1 00:00:09,885 --> 00:00:11,470 Bagaimana orang memandu arah di bandar ini 2 00:00:11,553 --> 00:00:13,972 apabila Pret A Manger ada di setiap sudut? 3 00:00:14,473 --> 00:00:15,891 Kita tak boleh tanya Scott lokasinya? 4 00:00:15,974 --> 00:00:17,851 Tak, dia tak tahu saya akan datang. 5 00:00:17,935 --> 00:00:18,936 Ia kejutan. 6 00:00:22,940 --> 00:00:24,441 Kenapa mereka terlalu perlahan? 7 00:00:24,525 --> 00:00:26,068 Mereka berhenti untuk belai kucing. 8 00:00:26,151 --> 00:00:27,569 - Apa? Kucing? - Ya. 9 00:00:27,653 --> 00:00:28,654 Oh Tuhan. 10 00:00:29,071 --> 00:00:30,155 Cepat! 11 00:00:32,406 --> 00:00:34,826 Kenapa bawa bakul mufin ke pelancaran buku? 12 00:00:34,910 --> 00:00:35,953 Untuk cakap "syabas." 13 00:00:36,745 --> 00:00:38,664 Freddy selalu menghantarnya kepada kami. 14 00:00:39,164 --> 00:00:41,166 Dia fikir itulah tanda jadi orang baik. 15 00:00:43,085 --> 00:00:44,920 Bagaimana awak dengan Jason? 16 00:00:45,629 --> 00:00:47,464 - Awak masih belum maafkan dia? - Belum. 17 00:00:47,548 --> 00:00:50,384 Dia tipu tentang pembelian pangsapuri itu dan kami akan kehilangannya, 18 00:00:50,467 --> 00:00:53,262 beritahu Bev perkara yang dia guna untuk halang kami dapat anak-anak itu, 19 00:00:53,345 --> 00:00:57,140 dan judikan 10,000 duit kami secara senyap dan dengan Scott daripada ramai orang. 20 00:00:59,393 --> 00:01:02,479 Daripada ramai orang, dia ialah antara orang terbaik untuk lakukannya. 21 00:01:03,272 --> 00:01:04,480 - Betul. - Tapi, tak kisahlah. 22 00:01:04,565 --> 00:01:06,024 - Ia di sana. - Okey. 23 00:01:06,108 --> 00:01:07,860 Jika awak perlu… Ia di sana! 24 00:01:07,943 --> 00:01:11,029 Buku ekonomi. Sangat mengagumkan. 25 00:01:11,113 --> 00:01:12,489 Ya, saya sangat gembira untuk dia. 26 00:01:13,156 --> 00:01:17,786 Dia buktikan kepada Jilly, Nikki, kamu, ayah, keluarganya, 27 00:01:17,870 --> 00:01:22,624 rakan-rakannya, rakan-rakan kami, pekerja kenalan kami dan Karen salah. 28 00:01:22,708 --> 00:01:24,293 Sangat gembira untuk dia. 29 00:01:24,376 --> 00:01:27,546 Kami cakap tak kisah pekerjaan pasangan anak kami, 30 00:01:27,629 --> 00:01:30,966 asalkan anak kami bahagia, tapi kami tak maksudkannya. 31 00:01:31,049 --> 00:01:33,468 Mak tak pernah hadiri parti sastera. 32 00:01:33,552 --> 00:01:35,888 Kamu rasa ia akan jadi tak senonoh? Tak bermoral? 33 00:01:36,513 --> 00:01:37,681 Saya tak rasa begitu, Jill. Tak. 34 00:01:41,351 --> 00:01:42,978 Tepat pada masanya. 35 00:01:43,061 --> 00:01:45,314 Berapa lama diperlukan untuk belai kucing? 36 00:01:45,397 --> 00:01:48,192 Ia kucing yang comel dan perlu beratur. 37 00:01:50,485 --> 00:01:51,570 Marilah. 38 00:02:07,127 --> 00:02:08,127 Apa… 39 00:02:14,843 --> 00:02:16,386 SCOTT FILBERT - SI JELIK LELAKI YANG ANDA PATUT BENCI 40 00:02:19,348 --> 00:02:20,682 Si Jelik! 41 00:02:21,266 --> 00:02:22,684 Hebat. 42 00:02:22,768 --> 00:02:23,769 Hebat. 43 00:02:28,023 --> 00:02:29,024 Alamak! 44 00:02:45,415 --> 00:02:46,834 Gembira awak datang. 45 00:02:47,417 --> 00:02:49,795 Saya fikir… Bukankah awak ada latihan bola sepak selepas sekolah? 46 00:02:49,878 --> 00:02:51,421 Tak, Amy gantikan saya. 47 00:02:51,505 --> 00:02:53,090 Scott, apa semua ini? 48 00:02:53,173 --> 00:02:55,801 Tak, jangan ubah rancangan awak untuk saya, Karen. Okey? 49 00:02:55,884 --> 00:02:58,053 Jika awak perlu ke sana semula, ia tak jadi masalah. 50 00:02:58,136 --> 00:02:59,179 Tak, jangan risau. 51 00:02:59,263 --> 00:03:01,890 Apa semua ini? Apa yang awak buat? 52 00:03:01,974 --> 00:03:04,017 Dia serupa dalam kehidupan nyata. 53 00:03:05,978 --> 00:03:06,979 Apa yang dia maksudkan? 