1 00:00:06,006 --> 00:00:07,916 SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:11,344 --> 00:00:12,184 Hei. 3 00:00:12,262 --> 00:00:14,562 - Apa jadi pagi tadi? - Macam-macam. 4 00:00:14,639 --> 00:00:17,229 Saya terjaga, kaki saya kejang teruk, 5 00:00:17,308 --> 00:00:19,938 jadi saya terincut-incut turun cari pisang 6 00:00:20,020 --> 00:00:22,400 tapi terhantuk ibu jari kaki satu lagi. 7 00:00:24,733 --> 00:00:26,823 Memang ajaib saya ada di sini. 8 00:00:27,652 --> 00:00:28,492 Ada apa? 9 00:00:28,987 --> 00:00:32,277 - Mesyuarat Goodyear, 9 pagi tadi. - Tiada orang cakap. 10 00:00:32,365 --> 00:00:35,325 - Saya hantar jemputan ke kalendar awak. - Tak ada. 11 00:00:35,410 --> 00:00:38,790 - Awak hidupkan pemberitahuan? - Ya, saya dah hidupkan… 12 00:00:39,289 --> 00:00:40,619 Sekarang dah hiduplah. 13 00:00:48,798 --> 00:00:49,628 Jadi… 14 00:00:54,679 --> 00:00:56,349 macam mana mesyuarat itu? 15 00:00:57,057 --> 00:01:00,557 Diaturkan semula kerana awak tiada. Saya dah hantar e-mel. 16 00:01:03,146 --> 00:01:03,976 Dah dapat. 17 00:01:06,649 --> 00:01:07,649 Siapa dia? 18 00:01:07,734 --> 00:01:09,534 Frank? Itu teman lelaki Beth. 19 00:01:09,611 --> 00:01:11,201 Betulkah? Saya ingat kamu… 20 00:01:11,321 --> 00:01:12,241 Tak, kenapa… 21 00:01:12,322 --> 00:01:14,622 Saya dan Beth? Kenapa? 22 00:01:15,408 --> 00:01:18,698 Ya, awak tak layak untuk dia. Pandai dia cari yang layak. 23 00:01:20,789 --> 00:01:22,459 Frankenstein! 24 00:01:22,540 --> 00:01:24,790 Ia hidup! 25 00:01:25,293 --> 00:01:27,053 Peluk saya, raksasa keji. 26 00:01:27,545 --> 00:01:29,665 Wanginya awak. Ini bau apa? 27 00:01:29,756 --> 00:01:30,586 Sabun saya. 28 00:01:30,673 --> 00:01:32,933 - Saya suka baunya. - Terima kasih. 29 00:01:33,009 --> 00:01:36,219 - Saya ingat awak nak ke Houston? - Nak pergi sekarang. 30 00:01:36,304 --> 00:01:39,024 Beth tertinggal pengecas telefon di rumah saya. 31 00:01:39,099 --> 00:01:41,309 - Hei, sayang. Maaf terlambat. - Hei. 32 00:01:41,392 --> 00:01:43,772 Jalan sesak. Terima kasih bawakan bekal. 33 00:01:43,853 --> 00:01:46,313 - Ingat, mesej saya apabila… - Bekal? 34 00:01:46,898 --> 00:01:48,648 - Tunggu, awak kata… - Jangan. 35 00:01:48,733 --> 00:01:51,443 - Ada orang tipu saya. - Kevin, jangan. 36 00:01:51,528 --> 00:01:55,318 Awak kata bekal, dia kata pengecas. Apa cerita sebenar? 37 00:01:57,367 --> 00:01:58,827 Alamak, Beth. 38 00:02:02,330 --> 00:02:03,960 Awak angkasawan? 39 00:02:05,041 --> 00:02:06,671 Saya penghidap apnea tidur. 40 00:02:06,751 --> 00:02:10,671 - Saya mati 13 kali sejam. - Ya, mencemaskan. 41 00:02:10,755 --> 00:02:13,675 Saya asyik telefon ambulans dan letak. 42 00:02:13,758 --> 00:02:17,178 Saya bukan haiwan. 43 00:02:18,596 --> 00:02:20,766 Dah seminggu saya tak basuh. 44 00:02:36,865 --> 00:02:38,365 {\an8}Selamat sejahtera. 45 00:02:38,449 --> 00:02:41,999 {\an8}Tahniah kepada semua atas perlumbaan hebat di Pocono, 46 00:02:42,078 --> 00:02:44,618 {\an8}yang menaikkan kita ke tempat ke-26. 47 00:02:44,706 --> 00:02:48,376 {\an8}Syabas, Jake. Baguslah. Ini hasil usaha kamu semua. 48 00:02:49,252 --> 00:02:51,802 {\an8}Syabas kerana baiki kerosakan ECU, Amir. 49 00:02:51,880 --> 00:02:53,460 {\an8}Jika tidak, kita kalah. 50 00:02:53,965 --> 00:02:54,795 {\an8}Maafkan saya. 51 00:02:55,842 --> 00:02:57,682 {\an8}Dia puji awak, bodoh. 52 00:03:03,474 --> 00:03:06,144 {\an8}Kamu mungkin tahu, kita tamatkan kerjasama 53 00:03:06,227 --> 00:03:08,437 {\an8}dengan Big Hoof Barbeque minggu lalu. 54 00:03:08,521 --> 00:03:12,191 {\an8}- Semua orang tahu. - Okey, tapi berita baik. 55 00:03:12,275 --> 00:03:15,195 {\an8}Kita ada penaja yang lebih baik. 56 00:03:15,695 --> 00:03:18,775 {\an8}Bobby Spencer Racing akan jadi wajah produk baru. 57 00:03:18,865 --> 00:03:22,575 {\an8}Saya tahu kamu ingin tahu dan akhirnya saya boleh dedahkan… 58 00:03:22,660 --> 00:03:23,830 {\an8}Itu penyu? 59 00:03:25,705 --> 00:03:26,955 {\an8}Ya, itu penyu. 60 00:03:27,665 --> 00:03:29,955 {\an8}Macam penyu. Saya teka ikut bentuknya. 61 00:03:30,043 --> 00:03:31,793 {\an8}Izinkan saya persembahkan… 62 00:03:33,630 --> 00:03:34,960 {\an8}Fake Steak. 63 00:03:38,760 --> 00:03:40,680 {\an8}Apa itu Fake Steak? 