1 00:00:12,421 --> 00:00:18,421 BAB 4 BUNGA API 2 00:00:20,821 --> 00:00:26,541 DI SUATU TEMPAT DI LAUTAN PASIFIK 3 00:00:33,341 --> 00:00:35,341 Ini tak masuk akal. 4 00:00:35,421 --> 00:00:39,741 Tory, bukannya saya nak jadi betul. 5 00:00:39,781 --> 00:00:43,461 Tetapi tak ada kapal yang datang, dan memang saya tahu. 6 00:00:43,901 --> 00:00:45,741 Tetapi pengiraan saya betul! 7 00:00:46,061 --> 00:00:48,821 Sepatutnya ada sekurang-kurangnya dua bot. 8 00:00:48,901 --> 00:00:53,141 Tidak. Pengiraan awak merepek seperti orang gila. 9 00:00:53,221 --> 00:00:56,701 Tiada bot yang datang dan sekarang kita tersadai di sini, 10 00:00:56,781 --> 00:00:58,861 awak, saya, dan Clarkson, 11 00:00:58,941 --> 00:01:03,341 tanpa makanan, air, layar, 12 00:01:03,421 --> 00:01:05,821 tanpa bahan api dan harapan. 13 00:01:09,861 --> 00:01:12,701 Hakikatnya, kita akan mati. 14 00:01:19,181 --> 00:01:25,181 ESKAPIS YANG HEBAT 15 00:01:42,741 --> 00:01:43,581 Betul! 16 00:01:50,901 --> 00:01:51,981 Awak sedang buat apa? 17 00:01:52,061 --> 00:01:56,021 Saya mengawal keadaan dan takdir kita. 18 00:01:56,101 --> 00:01:57,621 Dengan merosakkan rakit? 19 00:01:57,701 --> 00:02:01,941 Ada banyak bahagian rakit ini yang boleh dibakar 20 00:02:02,021 --> 00:02:04,141 untuk dijadikan bahan api untuk pulang. 21 00:02:04,221 --> 00:02:06,821 Lihat siapa dah jadi gila sekarang. 22 00:02:06,901 --> 00:02:09,141 Semuanya. Awak boleh membakar semuanya. 23 00:02:09,221 --> 00:02:11,341 Ya, jom kita bakar Clarkson selepas ini. 24 00:02:11,421 --> 00:02:12,901 Tidak. Cuma kayu. 25 00:02:13,821 --> 00:02:14,981 Itu dia. 26 00:02:16,821 --> 00:02:19,581 Jika kita boleh pergi, entahlah, 27 00:02:20,261 --> 00:02:22,901 satu kilometer sejam, kita boleh sampai. 28 00:02:24,741 --> 00:02:28,581 Walaupun kita dapat hidupkannya, bagaimana kita nak cari jalan balik? 29 00:02:28,621 --> 00:02:33,101 Ada peta yang saya lakarkan semasa kita bertolak. 30 00:02:33,741 --> 00:02:35,821 Kita berada di bearing itu, 2-9-0. 31 00:02:35,901 --> 00:02:39,381 Kita perlu membuat jejak salingan sebanyak 180 darjah ke arah sana, 32 00:02:39,461 --> 00:02:41,981 jadi 290 tolak 180 kita dapat berapa? 33 00:02:42,061 --> 00:02:42,901 110. 34 00:02:43,021 --> 00:02:46,421 Ya! Saya boleh dapatkan di telefon saya, dan kita selamat! 35 00:02:46,461 --> 00:02:48,581 Bakar apa yang boleh daripada rakit. 36 00:02:48,621 --> 00:02:51,901 Apa saja awak boleh jumpa, termasuk diri awak sendiri. 37 00:02:51,981 --> 00:02:53,021 Tak dapat dielakkan. 38 00:03:05,941 --> 00:03:07,341 Baiklah, mari mulakan. 39 00:03:22,141 --> 00:03:28,021 Ya, membakar bot untuk kembali ke pulau ialah strategi berisiko tinggi. 40 00:03:28,661 --> 00:03:31,061 Tetapi, nasib menyebelahi orang yang berani. 41 00:03:31,421 --> 00:03:32,701 Atau yang bodoh. 42 00:03:33,261 --> 00:03:34,741 Lihatlah, kami berjaya. 43 00:03:35,261 --> 00:03:36,461 Hampir. 44 00:03:48,981 --> 00:03:51,901 Tidak! Kita kehabisan kayu lagi. 45 00:03:51,981 --> 00:03:53,941 -Ia cuma di sana! -Saya tahu! 46 00:03:57,061 --> 00:03:59,741 Jadi, kami kehabisan bot untuk dibakar. 47 00:03:59,821 --> 00:04:02,061 Itu kecacatan rancangan Richard yang pertama. 48 00:04:02,581 --> 00:04:04,381 Kemudian kita menemui yang kedua. 49 00:04:05,421 --> 00:04:07,581 Richard, ia tenggelam. 50 00:04:08,301 --> 00:04:11,461 -Aduhai. -Tory, kita tenggelam agak teruk. 51 00:04:18,541 --> 00:04:19,981 Itu idea yang buruk. 52 00:04:21,061 --> 00:04:23,501 -Saya rasa kita perlu meninggalkannya! -Tak guna! 53 00:04:23,581 --> 00:04:26,261 Oh, tidak! Selamatkan saya, Clarkson! 54 00:04:33,821 --> 00:04:34,701 Ia hilang! 55 00:04:36,941 --> 00:04:38,381 Memang sudah hilang! 56 00:04:42,661 --> 00:04:45,061 Richard, awak tak apa-apa? 57 00:04:45,141 --> 00:04:45,941 Ya. 58 00:04:48,141 --> 00:04:49,261 Saya kecewa. 59 00:04:49,941 --> 00:04:52,381 Itu peluang terbaik kami untuk melarikan diri. 60 00:04:52,901 --> 00:04:54,341 Ia menyayat hati. 61 00:05:21,941 --> 00:05:24,741 Jangan bimbang, kita terselamat. Jelas sekali. 62 00:05:24,821 --> 00:05:27,341 Bagaimana dengan yang lain? Encik... 63 00:05:29,381 --> 00:05:30,221 Clarkson? 64 00:05:30,261 --> 00:05:31,941 Awak tahu apa mereka katakan. 65 00:05:32,061 --> 00:05:33,701 Jangan tinggalkan sesiapa. 66 00:05:34,181 --> 00:05:35,941 Walaupun ia Clarkson. 67 00:05:41,141 --> 00:05:44,941 Oh, Clarkson! 68 00:06:07,541 --> 00:06:11,781 DUA MINGGU KEMUDIAN... 69 00:06:27,581 --> 00:06:29,101 Awak tahu tak 70 00:06:29,181 --> 00:06:33,981 orang yang beratnya 85 kilogram memerlukan 65 gram protein sehari? 71 00:06:34,661 --> 00:06:38,301 Secara purata, ikan merah menyediakan 100 gram protein, 72 00:06:38,381 --> 00:06:42,501 jadi, kita cuma perlu menangkap 10 ekor ikan seminggu untuk terus hidup. 73 00:06:42,581 --> 00:06:45,021 Oh, cuma 10? Itu saja? 74 00:06:45,101 --> 00:06:46,341 Awak membuat sindiran? 75 00:06:46,421 --> 00:06:50,141 Tidak, saya suka menangkap ikan. Saya saja yang menangkapnya. 76 00:06:50,221 --> 00:06:52,901 Ia cuma memancing. Relakslah! 77 00:06:53,261 --> 00:06:56,901 Terima kasih kerana saya sedang stres, tetapi awak sebut "relaks", 78 00:06:56,981 --> 00:06:58,221 saya boleh ambil mudah. 79 00:06:58,301 --> 00:07:00,341 Kenapa awak tidak memancing? 80 00:07:00,901 --> 00:07:03,061 Ini dia. Cubalah. 81 00:07:03,341 --> 00:07:04,181 Nikmatilah. 82 00:07:04,261 --> 00:07:07,981 Angin dia tidak baik hari ini, Clarkson. 83 00:07:26,701 --> 00:07:29,781 Bencana bot api amat memberi kesan kepada saya. 84 00:07:29,861 --> 00:07:32,741 Saya rindukan rumah. Saya rindukan keluarga. 85 00:07:32,821 --> 00:07:33,821 Saya terdesak. 86 00:07:34,301 --> 00:07:37,941 Saya perlu memikirkan cara untuk memberitahu orang lokasi kami. 87 00:07:38,541 --> 00:07:41,581 Ia bukanlah mesej bodoh di dalam botol. 88 00:07:50,621 --> 00:07:54,141 Apa kita nak buat, Clarkson? Jelas sekali, dia sedang menderita. 