1 00:00:06,049 --> 00:00:07,967 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:08,551 --> 00:00:10,470 GARAJ BENNIE 3 00:00:11,596 --> 00:00:15,892 Saya tak percaya Davis tetap nak saman kita. 4 00:00:17,101 --> 00:00:20,063 Dia siap bawa peguam TV itu, Murray & Murray. 5 00:00:21,647 --> 00:00:23,816 Awak tahu itu nama firmanya, bukan? 6 00:00:24,400 --> 00:00:25,318 Yakah? 7 00:00:25,401 --> 00:00:26,569 Ini salah awak. 8 00:00:26,652 --> 00:00:29,197 Saya suruh awak biarkan. Awak buat juga. 9 00:00:29,280 --> 00:00:32,158 Awak yang salah. Awak tahu saya takkan patuh. 10 00:00:33,701 --> 00:00:37,038 Betul juga kata awak itu. 11 00:00:38,706 --> 00:00:41,209 Tengok dia dengan pendakap palsu itu. 12 00:00:41,292 --> 00:00:42,877 Semasa jatuh dari jambatan jet, 13 00:00:42,960 --> 00:00:46,589 saya tak pula merayau-rayau berswafoto dengan juruterbang. 14 00:00:46,672 --> 00:00:47,757 Saya terbaring saja. 15 00:00:48,508 --> 00:00:50,510 Itu saja cara awak boleh dapat seks? 16 00:00:50,593 --> 00:00:52,428 Serius? Masa begini? 17 00:00:53,012 --> 00:00:56,808 Saya minta maaf. Saya cuma marah. Ini tak betul. 18 00:00:56,891 --> 00:00:59,560 Sistem kehakiman tak kisah tentang kebenaran. 19 00:00:59,644 --> 00:01:03,147 Ada orang menang saman Red Bull kerana dia tak dapat sayap. 20 00:01:04,982 --> 00:01:07,360 Terimalah. Kedai ini menghadapi masalah. 21 00:01:07,443 --> 00:01:10,446 Wah. Murray & Murray! 22 00:01:10,530 --> 00:01:14,534 "Usah risau, Murray & Murray akan dapatkan pampasan anda segera." 23 00:01:17,495 --> 00:01:18,996 Saya sendiri menulisnya. 24 00:01:19,914 --> 00:01:23,126 Tentu awak tak ingat, tapi awak buat sepupu saya muflis. 25 00:01:23,209 --> 00:01:25,002 Boleh kita berswafoto? 26 00:01:25,086 --> 00:01:29,132 Hei, Tony. Mari sini, peminat konon. Awak banyak sangat tengok TV. 27 00:01:30,383 --> 00:01:32,593 Ini tempat kemalangan itu berlaku. 28 00:01:32,677 --> 00:01:36,222 Yang dikatakan kemalangan. Pastikan betul, budak TV. 29 00:01:37,306 --> 00:01:40,059 Kejap. Awak kata dia tak tergelincir pula? 30 00:01:40,143 --> 00:01:42,562 Tak. Dia memang tergelincir, okey? 31 00:01:42,645 --> 00:01:46,149 Kedai yang kami beli tiada rekahan berbentuk Davis di lantainya. 32 00:01:46,232 --> 00:01:47,775 Awak hutang saya lantai. 33 00:01:47,859 --> 00:01:50,278 - Saya muak diejek awak. - Saya muak dengan awak. 34 00:01:50,361 --> 00:01:53,322 - Awak tendang kereta saya. - Aduhai. Si mirip Mr. T. 35 00:01:53,406 --> 00:01:55,283 Kami cuma nak faktanya. 36 00:01:56,075 --> 00:01:57,660 Ambil gambar lantai itu. 37 00:01:57,743 --> 00:01:59,453 Kes ini mudah saja. 38 00:01:59,954 --> 00:02:02,957 Awak akan diberi tarikh timbang tara. Balik dulu. 39 00:02:07,628 --> 00:02:09,297 Saya perlu duduk. 40 00:02:09,380 --> 00:02:12,300 Tony. Nak makan? Ada promosi beli satu, dapat satu. 41 00:02:13,134 --> 00:02:15,970 Takut awak tercekik kruton dan saman saya pula. 42 00:02:17,221 --> 00:02:19,223 Saya tak nak jadi muflis. 43 00:02:19,307 --> 00:02:21,392 Sudahlah. Duck di mana? 44 00:02:21,475 --> 00:02:23,144 Ada perjumpaan bekas banduan. 45 00:02:23,811 --> 00:02:27,815 Saya rasa tak elok buat di escape room, tapi saya tak syak apa-apa. 46 00:02:31,194 --> 00:02:33,237 Berambus. Jangan buat saya ulang. 47 00:02:34,155 --> 00:02:35,781 - Begini layanan awak? - Ya. 48 00:02:35,865 --> 00:02:36,866 Baik. 49 00:02:40,745 --> 00:02:41,913 Dah selesai. 50 00:02:42,622 --> 00:02:43,956 Kita bebas. 51 00:02:44,707 --> 00:02:46,959 Saya benci kita bersama dalam hal ini. 52 00:02:47,043 --> 00:02:48,419 - Mari peluk. - Jangan… 53 00:02:58,638 --> 00:03:00,014 Jangan cakap apa-apa. 54 00:03:01,515 --> 00:03:02,600 Boleh saya menjerit? 55 00:03:03,392 --> 00:03:05,895 Saya cuma perlukan kopi dan garpu. 56 00:03:09,565 --> 00:03:11,025 Apa? Sikat saya patah. 57 00:03:11,817 --> 00:03:13,194 Ikat rapi-rapi. 58 00:03:13,277 --> 00:03:15,279 Nanti saya termakan rambut pula. 59 00:03:15,363 --> 00:03:17,740 Guna lengan dan tutup mangkuk begini. 60 00:03:17,823 --> 00:03:20,159 Tak apa. Mak dandan rambut di rumah. Dah biasa. 61 00:03:20,826 --> 00:03:24,247 Kalian tak bersimpati langsung. Jelas saya ada krisis. 62 00:03:24,330 --> 00:03:28,960 Temu duga program biasiswa hospital itu lusa, okey? 63 00:03:29,043 --> 00:03:31,963 Jika mereka tak membiayai saya, sia-sia semuanya. 64 00:03:32,046 --> 00:03:33,547 Pergi dandan rambut awak. 65 00:03:34,465 --> 00:03:38,511 Betul, Bennie? Tak terlintas di fikiran saya. 66 00:03:40,096 --> 00:03:42,431 Gwenetta batalkan janji temu saya. 67 00:03:42,515 --> 00:03:46,352 Bukan salah saya rumahnya terbenam. 68 00:03:48,688 --> 00:03:50,481 Ada bijirin berjenama. 69 00:03:52,483 --> 00:03:53,526 Ayah ambil mainannya. 70 00:03:54,443 --> 00:03:55,820 Rumah ayah, mainan ayah. 71 00:03:58,572 --> 00:04:00,449 Boleh sesiapa tolong suapkan? 72 00:04:00,533 --> 00:04:03,411 Jari saya sakit lagi kerana buka jalinan rambut mak. 73 00:04:03,494 --> 00:04:05,371 Kamu patut fikir dulu, sayang, 74 00:04:05,454 --> 00:04:09,250 sebelum kamu tinggalkan adik dan Sydney di rumah bersendirian. 75 00:04:09,333 --> 00:04:12,753 Ini senarai kerja yang mak rujuk. 76 00:04:12,837 --> 00:04:16,048 Jika kamu siapkan semua ini, hukuman kamu selesai. 77 00:04:18,592 --> 00:04:21,012 Tak nampak, tapi saya tunjukkan ibu jari. 78 00:04:24,056 --> 00:04:26,142 Alamak. Orang tak boleh lihat saya. 79 00:04:32,815 --> 00:04:34,025 Bennie Upshaw. 80 00:04:34,942 --> 00:04:37,653 Kelvin, masuk kereta. Nak cakap sepatah dua kata. 81 00:04:39,822 --> 00:04:42,825 Kelvin dah masuk. Dua katanya, "Selamat tinggal." 82 00:04:44,410 --> 00:04:45,411 Dengar sini… 83 00:04:50,583 --> 00:04:53,753 Kenapa awak terlepas perlawanan bola keranjang Kelvin? 84 00:04:54,420 --> 00:04:56,047 Awak dah janji dengan dia. 85 00:04:56,130 --> 00:04:59,842 Ya, saya memang nak pergi dan kami dah berbual tentangnya. 86 00:04:59,925 --> 00:05:02,970 Dia okey. Saya tersangkut di dalam salur udara. 87 00:05:03,054 --> 00:05:04,889 - Dia percaya? - Ia benar. 88 00:05:04,972 --> 00:05:07,183 Masih ada debu. Ini bukan uban. 89 00:05:07,266 --> 00:05:10,561 Saya tak peduli apa Kelvin kata. Awak kecewakan dia. 90 00:05:11,103 --> 00:05:12,730 Susah saya dan Noah nak pujuk. 91 00:05:12,813 --> 00:05:14,899 - Kejap. Awak dan siapa? - Ya. 92 00:05:14,982 --> 00:05:15,816 - Noah? - Noah. 93 00:05:15,900 --> 00:05:17,777 Dia datang. Awak tak. 94 00:05:18,319 --> 00:05:20,946 Dia siap bawa tanda D-Fence itu. 95 00:05:21,030 --> 00:05:23,866 Yang huruf D dan perkataan "fence". Comel sangat. 96 00:05:24,742 --> 00:05:26,619 Suruh dia buang sebab saya takkan 97 00:05:26,702 --> 00:05:28,996 terlepas lagi perlawanan anak saya. 98 00:05:29,080 --> 00:05:31,874 Bagus. Pastikan tak terlepas. Selamat tinggal. 99 00:05:37,129 --> 00:05:40,132 Kenapa tak beritahu dia nak singgah? 100 00:05:40,216 --> 00:05:43,344 Suruh dia guna pintu depan. Okey? Dia bukan keluarga. 101 00:05:43,427 --> 00:05:45,179 Dia dah balik. Saya dah uruskan. 102 00:05:46,263 --> 00:05:47,973 Yalah. 103 00:05:52,186 --> 00:05:53,187 Tasha. 104 00:05:53,270 --> 00:05:54,188 Cik Badu. 105 00:05:55,940 --> 00:05:59,944 Etika saya sebagai pendandan rambut tak boleh biarkan awak begini. 106 00:06:00,027 --> 00:06:01,112 Maksud saya… 107 00:06:01,737 --> 00:06:05,574 Bantu orang yang memerlukan. Ambil kad saya. 108 00:06:06,909 --> 00:06:10,246 Okey. Suka hati awak, tapi tolonglah buat sesuatu. 109 00:06:15,084 --> 00:06:17,962 Saya nak pergi kerja, jadi boleh pulangkan uniform? 110 00:06:24,969 --> 00:06:26,762 Siap. 111 00:06:26,846 --> 00:06:27,888 Apa lagi? 112 00:06:30,474 --> 00:06:31,725 "Cuci dinding"? 113 00:06:32,935 --> 00:06:34,353 Tak naklah! 114 00:06:34,437 --> 00:06:36,856 Nampak bersih saja. Saya nak lihat Instagram. 