64 00:03:40,762 --> 00:03:43,512 {\an8}Daging berasaskan cendawan terkini di Amerika. 65 00:03:43,598 --> 00:03:45,098 {\an8}Anjing suka rasanya? 66 00:03:46,851 --> 00:03:48,101 {\an8}Ini untuk manusia. 67 00:03:48,186 --> 00:03:51,396 {\an8}Ini produk pengganti daging tapi versi mewah. 68 00:03:51,481 --> 00:03:54,401 {\an8}Fake Steak akan lancarkan kempen kebangsaan 69 00:03:54,484 --> 00:03:57,994 dan mereka mahu buat iklan dengan Jake Martin. 70 00:03:58,071 --> 00:03:59,361 Syabas, Jake. 71 00:03:59,447 --> 00:04:01,657 - Ini jenaka, bukan? - Harapnya. 72 00:04:01,741 --> 00:04:04,121 Ayuh. Kevin, awak akan cuba, bukan? 73 00:04:04,702 --> 00:04:05,872 Kenapa, apa salah saya? 74 00:04:06,788 --> 00:04:09,828 Kevin, nikmatilah Fake Steak. 75 00:04:09,916 --> 00:04:11,456 - Awak bergurau? - Tak. 76 00:04:12,710 --> 00:04:13,840 Macam bau penyu. 77 00:04:21,261 --> 00:04:22,351 Mesti awak suka. 78 00:04:23,680 --> 00:04:26,390 Ini penaja bonet yang baru, terujalah sikit. 79 00:04:32,563 --> 00:04:33,403 Okey. 80 00:04:37,986 --> 00:04:41,156 Kev, biar saya ambil pistol untuk bantu awak telan. 81 00:04:47,328 --> 00:04:50,248 Ia tak terus hancur di dalam mulut. 82 00:04:56,587 --> 00:04:59,047 Saya rasa kita sendiri perlu tentukan 83 00:04:59,674 --> 00:05:01,184 masa untuk menelan. 84 00:05:06,306 --> 00:05:09,426 - Awak sibuk? - Saya tak nak cakap tentang Fake Steak. 85 00:05:09,517 --> 00:05:13,687 Siapa nak? Rasanya macam plaster yang kita jumpa di dalam lopak. 86 00:05:15,315 --> 00:05:17,975 Mereka penaja kita. Pujuk semua orang setuju. 87 00:05:18,484 --> 00:05:22,364 Kita Big Hoof Barbeque. Logo kita lembu jantan, okey? 88 00:05:22,447 --> 00:05:25,237 Peminat kita bergelar Rempuh. Kini panggil apa? 89 00:05:25,325 --> 00:05:27,695 - Apa gelaran untuk cendawan? - Kulat. 90 00:05:27,785 --> 00:05:29,785 Awak dengar tak awak cakap apa? 91 00:05:29,871 --> 00:05:31,711 Kulat? Itu bukan pasukan lumba. 92 00:05:31,789 --> 00:05:34,629 Itu nama jangkitan kalau berkongsi tuala. 93 00:05:36,461 --> 00:05:39,341 Ia tak sempurna tapi syarikat itu teruja. 94 00:05:39,422 --> 00:05:41,422 Ya, tapi pasukan kita tidak. 95 00:05:42,008 --> 00:05:45,178 Awak ada masalah kerana Jake tak boleh jual benda itu. 96 00:05:45,261 --> 00:05:47,971 Itu masalah awak kerana rakamannya esok. 97 00:05:48,931 --> 00:05:50,311 Yang itu saya tak tahu. 98 00:05:50,391 --> 00:05:53,191 Awak kena tahu. Dia akan lakukannya dengan baik. 99 00:05:53,269 --> 00:05:55,019 Jika tidak, itu salah awak. 100 00:05:55,521 --> 00:05:57,231 Perbualan ini belum tamat. 101 00:05:57,315 --> 00:05:58,225 Sudah. 102 00:05:58,816 --> 00:06:00,026 Sekarang baru tamat. 103 00:06:01,361 --> 00:06:03,651 Jangan tenung. Kita dah bincang dulu. 104 00:06:10,995 --> 00:06:12,785 Bersemangat betul. 105 00:06:13,623 --> 00:06:15,793 Macam kucing marah kejar laser. 106 00:06:16,793 --> 00:06:18,883 Duduk, Jake. Saya nak cakap sikit. 107 00:06:19,670 --> 00:06:22,130 Ini tentang Fake Steak. 108 00:06:23,049 --> 00:06:26,089 Rupa-rupanya ia bukan gurauan. 109 00:06:26,177 --> 00:06:29,347 Apa tak kena dengan Big Hoof? Makanannya sedap. 110 00:06:29,430 --> 00:06:32,230 Saya boleh makan percuma di mana-mana lokasinya. 111 00:06:32,308 --> 00:06:33,888 Walaupun saya bukan budak. 112 00:06:34,560 --> 00:06:37,400 Itu cuma beberapa restoran. Ini iklan kebangsaan. 113 00:06:37,480 --> 00:06:40,270 - Awak akan terkenal. - Dengan daging tiruan. 114 00:06:40,358 --> 00:06:44,238 Daging tiruan premium. Adakah M&M hebat sebelum Kyle Busch? 115 00:06:44,320 --> 00:06:45,950 Ya, sejak dulu lagi. 116 00:06:46,030 --> 00:06:48,740 Cair di mulut, bukan di tangan. Ajaib betul. 117 00:06:50,076 --> 00:06:51,236 Beginilah. 118 00:06:52,036 --> 00:06:54,616 Saya pun tak nak Fake Steak. Saya tak suka. 119 00:06:54,705 --> 00:06:56,825 Tapi kita boleh lakukannya. 120 00:06:56,916 --> 00:06:58,996 Manfaatkan peluang ini. 121 00:06:59,085 --> 00:07:01,915 Muka awak memang sesuai untuk TV. 122 00:07:02,880 --> 00:07:04,880 - Ya, ini muka yang bagus. - Betul. 123 00:07:05,383 --> 00:07:07,643 Saya takut Hollywood rampas awak. 124 00:07:08,136 --> 00:07:09,256 Okey, teruskan. 