1 00:01:18,280 --> 00:01:21,360 ADAPTASI NOVEL DENGAN TAJUK SAMA BUTTERFLY BLUE, THE KING'S AVATAR 2 00:01:34,200 --> 00:01:36,320 Malangnya saya sebab dapat rakan sepasukan yang lemah. 3 00:01:36,600 --> 00:01:37,880 Saya akan tunaikan janji. 4 00:01:39,200 --> 00:01:40,680 Saya takkan minta kontrak. 5 00:01:41,520 --> 00:01:42,440 Selamat tinggal. 6 00:01:47,040 --> 00:01:48,400 An Wenyi, tunggu! 7 00:01:48,480 --> 00:01:51,400 PASUKAN GEMBIRA 8 00:01:51,480 --> 00:01:53,040 An Wenyi, tunggu! 9 00:01:56,280 --> 00:01:58,960 Kapten, saya bersalah. Saya tak... 10 00:02:00,000 --> 00:02:01,040 Tunggu. 11 00:02:05,560 --> 00:02:09,080 Saya boleh tunaikan permintaan tambahan awak. 12 00:02:10,960 --> 00:02:12,640 Selamat bekerjasama. 13 00:02:13,080 --> 00:02:14,840 Demi perkembangan jangka panjang pasukan, 14 00:02:14,920 --> 00:02:18,080 kita kena latih orang baru untuk eselon kedua kita. 15 00:02:18,240 --> 00:02:20,320 Awak ada rancangan untuk perkembangan di masa depan? 16 00:02:21,720 --> 00:02:25,680 Rasanya awal sangat nak bincang tentang masa depan. 17 00:02:30,640 --> 00:02:32,680 Kita bincang tentang sekaranglah. 18 00:02:32,840 --> 00:02:35,600 Awak dah fikirkan tentang pampasan An Wenyi? 19 00:02:36,000 --> 00:02:37,960 Saya kena semak kos 20 00:02:38,080 --> 00:02:39,880 dan tandatangan kontrak dengan dia. 21 00:02:40,320 --> 00:02:41,240 Saya 22 00:02:42,480 --> 00:02:43,560 belum fikirkan lagi. 23 00:02:45,800 --> 00:02:46,920 Belum fikir lagi? 24 00:02:49,400 --> 00:02:53,440 Semua ini perlu ditetapkan sebelum temu duga. 25 00:02:57,280 --> 00:02:58,200 Hei. 26 00:02:58,960 --> 00:02:59,960 Tengoklah. 27 00:03:01,880 --> 00:03:04,160 "Rancangan Eksklusif An Wenyi." 28 00:03:05,400 --> 00:03:08,080 Ada tiga bahagian dalam Rancangan Eksklusif An Wenyi. 29 00:03:08,320 --> 00:03:11,240 Kemahiran, nyawa, kesihatan mental. 30 00:03:12,400 --> 00:03:15,560 Tiga aspek kemahirannya perlu diperbaiki 31 00:03:15,680 --> 00:03:18,560 iaitu latihan rintangan tekanan, kerja berpasukan 32 00:03:18,840 --> 00:03:19,840 dan kebolehan peribadi. 33 00:03:20,120 --> 00:03:22,120 - Tentang latihan rintangan tekanan... - Okey. 34 00:03:22,640 --> 00:03:23,640 Saya faham semua itu. 35 00:03:24,280 --> 00:03:25,200 Tapi 36 00:03:26,360 --> 00:03:27,840 kenapa ada kesihatan mental? 37 00:03:30,560 --> 00:03:33,320 Kesihatan mental ialah aspek terpenting. 38 00:03:34,520 --> 00:03:37,400 Ia akan beri kesan kepada moral pasukan. 39 00:03:37,880 --> 00:03:39,960 Macam mana nak hapuskan emosi negatif mereka? 40 00:03:40,080 --> 00:03:41,960 Macam mana nak rangsang semangat semasa berlatih? 41 00:03:42,040 --> 00:03:45,280 Macam mana nak ajar mereka supaya berdisiplin? 42 00:03:45,960 --> 00:03:48,960 Apabila awak garang dan kritik mereka, 43 00:03:49,400 --> 00:03:53,320 macam mana saya nak mewajarkan kuasa awak sebagai kapten 44 00:03:53,720 --> 00:03:56,040 dan pujuk mereka pada masa yang sama? 45 00:03:56,240 --> 00:03:58,400 Bukankah itu benda mustahak yang kita perlu belajar? 46 00:04:06,320 --> 00:04:07,320 Apa yang awak buat? 47 00:04:07,400 --> 00:04:09,760 Awak suruh saya minum sebab tak nak saya cakap banyak? 48 00:04:10,360 --> 00:04:12,960 Bukan, kita ganti wain dengan teh 49 00:04:13,320 --> 00:04:15,200 dan ucap selamat untuk bos yang bagus ini. 50 00:04:19,240 --> 00:04:22,960 Awal sangat awak puji saya. 51 00:04:26,040 --> 00:04:27,720 Kalau begitu, ucap selamat untuk bos 52 00:04:28,400 --> 00:04:31,320 yang tak begitu bagus, tapi nak jadi bagus 53 00:04:31,760 --> 00:04:34,840 dan tak pasti sama ada dia akan jadi hebat. 54 00:04:36,760 --> 00:04:37,760 Selamat! 55 00:04:41,880 --> 00:04:42,800 Kapten. 56 00:04:44,320 --> 00:04:46,080 Dah lewat. Kenapa tak tidur lagi? 57 00:04:47,960 --> 00:04:50,080 Saya nak berikan laporan. 58 00:04:51,640 --> 00:04:52,520 Okey. 59 00:04:59,840 --> 00:05:03,280 Saya rumuskan yang saya tak bagus dalam temuduga hari ini. 60 00:05:03,880 --> 00:05:04,760 Pertama, 61 00:05:05,480 --> 00:05:07,280 saya tak cukup bersedia. 62 00:05:08,200 --> 00:05:09,680 Saya hampir rosakkan peluang. 63 00:05:10,120 --> 00:05:11,040 Kedua, 64 00:05:11,360 --> 00:05:13,080 prestasi saya teruk dalam perlawanan latihan. 65 00:05:13,440 --> 00:05:16,640 Pasukan kita hampir terlepas Paderi yang bagus kerana saya. 66 00:05:20,560 --> 00:05:21,480 Malah... 67 00:05:23,240 --> 00:05:24,080 Kapten. 68 00:05:24,640 --> 00:05:25,800 Awak rasa... 69 00:05:26,440 --> 00:05:27,280 Dah lewat. 70 00:05:27,440 --> 00:05:28,320 Pergilah berehat. 71 00:05:43,080 --> 00:05:44,640 Awak rasa saya betul-betul layak 72 00:05:45,920 --> 00:05:47,040 jadi timbalan kapten? 73 00:05:54,640 --> 00:05:56,200 Awak persoalkan kemampuan awak 74 00:05:56,400 --> 00:05:58,640 sebab awak belum nampak potensi sebenar awak. 75 00:06:42,360 --> 00:06:45,720 KAFE INTERNET GEMBIRA 76 00:06:47,120 --> 00:06:49,360 Itulah taklimat tentang peta Hutan Congee. 77 00:06:49,680 --> 00:06:51,560 Kalau kita ikut kedudukan yang dah dirancang, 78 00:06:51,640 --> 00:06:53,720 dua pemain boleh lalu ikut sini. 79 00:06:53,800 --> 00:06:54,720 Yifan. 80 00:06:55,040 --> 00:06:56,280 Kenapa awak guna susunan ini? 81 00:06:58,080 --> 00:06:58,920 Biar saya jelaskan. 82 00:06:59,760 --> 00:07:02,000 Ada dua Dukun dalam Pasukan Herba Kecil, 83 00:07:02,200 --> 00:07:04,320 jadi lingkungan serangan mereka besar. 84 00:07:05,320 --> 00:07:06,760 Kita perlu selerakkan kedudukan. 85 00:07:08,680 --> 00:07:10,760 Kalau tak, susah kita nak tembusi mereka. 86 00:07:11,640 --> 00:07:16,400 Kalau kita selerakkan kedudukan, mereka berpecah dan tembus masuk, 87 00:07:16,880 --> 00:07:17,880 apa kita nak buat? 88 00:07:18,000 --> 00:07:19,880 Bao Zi, jangan menyampuk. Tunggu Yifan selesai. 89 00:07:20,960 --> 00:07:22,040 Sambunglah, Yifan. 90 00:07:23,120 --> 00:07:25,120 Jadi sekarang kita buat rancangan dulu. 91 00:07:25,480 --> 00:07:27,840 Hantar tiga pemain kita untuk kepung dua Dukun itu. 92 00:07:28,320 --> 00:07:31,240 Kemudian, pemain lain boleh sampai ke garisan penamat. 93 00:07:32,200 --> 00:07:35,440 Tapi Gao Yingjie dan Wang Jiexi sangat fleksibel. 94 00:07:35,720 --> 00:07:38,440 Kalau kita hantar tiga pemain untuk kepung Dukun itu, 95 00:07:38,800 --> 00:07:41,800 ahli lain perlu bertarung dua lawan tiga. 96 00:07:42,320 --> 00:07:45,040 - Lagi senanglah kita kalah. - Awak kata jangan menyampuk, 97 00:07:45,120 --> 00:07:46,240 tapi awak pun menyampuk. 98 00:07:46,320 --> 00:07:47,720 Yifan, relaks, teruskan. 99 00:07:49,000 --> 00:07:49,840 Jadi, 100 00:07:51,200 --> 00:07:53,680 kita perlu jaga satu-satunya Paderi kita. 101 00:07:54,560 --> 00:07:55,560 Rancangan saya ialah 102 00:07:56,440 --> 00:07:58,360 dua orang pemain bekerjasama untuk jaga An Wenyi. 103 00:07:58,520 --> 00:08:00,120 Dukun-dukun itu macam mana? 104 00:08:10,400 --> 00:08:13,440 Hei, betulkah awak bekas pemain Pasukan Herba Kecil? 105 00:08:15,920 --> 00:08:18,200 Awak rasa kenapa Wang Jiexi dipanggil Ahli Silap Mata? 106 00:08:18,960 --> 00:08:19,920 Taktik dia berubah-ubah. 107 00:08:20,000 --> 00:08:21,800 Apabila Pasukan Herba Kecil lawan kita nanti, 108 00:08:21,880 --> 00:08:23,320 awak rasa dia nak guna taktik biasa? 109 00:08:26,520 --> 00:08:27,600 Biar saya tunjuk contoh. 110 00:08:33,320 --> 00:08:35,880 Sekarang, Pasukan Gembira hanya pasukan akar umbi. 111 00:08:36,240 --> 00:08:38,159 Kalau mereka bunuh kapten, 112 00:08:38,400 --> 00:08:41,280 ahli lain akan terus mati. 113 00:08:42,720 --> 00:08:43,799 Jadi pada pendapat saya, 114 00:08:43,960 --> 00:08:47,480 sasaran pertama mereka bukan saya, tapi kapten. 115 00:08:49,400 --> 00:08:50,640 Betul juga. 116 00:08:50,880 --> 00:08:55,360 Saya rasa baik kita tunggu Kapten saja buat mesyuarat, okey? 117 00:08:58,840 --> 00:08:59,840 Betul cakap awak. 118 00:09:00,120 --> 00:09:01,040 Mana Kapten? 119 00:09:06,800 --> 00:09:07,720 Tuan Guru. 120 00:09:08,120 --> 00:09:10,840 Saya nak minta maaf sebaik saja saya tahu identiti awak. 121 00:09:11,040 --> 00:09:13,480 Tapi saya ada urusan kerja luar dan baru balik hari ini. 122 00:09:13,640 --> 00:09:16,200 Jadi saya lambat 28 hari, 7 jam, 6 minit, 5 saat. 123 00:09:16,280 --> 00:09:17,800 Kalaulah saya tak selambat ini. 124 00:09:18,360 --> 00:09:19,680 Tuan Guru... 125 00:09:21,000 --> 00:09:23,000 - Jangan bising. - Okey. 126 00:09:27,000 --> 00:09:27,880 Jangan risau. 127 00:09:28,080 --> 00:09:30,440 Saya akan rahsiakan yang awak Tuan Guru. 128 00:09:31,240 --> 00:09:32,720 Mesti makanan semasa kerja luar sedap. 129 00:09:32,800 --> 00:09:33,880 Awak dah bulat. 130 00:09:35,240 --> 00:09:36,120 Yakah? 131 00:09:36,280 --> 00:09:37,280 Muka bengkak agaknya. 132 00:09:37,480 --> 00:09:39,400 Saya asyik fikir cara nak minta maaf. 133 00:09:39,480 --> 00:09:40,800 Makan tak kenyang, tidur tak lena. 134 00:09:40,880 --> 00:09:42,000 - Sini. - Tuan Guru. 135 00:09:42,080 --> 00:09:43,920 Maafkan saya. Saya buta. 136 00:09:44,160 --> 00:09:46,800 Saya tak cam awak, malah layan awak macam pengurus rangkaian. 137 00:09:48,320 --> 00:09:49,680 Ini biskut perisa keladi bunting. 138 00:09:49,920 --> 00:09:51,080 Anggaplah biskut ini saya. 139 00:09:51,240 --> 00:09:52,240 Koyakkan kotaknya. 140 00:09:52,400 --> 00:09:53,520 Kemikkan bungkusannya. 141 00:09:53,640 --> 00:09:54,880 Rentap biskut ini keluar. 142 00:09:55,080 --> 00:09:56,480 Nak hancurkan pun boleh. 143 00:09:56,560 --> 00:09:58,000 Apa saja untuk lepaskan geram. 144 00:09:59,560 --> 00:10:00,640 Sudahlah. 145 00:10:01,080 --> 00:10:03,040 - Ada apa-apa lagi? - Ada. 146 00:10:03,640 --> 00:10:05,520 Ini pelindung telefon khas untuk awak. 147 00:10:05,600 --> 00:10:07,080 Saya harap awak guna setiap hari. 148 00:10:07,160 --> 00:10:09,640 Ini cara untuk melindungi hati awak yang saya patahkan. 149 00:10:09,920 --> 00:10:10,920 Macam mana? 150 00:10:11,240 --> 00:10:12,240 Sangat cantik. 151 00:10:13,080 --> 00:10:14,080 Ada satu lagi. 152 00:10:17,520 --> 00:10:19,600 Tuan Guru, boleh bau tak? Hidulah! 153 00:10:20,920 --> 00:10:23,720 Ada bau keladi bunting. 154 00:10:23,920 --> 00:10:25,680 Harumannya akan menyelubungi kita. 155 00:10:25,960 --> 00:10:26,880 Dengar! 156 00:10:26,960 --> 00:10:28,760 Semua ini membawa satu makna saja. 157 00:10:29,160 --> 00:10:30,560 Ini semua tanda minta maaf 158 00:10:30,800 --> 00:10:31,800 daripada pihak saya. 159 00:10:34,960 --> 00:10:35,880 Maafkan saya. 160 00:10:36,360 --> 00:10:38,160 Saya alah dengan keladi bunting. 161 00:10:45,200 --> 00:10:46,520 Tengok ini. 162 00:10:47,160 --> 00:10:48,040 Ini juga. 163 00:10:49,880 --> 00:10:50,760 Tuan Guru. 164 00:10:51,320 --> 00:10:52,480 Awak tak nak tengokkah? 165 00:10:52,560 --> 00:10:54,680 Saya siapkan semua hadiah keladi bunting ini. 166 00:10:54,760 --> 00:10:56,280 Saya tak nak dengar awak minta maaf. 167 00:10:56,640 --> 00:10:57,640 Cakaplah cepat. 168 00:11:00,080 --> 00:11:01,320 Kenapa awak nak jumpa saya? 169 00:11:04,560 --> 00:11:05,480 Tuan Guru, tengok ini. 170 00:11:05,560 --> 00:11:06,680 QIAO YIFAN, BEBAN PASUKAN 171 00:11:07,640 --> 00:11:09,720 - Apa ini? - Artikel untuk Pusat eSukan. 172 00:11:09,880 --> 00:11:11,560 Ketua penyunting nak terbitkan esok. 173 00:11:11,720 --> 00:11:14,440 Saya takut ia akan beri kesan kepada Pasukan Gembira. 174 00:11:14,760 --> 00:11:17,120 Jadi saya nak suruh awak baca dulu. 175 00:11:17,640 --> 00:11:19,240 Saya dengar semasa temu bual Herba Kecil, 176 00:11:19,320 --> 00:11:21,560 Wang Jiexi kata yang bekas pemain Herba Kecil, Qiao Yifan 177 00:11:21,640 --> 00:11:23,320 akan lawan mereka dalam Perlawanan Pelatih. 178 00:11:23,400 --> 00:11:25,880 Sebenarnya dia doakan yang terbaik untuk Qiao Yifan, 179 00:11:26,200 --> 00:11:27,840 tapi penulis artikel ini tulis lain pula. 180 00:11:27,920 --> 00:11:29,040 Ini publisiti murahan saja. 181 00:11:29,280 --> 00:11:30,400 {\an8}Tengoklah tajuknya. 182 00:11:30,480 --> 00:11:32,240 {\an8}Siapa yang tak marah kalau baca? 183 00:11:34,440 --> 00:11:35,680 Ia nak timbulkan perbalahan. 184 00:11:35,960 --> 00:11:38,160 Betul! Saya ada andaian. 185 00:11:38,480 --> 00:11:40,480 Ada orang nak kenakan Pasukan Gembira. 186 00:11:40,640 --> 00:11:42,040 Mereka nak timbulkan tekanan luar. 187 00:11:43,640 --> 00:11:45,760 - Mungkin juga. - Betul tak? 188 00:11:46,120 --> 00:11:48,960 Sebagai orang baru, dia mudah tertekan dengan pendapat orang ramai. 189 00:11:49,560 --> 00:11:51,240 Jadi kalau artikel ini diterbitkan, 190 00:11:51,520 --> 00:11:53,640 mesti prestasi Qiao Yifan akan dipengaruhi. 191 00:11:54,760 --> 00:11:55,680 Masuk akal juga. 192 00:11:56,800 --> 00:11:58,000 Terima kasih, Tuan Guru. 193 00:11:58,680 --> 00:12:01,880 Sebenarnya, saya tak suka pertandingan yang tak adil. 194 00:12:02,160 --> 00:12:04,880 Mereka patut fokus berlatih, bukannya buat helah begini. 195 00:12:05,040 --> 00:12:06,040 Betul tak? 196 00:12:07,880 --> 00:12:09,120 Jadi pada pendapat awak, 197 00:12:09,520 --> 00:12:10,520 apa kami patut buat? 198 00:12:11,400 --> 00:12:13,120 Tuan Guru, jangan risau. 199 00:12:13,280 --> 00:12:14,280 Saya ada rancangan. 200 00:12:14,800 --> 00:12:16,200 Apa pun yang pengarah kami cakap, 201 00:12:16,440 --> 00:12:19,560 saya akan pastikan artikel ini tak diterbitkan kalau awak nak. 202 00:12:22,360 --> 00:12:23,280 Terbitkan saja. 203 00:12:23,840 --> 00:12:24,720 Apa? 204 00:12:25,200 --> 00:12:27,160 - Tapi... - Sebagai pemain profesional, 205 00:12:27,800 --> 00:12:29,240 dia perlu belajar 206 00:12:30,360 --> 00:12:31,440 berdepan dengan kritikan. 207 00:12:40,960 --> 00:12:42,080 Tuan Guru! Tunggu! 208 00:12:43,200 --> 00:12:44,120 MAAF 209 00:12:44,720 --> 00:12:46,120 Awak tak nak dengar. 210 00:12:46,320 --> 00:12:48,200 Tapi awak boleh tengok, bukan? 211 00:12:57,040 --> 00:12:58,360 KAFE INTERNET GEMBIRA 212 00:12:59,680 --> 00:13:01,960 Kapten, saya dah fikir masak-masak. 213 00:13:02,320 --> 00:13:04,960 An Wenyi sangat penting dalam perlawanan dengan Herba Kecil. 214 00:13:05,120 --> 00:13:07,320 Kalau nak An Wenyi main sebaik mungkin, 215 00:13:07,480 --> 00:13:09,800 kita perlu belikan dia peralatan baru. 216 00:13:14,280 --> 00:13:16,040 Gaji saya tak cukup nak beli. 217 00:13:18,960 --> 00:13:19,960 Kalau tak boleh, 218 00:13:20,240 --> 00:13:22,000 hantar Tang Rou untuk melindungi dia. 219 00:13:22,400 --> 00:13:24,920 Kalau tak, An Wenyi akan jadi kelemahan kita. 220 00:13:27,680 --> 00:13:29,360 Bukan itu saja kelemahan kita. 221 00:13:31,920 --> 00:13:34,520 Kalau tak boleh hantar Tang Rou, kita hantar Bao Zi? 222 00:13:34,680 --> 00:13:35,840 Pengendalian Bao Zi bagus. 223 00:13:35,920 --> 00:13:37,240 Dia boleh membantu bila-bila masa. 224 00:13:42,000 --> 00:13:42,920 Kapten. 225 00:13:43,880 --> 00:13:46,560 Kalau semua ini tak berhasil, 226 00:13:47,560 --> 00:13:49,240 mungkin kita perlu ubah taktik. 227 00:13:54,080 --> 00:13:55,200 Saya tahu nak buat apa. 228 00:13:55,440 --> 00:13:57,320 Saya akan beri arahan, awak akan baiki. 229 00:13:58,480 --> 00:13:59,400 Bagus. 230 00:14:00,680 --> 00:14:01,600 Mari. 231 00:14:05,120 --> 00:14:06,720 MEMASANG DAN MEMPERBAIKI KOMPUTER 232 00:14:09,120 --> 00:14:09,960 Kapten. 233 00:14:10,760 --> 00:14:12,680 Awak nak ajar saya baiki komputer? 234 00:14:13,160 --> 00:14:15,160 Bukan saya, buku yang ajar. 235 00:14:20,440 --> 00:14:21,360 Kapten. 236 00:14:21,800 --> 00:14:22,960 Tak apalah. 237 00:14:23,680 --> 00:14:24,920 Bertambah rosak jadinya nanti. 238 00:14:25,480 --> 00:14:27,560 Kalau awak fikir begitu, mestilah akan lagi teruk. 239 00:14:28,640 --> 00:14:29,720 Apa nama hukumnya? 240 00:14:30,360 --> 00:14:31,360 Hukum Murphy. 241 00:14:31,640 --> 00:14:32,560 Mulakan. 242 00:14:32,960 --> 00:14:33,880 Nah. 243 00:14:35,760 --> 00:14:36,760 Beri saya buku itu. 244 00:14:38,880 --> 00:14:41,000 Mula dari penggantian belitan kabel. 245 00:14:42,960 --> 00:14:44,040 Baca muka surat ini. 246 00:14:45,400 --> 00:14:46,640 Penggantian belitan kabel. 247 00:14:59,400 --> 00:15:01,400 Kapten, macam ini betul tak? 248 00:15:03,240 --> 00:15:04,800 Penghalaan awak ada yang silap. 249 00:15:05,720 --> 00:15:06,720 Ia tak artistik. 250 00:15:07,080 --> 00:15:08,080 Artistik? 251 00:15:12,840 --> 00:15:13,760 Di muka surat ini. 252 00:15:19,400 --> 00:15:21,080 Kapten. Yang ini betul tak? 253 00:15:24,800 --> 00:15:25,800 Berselerak. 254 00:15:28,040 --> 00:15:29,200 Semakin teruk jadinya. 255 00:15:29,440 --> 00:15:30,440 Duduk. 256 00:15:33,480 --> 00:15:35,040 Awak cakap tentang masalah orang lain, 257 00:15:35,400 --> 00:15:36,880 tapi tak cakap masalah awak. 258 00:15:37,520 --> 00:15:38,960 Awak terima cadangan orang lain, 259 00:15:39,440 --> 00:15:41,200 tapi tak fikirkan perasaan awak sendiri. 260 00:15:42,720 --> 00:15:44,160 Susah sangatkah tugas awak? 261 00:15:44,680 --> 00:15:46,840 Awak cuma perlu baiki komputer ini. 262 00:15:52,600 --> 00:15:53,520 Kapten. 263 00:15:54,080 --> 00:15:55,440 Saya rasa saya tahu nak buat apa. 264 00:15:56,120 --> 00:15:57,280 Nak buat apa? 265 00:15:59,520 --> 00:16:01,320 Helo, ini En. Wang, juruteknik itu, bukan? 266 00:16:01,960 --> 00:16:03,680 Ya. Kami nak minta baiki komputer. 267 00:16:03,840 --> 00:16:05,960 Nombor 11, Lebuh Raja. Kafe Internet Gembira. 268 00:16:06,320 --> 00:16:08,040 Cara paling mudah dan berkesan. 269 00:16:12,120 --> 00:16:13,240 BIL MEMBAIKI KOMPUTER 270 00:16:13,320 --> 00:16:14,320 Membazir? 271 00:16:14,520 --> 00:16:15,520 Melebih-lebih? 272 00:16:15,840 --> 00:16:17,200 Kenapa kamu buat begini? 273 00:16:20,560 --> 00:16:23,920 Kamu habiskan masa berlatih dengan baiki komputer. 274 00:16:24,000 --> 00:16:25,640 Bukankah itu membazir dan melebih-lebih? 275 00:16:25,720 --> 00:16:27,080 Kamu patut menyesal, bukan? 276 00:16:28,280 --> 00:16:29,160 Kapten. 277 00:16:29,600 --> 00:16:30,960 Mahal sangatkah kosnya? 278 00:16:31,040 --> 00:16:32,960 - Duit bukan soalnya. - Bos dah marah. 279 00:16:33,280 --> 00:16:34,720 Saya dah cakap banyak kali. 280 00:16:35,080 --> 00:16:37,600 Masa kamu jauh lebih berharga daripada duit. 281 00:16:38,840 --> 00:16:40,160 Biar saya ulang sekali lagi. 282 00:16:40,760 --> 00:16:43,120 Apa yang kamu patut buat ialah berlatih dan bertanding. 283 00:16:43,760 --> 00:16:46,640 Kerja saya ialah cari duit. 284 00:16:53,680 --> 00:16:55,680 Kenapa tercegat lagi? Pergi berlatih! 285 00:16:56,400 --> 00:16:58,200 Ya. Mari kita berlatih. 286 00:17:01,480 --> 00:17:02,400 Kapten. 287 00:17:02,600 --> 00:17:05,240 Kenapa tak tanya tentang peralatan baru An Wenyi? 288 00:17:05,760 --> 00:17:07,200 Yang itu pakai duit. 289 00:17:08,160 --> 00:17:11,880 Memanglah, tapi bos kata latihan lebih penting daripada duit. 290 00:17:12,880 --> 00:17:13,880 Saya nak awak ingat. 291 00:17:14,040 --> 00:17:16,160 Selalunya orang cakap lain, tapi buat lain. 292 00:17:16,440 --> 00:17:19,200 Bos dah banyak sangat berbelanja untuk benda yang tak patut. 293 00:17:19,520 --> 00:17:21,720 Janganlah tambah lagi beban dia. 294 00:17:21,880 --> 00:17:23,280 Berbelanja benda yang tak patut? 295 00:17:23,480 --> 00:17:26,640 Tapi keluarkan duit untuk baiki komputer itu perkara biasa. 296 00:17:29,040 --> 00:17:32,160 Mungkin itu bukan penyelenggaraan biasa. 297 00:17:32,800 --> 00:17:35,160 Saya yang rosakkan komputer itu. 298 00:17:44,720 --> 00:17:46,600 - Mendapatkan peralatan lagi? - Ya. 299 00:17:47,280 --> 00:17:49,760 Untuk peralatan pemain baru kita, An Wenyi. 300 00:17:50,640 --> 00:17:52,160 Tapi di mana kita nak cari? 301 00:17:54,280 --> 00:17:57,160 Hari ini, saya nak ajar kamu semua kutip barang. 302 00:17:57,720 --> 00:17:58,880 Ia profesion yang hebat. 303 00:18:25,760 --> 00:18:28,320 Tiga persatuan ini sedang serang Bos Liar. 304 00:18:28,880 --> 00:18:29,880 Apa kita nak buat? 305 00:18:30,240 --> 00:18:31,160 Duduk diam-diam. 306 00:18:31,400 --> 00:18:32,840 Tengok saja persembahan mereka. 307 00:18:39,280 --> 00:18:40,480 Kelam-kabutnya! 308 00:18:41,160 --> 00:18:42,840 Lagi kelam-kabut, lagi mudah kita kutip. 309 00:18:43,040 --> 00:18:44,880 Kapten. Kutip barang itu apa? 310 00:18:45,320 --> 00:18:47,480 Semasa kacau-bilau pertempuran, 311 00:18:47,680 --> 00:18:50,680 pasukan yang kuat akan merampas peralatan secara sah. 312 00:18:51,600 --> 00:18:54,600 Ini namanya "merampas secara sah"? 313 00:18:55,320 --> 00:18:56,200 Ya... 314 00:18:56,880 --> 00:18:58,560 Tujuan paling utama dalam kutip barang 315 00:18:58,720 --> 00:19:00,520 adalah menang tanpa bertarung. 316 00:19:13,960 --> 00:19:14,840 Cepat! 317 00:19:19,920 --> 00:19:21,920 Lepas ambil peralatan, terus lari! 318 00:19:29,680 --> 00:19:31,280 Menang tanpa bertarung? 319 00:19:32,680 --> 00:19:33,600 Memang pun! 320 00:19:33,840 --> 00:19:34,840 Sudah tentu! 321 00:19:35,200 --> 00:19:36,520 Bila saya pernah tipu? 322 00:19:40,480 --> 00:19:41,480 Lari laju lagi! 323 00:19:44,960 --> 00:19:46,680 Kapten. Mereka kejar kita. 324 00:19:46,880 --> 00:19:48,600 Di depan jalan mati. Apa kita nak buat? 325 00:19:48,960 --> 00:19:50,760 Maka, ini tujuan kedua taktik ini. 326 00:19:51,720 --> 00:19:52,840 Sentiasa 327 00:19:53,440 --> 00:19:55,040 ada jalan terbuka untuk keluar. 328 00:19:57,240 --> 00:19:58,080 Nak masuk? 329 00:20:17,440 --> 00:20:18,280 Ayuh! 330 00:20:49,280 --> 00:20:50,200 Berhenti cari mereka. 331 00:20:50,440 --> 00:20:51,440 Pergi lawan Bos Liar! 332 00:21:13,640 --> 00:21:16,120 Kapten, ketiga-tiga persatuan itu bawa Raksasa ke sini. 333 00:21:16,200 --> 00:21:17,200 Kita nak rampas diakah? 334 00:21:18,120 --> 00:21:19,560 Kali ini, kita tak nak rampas dia. 335 00:21:19,760 --> 00:21:22,360 Tapi kita kutip peralatan semasa kacau-bilau. 336 00:21:23,480 --> 00:21:26,040 Tapi pemain ketiga-tiga persatuan itu cekap. 337 00:21:26,560 --> 00:21:27,840 Saya tak nampak peluang. 338 00:21:28,080 --> 00:21:30,680 Jadi inilah masa untuk tujuan ketiga kutip barang. 339 00:21:32,000 --> 00:21:33,080 Kalau tak ada peluang, 340 00:21:33,760 --> 00:21:34,960 kita cipta peluang. 341 00:21:35,400 --> 00:21:36,480 Tengok saya tembak. 342 00:21:36,960 --> 00:21:38,160 Mereka akan mula berbalah. 343 00:21:38,760 --> 00:21:40,480 Siapa tembak kita? 344 00:21:40,760 --> 00:21:42,240 Saya tahu awak ada agenda! 345 00:21:42,440 --> 00:21:44,240 Awak kata kita bahagikan peralatan sama rata? 346 00:21:44,400 --> 00:21:45,320 Pembohong! 347 00:21:45,640 --> 00:21:46,720 Jaga mulut awak! 348 00:21:46,840 --> 00:21:48,480 Buat sajalah! Kami tak takut! 349 00:21:55,560 --> 00:21:58,040 Ahli Persatuan Anak Sungai Biru, lawan Persatuan Misi Zalim! 350 00:21:58,160 --> 00:21:59,360 Tiba-tiba mereka tembak kita! 351 00:21:59,760 --> 00:22:00,920 Jangan biar mereka terlepas! 352 00:22:01,040 --> 00:22:02,360 Mereka suka main tipu! 353 00:22:09,120 --> 00:22:10,200 Kapten. 354 00:22:10,720 --> 00:22:12,360 Awak memang bijak! 355 00:22:15,040 --> 00:22:18,280 Masa yang sesuai dah tiba. 356 00:22:18,440 --> 00:22:22,280 Sasaran pertama ialah alat terpenting untuk Paderi, Salib Kristal Ais. 357 00:22:22,960 --> 00:22:25,040 Kita perlu lebih bersatu dalam kekacauan seperti ini. 358 00:22:25,200 --> 00:22:27,120 Walaupun mengutip barang, kita mesti bekerjasama. 359 00:22:27,480 --> 00:22:30,280 Kalau kita guna kaedah yang betul, medan tempur adalah pentas kita. 360 00:22:40,640 --> 00:22:41,720 Saya nampak salib itu! 361 00:22:47,960 --> 00:22:51,000 Kapten, lelaki bernama Tipu Daya dah ambil! 362 00:22:54,320 --> 00:22:55,200 Saya akan kejar dia. 363 00:22:55,400 --> 00:22:57,080 Yifan. Uruskan yang lain. 364 00:22:59,400 --> 00:23:01,160 Hei, sekarang kita nak buat apa? 365 00:23:01,600 --> 00:23:03,680 Kutip barang lagi. Sasarkan Paderi. 366 00:23:03,840 --> 00:23:05,120 Kutip apa yang An Wenyi perlukan. 367 00:23:05,360 --> 00:23:06,680 Nanti. Perhatikan sekeliling. 368 00:23:08,120 --> 00:23:09,840 Berani awak kutip barang daripada kami? 369 00:23:10,280 --> 00:23:11,760 Langkah mayat saya dulu! 370 00:23:36,000 --> 00:23:37,480 Tang Rou nampak titik lemah. 371 00:23:41,600 --> 00:23:44,200 Kita mesti tembusi mereka cepat! An Wenyi, dekat dengan kami. 372 00:23:46,320 --> 00:23:47,880 - An Wenyi. - Tak perlu. 373 00:24:27,800 --> 00:24:28,680 An Wenyi! 374 00:24:32,560 --> 00:24:33,560 Jaga-jaga! 375 00:24:52,640 --> 00:24:53,920 Bao Zi, saya dah jumpa An Wenyi. 376 00:24:54,120 --> 00:24:55,520 Beri bantuan. Iringi dia keluar. 377 00:24:55,640 --> 00:24:56,520 Baik! 378 00:25:04,080 --> 00:25:06,000 Saya kata tak perlu! Kenapa awak datang? 379 00:25:19,920 --> 00:25:20,800 Hai, kawan. 380 00:25:21,200 --> 00:25:22,320 Kemahiran awak bagus. 381 00:25:22,520 --> 00:25:23,760 Tapi awak berdepan dengan saya. 382 00:25:27,560 --> 00:25:29,120 ANDA MEMPEROLEH SALIB KRISTAL AIS 383 00:25:30,880 --> 00:25:32,080 SALIB KRISTAL AIS TELAH ROSAK 384 00:26:15,200 --> 00:26:16,120 Sekarang macam mana? 385 00:26:17,320 --> 00:26:19,240 Awak bawa kami kepada jaguh. Puas hati sekarang? 386 00:26:20,200 --> 00:26:21,080 Sudahlah. 387 00:26:21,160 --> 00:26:23,040 - Yifan nak selamatkan awak. - Selamatkan saya? 388 00:26:24,560 --> 00:26:25,880 Saya nampak Pemain Pedang itu. 389 00:26:26,120 --> 00:26:27,240 Kenapa saya tak serang? 390 00:26:27,360 --> 00:26:29,440 Sebab saya tak nak persatuan lain tahu! 391 00:26:29,720 --> 00:26:31,040 Mata nyawa dia tak banyak. 392 00:26:31,280 --> 00:26:33,720 Apa akan jadi kalau dia serbu saya? Dia boleh bunuh sayakah? 393 00:26:33,920 --> 00:26:34,920 Tak boleh! 394 00:26:35,400 --> 00:26:38,200 Tapi awak buat hal 395 00:26:39,200 --> 00:26:40,560 dan menyebabkan kami terbunuh. 396 00:26:40,680 --> 00:26:43,160 Benda senang dalam Glory pun awak tak boleh buat keputusan! 397 00:26:46,120 --> 00:26:48,040 Saya pun salah. Saya tak tengok sekeliling. 398 00:26:48,960 --> 00:26:50,600 Ya. Memang salah awak. 399 00:26:51,000 --> 00:26:52,200 Awak tak tengok sekeliling. 400 00:26:52,560 --> 00:26:53,560 Bao Zi pula 401 00:26:54,160 --> 00:26:55,440 datang terlalu cepat. 402 00:26:55,680 --> 00:26:57,280 Tapi kita patut salahkan siapa? Saya? 403 00:26:57,440 --> 00:26:59,880 Saya tak patut ambil peralatan itu, betul tak? 404 00:27:05,160 --> 00:27:06,040 Kawan-kawan. 405 00:27:06,440 --> 00:27:07,800 Pertandingan tak lama lagi. 406 00:27:08,080 --> 00:27:10,080 Kita tak dapat peralatan yang diperlukan. 407 00:27:10,200 --> 00:27:12,400 Malah satu-satunya alatan Jingga kita dah hilang! 408 00:27:12,920 --> 00:27:14,080 Teruk betullah! 409 00:27:14,200 --> 00:27:15,400 Kenapa kita buat begitu? 410 00:27:16,280 --> 00:27:17,200 Maafkan saya. 411 00:27:18,600 --> 00:27:20,200 Kalau awak tak boleh buat penilaian, 412 00:27:20,480 --> 00:27:22,960 tak perlulah jadi pemain profesional. 413 00:27:41,280 --> 00:27:42,280 Kapten. 414 00:27:44,040 --> 00:27:45,280 Saya silapkah? 415 00:27:47,600 --> 00:27:48,800 Awak rasa macam mana? 416 00:27:56,640 --> 00:27:57,640 Yifan. 417 00:27:58,360 --> 00:28:00,560 Saya dah nilai kesedaran keseluruhan awak. 418 00:28:01,520 --> 00:28:03,120 Tapi saya tak nak hal itu... 419 00:28:05,320 --> 00:28:06,600 membebankan awak. 420 00:28:17,000 --> 00:28:19,760 Yifan menunjukkan kelemahan di sini. 421 00:28:20,440 --> 00:28:24,000 Kita boleh lihat tindak balasnya perlahan di sini. 422 00:28:26,120 --> 00:28:27,320 Dia guna tambahan satu saat 423 00:28:27,400 --> 00:28:30,000 sedangkan dia boleh bertindak balas di bawah sedar. 424 00:28:30,840 --> 00:28:33,960 Malah dia terlepas masa yang sesuai untuk bertindak. 425 00:28:35,360 --> 00:28:37,400 Selepas ada masalah, dia tak buat pembetulan terus. 426 00:28:37,960 --> 00:28:39,200 Dia juga buat silap. 427 00:28:39,560 --> 00:28:40,440 Ya. 428 00:28:40,680 --> 00:28:42,960 Kadar serangan dia sepatutnya 70 peratus, 429 00:28:43,320 --> 00:28:44,760 tapi sekarang cuma 30 peratus. 430 00:28:45,720 --> 00:28:48,560 Tapi itu bukan yang paling bahaya. 431 00:28:49,600 --> 00:28:50,800 Yang paling bahaya ialah 432 00:28:51,760 --> 00:28:53,760 kesedaran keseluruhannya jadi terbatas. 433 00:28:53,920 --> 00:28:56,480 Dia tak tahu beri keutamaan. Ia memburukkan keadaan. 434 00:29:02,520 --> 00:29:03,960 Hantar laporan kepada dia. 435 00:29:09,000 --> 00:29:10,160 {\an8}PUSAT ESUKAN 436 00:29:11,960 --> 00:29:14,960 Nak sorok majalah ini daripada diakah? 437 00:29:15,440 --> 00:29:18,000 Saya takut kalau Yifan baca, dia akan tertekan. 438 00:29:18,120 --> 00:29:19,960 Dalam pasukan kita tak ada beban. 439 00:29:20,440 --> 00:29:23,440 Sebenarnya di antara semua, Yifan paling cepat maju. 440 00:29:24,720 --> 00:29:28,600 Tapi saya takut Yifan tak boleh terima kritikan begini. 441 00:29:30,000 --> 00:29:32,720 Dia perlu belajar berdepan dengan kritikan. 442 00:29:33,640 --> 00:29:35,080 Lagipun, dia pemain profesional. 443 00:29:36,280 --> 00:29:39,080 Kesedaran keseluruhan Yifan menjadi beban kepadanya. 444 00:29:40,040 --> 00:29:42,920 Dia perlu lupakan semua itu dan yakin dengan diri sendiri. 445 00:29:43,880 --> 00:29:45,400 Tapi tak ada orang boleh paksa. 446 00:29:45,480 --> 00:29:47,920 Dia nak buat begitu atau tak bergantung kepada dia sendiri. 447 00:29:50,360 --> 00:29:51,480 Apa yang saya boleh buat... 448 00:29:53,360 --> 00:29:54,440 adalah beri dia dorongan. 449 00:30:07,280 --> 00:30:09,640 Apa pun, awak benar-benar faham akan situasi sebenar. 450 00:30:11,200 --> 00:30:15,440 Tapi faham situasi sebenar tak bantu saya mendapatkan mangsa untuk pasukan. 451 00:30:15,960 --> 00:30:17,560 Tapi ia boleh bantu pasukan awak menang. 452 00:30:18,240 --> 00:30:19,880 Ini bakat yang sangat jarang dijumpai. 453 00:30:20,160 --> 00:30:21,560 Awak rasa saya betul-betul layak... 454 00:30:23,360 --> 00:30:24,520 jadi timbalan kapten? 455 00:30:31,760 --> 00:30:33,480 TAKTIK 456 00:30:50,400 --> 00:30:51,320 Yifan. 457 00:30:52,440 --> 00:30:55,160 Saya dah nilai kesedaran keseluruhan awak. 458 00:30:56,200 --> 00:30:57,800 Tapi saya tak nak hal itu 459 00:30:58,600 --> 00:30:59,600 membebankan awak. 460 00:31:14,640 --> 00:31:16,560 Sampai kena kutip barang untuk cari peralatan! 461 00:31:17,160 --> 00:31:20,280 Miskin betul! Kenapalah saya masuk pasukan ini? 462 00:31:20,480 --> 00:31:22,720 Baik saya minta gaji dan pergi dari sini. 463 00:31:24,600 --> 00:31:25,960 Saya tak nak jadi macam mereka. 464 00:31:26,080 --> 00:31:28,760 Mereka semua berangan nak jadi pemain profesional. 465 00:31:28,840 --> 00:31:30,000 Sebab itu mereka tak betul. 466 00:31:30,080 --> 00:31:31,960 Satu-satunya impian ialah duit, bukan? 467 00:31:33,840 --> 00:31:34,680 Mestilah! 468 00:31:34,960 --> 00:31:37,080 Saya ada jumpa pasukan lain. Saya akan hubungi mereka. 469 00:31:37,240 --> 00:31:39,320 Saya akan beritahu mereka yang saya... 470 00:31:45,720 --> 00:31:47,000 Nanti saya telefon balik. 471 00:31:49,640 --> 00:31:50,720 Boleh kita berbincang? 472 00:31:51,960 --> 00:31:52,960 Sekejap saja. 473 00:31:56,360 --> 00:31:57,360 Duduk. 474 00:31:58,160 --> 00:31:59,160 Awak nak air? 475 00:31:59,640 --> 00:32:00,520 Tak nak. 476 00:32:00,800 --> 00:32:01,920 Saya nak jelaskan. 477 00:32:02,680 --> 00:32:04,600 Ada masalah serius semasa kami kutip barang. 478 00:32:06,280 --> 00:32:08,040 Rantaian arahan teruk. Kerjasama tak bagus. 479 00:32:08,200 --> 00:32:09,120 Lebih-lebih lagi... 480 00:32:09,200 --> 00:32:11,400 Mereka gagal mendapatkan peralatan yang bagus untuk awak. 481 00:32:20,160 --> 00:32:21,680 Walaupun saya tak tahu tentang teknik, 482 00:32:21,760 --> 00:32:24,440 saya tahu peralatan sangat penting bagi pemain profesional. 483 00:32:24,720 --> 00:32:26,360 Saya nak awak teruskan rentak awak. 484 00:32:28,000 --> 00:32:29,000 Jadi? 485 00:32:30,040 --> 00:32:31,600 Cik Chen nak pujuk saya? 486 00:32:32,280 --> 00:32:34,360 Walaupun tak ada duit, tak ada peralatan, 487 00:32:34,440 --> 00:32:36,200 saya perlu berangan macam kamu juga? 488 00:32:38,920 --> 00:32:39,960 Ambillah. 489 00:32:41,600 --> 00:32:42,480 Apa maksud awak? 490 00:32:44,000 --> 00:32:44,880 Ini gaji saya? 491 00:32:45,480 --> 00:32:46,600 Bukan. 492 00:32:48,240 --> 00:32:49,720 Saya sedang buat kontrak awak. 493 00:32:49,840 --> 00:32:52,360 Kalau ada permintaan, cari saya. Kita boleh bincang. 494 00:32:53,240 --> 00:32:55,160 Duit ini untuk awak beli peralatan. 495 00:32:56,240 --> 00:32:58,400 Ini tak ada kaitan dengan kontrak atau kerja awak. 496 00:33:00,320 --> 00:33:01,320 Saya faham. 497 00:33:01,560 --> 00:33:05,560 Jadi duit ini hadiah tambahan daripada awak? 498 00:33:10,240 --> 00:33:14,600 Duit ini adalah hadiah selamat datang daripada seluruh pasukan untuk awak. 499 00:33:18,240 --> 00:33:21,240 Saya tahu sebagai orang baru, ada tempoh penyesuaian. 500 00:33:22,320 --> 00:33:25,760 Saya pun pernah lalui masa mula-mula buka kafe Internet ini. 501 00:33:26,040 --> 00:33:27,840 Setiap hari saya tertekan. 502 00:33:28,200 --> 00:33:31,920 Kemudian, saya sedar yang saya perlu luahkan semua itu. 503 00:33:32,400 --> 00:33:35,320 Jangan simpan rasa marah lama-lama. 504 00:33:35,480 --> 00:33:36,480 Tak sihat. 505 00:33:36,880 --> 00:33:37,880 Jadi 506 00:33:38,720 --> 00:33:41,280 berapa banyak awak berikan untuk beli peralatan? 507 00:33:46,000 --> 00:33:47,600 Sebenarnya, 508 00:33:49,120 --> 00:33:52,240 apa yang saya ada sekarang cuma kafe Internet ini. 509 00:33:53,080 --> 00:33:55,240 Duit saya tak cukup, 510 00:33:55,800 --> 00:33:57,280 tapi saya sedang usahakan. 511 00:33:57,960 --> 00:34:00,960 Sekarang, saya tak boleh beri awak yang terbaik. 512 00:34:01,160 --> 00:34:03,680 Tapi saya boleh beri semua yang saya ada. 513 00:34:05,280 --> 00:34:09,400 Duit yang ada ini mungkin boleh beli separuh saja peralatan. 514 00:34:10,080 --> 00:34:14,440 Tapi saya janji awak akan ada peralatan macam pasukan lain. 515 00:34:15,400 --> 00:34:16,719 Anggaplah ini 516 00:34:17,760 --> 00:34:19,840 janji saya sebagai bos separa profesional. 517 00:34:23,239 --> 00:34:24,400 Ambillah. 518 00:34:24,920 --> 00:34:26,400 Masuk ke Glory. 519 00:34:26,719 --> 00:34:27,719 Beli sekarang. 520 00:34:28,440 --> 00:34:29,600 - Saya... - Alamak. 521 00:34:29,880 --> 00:34:30,880 Dah malamlah. 522 00:34:31,280 --> 00:34:32,520 Saya nak tidur. 523 00:34:33,280 --> 00:34:34,360 Cik Chen! 524 00:34:35,159 --> 00:34:37,040 Terima kasih sebab sertai kami. Selamat malam! 525 00:34:37,199 --> 00:34:38,120 Saya... 526 00:35:01,280 --> 00:35:02,960 BANK INDUSTRI DAN KOMERSIAL CHINA 527 00:35:08,280 --> 00:35:09,640 PASUKAN GEMBIRA 528 00:35:16,560 --> 00:35:19,520 GLORY, DIMULAKAN... 529 00:35:24,520 --> 00:35:25,920 "Abu Seinci"? 530 00:35:31,560 --> 00:35:33,480 KATA-KATA BUNIAN 531 00:35:34,760 --> 00:35:37,000 "Kata-kata Bunian"? 532 00:35:39,560 --> 00:35:41,000 Ini peralatan Jingga terbaik! 533 00:35:45,400 --> 00:35:47,360 Berapa harganya di pasaran? 534 00:35:57,360 --> 00:35:58,800 BIL 535 00:36:18,680 --> 00:36:21,240 Terima kasih sebab main Glory dengan saya. 536 00:36:40,640 --> 00:36:42,520 - Helo. Cakaplah. - Awak rasa 537 00:36:43,400 --> 00:36:44,520 saya... 538 00:36:46,160 --> 00:36:47,240 buruk perangaikah? 539 00:36:47,800 --> 00:36:49,600 Akhirnya awak sedar! 540 00:36:50,040 --> 00:36:52,680 Kalau bukan sebab dah lama saya kenal awak dari kecil, 541 00:36:52,960 --> 00:36:55,200 awak ingat saya boleh bersabar dengan sikap awak? 542 00:36:56,480 --> 00:36:58,320 Awak ada kawan lainkah selain saya? 543 00:37:00,920 --> 00:37:02,000 Kalau begitu, 544 00:37:03,200 --> 00:37:04,360 kawan itu apa? 545 00:37:05,120 --> 00:37:07,320 Kawan itu orang yang awak sakitkan berkali-kali, 546 00:37:07,440 --> 00:37:09,520 tapi tetap layan awak dengan baik. 547 00:37:11,720 --> 00:37:13,680 Hai, sayalah 548 00:37:13,960 --> 00:37:15,640 penemu duganya. 549 00:37:16,120 --> 00:37:18,040 Kita boleh runding kalau awak nak! 550 00:37:18,160 --> 00:37:22,120 Saya rasa baik kita tunggu Kapten saja buat mesyuarat, okey? 551 00:37:22,240 --> 00:37:23,720 Kalau awak tak boleh buat penilaian, 552 00:37:24,040 --> 00:37:26,840 tak perlulah jadi pemain profesional. 553 00:37:27,240 --> 00:37:28,280 Maafkan saya. 554 00:37:34,040 --> 00:37:35,720 Awak boleh tolong saya tak? 555 00:37:36,880 --> 00:37:38,120 Ajar saya kesan status negatif. 556 00:37:38,520 --> 00:37:39,840 Kalau awak ajar saya, 557 00:37:40,400 --> 00:37:41,600 saya akan beri apa saja. 558 00:37:42,360 --> 00:37:43,800 Ya. Sekarang. 559 00:37:47,720 --> 00:37:48,880 Pasukan Gembira 560 00:37:50,280 --> 00:37:51,600 lawan Pasukan Herba Kecil. 561 00:37:54,400 --> 00:37:55,600 Kita akan menang! 562 00:38:01,200 --> 00:38:04,800 KAFE INTERNET GEMBIRA 563 00:38:07,000 --> 00:38:07,920 Kapten. 564 00:38:12,400 --> 00:38:13,680 Saya nak cakap sikit. 565 00:38:13,760 --> 00:38:14,760 Kapten! 566 00:38:15,800 --> 00:38:16,880 Yifan tak ada. 567 00:38:16,960 --> 00:38:17,880 Apa? 568 00:38:19,000 --> 00:38:20,920 Kapten, dia tak ada di tingkat dua. 569 00:38:21,000 --> 00:38:22,320 Di atas bumbung pun tak ada. 570 00:38:22,560 --> 00:38:23,720 Dia tak jawab panggilan. 571 00:38:24,160 --> 00:38:26,600 - Mana Yifan pergi? - Malam tadi pun tak nampak dia. 572 00:38:27,240 --> 00:38:29,120 Dia pergi sebab rasa tertekankah? 573 00:38:29,200 --> 00:38:30,280 Dia takkan buat begitu. 574 00:38:33,640 --> 00:38:35,320 Yifan tak akan pergi waktu bertarung. 575 00:38:36,000 --> 00:38:37,120 Sekarang dah pukul 8:30. 576 00:38:37,240 --> 00:38:38,720 Pertandingan mula pukul sembilan. 577 00:38:38,800 --> 00:38:40,080 Pergilah dulu. Nanti lewat pula. 578 00:38:40,160 --> 00:38:41,360 Saya akan cari dia. 579 00:38:41,920 --> 00:38:43,600 Macam mana nak lawan kalau kurang ahli? 580 00:38:43,880 --> 00:38:47,880 Yifan tak ada, jadi kita perlu kongsi tanggungjawab dia. 581 00:39:01,480 --> 00:39:03,840 LIGA PRO GLORY 582 00:39:06,280 --> 00:39:09,160 - Kalau kita ada, mereka tak boleh lari. - Saya anggap ini satu kerjaya. 583 00:39:09,320 --> 00:39:11,360 - Awak perlu berhati-hati. - Ada lagi di belakang. 584 00:39:12,240 --> 00:39:15,200 - Boleh serang mereka dari sini. - Ya, betul. 585 00:39:15,400 --> 00:39:18,000 - Kita guna peralatan ini. - Okey. 586 00:39:21,200 --> 00:39:22,720 Awak mesti agihkan sebaik mungkin. 587 00:39:22,800 --> 00:39:24,720 Jangan buang tenaga bina asas. 588 00:39:24,800 --> 00:39:26,880 - Agihkan lebih kepada... - Ada e-mel daripada Yifan. 589 00:39:31,200 --> 00:39:32,880 Sepuluh Langkah Satu Mangsa buat silap. 590 00:39:32,960 --> 00:39:34,240 Herba Kecil aktif menyerang. 591 00:39:34,320 --> 00:39:36,840 Dengan kesan status negatif, mereka akan dihapuskan dengan pantas. 592 00:39:36,920 --> 00:39:39,200 Tak ada yang berjaya lawan Pasukan Astaka Awan. Masa tamat. 593 00:39:39,280 --> 00:39:41,600 Seorang berjaya ketika lawan Pasukan Fantasi Penuh Misteri. 594 00:39:41,680 --> 00:39:43,120 Catatan masa, 3 minit 51 saat. 595 00:39:44,600 --> 00:39:46,560 Ini pasukan-pasukan yang lawan Herba Kecil. 596 00:39:48,040 --> 00:39:50,160 - Yifan datang ke sini awal tadi - Ya. 597 00:39:50,280 --> 00:39:51,560 dan kaji pergerakan lawan. 598 00:39:52,080 --> 00:39:53,080 Saya nak cari dia. 599 00:39:53,720 --> 00:39:55,160 - Saya pun. - Tak perlu. 600 00:39:56,480 --> 00:39:57,760 Kalau dia tak nak bertanding, 601 00:39:58,600 --> 00:40:01,600 tak guna kita paksa dia ke sini. 602 00:40:06,520 --> 00:40:09,360 JUMPA DI HUTAN CONGEE 603 00:40:13,360 --> 00:40:14,840 DARIPADA YE XIU: JUMPA DI HUTAN CONGEE 604 00:40:22,360 --> 00:40:23,360 Awak nak ke mana? 605 00:40:23,960 --> 00:40:25,720 Kejap lagi pertandingan bermula. 606 00:40:25,800 --> 00:40:28,600 PERTANDINGAN PRAPEMILIHAN GLORY KESEMBILAN 607 00:40:28,680 --> 00:40:30,040 Awak siapa? 608 00:40:32,920 --> 00:40:34,800 Ingat tak masa awak kutip barang? 609 00:40:36,360 --> 00:40:38,840 Awak curi banyak peralatan daripada Dinasti Cemerlang. 610 00:40:39,480 --> 00:40:41,160 Saya ingatkan awak pakar. 611 00:40:42,200 --> 00:40:46,400 Tapi kemudian, saya dapat tahu yang awak menyamar saja. 612 00:43:17,440 --> 00:43:19,440 Terjemahan sari kata oleh Hazniza Ramli