54 00:03:07,062 --> 00:03:10,774 Satu lagi, kenapa awak buat muka aneh dalam semua gambar itu? 55 00:03:14,444 --> 00:03:15,654 Ya. 56 00:03:15,737 --> 00:03:16,905 Kanape? 57 00:03:20,868 --> 00:03:22,035 Terima kasih. 58 00:03:24,162 --> 00:03:25,581 Kamu tahu kamu tak perlu ambil. 59 00:03:26,623 --> 00:03:28,041 Betulkah? 60 00:03:31,795 --> 00:03:32,796 Sekejap. 61 00:03:38,552 --> 00:03:40,137 - Salmon ini sedap? - Ya. 62 00:03:40,888 --> 00:03:42,973 Awak nak ambil daripada saya dan beri kepada Scott? 63 00:03:43,056 --> 00:03:45,601 Mungkin dalam enam bulan, dia boleh pulangkan satu pertiga daripadanya. 64 00:03:45,684 --> 00:03:48,228 Sudahlah. Nikki… 65 00:03:48,729 --> 00:03:50,606 Jika awak nak ikut, bawa salmon lagi. 66 00:03:52,149 --> 00:03:54,568 Jadi, mereka fikir awak watak? 67 00:03:55,068 --> 00:03:58,280 Ya, maksud saya, ia berkaitan penulisan. 68 00:03:58,363 --> 00:04:00,657 Seperti nama pena. Ramai penulis buat begitu. 69 00:04:00,741 --> 00:04:02,075 George Eliot lakukannya. 70 00:04:02,159 --> 00:04:03,660 Dia sangat dihormati. 71 00:04:03,744 --> 00:04:06,038 Scott, mereka ketawakan awak. 72 00:04:06,747 --> 00:04:09,291 Mereka juga pernah ejek Jesus, 73 00:04:09,374 --> 00:04:11,001 dan Jesus ada di merata tempat sekarang. Okey? 74 00:04:11,084 --> 00:04:13,504 Jadi jika saya boleh dapat separuh daripada pasaran Krismasnya… 75 00:04:13,587 --> 00:04:14,505 Tidak! 76 00:04:14,588 --> 00:04:18,132 Scott, awak ada pelindung alat sulit dan topi keledar. 77 00:04:19,801 --> 00:04:21,637 Salah maklumat dengan pistol duit. 78 00:04:21,720 --> 00:04:23,931 Mereka penuhkannya dengan syiling berbanding wang kertas. 79 00:04:24,014 --> 00:04:26,517 Apabila pakai ini, awak takkan rasa apa-apa. 80 00:04:28,810 --> 00:04:32,397 Tak. Awak bukan nak jadi penulis begini. 81 00:04:32,481 --> 00:04:35,275 Saya dah cuba. Karen, dan saya… Setakat ini saja kemampuan saya. 82 00:04:36,485 --> 00:04:38,695 Saya tiada motivasi untuk mencuba lagi. 83 00:04:54,169 --> 00:04:56,380 Maaf saya tipu awak tentang pangsapuri itu. 84 00:04:56,463 --> 00:04:59,633 Maaf saya beri duit kepada Scott untuk dilaburkan tanya beritahu awak. 85 00:04:59,716 --> 00:05:00,968 - Judi. - Itu bukan judi. 86 00:05:01,051 --> 00:05:02,427 Ya, sudah tentu. 87 00:05:03,345 --> 00:05:05,180 Bukan semua orang boleh jadi kaya, Jason. 88 00:05:05,264 --> 00:05:08,767 Mereka cuma cakap begitu kepada orang macam kita supaya terus beri mereka duit. 89 00:05:08,851 --> 00:05:10,894 Awak tak terfikir nak tanya saya! 90 00:05:10,978 --> 00:05:12,896 Saya nak beri penyelesaian dan bukan masalah kepada awak. 91 00:05:12,980 --> 00:05:15,607 Saya bukan budak kecil. 92 00:05:15,691 --> 00:05:18,527 - Saya bantu cari penyelesaian. - Tiada jalan, sayang. 93 00:05:18,986 --> 00:05:20,320 Kita… 94 00:05:21,238 --> 00:05:22,489 Kita boleh minta daripada ibu bapa saya. 95 00:05:22,573 --> 00:05:23,991 Mereka takkan cukup duit. 96 00:05:24,074 --> 00:05:26,660 Mereka tak nak hidupkan penunu gas di dapur. 97 00:05:27,160 --> 00:05:29,454 Apa pun, saya tak nak guna simpanan orang lain. 98 00:05:29,538 --> 00:05:32,249 Scott ialah pilihan terbaik. Saya fikir begitu. 99 00:05:32,958 --> 00:05:34,168 - Apa maksudnya? - Buat jualan jangka turun. 100 00:05:34,251 --> 00:05:36,128 Itu yang orang kewangan buat untuk dapatkan keuntungan. 101 00:05:36,211 --> 00:05:37,713 Mereka buat jualan jangka turun. 102 00:05:37,796 --> 00:05:39,339 Apa maksud awak, "jualan jangka turun"? 103 00:05:39,423 --> 00:05:40,757 Mereka buat jualan jangka turun. 104 00:05:41,842 --> 00:05:44,219 - Jualan jangka turun! - Berhenti cakap, "jualan jangka turun"! 