1 00:01:18,280 --> 00:01:21,360 ADAPTASI NOVEL DENGAN TAJUK SAMA BUTTERFLY BLUE, THE KING'S AVATAR 2 00:01:49,960 --> 00:01:50,960 Serangan terakhir! 3 00:01:51,040 --> 00:01:53,800 Gerakan kombinasi Tuan Gerun yang hebat telah menyingkirkan Api Marak! 4 00:01:53,880 --> 00:01:55,600 Pemenangnya ialah Ye Qiu! 5 00:01:55,680 --> 00:01:57,720 - Dia menang! - Sejarah tercipta! 6 00:01:57,800 --> 00:02:00,600 Ye Qiu kembali ke Glory sebagai Pemain Tak Khusus. 7 00:02:00,680 --> 00:02:01,560 Era baru bermula 8 00:02:01,640 --> 00:02:04,280 dengan Pemain Tak Khusus dan Payung Penyataan Ribuan. 9 00:02:04,360 --> 00:02:07,560 Inilah Tuan Guru Ye Qiu, pakar sebenar semua kelas! 10 00:02:07,720 --> 00:02:11,080 Tahniah kepada Ye Qiu dan Pasukan Gembira kerana mendapat satu mata. 11 00:02:21,360 --> 00:02:22,400 5 September. 12 00:02:23,400 --> 00:02:24,400 Cahaya Kecil... 13 00:02:26,280 --> 00:02:27,360 menang pertandingan. 14 00:02:30,960 --> 00:02:32,560 Dalam Cabaran Individu tadi, 15 00:02:32,640 --> 00:02:35,520 Pasukan Gembira ketinggalan separuh mata daripada Pasukan Fantasi Misteri. 16 00:02:35,600 --> 00:02:38,200 Ayuhlah! Kita menang! Kenapa pak cik duduk saja? 17 00:02:38,440 --> 00:02:39,480 Ayuhlah! 18 00:02:39,720 --> 00:02:42,440 Kita masih boleh buat walaupun berdua! 19 00:02:42,520 --> 00:02:44,720 Kita boleh melambangkan semua peringkat umur! 20 00:02:44,800 --> 00:02:47,360 Ayuh! Berdiri supaya Tuan Guru dengar sorakan kita! 21 00:02:49,400 --> 00:02:52,000 Pak cik taklah tua sangat nak bersorak. 22 00:02:52,200 --> 00:02:53,720 Glory ialah mesin masa pak cik. 23 00:02:53,800 --> 00:02:55,520 Jadilah muda semula, pak cik! 24 00:02:56,120 --> 00:02:58,400 Itu permainan saja. Kenapa nak teruja sangat? 25 00:02:58,480 --> 00:02:59,960 "Permainan saja"? 26 00:03:00,280 --> 00:03:02,920 Tapi ini permainan yang boleh merapatkan jarak umur kita. 27 00:03:03,000 --> 00:03:05,480 Ia hidupkan mimpi indah kita dalam kehidupan yang membosankan. 28 00:03:05,560 --> 00:03:08,720 Ia boleh buat budak macam dia jadi sumber ilham semua orang! 29 00:03:08,880 --> 00:03:10,600 - "Sumber ilham"? - Ya. 30 00:03:12,000 --> 00:03:13,480 Dia asyik beritahu kami 31 00:03:13,840 --> 00:03:15,720 tiada perkara yang mustahil dalam hidup ini. 32 00:03:15,800 --> 00:03:17,280 Tak kisahlah kalau dia tersingkir. 33 00:03:17,360 --> 00:03:19,080 Tak kisahlah kalau dia diminta bersara. 34 00:03:19,160 --> 00:03:20,560 Tak kisahlah kalau dia dipersoalkan. 35 00:03:20,640 --> 00:03:22,680 Atau dia hilang akaun Daun Musim Luruh. 36 00:03:22,880 --> 00:03:25,200 Bukankah sekarang dia masih ada di pusat arena? 37 00:03:27,960 --> 00:03:29,000 Pak cik dah sedia? 38 00:03:29,520 --> 00:03:31,120 Saya ada sesuatu untuk pak cik. 39 00:03:33,640 --> 00:03:34,720 Nah, ambillah. 40 00:03:34,800 --> 00:03:36,800 TUAN GURU, SAYA SAYANG AWAK 41 00:03:37,120 --> 00:03:38,440 Tuan Guru! 42 00:03:38,520 --> 00:03:42,320 - Tuan Guru! - Ayuh! 43 00:03:42,400 --> 00:03:45,240 - Kapten, permainan tadi memang hebat. - Teruskan usaha! 44 00:03:45,320 --> 00:03:47,080 Dia langsung tak setanding awak. 45 00:03:48,000 --> 00:03:50,280 - Suasana di arena ini - Mari sini. 46 00:03:50,360 --> 00:03:51,760 buat awak main dengan lebih baik? 47 00:03:51,840 --> 00:03:52,720 - Tak. - Duduklah. 48 00:03:52,800 --> 00:03:54,560 Atau sebab peminat kita terlalu sedikit, 49 00:03:54,640 --> 00:03:57,040 jadi awak nak tunjuk muka untuk besarkan kumpulan peminat kita? 50 00:03:57,120 --> 00:03:58,000 Tak. 51 00:04:00,880 --> 00:04:02,960 Jangan pandang saya. Tanya dia. 52 00:04:05,440 --> 00:04:06,400 Bos. 53 00:04:06,840 --> 00:04:09,880 Kami nak tahu kenapa tiba-tiba awak tanggalkan topeng muka? 54 00:04:09,960 --> 00:04:10,880 Yalah. 55 00:04:14,000 --> 00:04:16,320 Awak tahu tak betapa panasnya dalam bilik itu? 56 00:04:17,399 --> 00:04:19,320 Baiklah. Tuan-tuan dan puan-puan. 57 00:04:19,399 --> 00:04:22,079 Cabaran Arena hampir bermula. 58 00:04:22,160 --> 00:04:25,360 {\an8}Permainan pertama ialah Li Xiang daripada Pasukan Fantasi Misteri 59 00:04:25,440 --> 00:04:28,080 {\an8}lawan Wei Chen daripada Pasukan Gembira. 60 00:04:28,240 --> 00:04:31,680 {\an8}Mari kita jemput para pemain ke arena sekarang. 61 00:04:31,960 --> 00:04:34,280 Pertama sekali, selamat datang kepada Wei Chen. 62 00:04:35,400 --> 00:04:37,480 Serangan kombinasi tadi memang hebat, 63 00:04:37,560 --> 00:04:39,680 tapi awak tak boleh menonjol seorang diri. 64 00:04:39,920 --> 00:04:41,440 Saya akan kuasai Cabaran Arena ini. 65 00:04:41,520 --> 00:04:43,280 Mungkin saya tak mampu lawan tiga pihak lawan, 66 00:04:43,360 --> 00:04:45,080 tapi tak susah pun nak lawan dua. 67 00:04:45,920 --> 00:04:48,200 Saya rasa awak boleh pecahkan rekod. 68 00:04:48,480 --> 00:04:50,680 Maksud awak, rekod apa? 69 00:04:51,400 --> 00:04:54,040 Masa menang paling singkat atau mangsa paling banyak? 70 00:04:54,920 --> 00:04:56,600 Pemain muncul semula paling tua. 71 00:04:57,160 --> 00:04:58,760 Awak pakai sajalah topeng muka awak itu. 72 00:04:58,840 --> 00:05:01,160 - Okey, mari kita jemput peserta - Kalahkan mereka! 73 00:05:01,240 --> 00:05:03,080 daripada Fantasi Misteri, Li Xiang. 74 00:05:03,160 --> 00:05:07,120 - Semoga berjaya! - Ayuh! 75 00:05:07,240 --> 00:05:08,600 - Hati-hati dengan Wei Chen. - Ayuh! 76 00:05:08,680 --> 00:05:09,880 - Dia licik orangnya. - Ayuh! 77 00:05:09,960 --> 00:05:11,200 Jangan cakap dengan dia. 78 00:05:11,800 --> 00:05:13,160 Lawan saja senyap-senyap. 79 00:05:13,240 --> 00:05:15,800 Kalau bab cakap mengarut, awak tak boleh lawan dia. 80 00:05:15,880 --> 00:05:18,000 Kalahkan dengan belasah dia, faham? 81 00:05:18,600 --> 00:05:19,520 Baiklah. 82 00:05:21,120 --> 00:05:22,200 Saya Pahlawan Sihir. 83 00:05:22,520 --> 00:05:23,800 Lawan pun Pahlawan Sihir. 84 00:05:23,880 --> 00:05:25,280 Macam mana nak belasah dia? 85 00:05:25,360 --> 00:05:27,080 Pusingan pertama Cabaran Arena. 86 00:05:27,160 --> 00:05:30,360 Formasi Hadap Angin daripada Gembira lawan Memori di Mata daripada Fantasi Misteri. 87 00:05:30,440 --> 00:05:32,520 Perlawanan antara Pahlawan Sihir bermula. 88 00:05:32,600 --> 00:05:33,760 Ayuh saksikan perlawanan ini. 89 00:05:33,840 --> 00:05:35,360 Dalam perlawanan antara Pahlawan Sihir, 90 00:05:35,440 --> 00:05:37,880 jangkaan serangan dan kawalan jarak ialah elemen utama. 91 00:05:37,960 --> 00:05:40,960 Oleh kerana serangan jarak jauh dan kebolehan kawalan yang pelbagai, 92 00:05:41,040 --> 00:05:44,040 pemain yang menyerang terlebih dahulu akan dapat kelebihan. 93 00:05:48,040 --> 00:05:48,960 Apa ini? 94 00:05:49,080 --> 00:05:51,000 Betulkah dia pengasas pengurungan? 95 00:05:51,240 --> 00:05:53,560 Kenapa dia berdiri saja di tengah-tengah arena? 96 00:05:53,640 --> 00:05:55,560 Hei budak, kenapa tak ke depan? 97 00:05:56,760 --> 00:05:59,320 Kenapa orang muda sekarang malas sangat? 98 00:05:59,600 --> 00:06:01,280 Berlari pun lambat. 99 00:06:01,600 --> 00:06:04,120 Kalau tak nak ke depan, biar saya datang. 100 00:06:05,280 --> 00:06:08,400 Sebagai Tuan Guru generasi pertama Glory dan pemain Swoksaar, 101 00:06:08,480 --> 00:06:11,720 pemahaman Wei Chen tentang Pahlawan Sihir tentu sangat mendalam. 102 00:06:12,000 --> 00:06:14,560 Formasi Hadap Angin bergerak ke arah Memori di Mata. 103 00:06:14,640 --> 00:06:17,040 Dia akan melangkah ke arah jarak serangan Memori di Mata. 104 00:06:17,120 --> 00:06:17,960 Dia berhenti! 105 00:06:18,080 --> 00:06:19,680 Veteran itu memang sangat berpengalaman. 106 00:06:19,760 --> 00:06:22,480 Dia memang tahu jarak tembakan lawannya. 107 00:06:24,280 --> 00:06:27,960 Formasi Hadap Angin mula berundur untuk jauhkan diri daripada pihak lawan. 108 00:06:28,040 --> 00:06:30,440 Ini membuatkan Pahlawan Sihir Fantasi Misteri agak keliru. 109 00:06:30,520 --> 00:06:32,280 Apa benda ini? 110 00:06:34,280 --> 00:06:36,240 Memori di Mata mara ke depan. 111 00:06:36,480 --> 00:06:37,760 Datang pun awak. 112 00:06:44,640 --> 00:06:47,200 Mustahil. Jarak serangan Pahlawan Sihir sama saja. 113 00:06:47,280 --> 00:06:49,280 - Awak di luar jarak saya. - Memori di Mata diserang! 114 00:06:49,360 --> 00:06:51,280 - Kenapa awak boleh serang saya? - Biar betul? 115 00:06:51,440 --> 00:06:53,520 Budak-budak sekarang memang lurus bendul. 116 00:06:53,680 --> 00:06:56,680 Kalau saya tak ada muslihat, macam mana saya nak lawan awak? 117 00:06:57,240 --> 00:07:01,040 Ya, saya tak masuk dalam jarak awak, tapi awak yang masuk dalam jarak saya. 118 00:07:06,160 --> 00:07:07,120 Peluru Sihir! 119 00:07:07,200 --> 00:07:09,680 Memori di Mata tak berpeluang untuk lawan semula. 120 00:07:09,760 --> 00:07:12,200 Okey, mari kita saksikan analisis permainan ini. 121 00:07:12,320 --> 00:07:15,680 Saya rasa jarak serangan peralatan Perak, Tongkat Sakti Maut, 122 00:07:16,000 --> 00:07:19,000 ditingkatkan ketika proses tempa. 123 00:07:19,280 --> 00:07:20,400 Dari sini 124 00:07:20,480 --> 00:07:22,720 kita boleh lihat jarak output kerosakan Formasi Hadap Angin 125 00:07:22,800 --> 00:07:25,360 ialah dua grid lebih jauh berbanding Memori di Mata. 126 00:07:25,880 --> 00:07:28,160 Takkanlah saya boleh jadi pencetus pengurungan 127 00:07:28,240 --> 00:07:30,680 kalau tak ada senjata hebat? 128 00:07:31,960 --> 00:07:34,640 Saya belum bersara lagi. 129 00:07:40,360 --> 00:07:41,640 Pagar Maut Formasi Hadap Angin. 130 00:07:41,720 --> 00:07:43,560 Dia akan diangkat sekiranya terkena. 131 00:07:43,640 --> 00:07:47,480 Memori di Mata diserang. Perlahan-lahan dia diheret ke Pagar Maut. 132 00:07:49,320 --> 00:07:50,480 Pagar Maut meletup! 133 00:07:50,560 --> 00:07:52,600 Kerosakan terakhir! Serangan berjaya! 134 00:07:52,680 --> 00:07:54,040 Tahniah kepada Formasi Hadap Angin. 135 00:07:54,120 --> 00:07:55,000 Pada pusingan pertama, 136 00:07:55,080 --> 00:07:56,960 - cuma 30 peratus mata nyawanya hilang - Syabas! 137 00:07:57,040 --> 00:07:59,000 - dan satu mata untuk Pasukan Gembira. - Bahayalah. 138 00:07:59,080 --> 00:08:02,680 Wei Chen daripada Pasukan Gembira akan kekal di arena. 139 00:08:02,840 --> 00:08:06,880 Fantasi Misteri menghantar Deng Yinan untuk cabaran itu. 140 00:08:07,040 --> 00:08:09,080 Mari kita persilakan peserta, Deng Yinan. 141 00:08:09,160 --> 00:08:10,480 Pusingan kedua Cabaran Arena ialah 142 00:08:10,560 --> 00:08:12,440 - Formasi Hadap Angin Gembira lawan - Hei, budak. 143 00:08:12,520 --> 00:08:15,080 - Malam Berangin Fantasi Misteri. - Teruk prestasi Fantasi Misteri. 144 00:08:15,160 --> 00:08:17,480 Kalau semua orang dalam pasukan awak pengecut macam tadi, 145 00:08:17,720 --> 00:08:19,600 baik jangan buang masa saya. 146 00:08:19,680 --> 00:08:21,040 Cepat dan keluar dari sana. 147 00:08:21,280 --> 00:08:22,840 Kalau begitu, ayuh. 148 00:08:22,920 --> 00:08:25,680 Kedua-dua pemain memasuki arena. Perlawanan bermula. 149 00:08:25,800 --> 00:08:27,920 Walaupun Pemain Pedang handal bertempur jarak dekat, 150 00:08:28,040 --> 00:08:30,040 kelajuan serangan dan gerakannya sangat mengagumkan. 151 00:08:30,120 --> 00:08:32,440 Jadi untuk lawan Pahlawan Sihir dengan serangan jarak jauh, 152 00:08:32,520 --> 00:08:33,640 dia tak semestinya tak mampu. 153 00:08:33,720 --> 00:08:36,039 Lagipun, dia boleh buat kerosakan dengan serangan yang kuat. 154 00:08:36,120 --> 00:08:38,880 Jika ada peluang, kemungkinan besar dia akan kalahkan pihak lawan. 155 00:08:38,960 --> 00:08:40,880 Budak, saya beri masa tiga minit. 156 00:08:41,000 --> 00:08:44,640 Kalau awak boleh cari saya, saya akan lawan awak. 157 00:08:44,840 --> 00:08:47,520 Encik, bukankah kali ini awak berdiri di tengah arena? 158 00:08:47,600 --> 00:08:48,720 Kenapa pula? 159 00:08:48,880 --> 00:08:51,360 Lagipun saya pencetus pengurungan. 160 00:08:51,720 --> 00:08:53,880 Saya kata kali ini saya akan bersembunyi. 161 00:08:53,960 --> 00:08:55,800 Cakap serupa bikin. 162 00:08:55,880 --> 00:08:57,200 Ini moto saya sejak dulu. 163 00:08:57,840 --> 00:09:00,560 Nampaknya dia menunggu Malam Berangin untuk mara 164 00:09:00,640 --> 00:09:02,600 dan berikan serangan kejutan kepadanya. 165 00:09:06,240 --> 00:09:09,440 Namun Malam Berangin nampaknya dapat meneka niat Formasi Hadap Angin. 166 00:09:09,520 --> 00:09:11,680 Daripada bergerak ke tempat persembunyian pihak lawan, 167 00:09:11,760 --> 00:09:13,200 dia berundur. 168 00:09:17,280 --> 00:09:18,280 Mereka ada berdekatan. 169 00:09:18,360 --> 00:09:21,760 Malam Berangin melihat hujan untuk meneka posisi Formasi Hadap Angin. 170 00:09:35,760 --> 00:09:37,280 Kenapa awak tak sampai lagi? 171 00:09:37,360 --> 00:09:38,880 Awak cuba nak serang hendap? 172 00:09:40,080 --> 00:09:42,440 Jangan harap nak buat begitu. 173 00:09:43,240 --> 00:09:44,160 Mereka mula berlawan. 174 00:09:44,240 --> 00:09:46,360 Formasi Hadap Angin lemparkan Peluru Sihir. 175 00:09:46,600 --> 00:09:47,600 Kemudian, Panah Laknat! 176 00:09:47,680 --> 00:09:50,440 Tapi Pemain Pedang mengelakkan diri dan mendekati dia. 177 00:09:53,160 --> 00:09:55,200 Habislah. Pemain Pedang dah dekat. 178 00:09:55,280 --> 00:09:56,440 Kasihan Wei Chen. 179 00:10:01,480 --> 00:10:03,440 Cantasan Phoenix Gugur. Dia diserang! 180 00:10:03,520 --> 00:10:05,840 Serangan Malam Berangin sangat bahaya. 181 00:10:05,920 --> 00:10:09,240 Dengan baki mata nyawa Pahlawan Sihir, dia terus terbunuh. 182 00:10:09,320 --> 00:10:11,280 Formasi Hadap Angin korbankan 70 peratus mata nyawa 183 00:10:11,360 --> 00:10:13,040 untuk 50 peratus mata nyawa Malam Berangin. 184 00:10:13,120 --> 00:10:16,160 Walaupun rugi sedikit, Pasukan Gembira masih mendahului dengan seorang pencabar. 185 00:10:16,240 --> 00:10:17,840 Pasukan Fantasi Misteri dapat satu mata. 186 00:10:17,920 --> 00:10:19,720 Mata di Cabaran Arena sekarang seri! 187 00:10:19,800 --> 00:10:22,400 - Daripada pusingan kedua, - Awak kata nak kalahkan dua pihak lawan. 188 00:10:22,480 --> 00:10:24,440 - kita dapat saksikan... - Awak kata pasti menang. 189 00:10:24,520 --> 00:10:25,720 - Awak kata, - Awak kata, 190 00:10:25,800 --> 00:10:28,320 - "Cakap serupa bikin." - "Cakap serupa bikin." 191 00:10:30,920 --> 00:10:32,400 Awak tak faham. 192 00:10:32,880 --> 00:10:35,640 Saya baru saja beri peluang untuk Luo Ji tonjolkan diri. 193 00:10:37,640 --> 00:10:40,360 - Deng Yinan daripada Fantasi Misteri. - Mata nyawanya tinggal separuh. 194 00:10:40,440 --> 00:10:42,960 - Untuk Pasukan Gembira, - Kurangkan mata nyawa dan kalahkan dia. 195 00:10:43,040 --> 00:10:45,040 Luo Ji akan jadi pencabar seterusnya. 196 00:10:45,120 --> 00:10:46,960 Mari kita persilakan Luo Ji. 197 00:10:47,160 --> 00:10:48,640 Dalam permainan ketiga Cabaran Arena, 198 00:10:48,720 --> 00:10:52,280 Penyeru, Cahaya Terlindung akan menentang Pemain Pedang, Malam Berangin. 199 00:10:52,360 --> 00:10:54,600 Pemain kedua Pasukan Gembira, Luo Ji, 200 00:10:54,680 --> 00:10:57,000 tidak pernah muncul di arena Glory sebelum ini. 201 00:10:57,080 --> 00:10:59,440 Jadi kami tak ada rekod tentang dia. 202 00:10:59,640 --> 00:11:02,000 Adakah dia pemain baru yang hebat? 203 00:11:02,080 --> 00:11:03,200 Kita tunggu dan lihat. 204 00:11:03,280 --> 00:11:05,400 Walaupun Malam Berangin mengalahkan Formasi Hadap Angin, 205 00:11:05,480 --> 00:11:08,080 mata nyawanya cuma tinggal 50 peratus. 206 00:11:08,280 --> 00:11:11,640 Dengan mata nyawa penuh, Cahaya Terlindung berpeluang untuk menang. 207 00:11:12,360 --> 00:11:14,640 Selepas lama berlatih dengan saya, 208 00:11:15,280 --> 00:11:16,560 Luo Ji ada kemajuan tak? 209 00:11:16,640 --> 00:11:19,280 Bertenang. Mata nyawa orang itu cuma tinggal separuh. 210 00:11:19,360 --> 00:11:21,560 Dia pasti akan dapat kalahkan. 211 00:11:22,080 --> 00:11:23,160 Okey, perlawanan bermula. 212 00:11:23,240 --> 00:11:25,600 Serigala Ais diseru. Cahaya Terlindung menyeru Empat Binatang. 213 00:11:25,680 --> 00:11:27,680 Tapi Malam Berangin hampir dengannya. 214 00:11:27,760 --> 00:11:29,840 Nampaknya seruan itu terganggu. 215 00:11:32,000 --> 00:11:34,640 Seperti yang dijangka, Malam Berangin mara ke arah Cahaya Terlindung. 216 00:11:34,720 --> 00:11:36,440 Dia mengelak daripada serangan Serigala Ais. 217 00:11:36,520 --> 00:11:38,400 Bahaya kalau Penyeru didekati oleh Pemain Pedang. 218 00:11:41,280 --> 00:11:42,560 Mereka sangat dekat. 219 00:11:44,880 --> 00:11:45,760 Pedang Cahaya Gugur! 220 00:11:45,840 --> 00:11:47,920 Malam Berangin menang tanpa hilang satu pun mata nyawa. 221 00:11:48,000 --> 00:11:51,200 Deng Yinan daripada Fantasi Misteri masih berada di arena. 222 00:11:51,280 --> 00:11:54,280 Pencabar seterusnya ialah Tang Rou daripada Pasukan Gembira. 223 00:11:54,360 --> 00:11:56,040 Mari kita persilakan Wang Xing. 224 00:11:56,120 --> 00:11:57,760 Pusingan keempat Cabaran Arena. 225 00:11:57,840 --> 00:12:00,640 Ahli Sihir Pertarungan, Kabus Lembut lawan Pemain Pedang, Malam Berangin. 226 00:12:00,720 --> 00:12:04,040 Malam Berangin telah mengalahkan dua pihak lawan. 227 00:12:04,200 --> 00:12:06,480 - Awak datang nak buang mata? - Mata nyawanya masih tinggi. 228 00:12:06,560 --> 00:12:09,040 - Saya risau awak takkan berjaya. - Kalau begitu, marilah. 229 00:12:09,120 --> 00:12:11,280 Sebagai pemain terakhir Pasukan Gembira, 230 00:12:11,360 --> 00:12:14,280 Tang Rou mesti mengalahkan dua lawan untuk menang Cabaran Arena. 231 00:12:14,360 --> 00:12:16,000 Perlawanan dimulakan dengan serangan ganas. 232 00:12:16,080 --> 00:12:18,680 Serangan Kabus Lembut pantas dan ganas. Malam Berangin lawan semula. 233 00:12:18,760 --> 00:12:20,040 Kedua-dua pihak terus menyerang. 234 00:12:20,120 --> 00:12:22,240 Mata nyawa Malam Berangin berkurang menjadi 30 peratus, 235 00:12:22,320 --> 00:12:24,600 tapi mata nyawa Kabus Lembut juga berkurangan dengan cepat. 236 00:12:41,560 --> 00:12:42,600 Cantasan Langit Terbelah! 237 00:12:42,680 --> 00:12:45,120 Tanpa mengelak, Kabus Lembut serang semula dengan Pengejar Ais. 238 00:12:45,200 --> 00:12:46,560 Malam Berangin tak dapat bergerak. 239 00:12:46,640 --> 00:12:49,480 Kabus Lembut rebut peluang untuk kalahkan Malam Berangin. Dia menang! 240 00:12:49,560 --> 00:12:50,680 Tahniah, Tang Rou! 241 00:12:50,760 --> 00:12:52,880 Dia dapat satu mata untuk Pasukan Gembira! 242 00:12:53,440 --> 00:12:56,920 Walaupun dia menang, mata nyawanya sangat rendah. 243 00:12:57,720 --> 00:12:59,560 Situasi itu tak berpihak kepadanya. 244 00:12:59,640 --> 00:13:01,040 Ini gaya Tang Kenit. 245 00:13:01,560 --> 00:13:04,520 Tanpa keberanian, dia takkan tahu cara nak berlawan. 246 00:13:05,680 --> 00:13:07,800 Kalau dia boleh terus berlawan macam ini, 247 00:13:08,280 --> 00:13:09,600 mungkin dia akan menang. 248 00:13:11,000 --> 00:13:13,440 - Terima kasih atas pengorbanan awak. - Jangan ejek saya. 249 00:13:13,560 --> 00:13:15,000 Tengoklah mata nyawa awak. 250 00:13:15,480 --> 00:13:16,680 Ini belum berakhir lagi. 251 00:13:16,960 --> 00:13:18,240 Masih ada seorang lagi pencabar. 252 00:13:18,320 --> 00:13:20,880 Macam mana nak kalahkan timbalan kapten saya dengan mata nyawa itu? 253 00:13:21,720 --> 00:13:23,360 Tang Kenit, bertenang. 254 00:13:23,680 --> 00:13:24,680 Buat saja dan lawan. 255 00:13:24,760 --> 00:13:26,000 Jangan risau tentang akibatnya. 256 00:13:26,840 --> 00:13:30,040 Jangan risau. Saya boleh kalahkan seorang dan separuh jalan lagi untuk yang kedua. 257 00:13:30,120 --> 00:13:32,320 Saya akan kalahkan yang pertama dengan mata nyawa sedikit 258 00:13:32,840 --> 00:13:35,120 dan berusaha sehabisnya untuk lawan yang kedua. 259 00:13:35,760 --> 00:13:38,320 MATA NYAWA, MATA MAGIK, KEKUATAN FIZIKAL, PENGALAMAN 260 00:13:41,000 --> 00:13:43,480 Satu-satunya yang berada di arena ialah Pasukan Gembira. 261 00:13:43,560 --> 00:13:47,280 Pencabar daripada Fantasi Misteri ialah Wang Xing. 262 00:13:47,360 --> 00:13:48,920 Dipersilakan Wang Xing. 263 00:13:49,320 --> 00:13:50,560 - Ayuh! - Semoga berjaya! 264 00:13:51,120 --> 00:13:52,560 Pusingan terakhir Cabaran Arena. 265 00:13:52,640 --> 00:13:55,000 Ahli Sihir Pertarungan, Kabus Lembut lawan Pejuang Jalanan. 266 00:13:55,080 --> 00:13:56,440 Perlawanan bermula. 267 00:13:56,600 --> 00:13:59,880 Walaupun Kabus Lembut menang tadi, dia kehilangan banyak mata nyawa. 268 00:13:59,960 --> 00:14:01,800 Perlawanan ini akan jadi sangat sukar untuk dia. 269 00:14:01,960 --> 00:14:03,760 Pejuang Jalanan mencari kedudukan Kabus Lembut. 270 00:14:03,840 --> 00:14:07,000 Kabus Lembut bersembunyi di tempat tinggi dan memerhati pergerakan Pejuang Jalanan. 271 00:14:07,080 --> 00:14:08,280 Dia tak tergesa-gesa menyerang. 272 00:14:18,400 --> 00:14:20,240 Pemusnah Drakonik! Kabus Lembut mula menyerang! 273 00:14:20,320 --> 00:14:23,120 Pejuang Jalanan mengelak dan lemparkan Botol Gas. Kabus Lembut terkena! 274 00:14:24,840 --> 00:14:26,720 Pejuang Jalanan menghampiri dan terus menyerang. 275 00:14:26,800 --> 00:14:28,080 Kabus Lembut mempertahankan diri. 276 00:14:28,160 --> 00:14:30,320 Prestasi Tang Rou berbeza berbanding pusingan tadi. 277 00:14:30,400 --> 00:14:31,720 Sekarang dia cuma boleh bertahan. 278 00:14:31,800 --> 00:14:35,320 Dengan mata nyawa rendah, dia takkan menang perlawanan ini. 279 00:14:47,320 --> 00:14:49,360 Kenapa dengan Tang Kenit? 280 00:14:49,440 --> 00:14:51,320 Tang Rou sedar mata nyawanya rendah, 281 00:14:51,400 --> 00:14:53,200 jadi dia pilih untuk lawan secara konservatif. 282 00:14:54,760 --> 00:14:56,480 Adakah itu keputusan yang bijak? 283 00:14:57,960 --> 00:14:59,560 Kalau dia terus berlawan begini, 284 00:15:00,040 --> 00:15:00,880 dia akan kalah. 285 00:15:01,680 --> 00:15:02,560 Kenapa? 286 00:15:03,040 --> 00:15:05,640 Kalau dia lawan dengan kuat, bukankah dia akan cepat kalah? 287 00:15:05,720 --> 00:15:07,080 Dia elakkan diri daripada berlawan. 288 00:15:07,160 --> 00:15:09,000 - Ini Tang Rou yang awak kenal? - Dia diserang! 289 00:15:09,080 --> 00:15:10,800 Dia diserang oleh Lempar Pasir sekali lagi. 290 00:15:10,880 --> 00:15:12,920 Kabus Lembut diserang. Dia dalam bahaya. 291 00:15:14,280 --> 00:15:16,560 Pejuang Jalanan menghampiri dan berikan tumbukan kombinasi. 292 00:15:16,640 --> 00:15:18,920 Kabus Lembut gagal mengelak dan mata nyawanya menjadi sifar. 293 00:15:19,000 --> 00:15:21,120 Tahniah, Pejuang Jalanan menang perlawanan! 294 00:15:23,080 --> 00:15:24,840 Sama ada awak serang dengan cuai 295 00:15:25,120 --> 00:15:26,880 atau mengelak macam pemain amatur. 296 00:15:27,480 --> 00:15:30,040 Jadi awak kena terima akibat dan dikalahkan dengan teruk. 297 00:15:30,120 --> 00:15:31,520 Balik dan teruskan berlatih. 298 00:15:32,400 --> 00:15:35,160 Sayangnya. Tang Rou tak berjaya mengalahkan dua pihak lawan. 299 00:15:35,240 --> 00:15:37,760 Pasukan Fantasi Misteri menang Cabaran Arena dan dapat tiga mata. 300 00:15:37,840 --> 00:15:39,600 Mereka mendahului dengan mata lima lawan satu. 301 00:15:39,680 --> 00:15:41,320 Situasi Pasukan Gembira sekarang kritikal. 302 00:15:41,400 --> 00:15:43,920 Mereka perlu bermain dengan cemerlang dalam Cabaran Berpasukan. 303 00:15:44,000 --> 00:15:46,080 Barulah mereka boleh ubah keadaan. 304 00:15:46,440 --> 00:15:47,720 Okey. Pertandingan dah berakhir. 305 00:15:47,800 --> 00:15:51,520 Mari kita beri tepukan untuk pemenang, Wang Xing daripada Fantasi Misteri. 306 00:15:51,600 --> 00:15:53,920 Selepas Tang Rou kalah permainan, 307 00:15:54,000 --> 00:15:57,040 Pasukan Gembira ketinggalan dengan Fantasi Misteri satu berbalas lima. 308 00:15:57,120 --> 00:15:59,800 Pasukan Gembira kena fikirkan penyelesaian ketika masa rehat. 309 00:15:59,880 --> 00:16:02,560 Jika ini berterusan, keadaan kritikal untuk mereka. 310 00:16:21,040 --> 00:16:22,080 Macam mana rasanya? 311 00:16:24,800 --> 00:16:26,000 Saya belum minum lagi. 312 00:16:29,320 --> 00:16:30,920 Saya maksudkan perlawanan itu. 313 00:16:32,080 --> 00:16:33,640 Ini pertandingan pertama awak. 314 00:16:36,320 --> 00:16:37,640 Saya akan menang semula. 315 00:16:38,440 --> 00:16:39,360 Macam mana? 316 00:16:44,920 --> 00:16:46,240 Saya tukar soalan lain. 317 00:16:47,760 --> 00:16:49,400 Awak rasa kenapa awak kalah permainan itu? 318 00:16:51,600 --> 00:16:53,160 Kelemahan saya terlalu jelas. 319 00:16:54,040 --> 00:16:55,080 Apa kelemahan awak? 320 00:16:56,720 --> 00:16:59,640 Saya kehilangan terlalu banyak mata nyawa dalam permainan pertama, 321 00:16:59,720 --> 00:17:02,280 jadi saya tak ada peluang di pusingan kedua dan sangat pasif. 322 00:17:02,680 --> 00:17:04,119 Saya juga tak berpengalaman. 323 00:17:04,440 --> 00:17:06,680 Saya tak serang balas dengan baik ketika bertahan. 324 00:17:07,440 --> 00:17:09,280 Jadi kelemahan saya ialah 325 00:17:10,200 --> 00:17:11,280 saya tak cukup kuat. 326 00:17:12,200 --> 00:17:13,599 Awak memang tak cukup kuat. 327 00:17:15,079 --> 00:17:16,720 Tapi bukan itu sebab awak kalah. 328 00:17:17,839 --> 00:17:18,920 Awak kalah dengan dia 329 00:17:19,640 --> 00:17:21,640 sebab awak ubah taktik berlawan. 330 00:17:22,599 --> 00:17:24,920 Tapi mata nyawa saya ketika itu sangat rendah. 331 00:17:25,599 --> 00:17:26,760 Kalau saya tak tukar taktik, 332 00:17:26,839 --> 00:17:29,080 - saya rasa mesti lebih... - Tiada taktik yang sempurna. 333 00:17:30,240 --> 00:17:31,400 Kunci untuk menang 334 00:17:32,160 --> 00:17:34,040 adalah bukan taktik yang awak pilih, 335 00:17:34,960 --> 00:17:36,920 tapi cari yang sesuai dengan awak. 336 00:17:41,400 --> 00:17:44,200 Banyak sangat pilihan sama saja macam tak ada pilihan. 337 00:17:47,000 --> 00:17:48,800 Jangan mudah teragak-agak dengan diri sendiri 338 00:17:49,000 --> 00:17:50,680 dalam apa jua keadaan. 339 00:18:20,600 --> 00:18:23,880 Saya rasa kadangkala kita perlu teragak-agak dengan diri sendiri. 340 00:18:24,520 --> 00:18:26,800 Sekurang-kurangnya tentang perkara remeh. 341 00:18:38,800 --> 00:18:41,520 Saya rasa Ye Qiu teruk kali ini. 342 00:18:42,520 --> 00:18:45,680 Rupa-rupanya ejekan terhadap mereka itu tepat. 343 00:18:45,880 --> 00:18:49,280 Mereka sangat lemah dan mudah dikalahkan. 344 00:18:49,360 --> 00:18:50,320 Kapten. 345 00:18:50,600 --> 00:18:53,040 Awak seorang yang kalah teruk dengan mereka. 346 00:18:53,120 --> 00:18:54,120 Mengarut. 347 00:18:54,520 --> 00:18:56,200 Saya buktikan kegagalan saya 348 00:18:56,320 --> 00:19:00,440 supaya kita tak boleh pandang rendah Pasukan Gembira walaupun mereka lemah. 349 00:19:00,600 --> 00:19:01,480 Faham? 350 00:19:01,560 --> 00:19:03,840 Cabaran Pasukan pasti lebih sukar untuk kita. 351 00:19:04,680 --> 00:19:07,200 Fantasi Misteri hebat dalam taktik satu dipertahankan oleh empat. 352 00:19:07,280 --> 00:19:10,480 Kejayaannya selama ini bergantung kepada pertahanan yang sempurna. 353 00:19:11,360 --> 00:19:13,600 Kapten, apa maksudnya? 354 00:19:14,120 --> 00:19:17,160 Maksudnya, semua pemain berlawan untuk melindungi ahli utama. 355 00:19:17,600 --> 00:19:19,840 - Jadi nak guna taktik apa? - Jadi nak guna taktik apa? 356 00:19:19,920 --> 00:19:22,720 - Bunuh kapten tak kira apa berlaku. - Bunuh kapten tak kira apa berlaku. 357 00:19:22,960 --> 00:19:23,880 Saya setuju. 358 00:19:24,640 --> 00:19:27,040 Tapi bukankah terlalu berisiko untuk lawan tanpa Paderi? 359 00:19:27,320 --> 00:19:29,320 Kita kena pastikan kita menang Cabaran Berpasukan. 360 00:19:29,440 --> 00:19:30,360 Tiada Paderi. 361 00:19:32,200 --> 00:19:33,040 Tapi... 362 00:19:35,120 --> 00:19:37,240 Ini bukan kurungan. 363 00:19:37,600 --> 00:19:39,400 Daya ketahanan kita akan terjejas tanpa Paderi. 364 00:19:40,080 --> 00:19:41,520 Mereka semua pemain berpengalaman. 365 00:19:42,520 --> 00:19:43,920 Susah nak kalahkan mereka. 366 00:19:44,680 --> 00:19:46,320 Saya bukannya nak sokong pihak lawan kita, 367 00:19:46,400 --> 00:19:47,800 tapi dari segi kekuatan, 368 00:19:48,200 --> 00:19:50,200 kita masih jauh ketinggalan daripada Fantasi Misteri. 369 00:19:50,280 --> 00:19:52,600 Perlawanan yang panjang akan buat kelemahan kita lebih jelas. 370 00:19:53,200 --> 00:19:56,240 Sistem ketahanan mereka yang sempurna berada di tahap liga. 371 00:19:56,760 --> 00:19:58,400 Taktik biasa tak dapat lemahkan mereka. 372 00:20:00,400 --> 00:20:02,680 Sekarang, kita cuma boleh ambil kesempatan. 373 00:20:04,120 --> 00:20:07,600 Saya bergantung kepada serangan kejutan Mo Fan untuk pecahkan tembok. 374 00:20:08,320 --> 00:20:11,360 Okey, mari kita ambil risiko di bawah pimpinan awak. 375 00:20:13,880 --> 00:20:14,920 Masa untuk awak beraksi. 376 00:20:19,360 --> 00:20:21,720 Perlawanan antara Pasukan Gembira dan Pasukan Fantasi Misteri 377 00:20:21,800 --> 00:20:23,720 menarik banyak minat disebabkan Tuan Guru Ye Qiu. 378 00:20:23,800 --> 00:20:26,520 Kemunculan Pertama Tuan Guru juga mencetuskan komen hangat. 379 00:20:26,600 --> 00:20:29,360 Tapi dalam Cabaran Individu, Pasukan Gembira jauh ketinggalan. 380 00:20:29,440 --> 00:20:32,360 Jadi Cabaran Berpasukan pasti sukar untuk mereka. 381 00:20:33,840 --> 00:20:36,560 Sekarang Cabaran Berpasukan akan bermula. 382 00:20:36,640 --> 00:20:39,840 Pemain daripada kedua-dua pasukan, sila masuk ke dalam arena dan bersedia. 383 00:20:45,480 --> 00:20:46,440 Mana Mo Fan? 384 00:20:49,640 --> 00:20:51,840 Dia datang ke arena apabila diminta. Patuh betul. 385 00:20:53,760 --> 00:20:54,720 Biar betul? 386 00:20:55,000 --> 00:20:56,800 Mari kita saksikan barisan kedua-dua pasukan. 387 00:20:56,880 --> 00:20:58,880 Barisan Pasukan Fantasi Misteri nampak biasa. 388 00:20:58,960 --> 00:21:01,320 Apa? Tak ada Paderi dalam Pasukan Gembira! 389 00:21:01,480 --> 00:21:03,520 Ini memang barisan yang terdesak. 390 00:21:03,600 --> 00:21:06,280 Semua sepuluh pemain di arena berorientasikan output. 391 00:21:06,360 --> 00:21:09,440 Tapi pemain gantian Pasukan gembira ialah Pahlawan Sihir, Formasi Hadap Angin, 392 00:21:09,520 --> 00:21:12,360 sementara pemain gantian Fantasi Misteri ialah Paderi, Minda Bebas. 393 00:21:12,440 --> 00:21:15,400 Baiklah. Semua pemain dah sedia. Semua watak sudah ada di dalam permainan. 394 00:21:15,480 --> 00:21:18,520 Cabaran pasukan antara Pasukan Gembira dan Fantasi Misteri bermula sekarang. 395 00:21:18,600 --> 00:21:20,320 Dalam Cabaran Berpasukan dan Individu, 396 00:21:20,400 --> 00:21:22,440 kekuatan individu Pasukan Fantasi Misteri lebih baik. 397 00:21:22,520 --> 00:21:25,640 Tapi dalam Cabaran Berpasukan, kedua-duanya tiada Paderi. 398 00:21:25,720 --> 00:21:28,680 Pasukan yang bekerjasama dengan baik akan mengawal permainan itu. 399 00:21:28,960 --> 00:21:30,560 Berundur. Jangan sampai mereka dekat. 400 00:21:30,640 --> 00:21:31,680 Mereka tak ada Paderi. 401 00:21:31,920 --> 00:21:33,760 Lagi lama berlawan, lagi bagus. 402 00:21:35,280 --> 00:21:38,200 Kedua-dua berbalas tembakan bertubi-tubi pada permulaan. 403 00:21:38,280 --> 00:21:41,880 Pasukan Gembira lemah dalam jarak serangan. 404 00:21:41,960 --> 00:21:45,200 Tiada Paderi dalam Pasukan Gembira. Perlawanan ini merugikan Pasukan Gembira. 405 00:21:46,120 --> 00:21:48,240 Pasukan Fantasi Misteri main dengan baik pada permulaan. 406 00:21:48,320 --> 00:21:50,360 - Mereka asyik guna... - Apa itu? 407 00:21:50,800 --> 00:21:52,640 Ini namanya kerjasama. Sangat mengagumkan. 408 00:21:52,720 --> 00:21:54,680 Situasi ini menguntungkan Pasukan Fantasi Misteri. 409 00:21:54,760 --> 00:21:57,560 - Jika Pasukan Gembira tak boleh... - Bagus. Kawal mata nyawa kamu. 410 00:21:58,080 --> 00:21:59,840 Mudah saja nak uruskan pasukan teruk ini. 411 00:21:59,920 --> 00:22:02,080 Ya, jika serangan hadapan gagal... 412 00:22:02,280 --> 00:22:03,200 Mereka berpecah. 413 00:22:04,120 --> 00:22:05,240 Awak memang nak kena. 414 00:22:05,440 --> 00:22:06,320 Mereka terpedaya. 415 00:22:06,520 --> 00:22:08,680 Cari sasaran. Musnahkan mereka satu demi satu. 416 00:22:10,360 --> 00:22:11,800 Abu Seinci menahan Kesateria mereka. 417 00:22:11,880 --> 00:22:13,800 Adakah ini taktik satu lawan satu Pasukan Gembira? 418 00:22:13,880 --> 00:22:15,920 Nampaknya sekarang adalah permainan individu. 419 00:22:16,120 --> 00:22:17,840 Saya tahan Pembengis mereka. 420 00:22:21,400 --> 00:22:23,240 Saya sedang cari Ahli Sihir Elemental. 421 00:22:23,920 --> 00:22:25,640 Dah dapat. Celaka. 422 00:22:25,720 --> 00:22:27,920 Formasi lawan Pasukan Gembira sedang berpecah. 423 00:22:28,040 --> 00:22:30,400 Mereka nak kalahkan Fantasi Misteri dengan kekuatan individu? 424 00:22:30,480 --> 00:22:32,200 Menurut perlawanan sebelum ini, 425 00:22:32,280 --> 00:22:34,880 sukar untuk mereka dapat peluang dalam perlawanan satu lawan satu, 426 00:22:34,960 --> 00:22:36,320 terutamanya untuk Serangan Pau. 427 00:22:36,400 --> 00:22:37,720 Pergerakannya mengelirukan. 428 00:22:47,320 --> 00:22:49,080 Abu Seinci semakin terdesak. 429 00:22:49,560 --> 00:22:51,360 Mata nyawa kedua-dua pemain hampir sama. 430 00:22:51,440 --> 00:22:53,080 Situasi makin teruk untuk Pasukan Gembira. 431 00:22:53,160 --> 00:22:55,880 Jika berlarutan, apabila pemain gantian Fantasi Misteri, Paderi masuk, 432 00:22:55,960 --> 00:22:57,840 mungkin sukar untuk Pasukan Gembira ubah keadaan. 433 00:23:17,360 --> 00:23:19,600 Serangan balas Kabus Lembut sangat mengagumkan. 434 00:23:24,840 --> 00:23:27,920 Nampaknya Serangan Pau belum menjumpai cara untuk kalahkan Ahli Sihir Elemental. 435 00:23:28,000 --> 00:23:29,520 Mata nyawanya berkurangan dengan cepat. 436 00:23:31,600 --> 00:23:34,200 Tuan Gerun lawan Pahlawan Sihir dan Penembak Tempat Fantasi Misteri. 437 00:23:34,280 --> 00:23:37,520 Walaupun dua lawan satu, Fantasi Misteri takkan berpeluang. 438 00:23:37,600 --> 00:23:39,000 Tuan Guru memang mengagumkan. 439 00:23:39,080 --> 00:23:40,320 Dia lawan dua musuh dengan mudah 440 00:23:40,400 --> 00:23:42,200 dan mengurangkan mata nyawa dua orang lawannya. 441 00:23:42,280 --> 00:23:44,280 Kenapa tubuhkan pasukan untuk buat kemunculan semula? 442 00:23:44,360 --> 00:23:47,240 Awak patut sertai Pasukan Fantasi Misteri. Kami berbesar hati terima awak. 443 00:23:47,480 --> 00:23:48,320 Yakah? 444 00:23:48,720 --> 00:23:50,320 Tapi saya nak Pasukan Gembira menang. 445 00:23:51,320 --> 00:23:53,480 Semua rakan pasukan awak orang baru yang tak matang. 446 00:23:53,560 --> 00:23:56,760 Dalam Pasukan Gembira, awak seorang yang layak lawan dengan saya. 447 00:23:57,040 --> 00:23:57,960 Terima kasihlah. 448 00:23:58,240 --> 00:24:00,080 Tapi awak tak layak. 449 00:24:09,760 --> 00:24:11,080 API MARAK 450 00:24:11,240 --> 00:24:13,280 Tengok itu! Nampak tak? 451 00:24:14,760 --> 00:24:17,400 Ada orang nampak Ninja mereka? 452 00:24:17,480 --> 00:24:18,520 -Tidak. - Tidak. 453 00:24:19,040 --> 00:24:19,920 Celaka! 454 00:24:20,720 --> 00:24:21,560 Sekarang! 455 00:24:42,360 --> 00:24:44,040 Pasukan Gembira telah membunuh satu lawan. 456 00:24:44,120 --> 00:24:46,640 Pemain gantian Pasukan Fantasi Misteri masuk ke dalam perlawanan. 457 00:24:48,960 --> 00:24:51,280 Nampaknya tiga pemain Pasukan Gembira lawan secara individu, 458 00:24:51,360 --> 00:24:53,280 tapi mereka bergerak hampir dengan masing-masing. 459 00:24:53,360 --> 00:24:55,640 Abu Seinci, Kabus Lembut dan Serangan Pau saling membantu. 460 00:24:55,720 --> 00:24:57,320 Inilah kerjasama. 461 00:25:09,520 --> 00:25:10,400 Syabas! 462 00:25:10,480 --> 00:25:12,680 Abu Seinci telah berjaya mengalahkan Ahli Sihir Elemental, 463 00:25:12,760 --> 00:25:13,800 - Baraka! - Hebat. 464 00:25:13,960 --> 00:25:15,240 Tengoklah cara mereka lawan! 465 00:25:28,280 --> 00:25:29,600 Mereka berlawan secara berpusing. 466 00:25:29,680 --> 00:25:31,760 Pasukan Gembira sentiasa ubah langkah serangan mereka. 467 00:25:31,840 --> 00:25:33,840 Pemain Pasukan Fantasi Misteri diserang bertalu-talu. 468 00:25:46,480 --> 00:25:47,400 Pemusnah Drakonik! 469 00:25:47,480 --> 00:25:49,600 Kesateria Pasukan Fantasi Misteri juga telah dikalahkan. 470 00:26:04,880 --> 00:26:06,160 Cabaran Pasukan yang hebat. 471 00:26:06,240 --> 00:26:07,760 - Gembira telah menunjukkan - Ya! 472 00:26:07,840 --> 00:26:09,160 - makna kerjasama. - Boleh tahan. 473 00:26:09,240 --> 00:26:10,200 Hebat! 474 00:26:10,280 --> 00:26:11,840 Pemenangnya ialah Pasukan Gembira! 475 00:26:11,920 --> 00:26:13,320 Pasukan Gembira mencipta keajaiban! 476 00:26:13,400 --> 00:26:15,760 Mereka cuma dapat satu mata dalam Cabaran Individu dan arena. 477 00:26:15,840 --> 00:26:16,880 Ini tempat Fantasi Misteri, 478 00:26:16,960 --> 00:26:19,000 - walaupun dipandang rendah, - Awak buat dengan baik. 479 00:26:19,080 --> 00:26:20,880 - mereka kalahkan pihak lawan! - Awak hebatlah! 480 00:26:30,320 --> 00:26:31,720 Tahniah kepada Pasukan Gembira 481 00:26:31,800 --> 00:26:34,600 kerana memenangi perlawanan pertama Liga Pencabar dengan mata enam-lima. 482 00:26:34,720 --> 00:26:35,840 {\an8}TUAN GURU, SAYA SAYANG AWAK 483 00:26:37,200 --> 00:26:38,280 Ayuh, bersorak! 484 00:26:39,120 --> 00:26:42,600 Tuan Guru, saya sayang awak! 485 00:26:42,680 --> 00:26:45,120 Prestasi awak hari ini sama macam saya dulu. 486 00:26:45,840 --> 00:26:46,800 Awak hebatlah! 487 00:26:47,800 --> 00:26:49,280 Ninja tak perlukan pelukan... 488 00:26:51,200 --> 00:26:52,240 kecuali hari ini. 489 00:26:53,400 --> 00:26:55,600 Jangan nak berlagak! 490 00:26:55,680 --> 00:26:57,280 Buat saya malu saja. 491 00:26:57,400 --> 00:27:00,160 Hei, awak asyik berlagak. 492 00:27:00,560 --> 00:27:01,640 Mana Kapten Ye? 493 00:27:02,520 --> 00:27:03,560 TUAN GURU, SAYA SAYANG AWAK 494 00:27:07,840 --> 00:27:08,720 Tuan Guru! 495 00:27:09,360 --> 00:27:10,560 Tuan Guru! 496 00:27:10,840 --> 00:27:14,280 Awak memang sangat hebat dan mengagumkan hari ini. 497 00:27:14,600 --> 00:27:16,360 - Saya... - Awak tahu tak? 498 00:27:16,440 --> 00:27:18,840 Awak juga beri saya kuasa yang tak pernah ada. 499 00:27:18,920 --> 00:27:21,640 Saya seorang saja kalahkan ahli sorak pasukan mereka. 500 00:27:24,000 --> 00:27:25,760 Tak, kita berdua. 501 00:27:25,840 --> 00:27:27,880 Saya baru jumpa peminat tua hari ini. 502 00:27:27,960 --> 00:27:30,200 Walaupun dia terlalu tua untuk lompat dan bersorak, 503 00:27:30,280 --> 00:27:32,600 dia sangat meminati awak. 504 00:27:33,960 --> 00:27:34,880 Mana dia? 505 00:27:35,240 --> 00:27:36,280 Dia dah balik. 506 00:27:40,280 --> 00:27:42,320 TUAN GURU, SAYA SAYANG AWAK 507 00:27:55,480 --> 00:27:59,280 LIGA PENCABAR GLORY KESEMBILAN 508 00:28:15,880 --> 00:28:18,480 Tuan Guru! 509 00:28:18,920 --> 00:28:19,920 Tuan Guru! 510 00:28:20,120 --> 00:28:22,320 Dia nak saya beri ini kepada awak. 511 00:28:52,160 --> 00:28:53,920 Ini kunci rumah. 512 00:28:54,480 --> 00:28:57,000 Baliklah bila-bila masa. 513 00:29:00,120 --> 00:29:00,960 Saya pergi dulu. 514 00:29:24,000 --> 00:29:26,560 Dalam perlawanan pertama Liga Pencabar Glory sebentar tadi, 515 00:29:26,640 --> 00:29:29,200 Pasukan Gembira ubah keadaan dan kalahkan Fantasi Misteri. 516 00:29:29,280 --> 00:29:30,520 Mereka dapat kemenangan pertama. 517 00:29:30,600 --> 00:29:32,080 Peminat beri perhatian kepada Ye Qiu, 518 00:29:32,160 --> 00:29:33,520 bukan kepada keputusan perlawanan, 519 00:29:33,600 --> 00:29:36,320 iaitu dikenali sebagai Tuan Guru Glory dan bekas kapten Era Cemerlang. 520 00:29:36,400 --> 00:29:39,240 Mereka hairan kenapa dia tubuhkan pasukan dan berada dalam pasukan baru. 521 00:29:39,400 --> 00:29:42,920 Apabila Ye Qiu tinggalkan Era Cemerlang, dia dikritik ramai peminat. 522 00:29:43,040 --> 00:29:45,960 Sekarang dia mengetuai pasukan baru untuk mulakan perjalanan baru di Glory. 523 00:29:46,040 --> 00:29:48,600 Ini telah mencetuskan banyak komen daripada para peminat. 524 00:29:51,000 --> 00:29:52,480 PENGKHIANAT, TINGGALKAN LIGA PENCABAR! 525 00:29:52,560 --> 00:29:53,920 DIA PATUT DIHARAMKAN! PENGKHIANAT! 526 00:29:54,000 --> 00:29:56,520 SAYA TAKKAN TONTON LAGI PERMAINAN INI. DIA KHIANATI ERA CEMERLANG 527 00:29:56,600 --> 00:29:57,560 PENGKHIANAT TERHEBAT 528 00:30:02,400 --> 00:30:03,560 Kita dapat kemenangan pertama. 529 00:30:03,680 --> 00:30:06,040 Berita surat khabar esok mesti semua tentang kemenangan kita. 530 00:30:06,120 --> 00:30:08,960 Jumlah peminat kita mesti akan meningkat secara mendada. 531 00:30:09,280 --> 00:30:11,960 Hei, "secara mendadak" baru betul. 532 00:30:12,600 --> 00:30:13,680 Apa-apalah. 533 00:30:13,920 --> 00:30:16,600 Hari ini kemunculan pertama kapten kita di tempat awam. 534 00:30:16,880 --> 00:30:19,800 Nanti kita tak perlu naik bas lagi. 535 00:30:19,880 --> 00:30:21,480 Kita ada bas ulang-alik sendiri. 536 00:30:21,720 --> 00:30:24,760 Pasti ada, tapi tambangnya dikira mengikut meter, 12 yuan. 537 00:30:24,840 --> 00:30:28,240 Mungkin mereka cas satu yuan lagi untuk minyak petrol. 538 00:30:28,480 --> 00:30:30,680 Hei, kenapa awak rasa kita takkan ada peminat? 539 00:30:32,520 --> 00:30:33,400 Sebab 540 00:30:34,480 --> 00:30:35,360 ini. 541 00:30:52,880 --> 00:30:58,240 YE QIU, PENGKHIANAT 542 00:31:10,600 --> 00:31:11,880 PASUKAN GEMBIRA 543 00:31:11,960 --> 00:31:14,360 Bersedia dengan serangan gelombang kelima dalam masa tiga saat. 544 00:31:14,440 --> 00:31:15,720 Luo Ji, sasarkan sumber serangan. 545 00:31:15,800 --> 00:31:16,960 Yang lain, serang. 546 00:31:21,120 --> 00:31:22,840 Jumlah kiriman baru setiap saat melebihi 15. 547 00:31:22,920 --> 00:31:25,360 Tak mungkin. Kalau berterusan, nanti jadi keganasan siber pula. 548 00:31:25,440 --> 00:31:27,280 Betulkan arah pendapat. Hentikan penyebaran itu. 549 00:31:27,360 --> 00:31:28,280 Bersihkan nama Ye Qiu. 550 00:31:28,360 --> 00:31:29,960 Kita semua mesti bertegas. 551 00:31:30,040 --> 00:31:31,280 Kita tak boleh hilang semangat. 552 00:31:31,720 --> 00:31:33,240 Celaka! Penggodam! 553 00:31:33,640 --> 00:31:34,480 Baiklah. 554 00:31:34,800 --> 00:31:38,280 Suatu hari saya akan cari awak dan belasah awak. 555 00:31:38,680 --> 00:31:39,840 Siapa yang awak nak belasah? 556 00:31:41,000 --> 00:31:42,640 Belasah... 557 00:31:43,680 --> 00:31:46,520 Belasah setiap pasukan dalam Liga Pencabar. 558 00:31:47,720 --> 00:31:49,040 Latihan untuk hari ini ialah... 559 00:31:54,520 --> 00:31:55,440 berehat. 560 00:32:00,960 --> 00:32:02,600 - Boleh tahan. - Ya. 561 00:32:07,280 --> 00:32:08,120 Kapten. 562 00:32:09,120 --> 00:32:11,640 Awak ajak kami ke sini 563 00:32:11,720 --> 00:32:15,200 untuk ajar kami teori menggunakan meja bola sepak ini? 564 00:32:17,040 --> 00:32:18,080 Begitu rupanya. 565 00:32:18,560 --> 00:32:19,880 Sasarkan dengan tepat. 566 00:32:20,480 --> 00:32:21,920 Kapten mahu kita 567 00:32:22,120 --> 00:32:25,200 fokus pada Liga Pencabar. 568 00:32:25,760 --> 00:32:27,240 Jadi kita kena bertenang. 569 00:32:27,480 --> 00:32:30,720 Maksudnya kita tak patut keliru dengan komen dalam talian. 570 00:32:31,200 --> 00:32:33,760 Jadi penumpuan bermaksud... 571 00:32:34,160 --> 00:32:37,480 Maksudnya kita kena beri tumpuan pada latihan kita 572 00:32:37,600 --> 00:32:39,640 dan jangan terganggu dengan perkara lain. 573 00:32:39,720 --> 00:32:40,680 Bosan betul tempat ini. 574 00:32:41,080 --> 00:32:42,520 Jom sambung berlatih. 575 00:32:48,600 --> 00:32:49,520 Kapten. 576 00:32:50,040 --> 00:32:52,440 Kami faham niat baik awak 577 00:32:52,600 --> 00:32:54,280 bawa kami ke sini. 578 00:32:59,120 --> 00:33:02,320 Baucar pencuci mulut yang Ye Qiu beri luput esok. 579 00:33:02,720 --> 00:33:03,680 Lagipun ia percuma. 580 00:33:03,760 --> 00:33:05,600 Ambil saja apa yang kamu suka. Jangan bazirkan. 581 00:33:06,160 --> 00:33:07,560 Saya nak satu lagi. 582 00:33:09,480 --> 00:33:10,320 Oh, ya. 583 00:33:10,960 --> 00:33:13,800 Siapa nak bayar tambang kita balik nanti? 584 00:33:19,080 --> 00:33:20,560 Tak apalah. 585 00:33:20,640 --> 00:33:22,040 Saya nak duduk di sini. 586 00:33:22,960 --> 00:33:25,080 Peminat Era Cemerlang nampak menggila kebelakangan ini. 587 00:33:25,160 --> 00:33:26,880 Mereka asyik menyumpah dalam talian. 588 00:33:28,520 --> 00:33:30,600 Hei, apa awak cakap ini? 589 00:33:30,680 --> 00:33:32,000 Cakap lagi depan kamera. 590 00:33:32,080 --> 00:33:32,960 Kenapa awak rakam? 591 00:33:34,360 --> 00:33:35,880 Okey. Kawan-kawan. 592 00:33:36,120 --> 00:33:37,080 Mari sini. 593 00:33:37,440 --> 00:33:38,640 Biar saya tunjuk. 594 00:33:38,720 --> 00:33:40,280 Mereka daripada Pasukan Gembira. 595 00:33:40,360 --> 00:33:42,280 Tengoklah wajah hodoh mereka. 596 00:33:42,360 --> 00:33:43,960 Awak buat apa? Jangan sentuh saya! 597 00:33:44,040 --> 00:33:46,120 Cepat, cakap depan kamera. 598 00:33:46,200 --> 00:33:47,880 PASUKAN GEMBIRA, TINGGALKAN LIGA PENCABAR! 599 00:33:47,960 --> 00:33:49,960 - Maaf, jangan rakam. - Apa ini? Jangan sentuh saya. 600 00:33:50,120 --> 00:33:51,360 Saya tahu awak timbalan kapten. 601 00:33:51,440 --> 00:33:53,320 Jangan nak buli kami pula di sini. 602 00:33:56,360 --> 00:33:59,080 Cepat, ulang apa yang awak cakap tadi depan kamera. 603 00:33:59,600 --> 00:34:01,080 - Hei... - Cepatlah, jangan tipu. 604 00:34:01,160 --> 00:34:02,600 Jangan nak mengampu saya pula. 605 00:34:02,680 --> 00:34:03,600 Tadi awak kata 606 00:34:03,840 --> 00:34:06,760 peminat Era Cemerlang macam orang gila. 607 00:34:08,719 --> 00:34:11,679 Kapten yang kami sokong dulu 608 00:34:12,120 --> 00:34:14,480 sekarang dah ada pasukan baru 609 00:34:14,560 --> 00:34:16,679 dan nak lawan pasukan lamanya pula. 610 00:34:17,480 --> 00:34:19,760 Awak faham tak apa perasaan peminat Era Cemerlang? 611 00:34:20,239 --> 00:34:21,120 Tak ada siapa faham. 612 00:34:29,280 --> 00:34:31,280 Awak tak peduli tentang peminat Era Cemerlang, bukan? 613 00:34:34,560 --> 00:34:37,080 Saya bermain bukan untuk peminat. 614 00:34:38,000 --> 00:34:39,520 Kalau bukan untuk peminat, untuk siapa? 615 00:34:40,639 --> 00:34:41,520 Sebenarnya, 616 00:34:42,560 --> 00:34:43,840 kami berjuang 617 00:34:44,760 --> 00:34:46,360 untuk tujuan peribadi kami. 618 00:34:46,880 --> 00:34:49,679 Tak ada siapa main untuk orang lain. 619 00:34:50,360 --> 00:34:52,440 Jadi, jangan salah faham. 620 00:34:53,040 --> 00:34:56,080 Kami bersyukur dan terharu dengan sokongan peminat. 621 00:34:57,120 --> 00:34:58,000 Tapi 622 00:34:58,680 --> 00:34:59,960 saya kena terus terang. 623 00:35:01,120 --> 00:35:03,600 Kalau cakap kami main untuk peminat, bunyinya macam bohong. 624 00:35:04,840 --> 00:35:06,080 Sekurang-kurangnya bagi saya, 625 00:35:07,480 --> 00:35:08,400 bukan itu tujuan saya. 626 00:35:11,240 --> 00:35:13,240 Tapi tanpa sokongan kami, 627 00:35:13,600 --> 00:35:16,920 liga profesional atau pemain profesional tak akan wujud. 628 00:35:18,160 --> 00:35:19,120 Betul. 629 00:35:20,640 --> 00:35:21,880 Sebab itu saya berterima kasih. 630 00:35:22,360 --> 00:35:23,880 Dan saya terharu dengan sokongan kamu. 631 00:35:24,920 --> 00:35:26,160 Jujur saya rasa begitu. 632 00:35:26,960 --> 00:35:28,120 Tapi saya tak bermain... 633 00:35:29,920 --> 00:35:31,400 untuk peminat. 634 00:38:00,440 --> 00:38:02,560 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida