1 00:01:18,280 --> 00:01:21,360 ADAPTASI NOVEL DENGAN TAJUK SAMA BUTTERFLY BLUE, THE KING'S AVATAR 2 00:01:35,680 --> 00:01:37,040 Saya tengah makan stimbot. 3 00:01:37,280 --> 00:01:38,200 Stimbot? 4 00:01:38,280 --> 00:01:41,200 - Tak mengenang budi. - Yang ini sedap, rasalah. 5 00:01:41,280 --> 00:01:43,440 - Awak lupakan saya sebab stimbot? - Nak ini? 6 00:01:43,520 --> 00:01:44,520 - Dengan siapa? - Cuba ini. 7 00:01:44,600 --> 00:01:45,960 Di mana? Kenapa tak ajak? 8 00:01:46,040 --> 00:01:47,680 - Kalau saya ajak, awak boleh datang? - Ini 9 00:01:47,760 --> 00:01:49,080 - Beri saya tambang, - orang kanan 10 00:01:49,160 --> 00:01:50,280 - saya datang. - saya. 11 00:01:51,840 --> 00:01:54,360 Sekarang saya tahu awak rancang apa senyap-senyap! 12 00:01:54,520 --> 00:01:57,000 Patutlah kapten saya kata lambat laun awak akan kembali. 13 00:01:57,080 --> 00:02:00,240 Awak rancang nak tubuhkan pasukan dengan pemain sekeliling awak 14 00:02:00,320 --> 00:02:02,280 dan bawa pemain baru untuk masuk pakatan semula? 15 00:02:02,360 --> 00:02:03,920 - Awak mesti jujur. Betul tak? - Nah. 16 00:02:04,360 --> 00:02:05,440 - Helo? - Makan ini. 17 00:02:05,880 --> 00:02:07,320 Helo? 18 00:02:08,400 --> 00:02:10,039 Tambah lagi! 19 00:02:33,080 --> 00:02:35,240 - Mari. Minum! - Mari. Minum! 20 00:02:35,320 --> 00:02:36,520 Inikah pasukan baru... 21 00:02:37,640 --> 00:02:38,880 yang terbentuk itu? 22 00:02:44,200 --> 00:02:48,120 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 23 00:02:48,200 --> 00:02:49,320 - Cik? - Cik? 24 00:02:49,640 --> 00:02:51,560 - Cik, awak nak masuk atau tak? - Awak nak masuk? 25 00:02:51,640 --> 00:02:53,160 Saya nak masuk. Terima kasih. 26 00:02:53,280 --> 00:02:54,880 Cik, tiket masuk awak terjatuh. 27 00:02:55,320 --> 00:02:56,480 Terima kasih. 28 00:02:56,560 --> 00:03:01,680 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 29 00:03:01,760 --> 00:03:06,840 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 30 00:03:06,920 --> 00:03:10,000 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 31 00:03:10,080 --> 00:03:12,280 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 32 00:03:12,360 --> 00:03:13,480 - Terima kasih. - Tuan Guru! 33 00:03:13,560 --> 00:03:17,240 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 34 00:03:17,320 --> 00:03:22,800 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 35 00:03:22,880 --> 00:03:26,560 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 36 00:03:27,240 --> 00:03:28,960 - Kami sentiasa sokong awak! - Tuan Guru! 37 00:03:29,040 --> 00:03:32,080 - Tuan Guru! - Tuan Guru! 38 00:03:32,240 --> 00:03:35,040 MAJLIS PERSARAAN YE QIU 39 00:03:47,080 --> 00:03:48,000 Helo, semua. 40 00:03:52,920 --> 00:03:56,360 Sorakan begitu buat saya rasa macam saya berada dalam pertandingan. 41 00:03:57,920 --> 00:04:00,720 Sebenarnya, saya tahu kenapa semua orang sorak begitu. 42 00:04:01,480 --> 00:04:03,920 Tadi pihak media tanya saya 43 00:04:04,920 --> 00:04:07,480 kenapa Era Cemerlang baru-baru ini kalah 44 00:04:07,880 --> 00:04:09,200 tiga kali berturut-turut. 45 00:04:10,240 --> 00:04:12,320 Sebab sekarang kita di pertengahan musim, 46 00:04:12,520 --> 00:04:14,480 kesemua pemain sudah keletihan. 47 00:04:15,480 --> 00:04:16,320 Namun begitu, 48 00:04:17,560 --> 00:04:19,920 itu cuma kenyataan rasmi yang tak betul. 49 00:04:22,520 --> 00:04:23,840 Sebab sebenarnya ialah... 50 00:04:25,360 --> 00:04:26,720 Era Cemerlang sedang lalui 51 00:04:27,720 --> 00:04:29,200 tempoh kesukaran pembaharuan. 52 00:04:30,200 --> 00:04:33,160 Inilah akibat yang mesti ditanggung apabila bawa masuk ahli baru. 53 00:04:33,240 --> 00:04:34,480 Tapi kita tak boleh mengalah 54 00:04:34,560 --> 00:04:36,600 pada pembaharuan dan lelaran hanya kerana kita takut. 55 00:04:36,680 --> 00:04:39,000 Dalam tiga perlawanan sebelum ini, Sun Xiang bertindak liar. 56 00:04:39,080 --> 00:04:40,880 Dia berikan 14 peratus kerosakan, 57 00:04:40,960 --> 00:04:42,800 lebih rendah daripada purata 72 peratus Ye Qiu. 58 00:04:43,120 --> 00:04:45,400 Malah, dalam perlawanan menentang Hujan Biru, 59 00:04:45,560 --> 00:04:47,800 kalau bukan serangan cuai Sun Xiang ketika di penghujung, 60 00:04:47,880 --> 00:04:48,920 pasukan awak takkan kalah! 61 00:04:49,280 --> 00:04:51,800 Awak baru kata tadi yang ini disebabkan pembaharuan Era Cemerlang. 62 00:04:51,960 --> 00:04:54,040 Tapi walaupun kami tahu yang awak gagal, 63 00:04:54,120 --> 00:04:55,160 kenapa awak menafikannya? 64 00:04:55,240 --> 00:04:56,840 - Betul itu! Kenapa? - Betul itu! 65 00:04:56,920 --> 00:04:59,560 Ye Qiu masih pemain terbaik! Kenapa gantikan dia dengan Sun Xiang? 66 00:04:59,640 --> 00:05:01,720 Baiklah! Saya akan beri kamu jawapannya. 67 00:05:03,840 --> 00:05:05,040 Punca Ye Qiu bersara 68 00:05:05,560 --> 00:05:07,120 dan digantikan dengan Sun Xiang... 69 00:05:08,920 --> 00:05:09,920 adalah kerana... 70 00:05:10,680 --> 00:05:12,200 Awak takkan dapat sesen pun... 71 00:05:13,680 --> 00:05:15,360 kalau memungkiri kontrak. 72 00:05:18,920 --> 00:05:20,240 Saya pilih untuk bersara. 73 00:05:21,360 --> 00:05:22,840 Ia keputusan Ye Qiu sendiri. 74 00:05:22,920 --> 00:05:24,720 Bagaimana pula? Mustahil! 75 00:05:25,040 --> 00:05:25,960 Itu mustahil! 76 00:05:26,040 --> 00:05:27,240 Percaya atau tak, 77 00:05:28,960 --> 00:05:33,720 bagi kamu, Ye Qiu ialah Juara Glory, wira Era Cemerlang, 78 00:05:34,080 --> 00:05:35,240 tapi bagi saya, 79 00:05:35,960 --> 00:05:39,280 dia kawan lama yang dah bekerja bersama saya selama sepuluh tahun. 80 00:05:40,120 --> 00:05:41,280 Sebagai kawan lama dia, 81 00:05:41,720 --> 00:05:44,280 saya tak pernah kesal sebab menyokong keputusannya 82 00:05:44,400 --> 00:05:46,080 dan kadangkala saya juga rasa... 83 00:05:46,840 --> 00:05:48,200 itu yang terbaik untuk dia. 84 00:05:48,280 --> 00:05:51,040 - Apa hak awak nak kata begitu? - Betul itu! 85 00:05:51,360 --> 00:05:52,480 Sepuluh tahun! 86 00:05:53,720 --> 00:05:57,840 Dia mendedikasikan sepuluh tahun zaman mudanya bersama Era Cemerlang. 87 00:05:59,160 --> 00:06:00,520 Walaupun dia sangat kuat, 88 00:06:00,840 --> 00:06:03,440 dia tak dapat mengelakkan masa. 89 00:06:03,800 --> 00:06:04,920 Jadi kalau kali ini 90 00:06:05,160 --> 00:06:06,600 dia benar-benar nak pergi, 91 00:06:07,120 --> 00:06:10,760 boleh kita bertimbang rasa untuk sekali ini saja? 92 00:06:13,360 --> 00:06:14,360 Sekarang ini, 93 00:06:15,840 --> 00:06:17,200 saya nak ucap terima kasih 94 00:06:18,160 --> 00:06:19,320 kepada hadirin semua 95 00:06:20,680 --> 00:06:21,520 bagi pihak dia. 96 00:06:26,840 --> 00:06:28,160 Semua ini adalah anugerah 97 00:06:29,280 --> 00:06:31,280 yang Ye Qiu peroleh untuk Era Cemerlang. 98 00:06:32,120 --> 00:06:33,600 Tiga piala kejohanan, 99 00:06:34,680 --> 00:06:36,400 anugerah MVP untuk tiga musim 100 00:06:37,040 --> 00:06:40,200 dan banyak lagi piala yang lain. 101 00:06:42,480 --> 00:06:45,400 Tapi, selepas hari ini, 102 00:06:46,480 --> 00:06:48,240 saya terpaksa kemaskan semuanya 103 00:06:49,000 --> 00:06:51,440 dan simpan di dalam bilik anugerah Era Cemerlang. 104 00:06:51,920 --> 00:06:55,680 Mari kita berkumpul untuk memperingati 105 00:06:56,120 --> 00:06:58,000 pemergian era yang penuh legenda ini! 106 00:07:37,800 --> 00:07:39,800 Kalau saya perlu ucap selamat tinggal, 107 00:07:40,920 --> 00:07:42,360 saya harap ia tak bermaksud 108 00:07:42,440 --> 00:07:44,040 yang kami takkan berjumpa lagi. 109 00:07:44,120 --> 00:07:45,640 {\an8}JUARA-JUARA MUSIM KETIGA 110 00:07:45,720 --> 00:07:47,160 Sebaliknya, saya berharap... 111 00:07:48,040 --> 00:07:51,040 kami akan dapat jumpa lagi satu hari nanti. 112 00:07:52,960 --> 00:07:54,320 Daun Musim Luruh. 113 00:07:56,440 --> 00:07:57,440 Jumpa lagi. 114 00:08:02,320 --> 00:08:06,040 {\an8}Dia mendedikasikan sepuluh tahun zaman mudanya bersama Era Cemerlang. 115 00:08:08,320 --> 00:08:09,680 Walaupun dia sangat kuat, 116 00:08:09,840 --> 00:08:11,120 dia tak dapat 117 00:08:11,200 --> 00:08:12,680 - Habislah kita. - mengelakkan masa. 118 00:08:12,760 --> 00:08:15,080 - Bos tentu marah apabila balik nanti. - Jadi kalau kali ini 119 00:08:15,160 --> 00:08:16,160 dia benar-benar nak pergi, 120 00:08:16,240 --> 00:08:18,720 - Kalaulah saya jawab panggilan dia. - boleh kita bertimbang rasa 121 00:08:18,800 --> 00:08:19,960 untuk sekali ini saja? 122 00:08:22,520 --> 00:08:24,200 - Sekarang ini... - Dia dah balik. 123 00:08:24,280 --> 00:08:26,000 Guo Guo, awak dah balik. 124 00:08:32,480 --> 00:08:34,159 Awak tak datang! 125 00:08:34,240 --> 00:08:35,720 Awak akan tanggung akibatnya. 126 00:08:35,799 --> 00:08:37,240 - Saya... - Tak. Jangan beri alasan. 127 00:08:37,440 --> 00:08:38,360 Saya perlu denda awak. 128 00:08:38,880 --> 00:08:41,400 - Guo Guo, telefon saya... - Jangan minta simpati. 129 00:08:42,600 --> 00:08:44,159 Saya perlu fikir masak-masak. 130 00:08:46,760 --> 00:08:49,680 Patutkah saya minta awak pergi beli alatan garaj untuk saya 131 00:08:49,760 --> 00:08:52,200 atau bersihkan gudang? 132 00:08:55,440 --> 00:08:56,440 Guo Guo. 133 00:08:57,240 --> 00:08:58,560 Saya akan tangguhkan dulu 134 00:08:58,920 --> 00:09:01,800 dan ambil masa untuk fikir bagaimana saya nak seksa awak. 135 00:09:05,080 --> 00:09:05,920 Guo Guo. 136 00:09:06,920 --> 00:09:07,800 Awak pun! 137 00:09:09,080 --> 00:09:09,960 Awak! 138 00:09:11,360 --> 00:09:12,920 Awak dalang utamanya! 139 00:09:14,880 --> 00:09:16,440 Semuanya salah awak. 140 00:09:17,120 --> 00:09:18,680 Tang Kenit tinggalkan saya 141 00:09:19,440 --> 00:09:21,280 untuk jumpa awak. 142 00:09:21,560 --> 00:09:22,680 Sebagai bos awak, 143 00:09:23,200 --> 00:09:24,640 saya rasa itu sangat biadab. 144 00:09:26,200 --> 00:09:27,120 Dendalah saya. 145 00:09:27,400 --> 00:09:28,480 Baiklah! 146 00:09:31,640 --> 00:09:33,960 Pastikan setiap daun tumbuhan 147 00:09:34,040 --> 00:09:35,960 dibersihkan dengan teliti. 148 00:09:36,480 --> 00:09:39,640 Pastikan juga setiap cawan tak ada sedikit pun kotoran. 149 00:09:42,040 --> 00:09:43,760 Guo Guo, awak... 150 00:09:45,160 --> 00:09:46,080 Saya penat. 151 00:09:46,640 --> 00:09:48,600 Saya nak masuk ke bilik dan berehat. 152 00:09:59,240 --> 00:10:01,320 Awak tak perasan yang angin dia tak baik? 153 00:10:02,080 --> 00:10:03,440 Setiap kata-kata Tao Xuan 154 00:10:03,520 --> 00:10:04,920 sangat menggores hatinya. 155 00:10:05,960 --> 00:10:06,840 Saya perasan. 156 00:10:08,120 --> 00:10:10,760 - Jadi? - Saya tak nak beritahu. 157 00:10:12,000 --> 00:10:12,880 Kenapa? 158 00:10:14,120 --> 00:10:15,640 Hanya si lemah perlu dipujuk. 159 00:10:17,320 --> 00:10:19,320 Bos kita yang tabah ini boleh pujuk... 160 00:10:21,840 --> 00:10:22,840 dirinya sendiri. 161 00:11:38,080 --> 00:11:39,840 Awak basuh cawan pada waktu begini? 162 00:11:40,440 --> 00:11:41,840 Ini denda awak kepada saya. 163 00:11:44,400 --> 00:11:45,720 Saya cuma cakap saja. 164 00:11:45,800 --> 00:11:47,080 Tak perlu ambil serius. 165 00:11:50,640 --> 00:11:53,720 Saya dah dengar terlalu banyak kata-kata yang biasa hari ini. 166 00:11:56,960 --> 00:11:58,800 Kata-kata biasa tentang melepaskan. 167 00:12:00,240 --> 00:12:02,040 Kata-kata biasa tentang pemergian. 168 00:12:05,240 --> 00:12:06,640 Mereka semua percayakannya. 169 00:12:07,840 --> 00:12:09,600 Tapi saya tak percaya. 170 00:12:11,600 --> 00:12:12,480 Saya percaya. 171 00:12:16,480 --> 00:12:18,000 Saya percaya kata-kata bersahaja awak. 172 00:12:18,120 --> 00:12:19,040 Tengok. 173 00:12:19,360 --> 00:12:22,720 Saya dah pandai basuh cawan disebabkan awak. 174 00:12:22,840 --> 00:12:26,480 Sekarang, saya dah boleh jadi pengurus kafe Internet separuh profesional. 175 00:12:30,640 --> 00:12:31,640 Hei. 176 00:12:31,840 --> 00:12:32,760 Ada apa? 177 00:12:38,240 --> 00:12:41,640 Kalau awak jadi pengurus kafe Internet saya ini selama sepuluh tahun, 178 00:12:43,520 --> 00:12:45,360 awak akan rasa berat hati nak pergi? 179 00:12:48,680 --> 00:12:50,640 Kalau saya melakukan sesuatu selama sepuluh tahun, 180 00:12:50,880 --> 00:12:52,360 tentu ia menyeronokkan saya. 181 00:12:52,880 --> 00:12:54,080 Disebabkan ia seronok, 182 00:12:54,240 --> 00:12:57,000 saya tak kisah kalau saya pergi. 183 00:12:57,360 --> 00:13:00,400 Selagi hati masih di sana, maksudnya saya tak betul-betul pergi. 184 00:13:13,480 --> 00:13:14,680 Tapi bagaimana kalau... 185 00:13:17,160 --> 00:13:19,360 dia dah berputus asa? 186 00:13:21,400 --> 00:13:23,320 Bagaimana awak tahu dia berputus asa? 187 00:13:26,320 --> 00:13:28,320 Bukankah pemergiannya bermaksud dia berputus asa? 188 00:13:44,240 --> 00:13:45,440 Anggap cawan ini pasu. 189 00:13:45,520 --> 00:13:47,960 Mungkin dia ada hala tuju baru untuk mula semula. 190 00:13:49,440 --> 00:13:51,760 Cik Chen, apa pendapat awak? 191 00:14:33,640 --> 00:14:34,960 Bangun, semua. 192 00:14:35,200 --> 00:14:36,840 Masa untuk menyerang. 193 00:14:44,720 --> 00:14:46,080 Ke mana semua orang pergi? 194 00:14:47,480 --> 00:14:49,400 Ye Du, mereka semua buat akaun baru. 195 00:14:49,480 --> 00:14:50,960 Persatuan ini ada lebih 100 akaun. 196 00:14:51,040 --> 00:14:52,200 Kenapa nak buat baru? 197 00:14:52,280 --> 00:14:54,200 Awak dah lupa yang sebelum ini di Hutan Congee, 198 00:14:54,280 --> 00:14:57,560 kita ada lebih 100 akaun, tapi lebih 90 daripadanya telah dibunuh oleh Tuan Gerun. 199 00:14:58,160 --> 00:15:00,680 Ada sesiapa lagi yang boleh ajarkan Tuan Gerun itu? 200 00:15:01,880 --> 00:15:04,680 Kapten ada di atas. Tentu dia ada caranya. 201 00:15:07,960 --> 00:15:09,680 Saya nak berbincang dengan kapten. 202 00:15:09,760 --> 00:15:12,160 Kalau saya tak balik, tolong jaga persatuan ini. 203 00:15:13,480 --> 00:15:15,360 Encik, awak cuma ada satu minit. 204 00:15:15,480 --> 00:15:17,880 Wenqing, esok ada pertunjukan perlawanan. 205 00:15:17,960 --> 00:15:20,360 Saya nak hantar beberapa orang pemain di sana. 206 00:15:20,600 --> 00:15:23,120 Sekarang musim pertengahan. Ia akan ganggu latihan pasukan. 207 00:15:23,200 --> 00:15:25,760 - Tapi... - Kalau tak ada benda lain, tolong pergi. 208 00:15:29,880 --> 00:15:30,920 Helo, encik. 209 00:15:31,440 --> 00:15:34,760 - Awak pun datang untuk jumpa kapten? - Tak, saya nak jumpa penolong kapten. 210 00:15:59,120 --> 00:16:00,120 Penolong kapten! 211 00:16:00,880 --> 00:16:02,720 Dapat juga jumpa awak akhirnya! 212 00:16:13,480 --> 00:16:16,960 Ada seorang pemain bernama Tuan Gerun dalam Pelayan Kesepuluh. 213 00:16:17,200 --> 00:16:18,800 Dia pemain yang sangat kuat... 214 00:16:23,760 --> 00:16:25,400 PERSEDIAAN MAKAN TENGAH HARI 215 00:16:36,280 --> 00:16:37,440 Awak datang jumpa saya 216 00:16:37,520 --> 00:16:39,760 supaya saya boleh tolong awak untuk bunuh Tuan Gerun? 217 00:16:39,880 --> 00:16:42,600 Ya! Awak penolong kapten kami. Saya nak awak masuk campur dan... 218 00:16:42,840 --> 00:16:45,800 Sebenarnya saya rasa sangat tak selesa bercakap dengan awak 219 00:16:45,880 --> 00:16:47,800 sebab butang kedua awak terbuka. 220 00:16:51,400 --> 00:16:52,280 Okey sekarang? 221 00:16:55,560 --> 00:16:56,400 Baiklah. 222 00:16:56,480 --> 00:16:58,840 Sekarang kita boleh bercakap tentang Tuan Gerun. 223 00:16:59,560 --> 00:17:02,360 KAFE INTERNET GEMBIRA 224 00:17:06,920 --> 00:17:08,200 KETAHANAN SENJATA RENDAH, GANTI? 225 00:17:08,280 --> 00:17:09,160 TIDAK 226 00:17:18,800 --> 00:17:21,400 Tuan Gerun perlu lalu di Ngarai Garis, bukan? 227 00:17:22,400 --> 00:17:23,319 Ya. 228 00:17:23,520 --> 00:17:24,720 Baiklah, mari mulakan. 229 00:17:36,600 --> 00:17:37,440 Serang. 230 00:17:43,520 --> 00:17:45,000 Pedang Hantu kepada 113, 224. 231 00:17:45,360 --> 00:17:46,640 Pelancar kepada 156, 281. 232 00:18:16,040 --> 00:18:17,680 Pada awalnya, awak ada kelebihan 233 00:18:17,960 --> 00:18:19,360 dan pertahanan awak kukuh. 234 00:18:20,080 --> 00:18:21,440 Tapi sayang sekali, Xinjie. 235 00:18:22,000 --> 00:18:23,440 Ahli pasukan awak amat lemah 236 00:18:23,840 --> 00:18:25,520 dan saya pula lawan awak. 237 00:18:26,720 --> 00:18:28,120 Saya tak jangkakan itu awak. 238 00:18:28,480 --> 00:18:30,160 Nampaknya saya cuai. 239 00:18:30,760 --> 00:18:32,400 Awak kenal Tuan Gerun? 240 00:18:34,080 --> 00:18:35,640 Helah apa yang awak cuba guna ini? 241 00:18:35,720 --> 00:18:38,160 Penolong kapten Kezaliman mengetuai serang hendap ke atas saya? 242 00:18:38,240 --> 00:18:40,640 Saya serang awak sebab persatuan yang minta. 243 00:18:40,840 --> 00:18:43,400 Jangan cuba pecahkan rekod kurungan Kezaliman lagi. 244 00:18:47,040 --> 00:18:48,840 Saya tertanya-tanya apa semua ini. 245 00:18:49,040 --> 00:18:51,120 Xinjie, kenapa awak sekarang 246 00:18:51,600 --> 00:18:53,520 campur tangan dalam urusan persatuan? 247 00:18:53,600 --> 00:18:55,640 Awak tahu saya takkan dengar sindiran awak itu. 248 00:18:56,040 --> 00:18:58,000 Ini bukan tentang rekod kurungan saja. 249 00:18:58,080 --> 00:19:00,800 Tak ada siapa dibenarkan langgar peraturan dalam Glory. 250 00:19:01,240 --> 00:19:02,280 Apa peraturan Glory? 251 00:19:02,720 --> 00:19:04,120 Adakah pemain terbaik menjadi raja? 252 00:19:04,200 --> 00:19:07,480 Baiklah, kalau begitu, mari ikut peraturan Glory. 253 00:19:08,080 --> 00:19:09,000 Mari bertarung. 254 00:19:09,360 --> 00:19:11,240 Siapa yang menang boleh beri kata putus. 255 00:19:11,560 --> 00:19:12,400 Saya dan awak? 256 00:19:12,760 --> 00:19:14,280 Kami akan lawan pasukan awak. 257 00:19:14,360 --> 00:19:16,800 Jam 3:00 petang, pertarungan pasukan di Arena. 258 00:19:17,400 --> 00:19:18,400 Kalau awak kalah, 259 00:19:18,880 --> 00:19:20,920 jangan ganggu rekod kurungan Glory lagi. 260 00:19:28,400 --> 00:19:29,560 Kalau begitu, 261 00:19:29,640 --> 00:19:31,360 saya takkan dapat lawan Raksasa tersembunyi. 262 00:19:31,880 --> 00:19:33,160 Kalau saya tak dapat lawan, 263 00:19:33,240 --> 00:19:35,960 saya tak dapat bahan nadir untuk tingkatkan Payung Penyataan Ribuan. 264 00:19:37,920 --> 00:19:40,200 Saya perlu menang pertaruhan ini. 265 00:19:54,160 --> 00:19:56,720 - Xinjie. - Bukan sekarang. Kapten sedang berlatih. 266 00:19:59,360 --> 00:20:00,480 Berapa lama lagi? 267 00:20:00,720 --> 00:20:02,680 Ini latihan harian kapten. 268 00:20:03,240 --> 00:20:04,520 Bermula dari tengah hari 269 00:20:04,680 --> 00:20:05,720 selama setengah jam. 270 00:20:07,080 --> 00:20:08,960 Ada 20 minit lagi. 271 00:20:10,480 --> 00:20:12,960 MATA NYAWA, MATA MAGIS, MATA KEMAHIRAN, MATA PENGALAMAN 272 00:20:15,720 --> 00:20:18,400 Bagi pemain lama yang dah sertai liga selama sepuluh tahun, 273 00:20:18,880 --> 00:20:21,520 stamina adalah masalah utamanya. 274 00:20:22,480 --> 00:20:27,360 Kami kagumi semangat juang dia yang ditunjukkan dalam latihan dan perlawanan. 275 00:20:31,600 --> 00:20:33,320 Tapi kami perlu akui 276 00:20:33,840 --> 00:20:35,160 bahawa semangat juang saja 277 00:20:35,440 --> 00:20:37,720 tak cukup untuk bantu dia mengelak daripada dimakan zaman. 278 00:20:41,240 --> 00:20:42,960 Kalau dia gagal sampai ke puncak, 279 00:20:43,520 --> 00:20:45,400 dia mungkin akan jatuh ke jurang. 280 00:20:54,240 --> 00:20:56,800 Mungkin dia patut undur diri. 281 00:20:59,840 --> 00:21:01,640 Ini kerana puncak kegemilangan sangat sukar. 282 00:21:08,560 --> 00:21:09,960 Di sebalik kegemilangan ini 283 00:21:10,600 --> 00:21:13,360 adalah kekuatan untuk teruskan walaupun kian berusia. 284 00:21:32,920 --> 00:21:35,600 Mari ucap selamat tinggal kepada veteran yang bersara. 285 00:21:45,960 --> 00:21:46,800 Kapten. 286 00:21:47,800 --> 00:21:49,800 Lambat 1,3 saat berbanding sebelum ini. 287 00:21:49,920 --> 00:21:52,200 Masa bukan satu-satunya standard. 288 00:21:52,360 --> 00:21:54,680 Tapi ia standard yang paling boleh dipercayai. 289 00:21:56,800 --> 00:21:58,080 Persatuan ada masalah? 290 00:21:58,960 --> 00:22:02,080 - Kapten, Pelayan Kesepuluh... - Terus terang saja. 291 00:22:04,560 --> 00:22:07,240 Kami jumpa pemain bernama Tuan Gerun dalam permainan. 292 00:22:07,760 --> 00:22:10,560 Selepas bertarung, kami dapat tahu yang dia ialah Ye Qiu. 293 00:22:13,200 --> 00:22:14,600 Bukankah Ye Qiu dah bersara? 294 00:22:15,360 --> 00:22:17,240 Bagaimana dia boleh ada dalam Glory? 295 00:22:17,320 --> 00:22:18,880 Dia sangat aktif dalam Glory. 296 00:22:18,960 --> 00:22:21,600 Dia pecahkan dua rekod kurungan Kezaliman dalam masa tiga hari. 297 00:22:24,600 --> 00:22:26,480 Menganggu pemain baru dalam Glory 298 00:22:27,480 --> 00:22:28,680 pastinya mudah dilakukan. 299 00:22:39,800 --> 00:22:41,560 Selepas dua pertembungan di pusingan akhir 300 00:22:41,640 --> 00:22:43,200 selama tujuh musim 301 00:22:43,280 --> 00:22:45,320 dan banyak kali konfrontasi dalam Glory, 302 00:22:45,440 --> 00:22:47,800 malam ini, di pentas Perlawanan Bintang Terkemuka, 303 00:22:47,920 --> 00:22:49,960 mereka bertarung demi kegemilangan sekali lagi! 304 00:23:54,800 --> 00:23:55,920 Awak memang agresif. 305 00:23:56,400 --> 00:23:57,600 Sebab awak lawan saya. 306 00:23:57,760 --> 00:23:59,040 Selepas ini, awak takkan menang. 307 00:23:59,560 --> 00:24:00,480 Okey. 308 00:24:00,920 --> 00:24:03,160 Jangan lari apabila tiba masanya. 309 00:24:04,120 --> 00:24:05,360 Saya hanya berlawan hingga akhir 310 00:24:06,160 --> 00:24:07,320 dan tak pernah mengalah. 311 00:24:14,600 --> 00:24:16,320 Jumpa lagi di Bintang Terkemuka tahun depan! 312 00:24:18,280 --> 00:24:19,240 Jumpa tahun depan. 313 00:24:24,880 --> 00:24:27,640 Saya nak tengok selemah mana dia dah jadi sekarang. 314 00:24:30,840 --> 00:24:32,600 - Siap sedia! - Okey! 315 00:24:46,800 --> 00:24:47,720 Bos! 316 00:24:56,720 --> 00:24:57,600 Bos! 317 00:24:58,480 --> 00:25:01,320 Alat ini sangat sesuai dengan saya. 318 00:25:02,000 --> 00:25:02,840 Awak pilihlah. 319 00:25:03,640 --> 00:25:04,640 Bagusnya! 320 00:25:05,240 --> 00:25:07,800 Kita akan menentang Kezaliman sekejap lagi. 321 00:25:08,640 --> 00:25:09,640 Persatuan Kezaliman? 322 00:25:10,600 --> 00:25:11,640 Pasukan Kezaliman? 323 00:25:12,560 --> 00:25:13,480 Ya. 324 00:25:14,640 --> 00:25:16,200 Gaya Pasukan Kezaliman sangat ganas. 325 00:25:16,480 --> 00:25:18,120 Paderi mereka pun boleh menyerang 326 00:25:18,680 --> 00:25:19,720 dan kerosakannya teruk. 327 00:25:20,320 --> 00:25:22,480 Tapi kunci untuk kalahkan Kezaliman adalah dengan taktik. 328 00:25:22,840 --> 00:25:25,760 Jadi untuk kita, posisi awal kita sangat penting. 329 00:25:27,400 --> 00:25:28,360 Dah tiba masanya. 330 00:25:28,600 --> 00:25:30,080 - Baiklah... - Mari mulakan. 331 00:25:43,520 --> 00:25:45,360 - Fokus pada Pedang Hantu di kanan. - Baik. 332 00:25:52,760 --> 00:25:54,040 Bagus! Dia terkena! 333 00:25:54,160 --> 00:25:55,360 Mata nyawa dia nak habis! 334 00:25:55,440 --> 00:25:57,240 Alamak, saya akan mati. 335 00:25:57,800 --> 00:25:58,720 Tukar posisi. 336 00:25:58,800 --> 00:26:00,200 Awak takkan mati sebab saya ada. 337 00:26:06,280 --> 00:26:07,200 Alamak. 338 00:26:07,280 --> 00:26:08,960 Paderi mereka dahsyat! 339 00:26:09,400 --> 00:26:10,640 Saya dah kata, saya ada. 340 00:26:10,800 --> 00:26:12,000 Bunuh ahli saya? Jangan harap. 341 00:26:12,840 --> 00:26:15,120 Xinjie, saya dah sembuh sepenuhnya. 342 00:26:15,400 --> 00:26:16,640 Kalau mereka serang awak lagi, 343 00:26:16,720 --> 00:26:18,320 mereka akan terima akibatnya. 344 00:26:27,760 --> 00:26:29,680 Tuan Guru, kalau kita tak singkirkan Zhang Xinjie, 345 00:26:29,760 --> 00:26:30,880 ahli Kezaliman takkan mati! 346 00:26:31,160 --> 00:26:32,000 Saya ulang. 347 00:26:32,480 --> 00:26:35,440 Fokus pada Pedang Hantu. Pura-pura serang. Petinju, serang dari belakang. 348 00:26:35,800 --> 00:26:36,720 Okey. 349 00:26:47,480 --> 00:26:49,560 Kalau satu pukulan tak berkesan, terimalah satu lagi! 350 00:26:55,640 --> 00:26:57,120 Perlukan satu lagi pukulan! 351 00:26:57,760 --> 00:27:00,200 Paderi ini macam mimpi ngeri saya. 352 00:27:00,280 --> 00:27:01,440 Pedang Hantu, 114, 236. 353 00:27:01,760 --> 00:27:03,040 Pelancar, 178, 319. 354 00:27:03,560 --> 00:27:04,400 Guna semua teknik. 355 00:27:04,520 --> 00:27:06,400 Biar mereka tahu akibatnya sebab cuba bunuh kita. 356 00:27:19,960 --> 00:27:21,640 Tak sangka Ye Qiu cuma ada satu fokus. 357 00:27:22,320 --> 00:27:25,000 Nampaknya empat ahli taktik terbaik perlu disemak semula kedudukannya. 358 00:27:31,360 --> 00:27:33,040 Tinggal tiga saja ahli taktik terbaik. 359 00:27:33,840 --> 00:27:35,200 Jangan bazir masa pada mereka. 360 00:27:35,880 --> 00:27:36,760 Selesaikannya. 361 00:27:41,600 --> 00:27:44,000 - Yifan, berikan saya Sempadan Hantu. - Baik. 362 00:28:00,880 --> 00:28:01,800 Mereka termakan umpan. 363 00:28:08,040 --> 00:28:09,200 Kenapa saya tak disembuhkan? 364 00:28:10,840 --> 00:28:11,920 Kita tertipu. 365 00:28:13,000 --> 00:28:15,440 Saya dah kata, fokus pada Pedang Hantu. 366 00:28:15,520 --> 00:28:17,360 Awak masih licik macam dulu. 367 00:28:20,720 --> 00:28:21,720 Betul itu. 368 00:28:22,080 --> 00:28:23,400 Dalam empat orang ini, 369 00:28:23,840 --> 00:28:25,320 hanya tiga saja yang masih ada. 370 00:28:25,480 --> 00:28:26,480 Apa yang berlaku? 371 00:28:28,480 --> 00:28:29,400 Saya cuai. 372 00:28:29,840 --> 00:28:30,920 Dia palsukan dua serangan 373 00:28:31,280 --> 00:28:33,800 untuk buat saya tak berjaga-jaga dan ubah formasi 374 00:28:34,560 --> 00:28:35,760 agar dia boleh bunuh awak. 375 00:28:36,720 --> 00:28:37,720 Dulu, 376 00:28:38,160 --> 00:28:40,360 jarak awak dan pasukan awak tak lebih daripada 120 unit, 377 00:28:40,560 --> 00:28:42,280 jarak maksimum penyembuhan mega awak. 378 00:28:42,920 --> 00:28:44,520 Xinjie, awak semakin lemah. 379 00:28:47,000 --> 00:28:48,240 Awak fikir ini dah berakhir? 380 00:28:49,000 --> 00:28:50,280 Kami ada kelebihan sekarang. 381 00:28:50,760 --> 00:28:51,640 Kelebihan? 382 00:28:52,800 --> 00:28:54,320 Awak dah pandang rendah pada Kezaliman, 383 00:28:54,920 --> 00:28:57,040 termasuklah Paderinya. 384 00:29:05,080 --> 00:29:06,640 Berundur! 385 00:29:36,440 --> 00:29:37,640 Akhirnya awak dah sampai. 386 00:29:56,920 --> 00:29:58,600 Saya tak sempat tengok pun siapa datang 387 00:29:59,000 --> 00:30:00,360 sebelum saya dibunuh. 388 00:30:04,480 --> 00:30:05,440 Lelaki ini... 389 00:30:05,760 --> 00:30:08,400 Lelaki itu seorang lagi yang macam dia. 390 00:30:13,800 --> 00:30:16,280 Saya tertanya-tanya siapa lelaki hebat yang masuk dalam Glory. 391 00:30:16,920 --> 00:30:19,280 Rupa-rupanya pembolos yang mengetuai pemain-pemain baru. 392 00:30:20,560 --> 00:30:23,120 Hei, kenapa awak langsung tak berubah? 393 00:30:23,400 --> 00:30:25,080 Awak bermula dengan sungguh agresif. 394 00:30:25,680 --> 00:30:27,560 Awak perlu kurangkannya untuk simpan tenaga awak. 395 00:30:32,600 --> 00:30:34,320 Supaya saya boleh jadi pembolos macam awak? 396 00:30:34,880 --> 00:30:37,360 Saya hanya mara dan tak pernah putus asa separuh jalan! 397 00:30:39,880 --> 00:30:41,040 Jangan masuk campur. 398 00:30:41,760 --> 00:30:43,720 Saya akan lawan dia sendirian. 399 00:30:44,000 --> 00:30:45,360 Awak nak berlembut dengan saya? 400 00:30:46,280 --> 00:30:47,160 Itu ibarat 401 00:30:47,760 --> 00:30:48,600 bermain dengan api. 402 00:30:50,080 --> 00:30:51,680 Saya tak kisah bermain dengan api. 403 00:30:52,200 --> 00:30:53,120 Awak bolehkah? 404 00:31:17,800 --> 00:31:20,040 Kalau nak saya menang, awak patut bunuh diri saja. 405 00:31:20,600 --> 00:31:21,720 Tak perlu buat begini. 406 00:31:22,200 --> 00:31:23,560 Saya cuma nak tahu 407 00:31:24,400 --> 00:31:26,960 sama ada awak tarik diri atau awak ditendang keluar. 408 00:31:28,400 --> 00:31:29,920 Awak nak saya buktikannya? 409 00:31:56,600 --> 00:31:58,080 Nampaknya awak tarik diri dari sana. 410 00:31:59,840 --> 00:32:01,400 Jumpa awak di arena pertandingan. 411 00:32:04,840 --> 00:32:06,320 Itu barulah kejayaan sebenar. 412 00:32:31,920 --> 00:32:33,400 Saya tak nak bersara. 413 00:32:33,960 --> 00:32:34,880 Awak pula? 414 00:32:37,680 --> 00:32:40,760 Kerjaya saya pasti satu hari lebih lama daripada awak. 415 00:32:41,560 --> 00:32:42,520 Berlagaknya. 416 00:32:42,960 --> 00:32:43,880 Kita tengok nanti! 417 00:33:19,480 --> 00:33:21,800 Cara awak pandang saya akan buat saya fikir 418 00:33:22,160 --> 00:33:23,440 ada udang di sebalik batu. 419 00:33:24,600 --> 00:33:25,640 Awak boleh bergurau, 420 00:33:26,360 --> 00:33:28,240 maksudnya stamina awak masih bagus. 421 00:33:31,080 --> 00:33:33,760 Ini cuma luaran. 422 00:33:39,160 --> 00:33:40,200 Tangan awak rasa lemah? 423 00:33:41,440 --> 00:33:42,320 Bukan tangan saja. 424 00:33:43,440 --> 00:33:44,520 Seluruh badan saya lemah. 425 00:33:45,520 --> 00:33:47,480 Saya rasa berdebar, mengah dan pening. 426 00:33:48,600 --> 00:33:49,720 Saya tak boleh buka... 427 00:33:51,480 --> 00:33:52,360 Biar saya tolong. 428 00:33:53,680 --> 00:33:54,840 Sebenarnya, saya tak nak. 429 00:33:56,840 --> 00:33:58,360 Awak patut berikan saya wain. 430 00:33:59,120 --> 00:34:00,320 Sekejap saja boleh habis. 431 00:34:04,040 --> 00:34:05,520 Tadi awak kata awak rasa tak sihat. 432 00:34:05,760 --> 00:34:06,800 Sekarang minta arak pula. 433 00:34:08,719 --> 00:34:09,639 Mulai hari ini, 434 00:34:10,320 --> 00:34:14,400 saya dan rekod kurungan akan jadi dua garis selari yang takkan bertembung. 435 00:34:15,159 --> 00:34:18,400 Bukankah itu tragedi yang buat kita rasa pening dan nak pengsan? 436 00:34:21,520 --> 00:34:22,440 Mulai sekarang, 437 00:34:23,679 --> 00:34:25,600 awak serius nak berhenti pecahkan rekod kurungan? 438 00:34:37,679 --> 00:34:38,840 Saya kalah dalam pertaruhan. 439 00:34:43,159 --> 00:34:44,520 Tapi bagaimana dengan bahan-bahan? 440 00:34:50,120 --> 00:34:52,880 Kalau cara ini dihalang, kita cari cara lain. 441 00:34:53,440 --> 00:34:55,120 Kenapa semakin lama saya main Glory, 442 00:34:55,600 --> 00:34:58,440 saya rasa semakin lemah? 443 00:35:00,600 --> 00:35:03,280 Saya dah pesan pada awak dulu untuk tengok perbezaannya. 444 00:35:04,120 --> 00:35:05,320 Glory ialah dunia yang besar. 445 00:35:06,320 --> 00:35:07,560 Awak hanya bernasib malang sebab 446 00:35:07,640 --> 00:35:09,920 - bermula dengan puncak Glory. - Puncak Glory. 447 00:35:13,120 --> 00:35:15,960 Kadangkala, saya tak tahu sama ada awak bercakap benar atau tak. 448 00:35:19,840 --> 00:35:21,480 Saya kata saya akan kalahkan awak. 449 00:35:21,920 --> 00:35:23,240 Saya pasti akan dapat lakukan itu. 450 00:35:24,360 --> 00:35:25,920 Tak kiralah jika awak sememangnya 451 00:35:26,280 --> 00:35:28,640 puncak yang paling tinggi dan tak dapat diatasi sekalipun. 452 00:35:32,480 --> 00:35:33,560 Saya akan tunggu awak 453 00:35:34,280 --> 00:35:35,320 di puncak sana. 454 00:35:36,440 --> 00:35:37,320 Terima kasih. 455 00:35:47,760 --> 00:35:50,160 Ye Qiu merancang untuk kembali. Betul tak? 456 00:35:52,400 --> 00:35:53,240 Sudah tentu. 457 00:35:53,560 --> 00:35:54,600 Mulai sekarang, 458 00:35:54,920 --> 00:35:56,760 saya akan cari tentang Tiada Pengelasan. 459 00:35:57,920 --> 00:35:58,760 Tiada Pengelasan? 460 00:36:00,280 --> 00:36:03,240 Itu adalah kelas yang akan memporak-perandakan liga. 461 00:36:03,680 --> 00:36:05,280 Berhati-hati dengannya. 462 00:36:05,360 --> 00:36:07,040 - Letak di sana. - Apa yang berlaku? 463 00:36:07,520 --> 00:36:08,800 - Okey. - Saya baru nak cakap. 464 00:36:09,000 --> 00:36:11,000 Itu untuk temu bual oleh Pusat eSukan. 465 00:36:11,280 --> 00:36:12,400 Ini rangka temu bual itu. 466 00:36:15,360 --> 00:36:16,720 RANGKA TEMU BUAL 467 00:36:18,400 --> 00:36:20,360 SUBJEK TEMU BUAL HAN WENQING DAN PASUKAN KEZALIMAN 468 00:36:20,440 --> 00:36:22,160 TOPIK UTAMA KISAH ANAK MUDA BERSEMANGAT GLORY 469 00:36:27,040 --> 00:36:28,120 Beberapa hari yang lalu, 470 00:36:28,200 --> 00:36:30,280 Era Cemerlang mengadakan majlis persaraan untuk Ye Qiu. 471 00:36:30,560 --> 00:36:32,240 Tapi malang sekali kerana Tuan Guru Ye Qiu 472 00:36:32,320 --> 00:36:34,760 tidak hadir untuk ucap selamat tinggal kepada para peminatnya. 473 00:36:35,200 --> 00:36:38,240 Jadi kami menemu bual Han Wenqing, kapten Pasukan Kezaliman. 474 00:36:38,680 --> 00:36:42,600 Sebagai musuh lama dan kawan Ye Qiu, apa pendapat dia? 475 00:36:43,200 --> 00:36:45,400 Apa pendapat awak tentang persaraan Ye Qiu? 476 00:36:47,040 --> 00:36:49,680 Ye Qiu bukan orang yang akan mengalah apabila hadapi kesukaran. 477 00:36:50,320 --> 00:36:51,960 Sejak permainan liga pertama lagi, 478 00:36:52,520 --> 00:36:55,040 dia lawan yang saya perlu sentiasa berhati-hati. 479 00:36:55,440 --> 00:36:57,920 Saya tak tahu kenapa dia pilih untuk bersara pada masa ini. 480 00:36:58,040 --> 00:37:00,920 Tapi saya percaya yang dia akan kembali ke liga. 481 00:37:01,280 --> 00:37:03,160 Awak kata dia akan kembali ke liga? 482 00:37:03,240 --> 00:37:04,280 Ya. 483 00:37:04,880 --> 00:37:07,480 Sebab saya tak dengar daripada Ye Qiu sendiri yang dia berputus asa. 484 00:37:09,320 --> 00:37:10,600 Tentu dia ada di luar sana... 485 00:37:11,720 --> 00:37:12,960 berjuang untuk Glory. 486 00:37:14,880 --> 00:37:16,800 Dia tak kata yang dia akan berputus asa. 487 00:37:21,760 --> 00:37:24,600 Awak baru kata tadi yang ini disebabkan oleh pembaharuan Era Cemerlang. 488 00:37:24,720 --> 00:37:26,480 Tapi walaupun kami tahu yang awak gagal, 489 00:37:26,560 --> 00:37:27,600 kenapa awak menafikannya? 490 00:37:27,680 --> 00:37:29,360 - Betul itu! Kenapa? - Betul itu! 491 00:37:29,560 --> 00:37:32,160 Ye Qiu masih pemain terbaik! Kenapa gantikan dia dengan Sun Xiang? 492 00:37:32,240 --> 00:37:34,000 Baiklah! Saya akan beri kamu jawapannya. 493 00:37:34,840 --> 00:37:37,320 Punca Ye Qiu bersara 494 00:37:37,760 --> 00:37:39,160 dan digantikan dengan Sun Xiang 495 00:37:40,280 --> 00:37:42,680 adalah keputusan Ye Qiu sendiri. 496 00:37:44,120 --> 00:37:45,400 Dia tipu kami. 497 00:37:45,840 --> 00:37:47,320 Bagaimana awak tahu dia berputus asa? 498 00:37:50,800 --> 00:37:52,720 Bukankah pemergiannya bermaksud dia berputus asa? 499 00:38:03,160 --> 00:38:04,120 Anggap cawan ini pasu. 500 00:38:04,520 --> 00:38:06,680 Mungkin dia ada hala tuju baru untuk mula semula. 501 00:38:07,400 --> 00:38:09,560 Cik Chen, apa pendapat awak? 502 00:38:18,520 --> 00:38:19,720 Ye Qiu akan kembali. 503 00:38:25,000 --> 00:38:26,240 Dia pasti akan kembali. 504 00:38:29,880 --> 00:38:32,320 Ye Qiu bukan orang yang akan mengalah apabila hadapi kesukaran. 505 00:38:33,520 --> 00:38:34,920 Sejak permainan liga pertama lagi, 506 00:38:35,560 --> 00:38:38,080 dia lawan yang saya perlu sentiasa berhati-hati. 507 00:38:39,720 --> 00:38:42,000 Saya tak tahu kenapa dia pilih untuk bersara pada masa ini. 508 00:38:43,760 --> 00:38:44,880 Tapi saya percaya yang... 509 00:38:44,960 --> 00:38:46,800 Apa yang Han Wenqing cuba katakan? 510 00:38:46,880 --> 00:38:48,960 - Awak kata... - Tak kiralah apa pun. 511 00:38:49,760 --> 00:38:53,240 Saya tak nak tengok apa-apa berita berkenaan Ye Qiu lagi. 512 00:38:54,520 --> 00:38:55,920 Tentu dia ada di luar sana... 513 00:38:57,160 --> 00:38:58,480 berjuang untuk Glory. 514 00:39:02,760 --> 00:39:04,840 Awak ada tonton temu bual Han Wenqing? 515 00:39:05,000 --> 00:39:07,640 Dia pun kata yang Ye Qiu pasti akan kembali ke liga. 516 00:39:10,000 --> 00:39:12,800 Ye Qiu juga tak pernah kata yang dia berputus asa. 517 00:39:13,280 --> 00:39:15,480 Jadi kita mesti percaya yang dia meneruskan perjuangannya. 518 00:39:17,080 --> 00:39:20,000 Saya tak percaya ada apa-apa yang boleh menghalang dia. 519 00:39:20,480 --> 00:39:23,320 Dia seseorang yang akan mengubah perkara yang mustahil. 520 00:39:23,920 --> 00:39:25,720 Kita tunggu saja dia kembali! 521 00:39:34,400 --> 00:39:36,040 HANTAR 200 YUAN 522 00:39:38,480 --> 00:39:40,240 SEMOGA BERJAYA 523 00:39:41,920 --> 00:39:44,400 TERIMA KASIH 524 00:39:56,400 --> 00:39:59,400 DAUN MUSIM LURUH 525 00:40:09,680 --> 00:40:10,920 Kami tunggu kepulangan awak. 526 00:40:20,960 --> 00:40:22,600 Tak mungkin, Tuan Guru! 527 00:40:22,720 --> 00:40:25,240 Awak dah janji nak tolong Anak Sungai Biru serang Ngarai Garis. 528 00:40:25,320 --> 00:40:26,880 Kenapa tiba-tiba tak boleh tolong? 529 00:40:28,520 --> 00:40:30,720 Jangan cari saya kalau nak pecahkan rekod kurungan lagi. 530 00:40:31,880 --> 00:40:32,920 Apa yang dah berlaku? 531 00:40:33,000 --> 00:40:35,120 Siapa yang dapat hak eksklusif untuk perkhidmatan awak? 532 00:40:35,240 --> 00:40:36,960 Saya tak peduli! Saya gandakan tawaran saya. 533 00:40:37,040 --> 00:40:39,320 Sebut saja ganjaran yang awak nak untuk Arena Ngarai Garis! 534 00:40:39,400 --> 00:40:40,840 Anak Sungai Biru mesti catat rekod! 535 00:40:42,600 --> 00:40:44,000 Ganjaran tinggi pun saya tak mahu. 536 00:40:44,440 --> 00:40:46,560 Saya tak mahu serang kurungan untuk orang lain lagi. 537 00:40:47,440 --> 00:40:48,440 Apa? 538 00:40:49,000 --> 00:40:52,040 Awak nak tinggalkan bahan-bahan berharga dan tarik diri? 539 00:40:53,080 --> 00:40:55,800 Tuan Guru, awak bukan nak tarik diri, betul tak? 540 00:40:56,760 --> 00:40:58,080 Mana boleh! 541 00:40:58,160 --> 00:41:01,560 Awak tahu Anak Sungai Biru tak terlibat dalam insiden di Hutan Congee! 542 00:41:02,080 --> 00:41:03,480 Saya tak nak serang kurungan lagi, 543 00:41:03,800 --> 00:41:06,800 tapi saya boleh bantu Anak Sungai Biru catat rekod kurungan baru. 544 00:41:07,040 --> 00:41:08,800 Nanti. Biar saya fahamkan. 545 00:41:09,560 --> 00:41:12,320 Awak tak nak tolong kami serang kurungan, 546 00:41:12,400 --> 00:41:14,120 tapi awak boleh tolong kami catat rekod baru? 547 00:41:14,920 --> 00:41:17,360 Tuan Guru, kata-kata awak tak masuk akal. 548 00:41:19,040 --> 00:41:20,800 Tengoklah kalau ini boleh dibuat. 549 00:43:58,680 --> 00:44:00,680 Terjemahan sari kata oleh Syira Salleh