89 00:07:55,061 --> 00:07:57,021 Dia merosakkan suasana di sini. 90 00:07:57,101 --> 00:07:59,141 Saya perlu menceriakan dia. 91 00:08:00,621 --> 00:08:01,701 Tunggu sebentar. 92 00:08:01,781 --> 00:08:04,341 Dah hampir 4 haribulan Julai. 93 00:08:04,421 --> 00:08:06,661 Orang Amerika sukakannya. 94 00:08:06,741 --> 00:08:08,981 Itulah jawapannya. Bijak! 95 00:08:09,061 --> 00:08:10,261 Terima kasih, Clarkson. 96 00:08:15,661 --> 00:08:16,621 Kulit awak cantik. 97 00:08:17,661 --> 00:08:19,341 Hai. Richard Hammond di sini, 98 00:08:19,421 --> 00:08:22,021 masih terdampar di pulau terpencil di Pasifik, 99 00:08:22,101 --> 00:08:26,141 dengan kawan terdampar saya, Tory Belleci, yang kini sengsara. 100 00:08:26,221 --> 00:08:28,701 Dia amat bersedih. Kesepian membuat dia terkesan. 101 00:08:28,781 --> 00:08:30,461 Jadi, saya nak menceriakan dia. 102 00:08:30,541 --> 00:08:32,621 Awak tak harapkan apa-apa lagi, bukan? 103 00:08:32,701 --> 00:08:37,061 Begini caranya, dengan membuat parti 4 Julai yang terindah. 104 00:08:37,141 --> 00:08:38,981 Orang Amerika memang menggemarinya. 105 00:08:39,061 --> 00:08:41,341 Dia asyik bersungut tentang memancing, 106 00:08:41,421 --> 00:08:44,261 jadi, saya akan membina... Inilah model skalanya. 107 00:08:44,341 --> 00:08:48,221 Saya akan bina versi saiz penuh ini untuknya, penangkap ikan automatik. 108 00:08:48,301 --> 00:08:49,861 Pilih saya untuk Kapten... 109 00:08:51,261 --> 00:08:53,661 Perangnya kulit. Ya. 110 00:08:56,061 --> 00:09:00,381 Encik Hammond, apa kaitan menangkap ikan dan 4 Julai? 111 00:09:00,901 --> 00:09:02,061 Burger ikan. 112 00:09:03,901 --> 00:09:06,781 Setiap parti 4 Julai perlukan burger, ya? 113 00:09:06,901 --> 00:09:10,221 Tetapi tidak ada kedai daging di pulau itu. Saya dah cari. 114 00:09:10,301 --> 00:09:13,061 Jadi, saya nak membuat burger ikan sebagai ganti. 115 00:09:13,141 --> 00:09:15,781 Yang memerlukan banyak ikan. 116 00:09:15,861 --> 00:09:18,301 Jadi, dengan senyap saya membina 117 00:09:18,381 --> 00:09:21,061 ciptaan pertama saya yang terhebat di dunia. 118 00:09:48,981 --> 00:09:50,181 Awak sedang buat apa? 119 00:09:50,261 --> 00:09:53,101 Saya sedang membina penangkap ikan automatik untuk awak. 120 00:09:53,181 --> 00:09:56,781 -Semuanya untuk itu? -Untuk memudahkan hidup awak. 121 00:09:56,901 --> 00:09:58,381 Mari saya terangkan. 122 00:09:58,461 --> 00:10:02,541 Saya percaya kita ada roda air berkuasa yang pertama di dunia, 123 00:10:02,621 --> 00:10:04,141 gelendong-kembar, umpan, 124 00:10:04,221 --> 00:10:07,101 tali pancing yang panjang, penangkap ikan automatik. 125 00:10:07,181 --> 00:10:09,901 -Bagaimana ia berfungsi? -Ambil tali dari roda air 126 00:10:09,981 --> 00:10:12,621 yang pergi ke gelendong, itulah tali pacuannya. 127 00:10:12,661 --> 00:10:14,621 Itu akan memacu gelendong kedua, 128 00:10:14,661 --> 00:10:16,861 yang memberi kuasa kepada tali pancing kita 129 00:10:16,901 --> 00:10:20,741 jadi ia sentiasa berjalan, menarik umpan, ia berputar. Ikan... 130 00:10:20,781 --> 00:10:23,141 -Awak buat ini untuk saya? -Untuk awak. 131 00:10:23,221 --> 00:10:26,661 -Awak sangat bertimbang rasa. -Saya cuma lelaki baik. Bantu saya. 132 00:10:26,781 --> 00:10:28,661 -Tolong pegang itu. -Okey. 133 00:10:28,781 --> 00:10:31,341 Saya memasang tali ke roda pemacu. 134 00:10:31,421 --> 00:10:32,301 -Okey? -Ya. 135 00:10:32,381 --> 00:10:34,661 -Ia tentu cemerlang. -Ini hebat. 136 00:10:34,781 --> 00:10:37,061 Ia tentu hebat. Saya cakap "hebat." 137 00:10:37,141 --> 00:10:39,781 -Hebat. -Saya tak nak balik menjadi orang Amerika. 138 00:10:39,901 --> 00:10:40,981 Hati-hati. 139 00:10:45,461 --> 00:10:46,421 Awak tak apa-apa? 140 00:10:46,501 --> 00:10:47,341 Ya! 141 00:10:48,781 --> 00:10:50,901 Saya tak memerlukannya! 142 00:10:51,021 --> 00:10:52,181 Itu alasan bijak. 143 00:10:53,901 --> 00:10:56,781 Ini win yang lebih kecil, 144 00:10:56,861 --> 00:10:59,381 dan ia akan membentuk penegang. 145 00:10:59,461 --> 00:11:02,221 Bolehkah awak ambil penghujungnya? Cuma... 146 00:11:02,301 --> 00:11:03,701 Itu dia. Saya dah dapat. 147 00:11:03,781 --> 00:11:05,621 Betul. Sekarang, ikat itu. 148 00:11:05,701 --> 00:11:08,741 -Kita tegangkan ia. -Ya. 149 00:11:09,101 --> 00:11:12,341 Apa yang kita menentang dipanggil efek katenari. 150 00:11:12,421 --> 00:11:15,781 Kerana ia berat sebenar tali itu sendiri, ia kendur, 151 00:11:15,861 --> 00:11:18,741 kerana graviti bertindak sepanjang tali lebih panjang. 152 00:11:18,821 --> 00:11:21,381 Semakin panjang tali awak, semakin banyak graviti. 153 00:11:21,461 --> 00:11:22,941 Betul. Itu... 154 00:11:24,861 --> 00:11:28,581 masuk ke sana untuk teruskan ketegangan, dan hentikan kekenduran. 155 00:11:28,661 --> 00:11:31,421 -Okey. -Ini semua umpan kita. 156 00:11:36,021 --> 00:11:37,461 Bukannya nak menyibuk, 157 00:11:37,541 --> 00:11:41,301 awak sudah mempertimbangkan air pasang dengan memasang ini, betul? 158 00:11:41,381 --> 00:11:43,461 Ya, sekarang air surut. 159 00:11:43,541 --> 00:11:46,021 Semasa air pasang, ini akan berada di bawah air. 160 00:11:49,101 --> 00:11:51,061 Baik kita cepat. Air pasang datang. 161 00:12:01,981 --> 00:12:05,981 Awak akan suka ini kerana ia mudah tetapi pandai. 162 00:12:06,061 --> 00:12:08,741 -Awak sibuk. -Untuk hidupkan, kita perlukan cekam. 163 00:12:08,821 --> 00:12:12,421 Kita tak boleh membiarkannya dihidupkan, semua ikan akan habis. 164 00:12:12,501 --> 00:12:13,861 Sekarang, ia dimatikan. 165 00:12:13,941 --> 00:12:16,981 Awak boleh melihat aci keluaran keluar dari roda air. 166 00:12:17,061 --> 00:12:20,821 Ada bolt keluar dari sana, itu cekam kokot. 167 00:12:20,901 --> 00:12:23,501 Ada aci di gelendong dengan slot. 168 00:12:23,581 --> 00:12:26,661 Semasa gelendong ke kiri, slot menekan kokot, 169 00:12:26,741 --> 00:12:28,901 ia berputar, ia akan masuk. 170 00:12:28,981 --> 00:12:31,821 Cekam itu sesuai. Saya berterima kasih kepada awak. 171 00:12:31,901 --> 00:12:33,981 -Cara nak menghidupkannya? -Tarik tuil. 172 00:12:34,061 --> 00:12:35,421 Semua yang saya perlu tahu. 173 00:12:35,501 --> 00:12:37,941 Saya sangkakan awak akan berminat, ia bijak. 174 00:12:38,021 --> 00:12:39,541 Saya cuma perlu menarik tuil? 175 00:12:39,621 --> 00:12:40,701 Ia tuil. 176 00:12:40,781 --> 00:12:43,581 -Baiklah. -Tarik dan awak akan rasa tekanan. 177 00:12:45,061 --> 00:12:46,021 Itu dia. 178 00:12:48,181 --> 00:12:49,181 Lihatlah itu! 179 00:12:49,261 --> 00:12:51,181 -Hebatnya! -Ia benar-benar berfungsi! 180 00:12:52,741 --> 00:12:54,621 Bunyinya memuaskan. 181 00:12:54,701 --> 00:12:55,661 Itu sangat hebat. 182 00:12:55,741 --> 00:12:58,101 Lihat, sekarang ia hidup dan kita memancing. 183 00:13:14,061 --> 00:13:15,901 -Tunggu. -Ia menangkap ikan. 184 00:13:15,981 --> 00:13:17,461 Ia sudah berfungsi! 185 00:13:23,541 --> 00:13:24,701 Bijak! 186 00:13:24,781 --> 00:13:25,861 Ia menangkap banyak! 187 00:13:27,061 --> 00:13:28,981 Awak tak perlu memancing lagi! 188 00:13:30,741 --> 00:13:32,581 Syabas. Tahniah. 189 00:13:32,661 --> 00:13:35,581 -Ini akan menjimatkan masa. -Ya. 190 00:13:35,661 --> 00:13:38,821 Kita boleh fikir cara lain untuk keluar dari pulau ini. 191 00:13:38,901 --> 00:13:44,181 Kita boleh buat begitu atau kita boleh mencipta permainan atau relaks. 192 00:13:48,101 --> 00:13:51,661 Biar saya jelaskan, saya tak nak relaks. 193 00:13:51,741 --> 00:13:55,101 Saya cuba merancang cara lain untuk keluar dari pulau itu. 194 00:14:09,301 --> 00:14:11,861 Kawan, dua soalan. 195 00:14:12,621 --> 00:14:14,021 Satu, awak sedang buat apa? 196 00:14:14,101 --> 00:14:17,901 Dua, mengapa baunya seperti tandas di sini? 197 00:14:17,981 --> 00:14:19,941 Saya sedang mengumpul air kencing. 198 00:14:20,021 --> 00:14:22,461 Jika awak ingin membantu, saya nak lagi. 199 00:14:22,541 --> 00:14:24,941 Saya tak nak buang air. Kenapa awak mahukannya? 200 00:14:25,021 --> 00:14:27,861 Saya membuat sebatian reaktif saya. 201 00:14:27,941 --> 00:14:31,541 Tunggu sebentar. Awak nak meletupkan sesuatu? 202 00:14:31,621 --> 00:14:32,781 Mungkin. 203 00:14:33,381 --> 00:14:37,461 Ya! Itu tarikan untuk Hammondland TV, sahabatku. 204 00:14:37,541 --> 00:14:39,101 Tunggu. Saya akan sediakannya. 205 00:14:39,181 --> 00:14:41,061 Apa itu Hammondland TV? 206 00:14:41,141 --> 00:14:42,821 Saya perlu ini, ia tentu hebat. 207 00:14:42,901 --> 00:14:45,581 Apa itu Hammondland TV? Itu tidak wujud. 208 00:14:45,661 --> 00:14:47,661 Jadi, ya. Saya seorang lelaki letupan. 209 00:14:47,741 --> 00:14:49,701 Awak tahu dari rancangan saya, bukan? 210 00:14:50,741 --> 00:14:53,141 Tidak? Bagaimanapun, 211 00:14:53,221 --> 00:14:56,741 saya boleh gunakan kemahiran piroteknik saya untuk membuat suar. 212 00:14:56,821 --> 00:14:58,021 Jika saya buat cukup, 213 00:14:58,101 --> 00:15:00,741 saya boleh melancarkannya selama dua bulan. 214 00:15:00,821 --> 00:15:02,701 Tentu ada orang akan nampak kami. 215 00:15:02,781 --> 00:15:05,381 Encik Hammond, dia membantu awak? 216 00:15:06,021 --> 00:15:08,181 Jelaskan tentang "bantu". 217 00:15:08,261 --> 00:15:10,621 Tory! 218 00:15:11,701 --> 00:15:13,461 Selamat datang ke kemasyhuran. 219 00:15:14,261 --> 00:15:18,101 -Apa itu? -Itu kamera studio TV saya. 220 00:15:18,181 --> 00:15:21,621 Kita cuba meneruskan hidup dan awak fikir tentang TV? 221 00:15:21,701 --> 00:15:23,741 Masukkan saja kamera itu. 222 00:15:24,341 --> 00:15:25,981 Awak dah jadi gila! 223 00:15:26,261 --> 00:15:28,901 Saya bersedia untuk langsung. Bersedia, studio. 224 00:15:28,981 --> 00:15:31,021 Mari kita membuat persembahan hebat! 225 00:15:31,101 --> 00:15:34,061 Saya sangat teruja! Selamat datang ke Hammondland TV. 226 00:15:34,141 --> 00:15:37,901 Saya Richard Hammond, bersama saya ialah pakar letupan, Tory Belleci, 227 00:15:37,981 --> 00:15:40,181 yang akan mengajar cara meletupkan benda! 228 00:15:40,261 --> 00:15:42,261 Tidak, kita takkan meletupkan benda. 229 00:15:42,341 --> 00:15:44,381 Potong. Mula sekali lagi. 230 00:15:45,541 --> 00:15:48,021 Kita cuma akan membuat suar. 231 00:15:48,101 --> 00:15:51,061 Ia akan naik ke udara, membuat cahaya besar dan terang. 232 00:15:51,141 --> 00:15:54,461 Asap, bunyi bising, dan itu akan membantu kita diselamatkan. 233 00:15:54,541 --> 00:15:56,541 Jadi, ia masih meletup, bukan? 234 00:15:56,621 --> 00:15:58,821 Ya. Ada sedikit unsur letupan, 235 00:15:58,901 --> 00:16:01,821 tetapi kita tidak membuat bahan letupan. 236 00:16:01,901 --> 00:16:03,501 Kita membuat suar. 237 00:16:03,581 --> 00:16:05,421 -Bunyi yang kuat. -Suar kecemasan. 238 00:16:13,901 --> 00:16:15,301 Baiklah. 239 00:16:15,381 --> 00:16:17,621 Tujuan saya mengumpul air kencing 240 00:16:17,701 --> 00:16:20,501 kerana saya telah membuat ini. Mari saya tunjukkan. 241 00:16:20,581 --> 00:16:23,781 Jadi, di bawah ini, saya telah mengumpul... 242 00:16:23,861 --> 00:16:25,661 -Busuknya! -Ya. 243 00:16:26,901 --> 00:16:28,341 Tengiknya! 244 00:16:28,421 --> 00:16:31,421 Jadi, saya mengambil jerami, tahi ayam, 245 00:16:31,501 --> 00:16:34,461 dan menyiramnya dengan air kencing kita. 246 00:16:34,541 --> 00:16:36,661 Saya tahu bunyinya menjijikkan, 247 00:16:36,741 --> 00:16:39,661 tetapi selepas semua kelembapan telah tersejat, 248 00:16:39,741 --> 00:16:44,421 kita sebenarnya telah mencipta kristal kalium nitrat kecil. 249 00:16:44,501 --> 00:16:47,061 Tahi ayam, dan air kencing kita... 250 00:16:47,141 --> 00:16:49,101 Jerami. Awak biarkannya di situ. 251 00:16:49,181 --> 00:16:51,981 -Sebab itulah baunya amat busuk. -Memang busuk. 252 00:16:52,061 --> 00:16:55,261 Tetapi sekarang kita ada kristal kalium nitrat. 253 00:16:55,341 --> 00:16:58,141 Itu akan menjadi pengoksida bahan api roket kita. 254 00:16:58,221 --> 00:17:01,661 Kita perlukan oksigen sebab itu akan membantu pembakaran, bukan? 