1 00:00:06,049 --> 00:00:07,967 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:10,803 --> 00:00:13,139 Baki akaun ini tentu salah. 3 00:00:13,222 --> 00:00:15,141 Tentu bank dah buat silap. 4 00:00:15,767 --> 00:00:19,604 Ya, kliklah semua butang itu, takkan ubah apa-apa. 5 00:00:19,687 --> 00:00:21,564 Kita dapat duit! 6 00:00:23,191 --> 00:00:27,862 Sayang, tengok nombornya. Tiada yang tanda kurung. 7 00:00:28,654 --> 00:00:29,947 Itu tanda koma? 8 00:00:30,031 --> 00:00:34,410 Saya akan tuangkan arak dan semak markah kredit kita. 9 00:00:36,454 --> 00:00:41,834 Tidak. Kita harus lebih kaya atau lebih pokai untuk minum pagi-pagi. 10 00:00:43,586 --> 00:00:46,714 Semua ini untuk komponen kereta murah. 11 00:00:46,798 --> 00:00:48,800 Ramai dah tahu. Tapi jangan risau, 12 00:00:48,883 --> 00:00:51,469 saya takkan tinggalkan awak macam pemilihan pemain. 13 00:00:52,970 --> 00:00:53,846 Saya mungkin. 14 00:00:54,639 --> 00:00:56,682 Bukan awak saja yang bekerja keras. 15 00:00:56,766 --> 00:00:59,060 Saya dapat biasiswa hari ini. 16 00:01:01,062 --> 00:01:03,898 Saya nak beri awak bunga, tapi ia belum dihantar lagi. 17 00:01:04,774 --> 00:01:07,610 Bertenang. Awak baru tahu tentangnya. 18 00:01:07,693 --> 00:01:10,696 Saya patut ikut kata hati. Masih kena beli bunga? 19 00:01:14,325 --> 00:01:16,202 Belum rasmi lagi, 20 00:01:16,285 --> 00:01:20,498 tapi Sheila si bodoh itu umpama menulis cek semasa temu duga saya. 21 00:01:20,581 --> 00:01:24,252 Tengoklah wanita kulit Hitam. Saling membantu dan menyokong. 22 00:01:25,086 --> 00:01:27,213 Kena ingat, berhenti panggil dia bodoh. 23 00:01:28,214 --> 00:01:32,510 Ya. Lucretia tak muncul langsung sejak kalian bergaduh minggu lepas. 24 00:01:32,593 --> 00:01:36,264 Tuhan memakbulkan semua permintaan saya. Terima kasih, Tuhan. 25 00:01:36,889 --> 00:01:40,935 Jangan sebut tentang dia. Saya sedang gembira, okey? 26 00:01:41,602 --> 00:01:43,938 Akhirnya hidup kita menjadi lebih baik. 27 00:01:44,021 --> 00:01:49,152 Kita akan baiki mesin pengering, baiki bumbung dan cari punca kebocoran gas itu. 28 00:01:49,235 --> 00:01:51,195 Tak seronoklah. 29 00:01:51,279 --> 00:01:55,116 Kita patut buat kerja gila macam orang kaya kulit putih. 30 00:01:59,162 --> 00:02:01,622 Okey, betul kata awak. Hei, anak-anak! 31 00:02:03,291 --> 00:02:04,834 Apa kecoh-kecoh ini? 32 00:02:04,917 --> 00:02:08,254 Duduk. Kami baru berbincang tentang duit. 33 00:02:09,130 --> 00:02:11,048 Ayah, biar betul? Lagi sekali? 34 00:02:12,258 --> 00:02:14,886 Kenapa ayah tak reti-reti? Saya tiada duit. 35 00:02:14,969 --> 00:02:17,180 Tak nak tengok tabung saya dipecahkan lagi. 36 00:02:17,805 --> 00:02:21,809 Wah, teruknya ayah. Kali ini ayah beri duit kepada mak kamu. 37 00:02:21,893 --> 00:02:23,394 Jadi, ayah bayar mak balik? 38 00:02:23,477 --> 00:02:24,687 Okey. Berhenti bercakap. 39 00:02:25,605 --> 00:02:28,941 Ada perubahan besar untuk keluarga ini. 40 00:02:29,025 --> 00:02:34,655 Okey? Bermula hari ini, kamu berdua akan dapat duit poket. 41 00:02:35,489 --> 00:02:38,409 Mak kata lebih bagus jika kami berusaha untuk dapat duit. 42 00:02:39,702 --> 00:02:43,664 Ibu bapa pokai akan cakap begitu. Kini, kami boleh cakap hal sebenar. 43 00:02:44,457 --> 00:02:46,792 Saya nak beli ubat gigi tempatan. 44 00:02:46,876 --> 00:02:48,878 Saya nak beli kepala patung baharu! 45 00:02:48,961 --> 00:02:51,464 Kita dapat duit! 46 00:02:53,049 --> 00:02:54,842 Saya ada janji temu, tapi kad rosak. 47 00:02:54,926 --> 00:02:57,511 - Boleh saya pinjam duit? - Kami tiada duit. 48 00:03:07,146 --> 00:03:09,565 GARAJ BENNIE 49 00:03:09,649 --> 00:03:11,817 Aduhai, saya tak boleh fokus. 50 00:03:11,901 --> 00:03:13,945 Kita dah tersilap Nissan hitam. 51 00:03:14,028 --> 00:03:17,490 Kita bina pengulang alik yang itu dan cuci sistem gear yang ini. 52 00:03:17,573 --> 00:03:20,701 Tukarkan plat nombor. Saya tukarkan sarung kerusi. 53 00:03:22,620 --> 00:03:25,957 Bennie Upshaw. Kenapa tak jawab apabila saya telefon? 54 00:03:26,040 --> 00:03:26,999 Saya benci awak. 55 00:03:27,792 --> 00:03:30,127 Malaslah nak layan. Saya parkir berlapis. 