1 00:00:06,089 --> 00:00:08,929 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,886 --> 00:00:12,796 Hai. 3 00:00:36,369 --> 00:00:37,369 Virginia! 4 00:00:38,163 --> 00:00:39,333 Awak masih tidur? 5 00:00:42,876 --> 00:00:45,086 Jangan, ibu. Berhenti. 6 00:00:45,170 --> 00:00:46,000 Bangunlah. 7 00:00:52,969 --> 00:00:55,179 Ibu saya berpegang pada kenyataan. 8 00:00:56,181 --> 00:00:58,811 Fantasi untuk orang yang ada pelan persaraan. 9 00:00:59,309 --> 00:01:02,519 Berpijak di bumi yang nyata dan jangan kuat berangan. 10 00:01:03,021 --> 00:01:05,071 Dah Jumaat! Selamat hari Jumaat! 11 00:01:05,148 --> 00:01:07,858 Selamat pagi, Ginny. Selamat menyambut Jumaat! 12 00:01:09,694 --> 00:01:12,204 Kejar impian, buka hati, bodoh namanya. 13 00:01:12,822 --> 00:01:14,622 Jangan jadi Mat Jenin. 14 00:01:26,711 --> 00:01:28,251 Marty, saya beli rumah ini 15 00:01:28,338 --> 00:01:31,298 kerana difahamkan duit pusaka akan masuk. 16 00:01:33,259 --> 00:01:36,889 Saya sedang tengok bayaran ansuran rumah dan bil. 17 00:01:37,639 --> 00:01:40,389 Marty, saya dah sengkek, okey? 18 00:01:40,975 --> 00:01:42,515 Tolong dapatkan wang saya. 19 00:01:45,980 --> 00:01:49,280 Saya terpaksa gunakan kaedah yang saya tak nak guna. 20 00:01:50,735 --> 00:01:54,355 Adakah saya dah temui Jesus? Tak. Dia jual mahal. 21 00:01:54,447 --> 00:01:56,277 Jangan telefon saya lagi. 22 00:01:58,076 --> 00:02:01,246 - Seksinya baju. - Dari kedai tempat awak mencuri. 23 00:02:01,329 --> 00:02:03,039 Wafel? Ibu bakar sendiri. 24 00:02:04,249 --> 00:02:05,539 Apa ini? 25 00:02:05,625 --> 00:02:07,495 Parti Pijama Tahun Dua. 26 00:02:08,002 --> 00:02:09,342 Inilah Pleasantville. 27 00:02:10,171 --> 00:02:11,841 Jika dah biasa tilam selesa, 28 00:02:11,923 --> 00:02:14,133 mesti seronok tidur di lantai gim. 29 00:02:14,634 --> 00:02:17,184 Ellen anjurkan. Beri dia duit tiket saya. 30 00:02:17,262 --> 00:02:18,892 Maaf, awak dah kerja. 31 00:02:18,972 --> 00:02:22,232 Saya mula hari ini selepas sekolah. Saya belum ada duit. 32 00:02:22,892 --> 00:02:24,602 - Harganya? - Seratus dolar. 33 00:02:24,686 --> 00:02:27,056 Untuk bermalam di sekolah sendiri? 34 00:02:27,147 --> 00:02:30,317 Ibu nak pindah ke sini. Ini aktiviti orang putih kaya. 35 00:02:30,400 --> 00:02:33,030 - Mereka memang pelik. - Pelik betul. 36 00:02:33,611 --> 00:02:36,531 Sepanjang malam di sekolah? Rugi hari Sabtu. 37 00:02:37,031 --> 00:02:40,871 Malam Sabtu ini paling penting dalam hidup saya! 38 00:02:40,952 --> 00:02:43,122 Nak cakap apa lagi? Awak dihukum. 39 00:02:43,204 --> 00:02:46,584 Ibu, ini Parti Pijama. Lebih penting daripada hukuman. 40 00:02:46,666 --> 00:02:49,456 Kenapa tak faham? Matilah saya jika tak pergi! 41 00:02:49,544 --> 00:02:50,924 Saya mati jika pergi. 42 00:02:57,844 --> 00:03:01,934 Ibu yang penat habiskan masa 43 00:03:02,015 --> 00:03:04,885 cari penjual hotdog, pembekal kayu cahaya. 44 00:03:04,976 --> 00:03:07,346 Antara ramai-ramai, ibu yang patut mati. 45 00:03:07,437 --> 00:03:10,567 Kita boleh mati bersama. Sekeluarga. 46 00:03:11,941 --> 00:03:13,281 Kawan saya tak pergi. 47 00:03:14,027 --> 00:03:16,697 Ibulah emak yang paling teruk. 48 00:03:16,779 --> 00:03:19,029 Kenapa ibu tak hebat macam Georgia? 49 00:03:19,866 --> 00:03:22,236 Saya memang hebat. Selamat pagi, jiran! 50 00:03:22,327 --> 00:03:24,157 Masuk! Sertai kami. 51 00:03:26,873 --> 00:03:29,503 Dia kata lari, selamatkan diri. 52 00:03:32,545 --> 00:03:34,835 Saya datang untuk beli tiket Ginny. 53 00:03:35,381 --> 00:03:37,341 Lihat, ibu? Ginny akan pergi. 54 00:03:38,384 --> 00:03:39,264 Nak sarapan? 55 00:03:39,969 --> 00:03:42,559 Amboi, awak memang ibu yang baik! 56 00:03:42,639 --> 00:03:44,349 Betul tak, Max? 57 00:03:44,432 --> 00:03:47,022 Max, saya rasa jika awak mahu buktikan 58 00:03:47,101 --> 00:03:49,351 awak layak hadiri Parti Pijama 59 00:03:49,437 --> 00:03:52,437 ada cara selain menengking Ellen. 60 00:03:52,523 --> 00:03:54,483 Ya, berhenti tengking Ellen. 61 00:03:59,697 --> 00:04:01,697 Itu skil pukau sehebat Jedi. 62 00:04:01,783 --> 00:04:04,873 - Marcus, pergi sekolah, belajar. - Mestilah tak. 63 00:04:06,496 --> 00:04:09,416 Kalaulah saya boleh bawa awak ke mana-mana. 64 00:04:09,499 --> 00:04:10,629 Saya baru terfikir. 65 00:04:10,708 --> 00:04:12,838 Apa kata saya jadi caperon? 66 00:04:12,919 --> 00:04:15,089 Supaya awak tak terseksa sendirian. 67 00:04:15,171 --> 00:04:17,341 Itu pasti hebat. Saya suka. 68 00:04:18,675 --> 00:04:21,085 Biar Bev jaga pintu pada pukul 2 pagi. 69 00:04:21,177 --> 00:04:22,297 Dia pasti marah. 70 00:04:24,514 --> 00:04:25,354 Terima kasih. 71 00:04:29,060 --> 00:04:33,020 Saya rasa ibu saya benarkan saya hadiri Parti Pijama. 72 00:04:33,106 --> 00:04:35,396 Bagus, saya tak nak pergi tanpa awak. 73 00:04:35,483 --> 00:04:37,613 Awak rasa semua orang bencikan awak? 74 00:04:38,111 --> 00:04:40,111 Bukankah semua orang fikir begitu? 75 00:04:40,196 --> 00:04:41,356 Betul juga. 76 00:04:41,447 --> 00:04:45,737 Saya tak boleh bayangkan tak pergi. Ini peluang saya untuk mengurat Riley. 77 00:04:45,827 --> 00:04:47,157 Betulkah dia gay? 78 00:04:47,245 --> 00:04:49,745 Entah, tapi ada aura begitu semasa latihan. 