255 00:17:01,741 --> 00:17:03,741 Lebih banyak oksigen, ia mudah terbakar. 256 00:17:03,821 --> 00:17:06,261 -Adakah mancis akan meletupkannya? -Tidak. 257 00:17:06,341 --> 00:17:08,381 Tetapi kita perlu menambah bahan api. 258 00:17:08,461 --> 00:17:12,061 Jadi, saya nak awak ambil tebu 259 00:17:12,101 --> 00:17:13,501 dan hancurkannya di batu. 260 00:17:13,581 --> 00:17:18,821 Kerana apabila kita menambah gula pada kalium nitrat, 261 00:17:18,901 --> 00:17:21,781 ia akan meruap. 262 00:17:22,501 --> 00:17:24,341 Adakah saya sedang membuat gula? 263 00:17:26,301 --> 00:17:29,781 Semua jus yang awak keluarkan dari sana, setelah ia mengering, 264 00:17:29,821 --> 00:17:32,101 ia akan menjadi kristal gula. 265 00:17:32,221 --> 00:17:33,901 Itu... 266 00:17:34,581 --> 00:17:36,821 Kerja yang bagus. Syabas. 267 00:17:36,941 --> 00:17:40,341 Adakah dia bagus? Sukar untuk dipercayai. Komitmen itu. 268 00:17:41,421 --> 00:17:44,181 Kita dah ada cukup. Sempurna. Okey. 269 00:17:44,261 --> 00:17:46,061 Saya telah mengumpul jus gula, 270 00:17:46,101 --> 00:17:49,101 ia kering, dan ia menghasilkan kristal gula. 271 00:17:49,221 --> 00:17:53,541 Jadi, saya nak awak letakkan kristal gula itu di dalam sana 272 00:17:53,581 --> 00:17:56,941 kemudian kita akan mencampurkan kalium nitrat ke dalam 273 00:17:57,021 --> 00:17:59,821 kemudian kita akan ada bahan api roket kita. 274 00:18:00,461 --> 00:18:02,341 -Menarik, bukan? -Ya! 275 00:18:02,421 --> 00:18:05,741 Jadi, ya, kami membuat bahan api roket. Mudah saja. 276 00:18:05,821 --> 00:18:09,821 Tetapi bahan api roket hanya membuat roket berlepas. 277 00:18:09,941 --> 00:18:13,501 Jika awak ingin menarik perhatian, roket itu perlu meletup. 278 00:18:13,581 --> 00:18:17,341 Saya ada tiga logam yang sangat reaktif. 279 00:18:17,421 --> 00:18:19,461 Apa yang hebat tentang logam ini, 280 00:18:19,541 --> 00:18:21,981 satu akan memberi kita cahaya yang terang, 281 00:18:22,061 --> 00:18:25,901 satu akan memberi cahaya warna merah, satu lagi akan hasilkan asap. 282 00:18:25,981 --> 00:18:28,981 Apabila kita lancarkannya ke udara, dan ia meletup, 283 00:18:29,061 --> 00:18:30,701 ia akan menarik perhatian. 284 00:18:31,581 --> 00:18:35,661 Soalan utama dan apa yang kita semua nak tahu, apakah logam-logam itu? 285 00:18:35,741 --> 00:18:38,021 Tidak boleh beritahu awak. Ia berbahaya. 286 00:18:38,101 --> 00:18:42,061 Kita tak boleh tahu tentang itu, kerana... 287 00:18:42,101 --> 00:18:44,541 DITAPIS 288 00:18:44,581 --> 00:18:46,541 Awak tak boleh tahu, ia rahsia. 289 00:18:46,581 --> 00:18:49,061 Perkara rahsia. Di sini di HLTV. 290 00:18:49,101 --> 00:18:50,901 Tidak, ini sangat berbahaya. 291 00:18:50,981 --> 00:18:55,701 Benda ini boleh meletup di muka kita jika kita tersalah buat, 292 00:18:55,781 --> 00:18:57,341 -Benarkah? -Ya. 293 00:18:57,421 --> 00:18:59,941 -Benarkah? -Jadi, mari kita... 294 00:19:00,021 --> 00:19:03,101 fokus. Ini benda yang berbahaya. 295 00:19:03,181 --> 00:19:05,021 Baiklah. Teruskan. 296 00:19:05,101 --> 00:19:06,581 -Okey. -Jangan letupkan saya. 297 00:19:14,661 --> 00:19:17,501 Jika ini berhasil dan kita campurkannya dengan betul, 298 00:19:17,581 --> 00:19:19,661 apabila ia dinyalakan, kita patut nampak 299 00:19:19,741 --> 00:19:23,581 bola api merah, terang dan berasap. 300 00:19:23,701 --> 00:19:26,021 Awak akan nampak bodoh jika ia tidak berhasil. 301 00:19:26,101 --> 00:19:27,821 -Sedia? -Ya. Lengkapkan diri awak. 302 00:19:28,661 --> 00:19:30,741 Tunggu, sejauh mana saya perlu berada? 303 00:19:31,701 --> 00:19:33,981 -Saya akan berdiri di belakang. -Mari mulakan. 304 00:19:34,061 --> 00:19:35,461 Sedia? 305 00:19:37,021 --> 00:19:38,421 Tak nampak apa-apa. 306 00:19:52,821 --> 00:19:55,181 Itu satu kejayaan. 307 00:19:55,261 --> 00:19:56,261 Ya. 308 00:19:57,821 --> 00:19:59,061 -Ya! -Ya! 309 00:20:09,101 --> 00:20:13,261 Jadi, awak membuat bahan api roket dan letupan. Kemudian apa? 310 00:20:13,341 --> 00:20:16,021 Peringkat seterusnya, membina beberapa roket ujian. 311 00:20:16,101 --> 00:20:19,941 Tetapi saya memerlukan lebih banyak kalium nitrat, itu memerlukan masa. 312 00:20:20,021 --> 00:20:22,341 Jadi, kami melepak. 313 00:20:34,941 --> 00:20:36,221 Ya, Tuhan. Panasnya. 314 00:20:36,661 --> 00:20:38,821 -Ya. -Lebih panas daripada semalam. 315 00:20:38,941 --> 00:20:40,661 Ya, saya perasan itu. 316 00:20:42,181 --> 00:20:43,581 -Tory? -Ya? 317 00:20:43,661 --> 00:20:45,061 Kenapa kita berpeluh? 318 00:20:45,101 --> 00:20:48,101 Kerana awak kehilangan kelembapan ketika awak memerlukannya 319 00:20:48,221 --> 00:20:49,261 kerana ia panas. 320 00:20:49,781 --> 00:20:51,981 Untuk menyejukkan diri? 321 00:20:52,061 --> 00:20:55,461 Setelah angin menyejat peluh, 322 00:20:55,541 --> 00:20:57,101 awak berasa lebih sejuk. 323 00:20:57,221 --> 00:21:01,061 Kerana ia membawa haba sekali. Itu penyejukan penyejatan. 324 00:21:02,061 --> 00:21:05,421 Betul. Saya melakukan banyak penyejukan penyejatan sekarang. 325 00:21:05,501 --> 00:21:07,341 -Begitu juga saya. -Saya akan kering. 326 00:21:07,421 --> 00:21:09,421 -Ya. -Saya akan menjadi sekeping bakon 327 00:21:09,501 --> 00:21:10,981 di kerusi ini. 328 00:21:13,341 --> 00:21:15,701 Apa yang awak rindukan tentang rumah sekarang? 329 00:21:17,461 --> 00:21:19,941 Orang tersayang, 330 00:21:20,021 --> 00:21:22,341 orang yang terdekat. 331 00:21:22,461 --> 00:21:23,821 Benda lain yang awak rindu? 332 00:21:26,261 --> 00:21:29,061 Ya, Tuhan. Cuma bir sejuk. 333 00:21:29,101 --> 00:21:31,341 Saya sanggup membunuh untuk bir sejuk. 334 00:21:31,821 --> 00:21:33,341 Betul. 335 00:21:33,781 --> 00:21:35,941 Saya tak ada bir sejuk, 336 00:21:36,021 --> 00:21:38,581 tetapi saya ada Hammondland Hooch buatan sendiri. 337 00:22:02,221 --> 00:22:04,741 Awak buat hooch lagi. 338 00:22:04,821 --> 00:22:07,821 Saya menyiapkan vintaj terkini dengan penutup lilin. 339 00:22:07,901 --> 00:22:10,981 Kali terakhir itu, malam terbaik yang saya tak ingat. 340 00:22:11,061 --> 00:22:14,581 Saya tertanya-tanya jika rasanya lebih sedap jika ia sejuk? 341 00:22:14,661 --> 00:22:17,541 Itulah apa yang sebenarnya saya renungkan. 342 00:22:17,621 --> 00:22:20,861 Awak telah memberikan jawapan semasa kita bercakap tentang peluh. 343 00:22:20,941 --> 00:22:24,581 Penyejatan. Itulah jawapannya, penyejatan. 344 00:22:24,661 --> 00:22:26,741 Tidak, fikir tentang ini, betul? 345 00:22:26,821 --> 00:22:29,061 Kita berpeluh untuk menghilangkan haba, 346 00:22:29,141 --> 00:22:33,181 jadi, peluh keluar dan ia duduk di atas kulit kita sebagai cecair, 347 00:22:33,261 --> 00:22:37,381 dan ia menyejat, jadi ia bertukar menjadi gas. Itulah penyejatan. 348 00:22:37,461 --> 00:22:39,741 Benda sama akan berlaku dalam botol saya. 349 00:22:39,821 --> 00:22:44,421 Jika saya membasahkan permukaannya, air itu, semasa ia menyejat, 350 00:22:44,501 --> 00:22:47,901 akan berubah daripada cecair kepada gas dan mengeluarkan haba. 351 00:22:47,981 --> 00:22:49,821 Awak telah minum hooch awak? 352 00:22:49,901 --> 00:22:53,581 Sabar, ini idea bagus. Ini akan berhasil, akan menyejukkannya. 353 00:22:53,661 --> 00:22:55,821 Awak boleh menyejatkannya beberapa jam, 354 00:22:55,901 --> 00:22:57,981 ia cuma akan turun beberapa darjah. 355 00:22:58,621 --> 00:23:01,581 Ini satu kemungkinan, okey? Tunggu sebentar. 356 00:23:03,221 --> 00:23:04,821 Saya telah menyimpannya. 357 00:23:09,621 --> 00:23:10,541 Dalam stoking? 358 00:23:10,621 --> 00:23:12,541 Stoking. Ini kebijaksanaan saya. 359 00:23:12,621 --> 00:23:14,581 -Mari mulakan. -Fikirkan kincir angin. 360 00:23:14,661 --> 00:23:17,821 -Ya. -Kincir angin yang berpusing dengan ini. 361 00:23:17,901 --> 00:23:21,141 -Seperti kincir angin arak. -Kilang arak. 362 00:23:21,221 --> 00:23:22,141 Saya sukakannya. 363 00:23:22,221 --> 00:23:25,021 Jadi, ia berpusing, membasahkan stoking, 364 00:23:25,101 --> 00:23:28,941 stoking menyejatkan air ke atmosfera dengan bantuan angin. 365 00:23:29,021 --> 00:23:31,541 Dengan berbuat demikian, mengurangkan suhu botol, 366 00:23:31,621 --> 00:23:34,181 membasahkannya lagi dan lagi. 367 00:23:34,261 --> 00:23:36,421 Kemudian awak akan dapat hooch sejuk. 368 00:23:36,501 --> 00:23:38,261 Bayangkan ini, sejuk! 369 00:23:38,341 --> 00:23:40,421 -Ya. -Hooch sejuk, ya? 370 00:23:41,301 --> 00:23:43,341 Tak sabar nak jadi buta lagi. 371 00:23:44,741 --> 00:23:48,101 Betul, itu apa saya akan buat. Saya perlukan bantuan awak. 372 00:23:48,181 --> 00:23:49,261 Saya nak sertai. 373 00:24:00,341 --> 00:24:05,741 Persiapan dijalankan dengan baik untuk parti 4 Julai Tory. 374 00:24:05,821 --> 00:24:09,501 Hari Kemerdekaan tidak lengkap tanpa burger ikan. 375 00:24:09,581 --> 00:24:11,501 Saya cuma perlu membuat roti. 376 00:24:11,581 --> 00:24:16,261 Ramai orang akan kata mustahil untuk membuat roti di pulau terpencil. 377 00:24:16,341 --> 00:24:19,421 Tetapi itu kerana mereka tidak terfikir Pan de Yuca. 378 00:24:20,181 --> 00:24:22,301 Mujurlah, saya teringat. 379 00:24:22,381 --> 00:24:26,061 Ia cemerlang, dan akan menjadi bahan hebat untuk Hammondland TV. 380 00:24:26,581 --> 00:24:28,061 Sudah tentulah. 381 00:24:28,141 --> 00:24:32,141 Helo, dan selamat datang ke Hammondland TV! Ya! 382 00:24:32,221 --> 00:24:36,381 Terima kasih. Saya Richard Hammond, di depan penonton studio langsung. 383 00:24:36,461 --> 00:24:39,381 Pertama sekali, untuk membuat roti, awak perlukan tepung. 384 00:24:39,461 --> 00:24:41,821 Di situlah kawan kita, ubi kayu digunakan. 385 00:24:41,901 --> 00:24:45,861 Ambil sepotong ubi kayu di sini, basahkan batu, mangkuk ini dipenuhi air. 386 00:24:45,941 --> 00:24:47,421 Saya akan menggiling ia. 387 00:24:47,501 --> 00:24:49,301 Awak boleh nampak air bertukar susu 388 00:24:49,381 --> 00:24:52,541 ketika saya menggiling lagi zarah-zarah kecil ubi kayu 389 00:24:52,621 --> 00:24:55,781 di atas batu giling saya di sini ke dalam air. 390 00:24:55,861 --> 00:24:58,941 Itulah permulaan tepung ubi kayu saya. 391 00:24:59,021 --> 00:25:01,301 Air bertukar susu. Jadi... 392 00:25:02,821 --> 00:25:05,461 saya akan mendidihkan air itu. 393 00:25:05,541 --> 00:25:09,141 Kita akan ada tepung ubi kayu yang cantik untuk membuat roti. 394 00:25:09,221 --> 00:25:12,261 Masalah seterusnya adalah kita memerlukan agen penaik. 395 00:25:12,341 --> 00:25:14,421 Saya tidak ada yis atau soda penaik. 396 00:25:14,501 --> 00:25:16,061 Saya akan membuatnya sendiri. 397 00:25:16,141 --> 00:25:19,861 Saya ada banyak rumpai laut dan saya telah membakarnya. 398 00:25:19,941 --> 00:25:22,661 Itu semangkuk rumpai laut di bakar rangup. 399 00:25:22,741 --> 00:25:25,021 Perkara menakjubkan tentang rumpai laut ini. 400 00:25:25,101 --> 00:25:28,021 Dengan semua natrium yang diserap dari laut, 401 00:25:28,101 --> 00:25:31,861 sekarang ia dibakar, saya ada natrium karbonat di sana, 402 00:25:31,941 --> 00:25:36,741 jika saya ambil limau, yang penuh dengan asid sitrik, 403 00:25:37,781 --> 00:25:39,901 dan saya memerah asid sitrik ke atasnya, 404 00:25:39,981 --> 00:25:43,941 awak boleh mendengar ia berbuih semasa melepaskan CO2. 405 00:25:44,021 --> 00:25:46,861 Itu akan menaikkan roti saya. 406 00:25:46,941 --> 00:25:49,781 Setelah air tepung ubi kayu mendidih sehingga kering, 407 00:25:49,861 --> 00:25:53,021 saya ada tepung saja, asas roti saya. 408 00:25:53,101 --> 00:25:56,061 Sekarang saya perlu campurkan semua bahan saya. 409 00:25:57,261 --> 00:25:58,421 Itu dia. 410 00:25:59,461 --> 00:26:02,261 Tambahkan air pada tepung ubi kayu, 411 00:26:02,341 --> 00:26:05,621 agen penaik rumpai laut, dan putih telur, 412 00:26:05,701 --> 00:26:06,741 kemudian campurkan. 413 00:26:06,821 --> 00:26:08,741 Itu dia. Itu doh saya. 414 00:26:08,821 --> 00:26:10,941 Saya mahu ini untuk burger ikan, 415 00:26:11,021 --> 00:26:14,661 jadi bentuk ia perlu dijadikan bulat. 416 00:26:14,741 --> 00:26:17,261 Itu akan dimasukkan ke sini. 417 00:26:18,181 --> 00:26:19,541 Biarkan dimasak. 418 00:26:21,021 --> 00:26:24,741 Selamat kembali ke Hammondland TV, di depan penonton studio langsung. 419 00:26:25,381 --> 00:26:27,101 Terima kasih. 420 00:26:27,181 --> 00:26:29,621 Ini dia. Saat kebenaran. 421 00:26:30,461 --> 00:26:32,701 Oh, ya, ia berhasil! 422 00:26:32,781 --> 00:26:33,701 Ia telah menaik. 423 00:26:34,621 --> 00:26:37,381 Itu dia, roti ubi kayu sedap saya! 424 00:26:41,021 --> 00:26:43,461 Ia hanya... Ya. 425 00:26:43,541 --> 00:26:45,381 Ia sangat sedap. 426 00:26:46,861 --> 00:26:49,981 Potong. Pertunjukan bagus. Syabas, semua. 427 00:26:50,061 --> 00:26:51,861 Terima kasih. Syabas. 428 00:26:52,581 --> 00:26:53,661 Kita dah selesai. 429 00:26:55,781 --> 00:26:58,781 Saya nak termuntah. Dia akan menyukainya. 430 00:27:13,581 --> 00:27:15,141 Bersedia untuk membuat roket? 431 00:27:15,221 --> 00:27:16,581 Oh, ya. 432 00:27:16,661 --> 00:27:19,061 -Bahan api roket, cahaya, meletup! -Ya. 433 00:27:19,141 --> 00:27:20,061 -Jadi... -Ayuh. 434 00:27:20,141 --> 00:27:23,341 Kita mula dengan tanah liat ini, isi dengan campuran gula, 435 00:27:23,421 --> 00:27:27,021 kemudian, di bahagian paling atas, letakkan campuran logam reaktif. 436 00:27:28,941 --> 00:27:30,541 Banyak mana tenaga di dalamnya? 437 00:27:30,621 --> 00:27:34,861 Mudah-mudahan, tenaganya cukup untuk melancarkan benda ini 100 kaki di udara? 438 00:27:34,941 --> 00:27:37,541 Okey, jadi sekarang, mampatkannya ke bawah. 439 00:27:37,621 --> 00:27:39,061 Mampatkan sekuat mana? 440 00:27:39,741 --> 00:27:41,101 Jangan sekuat itu! 441 00:27:42,301 --> 00:27:43,741 Okey, saya terkencing, 442 00:27:43,821 --> 00:27:45,461 ia akan meletupkan tangan saya? 443 00:27:45,541 --> 00:27:48,981 Perlahan-lahan. Jangan ketuk dengan kuat. 444 00:27:50,101 --> 00:27:51,861 Berhati-hatilah. 445 00:27:51,941 --> 00:27:55,901 Jadi, tiga keping logam yang meruap bersama-sama 446 00:27:55,981 --> 00:27:58,061 dengan kalium nitrat di bahagian atas... 447 00:27:58,141 --> 00:28:01,301 Akan memberikan kita bola api merah yang berasap. 448 00:28:01,381 --> 00:28:04,141 -Itu memberi asap, cahaya dan letupan. -Ya. 449 00:28:04,221 --> 00:28:06,381 Bahan bakar roket di bawah... 450 00:28:06,461 --> 00:28:08,741 -Memberi loncatan. -Kejutkan Newton dan kata, 451 00:28:08,821 --> 00:28:11,021 -"Beritahu hukum ketiga awak, boleh?" -Ya. 452 00:28:11,101 --> 00:28:14,061 Reaksi yang sama dan bertentangan jirim dan tujah. 453 00:28:14,141 --> 00:28:15,581 Cuba fikir tentangnya. 454 00:28:15,661 --> 00:28:18,421 Kita akan ada suar kita sendiri. 455 00:28:18,501 --> 00:28:20,781 Ini akan mengeluarkan kita dari pulau ini. 456 00:28:20,861 --> 00:28:22,621 Awak sedar itu? 457 00:28:22,701 --> 00:28:26,781 Sekarang, ikat batang itu ke buluh... 458 00:28:28,341 --> 00:28:32,821 dan itu dia, suar kita. 459 00:28:33,501 --> 00:28:35,821 Jadi, bila kita nak mencubanya? 460 00:28:36,181 --> 00:28:37,581 Kita boleh cuba sekarang. 461 00:28:51,421 --> 00:28:52,941 Ini sangat mengujakan. 462 00:28:53,021 --> 00:28:55,181 -Awak teruja. -Saya sangat teruja. 463 00:28:55,821 --> 00:28:59,381 Jika ini berhasil, ini tentu hebat, bukan? 464 00:29:03,341 --> 00:29:04,181 Awak tentu suka. 465 00:29:04,261 --> 00:29:06,941 -Ya. -Awak nampak sangat gembira. 466 00:29:07,021 --> 00:29:10,421 Kita sedang meletupkan benda. Sukar untuk tidak senyum. 467 00:29:10,501 --> 00:29:11,781 Saya harap ia berjaya. 468 00:29:11,861 --> 00:29:13,941 -Adakah kita akan mati? -Tidak. 469 00:29:14,581 --> 00:29:15,421 Baiklah. 470 00:29:18,901 --> 00:29:21,781 Awak mahu menyalakannya? Gementar? 471 00:29:21,861 --> 00:29:23,661 Awak nyalakannya, saya akan lari. 472 00:29:28,101 --> 00:29:30,341 Mari mulakan. Api di dalam lubang! 473 00:29:30,981 --> 00:29:31,821 Lari! 474 00:29:32,861 --> 00:29:34,741 Jom lihat jika roket kita berfungsi. 475 00:29:40,141 --> 00:29:42,421 -Ini sangat mengujakan. -Yakah? 476 00:29:42,501 --> 00:29:44,301 Ini mungkin menyelamatkan kita. 477 00:29:58,861 --> 00:29:59,701 Ya! 478 00:29:59,781 --> 00:30:01,701 Hormat! Itu menakjubkan! 479 00:30:01,781 --> 00:30:03,261 -Kita berjaya. -Ia berhasil. 480 00:30:03,341 --> 00:30:06,101 Aduhai. Ini berita yang amat baik. 481 00:30:06,181 --> 00:30:08,741 -Sekarang kita perlu membuat 50 suar. -Apa? 482 00:30:09,541 --> 00:30:11,621 -Ya. Kita perlukan banyak. -Lima puluh? 483 00:30:11,741 --> 00:30:14,421 -Ya. Apa masalahnya? -Itu kerja yang besar. 484 00:30:14,501 --> 00:30:17,381 Ini akan membantu kita keluar pulau ini, awak sedar tak? 485 00:30:22,461 --> 00:30:25,461 Ya! Hari yang terbaik! 486 00:30:25,541 --> 00:30:27,461 Saya membuat suar dan ia berhasil! 487 00:30:27,541 --> 00:30:31,021 Ia nampak cantik dan ia akan dilihat beberapa kilometer. 488 00:30:31,101 --> 00:30:33,381 Seronoknya dapat meletupkan benda. 489 00:30:33,461 --> 00:30:37,421 Saya akan keluarkan kita dari pulau ini, tunggu dan lihat! 490 00:30:42,501 --> 00:30:46,981 4 JULAI 491 00:30:47,061 --> 00:30:50,781 Baik. Jadi, ia 4 Julai dan saya ada dua keutamaan. 492 00:30:50,861 --> 00:30:53,061 Satu, membuat bir sejuk. 493 00:30:53,141 --> 00:30:57,501 Dua, pastikan Tory tak tahu saya sedang merancang parti. 494 00:30:59,541 --> 00:31:01,141 Sedia untuk menerima. 495 00:31:01,221 --> 00:31:03,301 Sedia untuk dimasukkan. 496 00:31:05,021 --> 00:31:06,781 Tolak. Masukkan terus. 497 00:31:06,861 --> 00:31:08,381 Jauh sangat. Kembali. 498 00:31:10,341 --> 00:31:11,701 -Ya. -Tolak ia sedikit. 499 00:31:11,781 --> 00:31:14,101 Saya rasa awak perlu menaikkannya. Ya. 500 00:31:14,501 --> 00:31:16,821 -Tidak. Ayuh. -Pukul dengan kuat. 501 00:31:16,901 --> 00:31:17,981 Terima kasih. 502 00:31:19,061 --> 00:31:21,741 Awak tak menggunakan pancang segi empat, bukan? 503 00:31:22,421 --> 00:31:24,341 Pancang segi empat, lubang bulat... 504 00:31:28,461 --> 00:31:29,301 -Faham. -Faham. 505 00:31:30,101 --> 00:31:31,541 Kita hampir siap. 506 00:31:32,341 --> 00:31:33,981 Baiklah, yang terakhir. 507 00:31:36,501 --> 00:31:37,341 Bum. 508 00:31:38,661 --> 00:31:41,421 Jadi, sekarang, kita menyambungkan botol, 509 00:31:41,501 --> 00:31:44,541 syukurlah ada kepingan bijak ini, 510 00:31:44,621 --> 00:31:47,781 semasa ia berputar, perhatikan ia. Ada kamera kecil di sana. 511 00:31:47,861 --> 00:31:49,541 Ia akan datang dan pancut! 512 00:31:49,621 --> 00:31:50,821 Itu agak hebat! 513 00:31:50,901 --> 00:31:53,221 Setiap putaran menjadikannya lebih lembap. 514 00:31:53,301 --> 00:31:55,461 Ia memancutkan air ke stoking kita. 515 00:31:55,541 --> 00:31:56,501 Putar. 516 00:31:57,981 --> 00:32:02,181 Itu sebabnya ini lebih bagus daripada sebaldi air sejuk. 517 00:32:02,261 --> 00:32:04,821 Awak cuma perlu menyamakan suhunya. 518 00:32:04,901 --> 00:32:07,381 Air sejuk akan menarik haba sehingga ia sepadan. 519 00:32:07,461 --> 00:32:10,341 Awak cuma memanaskan sebahagian air di dalam baldi 520 00:32:10,421 --> 00:32:15,421 dan menyejukkan sebahagian ini. Betul, ia terletak di sana. 521 00:32:15,501 --> 00:32:17,101 Mari lihat jika ia berfungsi. 522 00:32:17,181 --> 00:32:18,021 Ya. 523 00:32:25,341 --> 00:32:28,861 Hei, lihatlah itu! Kita membuat kincir angin! 524 00:32:31,341 --> 00:32:33,981 Itu hebat. 525 00:32:34,061 --> 00:32:36,261 Ia benar-benar berfungsi. Baiklah. 526 00:32:38,781 --> 00:32:41,181 Saya teruja nak minum lebih banyak hooch awak. 527 00:32:41,261 --> 00:32:43,861 -Ya! -Tak sabar nak sakit kepala. 528 00:32:44,661 --> 00:32:48,621 Saya akan gantungkan botol lain. Awak pergi berehat. 529 00:32:48,701 --> 00:32:51,701 Saya sepatutnya tahu ada perkara pelik sedang berlaku. 530 00:32:51,781 --> 00:32:54,061 Richard tak bagi saya masuk ke biliknya 531 00:32:54,141 --> 00:32:57,061 dan sekarang dia berkeras nak saya tidur di katilnya. 532 00:33:01,901 --> 00:33:04,621 -Kenapa awak sangat baik? -Kerana saya prihatin. 533 00:33:05,341 --> 00:33:07,661 -Okey. -Saya tahu awak penat. 534 00:33:07,741 --> 00:33:09,781 Saya tidak tidur dengan baik. 535 00:33:09,861 --> 00:33:13,021 Pergilah tidur. 536 00:33:13,101 --> 00:33:15,061 -Benarkah? -Ia selesa di sana. 537 00:33:16,021 --> 00:33:18,621 Saya suka cara awak menghias tempat ini. 538 00:33:18,701 --> 00:33:20,541 Baringlah. Letakkan kepala awak. 539 00:33:20,621 --> 00:33:22,741 Awak sudah berasa lebih baik. 540 00:33:22,821 --> 00:33:26,741 Ya, Tuhan. Ia lebih selesa daripada buaian. 541 00:33:26,821 --> 00:33:27,661 Okey? 542 00:33:28,381 --> 00:33:31,661 -Tidur dengan lena, kawan Amerikaku. -Sangat lembut. 543 00:33:33,021 --> 00:33:34,461 Ia sangat lembut. 544 00:33:36,501 --> 00:33:38,021 Selamat malam. 545 00:33:42,061 --> 00:33:45,661 Kilang arak tentunya bagus. Ia akan berhasil. 546 00:33:45,741 --> 00:33:49,381 Sudah lama kami tak dapat minum air sejuk. 547 00:33:49,461 --> 00:33:51,981 Ikut saya, 548 00:33:52,781 --> 00:33:54,941 Dia pergi tidur. 549 00:33:55,021 --> 00:33:58,101 Dia akan tidur sekarang dan dia tidak tahu, 550 00:33:58,181 --> 00:34:00,821 kenapa saya tiba-tiba melakukan ini untuknya. 551 00:34:00,901 --> 00:34:05,701 Jadi, saya perlu membuat persiapan untuk parti mengejut Hari Kemerdekaan dia. 552 00:34:05,781 --> 00:34:06,821 Dia tentu suka! 553 00:34:16,061 --> 00:34:18,981 INI HOOPLA HAMMOND! 554 00:34:26,221 --> 00:34:29,101 Parti mengejut! 555 00:34:29,581 --> 00:34:31,821 Kenapa awak bercakap seperti itu? 556 00:34:31,901 --> 00:34:35,101 Hari ini 4 haribulan Julai! Selamat Hari Kemerdekaan! 557 00:34:35,181 --> 00:34:37,581 Ya! Saya tahu itu penting buat orang Amerika 558 00:34:37,661 --> 00:34:40,381 dan saya tahu awak rindukan rumah, jadi saya membawa 559 00:34:40,461 --> 00:34:43,421 A.S. ke pulau ini. 560 00:34:43,501 --> 00:34:44,541 Awak menakutkan. 561 00:34:44,621 --> 00:34:46,581 Lihat apa saya dah buat! Lihat di luar! 562 00:34:46,661 --> 00:34:50,221 Lihatlah! Ya, ini semua untuk awak. Ayuh. 563 00:34:51,341 --> 00:34:52,701 Ya, Tuhan. 564 00:34:52,821 --> 00:34:55,541 Ya! Ini taman tema Hari Kemerdekaan milik awak. 565 00:34:59,421 --> 00:35:02,021 -Ya, Tuhan! -Tempat ini hidup, bukan? 566 00:35:02,101 --> 00:35:04,661 -Ini gila! -Ya! 567 00:35:04,781 --> 00:35:05,901 Awak membina semuanya? 568 00:35:05,981 --> 00:35:06,821 Untuk awak. 569 00:35:06,901 --> 00:35:10,501 Ambil bir, sahabatku, jom kita meneroka, banyak untuk dilihat. 570 00:35:14,861 --> 00:35:16,981 Arah sini untuk ke tarikan pertama. 571 00:35:17,501 --> 00:35:20,221 Itu dia. Sama dengan catur A.S. 572 00:35:20,341 --> 00:35:23,621 Perkara pertama, awak kena ada air sejuk. 573 00:35:24,621 --> 00:35:25,821 -Hei, ia berhasil. -Ya. 574 00:35:25,901 --> 00:35:29,101 -Ia sememangnya sejuk. -Ya. Bagaimana rasanya? 575 00:35:30,421 --> 00:35:32,101 Senang ditelan. 576 00:35:32,181 --> 00:35:33,541 Awak pernah main ini. 577 00:35:33,621 --> 00:35:35,541 -Baling ke arah benda itu. -Saya suka. 578 00:35:36,901 --> 00:35:39,101 Bijak! Mata penuh! 579 00:35:42,181 --> 00:35:45,901 Ini bukanlah karnival taman tema 4 Julai tanpa 580 00:35:45,981 --> 00:35:48,421 mesin "menguji kekuatan anda". 581 00:35:48,501 --> 00:35:50,981 -Rasa kuat? -Hebatnya. 582 00:35:51,061 --> 00:35:53,381 Pijak papan. Kelapa mengetuk kuali. 583 00:35:54,301 --> 00:35:55,701 Semua orang mengagumi awak. 584 00:35:55,821 --> 00:35:57,461 -Betul. -Ke belakang. Mula. 585 00:35:57,541 --> 00:35:58,381 Mula. 586 00:35:58,461 --> 00:35:59,381 Bang! 587 00:36:03,981 --> 00:36:07,061 -En. Belleci, permainan kemahiran... -Apa ini? 588 00:36:07,141 --> 00:36:08,661 ...penghakiman, dan licik, 589 00:36:08,701 --> 00:36:11,061 tuju kelapa! Lakukannya! 590 00:36:12,661 --> 00:36:15,861 Awak membuat lemparan! Ini sangat Amerika! 591 00:36:16,701 --> 00:36:19,941 -Semua orang menang! -Saya menang apa? 592 00:36:20,021 --> 00:36:22,661 Awak memenangi burger ikan! 593 00:36:22,781 --> 00:36:24,461 SANDWIC IKAN KAPTEN HAMMOND 594 00:36:24,541 --> 00:36:29,181 Marilah! Burger ikan! Satu dolar sebiji, atau percuma untuk pemenang! Helo, tuan. 595 00:36:29,221 --> 00:36:32,181 Helo, saya baru sahaja menang lambungan kelapa. 596 00:36:32,221 --> 00:36:35,781 Awak pemenang? Jadi awak dapat burger ikan. 597 00:36:35,861 --> 00:36:36,661 Apa? 598 00:36:37,941 --> 00:36:41,981 Gigitan berdaging, bukan? Ya. Ia ada tekstur. 599 00:36:47,181 --> 00:36:48,501 Ia ada rasa. 600 00:36:50,341 --> 00:36:52,781 Benarkah? Rasanya sedap? 601 00:36:52,861 --> 00:36:55,341 Ia benda paling teruk saya pernah makan. 602 00:36:56,181 --> 00:36:58,461 Ia asyik datang tanpa henti. 603 00:37:04,981 --> 00:37:09,221 Saya nak muntah sebelum dia memberikan kejutan terakhir. 604 00:37:14,701 --> 00:37:17,661 -Marilah! -Ya, Tuhan. Apa itu? 605 00:37:17,781 --> 00:37:18,701 Lihatlah! 606 00:37:19,461 --> 00:37:23,541 Sahabatku, itu tarikan popular karnival, 607 00:37:23,621 --> 00:37:26,301 yang besar, acara utama! 608 00:37:26,381 --> 00:37:28,421 -Untuk dinaiki? -Ya. 609 00:37:28,501 --> 00:37:31,581 Ia buaian 360 darjah. 610 00:37:32,141 --> 00:37:34,661 Hebatnya! Nampak seperti buaian Rusia. 611 00:37:34,701 --> 00:37:39,341 Saya telah menambah berat pengimbang, pada jarak yang sama dari fulkrum, 612 00:37:39,421 --> 00:37:43,821 apabila awak kehabisan momentum, graviti berat pengimbang mengambil alih, 613 00:37:43,901 --> 00:37:47,821 dan awak akan naik! Hebatnya! 614 00:37:47,901 --> 00:37:50,101 -Berapa kelajuannya? -Selaju awak mahukan. 615 00:37:50,181 --> 00:37:51,181 -Apa? -Ya. 616 00:37:51,301 --> 00:37:53,381 Jerit jika awak nak ia semakin laju. 617 00:37:53,461 --> 00:37:54,821 -Ya. -Adakah ia selamat? 618 00:37:54,901 --> 00:37:55,901 Ya. 619 00:37:55,981 --> 00:37:58,821 Baiklah. Ya, jika... 620 00:37:58,901 --> 00:38:00,181 Jika saya mahu berhenti? 621 00:38:00,301 --> 00:38:03,101 Awak ada sistem brek? Bagaimana saya nak turun? 622 00:38:03,181 --> 00:38:05,421 Lupakan berhenti, fikir tentang pergi. 623 00:38:05,501 --> 00:38:07,141 -Kebebasan! -Itu hebat. 624 00:38:07,181 --> 00:38:09,501 -Mari lakukannya esok. -Tidak. 625 00:38:09,581 --> 00:38:12,101 Saya rasa tak sihat. 626 00:38:12,181 --> 00:38:15,061 -Adakah awak sedikit takut? -Saya rasa tak sihat. 627 00:38:15,141 --> 00:38:16,941 Sedikit takut? 628 00:38:17,021 --> 00:38:19,021 Memang awak patut takut. 629 00:38:19,101 --> 00:38:20,941 Baiklah, mari kita menaikinya. 630 00:38:21,021 --> 00:38:23,581 -Awak takkan bunuh saya? -Tidak! 631 00:38:23,661 --> 00:38:25,461 Saya rasa awak cuba bunuh saya. 632 00:38:25,981 --> 00:38:28,661 -Jadi, saya duduk di sini. -Ya, duduk di sini, 633 00:38:28,701 --> 00:38:31,981 dan pegang kuat-kuat. 634 00:38:32,701 --> 00:38:34,061 Ya. 635 00:38:34,141 --> 00:38:36,861 Kaki saya yang tua terketar-ketar ketakutan. 636 00:38:36,941 --> 00:38:38,461 -Awak takut. -Tidak. 637 00:38:38,541 --> 00:38:40,381 Ia seperti sebelum roller-coaster. 638 00:38:40,461 --> 00:38:42,781 -Ia hooch itu. Diamlah. -"Saya akan okey?" 639 00:38:43,501 --> 00:38:47,581 Yang Mulia, awak bersedia untuk menaikinya? 640 00:38:49,461 --> 00:38:50,301 -Bersedia? -Ya. 641 00:38:50,381 --> 00:38:55,381 Semua orang akan sayang awak. Berseronoklah. Naik! Ya! 642 00:38:56,941 --> 00:38:59,581 Ia bergerak dengan cantik! Lihat itu! 643 00:39:02,621 --> 00:39:03,981 Saya akan mati! 644 00:39:04,941 --> 00:39:06,421 Dia datang! 645 00:39:07,661 --> 00:39:10,181 Di mana brek? Bolehkah awak memperlahankannya? 646 00:39:10,941 --> 00:39:13,621 Tak boleh. Beberapa minit lagi, 647 00:39:13,661 --> 00:39:15,941 momentum awak bersama berat pengimbang 648 00:39:16,021 --> 00:39:18,581 akan mengatasi graviti dan awak akan pergi ke atas. 649 00:39:19,421 --> 00:39:21,581 Saya rasakan ia semakin dekat. 650 00:39:21,661 --> 00:39:24,821 Itu dia! Awak dah pusing 360 darjah! 651 00:39:24,901 --> 00:39:26,181 Ya! 652 00:39:27,501 --> 00:39:29,181 Tentu rasanya menakjubkan! 653 00:39:29,301 --> 00:39:33,181 Ya, Tuhan! Bolehkah awak turunkan saya? 654 00:39:33,301 --> 00:39:35,781 Saya ada satu lagi kejutan. 655 00:39:35,861 --> 00:39:38,901 -Kemuncak besar. Ini awak akan suka! -Richard! 656 00:39:38,981 --> 00:39:41,061 Bolehkah awak memperlahankan ini? 657 00:39:41,141 --> 00:39:42,501 Ia terlalu cepat. 658 00:39:43,901 --> 00:39:45,181 Lihatlah itu! 659 00:39:48,661 --> 00:39:52,421 Suar saya! Richard! 660 00:39:52,501 --> 00:39:54,621 Selamat Hari Kemerdekaan! 661 00:39:54,661 --> 00:39:56,861 -Apa awak sedang lakukan? -Ia cantik! 662 00:39:57,341 --> 00:39:58,981 Itu suar saya! 663 00:39:59,661 --> 00:40:01,581 Turunkan saya dari sini! 664 00:40:01,661 --> 00:40:04,781 Pertunjukan dan malam yang hebat! 665 00:40:05,501 --> 00:40:07,821 Bergenang air mata saya apabila memikirkannya. 666 00:40:07,901 --> 00:40:10,461 Adakah En. Belleci menyukainya? 667 00:40:13,381 --> 00:40:18,701 Tergamak awak, Richard? Awak tahu berapa lama saya menyiapkan suar itu? 668 00:40:18,821 --> 00:40:20,901 Senyum! Hari paling bahagia awak! 669 00:40:20,981 --> 00:40:22,301 Awak tak... 670 00:40:23,461 --> 00:40:24,981 Ia menakjubkan! 671 00:40:25,061 --> 00:40:26,181 Awak memang... 672 00:40:27,381 --> 00:40:28,701 Itu pelanggan yang gembira. 673 00:40:28,821 --> 00:40:31,861 Beritahu rakan-rakan awak tentang keseronokannya! 674 00:40:31,941 --> 00:40:33,341 Awak... 675 00:40:35,541 --> 00:40:37,341 Kenapa awak lakukan itu, Richard? 676 00:40:37,421 --> 00:40:39,461 Awak takkan lupakan ini! 677 00:40:39,541 --> 00:40:44,221 Apabila saya turun dari sini, saya akan bunuh awak! 678 00:41:44,861 --> 00:41:46,861 Terjemahan sari kata oleh Shazreena 679 00:41:46,941 --> 00:41:48,941 Penyelia Kreatif: Vincent Lim