banyak kubu, 144 00:12:35,984 --> 00:12:38,528 dan membunuh lebih ramai penganut Buddha. 145 00:12:40,030 --> 00:12:44,534 Tindakan ini membangkitkan kemarahan para hulubalang lain, iaitu daimyo, 146 00:12:44,618 --> 00:12:46,870 dan Nobunaga menjurus ke arah percanggahan. 147 00:12:46,953 --> 00:12:50,123 dengan musuh yang paling berkuasa dan menggerunkan. 148 00:12:54,878 --> 00:12:57,339 Bukan hanya pertubuhan Buddha 149 00:12:57,422 --> 00:13:01,259 yang terkejut dengan tindakan Nobunaga di Gunung Hiei. 150 00:13:01,343 --> 00:13:04,888 Ramai daimyo kini mula yakin bahawa 151 00:13:04,971 --> 00:13:08,934 Nobunaga adalah pemerintah zalim yang perlu digulingkan. 152 00:13:09,976 --> 00:13:14,940 Namun, hanya beberapa orang yang ada sumber untuk berbuat begitu. 153 00:13:17,275 --> 00:13:18,985 Salah seorangnya mampu, 154 00:13:19,069 --> 00:13:21,404 dan namanya Takeda Shingen. 155 00:13:25,575 --> 00:13:30,247 Takeda Shingen ialah daimyo dari Wilayah Kai di Jepun Tengah. 156 00:13:31,915 --> 00:13:37,337 Dia dikenali sebagai komander tentera yang garang. 157 00:13:38,922 --> 00:13:41,633 Dia terkenal dengan gelaran Harimau Kai, 158 00:13:41,716 --> 00:13:45,470 dan dia antara orang yang terakhir yang mempunyai kedudukan 159 00:13:45,554 --> 00:13:48,807 untuk menyekat kemaraan Nobunaga ke seluruh Jepun. 160 00:13:48,890 --> 00:13:50,392 Reputasinya amat rumit. 161 00:13:50,475 --> 00:13:53,603 Dari satu sudut, dia seorang yang amat ganas. 162 00:13:53,687 --> 00:13:57,107 Hukuman bagi jenayah tertentu adalah rebus hidup-hidup. 163 00:13:58,608 --> 00:14:01,903 Pada masa sama, dia seorang sami Buddha yang ditahbiskan. 164 00:14:02,988 --> 00:14:06,533 Slogan yang berkaitan dengannya merujuk kepada salah satu  165 00:14:06,616 --> 00:14:10,120 pujangga Buddha, "Di bawah syurga, hanya saya yang layak dihormati," 166 00:14:10,203 --> 00:14:14,165 dan Shingen mengubahsuainya. "Hanya saya yang layak ditakuti." 167 00:14:16,293 --> 00:14:22,173 Daimyo lain mengakui Takeda Shingen adalah ancaman yang amat penting 168 00:14:23,216 --> 00:14:27,637 dan dia merupakan ketua tentera yang menggerunkan. 169 00:14:27,721 --> 00:14:30,390 Apa yang berlaku ialah 170 00:14:30,473 --> 00:14:34,769 Shingen tahu Nobunaga adalah ancaman besar dan sebaliknya. 171 00:14:37,314 --> 00:14:39,983 Selepas kemusnahan Enryaku-ji, 172 00:14:40,066 --> 00:14:44,237 Takeda Shingen memutuskan bahawa dia perlu menyerang Nobunaga. 173 00:14:45,113 --> 00:14:48,325 Dia mulakan dengan percubaan menghapuskan 174 00:14:48,408 --> 00:14:51,202 sekutu Nobunaga, Tokugawa Ieyasu. 175 00:14:53,955 --> 00:14:56,708 Ieyasu berkhidmat untuk Nobunaga sejak Peperangan Okehazama 176 00:14:56,791 --> 00:15:00,211 dan kini antara jeneral dan penasihatnya yang paling dipercayai. 177 00:15:03,506 --> 00:15:06,384 Tapi tanah Ieyasu terletak di timur Nobunaga 178 00:15:06,468 --> 00:15:09,596 dan selatan Shingen, jadi dia di antara mereka berdua. 179 00:15:09,679 --> 00:15:13,975 Kini, Shingen akan serang Ieyasu dahulu dan kemudian menyerang Nobunaga. 180 00:15:15,936 --> 00:15:20,065 Inilah langkah pertama untuk pencerobohan menuju ke Kyoto  181 00:15:20,148 --> 00:15:22,984 untuk singkirkan Nobunaga dari Kyoto itu sendiri, 182 00:15:23,068 --> 00:15:26,613 supaya Shingen boleh menjadi pembesar baru Kota Diraja. 183 00:15:31,117 --> 00:15:33,912 Ini situasi yang berbahaya bagi Ieyasu, 184 00:15:33,995 --> 00:15:37,332 kerana ketika ini dia tahu askar musuh lebih ramai, 185 00:15:37,415 --> 00:15:39,918 dia berdepan jeneral yang menggerunkan. 186 00:15:40,001 --> 00:15:44,047 Tapi dia ada satu kelebihan, iaitu hubungannya dengan Oda Nobunaga. 