1 00:00:01,043 --> 00:00:04,086 SEMUA WATAK DAN PERISTIWA YANG DIGAMBARKAN DALAM SIRI INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA. 2 00:00:04,171 --> 00:00:06,757 PERSAMAAN DENGAN PERISTIWA SEBENAR, INDIVIDU, HIDUP ATAU MATI, 3 00:00:06,840 --> 00:00:07,925 HANYALAH KEBETULAN. 4 00:03:39,803 --> 00:03:41,096 Betty. 5 00:03:42,264 --> 00:03:44,892 Si cantik, kesayangan. 6 00:03:44,975 --> 00:03:46,852 Ayah tak bercakap dengan ibu begitu. 7 00:03:46,935 --> 00:03:48,103 Jangan mengarut. 8 00:03:48,187 --> 00:03:51,398 Pastikan ia sampai ke vila dengan selamat. 9 00:03:51,982 --> 00:03:54,276 Ayah perlu bergerak dengan kenderaan bermotor berperisai, 10 00:03:56,361 --> 00:03:58,864 dan ayah tak percayakan orang lain untuk memandunya. 11 00:04:02,326 --> 00:04:03,410 Dengar… 12 00:04:03,493 --> 00:04:05,662 Pasti berguna untuk kamu berjumpa dengan semua orang penting di parti nanti, 13 00:04:05,746 --> 00:04:08,415 jadi pastikan kamu bersosial. 14 00:04:10,918 --> 00:04:12,878 - Kenapa? - Tiada apa-apa. 15 00:04:14,505 --> 00:04:17,507 Semasa ayah sebaya kamu, ayah dah jadi kolonel. 16 00:04:17,591 --> 00:04:19,134 Berkahwin dengan dua… 17 00:04:19,218 --> 00:04:20,886 Ayah, sudahlah. 18 00:04:20,969 --> 00:04:22,471 Kita dah berbincang tentangnya. 19 00:04:22,554 --> 00:04:24,890 Ada beberapa perkara yang saya masih perlu faham. 20 00:04:24,973 --> 00:04:28,101 Apa lagi yang kamu nak faham? Kamu dah dewasa sekarang. 21 00:04:28,185 --> 00:04:29,770 - Dengan… - Jangan. 22 00:04:29,853 --> 00:04:31,605 Jangan bergaduh. Bukan hari ini. Lupakan saja. 23 00:04:31,688 --> 00:04:33,690 Bergaduh? Sudah tentu kami tak bergaduh. 24 00:04:33,774 --> 00:04:34,858 Qasem. 25 00:04:37,069 --> 00:04:38,445 Apa khabar, mak? 26 00:04:38,529 --> 00:04:39,571 Sangat cemas. 27 00:04:40,489 --> 00:04:43,200 Jangan rosakkan parti saya dengan sikap dungu awak. 28 00:04:45,452 --> 00:04:47,371 Siapa kawan-kawan kamu yang akan datang? 29 00:04:47,454 --> 00:04:50,749 Kawan-kawan biasa. Farzad, Shervin, adiknya, dan beberapa kawan lain. 30 00:04:50,832 --> 00:04:53,043 Jangan lupa beri nama mereka kepada pasukan keselamatan. 31 00:04:54,294 --> 00:04:57,047 - Yasaman pula? - Jangan. 32 00:04:57,130 --> 00:05:00,175 Mak, jangan sebut tentangnya sekarang. 33 00:05:00,259 --> 00:05:01,927 Ada orang lain? 34 00:05:02,010 --> 00:05:04,304 - Mungkin. - Biar betul? 35 00:05:04,388 --> 00:05:05,472 Beritahu mak. Siapa orangnya? 36 00:05:05,556 --> 00:05:07,099 Saya cakap mungkin, mak. 37 00:05:07,182 --> 00:05:09,101 Masih belum pasti lagi sekarang. 38 00:05:11,436 --> 00:05:13,981 - Hati-hati, okey? - Jangan risau. 39 00:05:19,194 --> 00:05:20,195 Hati-hati, okey? 40 00:05:20,279 --> 00:05:21,780 Jangan risau. 41 00:05:59,484 --> 00:06:01,028 Ali dibunuh. 42 00:06:03,906 --> 00:06:05,866 Mereka jumpa dia dalam keretanya pagi tadi, 43 00:06:06,408 --> 00:06:07,910 dengan kesan tembakan di dada. 44 00:06:07,993 --> 00:06:09,286 Di Arak. 45 00:06:13,081 --> 00:06:15,042 - Arak? - Dia berasal dari sana. 46 00:06:15,125 --> 00:06:16,919 Ibu bapanya masih tinggal di sana. 47 00:06:18,003 --> 00:06:19,922 Dia pernah beritahu tentang mereka? 48 00:06:20,506 --> 00:06:21,757 Mungkin. 49 00:06:23,258 --> 00:06:24,676 Saya tak pasti. 50 00:06:24,760 --> 00:06:27,137 Nampaknya dia cuba hubungi mereka beberapa kali sebelum dia mati. 51 00:06:28,764 --> 00:06:32,684 Dia ada cakap atau buat sesuatu yang tunjuk dia nak bunuh diri baru-baru ini? 52 00:06:32,768 --> 00:06:33,936 Tak. Tiada apa-apa. 53 00:06:35,479 --> 00:06:38,607 Pistol itu ada di tangannya. Pistol sama yang lepaskan tembakan. 