105 00:05:44,303 --> 00:05:46,388 Bukannya saya tukar duit itu dengan benih ajaib, okey? 106 00:05:46,471 --> 00:05:49,183 Dia jurubank pelaburan. Tak mungkin dia dungu. 107 00:05:50,559 --> 00:05:52,394 Masa yang tepat. Terima kasih banyak. 108 00:05:53,854 --> 00:05:55,022 Dengar, saya cuba perbetulkannya. 109 00:05:55,105 --> 00:05:57,191 Sebab itu saya pandu teksi. Saya dapat duit yang banyak. 110 00:05:57,274 --> 00:05:59,610 Ya, satu lagi keputusan yang awak buat tanpa berbincang. 111 00:06:00,360 --> 00:06:02,404 Paling penting, 112 00:06:02,905 --> 00:06:05,616 awak beritahu Bev semua masalah kita. 113 00:06:05,699 --> 00:06:08,327 Satu-satunya orang yang jadi penghalang antara kita dan anak-anak itu. 114 00:06:08,410 --> 00:06:09,244 Saya beritahu dia 115 00:06:09,328 --> 00:06:12,206 sebab saya tak nak dia fikir kita fikir kita lebih bagus daripada dia, 116 00:06:12,289 --> 00:06:14,833 yang kita keluarga sempurna yang pandang rendah pada dia. 117 00:06:14,917 --> 00:06:15,918 Tapi ia dungu. 118 00:06:16,001 --> 00:06:17,461 - Betulkah? - Ya! 119 00:06:18,795 --> 00:06:21,256 Kita pernah buat keputusan dungu bersama-sama. 120 00:06:24,384 --> 00:06:25,886 Kita tak berbincang seperti sebelum ini. 121 00:06:27,888 --> 00:06:31,183 - Oh Tuhan! - Lihat, harganya naik, okey? 122 00:06:32,017 --> 00:06:33,602 Dengar, saya nak pergi. 123 00:06:33,685 --> 00:06:35,312 Saya lebih berguna untuk keluarga ini 124 00:06:35,395 --> 00:06:37,105 di luar berbanding apabila saya ada di sini, okey? 125 00:06:37,189 --> 00:06:39,316 Jadi, saya akan beredar, tapi boleh kita berbincang nanti? 126 00:06:41,151 --> 00:06:42,194 Nik? 127 00:06:43,820 --> 00:06:45,697 Okey. 128 00:06:52,871 --> 00:06:55,290 Rasanya saya akan makan telur rebus apabila kita balik nanti. 129 00:06:55,791 --> 00:06:56,625 Ya. 130 00:06:56,708 --> 00:06:59,461 Ya, tapi, maaf. Ini memang cara untuk jual buku ekonomi? 131 00:07:00,045 --> 00:07:02,840 Saya tak tahu. Saya tak jual buku ekonomi. 132 00:07:02,923 --> 00:07:04,550 Rasanya orang lain tak buat begini. 133 00:07:05,175 --> 00:07:07,219 - Saya tahu, tapi awak… Awak buat dia… - Tak. 134 00:07:07,302 --> 00:07:08,762 Ini buku komedi. 135 00:07:08,846 --> 00:07:12,182 Sebenarnya, fakta dia dibayar untuk menulis… 136 00:07:12,599 --> 00:07:13,642 dia dapat untung. 137 00:07:14,643 --> 00:07:15,811 Jadi, bila dia akan dibayar? 138 00:07:15,894 --> 00:07:17,229 Selepas dia jelaskan hutang pemasaran, 139 00:07:17,312 --> 00:07:18,730 sebab ini bukan murah. 140 00:07:19,231 --> 00:07:20,983 Jadi, dia bayar untuk semua ini? 141 00:07:21,066 --> 00:07:23,443 Ya, saya tahu, dan kami sangat hargainya. 142 00:07:23,527 --> 00:07:25,737 Saya berseronok. 143 00:07:26,530 --> 00:07:30,284 Syarikat ini dah lebih leveraj. 144 00:07:30,367 --> 00:07:31,743 Semua penerbitan sedang jatuh. 145 00:07:31,827 --> 00:07:34,621 Kebanyakan buku tak dapat royalti, melainkan penulis seorang cef. 146 00:07:34,705 --> 00:07:36,081 Awak pandai memasak? 147 00:07:38,166 --> 00:07:39,668 - Tak. - Baiklah. 148 00:07:39,751 --> 00:07:41,920 Jika awak kenal cef, pernah jumpa cef, 149 00:07:42,004 --> 00:07:43,672 boleh hubungi saya? 150 00:07:44,256 --> 00:07:45,257 Maaf, tapi… 151 00:07:45,924 --> 00:07:49,094 dia bukan mahukan buku begini. 152 00:07:49,178 --> 00:07:53,432 Dengar, bukan saya penghalang antara Scott dan Hadiah Booker. 153 00:07:53,932 --> 00:07:55,392 Saya membesar dengan orang seperti awak, Scott. 154 00:07:55,475 --> 00:07:57,060 Tanpa saya, awak bukan Philip Roth. 155 00:07:57,144 --> 00:08:00,397 Awak penulis San Fran janggut sejemput berkolar leher penyu, 156 00:08:00,480 --> 00:08:04,318 membaca puisi dan main dram bongo bersama wanita menari berbaju hitam ketat. 157 00:08:04,401 --> 00:08:06,945 Awak tak serius, 158 00:08:07,863 --> 00:08:09,907 dan buku ini saja yang awak akan dapat. 159 00:08:11,116 --> 00:08:12,201 Boleh kami beredar? 160 00:08:12,701 --> 00:08:13,952 Gembira bertemu awak. 161 00:08:14,036 --> 00:08:15,037 Berseronoklah. 162 00:08:19,208 --> 00:08:22,294 Rasanya awak baru dapat motivasi awak. 163 00:08:23,921 --> 00:08:24,963 Ayuh. 164 00:08:25,547 --> 00:08:27,174 Awak takkan realisasikan separuh impian awak saja. 165 00:08:28,425 --> 00:08:31,303 Maaf, tapi rasanya ini milik kami. 166 00:08:31,803 --> 00:08:33,679 Kamu berseronok? 167 00:08:33,764 --> 00:08:35,182 Baiklah, bangun. Kita akan beredar. 168 00:08:35,265 --> 00:08:37,058 Ambil sebanyak yang boleh. Ayuh. 169 00:08:37,142 --> 00:08:38,894 Ya, saya akan ambil ini. Terima kasih. 170 00:08:38,977 --> 00:08:41,813 Terlebih makan boleh buat awak gemuk. Baiklah. Ayuh. Ambil champagne. 171 00:08:41,897 --> 00:08:43,565 Rasanya awak akan tahu kami yang membayarnya. 172 00:08:47,110 --> 00:08:50,280 Ayuh. Cepat! 173 00:08:50,364 --> 00:08:51,448 Saya datang! 174 00:08:52,658 --> 00:08:53,992 Penasihat kewangan kami di sana. 175 00:08:54,076 --> 00:08:56,119 Berlari di jalan raya dengan sepinggan goujon. 176 00:08:57,246 --> 00:08:58,247 Cepat! 177 00:09:00,332 --> 00:09:03,043 PANGSAPURI TINGKAT ATAS MENERIMA TAWARAN 178 00:09:17,432 --> 00:09:20,811 Saya tak sabar untuk ia berakhir supaya saya boleh benci Freddy semula. 179 00:09:21,311 --> 00:09:22,521 Saya akan suruh dia berhenti buat begini. 180 00:09:22,604 --> 00:09:24,690 Jangan terlalu ganas. Ia mufin berkualiti. 181 00:09:25,899 --> 00:09:26,984 Baiklah, apa ini? 182 00:09:27,359 --> 00:09:31,280 Saya beli sebagai kejutan untuk Tyler untuk gantikan sepana. 183 00:09:31,905 --> 00:09:34,157 Jase, awak tak boleh paksa cinta begini. 184 00:09:35,242 --> 00:09:36,493 Lagipun ia terlalu kecil. 185 00:09:37,077 --> 00:09:39,454 - Ia terlalu kecil. - Saya rasa ia comel. 186 00:09:39,538 --> 00:09:42,165 Tak, saya tak suka. Ia terlalu kecil untuk dipeluk 187 00:09:42,249 --> 00:09:43,709 Apa awak nak buat dengannya? 188 00:09:43,792 --> 00:09:47,671 Saya simpati untuk Tyler, tapi kita perlu beli yang lebih besar. 189 00:09:47,754 --> 00:09:49,339 Malangnya, sebab ia comel. 190 00:10:40,098 --> 00:10:40,933 Apa semua ini? 191 00:10:41,725 --> 00:10:43,810 Jen akan datang nanti untuk malam wanita saja. 192 00:10:44,186 --> 00:10:46,146 Saya nak pastikan ia sangat menenangkan. 193 00:10:48,232 --> 00:10:49,858 Kemudian saya akan pecat dia. 194 00:10:51,318 --> 00:10:53,487 Tapi, Jase, sebelum dia sampai, boleh kita berbincang? 195 00:10:53,570 --> 00:10:55,030 Maaf, sayang. Saya dah nak keluar. 196 00:10:55,113 --> 00:10:57,616 Biar betul? Kita belum berbincang lagi. 197 00:10:57,699 --> 00:10:59,451 Saya tahu, tapi ini waktu puncak, bukan? 198 00:10:59,535 --> 00:11:02,246 Dua jam sekarang sama nilai seperti empat jam nanti. Kita bincang esok? 199 00:11:02,329 --> 00:11:03,539 - Boleh? - Jase. 200 00:11:03,622 --> 00:11:04,790 Maaf, Nik. Maaf. 201 00:11:10,754 --> 00:11:11,755 Jumpa nanti. 202 00:11:19,805 --> 00:11:21,056 Selesanya. 203 00:11:22,140 --> 00:11:23,642 Saya buat begini di gim. 204 00:11:24,518 --> 00:11:26,687 Kadangkala di rumah selepas saya pergi ke gim. 205 00:11:37,155 --> 00:11:38,156 Okey, jadi… 206 00:11:39,032 --> 00:11:40,826 Jen, ada… 207 00:11:40,909 --> 00:11:41,910 Hai, Jen. 208 00:11:42,661 --> 00:11:44,079 Hai, Princess. 