79 00:04:49,831 --> 00:04:52,711 Susah nak cakap dia berlakon atau memang gay. 80 00:04:52,792 --> 00:04:54,752 Di mana nak beli arak untuk esok? 81 00:04:54,836 --> 00:04:58,716 Press, nak cuba stesen minyak yang jual karton 30 tin itu? 82 00:04:58,798 --> 00:05:01,298 Jika selalu, dia minta kad pengenalan. 83 00:05:01,384 --> 00:05:02,844 Kita perlu beli arak. 84 00:05:02,927 --> 00:05:05,347 Ambil dari kit penerbangan ibu Jordan? 85 00:05:05,430 --> 00:05:06,760 Tak naklah botol mini. 86 00:05:07,265 --> 00:05:09,385 Saya suka. Rasa macam gergasi! 87 00:05:11,978 --> 00:05:14,398 Kamu mesti pasangan yang kongsi semuanya 88 00:05:14,480 --> 00:05:17,940 dan buat saya teringat yang saya akan mati sendirian. 89 00:05:20,445 --> 00:05:22,905 Maksud saya, kamu bukan pasangan 90 00:05:22,989 --> 00:05:26,119 atau akan berpasangan kerana siapa tahu? 91 00:05:26,200 --> 00:05:28,910 Jika Korea Utara bom kita, ini tak penting pun. 92 00:05:28,995 --> 00:05:30,455 Saya nak ke kelas. 93 00:05:36,419 --> 00:05:37,549 Malunya. 94 00:05:50,058 --> 00:05:51,768 Cari pengasuh. Pergi dating? 95 00:05:51,851 --> 00:05:53,351 Parti Pijama. 96 00:05:53,436 --> 00:05:56,476 Saya jadi caperon tapi perlukan pengasuh saat akhir. 97 00:05:56,564 --> 00:06:00,234 Bagusnya jika ada aplikasi cari pengasuh. Eh, jangan harap! 98 00:06:01,194 --> 00:06:03,364 - Tidak. - Awak mesti suka Austin. 99 00:06:03,446 --> 00:06:05,816 - Ya. - Seronok, tak cerewet, tidur awal. 100 00:06:05,907 --> 00:06:08,117 Tahu apa saya suka tentang budak? 101 00:06:08,201 --> 00:06:11,081 Saya suka tak ada anak dan tak perlu jaga budak. 102 00:06:11,162 --> 00:06:13,752 - Pasti seronok. - Tahu apa yang seronok? 103 00:06:13,831 --> 00:06:16,171 Acara gay setiap Sabtu di Trunks. 104 00:06:16,250 --> 00:06:18,210 - Maaf. - Nick! 105 00:06:18,920 --> 00:06:20,170 Nick, saya terdesak. 106 00:06:20,254 --> 00:06:21,384 Okey. 107 00:06:21,464 --> 00:06:23,724 - Sama macam baju awak. - Tolonglah. 108 00:06:23,800 --> 00:06:25,640 Saya dah janji. Tolonglah. 109 00:06:25,718 --> 00:06:29,058 Bagaimana saya nak jelaskan? Okey, biar saya cuba. 110 00:06:29,138 --> 00:06:32,388 Saya tak beli pisang hijau kerana tak suka benda mentah. 111 00:06:32,475 --> 00:06:35,055 Kanak-kanak cuma orang yang mentah. 112 00:06:35,144 --> 00:06:36,234 Jawapannya tidak. 113 00:06:39,899 --> 00:06:43,399 Jadi, awak awasi parti pijama itu? 114 00:06:43,486 --> 00:06:46,736 Asalkan saya dapat cari orang untuk jaga Austin. 115 00:06:50,034 --> 00:06:51,494 Saya tak sibuk pun. 116 00:06:51,577 --> 00:06:53,497 Saya boleh jaga dia. 117 00:06:53,579 --> 00:06:55,499 Yakah? Awak sanggup? 118 00:06:55,581 --> 00:06:58,041 Ya, saya ahli lembaga sekolah, 119 00:06:58,126 --> 00:07:01,246 jadi saya faham betapa pentingnya Parti Pijama. 120 00:07:01,337 --> 00:07:04,297 Lagipun, kami dah kenal sejak main boling padang. 121 00:07:04,382 --> 00:07:06,012 Saya segan nak tanya awak. 122 00:07:06,092 --> 00:07:07,262 Tapi awak tanya saya. 123 00:07:07,885 --> 00:07:11,885 Saya tak boleh bayangkan sukarnya jadi ibu tunggal yang bekerja. 124 00:07:11,973 --> 00:07:14,313 Saya dengar, berat sama dipikul. 125 00:07:14,392 --> 00:07:15,232 Jadi… 126 00:07:17,770 --> 00:07:19,110 Awak penyelamat saya. 127 00:07:19,730 --> 00:07:21,570 Awak pasti awak tak kisah? 128 00:07:21,649 --> 00:07:24,439 Ya, tak ada masalah. 129 00:07:24,527 --> 00:07:25,857 Saya akan uruskan. 130 00:07:25,945 --> 00:07:28,815 - Saya amat menghargainya. - Jangan cakap lagi. 131 00:07:29,657 --> 00:07:30,697 Baiklah. 132 00:07:33,870 --> 00:07:35,870 "Awak penyelamat saya." 133 00:07:43,045 --> 00:07:44,915 Hei, Max. Latihan pukul berapa? 134 00:07:46,382 --> 00:07:48,012 Saya rasa pukul 3 petang. 135 00:07:49,343 --> 00:07:51,683 Aduhai. Saya suka cincin awak. 136 00:07:52,305 --> 00:07:55,095 - Lembutnya! - Terima kasih! Ini kulit saya. 137 00:07:55,725 --> 00:07:59,265 Tak sabar tunggu latihan tarian. Koreografi Fosse amat seksi. 138 00:08:03,107 --> 00:08:04,067 "Kulit saya"? 139 00:08:04,150 --> 00:08:06,360 Lihat? Ada aura. 140 00:08:06,444 --> 00:08:08,954 Memang Parti Pijama pada hujung minggu ini 141 00:08:09,030 --> 00:08:10,620 tapi kita takkan malas. 142 00:08:10,698 --> 00:08:13,988 Ayuh, saya nak kamu jalan, jalan, pas de bourrée, 143 00:08:14,076 --> 00:08:15,946 tangan ke tepi, naik dan turun, 144 00:08:16,037 --> 00:08:19,997 gelek ke kiri, tonggek, tonggek, muka dan muka. 145 00:08:20,082 --> 00:08:22,172 Tak susah, okey? 146 00:08:22,251 --> 00:08:26,881 Jadi, apa kata kamu buat yang seterusnya dengan seksi? 147 00:08:26,964 --> 00:08:30,344 Saya mahu semua penonton ghairah. 148 00:08:30,426 --> 00:08:32,596 Maksudnya, ibu bapa kami? 149 00:08:35,389 --> 00:08:36,889 Sila ambil tempat. 150 00:09:41,497 --> 00:09:42,747 Ghairah. 151 00:09:48,754 --> 00:09:49,804 Okey, pilih kopi. 152 00:09:50,673 --> 00:09:51,923 Pilih jumlah. 153 00:09:52,008 --> 00:09:52,968 Leret kad. 154 00:09:54,677 --> 00:09:57,507 Bagus. Mereka tandatangan, terbalikkan, tekan Enter. 155 00:09:57,597 --> 00:09:58,427 Faham? 156 00:09:58,514 --> 00:09:59,724 - Ya, tuan. - Bagus. 157 00:10:09,191 --> 00:10:10,031 Nak apa? 158 00:10:10,109 --> 00:10:13,239 Maksud awak, "Selamat datang, boleh saya bantu?" 