125 00:07:09,762 --> 00:07:11,602 Itu saja. Saya dah habis pujuk. 126 00:07:12,473 --> 00:07:14,523 - Iklan kebangsaan? - Ya. 127 00:07:14,600 --> 00:07:17,230 - Perlukah saya tanggalkan baju? - Tak. 128 00:07:18,646 --> 00:07:20,056 Tak apa, saya sanggup. 129 00:07:26,696 --> 00:07:28,736 Awak pergi mana? Rakaman nak mula. 130 00:07:28,823 --> 00:07:31,033 Awak buka bonet kereta saya? 131 00:07:31,117 --> 00:07:34,577 Ya, saya cadangkan pengarah jadikannya latar belakang. 132 00:07:34,662 --> 00:07:36,212 Dia kata apa-apa sajalah. 133 00:07:37,331 --> 00:07:39,711 Amir, biar saya jelaskan. 134 00:07:39,792 --> 00:07:43,302 Saya seperti cef yang tak mahu kongsi resipi rahsianya 135 00:07:43,379 --> 00:07:46,299 kerana beberapa ramuannya haram. 136 00:07:49,427 --> 00:07:52,597 Jika kita tertangkap, habislah cef. 137 00:07:52,680 --> 00:07:56,560 Tak, cef dah ada rancangan untuk salahkan pelayan. 138 00:07:59,812 --> 00:08:01,862 Kita buat dengan bonet tertutup! 139 00:08:01,939 --> 00:08:02,979 Apa-apa sajalah. 140 00:08:03,566 --> 00:08:04,436 Selesai. 141 00:08:06,110 --> 00:08:08,820 Kita mulakan dengan kereta, kemudian pemandu. 142 00:08:08,905 --> 00:08:10,815 - Awak sedang atur syot? - Ya. 143 00:08:11,324 --> 00:08:14,374 Ya, saya dah agak. Dulu saya dalam bidang ini. 144 00:08:14,452 --> 00:08:15,502 Ratu cantik. 145 00:08:15,578 --> 00:08:18,708 Ratu Daerah Mecklenburg 1991. Apa khabar? 146 00:08:19,207 --> 00:08:22,377 Baiklah, mari lakukannya. Bintang dah tiba di set. 147 00:08:22,460 --> 00:08:24,840 Terima kasih, tapi saya bukan bintang. 148 00:08:24,921 --> 00:08:26,801 Cuma atlet elit yang berjaya 149 00:08:26,881 --> 00:08:28,931 yang sanggup tanggalkan baju. 150 00:08:29,926 --> 00:08:31,676 Okey. Ini mudah saja. 151 00:08:31,761 --> 00:08:33,471 Berdiri di depan kereta, 152 00:08:33,554 --> 00:08:36,774 makan Fake Steak dan kata, "Kotak ini kata sintetik…" 153 00:08:36,849 --> 00:08:38,679 "Mulut saya kata stik." 154 00:08:38,768 --> 00:08:40,348 Meremang bulu roma. 155 00:08:40,853 --> 00:08:43,113 Bagus tapi akhir sekali, senyum. 156 00:08:43,189 --> 00:08:44,609 Tiada gigi, tiada tiara. 157 00:08:46,108 --> 00:08:48,858 Baiklah. Saya rasa kita dah bersedia. 158 00:08:50,988 --> 00:08:52,278 Mula, Jake. 159 00:08:52,949 --> 00:08:55,739 - Biasanya saya yang sebut. - Ikut cakap dia. 160 00:08:55,826 --> 00:08:56,986 Ya, bagus. 161 00:08:57,078 --> 00:08:57,908 Mula. 162 00:09:04,043 --> 00:09:04,963  Tidak! 163 00:09:05,044 --> 00:09:08,054 - Berhenti! Biar saya uruskan. - Ya, berhenti. 164 00:09:10,883 --> 00:09:12,223 Itu memang… 165 00:09:13,052 --> 00:09:15,262 Itu memang hebat. Tapi satu saja. 166 00:09:16,305 --> 00:09:19,135 - Cuba jangan tunjuk benci. - Tak sedaplah. 167 00:09:19,225 --> 00:09:21,555 Saya tahu. Masih terasa kalau sendawa. 168 00:09:23,354 --> 00:09:25,064 Awak boleh pura-pura, bukan? 169 00:09:25,147 --> 00:09:28,607 Macam semasa Beth cuba pakai deodoran organik 170 00:09:28,693 --> 00:09:31,033 dan kita cakap baunya tiada beza? 171 00:09:31,112 --> 00:09:32,322 - Cubalah. - Hei. 172 00:09:32,405 --> 00:09:35,905 Ya. Awak tahu tak? Lilin lebah tak berkesan. 173 00:09:36,784 --> 00:09:37,624 Ayuh. 174 00:09:38,369 --> 00:09:39,789 - Awak boleh buat? - Ya. 175 00:09:39,870 --> 00:09:40,710 Okey. 176 00:09:40,788 --> 00:09:43,418 - Boleh saya buat? - Ya, awak bagus. 177 00:09:43,499 --> 00:09:45,209 Terima kasih. Mula! 178 00:09:48,337 --> 00:09:49,707 {\an8}Kotak kata sintetik 179 00:09:49,797 --> 00:09:51,257 Hentikan dia. Maaf. 180 00:09:51,340 --> 00:09:54,590 - Saya belum habis. - Awak sebut "mmm…" sebelum rasa. 181 00:09:54,677 --> 00:09:57,427 - Awak suruh pura-pura. - Ya, tapi rasa dulu. 182 00:09:58,347 --> 00:09:59,767 Awak tahu saya dah rasa. 183 00:10:01,934 --> 00:10:04,564 Tapi orang yang tengok iklan tak tahu. 184 00:10:05,688 --> 00:10:07,318 - Mujur awak perasan. - Ya. 185 00:10:08,316 --> 00:10:10,736 Boleh kita mula dari awal? Ayuh. 186 00:10:10,818 --> 00:10:12,528 - Baiklah, mula. - Okey. 187 00:10:16,240 --> 00:10:17,830 Bukan begitu, berhenti. 188 00:10:19,201 --> 00:10:21,041 Itu bunyi untuk rasa segar. 189 00:10:21,120 --> 00:10:23,830 - Ya. - Tak, ini bukan lemoned tapi makanan. 