209 00:11:44,162 --> 00:11:45,163 Awak suka tatu saya? 210 00:11:46,331 --> 00:11:48,000 Hebatnya. 211 00:11:48,083 --> 00:11:51,044 Saya ada enam tatu, tapi tak boleh tunjukkannya. 212 00:11:52,254 --> 00:11:53,672 Saya… 213 00:11:54,840 --> 00:11:57,176 Pastikan awak pakai ikut waktu dicadangkan. 214 00:11:57,259 --> 00:11:58,260 Okey. 215 00:11:58,343 --> 00:12:01,388 Jika dia kekal muda, saya boleh terus bawa dia naik bas secara percuma. 216 00:12:07,978 --> 00:12:08,979 Baiklah. 217 00:12:10,355 --> 00:12:12,649 - Jadi, Jen… - Soalan pantas daripada saya. 218 00:12:14,443 --> 00:12:15,903 Bagaimana awak tahu jika awak kemurungan? 219 00:12:16,987 --> 00:12:18,614 Jen, kenapa? 220 00:12:18,697 --> 00:12:22,034 Saya nak bersama Tinkle, tapi saya rasa dia tak nak bersama saya. 221 00:12:22,117 --> 00:12:24,745 Kenapa nak bersama orang yang tak nak bersama awak? 222 00:12:24,828 --> 00:12:26,330 Sebab biasanya mereka yang terbaik. 223 00:12:26,413 --> 00:12:27,331 Okey, ya. 224 00:12:27,915 --> 00:12:28,957 Kami jumpa orang lain, 225 00:12:29,041 --> 00:12:31,418 dan dia guna perkataan "kasual," 17 kali. 226 00:12:31,502 --> 00:12:32,544 Oh Tuhan. 227 00:12:32,628 --> 00:12:36,507 Semua generasi fikir mereka tahu hubungan tak perlukan komitmen. 228 00:12:36,590 --> 00:12:38,634 Jen, tiada sesiapa tahu. 229 00:12:38,717 --> 00:12:42,930 Kita perlukan komitmen. Ia bagus. Komitmen yang kuatkan kita. 230 00:12:44,348 --> 00:12:47,100 Saya habiskan terlalu banyak masa fokus pada kerjaya. 231 00:12:48,602 --> 00:12:50,562 Saya dah capai semua matlamat… 232 00:12:51,063 --> 00:12:53,398 rasanya dah sampai masa saya berusaha untuk kehidupan cinta. 233 00:12:53,482 --> 00:12:55,609 Saya perlu seseorang yang saya boleh bergantung harap. 234 00:12:55,692 --> 00:12:57,945 Saya perlu berhenti cari orang menarik yang mengambil dadah 235 00:12:58,028 --> 00:13:00,656 dan cari seseorang yang baik untuk perantisan? 236 00:13:02,157 --> 00:13:04,409 Saya perlu jatuh cinta. 237 00:13:06,119 --> 00:13:08,205 Cinta takkan berlaku begitu saja. 238 00:13:09,248 --> 00:13:10,582 Ia bukan mantera. 239 00:13:11,667 --> 00:13:12,918 Ia kerja. 240 00:13:14,169 --> 00:13:15,629 Ia kerja keras. 241 00:13:17,130 --> 00:13:19,466 Tapi, jika awak mahukannya, awak akan temuinya. 242 00:13:21,260 --> 00:13:22,636 Awak sangat baik dengan saya. 243 00:13:23,428 --> 00:13:25,264 Awak orang paling baik saya pernah kenal. 244 00:13:27,307 --> 00:13:29,184 Apa yang awak nak cakap? 245 00:13:31,603 --> 00:13:33,397 - Abaikan saja. - Okey. 246 00:13:43,282 --> 00:13:45,409 DINDING MOTIVASI IDEA CERITA 247 00:13:45,492 --> 00:13:47,619 RUTIN PENULISAN HARIAN STRUKTUR CERITA 248 00:13:55,878 --> 00:13:58,046 OBLIVION'S TELEPHONE NOVEL OLEH SCOTT FILBERT 249 00:13:58,130 --> 00:13:59,673 LANGIT KINI GELAP SEPERTI MOLASES. 250 00:14:00,841 --> 00:14:02,092 Kenapa awak bekerja di sini? 251 00:14:02,176 --> 00:14:05,470 Pejabat saya terlalu dekat dengan dapur dan saya tak boleh fokus. 252 00:14:11,101 --> 00:14:12,936 - Bagaimana? - Ya, ia okey. Ya. 253 00:14:13,020 --> 00:14:14,730 Banyak perkembangan. 254 00:14:14,813 --> 00:14:17,232 IDEA CERITA ROMPAKAN BANK 255 00:14:17,858 --> 00:14:20,485 Ingat, perlukan lima halaman sebelum waktu tidur. 256 00:14:20,569 --> 00:14:21,820 Baiklah. 257 00:14:21,904 --> 00:14:23,947 Malam ini? Baiklah. 258 00:14:25,407 --> 00:14:26,950 Boleh saya buat fon lebih besar? 259 00:14:27,034 --> 00:14:28,577 Tak boleh. 260 00:14:29,661 --> 00:14:31,538 Ia belum sedia untuk dibaca. 261 00:14:31,622 --> 00:14:32,706 Diamlah. 262 00:14:34,082 --> 00:14:35,667 LANGIT KINI GELAP SEPERTI MOLASES. 263 00:14:35,751 --> 00:14:37,169 SESUAI UNTUK PENAMAT SESUATU. 264 00:14:38,754 --> 00:14:41,256 Ia okey. Cuma… 265 00:14:41,715 --> 00:14:43,550 Awak memang perlukan semua perkataan itu? 266 00:14:43,634 --> 00:14:45,344 Perkataan adalah anak-anak saya, Karen. 267 00:14:45,844 --> 00:14:47,221 Sukar untuk lepaskannya. 268 00:14:47,304 --> 00:14:51,141 Saya cakap kepada pelajar saya, "Pastikan ia ringkas dan jelas." 269 00:14:51,767 --> 00:14:52,768 Percayalah. 270 00:14:52,851 --> 00:14:54,937 Apabila awak periksa 30 kerja sekolah setiap malam, 271 00:14:55,020 --> 00:14:56,772 awak akan memahami kepentingan penulisan langsung. 272 00:14:56,855 --> 00:14:58,774 Baiklah. Ke tepi. 273 00:14:58,857 --> 00:14:59,900 Baiklah. 274 00:15:00,776 --> 00:15:01,777 Baiklah. 275 00:15:01,860 --> 00:15:03,195 Kita tak perlukan itu. 276 00:15:06,073 --> 00:15:08,450 - Baiklah. Apa yang awak nak berlaku? - Saya nak… 277 00:15:10,369 --> 00:15:13,789 Dia nak jumpa suaminya dan cakap ia dah berakhir, dan apabila dia sampai, 278 00:15:13,872 --> 00:15:16,542 dia dapati suaminya, dia dah dibunuh. 279 00:15:17,292 --> 00:15:19,753 Okey. Kenapa tak tulis begitu saja? 280 00:15:22,130 --> 00:15:23,215 Ada… 281 00:15:24,299 --> 00:15:27,386 terlalu banyak darah, 282 00:15:28,095 --> 00:15:32,891 dia boleh rasa logam di udara. 283 00:15:33,517 --> 00:15:35,519 Dia nak hubungan itu berakhir, 284 00:15:37,062 --> 00:15:38,105 tapi bukan begini. 285 00:15:44,736 --> 00:15:48,282 Itu sangat bagus, bukan? Sangat… Ya. 286 00:15:49,741 --> 00:15:50,784 Bagaimana dengan ini? 287 00:15:53,245 --> 00:15:54,454 Ia sangat bergaya Chandler. 288 00:15:55,664 --> 00:15:56,665 Betulkah? 289 00:15:57,416 --> 00:15:58,417 Ya. 290 00:16:00,627 --> 00:16:01,712 Teruskanlah. 291 00:16:03,922 --> 00:16:05,007 Buat lagi. 292 00:16:09,344 --> 00:16:10,345 Okey. 293 00:16:26,361 --> 00:16:28,614 TEKSI ANDA DAH SAMPAI 294 00:16:41,502 --> 00:16:42,503 Apa yang awak buat? 295 00:16:44,922 --> 00:16:47,549 Kita perlu bercakap dan ini saja cara saya boleh jumpa awak. 296 00:16:48,217 --> 00:16:50,511 Saya bayar, jadi awak perlu ambil saya. 297 00:16:50,594 --> 00:16:51,762 Tapi ini dungu. 298 00:16:51,845 --> 00:16:53,180 Kita roket, Jason. 299 00:16:53,263 --> 00:16:54,973 Keluarga ini roket. 300 00:16:55,057 --> 00:16:58,977 Jika roket bermasalah, walaupun sedikit, awak… 301 00:16:59,061 --> 00:17:00,854 Awak akan berada di tempat bukan tujuan awak. 302 00:17:02,022 --> 00:17:03,023 Atau terbakar. 303 00:17:04,191 --> 00:17:06,318 Apa pun, awak perlu baikinya lebih awal. 304 00:17:06,401 --> 00:17:07,903 Boleh kita baiki semasa bukan waktu puncak? 305 00:17:07,986 --> 00:17:09,863 Tak, ia sentiasa waktu puncak. 306 00:17:10,446 --> 00:17:12,782 Saya rasa ia sesuatu yang mereka mungkin reka. 307 00:17:12,866 --> 00:17:14,826 Saya takkan memandu untuk bazirkan petrol. 308 00:17:14,910 --> 00:17:17,412 Baiklah. Kita duduk saja di sini. 309 00:17:19,248 --> 00:17:20,290 Bersama-sama. 310 00:17:22,416 --> 00:17:24,086 - Jika tak… - Apa? 311 00:17:24,169 --> 00:17:25,671 …saya akan beri awak satu bintang. 312 00:17:26,547 --> 00:17:29,299 Saya terfikir apa akibatnya pada penilaian awak yang masih baharu? 313 00:17:29,383 --> 00:17:30,634 - Jangan buat begitu. - Saya akan lakukannya. 314 00:17:30,717 --> 00:17:33,011 - Saya akan buat… saya buat. Akan buat. - Jangan. 315 00:17:33,095 --> 00:17:34,263 Okey! 316 00:17:35,138 --> 00:17:36,181 Okey. 317 00:17:38,392 --> 00:17:40,435 - Sekejap. Siapa jaga anak-anak? - Jen. 318 00:17:40,519 --> 00:17:41,645 Apa? 319 00:17:41,728 --> 00:17:44,231 Jangan risau. Dia sangat bertanggungjawab. 320 00:17:52,072 --> 00:17:53,991 Sesuatu tentang kerja sekolah, 321 00:17:54,074 --> 00:17:55,284 kamu bekerja keras di sekolah, 322 00:17:55,367 --> 00:17:58,745 kemudian kamu semakin dewasa dan sedar kamu tak gunakannya setiap hari. 323 00:17:58,829 --> 00:18:02,165 Jadi, kamu patut berseronok dan buat apa yang buat kamu gembira. 324 00:18:06,003 --> 00:18:07,629 Awak terlalu kecil untuknya. 325 00:18:09,339 --> 00:18:10,549 Begini. 326 00:18:11,300 --> 00:18:13,427 - Hei? - Boleh saya minum kopi? 327 00:18:13,510 --> 00:18:15,137 Tak boleh, Tyler. Tak. 328 00:18:16,597 --> 00:18:17,806 Bukan itu cara awak minta. 329 00:18:17,890 --> 00:18:19,516 Boleh tolong berikan saya kopi? 330 00:18:19,600 --> 00:18:21,476 Itu lebih bagus. Boleh. 331 00:18:23,979 --> 00:18:25,189 Tyler! 332 00:18:26,231 --> 00:18:27,482 Tak boleh bazirkan kopi. 333 00:19:11,151 --> 00:19:12,152 Keadaan semakin teruk. 334 00:19:12,236 --> 00:19:13,779 Apa maksud awak "teruk"? Apa yang teruk? 335 00:19:13,862 --> 00:19:16,323 Kita. Semuanya. 336 00:19:18,033 --> 00:19:21,495 Entahlah, Jase. Saya boleh… Saya boleh rasa. 337 00:19:24,623 --> 00:19:25,916 Kita tak mampu? 338 00:19:25,999 --> 00:19:27,584 Sudah tentu kita mampu. 339 00:19:27,668 --> 00:19:30,546 Mereka dah beritahu, bukan? Mereka cakap ia akan jadi sukar. 340 00:19:30,629 --> 00:19:33,298 Ya, tapi jelas sekali saya tak percaya. 341 00:19:33,382 --> 00:19:35,884 Jelas sekali saya fikir kita terkecuali. 342 00:19:36,468 --> 00:19:38,679 Sebab semua orang selalu cakap hubungan itu sukar, 343 00:19:38,762 --> 00:19:40,764 tapi kita tak begitu. 344 00:19:41,390 --> 00:19:46,311 Semuanya dalam hidup saya memang sukar, tapi ini tak pernah sukar. 345 00:19:48,438 --> 00:19:54,570 Mungkin kita hanya perlu biasakan diri bersama satu sama lain 346 00:19:54,653 --> 00:19:56,238 dengan cara berbeza. 347 00:19:56,321 --> 00:19:59,658 Mungkin kita perlu biasakan diri untuk cuba dengan lebih gigih. 348 00:20:02,202 --> 00:20:06,206 Boleh kita jujur tentang perasaan masing-masing? 349 00:20:07,040 --> 00:20:09,001 Ya, sudah tentu. Boleh. 350 00:20:12,671 --> 00:20:14,715 Terutamanya, awak. 351 00:20:16,592 --> 00:20:19,344 Saya rasa sangat sukar saya tak mampu beri sumbangan kewangan 352 00:20:19,428 --> 00:20:20,429 seperti awak. 353 00:20:20,512 --> 00:20:23,307 Ya. Tapi sebab awak yang jaga mereka. 354 00:20:25,893 --> 00:20:27,728 Saya rasa teruk tentangnya. 355 00:20:30,606 --> 00:20:31,607 Saya juga… 356 00:20:33,233 --> 00:20:34,818 Saya risau Bev memang betul. 357 00:20:39,114 --> 00:20:41,450 Bagaimana jika kita bukan yang terbaik untuk mereka? 358 00:20:41,533 --> 00:20:42,743 Bagaimana kita nak tahu? 359 00:20:45,120 --> 00:20:47,873 Bagaimana kita nak tahu mereka nak tinggal dengan kita? 360 00:20:58,550 --> 00:21:01,136 - Tyler, apa yang awak buat? - Saya tak boleh tidur. 361 00:21:01,637 --> 00:21:03,138 Ya, mungkin sebab kopi. 362 00:21:03,722 --> 00:21:05,474 Awak mungkin patut pertimbangkan bertukar kepada kopi tanpa kafein. 363 00:21:06,350 --> 00:21:08,477 Jen, bila saya akan jadi lebih besar? 364 00:21:08,560 --> 00:21:11,855 Sebenarnya, awak takkan perasan. 365 00:21:11,939 --> 00:21:14,149 Suatu hari nanti, awak akan bangun dan awak akan besar. 366 00:21:16,276 --> 00:21:18,862 Tidurlah semula. Saya nak basuh baju tidur awak. 367 00:21:49,017 --> 00:21:51,186 Dah lama kita tak berbual begini, bukan? 368 00:21:51,270 --> 00:21:52,354 Tak. 369 00:21:55,732 --> 00:21:59,152 Saya rasa perbualan beremosi lebih mudah apabila kita tak bercakap secara berdepan. 370 00:21:59,945 --> 00:22:01,196 Betulkah? 371 00:22:01,780 --> 00:22:04,074 - Ia dalam buku keibubapaan. - Buku keibubapaan. 372 00:22:04,658 --> 00:22:07,327 Saya tahu awak hanya tanda halamannya. 373 00:22:07,411 --> 00:22:10,289 Saya tak buat begitu. Saya baca semuanya. 374 00:22:13,709 --> 00:22:14,835 Awak ada tisu? 375 00:22:14,918 --> 00:22:16,003 - Dalam papan pemuka. - Okey. 376 00:22:21,967 --> 00:22:23,427 Jason. 377 00:22:23,510 --> 00:22:25,512 Saya letak di situ supaya dapat lebih banyak tip. 378 00:22:32,686 --> 00:22:34,104 Boleh hantar saya balik? 379 00:22:35,355 --> 00:22:36,356 Sudah tentu. 380 00:22:53,165 --> 00:22:54,541 Semuanya akan okey. 381 00:22:57,127 --> 00:22:59,505 Sebab kita ada kasih sayang yang baik. 382 00:23:01,548 --> 00:23:02,966 Ia boleh buat sesiapa saja bertahan. 383 00:23:15,145 --> 00:23:16,146 Apa? 384 00:23:16,897 --> 00:23:19,900 Terlalu banyak perkara yang sukar di dalamnya. 385 00:23:25,030 --> 00:23:26,573 Boleh saya guna kereta sekejap? 386 00:23:29,201 --> 00:23:30,994 Rasanya ia kembali dalam aplikasi. 387 00:23:31,078 --> 00:23:32,120 Ya. 388 00:23:32,496 --> 00:23:33,914 Saya bosan dengannya. 389 00:23:33,997 --> 00:23:34,998 Lihatlah. 390 00:23:36,708 --> 00:23:39,461 Jangan letak anjing di gambar profil jika ia bukan anjing kita. 391 00:23:39,545 --> 00:23:40,671 Ia mengelirukan. 392 00:23:42,506 --> 00:23:44,174 Jen, saya perlu beritahu awak sesuatu. 393 00:23:44,258 --> 00:23:47,469 Rupa-rupanya itu anjing mak ciknya, jadi dia ada akses. 394 00:23:47,553 --> 00:23:49,763 Tapi gambar ini tunjukkan ia sebahagian daripada kehidupan hariannya, 395 00:23:49,847 --> 00:23:50,973 - dan saya rasa dia tahu tentangnya. - Jen. 396 00:23:51,056 --> 00:23:52,099 Ya? 397 00:23:53,684 --> 00:23:55,811 Tak, saya nak kita berdua pandang depan, 398 00:23:55,894 --> 00:23:57,563 sebab saya rasa ia sangat sukar. 399 00:23:58,564 --> 00:23:59,606 Memandu? 400 00:24:00,357 --> 00:24:02,609 Ya, perlu pandang depan apabila memandu. 401 00:24:07,155 --> 00:24:08,156 Maafkan saya. 402 00:24:08,240 --> 00:24:09,241 Saya terpaksa pecat awak. 403 00:24:11,285 --> 00:24:13,036 - Apa? - Pandang depan. 404 00:24:13,120 --> 00:24:15,914 Tolonglah, Jen. Ini saja caranya, atau saya akan mula menangis. 405 00:24:21,170 --> 00:24:22,963 Saya cuma nak awak dengar daripada saya. 406 00:24:24,298 --> 00:24:25,382 Okey. 407 00:24:25,465 --> 00:24:26,592 Saya sayang awak. 408 00:24:28,260 --> 00:24:30,387 Ini permulaan untuk awak. 409 00:24:30,470 --> 00:24:31,805 Ini bukan penamat. 410 00:24:34,016 --> 00:24:36,185 Saya percaya awak dan semua yang awak boleh buat. 411 00:24:37,686 --> 00:24:39,938 Mula ambil serius tentang diri awak. 412 00:24:40,022 --> 00:24:42,024 Dah sampai masa untuk berhenti jadi pasif. 413 00:24:43,108 --> 00:24:44,276 Buat lebih banyak tuntutan. 414 00:24:45,194 --> 00:24:48,822 Awak putuskan apa yang awak nak dalam hidup awak dan dapatkannya. 415 00:24:49,823 --> 00:24:51,074 Okey? 416 00:24:52,326 --> 00:24:53,327 Okey. 417 00:25:02,252 --> 00:25:03,504 Saya tahu sesuatu yang saya nak. 418 00:25:53,178 --> 00:25:54,179 USAHA WAJAR SCOTT FILBERT 419 00:26:48,984 --> 00:26:50,194 Ya! 420 00:26:51,737 --> 00:26:53,322 Saya dah besar! 421 00:26:53,906 --> 00:26:54,907 Okey. 422 00:27:00,704 --> 00:27:02,873 TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN. FREDDY X 423 00:27:05,542 --> 00:27:07,377 PANGSAPURI TINGKAT ATAS DIJUAL 424 00:27:15,636 --> 00:27:17,095 SUBJEK: NOTIS PENYATAAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT 425 00:27:17,179 --> 00:27:18,222 Minggu depan? 426 00:28:19,992 --> 00:28:21,994 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid