1 00:00:23,920 --> 00:00:25,960 HUBUNGAN SULIT 2 00:00:39,640 --> 00:00:40,720 Marina! 3 00:00:40,760 --> 00:00:42,080 Saya datang, mak! 4 00:00:42,160 --> 00:00:45,720 Marina, kamu buat apa? Turun, kita dah lewat ke gereja. 5 00:00:58,960 --> 00:01:01,160 Tengoklah muka kamu semasa majlis tadi. 6 00:01:01,240 --> 00:01:03,560 Kamu buat mak malu. 7 00:01:03,640 --> 00:01:06,280 Tuan Anselmo yang patut malu sebab hidang wain teruk. 8 00:01:06,360 --> 00:01:08,200 Kamu dah hilang akal? 9 00:01:08,280 --> 00:01:10,680 Jangan renung orang lain begitu. 10 00:01:10,760 --> 00:01:12,400 Kelakuan itu biadab. 11 00:01:12,880 --> 00:01:16,800 Entah apa dah jadi pada kamu. Kalau kamu tak nak datang, 12 00:01:16,880 --> 00:01:18,280 tak payahlah datang. 13 00:01:18,400 --> 00:01:21,720 Kamu melekat pada mak sepanjang hari. Mak suka, tapi... 14 00:01:21,800 --> 00:01:23,880 Entah apa masalah kamu. 15 00:01:23,960 --> 00:01:25,600 Bandar ini tak menyenangkan. 16 00:01:26,200 --> 00:01:27,480 Tak menyenangkan? 17 00:01:27,560 --> 00:01:28,480 Baru-baru ini... 18 00:01:29,680 --> 00:01:31,160 Ada kejadian berlaku. 19 00:01:31,240 --> 00:01:34,280 Macam-macam kejadian dah berlaku seumur hidup kamu. 20 00:01:36,240 --> 00:01:38,600 -Apa? -Keluarga Do Porto ada di situ. 21 00:01:40,960 --> 00:01:43,840 Mak, mari balik dan singgah rumah Mak Cik Pilar. 22 00:01:43,920 --> 00:01:47,280 -Dah lama kita tak jumpa dia. -Dia mati tiga tahun lalu. 23 00:01:48,040 --> 00:01:49,040 Patutlah. 24 00:01:49,920 --> 00:01:51,480 Tengok, mereka datang. 25 00:01:52,080 --> 00:01:54,600 Ada apa, sayang? 26 00:01:55,960 --> 00:01:58,840 -Mereka datang. -Mak, tunggu di sini. 27 00:01:59,520 --> 00:02:01,200 -Helo! -Mak, tunggu di sini. 28 00:02:01,280 --> 00:02:02,920 Tapi mak nak ikut kamu. 29 00:02:03,000 --> 00:02:04,520 -Helo! -Hai! 30 00:02:04,600 --> 00:02:07,960 Tolong pegang beg saya, mak. Kita jumpa di bot nanti. 31 00:02:08,880 --> 00:02:10,160 -Budak itu. -Apa khabar? 32 00:02:10,240 --> 00:02:11,840 Asyik berlari-lari. 33 00:02:26,960 --> 00:02:27,800 Tumpang lalu. 34 00:02:33,760 --> 00:02:34,600 Hei! 35 00:02:35,280 --> 00:02:37,080 Hei! Tunggu! 36 00:02:45,080 --> 00:02:46,600 Hei! 37 00:02:47,400 --> 00:02:48,320 Hei! 38 00:03:09,400 --> 00:03:10,520 Berhenti! 39 00:03:12,360 --> 00:03:13,840 Berhenti di situ! 40 00:03:16,200 --> 00:03:17,720 Angkat tangan! 41 00:03:17,800 --> 00:03:19,400 Pusing perlahan-lahan. 42 00:03:21,880 --> 00:03:24,160 Angkat kedua-dua belah tangan! 43 00:03:34,600 --> 00:03:36,040 Awak curi kutipan gereja? 44 00:03:38,280 --> 00:03:40,840 Saya dibuang kerja dan perlu sara dua anak. 45 00:03:40,920 --> 00:03:43,080 -Awak siapa? -Saya Francisco Alfaro. 46 00:03:43,640 --> 00:03:46,560 Sebulan lalu saya jurubank di pejabat Plaza Lama. 47 00:03:58,040 --> 00:04:01,920 Awak tak jumpa cermin mata yang sesuai dipakai ke gereja? 48 00:04:02,920 --> 00:04:05,000 Ya Tuhan. Apa yang awak pakai? 49 00:04:05,560 --> 00:04:08,720 Mikroskop buatan sendiri. Majalah ini menyelamatkan saya. 50 00:04:09,400 --> 00:04:10,280 Bunga itu pula? 51 00:04:10,360 --> 00:04:13,440 Bukankah awak tak berminat dengan pelamar awak? 52 00:04:13,520 --> 00:04:16,120 Bukan daripada pelamar, tapi daripada pembunuh. 53 00:04:16,240 --> 00:04:18,560 -Apa? -Dia kirim dengan nota ini. 54 00:04:18,640 --> 00:04:20,880 Saya ingatkan ternampak dia di gereja. 55 00:04:20,960 --> 00:04:22,240 MENYIBUK MEMAKAN DIRI 56 00:04:22,360 --> 00:04:25,160 -Kita kena telefon polis. -Kemudian beritahu saja? 57 00:04:25,240 --> 00:04:27,240 Tidak, saya nak cuba analisis. 58 00:04:27,320 --> 00:04:30,920 Bunga ialah amaran agar berundur. 59 00:04:31,000 --> 00:04:33,560 Awak tak faham lagi? Dia tahu awak masih hidup. 60 00:04:33,640 --> 00:04:36,200 Saya dah hampir. Sebab itu dia mengugut saya. 61 00:04:36,240 --> 00:04:38,520 Mari sini. Tengok apa saya jumpa. 62 00:04:38,600 --> 00:04:41,000 Saya datang untuk bawa teh. Saya tak... 63 00:04:41,080 --> 00:04:43,360 Marilah. Awak pun tak sabar nak tahu. 64 00:04:43,440 --> 00:04:44,920 Tengok kelopaknya. 65 00:04:45,800 --> 00:04:47,680 Nampak tompok merah itu? 66 00:04:47,760 --> 00:04:49,560 Darah! Itu darah. 67 00:04:49,640 --> 00:04:51,360 Tak, bukan darah. 68 00:04:51,440 --> 00:04:56,080 Kesan kotoran itu mengandungi asid yang spesifik. Cuba lihat. 69 00:04:59,520 --> 00:05:01,760 Nampak? Itu karmin. 70 00:05:02,320 --> 00:05:05,520 Karmin? Jadi pembunuh itu guna gincu. 71 00:05:05,600 --> 00:05:09,040 Atau mungkin ada wanita yang terlibat sama. 72 00:05:10,000 --> 00:05:13,120 -Lulú de Polignac. -Awak dah tahu namanya? 73 00:05:13,200 --> 00:05:16,000 Bukan, Lulú de Polignac. Warna merah nombor 21. 74 00:05:16,080 --> 00:05:19,200 Antara gincu kegemaran saya dan menggunakan asid itu. 75 00:05:19,240 --> 00:05:22,760 -Jadi teori awak... -Tak, saya tiada teori. 76 00:05:22,800 --> 00:05:24,880 Saya tahu gincu ini mahal, 77 00:05:24,920 --> 00:05:29,200 tapi tak terlalu mahal dan ramai wanita Galicia memilikinya. 78 00:05:30,800 --> 00:05:33,920 Rasanya awak terlupa perkara paling penting. 