190 00:10:24,582 --> 00:10:25,422 Itu… 191 00:10:26,334 --> 00:10:27,964 Bunyi itu lebih dekat. 192 00:10:28,044 --> 00:10:30,094 - Saya faham. - Teruskan rakaman. 193 00:10:30,171 --> 00:10:32,171 - Tak berhenti pun. - Okey. 194 00:10:32,256 --> 00:10:33,546 Baiklah, mula! 195 00:10:36,927 --> 00:10:37,757 {\an8}Alamak. 196 00:10:39,847 --> 00:10:42,097 - Itu bunyi apa? - Saya tak tahu. 197 00:10:42,183 --> 00:10:43,433 Awak macam DeNiro. 198 00:10:45,269 --> 00:10:46,099 Saya tak tahu. 199 00:10:47,480 --> 00:10:50,730 Awak macam serba salah. Buatlah betul-betul. 200 00:10:50,816 --> 00:10:52,686 Apa bunyi motosikal awak? 201 00:10:54,737 --> 00:10:58,737 Bunyi itu. Kekalkan gear dua. Mari kita mulakan. Ayuh, gear dua. 202 00:10:59,408 --> 00:11:02,538 - Mereka mula rasa marah. - Kenapa? Apa mereka kata? 203 00:11:03,037 --> 00:11:05,077 "Kami mula rasa marah." 204 00:11:06,332 --> 00:11:07,832 Mula. 205 00:11:09,251 --> 00:11:12,171 {\an8}Kotak kata stik tapi mulut saya kata sintetik. 206 00:11:24,975 --> 00:11:27,555 Kotak kata stik tapi mulut kata sintetik. 207 00:11:28,312 --> 00:11:29,272 Masih salah. 208 00:11:30,272 --> 00:11:33,822 Jangan risaulah. Selepas disunting mesti okey. 209 00:11:33,901 --> 00:11:36,901 - Saya takkan nampak bodoh? - Mesti nampak hebat. 210 00:11:36,987 --> 00:11:39,367 Awak tahu pelakon Thor? Chris Hemsworth? 211 00:11:39,448 --> 00:11:40,278 Ya. 212 00:11:40,783 --> 00:11:42,203 Sebenarnya, dia kerdil. 213 00:11:42,702 --> 00:11:43,542 Apa? 214 00:11:44,203 --> 00:11:45,203 Helah kamera. 215 00:11:45,287 --> 00:11:46,867 Dia dekat dengan kanta, 216 00:11:46,956 --> 00:11:48,746 semua orang jauh di belakang. 217 00:11:48,833 --> 00:11:50,423 - Takkanlah! - Mengagumkan. 218 00:11:50,501 --> 00:11:53,301 - Hei. - Awak tahu Chris Hemsworth kerdil? 219 00:11:53,379 --> 00:11:54,759 - Siapa cakap? - Saya. 220 00:11:54,839 --> 00:11:56,839 Agar Jake rasa lega tentang iklan. 221 00:11:56,924 --> 00:11:59,514 Yalah. Dia kecil saja. 222 00:12:01,095 --> 00:12:03,805 - Apa cerita? - Bukan sekarang, Blaney. 223 00:12:03,889 --> 00:12:05,849 Kenalkan kawan saya, Cole Custer. 224 00:12:05,933 --> 00:12:07,943 Kamu selalu nampak belakangnya. 225 00:12:08,018 --> 00:12:09,728 Sebab kereta mereka perlahan. 226 00:12:09,812 --> 00:12:12,062 Saya tahu. Sebab itu saya kata begitu. 227 00:12:13,899 --> 00:12:16,489 Terima kasih kerana singgah, Ryan Blaney. 228 00:12:16,569 --> 00:12:19,859 Boleh kami renung misai awak sampai ia jadi rama-rama? 229 00:12:22,783 --> 00:12:24,163 Kelakarnya. 230 00:12:24,243 --> 00:12:27,503 Di dalam kotak itu ada apa? Hebat, hadiah penaja. 231 00:12:27,580 --> 00:12:31,250 Ia sampai selepas kamu pergi. Barang promosi Fake Steak. 232 00:12:31,751 --> 00:12:33,091 Ini biri-biri jantan? 233 00:12:33,169 --> 00:12:36,299 Ini rupa jari kaki saya sebelum ia dirawat. 234 00:12:36,797 --> 00:12:40,127 Macam cendawan dan lembu ada anak. Anak yang hodoh. 235 00:12:40,634 --> 00:12:44,054 Susah payah saya buat kereta untuk letak ini pada bonet? 236 00:12:44,138 --> 00:12:47,058 Saya tahu ia teruk. Tapi penaja bayar gaji kita. 237 00:12:47,141 --> 00:12:48,391 Saya tak nak pakai. 238 00:12:49,310 --> 00:12:52,270 Kerja pemandu bukan risaukan pelekat pada kereta. 239 00:12:52,354 --> 00:12:55,694 Tapi berlumba. Sebab itu awak berlatih pukul 4 pagi. 240 00:12:55,775 --> 00:12:57,895 - Saya tak bangun pagi. - Okey. 241 00:12:58,527 --> 00:13:01,907 Maksud saya, awak sangat berbakat. 242 00:13:01,989 --> 00:13:03,409 Awak ada banyak peluang. 243 00:13:03,491 --> 00:13:06,121 Awak tak banyak fikir, awak cuma nak menang. 244 00:13:06,202 --> 00:13:07,582 Itu yang saya suka. 245 00:13:07,661 --> 00:13:09,831 Lupakan yang lain. Awak boleh buat. 246 00:13:09,914 --> 00:13:11,834 Baiklah. Mungkin saya boleh. 247 00:13:11,916 --> 00:13:13,536 Itu dialog Days of Thunder? 248 00:13:13,626 --> 00:13:16,546 Ya, jika tak menjadi, dia akan tiru dialog Rudy 249 00:13:16,629 --> 00:13:18,549 dan tukar bola kepada kereta. 250 00:13:20,424 --> 00:13:24,354 - Tolong kata itu penaja baru kamu. - Ya, mereka bayar mahal. 251 00:13:24,845 --> 00:13:26,845 Patutlah kamu sanggup pakai. 252 00:13:29,350 --> 00:13:30,270 Semoga berjaya. 253 00:13:31,936 --> 00:13:34,766 - Saya tak boleh. - Boleh, jangan pedulikan. 254 00:13:34,855 --> 00:13:37,975 Apabila dekat garis penamat, orang akan sokong siapa? 255 00:13:38,067 --> 00:13:40,527 Daging cendawan panas atau singa wang? 256 00:13:41,111 --> 00:13:43,821 Duit dan singa? Dua-dua sangat hebat. 257 00:13:44,698 --> 00:13:46,528 Saya sokong daging cendawan. 258 00:13:46,617 --> 00:13:49,657 Singa akan serang kita. Tanyalah Siegfried dan Roy. 259 00:13:49,745 --> 00:13:52,325 - Itu harimau. - Awak tak membantu. 260 00:13:53,999 --> 00:13:56,789 Setiap kali berlumba, saya yakin akan menang. 261 00:13:56,877 --> 00:13:58,547 Tapi sekarang tak lagi. 262 00:13:59,004 --> 00:14:02,014 Catherine cari pasal dengan saya sejak hari pertama. 263 00:14:02,508 --> 00:14:04,048 Dengan semua orang. 264 00:14:04,134 --> 00:14:06,474 Kena jalani temu duga untuk kerja kita, 265 00:14:06,554 --> 00:14:09,774 kemudian dia tukar penaja tanpa bincang dengan kita. 266 00:14:09,849 --> 00:14:14,399 Saya Pelumba Baru Terbaik Cup Series. Penghias kulit Sports Illustrated. 267 00:14:16,730 --> 00:14:19,650 Kami cetak kulit majalah itu di taman ria. 268 00:14:21,068 --> 00:14:22,188 Begitu. 269 00:14:22,820 --> 00:14:25,570 Beginilah, saya percayakan awak. 270 00:14:25,656 --> 00:14:27,866 Jika awak suruh, saya akan buat. 271 00:14:27,950 --> 00:14:29,950 Tapi dulu awak pelumba. Awak tahu. 272 00:14:30,452 --> 00:14:32,962 Bolehkah awak berlumba jika awak ragu-ragu? 273 00:14:36,250 --> 00:14:37,080 Tidak. 274 00:14:37,167 --> 00:14:38,707 Kenapa saya perlu buat? 275 00:14:39,211 --> 00:14:43,261 Jika awak tak yakin diri sendiri, kita tak boleh menang. 276 00:14:44,008 --> 00:14:47,468 Tanggalkan topi masing-masing, letakkan di dalam kotak. 277 00:14:47,970 --> 00:14:50,310 - Chuck, awak suka bakar barang. - Ya. 278 00:14:50,389 --> 00:14:51,349 Bakar semua ini. 279 00:14:51,432 --> 00:14:52,682 - Baik. - Nak ke mana? 280 00:14:52,766 --> 00:14:55,226 Betulkan keadaan. Pujuk Big Hoof kembali… 281 00:14:55,311 --> 00:14:58,401 Ya, Fake Steak memang bahan jenaka. Logonya hodoh. 282 00:14:58,480 --> 00:14:59,690 Iklan itu memalukan. 283 00:14:59,773 --> 00:15:02,943 - Tapi awak kata… - Saya tipu. Chris Hemsworth 6'3". 284 00:15:06,864 --> 00:15:08,574 Macam mana rakaman semalam? 285 00:15:09,283 --> 00:15:10,873 Memang hancur. 286 00:15:11,911 --> 00:15:13,541 Tapi awak selamatkannya. 287 00:15:14,038 --> 00:15:17,788 Tak, saya mangsa keadaan. Saya tak boleh bantu kalau tersepit. 288 00:15:19,793 --> 00:15:22,343 Adakah saya tak jelaskan kepentingannya? 289 00:15:22,421 --> 00:15:25,091 Awak jelaskan, itu sebab saya akan balas budi. 290 00:15:25,174 --> 00:15:26,844 Fake Steak kena pergi. 291 00:15:27,343 --> 00:15:28,263 Tidak. 292 00:15:28,344 --> 00:15:31,014 - Saya bukan nak lawan kuasa awak. - Mujurlah. 293 00:15:31,096 --> 00:15:33,136 Cuma ia bukan produk NASCAR. 294 00:15:33,223 --> 00:15:37,143 Saya tahu niat awak baik tapi saya tahu apa yang saya buat, okey? 295 00:15:37,227 --> 00:15:40,557 Saya akan telefon Rob dan minta Big Hoof kembali. 296 00:15:40,648 --> 00:15:41,938 Aduhai, Kevin. 297 00:15:42,441 --> 00:15:44,611 Saya dah bosan bertekak. 298 00:15:44,693 --> 00:15:47,323 Ini kanu Fake Steak, kita mengayuh di sungai. 299 00:15:47,404 --> 00:15:50,874 Pegang dayung dan kayuh sekarang atau keluar dari kanu. 300 00:15:50,950 --> 00:15:52,950 Dayung itu ada logo bodoh itu? 301 00:15:53,035 --> 00:15:53,945 Ya. 302 00:15:55,079 --> 00:15:58,619 Awak tahu tak? Di sini ada banyak kanu. 303 00:15:58,707 --> 00:16:01,707 - Kanu itu maksudnya pasukan lumba. - Saya tahu. 304 00:16:01,794 --> 00:16:03,254 Itu metafora saya. 305 00:16:03,963 --> 00:16:06,383 Kayuhlah sendiri, saya nak terjun. 306 00:16:10,928 --> 00:16:15,098 - Dah betulkan keadaan? - Lebih kurang begitu. 307 00:16:15,182 --> 00:16:16,272 Maknanya, tak. 308 00:16:16,350 --> 00:16:17,520 Saya burukkan lagi. 309 00:16:18,769 --> 00:16:22,609 Kamu nak bekerja untuk pasukan yang lebih besar dan bagus? 310 00:16:22,690 --> 00:16:23,900 Apa rancangan awak? 311 00:16:23,983 --> 00:16:26,573 Saya rahsiakannya selama ini 312 00:16:27,236 --> 00:16:30,356 tapi banyak pasukan besar dah lama cari saya. 313 00:16:30,447 --> 00:16:31,367 Bertahun-tahun. 314 00:16:31,448 --> 00:16:35,238 Kev, awak tak pernah rahsiakannya. Awak selalu berlagak. 315 00:16:35,995 --> 00:16:36,825 Okey. 316 00:16:37,955 --> 00:16:41,495 Tapi saya selalu menolak. Hari ini, saya setuju. 317 00:16:41,583 --> 00:16:45,383 Jika kita tak dihormati di rumah yang kita bina, 318 00:16:45,462 --> 00:16:47,302 kita perlu cari tempat lain. 319 00:16:47,381 --> 00:16:50,761 - Entahlah, risikonya besar. - Pernah saya kecewakan kamu? 320 00:16:50,843 --> 00:16:54,433 Tiga minit lalu semasa awak gagal dapatkan penaja lama. 321 00:16:56,265 --> 00:16:57,675 Okey. Selain itu. 322 00:16:57,766 --> 00:17:00,136 Semasa awak kata takkan ajak ibu saya keluar. 323 00:17:00,227 --> 00:17:02,977 Kami pergi ke Pizza Hut. Kami tak serasi. 324 00:17:03,564 --> 00:17:05,654 Semasa saya ditangkap polis? 325 00:17:05,733 --> 00:17:08,363 Saya tak cakap tentang hal kecil, okey? 326 00:17:09,570 --> 00:17:11,280 Saya di penjara tiga hari. 327 00:17:11,363 --> 00:17:15,283 Saya akan keluar sekarang dan dapatkan pasukan yang lebih baik. 328 00:17:16,702 --> 00:17:18,042 Saya kena hepatitis. 329 00:17:18,662 --> 00:17:20,712 Ini sudah gila. 330 00:17:25,836 --> 00:17:27,956 - Boleh saya bantu? - Ya. 331 00:17:29,631 --> 00:17:32,721 Beri saya masa sekejap kerana tangga itu tinggi. 332 00:17:34,136 --> 00:17:37,676 Saya tak pernah naik sambil marah. Ya Tuhan. 333 00:17:38,974 --> 00:17:41,024 Silakan. Duduklah. 334 00:17:42,895 --> 00:17:45,895 Awak tahu Kevin ada di luar sekarang… Maafkan saya. 335 00:17:46,940 --> 00:17:49,030 Saya fikir saya boleh terus cakap. 336 00:17:50,027 --> 00:17:51,317 Saya perlukan air. 337 00:17:55,032 --> 00:17:57,242 Maaf, memang saya tak larat. 338 00:17:59,161 --> 00:18:00,001 Baling lagi. 339 00:18:00,954 --> 00:18:05,134 Mesti awak bercakap dengan Kevin. Saya tak nak dia pergi. 340 00:18:05,209 --> 00:18:08,049 Tapi kalau dia pergi, ada ramai lagi ketua kru. 341 00:18:13,050 --> 00:18:14,220 Bukan macam dia. 342 00:18:14,802 --> 00:18:17,392 Awak rasa dia akan pergi seorang diri? 343 00:18:17,471 --> 00:18:19,351 Semua orang akan ikut dia. 344 00:18:19,431 --> 00:18:22,731 Mustahil, Kevin tak boleh asaskan pasukan sebelum Ahad. 345 00:18:22,810 --> 00:18:25,900 Tak perlu, awak yang berlumba hujung minggu ini. 346 00:18:25,979 --> 00:18:28,189 Kalau awak tak buat dan pandu kereta, 347 00:18:28,273 --> 00:18:31,283 ini kali pertama pasukan tak muncul dalam 30 tahun. 348 00:18:31,360 --> 00:18:33,860 Semua orang tak boleh berhenti begitu saja. 349 00:18:33,946 --> 00:18:35,276 Mereka boleh. 350 00:18:35,364 --> 00:18:39,084 Kalau tak berlumba, semua mata musim ini akan dibatalkan. 351 00:18:39,159 --> 00:18:41,079 Perjanjian NASCAR akan terbatal. 352 00:18:41,161 --> 00:18:43,621 Ini mungkin penamat Bobby Spencer Racing. 353 00:18:44,248 --> 00:18:47,418 Itu takkan berlaku kerana saya ada rancangan. 354 00:18:48,001 --> 00:18:49,631 - Rancangan apa? - Rahsia. 355 00:18:50,295 --> 00:18:52,005 Tapi ia sangat bagus. 356 00:18:52,840 --> 00:18:56,390 Apabila saya beritahu awak, awak akan kata, 357 00:18:57,302 --> 00:18:58,142 "Amboi." 358 00:18:59,763 --> 00:19:03,393 Sekarang, maafkan saya, saya perlu gerakkan rancangan. 359 00:19:03,475 --> 00:19:07,145 Saya akan duduk di sini sehingga saya tak dengar nadi saya. 360 00:19:12,025 --> 00:19:12,855 Mark. 361 00:19:12,943 --> 00:19:15,323 - Hei, Kevin. Lama tak jumpa. - Ya. 362 00:19:15,404 --> 00:19:17,414 Saya nak pergi ke kedai 363 00:19:17,489 --> 00:19:20,489 untuk beli bakon Smithfield yang sedap. 364 00:19:20,576 --> 00:19:23,076 Saya lupa ia salah satu penaja awak. 365 00:19:24,079 --> 00:19:25,119 Kecilnya dunia. 366 00:19:25,205 --> 00:19:28,665 Tujuan awak singgah ini ada kaitan dengan Bobby bersara? 367 00:19:28,750 --> 00:19:30,380 Tak. Tak ada. 368 00:19:30,878 --> 00:19:31,838 Tiada kaitan. 369 00:19:32,671 --> 00:19:34,011 Tapi Bobby bersara. 370 00:19:35,132 --> 00:19:39,682 Dengar kata, Stewart-Haas tubuhkan pasukan keempat dan perlukan ketua kru. 371 00:19:39,761 --> 00:19:42,761 - Awak tahu saya peminat… - Bukan saya saja. 372 00:19:42,848 --> 00:19:44,388 Awak dapat semua orang. 373 00:19:44,474 --> 00:19:45,394 Satu pasukan. 374 00:19:45,893 --> 00:19:48,403 Saya harap awak suka rasa champagne 375 00:19:48,478 --> 00:19:50,898 kerana awak akan selalu menang. 376 00:19:51,398 --> 00:19:53,568 Dah tiga tahun saya berhenti minum. 377 00:19:55,110 --> 00:19:57,740 Saya tak sempat selamatkan perkahwinan saya 378 00:19:57,821 --> 00:19:59,661 atau hubungan dengan anak-anak, 379 00:19:59,740 --> 00:20:04,200 tapi sekarang syukurlah, saya dah sertai program pemulihan. 380 00:20:05,162 --> 00:20:06,252 Amen. 381 00:20:07,706 --> 00:20:11,706 Kevin, awak ketua kru yang hebat dan saya mahu ambil awak. 382 00:20:11,793 --> 00:20:14,673 Bagus. Saya mula esok. Jangan cakap lagi dan rosakkannya. 383 00:20:15,339 --> 00:20:16,799 Sayangnya, awak lewat. 384 00:20:16,882 --> 00:20:20,892 Saya akan beritahu rahsia kami. Kami selalu main tipu. Setiap minggu. 385 00:20:22,095 --> 00:20:23,925 Beginilah, zaman dah berubah. 386 00:20:24,514 --> 00:20:27,734 Perlumbaan sekarang lebih macam permainan video. 387 00:20:28,185 --> 00:20:32,145 Kalau kami ambil ketua kru baru, penaja mesti terus tanya, 388 00:20:32,231 --> 00:20:34,191 ijazah kejuruteraannya dari mana? 389 00:20:34,274 --> 00:20:37,864 - Awak nak saya bekerja untuk pesaing? - Awak memang pesaing. 390 00:20:38,570 --> 00:20:40,570 Saya tahu, tapi pasukan lain pula. 391 00:20:42,032 --> 00:20:44,532 Pasukan lain pun akan cakap yang sama. 392 00:20:44,618 --> 00:20:46,538 Kita berdua dah macam dinosaur. 393 00:20:46,620 --> 00:20:50,710 Maksud dinosaur di sini, di puncak rantaian makanan, bukan? 394 00:20:50,791 --> 00:20:53,381 Gigi besar. Tangan pendek. 395 00:20:53,460 --> 00:20:55,630 Jatuhkan orang dengan libasan ekor. 396 00:20:58,590 --> 00:20:59,420 Bukan. 397 00:20:59,925 --> 00:21:00,965 Pupus. 398 00:21:01,802 --> 00:21:05,972 Nasihat saya, genggam kerja itu dengan kedua-dua tangan kecil awak. 399 00:21:09,309 --> 00:21:10,519 Jika saya lepaskan? 400 00:21:11,520 --> 00:21:13,560 Saya rasa itu kesilapan. 401 00:21:15,857 --> 00:21:17,567 Baiklah, itu sajalah. 402 00:21:19,236 --> 00:21:20,146 Baiklah. 403 00:21:20,821 --> 00:21:22,241 Tunggu sekejap. 404 00:21:23,740 --> 00:21:25,870 Saya tak nak awak pergi begitu saja. 405 00:21:25,951 --> 00:21:27,371 Terima kasih, Mark. 406 00:21:29,871 --> 00:21:32,001 Ini kupon untuk lima paun bakon. 407 00:21:34,293 --> 00:21:36,923 Cuba perisa madu rapuh. Sedap. 408 00:21:42,384 --> 00:21:43,894 - Awak dah balik. - Ya. 409 00:21:44,761 --> 00:21:47,101 - Hari ini gila, bukan? - Ya. 410 00:21:48,348 --> 00:21:49,808 Boleh kita berbincang? 411 00:21:49,891 --> 00:21:52,391 Beginilah, saya perlu minta maaf. 412 00:21:58,817 --> 00:21:59,937 Memang betul. 413 00:22:02,946 --> 00:22:06,236 Kita berdua sayangkan pasukan lalu kita bertengkar. 414 00:22:06,742 --> 00:22:11,082 Awak dah lama makan garam tapi saya bodoh kerana tak pedulikannya. 415 00:22:11,705 --> 00:22:12,955 Itu takkan berulang. 416 00:22:13,040 --> 00:22:17,290 Mesti tak mudah untuk awak cakap tapi ia perlu dikatakan. 417 00:22:18,754 --> 00:22:20,014 Saya maafkan awak. 418 00:22:20,672 --> 00:22:23,222 Saya tahu awak jumpa pemilik lain. 419 00:22:24,134 --> 00:22:27,764 - Awak mungkin dapat banyak tawaran. - Ya. Memang banyak. 420 00:22:29,931 --> 00:22:32,731 Kalau ada darah di laut, jerung datang berenang. 421 00:22:34,519 --> 00:22:37,769 Beginilah, tukar penaja ialah isu besar. 422 00:22:37,856 --> 00:22:40,276 Saya tak patut terkejutkan awak dan Jake. 423 00:22:40,359 --> 00:22:43,859 Ini pasukan awak juga, hak awak sama macam saya. 424 00:22:43,945 --> 00:22:47,655 Taklah sama banyak, saya yang tandatangani cek. 425 00:22:47,741 --> 00:22:49,451 Tapi ini pasukan awak. 426 00:22:49,951 --> 00:22:52,791 Bagus, saya akan minta Big Hoof supaya kembali… 427 00:22:52,871 --> 00:22:54,581 Ini bukan pasukan awak. 428 00:22:55,624 --> 00:22:59,344 Big Hoof dah tiada. Ada kontrak baru, pemiliknya kawan saya. 429 00:22:59,419 --> 00:23:02,049 Jika awak menolak Fake Steak dan nak pergi… 430 00:23:02,130 --> 00:23:03,630 Pertama sekali, 431 00:23:04,132 --> 00:23:06,262 kenapa terus kata saya menolak? 432 00:23:06,343 --> 00:23:08,433 Bukannya saya menolak. 433 00:23:08,512 --> 00:23:09,722 Saya tak sebut. 434 00:23:09,805 --> 00:23:11,805 - Saya pun. - Tiada orang menolak. 435 00:23:11,890 --> 00:23:14,100 - Saya setuju sepenuhnya. - Okey. 436 00:23:18,063 --> 00:23:20,073 Tapi mungkin kita boleh cakap 437 00:23:20,565 --> 00:23:23,985 Jake tak perlu buat penampilan dengan produk. 438 00:23:24,069 --> 00:23:26,069 Maaf, dia terpaksa buat. 439 00:23:32,494 --> 00:23:33,334 Okey. 440 00:23:34,913 --> 00:23:36,833 Dia akan buat, tanpa baju itu. 441 00:23:36,915 --> 00:23:40,335 - Dia perlu pakai. - Saya tak kisah. 442 00:23:40,836 --> 00:23:42,836 Saya rasa, dia pun sama. 443 00:23:42,921 --> 00:23:45,801 Tapi dia tak perlu makan. Itu syarat wajib saya. 444 00:23:45,882 --> 00:23:48,182 Dia perlu makan. Tak ada cara lain. 445 00:23:48,260 --> 00:23:49,800 Saya setuju. 446 00:23:55,308 --> 00:23:57,098 Itu persetujuannya, bukan? 447 00:23:57,185 --> 00:24:00,805 Beginilah cara berunding. Kedua-duanya rugi sedikit. 448 00:24:00,897 --> 00:24:03,527 Saya rasa gembira. Jadi, kita bersalaman? 449 00:24:03,608 --> 00:24:05,818 Peluk? Jalan sambil tunjuk pistol? 450 00:24:05,902 --> 00:24:08,032 Awak boleh keluar dan tutup pintu. 451 00:24:08,113 --> 00:24:11,123 Okey. Saya akan simpan pistol. 452 00:24:15,370 --> 00:24:18,620 Okey, kita ada pasukan lain jika kita perlukannya. 453 00:24:18,707 --> 00:24:21,497 Tapi saya terfikir. Cara ini agak berbeza. 454 00:24:21,585 --> 00:24:24,665 Tapi apa kata kita kekal dengan Bobby Spencer Racing 455 00:24:24,754 --> 00:24:26,884 dan jual Fake Steak? Ini satu cara. 456 00:24:26,965 --> 00:24:28,625 Tak dapat kerja baru? 457 00:24:28,717 --> 00:24:32,757 Ingat tak kayu besbol Randy Johnson hentam burung sampai meletup? 458 00:24:33,263 --> 00:24:34,263 Saya burung itu. 459 00:24:36,266 --> 00:24:40,516 Saya buat kajian tentang Fake Steak dan ia produk penting. 460 00:24:40,604 --> 00:24:42,024 - Betul? - Biar benar. 461 00:24:43,857 --> 00:24:46,527 Protein berasaskan tumbuhan ialah masa depan. 462 00:24:46,610 --> 00:24:49,650 Saya juga baru tahu yang gorila cuma makan sayur 463 00:24:49,738 --> 00:24:51,988 tapi ia haiwan paling kuat di bumi. 464 00:24:52,699 --> 00:24:55,739 Koko, gorila jantan. Tahu isyarat tangan pertamanya? 465 00:24:55,827 --> 00:24:57,077 - Koko betina. - Okey. 466 00:24:59,539 --> 00:25:03,419 Koko boleh pilih apa-apa isyarat. 467 00:25:03,502 --> 00:25:05,752 Tapi kamu tahu pilihannya? Cendawan. 468 00:25:05,837 --> 00:25:07,837 Tak, Kev. Itu mustahil. 469 00:25:07,923 --> 00:25:09,973 Betul. Saya tonton dokumentari. 470 00:25:10,050 --> 00:25:10,880 - Betul? - Ya. 471 00:25:10,967 --> 00:25:13,427 Hosnya Morgan Freeman, mesti ia benar. 472 00:25:13,512 --> 00:25:17,352 - Saya percayakan dia. - Tak, perkataan pertamanya ialah cinta. 473 00:25:17,432 --> 00:25:18,852 Okey, perkataan kedua. 474 00:25:18,934 --> 00:25:21,444 - Itu tak penting. - Tak, perkataan kawan. 475 00:25:21,937 --> 00:25:24,437 Saya beritahu perkataan ketiga, okey? 476 00:25:25,190 --> 00:25:28,570 - Nampak macam cendawan. - Ya, tapi ia penumbuk. 477 00:25:28,652 --> 00:25:31,492 Apa-apa pun, saya cuma nak cakap 478 00:25:32,197 --> 00:25:35,367 bukan teruk sangat jika kita amalkan gaya hidup sihat. 479 00:25:35,450 --> 00:25:37,830 Kita semua perlu jaga makan. Setuju? 480 00:25:37,911 --> 00:25:38,751 - Ya. - Ya. 481 00:25:38,828 --> 00:25:41,328 - Baiklah. - Baiklah, nak makan apa? 482 00:25:41,414 --> 00:25:44,084 - Sandwic daging kisar. - Khinzir carik. 483 00:25:44,167 --> 00:25:45,587 - Ayam goreng. - Lof daging. 484 00:25:45,669 --> 00:25:47,049 Ada bebola daging? 485 00:25:47,128 --> 00:25:49,418 - Ya. - Bawa dua bekas besar dulu. 486 00:25:49,923 --> 00:25:51,263 Iklan saya! 487 00:25:58,473 --> 00:26:02,143 Kotak kata sintetik, tapi mulut anda kata stik. 488 00:26:02,227 --> 00:26:05,357 - Betul, bintang NASCAR, Jake Martin? - Ya. 489 00:26:13,405 --> 00:26:14,405 Saya tahu. 490 00:26:15,574 --> 00:26:17,784 Saya nampak kacak sangat. 491 00:27:14,924 --> 00:27:17,594 Terjemahan sari kata oleh Fariza Zainal