187 00:15:44,130 --> 00:15:47,801 Dia boleh hubungi sekutu kuatnya dan minta bantuan. 188 00:15:56,226 --> 00:15:59,437 Tapi Nobunaga ketika itu terbabit dalam peperangan  189 00:15:59,521 --> 00:16:02,065 di Jepun Tengah menentang pertubuhan Buddha. 190 00:16:02,148 --> 00:16:04,651 Kebanyakan tenteranya sibuk dengan hal lain. 191 00:16:04,734 --> 00:16:10,198 Dia hantar pasukan kecil iaitu 3,000 orang komander bawahan untuk membantu Ieyasu. 192 00:16:12,826 --> 00:16:15,412 Ini pertaruhan berbahaya bagi Nobunaga. 193 00:16:15,495 --> 00:16:19,833 Jika Ieyasu tumbang, wilayah Nobunaga sendiri iaitu Owari, 194 00:16:19,916 --> 00:16:21,543 mungkin sasaran seterusnya. 195 00:16:21,626 --> 00:16:24,754 Tapi ia satu pertaruhan yang saya rasa dia perlu buat. 196 00:16:24,838 --> 00:16:26,673 Terlalu banyak peperangan lain. 197 00:16:30,552 --> 00:16:34,014 Kini, Takeda Shingen ada sekitar 35,000 orang askar. 198 00:16:36,141 --> 00:16:38,977 Ieyasu ada sekitar 8,000 orang askar… 199 00:16:43,231 --> 00:16:45,567 Kita bersemuka dengan mereka di padang. 200 00:16:46,151 --> 00:16:49,404 Kita lawan Takeda dan musnahkan mereka! Tiada kelemahan! 201 00:16:50,655 --> 00:16:53,742 Namun, dia masih mahu bertemu Shingen di padang. 202 00:16:54,909 --> 00:16:57,245 Sebab utama dia pilih untuk lakukannya 203 00:16:57,328 --> 00:17:01,958 adalah kerana dia yakin, kekuatan perlu ditunjukkan demi negeri lindungannya. 204 00:17:02,042 --> 00:17:05,545 Kesetiaan seorang samurai ketika ini ibarat jalan dua hala. 205 00:17:05,628 --> 00:17:08,506 Mereka setia kepada pemenang yang boleh lindungi mereka. 206 00:17:08,590 --> 00:17:13,553 Sedangkan pembesar yang tak mampu lindungi wilayahnya daripada dirompak tentera lain, 207 00:17:13,636 --> 00:17:14,929 layakkah dia diikuti? 208 00:17:18,767 --> 00:17:21,644 JEPUN 1573 209 00:17:21,728 --> 00:17:24,522 25 Januari, 1573. 210 00:17:25,356 --> 00:17:28,735 Ieyasu tak mengendahkan arahan komandernya untuk berundur. 211 00:17:29,527 --> 00:17:32,280 Dia kerah askarnya bersemuka dengan Shingen. 212 00:17:33,031 --> 00:17:37,786 Nisbah musuh ialah tiga kepada satu. Pun begitu, Ieyasu menyerang. 213 00:17:39,621 --> 00:17:43,041 Dalam beberapa jam, taktik dan bilangan askar Shingen yang lebih hebat 214 00:17:43,124 --> 00:17:45,668 memusnahkan tentera Ieyasu. 215 00:17:45,752 --> 00:17:47,003 Hampir gila dek hiba, 216 00:17:47,087 --> 00:17:51,257 Ieyasu terus bertarung dan terpaksa diheret ke tempat selamat. 217 00:18:06,231 --> 00:18:09,359 Ini satu kekalahan yang menundukkan Tokugawa Ieyasu. 218 00:18:09,442 --> 00:18:11,945 Dia cuba menentang tentera yang lebih kuat, 219 00:18:12,028 --> 00:18:16,032 seperti mana sekutunya, Nobunaga pernah lakukan, namun tewas mutlak. 220 00:18:21,121 --> 00:18:26,459 Kekalahan itu sangat melemahkan Ieyasu, di samping hakikat yang tahun depannya, 221 00:18:26,543 --> 00:18:28,294 tentera Takeda kembali  222 00:18:28,378 --> 00:18:32,173 dan merampas beberapa istananya, dan dia tak mampu menghalangnya. 223 00:18:32,257 --> 00:18:35,009 Dia langsung tak kerahkan tenteranya. 224 00:18:39,556 --> 00:18:43,351 Takeda Shingen benar-benar menjerut Ieyasu, 225 00:18:43,434 --> 00:18:47,021 dan jika dia benar-benar mahu menumpaskannya, dia boleh. 226 00:18:48,314 --> 00:18:53,027 Tapi pada awal dekad itu,  227 00:18:53,111 --> 00:18:58,408 di tengah-tengah kejayaan hebat yang sedang Shingen nikmati, dia meninggal. 228 00:19:00,910 --> 00:19:05,039 Ramai bersetuju dia meninggal akibat kanser hati. 229 00:19:05,123 --> 00:19:09,210 Pengakhirannya yang mendadak bagi seorang hulubalang yang terbilang. 230 00:19:11,671 --> 00:19:14,632 Sebelum kematiannya, dia arahkan pengikut seniornya 231 00:19:14,716 --> 00:19:17,552 agar merahsiakannya selama tiga tahun… 232 00:19:24,309 --> 00:19:29,606 supaya pewarisnya, Takeda Katsuyori,  dapat menggabungkan kuasanya di Kai 233 00:19:29,689 --> 00:19:35,111 dan pengikut bawahannya, sebelum memulakan sebarang operasi. 234 00:19:41,201 --> 00:19:44,537 Takeda Katsuyori ialah jeneral yang handal. 235 00:19:44,621 --> 00:19:47,248 Dia bertarung dengan berani dalam peperangan. 236 00:19:47,332 --> 00:19:51,836 Masalah terbesarnya ialah mendapatkan sokongan jeneral senior ayahnya. 237 00:19:53,046 --> 00:19:57,342 Mereka adalah pengawal lama Shingen, yang bersama sepanjang hidupnya. 238 00:19:58,301 --> 00:20:01,679 Dia bersaing rapat dengan kenangan ayahnya. 239 00:20:03,848 --> 00:20:06,601 Ayahnya ialah seorang yang amat berpengaruh. 240 00:20:15,568 --> 00:20:19,697 Tak semua pengikut ayahnya mempercayainya. Ibu Katsuyori ialah 241 00:20:19,781 --> 00:20:24,118 salah seorang daripada wanita yang Shingen paksa menjadi gundik. 242 00:20:24,202 --> 00:20:26,913 Jadi, ramai pengikut Takeda tak percayakan Katsuyori. 243 00:20:26,996 --> 00:20:28,790 Mereka fikir, "Dia anak luar nikah. 244 00:20:28,873 --> 00:20:31,209 Dia anak hasil dari hubungan luar nikah 245 00:20:31,292 --> 00:20:34,504 dan ada kemungkinan dia tak setia kepada perjuangannya. 246 00:20:38,383 --> 00:20:42,387 Ketika Takeda Katsuyori cuba menjadi ketua puak Takeda… 247 00:20:45,098 --> 00:20:48,059 dia terima surat tak dijangka, tapi menggembirakan. 248 00:20:48,559 --> 00:20:53,189 Surat itu datang daripada isteri musuh terhebatnya, Tokugawa Ieyasu. 249 00:20:55,566 --> 00:20:57,944 Dan ia seperti sukar untuk dipercayai. 250 00:21:02,615 --> 00:21:05,910 Cik Puan Tsukiyama menghantar surat secara rahsia 251 00:21:05,994 --> 00:21:11,082 kepada ketua musuh Ieyasu, iaitu Takeda Katsuyori. 252 00:21:12,709 --> 00:21:17,130 Cik Puan Tsukiyama dan Tokugawa Ieyasu berkahwin ketika mereka kecil, 253 00:21:17,213 --> 00:21:19,549 sekitar umur 14 atau 15 tahun. 254 00:21:19,632 --> 00:21:22,051 Ia perkahwinan yang diatur untuk berdamai. 255 00:21:25,221 --> 00:21:27,640 Oleh kerana ini perkahwinan yang diatur, 256 00:21:27,724 --> 00:21:30,226 hubungan mereka tak pernah baik. 257 00:21:34,605 --> 00:21:39,152 Mereka hidup bersama selama 13 tahun dan mereka ada anak lelaki. 258 00:21:40,445 --> 00:21:45,241 Cik Puan Tsukiyama sangat sombong, cemburu, ganas, 259 00:21:45,325 --> 00:21:47,994 panas baran, dan sukar didekati. 260 00:21:48,870 --> 00:21:54,250 Ieyasu mula mengambil gundik, kemudian gundiknya bertambah. 261 00:21:55,793 --> 00:21:59,756 Ieyasu semestinya lebih suka bersama dengan gundik-gundiknya. 262 00:22:01,382 --> 00:22:04,844 Semua lelaki berkuasa pada zaman itu mempunyai gundik, 263 00:22:04,927 --> 00:22:08,973 tapi kita tahu Cik Puan Tsukiyama bersifat cemburu, 264 00:22:09,057 --> 00:22:12,185 jadi, barangkali dia cemburu 265 00:22:12,268 --> 00:22:15,688 kerana Ieyasu mempunyai sekitar 19 ke 20 orang gundik. 266 00:22:16,814 --> 00:22:19,859 Jadi, dia merasakan, situasinya tidak adil. 267 00:22:29,827 --> 00:22:35,875 Dalam surat itu, dia kata dia sanggup khianati Ieyasu dan Oda Nobunaga, 268 00:22:35,958 --> 00:22:37,335 dan sebagai pertukaran… 269 00:22:38,628 --> 00:22:42,507 bolehkah Katsuyori beri perlindungan dan tanah kepada anaknya 270 00:22:42,590 --> 00:22:46,844 dan bolehkah dia diberikan seorang suami dari kalangan jeneral Katsuyori? 271 00:23:09,575 --> 00:23:14,831 Jadi Katsuyori mungkin fikir, "Inilah peluang untuk hapuskan Ieyasu." 272 00:23:16,624 --> 00:23:21,546 Ini akan mengukuhkan kedudukannya sebagai ketua keluarga Takeda yang baru. 273 00:23:23,047 --> 00:23:28,428 Ia juga akan membantunya mendapatkan sokongan padu daripada pengikutnya. 274 00:23:30,638 --> 00:23:34,517 Takeda Katsuyori menjawab dan berkata, "Tiada masalah." 275 00:23:34,600 --> 00:23:37,603 Dia namakan jeneral yang akan dikahwinkan dengannya. 276 00:23:50,533 --> 00:23:53,744 Katsuyori tak tunggu tiga tahun seperti arahan ayahnya, 277 00:23:53,828 --> 00:23:55,955 sebaliknya dia bertindak lebih awal. 278 00:23:56,038 --> 00:24:00,751 Ini akan membawa kepada pertembungan paling ikonik pada zaman Sengoku. 279 00:24:04,755 --> 00:24:09,844 Pada tahun 1575, Katsuyori membawa tenteranya dan mengikut laluan yang sama 280 00:24:09,927 --> 00:24:12,263 seperti ayahnya beberapa tahun dahulu. 281 00:24:14,223 --> 00:24:18,978 Bagi Ieyasu, sekali lagi, ini adalah pencerobohan ke atas kawasannya. 282 00:24:22,023 --> 00:24:24,275 Tokugawa Ieyasu sedar akan ancaman itu 283 00:24:24,358 --> 00:24:28,488 kerana dia menerima utusan yang memperincikan saiz askar Takeda, 284 00:24:28,571 --> 00:24:30,531 iaitu sekitar 15,000 orang askar. 285 00:24:31,782 --> 00:24:33,993 Jika dia tak dapat halang mereka, 286 00:24:34,577 --> 00:24:37,371 mereka mungkin akan menghapuskannya sepenuhnya. 287 00:24:39,832 --> 00:24:43,294 Ieyasu melihat situasi itu sebagai serius. 288 00:24:44,629 --> 00:24:47,173 Dan dia segera hantar mesej kepada Nobunaga. 289 00:24:47,965 --> 00:24:52,678 Ieyasu adalah sekutu yang kuat dan setia sepanjang hubungan mereka bersama. 290 00:24:53,262 --> 00:24:57,475 Dia pernah berlawan dalam peperangan di samping Nobunaga, 291 00:24:58,518 --> 00:25:00,728 dan ada kalanya, selamatkan Nobunaga. 292 00:25:16,827 --> 00:25:18,204 Dia beritahu Nobunaga… 293 00:25:19,038 --> 00:25:21,374 "Saya dah buat semua ini untuk kamu… 294 00:25:22,583 --> 00:25:27,588 jika kamu tak hantar bantuan, saya akan bertukar pihak. 295 00:25:27,672 --> 00:25:31,008 Dan bersama-sama Katsuyori, kami akan serang tanah kamu, 296 00:25:31,092 --> 00:25:34,178 rampas istana kamu dan kami akan tumpaskan kamu." 297 00:25:34,762 --> 00:25:38,266 Perkara yang dinyatakan kepada Nobunaga adalah agak drastik. 298 00:25:39,725 --> 00:25:42,478 Jika Nobunaga tewas, 299 00:25:42,562 --> 00:25:45,940 boleh dikatakan ia adalah kekalahan paling serius 300 00:25:46,023 --> 00:25:48,442 yang pernah dia alami hingga setakat ini. 301 00:25:48,526 --> 00:25:53,656 Ia juga bermakna sebarang perluasan ke timur akan terhenti sepenuhnya. 302 00:25:55,324 --> 00:26:00,413 Nobunaga juga bergantung kepada aura ketakutan ini, aura kebal ini. 303 00:26:00,496 --> 00:26:04,041 Jika dia mula mendapat reputasi sebagai lelaki yang boleh dikalahkan, 304 00:26:04,125 --> 00:26:08,004 ia boleh menjadi titik tolak bagi penentangan pemerintahannya. 305 00:26:12,383 --> 00:26:14,802 Ieyasu betul dan Nobunaga juga tahu. 306 00:26:15,511 --> 00:26:20,516 Dia hantar surat yang menjanjikan sokongan berserta sejumlah emas, 307 00:26:20,600 --> 00:26:24,395 mengumpulkan angkatan tenteranya dan pergi bertemu Ieyasu. 308 00:26:24,478 --> 00:26:25,938 JEPUN 1575 309 00:26:28,733 --> 00:26:30,776 Jun, 1575. 310 00:26:31,569 --> 00:26:34,530 Nobunaga dan Ieyasu bergabung tenaga 311 00:26:34,614 --> 00:26:37,617 dan mereka mara bersama untuk berdepan Katsuyori. 312 00:26:39,827 --> 00:26:44,624 Tentera Nobunaga dan Ieyasu berhenti di Dataran Shitaragahara, 313 00:26:44,707 --> 00:26:48,794 beberapa batu dari tempat Katsuyori dan tenteranya kini berkhemah. 314 00:26:50,546 --> 00:26:52,673 Kini, pada malam pertarungan, 315 00:26:52,757 --> 00:26:55,801 Nobunaga mula melaksanakan rancangan berani 316 00:26:55,885 --> 00:27:00,514 yang dia harap akan membantunya menewaskan tentera yang paling menggerunkan. 317 00:27:11,859 --> 00:27:15,404 Salah satu perkara menarik tentang Oda Nobunaga ialah,  318 00:27:15,488 --> 00:27:20,201 senang kata, dia akan kaji dahulu. Dia bersiap sedia sebelum berlawan. 319 00:27:21,619 --> 00:27:24,580 Dari segi ketenteraan, puak Takeda terkenal dengan kelajuan mereka 320 00:27:24,664 --> 00:27:26,874 dalam mengatur semula tentera mereka. 321 00:27:26,957 --> 00:27:32,421 Jika dibiarkan, mereka boleh gerakkan tentera mereka dengan cepat, ini sesuatu 322 00:27:32,505 --> 00:27:36,384 yang membahayakan jika tak bersedia menghadapinya di medan perang. 323 00:27:37,134 --> 00:27:41,472 Untuk cuba mematahkan serangan itu, Nobunaga membina pagar kubu 324 00:27:41,555 --> 00:27:44,141 yang dia harap akan memperlahankan musuh. 325 00:27:45,351 --> 00:27:50,481 Halangan-halangan ini diletak supaya apabila Takeda mara ke hadapan, 326 00:27:50,564 --> 00:27:52,566 pergerakan mereka akan terganggu. 327 00:27:52,650 --> 00:27:59,281 Tujuannya adalah untuk mengumpan Takeda ke dalam zon membunuh. 328 00:27:59,365 --> 00:28:03,160 Sebaik di situ, halangan ini akan mengganggu pergerakan mereka. 329 00:28:05,579 --> 00:28:10,209 Di situlah penembak Oda dan Tokugawa akan jalankan tugas mereka. 330 00:28:12,586 --> 00:28:17,341 Namun, salah satu kelemahan besar senapang lantak di zaman ini 331 00:28:17,425 --> 00:28:21,220 ialah masa mengisi semula peluru adalah terlalu lama, 332 00:28:21,303 --> 00:28:25,057 dan menurut keterangan tradisi, 333 00:28:25,141 --> 00:28:29,770 Nobunaga mencipta satu teknik hebat untuk mengurangkan tempoh isian semula itu, 334 00:28:30,354 --> 00:28:32,398 iaitu tiga tembakan serentak. 335 00:28:34,066 --> 00:28:40,322 Terdapat unit arquebus yang digabungkan dengan dua atau tiga pemanah. 336 00:28:41,157 --> 00:28:43,868 Sementara arquebus diisi semula, 337 00:28:43,951 --> 00:28:47,872 pemanah boleh melindungi mereka ketika masa henti itu. 338 00:28:47,955 --> 00:28:52,918 Dek kerana tembakan berperingkat itu, maka terhasillah kesan tembakan berputar. 339 00:28:54,587 --> 00:28:57,006 Dan di belakang penembak Nobunaga, 340 00:28:57,089 --> 00:29:03,637 terdapat askar yang memegang tombak untuk menumbangkan penunggang kuda, 341 00:29:03,721 --> 00:29:07,516 yang kemudiannya boleh diserang dengan pedang atau lembing. 342 00:29:08,684 --> 00:29:14,148 Tentera Oda sudah tiba. Jika kita serang dari arah ini, kita boleh menang. 343 00:29:15,065 --> 00:29:17,318 Taktik tipikal Takeda 344 00:29:17,401 --> 00:29:20,446 adalah untuk cuba menggerakkan lawan mereka, 345 00:29:20,529 --> 00:29:23,032 kepung dan tewaskan mereka dari semua arah. 346 00:29:24,200 --> 00:29:30,080 Katsuyori yakin dia boleh memenangi pertempuran ini, begitu juga pengikutnya. 347 00:29:30,164 --> 00:29:36,253 Mereka pernah berdepan dengan Tokugawa dan memperolehi kemenangan hebat. 348 00:29:38,756 --> 00:29:40,174 Pada malam pertempuran, 349 00:29:40,257 --> 00:29:43,636 masih boleh dikatakan, apa saja boleh berlaku. 350 00:29:45,888 --> 00:29:51,352 Kekalahan mungkin merosakkan imej Nobunaga di sekitar Jepun. 351 00:29:51,435 --> 00:29:54,355 Dia ada ramai musuh menjelang pertengahan 1570-an. 352 00:29:54,438 --> 00:29:59,318 jika dia tewas, ia boleh jadi titik tolak bagi penentangan pemerintahannya. 353 00:30:02,196 --> 00:30:04,573 Apabila kedua-dua pihak bertembung pada waktu pagi, 354 00:30:05,241 --> 00:30:10,704 ia akan menjadi antara peperangan yang paling penting dalam sejarah Jepun. 355 00:30:21,632 --> 00:30:24,009 Pada pagi pertempuran itu, Takeda mara 356 00:30:24,093 --> 00:30:28,472 dan mengambil posisi serangan di rabung yang berdepan dengan kedudukan Oda. 357 00:30:31,267 --> 00:30:34,770 Keadaan senyap sunyi, melainkan bunyi pergerakan kuda. 358 00:30:38,858 --> 00:30:42,111 Katsuyori nampak kedudukan Oda, tapi… 359 00:30:42,194 --> 00:30:46,574 pada ketika itu, dia kurang pasti apakah yang bakal dihadapinya. 360 00:30:52,079 --> 00:30:54,331 Semua dah sedia? Serang! 361 00:30:57,626 --> 00:30:59,628 Cuba bayangkan kamu askar Takeda, 362 00:30:59,712 --> 00:31:02,798 kamu nampak musuh di depan, kamu menyerang. 363 00:31:02,882 --> 00:31:04,508 Tembak! 364 00:31:06,385 --> 00:31:08,929 Kamu mula dibedil peluru senapang lantak. 365 00:31:13,058 --> 00:31:15,019 Kemudian anak panah berapi. 366 00:31:15,603 --> 00:31:16,729 Serang! 367 00:31:17,354 --> 00:31:21,609 Pemimpin kamu memberi semangat dan kamu tiba di halangan barisan pertama, 368 00:31:21,692 --> 00:31:24,778 dan ada pengadang yang perlu kamu elak. 369 00:31:25,362 --> 00:31:26,405 Sekarang! 370 00:31:27,615 --> 00:31:30,242 Sementara itu, tembakan semakin kuat. 371 00:31:30,326 --> 00:31:32,286 Anak panah mula mengenai sasaran. 372 00:31:32,369 --> 00:31:35,748 Rakan seperjuangan di kiri kanan kamu terkena tembakan. 373 00:31:36,624 --> 00:31:40,085 Satu-satunya cara untuk melaluinya ialah melepasi halangan 374 00:31:40,169 --> 00:31:43,255 dan bertempur dengan musuh secara berdepan-depan. 375 00:31:44,423 --> 00:31:45,382 Serang! 376 00:31:51,472 --> 00:31:54,016 Katsuyori asyik kerah askarnya ke depan. 377 00:31:54,642 --> 00:31:57,144 Selagi dia teruskan serangan berhadap itu, 378 00:31:57,227 --> 00:32:00,314 gerakan selubungnya masih berpeluang untuk berjaya. 379 00:32:03,943 --> 00:32:07,404 Terdapat peluru dan anak panah terbang di merata tempat. 380 00:32:08,697 --> 00:32:11,867 Asap mengaburi pandangan, dan memedihkan mata. 381 00:32:23,712 --> 00:32:28,217 Mereka dibedil dari tepi oleh serangan hebat 382 00:32:28,300 --> 00:32:31,428 daripada askar berjalan kaki Oda yang menyerbu mereka. 383 00:32:31,845 --> 00:32:34,556 Dengan lembing dan tombak mereka. 384 00:32:34,640 --> 00:32:36,892 Tentera Takeda diserang habis-habisan. 385 00:32:37,726 --> 00:32:41,689 Ini membuktikan bahawa rancangan Nobunaga adalah untuk menyedut  386 00:32:41,772 --> 00:32:44,191 dan menahan mereka dalam zon membunuh. 387 00:32:48,946 --> 00:32:53,909 Di ketika ini, Katsuyori enggan mengalah. Jadi dia hantar segerombolan askar lagi. 388 00:32:53,993 --> 00:32:59,206 Ini berlaku tiga, empat, lima kali, dan ia membinasakan tentera Takeda. 389 00:33:01,208 --> 00:33:02,668 Ia satu penyembelihan. 390 00:33:09,550 --> 00:33:10,718 Teruskan! 391 00:33:11,385 --> 00:33:15,806 Apabila hari semakin berlalu, semakin jelas buat pengikut puak Takeda, 392 00:33:15,889 --> 00:33:17,641 yang mereka takkan menang. 393 00:33:19,435 --> 00:33:22,312 Maka, ramai yang mula berpatah balik, 394 00:33:22,396 --> 00:33:23,397 untuk berundur, 395 00:33:23,480 --> 00:33:28,569 dan inilah saat paling bahaya dalam sebarang sejarah pertarungan manusia, 396 00:33:28,652 --> 00:33:32,197 kerana apabila satu pihak berpaling dan mula melarikan diri, 397 00:33:32,281 --> 00:33:34,742 ketika itulah pembunuhan sebenar bermula. 398 00:33:36,243 --> 00:33:40,456 Tentulah Katsuyori tak mahu berundur. Dia komited untuk lawan atau mati. 399 00:33:41,498 --> 00:33:43,250 Apabila tenteranya gugur, 400 00:33:43,333 --> 00:33:44,418 Serang! 401 00:33:44,501 --> 00:33:48,797 komander bawahannya merayu supaya dia lari, 402 00:33:48,881 --> 00:33:53,427 hinggalah salah seorangnya meletakkan dia di atas kuda, mengasaknya ke utara, 403 00:33:54,219 --> 00:34:00,559 dan Katsuyori dapat kembali ke tanahnya dengan segelintir angkatannya. 404 00:34:05,105 --> 00:34:06,940 Sepanjang pertarungan tersebut, 405 00:34:07,024 --> 00:34:12,321 seramai 10,000 orang askar Katsuyori maut di medan perang. 406 00:34:12,404 --> 00:34:14,656 Ramai pemimpin Takeda… 407 00:34:16,200 --> 00:34:19,536 jeneral yang telah lama berkhidmat untuk Shingen, 408 00:34:19,620 --> 00:34:23,499 terbujur kaku bersama askar mereka. 409 00:34:28,796 --> 00:34:34,051 Nagashino sering dilihat sebagai  titik perubahan dalam sejarah dunia 410 00:34:34,134 --> 00:34:40,099 kerana teknik tembakan berputar serentak Nobunaga. 411 00:34:41,433 --> 00:34:47,856 Apa yang mengagumkan ialah susun atur Nobunaga untuk membangunkan rancangan ini, 412 00:34:48,524 --> 00:34:52,945 untuk menggunakan halangan dengan cara tentera moden hari ini berlatih, 413 00:34:53,654 --> 00:34:56,490 dan menyatukan semua ini dalam satu rancangan 414 00:34:56,573 --> 00:34:59,493 yang direka untuk melenyapkan musuhnya. 415 00:35:03,205 --> 00:35:08,836 Pertarungan Nagashino adalah kejayaan besar buat Nobunaga dan Ieyasu 416 00:35:08,919 --> 00:35:13,132 kerana ia menghentam teruk 417 00:35:14,133 --> 00:35:17,761 salah satu daripada tiga daimyo utama di timur yang masih ada, 418 00:35:17,845 --> 00:35:23,475 dan yang paling hampir dengan kawasan Nobunaga. 419 00:35:25,269 --> 00:35:29,565 Katsuyori mengalami trauma psikologi yang mendalam akibat kejadian ini… 420 00:35:29,648 --> 00:35:30,858 Pergi sekarang. 421 00:35:32,484 --> 00:35:34,695 …hinggakan inilah kali terakhir 422 00:35:34,778 --> 00:35:38,365 dia keluar dari kawasan sendiri bersama angkatan tenteranya. 423 00:35:40,784 --> 00:35:44,037 Ia ambil masa beberapa tahun lagi untuk hapuskan Takeda, 424 00:35:44,121 --> 00:35:47,499 tapi boleh dikatakan, petandanya agak jelas. 425 00:35:47,583 --> 00:35:53,714 Mereka tidak lagi dapat mengancam Nobunaga selepas kejadian di Nagashino. 426 00:36:00,220 --> 00:36:03,599 Namun, walaupun ini adalah kemenangan besar untuk Ieyasu, 427 00:36:03,891 --> 00:36:07,686 kejayaannya tergugat apabila dia mengetahui isterinya, Tsukiyama, 428 00:36:07,769 --> 00:36:09,438 merancang untuk khianatinya. 429 00:36:25,287 --> 00:36:27,164 Surat-surat ini telah ditemui. 430 00:36:28,040 --> 00:36:32,961 Khabarnya, Nobunaga telah letakkan beberapa pengintip di kediaman Ieyasu. 431 00:36:33,045 --> 00:36:38,091 Ini boleh dipercayai. Semua kediaman ada pengintip, baik kawan mahupun musuh. 432 00:36:38,175 --> 00:36:41,261 Dan pembantu Cik Puan Tsukiyama dikatakan 433 00:36:41,345 --> 00:36:45,682 telah menjumpai surat tersebut dan menyerahkannya kepada Oda Nobunaga. 434 00:36:49,311 --> 00:36:54,608 Tak banyak bukti yang ada dan ia lebih kepada spekulasi, 435 00:36:54,691 --> 00:36:57,236 tapi mereka tak boleh abaikan isu ini. 436 00:36:57,319 --> 00:37:02,157 Oleh itu, Nobunaga mengarahkan Ieyasu untuk cari jalan penyelesaian. 437 00:37:02,783 --> 00:37:03,659 Pergi. 438 00:37:12,793 --> 00:37:15,712 Tokugawa Ieyasu perlu hapuskan Cik Puan Tsukiyama. 439 00:37:15,796 --> 00:37:16,964 Lepaskan saya! 440 00:37:17,839 --> 00:37:18,757 Lepaskan saya! 441 00:37:18,840 --> 00:37:20,968 Jadi Ieyasu putuskan untuk usir dia. 442 00:37:21,051 --> 00:37:25,430 Tapi jika dia masih hidup, mungkin dia akan buat lebih lagi. 443 00:37:49,454 --> 00:37:51,164 Ieyasu fikir lebih dari itu. 444 00:37:51,248 --> 00:37:54,543 Ieyasu mengesyaki anaknya mungkin akan cuba buat apa yang 445 00:37:54,626 --> 00:37:59,339 anak yang dihormati dan taat patut buat untuk balas dendam bagi ibunya. 446 00:37:59,423 --> 00:38:02,884 Jadi dia arahkan anaknya ditahan di dalam rumah. 447 00:38:06,763 --> 00:38:10,100 Namun, setelah digesa oleh Nobunaga, 448 00:38:10,183 --> 00:38:14,938 Ieyasu disuruh untuk memaksa anaknya bunuh diri. 449 00:38:17,357 --> 00:38:20,736 Pada masa ini, Nobunaga ialah seorang hulubalang yang kuat 450 00:38:20,819 --> 00:38:22,612 dan Ieyasu terpaksa akur. 451 00:38:22,696 --> 00:38:26,825 Ieyasu juga perlu kekalkan perikatan itu. Ia sangat penting. 452 00:38:26,908 --> 00:38:29,661 Jadi, walau apa pun yang dia fikir, 453 00:38:29,745 --> 00:38:34,166 jika Nobunaga mengarahkannya untuk bunuh anaknya sendiri, dia terpaksa buat. 454 00:38:37,753 --> 00:38:41,173 Ia perkara paling dahsyat yang dia diminta untuk lakukan, 455 00:38:41,256 --> 00:38:44,718 dan ia memberi kesan kepada hubungannya dengan Nobunaga 456 00:38:44,801 --> 00:38:47,179 buat sepanjang hidup mereka bersama. 457 00:38:51,683 --> 00:38:56,480 Kemenangan di Nagashino menjadikan Nobunaga hulubalang paling berkuasa.  458 00:39:00,442 --> 00:39:03,653 Sebahagian besar Jepun Tengah kini di bawah kawalannya. 459 00:39:06,323 --> 00:39:10,994 Impiannya untuk menyatukan seluruh negara di bawah panjinya kini makin hampir. 460 00:39:12,788 --> 00:39:14,539 Tapi ia perlukan pengorbanan. 461 00:39:14,623 --> 00:39:19,336 Nobunaga semakin paranoid dan dia nampak musuh di mana-mana. 462 00:39:23,423 --> 00:39:25,717 Pengkhianatan oleh Cik Puan Tsukiyama 463 00:39:25,801 --> 00:39:31,848 hanya menambahkan ketakutan Nobunaga terhadap musuh di sekelilingnya, 464 00:39:31,932 --> 00:39:37,687 sehinggakan dia merasa paranoid yang semua orang mahu membunuhnya. 465 00:39:40,148 --> 00:39:45,195 Letakkan diri anda di tempat Nobunaga sebaik saja dia sedar akan hal ini. 466 00:39:52,119 --> 00:39:56,498 Sesiapa yang bercucuk tanam, sesiapa yang berjalan di jalanan, 467 00:39:56,581 --> 00:40:02,170 mana-mana pembantu rumah yang berkhidmat untuknya boleh meracun minumannya. 468 00:40:02,254 --> 00:40:06,925 Ia membuatkan seseorang jadi serius apabila memikirkan dirinya tak selamat. 469 00:40:10,512 --> 00:40:14,599 Malah, terdapat beberapa cubaan untuk membunuh Nobunaga. 470 00:40:15,809 --> 00:40:19,229 Cubaan membunuh itu datang dari wilayah Iga. 471 00:40:20,313 --> 00:40:24,067 Dan Wilayah Iga adalah antara wilayah terkecil di Sengoku Jepun. 472 00:40:27,237 --> 00:40:31,950 Selama 150 tahun, rakyatnya telah menjaga diri mereka sendiri, 473 00:40:32,033 --> 00:40:36,288 dan menghalang sebarang pencerobohan ke atas kawasan mereka. 474 00:40:38,331 --> 00:40:39,749 Apabila berlawan, 475 00:40:39,833 --> 00:40:44,963 mereka bergabung dalam komuniti sendiri ibarat sebuah tentera gerila. 476 00:40:45,589 --> 00:40:51,219 Oleh itu, mereka telah menyerbu talian komunikasi Nobunaga selama beberapa tahun. 477 00:40:51,303 --> 00:40:56,349 Mereka sangat mahir dalam teknik peperangan yang tak teratur, 478 00:40:56,433 --> 00:41:01,354 maka inilah yang membawa kepada kemunculan legenda ninja Iga. 479 00:41:03,106 --> 00:41:07,360 Terbukti bahawa mereka ibarat duri dalam daging buat Oda Nobunaga. 480 00:41:08,778 --> 00:41:11,948 Mereka perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun. 481 00:41:12,032 --> 00:41:14,784 Nobunaga tak boleh benarkan mereka wujud, 482 00:41:15,535 --> 00:41:20,040 demi reputasi dan keselamatannya sendiri. 483 00:41:22,918 --> 00:41:25,337 Sepatutnya ia mudah saja, 484 00:41:26,046 --> 00:41:29,841 tapi rupanya ia salah satu kempen yang paling ganas dan berdarah 485 00:41:29,925 --> 00:41:31,718 dalam kerjaya Nobunaga. 486 00:42:03,291 --> 00:42:05,126 Terjemahan sari kata oleh Najaa