79 00:05:34,000 --> 00:05:37,680 Awak terima bunga musim bunga pada pertengahan musim luruh. 80 00:05:39,200 --> 00:05:40,480 Awak nampak, Héctor? 81 00:05:42,400 --> 00:05:44,840 Kita boleh jadi pasangan penyiasat sempurna. 82 00:05:44,920 --> 00:05:48,400 Tak, saya hampir terpedaya lagi. Tidak. 83 00:05:48,480 --> 00:05:51,440 Awak tak sedar lagi, Héctor? Takdir menemukan kita. 84 00:05:51,520 --> 00:05:54,800 Saya cuma sedar kedai Pn. Francina hampir ditutup 85 00:05:54,880 --> 00:05:56,840 dan kita akan kehabisan kek. 86 00:05:56,920 --> 00:05:58,520 Bagus. Kek akan tiba. 87 00:05:58,600 --> 00:06:01,000 -Apa? -Sekejap, saya nak tukar pakaian. 88 00:06:11,440 --> 00:06:12,720 Tunggu saya. 89 00:06:16,360 --> 00:06:18,720 Masa berlalu bagi semua orang kecuali awak. 90 00:06:20,320 --> 00:06:22,280 Siapa puteri ini? Tak mungkin dia... 91 00:06:22,760 --> 00:06:24,840 Panjang umur kamu, sayang. 92 00:06:25,800 --> 00:06:28,040 -Mak tak perlukan saya... -Mari sini. 93 00:06:28,120 --> 00:06:30,560 Mari sapa Antón, sahabat baik ayah kamu. 94 00:06:30,640 --> 00:06:35,360 Marina, ini Antón Ramírez. Dia bekerja dengan ayah semasa di Ourense. 95 00:06:35,880 --> 00:06:38,880 Amboi, kamu gadis yang cantik. 96 00:06:38,960 --> 00:06:40,960 Dah cukup dewasa untuk berkahwin. 97 00:06:41,040 --> 00:06:45,480 En. Ramírez. Gembira jumpa awak, tapi tolong letak cerut itu. 98 00:06:45,560 --> 00:06:48,680 -Baunya... -Harum, bukan? 99 00:06:49,640 --> 00:06:51,640 Ramírez akan bantu abang dalam kes itu. 100 00:06:51,720 --> 00:06:55,200 Keadaan agak huru-hara dengan banyak rompakan. 101 00:06:55,280 --> 00:06:59,560 Jangan takutkan budak itu. Dia agak tertekan dan berkelakuan pelik. 102 00:06:59,640 --> 00:07:02,400 Tak begitu pelik, mak. Jangan panggil saya budak. 103 00:07:02,480 --> 00:07:04,480 Awak akan uruskan kes rompakan? 104 00:07:04,560 --> 00:07:07,880 -Dia akan jaga keselamatan kita. -Apa maksud abang? 105 00:07:08,720 --> 00:07:11,160 Agar awak tak keluar membawa senjata. 106 00:07:12,320 --> 00:07:13,760 Saya takkan buat begitu. 107 00:07:14,720 --> 00:07:19,320 Marina, kami dapat panggilan pagi ini melaporkan tentang wanita di taman gereja. 108 00:07:19,400 --> 00:07:20,520 Kenapa pula saya? 109 00:07:24,440 --> 00:07:28,680 "Tingginya 1.6 meter, rambut perang, mata gelap dan berpakaian kemas." 110 00:07:28,760 --> 00:07:31,200 Saya 1.6 meter dan bermata hijau. 111 00:07:31,840 --> 00:07:33,320 Wanita itu menggila. 112 00:07:34,000 --> 00:07:35,360 Itu petunjuk terakhir. 113 00:07:35,440 --> 00:07:38,160 Awak perlu berhati-hati dengan perangai mengarut awak. 114 00:07:38,240 --> 00:07:39,600 Kami boleh tahan awak. 115 00:07:39,680 --> 00:07:43,240 -Sebab berlari di taman? -Menakutkan orang dengan pistol ayah. 116 00:07:43,320 --> 00:07:45,000 Ya Tuhan! Tidak, Marina. 117 00:07:45,480 --> 00:07:46,520 Tak benar. 118 00:07:47,920 --> 00:07:50,520 Jadi kami boleh geledah bilik tidur awak? 119 00:07:50,600 --> 00:07:55,080 -Tidak! -Dengar sini, Marina. 120 00:07:55,160 --> 00:07:57,280 -Panggil detektif. -Aduhai, Marina. 121 00:07:57,720 --> 00:07:58,720 -Tidak. -Marina. 122 00:07:58,800 --> 00:08:00,640 -Tolong naik ke atas. -Tidak. 123 00:08:00,720 --> 00:08:03,160 -Jangan masuk bilik saya. -Cik, tolonglah. 124 00:08:03,240 --> 00:08:05,960 -Saya tak benarkan. -Marina. 125 00:08:06,040 --> 00:08:07,160 Bukan ikut situ! 126 00:08:07,880 --> 00:08:10,280 -Marina. -Ayuh, lekas. 127 00:08:20,040 --> 00:08:21,120 Geledah bilik ini. 128 00:08:22,080 --> 00:08:23,920 Awak menceroboh privasi. 129 00:08:24,000 --> 00:08:25,760 Awak agak menarik. 130 00:08:25,840 --> 00:08:28,080 Mengingatkan saya pada mendiang ayah awak. 131 00:08:28,160 --> 00:08:30,240 Namun, awak tak macam dia. 132 00:08:43,720 --> 00:08:45,760 Pablo, tengok laci ini. 133 00:08:48,880 --> 00:08:51,360 Teringin nak tengok pakaian dalam saya? 134 00:08:52,760 --> 00:08:54,280 Buka laci itu. 135 00:08:54,360 --> 00:08:55,200 Baik. 136 00:09:00,360 --> 00:09:03,400 Pakaian dalam Charmode, kain paling lembut untuk disentuh. 137 00:09:03,480 --> 00:09:04,760 Rasalah. 138 00:09:11,080 --> 00:09:12,160 Bawa bertenang. 139 00:09:13,120 --> 00:09:14,840 Saya ganas apabila memakainya. 140 00:09:19,080 --> 00:09:21,080 -Pistol itu pada badannya. -Apa? 141 00:09:21,880 --> 00:09:25,480 Awak fikir awak bijak, tapi awak tak cukup pengalaman. 142 00:09:25,520 --> 00:09:28,200 Jangan sentuh saya. 143 00:09:28,280 --> 00:09:30,160 Saya belum sentuh awak lagi. 144 00:09:30,240 --> 00:09:31,160 Pegang dia. 145 00:09:31,240 --> 00:09:33,080 Ini melampau! 146 00:09:33,520 --> 00:09:35,240 Abang! 147 00:09:36,520 --> 00:09:37,440 Ada di sini. 148 00:09:39,400 --> 00:09:41,760 Saya dah kenal awak sejak awak kecil. 149 00:09:41,840 --> 00:09:43,840 Kenapa merumitkan keadaan? 150 00:09:44,760 --> 00:09:47,320 Kenapa abang seronok buat begini pada saya? 151 00:09:49,880 --> 00:09:52,120 Terima kasih, semua. Tugas dah selesai. 152 00:09:52,200 --> 00:09:54,040 Perhatikan dia. 153 00:09:58,600 --> 00:10:00,880 Saya ingatkan dia berbeza. 154 00:10:00,960 --> 00:10:03,280 Saya tak berniat memihak pada dia, 155 00:10:03,360 --> 00:10:05,520 tapi dia tiada pilihan. 156 00:10:05,640 --> 00:10:09,520 Dia dah cukup baik sebab benarkan awak ambil gambar bukti. 157 00:10:10,400 --> 00:10:13,240 Warna biru ini cantik, dan awak tak pernah pakai. 158 00:10:13,760 --> 00:10:16,880 Héctor, kita kena teruskan rancangan kita. 159 00:10:17,000 --> 00:10:19,480 -Rancangan kita? -Kek Pn. Francina. 160 00:10:19,520 --> 00:10:21,080 Mereka memerhatikan awak. 161 00:10:21,160 --> 00:10:25,880 Saya juga baru ingat bakeri itu tak dibuka pada petang Ahad. 162 00:10:25,960 --> 00:10:28,440 Cubaan yang baik, tapi awak sentuh telinga. 163 00:10:28,520 --> 00:10:32,640 Mari kita pergi ke pasar bunga dan beli kek awak. 164 00:10:32,720 --> 00:10:35,720 -Saya kena kemas bilik ini. -Biar Lourditas buat. 165 00:10:35,760 --> 00:10:38,280 Macam mana awak nak keluar dari sini? 166 00:11:39,840 --> 00:11:42,040 Saya suka gaya rambut awak. 167 00:11:42,120 --> 00:11:43,800 Ada sentuhan desa. 168 00:11:46,080 --> 00:11:49,120 Maaf, Cik Quiroga. Saya tak berniat nak buat awak terkejut. 169 00:11:49,680 --> 00:11:51,120 -Apa? -Saya Anaïs Montero. 170 00:11:51,200 --> 00:11:53,200 Wartawan akhbar Galician Gazette. 171 00:11:53,280 --> 00:11:55,800 Saya suka baca Sudut Masyarakat. 172 00:11:55,880 --> 00:11:58,920 -Maaf, saya nak cepat. -Saya penulis Sudut Masyarakat. 173 00:11:59,000 --> 00:12:02,920 Kami nak buat artikel tentang sepuluh andartu tercantik di bandar ini. 174 00:12:03,920 --> 00:12:07,720 -Dia kata "andartu"? -Telinga kanan saya kurang jelas. 175 00:12:07,800 --> 00:12:09,160 Letak saya nombor satu. 176 00:12:09,240 --> 00:12:10,600 Jalan. 177 00:12:11,440 --> 00:12:13,000 Tunggu dulu! 178 00:12:20,320 --> 00:12:21,840 Awak okey, encik? 179 00:12:23,440 --> 00:12:25,280 Saya alahan bunga azalea. 180 00:12:25,360 --> 00:12:27,080 Awak kata itu bunganya? 181 00:12:27,160 --> 00:12:28,280 Ya, jenis Carmiña. 182 00:12:28,360 --> 00:12:29,560 Bunga itu? 183 00:12:31,360 --> 00:12:32,280 Semoga direstui. 184 00:12:32,360 --> 00:12:34,240 -Awak dah jumpa apa-apa? -Ya. 185 00:12:34,320 --> 00:12:37,320 Satu-satunya gerai yang jual bunga luar musim 186 00:12:37,400 --> 00:12:39,440 ialah gerai di situ. 187 00:12:40,600 --> 00:12:43,240 Mungkin dia pemilik gincu kita. 188 00:12:43,320 --> 00:12:46,080 Tak mungkin penjual bunga mampu beli barang mahal, 189 00:12:46,160 --> 00:12:47,400 tapi kita tak tahu. 190 00:12:48,320 --> 00:12:50,160 -Semoga direstui. -Terima kasih. 191 00:12:50,240 --> 00:12:51,480 Cantiknya. 192 00:12:53,800 --> 00:12:56,200 Dia pakai gincu. 193 00:12:56,720 --> 00:13:00,760 Ya, tapi itu warna merah strawberi. Kita mencari warna merah ceri. 194 00:13:02,080 --> 00:13:02,960 Boleh saya bantu? 195 00:13:03,040 --> 00:13:04,520 -Selamat petang. -Sama-sama. 196 00:13:04,600 --> 00:13:07,160 Saya dengar hanya awak yang jual 197 00:13:07,240 --> 00:13:11,200 -bunga lili pada bulan ini. -Serta bunga azalea, jasmin dan popi. 198 00:13:11,280 --> 00:13:13,160 Tiada orang lain jual bunga eksotik. 199 00:13:13,240 --> 00:13:16,320 Cubalah bau. Awak akan rasa seperti dalam musim bunga. 200 00:13:17,000 --> 00:13:18,800 Harganya cuma 50 sen. 201 00:13:18,880 --> 00:13:22,440 Maaf, isteri saya cari bunga lili. 202 00:13:23,200 --> 00:13:24,360 Stok habis pagi ini. 203 00:13:24,920 --> 00:13:26,840 -Awak jual banyak? -Tidak. 204 00:13:26,920 --> 00:13:31,560 Saya jual kepada lelaki yang menyukainya melebihi bunga lain di muka bumi ini. 205 00:13:31,640 --> 00:13:34,240 -Setiap minggu, lebih banyak lili. -Aduhai. 206 00:13:34,320 --> 00:13:36,360 Kami datang dari jauh. 207 00:13:37,200 --> 00:13:40,640 Boleh berikan alamat klien awak? 208 00:13:40,720 --> 00:13:43,400 Mungkin kami boleh pujuk dia jual sedikit. 209 00:13:44,120 --> 00:13:45,640 Saya tak buat begitu. 210 00:13:46,200 --> 00:13:48,240 Saya takkan dedahkan maklumat klien. 211 00:13:49,240 --> 00:13:54,120 Puan, mungkin kami akan nampak dia beli bunga di pasar ini juga. 212 00:13:54,920 --> 00:13:56,520 Tentunya... 213 00:13:57,080 --> 00:13:59,200 kita boleh aturkan sesuatu. 214 00:14:06,720 --> 00:14:08,280 Awak hebat beri kerjasama. 215 00:14:08,360 --> 00:14:11,120 Ya, sebab bakeri hampir ditutup 216 00:14:11,200 --> 00:14:14,040 dan saya tahu kita akan habiskan masa di situ. 217 00:14:14,520 --> 00:14:17,840 -Maklumat awak mahal. -Dia pandai ambil kesempatan. 218 00:14:18,320 --> 00:14:21,280 Cepat betul dia tutup kedainya. 219 00:14:21,360 --> 00:14:24,040 Dia tak pernah buat jualan begitu seumur hidupnya. 220 00:14:24,680 --> 00:14:25,520 Semoga direstui. 221 00:14:26,200 --> 00:14:27,120 Terima kasih. 222 00:14:27,600 --> 00:14:31,600 Macam mana awak nak menangani penjahat itu? 223 00:14:31,680 --> 00:14:33,120 Lelaki itu berbahaya. 224 00:14:33,200 --> 00:14:35,320 Dia tak kenal lagi lawannya. 225 00:14:38,800 --> 00:14:39,680 Awak tak betul. 226 00:14:40,640 --> 00:14:41,600 Semoga direstui. 227 00:14:45,520 --> 00:14:47,560 Tunduk. Dia datang ke arah kita. 228 00:14:49,000 --> 00:14:51,280 Tak, bukan itu. Dia tua dan gemuk. 