1 00:00:06,383 --> 00:00:09,553 SESAME WORKSHOP MEMPERSEMBAHKAN 2 00:00:18,562 --> 00:00:19,688 Saya akan buka. 3 00:00:23,608 --> 00:00:25,860 Jangan lupa festival bermula hari ini. 4 00:00:25,944 --> 00:00:27,571 Festival Minggu Pengasas? 5 00:00:28,196 --> 00:00:29,197 Saya perlu sertainya? 6 00:00:31,032 --> 00:00:32,784 Layla, tetamu awak. 7 00:00:40,959 --> 00:00:43,920 Masuklah dan sila duduk. 8 00:00:44,796 --> 00:00:46,882 Maaf kerana singgah awal pagi, 9 00:00:46,882 --> 00:00:49,759 tapi memandangkan bukti yang ditemui, ahli lembaga pengarah tak nak lengahkan. 10 00:00:49,843 --> 00:00:52,512 Saya tak faham. Bukti apa? 11 00:00:53,096 --> 00:00:55,098 Saya terima gambar-gambar ini semalam 12 00:00:55,599 --> 00:01:00,061 tentang awak bertemu lelaki yang saya percaya mencuri Petani Berkuasa. 13 00:01:03,857 --> 00:01:05,775 Alex Thompson seorang penderma. 14 00:01:06,276 --> 00:01:08,945 Dia nak berbincang cara untuk membantu universiti. 15 00:01:09,029 --> 00:01:11,489 Malangnya audio pertemuan itu bertentangan dengan kenyataan awak. 16 00:01:12,240 --> 00:01:15,952 Jadi, Layla, rasanya berapa banyak boleh dapat untuk Petani Berkuasa? 17 00:01:16,036 --> 00:01:18,121 Lima juta. Mungkin lebih. 18 00:01:19,289 --> 00:01:20,498 Ini mengarut. 19 00:01:20,582 --> 00:01:23,043 Saya tak kenal Alex Thompson. Dia yang telefon saya. 20 00:01:23,627 --> 00:01:25,587 Lima juta itu adalah untuk penempatan di kampus. 21 00:01:25,587 --> 00:01:27,672 Semuanya adalah palsu. 22 00:01:27,756 --> 00:01:29,591 Jelas sekali Thompson perangkap dia. 23 00:01:29,591 --> 00:01:32,761 Ahli lembaga pengarah percaya audio ini cukup untuk menggeledah pejabat awak... 24 00:01:32,761 --> 00:01:33,887 Apa? 25 00:01:33,887 --> 00:01:35,305 ...dan saya temui ini. 26 00:01:37,933 --> 00:01:40,644 Terowong lama di bawah seluruh kawasan universiti. 27 00:01:40,644 --> 00:01:43,438 Saya percaya pencuri guna terowong ini untuk seludup Petani Berkuasa dari kampus 28 00:01:44,022 --> 00:01:45,023 dan bawa ia ke sini. 29 00:01:45,023 --> 00:01:46,483 Ia tak membantu siasatan awak. 30 00:01:46,483 --> 00:01:48,860 Tiada terowong di tingkat bawah tanah. 31 00:01:48,944 --> 00:01:50,195 Boleh saya periksa sendiri? 32 00:01:50,195 --> 00:01:51,321 Tiada apa-apa yang saya sembunyikan. 33 00:01:52,405 --> 00:01:53,615 Ia di sini. 34 00:02:00,956 --> 00:02:02,958 Nia, naik atas semula, sayang. 35 00:02:02,958 --> 00:02:04,668 Apa penyiasat buat di sini? 36 00:02:04,668 --> 00:02:06,628 Mak dalam masalah? - Sudah tentu tidak. 37 00:02:06,628 --> 00:02:09,004 Dia cuma jalankan tugasnya. Kami akan naik sekejap lagi. 38 00:02:09,088 --> 00:02:14,219 Menurut peta ini, laluan masuk terowong di belakang kabinet ini. 39 00:02:14,219 --> 00:02:15,345 Boleh saya lihat? 40 00:02:15,345 --> 00:02:16,680 Silakan. 41 00:02:49,754 --> 00:02:51,131 Siapa yang lakukannya? 42 00:02:53,008 --> 00:02:55,135 Siapa pun dia, jelas sekali mereka nak perangkap ibu saya. 43 00:02:55,135 --> 00:02:58,096 Entahlah. Tiada warna di sini. 44 00:02:58,096 --> 00:02:59,598 Tapi mungkin ada petunjuk. 45 00:03:00,181 --> 00:03:01,766 Ya. Biar saya periksa. 46 00:03:04,686 --> 00:03:06,605 Kenapa ada orang nak perangkap ibu awak? 47 00:03:06,605 --> 00:03:09,524 Dia nak hantar artifak purba kembali ke negara asalnya 48 00:03:09,608 --> 00:03:10,609 dan rendahkan yuran pengajian. 49 00:03:10,609 --> 00:03:12,861 Tapi ia perkara yang bagus. - Betul. 50 00:03:13,361 --> 00:03:15,739 Ada orang takut pada perubahan. 