54 00:06:39,233 --> 00:06:40,859 Tapi ada yang tak kena. 55 00:06:41,985 --> 00:06:43,403 Dia orang yang ikut peraturan. 56 00:06:43,487 --> 00:06:45,572 Kenapa nak bunuh diri? Bagaimana ia boleh berlaku? 57 00:06:47,574 --> 00:06:48,867 Entahlah. 58 00:06:49,743 --> 00:06:51,119 Tapi kita takkan pernah tahu. 59 00:06:53,163 --> 00:06:54,623 Dia datang ke sini malam tadi? 60 00:07:00,671 --> 00:07:02,631 Ya, saya sakit. 61 00:07:02,714 --> 00:07:05,425 Dia datang untuk periksa keadaan saya. 62 00:07:06,552 --> 00:07:08,220 Dia ada beritahu awak ke mana dia nak pergi? 63 00:07:10,931 --> 00:07:12,224 Saya fikir dia nak balik. 64 00:07:13,267 --> 00:07:14,434 Apa yang kamu berdua bualkan? 65 00:07:17,020 --> 00:07:18,188 Tiada apa. 66 00:07:18,897 --> 00:07:20,190 Berbual kosong. 67 00:07:20,899 --> 00:07:22,943 Sedikit tentang kerja. 68 00:07:23,026 --> 00:07:24,444 Awak tak ke mana-mana selepas itu? 69 00:07:24,528 --> 00:07:25,696 Sudah tentu. 70 00:07:26,613 --> 00:07:27,823 Saya nak ke mana? 71 00:07:29,783 --> 00:07:31,535 Saya masih lemah. 72 00:07:37,332 --> 00:07:38,625 Faraz. 73 00:07:43,505 --> 00:07:45,549 Jangan cuba lindungi dia. 74 00:07:46,175 --> 00:07:48,385 Jika awak tahu apa-apa, inilah masanya untuk beritahu saya. 75 00:07:49,761 --> 00:07:51,513 Dia terlibat dalam masalah? 76 00:07:52,931 --> 00:07:54,224 Betul, saya tak tahu apa-apa. 77 00:07:56,268 --> 00:07:57,519 Langsung tak tahu apa-apa. 78 00:08:03,317 --> 00:08:06,111 Betty diletakkan di garaj Peyman. Saya sambungkan peranti. 79 00:08:06,195 --> 00:08:07,863 Kemudian kita akan kawal ia sepenuhnya. 80 00:08:11,867 --> 00:08:13,869 Selepas awak selesai, beri alasan dan beredar. 81 00:08:13,952 --> 00:08:15,120 Awak perlu keluar dari sana 82 00:08:15,204 --> 00:08:17,331 sebelum Sepah datang untuk buat pemeriksaan keselamatan. 83 00:08:41,188 --> 00:08:43,357 Hei. Maaf sebab lewat. 84 00:08:43,440 --> 00:08:45,526 Tiada masalah. Berbaloi menunggu. 85 00:08:48,737 --> 00:08:49,821 Masuklah. 86 00:08:49,905 --> 00:08:51,698 - Nak lihat sesuatu yang hebat? - Ya, sudah tentu. 87 00:08:55,452 --> 00:08:56,662 Mulakan. 88 00:09:05,796 --> 00:09:08,257 Rumah yang cantik. 89 00:09:08,340 --> 00:09:09,675 Ya, memang betul. 90 00:09:10,300 --> 00:09:11,552 Apa pun, saya rindu rumah lama saya. 91 00:09:12,219 --> 00:09:13,762 - Di LA? - Venice. 92 00:09:14,346 --> 00:09:15,681 Di tepi pantai. 93 00:09:16,974 --> 00:09:18,767 Tak mewah begini… 94 00:09:20,561 --> 00:09:21,770 tapi ia selesa. 95 00:09:59,433 --> 00:10:00,809 Cepatlah. 96 00:10:01,310 --> 00:10:02,519 Minum. 97 00:10:09,526 --> 00:10:10,611 Ibu saya selalu cakap 98 00:10:10,694 --> 00:10:12,696 orang yang berpindah dari rumah mereka sekali 99 00:10:12,779 --> 00:10:14,239 takkan pernah ada rumah lagi. 100 00:10:14,323 --> 00:10:15,490 Entahlah. 101 00:10:16,366 --> 00:10:18,952 Beberapa hari lalu, saya mungkin setuju dengan dia. 102 00:10:33,800 --> 00:10:36,970 - Kenapa lambat? - Awak nak buat sendiri? 103 00:10:37,054 --> 00:10:38,764 Fokus. Kita tiada masa. 104 00:10:38,847 --> 00:10:40,807 Jika awak berhenti bercakap dengan saya, saya akan… 105 00:10:52,069 --> 00:10:53,320 Apa? 106 00:10:53,862 --> 00:10:55,155 Tiada apa, saya cuma… 107 00:10:55,781 --> 00:10:57,366 Saya tak nak terburu-buru. 108 00:10:58,033 --> 00:11:01,995 Lagipun, awak tak boleh rosakkan baju saya sebelum berjumpa ibu bapa awak. 109 00:11:02,871 --> 00:11:04,122 Ia pasti memalukan. 110 00:11:16,093 --> 00:11:18,846 Alamak! Kita ada masalah. 111 00:11:18,929 --> 00:11:20,472 Jangan risau. Saya dah hampir siap. 112 00:11:20,556 --> 00:11:22,224 Tak, dungu. Yasaman datang. 