229 00:14:51,360 --> 00:14:53,360 Bukan itu lelaki yang serang saya. 230 00:14:53,440 --> 00:14:56,440 Baguslah. Jika tiada pembunuh, lebih baik. 231 00:14:56,520 --> 00:14:58,160 -Mari pergi. -Jangan, Héctor! 232 00:14:58,240 --> 00:14:59,680 Kita kena ikut dia. 233 00:14:59,760 --> 00:15:01,520 -Namun... -Lili itu penunjuknya. 234 00:15:01,600 --> 00:15:03,840 Kita kena tahu cara pembunuh itu dapat. 235 00:15:03,920 --> 00:15:05,360 Ayuh, lekas! 236 00:15:15,800 --> 00:15:17,440 Laju lagi! Dia semakin jauh. 237 00:15:17,520 --> 00:15:21,120 Saya memandu mengikut had laju maksimum. 238 00:15:21,520 --> 00:15:22,640 Apa awak buat? 239 00:15:23,720 --> 00:15:26,160 Sudah lama saya mengabaikan undang-undang. 240 00:15:34,440 --> 00:15:37,480 -Nampak teksi itu? -Saya cuma nampak lampu. 241 00:15:47,520 --> 00:15:49,200 Di situ! Ikut belakang dia. 242 00:15:49,280 --> 00:15:50,880 Perlahan sedikit. 243 00:16:00,640 --> 00:16:01,640 Awak okey? 244 00:16:05,360 --> 00:16:06,240 Tengok! 245 00:16:09,960 --> 00:16:11,440 Lekas. 246 00:16:11,520 --> 00:16:13,320 LA BELLA LOLITA TEATER BELLE EPOQUE 247 00:16:17,640 --> 00:16:18,840 Mana dia pergi? 248 00:16:20,160 --> 00:16:23,480 Apa pun alasan awak, tindakan ini mengarut. 249 00:16:31,400 --> 00:16:35,200 Suatu masa dulu, aku berani... 250 00:16:36,000 --> 00:16:37,520 Itu La Bella Lolita. 251 00:16:38,000 --> 00:16:41,120 Aku sedar apa yang dia fikirkan 252 00:16:41,200 --> 00:16:44,520 Selepas aku menggigitnya 253 00:16:45,160 --> 00:16:49,000 Kini dia memandangku 254 00:16:49,080 --> 00:16:54,440 Selepas menggigitnya, inilah pesananku 255 00:16:54,520 --> 00:16:59,160 Kau mencari cinta yang ikhlas dan suci... 256 00:16:59,240 --> 00:17:03,320 Saya mungkin silap, tapi itu warna merah ceri. 257 00:17:03,400 --> 00:17:06,240 Namun kau takkan memilikinya tanpa wang 258 00:17:07,600 --> 00:17:09,880 Saya dah kata awak berjiwa detektif. 259 00:17:09,960 --> 00:17:12,960 Sayang, sampai satu masa Kau takkan beranak lagi 260 00:17:13,320 --> 00:17:17,080 Jika kau rasa perit mendengar pesananku 261 00:17:17,160 --> 00:17:19,000 Terima sahaja 262 00:17:30,520 --> 00:17:33,000 Terima kasih banyak-banyak. 263 00:17:38,200 --> 00:17:40,400 Tengok, dia beri bunga pada wanita itu. 264 00:17:43,400 --> 00:17:45,960 Kita mesti dapatkan sampel gincu itu. 265 00:17:48,920 --> 00:17:51,160 Maaf, awak La Bella Lolita, bukan? 266 00:17:51,240 --> 00:17:53,520 Tak lain dan tak bukan. Boleh saya bantu? 267 00:17:53,560 --> 00:17:54,880 Seronoknya! 268 00:17:54,960 --> 00:17:57,440 Ada sesiapa cakap, awak macam Rita Hayworth? 269 00:17:57,520 --> 00:17:59,080 Ya, benar-benar sama. 270 00:17:59,160 --> 00:18:01,800 Bezanya tiada Orson Welles dalam dakapan saya. 271 00:18:02,800 --> 00:18:03,760 Lucunya! 272 00:18:03,800 --> 00:18:05,800 Maaf, mungkin ini kurang sopan, 273 00:18:05,920 --> 00:18:08,000 tapi saya suka gincu awak. 274 00:18:08,080 --> 00:18:09,560 Apa jenamanya? 275 00:18:09,680 --> 00:18:12,400 Saya pun tak tahu. Peminat saya hadiahkan. 276 00:18:12,480 --> 00:18:14,960 Maaf, tapi saya nak cepat. 277 00:18:15,040 --> 00:18:17,520 Maaf, dungunya saya. 278 00:18:17,560 --> 00:18:20,800 Saya sangat teruja hingga lupa beritahu awak. 279 00:18:20,920 --> 00:18:23,800 Kami dari majalah untuk buat paparan hebat tentang awak. 280 00:18:24,560 --> 00:18:26,200 -Paparan hebat? -Ya. 281 00:18:26,280 --> 00:18:28,920 -Sangat hebat, untuk Vogue. -Menariknya! 282 00:18:29,000 --> 00:18:32,160 Tunggu di bar, saya nak letak bunga di bilik persalinan. 283 00:18:32,240 --> 00:18:33,280 Terima kasih! 284 00:18:34,560 --> 00:18:36,040 Jadi kita wartawan? 285 00:18:36,560 --> 00:18:38,200 Saya kena cakap sesuatu. 286 00:18:39,040 --> 00:18:41,400 Saya berfikir berulang kali, 287 00:18:41,480 --> 00:18:43,680 dan kemudian nampak peluang. 288 00:18:43,760 --> 00:18:48,560 Saya duduk di rumah, tak tahu apa-apa... 289 00:18:49,080 --> 00:18:51,080 Maaf, awak tak catat nota? 290 00:18:51,560 --> 00:18:54,320 Tak, saya simpan semuanya dalam kepala saya. 291 00:18:55,080 --> 00:18:59,560 Sebab champagne dah dihidangkan, apa kata kita minum dulu? 292 00:19:04,480 --> 00:19:06,800 Saya harap awak bukan wartawan 293 00:19:06,920 --> 00:19:10,400 yang nak saya mabuk untuk tahu hubungan sulit saya, bukan? 294 00:19:10,480 --> 00:19:12,040 -Tidak! -Tidak sama sekali. 295 00:19:12,080 --> 00:19:15,080 Jika awak nak sahkan hubungan saya dengan Gary Cooper, 296 00:19:15,200 --> 00:19:16,320 jawapannya... 297 00:19:18,400 --> 00:19:19,960 Ya, memang ada hubungan sulit. 298 00:19:20,040 --> 00:19:21,640 Macam-macam yang berlaku. 299 00:19:22,080 --> 00:19:25,800 Tak, kami lebih berminat dengan aktiviti harian awak. 300 00:19:26,400 --> 00:19:29,960 Petua kecantikan, cara solekan dan jenama gincu. 301 00:19:30,040 --> 00:19:32,800 Awak tak reti mengalah. Saya kata saya tak tahu. 302 00:19:32,880 --> 00:19:34,160 Selepas ini giliran saya. 303 00:19:34,240 --> 00:19:35,880 Nanti saya datang semula. 304 00:19:35,960 --> 00:19:39,000 -Temu bual belum selesai lagi. -Maaflah, 305 00:19:39,080 --> 00:19:41,760 penonton mahu saya. Tanpa mereka, siapalah saya. 306 00:19:41,800 --> 00:19:44,320 -Boleh datang lain kali? -Ya, sudah tentu. 