51 00:03:15,739 --> 00:03:19,743 Khususnya jika apa yang bagus untuk orang lain, tak bagus untuk mereka. 52 00:03:20,410 --> 00:03:22,245 Rasanya saya jumpa sesuatu. 53 00:03:31,588 --> 00:03:32,797 Pembalut gula-gula getah? 54 00:03:33,506 --> 00:03:35,634 Pasti seseorang tercicir malam tadi. 55 00:03:36,927 --> 00:03:38,637 Rasanya ada orang ekori kita. 56 00:03:39,429 --> 00:03:43,141 Nia, mak dan ayah nak bercakap dengan kamu. 57 00:03:46,937 --> 00:03:48,521 Jumpa di bilik sekejap lagi. 58 00:03:50,982 --> 00:03:53,735 Ada sedikit masalah dengan siasatan. 59 00:03:53,735 --> 00:03:57,072 Ia salah faham yang besar dan rumit, 60 00:03:57,072 --> 00:03:59,282 dan kami tak nak kamu risau, okey? 61 00:03:59,366 --> 00:04:00,700 Mak tak buat salah. 62 00:04:00,784 --> 00:04:04,204 Mak akan jumpa peguam hebat esok dan semuanya dah diuruskan. 63 00:04:04,955 --> 00:04:06,665 Ia nampak agak teruk, mak. 64 00:04:07,582 --> 00:04:09,125 Apa yang sebenarnya berlaku? 65 00:04:09,209 --> 00:04:10,794 Jika mak beritahu, saya mungkin boleh bantu. 66 00:04:10,794 --> 00:04:12,003 Kamu sangat baik, Nia. 67 00:04:12,087 --> 00:04:14,422 Tapi biar orang dewasa yang selesaikannya. 68 00:04:17,716 --> 00:04:18,969 Mak perlu jawab. 69 00:04:19,594 --> 00:04:21,763 Jangan lewat ke festival itu. 70 00:04:24,641 --> 00:04:27,018 Bagaimana mak masih boleh berfikir tentang festival? 71 00:04:27,102 --> 00:04:27,936 Helo? 72 00:04:27,936 --> 00:04:30,230 Dia tak nak hal ini mengganggu hidup kita. 73 00:04:31,106 --> 00:04:33,775 Jadi, kita perlu tunjukkan wajah ceria, 74 00:04:33,775 --> 00:04:36,528 dan kita akan sokong ibu kamu, okey? 75 00:04:38,989 --> 00:04:42,993 Kami akan sampai sekejap lagi. Sudah tentu. Terima kasih sebab telefon. 76 00:04:42,993 --> 00:04:45,287 Ia mungkin berjaya! - Ya! 77 00:04:45,287 --> 00:04:47,163 Idea yang hebat. 78 00:04:47,247 --> 00:04:48,748 Hei, semua. 79 00:04:48,832 --> 00:04:50,125 Awak okey? 80 00:04:50,125 --> 00:04:52,878 Ya. Hanya boleh tunjuk wajah ceria di sini. 81 00:04:52,878 --> 00:04:56,882 Saya dan Charli buat rancangan untuk dedahkan orang yang ekori kita. 82 00:04:56,882 --> 00:04:59,259 Ini petunjuknya. Melibatkan perubahan bentuk. 83 00:05:01,344 --> 00:05:03,972 Nak beritahu mereka apa berlaku? - Apa? 84 00:05:05,098 --> 00:05:06,433 Saya tak tahu. 85 00:05:07,893 --> 00:05:10,186 Semasa saya jadi katerer di mesyuarat ahli lembaga pengarah, 86 00:05:10,854 --> 00:05:13,607 Kuasa Pelangi bermasalah sekejap, 87 00:05:13,607 --> 00:05:15,775 dan tangan saya bertukar jadi tangan sendiri. 88 00:05:15,859 --> 00:05:17,360 Saya boleh tertangkap. 89 00:05:17,444 --> 00:05:20,280 Saya cuma penat, okey? Saya rasa cergas hari ini. 90 00:05:20,780 --> 00:05:21,781 Jangan risau. 91 00:05:22,866 --> 00:05:23,950 Baiklah. 92 00:05:26,453 --> 00:05:27,454 Apa rancangannya? 93 00:05:27,454 --> 00:05:29,664 Kami gelarkannya "ekori si pengekor." 94 00:05:30,206 --> 00:05:31,917 Menarik. Bagaimana? 95 00:05:31,917 --> 00:05:36,838 Jika seseorang ekori kita, perlu tangkap semasa mereka ekori kita. 96 00:05:37,422 --> 00:05:39,883 Kita kembali ke tempat terakhir kita nampak Thompson. 97 00:05:39,883 --> 00:05:42,802 Nia, kita berjalan seperti biasa. - Selamatkan penyu. 98 00:05:42,886 --> 00:05:45,222 Kemudian tugas Pelangi dan Charli. - Ya! 99 00:05:47,724 --> 00:05:51,353 Saya akan bertukar bentuk kepada seseorang yang tak mencurigakan, 100 00:05:51,353 --> 00:05:53,730 dan akan cuba siasat orang yang ekori kamu berdua. 101 00:05:53,730 --> 00:05:56,942 Kita akan berada di tempat awam, dan takkan terlalu dekat. 102 00:05:56,942 --> 00:05:58,652 Kita akan tahu siapa orangnya, 103 00:05:58,652 --> 00:06:01,988 dan selepas ketahuinya, langkah terakhir adalah ikut pengekor itu. 104 00:06:04,783 --> 00:06:08,245 Rasanya saya dapat sesuatu. Dia berjalan ke arah kamu! 105 00:06:08,995 --> 00:06:11,039 Abaikan. Bukan dia. 106 00:06:11,039 --> 00:06:13,041 Berhenti sekejap. Saya perlu fikir semula. 107 00:06:23,385 --> 00:06:24,386 Nampak apa-apa? 108 00:06:24,970 --> 00:06:27,222 Sebenarnya, pengekor itu mungkin sesiapa saja. 109 00:06:33,645 --> 00:06:34,854 Apa yang berlaku di sana? 110 00:06:34,938 --> 00:06:37,857 Entahlah. Penggera kami asyik berbunyi. 111 00:06:38,441 --> 00:06:40,068 Pasti ia petunjuk dari Oliver. 112 00:06:41,861 --> 00:06:42,862 Pukul 12? 113 00:06:52,455 --> 00:06:54,749 Ia arah. - Apa? 114 00:06:54,833 --> 00:06:57,335 Pukul 12 adalah arah. Pandang ke depan. 115 00:07:00,088 --> 00:07:01,673 Di sana, dengan kamera. 116 00:07:01,673 --> 00:07:03,216 Pasti itu pengekor kita. 117 00:07:03,300 --> 00:07:05,969 Charli, wanita dengan topi besbol hijau. 118 00:07:19,441 --> 00:07:21,359 Ya, selamatkan penyu, bukan? 119 00:07:22,736 --> 00:07:24,905 Biar betul. 120 00:07:26,156 --> 00:07:27,657 Itu Amber. 121 00:07:27,741 --> 00:07:29,075 Dia berkawan dengan Sydney. 122 00:07:35,457 --> 00:07:37,626 Okey, masa untuk fasa dua. 123 00:07:49,012 --> 00:07:50,347 Helo, Charli. 124 00:07:51,181 --> 00:07:52,182 Nia? 125 00:07:52,682 --> 00:07:54,517 Saya Nia. Ini Samir. 126 00:07:54,601 --> 00:07:56,728 Mungkin kita patut bawa teg nama lain kali. 127 00:07:59,981 --> 00:08:02,817 Ayuh. Mungkin dia akan bawa kita kepada Alex Thompson. 128 00:08:27,592 --> 00:08:30,428 Ini pembalut gula-gula getah sama yang Pelangi jumpa di terowong. 129 00:08:31,429 --> 00:08:34,558 Kenapa kawan kakak saya ekori kita? Saya tak faham. 130 00:08:36,893 --> 00:08:37,894 Ayuh. 131 00:08:44,484 --> 00:08:46,361 Jabatan Arkeologi. 132 00:08:47,028 --> 00:08:50,949 Ya, kembali ke tempat ia bermula. - Tapi itu pejabat siapa? 133 00:08:50,949 --> 00:08:52,951 PROF. TODD MCCORMACK PENGERUSI, JABATAN ARKEOLOGI 134 00:08:52,951 --> 00:08:55,120 Ia bertulis "Profesor Todd McCormack." 135 00:08:56,079 --> 00:08:57,789 Awak rasa apa maksudnya, Nia? 136 00:08:57,789 --> 00:08:59,291 Saya Samir, ingat? 137 00:08:59,291 --> 00:09:02,002 Betul, maaf. Awak rasa apa maksudnya, Samir? 138 00:09:02,002 --> 00:09:04,504 Mungkin McCormack ialah Alex Thompson. 139 00:09:04,588 --> 00:09:05,589 Tak mungkin. 140 00:09:05,589 --> 00:09:09,175 Ibu Nia pasti kenal dia, walaupun dia menyamar. 141 00:09:09,259 --> 00:09:13,847 Tapi saya yakin McCormack yang kawal dan dia dalang semuanya. 142 00:09:14,347 --> 00:09:17,642 Dia tak nak ibu saya jadi presiden, dan itu motifnya. 143 00:09:17,726 --> 00:09:21,646 Lagipun, dia ada kepakaran untuk palsukan PB, 144 00:09:21,730 --> 00:09:22,731 dan dia orang yang 145 00:09:22,731 --> 00:09:25,567 nak penyiasat periksa pejabat ibu saya, 146 00:09:25,567 --> 00:09:27,652 seperti dia tahu cetakan biru dah diletakkan di sana. 147 00:09:27,736 --> 00:09:28,737 Lihat. 148 00:09:28,737 --> 00:09:31,072 ANJING HILANG NAMA: BOWIE 149 00:09:34,826 --> 00:09:36,411 Seseorang hilang anjing bernama Bowie. 150 00:09:36,411 --> 00:09:39,205 Amber dan Alex Thompson pasti bekerja untuk McCormack. 