159 00:10:13,321 --> 00:10:16,121 - Tak, nak apa? - Layanan dengan senyuman. 160 00:10:17,783 --> 00:10:19,793 Kopi O ais. 161 00:10:19,869 --> 00:10:20,869 Tanpa susu. 162 00:10:27,418 --> 00:10:28,498 Sehitam hati awak? 163 00:10:43,851 --> 00:10:45,811 Tiga dolar, tak terima e-tunai. 164 00:10:53,277 --> 00:10:54,107 Jadi… 165 00:10:54,987 --> 00:10:56,237 Syabas, sangat… 166 00:10:57,323 --> 00:10:58,203 bagus. 167 00:10:58,282 --> 00:11:01,582 Sedikit nasihat, cuba jangan garang sangat 168 00:11:02,370 --> 00:11:03,910 kepada pelanggan berbayar. 169 00:11:08,501 --> 00:11:09,341 Okey. 170 00:11:23,974 --> 00:11:27,814 Parti Pijama. Esok ialah Parti Pijama. 171 00:11:29,230 --> 00:11:32,110 Teka siapa boleh hadiri Parti Pijama? 172 00:11:33,734 --> 00:11:35,574 Syukurlah! 173 00:11:40,783 --> 00:11:42,163 Patut saya mengurat Riley? 174 00:11:44,578 --> 00:11:46,828 MANG? Helo? Saya tak pasti dia gay. 175 00:11:48,833 --> 00:11:50,583 Tanya dia secara berlapik. 176 00:11:52,336 --> 00:11:53,876 MAXINE TINGGALKAN PERBUALAN 177 00:12:01,137 --> 00:12:03,677 Takkan Max marah? 178 00:12:03,764 --> 00:12:05,474 Dia merajuk setiap hari. 179 00:12:20,030 --> 00:12:22,830 Awak selalu kata, "Saya nak cuba." 180 00:12:22,908 --> 00:12:26,288 Saya cuba nak bincang. Awak tak nak bertolak ansur. 181 00:13:40,402 --> 00:13:42,242 Norah mesti masukkan Max. 182 00:13:43,614 --> 00:13:45,624 NORAH MASUKKAN MAXINE 183 00:13:45,699 --> 00:13:46,869 Tengok? Dah agak. 184 00:13:48,452 --> 00:13:50,832 Entah, Max. Awak patut lebih tahu. 185 00:13:50,913 --> 00:13:53,753 Biarlah. Awak dan Hunter pula? Dah berpasangan? 186 00:13:58,170 --> 00:13:59,420 Patutkah saya tanya dia? 187 00:14:02,007 --> 00:14:02,967 Buat tak peduli. 188 00:14:03,050 --> 00:14:04,050 NAK TANYA? GILA? 189 00:14:04,844 --> 00:14:06,514 Alamak, huruf besar! 190 00:14:06,595 --> 00:14:07,595 Buat selamba. 191 00:14:07,680 --> 00:14:08,510 Tunjuk ceria. 192 00:14:09,807 --> 00:14:11,137 Selamba dan ceria. 193 00:14:11,225 --> 00:14:12,055 Cantik tak? 194 00:14:15,396 --> 00:14:16,766 Seksi. Jenama Harbours? 195 00:14:25,030 --> 00:14:26,660 Apa itu Harbours? 196 00:14:28,325 --> 00:14:30,115 Jenama jean terbaik. 197 00:14:30,202 --> 00:14:32,452 Nampak seksi, kain lembut, $300. 198 00:14:34,707 --> 00:14:36,577 Cantik. 199 00:14:37,167 --> 00:14:38,247 Saya pakai esok. 200 00:14:38,335 --> 00:14:39,455 Baju kita dah siap! 201 00:14:43,340 --> 00:14:44,880 Kita pakai seluar pijama… 202 00:14:44,967 --> 00:14:46,637 Betulkah nak pakai? 203 00:14:46,719 --> 00:14:47,889 Ya, mesti hebat. 204 00:14:49,388 --> 00:14:51,558 Takkan nak pakai pijama? 205 00:14:51,640 --> 00:14:52,890 Peningnya layan Abby. 206 00:14:55,728 --> 00:14:57,228 Kita dah buat keputusan. 207 00:14:57,313 --> 00:14:58,403 Saya setuju. 208 00:14:59,940 --> 00:15:02,280 Ya, saya sedia. 209 00:15:04,069 --> 00:15:07,529 Takkan nak pakai pijama? 210 00:15:12,453 --> 00:15:14,753 Suka hati kamu semua. 211 00:15:16,457 --> 00:15:17,997 Bagus. MANG mesti bergaya. 212 00:16:20,604 --> 00:16:21,524 Hai! 213 00:16:21,605 --> 00:16:24,185 M-A-N-G. Ma… 214 00:16:24,274 --> 00:16:26,074 Apa maksud MANG? 215 00:16:26,151 --> 00:16:29,951 MANG. Macam "geng". Apa-apa pun, boleh jangan menyibuk? 216 00:16:30,948 --> 00:16:33,158 Tapi saya sayang ibu, syukur dapat datang. 217 00:16:33,742 --> 00:16:35,952 MANG, macam mangga. 218 00:16:36,036 --> 00:16:37,406 Bukan, ibu. 219 00:16:37,496 --> 00:16:40,076 Ibu dan Ellen patut pakai sedondon. 220 00:16:40,165 --> 00:16:43,705 - Ibu nak saya malu? - Awak G dalam MANG tapi ibu memalukan? 221 00:16:44,628 --> 00:16:46,838 Janganlah serius sangat. 222 00:16:46,922 --> 00:16:50,182 Jangan cakap tentang bekas suami atau kekasih 223 00:16:50,259 --> 00:16:53,259 dan tolong jangan tanya kawan saya tentang seks. 224 00:16:53,345 --> 00:16:55,805 Jangan mengurat pelajar atau ibu bapa. 225 00:16:55,889 --> 00:16:57,809 Jangan hisap ganja di kelas. 226 00:16:57,891 --> 00:17:00,311 - Pernah buat sekali saja. - Tolonglah. 227 00:17:01,395 --> 00:17:03,475 Tak sangka ibu menyusahkan. 228 00:17:05,274 --> 00:17:08,534 Baiklah. Ibu takkan ganggu awak, G. 229 00:17:10,821 --> 00:17:11,821 Hore! 230 00:17:13,615 --> 00:17:16,405 Hai, ini kalau-kalau Avery… Jumpa nanti, sayang! 231 00:17:16,493 --> 00:17:18,873 …termakan kacang. 232 00:17:18,954 --> 00:17:22,334 Cuba pastikan dia berseronok. Dia agak pemalu. 233 00:17:22,416 --> 00:17:25,666 Dia ada isu keresahan dan takut tentang malam ini. 234 00:17:25,753 --> 00:17:28,013 Okey, terima kasih. 235 00:17:28,756 --> 00:17:29,716 Maaf. 236 00:17:29,798 --> 00:17:32,968 Tak percaya kita kena jaga 200 budak malam ini. 237 00:17:33,052 --> 00:17:35,802 Kerja ini patutnya perlukan lesen. 238 00:17:35,888 --> 00:17:36,968 Ada EpiPen lagi. 239 00:17:38,348 --> 00:17:41,388 Ada apa-apa yang kita patut buat, periksa atau cari? 240 00:17:41,477 --> 00:17:44,187 Tidak. Kalau cari, nanti terjumpa. 241 00:17:45,439 --> 00:17:48,819 Satu saja matlamat saya, pastikan semua orang hidup. 242 00:17:49,860 --> 00:17:52,280 - Okey, saya tak risau. - Saya amat risau. 