307 00:19:44,400 --> 00:19:47,560 Sebelum kami pergi, saya nak minta satu pertolongan. 308 00:19:47,680 --> 00:19:50,680 Rakan setugas saya amat malu. 309 00:19:50,760 --> 00:19:54,080 Minta tolong? Awak boleh tengok, tapi jangan pegang. 310 00:19:54,200 --> 00:19:57,240 Tak, tolonglah jangan salah faham. 311 00:19:57,680 --> 00:20:00,280 Tolong beri ciuman pada pipi dia saja. 312 00:20:00,320 --> 00:20:03,440 Dia tahu semua lagu awak dan sentiasa menyanyikannya. 313 00:20:05,520 --> 00:20:07,200 Hanya sebagai peminat. 314 00:20:07,280 --> 00:20:08,960 Awak tahu semua lagu saya? 315 00:20:09,040 --> 00:20:12,160 -Semuanya. -Mari saya beri ciuman. 316 00:20:12,800 --> 00:20:16,160 Awak patut cakap lebih awal. Lelaki gay suka saya. 317 00:20:19,880 --> 00:20:23,080 Kita jumpa lagi, ratu. 318 00:20:24,760 --> 00:20:25,800 Terima kasih! 319 00:20:27,560 --> 00:20:29,160 Kita dah dapat. 320 00:20:37,280 --> 00:20:39,560 Saya tangkap dia dengan perempuan lain! 321 00:20:40,720 --> 00:20:45,160 Jika awak nak curang, awak pilih bar yang salah. 322 00:20:49,920 --> 00:20:53,320 Sumpah, suatu hari nanti saya takkan bantu awak lagi. 323 00:20:53,920 --> 00:20:57,640 Maaf, Héctor. Saya cuma gementar. Saya dah sangat hampir. 324 00:20:57,720 --> 00:20:59,320 Mari duduk di sini. 325 00:21:13,200 --> 00:21:14,960 -Pedihnya! -Macam mana boleh pedih? 326 00:21:19,240 --> 00:21:20,560 Saya dah agak! 327 00:21:20,640 --> 00:21:23,880 Héctor, awak perlu menyelinap masuk ke bilik persalinan. 328 00:21:23,960 --> 00:21:25,760 Dia ada kaitan dengan pembunuh. 329 00:21:25,800 --> 00:21:27,520 -Saya? -Ya. 330 00:21:27,560 --> 00:21:30,640 Bawa bunga dan kata awak penghantar barang. 331 00:21:30,720 --> 00:21:32,640 Tidak sama sekali! 332 00:21:32,720 --> 00:21:34,080 Seribu kali tidak. 333 00:21:34,200 --> 00:21:37,080 Awak seret saya ke merata tempat sepanjang hari 334 00:21:37,160 --> 00:21:40,520 dan tak beri perhatian pada apa yang saya cakap. Saya tak mahu. 335 00:21:40,560 --> 00:21:43,480 Saya akan ambil kek dan pulang. 336 00:21:43,560 --> 00:21:47,320 Saya tak nak teruskan. Semuanya dah berakhir. 337 00:21:47,440 --> 00:21:49,080 -Héctor! -Dengar sini! 338 00:21:49,160 --> 00:21:51,240 Awak wanita yang hebat. 339 00:21:51,320 --> 00:21:53,680 Berani, tidak gentar dan bijak. 340 00:21:53,760 --> 00:21:57,640 Namun awak tiada naluri untuk menjaga diri. 341 00:21:57,720 --> 00:22:02,160 Awak masih belum sedar saya cuma tak mahu awak cedera? 342 00:22:02,880 --> 00:22:06,400 Héctor, kita dah sangat hampir. Saya dapat rasakannya. Saya janji... 343 00:22:06,880 --> 00:22:11,000 Awak dah janji macam-macam pada saya dan semuanya penipuan. 344 00:22:11,720 --> 00:22:15,240 Saya janji apabila kita tahu pembunuhnya, 345 00:22:15,320 --> 00:22:19,280 saya akan beritahu polis dan tak terlibat dalam perkara lain. 346 00:22:19,360 --> 00:22:20,960 Awak sanggup bersumpah? 347 00:22:21,040 --> 00:22:21,960 Saya bersumpah. 348 00:22:23,680 --> 00:22:26,120 Nampaknya saya orang yang sangat penyabar. 349 00:22:39,120 --> 00:22:41,040 -Sekejap saja. -Awak tak boleh masuk. 350 00:22:41,120 --> 00:22:43,360 Setidaknya wang kita berbaloi. 351 00:22:43,440 --> 00:22:47,200 Saya tak peduli tentang wang. Saya lebih risau tentang alahan saya. 352 00:22:48,360 --> 00:22:52,160 -Saya tak pasti jika saya boleh buat. -Héctor, awak pasti okey. 353 00:22:52,240 --> 00:22:55,160 Hanya fokus untuk tak garu telinga. Lekas. 354 00:22:55,240 --> 00:22:59,360 -Lekas. -Dengan memegang jambangan bunga... 355 00:23:16,920 --> 00:23:21,480 Saya datang nak hantar bunga kepada La Bella Lolita. 356 00:23:21,560 --> 00:23:23,240 Boleh saya tahu pengirimnya? 357 00:23:24,000 --> 00:23:25,520 En. Cooper. 358 00:23:25,600 --> 00:23:27,280 Baiklah. 359 00:23:27,880 --> 00:23:31,240 Jalan terus, belok kanan, terus lagi dan kanan semula. 360 00:23:31,320 --> 00:23:33,320 Bilik dia di tingkat tiga. 361 00:23:43,960 --> 00:23:45,120 Selamat tinggal. 362 00:23:48,520 --> 00:23:51,440 Fokus, Jacinto. Saya tinggalkan ini untuk Pilita. 363 00:23:51,520 --> 00:23:54,240 Ingatkan dia dan berikan kepadanya esok. 364 00:23:54,320 --> 00:23:57,680 -Jangan tinggalkan apa-apa. -Sayang, cuma 10 minit, okey? 365 00:23:58,320 --> 00:23:59,440 Terima kasih banyak. 366 00:24:10,040 --> 00:24:11,280 La Bella Lolita? 367 00:24:11,360 --> 00:24:12,600 Maaf. 368 00:24:19,640 --> 00:24:20,600 La Bella Lolita? 369 00:24:27,200 --> 00:24:29,200 Hei! Tunggu! 370 00:24:29,680 --> 00:24:30,960 Tolonglah. 371 00:24:32,520 --> 00:24:33,720 Helo. 372 00:24:36,960 --> 00:24:38,560 Ada sesiapa di sini? 373 00:24:47,360 --> 00:24:48,200 Helo? 374 00:25:00,920 --> 00:25:02,320 Kot ini. 375 00:25:07,160 --> 00:25:08,480 Ada sesiapa di situ? 376 00:25:30,160 --> 00:25:31,400 Ada sesiapa di situ? 377 00:26:06,040 --> 00:26:08,960 -Awak nampak gadis bergaun merah? -Tidak. 378 00:26:24,800 --> 00:26:26,120 Maaf! 379 00:26:32,160 --> 00:26:33,120 Héctor? 380 00:26:37,160 --> 00:26:38,240 Héctor? 381 00:26:44,280 --> 00:26:45,360 Héctor? 382 00:26:49,600 --> 00:26:50,720 Héctor? 383 00:26:56,280 --> 00:26:57,240 Héctor! 384 00:26:57,320 --> 00:26:58,280 Héctor, bangun! 385 00:26:58,360 --> 00:26:59,600 Tolong! 386 00:26:59,680 --> 00:27:01,360 Héctor, pandang saya! 387 00:27:01,440 --> 00:27:04,160 Tolong! 388 00:27:04,520 --> 00:27:07,040 Pandang saya. 389 00:27:08,720 --> 00:27:10,120 Itu bilik tidur dia. 390 00:27:11,160 --> 00:27:13,520 Saya tak percaya dia tak keluar seharian. 391 00:27:13,600 --> 00:27:15,800 Dia juga sama macam yang lain. 392 00:27:15,880 --> 00:27:17,960 Lemah dan romantik. 393 00:27:18,760 --> 00:27:21,400 Pasti kita tak bercakap tentang orang yang sama. 394 00:27:21,480 --> 00:27:22,640 Detektif! 395 00:27:22,720 --> 00:27:24,200 Saya jumpa sarung tangan. 396 00:27:26,920 --> 00:27:28,960 Menghubungi 10-00. 397 00:27:31,560 --> 00:27:32,880 Menghubungi 10-00. 398 00:27:34,040 --> 00:27:35,960 Menghubungi 10-00. 399 00:27:36,040 --> 00:27:37,880 10-02, 10-00 di sini. 400 00:27:37,960 --> 00:27:40,880 Zarco, ini Cabanillas. Ada kecemasan. 401 00:27:40,960 --> 00:27:42,880 Burung dah terlepas dari sangkar. 402 00:27:42,960 --> 00:27:44,200 Mesej diterima. 403 00:27:48,800 --> 00:27:53,240 Tiada apa yang menarik perhatian awak? Perkara pelik atau luar biasa? 404 00:27:53,320 --> 00:27:55,200 Tuan, ada maklumat? 405 00:27:55,440 --> 00:27:56,640 Setakat itu saja. 406 00:27:56,720 --> 00:27:59,720 Jangan banyak bergerak. Jika pening, beritahu saya. 407 00:27:59,800 --> 00:28:00,640 Terima kasih. 408 00:28:02,520 --> 00:28:05,160 Héctor, saya ingatkan saya dah kehilangan awak. 409 00:28:06,680 --> 00:28:08,000 Cik, lengan saya. 410 00:28:08,520 --> 00:28:09,840 Maaf. Awak sakit? 411 00:28:11,040 --> 00:28:15,360 Sebenarnya apa yang dia buat pada jaket saya lebih menyakitkan. 412 00:28:17,040 --> 00:28:18,400 Héctor, saya... 413 00:28:19,480 --> 00:28:21,520 Jika apa-apa berlaku pada awak, saya... 414 00:28:22,960 --> 00:28:26,360 Jangan jadi emosional. Awak tahu saya mudah menangis. 415 00:28:28,680 --> 00:28:32,480 Lagipun, ada perkara penting yang saya nak beritahu awak. 416 00:28:34,240 --> 00:28:35,600 Saya nampak dia. 417 00:28:35,680 --> 00:28:38,240 Saya nampak muka pembunuh itu. 418 00:28:38,720 --> 00:28:43,160 Cik Quiroga, awak tak boleh keluar rumah tanpa kebenaran kami. 419 00:28:43,240 --> 00:28:45,880 Saya lebih penting dengan semua yang berlaku? 420 00:28:46,360 --> 00:28:47,560 Apa yang awak jumpa? 421 00:28:47,640 --> 00:28:49,800 Awak dah tahu nama pembunuhnya? 422 00:28:50,800 --> 00:28:52,720 Saya takkan terperangkap lagi. 423 00:28:52,800 --> 00:28:55,360 Abang awak nak jumpa awak berdua di balai. 424 00:28:55,440 --> 00:28:59,040 Kalau begitu lebih baik kita selesaikannya segera, bukan? 425 00:28:59,120 --> 00:29:00,720 Mari, Héctor. 426 00:29:03,200 --> 00:29:05,600 Awak nak dibunuh? 427 00:29:05,680 --> 00:29:07,920 Apa yang awak fikir, Héctor? 428 00:29:08,000 --> 00:29:10,240 Awak dah lupa tempat awak dalam rumah kami? 429 00:29:11,120 --> 00:29:12,600 Jawablah! 430 00:29:14,120 --> 00:29:17,120 Keluar dan suruh Marina masuk. 431 00:29:35,200 --> 00:29:38,520 -Tutup pintu. -Saya tak peduli jika mereka dengar. 432 00:29:38,600 --> 00:29:42,040 Saya malu mendengar kata-kata abang pada Héctor. 433 00:29:42,120 --> 00:29:43,440 Abang patut minta maaf. 434 00:29:43,520 --> 00:29:45,640 Sebenarnya abang sayang awak. 435 00:29:45,720 --> 00:29:48,040 Entah mengapa awak berusaha untuk dibunuh. 436 00:29:48,120 --> 00:29:49,720 Saya nak tangkap pembunuh. 437 00:29:49,800 --> 00:29:53,560 Héctor patut dihormati seperti orang lain yang bekerja untuk abang. 438 00:29:55,040 --> 00:29:58,200 -Tolong duduk. -Abang tak nak menjerit memarahi saya? 439 00:29:58,720 --> 00:29:59,880 Marina... 440 00:30:09,200 --> 00:30:11,520 Sudah hampir tiga tahun ayah mati. 441 00:30:11,600 --> 00:30:15,760 Abang tahu awak mengalami kesukaran menerima pemergiannya dan masih marah. 442 00:30:16,360 --> 00:30:19,600 Namun ia bukan salah abang. Abang pun rindu dia. 443 00:30:22,160 --> 00:30:25,080 Abang tak kisah jika awak seronok bermain jadi detektif, 444 00:30:25,160 --> 00:30:27,640 memakai kostum atau buat apa jua sesuka hati. 445 00:30:28,440 --> 00:30:29,440 Saya bukan bermain. 446 00:30:29,520 --> 00:30:33,360 Memang ayah ada beri harapan awak akan jadi pesuruhjaya polis hebat, 447 00:30:33,440 --> 00:30:35,280 tapi perkara itu takkan berlaku. 448 00:30:36,520 --> 00:30:40,120 Dunia polis berbahaya serta perlukan kekuatan dan keberanian. 449 00:30:40,200 --> 00:30:42,160 Saya kuat dan berani, abang. 450 00:30:42,240 --> 00:30:44,640 Okey, tapi awak wanita. 451 00:30:44,720 --> 00:30:48,600 Tugas abang sebagai lelaki adalah melindungi awak. Itu pesanan ayah. 452 00:30:48,680 --> 00:30:50,080 Abang akan laksanakannya. 453 00:30:54,040 --> 00:30:55,360 Ayah percaya pada saya. 454 00:30:55,440 --> 00:30:58,760 Dia minta abang melindungi saya sebab saya adik. 455 00:30:58,840 --> 00:31:00,040 Bukan sebab saya wanita. 456 00:31:01,360 --> 00:31:03,240 Sama ada abang suka atau tidak, 457 00:31:04,080 --> 00:31:05,400 inilah takdir saya. 458 00:31:07,480 --> 00:31:08,440 Marina! 459 00:31:09,640 --> 00:31:10,720 Apa? 460 00:31:11,480 --> 00:31:16,280 Ini bukan permainan ayah. Abang akan buat kawalan ketat untuk melindungi awak. 461 00:31:19,400 --> 00:31:21,440 Cuma ini maklumat yang ada? 462 00:31:21,560 --> 00:31:23,640 Ya, tuan. Ini laporan kes. 463 00:31:23,720 --> 00:31:26,200 Awak dah tulis dia membesar di rumah anak yatim? 464 00:31:26,280 --> 00:31:28,000 -Ya, tuan. -Bagus. 465 00:31:28,080 --> 00:31:29,760 -Bagus, Moráis. -Terima kasih. 466 00:31:44,200 --> 00:31:45,720 Saya nak duit lagi. 467 00:31:46,200 --> 00:31:48,440 Jika tidak, saya enggan teruskan. 468 00:31:53,280 --> 00:31:55,840 Tuan, kami dah geledah rumah Gabriel Expósito, 469 00:31:55,920 --> 00:31:57,320 tapi kami tak jumpa apa-apa. 470 00:31:57,400 --> 00:31:59,720 Gabriel Expósito ialah nama pembunuh itu. 471 00:31:59,800 --> 00:32:02,880 Cik Quiroga, awak buat apa di sini dengan pakaian begitu? 472 00:32:05,720 --> 00:32:07,760 Awak suka permainan begini, detektif? 473 00:32:07,840 --> 00:32:11,840 Tidak, jangan merepek. Saya masih ingat serangga tempoh hari. 474 00:32:12,320 --> 00:32:14,560 Jadi saya pun takkan kongsi maklumat saya. 475 00:32:14,640 --> 00:32:16,600 -Baiklah. -Jadi, 476 00:32:16,680 --> 00:32:19,160 awak dah ke rumah anak yatim tempat dia membesar? 477 00:32:19,240 --> 00:32:20,120 Apa? 478 00:32:20,200 --> 00:32:22,880 Pablo, jika nama keluarganya Expósito, dia anak yatim. 479 00:32:22,960 --> 00:32:26,160 Cabanillas pun tahu. Jadi, awak dah pergi? 480 00:32:26,640 --> 00:32:29,480 -Kenapa saya kena beritahu? -Maksudnya awak dah pergi. 481 00:32:29,560 --> 00:32:31,080 Tidak. 482 00:32:31,160 --> 00:32:32,880 Jangan buat saya keliru. 483 00:32:33,640 --> 00:32:36,760 Pablo, saya tak berbahaya jika digari. 484 00:32:40,480 --> 00:32:43,960 Awak tetap berbahaya jika awak diikat dari kepala ke kaki. 485 00:32:44,040 --> 00:32:45,360 Itu yang awak cadangkan? 486 00:32:48,440 --> 00:32:49,720 Awak memang sukar. 487 00:32:50,240 --> 00:32:51,720 Pablo! Tunggu dulu! 488 00:32:54,720 --> 00:32:57,120 Lepaskan saya dan saya akan beritahu sesuatu. 489 00:32:58,160 --> 00:32:59,680 Saya takkan terpedaya lagi. 490 00:32:59,760 --> 00:33:01,520 Maklumat ini penting bagi kes. 491 00:33:01,600 --> 00:33:04,960 Awak dah lihat tindakan saya. Saya boleh terus menyiasat. 492 00:33:14,680 --> 00:33:15,880 Maklumat tentang apa? 493 00:33:15,960 --> 00:33:17,360 Datang dekat sikit. 494 00:33:17,800 --> 00:33:19,720 Takut orang lain dengar. 495 00:33:19,800 --> 00:33:21,080 Apa maksud awak? 496 00:33:32,920 --> 00:33:35,280 Sepuluh saat. 497 00:33:35,360 --> 00:33:36,520 Sepuluh saat apa? 498 00:33:36,600 --> 00:33:39,600 Awak merenung dada saya selama sepuluh saat 499 00:33:40,280 --> 00:33:43,280 kali pertama awak nampak saya dalam gaun ini. 500 00:33:45,040 --> 00:33:48,760 -Itu yang awak nak cakap? -Tak. Maaf, saya mesti cakap. 501 00:33:48,840 --> 00:33:50,400 -Awak buat apa? -Pablo! 502 00:33:50,480 --> 00:33:51,400 -Apa? -Tengok! 503 00:33:51,480 --> 00:33:53,640 Mana? Apa? Tidak! 504 00:33:53,720 --> 00:33:55,240 -Sempurna. -Tidak. 505 00:33:55,320 --> 00:33:57,600 Tidak! Jangan ambil pistol! 506 00:33:57,680 --> 00:33:59,160 Jangan berani teruskan. 507 00:33:59,240 --> 00:34:01,720 Marina, awak akan menyesal. 508 00:34:01,800 --> 00:34:04,120 Marina! Tolonglah, Marina. Saya serius. 509 00:34:04,800 --> 00:34:06,800 Akhirnya awak sebut nama pertama saya. 510 00:34:06,880 --> 00:34:09,480 Marina! Biar betul! 511 00:34:15,360 --> 00:34:18,640 Kasihan Pablo. Tunggulah hingga abang saya jumpa dia digari. 512 00:34:18,800 --> 00:34:23,040 Kenapa saya rasa awak seronok menyeksa detektif itu? 513 00:34:23,960 --> 00:34:25,440 Harapnya bukan sebab cemburu. 514 00:34:27,000 --> 00:34:29,560 Saya tahu dia murid terbaik ayah awak. 515 00:34:29,640 --> 00:34:31,200 Jangan merepek, Héctor. 516 00:34:31,320 --> 00:34:35,320 Atau mungkin awak berminat padanya dengan cara lain. 517 00:34:35,400 --> 00:34:37,760 Lelaki yang saya minat cuma awak. 518 00:34:39,280 --> 00:34:41,000 -Saya? -Héctor... 519 00:34:42,480 --> 00:34:44,600 Saya nak teruskan siasatan, 520 00:34:44,640 --> 00:34:47,440 tapi saya tak nak membahayakan nyawa awak. 521 00:34:48,160 --> 00:34:52,680 Mungkin betul abang awak perlu diajar sedikit. 522 00:34:52,800 --> 00:34:54,160 Saya nak turut sama. 523 00:34:55,480 --> 00:34:57,080 Aduh, tangan saya! 524 00:34:57,160 --> 00:34:59,200 Maaf. 525 00:34:59,320 --> 00:35:02,000 Mari pergi. Kita perlu ke rumah anak yatim. 526 00:35:08,520 --> 00:35:10,640 Kereta awak, Cik Quiroga. 527 00:35:13,800 --> 00:35:16,800 -Castaño. -Nampaknya awak menghadapi masalah. 528 00:35:16,880 --> 00:35:19,160 Dah lama kami tunggu awak. 529 00:35:19,200 --> 00:35:20,360 Siapa yang tunggu? 530 00:35:22,440 --> 00:35:25,360 Hari ini awak bertuah, tapi jangan leka. 531 00:35:25,440 --> 00:35:28,520 Keadaan tak sentiasa berlaku seperti yang diduga. 532 00:35:47,360 --> 00:35:49,840 Mungkin kita patut datang lagi lain kali. 533 00:35:49,920 --> 00:35:52,160 Héctor, masa itu emas. 534 00:35:54,080 --> 00:35:55,400 Awak siapa? 535 00:35:55,480 --> 00:35:58,000 -Apa yang awak buat di sini? -Kami polis. 536 00:35:58,080 --> 00:36:02,080 -Pegawai polis wanita? -Detektif Quiroga. 537 00:36:02,160 --> 00:36:04,920 Takdir Tuhan penuh misteri. 538 00:36:05,000 --> 00:36:06,400 Tepat sekali. 539 00:36:08,520 --> 00:36:12,960 Polis sudah datang dan tanya tentang Gabrielito tapi tak jumpa apa-apa. 540 00:36:13,040 --> 00:36:16,040 Tak mungkin. Pasti awak simpan semua rekod. 541 00:36:16,120 --> 00:36:18,680 Ada kebakaran dan banyak dokumen kami musnah. 542 00:36:18,800 --> 00:36:22,160 Hampir tiada lagi maklumat tentang anak-anak yatim. 543 00:36:22,200 --> 00:36:25,040 -Selamat pagi, rahib. -Cuma ada gambar. 544 00:36:26,040 --> 00:36:27,320 Itu muzik apa? 545 00:36:27,400 --> 00:36:29,480 Irama samawi, encik. 546 00:36:29,560 --> 00:36:32,040 Anak-anak kami ialah koir terbaik 547 00:36:32,120 --> 00:36:34,480 sejak 30 tahun lalu di negara ini. 548 00:36:34,560 --> 00:36:36,120 Nikmatilah bunyi itu. 549 00:36:36,160 --> 00:36:39,080 Di sini ada beberapa gambar yang tinggal. 550 00:36:40,160 --> 00:36:41,680 Mereka budak baik. 551 00:36:41,800 --> 00:36:45,800 Ada yang agak nakal, tapi semuanya budak baik. 552 00:36:45,880 --> 00:36:48,640 Tengoklah budak ini. Dia baik bak malaikat. 553 00:36:48,760 --> 00:36:50,480 -Boleh saya tengok? -Silakan. 554 00:36:54,640 --> 00:36:56,320 Kenapa awak cari dia? 555 00:36:56,400 --> 00:36:59,840 Dia nak jadi paderi. Dia pergi ke seminari dan lain-lain lagi. 556 00:36:59,920 --> 00:37:01,160 Ini orangnya. 557 00:37:01,280 --> 00:37:03,400 -Awak cam dia? -Tak, bukan dia. 558 00:37:03,480 --> 00:37:06,920 Jika awak berikan maklumat lanjut, mungkin saya... 559 00:37:07,000 --> 00:37:10,160 Ada parut pada dahinya. 560 00:37:10,200 --> 00:37:13,160 Dalam gambar mungkin kita nampak parut. 561 00:37:13,840 --> 00:37:15,600 -Ini orangnya! -Cándido. 562 00:37:17,200 --> 00:37:21,160 Budak itu sangat jahat dan berdendam dengan Gabrielito. 563 00:37:21,200 --> 00:37:23,520 Saya nampak dia juga. Dalam teater. 564 00:37:23,600 --> 00:37:26,840 Dia bergegas pergi dan terlanggar saya. Pasti dia orangnya. 565 00:37:27,880 --> 00:37:31,960 Macam mana kalau Cándido guna nama Gabriel sebagai penyamaran? 566 00:37:32,040 --> 00:37:33,480 Awak memang bijak. 567 00:37:33,560 --> 00:37:35,680 Rahib, awak ingat apa-apa tentang dia? 568 00:37:35,800 --> 00:37:38,760 Saya rasa dia bekerja sebagai tukang jahit di teater. 569 00:37:38,840 --> 00:37:42,360 Kakaknya perempuan kabaret yang tak tahu malu itu. 570 00:37:42,440 --> 00:37:45,160 Kalau tak silap namanya Lola atau Lolita. 571 00:37:45,280 --> 00:37:47,320 -La Bella Lolita! -Ya, itulah dia. 572 00:37:52,920 --> 00:37:54,000 Kita dah dapat dia. 573 00:37:54,800 --> 00:37:57,160 Patutlah dia pandang saya begitu. 574 00:37:59,080 --> 00:38:00,360 Itu rumahnya. 575 00:38:00,440 --> 00:38:03,080 Cik, kita tak boleh tangkap orang. 576 00:38:03,160 --> 00:38:04,920 Kita patut telefon polis. 577 00:38:05,000 --> 00:38:07,960 Tak, Arturo boleh hancurkan semua usaha kita. 578 00:38:08,040 --> 00:38:10,280 Kita dah semakin berjaya. 579 00:38:10,360 --> 00:38:14,440 Cándido tukang jahit di teater dan di mana dia beli fabrik? 580 00:38:14,520 --> 00:38:16,360 Ya, kilang yang kita lawat dulu. 581 00:38:16,440 --> 00:38:20,040 Kakaknya diberikan bunga yang pembunuh guna untuk ugut saya. 582 00:38:20,120 --> 00:38:21,880 Tidak syak lagi, dialah orangnya. 583 00:38:28,120 --> 00:38:31,360 Selamat pagi. Maaf mengganggu, Cik Lolita. 584 00:38:31,440 --> 00:38:33,520 Awak wartawan. Apa awak buat di sini? 585 00:38:34,880 --> 00:38:36,200 Angkat tangan! 586 00:38:36,320 --> 00:38:37,400 -Berhenti! -Tunggu! 587 00:38:37,480 --> 00:38:39,520 Maaf, cik. Dia takkan diapa-apakan. 588 00:38:39,600 --> 00:38:40,840 Dia tak buat apa-apa! 589 00:38:50,400 --> 00:38:53,160 Jangan, cik. 590 00:38:53,280 --> 00:38:55,360 -Saya tahu apa yang saya buat. -Namun... 591 00:39:19,600 --> 00:39:20,440 Selamat pagi. 592 00:39:23,160 --> 00:39:24,320 Hei! 593 00:39:25,440 --> 00:39:26,640 Berhenti! 594 00:39:28,880 --> 00:39:31,280 Berhenti! 595 00:39:49,520 --> 00:39:50,360 Berhenti! 596 00:39:53,120 --> 00:39:54,080 Berhenti! 597 00:40:23,560 --> 00:40:24,680 Jangan bergerak! 598 00:40:27,880 --> 00:40:29,160 Tidak! 599 00:40:35,080 --> 00:40:36,480 Hulurkan tangan awak! 600 00:40:38,160 --> 00:40:39,160 Hulurkan lekas! 601 00:40:40,280 --> 00:40:41,800 Pegang tangan saya! 602 00:40:44,840 --> 00:40:46,200 Pegang tangan saya! 603 00:40:47,360 --> 00:40:49,120 Pegang tangan saya! 604 00:41:11,840 --> 00:41:13,640 Berhenti! Jangan tembak! 605 00:41:14,960 --> 00:41:17,600 Jangan bergerak, awak dah dikepung! 606 00:41:18,120 --> 00:41:20,560 Pergi naik dan tangkap mereka. 607 00:41:30,480 --> 00:41:32,160 Cándido! 608 00:41:39,560 --> 00:41:44,360 HUBUNGAN SULIT EPISOD DUA: LOLITA JELITA 609 00:43:46,160 --> 00:43:48,160 Terjemahan sari kata oleh Farahiah Senin 610 00:43:48,240 --> 00:43:50,240 Penyelia Kreatif Vincent Lim