151 00:09:40,832 --> 00:09:43,710 Ia masuk akal. 152 00:09:54,221 --> 00:09:55,388 Apa yang berlaku? 153 00:09:59,976 --> 00:10:02,020 Terima kasih, profesor. Saya nak ke festival itu. 154 00:10:02,020 --> 00:10:04,105 Beritahu jika awak perlu apa-apa lagi. - Baiklah. 155 00:10:04,189 --> 00:10:05,190 Jumpa awak di sana. 156 00:10:13,490 --> 00:10:14,532 Dah selamat. 157 00:10:14,616 --> 00:10:16,701 Pelangi, baju awak! 158 00:10:16,785 --> 00:10:17,953 Hampir tertangkap. 159 00:10:17,953 --> 00:10:19,913 Awak okey, Pelangi? 160 00:10:20,455 --> 00:10:21,456 Rasanya. 161 00:10:21,957 --> 00:10:25,877 Saya rasa aneh tadi, tapi sekarang saya... saya okey. 162 00:10:27,879 --> 00:10:29,631 Apa kita nak buat tentang McCormack? 163 00:10:30,632 --> 00:10:33,927 Saya tak pasti. Jika dia dalangnya, kita perlukan bukti. 164 00:10:33,927 --> 00:10:36,263 Saya perlu berada di festival sekejap lagi. 165 00:10:36,263 --> 00:10:38,890 Kita perlu bincang idea nanti. - Mungkin kita semua patut pergi. 166 00:10:38,974 --> 00:10:40,850 Saya dan Samir boleh perhatikan Amber. 167 00:10:41,351 --> 00:10:42,644 Ayuh. 168 00:10:42,644 --> 00:10:45,855 Kejujuran. Integriti. Keadilan. 169 00:10:45,939 --> 00:10:47,232 MINGGU PENGASAS UNIVERSITI WICKFORD 170 00:10:47,232 --> 00:10:50,944 Ini prinsip asas yang digunakan untuk bina institusi ini. 171 00:10:50,944 --> 00:10:54,990 Memang betul semasa Charles Wickford mengasaskan universiti ini dua abad lalu, 172 00:10:56,032 --> 00:10:57,242 dan ia masih benar hari ini. 173 00:10:57,242 --> 00:11:00,579 Mari kita ambil masa sekejap untuk merenung prinsip-prinsip asas ini 174 00:11:00,579 --> 00:11:02,247 yang membawa kita ke saat ini, 175 00:11:03,248 --> 00:11:06,960 dan akan terus membimbing kita ke masa depan. 176 00:11:08,086 --> 00:11:08,920 Terima kasih. 177 00:11:14,259 --> 00:11:18,805 Semua pelajar dialu-alukan ke kuad untuk mulakan Minggu Pengasas. 178 00:11:24,060 --> 00:11:25,812 Hei. Ambillah, sayang. 179 00:11:29,065 --> 00:11:32,319 Mereka semua jadi sangat... baik. 180 00:11:32,319 --> 00:11:34,946 Ibu perlukan sesuatu yang baik hari ini, bukan? 181 00:11:36,156 --> 00:11:37,365 Giliran ayah. 182 00:11:38,909 --> 00:11:40,785 Awak okey, Pelangi? 183 00:11:40,869 --> 00:11:42,746 Ya, sudah tentu. Saya okey. 184 00:11:42,746 --> 00:11:44,664 Kenapa baju awak tak berubah warna semula? 185 00:11:45,206 --> 00:11:46,416 Cuma cuba sesuatu yang baru. 186 00:11:48,710 --> 00:11:50,337 Helo. - Hai. 187 00:11:50,337 --> 00:11:51,463 Darius. - Hai. 188 00:11:51,963 --> 00:11:53,715 Nia, gembira bertemu awak lagi. 189 00:11:53,715 --> 00:11:54,925 Bagaimana dengan pelajaran? 190 00:11:56,593 --> 00:11:59,387 Saya gembira awak dapat datang, profesor. Awak berseronok? 191 00:11:59,471 --> 00:12:00,764 Semestinya. 192 00:12:00,764 --> 00:12:02,724 Gembira jumpa awak, Presiden Barnes. 193 00:12:02,724 --> 00:12:04,893 Sebenarnya, saya agak terkejut awak datang. 194 00:12:04,893 --> 00:12:06,895 Jangan rasa begitu. - Nia. 195 00:12:07,854 --> 00:12:10,065 Maaf. Hari ini memenatkan. 196 00:12:10,649 --> 00:12:12,609 Ya, saya yakin ia sangat sukar. 197 00:12:13,276 --> 00:12:14,402 Jaga diri. 198 00:12:17,948 --> 00:12:20,659 Nia Joy Barnes. 199 00:12:20,659 --> 00:12:23,536 Kenapa dengan kamu? Bukan itu cara kamu bercakap dengan orang. 200 00:12:23,620 --> 00:12:26,206 Tapi dia berpura-pura! Mak tak nampak? 201 00:12:26,206 --> 00:12:28,959 Begitu juga ahli lembaga pengarah lain. Mereka fikir mak bersalah. 202 00:12:28,959 --> 00:12:30,502 Sudahlah. Bukan begitu. 203 00:12:30,502 --> 00:12:33,588 Betul. Percayalah. Mereka berpura-pura. 204 00:12:33,672 --> 00:12:35,423 Kita pun sama. 205 00:12:35,507 --> 00:12:37,759 Kita pura-pura yang semuanya okey. 206 00:12:37,759 --> 00:12:39,636 Kenapa saya saja yang marah? 207 00:12:39,636 --> 00:12:41,638 Mak dan ayah kamu juga tak sukakan semua ini, 208 00:12:41,638 --> 00:12:44,599 tapi itu bukan alasan untuk marah atau biadab. 209 00:12:44,683 --> 00:12:47,811 Ada masa dan tempat untuk marah dan sebaliknya. 210 00:12:49,688 --> 00:12:51,606 Wajah gembira, ingat? 211 00:12:53,066 --> 00:12:56,069 Ayah tahu ia sukar, tapi kita akan beredar dalam 15 minit, okey? 212 00:12:59,656 --> 00:13:01,825 Hei, jangan sedih. 213 00:13:01,825 --> 00:13:05,245 Selepas awak selesaikan misteri ini, semuanya akan jadi normal, bukan? 214 00:13:05,745 --> 00:13:06,746 Saya harap begitu. 215 00:13:13,336 --> 00:13:16,089 Awak tak rasa ia aneh apabila Amber jadi kawan Syd 216 00:13:16,089 --> 00:13:18,800 selepas kita tahu PB itu palsu? 217 00:13:19,551 --> 00:13:20,886 Pelik bagaimana? 218 00:13:20,886 --> 00:13:23,513 Masanya. Ia terlalu sempurna. 219 00:13:25,473 --> 00:13:29,269 Hampir seperti Amber gunakan Syd untuk rapat dengan saya. 220 00:13:29,936 --> 00:13:31,688 Kita tak boleh buat kesimpulan begitu. 221 00:13:31,688 --> 00:13:34,274 Ia mungkin kebetulan. - Bagaimana jika sebaliknya? 222 00:13:34,274 --> 00:13:36,359 Hei. Apa kamu buat di sini? 223 00:13:37,193 --> 00:13:39,362 Hai, Syd. Kami... 224 00:13:40,488 --> 00:13:43,241 Kami datang untuk lemonad ini. Ia diperah segar. 225 00:13:49,998 --> 00:13:53,877 Apa awak buat di sini? Saya fikir awak pergi beli-belah hari ini. 226 00:13:53,877 --> 00:13:57,005 Betul. Amber patut ikut saya, tapi ada sesuatu berlaku. 227 00:13:57,005 --> 00:13:58,673 Jadi dia nak jumpa di sini. 228 00:13:58,757 --> 00:13:59,758 Hei! 229 00:14:00,634 --> 00:14:01,635 Itu pun awak! 230 00:14:01,635 --> 00:14:05,138 Oh Tuhan, maaf saya batalkan rancangan kita tadi. 231 00:14:05,222 --> 00:14:07,015 Perlu siapkan tugasan fizik. 232 00:14:09,601 --> 00:14:13,146 Kami nak ke asrama dan bersedia untuk majlis tari-menari bertopeng. 233 00:14:13,230 --> 00:14:14,272 Awak bawa barang-barang awak? 234 00:14:14,356 --> 00:14:16,441 Majlis tari-menari bertopeng apa? 235 00:14:16,441 --> 00:14:18,151 Kelab Hawthorne anjurkan parti itu sekali setiap tahun. 236 00:14:18,235 --> 00:14:21,112 Ya, ia cuma resepsi untuk ahli baru berpotensi seperti Syd. 237 00:14:21,696 --> 00:14:23,573 Ia langkah terakhir sebelum mereka diterima. 238 00:14:23,657 --> 00:14:24,658 Ia sangat menyeronokkan. 239 00:14:24,658 --> 00:14:26,910 Saya dengar ia juga sangat menarik. 240 00:14:26,910 --> 00:14:29,329 Saya ada topeng untuk awak. 241 00:14:29,996 --> 00:14:31,957 Saya sukakannya! Ia pasti sangat menyeronokkan. 242 00:14:31,957 --> 00:14:34,417 Saya teruja untuk kenalkan awak kepada Profesor McCormack. 243 00:14:35,001 --> 00:14:38,046 Dah lama dia sertai Kelab Hawthorne dan dia mentor yang sangat hebat. 244 00:14:38,046 --> 00:14:40,215 Hebat. Saya tak sabar. 245 00:14:41,049 --> 00:14:42,968 Doakan saya berjaya. - Semoga berjaya. 246 00:14:46,388 --> 00:14:48,974 Jika Amber dan McCormack terlibat dengan kelab itu, 247 00:14:48,974 --> 00:14:50,809 mungkin Alex Thompson pun sama. 248 00:14:51,560 --> 00:14:53,103 Kita perlu sertai parti itu. 249 00:14:58,567 --> 00:14:59,693 Saya agak gementar. 