243 00:17:52,362 --> 00:17:53,862 Ini mimpi ngeri saya. 244 00:17:56,784 --> 00:17:58,914 PARTI PIJAMA KARNIVAL MIMPI INDAH 245 00:18:00,412 --> 00:18:02,792 Ini mengatasi jangkaan saya! 246 00:18:02,873 --> 00:18:05,633 Alamak, hebatnya karnival ini. 247 00:18:21,225 --> 00:18:25,595 Saya dah carikan tempat, perhati sekeliling dan buat rancangan. 248 00:18:25,687 --> 00:18:28,317 - Saya suka rancangan. - Hei, saya pun suka. 249 00:18:28,398 --> 00:18:31,068 Ini rancangan saya. Mari kita jadi pelik. 250 00:19:04,101 --> 00:19:07,601 Tunggu. Saya ada idea hebat. Tuhanku. Kamu pasti suka. 251 00:19:08,313 --> 00:19:09,153 Okey, ya. 252 00:19:09,231 --> 00:19:11,071 Maaf. Ke tepi. 253 00:19:32,629 --> 00:19:34,509 Boleh saya dan Ginny bergambar? 254 00:19:35,257 --> 00:19:36,967 - Ya. - Silakan. 255 00:19:45,517 --> 00:19:47,727 - Seronok? - Acara ini luar biasa. 256 00:19:47,811 --> 00:19:50,861 Sekolah lama cuma ada tangki celup pada Hari Senior. 257 00:19:52,941 --> 00:19:54,401 Awak paling suka apa? 258 00:19:55,068 --> 00:19:55,898 Ini. 259 00:21:27,327 --> 00:21:29,707 Strategi saya, terus beri mereka makan. 260 00:21:29,788 --> 00:21:31,868 Mereka suka ikut makanan. 261 00:21:32,791 --> 00:21:33,631 Ya. 262 00:21:33,709 --> 00:21:35,589 Ada nampak Marcus? 263 00:21:36,545 --> 00:21:37,495 Tidak. 264 00:21:38,422 --> 00:21:40,632 Saya tak patut paksa dia datang. 265 00:21:41,174 --> 00:21:42,934 Dia tak suka perkara begini. 266 00:21:43,593 --> 00:21:45,973 Tahun lepas sukar bagi dia. 267 00:21:47,597 --> 00:21:48,887 Mencabar baginya. 268 00:21:50,434 --> 00:21:53,484 Awak pernah rasa besarkan anak perlu banyak meneka? 269 00:21:58,692 --> 00:22:00,152 Kita buat dengan betul. 270 00:22:01,987 --> 00:22:03,197 Ya. 271 00:22:11,788 --> 00:22:16,788 Saya cuma nak awak tahu yang ibu awak sangat cantik. 272 00:22:22,049 --> 00:22:25,429 Ibu tahu awak mesti menari. Ini lagu kesukaan kita. 273 00:22:25,510 --> 00:22:27,760 Jangan renung saya. Menyeramkan. 274 00:22:27,846 --> 00:22:29,966 Bolehkah ibu jaga di tempat lain? 275 00:22:34,144 --> 00:22:36,864 Ibu, boleh tolong pegang? Terima kasih. 276 00:22:51,244 --> 00:22:55,424 Saya panggil ini makaroni berhantu kerana sebaik awak cuba, 277 00:22:55,499 --> 00:22:57,039 awak pasti nak lagi. 278 00:22:58,085 --> 00:22:59,085 Makanlah. 279 00:23:01,463 --> 00:23:02,923 Saya tak suka. 280 00:23:04,674 --> 00:23:05,884 Awak tak rasa pun. 281 00:23:07,052 --> 00:23:07,972 Cubalah. 282 00:23:08,053 --> 00:23:11,013 Ini resipi rahsia istimewa saya. 283 00:23:14,309 --> 00:23:16,099 Okey, awak menang. 284 00:23:16,770 --> 00:23:20,360 Awak tak perlu makan. Saya pergi cari makanan lain. 285 00:23:21,525 --> 00:23:22,685 Apa yang awak suka? 286 00:23:25,195 --> 00:23:26,695 Awak suka muka pelik? 287 00:23:27,322 --> 00:23:29,662 Apa muka paling pelik awak boleh buat? 288 00:23:31,159 --> 00:23:32,829 Boleh lawan yang ini? 289 00:23:35,831 --> 00:23:38,001 - Ayuh. Tunjuk muka lucu. - Tak nak! 290 00:23:39,167 --> 00:23:41,587 Ibu saya kata kami cuma bertiga. 291 00:23:45,048 --> 00:23:46,168 Austin, saya bukan… 292 00:23:47,217 --> 00:23:49,757 Saya cuma nak tolong ibu awak. Itu saja. 293 00:23:49,845 --> 00:23:52,635 Awak bantu dia main boling padang juga? 294 00:24:24,421 --> 00:24:26,551 HAMIL 295 00:24:26,631 --> 00:24:27,841 Alamak. 296 00:24:33,305 --> 00:24:34,755 Kuda kecil saya. 297 00:24:34,848 --> 00:24:37,558 Saya suka Ariana Grande. Dia amat anggun. 298 00:24:38,768 --> 00:24:40,148 Sekarang giliran awak. 299 00:24:41,021 --> 00:24:42,561 Saya nak kekal begini. 300 00:24:42,647 --> 00:24:44,767 Apa? Tidak! Biar sama untuk Insta. 301 00:24:44,858 --> 00:24:47,188 Ya, jangan jadi macam Abby dengan jean. 302 00:24:47,277 --> 00:24:48,947 - Helo? - Saya betul-betul… 303 00:24:49,029 --> 00:24:50,609 Maaf, kita MANG… 304 00:24:50,697 --> 00:24:51,617 atau MANG? 305 00:24:51,698 --> 00:24:53,658 Ayuh. Ikatlah rambut. 306 00:24:53,742 --> 00:24:54,622 Duduk. 307 00:24:55,410 --> 00:24:56,750 Aduhai, comelnya kita. 308 00:24:58,205 --> 00:24:59,655 Awak dan Hunter comel. 309 00:24:59,748 --> 00:25:01,458 Sejuk hati batu saya tengok. 310 00:25:01,541 --> 00:25:03,751 Sudahlah Samantha amat cemburu. 311 00:25:05,420 --> 00:25:09,010 Kami cium semasa bergambar dan sedang rancak main Snapchat. 312 00:25:09,508 --> 00:25:11,048 Awak betul, dia suka saya. 313 00:25:15,388 --> 00:25:18,728 - Apa? Tak rasa dia suka? - Bukan, rambut awak. 314 00:25:25,982 --> 00:25:27,902 Nak kami bantu awak betulkannya? 315 00:25:29,027 --> 00:25:31,357 Tak apa. Nanti saya datang. 316 00:25:31,446 --> 00:25:33,736 - Nak kami ikut? - Tak perlu! 317 00:25:37,369 --> 00:25:40,249 Saya hantar Norah ke kelas intensif PSAT 318 00:25:40,330 --> 00:25:43,330 walaupun kena alih luncur ais ke malam Khamis 319 00:25:43,416 --> 00:25:46,796 dan flut ke hujung minggu tapi itulah pengorbanan. 320 00:25:51,132 --> 00:25:52,722 Betulkah tak perlu lihat 321 00:25:52,801 --> 00:25:56,011 jika mereka diam-diam minum arak, pergi berasmara atau… 322 00:25:56,096 --> 00:25:58,426 Kalau kita cari, kita mungkin nampak. 323 00:25:58,515 --> 00:26:00,845 Matlamat kita cuma satu malam ini. 324 00:26:00,934 --> 00:26:02,814 - Semua orang selamat. - Ya. 325 00:26:02,894 --> 00:26:05,274 Khususnya Bev kerana saya nak bunuh dia. 326 00:26:08,525 --> 00:26:09,855 Piza sampai. Bagus. 327 00:26:10,360 --> 00:26:13,570 Saya cuma perlu bawa peti tunai ke pejabat pengetua. 328 00:26:13,655 --> 00:26:15,065 Biar saya tolong. 329 00:26:15,156 --> 00:26:16,366 Terima kasih. 330 00:26:20,620 --> 00:26:22,540 Saya dah tak minum kafeina. 331 00:26:22,622 --> 00:26:24,582 Saya rasa lebih baik sekarang. 332 00:26:24,666 --> 00:26:27,496 Ini wain, Bev. Wain. 333 00:26:41,516 --> 00:26:42,766 Malangnya nasib saya. 334 00:26:43,643 --> 00:26:44,643 "Ikatlah rambut." 335 00:27:02,912 --> 00:27:03,752 Hei. 336 00:27:15,258 --> 00:27:16,888 Terima kasih bawa arak. 337 00:27:16,968 --> 00:27:19,598 Tak, ibu saya yang kerja katering. 338 00:27:20,180 --> 00:27:22,600 Saya persembahkan sesi mencuba. 339 00:27:23,308 --> 00:27:25,688 Kita mula dengan vodka Rusia yang segar 340 00:27:25,769 --> 00:27:28,809 dan beralih ke cognac Perancis yang berasap 341 00:27:28,897 --> 00:27:30,147 dan sebagai kemuncak, 342 00:27:30,231 --> 00:27:33,611 alkohol berperisa sebagai digestif atau pencerna. 343 00:27:34,361 --> 00:27:35,571 Digestif. 344 00:27:36,071 --> 00:27:38,201 Tak sia-sia belajar bahasa Sepanyol. 345 00:27:38,782 --> 00:27:40,372 Nak main benar atau cabar? 346 00:27:40,450 --> 00:27:42,450 - Tak juga. - Apa? 347 00:27:43,328 --> 00:27:47,168 Nak main benar atau beruang? Cakap benar atau dibaham beruang! 348 00:27:47,957 --> 00:27:48,827 Tidak! 349 00:27:50,293 --> 00:27:51,673 Adakah kad awak… 350 00:27:52,712 --> 00:27:53,712 kad pekak daiman? 351 00:27:54,214 --> 00:27:55,884 Saya tak ingat. 352 00:28:07,143 --> 00:28:08,313 Suka bola sepak? 353 00:28:10,522 --> 00:28:13,572 Ayah saya yang ajar. Dulu kami selalu ke stadium. 354 00:28:13,650 --> 00:28:17,280 Ia memang sukan terhebat. Ia strategik, mulia… 355 00:28:17,362 --> 00:28:19,572 Bodoh! Hei! 356 00:28:20,073 --> 00:28:21,663 Tak mungkin itu kad merah! 357 00:28:21,741 --> 00:28:23,241 Apa awak buat, bodoh? 358 00:28:25,412 --> 00:28:28,582 Nanti, itu apa? Awak ketawa? Apa yang melucukan? 359 00:28:30,458 --> 00:28:31,498 Bodoh! 360 00:28:31,584 --> 00:28:33,754 Tak pakai akal! 361 00:28:33,837 --> 00:28:35,627 Tak pakai akal! 362 00:28:37,132 --> 00:28:38,092 Baiklah. 363 00:28:40,385 --> 00:28:41,845 Peminat bola sepak, ya? 364 00:28:49,352 --> 00:28:51,192 Memang nampak pelik, bukan? 365 00:28:52,147 --> 00:28:53,267 Ya, saya nampak teruk. 366 00:28:55,358 --> 00:28:56,528 Hei! 367 00:28:56,609 --> 00:28:58,109 Apa awak buat di sini? 368 00:28:58,194 --> 00:29:00,494 Tunggu parti bosan itu habis. 369 00:29:00,572 --> 00:29:02,742 Tak bosanlah, seronok. 370 00:29:02,824 --> 00:29:04,204 Menari Cupid Shuffle? 371 00:29:05,618 --> 00:29:06,538 Cantik rambut. 372 00:29:07,162 --> 00:29:08,542 Diamlah. 373 00:29:08,621 --> 00:29:12,461 Kenapa orang sibuk dengan rambut saya? Fikir rambut sendiri sudah. 374 00:29:12,542 --> 00:29:16,002 Saya lasak, alternatif dan terlalu gah untuk berseronok. 375 00:29:16,504 --> 00:29:18,304 Itu tanggapan awak? 376 00:29:19,048 --> 00:29:21,298 Ajukan awak salah. Saya lebih canggih. 377 00:29:21,384 --> 00:29:23,094 Terlalu gah untuk berseronok. 378 00:29:25,221 --> 00:29:26,891 Tapi kenapa awak tak minat? 379 00:29:26,973 --> 00:29:28,603 Ada mainan rumah enjut. 380 00:29:29,142 --> 00:29:31,692 - Kawan saya tak ada. - Teman wanita awak? 381 00:29:31,770 --> 00:29:33,350 Padma bukan teman wanita saya. 382 00:29:34,689 --> 00:29:36,519 Tak minat ada teman wanita. 383 00:29:38,193 --> 00:29:40,703 "Tak minat ada teman wanita." 384 00:29:44,866 --> 00:29:46,696 Lepaklah dengan Max dan kami. 385 00:29:46,785 --> 00:29:47,905 Geng perasan hebat? 386 00:29:48,912 --> 00:29:49,832 Tak payah. 387 00:29:51,998 --> 00:29:54,828 Okey, saya tak nak awak kusut. Hei, mainan kata! 388 00:29:54,918 --> 00:29:55,998 Sebab rambut… 389 00:29:56,085 --> 00:29:57,125 Baiklah. 390 00:29:58,421 --> 00:29:59,551 Tunggu. 391 00:30:00,548 --> 00:30:03,888 Awak macam pemburu buaya, bukan ejen perisik. 392 00:30:06,137 --> 00:30:09,767 Awak suka loghat Australia? Tolong barbeku udang lagi! 393 00:30:13,812 --> 00:30:14,692 Okey! 394 00:30:15,772 --> 00:30:17,902 Jordan! Benar atau cabar. 395 00:30:17,982 --> 00:30:19,362 Benar. 396 00:30:19,442 --> 00:30:22,072 Bosan. Teruskan. 397 00:30:22,153 --> 00:30:25,243 Di mana tempat paling nakal awak pernah berasmara? 398 00:30:25,323 --> 00:30:27,743 Abby! Awak tahu jawapannya. 399 00:30:27,826 --> 00:30:30,576 Saya tahu jawapan awak. Saya nak Jordan jawab. 400 00:30:30,662 --> 00:30:33,412 - Jangan jawab. - Saya terpaksa jawab. 401 00:30:33,498 --> 00:30:34,828 Tab mandi ibu bapa Brodie 402 00:30:35,834 --> 00:30:38,424 semasa Abby dan Max tidur di katil ibu bapanya. 403 00:30:38,503 --> 00:30:40,263 Alamak! 404 00:30:40,338 --> 00:30:41,878 Ya! Saya dah agak! 405 00:30:42,590 --> 00:30:45,340 Maaf, Norah. Saya dengar kamu bising, binatang. 406 00:30:45,426 --> 00:30:46,676 Biar betul? 407 00:30:46,761 --> 00:30:50,771 Kasihan Marty dan Frank. Mereka takkan tahu. 408 00:30:50,849 --> 00:30:52,729 Jordan, giliran awak. 409 00:30:55,937 --> 00:30:58,517 Saya cabar awak dan Brodie tukar pakaian. 410 00:31:01,901 --> 00:31:04,071 Tak, nanti longgar jean baru saya. 411 00:31:05,405 --> 00:31:09,655 Awak enggan buat cabaran? Cabaran tak boleh ditolak. 412 00:31:09,742 --> 00:31:11,292 Abby, selambalah sikit. 413 00:31:11,369 --> 00:31:13,999 - Mesti buka jean. - Saya tak nak tanggalkan. 414 00:31:15,248 --> 00:31:17,538 - Okey? - Bertenanglah. 415 00:31:18,334 --> 00:31:20,094 Abby? Awak okey? 416 00:31:20,169 --> 00:31:21,839 Ya, tapi cabaran itu bodoh. 417 00:31:22,505 --> 00:31:23,715 - Abby! - Pergi dulu. 418 00:31:51,409 --> 00:31:52,909 - Hei, Riley! - Hei, Max! 419 00:31:53,494 --> 00:31:55,504 - Mahu berbual sebentar? - Baiklah. 420 00:31:55,580 --> 00:31:56,500 Bagus. 421 00:32:05,798 --> 00:32:06,838 Hei, apa halnya? 422 00:32:08,426 --> 00:32:09,336 Hei. 423 00:32:10,929 --> 00:32:11,969 Hei. 424 00:32:13,806 --> 00:32:14,886 Begini. Okey. 425 00:32:14,974 --> 00:32:19,484 Saya tak rasa saya cuma bayangkan ada sesuatu antara kita. 426 00:32:19,562 --> 00:32:21,732 Saya rasa patut tanya awak terus 427 00:32:21,814 --> 00:32:23,904 kerana saya sangat suka awak. 428 00:32:24,400 --> 00:32:26,190 Saya rasa awak amat berbakat. 429 00:32:26,277 --> 00:32:29,237 Saya juga sangat seronok berlatih dengan awak 430 00:32:29,322 --> 00:32:33,492 jadi saya nak luahkannya, manalah tahu awak rasa begitu juga? 431 00:32:42,752 --> 00:32:44,962 - Max, saya… - Tuhanku, tak apa. 432 00:32:45,046 --> 00:32:46,296 Serius, jangan risau. 433 00:32:46,381 --> 00:32:49,221 Saya mungkin mabuk atau khayal LSD 434 00:32:49,300 --> 00:32:50,760 atau sawan. 435 00:32:50,843 --> 00:32:52,683 Ini bukan masalah besar. 436 00:32:53,262 --> 00:32:57,272 Okey. Kita masih boleh berlatih bersama? 437 00:32:57,850 --> 00:32:59,020 Ya! Sudah tentu. 438 00:33:01,104 --> 00:33:02,984 Maafkan saya. 439 00:33:03,064 --> 00:33:06,994 Awak hebat tapi saya tak minat perempuan. 440 00:33:08,194 --> 00:33:11,744 Saya harap sebaliknya, kita boleh jadi pasangan paling seksi. 441 00:33:11,823 --> 00:33:13,993 Mesti kepala semua lelaki meletup. 442 00:33:14,075 --> 00:33:15,275 Ya, cuba bayangkan. 443 00:33:19,914 --> 00:33:21,624 Saya nak cari kawan saya. 444 00:33:21,708 --> 00:33:23,378 Ya. Jumpa lagi. 445 00:33:24,043 --> 00:33:24,963 Okey. 446 00:33:30,425 --> 00:33:31,295 Hei, Max! 447 00:33:31,384 --> 00:33:33,304 Hai, awak nampak hebat. 448 00:33:57,618 --> 00:33:58,868 Max? 449 00:34:00,413 --> 00:34:01,873 Maaf, saya tak sengaja… 450 00:34:02,915 --> 00:34:05,325 Sayang, apa yang berlaku? 451 00:34:05,418 --> 00:34:08,498 Saya cium seorang gadis tapi dia tak suka. 452 00:34:11,007 --> 00:34:12,967 Ayuh. 453 00:34:19,974 --> 00:34:23,524 Saya macam dengar bisikan yang kata saya selalu salah. 454 00:34:23,603 --> 00:34:26,813 Saya selalu cari kesalahan sendiri 455 00:34:26,898 --> 00:34:28,938 walhal tiada orang yang peduli. 456 00:34:29,609 --> 00:34:30,939 Masuk akal atau tidak? 457 00:34:31,027 --> 00:34:32,237 Dengar bisikan? 458 00:34:32,820 --> 00:34:34,740 Pergilah berubat. 459 00:34:36,491 --> 00:34:37,371 Entahlah. 460 00:34:37,950 --> 00:34:38,870 Ya, saya faham. 461 00:34:40,036 --> 00:34:41,196 Wellsbury teruk. 462 00:34:41,996 --> 00:34:42,906 Tidak. 463 00:34:44,123 --> 00:34:47,793 Saya masih belum terbiasa tapi saya selalu pindah-randah 464 00:34:47,877 --> 00:34:50,207 dan Wellsbury tak teruk. 465 00:34:50,880 --> 00:34:54,180 Inilah tempat pertama yang menghargai kepintaran 466 00:34:54,258 --> 00:34:55,638 dan nak kita berjaya. 467 00:34:55,718 --> 00:34:58,548 Mereka nak kita patuhi kebiasaan. 468 00:34:58,638 --> 00:35:01,808 Jika tak ambil tujuh kelas AP, kita dicap bermasalah, 469 00:35:01,891 --> 00:35:04,691 diberi ubat psikiatri sampai masuk pasukan ski. 470 00:35:05,269 --> 00:35:07,399 Awak ada ibu bapa, 471 00:35:07,480 --> 00:35:09,020 rumah yang cantik 472 00:35:09,107 --> 00:35:11,897 dan boleh ceburi apa-apa yang awak minat. 473 00:35:12,401 --> 00:35:13,741 Sedarlah awak bertuah. 474 00:35:13,820 --> 00:35:15,910 Jika masalah awak cuma pasukan ski… 475 00:35:15,988 --> 00:35:18,368 Orang Wellsbury tak boleh ada masalah? 476 00:35:18,449 --> 00:35:20,449 - Saya tak kata. - Bunyinya begitu. 477 00:35:24,956 --> 00:35:25,916 Kawan baik saya… 478 00:35:27,208 --> 00:35:29,288 meninggal tahun lepas. 479 00:35:32,463 --> 00:35:33,343 Dia… 480 00:35:34,382 --> 00:35:35,382 sakit kanser. 481 00:35:38,136 --> 00:35:39,096 Saya simpati. 482 00:35:41,430 --> 00:35:42,390 Tak apa. 483 00:35:43,724 --> 00:35:45,144 Awak macam tak okey. 484 00:35:50,606 --> 00:35:52,016 Semua orang ada masalah. 485 00:35:54,610 --> 00:35:55,650 Nak ceritakan? 486 00:35:57,530 --> 00:35:58,570 Tentulah tidak. 487 00:36:00,116 --> 00:36:01,736 Alamak, beratnya tajuk. 488 00:36:04,453 --> 00:36:06,003 Biar sejuk dulu. 489 00:36:06,706 --> 00:36:07,956 Jangan! Berhenti! 490 00:36:08,040 --> 00:36:09,420 - Apa? - Tidak! Jangan! 491 00:36:19,552 --> 00:36:21,972 - Dua saat saja. - Tak apa, saya okey. 492 00:36:22,054 --> 00:36:25,394 Ya, apabila saya okey, saya menangis teresak-esak. 493 00:36:25,474 --> 00:36:28,144 Tapi saya bodohkan diri sendiri. 494 00:36:28,227 --> 00:36:30,227 Awak luahkan perasaan. 495 00:36:30,313 --> 00:36:31,983 Itu tindakan yang berani. 496 00:36:33,107 --> 00:36:36,777 Cinta ada banyak maksud. "Selamat" bukan satu daripadanya. 497 00:36:37,904 --> 00:36:41,324 Loghat awak buat semua yang awak cakap sangat meyakinkan. 498 00:36:42,408 --> 00:36:44,618 Pergi berseronok. Jangan layan Riley. 499 00:36:44,702 --> 00:36:46,662 Itu cara terbaik balas dendam. 500 00:36:47,663 --> 00:36:50,633 Terima kasih. Ginny bertuah ada awak. 501 00:37:04,472 --> 00:37:06,272 Okey, siapa di sini? 502 00:37:07,725 --> 00:37:08,845 Saya baru jumpa M. 503 00:37:09,435 --> 00:37:11,475 Ini mesti A, N atau G. 504 00:37:12,271 --> 00:37:13,231 Sayang? 505 00:37:13,814 --> 00:37:14,734 Awak di sini? 506 00:37:17,360 --> 00:37:18,990 - Hai, ibu. - Hei. 507 00:37:19,487 --> 00:37:22,657 Kenapa awak bersembunyi? Kenapa rambut awak basah? 508 00:37:23,199 --> 00:37:26,199 Ibu selalu pesan jangan biar orang usik rambut awak. 509 00:37:26,285 --> 00:37:27,785 Dah siap? Saya nak pergi. 510 00:37:27,870 --> 00:37:31,250 Ini memang acara orang kaya-raya yang tak masuk akal. 511 00:37:31,332 --> 00:37:33,252 Ibu tak pernah lihat acara sepertinya 512 00:37:33,334 --> 00:37:37,264 tapi awak nampaknya berseronok dengan Hunter. 513 00:37:38,172 --> 00:37:39,172 Ibu! 514 00:37:39,257 --> 00:37:41,257 Kenapa? Ibu menyokong saja. 515 00:37:41,342 --> 00:37:43,552 - Boleh tukar cerita? - Jangan biadab. 516 00:37:44,512 --> 00:37:46,182 Kenapa awak garang hari ini? 517 00:37:46,681 --> 00:37:49,101 Teruk sangatkah ibu? Memalukan awak? 518 00:37:50,309 --> 00:37:53,309 Ibu sukarela jadi caperon nak pastikan awak seronok. 519 00:37:53,396 --> 00:37:55,436 Tolonglah, ibu benci saya berkawan 520 00:37:55,523 --> 00:37:58,033 dan tak kutuk orang dengan ibu macam dulu. 521 00:37:58,651 --> 00:38:01,111 Ibu cemburu saya dapat buat begini. 522 00:38:01,195 --> 00:38:03,025 Itu hakikatnya. Betul tak? 523 00:38:03,114 --> 00:38:04,204 Apa? 524 00:38:04,282 --> 00:38:05,662 Apa-apalah, ibu. 525 00:38:11,497 --> 00:38:15,457 Okey. Kita makan tengah hari di sini sebelum ke Fort Jackson. 526 00:38:18,587 --> 00:38:19,417 Untuk awak. 527 00:38:50,953 --> 00:38:52,003 Terima kasih. 528 00:38:52,079 --> 00:38:52,909 Sama-sama. 529 00:38:56,375 --> 00:38:57,495 Apa semua ini? 530 00:38:58,085 --> 00:38:59,455 Lawatan sejarah. 531 00:38:59,545 --> 00:39:04,215 Seterusnya dalam lawatan orang mati yang rasis ialah Fort Jackson. 532 00:39:04,800 --> 00:39:08,220 - Sekolah Tinggi Wellsbury? - Ya, di Massachusetts. 533 00:39:08,721 --> 00:39:11,521 Kena pilih lawatan sejarah atau kem musim panas. 534 00:39:12,099 --> 00:39:14,769 Pelajar tahun tiga untung, boleh ke Prague. 535 00:39:14,852 --> 00:39:16,652 Tahun dua tak pergi jauh. 536 00:39:17,229 --> 00:39:18,269 Di mana Prague? 537 00:39:19,440 --> 00:39:20,570 Di Eropah. 538 00:39:24,070 --> 00:39:26,780 Kamu dari sana? Wellsbury, Massachusetts? 539 00:39:26,864 --> 00:39:27,824 Ya. 540 00:39:32,661 --> 00:39:33,661 Alamak. 541 00:39:33,746 --> 00:39:37,246 - Jangan menangis. - Suka hati sayalah. 542 00:39:38,709 --> 00:39:39,959 Saya Joe. 543 00:39:40,753 --> 00:39:42,713 Hai, Joe. Saya Georgia. 544 00:39:42,797 --> 00:39:44,467 Georgia tinggal di Georgia. 545 00:39:44,548 --> 00:39:45,548 Apa? 546 00:39:45,633 --> 00:39:48,183 Tiada apa-apa. Tak mengelirukan langsung. 547 00:39:51,931 --> 00:39:54,101 Kamu semua kaya-raya? 548 00:39:54,725 --> 00:39:56,765 Tak juga. Biasa-biasa saja. 549 00:39:57,395 --> 00:39:58,345 Ini Ray-Ban? 550 00:40:00,106 --> 00:40:01,516 Saya tak peduli pun. 551 00:40:02,817 --> 00:40:05,607 Saya lebih suka haiwan daripada manusia. 552 00:40:06,320 --> 00:40:09,120 Saya mahu ada ladang dengan kuda dan sebagainya. 553 00:40:09,907 --> 00:40:11,987 - Saya teringin tunggang kuda. - Ya? 554 00:40:12,493 --> 00:40:14,953 Ya, bunyinya bodoh tapi semasa saya kecil 555 00:40:15,037 --> 00:40:17,117 saya bayangkan ada kuda, Milkshake. 556 00:40:17,206 --> 00:40:18,166 Milkshake? 557 00:40:18,249 --> 00:40:20,379 Hei! Itu kuda khayalan saya. 558 00:40:20,459 --> 00:40:21,959 Maaf, teruskan. 559 00:40:22,044 --> 00:40:25,554 Milkshake suka ikut saya, cuma saya boleh melihatnya. 560 00:40:26,132 --> 00:40:29,472 Setiap kali saya nak lari, saya cuma perlu menunggangnya. 561 00:40:29,552 --> 00:40:31,392 - Milkshake boleh terbang. - Ya. 562 00:40:35,516 --> 00:40:38,976 Okey, mari kita naik bas. Hentian seterusnya, Fort Jackson. 563 00:40:39,770 --> 00:40:40,860 Saya perlu pergi. 564 00:40:42,857 --> 00:40:44,017 Simpanlah. 565 00:40:45,985 --> 00:40:49,025 - Selamat tinggal. - Ada rezeki, jumpa di Wellsbury. 566 00:40:49,113 --> 00:40:50,203 Ya, okey. 567 00:40:57,163 --> 00:40:58,963 Nak pergi ke Prague, sayang? 568 00:41:11,385 --> 00:41:12,255 Georgia? 569 00:41:13,929 --> 00:41:14,809 Georgia? 570 00:41:16,891 --> 00:41:18,021 Helo, Georgia? 571 00:41:19,185 --> 00:41:20,555 Saya perlu bantuan. 572 00:41:21,103 --> 00:41:23,523 Semua raksasa hormon ini tak puas-puas. 573 00:41:23,606 --> 00:41:25,766 Kurangkan makan, lebihkan membantu. 574 00:42:28,254 --> 00:42:30,884 Bertepuk sebelah tangan memang tak seronok. 575 00:42:30,965 --> 00:42:34,715 Saya rasa dia robek hati saya, pijak dan lawan sumo dengannya, 576 00:42:34,802 --> 00:42:37,852 ajar ia menari dan sumbat balik ke dalam dada saya. 577 00:42:37,930 --> 00:42:39,010 Kasihan awak. 578 00:42:39,098 --> 00:42:40,428 Itu tak teruk sangat. 579 00:42:40,516 --> 00:42:42,136 Biar betul? Seronoklah. 580 00:42:42,226 --> 00:42:43,306 Malam terhebat! 581 00:42:43,394 --> 00:42:44,814 Ya! Yang terbaik. 582 00:42:46,105 --> 00:42:47,475 Itu burrito? 583 00:42:48,274 --> 00:42:49,324 Saya nak. 584 00:42:50,109 --> 00:42:51,489 …sentuh saya begitu. 585 00:42:51,569 --> 00:42:52,949 Abby, awak okey? 586 00:42:53,737 --> 00:42:54,657 Dia mabuk? 587 00:42:55,406 --> 00:42:57,236 Itu untuk awak. 588 00:42:57,324 --> 00:42:58,874 Dia lebih perlukannya. 589 00:43:02,079 --> 00:43:04,619 Malam tadi seronok. Saya rasa awak hebat. 590 00:43:05,583 --> 00:43:07,003 Ya, saya juga. 591 00:43:07,918 --> 00:43:09,298 Awak, bukan saya. 592 00:43:10,713 --> 00:43:14,633 Hebat, saya sebenarnya nak tanya sesuatu. 593 00:43:16,635 --> 00:43:20,425 Awak bijak dan memang cantik 594 00:43:22,224 --> 00:43:23,064 dan… 595 00:43:24,059 --> 00:43:28,229 Saya tertanya-tanya jika awak nak jadi teman wanita saya? 596 00:43:30,816 --> 00:43:32,276 Nak jadi teman lelaki saya? 597 00:43:39,241 --> 00:43:40,951 Ya, saya setuju. 598 00:43:42,036 --> 00:43:42,946 Hebat. 599 00:43:43,579 --> 00:43:44,579 Okey. 600 00:43:46,290 --> 00:43:48,210 - Menarik. - Okey. 601 00:43:57,551 --> 00:43:59,891 Ginny dah ada kawan. Awak mesti suka. 602 00:43:59,970 --> 00:44:02,140 Ya, suka sangat. 603 00:44:02,640 --> 00:44:04,480 - Alamak! - Okey, tak apa. 604 00:44:04,558 --> 00:44:06,138 Jangan menangis. 605 00:44:07,603 --> 00:44:09,063 Suka hati sayalah. 606 00:44:12,775 --> 00:44:13,685 Okey. 607 00:44:14,652 --> 00:44:16,612 Acara yang hebat. Georgia, bukan? 608 00:44:16,695 --> 00:44:18,565 - Ya. - Syabas! 609 00:44:18,656 --> 00:44:19,616 Terima kasih. 610 00:44:19,698 --> 00:44:20,658 Jaga diri. 611 00:44:22,201 --> 00:44:24,791 Syukurlah. Semua orang selamat. 612 00:44:25,454 --> 00:44:28,874 Emosi saya takkan pulih tapi asalkan mereka seronok. 613 00:44:28,957 --> 00:44:30,037 Ya. 614 00:44:30,125 --> 00:44:32,745 Terima kasih banyak. Dia sangat gembira. 615 00:44:33,295 --> 00:44:34,205 Sama-sama. 616 00:44:34,797 --> 00:44:37,007 Tahniah, Georgia. 617 00:44:37,091 --> 00:44:38,761 Awak dah jadi ibu Wellsbury. 618 00:44:43,222 --> 00:44:44,312 Ginny, Max. 619 00:44:47,768 --> 00:44:48,848 Terima kasih, Joe. 620 00:44:48,936 --> 00:44:49,766 Ya. 621 00:44:55,359 --> 00:44:58,449 Saya sangsi ibu saya tak percaya akan impian besar. 622 00:44:59,613 --> 00:45:01,743 Saya rasa dia ada impian terbesar. 623 00:45:03,158 --> 00:45:05,288 Dia idamkan semua ini untuk saya, 624 00:45:05,786 --> 00:45:09,866 kehidupan yang dia tak alami dulu, peluang masa depan yang cerah, 625 00:45:10,457 --> 00:45:13,167 kawan baik, teman lelaki yang elok, 626 00:45:14,128 --> 00:45:15,548 tempat bebas masalah. 627 00:45:18,465 --> 00:45:20,755 Ajar sekolah tinggi, orang kata. 628 00:45:23,220 --> 00:45:24,220 Jangan risau. 629 00:45:24,304 --> 00:45:26,064 Dia akan buat kecoh. 630 00:45:28,183 --> 00:45:31,153 Max, ayuh muat naik gambar sebagai watak kita. 631 00:45:31,228 --> 00:45:33,188 Biar orang tak sabar nak tonton. 632 00:45:36,191 --> 00:45:37,861 Comel. Jumpa semasa latihan. 633 00:45:43,699 --> 00:45:45,529 Apalah masalah saya? 634 00:45:46,326 --> 00:45:47,196 Hei! 635 00:45:48,454 --> 00:45:49,544 Max, bukan? 636 00:45:51,415 --> 00:45:52,245 Maaf. 637 00:45:53,041 --> 00:45:54,751 Tak sangka ada orang di sini. 638 00:45:54,835 --> 00:45:58,045 Saya ulang kaji di sini. Lebih aman daripada zon biru. 639 00:45:58,130 --> 00:46:00,470 Ya, saya datang untuk menangis. Jadi… 640 00:46:01,300 --> 00:46:02,130 Lucu. 641 00:46:03,510 --> 00:46:04,430 Kenapa? 642 00:46:06,638 --> 00:46:09,638 Saya cium gadis yang beri isyarat mengelirukan. 643 00:46:09,725 --> 00:46:13,305 Yang teruknya, dia tak gay dan saya takkan temui cinta. 644 00:46:13,395 --> 00:46:16,315 Yang lebih dahsyat, dia berlagak macam biasa. 645 00:46:16,398 --> 00:46:18,818 Itu lebih teruk kerana perkara dah jadi. 646 00:46:18,901 --> 00:46:21,031 Saya rasa gila. Jadi, memang teruk. 647 00:46:21,111 --> 00:46:23,161 Tapi entahlah, 648 00:46:23,739 --> 00:46:25,279 seronok main rumah enjut. 649 00:46:28,243 --> 00:46:30,123 Hei, dia yang rugi. 650 00:46:31,121 --> 00:46:32,081 Awak cantik. 651 00:46:33,165 --> 00:46:34,325 Mungkin lain kali, 652 00:46:34,416 --> 00:46:37,286 awak kena cium orang yang nak cium awak. 653 00:46:50,224 --> 00:46:51,604 Kita pergi sekarang. 654 00:46:53,435 --> 00:46:56,145 Gin Gin? Saya rasa bagai nak mati. 655 00:46:56,230 --> 00:46:58,520 Harapnya Samantha sedang menangis. 656 00:46:58,607 --> 00:47:00,397 Awak sangat fotogenik. 657 00:47:01,360 --> 00:47:02,320 Saya tahu. 658 00:47:02,402 --> 00:47:03,492 Kami comel, bukan? 659 00:47:11,453 --> 00:47:13,123 Tempat bebas masalah. 660 00:47:21,171 --> 00:47:23,301 Tapi di mana-mana pun ada masalah. 661 00:47:27,761 --> 00:47:30,561 Bukannya Georgia tak percayakan impian. 662 00:47:32,891 --> 00:47:36,441 Dia cuma rasa ia tak guna jika tak diusahakan jadi kenyataan. 663 00:47:44,361 --> 00:47:47,531 Bagaimana jika impian jadi nyata tapi masih tak cukup? 664 00:49:06,902 --> 00:49:11,912 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal