1 00:01:18,280 --> 00:01:21,360 ADAPTASI NOVEL DENGAN TAJUK SAMA BUTTERFLY BLUE, THE KING'S AVATAR 2 00:01:41,360 --> 00:01:44,320 LIGA PRO GLORY 3 00:01:46,880 --> 00:01:49,680 - Kalau kita ada, mereka tak boleh lari. - Saya anggap ini satu kerjaya. 4 00:01:49,880 --> 00:01:51,960 - Awak perlu berhati-hati. - Ada lagi di belakang. 5 00:01:52,800 --> 00:01:56,120 - Boleh serang mereka dari sini. - Ya, betul. 6 00:01:56,200 --> 00:01:58,800 - Kita guna peralatan ini. - Okey. 7 00:02:02,000 --> 00:02:03,440 Awak mesti agihkan sebaik mungkin. 8 00:02:03,520 --> 00:02:05,320 Jangan buang tenaga bina asas. 9 00:02:05,400 --> 00:02:07,480 - Agihkan lebih kepada... - Ada e-mel daripada Yifan. 10 00:02:11,560 --> 00:02:13,160 "Sepuluh Langkah Satu Mangsa buat silap." 11 00:02:13,240 --> 00:02:14,640 Herba Kecil aktif menyerang. 12 00:02:14,800 --> 00:02:16,880 Dengan kesan status negatif, mereka pantas dihapuskan. 13 00:02:16,960 --> 00:02:19,640 Tak ada yang berjaya lawan Pasukan Astaka Awan. Masa tamat. 14 00:02:19,720 --> 00:02:22,040 Seorang berjaya ketika lawan Pasukan Fantasi Penuh Misteri. 15 00:02:22,120 --> 00:02:23,480 Catatan masa, 3 minit 51 saat. 16 00:02:24,960 --> 00:02:26,880 Ini pasukan-pasukan yang lawan Herba Kecil. 17 00:02:26,960 --> 00:02:27,800 Ya. 18 00:02:28,560 --> 00:02:30,360 Yifan datang ke sini awal tadi 19 00:02:30,680 --> 00:02:32,280 dan kaji pergerakan lawan. 20 00:02:32,400 --> 00:02:33,520 Saya nak cari dia. 21 00:02:34,240 --> 00:02:35,760 - Saya pun. - Tak perlu. 22 00:02:37,080 --> 00:02:38,520 Kalau dia tak nak bertanding, 23 00:02:39,200 --> 00:02:41,720 tak guna kita paksa dia ke sini. 24 00:02:48,520 --> 00:02:50,120 JUMPA DI HUTAN CONGEE. 25 00:02:53,840 --> 00:02:55,360 DARIPADA YE XIU: JUMPA DI HUTAN CONGEE 26 00:03:02,880 --> 00:03:03,960 Awak nak ke mana? 27 00:03:04,680 --> 00:03:06,320 Kejap lagi pertandingan bermula. 28 00:03:06,400 --> 00:03:09,040 PERTANDINGAN PRAPEMILIHAN GLORY KESEMBILAN 29 00:03:09,200 --> 00:03:10,200 Awak siapa? 30 00:03:13,400 --> 00:03:15,280 Ingat tak masa awak kutip barang? 31 00:03:17,040 --> 00:03:19,680 Awak curi banyak peralatan daripada Dinasti Cemerlang. 32 00:03:20,120 --> 00:03:21,880 Saya ingatkan awak pakar. 33 00:03:23,040 --> 00:03:27,240 Tapi kemudian, saya dapat tahu yang awak menyamar saja. 34 00:03:32,640 --> 00:03:34,440 Awak tak tahu cara hilangkan kesan negatif 35 00:03:34,720 --> 00:03:36,040 dan gunakan pengganti. 36 00:03:37,640 --> 00:03:41,000 Saya tertanya-tanya macam mana awak tipu semua orang selama ini? 37 00:03:44,440 --> 00:03:45,960 Tapi saya lebih nak tahu tentang 38 00:03:47,240 --> 00:03:49,400 apa awak nak buat 39 00:03:50,360 --> 00:03:52,040 apabila semua orang perhatikan awak nanti. 40 00:03:57,840 --> 00:03:58,840 Awak siapa? 41 00:04:01,200 --> 00:04:02,560 Sabar. 42 00:04:03,280 --> 00:04:05,280 Saya datang untuk buat tawaran dengan awak. 43 00:04:07,240 --> 00:04:08,840 - Apa dia? - Senang saja. 44 00:04:09,680 --> 00:04:11,760 Asalkan awak tak buat apa-apa sepanjang pertandingan 45 00:04:12,040 --> 00:04:13,320 dan biarkan Gembira kalah, 46 00:04:14,360 --> 00:04:17,680 saya akan bayar dua kali ganda daripada apa yang mereka bayar awak. 47 00:04:22,960 --> 00:04:24,880 Pelajar kewangan terbaik 48 00:04:26,440 --> 00:04:29,160 patut tahu bahawa ini tawaran yang berbaloi. 49 00:04:30,280 --> 00:04:31,640 Awak dah terima tawaran itu. 50 00:04:32,680 --> 00:04:35,200 Kenapa awak masih bersama pasukan yang tak ada masa depan? 51 00:04:39,520 --> 00:04:40,600 Jangan kata 52 00:04:41,560 --> 00:04:42,880 awak nak tolong mereka 53 00:04:43,480 --> 00:04:45,960 dan jadi ahli pasukan mereka. 54 00:04:46,920 --> 00:04:48,080 Dah habis cakap? 55 00:04:49,080 --> 00:04:51,520 Ini bukan urusan awak. 56 00:04:54,440 --> 00:04:57,440 Kalau saya beritahu semua orang yang awak guna pengganti, 57 00:04:59,800 --> 00:05:01,280 macam mana layanan mereka nanti? 58 00:05:09,160 --> 00:05:11,280 Baik awak ambil saja duit itu. 59 00:05:12,280 --> 00:05:15,280 Kalau tak, reputasi awak akan jatuh. 60 00:05:17,280 --> 00:05:18,440 Ada dua pilihan. 61 00:05:19,440 --> 00:05:20,520 Awak pilihlah. 62 00:05:39,000 --> 00:05:42,080 Kita datang bersama sebagai satu pasukan dengan satu matlamat. 63 00:05:42,560 --> 00:05:44,560 Untuk menjadi pemain profesional Glory. 64 00:05:46,480 --> 00:05:47,960 Matlamat kita ada di depan mata. 65 00:05:48,400 --> 00:05:49,840 Awak nak melarikan diri sekarang? 66 00:05:52,480 --> 00:05:54,120 Kalau awak belum berputus asa lagi, 67 00:05:55,200 --> 00:05:56,280 cari saya 68 00:05:56,920 --> 00:05:58,320 dan lawan bersungguh-sungguh. 69 00:06:05,080 --> 00:06:06,000 Kapten! 70 00:06:36,520 --> 00:06:37,640 Awak ragu-ragu. 71 00:06:38,240 --> 00:06:40,480 Awak nak main atau nak lari? Buat keputusan. 72 00:06:41,520 --> 00:06:42,840 Saya pun tak nak ragu-ragu. 73 00:06:43,240 --> 00:06:44,120 Sekali lagi. 74 00:06:56,440 --> 00:06:59,080 Kalau awak ragu-ragu, awak rasa terkurung dari setiap sudut. 75 00:07:00,080 --> 00:07:01,440 Saya juga tak nak rasa terkurung. 76 00:07:01,760 --> 00:07:02,680 Teruskan. 77 00:07:39,640 --> 00:07:43,000 Awak tukar serangan aktif kepada pasif. 78 00:07:43,960 --> 00:07:47,120 Kapten, saya juga tak nak jadi pasif. 79 00:07:47,200 --> 00:07:48,360 Jadi apa yang awak nak? 80 00:07:49,280 --> 00:07:50,200 Saya nak... 81 00:07:50,640 --> 00:07:52,360 - Ya, kita menang! - Ya! 82 00:07:52,440 --> 00:07:55,560 - Hebatnya! - Cepat betul! 83 00:07:55,680 --> 00:07:57,400 - Hebat! - Ya! 84 00:08:07,840 --> 00:08:08,960 Saya nak menang. 85 00:08:09,120 --> 00:08:10,240 Kalau awak nak menang, 86 00:08:11,160 --> 00:08:12,560 acukan pedang awak ke arah saya. 87 00:08:26,040 --> 00:08:29,040 Yifan, apa yang awak takutkan sangat? 88 00:08:30,280 --> 00:08:31,360 Saya takut... 89 00:08:37,360 --> 00:08:39,360 Saya takut saya tak dapat pikul tanggungjawab. 90 00:08:41,120 --> 00:08:44,760 Saya takut kita akan kalah disebabkan saya. 91 00:08:46,760 --> 00:08:47,920 Saya takut... 92 00:08:51,040 --> 00:08:52,520 Saya takut kecewakan awak. 93 00:09:11,480 --> 00:09:14,200 Maafkan saya, Kapten. 94 00:09:15,680 --> 00:09:17,160 Saya kecewakan awak. 95 00:09:25,120 --> 00:09:26,000 Yifan. 96 00:09:27,360 --> 00:09:30,960 Glory bukan dunia untuk seorang saja. 97 00:09:36,240 --> 00:09:37,320 Kami akan tunggu awak. 98 00:09:54,440 --> 00:09:55,680 GLORY 99 00:09:57,000 --> 00:09:59,280 LIGA PRO GLORY KESEMBILAN 100 00:10:09,960 --> 00:10:13,880 LIGA PRO GLORY KESEMBILAN 101 00:10:17,240 --> 00:10:18,360 Saya dah kembali. 102 00:10:27,680 --> 00:10:31,320 Selamat menonton Perlawanan Pelatih Liga Pro Glory Kesembilan. 103 00:10:31,400 --> 00:10:33,120 Perlawanan pelatih ialah penyaringan asas 104 00:10:33,200 --> 00:10:34,640 dalam Liga Pro Glory. 105 00:10:34,760 --> 00:10:37,840 Ya, ini lebih kepada peluang berlatih berbanding pertandingan. 106 00:10:37,920 --> 00:10:40,040 Pasukan bertaraf tinggi akan jadi jurulatih. 107 00:10:40,120 --> 00:10:42,360 Ahli-ahli pasukan pencabar perlu sampai ke garisan penamat 108 00:10:42,440 --> 00:10:43,800 sementara dihalang oleh jurulatih. 109 00:10:44,000 --> 00:10:46,560 Pemain yang menamatkannya dalam masa yang diberikan akan dapat mata 110 00:10:46,640 --> 00:10:48,720 dan kedudukan muktamad akan mengikut mata terkumpul. 111 00:10:48,800 --> 00:10:51,480 - Cuma 20 pasukan layak ke pusingan akhir. - Kapten, Yifan tak main? 112 00:10:52,160 --> 00:10:54,800 Dia rasa tertekankah nak lawan Pasukan Herba Kecil? 113 00:10:55,080 --> 00:10:56,920 Semasa dua musim Yifan bersama Herba Kecil, 114 00:10:57,200 --> 00:10:58,320 dia berdaya saing. 115 00:10:58,680 --> 00:11:00,760 Dia tak dapat masuk pertandingan rasmi, 116 00:11:01,200 --> 00:11:04,200 tapi dia tak pernah berhenti memperbaiki dirinya. 117 00:11:04,680 --> 00:11:05,960 Dia akan datangkah kali ini? 118 00:11:07,840 --> 00:11:09,560 Kalau dia pemain profesional, 119 00:11:10,120 --> 00:11:11,200 dia akan datang. 120 00:11:51,560 --> 00:11:53,960 Ahli terakhir Pasukan Gembira sudah mendaftar masuk. 121 00:11:56,080 --> 00:11:57,640 Satu lagi sorotan penting hari ini, 122 00:11:57,720 --> 00:12:00,800 Tuan Guru Ye Qiu aktifkan akaun baru, Tuan Gerun 123 00:12:00,880 --> 00:12:02,760 dan memilih Pemain Tak Khusus sebagai kelasnya. 124 00:12:02,840 --> 00:12:04,640 Ya, dia bukan dari mana-mana kelas. 125 00:12:04,720 --> 00:12:05,800 Dia hanya boleh mengharapkan 126 00:12:05,880 --> 00:12:08,200 senjata buatan sendiri di tangannya, Payung Penyataan Ribuan. 127 00:12:08,280 --> 00:12:11,720 Senjata ini boleh ubah bentuk untuk guna sebarang 120 kemahiran tahap rendah 128 00:12:11,800 --> 00:12:14,400 daripada 24 subkelas berbeza tahap 20 dan ke bawah Glory 129 00:12:14,480 --> 00:12:16,000 yang ada sebelum satu kelas dipilih. 130 00:12:16,080 --> 00:12:18,960 Dalam kata lain, ia boleh ubah bentuk tanpa tempoh menunggu. 131 00:12:19,040 --> 00:12:21,240 Tapi ada kelemahan juga. Ia sangat sukar untuk digunakan. 132 00:12:21,320 --> 00:12:23,400 Mari kita tengok persembahan Tuan Guru Ye Qiu 133 00:12:23,480 --> 00:12:26,040 tentang macam mana dia menguasai setiap kelas. 134 00:12:30,040 --> 00:12:31,400 Perlawanan Pelatih, Pusingan Satu. 135 00:12:31,480 --> 00:12:34,480 Perlawanan antara Pasukan Gembira dan Pasukan Herba Kecil bakal bermula! 136 00:12:34,640 --> 00:12:36,560 Mampukah Pasukan Gembira sampai ke destinasi 137 00:12:36,640 --> 00:12:37,800 dan menang perlawanan pertama? 138 00:12:38,160 --> 00:12:39,240 Perlawanan kini bermula. 139 00:12:39,400 --> 00:12:42,080 Pasukan Gembira mara dan diketuai oleh Tuan Gerun. 140 00:12:42,160 --> 00:12:44,720 Pasukan Gembira sudah tiga peratus mara ke garisan penamat. 141 00:12:44,800 --> 00:12:47,200 Apakah taktik yang Pasukan Herba Kecil ada untuk mereka? 142 00:12:48,080 --> 00:12:49,640 Berdasarkan gaya Pasukan Herba Kecil, 143 00:12:49,720 --> 00:12:50,840 kapten mereka, Wang Jiexi, 144 00:12:50,920 --> 00:12:53,320 pasti akan atur serang hendap di lokasi yang paling sesuai. 145 00:12:53,400 --> 00:12:56,200 Hutan Congee mempunyai banyak pokok. Ia sesuai untuk serangan hendap. 146 00:12:56,320 --> 00:12:59,320 Pasukan Gembira mara dengan lancar dan belum bertembung sebarang halangan. 147 00:12:59,400 --> 00:13:01,480 Tembakan Rambang! Herba Kecil aturkan serangan hendap! 148 00:13:01,560 --> 00:13:02,880 Penembak tepat serang dulu! 149 00:13:03,840 --> 00:13:04,760 Kelalang Lava! 150 00:13:04,840 --> 00:13:07,760 Pokok Baik mengekori dengan rapat dan halang pergerakan Pasukan Gembira. 151 00:13:13,800 --> 00:13:16,800 Pasukan Herba Kecil mempunyai kelebihan. Pasukan Gembira menghadapi masalah. 152 00:13:16,880 --> 00:13:18,320 Perjalanan mereka akan tergendala. 153 00:13:18,400 --> 00:13:20,400 Mata nyawa pasukan mereka juga semakin berkurangan. 154 00:13:21,000 --> 00:13:22,120 Pasukan Gembira melawan! 155 00:13:22,600 --> 00:13:24,800 Ini saja pilihan mereka dalam situasi begini. 156 00:13:52,360 --> 00:13:54,360 Sembelih! Serangan senyap Tuan Gerun berjaya! 157 00:13:54,440 --> 00:13:56,200 Peluru Ajaib! Dia sememangnya Ahli Silap Mata. 158 00:13:56,280 --> 00:13:58,040 Dia mampu melawan walaupun diserang hendap. 159 00:13:58,120 --> 00:14:00,240 Ya, Abu Seinci mengaturkan posisi. 160 00:14:00,320 --> 00:14:02,320 Situasi dapat dikawal. Sekarang mereka buntu. 161 00:14:02,400 --> 00:14:04,960 Herba Kecil mengepung Gembira, tapi belum menyerang lagi. 162 00:14:05,040 --> 00:14:06,240 Pasukan Gembira dalam bahaya. 163 00:14:06,440 --> 00:14:09,240 Kemaraan Pasukan Gembira akan terbatas kalau mereka ditahan di sini. 164 00:14:09,320 --> 00:14:11,480 Mata nyawa Pasukan Gembira juga tak banyak. 165 00:14:13,640 --> 00:14:14,840 Kita dikepung. 166 00:14:24,160 --> 00:14:26,440 Semua ahli Pasukan Gembira dapat mara 25 peratus ke penamat. 167 00:14:26,600 --> 00:14:29,360 Pasukan Herba Kecil mencari peluang untuk mulakan serangan baru. 168 00:14:29,440 --> 00:14:32,160 Herba Kecil ada dua Ahli Sihir yang memberikan pergerakan tambahan. 169 00:14:32,240 --> 00:14:34,000 Tentu susah Gembira nak melepaskan diri. 170 00:14:34,080 --> 00:14:37,200 Kita hanya boleh sampai ke penamat dengan menghalang dua Ahli Sihir itu. 171 00:14:38,160 --> 00:14:39,040 Saya... 172 00:14:39,480 --> 00:14:40,600 Bolehkah saya buat? 173 00:14:44,800 --> 00:14:45,880 Saya akan halang dia. 174 00:14:46,400 --> 00:14:48,640 Yifan, awak boleh buat seorang diri? 175 00:14:49,000 --> 00:14:49,840 Jangan risau. 176 00:14:50,200 --> 00:14:51,200 Tak ada masalah. 177 00:14:55,200 --> 00:14:57,000 Pasukan Gembira meninggalkan Abu Seinci. 178 00:14:57,080 --> 00:14:58,560 Ahli yang lain mula lari. 179 00:15:24,360 --> 00:15:26,720 Bagus! Abu Seinci membuat Sempadan Hantu pada pokok! 180 00:15:26,800 --> 00:15:28,040 Dia pemain yang sangat bijak. 181 00:15:28,120 --> 00:15:29,800 Cara yang kreatif untuk menyekat! 182 00:15:32,880 --> 00:15:35,320 Abu Seinci dapat mengurung Vaccaria dengan berkesan. 183 00:15:35,400 --> 00:15:38,080 Sempadan Hantu pada pokok-pokok memerangkap Vaccaria. 184 00:15:44,560 --> 00:15:47,240 Herba Kecil nak halang Gembira dengan membendung mata nyawa mereka. 185 00:15:47,320 --> 00:15:50,000 Kabus Lembut dan Serangan Pau menjadi lemah akibat kesan negatif. 186 00:15:50,080 --> 00:15:52,920 Mata nyawa mereka makin berkurangan. Paderi Gembira patut mula bertindak. 187 00:15:53,000 --> 00:15:54,840 Tuan Gerun ada di belakang sebagai perlindungan. 188 00:15:55,800 --> 00:15:56,800 Berjaya elak! 189 00:15:57,560 --> 00:16:00,800 Sekarang mereka perlukan Paderi mereka untuk hilangkan kesan negatif. 190 00:16:03,760 --> 00:16:06,640 Serangan Pau yang lemah disebabkan kesan negatif kelajuan telah diserang! 191 00:16:06,800 --> 00:16:08,280 Apa yang Tangan Sejuk buat? 192 00:16:08,360 --> 00:16:10,560 Dia tak fokus apabila pasukannya sangat memerlukan dia. 193 00:16:10,640 --> 00:16:13,360 Herba Kecil masih mengekori dengan rapat dan cuba menghalang mereka. 194 00:16:13,440 --> 00:16:14,760 Mata nyawa Gembira berkurangan! 195 00:16:24,200 --> 00:16:26,760 Tangan Sejuk tak bantu pasukannya hilangkan kesan negatif. 196 00:16:27,080 --> 00:16:28,320 Sebagai pemain baru, 197 00:16:28,520 --> 00:16:31,640 An Wenyi mungkin gemuruh tentang pertandingan pertamanya. 198 00:16:31,760 --> 00:16:33,280 Dia tak dapat memahami situasi. 199 00:16:34,880 --> 00:16:36,880 Jadi kelemahan Pasukan Gembira sangat jelas sekarang. 200 00:16:36,960 --> 00:16:39,760 Mereka mungkin akan tewas disebabkan kecuaian Paderi mereka. 201 00:16:40,720 --> 00:16:41,640 Semua pergi dulu. 202 00:16:46,360 --> 00:16:47,280 Tuan Gerun patah balik. 203 00:16:47,360 --> 00:16:49,800 Dia nak pertahankan pasukan daripada empat pemain Herba Kecil. 204 00:16:52,480 --> 00:16:54,200 Serangan Pau dan Kabus Lembut terus memecut, 205 00:16:54,280 --> 00:16:55,720 tapi mata nyawa mereka sangat sikit! 206 00:16:55,800 --> 00:16:57,240 Tangan Sejuk patut buat sesuatu! 207 00:16:57,320 --> 00:16:59,240 - An Wenyi! - Hilangkan kesan negatif! 208 00:17:00,560 --> 00:17:02,040 Cepat hilangkan kesan negatif! 209 00:17:06,359 --> 00:17:08,920 Tangan Sejuk akhirnya bertindak untuk hilangkan kesan negatif! 210 00:17:09,000 --> 00:17:11,520 Pasukan Gembira akan ada dua pemain yang berjaya selesaikan misi. 211 00:17:12,319 --> 00:17:13,880 Apa? Ia tak berkesan? 212 00:17:16,640 --> 00:17:17,560 Mereka terkorban. 213 00:17:17,640 --> 00:17:20,839 Kabus Lembut dan Serangan Pau rebah tak jauh dari garisan penamat. 214 00:17:20,920 --> 00:17:21,760 Sayangnya! 215 00:17:21,839 --> 00:17:24,280 Kemaraan Gembira jatuh daripada 95 peratus kepada 80 peratus. 216 00:17:24,400 --> 00:17:26,040 Paderi Pasukan Gembira sangat mengecewakan. 217 00:17:26,520 --> 00:17:27,520 Apa yang awak buat? 218 00:17:28,160 --> 00:17:30,160 Awak tak buat jampi menghilangkan dengan betul. 219 00:17:31,280 --> 00:17:32,280 Maafkan saya. 220 00:17:32,760 --> 00:17:34,640 Tak apa. Sembuhkan saya. 221 00:17:45,320 --> 00:17:48,040 Tuan Gerun belum putus asa. Dia terus berjuang. 222 00:18:04,920 --> 00:18:06,640 Teruklah! Tuan Gerun juga akan dihapuskan. 223 00:18:06,720 --> 00:18:08,400 Mata nyawanya tinggal satu peratus saja! 224 00:18:11,840 --> 00:18:13,520 Sinar Bintang! Ia tak dapat dielakkan! 225 00:18:15,200 --> 00:18:16,280 Penyembuhan yang hebat! 226 00:18:18,000 --> 00:18:20,360 Mata nyawa Tuan Gerun ada tujuh peratus lagi. Dia masih hidup! 227 00:18:21,880 --> 00:18:23,680 Serangan terakhir. Mata nyawanya hampir habis. 228 00:18:26,760 --> 00:18:29,480 Satu lagi penyembuhan menaikkan mata nyawanya kepada sepuluh peratus. 229 00:18:29,640 --> 00:18:31,120 - Penyembuhan ini penting! - Serang. 230 00:18:43,400 --> 00:18:45,600 Penyembuhan Suci! Tepat pada masanya. 231 00:18:45,680 --> 00:18:47,880 - Mata nyawanya ada sepuluh peratus. - Sekarang! 232 00:18:50,360 --> 00:18:53,880 Tangan Sejuk menggunakan jampi penyembuh tepat pada masanya. 233 00:18:53,960 --> 00:18:57,360 Ini adalah tahap profesional, tak macam jampi menghilangkan tadi. 234 00:18:57,440 --> 00:18:59,360 Penyembuhan Mutlak! Bagus! 235 00:18:59,440 --> 00:19:02,360 Saya dah mula memahami kepentingan Tangan Sejuk dalam pasukannya. 236 00:19:03,240 --> 00:19:04,240 Syabas. 237 00:19:04,520 --> 00:19:06,200 Awak buat dengan hebat! 238 00:19:09,040 --> 00:19:09,960 Berpecah. 239 00:19:10,360 --> 00:19:11,440 Bunuh Paderi dulu. 240 00:19:14,920 --> 00:19:16,480 Herba Kecil ubah sasaran mereka. 241 00:19:16,560 --> 00:19:18,800 Paderi berikan ancaman, jadi dia mesti dibunuh dulu. 242 00:19:42,360 --> 00:19:43,720 Vaccaria dah kembali! 243 00:19:44,040 --> 00:19:46,040 Tangan Sejuk terkena Peluru Ajaib! 244 00:19:50,960 --> 00:19:53,560 Kelalang Lava! Pokok Baik nak sekat pergerakan Tangan Sejuk. 245 00:19:53,640 --> 00:19:56,000 Payung Penyataan Ribuan menjadi perisai pada saat genting ini 246 00:19:56,080 --> 00:19:57,200 dan menghalang kecederaan! 247 00:20:03,720 --> 00:20:04,640 Lari! 248 00:20:07,040 --> 00:20:08,520 Dia menghampiri garisan penamat! 249 00:20:08,840 --> 00:20:10,640 Gembira akhirnya akan dapat mata pertama! 250 00:20:10,720 --> 00:20:12,640 Apa? Kenapa An Wenyi berhenti? 251 00:20:12,840 --> 00:20:15,120 Baik awak ambil saja duit itu. 252 00:20:15,440 --> 00:20:18,360 Kalau tak, reputasi awak akan jatuh. 253 00:20:20,280 --> 00:20:21,920 Apa masalah awak? Larilah! 254 00:20:22,080 --> 00:20:23,280 Kenapa awak berhenti? 255 00:20:31,000 --> 00:20:32,840 Pokok Baik ambil kesempatan atas keraguannya 256 00:20:32,920 --> 00:20:33,920 dan tembak Peluru Ajaib! 257 00:20:34,040 --> 00:20:35,040 Abu Seinci dah kembali! 258 00:20:35,120 --> 00:20:36,280 An Wenyi, lari! 259 00:20:41,400 --> 00:20:44,560 Abu Seinci melindungi Tangan Kecil dan terkena serangan itu! 260 00:20:45,000 --> 00:20:47,480 Dia bangun! Abu Seinci mempertahankan Paderi Gembira! 261 00:20:54,600 --> 00:20:57,600 Tapi apa yang Tangan Sejuk fikirkan? Kenapa dia terpaku? 262 00:20:59,040 --> 00:21:01,120 BIL 263 00:21:03,680 --> 00:21:06,120 JUMLAH: 20,000 YUAN 264 00:21:18,560 --> 00:21:21,800 TERIMA KASIH SEBAB MAIN GLORY DENGAN SAYA! 265 00:21:25,080 --> 00:21:26,280 An Wenyi, lari! 266 00:21:40,280 --> 00:21:41,200 Mereka berjaya! 267 00:21:41,320 --> 00:21:44,320 Paderi Pasukan Gembira, Tangan Sejuk selesaikan misi. 268 00:21:44,400 --> 00:21:47,600 Tahniah kepada Pasukan Gembira atas kemenangan pertama menentang Herba Kecil 269 00:21:47,680 --> 00:21:48,760 dan mendapat satu mata. 270 00:21:48,840 --> 00:21:51,080 PASUKAN GEMBIRA LAWAN PASUKAN HERBA KECIL 271 00:22:06,840 --> 00:22:09,000 Chen Yehui, dengar sini. 272 00:22:09,200 --> 00:22:10,840 Saya dah tak takut dengan awak. 273 00:22:11,080 --> 00:22:12,560 Awak boleh beritahu mereka apa saja. 274 00:22:12,920 --> 00:22:15,240 Saya dah buat keputusan dan sanggup tanggung akibatnya. 275 00:22:25,120 --> 00:22:26,560 Kapten. 276 00:22:32,560 --> 00:22:33,560 Sebenarnya, 277 00:22:34,360 --> 00:22:35,880 saya tak tahu hilangkan kesan negatif. 278 00:22:36,120 --> 00:22:37,120 Saya tipu semua orang 279 00:22:38,520 --> 00:22:39,400 demi duit. 280 00:22:41,960 --> 00:22:43,400 Asalkan awak belajar caranya, 281 00:22:43,720 --> 00:22:46,000 awak boleh mendiamkan diri, bukan? 282 00:22:48,560 --> 00:22:49,880 Tapi bukan senang nak belajar 283 00:22:51,280 --> 00:22:52,640 cara menghilangkan kesan negatif. 284 00:22:54,960 --> 00:22:56,800 Jangan balik lagi. Saya akan ajar. 285 00:23:07,000 --> 00:23:07,880 Kapten. 286 00:23:11,360 --> 00:23:12,280 Tahniah. 287 00:23:14,160 --> 00:23:15,160 Pasukan Gembira 288 00:23:16,000 --> 00:23:17,520 adalah pilihan yang tepat. 289 00:23:20,720 --> 00:23:22,320 Yifan, kami tunggu awak dalam liga. 290 00:23:26,560 --> 00:23:27,480 Berusahalah, Yifan! 291 00:23:27,560 --> 00:23:28,840 - Awak boleh, Yifan! - Teruskan. 292 00:23:32,080 --> 00:23:33,280 Kita akan jumpa lagi! 293 00:23:39,800 --> 00:23:40,880 Dalam arena. 294 00:23:44,000 --> 00:23:45,000 Semoga berjaya. 295 00:23:53,440 --> 00:23:56,320 KAFE INTERNET GEMBIRA 296 00:23:56,480 --> 00:23:58,720 Mari tengok kita akan lawan pasukan mana nanti. 297 00:24:02,640 --> 00:24:03,760 Saya akan bermain. 298 00:24:03,960 --> 00:24:06,640 Saya tak takut dengan mana-mana pasukan sekarang. 299 00:24:07,520 --> 00:24:10,520 Yifan, awak ingat lagi Perlawanan Bintang Terkemuka? 300 00:24:11,840 --> 00:24:14,440 Awak masih ingat Syaitan Khayalan Nombor Satu liga? 301 00:24:14,920 --> 00:24:16,640 Yifan, awak masih ingat hukum Murphy? 302 00:24:25,080 --> 00:24:27,000 PASUKAN VOID LAWAN PASUKAN GEMBIRA 303 00:24:28,240 --> 00:24:29,800 - Kami berguraulah! - Kami berguraulah! 304 00:24:29,880 --> 00:24:30,720 Lurusnya dia. 305 00:24:31,480 --> 00:24:32,640 - Bagus! - Ya! 306 00:24:32,720 --> 00:24:34,200 - Kenapa kecoh sangat? - Hei, Luo Ji. 307 00:24:34,280 --> 00:24:36,400 - Tepuk tangan! - Saya percaya yang kadangkala, 308 00:24:36,760 --> 00:24:38,040 kita patut percaya kepada takdir. 309 00:24:38,320 --> 00:24:39,640 Takdir siapa? 310 00:24:40,480 --> 00:24:41,480 Awak dan Murphy. 311 00:24:42,160 --> 00:24:43,360 Awak dan Murphy. 312 00:24:44,120 --> 00:24:45,760 Ini dia! 313 00:24:47,680 --> 00:24:51,360 Bos yang mengelak nak cakap tentang bayaran memang manusia tak guna. 314 00:24:53,000 --> 00:24:54,000 Saya dah fikir. 315 00:24:54,480 --> 00:24:56,720 Pasukan kita akan jadi semakin normal. 316 00:24:56,920 --> 00:24:59,400 Saya juga akan buat apa yang seorang bos patut buat 317 00:24:59,520 --> 00:25:01,880 dan beri setiap ahli jaminan asas. 318 00:25:01,960 --> 00:25:03,280 Awak bos yang hebat! 319 00:25:06,720 --> 00:25:08,880 Kalau ada sebarang soalan, tanya bos kita. 320 00:25:09,520 --> 00:25:10,680 - Saya okey. - Saya juga. 321 00:25:10,800 --> 00:25:11,720 Tak ada masalah. 322 00:25:12,240 --> 00:25:13,240 Saya ada soalan. 323 00:25:14,000 --> 00:25:14,880 Tanyalah. 324 00:25:16,920 --> 00:25:19,720 Saya nak tukar tempoh kontrak saya. 325 00:25:21,800 --> 00:25:22,720 Apa maksud awak? 326 00:25:24,520 --> 00:25:25,920 Saya nak tukar tempoh sampai... 327 00:25:29,080 --> 00:25:30,560 Pasukan Gembira jadi juara. 328 00:25:42,560 --> 00:25:45,680 PASUKAN GEMBIRA 329 00:25:53,360 --> 00:25:56,800 Ye Xiu, Tang Rou, Bao Zi, 330 00:25:57,200 --> 00:25:59,640 Qiao Yifan, Luo Ji 331 00:26:00,520 --> 00:26:01,640 dan An Wenyi. 332 00:26:02,400 --> 00:26:05,600 Usaha gigih kalian yang membantu Pasukan Gembira sampai ke tahap ini. 333 00:26:07,080 --> 00:26:08,800 Terima kasih kepada semua kerana turut serta. 334 00:26:09,440 --> 00:26:11,440 Saya berbangga dengan kamu semua. 335 00:26:14,120 --> 00:26:19,040 KEDUDUKAN MATA PASUKAN GEMBIRA 336 00:26:24,520 --> 00:26:25,440 Yifan. 337 00:26:25,760 --> 00:26:26,640 Ambil ini. 338 00:26:35,120 --> 00:26:36,000 Saya... 339 00:26:37,640 --> 00:26:41,800 Kelengkapan yang awak beli untuk saya itu tak padan dengan harganya. 340 00:26:47,960 --> 00:26:52,200 Awak bayar dua kali ganda daripada harga pasaran. 341 00:26:58,560 --> 00:27:00,040 Kita ada perlawanan keesokan harinya, 342 00:27:00,800 --> 00:27:02,200 tapi awak tak ada kelengkapan. 343 00:27:03,120 --> 00:27:04,480 Itu saja yang saya mampu buat. 344 00:27:05,440 --> 00:27:10,440 Lagipun, kita bukannya sentiasa dapat nilai terbaik dalam setiap tawaran. 345 00:27:14,640 --> 00:27:15,640 Itu betul. 346 00:27:27,080 --> 00:27:29,240 Awak memang tak perlu mendapatkan nilai terbaik... 347 00:27:31,200 --> 00:27:33,120 untuk saya main Glory dengan awak. 348 00:27:47,840 --> 00:27:49,960 TERIMA KASIH MAIN GLORY DENGAN SAYA! SAMA-SAMA 349 00:27:53,600 --> 00:27:55,120 "Sama-sama." 350 00:27:57,440 --> 00:27:59,520 - Tengok. - Mari pergi tengok. 351 00:28:00,640 --> 00:28:02,360 - Awak dah balik. - Ya. 352 00:28:05,120 --> 00:28:07,240 Apa pendapat awak tentang perlawanan menentang Gembira? 353 00:28:07,320 --> 00:28:08,320 Bahayanya. 354 00:28:08,400 --> 00:28:09,400 Siapa dalam bahaya? 355 00:28:10,560 --> 00:28:13,360 Pasukan baru yang awak sebut tadi berbahaya. 356 00:28:14,240 --> 00:28:15,760 Itu pasukan senior awak, Ye Qiu. 357 00:28:15,840 --> 00:28:17,040 Awak berguraukah? 358 00:28:17,120 --> 00:28:18,680 Dia bukan senior saya. 359 00:28:19,000 --> 00:28:22,560 Dia macam rumput bagi saya. 360 00:28:23,960 --> 00:28:24,960 Rumput? 361 00:28:28,400 --> 00:28:30,040 Yang tumbuh bersama angin musim bunga. 362 00:28:31,720 --> 00:28:33,920 Tak! Mana ada angin musim bunga. 363 00:28:34,000 --> 00:28:36,400 Dalam perlawanan nanti, tak ada angin akan bantu mereka. 364 00:28:36,720 --> 00:28:40,080 Awak patut tahu yang mereka perlukan lima mata untuk mara. 365 00:28:40,160 --> 00:28:41,440 Mereka tak ada rancangan pun. 366 00:28:41,520 --> 00:28:42,800 - Menakutkan. - Mana awak tahu? 367 00:28:42,880 --> 00:28:44,040 Saya telefon mereka... 368 00:28:46,320 --> 00:28:48,320 Saya telefon sebab nak marah mereka. 369 00:28:48,520 --> 00:28:51,520 Mereka tak akan dapat kalahkan Hujan Biru untuk naik tangga kedudukan. 370 00:28:51,840 --> 00:28:53,920 Malah, saya tak fikir awak perlu main kali ini. 371 00:28:54,240 --> 00:28:57,360 Saya boleh belasah mereka sampai lembik dengan satu jari saja. 372 00:28:57,960 --> 00:28:59,840 - Saya tak perlu main? - Ya. 373 00:29:00,000 --> 00:29:00,920 Kenapa? 374 00:29:01,200 --> 00:29:02,800 Awak fikir saya tak setanding mereka? 375 00:29:03,200 --> 00:29:05,640 Tak! Bukan itu maksud saya. 376 00:29:05,800 --> 00:29:07,920 Awak tak perlu gunakan jari pun. 377 00:29:08,000 --> 00:29:10,000 Senyuman awak saja boleh buat mereka ketakutan 378 00:29:10,160 --> 00:29:11,240 terutamanya Ye Qiu. 379 00:29:13,000 --> 00:29:14,840 Tapi Ye Qiu agak hebat sekarang. 380 00:29:15,120 --> 00:29:17,320 Dia ada taktik dan kemahiran. 381 00:29:17,960 --> 00:29:18,880 Itu betul. 382 00:29:19,560 --> 00:29:20,880 Dia sangat hebat. 383 00:29:22,480 --> 00:29:24,200 Tapi awak lebih hebat, Kapten! 384 00:29:24,280 --> 00:29:27,360 Awak bukan saja ada taktik dan kemahiran, tapi juga... 385 00:29:29,440 --> 00:29:30,440 Saya. 386 00:29:31,160 --> 00:29:32,360 Bukankah awak lebih bagus? 387 00:29:32,600 --> 00:29:35,200 Jadi, itu maknanya saya boleh serahkan perlawanan ini kepada awak? 388 00:29:35,840 --> 00:29:37,320 Ya, saya rasa begitu. 389 00:29:37,400 --> 00:29:39,920 Mereka tak akan dapat satu mata pun, apatah lagi naik tahap. 390 00:29:40,240 --> 00:29:41,880 Mereka akan dibelasah macam Sun Xiang. 391 00:29:43,840 --> 00:29:45,720 Saya mengharapkan awak, Shaotian. 392 00:30:04,840 --> 00:30:07,720 Ye Qiu, awak tak tahu apa yang saya kena hadap tadi. 393 00:30:08,680 --> 00:30:10,080 Yu Wenzhou bukan manusia. 394 00:30:10,600 --> 00:30:12,360 Dia syaitan yang boleh baca fikiran. 395 00:30:31,160 --> 00:30:32,480 Tentu awak keletihan sebab menaip. 396 00:30:33,120 --> 00:30:34,560 Nak minum jujub untuk tenaga? 397 00:30:46,440 --> 00:30:47,640 Ye Qiu, awak tahu tak? 398 00:30:47,720 --> 00:30:50,080 Kapten saya bukan saja syaitan yang boleh baca fikiran! 399 00:30:50,160 --> 00:30:52,280 Dia hantu yang menghantui saya! 400 00:30:52,520 --> 00:30:54,120 Semuanya salah awak! 401 00:30:54,200 --> 00:30:55,920 Latihan saya bertambah! 402 00:30:56,040 --> 00:30:57,880 Saya perlu makan daging goreng bersama bendi, 403 00:30:57,960 --> 00:30:59,120 bendi sos bawang putih, rebus, 404 00:30:59,200 --> 00:31:00,720 bendi sos tiram dan bendi mentah! 405 00:31:00,880 --> 00:31:03,320 Awak pernah dengar bibimbap bendi yang paling menakutkan? 406 00:31:03,400 --> 00:31:05,080 Dia tahu saya paling benci bendi, 407 00:31:05,160 --> 00:31:07,800 tapi suruh kafeteria hidangkan dalam set makanan bersama ayam rebus! 408 00:31:07,880 --> 00:31:09,600 Satu badan saya rasa melekit sekarang! 409 00:31:09,680 --> 00:31:13,920 Kalaulah saya boleh lompat ke dalam telefon dan bunuh dia! 410 00:31:19,400 --> 00:31:20,320 Bertenang. 411 00:31:20,800 --> 00:31:22,880 Awak perlu biasakan diri mendengar penghinaan dia. 412 00:31:23,240 --> 00:31:25,640 - Hei, awak dengar tak? - Saya dengar. 413 00:31:26,080 --> 00:31:28,960 Jadi apa yang awak nak cakap sebenarnya selain bendi? 414 00:31:29,360 --> 00:31:31,200 Okey, saya akan berterus terang sekarang. 415 00:31:31,320 --> 00:31:33,800 Hujan Biru tak akan berlembut dalam perlawanan pelatih nanti. 416 00:31:37,720 --> 00:31:38,640 Jadi maksudnya, 417 00:31:39,560 --> 00:31:41,240 - Yu Wenzhou akan main? - Ya. 418 00:31:41,320 --> 00:31:43,960 Bukan saja turut bermain, dia juga akan lawan habis-habisan. 419 00:31:44,040 --> 00:31:44,920 Cuba fikir. 420 00:31:45,000 --> 00:31:47,080 Dia lelaki tua yang minum teh jujub untuk kesihatan. 421 00:31:47,160 --> 00:31:50,000 Awak saja yang boleh buat dia berjaga malam memikirkan taktik. 422 00:31:50,320 --> 00:31:52,120 Apa pun, saya bukannya kawan yang jahat. 423 00:31:52,200 --> 00:31:54,200 Susah saya nak berlembut dengan awak apabila dia ada. 424 00:31:54,280 --> 00:31:56,360 Lagipun, pasukan awak bukannya boleh dapat lima mata. 425 00:31:56,560 --> 00:31:58,160 Tapi kalau awak merayu kepada saya, 426 00:31:58,240 --> 00:32:01,440 saya boleh beri muka dan biarkan awak mara separuh jalan. 427 00:32:04,520 --> 00:32:06,320 - Itu bunyi apa? - Tak ada apa-apa. 428 00:32:07,040 --> 00:32:09,640 Awak cakap besar sangat sampai ia meletup. 429 00:32:11,080 --> 00:32:13,560 Ye Qiu tak guna, awak fikir saya cakap besar? 430 00:32:14,600 --> 00:32:15,480 Sudah tentulah. 431 00:32:16,160 --> 00:32:17,040 Dengan awak? 432 00:32:17,720 --> 00:32:19,240 Kenapa awak perlu berlembut? 433 00:32:19,560 --> 00:32:22,000 Raksasa tak berhati perut, awak tolak tawaran saya? 434 00:32:22,160 --> 00:32:23,400 Baiklah, Ye Qiu sial. Siap awak. 435 00:32:23,640 --> 00:32:24,560 Jumpa awak dalam arena! 436 00:32:24,640 --> 00:32:26,640 Orang yang kalah akan digelar Sun Xiang! 437 00:32:26,720 --> 00:32:27,880 Sun Xiang, awak dengar... 438 00:32:32,640 --> 00:32:35,280 Dunia akhirnya kembali sunyi dan tenang. 439 00:32:36,080 --> 00:32:38,560 Faktor yang akan tentukan sama ada kita lulus termasuklah 440 00:32:38,720 --> 00:32:41,400 pembahagian halangan topografi, kadar keberkesanan sekatan pihak lawan 441 00:32:41,480 --> 00:32:42,600 dan kelajuan kita. 442 00:32:42,680 --> 00:32:45,080 Saya masukkan semua ini dalam simulasi saya. 443 00:32:45,280 --> 00:32:50,000 Kebarangkalian yang saya dapat untuk kita berlima berjaya ialah... 444 00:32:52,480 --> 00:32:55,960 Sebanyak 4,444444 peratus? 445 00:32:56,760 --> 00:32:57,680 Boleh tahan. 446 00:32:58,520 --> 00:32:59,840 Mengikut latihan biasa Hujan Biru, 447 00:32:59,960 --> 00:33:02,640 pihak lawan kita mungkin ialah... 448 00:33:05,360 --> 00:33:06,280 Pahlawan. 449 00:33:07,520 --> 00:33:08,520 Pemarah. 450 00:33:09,960 --> 00:33:11,040 Tuan Guru Qi. 451 00:33:11,960 --> 00:33:14,600 Kombinasi Hujan Biru, Pedang dan Sihir. 452 00:33:15,880 --> 00:33:18,440 Yu Wenzhou, Pahlawan Sihir, akan ditugaskan untuk menyekat 453 00:33:18,560 --> 00:33:20,560 dan Huang Shaotian, Pakar Pedang, akan serang. 454 00:33:20,760 --> 00:33:21,680 Jadi, 455 00:33:22,160 --> 00:33:24,320 peluang kita untuk balas serangan sangat rendah. 456 00:33:25,240 --> 00:33:26,440 Melainkan... 457 00:33:32,560 --> 00:33:34,200 Seseorang ganggu kerjasama mereka. 458 00:33:35,560 --> 00:33:36,400 Betul. 459 00:33:37,160 --> 00:33:39,800 Orang itu mesti tahu Pasukan Hujan Biru luar dan dalam. 460 00:33:40,400 --> 00:33:42,000 Seseorang yang boleh lawan Yu Wenzhou 461 00:33:42,080 --> 00:33:44,200 dan tak beri peluang kepada Huang Shaotian. 462 00:33:44,480 --> 00:33:46,040 Orang yang boleh menyerang dan bertahan. 463 00:33:46,760 --> 00:33:49,440 Lebih bagus kalau taktik orang ini di luar kebiasaan 464 00:33:50,480 --> 00:33:52,320 dan sangat berbeza dengan taktik Hujan Biru. 465 00:33:53,760 --> 00:33:56,320 Lagi bagus lagi kalau dia ialah Pahlawan Sihir. 466 00:33:57,160 --> 00:33:59,920 Kapten, maksudnya awak dah tahu siapa orangnya? 467 00:34:00,960 --> 00:34:02,240 Masa untuk pemain lama 468 00:34:03,160 --> 00:34:04,440 buat kemunculan. 469 00:34:10,080 --> 00:34:11,800 Habuk di keranda awak agak tebal. 470 00:34:12,320 --> 00:34:14,320 Awak nak jadi fosil di dalamnya? 471 00:34:15,199 --> 00:34:16,120 Pergilah. 472 00:34:16,360 --> 00:34:17,880 Saya masih hidup. 473 00:34:18,159 --> 00:34:19,880 Sudah-sudahlah menyumpah saya. 474 00:34:22,560 --> 00:34:23,960 Cepatnya awak balas. 475 00:34:24,159 --> 00:34:25,920 Tentu awak asyik terhendap-hendap di sini. 476 00:34:26,080 --> 00:34:27,080 Diamlah. 477 00:34:27,320 --> 00:34:29,080 Saya ada perniagaan dalam talian. 478 00:34:29,159 --> 00:34:32,080 Sekejap saja saya dapat beratus ribu. Saya tak ada masa nak bergurau. 479 00:34:32,159 --> 00:34:33,480 Awak memang hebat, Wei Chen. 480 00:34:33,760 --> 00:34:35,679 Awak belum mengalami krisis pertengahan umur lagi. 481 00:34:35,760 --> 00:34:36,639 Tahniah. 482 00:34:38,159 --> 00:34:39,159 Pergilah! 483 00:34:40,280 --> 00:34:41,600 Awak masih main Glory? 484 00:34:42,600 --> 00:34:46,239 Awak fikir umur saya berapa? Saya sibuk dengan perniagaan saya. 485 00:34:46,520 --> 00:34:49,360 Nak kira duit dalam akaun bank saya pun tak sempat. 486 00:34:49,440 --> 00:34:50,960 Inikan pula nak main Glory. 487 00:34:51,199 --> 00:34:53,320 Jadi kenapa awak tiba-tiba bersara? 488 00:34:53,600 --> 00:34:57,160 Awak dah putuskan untuk kembali ke dunia realiti dan hidup normal? 489 00:35:00,000 --> 00:35:01,000 Tak. 490 00:35:01,360 --> 00:35:04,360 Awak masih main Glory? 491 00:35:05,520 --> 00:35:06,720 Saya dah tubuhkan pasukan. 492 00:35:07,240 --> 00:35:09,480 Awak nak main bersama kami? 493 00:35:20,520 --> 00:35:21,800 Saya faham awak teruja, 494 00:35:21,960 --> 00:35:23,960 tapi tak perlulah hempas muka atas papan kekunci. 495 00:35:24,040 --> 00:35:26,160 - Tak perlu berterima kasih. - Terima kasih untuk apa? 496 00:35:26,320 --> 00:35:30,000 Kenapa saya nak biarkan perniagaan maju saya untuk main dengan awak? 497 00:35:30,400 --> 00:35:32,280 Awak lupa yang dulu saya pemain profesional? 498 00:35:33,840 --> 00:35:35,960 Pemain profesional nampak glamor, 499 00:35:36,040 --> 00:35:38,280 tapi ia bukan pekerjaan sebenar. 500 00:35:38,360 --> 00:35:40,160 Saya dah lama melupakannya. 501 00:35:41,160 --> 00:35:42,280 Jadi hidup awak berjaya. 502 00:35:42,640 --> 00:35:44,400 Saya nak tengok sejauh mana awak berjaya. 503 00:35:49,360 --> 00:35:52,920 {\an8}APA NAMA PASUKAN AWAK? KELAB APA? SIAPA BOS? BERAPA RAMAI AHLINYA? 504 00:35:56,000 --> 00:35:58,840 Kapten, saya jejak alamat IP kepada alamat syarikatnya. 505 00:36:06,840 --> 00:36:09,080 {\an8}Disebabkan awak tak berminat, saya tak akan paksa awak. 506 00:36:09,160 --> 00:36:10,160 {\an8}Sampai sini sajalah. 507 00:36:10,240 --> 00:36:11,960 Rekrut apa macam ini? 508 00:36:12,120 --> 00:36:13,760 Tak cakap apa-apa lagi dah pergi. 509 00:36:16,760 --> 00:36:19,520 Tak bolehkah awak mengampu saya lagi, tak guna? 510 00:36:22,680 --> 00:36:23,960 Dah jumpakah? 511 00:36:24,800 --> 00:36:26,440 Kenapa lambat sangat? 512 00:36:26,840 --> 00:36:28,000 Cepatlah! 513 00:36:28,440 --> 00:36:29,520 Di mana mi segera saya? 514 00:36:29,840 --> 00:36:31,080 Kejap, encik! 515 00:36:31,640 --> 00:36:32,640 Ini dia. 516 00:36:36,040 --> 00:36:37,040 Saya dah dapat, encik. 517 00:36:37,120 --> 00:36:39,480 Dia guna alamat IP statik dan dia ada di bandar ini. 518 00:36:39,560 --> 00:36:40,720 Saya akan hantar sekarang. 519 00:36:47,200 --> 00:36:50,840 KAFE INTERNET GEMBIRA 520 00:36:51,280 --> 00:36:53,560 Kalau rezeki dah ada depan mata, 521 00:36:53,680 --> 00:36:55,480 orang bodoh saja akan menolaknya. 522 00:36:57,400 --> 00:37:01,240 Salah syaitan malang ini sebab suka cari musuh. 523 00:37:04,800 --> 00:37:07,320 Semoga berjaya, kawan. 524 00:37:30,280 --> 00:37:34,880 KAFE INTERNET GEMBIRA 525 00:37:47,960 --> 00:37:50,560 Ini tempat apa? Kafe Internet? 526 00:37:51,080 --> 00:37:52,600 Betul-betul di seberang Era Cemerlang. 527 00:38:00,560 --> 00:38:02,240 Jalan Nanke, nombor 147. 528 00:38:03,160 --> 00:38:05,480 Ya, inilah tempatnya. 529 00:38:12,400 --> 00:38:14,320 Ia memang bukan syarikat besar. 530 00:38:17,720 --> 00:38:18,640 Awak cari siapa? 531 00:38:18,840 --> 00:38:20,640 Bos awak. Saya kawan dia. 532 00:38:22,160 --> 00:38:25,160 Berani dia cakap dia ada pasukan sedangkan ini cuma kafe Internet? 533 00:38:33,440 --> 00:38:35,280 DAUN MUSIM LURUH 534 00:38:35,560 --> 00:38:40,360 Pemiliknya memang berani letak benda ini berhadapan Era Cemerlang. 535 00:38:41,400 --> 00:38:45,400 Zaman sekarang pun dia masih ada peminat. 536 00:38:49,280 --> 00:38:50,840 Saya peminat dia. 537 00:38:58,720 --> 00:39:00,200 Saya juga pemilik kafe ini. 538 00:39:01,160 --> 00:39:02,280 Ada masalah? 539 00:39:10,320 --> 00:39:11,640 Syarikat dia boleh tahan. 540 00:39:12,240 --> 00:39:14,920 Dia juga ada komputer sebagai aset kekal. 541 00:39:15,360 --> 00:39:16,240 Cik. 542 00:39:18,480 --> 00:39:20,200 Apa yang berlaku dalam hidup awak? 543 00:39:21,720 --> 00:39:23,400 Kenapa pilih untuk jadi peminat Ye Qiu? 544 00:39:25,520 --> 00:39:26,680 Apa maksud awak? 545 00:39:28,320 --> 00:39:29,920 Antara semua peminat dalam Glory, 546 00:39:30,640 --> 00:39:32,720 bukankah peminat Ye Qiu yang paling malang? 547 00:39:32,880 --> 00:39:34,800 Identiti dia sentiasa misteri. 548 00:39:35,120 --> 00:39:36,840 Tak ada cara nak hubungi dia. 549 00:39:37,080 --> 00:39:38,240 Itu bukan masalah besar. 550 00:39:38,320 --> 00:39:40,160 Tapi apa masalah dia sampai tiba-tiba bersara? 551 00:39:40,520 --> 00:39:42,160 Sekarang dia dah lenyap. 552 00:39:42,360 --> 00:39:45,040 Peminat dia tak cukup butiran untuk buat notis orang hilang. 553 00:39:45,560 --> 00:39:47,320 Peminat dia bazirkan waktu muda untuk dia, 554 00:39:47,480 --> 00:39:49,480 tapi mereka tak tahu pun rupa idola mereka. 555 00:39:52,240 --> 00:39:54,320 Glory ialah dunia yang sukar diduga. 556 00:39:56,920 --> 00:39:59,000 Ye Qiu, bila awak nak balik ke sini? 557 00:40:04,520 --> 00:40:05,880 Jangan terlalu sedih. 558 00:40:08,040 --> 00:40:10,440 Dah sepuluh tahun berlalu. Ia bukannya senang. 559 00:40:13,640 --> 00:40:15,440 Apa pun, Ye Qiu akan kembali satu hari nanti. 560 00:40:15,760 --> 00:40:16,880 Saya janji. 561 00:40:19,200 --> 00:40:22,320 Jadi maksudnya, awak tahu Ye Qiu tubuhkan pasukan? 562 00:40:26,280 --> 00:40:27,960 Sayalah bos pasukan itu. 563 00:40:28,760 --> 00:40:30,040 Keluarga awak tentu kaya. 564 00:40:31,480 --> 00:40:32,360 Itu tak benar. 565 00:40:32,440 --> 00:40:34,440 Jadi awak tentu ada kenalan dalam liga. 566 00:40:38,040 --> 00:40:39,040 Kenapa? 567 00:40:39,560 --> 00:40:41,400 Tak, saya nak cakap 568 00:40:41,480 --> 00:40:44,720 hidup saya dah cukup sukar apabila jadi peminat Ye Qiu. 569 00:40:45,040 --> 00:40:46,680 Kalau awak bos pasukan ini, 570 00:40:46,760 --> 00:40:49,280 awak tentu ada sumber dari mana-mana. 571 00:40:51,160 --> 00:40:52,160 Betul cakap awak. 572 00:43:21,120 --> 00:43:23,120 Terjemahan sari kata oleh Syira Salleh