250 00:14:59,693 --> 00:15:03,071 Kita takkan apa-apa selagi kita sentiasa bersama dan ingat identiti masing-masing. 251 00:15:03,071 --> 00:15:05,198 Mudah. Nia. Charli. Samir. 252 00:15:05,865 --> 00:15:08,493 Nia, Charli, Samir. Baiklah. 253 00:15:08,577 --> 00:15:09,911 Kata laluan yang salah. 254 00:15:11,746 --> 00:15:13,081 Itu mungkin akan jadi masalah. 255 00:15:14,040 --> 00:15:15,750 Mungkin tidak. Lihat. 256 00:15:16,251 --> 00:15:17,586 PARTI MENYAMAR KELAB HAWTHORNE 257 00:15:17,586 --> 00:15:20,547 "I-M-P-I-A-N." 258 00:15:21,298 --> 00:15:22,549 "Impian." 259 00:15:22,549 --> 00:15:23,675 Terima kasih, Oliver. 260 00:15:28,597 --> 00:15:30,307 Kata laluan? - Impian. 261 00:15:31,433 --> 00:15:32,809 Silakan. 262 00:15:34,436 --> 00:15:37,188 Awak okey? - Saya okey. 263 00:15:37,272 --> 00:15:42,027 Cuba kawal diri. Jika awak hilang kuasa di sini, kita hadapi masalah besar. 264 00:15:42,027 --> 00:15:43,236 Saya takkan kecewakan kamu. 265 00:15:45,614 --> 00:15:46,907 Saya nampak Amber. 266 00:15:46,907 --> 00:15:49,284 Bagus. Saya akan periksa jika McCormack ada di sini. 267 00:15:49,284 --> 00:15:50,911 Kamu berdua tunggu di sini. 268 00:15:50,911 --> 00:15:52,996 Tapi hati-hati. Jangan terlalu dekat. 269 00:15:52,996 --> 00:15:54,080 Okey. 270 00:15:57,876 --> 00:15:59,836 Mari lihat jika kita boleh pergi lebih dekat. 271 00:15:59,920 --> 00:16:02,088 Awak dengar apa Nia cakap. Bagaimana jika kuasa Pelangi hilang? 272 00:16:02,172 --> 00:16:03,548 Semua orang akan nampak diri kita yang sebenar. 273 00:16:03,632 --> 00:16:06,718 Tapi kita tak boleh curi dengar dari sini. Saya akan datang semula. 274 00:16:07,719 --> 00:16:09,429 Hei, saya suka sarung telefon bimbit awak. 275 00:16:10,597 --> 00:16:11,890 Adik saya ada sarung yang sama. 276 00:16:11,890 --> 00:16:12,974 Dia suka llama. 277 00:16:13,725 --> 00:16:14,893 Hebat. 278 00:16:14,893 --> 00:16:17,062 Ya. Llama hebat. 279 00:16:17,062 --> 00:16:18,521 Okey. 280 00:16:19,231 --> 00:16:21,900 Syd! Awak perlu cuba ini. 281 00:16:22,400 --> 00:16:24,736 Saya perlu sertai kelab ini. 282 00:16:29,866 --> 00:16:33,161 Mungkin McCormack tak datang. - Jangan risau. Saya yakin dia datang. 283 00:16:33,245 --> 00:16:36,248 Dengar, ia mudah apabila dapat vokalnya. 284 00:16:36,248 --> 00:16:38,750 Ini, cuba sebut, "bogo pogo." 285 00:16:39,292 --> 00:16:42,045 Pelangi, awak dengar? Itu loghat Australia. 286 00:16:42,045 --> 00:16:43,255 Itu Alex Thompson! 287 00:16:44,631 --> 00:16:47,592 Saya sumpah ia berkesan. Awak cuma perlu berlatih. 288 00:16:48,301 --> 00:16:49,594 Nia, di sana! 289 00:16:52,722 --> 00:16:54,057 Maaf! Saya... 290 00:16:54,057 --> 00:16:55,475 Hei! - Tak... 291 00:16:55,976 --> 00:16:58,812 Alex Thompson ada di sini. Saya dan Pelangi baru nampak dia. 292 00:16:58,812 --> 00:17:01,064 Nia, Charli, Samir, saya dah jumpa dia. 293 00:17:01,565 --> 00:17:03,275 KAWASAN TERHAD 294 00:17:07,946 --> 00:17:09,781 Mungkin kita patut tunggu dia datang semula. 295 00:17:09,863 --> 00:17:11,199 Kita dah berada sejauh ini. 296 00:17:11,283 --> 00:17:13,743 Masa untuk tahu identiti sebenar Alex Thompson. 297 00:17:14,244 --> 00:17:16,537 Tapi bagaimana jika kita tertangkap? Kita akan dihalau. 298 00:17:16,621 --> 00:17:19,165 Saya nak masuk. Saya nak selesaikannya. 299 00:17:25,881 --> 00:17:27,215 Ke mana dia pergi? 300 00:17:30,844 --> 00:17:33,763 Apa yang awak buat? - Kita perlu lihat wajah Thompson. 301 00:17:33,847 --> 00:17:35,849 Tapi apa kita nak buat apabila dah jumpa dia? 302 00:17:35,849 --> 00:17:36,933 Lakukan improvisasi? 303 00:17:37,017 --> 00:17:38,018 Seronok bunyinya. 304 00:17:38,018 --> 00:17:40,896 Tak, bunyinya bahaya. Ini serius, Charli. 305 00:17:40,896 --> 00:17:43,064 Kita cuma perlu intai sedikit. Kita takkan tertangkap. 306 00:17:43,148 --> 00:17:45,817 Tolonglah. Kita bijak. Kita akan cari penyelesaiannya. 307 00:17:45,901 --> 00:17:48,528 Mari tunjuk wajah gembira dan selesaikan misi ini. 308 00:17:48,612 --> 00:17:50,530 Saya dah bosan dengan wajah gembira. 309 00:17:51,114 --> 00:17:53,241 Jika saya gagal buktikan McCormack perangkap ibu saya, 310 00:17:53,325 --> 00:17:55,493 dia boleh dipecat. Atau boleh jadi lebih teruk! 311 00:17:55,577 --> 00:17:56,703 Kami boleh hilang segalanya. 312 00:17:56,703 --> 00:18:00,624 Mungkin orang lain boleh pura-pura semua okey, tapi saya dah tak tahan. 313 00:18:00,624 --> 00:18:02,208 Saya bukan berpura-pura! 314 00:18:02,292 --> 00:18:04,920 Saya cuba jadi kuat, tapi saya juga risau tentang Sydney. 315 00:18:04,920 --> 00:18:07,380 Orang gunakan dia dan dia tak sedar. 316 00:18:07,464 --> 00:18:09,841 Kita nak membantu, tapi saya tak nak tertangkap. 317 00:18:09,925 --> 00:18:13,136 Nia, McCormack arahkan orang ekori kita. Dia perangkap ibu awak. 318 00:18:13,220 --> 00:18:14,846 Siapa tahu apa lagi dia boleh buat? 319 00:18:22,395 --> 00:18:23,980 Saya tak boleh menghalangnya. 320 00:18:24,064 --> 00:18:26,483 Awak boleh. Awak perlu lakukannya. 321 00:18:27,609 --> 00:18:28,610 Maaf. 322 00:18:38,078 --> 00:18:40,455 Hei, loghat Afrika Selatan sukar. 323 00:18:40,455 --> 00:18:43,708 Loghat Australia agak mudah. Saya dah berlatih agak lama. 324 00:18:43,792 --> 00:18:45,627 Mungkin sekitar enam bulan. 325 00:18:46,211 --> 00:18:48,463 Apa pendapat awak? 326 00:18:48,547 --> 00:18:49,548 Ia bagus, bukan? 327 00:18:54,302 --> 00:18:55,303 Dia dah pergi. 328 00:18:58,098 --> 00:18:59,099 Pelangi. 329 00:19:01,101 --> 00:19:02,852 Saya tak tahu apa berlaku. 330 00:19:02,936 --> 00:19:04,437 Ada yang tak kena dengan saya. 331 00:19:04,521 --> 00:19:06,690 Beritahu apa berlaku apabila awak hilang kuasa. 332 00:19:06,690 --> 00:19:08,108 Sukar untuk jelaskan. 333 00:19:08,858 --> 00:19:11,778 Saya tiba-tiba rasa aneh. 334 00:19:11,778 --> 00:19:14,197 Bagaimana rasanya "aneh" itu? 335 00:19:14,781 --> 00:19:16,449 Ia berbeza setiap kali. 336 00:19:17,951 --> 00:19:18,952 Di bilik ahli lembaga pengarah, 337 00:19:18,952 --> 00:19:23,290 saya rasa marah dengan cara mereka bercakap tentang ibu awak. 338 00:19:23,290 --> 00:19:24,958 Saya pun sama. 339 00:19:24,958 --> 00:19:26,501 Kemudian saya... 340 00:19:26,585 --> 00:19:31,965 Saya sedih semasa Samir bercakap tentang sebab dia perlu tinggalkan negaranya. 341 00:19:33,133 --> 00:19:35,594 Atau semasa saya nampak iklan tentang Bowie, anjing itu. 342 00:19:37,137 --> 00:19:40,849 Sekarang, rengkung saya bagai tersekat dan saya rasa teruk. 343 00:19:42,475 --> 00:19:44,060 Maaf kerana kecewakan kamu. 344 00:19:45,270 --> 00:19:46,313 Tak. 345 00:19:46,313 --> 00:19:50,191 Saya tak sepatutnya rasa teruk. 346 00:19:51,026 --> 00:19:53,278 Seperti yang awak cakap, saya daripada lagu yang gembira. 347 00:19:53,278 --> 00:19:54,863 Kita semua ada masalah. 348 00:19:56,364 --> 00:19:59,534 Mungkin kadangkala 349 00:20:00,493 --> 00:20:03,163 kita perlu tunjuk rupa gembira untuk menghadapinya. 350 00:20:04,331 --> 00:20:05,957 Tapi kita tak boleh sentiasa buat begitu. 351 00:20:08,460 --> 00:20:11,463 Ia boleh jadi berbahaya untuk sembunyikan perasaan secara keterlaluan. 352 00:20:11,963 --> 00:20:14,674 Jadi, jika saya rasa teruk, 353 00:20:16,676 --> 00:20:18,136 ia tak jadi masalah? 354 00:20:18,220 --> 00:20:19,262 Ya. 355 00:20:19,346 --> 00:20:23,099 Saya sentiasa rasa sedih. Awak rasa saya bermasalah? 356 00:20:23,183 --> 00:20:24,434 Sudah tentu tidak. 357 00:20:24,434 --> 00:20:26,853 Saya pula selalu berkongsi perasaan. 358 00:20:27,479 --> 00:20:28,813 Ia perkara biasa. 359 00:20:29,898 --> 00:20:31,983 Awak tak bermasalah, Pelangi. 360 00:20:32,067 --> 00:20:36,321 Kami suka awak walau apa pun perasaan awak. 361 00:20:37,239 --> 00:20:38,240 Betulkah? 362 00:20:38,949 --> 00:20:39,950 Saya janji. 363 00:20:41,243 --> 00:20:43,703 Saya tak tahu kenapa saya menangis. 364 00:20:44,371 --> 00:20:45,997 Saya rasa sangat gembira. 365 00:20:46,581 --> 00:20:47,958 Kadangkala ia juga boleh berlaku. 366 00:20:52,003 --> 00:20:53,004 Terima kasih. 367 00:21:14,526 --> 00:21:15,610 Saya akan rindukan dia. 368 00:21:16,528 --> 00:21:17,529 Saya pun sama. - Saya pun sama. 369 00:21:20,156 --> 00:21:21,199 Kita perlu beredar. 370 00:21:21,283 --> 00:21:24,494 Sekejap. Kita jadi diri sendiri semula. Kita akan tertangkap. 371 00:21:26,997 --> 00:21:29,332 Bagaimana dengan jaket ini. Mungkin kita boleh... 372 00:21:32,502 --> 00:21:33,545 Apa? 373 00:21:33,545 --> 00:21:36,756 Lihat ini. Apa pintu ini buat di sini? 374 00:21:43,638 --> 00:21:45,223 Rambut palsu. 375 00:21:45,932 --> 00:21:48,852 Jadi, ada rambut palsu dan alat solek? 376 00:21:48,852 --> 00:21:50,896 Serta kostum. 377 00:21:52,063 --> 00:21:54,024 Ia seperti pakaian Chauncy Tua. 378 00:21:54,691 --> 00:21:56,776 Ini pakaian penyenggara kawasan. 379 00:21:57,277 --> 00:21:59,779 Itu baju yang Alex Thompson pakai semasa dia jumpa ibu saya. 380 00:22:02,490 --> 00:22:04,367 Kita boleh buktikan ibu saya diperangkap. 381 00:22:04,451 --> 00:22:05,452 Ini bukti. 382 00:22:08,496 --> 00:22:09,664 Apa kita nak buat? 383 00:22:18,089 --> 00:22:20,217 Tandas di sebelah kanan hujung koridor. 384 00:22:21,468 --> 00:22:23,261 Terima kasih? 385 00:22:30,894 --> 00:22:32,062 Itu Thompson. 386 00:22:33,730 --> 00:22:35,649 Dengan Sydney dan Amber. 387 00:22:36,942 --> 00:22:38,193 Saya nampak dia di koridor. 388 00:22:38,193 --> 00:22:41,947 Liam. Kawan kakak saya. 389 00:22:42,906 --> 00:22:46,326 Syd sertai persatuan penjahat? 390 00:22:47,994 --> 00:22:49,371 McCormack? 391 00:22:49,371 --> 00:22:52,249 Masuklah, Todd. - Baiklah. 392 00:22:52,249 --> 00:22:55,210 Saya nak berbual dengan awak tentang sesuatu. 393 00:22:55,210 --> 00:22:56,878 Apa Avery Boyd buat di sini? 394 00:23:03,301 --> 00:23:04,386 Malangnya, 395 00:23:04,386 --> 00:23:08,181 tapi ahli lembaga pengarah tak selesa dengan siasatan jenayah ke atas presiden. 396 00:23:08,890 --> 00:23:09,891 Okey. 397 00:23:09,975 --> 00:23:13,061 Jadi Layla akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta. 398 00:23:15,188 --> 00:23:17,065 Sekejap, maksud awak... - Betul. 399 00:23:17,566 --> 00:23:19,693 Awak akan dilantik sebagai pemangku presiden. 400 00:23:21,486 --> 00:23:24,406 Kami ada harapan tinggi terhadap awak, Presiden McCormack. 401 00:23:24,406 --> 00:23:25,490 Terima kasih. 402 00:24:26,009 --> 00:24:28,011 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid