1 00:00:06,049 --> 00:00:07,967 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:08,551 --> 00:00:10,470 GARAJ BENNIE 3 00:00:11,137 --> 00:00:13,139 Davis, kereta awak dah tenat. 4 00:00:13,222 --> 00:00:15,850 Mengarut. Kereta ini klasik. 5 00:00:15,933 --> 00:00:18,352 Jarak perjalanannya baru 306,000 km. 6 00:00:18,436 --> 00:00:21,022 Dah bawa awak 306,000 km? 7 00:00:21,105 --> 00:00:22,273 Itu mendera kereta. 8 00:00:24,275 --> 00:00:27,445 Apa yang lucu sangat padahal masih banyak tanda merah? 9 00:00:27,528 --> 00:00:29,864 Patutlah gagal pemeriksaan itu. 10 00:00:29,947 --> 00:00:33,242 Tak, kami gagal kerana saya tak dapat rasuah pegawai itu. 11 00:00:33,326 --> 00:00:36,329 Sebab ada ikan paus ini terkapai-kapai dan menangis… 12 00:00:36,412 --> 00:00:40,208 Ya. Kami faham. Saya gemuk dan terjatuh. 13 00:00:40,291 --> 00:00:41,793 Kaki saya masih sakit. 14 00:00:41,876 --> 00:00:45,254 Awak boleh ejek dia lain kali saja. 15 00:00:45,338 --> 00:00:46,881 Kedai saya mesti ikut peraturan. 16 00:00:46,964 --> 00:00:49,342 Ini kedai saya, Garaj Bennie. 17 00:00:49,425 --> 00:00:52,345 Jika ini kedai awak, tentu baiki penyapu terbang. 18 00:00:52,428 --> 00:00:54,472 Okey, tak apa, teruskan. 19 00:00:54,555 --> 00:00:57,558 Kedai ini boleh berubah jadi Salun Kuku Lucretia. 20 00:00:57,642 --> 00:00:59,393 Nanti awak kena pilih warna. 21 00:01:00,228 --> 00:01:04,398 Kami akan baiki ikut senarai yang pegawai itu beri. 22 00:01:04,482 --> 00:01:05,983 Kami tiada masalah. 23 00:01:06,067 --> 00:01:09,153 Kami bergurau saja tentang Davis. Kami sayang awak. 24 00:01:12,281 --> 00:01:15,076 Garaj Bennie. Ya, saya. 25 00:01:15,660 --> 00:01:16,494 Apa? 26 00:01:17,495 --> 00:01:19,330 Biar betul? 27 00:01:21,999 --> 00:01:24,043 Davis, awak nak saman saya, nigga? 28 00:01:34,929 --> 00:01:37,181 Apa hal? Kita berkawan rapat. 29 00:01:37,265 --> 00:01:39,642 Tak, ini tiada kaitan dengan awak. 30 00:01:39,725 --> 00:01:41,811 Saya saman syarikat insurans awak. 31 00:01:41,894 --> 00:01:43,896 Mak kata lain. Dia arif hal ini. 32 00:01:43,980 --> 00:01:44,897 Dia amat fiskal. 33 00:01:44,981 --> 00:01:48,734 Mak awak patut dibelasah. Bukan begitu cara guna insurans. 34 00:01:49,902 --> 00:01:50,736 Betul tak? 35 00:01:51,612 --> 00:01:53,823 Alahai. Orang bodoh pimpin si bodoh. 36 00:01:55,074 --> 00:01:57,285 Jika dia saman syarikat insurans, 37 00:01:57,368 --> 00:01:59,787 premium naik atau mereka tak lindungi kita lagi. 38 00:01:59,871 --> 00:02:03,374 Dua-dua kita tak mampu hadapi. Kedai ini boleh muflis. 39 00:02:03,457 --> 00:02:04,709 Mak cakap lain. 40 00:02:04,792 --> 00:02:07,962 Sebut lagi "mak" awak, saya hempuk dengan playar. 41 00:02:08,045 --> 00:02:10,173 Jangan. Okey. Hei, beginilah. 42 00:02:10,256 --> 00:02:13,050 Kita semua berkawan. Usah bergaduh tentang duit. 43 00:02:13,134 --> 00:02:16,304 - Awak boleh hilang kerja. - Oh tidak. Kenapa kecoh, Davis? 44 00:02:16,387 --> 00:02:17,805 - Begini… - Saya faham. 45 00:02:17,889 --> 00:02:20,808 Biar dulu hal ini. Saya akan bincang dengan peguam. 46 00:02:21,475 --> 00:02:23,811 - Okey. Saya tak buat apa-apa. - Aduhai… 47 00:02:23,895 --> 00:02:26,564 Agaknya berapa kerusi salun muat di sini? 48 00:02:30,234 --> 00:02:31,235 Bernard! 49 00:02:31,819 --> 00:02:33,946 Kamu ambil kotak yang salah. 50 00:02:34,030 --> 00:02:36,032 Mak perlukan barang hari jadi. 51 00:02:36,115 --> 00:02:38,701 Ini cuma rambut palsu Janet Jackson kamu. 52 00:02:39,660 --> 00:02:41,704 Saya tahu. Saya nak bawa balik. 53 00:02:44,916 --> 00:02:47,585 Tentu ada benda mati di dalam ini. 54 00:02:50,296 --> 00:02:51,380 Tak guna. 55 00:02:51,464 --> 00:02:53,049 Aaliyah! 56 00:02:54,550 --> 00:02:56,886 - Apa lagi saya buat salah? - Kamu tak buat. 57 00:02:56,969 --> 00:03:00,848 Malam tadi mak dah suruh kamu masukkan baju ke dalam pengering. 58 00:03:00,932 --> 00:03:02,308 Sekarang, dah hapak. 59 00:03:02,391 --> 00:03:03,684 Basuh sekali lagi. 60 00:03:08,481 --> 00:03:09,690 Apa yang kita cari? 61 00:03:09,774 --> 00:03:11,901 Kamu rasa kamu cakap dengan siapa? 62 00:03:12,485 --> 00:03:17,365 Pergi basuh baju itu sekali lagi dan alas meja ini. 63 00:03:18,157 --> 00:03:20,326 Buat muka itu lagi dan lihat apa akan jadi. 64 00:03:23,829 --> 00:03:25,164 - Hei. - Hei. 65 00:03:27,291 --> 00:03:30,586 Regina, tolong cakap awak bukan nak kitar semula 66 00:03:30,670 --> 00:03:32,296 ini untuk hari jadi Maya. 67 00:03:32,380 --> 00:03:35,716 Saya terpaksa kerana kami perlu berjimat. 68 00:03:35,800 --> 00:03:37,927 Usianya bukan enam tahun nanti. 69 00:03:38,469 --> 00:03:41,931 Dalam masa dua tahun, umurnya sembilan tahun. 70 00:03:42,431 --> 00:03:44,475 Lilin tak boleh menyala terbalik. 71 00:03:46,435 --> 00:03:49,939 Saya bawa kotak sebelum saya mula syif kerja bawa kotak. 72 00:03:50,022 --> 00:03:52,525 Sebab awak berbakat bawa kotak. 73 00:03:53,651 --> 00:03:56,070 Dia cuma tertekan kerana dah lama tak dapat. 74 00:03:56,153 --> 00:03:57,321 Mana mak cik tahu? 75 00:03:58,155 --> 00:04:01,867 Kamu duduk di bangunan mak cik. Mak cik tahu kamu balik seorang. 76 00:04:01,951 --> 00:04:04,996 Mak cik tahu saya bersendirian kerana mak cik pun sama. 77 00:04:05,496 --> 00:04:07,873 Kamu tak tahu saiz lubang intai mak cik. 78 00:04:07,957 --> 00:04:10,876 Boleh jadi kami berlima rasa kasihan dengan kamu. 79 00:04:11,669 --> 00:04:14,130 Kenapa orang tak nak anak mak? 80 00:04:14,797 --> 00:04:16,924 Tengok saja muka kacak ini. 81 00:04:17,008 --> 00:04:19,719 Saya dah berusaha. Walaupun semua berjalan lancar, 82 00:04:19,802 --> 00:04:22,596 apabila saya beritahu ada anak, mereka ghaib. 83 00:04:22,680 --> 00:04:24,307 Mereka bodoh. 84 00:04:24,390 --> 00:04:25,766 - Jika mak lelaki gay… - Tak. 85 00:04:25,850 --> 00:04:29,103 Cukup setakat itu. Saya nak angkut kotak yang berbayar. 86 00:04:29,186 --> 00:04:31,564 Jumpa lagi, penyibuk. Sayang semua. 87 00:04:35,109 --> 00:04:38,696 Selalunya lelaki gay nampak lebih ceria dalam filem. 88 00:04:39,488 --> 00:04:40,656 Tolonglah, Regina. 89 00:04:40,740 --> 00:04:44,327 Ini macam tanda orang tebusan. Janganlah kedekut sangat. 90 00:04:44,410 --> 00:04:46,746 Bukan kedekut jika memang pokai. 91 00:04:46,829 --> 00:04:49,206 Saya akan adakan parti hebat untuk Maya. 92 00:04:49,290 --> 00:04:50,875 Dia anak bongsu saya. 93 00:04:50,958 --> 00:04:52,668 Okey. Awak dah buat apa? 94 00:04:52,752 --> 00:04:57,298 Saya suruh Bernard bawa kotak-kotak ini naik. 95 00:04:58,924 --> 00:05:02,386 Saya kerja lebih masa sepanjang minggu. Okey? 96 00:05:02,470 --> 00:05:04,638 Saya tak banyak masa untuk uruskan. 97 00:05:04,722 --> 00:05:07,099 Okey. Biar saya bantu awak. 98 00:05:07,183 --> 00:05:08,809 Saya pakar adakan parti. 99 00:05:08,893 --> 00:05:13,481 Ya. Saya ingat hari jadi ketujuh Aaliyah. 100 00:05:13,564 --> 00:05:16,692 Awak mabuk dan terkencing di dalam istana melantun. 101 00:05:16,776 --> 00:05:18,110 Saya bukan orang pertama. 102 00:05:21,530 --> 00:05:24,784 Mak! Saya dah tahu hajat hadiah hari jadi saya, Switch. 103 00:05:24,867 --> 00:05:27,203 Tak pernah pula anak minta dirotan. 104 00:05:27,286 --> 00:05:28,162 Ia permainan. 105 00:05:28,871 --> 00:05:31,332 Jika dia fikir begitu, awak dah salah didik. 106 00:05:31,415 --> 00:05:33,751 Nintendo Switch, Lucretia. 107 00:05:33,834 --> 00:05:35,628 Mak minta maaf, sayang. 108 00:05:35,711 --> 00:05:39,006 Kamu takkan dapat itu untuk hari jadi. 109 00:05:39,090 --> 00:05:41,050 Saya nak sejak azali lagi. 110 00:05:41,133 --> 00:05:43,177 Azali? Tolonglah. 111 00:05:43,260 --> 00:05:46,305 Mak cik nak bra sukan yang bagus lebih lama. 112 00:05:47,848 --> 00:05:49,850 Mak janji sambutan tetap akan hebat. 113 00:05:49,934 --> 00:05:52,311 Aaliyah, mak cik kamu dah nak pergi. 114 00:05:54,730 --> 00:05:55,940 Jumpa nanti, mak. 115 00:05:56,023 --> 00:05:56,899 Sekejap. 116 00:05:56,982 --> 00:06:00,861 Nah, ambil 20 dolar ini dan belikan hadiah untuk adik. 117 00:06:00,945 --> 00:06:03,155 Tulis saja nama saya pada hadiah mak. 118 00:06:05,199 --> 00:06:07,660 Tak perlu tengok sekeliling. Saya faham. 119 00:06:11,580 --> 00:06:12,873 Sekolah ini terlalu besar. 120 00:06:12,957 --> 00:06:15,960 Saya takkan biasa jalan jauh begini di antara kelas. 121 00:06:16,043 --> 00:06:18,921 Peluh saya mencurah-curah. 122 00:06:19,630 --> 00:06:22,341 Ya. Saya hanya mampu tanya soalan selepas makan. 123 00:06:22,425 --> 00:06:25,386 Bagaimana saya nak faham Crackleberry Tales? 124 00:06:27,346 --> 00:06:28,889 Canterbury Tales. 125 00:06:29,849 --> 00:06:31,892 Maknanya esei saya tak bagus. 126 00:06:35,354 --> 00:06:38,357 Kenapa Steph nampak sempurna dan kering? 127 00:06:38,441 --> 00:06:41,944 Dia datang dari tempat sama. Ada trem di dalam bangunan ini? 128 00:06:42,027 --> 00:06:45,865 Tiada. Gadis popular berpeluh di dalam. Itu kelebihan mereka. 129 00:06:47,658 --> 00:06:50,703 Belum kelas Pendidikan Jasmani. Kenapa kamu nampak basah? 130 00:06:51,287 --> 00:06:54,290 Kami tak dapat menyesuaikan diri di sekolah tinggi. 131 00:06:54,999 --> 00:06:56,625 Bukannya susah pun. 132 00:06:56,709 --> 00:07:00,796 Cari perkara kecil yang awak boleh buat untuk tambah popular. Misalnya… 133 00:07:02,214 --> 00:07:04,675 Nampak? Di sekolah menengah, saya Kelvin. 134 00:07:04,758 --> 00:07:05,634 Di sekolah tinggi, 135 00:07:06,302 --> 00:07:07,887 saya Kelvin Cool Mountain Mist. 136 00:07:12,349 --> 00:07:15,227 Apa? Orang akan fikir saya ada teman lelaki. 137 00:07:15,311 --> 00:07:17,480 Mereka akan fikir awak lelaki. 138 00:07:18,772 --> 00:07:21,400 - Saya perlu usaha lebih. - Apa cerita, bang? 139 00:07:25,529 --> 00:07:27,615 Apa-apalah. Ada lelaki sentuh saya. 140 00:07:33,704 --> 00:07:34,663 Bernard? 141 00:07:34,747 --> 00:07:35,581 Alamak. 142 00:07:35,664 --> 00:07:38,209 Hei, Hector. Apa khabar, kawan? 143 00:07:38,292 --> 00:07:40,836 Sudahlah. Dah setahun awak mengelak syif sama. 144 00:07:40,920 --> 00:07:42,421 Mana ada. 145 00:07:44,131 --> 00:07:48,302 Okeylah. Saya fikir akan rasa janggal kerana cara kita putus. 146 00:07:48,886 --> 00:07:50,513 Selepas sebulan bersama, 147 00:07:50,596 --> 00:07:53,057 awak kata saya Postmates di depan adik awak. 148 00:07:53,766 --> 00:07:55,684 Saya tetap beri awak lima bintang. 149 00:07:57,353 --> 00:07:58,938 Pasti syif ini sukar. 150 00:07:59,021 --> 00:08:01,357 Kita buat saja kerja tanpa bercakap. 151 00:08:01,440 --> 00:08:04,151 Saya minta maaf tentang cara kita putus. 152 00:08:04,235 --> 00:08:06,529 Cara saya mengelak beritahu orang, tak baik. 153 00:08:07,071 --> 00:08:10,324 Apa-apa pun, saya dah beritahu keluarga saya. 154 00:08:10,407 --> 00:08:14,495 Ayah awak pun? Saya tak nampak berita dia meninggal di Instagram awak. 155 00:08:15,579 --> 00:08:16,747 Masih ikuti saya? 156 00:08:18,832 --> 00:08:20,543 Okey, baiklah. Saya menghendap. 157 00:08:23,379 --> 00:08:25,422 Saya bangga dengan awak. 158 00:08:26,757 --> 00:08:27,925 Terima kasih. 159 00:08:28,801 --> 00:08:30,803 Boleh bantu dengan barang saya? 160 00:08:31,428 --> 00:08:35,015 Di sini? Ada orang lalu-lalang. 161 00:08:35,099 --> 00:08:38,602 Apa? Ini televisyen 77 inci, Bernard. 162 00:08:41,772 --> 00:08:42,731 Barang itu. 163 00:08:42,815 --> 00:08:44,191 - Ya, barang itu. - Faham. 164 00:08:47,194 --> 00:08:48,988 Tapi minyak kereta dia! 165 00:08:49,863 --> 00:08:50,781 Ya! 166 00:08:51,574 --> 00:08:52,616 Tidak! 167 00:08:53,450 --> 00:08:54,660 Sekolah tinggi! 168 00:08:55,286 --> 00:08:56,328 Dah dipadamkan! 169 00:08:56,954 --> 00:08:59,623 Selamatkanlah kedai saya. Selamat tinggal. 170 00:09:01,584 --> 00:09:02,876 Apa hal? 171 00:09:02,960 --> 00:09:05,296 Peguam yang Lucretia upah. 172 00:09:05,379 --> 00:09:08,465 Saya kena cakap cepat kerana dikenakan caj ikut jam. 173 00:09:09,091 --> 00:09:12,845 Apa gunanya peguam? Dah ada seorang nak kebas duit awak. 174 00:09:12,928 --> 00:09:16,098 - Berterus terang sajalah. - Suaplah dia. 175 00:09:16,181 --> 00:09:17,433 Dengan apa? 176 00:09:17,516 --> 00:09:20,185 Mula dengan membaiki keretanya. Sikit saja rosaknya. 177 00:09:20,269 --> 00:09:23,939 Mungkin dah banyak rosaknya. Saya buat sesuatu. 178 00:09:27,651 --> 00:09:29,361 MATILAH DAVIS 179 00:09:32,281 --> 00:09:34,450 Dalamannya masih okey. 180 00:09:35,159 --> 00:09:36,243 Tentulah tidak. 181 00:09:43,125 --> 00:09:45,794 Hei, mak cik, boleh saya pinjam 20 dolar? 182 00:09:45,878 --> 00:09:47,796 Budak tak kerja tak boleh pinjam. 183 00:09:47,880 --> 00:09:51,342 Bukan untuk saya. Mak cik tahu mak selalu beli hadiah 184 00:09:51,425 --> 00:09:53,385 dan tulis saja nama saya dan ayah? 185 00:09:53,469 --> 00:09:56,096 Saya nak pilih hadiah elok kali ini. 186 00:09:56,180 --> 00:09:57,389 Adik saya cuma seorang. 187 00:09:57,473 --> 00:09:59,058 Yang kamu tahu. 188 00:10:01,518 --> 00:10:02,353 Nah 20 dolar. 189 00:10:03,437 --> 00:10:05,189 - Mak cik bangga. - Terima kasih. 190 00:10:08,317 --> 00:10:09,151 Hei. 191 00:10:10,069 --> 00:10:11,612 Kenapa awak balik awal? 192 00:10:11,695 --> 00:10:13,781 Alamak, awak kena pecat. 193 00:10:13,864 --> 00:10:15,157 Taklah. 194 00:10:15,240 --> 00:10:19,370 Saya baru curi barang dari pejabat untuk parti hari jadi Maya. 195 00:10:19,453 --> 00:10:23,248 Semua orang asyik risau tentang borang preskripsi, 196 00:10:23,874 --> 00:10:28,921 tapi mereka tak jaga Post-it Notes, tisu basah dan bola tekanan. 197 00:10:31,131 --> 00:10:34,551 Budak mana nak baju hospital dan topi mandi? 198 00:10:34,635 --> 00:10:36,303 Buat apa dengan klip kertas? 199 00:10:37,638 --> 00:10:38,972 Rantai, terima kasih. 200 00:10:39,556 --> 00:10:42,851 Ada aktiviti dan buah tangan untuk dibawa balik. 201 00:10:45,312 --> 00:10:47,606 Terserlah awak pokai. 202 00:10:48,190 --> 00:10:49,650 Nasib baik ada saya. 203 00:10:49,733 --> 00:10:53,362 - Apa semua ini? - Buah tangan agar Maya tak kena buli. 204 00:10:55,280 --> 00:10:59,076 Pengilat bibir Fenty, coklat Godiva? 205 00:10:59,868 --> 00:11:03,038 Ini parti hari jadi budak, bukan benda kesukaan Oprah. 206 00:11:04,915 --> 00:11:07,751 Lagipun, tak sesuai dengan tema unikorn saya. 207 00:11:07,835 --> 00:11:11,004 Dia dah tak suka unikorn. Sekarang, dia suka puteri. 208 00:11:11,088 --> 00:11:12,256 Macam mana tahu? 209 00:11:12,339 --> 00:11:16,385 Di parti unikorn yang awak buat dulu, saya petik, 210 00:11:16,468 --> 00:11:17,636 katanya, 211 00:11:17,720 --> 00:11:20,431 "Saya harap ini parti unikorn terakhir saya." 212 00:11:22,725 --> 00:11:23,809 Itu dia. 213 00:11:23,892 --> 00:11:25,310 Apa? 214 00:11:25,394 --> 00:11:26,270 Awak. 215 00:11:27,688 --> 00:11:31,316 Lucretia datang untuk buat semuanya dan ambil alih semuanya. 216 00:11:31,900 --> 00:11:37,322 Yalah, mereka perlu diselamatkan daripada acara gemilang barang pejabat. 217 00:11:37,406 --> 00:11:39,908 Mengetengahkan kebergunaan klip kertas. 218 00:11:42,828 --> 00:11:46,206 Kategorinya, "Cara-cara awak menjengkelkan saya." 219 00:11:46,957 --> 00:11:48,792 Jangan masuk campur. 220 00:11:48,876 --> 00:11:50,753 Saya perlu fikir tentang belon. 221 00:11:50,836 --> 00:11:53,422 Tak perlu. Saya dah panggil Barry Belon. 222 00:11:53,505 --> 00:11:55,841 Dia ikat belon jadi haiwan dan selebriti. 223 00:11:55,924 --> 00:11:57,676 Belon Drakenya luar biasa. 224 00:11:59,678 --> 00:12:01,847 - Masih perlu reben hiasan. - Beg itu. 225 00:12:01,930 --> 00:12:05,267 - Kalau begitu, tinggal pinggan dan tisu. - Di bawah reben. 226 00:12:06,226 --> 00:12:10,147 Okey, tak apa. Asalkan saya yang beli kek. 227 00:12:14,860 --> 00:12:18,363 Pakai kantung makanan kerana awak seorang saja nak makan. 228 00:12:18,989 --> 00:12:22,409 "Pakai kantung makanan"? Apa itu? 229 00:12:23,368 --> 00:12:25,496 Awak terlalu ramai kawan kulit putih. 230 00:12:25,579 --> 00:12:27,039 Itu mungkin benar, 231 00:12:27,122 --> 00:12:30,626 tapi saya nak belikan kek kesukaan anak saya, Tubby Si Paus. 232 00:12:30,709 --> 00:12:34,546 Kalau awak kata dia tak sukakannya, saya akan tikam awak. 233 00:12:35,380 --> 00:12:37,925 Dengan apa? Awak curi pembuka surat juga? 234 00:12:38,509 --> 00:12:39,468 Ya. 235 00:12:42,554 --> 00:12:45,516 Wah. Kalian bersungguh-sungguh baiki kereta saya. 236 00:12:45,599 --> 00:12:47,851 Hanya yang terbaik untuk yang terbaik. 237 00:12:47,935 --> 00:12:51,605 Kami pasang banyak alat baharu macam kami beri kereta baharu. 238 00:12:51,688 --> 00:12:53,649 Kami baiki dalamannya juga. 239 00:12:53,732 --> 00:12:58,111 Kaki awak takkan kena jalan lagi ketika memandu, macam Fred Flintstone. 240 00:12:59,446 --> 00:13:02,366 Wah. Itu pemain kaset? 241 00:13:02,449 --> 00:13:04,743 Ya. Awak suka dengar muzik. 242 00:13:05,786 --> 00:13:06,829 Bukan itu sahaja. 243 00:13:09,581 --> 00:13:11,250 Bertih jagung! 244 00:13:11,834 --> 00:13:14,711 Garrett's? Ini kegemaran saya. 245 00:13:15,629 --> 00:13:18,882 - Alahai, kalian dah melebih. - Taklah. 246 00:13:18,966 --> 00:13:20,801 Saya rasa saya tak mampu. 247 00:13:21,677 --> 00:13:22,886 Nah bilnya. 248 00:13:25,222 --> 00:13:27,182 Awak tak kenakan bayaran. Kosong. 249 00:13:27,266 --> 00:13:29,560 Sebab kawan tak ambil duit kawan. 250 00:13:31,144 --> 00:13:35,065 Kalaulah ada sesuatu yang saya boleh buat untuk kalian. 251 00:13:36,275 --> 00:13:38,026 Saya tak perlukan apa-apa. 252 00:13:40,487 --> 00:13:41,530 Bennie? 253 00:13:43,782 --> 00:13:45,075 Tarik balik saman itu. 254 00:13:46,118 --> 00:13:48,662 Kejap. Awak nak beri saya rasuah? 255 00:13:49,371 --> 00:13:50,539 Itu bergantung… 256 00:13:51,123 --> 00:13:52,124 Jika ia berkesan. 257 00:13:53,041 --> 00:13:56,044 Apa? Aduhai, saya patut dah agak. 258 00:13:56,128 --> 00:13:58,714 Mak dah kata awak mungkin cuba buat begini. 259 00:13:58,797 --> 00:14:01,675 Suruh mak awak jatuh tangga dan buat tuntutan mahkamah! 260 00:14:01,758 --> 00:14:06,388 - Jaga mulut awak. - Awaklah jaga… Aduh! 261 00:14:06,471 --> 00:14:09,850 Apa masalah awak? Awak tahu saya tak boleh berlawan. 262 00:14:11,518 --> 00:14:14,521 - Ini cara awak layan kawan. - Awak bukan kawan. 263 00:14:15,105 --> 00:14:18,150 Penyangak mana masih nak saman lepas dapat bertih jagung? 264 00:14:19,359 --> 00:14:22,571 Itu campuran Chicago, keju cheddar dan karamel pekat. 265 00:14:23,405 --> 00:14:25,449 Okey. Jadi, ini diri sebenar awak. 266 00:14:25,532 --> 00:14:27,409 Tak apa. Kita berterus terang. 267 00:14:28,285 --> 00:14:30,287 Saya bukan saja akan teruskan saman, 268 00:14:30,996 --> 00:14:32,748 tapi lain kali kita jumpa, 269 00:14:32,831 --> 00:14:35,083 saya dah jadi pemilik kedai ini. 270 00:14:35,167 --> 00:14:36,543 Tolonglah. Jangan begitu. 271 00:14:36,627 --> 00:14:38,795 - Keluar dari sini. - Saya pergi. 272 00:14:43,383 --> 00:14:44,968 Sebaik saja diberi kunci. 273 00:14:51,391 --> 00:14:53,852 Hei, Hector, saya nampak syif kita sama lagi. 274 00:14:53,936 --> 00:14:55,312 Okey, penghendap. 275 00:14:55,896 --> 00:14:59,024 Tak. Bukan begitu. Ada senarai di bilik rehat 276 00:14:59,107 --> 00:15:01,318 berserta jadual. Awak boleh pergi… 277 00:15:01,401 --> 00:15:03,236 Bertenang. Saya bergurau. 278 00:15:04,947 --> 00:15:06,156 Okey, bagus, sebab… 279 00:15:06,740 --> 00:15:09,534 Saya bawa bar protein epal kayu manis kesukaan kita. 280 00:15:09,618 --> 00:15:11,662 Ini bukan yang saya tinggalkan? 281 00:15:11,745 --> 00:15:13,997 Tak. Itu dah dimakan untuk lupakan awak. 282 00:15:14,915 --> 00:15:17,250 Harapnya ia tak berkesan. 283 00:15:19,211 --> 00:15:22,631 Saya terfikir, mungkin kita boleh pergi minum lepas kerja. 284 00:15:22,714 --> 00:15:24,007 Ya? Maksud saya, 285 00:15:24,549 --> 00:15:27,427 kalau awak haus, bolehlah. 286 00:15:28,261 --> 00:15:31,431 Kita patut raikan awak. Beritahu orang itu hal penting. 287 00:15:31,515 --> 00:15:34,601 Awak juga berpeluang untuk beritahu berita penting lain. 288 00:15:35,686 --> 00:15:40,899 Tak, itu saja berita dalam hidup saya. Tiada hal lain yang awak perlu tahu. 289 00:15:45,570 --> 00:15:47,280 Dari mana awak dapat kuku itu? 290 00:15:47,364 --> 00:15:50,117 Kuku cantik yang menarik perhatian ini? 291 00:15:50,200 --> 00:15:52,995 Agak menakutkan, tapi saya suka. 292 00:15:54,287 --> 00:15:55,580 Hei, Jamie. 293 00:15:55,664 --> 00:15:57,290 Awak nak ke kelas di sana? 294 00:15:57,374 --> 00:15:59,001 Saya nak ke sana. 295 00:15:59,084 --> 00:16:01,753 Sesiapa rasa gatal, panggil saya… 296 00:16:03,422 --> 00:16:05,424 Hati-hati. Nanti terluka. 297 00:16:05,507 --> 00:16:07,551 Saya belum biasa dengan kuku ini. 298 00:16:07,634 --> 00:16:11,013 Hati-hati kerana jururawat sekolah jauh di sebelah sana. 299 00:16:11,096 --> 00:16:12,848 Tak nak awak mati kehilangan darah. 300 00:16:12,931 --> 00:16:15,934 Awak bau lain. Apa jadi dengan deodoran teman lelaki? 301 00:16:16,643 --> 00:16:18,311 Tercicir di dalam bas. 302 00:16:18,395 --> 00:16:21,523 Saya akan pulih. Saya baru daftar masuk pasukan gusti. 303 00:16:23,567 --> 00:16:26,236 Saya cuma nak peluang bersentuhan. 304 00:16:31,408 --> 00:16:33,410 Tak. 305 00:16:36,288 --> 00:16:37,956 Nanti lambat masuk kelas. 306 00:16:38,999 --> 00:16:40,625 Bukalah… 307 00:16:46,381 --> 00:16:48,717 Kejap, Aaliyah Upshaw ponteng kelas? 308 00:16:48,800 --> 00:16:50,886 Hei, Steph. Sebenarnya, saya cuma… 309 00:16:50,969 --> 00:16:53,221 Kami pun ponteng. Jom tengok wayang. 310 00:16:53,305 --> 00:16:55,640 Saya? Baiklah. 311 00:16:56,266 --> 00:16:57,642 Kuku itu menakjubkan. 312 00:16:58,393 --> 00:17:00,771 Ini? Saya terlupa saya rias. 313 00:17:00,854 --> 00:17:02,147 Awak faham sajalah… 314 00:17:12,199 --> 00:17:13,241 Biar betul? 315 00:17:14,284 --> 00:17:15,994 Jus hari jadi hampir habis. 316 00:17:17,162 --> 00:17:18,705 Makanan pun hampir habis. 317 00:17:18,789 --> 00:17:21,917 Budak-budak ini makan macam kebulur kerana dikurung. 318 00:17:22,000 --> 00:17:24,878 Bertenang. Saya dah pesan 200 ketul kepak ayam. 319 00:17:24,961 --> 00:17:28,006 Saya suruh Bennie pergi ambil. Kejap lagi dia balik. 320 00:17:28,090 --> 00:17:31,259 Tak kena lagi. Budak-budak ini tak reti menembak. 321 00:17:31,343 --> 00:17:33,887 Maya tiada langsung kawan yang samseng. 322 00:17:34,888 --> 00:17:37,349 Saya selalu tak jangka betapa dia tak berguna. 323 00:17:38,058 --> 00:17:41,561 - Saya suruh awak ambil kepak ayam. - Kita sedang rehatlah. 324 00:17:43,647 --> 00:17:45,941 Saya kata kita sedang rehatlah, Tyler. 325 00:17:46,024 --> 00:17:49,319 Nampak? Budak kecil kulit putih itu tembak belakang saya. 326 00:17:50,821 --> 00:17:52,239 Tyler tiada topi parti. 327 00:17:53,949 --> 00:17:55,408 Pergi ambil kepak ayam. 328 00:17:57,035 --> 00:17:59,162 Dia mengarah awak pula. 329 00:17:59,246 --> 00:18:02,874 Ya, Bruno Mars yang suka mengarah. Saya takkan pergi. 330 00:18:02,958 --> 00:18:05,961 Tak, awak perlu ambil kepak ayam itu, sayang. 331 00:18:06,044 --> 00:18:08,255 Saya pergi kerana awak yang suruh. 332 00:18:08,338 --> 00:18:11,800 Bagus juga begini. Kita sama-sama tak suka dia. 333 00:18:15,262 --> 00:18:16,805 Panas betul di luar. 334 00:18:16,888 --> 00:18:19,141 - Ais banyak lagi? - Ya. 335 00:18:20,684 --> 00:18:21,518 SELAMAT HARI JADI 336 00:18:21,601 --> 00:18:26,148 - Awak beli kek aiskrim? - Saya kata nak beli kek Tubby Si Paus. 337 00:18:27,023 --> 00:18:28,316 Memanglah kek aiskrim. 338 00:18:32,154 --> 00:18:34,823 Boleh saya berhenti jaga belon? Asyik tercucuk. 339 00:18:35,448 --> 00:18:37,200 Sebab kuku bodoh itu. 340 00:18:37,284 --> 00:18:39,327 Ambilkan hadiah adik, Wolverine. 341 00:18:39,911 --> 00:18:43,081 Kuku ini hadiahnya. Tertulis "SHJ" di kelengkeng. 342 00:18:43,165 --> 00:18:45,000 Siapa lagi yang saya tujukan? 343 00:18:46,084 --> 00:18:52,132 Mak harap kamu tak guna duit mak beri itu untuk merias kuku. 344 00:18:52,215 --> 00:18:54,885 Awak beri? Dia minta 20 daripada saya. 345 00:18:55,552 --> 00:18:57,721 Saya kena buat dua-dua tangan. 346 00:18:57,804 --> 00:19:01,224 Awak kena didik dia. Ini punca anak jadi penagih. 347 00:19:03,393 --> 00:19:06,479 Sekejap. Jadi, kamu tak beli apa-apa hadiah untuk adik? 348 00:19:06,563 --> 00:19:08,857 Mestilah beli. Saya taklah teruk sangat. 349 00:19:08,940 --> 00:19:12,110 Maya, mari tunjukkan kasut parti yang saya belikan. 350 00:19:13,612 --> 00:19:15,238 Saya sukakannya. 351 00:19:18,658 --> 00:19:19,784 Saya okey! 352 00:19:21,703 --> 00:19:23,205 Nanti muatlah. 353 00:19:26,082 --> 00:19:29,711 Saya rasa jangan keluarkan kek dulu. Kepak ayam belum sampai. 354 00:19:29,794 --> 00:19:33,882 Kelembutannya perlu betul. Awak tak tahu Tubby macam saya. 355 00:19:33,965 --> 00:19:35,967 Saya tahu fungsi matahari. 356 00:19:36,760 --> 00:19:40,180 Lucretia, saya boleh buat. Saya ada rancangan. 357 00:19:40,263 --> 00:19:43,600 Mula-mula, kita berikan hadiah, kemudian makan kek. 358 00:19:43,683 --> 00:19:47,354 Berkumpul, semua. Mula-mula, kita nak berikan hadiah dulu! 359 00:19:47,437 --> 00:19:49,231 Teruskan, tunjuk awak betul. 360 00:19:49,314 --> 00:19:53,610 Tapi sebelah mata Tubby dah cair. Saya di sinilah, Tubby. 361 00:19:57,072 --> 00:19:58,740 Maya, buka hadiah saya pula. 362 00:20:05,080 --> 00:20:06,039 Buku. 363 00:20:06,957 --> 00:20:10,627 Ini Born on the Water. Buku ini tentang sejarah orang kita. 364 00:20:10,710 --> 00:20:13,255 - Itu buku, Bernard. - Tak bolehlah siarkan. 365 00:20:13,880 --> 00:20:16,549 Saya boleh. Saya dah suruh belikan patung L.O.L. 366 00:20:17,467 --> 00:20:19,302 Sayang, buka hadiah mak cik. 367 00:20:19,386 --> 00:20:23,682 Ia tak mengetengahkan kesusahan kita, tapi pasti kamu suka. 368 00:20:26,309 --> 00:20:29,062 Switch! Mak cik yang terbaik! 369 00:20:30,272 --> 00:20:31,398 Berseronoklah. 370 00:20:31,481 --> 00:20:34,442 Maaf, Mak Cik Terbaik. 371 00:20:34,526 --> 00:20:37,654 Saya nak cakap sikit dengan awak di sana. 372 00:20:37,737 --> 00:20:38,738 Baiklah. 373 00:20:42,033 --> 00:20:45,370 Kenapa belikan juga padahal awak dengar saya kata tak boleh? 374 00:20:45,453 --> 00:20:48,873 Awak tak ingat semasa kita kecil betapa teruknya kita rasa 375 00:20:48,957 --> 00:20:51,543 apabila mahukan sesuatu, tapi asyik tak boleh? 376 00:20:51,626 --> 00:20:54,754 Kita nak minta pun tak boleh. 377 00:20:54,838 --> 00:20:59,926 Ya. Sebab itu saya dah bayar deposit untuk beli secara ansuran untuk Krismas. 378 00:21:01,970 --> 00:21:03,388 Saya tak tahu. 379 00:21:04,014 --> 00:21:06,308 Sebab awak tak tanya. 380 00:21:06,391 --> 00:21:07,892 Awak tak pernah tanya. 381 00:21:07,976 --> 00:21:12,272 Jika ya pun, awak tetap buat cara awak 382 00:21:12,355 --> 00:21:14,566 kerana semua mesti ikut cara Lucretia. 383 00:21:14,649 --> 00:21:17,861 Mengarutlah. Kebetulan saya mampu. 384 00:21:18,653 --> 00:21:20,864 Tak, ini bukan tentang kemampuan awak. 385 00:21:20,947 --> 00:21:22,907 Ini kerana awak kaki kawal. 386 00:21:22,991 --> 00:21:27,912 Jika awak pokai macam saya pun, awak tetap cari jalan untuk ambil alih. 387 00:21:27,996 --> 00:21:32,000 Tolonglah. Jangan sama sekali sebut saya pokai macam awak. 388 00:21:32,083 --> 00:21:34,210 Saya takut awak masin lidah. 389 00:21:36,004 --> 00:21:38,840 Awak faham, bukan? Awak tengah buat sekarang. 390 00:21:38,923 --> 00:21:41,301 Awak nak ajar saya cara bertengkar dengan awak. 391 00:21:41,384 --> 00:21:45,263 Saya cuma nak beri Maya parti yang awak nak buat untuk dia. 392 00:21:45,347 --> 00:21:47,182 Ya, parti saya nak buat untuk dia, 393 00:21:47,265 --> 00:21:50,101 tapi awak dah beri dia hadiah yang saya nak berikan. 394 00:21:50,185 --> 00:21:52,854 Bukankah yang penting dia gembira? 395 00:21:52,937 --> 00:21:56,733 Tak. Dia perlu tahu saya yang buat. 396 00:21:57,359 --> 00:22:00,111 Wah. Sejak bila awak rasa begitu tergugat? 397 00:22:00,195 --> 00:22:02,697 - Mak? - Bukan sekarang, sayang. Mak nak menang. 398 00:22:04,866 --> 00:22:08,036 Bukan tergugat. Cuma tanpa pelukan 399 00:22:08,119 --> 00:22:10,872 dan keseronokan, serta tanpa "Mak ibu terbaik," 400 00:22:10,955 --> 00:22:14,376 saya cuma tukang masak dan pembantu rumah. 401 00:22:14,459 --> 00:22:16,378 - Mak. - Mak kata bukan sekarang. 402 00:22:16,461 --> 00:22:19,089 - Tapi kek saya cair. - Apa… 403 00:22:19,756 --> 00:22:23,593 Alamak, Tubby. Kamu sepatutnya jadi tumpuan semua. 404 00:22:24,177 --> 00:22:25,678 Memang tumpuan. 405 00:22:27,347 --> 00:22:29,349 Jangan risau, mak. Saya uruskan. 406 00:22:29,432 --> 00:22:32,310 Parti dah tamat! Boleh balik, semua. 407 00:22:32,394 --> 00:22:34,896 Hei! Taklah, belum lagi. 408 00:22:34,979 --> 00:22:38,733 Ini gurauan, sayang. Kita buat benda baharu. 409 00:22:39,359 --> 00:22:41,903 Namanya… kek cawan. 410 00:22:41,986 --> 00:22:46,074 Caranya, ambil cawan dan kaup kek. 411 00:22:46,157 --> 00:22:47,492 Okey? Begini. 412 00:22:49,828 --> 00:22:50,745 Kek cair. 413 00:22:51,830 --> 00:22:54,749 Tengok. Ini kek susu kocak! 414 00:22:57,502 --> 00:23:00,588 Ini kek cairlah, mak, tapi ini saja yang ada. 415 00:23:04,467 --> 00:23:07,137 Saya tak rancang jadi begitu. 416 00:23:08,179 --> 00:23:11,516 Tengok itu. Aduhai, Regina. Tugas awak satu saja. 417 00:23:12,559 --> 00:23:13,685 Maya, mari sini. 418 00:23:14,769 --> 00:23:16,020 Mak cik nak beritahu. 419 00:23:16,104 --> 00:23:19,107 Switch itu daripada mak kamu. 420 00:23:19,774 --> 00:23:22,110 - Ya? - Mak cik bergurau. Hadiah mak cik. 421 00:23:23,695 --> 00:23:25,196 Saya sayang mak cik. 422 00:23:28,450 --> 00:23:30,577 Okey, memang seronok rasanya. 423 00:23:31,286 --> 00:23:33,163 Sekarang, saya faham. 424 00:23:33,246 --> 00:23:37,083 Di mana si Tyler penembak belakang itu? Saya nak balas dendam! 425 00:23:37,167 --> 00:23:39,210 Habislah, saya akan tembak kamu. 426 00:23:39,294 --> 00:23:40,837 SELAMAT HARI JADI 427 00:23:45,550 --> 00:23:48,553 Sambutan hari jadi anak memenatkanlah. 428 00:23:49,137 --> 00:23:51,514 Berehatlah. Bulan depan, hari jadi Bernard. 429 00:23:51,598 --> 00:23:53,600 Dia gay secara terbuka. Tentu seronok. 430 00:23:56,853 --> 00:23:58,938 Regina! Orang di sini kenal saya. 431 00:23:59,022 --> 00:24:01,900 Apa? Saya takkan membazir beli kepak di bar 432 00:24:01,983 --> 00:24:05,028 sedangkan ada kepak sedap di dalam beg tangan saya. 433 00:24:05,862 --> 00:24:06,863 Saya nak bersos. 434 00:24:17,624 --> 00:24:18,708 Sama-sama. 435 00:24:22,712 --> 00:24:23,713 Lucretia? 436 00:24:26,174 --> 00:24:27,175 Frank. 437 00:24:30,803 --> 00:24:32,055 Alamak! 438 00:25:02,126 --> 00:25:07,131 Terjemahan sari kata oleh H. Segara