56 00:03:30,211 --> 00:03:33,256 - Tiada tempat kosong. - Saya yang letak semua kereta itu. 57 00:03:34,090 --> 00:03:36,425 Alamak. Penggera saya tak berbunyi. 58 00:03:36,509 --> 00:03:38,469 Di mana beg duit syiling saya? 59 00:03:38,552 --> 00:03:40,012 Tidak! Jangan… Berhenti… 60 00:03:41,264 --> 00:03:44,141 Saya ada berita. Jangan terkejut. 61 00:03:44,225 --> 00:03:45,726 Kalian nak tinggal serumah? 62 00:03:47,061 --> 00:03:48,271 Jelas pada wajah saya? 63 00:03:50,022 --> 00:03:52,066 Nampak gaya baru suri rumah saya? 64 00:03:52,149 --> 00:03:53,484 Ya, Kelvin beritahu. 65 00:03:53,567 --> 00:03:55,194 - Ya? - Ya. 66 00:03:55,278 --> 00:03:57,738 Dia amat teruja. Macam Krismas. 67 00:03:59,240 --> 00:04:02,326 Hal serius pula. Rumahnya di kejiranan lain. 68 00:04:02,410 --> 00:04:04,495 Ya, cukup. 69 00:04:04,578 --> 00:04:06,664 Yalah. Ambil pensel. 70 00:04:06,747 --> 00:04:08,874 Awak mesti takkan ingat semua ini. 71 00:04:08,958 --> 00:04:11,294 Saya tak benarkan Kelvin berpindah. 72 00:04:12,920 --> 00:04:16,757 Hidup saya, anak saya, pilihan saya. 73 00:04:16,841 --> 00:04:18,718 Ada dengar perkataan "awak"? 74 00:04:18,801 --> 00:04:20,761 Kelvin anak kita dan dia takkan 75 00:04:20,845 --> 00:04:23,472 tinggal dengan lelaki yang saya tak kenal. 76 00:04:24,807 --> 00:04:28,519 Saya kenal dia. Namanya Noah. 77 00:04:28,602 --> 00:04:32,523 Dia jual rambut kepada saya. Harganya murah dan ini… 78 00:04:34,275 --> 00:04:36,193 Ini rumahnya. Ada tangga. 79 00:04:36,277 --> 00:04:38,571 Saya ulang, rumah ini ada tangga. 80 00:04:38,654 --> 00:04:40,281 Ini tak betul. 81 00:04:40,364 --> 00:04:42,325 Biarlah kami lepak bersama dulu. 82 00:04:42,408 --> 00:04:44,910 Sebagai lelaki. Pergi ke kelab tarian bogel. 83 00:04:46,287 --> 00:04:49,832 Betul kata awak. Saya tak terfikir pula. 84 00:04:50,583 --> 00:04:55,004 Jika boleh buat awak tenang, saya akan aturkan, tapi usah ke situ. 85 00:04:57,673 --> 00:04:59,216 Kereta Miata kena saman. 86 00:04:59,300 --> 00:05:01,135 Penapis udaranya perlu diganti. 87 00:05:08,476 --> 00:05:10,061 Sarapan tengah hari, $53, 88 00:05:10,811 --> 00:05:14,565 tapi awak hanya kata, "Wanita kulit putih yang masak bakon ini." 89 00:05:15,441 --> 00:05:18,569 Yalah, saya minta rangup. Perkara begitu kena ditegur. 90 00:05:19,528 --> 00:05:20,946 Awak dengar rupanya. 91 00:05:21,739 --> 00:05:23,657 Saya tak boleh fikir hal lain? 92 00:05:23,741 --> 00:05:26,285 Lu, saya berulang-alik demi kita. 93 00:05:27,119 --> 00:05:30,498 Takkan nak rosakkan masa singkat kita dengan hal adik awak? 94 00:05:31,957 --> 00:05:33,918 - Betul kata awak. - Okey. 95 00:05:36,629 --> 00:05:39,006 Kenapa dia kata saya asyik menyibuk hal dia? 96 00:05:40,216 --> 00:05:42,426 Menyesal habis baca buku di dalam pesawat. 97 00:05:43,969 --> 00:05:45,721 Maaf. Saya ada di sini. 98 00:05:46,389 --> 00:05:47,223 Betul. 99 00:05:52,436 --> 00:05:53,604 Ini salah. 100 00:05:54,522 --> 00:05:56,649 Jika begitu, langkah seterusnya lagi teruk. 101 00:05:57,316 --> 00:06:00,403 Kita tak boleh bersama sedangkan saya asyik fikir pasal dia. 102 00:06:00,486 --> 00:06:02,571 Mungkin saya patut telefon dia dan berbaik. 103 00:06:03,364 --> 00:06:06,617 - Tiada apa berubah selepas 30 tahun. - Awak tak faham. 104 00:06:06,700 --> 00:06:09,954 Saya faham yang dia jugalah punca kita berpisah dulu. 105 00:06:10,913 --> 00:06:12,164 Dia adik saya. 106 00:06:12,248 --> 00:06:14,208 Jadi, awak biarkan dia ambil kesempatan? 107 00:06:14,834 --> 00:06:16,627 Dia pegang awak. 108 00:06:16,710 --> 00:06:19,797 Tolonglah. Tiada siapa pegang Lucretia Turner. 109 00:06:21,132 --> 00:06:22,341 Bunyinya agak sedih. 110 00:06:24,218 --> 00:06:26,178 Mungkin saya tak tahu seluruh cerita. 111 00:06:26,887 --> 00:06:29,181 Mungkin Regina jaga awak macam awak jaga dia. 112 00:06:30,266 --> 00:06:32,852 Saya nak awak berdua berbaik. Betul. 113 00:06:33,853 --> 00:06:36,939 Tapi awak pernah fikir tentang diri sendiri walau sehari? 114 00:06:40,151 --> 00:06:41,735 Regina masih ada esok. 115 00:06:51,912 --> 00:06:53,414 Apa yang Lucretia nak hari ini? 116 00:06:54,623 --> 00:06:55,458 Entah. 117 00:06:56,041 --> 00:06:59,211 Saya boleh fikir lebih baik jika ada orang urut kaki ini. 118 00:07:07,803 --> 00:07:11,390 Kejutan! Hari pertama keraian minggu kelahiran awak. 119 00:07:11,474 --> 00:07:12,933 Lambat. Saya dah nampak. 120 00:07:13,017 --> 00:07:14,059 SELAMAT HARI JADI 121 00:07:14,143 --> 00:07:15,519 Bukan bersama saya. 122 00:07:16,395 --> 00:07:19,231 Maaf, saya nak tunjuk pagi tadi, tapi saya ada hal. 123 00:07:19,315 --> 00:07:22,902 Ya, lepak di laluan kerusi roda dengan kawan baik baharu, Steph? 124 00:07:22,985 --> 00:07:26,655 Tak penting, tapi lokar saya yang ini. 125 00:07:30,451 --> 00:07:32,161 Saya dah kata, "Maaf," Chris. 126 00:07:34,205 --> 00:07:35,664 Kenapa dia tak buang saja? 127 00:07:35,748 --> 00:07:38,083 Dia lahir pada tahun lompat. Kempunan. 128 00:07:39,376 --> 00:07:41,629 Tak perlu buat begini kerana rasa bersalah. 129 00:07:41,712 --> 00:07:45,049 Awak kawan baik saya. Kita dah jarang jumpa. 130 00:07:45,841 --> 00:07:48,385 Awak asyik dihukum kerana awak nak jadi popular. 131 00:07:48,469 --> 00:07:52,223 Jadikan kita berdua popular. Kita berdua akan mencapai puncak. 132 00:07:53,057 --> 00:07:54,642 Itu impian awak, Dr. King. 133 00:07:54,725 --> 00:07:56,685 Saya disembur air di belakang. 134 00:07:56,769 --> 00:07:58,771 Biar saya susah agar awak senang. 135 00:07:59,813 --> 00:08:02,608 Serius. Saya bangun awal. 136 00:08:02,691 --> 00:08:04,193 Hias lokar Chris untuk awak. 137 00:08:07,613 --> 00:08:10,407 Okey, memang comel. 138 00:08:11,492 --> 00:08:13,327 Nak buat tradisi hari jadi kita? 139 00:08:13,410 --> 00:08:14,870 Chili's. 140 00:08:15,579 --> 00:08:16,622 Okey. Kita okey. 141 00:08:17,831 --> 00:08:20,751 Saya nak pesan Southwestern Eggrolls. 142 00:08:20,834 --> 00:08:22,169 Empat belas tahun itu tua. 143 00:08:22,253 --> 00:08:24,338 Saya kena makan sementara boleh. 144 00:08:24,421 --> 00:08:26,757 Saya dapat duit poket sekarang. 145 00:08:26,840 --> 00:08:29,927 Saya nak Triple Dipper dan Skillet Queso untuk saya seorang. 146 00:08:30,010 --> 00:08:31,679 Mak ayah awak beri duit poket? 147 00:08:31,762 --> 00:08:34,181 Saya nak guna sebelum mereka minta balik. 148 00:08:36,475 --> 00:08:38,018 HOSPITAL BESAR MERCY 149 00:08:39,645 --> 00:08:41,272 Hei. Ada masa lapang? 150 00:08:41,355 --> 00:08:43,399 Saya tiada masa lapang hari ini. 151 00:08:43,482 --> 00:08:47,069 Dr. Grossman membedah ketika mabuk. 152 00:08:47,152 --> 00:08:50,364 Jadi, saya perlu uruskan tuntutan malpraktik 153 00:08:50,447 --> 00:08:52,449 bagi menentukan liabiliti hospital. 154 00:08:52,533 --> 00:08:53,576 Susahnya. 155 00:08:55,202 --> 00:08:57,454 Jawatankuasa biasiswa dah buat keputusan. 156 00:08:57,538 --> 00:08:59,206 Pedulikan Dr. Grossman. 157 00:08:59,290 --> 00:09:00,916 Dia akan masuk penjara. 158 00:09:02,084 --> 00:09:03,294 Buat saya gembira. 159 00:09:03,377 --> 00:09:06,880 Saya tahu awak nak MBA, jadi saya minta untuk beritahu awak. 160 00:09:06,964 --> 00:09:08,924 Saya dapat! Kalian, saya dapat! 161 00:09:10,884 --> 00:09:13,887 Terima kasih, Jesus! Pujian kepada-Nya! 162 00:09:15,180 --> 00:09:17,641 Mungkin cara saya sampaikan salah. 163 00:09:18,726 --> 00:09:19,768 Awak tak dapat. 164 00:09:21,645 --> 00:09:24,732 Saya tak dapat? Apa? 165 00:09:25,733 --> 00:09:28,902 Ini selalu terjadi. Muka biasa saya memang ceria begini. 166 00:09:29,695 --> 00:09:31,864 Saya dah desak agar awak yang dapat, 167 00:09:31,947 --> 00:09:34,199 tapi ada terlalu ramai yang layak. 168 00:09:34,283 --> 00:09:37,494 Ramai orang perlukannya. Yuran universiti mahal. 169 00:09:39,538 --> 00:09:41,206 Sebab itu saya perlukannya. 170 00:09:41,290 --> 00:09:42,249 Saya bersimpati. 171 00:09:42,916 --> 00:09:46,045 Kalau saya, semua orang dapat duit yang diperlukan. 172 00:09:47,921 --> 00:09:51,884 Oh ya. Jika satu pun tuntutan ini berjaya, habislah kita. Jadi… 173 00:09:52,635 --> 00:09:53,969 Halang semuanya. Okey? 174 00:09:56,013 --> 00:09:56,889 Okey. 175 00:09:57,723 --> 00:09:59,308 Tuhan tetap baik. 176 00:10:01,060 --> 00:10:02,853 Saya masih di sini. 177 00:10:05,397 --> 00:10:07,691 Tapi boleh Kau bantu aku? 178 00:10:09,234 --> 00:10:10,653 Sebab ini mengarut. 179 00:10:21,330 --> 00:10:22,289 Tak perlu dia. 180 00:10:23,874 --> 00:10:26,877 Alamak. Saya bercakap seorang. Saya ada krisis. 181 00:10:34,176 --> 00:10:36,011 Tinggalkan pesanan, atau tidak. 182 00:10:39,014 --> 00:10:41,767 Apa penting sangat sampai tak jawab telefon? 183 00:10:42,601 --> 00:10:45,813 Macam mana sos boleh tertumpah? Masalah tukang cuci. 184 00:10:49,108 --> 00:10:51,235 Selepas seks dah selesai, 185 00:10:51,318 --> 00:10:53,612 bilik hotel sangat selesa sebenarnya. 186 00:10:55,781 --> 00:10:57,116 Saya pun menyelesakan. 187 00:10:57,741 --> 00:11:01,453 Saya bayar $12.99 untuk filem ini. Awak boleh baring di sana. 188 00:11:15,175 --> 00:11:16,677 Saya tahu kita melepak, 189 00:11:16,760 --> 00:11:20,639 tapi saya tak boleh berdiam diri. Panthro ThunderCat terbaik. 190 00:11:21,598 --> 00:11:24,810 Awak gilalah. Lion-O ada pedang! 191 00:11:24,893 --> 00:11:26,186 Saya suka Snarf. 192 00:11:26,270 --> 00:11:27,563 Awak memang Snarf. 193 00:11:29,314 --> 00:11:33,527 Cheetara menemani saya ketika malam yang sepi di penjara. 194 00:11:35,654 --> 00:11:38,991 Berbintik polka. Alahai bintik polka! 195 00:11:41,785 --> 00:11:44,246 Dah lewat. Saya perlu bangun awal esok. 196 00:11:44,913 --> 00:11:46,665 Awak kena bekerja di lombong rambut. 197 00:11:49,460 --> 00:11:51,086 Ya, gelaklah. 198 00:11:51,170 --> 00:11:55,257 Wanita cukur kepala dapat 50 dolar. Saya jual dengan harga 300 dolar. 199 00:11:55,924 --> 00:11:58,886 Awak perlu tahu yang saya pilih untuk botak. 200 00:11:58,969 --> 00:12:01,054 Berapa boleh dapat jika saya bela rambut? 201 00:12:02,765 --> 00:12:04,266 Sup di rumah perlindungan. 202 00:12:07,102 --> 00:12:08,479 Saya dah cukup. 203 00:12:09,146 --> 00:12:11,815 Apa pun, Bennie. Terima kasih. 204 00:12:11,899 --> 00:12:14,818 Ya, seronok lepak. Awak okey. 205 00:12:14,902 --> 00:12:16,904 Ya, Kelvin sukakan awak, agaknya. 206 00:12:17,780 --> 00:12:18,781 Mudah untuk suka dia. 207 00:12:19,948 --> 00:12:21,158 Dia budak yang baik. 208 00:12:21,241 --> 00:12:24,161 Ya. Saya masih tak pasti 209 00:12:24,995 --> 00:12:28,332 sebab awak nak bersama Tasha yang gila itu sepanjang masa. 210 00:12:29,291 --> 00:12:32,169 Saya lepaskan awak kerana kita sedang membina ikatan. 211 00:12:32,920 --> 00:12:35,839 Saya okey jika mereka pindah dalam masa sebulan. 212 00:12:35,923 --> 00:12:39,009 Mungkin selepas Kelvin tamat sekolah. Tengoklah. 213 00:12:39,802 --> 00:12:40,761 Bennie. 214 00:12:41,428 --> 00:12:44,181 Mereka akan berpindah pada masa yang kami tetapkan. 215 00:12:44,264 --> 00:12:47,810 Ya, selepas saya setuju. Awak fikir kenapa awak ke sini? 216 00:12:48,894 --> 00:12:50,562 Saya cuba tak marah. 217 00:12:50,646 --> 00:12:52,189 Okey, apa awak nak buat? 218 00:12:52,272 --> 00:12:56,026 - Nak potong rambut saya? - Dengar cakap saya. 219 00:12:56,109 --> 00:12:59,112 Bertenang. Awak bukan ayah saya atau ayah Kelvin. 220 00:12:59,196 --> 00:13:01,782 Sebab itu saya cuba berbaik, 221 00:13:01,865 --> 00:13:04,868 tapi saya ke sini bukan untuk dapatkan persetujuan awak. 222 00:13:04,952 --> 00:13:06,578 Tasha teman wanita saya. 223 00:13:06,662 --> 00:13:08,580 Biar saya beritahu awak pasal Tasha. 224 00:13:08,664 --> 00:13:10,082 Tak. Cukuplah sekali. 225 00:13:10,165 --> 00:13:13,001 Okey. Jadi, apa awak nak buat? 226 00:13:13,085 --> 00:13:14,336 - Hei! - Awak tolak saya! 227 00:13:14,419 --> 00:13:16,547 - Hei! - Hei, janganlah! 228 00:13:17,756 --> 00:13:19,299 - Lepas! - Kenapa halang saya? 229 00:13:19,383 --> 00:13:21,510 Hei! Mana boleh berperangai begini. 230 00:13:21,593 --> 00:13:23,804 Kalian minat wanita yang sama. 231 00:13:24,471 --> 00:13:25,806 Pasti ada maknanya. 232 00:13:25,889 --> 00:13:29,685 Ya, maknanya kami buat keputusan teruk yang sama. 233 00:13:30,561 --> 00:13:33,647 Aduhai. Sudahlah. Malas saya nak layan. 234 00:13:33,730 --> 00:13:35,983 Saya, Tasha dan Kelvin akan bersama. 235 00:13:36,066 --> 00:13:38,986 Awak perlu menerimanya dan berhenti susahkan saya. 236 00:13:39,069 --> 00:13:40,362 Yalah. 237 00:13:42,155 --> 00:13:44,199 Aduhai, Duck. Kenapa halang saya? 238 00:13:44,283 --> 00:13:46,451 Yalah, jika tak, tentu awak bunuh dia. 239 00:13:46,535 --> 00:13:47,953 Nasib baik awak halang. 240 00:13:48,036 --> 00:13:50,414 Yalah. Jika tak, Noah akan bunuh dia. 241 00:13:58,630 --> 00:14:01,842 Hei, jangan hempas pintu kabinet dapur saya. 242 00:14:01,925 --> 00:14:05,554 Kenapa masih beli Pop-Tarts tanpa aising? Kita dah berduit. 243 00:14:06,471 --> 00:14:08,765 Tak. Kita takkan bergaduh. Okey? 244 00:14:08,849 --> 00:14:11,518 Saya dah beri awak peluang layan perasaan malam tadi. 245 00:14:11,602 --> 00:14:13,437 Tak, kita berbual pasal hal awak. 246 00:14:13,520 --> 00:14:15,856 Apa hal saya? 247 00:14:16,648 --> 00:14:19,026 Hal berkaitan parti hari jadi Maya. 248 00:14:19,693 --> 00:14:21,486 Negro, itu dah lepaslah. 249 00:14:22,487 --> 00:14:23,864 Tasha nak rampas anak saya. 250 00:14:24,448 --> 00:14:28,076 Bennie, saya seronok awak dah rapat dengan Kelvin. 251 00:14:28,160 --> 00:14:30,996 Saya pun akan merinduinya nanti, okey? 252 00:14:31,079 --> 00:14:33,290 Tapi Kelvin keutamaan Tasha. 253 00:14:33,373 --> 00:14:35,500 Jika dia rasa ini yang terbaik, 254 00:14:35,584 --> 00:14:37,002 kita mesti hormatinya. 255 00:14:39,212 --> 00:14:42,174 Dia tarik rambut awak kuat sangat? Awak dah berubah. 256 00:14:44,259 --> 00:14:46,762 Bennie, saya cuma menyatakan hakikat. 257 00:14:47,596 --> 00:14:50,432 Jika awak ada perjanjian sah dengannya, 258 00:14:50,515 --> 00:14:53,393 bolehlah awak masuk campur, tapi tiada. 259 00:14:54,937 --> 00:14:57,064 Aduhai. Saya tersedu pula. 260 00:14:58,607 --> 00:14:59,816 Selamat pagi. 261 00:15:00,317 --> 00:15:03,278 Dah hilang. Muka Lucretia buat saya terkejut. 262 00:15:04,988 --> 00:15:07,324 Awak ke mana semalam? 263 00:15:07,407 --> 00:15:09,201 Nampaknya kita masih marah. 264 00:15:09,701 --> 00:15:13,497 Itu bukan urusan awak, tapi saya bersama Frank. 265 00:15:13,580 --> 00:15:16,291 Saya datang untuk berbincang pasal kejadian di gereja. 266 00:15:16,959 --> 00:15:19,544 Awak masih membunyikan locengnya? 267 00:15:21,004 --> 00:15:23,465 Boleh suruh dia pergi? Selamanya? 268 00:15:24,257 --> 00:15:25,717 "Perlindungan!" 269 00:15:27,302 --> 00:15:28,595 "Lucretia-modo!" 270 00:15:32,140 --> 00:15:33,558 Kita tak perlu berbincang. 271 00:15:34,476 --> 00:15:39,022 Tapi jika awak nak menghilangkan diri, beritahulah seseorang. 272 00:15:39,106 --> 00:15:42,818 Maaf. Lain kali saya akan beritahu pihak pengurusan. 273 00:15:42,901 --> 00:15:46,989 Awak fikir saya siapa? Saya kakak awak, bukan pekerja awak. 274 00:15:47,072 --> 00:15:50,242 Saya perlukan awak, tapi awak tak jawab telefon. 275 00:15:50,993 --> 00:15:52,703 Okey. Awak tak risau pun. 276 00:15:52,786 --> 00:15:54,830 Awak perlukan saya. Kenapa? 277 00:15:55,539 --> 00:15:58,625 Jemput Aaliyah dari koir? Hantar Maya ke latihan bola sepak? 278 00:15:58,709 --> 00:16:02,004 Pergi ke pasar raya? Semua perkara yang awak suruh buat. 279 00:16:03,755 --> 00:16:04,756 Frank pun nampak. 280 00:16:04,840 --> 00:16:08,260 Apa? Kenapa dia masuk campur pula? 281 00:16:08,343 --> 00:16:11,304 Kasihan Regina terpaksa hadapi kehidupannya sehari. 282 00:16:11,388 --> 00:16:13,515 Saya tak dapat biasiswa itu. 283 00:16:16,977 --> 00:16:18,979 Saya bersimpati. Itu mengecewakan. 284 00:16:19,563 --> 00:16:21,356 Kita akan cari jalan. 285 00:16:23,191 --> 00:16:26,611 Tapi sekarang, saya nak awak dengar dulu kata-kata saya. 286 00:16:26,695 --> 00:16:28,572 Maksud awak, kata-kata Frank. 287 00:16:28,655 --> 00:16:30,282 Hati-hati, Regina. 288 00:16:30,365 --> 00:16:33,827 Awak biar lelaki kawal hidup awak? Itu yang kita buat? 289 00:16:33,910 --> 00:16:36,371 Amboi, Puan Upshaw. 290 00:16:36,455 --> 00:16:40,625 - Bennie ada ketika saya perlukannya. - Okey. Awak dah merepek. 291 00:16:42,002 --> 00:16:46,298 Betul kata awak. Kita tak perlu berbincang buat selamanya. 292 00:16:50,010 --> 00:16:51,595 Saya tak tahan dengan dia! 293 00:16:51,887 --> 00:16:53,180 Siapa suruh tahan, bodoh! 294 00:16:59,603 --> 00:17:03,774 Awak serang Noah? Awak sepatutnya berkenalan dengan dia! 295 00:17:03,857 --> 00:17:05,692 Dia lembiklah. 296 00:17:05,776 --> 00:17:08,195 Saya cuba berfikiran terbuka tentangnya, 297 00:17:08,278 --> 00:17:11,782 - tapi Kelvin tak boleh ikut dia. - Awak fikir awak ada hak? 298 00:17:11,865 --> 00:17:14,409 - Ya. Saya ayahnya. - Jadi? Saya ibunya! 299 00:17:14,493 --> 00:17:16,703 Saya ibunya selama ini. 300 00:17:16,787 --> 00:17:19,247 Selepas 13 tahun, baru awak ajak dia makan malam. 301 00:17:19,331 --> 00:17:22,626 Cukup. Kita dah selesaikan hal itu. 302 00:17:23,502 --> 00:17:27,672 Noah bukan saja bagus untuk saya. Dia juga bagus untuk Kelvin. 303 00:17:27,756 --> 00:17:31,468 - Ya? - Ya! Jika awak tak nampak kerana bodoh… 304 00:17:32,469 --> 00:17:35,263 Sejujurnya, saya tak peduli. 305 00:17:36,264 --> 00:17:38,642 Jika awak bawa dia, saya akan saman awak. 306 00:17:38,725 --> 00:17:40,727 Saman? Awak dah bermoral sekarang? 307 00:17:40,811 --> 00:17:43,355 Ini bukan gurauan. Hak jagaan bersama. 308 00:17:44,314 --> 00:17:46,483 Dia tetap duduk dengan saya, cerdik. 309 00:17:47,234 --> 00:17:49,111 Kalau begitu, hak jagaan sepenuhnya! 310 00:17:50,320 --> 00:17:53,406 Tolonglah. Regina takkan bersetuju! 311 00:17:53,490 --> 00:17:55,075 Saya tak dikawal wanita. 312 00:17:56,743 --> 00:17:57,869 Awak serius. 313 00:17:57,953 --> 00:18:01,081 Ya, mana boleh kacau saya dan anak saya. Walaupun ibunya. 314 00:18:02,582 --> 00:18:07,420 Okey, tapi awak tahu kita tak perlu ke mahkamah. 315 00:18:08,463 --> 00:18:12,384 Kawan saya, Riri pernah melalui hal ini dengan ayah anaknya. 316 00:18:12,467 --> 00:18:15,428 Masa dan duit mereka habis. 317 00:18:15,512 --> 00:18:18,014 Akhirnya hakim cuma tanya si anak nak ikut siapa. 318 00:18:18,098 --> 00:18:19,474 Jadi… 319 00:18:19,558 --> 00:18:21,768 Jadi, jangan bergaduh lagi, boleh? 320 00:18:21,852 --> 00:18:23,353 Biar Kelvin buat keputusan. 321 00:18:24,146 --> 00:18:26,356 Sesiapa pun dia pilih, 322 00:18:27,399 --> 00:18:28,650 kita akan terima. 323 00:18:28,733 --> 00:18:29,985 Boleh. Mudah saja. 324 00:18:30,068 --> 00:18:32,946 Suruh dia berdiri di tengah. Kita panggil dia. 325 00:18:34,948 --> 00:18:38,410 Bagaimana awak ada anak dengan dua wanita? 326 00:18:38,493 --> 00:18:40,620 Serius. Kita patut buat dokumentari. 327 00:18:40,704 --> 00:18:43,665 - Saya teringin nak tahu. - Saya Bennie Upshaw. 328 00:18:43,748 --> 00:18:44,875 Malas nak layan. 329 00:18:51,298 --> 00:18:56,303 Okey. Pelikkah jika saya macam Blanche, tapi bukan macam Samantha? 330 00:18:57,179 --> 00:19:00,473 Kita baru berasmara, tapi kata-kata awak itu lagi gay. 331 00:19:00,557 --> 00:19:03,560 Ya. Okey, apa-apalah, awak gay dalam diam. 332 00:19:03,643 --> 00:19:05,854 Okey, masih nak cakap pasal itu? 333 00:19:05,937 --> 00:19:08,648 - Awak akan buat sesuatu? - Tidak. 334 00:19:14,029 --> 00:19:16,823 Tiada siapa di rumah! Kacau. 335 00:19:18,700 --> 00:19:21,870 - Awak penjaga bangunan ini. - Aduhai. Tak guna. 336 00:19:26,208 --> 00:19:28,418 - Sydney! - Maaf kerana saya awal. 337 00:19:28,501 --> 00:19:33,340 - Mak kerja. Ada kejadian menikam. - Hari ini akan jadi hari yang teruk. 338 00:19:33,423 --> 00:19:36,009 Awak jaga budak? Awak buat berapa kerja? 339 00:19:37,928 --> 00:19:41,097 Sydney, ini kawan saya, Hector. 340 00:19:41,181 --> 00:19:44,017 Hector, ini Sydney. 341 00:19:45,644 --> 00:19:46,561 Anak saya. 342 00:19:47,646 --> 00:19:49,064 Tak tahu awak ada kekasih. 343 00:19:58,281 --> 00:20:01,117 Dapur kecil. Selalu kehabisan kopi. 344 00:20:01,201 --> 00:20:04,412 Harap-harap Regina tak dapat kopi Café Bustelo. 345 00:20:07,207 --> 00:20:10,794 - Saya bawa sesuatu untuk semua. - Bukan hari jadi sesiapa, Clark. 346 00:20:10,877 --> 00:20:12,379 Tak, ini untuk saya. 347 00:20:12,462 --> 00:20:14,756 Saya dapat masuk program Kerja Sambil Belajar. 348 00:20:15,799 --> 00:20:17,550 Mereka taja pembelajaran awak? 349 00:20:18,843 --> 00:20:21,137 Ayah awak ketua surgeri toraks. 350 00:20:21,221 --> 00:20:24,683 Ya. Harapnya orang tak fikir itu sebabnya saya dapat. 351 00:20:25,475 --> 00:20:27,894 Awak tak boleh halang orang daripada berfikir. 352 00:20:31,106 --> 00:20:33,441 Tentu temu duga awak berjalan lancar. 353 00:20:33,525 --> 00:20:34,526 Temu duga? 354 00:20:37,445 --> 00:20:40,115 Hei. Awak sepatutnya dah dapat fail biru. 355 00:20:41,324 --> 00:20:43,368 Dah tengok? 356 00:20:45,287 --> 00:20:47,414 Saya baru saja dapat. 357 00:20:47,497 --> 00:20:50,166 Tak apa. Saya perlukannya sebelum awak balik. 358 00:20:51,251 --> 00:20:53,461 Clark. Kek cawan. 359 00:20:53,545 --> 00:20:55,880 Bertambah sedap kopi Café Bustelo saya. 360 00:20:57,382 --> 00:20:59,843 - Tahniah, sekali lagi. - Terima kasih. 361 00:21:00,385 --> 00:21:03,263 Kini, bahagian sukar. Memikirkan bidang saya. 362 00:21:06,933 --> 00:21:08,310 Tidak. Cukup. 363 00:21:09,311 --> 00:21:11,229 Kalian akan buat muka saya herot. 364 00:21:11,813 --> 00:21:14,524 Kalian tak peduli pun. Kalian akan… 365 00:21:14,607 --> 00:21:16,901 Saya boleh mati di sini sekarang juga, 366 00:21:16,985 --> 00:21:20,405 tapi tentu kalian berikan borang untuk saya isi sendiri. 367 00:21:20,488 --> 00:21:22,365 Di dalam fail biru. 368 00:21:22,449 --> 00:21:24,492 Jadi, awak tak nak kek cawan? 369 00:21:24,576 --> 00:21:27,829 Tak nak, Clark! Saya tak nak kek cawan. 370 00:21:27,912 --> 00:21:32,292 Tak. Saya nak dihargai. 371 00:21:33,918 --> 00:21:37,088 Persetankan kerja ini. Ambillah. 372 00:21:38,465 --> 00:21:39,424 Saya berhenti kerja. 373 00:21:47,557 --> 00:21:50,226 Gebunya kek ini! Di mana awak beli? 374 00:21:50,310 --> 00:21:51,394 Orang gaji saya buat. 375 00:21:53,355 --> 00:21:55,065 Saya benci awak, Clark. 376 00:22:05,116 --> 00:22:07,827 Saya dah bersedia untuk ke Chili's. 377 00:22:07,911 --> 00:22:10,246 Saya dah bawa beg tangan mak saya. 378 00:22:10,330 --> 00:22:12,665 Kerepek tanpa had? Cabaran diterima. 379 00:22:12,749 --> 00:22:15,001 Saya tak makan untuk kosongkan perut. 380 00:22:15,085 --> 00:22:16,711 Saya rasa pening semasa PJ, 381 00:22:16,795 --> 00:22:19,506 jadi saya kata datang bulan. Cikgu beri saya rehat. 382 00:22:20,090 --> 00:22:21,633 Kita dah bersedia. 383 00:22:21,716 --> 00:22:23,885 Aaliyah. Tengok filem di rumah saya. 384 00:22:23,968 --> 00:22:25,387 Boleh. Bila? 385 00:22:25,470 --> 00:22:26,763 Sekaranglah. 386 00:22:26,846 --> 00:22:28,848 Awak fikir saya pakai begini untuk keluar? 387 00:22:30,558 --> 00:22:31,393 Tapi… 388 00:22:31,476 --> 00:22:33,520 Jomlah. Saya nak awak ada. 389 00:22:36,815 --> 00:22:38,858 Kita akan lepak hujung minggu ini. 390 00:22:39,609 --> 00:22:40,610 Awak faham, bukan? 391 00:22:41,694 --> 00:22:43,947 - Awak serius? - Untuk kita. 392 00:22:45,365 --> 00:22:46,699 Filem. 393 00:22:47,534 --> 00:22:48,576 Untuk kita. 394 00:22:50,703 --> 00:22:53,081 Nak tengok filem apa? Tentu seronok. 395 00:22:53,873 --> 00:22:55,458 Hai, Savannah. Selamat hari jadi. 396 00:22:58,628 --> 00:23:00,213 Maaf. Saya lewat sehari? 397 00:23:02,966 --> 00:23:04,008 Apa jadi? 398 00:23:05,969 --> 00:23:06,886 Awak okey? 399 00:23:23,820 --> 00:23:24,779 Hei. 400 00:23:24,863 --> 00:23:27,782 Jika kita sesibuk ini, awak perlu tambah pekerja. 401 00:23:27,866 --> 00:23:30,243 Ya. Dah lama saya tak bersenam. 402 00:23:30,326 --> 00:23:32,871 Saya tak suka senaman saya cuma angkat tayar. 403 00:23:34,330 --> 00:23:38,251 Semasa saya setuju bekerja, saya tak sangka awak akan berjaya. 404 00:23:40,128 --> 00:23:43,548 Saya tahu kamu bekerja keras dan layak ambil cuti. 405 00:23:43,631 --> 00:23:45,550 - Ya. - Kami boleh ambil cuti? 406 00:23:45,633 --> 00:23:46,676 - Ya! - Tak boleh! 407 00:23:47,469 --> 00:23:49,637 Teruskan. Sambung kerja karburetor… 408 00:23:49,721 --> 00:23:52,015 Ambilkan karburetor dan benda lain. 409 00:23:52,098 --> 00:23:53,725 - Hei, kenapa awak ke sini? - Hei. 410 00:23:54,684 --> 00:23:56,936 Saya rasa saya dah berhenti kerja. 411 00:23:57,020 --> 00:24:00,190 Awak asyik fikirkan hal duit itu sampai jadi tak waras. 412 00:24:01,816 --> 00:24:03,193 Entah apa berlaku. 413 00:24:03,276 --> 00:24:05,737 Semuanya kabur. Ada kek cawan. Saya maki. 414 00:24:05,820 --> 00:24:08,406 Kejap. Ada kek cawan di tempat kerja awak? 415 00:24:09,574 --> 00:24:11,367 Saya nak rehat sepuluh minit. 416 00:24:11,451 --> 00:24:14,412 Saya rehat 20 minit. Saya doa untuk awak, Regina. 417 00:24:14,496 --> 00:24:17,540 Hei. Kamu berdua tak masuk persatuan. 418 00:24:17,624 --> 00:24:19,250 Cepat sikit sambung kerja! 419 00:24:19,334 --> 00:24:21,419 Hulurkan pemutar skru itu, sayang. 420 00:24:21,503 --> 00:24:23,379 - Awak dengar apa saya kata? - Apa? 421 00:24:23,463 --> 00:24:26,007 Saya berhenti kerja. 422 00:24:26,090 --> 00:24:28,843 Ya, saya dengar. Pergi minta balik. 423 00:24:29,844 --> 00:24:31,513 Pergi minta balik? 424 00:24:31,596 --> 00:24:34,849 Awak tak nak tahu kenapa saya berhenti? 425 00:24:35,642 --> 00:24:38,520 Saya tak peduli, jika tiada siapa sentuh awak. 426 00:24:39,270 --> 00:24:42,941 Perlu lebih pendapatan kerana Kelvin akan tinggal dengan kita. 427 00:24:43,024 --> 00:24:45,109 Tak, saya faham, tapi… Apa? 428 00:24:46,569 --> 00:24:48,071 Kelvin tinggal dengan siapa? 429 00:24:48,154 --> 00:24:50,031 Dia tinggal dengan kita. 430 00:24:51,449 --> 00:24:55,245 Tasha fikir Kelvin akan pilih dia, tapi saya lebih menyeronokkan. 431 00:24:55,828 --> 00:24:58,998 Awak dengar apa saya cakap? 432 00:24:59,791 --> 00:25:01,543 Saya tak dapat biasiswa itu. 433 00:25:02,710 --> 00:25:07,549 Saya berhenti kerja. Saya tak nak bela seorang lagi anak. Awak… 434 00:25:08,258 --> 00:25:11,135 Tasha ibunya. Awak boleh jumpa pada hujung minggu. 435 00:25:15,306 --> 00:25:16,349 Ya. Helo? 436 00:25:17,475 --> 00:25:19,811 Ya, saya. Apa? 437 00:25:20,728 --> 00:25:22,939 Maaf. Okey. Ya. Maaf. Tak… 438 00:25:23,022 --> 00:25:27,944 Tentu ada salah faham… Okey. Baiklah. Saya datang. 439 00:25:30,488 --> 00:25:33,366 Maya di sekolah. Lucretia tak pergi jemput. 440 00:25:33,449 --> 00:25:36,452 Si gila mana melepaskan geram pada anak orang? 441 00:25:38,204 --> 00:25:39,914 Kenapa kamu tak buat kerja? 442 00:25:39,998 --> 00:25:42,709 - Sebab Bennie kata… - Saya tak peduli apa dia kata. 443 00:25:42,792 --> 00:25:46,754 Saya kena berdoa untuk awak juga. Tuhan, ada tambahan. 444 00:25:47,755 --> 00:25:49,632 Kenapa awak tak jemput Maya? 445 00:25:49,716 --> 00:25:52,010 Kini, saya kena dengar guru besar berleter. 446 00:25:52,802 --> 00:25:55,388 Alamak. Hari ini Khamis. 447 00:25:55,471 --> 00:25:56,848 Tentu saya terkeliru. 448 00:25:56,931 --> 00:26:00,602 Yalah, si gila mana melepaskan geram pada anak orang? 449 00:26:01,311 --> 00:26:03,104 - Saya pergi. - Tak, biar saya. 450 00:26:03,187 --> 00:26:04,981 Usah buat apa-apa lagi. 451 00:26:05,982 --> 00:26:08,443 Ingat itu sambil awak keluar dari kedai 452 00:26:08,526 --> 00:26:12,363 yang awak suruh saya beli agar suami tak terlibat dengan jenayah. 453 00:26:12,447 --> 00:26:14,240 Kenapa telinga saya panas? 454 00:26:14,782 --> 00:26:18,620 Saya jemu dengan awak. Macam piring hitam yang rosak. 455 00:26:18,703 --> 00:26:23,249 Tak rosaklah. Saya akan mainkan semua lagu popular. 456 00:26:23,333 --> 00:26:27,712 Saya yang bina kedai ini. Guna duit saya untuk bina dindingnya. 457 00:26:27,795 --> 00:26:30,173 Tumpang tanya. Awak pemilik kedai ini? 458 00:26:30,256 --> 00:26:32,091 Ya, betul. 459 00:26:32,175 --> 00:26:35,803 Awak ditahan kerana sengaja beli dan jual komponen kereta curi. 460 00:26:35,887 --> 00:26:37,930 - Apa? - Awak gila. 461 00:26:38,014 --> 00:26:40,099 Saya tak beli apa-apa barang curi. 462 00:26:40,183 --> 00:26:42,352 - Bennie? - Saya nak jemput Maya. 463 00:26:42,935 --> 00:26:43,853 Bennie! 464 00:26:46,731 --> 00:26:49,317 Tuan, begini. Saya boleh jelaskan. 465 00:26:50,485 --> 00:26:52,403 Kalian tak dengar betul-betul. 466 00:26:57,158 --> 00:27:01,371 Saya akan meloloskan diri dan bunuh awak. 467 00:27:02,664 --> 00:27:03,623 Polis! 468 00:27:30,983 --> 00:27:35,988 Terjemahan sari kata oleh H. Segara