1 00:00:06,027 --> 00:00:07,987 SEBUAH SIRI ASLI NETLIX 2 00:00:49,111 --> 00:00:54,450 Selepas lebih seabad perang saudara, Toyotomi Hideyoshi telah menyatukan Jepun. 3 00:00:55,284 --> 00:00:59,663 Pesaingnya sama ada telah bersumpah setia atau mereka telah dimusnahkan. 4 00:01:00,498 --> 00:01:02,500 Di sebalik keamanan baru ini, 5 00:01:02,583 --> 00:01:05,961 Hideyoshi kini mengimpikan satu rancangan berani dan pelik 6 00:01:06,045 --> 00:01:09,298 untuk menjadikan dirinya lelaki paling berkuasa di Asia. 7 00:01:12,635 --> 00:01:16,097 JEPUN 1590 8 00:01:16,847 --> 00:01:19,475 Jepun sudah sekian lama berperang, 9 00:01:19,558 --> 00:01:24,313 ketika ini kita bercakap tentang beberapa generasi yang hanya tahu berperang. 10 00:01:25,481 --> 00:01:28,025 Sungai Jepun mengalir dengan darah. 11 00:01:30,319 --> 00:01:33,197 Tanah lapang dipenuhi lopak berdarah. 12 00:01:35,366 --> 00:01:39,120 Hideyoshilah yang menamatkan mimpi ngeri ini buat Jepun. 13 00:01:41,413 --> 00:01:42,748 Dia menyatukan negara, 14 00:01:42,832 --> 00:01:44,625 dia menamatkan perang saudara, 15 00:01:44,708 --> 00:01:48,504 dia telah mencipta seakan keseimbangan politik yang stabil, 16 00:01:49,171 --> 00:01:51,382 tapi masyarakat ini ramai samurai, 17 00:01:51,465 --> 00:01:54,468 dan ramai daimyo yang hanya tahu berperang. 18 00:02:04,728 --> 00:02:08,774 Persoalannya, "Apa nak buat dengan ketumbukan tentera yang besar ini 19 00:02:08,858 --> 00:02:11,193 kerana kini tiada apa lagi nak dibuat." 20 00:02:12,862 --> 00:02:17,825 Jadi, kebimbangan ini meningkatkan lagi keangkuhannya. 21 00:02:17,908 --> 00:02:20,578 Ini lelaki yang asalnya tak punya apa-apa 22 00:02:20,661 --> 00:02:24,165 dan berjaya sampai ke kemuncak kuasa di Jepun. 23 00:02:25,332 --> 00:02:27,668 dan dia fikir dia takkan buat silap. 24 00:02:32,965 --> 00:02:37,178 Jadi dia merancang untuk menakluki China. 25 00:02:43,517 --> 00:02:47,771 Bagi Jepun, China adalah seperti penanda aras sesebuah ketamadunan. 26 00:02:47,855 --> 00:02:53,444 Ia mewakili pusat dunia dan ia negara yang sering pandang rendah terhadap Jepun, 27 00:02:53,527 --> 00:02:57,031 jadi jika dia dapat takluki China, dialah hulubalang terhebat dalam sejarah. 28 00:02:58,032 --> 00:02:59,158 Sediakan tentera. 29 00:03:01,785 --> 00:03:05,414 Dan saya rasa, dari pelbagai aspek, serangannya terhadap China 30 00:03:05,497 --> 00:03:08,500 ialah satu tindakan untuk menjaga maruah, 31 00:03:09,168 --> 00:03:12,129 seperti mana kita lihat pada Napoleon Bonaparte 32 00:03:12,213 --> 00:03:13,464 atau Alexander Agung, 33 00:03:13,547 --> 00:03:17,551 yang membina empayar mereka kerana mahu mengukir nama dalam sejarah. 34 00:03:18,928 --> 00:03:22,723 Ini peluangnya untuk jadi bukan saja orang yang menyatukan Jepun, 35 00:03:22,806 --> 00:03:26,435 bahkan orang yang membawa tenteranya merentas lautan. 36 00:03:30,898 --> 00:03:35,527 Ramai yang menentang rancangan Hideyoshi untuk menyerang China. 37 00:03:38,572 --> 00:03:40,741 Salah seorang ialah isterinya, Nene. 38 00:03:40,824 --> 00:03:42,618 CIK PUAN NENE 39 00:03:42,701 --> 00:03:44,578 Dia sangat bijak, 40 00:03:45,579 --> 00:03:46,830 sangat berwawasan. 41 00:03:47,790 --> 00:03:49,041 Berpendirian teguh, 42 00:03:49,625 --> 00:03:52,920 dan dia orang paling penting dalam hidup Hideyoshi. 43 00:03:54,546 --> 00:03:57,675 Dia libatkan Nene dalam setiap keputusan yang dibuat. 44 00:04:00,803 --> 00:04:03,681 Dia menolak ideanya tentang serangan ini. 45 00:04:04,306 --> 00:04:07,768 "Ia terlalu sukar. Kemungkinan besar jika ia gagal, 46 00:04:07,851 --> 00:04:10,229 semua yang telah dibina di Jepun akan musnah." 47 00:04:12,231 --> 00:04:16,986 Nene nampak bencana yang akan menimpa akibat serangan ini. 48 00:04:17,069 --> 00:04:21,699 Dia takut dan dia cuba sedaya upaya untuk menghalang Hideyoshi. 49 00:04:28,539 --> 00:04:29,832 Walau apa Nene kata, 50 00:04:29,915 --> 00:04:33,752 Hideyoshi nekad untuk teruskan rancangannya. 51 00:04:34,837 --> 00:04:38,132 Tiada siapa dapat halang Hideyoshi. 52 00:04:42,344 --> 00:04:45,222 Hideyoshi sedar bahawa untuk ke China, 53 00:04:45,306 --> 00:04:47,099 dia perlu melalui Korea. 54 00:04:50,519 --> 00:04:54,356 Ia satu mimpi ngeri bagi Jepun dari segi logistik 55 00:04:54,440 --> 00:04:58,694 untuk bawa tentera ke sana, beri makan, beri senjata, dan jaga mereka, 56 00:04:58,777 --> 00:05:02,489 untuk bina markas bagi memulakan perjalanan ke Semenanjung Korea 57 00:05:02,573 --> 00:05:05,242 untuk akhirnya mengalahkan China. 58 00:05:11,040 --> 00:05:14,793 Jadi dia menulis surat kepada Korea untuk meminta laluan. 59 00:05:37,566 --> 00:05:42,279 Perunding utama pihak Jepun ialah Konishi Yukinaga. 60 00:05:44,907 --> 00:05:49,536 Dia diberi kebenaran oleh Hideyoshi untuk menyampaikan permintaan Hideyoshi. 61 00:05:55,084 --> 00:05:58,170 Sejak berabad lamanya, hubungan Korea dan Jepun amat teruk. 62 00:05:58,670 --> 00:06:00,506 Jepun pernah menyerang Korea 63 00:06:00,589 --> 00:06:03,258 beratus tahun sebelumnya. Ia belum dilupakan. 64 00:06:14,978 --> 00:06:18,524 JEPUN 65 00:06:27,866 --> 00:06:29,493 Berani mereka ingkar! 66 00:06:31,703 --> 00:06:35,791 Korea takkan benarkan Hideyoshi merentas negara mereka untuk ke China. 67 00:06:35,874 --> 00:06:39,461 Sebahagiannya, ini kerana hubungan rapat Korea dengan China, 68 00:06:39,545 --> 00:06:43,715 dan mereka adalah negara penampan antara Jepun dan China. 69 00:06:43,799 --> 00:06:45,175 Ini tak boleh diterima. 70 00:06:45,759 --> 00:06:46,927 Berambus! 71 00:06:52,224 --> 00:06:53,559 Dalam minda Hideyoshi, 72 00:06:53,642 --> 00:06:57,229 ini bermaksud dia terpaksa menguasai Korea dahulu 73 00:06:57,312 --> 00:07:00,899 dan menghukum mereka kerana jawapan mereka yang angkuh itu. 74 00:07:04,361 --> 00:07:07,239 Kemudian beralih kepada hal lebih besar iaitu menguasai China. 75 00:07:07,322 --> 00:07:09,116 Cukup! Berambus! 76 00:07:13,287 --> 00:07:18,000 PULAU TSUSHIMA (BARAT JEPUN) 1592 77 00:07:21,879 --> 00:07:24,173 Usaha menyerang Korea adalah 78 00:07:24,256 --> 00:07:28,385 operasi ketenteraan paling kompleks dari segi teknikal dalam sejarah 79 00:07:28,469 --> 00:07:29,845 hingga ke saat itu. 80 00:07:33,515 --> 00:07:36,602 Hideyoshi akan bergantung kepada daimyo di barat 81 00:07:36,685 --> 00:07:38,562 kerana mereka paling hampir kepada Korea, 82 00:07:38,645 --> 00:07:42,941 jadi mereka boleh kumpulkan askar mereka dan bergerak ke sana lebih cepat. 83 00:07:44,568 --> 00:07:48,197 Daimyo barat adalah para pahlawan. Mereka adalah para pejuang. 84 00:07:48,280 --> 00:07:53,076 Idea untuk menakluki musuh tradisi yang dibenci, 85 00:07:53,160 --> 00:07:57,789 dan meluaskan pengaruh ke benua itu serta menguasai perdagangan antarabangsa, 86 00:07:57,873 --> 00:08:01,668 adalah menarik bagi para daimyo itu, sama seperti bagi Hideyoshi. 87 00:08:04,630 --> 00:08:09,760 Jadi, pada tahun 1592, dia arahkan salah satu pencerobohan terbesar di dunia 88 00:08:09,843 --> 00:08:13,680 pada ketika itu… dengan kira-kira 200,000 orang askar. 89 00:08:14,848 --> 00:08:19,645 Skala seperti ini tidak lagi disaksikan oleh dunia sehinggalah berlakunya D-Day. 90 00:08:22,940 --> 00:08:27,486 Tapi, Hideyoshi telah memandang rendah tahap kesukaran peperangan ini. 91 00:08:32,199 --> 00:08:34,826 Pada 13 April 1592, 92 00:08:35,536 --> 00:08:38,330 angkatan serangan pertama Toyotomi Hideyoshi 93 00:08:38,413 --> 00:08:42,543 berlayar menuju ke Pulau Tsushima di seberang Selat Korea. 94 00:08:44,503 --> 00:08:47,005 Mereka mendarat di selatan pelabuhan Busan, 95 00:08:47,089 --> 00:08:50,717 dan mengatasi pertahanan Korea dengan jumlah askar yang besar. 96 00:08:51,802 --> 00:08:54,263 Tentera Jepun kemudian mara ke darat, 97 00:08:54,346 --> 00:08:57,849 dan segera menguasai bandar utama iaitu Seoul dan Pyongyang, 98 00:08:57,933 --> 00:09:00,561 sebelum bergerak ke sempadan China. 99 00:09:20,789 --> 00:09:22,583 Perlu diingat, Jepun baru saja 100 00:09:22,666 --> 00:09:26,253 menamatkan peperangan yang berlanjutan selama 150 tahun. 101 00:09:26,336 --> 00:09:28,422 Benar, mereka hanya tahu berperang. 102 00:09:52,988 --> 00:09:57,242 Tentera Hideyoshi melakukan keganasan yang dahsyat di semenanjung Korea. 103 00:09:58,869 --> 00:10:03,415 Apabila menahan garison, mereka bunuh askar pertahanan yang menyerah kalah, 104 00:10:03,498 --> 00:10:08,795 mereka menyerang orang awam, tanpa membezakan orang awam atau askar. 105 00:10:16,970 --> 00:10:21,767 Perang Korea pada ketika itu adalah antara kekejaman yang tak pernah dijangka. 106 00:10:23,477 --> 00:10:28,023 Pihak Jepun melakukan kekejaman dahsyat seperti merogol, 107 00:10:28,106 --> 00:10:31,193 penyembelihan, penjarahan dan pengambilan hamba. 108 00:10:43,080 --> 00:10:46,166 Demi melawan arus keganasan yang melanda ini, 109 00:10:46,249 --> 00:10:49,127 pemberontakan bermula di hampir setiap wilayah 110 00:10:49,211 --> 00:10:54,675 apabila orang Korea yang setia bangkit untuk cuba mengusir mereka. 111 00:10:59,388 --> 00:11:03,558 Rakyat biasa Korea seperti petani, sami, orang biasa, 112 00:11:03,642 --> 00:11:06,645 membentuk apa yang dikenali sebagai Tentera Mulia. 113 00:11:06,728 --> 00:11:09,064 Ia adalah pasukan gerila kecil. 114 00:11:22,703 --> 00:11:27,541 Ketua gerila Korea yang paling terkenal ialah jeneral Gwak Jae-u. 115 00:11:31,920 --> 00:11:36,717 Tak lama selepas Jepun mendarat di Busan, Gwak menubuhkan tentera pertamanya. 116 00:11:39,553 --> 00:11:43,306 Dia sangat kaya dan terkenal kerana menjual banyak hartanya 117 00:11:43,390 --> 00:11:46,935 untuk membeli senjata bagi Pahlawan Mulianya. 118 00:11:53,358 --> 00:11:56,945 Dia telah menjadi seorang tokoh legenda di Korea. 119 00:11:57,028 --> 00:12:02,075 Dikatakan kot merahnya dicelup dengan darah haid anak-anak dara, 120 00:12:02,159 --> 00:12:06,121 kononnya supaya ia memberi perlindungan ajaib terhadap musuh. 121 00:12:11,084 --> 00:12:15,756 Objektif utama Gwak ialah menyerang dan memutuskan talian bekalan Jepun. 122 00:12:17,966 --> 00:12:21,845 Talian bekalan adalah unsur kelemahan utama bagi Jepun 123 00:12:21,928 --> 00:12:25,015 kerana ia perlu diperkuatkan dari Jepun sendiri, 124 00:12:25,098 --> 00:12:28,894 dan sebarang bekalan akan diangkut sepanjang perjalanan di Korea, 125 00:12:28,977 --> 00:12:31,980 di mana ia terdedah kepada serangan gerila. 126 00:12:38,195 --> 00:12:40,447 Salah satu serangan gerila utama yang pertama 127 00:12:40,530 --> 00:12:43,992 adalah menentang penempatan Jepun berdekatan Sungai Nam. 128 00:12:45,243 --> 00:12:51,082 Perisik perasan yang orang Jepun memacak kayu dalam sungai 129 00:12:51,166 --> 00:12:54,878 agar askar mereka tahu di mana selamat untuk menyeberang. 130 00:12:54,961 --> 00:12:56,296 SUNGAI NAM (KOREA) 1592 131 00:12:56,379 --> 00:12:59,841 Ia peluang yang baik untuk mengadakan serangan mengejut. 132 00:13:10,602 --> 00:13:13,063 Semasa Jepun mula mengharungi sungai, 133 00:13:13,939 --> 00:13:16,525 perisai berat mereka membebankan mereka. 134 00:13:20,028 --> 00:13:23,448 Biasanya, situasi pihak Korea tidak menguntungkan mereka. 135 00:13:23,532 --> 00:13:28,495 Tentera Jepun berpengalaman. Kebanyakan mereka ada perisai dan senjata lebih baik, 136 00:13:28,578 --> 00:13:31,832 tapi itu semua tak berguna jika cuba berlawan dalam air. 137 00:13:38,296 --> 00:13:41,967 Pada ketika itulah, Tentera Mulia memasang perangkap. 138 00:13:51,101 --> 00:13:56,106 Orang Korea melancarkan peluru dan panah menentang Jepun. 139 00:13:58,066 --> 00:14:00,485 Orang Jepun tak berdaya membalas. 140 00:14:16,918 --> 00:14:19,754 Setelah itu, berlakulah pembunuhan beramai-ramai… 141 00:14:24,718 --> 00:14:27,846 dan banyak mayat askar Jepun hanyut ke hilir. 142 00:14:38,648 --> 00:14:40,525 Peperangan merentasi Sungai Nam 143 00:14:40,609 --> 00:14:43,945 adalah kemenangan di darat pertama Korea dalam peperangan itu. 144 00:14:52,287 --> 00:14:54,748 Ia kemenangan besar buat Tentera Mulia, 145 00:14:54,831 --> 00:14:58,919 dan ia membuktikan, askar Jepun boleh kalah di darat. 146 00:15:02,130 --> 00:15:04,049 Ia beri mereka keyakinan tinggi 147 00:15:04,132 --> 00:15:08,845 yang mereka boleh menentang penjajah Jepun dan mengusir mereka keluar. 148 00:15:13,475 --> 00:15:15,852 Terilham oleh Tentera Mulia, 149 00:15:15,936 --> 00:15:20,482 rakyat biasa di rumah ladang mereka bangkit menentang penjajahan Jepun. 150 00:15:20,565 --> 00:15:22,943 Ini serangan gerila berskala penuh. 151 00:15:23,526 --> 00:15:26,571 Serangan malam, serangan api pada kem, 152 00:15:26,655 --> 00:15:31,368 apa saja yang mereka mampu buat dari segi kepintaran ketenteraan. 153 00:15:37,540 --> 00:15:42,295 Mereka menyerang, kemudian berundur. Mereka cuba menyukarkan kemaraan Jepun. 154 00:15:42,379 --> 00:15:44,130 Menyukarkan sehabis boleh 155 00:15:44,214 --> 00:15:48,134 bagi Jepun untuk kuasai kawasan lain mahupun kawal yang telah ditawan. 156 00:15:51,513 --> 00:15:56,393 Tak lama kemudian, talian bekalan dan bot Jepun diserang bertubi-tubi. 157 00:15:56,476 --> 00:16:00,313 Komunikasi antara tentera dan pergerakan bekalan dihalang. 158 00:16:00,397 --> 00:16:04,609 Skala serangan-serangan tak berkesudahan oleh Tentera Mulia 159 00:16:04,693 --> 00:16:07,696 mula menjatuhkan semangat tentera serangan Hideyoshi 160 00:16:07,779 --> 00:16:10,156 dan menghalang kemaraan mereka. 161 00:16:12,283 --> 00:16:16,871 Daimyo barat telah kekeringan sumber akibat peperangan di Korea. 162 00:16:16,955 --> 00:16:18,623 Mereka tinggal 50,000 orang. 163 00:16:18,707 --> 00:16:21,209 Mereka kehilangan dua pertiga angkatan mereka. 164 00:16:25,547 --> 00:16:27,298 Peperangan kian berlanjutan, 165 00:16:27,382 --> 00:16:31,052 Dinasti Ming dari China pula menghantar 50,000 askar ke Korea 166 00:16:31,136 --> 00:16:33,263 untuk mematahkan kemaraan Jepun. 167 00:16:34,014 --> 00:16:36,141 Walaupun banyak pertempuran epik, 168 00:16:36,266 --> 00:16:40,103 ini hanya membuntukan semua pihak yang cuba merebut tanah jajahan. 169 00:16:41,187 --> 00:16:42,313 Di Jepun, 170 00:16:42,397 --> 00:16:46,317 Hideyoshi mengeluarkan arahan tak menentu untuk maju ke China, 171 00:16:46,401 --> 00:16:48,903 tapi komandernya di Korea tak mampu… 172 00:16:49,696 --> 00:16:52,365 namun mereka tak berani menentang tuan mereka. 173 00:17:02,375 --> 00:17:04,502 Apabila melaporkan kembali ke Jepun, 174 00:17:04,586 --> 00:17:08,381 jeneral Hideyoshi sering cuba memberikan konotasi positif 175 00:17:08,465 --> 00:17:10,425 tentang keadaan di Korea. 176 00:17:18,475 --> 00:17:22,312 Hideyoshi ialah seorang diktator, 177 00:17:22,395 --> 00:17:25,482 jadi jika mereka buat dia marah… 178 00:17:25,565 --> 00:17:26,900 SEJARAWAN 179 00:17:26,983 --> 00:17:29,319 …nyawa mereka mungkin dalam bahaya. 180 00:17:29,903 --> 00:17:34,074 Oleh itu, pengikutnya tak melaporkan berita buruk, 181 00:17:34,157 --> 00:17:35,825 tapi hanya berita baik. 182 00:17:36,618 --> 00:17:42,165 Jadi, Hideyoshi tak tahu situasi sebenar di Korea. 183 00:17:44,000 --> 00:17:47,796 Sebarang berita buruk atau keinginan untuk menarik diri 184 00:17:47,879 --> 00:17:50,381 akan ditolak mentah-mentah oleh Hideyoshi. 185 00:17:50,465 --> 00:17:53,927 Maknanya, dia tak tahu sepenuhnya apa yang sedang berlaku. 186 00:17:54,010 --> 00:17:57,305 Dia tak faham skala sebenar bencana ini. 187 00:17:58,848 --> 00:18:00,725 Malah, ada bukti  188 00:18:00,809 --> 00:18:04,020 mengatakan Hideyoshi sangka dia hampir memenangi Korea. 189 00:18:05,105 --> 00:18:08,733 Apabila perhatiannya diperlukan untuk uruskan perang di Korea, 190 00:18:08,817 --> 00:18:11,444 Hideyoshi menjadi semakin hilang fokus 191 00:18:11,528 --> 00:18:13,488 dan obses dengan masalah lain. 192 00:18:16,449 --> 00:18:20,161 Hakikat bahawa Hideyoshi tiada pewaris sangat membimbangkannya. 193 00:18:21,538 --> 00:18:26,459 Mereka tiada anak dan dia impikan untuk membentuk sebuah dinasti baru di Jepun, 194 00:18:26,543 --> 00:18:31,339 di mana keluarga Toyotomi akan diteruskan ke generasi-generasi seterusnya. 195 00:18:32,882 --> 00:18:36,136 Hideyoshi berjaya mencipta sejarahnya sendiri, 196 00:18:36,219 --> 00:18:40,223 tapi tiada ciptaan yang dapat menyelesaikan masalah  197 00:18:40,306 --> 00:18:42,142 ketiadaan pewarisnya. 198 00:18:43,476 --> 00:18:46,104 Tanpa pewaris, dalam erti kata lain, 199 00:18:46,187 --> 00:18:48,022 segala legasinya akan terlerai, 200 00:18:48,106 --> 00:18:50,733 dan dia sedar yang ia semua akan terlerai. 201 00:18:55,822 --> 00:18:59,450 Pada masa ini, Nene sudah terlalu tua untuk melahirkan anak. 202 00:19:00,160 --> 00:19:04,497 Pada masa yang sama, Hideyoshi ada beratus-ratus gundik di Osaka. 203 00:19:04,914 --> 00:19:07,917 Salah seorang daripada mereka boleh melahirkan anak. 204 00:19:08,001 --> 00:19:12,338 Kemudian, orang itu, seorang anak lelaki, boleh menjadi pewaris Hideyoshi. 205 00:19:23,600 --> 00:19:27,020 Gundik biasanya datang daripada keluarga berpangkat tinggi. 206 00:19:27,353 --> 00:19:30,440 Mereka anak perempuan daimyo dan berdarah bangsawan. 207 00:19:31,566 --> 00:19:35,653 Saya rasa, perbezaan utama antara gundik dan isteri ialah 208 00:19:35,737 --> 00:19:39,157 wujud kemungkinan di mana gundik boleh dipiilih. 209 00:19:39,240 --> 00:19:42,202 Isteri biasanya daripada perkahwinan yang diatur. 210 00:19:45,872 --> 00:19:49,167 Cik Puan Chacha ialah gundik kegemaran Hideyoshi. 211 00:19:49,250 --> 00:19:50,793 YODO-DONO (CIK PUAN CHACHA) 212 00:19:50,877 --> 00:19:53,588 Dia sebenarnya ialah anak saudara Oda Nobunaga. 213 00:19:54,589 --> 00:19:56,799 Dia terkenal dengan kecantikannya. 214 00:19:56,883 --> 00:20:00,845 Dia seorang primadona. Dia wanita yang sangat bongkak. 215 00:20:00,929 --> 00:20:04,849 Dia sangat angkuh, jadi dia agak berbeza berbanding Nene, 216 00:20:04,933 --> 00:20:08,186 yang mana sangat merendah diri dan berakal. 217 00:20:14,651 --> 00:20:18,196 Setelah bertahun-tahun tak dapat melahirkan anak, 218 00:20:18,863 --> 00:20:21,366 Chacha melahirkan anak lelaki, Tsurumatsu, 219 00:20:22,075 --> 00:20:23,743 dan Hideyoshi amat gembira. 220 00:20:25,745 --> 00:20:27,121 Dia mahu kawal Asia, 221 00:20:27,205 --> 00:20:30,625 dan dia perlukan anak lelaki untuk teruskan salasilahnya. 222 00:21:01,781 --> 00:21:04,325 Anak Hideyoshi, Tsurumatsu meninggal dunia. 223 00:21:06,035 --> 00:21:07,745 Hatinya hancur luluh. 224 00:21:13,876 --> 00:21:17,797 Tiba-tiba, masa depan keluarga ini sekali lagi kabur. 225 00:21:19,716 --> 00:21:24,012 Ini jelas mempunyai kesan terhadap status mental Hideyoshi… 226 00:21:25,471 --> 00:21:28,599 kerana seorang anak perempuan kesayangannya juga meninggal dunia, 227 00:21:28,683 --> 00:21:29,934 kemudian ibunya pula. 228 00:21:32,478 --> 00:21:34,981 Ini menyumbang kepada 229 00:21:35,064 --> 00:21:38,359 terhasilnya krisis dalam diri Hideyoshi 230 00:21:38,443 --> 00:21:45,366 di mana segala usaha terpentingnya gagal di saat ia amat diperlukan. 231 00:21:45,450 --> 00:21:47,702 Mungkin ini juga menyumbang kepada 232 00:21:47,785 --> 00:21:52,457 apa yang dilihat sebagai kemerosotan ketajaman akalnya. 233 00:21:59,630 --> 00:22:01,632 Hari kian berlalu… 234 00:22:02,425 --> 00:22:06,846 sikap Hideyoshi makin tak menentu dan membimbangkan. 235 00:22:08,514 --> 00:22:11,684 Semua orang dapat lihat perubahan tersebut 236 00:22:11,768 --> 00:22:14,562 dan dia sendiri tak dapat mengawal dirinya. 237 00:22:15,271 --> 00:22:19,901 Khabar angin mengatakan bahawa Hideyoshi juga dijangkiti sifilis 238 00:22:19,984 --> 00:22:25,281 dari salah seorang gundiknya, dan itu menjadikan sikapnya makin tak rasional. 239 00:22:26,824 --> 00:22:29,369 Hideyoshi betul-betul naik gila. 240 00:22:50,014 --> 00:22:52,725 Dia semakin menganggap dirinya terasing 241 00:22:53,518 --> 00:22:56,479 dan dia takut dia akan gagal, 242 00:22:56,562 --> 00:22:59,399 serta keluarganya akan hilang apabila dia mati. 243 00:23:03,277 --> 00:23:07,490 Selepas anaknya meninggal dunia, Hideyoshi kehilangan pewaris. 244 00:23:09,283 --> 00:23:11,869 Ketika peperangan Korea masih berterusan… 245 00:23:13,037 --> 00:23:15,540 Hideyoshi membuat keputusan yang dramatik. 246 00:23:17,542 --> 00:23:22,213 Dia menamakan anak saudaranya, Hidetsugu, sebagai penggantinya. 247 00:23:25,883 --> 00:23:28,636 Hidetsugu berpewatakan sangat jahat. 248 00:23:28,719 --> 00:23:30,930 Dia ketagih kepada kenikmatan asmara. 249 00:23:31,013 --> 00:23:32,723 Dia kejam dan ganas. 250 00:23:34,142 --> 00:23:36,644 Ada kalanya dia tembak petani sesuka hati. 251 00:23:37,145 --> 00:23:42,233 Dia tak layak menjadi pewaris, tapi Hideyoshi tiada pilihan. 252 00:23:43,443 --> 00:23:47,488 Hidetsugu ialah satu-satunya pewaris sah dalam keluarganya. 253 00:23:53,870 --> 00:23:56,372 Tapi ada satu kejutan untuk Hideyoshi. 254 00:24:00,001 --> 00:24:01,919 Hanya enam bulan kemudian, 255 00:24:02,003 --> 00:24:05,047 gundik kegemaran Hideyoshi, Cik Puan Chacha, 256 00:24:05,131 --> 00:24:08,885 melahirkan anak lelaki bernama Hideyori. 257 00:24:11,262 --> 00:24:14,515 Kini Hideyoshi berbelah bahagi dalam mewariskan 258 00:24:14,599 --> 00:24:18,060 antara Hidetsugu yang telah dinamakan sebagai pewaris, 259 00:24:18,144 --> 00:24:22,398 dan anak lelaki yang dia mahu jadikan pewaris sebenarnya. 260 00:24:25,985 --> 00:24:28,488 Ini situasi yang sangat berbahaya, 261 00:24:28,571 --> 00:24:31,824 jadi Hideyoshi nekad untuk hapuskan Hidetsugu 262 00:24:31,908 --> 00:24:34,952 dengan mengusirnya ke Koyasan. 263 00:24:35,912 --> 00:24:37,997 Ia sepatutnya berjaya, 264 00:24:38,080 --> 00:24:41,751 tapi khabar angin mengatakan Hidetsugu merancang untuk kembali, 265 00:24:41,834 --> 00:24:45,671 dan mahu mengadakan rampasan kuasa terhadap Hideyoshi. 266 00:24:46,339 --> 00:24:48,090 Itu tak boleh berlaku. 267 00:24:51,469 --> 00:24:55,348 Untuk menjamin hak anak keduanya… 268 00:24:55,973 --> 00:24:57,808 Hidetsugu perlu mati. 269 00:25:35,304 --> 00:25:40,059 Kemudian Hideyoshi menangkap 31 orang wanita dan kanak-kanak, 270 00:25:40,142 --> 00:25:43,980 kebanyakannya keluarga terdekat Hidetsugu, dan memaksa mereka ke Kyoto 271 00:25:44,564 --> 00:25:46,899 serta membunuh mereka. 272 00:25:54,574 --> 00:25:56,409 Ia amat keterlaluan sehinggakan 273 00:25:56,492 --> 00:25:59,328 semua orang percaya bahawa ia merupakan petanda 274 00:25:59,412 --> 00:26:01,831 yang menunjukkan Hideyoshi dah naik gila. 275 00:26:05,918 --> 00:26:09,797 Salah seorang yang terbabit dalam rancangan Hidetsugu 276 00:26:09,880 --> 00:26:14,260 untuk merampas kuasa dan merebut takhta ialah Naga Bermata Satu. 277 00:26:16,554 --> 00:26:19,724 Date Masamune dan Hidetsugu mesra. 278 00:26:19,807 --> 00:26:22,727 Mereka kerap berburu bersama, 279 00:26:22,810 --> 00:26:27,356 dan hasilnya, Masamune dianggap sebagai kawan oleh Hidetsugu. 280 00:26:29,025 --> 00:26:31,569 Hideyoshi naik berang. 281 00:26:37,575 --> 00:26:39,744 Masamune bercita-cita tinggi. 282 00:26:39,827 --> 00:26:44,165 Tak mustahil dia sanggup mengkhianati Hideyoshi. 283 00:26:52,882 --> 00:26:55,760 Akibatnya, Masamune dibawa menghadap Hideyoshi 284 00:26:55,843 --> 00:26:59,513 dan dipaksa menjelaskan tentang perkaitannya dengan Hidetsugu. 285 00:27:27,500 --> 00:27:31,379 Dia terselamat hanya kerana campur tangan orang yang lebih tenang 286 00:27:31,462 --> 00:27:34,131 dan Hideyoshi masih mendengar nasihatnya. 287 00:27:35,800 --> 00:27:38,260 Tokugawa Ieyasu bersuara, 288 00:27:38,344 --> 00:27:43,015 dan mengatakan bahawa tiada sebab untuk meragui Masamune, kesetiaannya teguh, 289 00:27:43,099 --> 00:27:45,768 maka, tak perlu ada hukuman. 290 00:27:45,851 --> 00:27:48,104 "Kita patut percayakan dia dan kata-katanya." 291 00:27:48,187 --> 00:27:53,901 Hasilnya, Masamune rasa amat terhutang budi kepada Tokugawa Ieyasu. 292 00:27:55,778 --> 00:27:58,614 Ieyasu akan menuntut hutang ini di kemudian hari. 293 00:28:02,451 --> 00:28:04,453 Walaupun Hideyoshi makin paranoid, 294 00:28:04,537 --> 00:28:07,748 dia setuju untuk tak membunuh Masamune dengan satu syarat. 295 00:28:07,832 --> 00:28:11,460 Masamune mesti kumpulkan tenteranya dan sertai serangan terhadap Korea, 296 00:28:11,544 --> 00:28:13,546 meskipun mereka semua akan musnah. 297 00:28:18,384 --> 00:28:20,678 Walaupun ragu-ragu, 298 00:28:20,761 --> 00:28:23,013 Date Masamune, seperti daimyo lain, 299 00:28:23,097 --> 00:28:27,518 tak berani mengingkari arahan Hideyoshi untuk menyertai peperangan di Korea. 300 00:28:27,601 --> 00:28:30,312 Jika tidak, ia akan membawa maut dan rasa malu. 301 00:28:30,813 --> 00:28:32,898 Walaupun bantuan telah dihantar, 302 00:28:32,982 --> 00:28:36,777 tentera Jepun buntu dek peperangan yang tak mungkin dimenangi, 303 00:28:36,861 --> 00:28:40,740 kekurangan makanan dan bekalan serta dirundung penyakit. 304 00:28:42,199 --> 00:28:45,453 Tanpa menyedari keadaan sebenar di medan peperangan, 305 00:28:45,536 --> 00:28:49,457 Hideyoshi terus mengeluarkan arahan agar pasukannya mara. 306 00:29:02,052 --> 00:29:04,054 Peperangan di Korea amat dahsyat. 307 00:29:05,181 --> 00:29:08,476 Ia mengorbankan berpuluh ribu nyawa orang Jepun 308 00:29:08,559 --> 00:29:12,271 dan ratusan ribu nyawa orang Korea yang tak dinyatakan. 309 00:29:21,280 --> 00:29:23,532 Sedang bencana di Korea berterusan, 310 00:29:23,616 --> 00:29:27,828 mereka menerima arahan yang semakin pelik dari Jepun. 311 00:29:28,496 --> 00:29:31,749 Maka jelaslah, Hideyoshi semakin tidak stabil 312 00:29:31,832 --> 00:29:34,877 dan tak mampu membuat keputusan yang strategik dan jelas. 313 00:29:34,960 --> 00:29:38,214 Dia percaya dia bakal menang sedangkan sebenarnya tidak. 314 00:29:40,716 --> 00:29:45,095 Sudah tentu, ia melumpuhkan jeneralnya yang tak menerima arahan yang jelas. 315 00:29:45,930 --> 00:29:48,390 Komander tertingginya tertanya-tanya 316 00:29:48,474 --> 00:29:51,936 tentang kestabilan mentalnya dan dapatkah mereka pulang dengan selamat. 317 00:29:56,190 --> 00:29:59,360 Jadi, situasi di medan perang amat terdesak 318 00:29:59,443 --> 00:30:04,782 dan para komander tahu mengenainya serta sedar bahawa  319 00:30:04,865 --> 00:30:09,495 ruang rundingan perlu dibuka untuk mencapai satu penyelesaian. 320 00:30:16,335 --> 00:30:18,170 Setelah lama berunding, 321 00:30:18,254 --> 00:30:23,342 Hideyoshi tak tahu syarat-syarat yang dikemukakan oleh China 322 00:30:23,425 --> 00:30:26,512 bukanlah apa yang dia nak dengar. 323 00:30:29,557 --> 00:30:31,976 Kerana kemerosotan keadaan mentalnya 324 00:30:32,059 --> 00:30:35,813 dan laporan palsu yang jeneralnya berikan kepadanya, 325 00:30:35,896 --> 00:30:40,526 Hideyoshi percaya dia telah memenangi peperangan di Korea 326 00:30:40,609 --> 00:30:46,156 dan dia mahu pengiktirafan ke atas kejayaannya pada tahap tertinggi. 327 00:30:46,240 --> 00:30:49,869 Dalam erti kata lain, daripada Maharaja Ming dari China. 328 00:30:51,912 --> 00:30:55,541 Setidaknya, Hideyoshi mahukan sebahagian daripada Korea. 329 00:30:55,624 --> 00:30:59,670 Dia cadangkan Korea dibahagikan kepada dua sfera pengaruh, 330 00:30:59,753 --> 00:31:02,715 sfera selatan yang dikuasai oleh Jepun 331 00:31:02,798 --> 00:31:05,301 dan utara yang dikuasai oleh China. 332 00:31:05,384 --> 00:31:07,720 Ini syarat minimum dia sanggup terima. 333 00:31:08,304 --> 00:31:11,015 Tambahan pula, Hideyoshi mahu Maharaja China 334 00:31:11,098 --> 00:31:15,227 menghantar salah seorang anak gadisnya ke Jepun untuk dijadikan gundik. 335 00:31:25,487 --> 00:31:29,700 Konishi Yukinaga tahu misi ini mustahil. 336 00:31:29,783 --> 00:31:33,370 Tak mungkin Maharaja Ming akan berikan Hideyoshi 337 00:31:33,454 --> 00:31:36,290 pengiktirafan yang dia fikir layak untuknya. 338 00:31:40,961 --> 00:31:46,383 Sejujurnya, apa yang Hideyoshi mahu itu menghina orang China. 339 00:31:46,467 --> 00:31:49,595 Mereka enggan menurut syarat-syarat ini. 340 00:31:52,598 --> 00:31:55,476 Lagipun, dia tak pernah menang di Korea. 341 00:31:55,559 --> 00:31:57,436 Kekalahannya amat memalukan. 342 00:32:02,107 --> 00:32:06,028 Sebaliknya, mereka berikan tawaran lain kepada Augustin Konishi, 343 00:32:06,111 --> 00:32:07,988 yang mana akhirnya dia terima. 344 00:32:08,572 --> 00:32:14,078 ISTANA TOYOTOMI HIDEYOSHI 1596 345 00:32:21,168 --> 00:32:24,088 Apabila utusan China tiba di Kyoto, 346 00:32:24,171 --> 00:32:29,551 diiringi Konishi dan perunding lain dari Korea, 347 00:32:29,635 --> 00:32:33,681 mereka mempersembahkan jubah China kepada Hideyoshi, 348 00:32:35,391 --> 00:32:41,814 dan Hideyoshi sangat gembira kerana dia fikir ini bermaksud 349 00:32:41,897 --> 00:32:44,191 mereka menyerah diri kepadanya. 350 00:32:53,033 --> 00:32:56,370 Namun, kekeliruan timbul dengan cepat. 351 00:32:58,706 --> 00:33:01,041 Pertama, duta-duta ini enggan, 352 00:33:01,125 --> 00:33:03,919 memandangkan mereka ialah duta Maharaja China, 353 00:33:04,003 --> 00:33:08,173 untuk tunduk kepada Hideyoshi. Mereka mahu dia tunduk kepada mereka. 354 00:33:08,257 --> 00:33:13,095 Tentulah dia takkan tunduk kepada sesiapa, jadi, ada perselisihan antara dua pihak. 355 00:33:22,312 --> 00:33:27,484 Apabila mereka keluarkan surat Maharaja China yang mengumumkan syarat ini, 356 00:33:27,568 --> 00:33:31,071 "Hideyoshi, kamulah raja Jepun. Beta akuinya. 357 00:33:31,155 --> 00:33:32,573 Sebagai vasal saya…" 358 00:33:32,656 --> 00:33:34,366 Apa maksud semua ini? 359 00:33:35,034 --> 00:33:38,078 - Apa maksud semua ini, tolol? - Bertenang, sayang! 360 00:33:41,248 --> 00:33:44,585 Dia menyedari bahawa mahkota dan jubah itu bukan hadiah. 361 00:33:44,668 --> 00:33:46,754 Ia tanda penyerahannya 362 00:33:46,837 --> 00:33:51,050 yang diberikan Maharaja China untuk menyatakan, "Kini, kamu milik saya." 363 00:33:51,759 --> 00:33:54,428 Takkan saya nak pakai ini? Berambus! 364 00:33:54,511 --> 00:33:55,971 Berambus dari sini! 365 00:33:57,097 --> 00:33:58,223 Berambus! 366 00:33:58,307 --> 00:34:04,772 Hideyoshi sangat malu dan marah, dia arahkan serangan kedua terhadap Korea. 367 00:34:04,855 --> 00:34:05,689 Berambus! 368 00:34:05,773 --> 00:34:08,442 Tapi kali ini objektifnya lebih terhad. 369 00:34:09,818 --> 00:34:12,863 Ia cuma untuk membalas dendam. 370 00:34:14,531 --> 00:34:18,285 Hideyoshi memaksa lebih 10,000 orang samurai lagi 371 00:34:18,368 --> 00:34:22,289 untuk menyerang Korea dalam serangan kematian dan kemusnahan. 372 00:34:23,415 --> 00:34:25,084 Namun, dalam beberapa bulan, 373 00:34:25,167 --> 00:34:28,921 askar Korea dan China sekali lagi menyekat kemaraan mereka 374 00:34:29,004 --> 00:34:32,508 dan mengusir tentera Jepun kembali ke garison pantai mereka. 375 00:34:36,011 --> 00:34:39,348 Ketika ini, ramai daimyo yang marah. 376 00:34:39,431 --> 00:34:44,103 Mereka kehilangan ramai askar dan harta dan langsung tak bawa pulang hasil. 377 00:34:44,937 --> 00:34:48,816 Pada zaman Sengoku, ia penting bagi pemerintah 378 00:34:48,899 --> 00:34:52,694 untuk memberi ganjaran kepada pengikutnya dengan tanah dan harta, 379 00:34:52,778 --> 00:34:57,282 tapi haluan perang ini bermakna tiada tanah baru di Korea 380 00:34:57,366 --> 00:35:00,369 atau apa-apa boleh diberi kepada daimyo untuk jangka masa panjang. 381 00:35:00,452 --> 00:35:05,833 Jadi, wujud rasa tak puas hati di kalangan daimyo yang telah pergi ke Korea. 382 00:35:10,712 --> 00:35:14,049 Sehinggakan wujud perbincangan rahsia 383 00:35:14,133 --> 00:35:19,221 di kalangan orang berkuasa tentang apa yang patut dilakukan, 384 00:35:20,264 --> 00:35:22,099 apa langkah yang perlu diambil, 385 00:35:22,975 --> 00:35:25,102 dan bagaimana dia patut dilenyapkan. 386 00:35:26,937 --> 00:35:30,482 Orang mula bercakap tentang pemberontakan secara terbuka. 387 00:35:33,652 --> 00:35:36,864 Hideyoshi berada dalam keadaan yang semakin sukar. 388 00:35:37,948 --> 00:35:41,034 Secara fizikal, tentulah dia makin sakit, 389 00:35:41,118 --> 00:35:44,746 makin sukar untuknya meninggalkan istananya di Fushimi. 390 00:35:44,830 --> 00:35:49,001 JULAI 1598 391 00:35:51,295 --> 00:35:54,047 Sebelum dia mati… Dia tahu dia akan mati. 392 00:35:56,258 --> 00:35:57,217 Hideyori. 393 00:35:57,885 --> 00:36:01,430 Dia perlu pastikan Hideyori takkan disingkir atau dibunuh, 394 00:36:01,513 --> 00:36:04,474 seperti yang telah berlaku sejak beberapa dekad ketika peperangan. 395 00:36:12,107 --> 00:36:13,609 Tolong jaga dia. 396 00:36:16,737 --> 00:36:19,573 Dia buat keputusan strategik yang sangat penting. 397 00:36:29,666 --> 00:36:32,586 Dia memutuskan untuk melantik Majlis Tetua 398 00:36:32,669 --> 00:36:36,632 dan suruh mereka bersumpah untuk melindungi dan menjaga Hideyori 399 00:36:36,715 --> 00:36:41,970 sehingga dia dewasa dan boleh mengambil tempatnya sebagai ketua Jepun. 400 00:36:45,641 --> 00:36:51,063 Orang yang dia pilih ialah lima pemimpin paling berkuasa di seluruh Jepun. 401 00:36:54,233 --> 00:36:58,820 Sesetengahnya adalah orang yang telah lama dia kenali dan dia percaya. 402 00:36:58,904 --> 00:37:02,074 Yang lain dipilih terutamanya kerana kuasa mereka, 403 00:37:02,157 --> 00:37:05,452 tak semestinya kerana Hideyoshi percaya atau suka mereka. 404 00:37:06,036 --> 00:37:08,997 Tapi ini pertaruhan yang rasanya dia perlu buat. 405 00:37:11,291 --> 00:37:13,710 Antara lima pemangku dan kaunselor itu, 406 00:37:13,794 --> 00:37:17,506 dua orang yang paling penting ialah Tokugawa Ieyasu 407 00:37:18,507 --> 00:37:20,217 dan Maeda Toshiie. 408 00:37:26,431 --> 00:37:29,893 Maeda Toshiie akan ditempatkan di Istana Osaka 409 00:37:29,977 --> 00:37:33,105 dan akan bertanggungjawab membesarkan Hideyori, 410 00:37:33,188 --> 00:37:34,898 menguruskan pendidikannya, 411 00:37:34,982 --> 00:37:38,318 mempersiapkannya untuk menerajui negara. 412 00:37:40,279 --> 00:37:45,200 Pada ketika ini, Tokugawa Ieyasu ialah daimyo paling berkuasa di Jepun 413 00:37:45,284 --> 00:37:46,827 selain Hideyoshi, 414 00:37:46,910 --> 00:37:49,705 maka dia diberikan kuasa yang paling tinggi. 415 00:37:49,788 --> 00:37:53,000 Dia dipertanggungjawabkan dengan seluruh kerajaan. 416 00:37:56,837 --> 00:38:00,841 Mungkin ada yang menjangkakan sebuah majlis akan dibentuk di kalangan 417 00:38:00,924 --> 00:38:05,220 individu yang boleh bekerjasama dan uruskan kerajaan dengan berkesan. 418 00:38:05,304 --> 00:38:10,892 Namun, nampaknya ini bukanlah niat Hideyoshi dalam kes ini. 419 00:38:14,062 --> 00:38:18,525 Dia nampaknya sengaja memilih daimyo 420 00:38:18,608 --> 00:38:21,028 yang bersaing antara satu sama lain. 421 00:38:21,528 --> 00:38:26,908 Oleh itu, mungkin memastikan yang ahli majlis boleh diharapkan 422 00:38:26,992 --> 00:38:31,580 untuk awasi satu sama lain dan pastikan tiada siapa bertindak melulu. 423 00:38:33,749 --> 00:38:37,127 Dia cuba memastikan tiada ahli majlis yang boleh menjadi 424 00:38:37,210 --> 00:38:39,671 lebih berkuasa daripada empat ahli lain. 425 00:38:57,856 --> 00:39:01,902 Pada 15 September 1598, selepas berperang sepanjang hidup, 426 00:39:01,985 --> 00:39:05,822 salah seorang pembentuk Jepun yang hebat, Toyotomi Hideyoshi mati. 427 00:39:09,326 --> 00:39:13,372 Saya rasa hanya beberapa individu yang kita boleh kata, 428 00:39:13,455 --> 00:39:15,791 "Individu ini mengubah haluan sejarah." 429 00:39:17,000 --> 00:39:21,171 Hideyoshi semestinya layak dikatakan begitu. 430 00:39:26,510 --> 00:39:28,595 Pencapaiannya sangat besar, 431 00:39:28,678 --> 00:39:32,182 mungkin yang paling hebat oleh ketua Jepun dalam sejarah. 432 00:39:34,309 --> 00:39:36,103 Dia ketua yang jarang ditemui, 433 00:39:36,186 --> 00:39:41,108 dia dapat bayangkan sesuatu yang sungguh mustahil. 434 00:39:41,900 --> 00:39:46,571 Dia membawa keamanan dengan cara yang Nobunaga tak pernah impikan. 435 00:39:49,324 --> 00:39:52,619 Dia menyatukan negara itu. Dia menamatkan perang saudara. 436 00:39:52,702 --> 00:39:54,996 Dia mencipta apa yang dilihat sebagai 437 00:39:55,080 --> 00:39:59,793 imbangan politik yang stabil di kalangan para daimyo. Tapi lebih daripada itu, 438 00:39:59,876 --> 00:40:05,382 kebangkitannya adalah kemenangan hebat bagi sebuah asal usul yang rendah. 439 00:40:05,465 --> 00:40:08,260 Dari petani dan tahap terendah samurai,  440 00:40:08,343 --> 00:40:11,138 kepada ketua Jepun yang tak dipertikaikan. 441 00:40:14,808 --> 00:40:16,476 Apabila Hideyoshi meninggal, 442 00:40:16,560 --> 00:40:19,980 pada mulanya Majlis Tetua Berlima tidak mengumumkan 443 00:40:20,063 --> 00:40:22,732 bahawa pembesar dan pemerintah itu telah mati. 444 00:40:23,316 --> 00:40:24,443 Sebaliknya, 445 00:40:24,526 --> 00:40:27,737 mereka mengarahkan gencatan senjata demi Hideyoshi 446 00:40:27,821 --> 00:40:30,824 dan memanggil tentera Jepun pulang dari Korea. 447 00:40:34,119 --> 00:40:37,998 Dengan berbagai-bagai cara, apabila Hideyoshi meninggal dunia, 448 00:40:38,081 --> 00:40:40,834 saya syak para daimyo menghela nafas lega. 449 00:40:44,588 --> 00:40:48,008 Peperangan di Korea terbukti amat dahsyat. 450 00:40:50,093 --> 00:40:51,595 Dengan itu, 451 00:40:51,678 --> 00:40:56,933 tentulah ada kebimbangan yang besar setelah kematiannya 452 00:40:57,017 --> 00:40:59,561 kerana dia tidak meninggalkan waris dewasa, 453 00:40:59,644 --> 00:41:02,731 yang boleh mengambil alih takhtanya tanpa pertikaian. 454 00:41:05,358 --> 00:41:06,943 Memenuhi hajat Hideyoshi, 455 00:41:07,027 --> 00:41:10,572 Majlis Tetua mengisytiharkan Hideyori sebagai pemimpin Jepun, 456 00:41:10,655 --> 00:41:13,783 namun, sebagai kanak-kanak, dia tak mempunyai sebarang kuasa. 457 00:41:14,367 --> 00:41:18,788 Hakikatnya, kuasa itu dibahagikan dengan teliti antara lima ahli majlis itu. 458 00:41:19,372 --> 00:41:22,250 Ini menghasilkan situasi yang sangat berbahaya. 459 00:41:36,389 --> 00:41:39,851 Terdapat aturan kuasa yang rumit antara lima pemangku. 460 00:41:39,935 --> 00:41:42,521 Jika wujud perubahan dalam imbangan itu, ia mungkin 461 00:41:42,604 --> 00:41:46,942 akan hancur musnah dan mencipta sebuah kekosongan yang berbahaya. 462 00:41:50,362 --> 00:41:52,989 Sebaik saja Hideyoshi mati, pastinya para daimyo 463 00:41:53,073 --> 00:41:55,784 mula bersedia untuk berperang. 464 00:42:04,876 --> 00:42:09,381 Setelah lama berdiri di tepi, Tokugawa Ieyasu kini bersedia bertindak. 465 00:42:16,805 --> 00:42:20,350 Proses perebutan kuasa yang dahsyat kini telah bermula. 466 00:42:50,922 --> 00:42:53,174 Terjemahan sari kata oleh Najat Hamidi