115 00:06:39,483 --> 00:06:42,486 Alahai. Steph pergi Wetzel's Pretzels. Tak aci. 116 00:06:42,987 --> 00:06:45,656 Tak. Awak main kotor. Kini, awak kena cuci. 117 00:06:46,240 --> 00:06:49,118 Amboi. Untuk budak tujuh tahun, itu agak bagus. 118 00:06:49,201 --> 00:06:51,620 Mak cik bantu saya senaraikan tikam balas. 119 00:06:51,704 --> 00:06:55,458 Dia ajar saya juga semasa saya dibuli ketika gred tiga. 120 00:06:55,541 --> 00:06:57,626 Saya hampir digantung sekolah. 121 00:07:00,212 --> 00:07:01,338 Hei. 122 00:07:02,214 --> 00:07:03,883 Cuci kereta mak cik, pesalah. 123 00:07:03,966 --> 00:07:07,052 Kamu main kotor. Kini, kamu kena cuci. 124 00:07:08,804 --> 00:07:10,431 Saya dah guna yang itu. 125 00:07:12,057 --> 00:07:14,477 Okey, jangan guna yang ini. Mak cik nak guna. 126 00:07:15,978 --> 00:07:17,313 Di mana mak kamu? 127 00:07:17,396 --> 00:07:19,565 Tuhan, kenapa? 128 00:07:19,648 --> 00:07:21,358 Tak apalah. Dah tahu. 129 00:07:22,485 --> 00:07:25,946 Harapnya ini penting. Macamlah saya tiada kerja lain. 130 00:07:28,032 --> 00:07:29,200 Alamak! 131 00:07:31,118 --> 00:07:33,996 Regina. Jika itu awak, ketuk meja. 132 00:07:35,456 --> 00:07:36,749 Tak luculah. 133 00:07:37,333 --> 00:07:38,250 Kejap. 134 00:07:40,252 --> 00:07:44,173 Rambut saya teruk sangat atau rambut awak nampak lebih lawa? 135 00:07:44,798 --> 00:07:47,635 Dua-dua. Gwenetta selitkan saya pagi tadi. 136 00:07:47,718 --> 00:07:49,762 Bayar mahal agar dia batalkan orang lain. 137 00:07:50,971 --> 00:07:52,348 Awak batalkan saya. 138 00:07:53,641 --> 00:07:55,267 Tak tahu awak orangnya! 139 00:07:56,101 --> 00:07:59,271 Dia kata rumahnya terbenam. 140 00:08:00,064 --> 00:08:02,066 Regina, itu tentu masuk berita. 141 00:08:05,194 --> 00:08:09,281 Saya hubungi semua pendandan. Pendandan kulit putih pun tak dapat. 142 00:08:10,241 --> 00:08:12,535 Tiada siapa terima saya hari ini! 143 00:08:12,618 --> 00:08:14,203 Awak akan dandan rambut saya. 144 00:08:19,458 --> 00:08:22,002 Hebatnya. Ya. 145 00:08:22,086 --> 00:08:25,589 Pergi jumpa orang kulit putih dengan rupa Angela Davis. 146 00:08:28,092 --> 00:08:29,009 Tak mungkin. 147 00:08:31,095 --> 00:08:32,471 Bolehlah. 148 00:08:32,555 --> 00:08:34,640 Jangan bagi orang tengok belakang. 149 00:08:34,723 --> 00:08:37,017 Pelurus rambut terlebih panas tadi. 150 00:08:38,269 --> 00:08:41,313 Awak kata awak buat bertih jagung! 151 00:08:42,398 --> 00:08:46,735 Saya takkan dapat masuk universiti. 152 00:08:47,528 --> 00:08:50,447 Saya dah buat yang termampu. Awak tahu apa perlu dibuat. 153 00:08:54,243 --> 00:08:55,286 Alamak. 154 00:08:55,953 --> 00:08:57,371 Bagaimana jadi lebih teruk? 155 00:08:58,539 --> 00:09:02,167 Masuk cepat sebelum jiran fikir penagih dadah datang balik. 156 00:09:05,796 --> 00:09:07,506 Saya harap kita bertaruh duit. 157 00:09:07,590 --> 00:09:10,676 Saya jatuh miskin sejak kedai porno saya terbakar. 158 00:09:10,759 --> 00:09:13,804 Mereka tahu siapa… Maksud saya, apa puncanya? 159 00:09:13,887 --> 00:09:15,681 Mungkin ahli gereja yang marah. 160 00:09:17,099 --> 00:09:19,268 Biar dia menang. Dia hampir tahu dalangnya. 161 00:09:22,187 --> 00:09:25,024 Jaga-jaga, semua, kerana saya rasa bertuah. 162 00:09:25,107 --> 00:09:26,692 Saya akan ambil duit kalian. 163 00:09:26,775 --> 00:09:29,361 Hei, kenapa awak datang, Si Tempang Gemuk? 164 00:09:30,237 --> 00:09:32,156 Apa? Bukan kita nak main poker? 165 00:09:32,865 --> 00:09:35,993 Main, main, main, tak main. 166 00:09:36,827 --> 00:09:38,579 Kalian perlukan empat pemain. 167 00:09:39,121 --> 00:09:42,791 Saya tahu ada masalah antara kita. Saya nak atasi semua itu. 168 00:09:42,875 --> 00:09:44,627 Di mana-mana pun, awak atasi semua. 169 00:09:47,921 --> 00:09:49,965 Alamak. Kawan saya tak jadi datang. 170 00:09:50,049 --> 00:09:52,718 Kita berada di luar kawasan yang dibenarkan. 171 00:09:53,218 --> 00:09:54,678 Tengoklah. 172 00:09:54,762 --> 00:09:56,305 Tidak sama sekali. 173 00:09:57,222 --> 00:10:00,184 Mana boleh main poker tanpa empat pemain. 174 00:10:00,768 --> 00:10:01,644 Okey. 175 00:10:02,227 --> 00:10:03,896 Serah diri, keluarkan buku resit. 176 00:10:04,480 --> 00:10:08,192 Itu dia, pemain keempat. Awak nak main poker, Lucretia? 177 00:10:08,901 --> 00:10:11,904 Awak tak nak main dengan dia. Awak tak suka pun dia. 178 00:10:11,987 --> 00:10:13,405 Tapi kami benci awak. 179 00:10:14,406 --> 00:10:15,783 "Benci" teruk sangat, 180 00:10:16,325 --> 00:10:19,203 tapi jika gaji dipotong akibat saman itu, saya terima. 181 00:10:19,953 --> 00:10:22,956 Saya tak suka awak sejak awak bawa mak ke kedai saya. 182 00:10:23,040 --> 00:10:25,709 Bagaimana dia nak pergi? Dia rabun malam. 183 00:10:27,711 --> 00:10:31,757 Walaupun tempang, banyak juga awak memandu ke sana sini, ya? 184 00:10:32,800 --> 00:10:35,177 Itu kaki kiri. Saya pandu guna kaki kanan. 185 00:10:35,928 --> 00:10:36,845 Eloklah. 186 00:10:37,513 --> 00:10:38,764 Berambus, Davis. 187 00:10:38,847 --> 00:10:40,182 Kalian serius? 188 00:10:40,265 --> 00:10:42,601 Macam saman. Selamat tinggal. 189 00:10:45,854 --> 00:10:47,189 Bagaimana caranya? 190 00:10:47,272 --> 00:10:50,401 Kalian ada senarai kad dan fungsinya? 191 00:10:51,735 --> 00:10:54,238 Tak perlu. Kami akan beritahu. 192 00:10:55,656 --> 00:10:56,824 Saya bernasib baik. 193 00:10:57,366 --> 00:11:00,327 - Mula dengan 20 dolar. - Lima puluh dolar. 194 00:11:00,411 --> 00:11:02,204 Yalah. Lima puluh dolar. 195 00:11:02,788 --> 00:11:05,582 Alamak. Ada duit pecah untuk 100 dolar? 196 00:11:09,670 --> 00:11:12,798 Tasha! Lawanya. 197 00:11:14,091 --> 00:11:15,384 Terima kasih, Shanice! 198 00:11:15,467 --> 00:11:17,678 - Sangat comel. - Hei! 199 00:11:17,761 --> 00:11:21,306 Saya nak keluar dan goda teman lelaki orang lain. 200 00:11:21,390 --> 00:11:23,016 Yalah! 201 00:11:23,100 --> 00:11:24,226 Goda, jangan tak goda. 202 00:11:26,228 --> 00:11:27,271 Pergilah. 203 00:11:29,523 --> 00:11:30,482 Dia gila. 204 00:11:32,568 --> 00:11:33,986 Ya, dia sangat gila. 205 00:11:38,699 --> 00:11:39,783 "Upshaw." 206 00:11:44,329 --> 00:11:46,123 Kenapa dengan awak? 207 00:11:46,206 --> 00:11:47,666 Awak nampak saya. 208 00:11:47,750 --> 00:11:51,086 Apa? Saya bersikap profesional. 209 00:11:51,920 --> 00:11:54,465 Okey. Nak minum air? 210 00:11:54,548 --> 00:11:55,799 Tak haus. 211 00:11:55,883 --> 00:11:57,718 - Awak lapar? - Saya bawa bekal. 212 00:11:59,720 --> 00:12:04,892 Kalau awak nak cuba sesuatu yang menyeronokkan, 213 00:12:04,975 --> 00:12:06,727 ada rambut warna merah tua. 214 00:12:07,603 --> 00:12:09,062 Suka yang sedia ada. 215 00:12:09,605 --> 00:12:13,567 Rambut awak. Saya cuma sebut kalau-kalau awak nak ubah selera. 216 00:12:13,650 --> 00:12:17,446 Dah cukuplah awak ubah hidup saya. Terima kasih. 217 00:12:19,239 --> 00:12:25,579 Awak bersikap sombong sejak awak masuk lagi. 218 00:12:25,662 --> 00:12:28,916 Percayalah, saya tak berhasrat pun masuk ke sini. 219 00:12:28,999 --> 00:12:31,126 Tak paksa. Awak sendiri yang datang. 220 00:12:32,002 --> 00:12:34,296 Kita tak perlu berbual. 221 00:12:34,379 --> 00:12:35,839 Tiada masalah. 222 00:12:35,923 --> 00:12:38,300 Saya buat cepat agar awak boleh balik. 223 00:12:38,383 --> 00:12:39,384 Terima kasih. 224 00:12:42,346 --> 00:12:43,430 Saya bergurau. 225 00:12:43,514 --> 00:12:44,890 Saya tak gelak pun. 226 00:12:50,103 --> 00:12:51,730 Hei! Awak buat apa? 227 00:12:52,731 --> 00:12:56,485 Saya keluar dengan kawan-kawan, naik kereta dan merentas negeri. 228 00:12:57,069 --> 00:12:59,154 Tak nampak saya buat apa, bodoh? 229 00:12:59,238 --> 00:13:02,199 Tak perlu loyar buruk. Saya baru nak tolong. 230 00:13:03,700 --> 00:13:04,576 Begitu rupanya. 231 00:13:04,660 --> 00:13:07,079 Selepas awak siapkan bakul ini, 232 00:13:07,162 --> 00:13:10,499 simpan ini ke dalam almari mak dan itu di tempat ayah. 233 00:13:11,708 --> 00:13:14,503 Maksud saya, lepak bersama. 234 00:13:16,338 --> 00:13:18,966 Okey. Saya dah mula dengan yang ini. 235 00:13:19,049 --> 00:13:21,134 Awak boleh mula dengan yang lain. 236 00:13:24,972 --> 00:13:26,682 Jadi, ada gosip? 237 00:13:28,517 --> 00:13:29,518 Tiada. 238 00:13:29,601 --> 00:13:32,312 Saya dengar mak nak masak cop daging khinzir. 239 00:13:33,355 --> 00:13:36,149 Wah, teruskan melipat sementara saya berfikir. 240 00:13:37,401 --> 00:13:39,903 Itu baru sikit. Saya ada banyak lagi gosip. 241 00:13:39,987 --> 00:13:42,322 Aduhai, Maya. Lama saya lipat. 242 00:13:42,406 --> 00:13:43,699 Saya tak sengaja. 243 00:13:43,782 --> 00:13:46,952 Jangan ganggu saya. Awak punca saya kena buat ini. 244 00:13:47,035 --> 00:13:50,122 Jika awak tak telefon mak cik, tiada siapa tahu saya keluar. 245 00:13:50,205 --> 00:13:53,166 - Saya perlukan kopi! - Awak baru tujuh tahun. 246 00:13:53,250 --> 00:13:55,127 Sebab itu saya tak reti bancuh. 247 00:13:56,211 --> 00:13:57,629 Malaslah layan awak. 248 00:13:57,713 --> 00:14:00,090 Awak langsung dah tak layan saya. 249 00:14:00,173 --> 00:14:01,300 Awak budak kecil. 250 00:14:01,383 --> 00:14:04,720 Kalau awak tak nak jumpa saya, saya pun tak nak jumpa awak. 251 00:14:05,220 --> 00:14:07,097 Itulah yang saya minta. 252 00:14:08,932 --> 00:14:09,766 Kejap. 253 00:14:09,850 --> 00:14:11,810 Awak betul-betul tak nak jumpa saya? 254 00:14:16,398 --> 00:14:19,526 Apa namanya jika ada tiga sembilan dan dua sepuluh? 255 00:14:20,402 --> 00:14:22,613 Jangan main-main. Awak tahu itu full house. 256 00:14:23,906 --> 00:14:25,407 Saya ada empat raja. 257 00:14:25,490 --> 00:14:27,701 Awak leprechaun bertuah! 258 00:14:28,452 --> 00:14:32,247 Oleh sebab itu, awak kena datang awal pagi. 259 00:14:33,206 --> 00:14:34,166 Awal pagi? 260 00:14:34,249 --> 00:14:38,545 Saya cuma kena lebih awal daripada Bennie. Bolehlah bertolak tengah hari. 261 00:14:40,213 --> 00:14:42,215 Nanti saya tampar, baru tahu. 262 00:14:43,175 --> 00:14:44,885 Aduhai. Kenapa marah sangat? 263 00:14:44,968 --> 00:14:47,179 Ada orang terjaga dan pilih keganasan. 264 00:14:47,679 --> 00:14:49,097 Kalau saya jadi awak, 265 00:14:49,181 --> 00:14:51,308 saya pilih berada di kedai ketika terbakar. 266 00:14:53,518 --> 00:14:56,021 Apa? Bukan Lucretia saja yang boleh melawak. 267 00:14:56,104 --> 00:14:57,356 Tapi lawaknya tak jahat. 268 00:14:57,439 --> 00:14:58,815 Masih sopan orangnya. 269 00:14:59,483 --> 00:15:00,567 Saya memang berharga. 270 00:15:01,818 --> 00:15:03,070 Awak patut ditanam. 271 00:15:04,279 --> 00:15:05,238 Hidup-hidup. 272 00:15:07,532 --> 00:15:10,619 Apa? Gelaklah. Itu jenaka. Apa yang berlaku? 273 00:15:10,702 --> 00:15:12,412 Minuman dah habis lagi. 274 00:15:12,496 --> 00:15:15,165 Saya pun nak setin. Asalkan masih percuma. 275 00:15:15,248 --> 00:15:18,085 Mestilah percuma. Saya dah ambil semua duit awak. 276 00:15:19,836 --> 00:15:22,339 Ya Tuhan. Saya suka dia. 277 00:15:23,548 --> 00:15:25,050 Awak akan hilang kerja. 278 00:15:28,470 --> 00:15:30,514 Awak kena pergi. Cepat. Pergi. 279 00:15:31,223 --> 00:15:33,642 Tak nak, selagi awak ada duit. 280 00:15:33,725 --> 00:15:36,937 Saya dah jemu awak asyik masuk campur dalam hidup saya. 281 00:15:37,020 --> 00:15:39,731 Awak masuk campur di rumah, antara saya dan Regina. 282 00:15:39,815 --> 00:15:42,859 - Awak nak kata sesuatu. - Awak layan dia dengan teruk. 283 00:15:42,943 --> 00:15:44,861 Saya suruh dia pertahankan diri. 284 00:15:44,945 --> 00:15:46,822 Kita cakap perkara yang sama. 285 00:15:47,864 --> 00:15:51,284 - Kawan saya pun berpaling. - Orang suka saya. Apa nak buat? 286 00:15:52,160 --> 00:15:54,413 Takkan nak saman macam kawan awak itu. 287 00:15:55,038 --> 00:15:58,333 Kita bukan bercakap tentang si tak guna itu. 288 00:15:58,417 --> 00:16:00,252 Saya rasa ya. 289 00:16:01,294 --> 00:16:05,590 Awak bukan marah pasal poker. Semua kemarahan teranjak ini. 290 00:16:05,674 --> 00:16:07,801 Awak nak masuk campur hal kemarahan saya? 291 00:16:07,884 --> 00:16:09,469 Masalah awak bukan saya. 292 00:16:09,553 --> 00:16:15,142 Masalahnya, Davis saman awak kerana sikap awak teruk dan awak pun tahu. 293 00:16:15,976 --> 00:16:18,437 Dia jatuhlah, Lucretia. 294 00:16:18,520 --> 00:16:19,896 Dia jatuh di atas lantai. 295 00:16:19,980 --> 00:16:24,192 Dia tak saman kerana jatuh. Dia saman kerana awak jatuhkan maruahnya. 296 00:16:24,276 --> 00:16:27,195 Davis tiada maruahlah, Lucretia. 297 00:16:27,279 --> 00:16:30,282 - Tengok. Itu maksud saya. - Tak! Saya cuma jujur. 298 00:16:30,365 --> 00:16:34,953 Itulah. Kawan awak jatuh, tapi awak hanya ejek dia. 299 00:16:35,037 --> 00:16:38,373 Saya asyik terfikirkan jenaka. Nak buat macam mana? 300 00:16:40,250 --> 00:16:43,587 Semua jenaka awak itu akan melingkupkan kedai kita. 301 00:16:44,337 --> 00:16:46,131 Saya takkan biarkannya berlaku. 302 00:16:46,214 --> 00:16:48,717 Awak mesti beranikan diri, 303 00:16:48,800 --> 00:16:53,013 luahkan perasaan dan jadilah kawan yang baik. Selesaikan hal ini. 304 00:16:54,890 --> 00:16:55,724 Meluat. 305 00:17:00,687 --> 00:17:02,689 Okey, mak. Selamat berendam. 306 00:17:04,357 --> 00:17:07,444 Sampai hati dia guna bom mandian lavender saya. 307 00:17:08,278 --> 00:17:10,238 Dia tahu saya nak guna nanti. 308 00:17:19,372 --> 00:17:20,290 Lucretia? 309 00:17:20,916 --> 00:17:24,461 Berani awak buka pintu tanpa pendakap kaki. 310 00:17:24,544 --> 00:17:25,879 Kaki saya gatal. 311 00:17:25,962 --> 00:17:28,090 Saya tutup pintu, takut orang nampak. 312 00:17:28,173 --> 00:17:29,007 Siapa? 313 00:17:29,091 --> 00:17:31,176 Jika Bennie hantar awak… 314 00:17:31,259 --> 00:17:33,261 Tak. Tiada siapa tahu saya ke sini. 315 00:17:34,137 --> 00:17:35,222 Saya nak jumpa awak. 316 00:17:35,305 --> 00:17:38,642 Mak saya di atas. Dia akan dengar jika awak tembak. 317 00:17:39,851 --> 00:17:42,896 Awak fikir bukan-bukan. Boleh kita berbual sesama tempang? 318 00:17:43,688 --> 00:17:45,690 Selepas saya jatuh, saya murung. 319 00:17:46,191 --> 00:17:47,484 Saya okey. 320 00:17:47,567 --> 00:17:50,779 Jangan. Mak kata kerusi itu hanya untuk dilihat. 321 00:17:52,405 --> 00:17:56,284 Nampaknya awak lebih tabah daripada saya. 322 00:17:56,785 --> 00:18:00,455 Kes saman saya menyusahkan dan saya kena jalani pemulihan. 323 00:18:00,539 --> 00:18:04,918 Tak. Mak dah suruh paderi sentuh kaki saya. Nanti sembuhlah. 324 00:18:05,544 --> 00:18:07,629 Itu tak cukup untuk peguam. 325 00:18:07,712 --> 00:18:10,257 Mereka akan suruh awak buat macam-macam. 326 00:18:10,340 --> 00:18:14,386 Jumpa doktor, terapi fizikal empat kali seminggu. 327 00:18:14,469 --> 00:18:16,138 Pembedahan. 328 00:18:16,221 --> 00:18:17,848 - Pembedahan? - Ya. 329 00:18:18,431 --> 00:18:19,975 Ikut undang-undang, itu perlu. 330 00:18:20,058 --> 00:18:22,394 Kalau awak nak duit banyaklah. 331 00:18:23,562 --> 00:18:25,480 Mula-mula, mereka suruh kurangkan berat. 332 00:18:25,564 --> 00:18:28,275 Saya harap awak suka sup. Mak awak tahu masak sup? 333 00:18:28,358 --> 00:18:30,485 Saya yang memasak di rumah ini. 334 00:18:30,569 --> 00:18:32,988 Tentu kawan-kawan awak akan beri nanti. 335 00:18:33,071 --> 00:18:33,905 Maksud saya, 336 00:18:34,406 --> 00:18:36,283 bukanlah kawan di bengkel. 337 00:18:36,992 --> 00:18:38,285 Zaman itu dah tamat. 338 00:18:38,827 --> 00:18:42,289 Saya dan Bennie pernah bergaduh. Nanti dia eloklah. 339 00:18:42,372 --> 00:18:44,499 Akan ada kawan baharu ketika pemulihan. 340 00:18:45,458 --> 00:18:47,502 Beginilah. Awak risau tentang itu 341 00:18:47,586 --> 00:18:50,338 selepas peguam benarkan awak keluar rumah. 342 00:18:51,006 --> 00:18:54,176 Tempat ini bagus juga untuk terperangkap. 343 00:18:55,218 --> 00:18:57,846 Kalau sup tumpah pun, tak mengapa. 344 00:18:59,556 --> 00:19:00,974 Ada bau lavender? 345 00:19:01,558 --> 00:19:02,475 Ya. 346 00:19:03,977 --> 00:19:06,313 Banyak pula saya berceloteh. 347 00:19:06,396 --> 00:19:10,025 Tentu awak nak rancang cara belanjakan duit itu. 348 00:19:10,108 --> 00:19:11,902 Mak ada idea. 349 00:19:11,985 --> 00:19:15,530 Pastikan mak tak lupa bahagian kerajaan. 350 00:19:15,614 --> 00:19:17,240 Cukai memang membebankan. 351 00:19:19,492 --> 00:19:22,037 Saya dapat sikit saja daripada yang saya sangka. 352 00:19:22,120 --> 00:19:23,538 Hampir tak berbaloi. 353 00:19:25,123 --> 00:19:26,333 Moga dirahmati Tuhan. 354 00:19:27,334 --> 00:19:28,543 Moga dirahmati Tuhan. 355 00:19:31,713 --> 00:19:35,967 - Awak memendam sesuatu? - Banyak yang saya pendamkan. 356 00:19:36,051 --> 00:19:39,221 Okey. Jika awak tak berhenti menghina saya di rumah saya… 357 00:19:39,930 --> 00:19:42,182 Jemu awak layan macam saya tak setaraf. 358 00:19:42,766 --> 00:19:45,727 Saya layan awak macam awak perempuan simpanan. 359 00:19:46,895 --> 00:19:47,771 Okey. 360 00:19:48,355 --> 00:19:51,691 Okey, bertenang, Cik 16 and Pregnant. 361 00:19:52,484 --> 00:19:54,194 Berapa kali saya perlu cakap? 362 00:19:54,277 --> 00:19:56,571 Saya tak tahu yang Bennie berkahwin. 363 00:19:56,655 --> 00:19:59,282 Ya, tapi kini awak dah lama tahu. 364 00:19:59,366 --> 00:20:02,118 Namun, awak masih macam tak tahu, 365 00:20:02,202 --> 00:20:05,622 selalu muncul di rumah minta macam-macam daripadanya. 366 00:20:05,705 --> 00:20:07,290 Macamlah dia berduit. 367 00:20:07,374 --> 00:20:09,167 Saya minta untuk Kelvin. 368 00:20:09,918 --> 00:20:15,340 Kelvin tak boleh memandu dan Bennie curi duit saya untuk beli kereta awak. 369 00:20:16,383 --> 00:20:17,300 Kereta? 370 00:20:18,343 --> 00:20:20,345 Okey, mari kita jelaskan. 371 00:20:20,428 --> 00:20:23,056 Okey, maksud awak… 372 00:20:23,807 --> 00:20:24,975 besi buruk itu? 373 00:20:26,434 --> 00:20:29,854 Saya tak tahu tentang duit curi, tapi ambillah kereta itu. 374 00:20:29,938 --> 00:20:33,108 Saya tinggalkan kunci di atas bonet, berharap orang curi! 375 00:20:35,110 --> 00:20:36,403 Dia berikan awak itu? 376 00:20:37,946 --> 00:20:39,906 Awak pun layak dapat lebih baik. 377 00:20:42,200 --> 00:20:43,285 Beginilah. 378 00:20:44,995 --> 00:20:47,872 Saya bekerja keras, okey? 379 00:20:47,956 --> 00:20:51,835 Cari rezeki untuk jaga anak saya sendiri. 380 00:20:52,752 --> 00:20:55,297 Kemudian, Bennie muncul nak bantu. 381 00:20:55,380 --> 00:20:59,592 Saya tahu itu disebabkan awak. 382 00:21:00,385 --> 00:21:03,305 Tapi tolonglah, kenapa drama sangat? 383 00:21:03,388 --> 00:21:07,559 Jika saya datang, awak pergi, saya duduk, awak berdiri. Apa kita buat? 384 00:21:07,642 --> 00:21:09,352 Saya tahu apa saya buat. 385 00:21:09,436 --> 00:21:13,189 Saya menunggu, "Saya minta maaf." 386 00:21:14,232 --> 00:21:16,901 Mohon maaf daripada awak untuk apa? 387 00:21:17,694 --> 00:21:21,865 Meniduri lelaki yang tak cakap dia berkahwin? Mengandung? 388 00:21:22,449 --> 00:21:23,783 Melahir, membesarkan anak? 389 00:21:24,784 --> 00:21:27,078 Meminta si ayah jadi ayahnya? 390 00:21:27,996 --> 00:21:30,415 Apa salah saya? 391 00:21:30,498 --> 00:21:34,377 Awak perlu jelaskan kepada saya kerana saya tak tahu. 392 00:21:36,588 --> 00:21:37,797 Dandan rambut saya. 393 00:21:39,758 --> 00:21:40,925 Tolonglah. 394 00:21:46,389 --> 00:21:47,223 Tentu sekali. 395 00:21:51,353 --> 00:21:53,605 Tak berbaloi jadi popular jika begini. 396 00:21:55,148 --> 00:21:56,983 Konon. Memang berbaloi. 397 00:22:00,362 --> 00:22:03,948 "Baru balik dari gim. #MencapaiKejayaan" 398 00:22:04,824 --> 00:22:08,161 "Tengok saya. Saya Aaliyah!" 399 00:22:08,244 --> 00:22:10,372 Kenapa awak pakai baju saya? 400 00:22:10,914 --> 00:22:14,959 "Insta, Insta, Insta! Harap-harap Steph suka Insta saya." 401 00:22:15,043 --> 00:22:16,503 Saya serius, Maya. 402 00:22:16,586 --> 00:22:21,925 "Saya tiada masa untuk Maya. Saya cuma peduli tentang Steph Greene." 403 00:22:22,008 --> 00:22:25,970 "Hei, Siri, beritahu Steph Greene yang saya suka mengampu dia." 404 00:22:27,013 --> 00:22:28,098 Mesej dihantar. 405 00:22:30,517 --> 00:22:32,727 - Telefon yang buat! - Saya benci awak! 406 00:22:33,937 --> 00:22:36,606 - Sampai hati awak! - Tak sangka tersasar! 407 00:22:36,689 --> 00:22:38,024 Saya takkan tersasar. 408 00:22:39,692 --> 00:22:42,404 Hei! Apa yang berlaku? 409 00:22:42,487 --> 00:22:45,448 - Dia baling mangkuk ke arah saya! - Dia dulu! 410 00:22:45,532 --> 00:22:48,743 Mak tak tahu punca kamu bergaduh dan mak tak peduli. 411 00:22:48,827 --> 00:22:50,286 Kamu berdua dihukum. 412 00:22:50,370 --> 00:22:53,456 Kamu dah bergaduh? Kamu akan buat kerja rumah bersama. 413 00:22:53,540 --> 00:22:54,541 Hebat! 414 00:22:58,711 --> 00:23:00,964 - Rambut mak nampak… - Jangan cuba! 415 00:23:04,300 --> 00:23:07,679 Tak boleh menjerit selepas baru dandan rambut. 416 00:23:11,433 --> 00:23:12,600 Tak guna! 417 00:23:13,184 --> 00:23:14,853 Awak ambil baki duit saya. 418 00:23:15,353 --> 00:23:18,022 Tumbuk saya. Boleh saya cakap saya kena rompak. 419 00:23:19,566 --> 00:23:22,610 Saya kebas duit, tapi beri awak makan. Sama-sama. 420 00:23:23,695 --> 00:23:27,031 Ini kali pertama saya makan sejak kebakaran itu. 421 00:23:27,949 --> 00:23:31,369 Pakaian dalam boleh dimakan tak sama jika tiada yang memakainya. 422 00:23:33,329 --> 00:23:34,497 Semoga berjaya. 423 00:23:37,041 --> 00:23:38,126 Tengok… 424 00:23:38,209 --> 00:23:41,838 Saya tahu. Kalian tak nak jumpa saya, tapi saya nak cakap sikit. 425 00:23:41,921 --> 00:23:43,798 Cakaplah di luar. 426 00:23:43,882 --> 00:23:46,009 - Saya tarik balik saman. - Ulang. 427 00:23:46,968 --> 00:23:50,388 Saya tak berniat menyakiti kalian. 428 00:23:51,181 --> 00:23:53,850 Saya tak nak kehilangan kawan disebabkan duit. 429 00:23:53,933 --> 00:23:55,226 Mak awak okey? 430 00:23:55,310 --> 00:23:57,770 Saya lelaki dewasa yang buat keputusan sendiri. 431 00:23:57,854 --> 00:23:59,481 Awak belum beritahu, ya? 432 00:23:59,981 --> 00:24:01,441 Itu keputusan saya. 433 00:24:02,525 --> 00:24:03,902 Saya dah hubungi peguam. 434 00:24:04,611 --> 00:24:07,030 Dah selesai. Boleh kita berbaik? 435 00:24:07,113 --> 00:24:08,156 Tak. 436 00:24:08,865 --> 00:24:12,118 Tak boleh. Awak cuba saman saya. Berambus. 437 00:24:12,202 --> 00:24:15,788 - Ayuh. Dia nak betulkan keadaan. - Saya ejek Tony, kami elok saja. 438 00:24:16,664 --> 00:24:19,334 Saya punca Duck masuk penjara, kami baik saja. 439 00:24:20,251 --> 00:24:22,670 Saya hutang Larry lima ribu, kami okey. 440 00:24:23,713 --> 00:24:24,756 Berapa? 441 00:24:24,839 --> 00:24:28,510 Saya ejek penyangak ini beberapa kali, 442 00:24:29,093 --> 00:24:31,054 dia cuba hancurkan hidup saya. 443 00:24:31,137 --> 00:24:32,764 Saya takkan melupakannya. 444 00:24:33,389 --> 00:24:34,974 Dia saman saya juga. 445 00:24:35,058 --> 00:24:37,936 Tapi Davis seorang kawan. Awak patut maafkannya. 446 00:24:38,019 --> 00:24:40,980 Cukup. Usah ajar saya apa yang saya patut rasa. 447 00:24:43,650 --> 00:24:46,277 Itulah hakikatnya. 448 00:24:49,405 --> 00:24:51,074 Saya tak nak terlibat dalam drama. 449 00:24:51,157 --> 00:24:55,662 Saya akan balik ke pusat perlindungan. Lucretia, boleh beri lima dolar lagi? 450 00:24:56,371 --> 00:24:57,705 Saya beri lima dolar? 451 00:25:00,750 --> 00:25:02,418 Kita masih berkawan, bukan? 452 00:25:05,296 --> 00:25:06,256 Dah tentu. 453 00:25:07,590 --> 00:25:09,133 Nak pergi makan malam? 454 00:25:10,718 --> 00:25:12,011 Saya nak, tapi… 455 00:25:13,304 --> 00:25:14,222 Saya… 456 00:25:16,015 --> 00:25:17,767 Saya baru mula berpuasa. 457 00:25:48,798 --> 00:25:53,803 Terjemahan sari kata oleh H. Segara