113 00:11:30,649 --> 00:11:32,150 Buka. Saya tahu awak di dalam! 114 00:11:40,075 --> 00:11:41,326 Peyman? 115 00:11:42,619 --> 00:11:43,787 Peyman! 116 00:11:45,622 --> 00:11:46,790 Peyman? 117 00:12:02,181 --> 00:12:03,724 Keluar dari sana! Ia terlalu tak dapat diramal. 118 00:12:03,807 --> 00:12:04,808 Tapi ia belum siap! 119 00:12:04,892 --> 00:12:07,311 Abaikan saja. Keluar. Sekarang! 120 00:12:07,394 --> 00:12:08,645 Tak guna. 121 00:12:10,981 --> 00:12:13,066 Peyman, berapa lama awak nak terus abaikan saya? 122 00:12:13,567 --> 00:12:15,235 Sudahlah! 123 00:12:17,487 --> 00:12:19,156 Beraninya dia! Apa dia buat di sini? 124 00:12:19,239 --> 00:12:20,908 - Apa masalah awak? - Apa yang kamu berdua buat? 125 00:12:20,991 --> 00:12:22,784 - Apa awak buat di sini? - Tak guna! 126 00:12:22,868 --> 00:12:24,453 - Awak janji kita akan bersama. - Yasaman. 127 00:12:24,536 --> 00:12:27,164 Awak cakap saya boleh beritahu ibu bapa saya tentang kita. 128 00:12:27,247 --> 00:12:29,208 Awak tak boleh datang secara tiba-tiba! 129 00:12:29,291 --> 00:12:30,626 Apa lagi saya nak buat? 130 00:12:30,709 --> 00:12:33,629 Saya telefon dan hantar mesej. Awak langsung tak balas! 131 00:12:35,214 --> 00:12:37,090 - Apa yang awak pandang? - Jangan libatkan dia. 132 00:12:37,174 --> 00:12:38,884 Awak jemput dia ke parti awak? 133 00:12:39,593 --> 00:12:41,053 Jangan buat saya begini, Peyman. Jangan. 134 00:12:41,136 --> 00:12:42,429 Yasaman, bertenang. 135 00:12:42,513 --> 00:12:44,806 - Jangan sentuh saya, perempuan murah! - Hei! 136 00:12:45,682 --> 00:12:46,892 Awak dah gila? 137 00:12:46,975 --> 00:12:48,101 Saya tak sentuh dia! 138 00:12:48,185 --> 00:12:49,561 - Awak okey? - Saya okey. 139 00:12:50,562 --> 00:12:53,232 Tak guna! 140 00:12:53,315 --> 00:12:54,608 - Jangan… - Betul, pergi! 141 00:12:54,691 --> 00:12:56,068 Saya tak janji apa-apa pada dia. 142 00:12:56,151 --> 00:12:58,362 Dengar, saya tak tahu apa yang berlaku antara kamu berdua. Selesaikannya. 143 00:12:58,445 --> 00:12:59,655 Dia dapat tahu tentang parti itu, ia… 144 00:12:59,738 --> 00:13:01,573 Berbincanglah. Dia sangat sedih. 145 00:13:02,115 --> 00:13:05,035 Saya akan telefon awak nanti, okey? Kita masih sempat ke sana. 146 00:13:11,208 --> 00:13:13,418 Ia dah disambungkan? 147 00:13:15,671 --> 00:13:16,672 Milad? 148 00:13:18,006 --> 00:13:20,175 - Belum. - Apa? Apa yang berlaku? Kenapa belum? 149 00:13:20,759 --> 00:13:22,469 Sebab ia terlalu berbahaya. 150 00:13:23,428 --> 00:13:27,724 Lupakan saja. Saya akan buat sendiri. 151 00:13:28,767 --> 00:13:32,104 Telefon Marjan. Beritahu dia saya akan ke parti itu. 152 00:13:43,740 --> 00:13:44,867 Apa yang awak fikirkan? 153 00:13:44,950 --> 00:13:46,243 Ia terlalu berbahaya. 154 00:13:46,326 --> 00:13:48,829 Peranti itu dipasang supaya dia tak perlu berada di sana. 155 00:13:48,912 --> 00:13:51,248 Tak, tujuan peranti itu dipasang adalah untuk bunuh Mohammadi 156 00:13:51,331 --> 00:13:53,250 dan jadikan ia nampak seperti kemalangan. 157 00:13:53,333 --> 00:13:56,003 Bonus jika Tamar tak berada di sana. 158 00:13:56,086 --> 00:13:57,629 Mohammadi rancang untuk tandatangani perjanjian 159 00:13:57,713 --> 00:13:59,464 dengan Korea Utara malam ini. 160 00:14:00,048 --> 00:14:02,467 Dah sampai masa untuk gunakan idea yang awak simpan. 161 00:14:02,551 --> 00:14:04,303 Masalahnya cara untuk keluarkan dia. 162 00:14:04,386 --> 00:14:06,305 Selepas dia lakukannya, dia akan jadi sasaran mudah. 163 00:14:06,972 --> 00:14:08,932 Itu pengorbanan yang kami sanggup lakukan. 164 00:14:12,895 --> 00:14:13,896 Perempuan tak guna. 165 00:14:22,738 --> 00:14:24,114 Apa yang awak nak? 166 00:14:24,198 --> 00:14:25,490 Kami perlukan bantuan awak. 167 00:14:30,287 --> 00:14:31,747 Bantuan saya? 168 00:14:31,830 --> 00:14:33,874 Awak bertuah saya tak bunuh awak dengan tangan saya sendiri. 169 00:14:33,957 --> 00:14:35,918 Awak pasti dah mati sebelum sempat sentuh saya. 170 00:14:50,015 --> 00:14:52,392 Saya bersimpati tentang berita melibatkan rakan sekerja awak. 171 00:14:52,976 --> 00:14:56,772 Bunuh diri sangat sukar untuk ahli keluarga yang ditinggalkan. 172 00:14:57,272 --> 00:14:58,690 Apa lagi yang awak nak daripada dia? 173 00:14:58,774 --> 00:15:02,152 Perkara yang dah dibincangkan. Kerjasama secara aktif. 174 00:15:03,111 --> 00:15:05,864 Jika tidak, gambar-gambar ini akan dihantar kepada bos awak. 175 00:15:06,698 --> 00:15:10,285 Perkara yang berlaku di Arak akan temui jalannya ke Tehran. 176 00:15:17,167 --> 00:15:19,795 Simpanlah. Lebih mudah begitu. 177 00:15:33,183 --> 00:15:34,643 Mungkin dia takkan telefon. 178 00:15:35,435 --> 00:15:36,728 Dia akan telefon. 179 00:15:39,606 --> 00:15:40,816 Apa yang awak cakap pada dia memang betul? 180 00:15:42,651 --> 00:15:43,694 Apa? 181 00:15:43,777 --> 00:15:46,738 Orang yang pernah tinggalkan rumah takkan pernah ada rumah lagi. 182 00:15:50,242 --> 00:15:51,243 Entahlah. 183 00:15:51,326 --> 00:15:52,870 Sebab bagi saya bunyinya seperti salah satu helah awak. 184 00:15:55,372 --> 00:15:57,457 Menipu tentang sesuatu yang hampir dengan kebenaran. 185 00:16:00,043 --> 00:16:01,628 Saya dah tak tahan lagi. 186 00:16:01,712 --> 00:16:04,089 Dengar, ini diri saya. 187 00:16:04,173 --> 00:16:06,341 Saya tak pernah berangan nak ada kehidupan biasa. 188 00:16:06,425 --> 00:16:07,926 Saya tak pernah mahukannya. 189 00:16:08,010 --> 00:16:11,013 Ia bukan helah. Saya cuma cuba buat perkara yang saya tahu. 190 00:16:11,096 --> 00:16:12,890 - Awak memang yang terbaik. - Tak! 191 00:16:14,224 --> 00:16:15,350 Tidak. 192 00:16:16,101 --> 00:16:18,979 Sebab sebagai ejen, saya buat kesilapan paling menyedihkan. 193 00:16:21,982 --> 00:16:23,650 Saya jatuh cinta dengan sasaran sendiri. 194 00:16:26,570 --> 00:16:28,947 Saya libatkan awak dan saya minta maaf. 195 00:16:31,033 --> 00:16:32,034 Tapi sebenarnya… 196 00:16:33,869 --> 00:16:35,245 saya tak dapat kawal diri. 197 00:16:37,456 --> 00:16:38,957 Sebab saya cintakan awak. 198 00:16:42,503 --> 00:16:45,130 Saya cintakan awak dan tak nak perkara buruk berlaku kepada awak. 199 00:16:56,391 --> 00:16:58,393 - Hei. - Hei. 200 00:16:58,477 --> 00:16:59,770 Ini En. Kamali. 201 00:16:59,853 --> 00:17:01,563 Dia ketua keselamatan. 202 00:17:02,397 --> 00:17:04,733 Vila ayah saya sepatutnya jadi "zon steril." 203 00:17:04,816 --> 00:17:06,609 Sebab itu mereka sangat obses. 204 00:17:07,194 --> 00:17:10,446 En. Kamali dah beri jaminan yang ia akan pastikan ia ringkas dan relevan. 205 00:17:10,531 --> 00:17:11,531 Betul, bukan? 206 00:17:12,281 --> 00:17:13,367 Sudah tentu. 207 00:17:14,076 --> 00:17:15,327 Hanya beberapa soalan biasa. 208 00:17:16,161 --> 00:17:17,371 Tolong ikut saya. 209 00:17:36,932 --> 00:17:38,100 Tamar Rabinyan. 210 00:17:39,685 --> 00:17:41,895 Awak terfikir apa niat saya, bukan? 211 00:17:42,896 --> 00:17:45,566 Jika awak nak bunuh saya, pasti awak dah lakukannya. 212 00:17:45,649 --> 00:17:46,775 Mungkin. 213 00:17:47,359 --> 00:17:49,027 Atau mungkin ada hadnya. 214 00:17:49,945 --> 00:17:51,905 Seorang lelaki boleh dicabar pada tahap tertentu. 215 00:17:54,074 --> 00:17:56,076 Rakan sekerja saya, Ali, dia memburu awak. 216 00:17:57,911 --> 00:17:58,912 Hampir berjaya. 217 00:18:00,372 --> 00:18:01,665 Dia hampir berjaya tangkap awak. 218 00:18:02,958 --> 00:18:04,168 Apa berlaku kepada dia? 219 00:18:05,794 --> 00:18:09,464 Sangat marah. Awak patut berhati-hati dengannya. 220 00:18:09,548 --> 00:18:10,883 Saya pernah ada mak cik. 221 00:18:12,050 --> 00:18:13,260 Awak ingat dia. 222 00:18:14,553 --> 00:18:16,096 Awak tangkap dan gantung dia. 223 00:18:16,180 --> 00:18:18,724 Ia salah siapa? Awak yang libatkan dia. 224 00:18:18,807 --> 00:18:21,101 - Dia tak bersalah. - Tiada sesiapa yang tak bersalah! 225 00:18:21,185 --> 00:18:22,769 Apa yang berlaku kepada awak, awak memang layak melaluinya. 226 00:18:22,853 --> 00:18:23,854 Saya buat apa yang sepatutnya, 227 00:18:23,937 --> 00:18:25,814 untuk lindungi negara saya daripada orang yang nak musnahkannya. 228 00:18:25,898 --> 00:18:27,274 Saya pun sama! 229 00:18:34,531 --> 00:18:40,162 Dengar, saya tak takut ditangkap, 230 00:18:40,245 --> 00:18:41,413 atau pun mati. 231 00:18:42,539 --> 00:18:44,249 Jika bukan sebab isteri saya, pasti saya… 232 00:18:49,213 --> 00:18:50,297 Apa pun, 233 00:18:51,548 --> 00:18:52,883 apa yang seorang lelaki ada, 234 00:18:53,759 --> 00:18:55,761 jika bukan tugas dan maruahnya? 235 00:19:00,224 --> 00:19:04,019 Jika saya bekerja dengan awak, seluruh hidup saya akan jadi penipuan. 236 00:19:04,102 --> 00:19:05,521 Tak. 237 00:19:07,689 --> 00:19:11,443 Saya lahir di sini. Keluarga saya berasal dari sini. 238 00:19:12,027 --> 00:19:16,240 Bahasa, budaya kami. Lelaki yang saya cinta juga berasal dari sini. 239 00:19:17,241 --> 00:19:19,451 Ada masanya, dan ini salah satu daripadanya, 240 00:19:19,535 --> 00:19:21,954 apabila tugas dan maruah bermaksud perlu menenang. 241 00:19:22,037 --> 00:19:24,873 Awak nampak cara Jeneral Mohammadi akan pimpin negara ini. 242 00:19:28,961 --> 00:19:30,921 Ejen muda yang sangat yakin. 243 00:19:31,630 --> 00:19:33,131 Mampu berkata-kata, 244 00:19:33,215 --> 00:19:38,554 meyakinkan pegawai risikan untuk khianati negaranya sendiri. 245 00:19:40,973 --> 00:19:43,559 Awak sangat pandang rendah pada saya? 246 00:20:01,994 --> 00:20:03,579 Jadi? Semuanya okey? 247 00:20:08,041 --> 00:20:09,710 Semuanya okey. 248 00:20:10,919 --> 00:20:11,920 Berseronoklah. 249 00:20:43,452 --> 00:20:45,537 Saya gembira awak guna telefon itu. 250 00:20:45,621 --> 00:20:47,039 Jika saya nak lakukannya, 251 00:20:47,122 --> 00:20:50,292 saya perlukan jaminan awak akan selesaikan tugas awak. 252 00:20:50,375 --> 00:20:51,543 Apa maksud awak? 253 00:20:51,627 --> 00:20:54,046 - Jika ini salah satu manipulasi awak… - Tidak. 254 00:20:54,129 --> 00:20:55,881 - Ini yang sebenarnya. - Pastikan begitu. 255 00:20:55,964 --> 00:20:59,218 Sebab jika saya dihukum, awak pun akan dihukum. 256 00:21:13,732 --> 00:21:15,901 Jadi, di sinilah awak berseronok dengan kereta awak? 257 00:21:16,401 --> 00:21:18,153 Ia antara perkara hebat tentang negara ini. 258 00:21:19,655 --> 00:21:20,656 Sedia? 259 00:21:59,444 --> 00:22:01,989 Hei, Sina. Nak periksa dokumen saya? 260 00:22:02,072 --> 00:22:06,201 Tak perlu, tuan. Tapi saya perlu periksa dokumen dia. Sila serahkan dokumen awak. 261 00:22:06,994 --> 00:22:08,078 Maaf. 262 00:22:11,623 --> 00:22:12,791 Terima kasih. 263 00:22:17,588 --> 00:22:19,131 Cik Ansari, saya perlu periksa beg tangan awak juga. 264 00:22:21,008 --> 00:22:22,009 Apa? 265 00:22:22,092 --> 00:22:25,429 Sina, tenang, okey? Dia dah dapat kebenaran. 266 00:22:25,512 --> 00:22:29,224 Awak tak nak berada di sempadan Afghan esok, bukan? 267 00:22:29,308 --> 00:22:31,935 Tak, tuan. Silakan. Berseronoklah. 268 00:22:32,019 --> 00:22:33,270 Jumpa lagi. Terima kasih. 269 00:22:46,909 --> 00:22:48,410 Apa itu? 270 00:22:52,748 --> 00:22:54,416 Saya tak percaya. 271 00:22:55,667 --> 00:22:56,752 Apa? 272 00:22:56,835 --> 00:22:58,253 Dia bina sebuah kereta lagi. 273 00:23:00,714 --> 00:23:01,715 Aduhai! 274 00:23:01,798 --> 00:23:04,426 Dibandingkan dengan ini, Betty seperti keldai yang tarik kereta faloodeh. 275 00:23:04,510 --> 00:23:06,011 Dia akan kalahkan saya dengan ini! 276 00:23:06,094 --> 00:23:08,430 Peyman? Kesayangan saya! 277 00:23:09,139 --> 00:23:10,265 Mereka beritahu saya awak di sini. 278 00:23:10,349 --> 00:23:12,601 Gembira berjumpa awak, sayang. 279 00:23:14,561 --> 00:23:17,064 Gembira bertemu awak juga. Saya Fatemeh. 280 00:23:17,147 --> 00:23:19,441 Gembira bertemu awak, puan. Saya Leyla. 281 00:23:19,525 --> 00:23:22,611 - Mungkin Iran tak teruk untuk kamu. - Mak. 282 00:23:22,694 --> 00:23:27,032 Tapi, apa ini? Ayah tak beritahu apa-apa tentang kereta baru. 283 00:23:27,115 --> 00:23:28,951 Dia siapkannya seperti orang gila. 284 00:23:29,034 --> 00:23:32,246 Dia jatuh cinta dengannya. Memandunya setiap kali ada peluang. 285 00:23:33,872 --> 00:23:36,792 Nampak mereka habiskan masa dengan perkara mengarut? 286 00:23:38,126 --> 00:23:41,797 Ayuh. Mari menyapa tetamu kita. 287 00:23:43,257 --> 00:23:44,424 Cepat. 288 00:23:47,469 --> 00:23:48,637 Marilah. 289 00:23:48,720 --> 00:23:50,430 Semua orang tak sabar nak jumpa kamu, Peyman. 290 00:23:50,514 --> 00:23:52,724 Jadi, tolong mak dan cuba ingat nama semua orang. 291 00:23:54,977 --> 00:23:56,603 Rumah yang cantik. 292 00:23:57,938 --> 00:23:59,314 Rekaannya mengagumkan. 293 00:24:00,023 --> 00:24:01,900 Awak pandai menilai kualiti. 294 00:24:02,484 --> 00:24:03,569 Semua mak cik kamu ada di sana. 295 00:24:04,820 --> 00:24:06,363 - Ya. - Helo. 296 00:24:06,446 --> 00:24:11,869 Itu pun awak, Peyman! Mari peluk mak cik awak. Selamat pulang. 297 00:24:12,661 --> 00:24:14,496 - Peyman, apa khabar? - Mak cik, ini kawan saya, Leyla. 298 00:24:14,580 --> 00:24:15,956 - Helo. - Leyla, ini Mak Cik Zohreh. 299 00:24:16,039 --> 00:24:18,750 "Kawan." Hai. Apa khabar? 300 00:24:19,418 --> 00:24:21,545 Awak gadis yang hebat. 301 00:24:22,337 --> 00:24:24,214 - Cik Leyla. - Gembira jumpa awak. 302 00:24:24,298 --> 00:24:26,049 Helo, sayang. Selamat datang. 303 00:24:26,133 --> 00:24:27,509 Pastikan awak selesakan diri. 304 00:24:33,348 --> 00:24:35,475 Dia dah sampai. Jeneral dah sampai. 305 00:24:37,561 --> 00:24:40,397 Saya nak menyapa Qasem jika pengawal keselamatan benarkan. 306 00:24:59,041 --> 00:25:00,250 Kita ada masalah. 307 00:25:01,627 --> 00:25:05,881 Mohammadi takkan pandu Betty. Dia bina kereta drif baru. 308 00:25:07,424 --> 00:25:09,092 Awak memang tak guna, Mohammadi. 309 00:25:11,178 --> 00:25:13,055 Okey. Dengar, berita baiknya, 310 00:25:13,138 --> 00:25:14,806 semua kereta ini adalah model Jepun yang biasa. 311 00:25:14,890 --> 00:25:16,975 Jadi, takkan ada masalah untuk pasang peranti pada kereta, 312 00:25:17,059 --> 00:25:18,977 khususnya selepas ubah suai yang saya dah buat. 313 00:25:19,061 --> 00:25:21,063 Hantar gambar jerejaknya apabila awak berada di sana. 314 00:25:21,146 --> 00:25:22,189 Saya dalam perjalanan. 315 00:25:48,215 --> 00:25:51,468 Dah dapat. Kita bernasib baik. Pemasangan lebih mudah. 316 00:26:12,781 --> 00:26:14,491 - Dah dapat disambungkan? - Sedang mencari. 317 00:26:18,203 --> 00:26:19,705 Hati-hati dengan kereta. 318 00:26:22,040 --> 00:26:23,834 - Milad? - Masih mencari. 319 00:26:24,960 --> 00:26:26,044 Ayuh. 320 00:26:28,881 --> 00:26:30,174 Awak bawa kereta itu. 321 00:26:31,884 --> 00:26:33,886 Baguslah. 322 00:26:35,345 --> 00:26:36,805 Kamu boleh tolong saya. 323 00:26:37,556 --> 00:26:38,599 Kenapa? 324 00:26:38,682 --> 00:26:43,020 Subang saya hilang semasa ke sini. Rupanya seperti ini. 325 00:26:44,646 --> 00:26:47,107 Pasti ia terjatuh dalam kereta. 326 00:26:52,946 --> 00:26:54,072 Di mana awak kehilangannya? 327 00:26:55,866 --> 00:26:57,034 Ia di kawasan ini. 328 00:27:02,873 --> 00:27:04,249 Saya tak nampak apa-apa. 329 00:27:05,792 --> 00:27:07,878 Dah berjaya. Saya dah dapat IP. 330 00:27:08,879 --> 00:27:10,047 Sambungan nampak stabil. 331 00:27:11,006 --> 00:27:12,633 Ia tiada di sini… 332 00:27:14,384 --> 00:27:16,345 Tak tahu di mana dia tercicir. 333 00:27:17,137 --> 00:27:18,597 Apa ini? 334 00:27:19,765 --> 00:27:20,891 Saya dah jumpa. 335 00:27:22,809 --> 00:27:26,480 Hebat! Kamu selamatkan saya. 336 00:27:27,064 --> 00:27:28,357 Sama-sama. 337 00:27:28,440 --> 00:27:29,608 Terima kasih banyak. 338 00:27:39,493 --> 00:27:41,078 Bawa ia keluar. 339 00:27:41,161 --> 00:27:42,287 Leyla, sayang. 340 00:27:43,038 --> 00:27:46,792 Itu pun awak! Saya cari awak. 341 00:27:49,294 --> 00:27:51,421 Sangat gembira akhirnya dia pulang juga. 342 00:27:52,172 --> 00:27:53,549 Saya faham perasaan awak. 343 00:27:55,259 --> 00:27:57,052 Awak rapat dengan ibu awak? 344 00:27:59,054 --> 00:28:02,182 Sangat rapat. Saya rindu dia. 345 00:28:02,850 --> 00:28:04,768 Dia tinggal di Qatar. 346 00:28:04,852 --> 00:28:06,270 Saya gembira Peyman jemput awak. 347 00:28:08,480 --> 00:28:10,148 Dia sangat teruja untuk datang ke sini. 348 00:28:10,232 --> 00:28:11,942 Saya sangat gembira mendengarnya. 349 00:28:12,025 --> 00:28:14,361 Saya tak tahu jika dia ada beritahu, 350 00:28:14,444 --> 00:28:17,531 tapi dia tak teruja untuk pulang ke Iran. 351 00:28:23,829 --> 00:28:26,164 Rasanya dia akan gembira. 352 00:28:27,082 --> 00:28:28,917 Peyman lelaki yang baik dan bijak. 353 00:28:30,460 --> 00:28:31,920 Dia jumpa awak. 354 00:28:32,421 --> 00:28:34,381 Ia permulaan yang bagus. 355 00:28:36,675 --> 00:28:37,801 Awak sangat baik. 356 00:28:38,927 --> 00:28:40,596 Nak keluar? 357 00:28:43,807 --> 00:28:45,267 Saya akan keluar nanti. 358 00:28:46,351 --> 00:28:47,519 Tandas di mana? 359 00:29:08,540 --> 00:29:10,626 Sila beri perhatian. 360 00:29:10,709 --> 00:29:13,754 Kami sangat gembira kamu semua bersama kami 361 00:29:13,837 --> 00:29:16,089 untuk raikan kepulangan anak kami, Peyman, 362 00:29:16,173 --> 00:29:17,799 dan mengalu-alukannya ke tanah air kita. 363 00:29:20,552 --> 00:29:22,137 Peyman, anak ayah, mari sini. 364 00:29:23,680 --> 00:29:26,058 Peyman hidup dengan berjaya di luar negara, 365 00:29:26,141 --> 00:29:30,312 tapi dia buat keputusan bersifat patriotik untuk pulang, berada di sisi keluarga, 366 00:29:30,395 --> 00:29:33,357 dan berkhidmat untuk tentera revolusi. 367 00:29:39,238 --> 00:29:41,323 Generasinya adalah masa depan kita. 368 00:29:42,032 --> 00:29:44,493 Tapi orang tua seperti kita takkan berganjak lagi. 369 00:29:44,576 --> 00:29:49,039 Malah, disebabkan keadaan tak mengizinkan, saya perlu ringkaskan ucapan. 370 00:29:49,957 --> 00:29:51,458 Tapi rasanya kamu tak kisah. 371 00:29:53,210 --> 00:29:56,755 Sejak Peyman kecil, dia sangat sukakan kereta. 372 00:29:56,839 --> 00:29:57,923 Kamu semua tahu, 373 00:29:58,006 --> 00:30:00,676 dia contohi siapa. 374 00:30:01,927 --> 00:30:02,928 Bawa ia ke sini. 375 00:30:05,097 --> 00:30:08,600 Kereta yang kami bina sangat laju dan berkuasa, 376 00:30:08,684 --> 00:30:11,562 bukti kepintaran tempatan. 377 00:30:16,066 --> 00:30:18,026 Ada antara kamu yang kenal Betty. 378 00:30:18,819 --> 00:30:20,779 Tapi kita ada kereta baru. 379 00:30:21,905 --> 00:30:24,408 Namanya Shahrzad. 380 00:30:25,951 --> 00:30:27,828 Bagaimana, Peyman? 381 00:30:28,704 --> 00:30:31,623 Ayah akan kalahkan saya dengan kereta itu. 382 00:30:32,916 --> 00:30:34,376 Tapi, anak ayah… 383 00:30:35,544 --> 00:30:37,838 ini kereta kamu. 384 00:30:39,047 --> 00:30:40,048 Apa? 385 00:30:40,132 --> 00:30:43,635 Kali ini, kamu tiada alasan untuk kalah dengan ayah! 386 00:30:44,261 --> 00:30:45,470 Saya sayang ayah. Terima kasih. 387 00:30:50,934 --> 00:30:53,020 Rakan-rakan kita di sini akan lancarkan dron, 388 00:30:53,103 --> 00:30:55,063 dicipta oleh industri ketenteraan kita sendiri, 389 00:30:55,147 --> 00:30:58,525 jadi kamu semua boleh tonton kami secara langsung di skrin. 390 00:30:59,276 --> 00:31:00,527 Mari mulakan! 391 00:31:01,862 --> 00:31:03,071 Kita ada masalah. 392 00:31:03,155 --> 00:31:05,073 Jika awak maksudkan tentang dron, ia bukan masalah. 393 00:31:05,157 --> 00:31:07,367 Saya dah kunci isyaratnya. Saya nampak semua yang ia nampak. 394 00:31:07,451 --> 00:31:09,745 Mereka bertukar kereta. 395 00:31:09,828 --> 00:31:11,455 Mohammadi tetap akan pandu Betty. 396 00:31:12,414 --> 00:31:13,916 Jaga diri. 397 00:31:23,634 --> 00:31:25,093 Jadi? Ayuh! 398 00:31:25,177 --> 00:31:26,512 Saya datang. 399 00:31:36,313 --> 00:31:37,564 Telefon Marjan. 400 00:31:38,065 --> 00:31:39,650 Apa maksudnya untuk kita? 401 00:31:39,733 --> 00:31:41,818 Maksudnya kita tak boleh kawal kereta Mohammadi. 402 00:31:41,902 --> 00:31:43,070 Okey, dengar. 403 00:31:44,446 --> 00:31:45,781 Saya buat tampungan pada dron. 404 00:31:47,115 --> 00:31:48,659 Kereta-kereta itu dah bertolak. 405 00:32:50,888 --> 00:32:54,808 Sesiapa ada idea? Masa untuk berfikir di luar kotak. 406 00:33:26,840 --> 00:33:28,008 Saya tahu… 407 00:33:28,717 --> 00:33:31,470 Saya boleh guna kereta Peyman untuk hentam keretanya dan buat dia jatuh gaung. 408 00:33:31,553 --> 00:33:32,554 Apa? 409 00:33:33,055 --> 00:33:34,389 Milad, awak dah gila? 410 00:33:36,600 --> 00:33:37,643 Jangan lakukannya, Milad. 411 00:33:37,726 --> 00:33:39,770 - Yulia, awak dengar? - Ya. 412 00:33:47,819 --> 00:33:48,862 Milad, jangan lakukannya. 413 00:33:48,946 --> 00:33:51,114 Pertaruhannya terlalu tinggi dan peluangnya sangat rendah. 414 00:33:51,198 --> 00:33:52,449 - Apa keputusan akhirnya? - Milad, 415 00:33:52,533 --> 00:33:54,826 awak yakin boleh berjaya? 416 00:33:54,910 --> 00:33:57,204 Milad, saya harap awak tak lakukannya. 417 00:33:57,287 --> 00:34:00,415 Sistem itu bukan direka untuk itu. Awak akan bunuh Peyman dengan sia-sia. 418 00:34:07,840 --> 00:34:09,550 - Milad? Awak yakin… - Ya. 419 00:34:09,632 --> 00:34:10,926 Ya, saya yakin. 420 00:34:11,009 --> 00:34:12,636 Milad, saya takkan biarkan ia berlaku. 421 00:34:15,222 --> 00:34:16,598 Marjan, bagaimana? 422 00:34:16,681 --> 00:34:18,391 Kita takkan dapat peluang begini lagi. 423 00:34:19,643 --> 00:34:21,770 Okey. Teruskan. 424 00:34:21,853 --> 00:34:23,063 Milad, awak dengar? 425 00:34:23,146 --> 00:34:24,523 Ya, saya akan lakukannya. 426 00:34:24,606 --> 00:34:26,024 Milad, dengar. 427 00:34:26,108 --> 00:34:27,943 Dengar. Saya bercakap dengan awak. 428 00:34:28,025 --> 00:34:29,027 Jangan bertindak… 429 00:34:30,487 --> 00:34:31,989 Awak dengar? 430 00:34:37,034 --> 00:34:38,579 BREK DILUMPUHKAN TERGANTUNG 431 00:34:40,789 --> 00:34:42,248 Ini dia. 432 00:34:47,545 --> 00:34:48,880 Tak guna! 433 00:34:49,380 --> 00:34:52,259 Saya terlepas Mohammadi. Saya cuba tolak dia di selekoh seterusnya. 434 00:36:53,005 --> 00:36:55,007 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid