1 00:01:18,280 --> 00:01:21,320 ADAPTASI NOVEL DENGAN TAJUK SAMA BUTTERFLY BLUE, THE KING'S AVATAR 2 00:01:37,800 --> 00:01:41,120 Bolehkah awak bertarung dengan saya sekali lagi? 3 00:01:41,920 --> 00:01:45,120 Kali ini, saya tetap akan beri awak menang. 4 00:01:50,720 --> 00:01:51,560 RALAT 5 00:01:56,800 --> 00:01:57,640 Kenapa ini? 6 00:01:59,480 --> 00:02:01,480 - Berilah. - Apa yang awak buat? 7 00:02:08,080 --> 00:02:08,960 Kamu yang patahkan? 8 00:02:09,880 --> 00:02:12,040 Tak! Kenapa saya pula? 9 00:02:12,920 --> 00:02:14,960 Saya patahkan. Dia tak ada kaitan. 10 00:02:15,040 --> 00:02:16,200 Berapa harganya? Saya bayar. 11 00:02:17,000 --> 00:02:18,760 Baik. Cepatlah. 12 00:02:20,040 --> 00:02:20,960 Mana duitnya? 13 00:02:21,320 --> 00:02:22,200 Baik. 14 00:02:28,680 --> 00:02:29,600 Nak cakap apa lagi? 15 00:02:30,920 --> 00:02:32,080 Duit kamu dicuri pula? 16 00:02:32,840 --> 00:02:34,200 Mari sini. 17 00:02:34,680 --> 00:02:35,640 Ke sini! 18 00:02:44,840 --> 00:02:46,360 Teruklah dia ini. 19 00:02:46,480 --> 00:02:48,520 Ini kali pertama saya tengok orang main di arked 20 00:02:48,720 --> 00:02:50,200 semasa demam setinggi 39 darjah. 21 00:02:55,720 --> 00:02:58,360 Oh, ya. Saya nak beli ubat untuk dia. 22 00:02:58,440 --> 00:02:59,480 Tolong tengokkan dia. 23 00:03:00,120 --> 00:03:02,400 - Jangan sentuh mainan kesukaan dia. - Muqiu. 24 00:03:02,520 --> 00:03:04,400 Tangan Transformer itu memang dah patah. 25 00:03:04,600 --> 00:03:05,680 Saya tak pegang pun. 26 00:03:12,000 --> 00:03:14,760 Kami main bersama. Saling menjaga antara satu sama lain. 27 00:03:15,960 --> 00:03:18,120 Kami lalui kesukaran zaman remaja. 28 00:03:19,720 --> 00:03:21,160 Saya masih ingat kata-kata awak. 29 00:03:22,080 --> 00:03:23,600 "Jangan terburu-buru ketika remaja. 30 00:03:24,600 --> 00:03:27,320 Sebab hidup masih panjang." 31 00:03:32,000 --> 00:03:33,960 Ini permainan yang kita rosakkan tempoh hari? 32 00:03:34,640 --> 00:03:35,560 Ya. 33 00:03:36,000 --> 00:03:37,560 Saya beli kedua-duanya. 34 00:03:39,480 --> 00:03:41,120 Kenapa awak beli yang dah rosak? 35 00:03:47,040 --> 00:03:48,400 Saya beli 36 00:03:49,320 --> 00:03:51,120 untuk dapatkan semula syiling bertuah awak! 37 00:03:56,440 --> 00:03:58,480 Lagipun, awak boleh baiki apa saja. 38 00:03:58,760 --> 00:04:00,840 Jadi, baikilah kedua-dua mesin ini! 39 00:04:02,280 --> 00:04:03,720 Nanti! Jangan pergi! 40 00:04:05,320 --> 00:04:06,360 Di mana awak dapat duit? 41 00:04:06,840 --> 00:04:08,240 Awak rompak bank? 42 00:04:08,600 --> 00:04:11,920 Apa yang saya lakukan lebih baik daripada merompak bank. 43 00:04:14,320 --> 00:04:15,200 Tengok! 44 00:04:16,640 --> 00:04:18,720 Saya dapatkan duit dengan bakat saya! 45 00:04:18,800 --> 00:04:19,839 SIJIL PEMENANG, YE QIU 46 00:04:22,520 --> 00:04:23,680 Awak jadi juara? 47 00:04:25,520 --> 00:04:27,640 Awak tak boleh bazirkan duit awak walaupun awak juara! 48 00:04:39,920 --> 00:04:40,800 Bagus! 49 00:04:42,360 --> 00:04:44,840 Saya yang main permainan ini dulu. Saya tak boleh dikalahkan. 50 00:04:45,800 --> 00:04:48,760 Tak tahu malu! Berani awak berlagak di depan juara negara. 51 00:04:49,720 --> 00:04:51,480 Awak menang sebab saya tak sertainya. 52 00:04:51,880 --> 00:04:53,080 Mari tengok Senarai Kedudukan. 53 00:04:54,120 --> 00:04:56,320 Selagi kita di tangga teratas dalam Senarai Kedudukan, 54 00:04:56,640 --> 00:04:59,440 avatar identiti akan terus disimpan sebagai watak tanpa pemain, NPC. 55 00:04:59,760 --> 00:05:02,160 Kalau saya diatasi, avatar saya akan dipadamkan. 56 00:05:02,360 --> 00:05:03,480 Saya punya masih ada. 57 00:05:03,680 --> 00:05:04,880 Saya belum pernah diatasi. 58 00:05:05,720 --> 00:05:07,160 Tengok saya kalahkan awak kali ini! 59 00:05:07,320 --> 00:05:08,520 Naiklah! Satu lagi pusingan! 60 00:05:43,040 --> 00:05:45,640 KALAH! 61 00:05:56,960 --> 00:05:58,960 NO. 1 SU MUQIU, NO. 2 YE XIU 62 00:06:08,200 --> 00:06:10,040 Bodoh! Awak kalah lagi! 63 00:06:29,720 --> 00:06:31,040 Dia tak mahu menang. 64 00:06:32,520 --> 00:06:34,480 Walaupun Muqiu cuma NPC, 65 00:06:35,880 --> 00:06:38,160 dia mahu bersamanya seperti ini untuk lebih lama. 66 00:06:41,120 --> 00:06:42,120 Lebih lama lagi. 67 00:07:14,880 --> 00:07:16,320 Kenapa kamu buat begini? 68 00:07:20,600 --> 00:07:21,520 Baik. 69 00:07:22,200 --> 00:07:23,200 Kamu tak mahu makan? 70 00:07:23,280 --> 00:07:24,240 Biar saya buang. 71 00:07:24,960 --> 00:07:26,160 Kami makan, okey? 72 00:07:26,440 --> 00:07:27,560 Ini cuma sarapan. 73 00:07:28,120 --> 00:07:29,160 Mari kita makan. 74 00:07:29,360 --> 00:07:30,280 Makanlah. 75 00:07:32,560 --> 00:07:33,720 Tolong hulurkan roti. 76 00:07:37,920 --> 00:07:41,760 Tentu bagus kalau kita boleh bergantung pada ahli lain dalam pertandingan. 77 00:07:44,640 --> 00:07:46,160 Sekejap. Wu Chen di mana? 78 00:07:46,240 --> 00:07:47,520 Ada sesiapa nampak dia? 79 00:07:48,160 --> 00:07:50,040 Saya tak nampak dia 80 00:07:50,480 --> 00:07:52,120 sejak pertandingan berakhir pada hari itu. 81 00:07:53,080 --> 00:07:54,360 Saya dah agak dia orangnya. 82 00:07:54,680 --> 00:07:56,480 Memang kita tak patut benarkan dia bertanding. 83 00:07:56,640 --> 00:07:59,200 Mungkin dia kejar kedudukan dalam Dinasti Jed. 84 00:07:59,360 --> 00:08:00,640 Jangan cakap begitu, Wei Chen. 85 00:08:01,080 --> 00:08:02,960 Kenapa salahkan Wu Chen untuk Dinasti Jed? 86 00:08:04,480 --> 00:08:05,920 Semua yang saya cakap adalah benar. 87 00:08:06,720 --> 00:08:09,920 Saya sendiri nampak dia bersama pemain Dinasti Jed sebelum perlawanan. 88 00:08:10,320 --> 00:08:12,200 Tak ada siapa tahu jika dia yang khianati kita. 89 00:08:12,520 --> 00:08:14,040 Dia beritahu mereka Ye Xiu tak ada. 90 00:08:14,400 --> 00:08:15,840 Awak pasti Wu Chen yang beritahu? 91 00:08:16,240 --> 00:08:19,640 Bukankah ada orang yang tersalah tekan tetikus? 92 00:08:20,080 --> 00:08:21,880 Satu lagi, beritahu saya hal sebenar. 93 00:08:22,280 --> 00:08:23,520 Apa masalah tangan awak? 94 00:08:26,080 --> 00:08:27,000 Apa? 95 00:08:27,480 --> 00:08:28,400 Jangan nak buat muka. 96 00:08:29,000 --> 00:08:30,120 Kami tak buat salah pun. 97 00:08:31,680 --> 00:08:34,720 "Dengar cakap saya dan kita pasti menang"? 98 00:08:34,960 --> 00:08:35,919 Dengar sini! 99 00:08:36,159 --> 00:08:38,960 Saya paling benci orang yang pura-pura hebat sedangkan sebenarnya tidak. 100 00:08:39,320 --> 00:08:41,200 Kalau awak hebat, buktikannya dengan kemenangan! 101 00:08:41,280 --> 00:08:42,360 - An Wenyi! - Sudahlah! 102 00:08:42,919 --> 00:08:45,320 Komander terbaik masih perlukan kerjasama yang bagus. 103 00:08:45,440 --> 00:08:46,840 Berlatih dan perbaiki diri awak! 104 00:08:47,080 --> 00:08:48,120 Kerjasama? 105 00:08:49,800 --> 00:08:53,600 Siapa yang terburu-buru dan rosakkan seluruh rancangan? 106 00:08:53,760 --> 00:08:55,320 Saya? Tak mungkin! 107 00:08:55,520 --> 00:08:56,640 Kenapa saya pergi ke depan? 108 00:08:57,000 --> 00:08:58,280 Tak ada penyerang utama langsung! 109 00:09:00,080 --> 00:09:01,440 Jangan pandang saya. 110 00:09:01,720 --> 00:09:03,080 Nak serang pun perlukan masa. 111 00:09:03,360 --> 00:09:05,480 Awak rasa orang lain halang awak? 112 00:09:05,680 --> 00:09:08,760 Tapi analisis selepas perlawanan menunjukkan awak yang bertindak liar. 113 00:09:09,320 --> 00:09:10,280 Sudahlah. 114 00:09:10,680 --> 00:09:11,720 Kita sepasukan. 115 00:09:11,880 --> 00:09:13,200 Boleh tak semua orang bertenang? 116 00:09:13,360 --> 00:09:14,200 Yifan. 117 00:09:14,480 --> 00:09:16,600 Bila awak mahu ada pendapat sendiri? 118 00:09:17,080 --> 00:09:18,800 Dia tak perlu buat begitu. 119 00:09:18,880 --> 00:09:21,160 Pak turut tak perlu pikul tanggungjawab sesiapa! 120 00:09:21,480 --> 00:09:23,040 Semua orang bertanggungjawab. 121 00:09:23,200 --> 00:09:25,360 Tak ada gunanya berbincang ketika sedang marah. 122 00:09:25,560 --> 00:09:27,480 Kenapa awak bersuara? 123 00:09:27,640 --> 00:09:28,640 Awak dapat sebarang mata? 124 00:09:28,920 --> 00:09:32,200 Apa kata awak tubuhkan Pasukan Pemain Teruk dengan Luo Ji? Sangat sesuai! 125 00:09:32,280 --> 00:09:33,600 Dah habis? 126 00:09:35,640 --> 00:09:37,840 - Nak berdendam? - Ya! 127 00:09:39,280 --> 00:09:42,040 Kita tak sesuai jadi sepasukan! 128 00:09:42,920 --> 00:09:44,840 Baik. Kalau begitu, ikut haluan masing-masing. 129 00:09:44,920 --> 00:09:46,200 - Buatlah! - Sekarang! 130 00:09:46,600 --> 00:09:47,480 Apa-apa sajalah. 131 00:09:47,640 --> 00:09:49,120 Saya tak suka pun tinggal di sini. 132 00:09:55,600 --> 00:09:56,480 Kapten. 133 00:10:01,880 --> 00:10:03,200 Gembira milik semua orang. 134 00:10:06,400 --> 00:10:07,680 Buatlah keputusan sendiri. 135 00:10:31,200 --> 00:10:33,640 LIGA PROFESIONAL GLORY KELAPAN 136 00:11:13,080 --> 00:11:15,480 GEMBIRA 137 00:11:15,560 --> 00:11:16,520 Selama ini, 138 00:11:17,680 --> 00:11:19,960 latihan harian yang berat dan tekanan daripada persediaan 139 00:11:20,760 --> 00:11:22,240 bangkitkan keinginan dalam diri kami. 140 00:11:24,320 --> 00:11:25,960 Kerapuhan dan keberangan yang sekali-sekala 141 00:11:26,720 --> 00:11:28,040 menunjukkan diri sebenar kami. 142 00:11:30,000 --> 00:11:32,920 Saya rasa kami semua perlukan masa lagi 143 00:11:33,640 --> 00:11:36,400 untuk belajar daripada pengalaman, tentang tanggungjawab... 144 00:11:37,040 --> 00:11:38,040 dan jadi matang. 145 00:11:38,720 --> 00:11:39,640 Kali ini, 146 00:11:40,800 --> 00:11:41,760 saya tak akan... 147 00:11:42,640 --> 00:11:43,600 dan tak mahu... 148 00:11:44,760 --> 00:11:46,320 buat keputusan untuk kamu semua. 149 00:11:52,880 --> 00:11:53,920 Tang Kenit. 150 00:11:58,800 --> 00:11:59,720 Kita pergi sekarang. 151 00:12:24,960 --> 00:12:25,840 Tengok saya! 152 00:12:26,120 --> 00:12:27,200 Nampak APM saya? 153 00:12:27,400 --> 00:12:28,640 Masih laju! 154 00:12:30,000 --> 00:12:31,040 Tengok posisi saya. 155 00:12:31,120 --> 00:12:32,520 Masih hebat! 156 00:12:32,920 --> 00:12:33,920 Nampak reaksi saya? 157 00:12:35,600 --> 00:12:36,680 Ada benda baru? 158 00:12:37,200 --> 00:12:38,120 Sudahlah! 159 00:12:38,200 --> 00:12:39,520 Tengoklah awak. 160 00:12:39,880 --> 00:12:41,920 Awak hanya boleh bermegah-megah apabila main PVE. 161 00:12:42,000 --> 00:12:44,400 Awak pasti kalah pada bakat baru dalam pertandingan sebenar. 162 00:12:45,800 --> 00:12:47,360 Kami dah bersara lima, enam tahun lalu. 163 00:12:47,480 --> 00:12:49,080 Kita berbeza. Awak baru muncul semula. 164 00:12:49,160 --> 00:12:51,720 - Bukan kami yang mereka cari. - Pedulikan pertandingan sebenar. 165 00:12:52,080 --> 00:12:54,880 Saya rasa Raksasa mungkin keterlaluan bagi awak. 166 00:12:56,440 --> 00:12:57,280 Sekejap! 167 00:12:58,600 --> 00:13:00,360 Awak nak buat kami marah? 168 00:13:00,480 --> 00:13:02,520 Wei Chen, jangan padang rendah kami. 169 00:13:02,640 --> 00:13:03,760 Mari tunjuk kepada dia. 170 00:13:03,920 --> 00:13:06,440 Saya tak akan balik selagi tak kalahkan beberapa Raksasa hari ini. 171 00:13:06,520 --> 00:13:08,320 - Serius? - Kekal fokus! 172 00:13:19,240 --> 00:13:20,080 Bagus! 173 00:13:23,760 --> 00:13:24,680 Helo. 174 00:13:27,360 --> 00:13:28,200 Sayang. 175 00:13:28,440 --> 00:13:29,440 Ya, saya dah beli. 176 00:13:30,040 --> 00:13:31,320 Saya dalam perjalanan pulang. 177 00:13:31,880 --> 00:13:32,920 Ada kesesakan lalu lintas. 178 00:13:36,000 --> 00:13:37,400 Tak ada bunyi papan kekunci. 179 00:13:37,520 --> 00:13:38,360 Awak salah dengar. 180 00:13:38,440 --> 00:13:40,280 Tak ada papan kekunci di jalan. 181 00:13:40,720 --> 00:13:42,760 Okey, baiklah. 182 00:13:42,880 --> 00:13:44,080 Biar betul? 183 00:13:44,520 --> 00:13:46,760 - Masuklah! - Yalah. Mari teruskan. 184 00:13:48,520 --> 00:13:49,360 Wei Chen. 185 00:13:50,720 --> 00:13:51,760 Mahu lakukannya? 186 00:14:13,320 --> 00:14:14,240 Helo. 187 00:14:14,320 --> 00:14:15,200 Apa? 188 00:14:15,840 --> 00:14:17,160 Naikkan dua peratus tak berkesan? 189 00:14:18,200 --> 00:14:19,600 Okey, tunggu saya. 190 00:14:19,840 --> 00:14:20,720 Tak perlu. 191 00:14:20,800 --> 00:14:22,120 Pemandu ada di bawah. 192 00:14:24,840 --> 00:14:26,160 Wei Chen, lain kali sajalah. 193 00:14:26,480 --> 00:14:28,120 Ada hal di tempat kerja. Saya kena pergi. 194 00:14:28,240 --> 00:14:29,080 Jumpa lagi. 195 00:14:30,560 --> 00:14:32,000 Apa ini? 196 00:14:32,200 --> 00:14:34,920 - Lain kali, semua telefon akan dirampas. - Betul itu! 197 00:14:35,680 --> 00:14:36,960 Encik Wu, awak yang paling bagus. 198 00:14:37,120 --> 00:14:38,560 Kita boleh kalahkan Raksasa itu. 199 00:14:57,480 --> 00:14:58,440 Helo. 200 00:14:59,040 --> 00:15:00,240 Saya akan datang. Saya janji. 201 00:15:00,800 --> 00:15:01,680 Saya... 202 00:15:01,800 --> 00:15:03,520 Wei Chen, maaflah. 203 00:15:04,000 --> 00:15:06,360 Kawan-kawan saya dah panggil. Kami nak pergi ke Tibet. 204 00:15:06,480 --> 00:15:08,800 Saya sangka saya boleh main sekejap sebelum pergi. 205 00:15:09,560 --> 00:15:10,400 Lain kalilah. 206 00:15:10,640 --> 00:15:11,880 Kita akan main habis-habisan. 207 00:15:12,200 --> 00:15:13,160 Saya janji. 208 00:15:23,680 --> 00:15:26,200 Kenapa susah sangat nak cari orang untuk main Glory bersama-sama? 209 00:15:34,200 --> 00:15:35,120 Wei Chen. 210 00:15:35,560 --> 00:15:36,800 Awak dah main Glory. 211 00:15:37,240 --> 00:15:38,800 Hidup awak pun susah. 212 00:15:38,880 --> 00:15:40,240 Dah sampai masa awak berhenti main. 213 00:15:40,320 --> 00:15:41,520 Fikir masa depan awak. 214 00:15:42,600 --> 00:15:43,800 Awak apa kurangnya? 215 00:15:45,040 --> 00:15:47,800 Awak boleh lepaskan apa saja kecuali Glory. 216 00:15:48,120 --> 00:15:49,360 Kalau tak, awak takkan kembali. 217 00:15:49,880 --> 00:15:50,920 Saya... 218 00:15:52,040 --> 00:15:55,400 Saya kembali untuk ambil lampin bayi yang saya beli. Ada di sini. 219 00:15:59,480 --> 00:16:00,480 Saya pergi dulu. 220 00:16:25,000 --> 00:16:26,400 Encik, tolong berhenti di sini. 221 00:17:06,000 --> 00:17:08,520 Perhatikan ritma semasa kamu mainkan bahagian ini. 222 00:17:08,800 --> 00:17:09,680 Okey. 223 00:17:12,319 --> 00:17:13,240 Berhenti. 224 00:17:13,520 --> 00:17:14,560 Tang Rou. 225 00:17:15,280 --> 00:17:16,520 Mari saya perkenalkan. 226 00:17:16,920 --> 00:17:18,359 Ini senior kamu. 227 00:17:18,440 --> 00:17:19,720 Dia pelajar cemerlang saya. 228 00:17:20,160 --> 00:17:21,040 Mari sini. 229 00:17:22,599 --> 00:17:24,280 - Lama tak jumpa. - Ya. 230 00:17:27,319 --> 00:17:29,760 Sebelum ini, saya pilih untuk larikan diri dari sini. 231 00:17:32,840 --> 00:17:34,160 Tapi saya tak akan buat lagi. 232 00:17:37,200 --> 00:17:38,600 Kalau awak putuskan begitu, 233 00:17:39,600 --> 00:17:40,920 maknanya awak mahu kembali? 234 00:17:44,680 --> 00:17:45,840 Fikirlah dulu. 235 00:17:52,320 --> 00:17:54,160 Disebabkan kesilapan saya dalam pertandingan, 236 00:17:55,480 --> 00:17:57,320 saya berhenti main piano. 237 00:18:04,960 --> 00:18:06,000 Diri saya yang lama... 238 00:18:08,920 --> 00:18:10,400 fikir bahawa memenangi pertandingan 239 00:18:11,000 --> 00:18:12,360 adalah segala-galanya. 240 00:18:15,200 --> 00:18:16,360 Tapi diri saya yang baru... 241 00:18:18,200 --> 00:18:19,480 tak takut pada kekalahan lagi. 242 00:18:20,960 --> 00:18:22,160 Saya juga tak akan lari. 243 00:18:31,440 --> 00:18:34,480 Sebab minat saya melebihi menang atau kalah. 244 00:18:42,440 --> 00:18:44,000 Apa yang menyedarkan saya 245 00:18:45,040 --> 00:18:46,040 ialah Glory. 246 00:18:47,800 --> 00:18:50,520 Harganya disenaraikan dengan sangat jelas. 247 00:18:51,200 --> 00:18:52,320 Kalau awak yakin, 248 00:18:53,800 --> 00:18:54,840 tandatangan di sini. 249 00:18:59,800 --> 00:19:01,720 {\an8}BAYARAN UNTUK PEMBELIAN AKAUN PERMAINAN VIDEO 250 00:19:06,360 --> 00:19:07,280 Wei Chen! 251 00:19:07,400 --> 00:19:09,560 Awak lupa salap untuk tangan awak. Saya tolong bawakan. 252 00:19:13,560 --> 00:19:15,280 TANDATANGAN 253 00:19:16,720 --> 00:19:17,880 Awak jual akaun awak? 254 00:19:21,720 --> 00:19:23,760 Tongkat Sakti Kematian amat berharga. 255 00:19:23,920 --> 00:19:26,200 - Awak betul-betul nak jual? - Saya tak mahukannya lagi. 256 00:19:27,240 --> 00:19:28,280 Jangan tandatangan! 257 00:19:32,880 --> 00:19:34,480 Keluar! Pergi! 258 00:19:35,600 --> 00:19:36,440 Pergi! 259 00:19:39,440 --> 00:19:40,760 Awak serius nak tinggalkan Glory? 260 00:19:45,000 --> 00:19:46,000 Jadi? 261 00:19:46,920 --> 00:19:48,560 Saya dah tak ada kawan untuk main bersama. 262 00:19:50,080 --> 00:19:51,640 Di mana saya boleh main Glory? 263 00:20:02,680 --> 00:20:03,960 Kita kembali kepada Gembira. 264 00:20:04,720 --> 00:20:05,840 Macam sebelum ini. 265 00:20:06,000 --> 00:20:07,960 Kita buat silap semasa menentang Dinasti Jed. 266 00:20:08,080 --> 00:20:09,160 Awak fikir kita... 267 00:20:10,520 --> 00:20:11,480 Tak. 268 00:20:12,040 --> 00:20:13,080 Awak fikir 269 00:20:14,080 --> 00:20:15,960 saya patut terus berusaha? 270 00:20:16,160 --> 00:20:17,880 Kita tak selalu menang. 271 00:20:18,120 --> 00:20:20,320 Lagipun, perlawanan itu bukan tanggungjawab awak saja. 272 00:20:20,880 --> 00:20:22,440 Saya tak macam kamu semua. 273 00:20:26,320 --> 00:20:28,920 Saya patut jalani hidup macam orang sebaya saya. 274 00:20:31,360 --> 00:20:32,680 Berapa umur awak? 275 00:20:33,000 --> 00:20:35,520 Bagi saya, inilah masanya awak berusaha, melepak 276 00:20:35,600 --> 00:20:36,640 dan main Glory dengan kami! 277 00:20:36,880 --> 00:20:38,040 Ini! 278 00:20:40,360 --> 00:20:42,600 Ini yang buat saya putuskan untuk tarik diri sekarang. 279 00:20:48,960 --> 00:20:50,040 Kapten kita pernah cakap 280 00:20:51,520 --> 00:20:53,000 yang hanya awak boleh putuskan 281 00:20:53,840 --> 00:20:55,240 bila awak patut tarik diri. 282 00:20:56,800 --> 00:20:59,520 Sama ada awak berjaya atau gagal 283 00:21:00,200 --> 00:21:01,640 dan walaupun awak ditendang keluar. 284 00:21:03,480 --> 00:21:05,200 Selagi awak sayangkan Glory 285 00:21:05,720 --> 00:21:07,200 dan mahu berada dalam arena ini, 286 00:21:07,480 --> 00:21:09,640 awak akan temui cara untuk hadapi halangan dan kegagalan. 287 00:21:09,720 --> 00:21:12,240 Ia pilihan yang pemain eSukan macam kita mesti tempuhi! 288 00:21:20,680 --> 00:21:22,160 Tak kira berapa kali kita mula semula, 289 00:21:23,600 --> 00:21:24,680 kita tak akan berubah. 290 00:21:39,560 --> 00:21:40,480 Sila tandatangan. 291 00:21:45,160 --> 00:21:46,080 Tunggu sekejap. 292 00:21:46,480 --> 00:21:47,640 Saya ada pen lain di sini. 293 00:21:48,560 --> 00:21:50,040 Cepatlah tandatangan. 294 00:21:53,640 --> 00:21:55,640 WEI CHEN 295 00:21:55,720 --> 00:21:57,280 PERJANJIAN MENJUAL AKAUN DAN KELENGKAPAN 296 00:22:20,240 --> 00:22:22,480 Encik, kami nak tutup kedai. 297 00:22:22,960 --> 00:22:24,280 Maaf. Saya... 298 00:22:29,520 --> 00:22:30,520 Terima kasih. 299 00:22:32,440 --> 00:22:34,000 Kenapa awak duduk di sini? 300 00:22:36,280 --> 00:22:37,360 Saya suka persimpangan itu. 301 00:22:39,480 --> 00:22:40,800 Kenapa dengan persimpangan itu? 302 00:22:41,600 --> 00:22:42,560 Ada perkara istimewa? 303 00:22:44,280 --> 00:22:46,920 Kalau ada sesiapa yang kembali, saya boleh nampak dari sini. 304 00:22:48,240 --> 00:22:49,080 Jadi? 305 00:22:49,680 --> 00:22:53,200 Jadi saya boleh dengar kapten kata, "Semua ahli Gembira ada di sini!" 306 00:22:57,160 --> 00:23:00,440 Macam mana kalau mereka tak kembali? 307 00:23:03,120 --> 00:23:04,480 Mereka akan kembali. 308 00:23:09,880 --> 00:23:13,320 Saya rasa, lampu merah akan menyala lebih lama 309 00:23:14,040 --> 00:23:15,240 dan lampu hijau pula sekejap. 310 00:23:18,200 --> 00:23:19,800 Lampu merah memang lama. 311 00:23:20,520 --> 00:23:21,560 Tapi tak apa. 312 00:23:22,480 --> 00:23:23,960 Saya boleh tunggu lagi. 313 00:23:51,440 --> 00:23:55,280 KAFE INTERNET GEMBIRA 314 00:24:19,560 --> 00:24:20,640 Saya dah baiki payung itu. 315 00:24:25,360 --> 00:24:26,360 Tapi... 316 00:24:28,240 --> 00:24:29,520 Masih ada yang tak kena. 317 00:24:32,880 --> 00:24:34,720 Getah ikat rambut baru. Sepit rambut baru. 318 00:24:34,960 --> 00:24:35,880 Kain baru. 319 00:24:36,680 --> 00:24:38,080 Bahan-bahannya baru. 320 00:24:38,280 --> 00:24:39,480 Kualitinya lebih bagus. 321 00:24:40,760 --> 00:24:42,200 Saya rasa payung ini agak baik. 322 00:24:45,960 --> 00:24:48,880 Tak kira betapa baiknya ia, bukan ini yang saya pernah miliki. 323 00:24:51,560 --> 00:24:52,560 Saya sangka 324 00:24:52,840 --> 00:24:55,680 saya dapat guna Tuan Gerun dan Payung Penyataan Ribuan sampai ke akhirnya. 325 00:25:03,720 --> 00:25:05,320 Tapi itu pun saya tak boleh buat. 326 00:25:15,600 --> 00:25:16,960 Ingat lagi syiling ini? 327 00:25:24,560 --> 00:25:25,720 Kalau bukan sebab ini, 328 00:25:26,840 --> 00:25:28,440 abang awak tak akan bawa saya masuk. 329 00:25:29,560 --> 00:25:30,800 Kalau bukan sebab itu, 330 00:25:31,440 --> 00:25:32,760 awak tak akan jumpa saya. 331 00:25:36,400 --> 00:25:38,720 Ketika itu, ibu bapa saya dah tak ada. 332 00:25:39,040 --> 00:25:41,000 Saudara-mara di luar negara nak jaga saya. 333 00:25:41,960 --> 00:25:44,240 Patutkah kami tinggal di sini dan hidup macam biasa 334 00:25:44,520 --> 00:25:46,640 atau biarkan saya pergi demi masa depan lebih cerah? 335 00:25:47,440 --> 00:25:48,520 Muqiu ragu-ragu. 336 00:25:49,240 --> 00:25:50,400 Kepala, biarkan dia pergi. 337 00:25:50,760 --> 00:25:51,880 Ekor, kekal bersama. 338 00:26:12,960 --> 00:26:14,000 Disebabkan awak, 339 00:26:14,720 --> 00:26:17,720 takdir kami berubah. 340 00:26:19,080 --> 00:26:21,760 Awak selalu kata awak bertuah sebab mengenali kami. 341 00:26:22,880 --> 00:26:24,280 Tapi kehadiran awak 342 00:26:24,640 --> 00:26:27,880 merupakan tuah terbaik yang syiling bertuah beri kepada kami. 343 00:26:32,000 --> 00:26:33,800 Abang awak tak mahu awak pergi. 344 00:26:34,880 --> 00:26:36,240 Kebetulan saya lalu di situ. 345 00:26:36,920 --> 00:26:38,080 Kemudian secara tak sengaja 346 00:26:39,400 --> 00:26:41,480 bantu dia buat keputusan yang dia dah tahu. 347 00:26:44,000 --> 00:26:46,040 Tapi awak selalu bantu kami buat pilihan terbaik 348 00:26:47,320 --> 00:26:48,960 secara tak sengaja. 349 00:27:01,680 --> 00:27:03,400 Kenapa awak berhenti kerja sambilan di sini? 350 00:27:04,720 --> 00:27:06,360 Saya cari kerja tetap 351 00:27:06,720 --> 00:27:09,640 yang akan beri saya pendapatan dan menyara keluarga. 352 00:27:10,080 --> 00:27:11,000 Tapi... 353 00:27:11,480 --> 00:27:13,160 Seminar untuk pengaturcaraan pula? 354 00:27:14,360 --> 00:27:15,360 Saya tarik diri. 355 00:27:20,080 --> 00:27:21,080 Su Muqiu. 356 00:27:21,960 --> 00:27:23,760 Awak serius nak buat begini? 357 00:27:24,640 --> 00:27:28,160 Awak nak jadi abang yang teruk dan berhenti belajar untuk adiknya? 358 00:27:29,680 --> 00:27:31,520 Disebabkan saya mahu Mucheng tinggal di sini, 359 00:27:31,880 --> 00:27:34,720 saya akan berusaha untuk beri dia kehidupan lebih baik. 360 00:27:36,200 --> 00:27:37,320 "Kehidupan lebih baik"? 361 00:27:39,160 --> 00:27:41,600 Hajat hari jadi Mucheng adalah untuk pergi ke Sea World. 362 00:27:44,480 --> 00:27:46,960 Tapi apa yang saya mampu sekarang adalah tiga ekor ikan emas. 363 00:27:54,880 --> 00:27:56,440 Siapa kata tiga ekor ikan emas 364 00:27:57,240 --> 00:27:59,320 tak boleh buat Sea World sendiri? 365 00:28:04,160 --> 00:28:07,560 Kita bertiga umpama tiga ekor ikan emas ini. 366 00:28:08,720 --> 00:28:10,120 Kita tak ada rumah besar. 367 00:28:11,080 --> 00:28:12,320 Kita tak ada hiasan cantik. 368 00:28:12,800 --> 00:28:14,480 Tapi kita tetap gembira. 369 00:28:14,760 --> 00:28:16,120 Inilah "kehidupan lebih baik". 370 00:28:17,560 --> 00:28:18,480 Terima kasih. 371 00:28:19,360 --> 00:28:21,400 Awak berikan saya hadiah hari jadi yang terbaik. 372 00:28:22,720 --> 00:28:23,920 Terima kasih 373 00:28:24,400 --> 00:28:27,720 kerana menjadi hadiah hari jadi terbaik dalam hidup saya dan abang saya. 374 00:28:36,640 --> 00:28:39,600 Hidup kita akan ada banyak persimpangan. 375 00:28:40,240 --> 00:28:43,040 Kalau kita tak berhati-hati, kita akan tersalah langkah. 376 00:28:46,280 --> 00:28:47,920 Saya hanya beritahu abang awak 377 00:28:48,960 --> 00:28:50,360 untuk ikut satu laluan. 378 00:28:51,720 --> 00:28:54,600 Tak ada masalah kalau ikut satu laluan. 379 00:28:55,840 --> 00:28:59,000 Itulah caranya saya bertemu dengan awak semua. 380 00:28:59,440 --> 00:29:01,640 Abang saya pula boleh kembali bersekolah. 381 00:29:02,160 --> 00:29:03,120 Akhirnya, 382 00:29:04,000 --> 00:29:05,520 Payung Penyataan Ribuan tercipta. 383 00:29:09,640 --> 00:29:10,880 Dah dapat! 384 00:29:10,960 --> 00:29:12,440 Tengok! Macam mana dengan rekaan ini? 385 00:29:15,640 --> 00:29:16,800 Hebat! 386 00:29:18,640 --> 00:29:20,520 - Kita berjaya! - Ya! 387 00:29:24,200 --> 00:29:26,200 Tapi ia milik saya sekarang. 388 00:29:26,480 --> 00:29:27,600 Milik saya! 389 00:29:28,280 --> 00:29:29,480 - Mari sini! - Milik saya! 390 00:29:29,560 --> 00:29:30,640 Saya cakap dulu! 391 00:29:31,320 --> 00:29:32,560 Semua orang kata 392 00:29:33,120 --> 00:29:35,360 Payung Penyataan Ribuan adalah fantasi yang tak logik. 393 00:29:35,560 --> 00:29:37,520 Serta ia misi yang tak akan diselesaikan. 394 00:29:38,280 --> 00:29:39,520 Tapi awak kata 395 00:29:39,840 --> 00:29:42,960 beza antara fantasi dan realiti adalah kepercayaan kita. 396 00:29:43,280 --> 00:29:46,200 Dan cara untuk merealisasikan perkara mustahil adalah jangan putus asa. 397 00:29:47,880 --> 00:29:51,240 Jadi, Payung Penyataan Ribuan bukan milik Muqiu seorang. 398 00:29:54,080 --> 00:29:55,560 Dulu awak banyak bantu dia. 399 00:29:57,040 --> 00:29:58,200 Jadi sekarang, 400 00:29:59,480 --> 00:30:01,120 biar dia bantu awak buat keputusan. 401 00:30:02,040 --> 00:30:03,400 Beritahu kami 402 00:30:04,840 --> 00:30:06,080 apa yang kami patut lakukan. 403 00:30:10,240 --> 00:30:11,360 Tak perlu tengok. 404 00:30:12,640 --> 00:30:14,120 Saya tahu apa Muqiu akan kata. 405 00:30:18,920 --> 00:30:21,520 "Ini hal kecil. Mula semula." 406 00:30:28,320 --> 00:30:30,000 {\an8}Pasukan Awan Memijak dan Gembira kini seri. 407 00:30:30,200 --> 00:30:32,160 {\an8}Tapi Gembira mara ke akhir dengan kemenangannya. 408 00:30:32,240 --> 00:30:33,760 - Cik Chen, apa komen awak? - Komen? 409 00:30:33,880 --> 00:30:34,960 Kita bercakap di atas. 410 00:30:35,160 --> 00:30:37,000 - Okey. - Beritahu kami butirannya. 411 00:30:37,080 --> 00:30:38,880 Okey. Silakan masuk. 412 00:30:42,840 --> 00:30:44,640 Semasa perlawanan menentang Dinasti Jed, 413 00:30:44,720 --> 00:30:46,680 berlaku masalah kepada senjata utama Kapten Ye. 414 00:30:46,800 --> 00:30:48,640 Dia akan bertanding dalam peringkat akhir? 415 00:30:48,960 --> 00:30:50,920 Semua pemain sedang cuba membaikinya. 416 00:30:51,800 --> 00:30:54,480 Lagipun, awak lebih pentingkan permainan video berbanding kelengkapan. 417 00:30:55,280 --> 00:30:58,360 Adakah pasukan awak terkesan daripada kegagalan sebelum ini? 418 00:31:00,080 --> 00:31:03,160 Kapten Ye kata, "Kita tak selalu menang." 419 00:31:03,360 --> 00:31:05,080 Semua orang berfikiran positif. 420 00:31:05,440 --> 00:31:06,560 Kami aktif buat persediaan. 421 00:31:06,960 --> 00:31:08,240 Tapi sumber kami mengatakan 422 00:31:08,480 --> 00:31:11,920 Wei Chen dah jual akaun dan kelengkapan Perak dia, Tongkat Sakti Kematian. 423 00:31:12,000 --> 00:31:13,040 Apa penjelasan awak? 424 00:31:13,120 --> 00:31:16,520 Dengarnya Tang Rou kembali sertai kumpulan muziknya dan Wu Chen sertai Dinasti Jed. 425 00:31:16,680 --> 00:31:19,160 Ahli pasukan awak yang lain juga tak ada dalam Gembira sekarang. 426 00:31:19,480 --> 00:31:22,240 Memandangkan semua ahli tak ada, adakah Gembira akan dibubarkan? 427 00:31:27,400 --> 00:31:28,560 Saya dah cakap. 428 00:31:29,080 --> 00:31:31,400 Semua ahli sedang baiki Payung Penyataan Ribuan. 429 00:31:33,080 --> 00:31:34,600 Kapten Ye suruh mereka beli alatan. 430 00:31:34,800 --> 00:31:36,840 Sebab itu mereka tak ada dalam Gembira sekarang. 431 00:31:36,920 --> 00:31:38,960 Boleh kami panggil mereka dari sini? 432 00:31:39,040 --> 00:31:40,720 Kami ambil berat tentang keadaan semasa. 433 00:31:40,840 --> 00:31:43,160 - Ya, panggil mereka. - Buktikan dengan panggil mereka. 434 00:31:43,920 --> 00:31:46,520 Nampaknya Gembira kosong. Tak ada siapa di sini. 435 00:31:46,600 --> 00:31:47,640 Siapa cakap begitu? 436 00:31:53,080 --> 00:31:53,960 Cik Chen. 437 00:31:54,760 --> 00:31:56,880 Saya dah dapat semua bahan yang diperlukan. 438 00:31:57,040 --> 00:31:58,360 Yifan dan yang lain juga berjaya. 439 00:31:59,480 --> 00:32:00,560 Mereka akan kembali nanti. 440 00:32:03,800 --> 00:32:05,400 Ini kontrak untuk pembelian alatan. 441 00:32:06,000 --> 00:32:07,560 Semua data ada di dalamnya. 442 00:32:09,320 --> 00:32:10,360 Awak semua minta bukti? 443 00:32:12,040 --> 00:32:12,920 Ini dia. 444 00:32:13,000 --> 00:32:14,680 KONTRAK PEMBELIAN ALATAN KELENGKAPAN 445 00:32:14,760 --> 00:32:18,960 KAFE INTERNET GEMBIRA 446 00:32:19,040 --> 00:32:21,080 - Hubungi kami kalau ada maklumat lanjut. - Ingat. 447 00:32:21,160 --> 00:32:23,040 - Teruskan berhubung. - Baik. 448 00:32:23,240 --> 00:32:24,680 - Selamat tinggal. - Selamat tinggal! 449 00:32:33,960 --> 00:32:37,120 Jadi awak jumpa ahli-ahli Dinasti Jed untuk beli alatan? 450 00:32:37,200 --> 00:32:38,080 Ya. 451 00:32:38,320 --> 00:32:40,000 Gembira tak cukup kelengkapan Perak. 452 00:32:40,400 --> 00:32:41,880 Saya nak beri kamu semua kejutan. 453 00:32:43,880 --> 00:32:45,640 Kenapa awak tak beritahu kami ketika itu? 454 00:32:46,520 --> 00:32:49,200 Kita patut patuh pada ketua tak kira apa pun. 455 00:32:50,720 --> 00:32:52,000 Pastikan kamu semua okey 456 00:32:52,520 --> 00:32:54,160 lebih penting daripada saya bertanding. 457 00:32:56,440 --> 00:32:58,480 Awak ke mana selepas pertandingan? 458 00:32:58,560 --> 00:33:00,040 Selamatkan Payung Penyataan Ribuan. 459 00:33:00,360 --> 00:33:02,160 Pusingan akhir bakal tiba. Masa dah suntuk. 460 00:33:02,720 --> 00:33:04,480 Saya jumpa semua orang dalam masa singkat. 461 00:33:05,640 --> 00:33:07,240 Saya berjaya dapatkan alatan asas. 462 00:33:07,760 --> 00:33:09,120 Harap-harap ia berguna. 463 00:33:39,680 --> 00:33:41,280 Awak rasa mereka akan kembali? 464 00:33:41,520 --> 00:33:42,680 Cik Chen. 465 00:33:43,720 --> 00:33:46,400 Semua pemain profesional perlu buat pilihan dalam hidup. 466 00:33:47,120 --> 00:33:48,160 Saya dah buat pilihan saya. 467 00:33:50,000 --> 00:33:51,640 Sekarang giliran mereka. 468 00:33:54,440 --> 00:33:57,880 Apa kita boleh buat sekarang adalah beri mereka ruang 469 00:33:59,280 --> 00:34:00,640 dan masa kepada kapten. 470 00:36:34,960 --> 00:36:36,960 Terjemahan sari kata oleh Syira Salleh