1 00:00:06,049 --> 00:00:09,010 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:06,901 --> 00:01:09,821 Tarik nafas. 3 00:01:40,643 --> 00:01:41,477 Mak. 4 00:01:42,770 --> 00:01:43,938 Mak perlu makan. 5 00:01:44,021 --> 00:01:46,649 Ikut Mak Cik Zora, ya? Dia akan baca cerita. 6 00:01:46,732 --> 00:01:48,025 Tak nak! 7 00:01:48,109 --> 00:01:50,069 - Idalia. Tolonglah. - Tak nak… 8 00:01:50,153 --> 00:01:51,154 Hei. 9 00:01:52,280 --> 00:01:54,615 Tinggalkan kami sebentar, okey? 10 00:02:00,872 --> 00:02:02,165 Bukan sekarang, Zora. 11 00:02:05,543 --> 00:02:06,460 Bukan sekarang. 12 00:02:07,962 --> 00:02:08,796 Okey. 13 00:02:11,340 --> 00:02:13,176 Saya akan kembali. 14 00:02:13,843 --> 00:02:16,095 Dalam seminggu? 15 00:02:17,763 --> 00:02:18,848 Mungkin sebulan? 16 00:02:20,433 --> 00:02:22,977 Apa kata lepas Idalia tamat sekolah tinggi? 17 00:02:23,060 --> 00:02:25,271 Awak berguraukah? 18 00:02:27,440 --> 00:02:30,401 Anak saya baru kehilangan ayahnya. 19 00:02:31,152 --> 00:02:33,237 Suami awak tak mati. 20 00:02:34,197 --> 00:02:36,073 - Dia ada di rumah. - Ya. 21 00:02:36,157 --> 00:02:38,242 Tapi saya tiada di sana. 22 00:02:38,326 --> 00:02:39,202 Saya di sini. 23 00:02:39,785 --> 00:02:42,580 Apa saya nak buat dengan itu? 24 00:02:44,040 --> 00:02:46,459 Saya tak bersedih ikut garis masa awak. 25 00:02:48,085 --> 00:02:49,253 Awak boleh pergi. 26 00:03:04,644 --> 00:03:09,232 Saya tak tahu apa yang awak lalui. 27 00:03:10,316 --> 00:03:14,111 Tapi saya tahu, bukan Lino saja yang menghilang. 28 00:03:15,279 --> 00:03:18,783 Kami lihat awak hilang depan mata kami. 29 00:03:18,866 --> 00:03:22,245 Mak dan Maxine kehilangan anak, saya hilang adik 30 00:03:22,328 --> 00:03:23,704 dan Idalia hilang ibu. 31 00:03:23,788 --> 00:03:27,959 Saya tahu tak adil minta awak tenang, tapi dia perlukan awak. 32 00:03:33,047 --> 00:03:35,091 Abunya, Amy. 33 00:03:35,591 --> 00:03:36,425 Tak boleh. 34 00:03:38,344 --> 00:03:39,428 Tak boleh, Zora. 35 00:03:39,512 --> 00:03:42,306 Saya tak nak ia di dalam but kereta lagi dua minggu. 36 00:03:42,390 --> 00:03:44,725 Saya akan bawa masuk. Awak tak perlu buat apa-apa. 37 00:03:44,809 --> 00:03:47,311 Saya perlu tunaikan janji saya kepada Lino, 38 00:03:47,395 --> 00:03:49,146 tapi saya tak boleh! 39 00:03:49,230 --> 00:03:51,148 Saya tak boleh turun katil. 40 00:03:51,857 --> 00:03:57,321 Tak boleh! Saya tak boleh bawa dia balik ke Sicily. 41 00:03:57,405 --> 00:04:02,243 Jangan minta saya buat begitu sebab saya tak boleh! 42 00:04:03,619 --> 00:04:05,913 Tak boleh! 43 00:04:07,164 --> 00:04:09,750 Tolonglah, Zora. 44 00:04:11,669 --> 00:04:12,920 Okey. 45 00:04:16,549 --> 00:04:18,509 Saya nak tanya satu soalan. 46 00:04:20,636 --> 00:04:23,222 Jangan marah, okey. 47 00:04:24,724 --> 00:04:25,558 Apa? 48 00:04:26,934 --> 00:04:30,521 Awak mandi tak sejak majlis pengebumian? 49 00:04:31,230 --> 00:04:32,064 Apa? 50 00:04:35,109 --> 00:04:35,943 Apa? 51 00:04:37,278 --> 00:04:40,573 Awak perlu cuci punggung awak. 52 00:04:42,074 --> 00:04:43,576 Awak nak kata saya busuk? 53 00:04:54,628 --> 00:04:55,713 Saya busuk. 54 00:04:56,881 --> 00:04:58,215 Awak busuk. 55 00:05:04,889 --> 00:05:09,310 Tapi, jika awak boleh hidu bau badan sendiri, 56 00:05:12,521 --> 00:05:14,565 awak masih hidup. 57 00:05:15,941 --> 00:05:17,234 Saya tahu. 58 00:05:19,070 --> 00:05:20,196 Tak apa. 59 00:05:23,491 --> 00:05:25,117 Saya akan bawa dia masuk. 60 00:05:32,333 --> 00:05:33,167 Okey. 61 00:05:36,087 --> 00:05:37,004 Okey. 62 00:05:38,756 --> 00:05:39,590 Okey. 63 00:06:57,084 --> 00:06:59,295 Beritahu apa saya perlu buat, sayang. 64 00:07:24,153 --> 00:07:25,362 Kita hampir sampai. 65 00:07:26,197 --> 00:07:28,741 Babbo tentu gembira kamu jumpa keluarganya. 66 00:08:04,652 --> 00:08:06,737 Idalia, cucu nenek. 67 00:08:06,820 --> 00:08:07,863 Nenek. 68 00:08:14,036 --> 00:08:15,246 Mak Cik Biagia! 69 00:08:15,329 --> 00:08:17,957 Helo, Idalia. 70 00:08:19,583 --> 00:08:20,459 Di mana Lino? 71 00:09:13,804 --> 00:09:17,016 Duduk di sebelah saya. Bawa Idalia. 72 00:09:35,868 --> 00:09:38,245 Mak, apa yang sedang berlaku? 73 00:09:40,205 --> 00:09:41,040 Mak tak tahu. 74 00:09:47,087 --> 00:09:48,672 Lino anak mak! 75 00:09:49,506 --> 00:09:51,759 Lino anak mak! 76 00:09:53,677 --> 00:09:55,387 Biagia, Idalia penat. 77 00:09:55,471 --> 00:09:59,183 Mak dah sediakan bilik untuk awak di atas. 78 00:10:04,688 --> 00:10:06,774 Kita akan tinggal di sini sekarang? 79 00:10:08,108 --> 00:10:09,151 Tidak, sayang. 80 00:10:11,487 --> 00:10:12,404 Tidak. 81 00:10:13,030 --> 00:10:16,533 Kita akan kebumikan babbo, kemudian pulang ke California. 82 00:10:18,452 --> 00:10:19,286 Kebumi? 83 00:10:19,787 --> 00:10:21,246 Ya, sayang. 84 00:10:22,164 --> 00:10:25,167 Kita bawa dia untuk dikuburkan di sini. 85 00:10:26,627 --> 00:10:29,171 - Ingat? - Kita akan tinggalkan dia di sini? 86 00:10:30,756 --> 00:10:32,883 Mak dan ayah dah bincang. 87 00:10:33,926 --> 00:10:35,427 Dia tak beritahu saya. 88 00:10:38,097 --> 00:10:38,931 Hei. 89 00:10:39,723 --> 00:10:44,853 Semua orang ingat dia suami mak, tapi tiada siapa ingat dia ayah saya. 90 00:10:53,362 --> 00:10:56,865 Umur nenek 10 tahun waktu ayah nenek meninggal dunia. 91 00:10:57,491 --> 00:11:01,120 Nenek sedih sebab tak dapat jumpa dia lagi. 92 00:11:01,704 --> 00:11:06,959 Kemudian nenek belajar guna imaginasi dan hati nenek. 93 00:11:07,042 --> 00:11:08,711 Buah hati nenek. 94 00:11:08,794 --> 00:11:11,255 Walaupun ayah kamu sudah tiada, 95 00:11:11,338 --> 00:11:15,217 nenek boleh nampak dan rasa dia, di sini. 96 00:11:15,300 --> 00:11:18,929 Semua sajian yang dia masak untuk kamu dulu? 97 00:11:19,012 --> 00:11:21,890 Kita boleh masak sajian itu bersama. 98 00:11:21,974 --> 00:11:25,728 Nanti kamu jadi tua macam nenek, 99 00:11:25,811 --> 00:11:27,855 malah lebih tua daripada nenek, 100 00:11:29,022 --> 00:11:31,024 kamu boleh ajar cucu kamu. 101 00:11:31,859 --> 00:11:35,154 Apabila dia di dapur, seperti ini, 102 00:11:35,904 --> 00:11:39,867 dia akan nampak kamu, nenek dan ayah kamu. 103 00:11:47,249 --> 00:11:48,876 Ia keterlaluan untuknya. 104 00:11:49,585 --> 00:11:52,087 Sepupu saya, Santina akan jaga budak-budak. 105 00:12:01,472 --> 00:12:03,515 Hai, nenek. Hai, Mak Cik Amy. 106 00:12:03,599 --> 00:12:04,683 Hai. 107 00:12:04,767 --> 00:12:06,101 Di mana Idalia? 108 00:12:06,185 --> 00:12:07,978 Di dalam, menunggu kamu. 109 00:13:57,129 --> 00:13:58,839 Boleh saya bantu? 110 00:13:58,922 --> 00:14:01,967 Tak. Saya bekerja sendiri di dapur. Duduk. 111 00:14:08,098 --> 00:14:09,016 Anak awak? 112 00:14:09,808 --> 00:14:10,726 Tidur. 113 00:14:18,567 --> 00:14:19,401 Terima kasih. 114 00:14:37,336 --> 00:14:39,463 Saya faham, Amy. 115 00:14:40,339 --> 00:14:42,174 Semasa Giacomo meninggal dunia, 116 00:14:43,258 --> 00:14:44,885 saya terasa penat, 117 00:14:45,385 --> 00:14:47,304 tulang terasa berat. 118 00:14:47,387 --> 00:14:49,264 Ibu saya juga terasa begitu 119 00:14:50,307 --> 00:14:51,767 semasa ayah saya mati. 120 00:14:52,434 --> 00:14:56,146 Saya tahu keperitan ini kerana saya pernah melaluinya. 121 00:14:56,229 --> 00:15:00,233 Saya tahu awak rasa ia berganda, untuk awak dan anak awak. 122 00:15:03,236 --> 00:15:04,863 Tapi awak mesti makan. 123 00:15:13,580 --> 00:15:16,667 Tengoklah siapa yang bangun. Hai. 124 00:15:18,168 --> 00:15:20,128 Boleh saya main dengan sepupu saya hari ini? 125 00:15:20,212 --> 00:15:23,507 Ya, boleh. Tapi mak nak kamu tukar baju dulu. 126 00:15:24,466 --> 00:15:27,135 Mak juga nak kamu sapa nenek kamu. 127 00:15:28,637 --> 00:15:29,596 Hai, nenek. 128 00:15:29,680 --> 00:15:30,597 Hai, sayang. 129 00:15:30,681 --> 00:15:32,015 Mari sini. Makan. 130 00:15:35,477 --> 00:15:40,190 Kamu mesti habiskan supaya jadi sihat dan kuat. 131 00:15:59,001 --> 00:16:02,170 Orang kampung kata awak tak pakai hitam. Memang betul. 132 00:16:02,254 --> 00:16:03,255 Santina! 133 00:16:03,338 --> 00:16:05,465 - Apa dia? - Apa yang awak fikirkan? 134 00:16:05,549 --> 00:16:07,050 Jangan jawab. 135 00:16:07,134 --> 00:16:11,805 Saya kata tentulah dia pakai hitam waktu Lino meninggal. 136 00:16:12,764 --> 00:16:14,016 Betul, bukan? 137 00:16:15,017 --> 00:16:17,352 Sekurang-kurangnya untuk sehari, bukan? 138 00:16:21,982 --> 00:16:23,775 Bila awak pulang? 139 00:16:23,859 --> 00:16:27,070 Kamu ada di sini sampai Pesta Santa Anna, bukan? 140 00:16:27,946 --> 00:16:29,281 Kami tak rancang… 141 00:16:29,364 --> 00:16:30,323 Sudah tentu. 142 00:16:30,407 --> 00:16:34,161 Budak itu gembira ada di sini dengan udara segar dan keluarga. 143 00:16:34,870 --> 00:16:39,332 Lino suka perarakan Santa Anna dari dulu. 144 00:16:47,841 --> 00:16:49,092 Saya nak jalan-jalan. 145 00:16:49,676 --> 00:16:50,886 Tumpang lalu. 146 00:16:56,058 --> 00:16:57,851 Awak sama saja dari dulu. 147 00:16:59,686 --> 00:17:01,354 - Mak akan kembali. - Okey. 148 00:17:05,692 --> 00:17:09,029 Zora, angkat telefon atau hubungi saya semula. 149 00:17:09,112 --> 00:17:10,572 Ini sukar bagi saya. 150 00:17:40,268 --> 00:17:42,562 - Selamat petang. - Selamat petang. 151 00:17:50,695 --> 00:17:52,614 Takziah, puan. 152 00:17:53,448 --> 00:17:55,283 Biar saya kenalkan diri. 153 00:17:55,367 --> 00:17:58,829 Saya Nunzio, datuk bandar Castelleone. 154 00:17:59,955 --> 00:18:01,373 Saya kenal suami awak, 155 00:18:02,582 --> 00:18:05,043 Semoga dia bersemadi dengan aman. 156 00:18:08,839 --> 00:18:09,840 Orang Amerika? 157 00:18:10,757 --> 00:18:12,092 Awak mungkin tak tahu 158 00:18:12,175 --> 00:18:15,887 saya rancang bina helipad dan gelanggang tenis 159 00:18:15,971 --> 00:18:17,514 di kampung kecil kami. 160 00:18:17,597 --> 00:18:19,766 Kami perlukan inovasi dan rekreasi 161 00:18:20,934 --> 00:18:22,144 seperti di Amerika. 162 00:18:24,271 --> 00:18:26,648 Bukankah hanya ada 300 penduduk? 163 00:18:26,731 --> 00:18:28,150 Ada 513. 164 00:18:28,233 --> 00:18:29,860 Dua kelahiran tahun lepas. 165 00:18:29,943 --> 00:18:31,319 Satu tahun ini. 166 00:18:32,028 --> 00:18:33,405 Serta 15 kematian. 167 00:18:36,867 --> 00:18:38,702 Gembira dapat bertemu. 168 00:18:46,960 --> 00:18:48,753 Mario! Tengok! 169 00:18:54,551 --> 00:18:58,305 Kulitnya gelap, tapi cantik. 170 00:18:59,222 --> 00:19:03,768 Dia baru keluar bar walaupun suaminya baru dikuburkan. 171 00:19:04,394 --> 00:19:06,104 Kasihan Filomena. 172 00:19:07,105 --> 00:19:09,900 Pada hari jadi awak? Apa itu perarakan? 173 00:19:10,567 --> 00:19:13,069 Saya rasa ia pesta bandar. 174 00:19:14,070 --> 00:19:17,282 Macam Pesta Semut Api Nenek Evelyn selalu bawa kita? 175 00:19:17,365 --> 00:19:21,244 Dengan santo, tanpa semut api gergasi. 176 00:19:22,704 --> 00:19:27,751 Rasa tak sanggup sambut hari jadi yang pertama tanpa Lino di sini, Z. 177 00:19:31,338 --> 00:19:36,426 Saya tak tahu jika dia nak saya atau cucunya di sini. 178 00:19:38,011 --> 00:19:39,179 Apa yang awak nak? 179 00:19:39,262 --> 00:19:41,181 Saya nak Lino. 180 00:19:41,264 --> 00:19:42,265 Pemikiran ajaib. 181 00:19:42,349 --> 00:19:44,351 Jangan nak guna bahasa pakar jiwa. 182 00:19:48,230 --> 00:19:51,733 - Saya tak boleh kecewakan dia lagi. - Itu tak boleh dielak. 183 00:19:51,816 --> 00:19:54,527 Awak tempuhi hidup baru sendirian, Amy. 184 00:19:56,488 --> 00:19:58,531 Pasti ada cabaran. 185 00:19:58,615 --> 00:20:00,992 Teruk sangatkah jika awak kekal di situ? 186 00:21:23,908 --> 00:21:25,660 - Awak pergi ke mana? - Apa? 187 00:21:25,744 --> 00:21:27,245 Pergi mandi. Cepat. 188 00:21:29,164 --> 00:21:32,751 Sementara awak di sini, awak perlu melawat mereka ini. 189 00:21:32,834 --> 00:21:34,002 Ini nama, 190 00:21:35,128 --> 00:21:38,506 rumah dan aturannya. 191 00:21:39,215 --> 00:21:43,261 Filomena, saya tak boleh baca ini. 192 00:21:43,345 --> 00:21:44,220 Kenapa? 193 00:21:44,304 --> 00:21:48,391 Saya tak boleh baca bahasa Sicily. Apa yang tertulis di sini? 194 00:21:49,476 --> 00:21:52,687 "Franco, dekat air pancut, dengan pintu merah." 195 00:21:52,771 --> 00:21:56,858 "Tuccio, di sebelah bar yang ada banyak van di depannya." 196 00:21:56,941 --> 00:21:59,402 "Pina Tua, dekat tanah perkuburan." 197 00:22:00,820 --> 00:22:01,905 Alamatnya? 198 00:22:01,988 --> 00:22:05,033 Siapa perlu alamat? Saya dah beritahu tempatnya. 199 00:22:05,116 --> 00:22:06,951 Awak mesti pergi hari ini. 200 00:22:14,709 --> 00:22:19,172 Giacomo beritahu saya roti di Amerika tak sedap 201 00:22:20,173 --> 00:22:24,469 dan ada begitu banyak buah di pokok sampai gugur dan orang pijak. 202 00:22:24,552 --> 00:22:26,513 - Silakan. - Tak, terima kasih. 203 00:22:30,642 --> 00:22:31,726 Kenapa? 204 00:22:35,188 --> 00:22:37,440 Mak dah kata, banyak sangat manisan. 205 00:22:38,691 --> 00:22:41,194 Dia nampak tak sihat. Mari sini. 206 00:22:41,277 --> 00:22:44,072 Dia tak nampak sihat. 207 00:22:44,155 --> 00:22:45,448 Tak, lebih baik… 208 00:22:46,741 --> 00:22:48,952 Lebih baik bawa dia jumpa doktor. 209 00:22:50,078 --> 00:22:51,871 Tak perlu. 210 00:22:51,955 --> 00:22:54,958 - Mari. Ayuh. - Santina… 211 00:22:55,041 --> 00:22:56,084 Pergilah. 212 00:22:56,918 --> 00:23:00,046 Anak itu tak sihat. Kami akan jumpa doktor. 213 00:23:00,130 --> 00:23:02,048 - Tak, dia okey. - Tak. 214 00:23:02,132 --> 00:23:05,051 Ini tak perlu, Santina. 215 00:23:05,802 --> 00:23:09,931 Doktor orang paling kaya di sini dan tiada siapa pernah masuk rumahnya. 216 00:23:10,014 --> 00:23:12,016 Ceritakan semua yang awak lihat. 217 00:23:12,100 --> 00:23:14,727 Saya nak pastikan anak itu sihat. 218 00:23:14,811 --> 00:23:16,980 Baik periksa daripada menyesal! 219 00:23:17,063 --> 00:23:21,067 Saya dengar ada piano cantik di dalam. 220 00:23:21,151 --> 00:23:24,737 Dia minum kopi guna cawan emas. 221 00:23:24,821 --> 00:23:27,365 Doktor pasti jemput awak minum kopi. 222 00:23:27,449 --> 00:23:29,993 Dia isteri Lino dan orang Amerika. 223 00:23:30,076 --> 00:23:33,580 Takkan nak biar awak di luar. Ini peluang kita. 224 00:23:33,663 --> 00:23:35,415 Nanti ceritakan semuanya. 225 00:23:36,040 --> 00:23:37,959 Pergilah. Saya tunggu di sini. 226 00:23:38,042 --> 00:23:38,918 Pergi. 227 00:23:44,716 --> 00:23:48,636 Saya akan pertaruhkan pencen yang saya dapat sebagai balu 228 00:23:48,720 --> 00:23:52,348 yang Filomena dan gadis Amerika itu takkan berdamai. 229 00:23:52,432 --> 00:23:56,436 Seorang ibu tak pergi majlis perkahwinan anak sendiri? 230 00:23:56,519 --> 00:24:00,023 Bila ia boleh dilupakan? 231 00:24:03,610 --> 00:24:05,528 Apa? Itulah kebenarannya. 232 00:24:12,660 --> 00:24:15,371 Isteri saya buat teh kamomil untuk anak awak. 233 00:24:15,455 --> 00:24:16,581 Dia akan rasa lega. 234 00:24:18,208 --> 00:24:19,959 Awak ada gambar ayah saya. 235 00:24:21,544 --> 00:24:23,755 Ya, itu ayah awak. 236 00:24:27,467 --> 00:24:30,011 Saya pernah melawat Florence 237 00:24:30,887 --> 00:24:33,598 dan makan di restoran tempat dia bekerja. 238 00:24:33,681 --> 00:24:36,392 Saya tak pernah nampak dia segembira itu. 239 00:24:37,310 --> 00:24:39,479 Apabila saya tahu dia sakit, 240 00:24:40,104 --> 00:24:41,940 saya selalu berdoa untuk dia. 241 00:24:42,607 --> 00:24:43,691 Dia orang kita. 242 00:24:46,528 --> 00:24:48,655 Lino seorang yang istimewa. 243 00:24:49,572 --> 00:24:50,698 Dia baik, 244 00:24:51,658 --> 00:24:52,825 penyayang… 245 00:25:03,294 --> 00:25:05,338 DR. RONALDO MUSCARELLA 246 00:25:08,299 --> 00:25:09,133 Apa jadi? 247 00:25:11,553 --> 00:25:13,680 Dia terkesan dengan keindahan rumah. 248 00:25:13,763 --> 00:25:17,350 Ceritalah, ada berapa banyak candelier di dalam? 249 00:25:18,142 --> 00:25:19,978 Saya cuma nampak tiga. 250 00:25:21,854 --> 00:25:26,693 Sebenarnya, ada lapan dan semuanya diperbuat daripada emas. 251 00:25:28,236 --> 00:25:31,155 Idalia, sayang. Jangan bergosip. 252 00:25:31,948 --> 00:25:33,032 Mari kita pergi. 253 00:25:35,535 --> 00:25:36,369 Pergi dulu. 254 00:25:40,873 --> 00:25:42,375 Dia sama saja dari dulu. 255 00:25:57,140 --> 00:26:00,518 Apa yang awak suka tentang wain? Saya tak pernah minum. 256 00:26:04,147 --> 00:26:05,064 Nah. 257 00:26:10,737 --> 00:26:11,654 Cubalah. 258 00:26:28,796 --> 00:26:30,423 Supaya tiada siapa nampak. 259 00:27:06,376 --> 00:27:07,752 Syabas hari ini. 260 00:27:09,128 --> 00:27:13,299 Wanita yang menunggu di luar rumah doktor dengan Santina… 261 00:27:13,383 --> 00:27:14,342 Yang mana satu? 262 00:27:14,425 --> 00:27:17,470 Anna "jari kaki bersilang" atau Pina bercermin mata? 263 00:27:18,638 --> 00:27:21,766 "Jari kaki bersilang?" Itu yang awak cakap? 264 00:27:22,475 --> 00:27:26,896 Kami panggil dia begitu sebab dia selalu merungut pasal kakinya, 265 00:27:26,979 --> 00:27:30,566 tapi asyik pakai kasut wanita muda. 266 00:27:31,943 --> 00:27:35,196 Pernah sekali, dia buat rawatan kaki di Palermo. 267 00:27:35,279 --> 00:27:38,366 Macamlah mewarnakan kuku boleh mengatasi masalahnya. 268 00:27:43,579 --> 00:27:46,541 Jadi awak pun bergosip? 269 00:28:18,823 --> 00:28:19,657 Sayang. 270 00:28:40,803 --> 00:28:42,680 Saya masakkan awak sesuatu. 271 00:29:30,144 --> 00:29:31,646 Pergi tukar baju. 272 00:29:32,188 --> 00:29:35,107 Awak akan ke Biagia untuk tandatangan dokumen. 273 00:29:35,191 --> 00:29:37,193 - Saya telefon awak tadi. - Apa? 274 00:29:38,027 --> 00:29:40,988 Ia tentang harta pusaka. Awak perlu jumpa notari. 275 00:29:41,656 --> 00:29:43,699 Awak ada janji temu pagi ini. 276 00:29:58,589 --> 00:30:02,468 Awak perlu tandatangan di sini, di sini dan di sini. 277 00:30:07,139 --> 00:30:09,851 Puan, sebagai isteri anak lelaki sulung, 278 00:30:09,934 --> 00:30:12,228 awak dan anak awak jadi pewaris. 279 00:30:17,316 --> 00:30:18,150 Tidak. 280 00:30:19,360 --> 00:30:20,987 Saya tak boleh tandatangan. 281 00:30:29,120 --> 00:30:32,832 Kenapa awak letak saya dalam situasi itu? 282 00:30:32,915 --> 00:30:36,294 Sampai hati tak beritahu saya tentang hal ini sebelum ini. 283 00:30:36,377 --> 00:30:38,087 Saya dah beritahu pagi tadi. 284 00:30:38,170 --> 00:30:42,508 Awak tak kata nak beri saya rumah dan tanah keluarga awak. 285 00:30:45,469 --> 00:30:47,138 Tempat saya bukan di sini. 286 00:30:47,221 --> 00:30:49,015 Ia juga untuk cucu saya. 287 00:30:51,559 --> 00:30:54,437 Amy! Nunzio perlukan bantuan awak! 288 00:30:57,231 --> 00:30:59,859 Awak perlu sain dan mengaku awak salah. 289 00:30:59,942 --> 00:31:01,903 Ia salah awak. Sain. 290 00:31:06,532 --> 00:31:09,076 Datuk Bandar tak berbahasa Inggeris. 291 00:31:09,160 --> 00:31:10,620 Awak langgar saya. 292 00:31:13,205 --> 00:31:16,751 Akhirnya, seseorang yang boleh jelaskan cara memandu di sini. 293 00:31:16,834 --> 00:31:19,837 Dia tak tengok dan langgar kereta saya. 294 00:31:19,921 --> 00:31:22,882 - Tolong buat dia faham. - Ya. Sain sajalah. 295 00:31:22,965 --> 00:31:25,051 - Biar saya cakap dengan dia. - Silakan. 296 00:31:25,134 --> 00:31:27,261 - Hai, saya Amy. - Hai. 297 00:31:27,345 --> 00:31:31,349 Beritahu dia, kalau tak alih kereta, saya akan panggil polis. 298 00:31:31,432 --> 00:31:35,728 Pulau ini sememangnya indah, tapi begitu menjengkelkan. 299 00:31:35,811 --> 00:31:37,396 Dia langgar saya. 300 00:31:37,980 --> 00:31:39,815 Dia datuk bandar di sini. 301 00:31:40,483 --> 00:31:42,944 Dia takkan sesekali 302 00:31:43,027 --> 00:31:45,571 mengaku salah depan mereka. 303 00:31:45,655 --> 00:31:47,949 Kalau saya jadi awak saya akan beredar 304 00:31:48,032 --> 00:31:49,742 sebelum dia panggil polis, 305 00:31:49,825 --> 00:31:51,369 yang mungkin sepupunya. 306 00:31:54,538 --> 00:31:56,540 Bagaimana awak tahu semua ini? 307 00:31:59,043 --> 00:32:00,127 Awak patut pergi. 308 00:32:04,548 --> 00:32:05,675 Terima kasih. 309 00:32:05,758 --> 00:32:07,468 Kirim salam pada Cornwall! 310 00:32:12,807 --> 00:32:13,891 Lentil. 311 00:32:15,309 --> 00:32:17,228 Ini dari ladang saya. 312 00:32:17,812 --> 00:32:20,773 Kerana bantu anak saya, Nunzio. 313 00:32:27,697 --> 00:32:28,823 Terima kasih. 314 00:32:28,906 --> 00:32:29,991 Saya betul, bukan? 315 00:32:30,074 --> 00:32:30,908 Ya. 316 00:32:31,409 --> 00:32:33,536 Saya datuk bandar kesayangan, bukan? 317 00:32:33,619 --> 00:32:34,787 - Ya! - Betul. 318 00:32:34,870 --> 00:32:37,081 Terima kasih. Saya masih muda. Saya selalu betul. 319 00:32:37,164 --> 00:32:38,207 Mak! 320 00:32:45,631 --> 00:32:47,049 Ini Don Matteo, mak! 321 00:32:48,592 --> 00:32:49,802 Siapa beri awak itu? 322 00:32:50,553 --> 00:32:51,971 Ibu Nunzio. 323 00:32:53,139 --> 00:32:55,141 - Saya tak boleh menolak. - Bagus. 324 00:32:55,224 --> 00:32:57,143 Jadi, awak menyebelahi Nunzio. 325 00:32:58,102 --> 00:32:59,228 Bagi saya. 326 00:33:09,530 --> 00:33:13,200 Maaf tentang hal tadi, 327 00:33:13,868 --> 00:33:16,328 pasal peguam dan tanah… 328 00:33:16,412 --> 00:33:19,123 Amy, kami ada pepatah. 329 00:33:19,206 --> 00:33:22,710 "Rumah selagi diperlukan dan tanah seluas mata memandang." 330 00:33:23,252 --> 00:33:25,629 Saya nak bersihkan lentil. 331 00:33:25,713 --> 00:33:28,549 Boleh habiskan bercakap dulu? 332 00:33:28,632 --> 00:33:31,677 Takkan nak jadi macam Balu Lentil Kotor. 333 00:33:32,178 --> 00:33:36,474 Gigi suaminya patah sebab dia tak basuh bersih-bersih. 334 00:33:37,058 --> 00:33:38,684 Jadi, awak takkan jawab? 335 00:33:40,269 --> 00:33:41,103 Amy. 336 00:33:42,688 --> 00:33:46,734 Di sini, orang datang dan pergi, tapi kita kekal, lindung orang kita. 337 00:33:47,485 --> 00:33:50,112 Macam awak buat tadi. Awak sebahagian daripada kami. 338 00:33:50,196 --> 00:33:52,615 Sama ada awak tahu atau tidak. Begitulah caranya. 339 00:34:18,390 --> 00:34:21,393 Filomena pergi ke gereja. Dia sedang menunggu awak. 340 00:34:21,477 --> 00:34:23,229 Kami akan jaga Idalia. 341 00:34:26,398 --> 00:34:28,359 Pergi, dia tunggu. 342 00:34:31,362 --> 00:34:35,366 Aduhai, nah ambil ini tutup bahu awak. 343 00:35:19,994 --> 00:35:23,873 Saya berdoa kepadanya waktu awak dan Lino berkahwin. 344 00:35:25,082 --> 00:35:27,710 Saya berdoa kepadanya semasa anak saya nazak. 345 00:35:28,210 --> 00:35:30,337 Hari ini saya berdoa kepadanya lagi. 346 00:35:36,552 --> 00:35:38,637 Selepas segala yang berlaku, 347 00:35:39,722 --> 00:35:42,850 kini saya tahu awak mungkin nak pergi 348 00:35:44,185 --> 00:35:45,811 dan takkan kembali lagi. 349 00:35:46,687 --> 00:35:48,939 Tapi saya berdoa dan berharap 350 00:35:50,399 --> 00:35:53,110 yang awak mahu bina sesuatu bersama saya. 351 00:35:55,112 --> 00:35:56,780 Saya mahu awak kembali. 352 00:35:59,200 --> 00:36:02,119 Anggap Castelleone seperti rumah sendiri. 353 00:36:04,121 --> 00:36:05,039 Sudah tentu, 354 00:36:05,915 --> 00:36:07,374 jika itu yang awak mahu. 355 00:36:11,253 --> 00:36:14,089 Filomena, saya tak pasti yang… 356 00:36:15,507 --> 00:36:18,052 Saya mahu luahkan hal yang terbuku di hati. 357 00:36:19,136 --> 00:36:19,970 Jadi, 358 00:36:20,763 --> 00:36:21,805 fikirkanlah. 359 00:36:54,588 --> 00:36:55,923 Tak adil. 360 00:36:56,006 --> 00:36:58,050 Kaki mak lebih panjang. 361 00:36:58,133 --> 00:37:00,052 Saya dah tak nak jalan. 362 00:37:03,180 --> 00:37:04,098 Okey. 363 00:37:04,181 --> 00:37:06,100 Naiklah. Mak akan dukung. 364 00:37:08,394 --> 00:37:09,436 Begitulah. 365 00:37:14,400 --> 00:37:15,359 Kita dah sampai. 366 00:37:18,654 --> 00:37:20,489 Lihat antara pokok itu. 367 00:37:20,572 --> 00:37:22,574 Boleh nampak Laut Mediterranean. 368 00:37:23,409 --> 00:37:26,412 Ini tempat sesuai untuk datang apabila hati terluka. 369 00:37:26,495 --> 00:37:28,205 Sebab itu mak bawa kamu ke sini. 370 00:37:33,085 --> 00:37:33,919 Hei. 371 00:37:35,254 --> 00:37:36,714 Mak pun rindu dia. 372 00:37:36,797 --> 00:37:38,215 Sakit, mak. 373 00:37:42,011 --> 00:37:42,928 Mak tahu. 374 00:37:44,305 --> 00:37:47,224 Kasih sayang babbo terhadap kita, 375 00:37:47,308 --> 00:37:50,185 ia takkan hilang. 376 00:37:51,895 --> 00:37:53,355 Dia masih bersama kita. 377 00:37:53,439 --> 00:37:55,107 Bagaimana mak tahu? 378 00:37:55,190 --> 00:37:58,736 Sebab mak nampak sisi terbaiknya dalam diri kamu. 379 00:38:01,530 --> 00:38:02,990 Idalia anak mak. 380 00:38:05,909 --> 00:38:06,910 Mak ada di sini. 381 00:38:06,994 --> 00:38:08,912 - Mak? - Ya? 382 00:38:10,414 --> 00:38:14,084 Jika rupa saya tak macam babbo, saya masih orang Italikah? 383 00:38:14,168 --> 00:38:16,045 Kamu memang orang Itali, 384 00:38:16,128 --> 00:38:17,963 sebab ia bukan tentang rupa. 385 00:38:18,464 --> 00:38:19,715 Ia tentang keluarga. 386 00:38:20,341 --> 00:38:23,594 Keluarga ialah orang yang kamu pilih untuk sayangi. 387 00:38:25,763 --> 00:38:28,599 Apa akan jadi kepada saya kalau mak mati? 388 00:38:32,895 --> 00:38:34,021 Buah hati mak… 389 00:38:35,064 --> 00:38:38,525 Kita manusia, jadi kita semua akan mati satu hari nanti. 390 00:38:41,320 --> 00:38:42,237 Saya juga? 391 00:38:44,948 --> 00:38:46,075 Kamu juga. 392 00:38:46,617 --> 00:38:51,372 Tapi masa itu lambat lagi akan tiba. 393 00:38:53,999 --> 00:38:57,044 Mak kamu sihat dan kuat. 394 00:38:59,046 --> 00:39:01,632 Kalau tak takkan mak boleh dukung kamu tadi. 395 00:39:03,342 --> 00:39:06,678 Tapi jika ia berubah pun, ada orang yang menyayangi kamu 396 00:39:06,762 --> 00:39:08,555 dan akan menjaga kamu. 397 00:39:10,766 --> 00:39:11,600 Ayuh. 398 00:39:20,067 --> 00:39:22,486 Helo. Saya Antonio. 399 00:39:24,029 --> 00:39:26,281 Awak jumpa tanah Ortolano? 400 00:39:27,449 --> 00:39:30,202 Datuk Lino tanam pokok-pokok itu. 401 00:39:30,285 --> 00:39:31,370 Apa? 402 00:39:31,954 --> 00:39:34,331 Waktu kami kecil, 403 00:39:34,873 --> 00:39:39,670 Lino tulis namanya pada perigi berdekatan pokok pic. 404 00:39:40,254 --> 00:39:42,297 Awak kenal ayah saya? 405 00:39:43,382 --> 00:39:47,094 Kami main bola sepak, walaupun Lino tak ada kasut yang sesuai. 406 00:39:49,096 --> 00:39:50,681 Tonino! 407 00:39:50,764 --> 00:39:53,434 Ayah kamu suruh kamu panggil saya itu? 408 00:39:53,517 --> 00:39:56,061 Ya, saya Tonino. 409 00:40:18,584 --> 00:40:22,337 Ajaklah keluarga awak datang Castelleone minggu depan. 410 00:40:22,421 --> 00:40:23,922 Untuk hari jadi awak. 411 00:40:24,423 --> 00:40:25,716 - Di sini? - Ya. 412 00:40:25,799 --> 00:40:27,509 Ajak mereka tengok perarakan. 413 00:40:28,051 --> 00:40:30,679 Cakap yang mereka dialu-alukan ke rumah saya. 414 00:40:30,762 --> 00:40:31,847 Aduhai… 415 00:40:40,355 --> 00:40:41,356 Saya nak tanya… 416 00:40:45,611 --> 00:40:47,154 siapa Santa Anna? 417 00:40:48,697 --> 00:40:52,618 Ibu kepada Mary. Ibu segala ibu. 418 00:40:52,701 --> 00:40:56,997 Hari Santonya jatuh pada hari sama dengan hari jadi awak. 419 00:40:57,080 --> 00:41:00,834 Dia santo penaung balu dan pengembara. 420 00:41:04,463 --> 00:41:06,215 Biar betul. 421 00:41:12,804 --> 00:41:15,140 Kami jarang terima tetamu. 422 00:41:15,224 --> 00:41:17,726 Saya harap ini memadai untuk keluarga awak. 423 00:41:19,353 --> 00:41:23,148 Ayah saya membesar di kampung seramai 300 orang. 424 00:41:23,232 --> 00:41:27,027 Texas Timur dan Castelleone 425 00:41:27,110 --> 00:41:29,571 ada banyak persamaan. 426 00:42:01,270 --> 00:42:03,146 Kali terakhir saya ditenung 427 00:42:03,230 --> 00:42:06,358 adalah waktu saya singgah guna tandas Stuckey's di Alabama. 428 00:42:14,533 --> 00:42:16,994 Selamat datang ke Castelleone. 429 00:42:17,578 --> 00:42:20,330 Selamat datang! 430 00:42:23,625 --> 00:42:25,377 Bantu mereka angkat beg. 431 00:42:30,132 --> 00:42:31,216 Hai! 432 00:42:33,635 --> 00:42:35,637 - Hei. - Hai! 433 00:42:36,221 --> 00:42:37,222 Mak Cik Zora! 434 00:42:37,806 --> 00:42:39,224 Selamat datang! 435 00:42:47,024 --> 00:42:48,275 Awak berjaya. 436 00:42:57,242 --> 00:43:01,079 Saya nak masakkan untuk kamu sajian 437 00:43:01,163 --> 00:43:04,666 yang tradisional dan tak dapat dilupakan. 438 00:43:05,417 --> 00:43:06,460 Terjemahkan. 439 00:43:06,543 --> 00:43:09,713 Dia akan masakkan sajian terbaik kamu pernah makan. 440 00:43:09,796 --> 00:43:13,342 Bagus sebab bayi ini akan buat perangai kalau saya tak makan. 441 00:43:13,425 --> 00:43:14,343 Saya dah sedia. 442 00:43:20,599 --> 00:43:22,517 Mari buat caponata. 443 00:43:25,479 --> 00:43:26,855 Resipi Lino. 444 00:43:40,827 --> 00:43:41,995 Terima kasih, mak. 445 00:43:42,079 --> 00:43:44,039 Mak panggil nenek "mak." 446 00:43:44,956 --> 00:43:47,334 Dia bertuah ada tiga orang ibu sekarang. 447 00:43:49,336 --> 00:43:53,465 Untuk mengajar mak cara jadi ibu yang terbaik kepada kamu. 448 00:43:56,385 --> 00:43:58,011 Okey, apa saya boleh bantu? 449 00:43:58,595 --> 00:44:00,972 Saya dah biasa dengan sayur-sayuran. 450 00:44:01,056 --> 00:44:03,350 Sayur yang pelbagai ini nampak cantik. 451 00:44:03,433 --> 00:44:06,561 Saya akan bantu dengan mengudap. 452 00:44:06,645 --> 00:44:07,813 Mana nak mula? 453 00:44:09,106 --> 00:44:11,400 Pertama, mulakan dengan haba. 454 00:44:14,111 --> 00:44:16,780 Wasap bawang kuat, penting, 455 00:44:16,863 --> 00:44:20,117 tapi kita perlu tundukkannya untuk keluarkan rasa baru. 456 00:44:20,617 --> 00:44:24,830 Pasli. Batangnya ada lebih rasa sebab ia lebih dekat ke tanah. 457 00:44:25,789 --> 00:44:29,626 Minyak zaitun Sicily tak boleh difahami selain asal usulnya. 458 00:44:32,379 --> 00:44:35,340 Di dapur, keseimbangan datang daripada mengetahui 459 00:44:35,424 --> 00:44:38,343 bila nak kurangkan pahit dengan sedikit kemanisan. 460 00:44:51,022 --> 00:44:51,982 Penghabisannya, 461 00:44:52,733 --> 00:44:54,693 sentiasa tambah kasih sayang. 462 00:45:06,329 --> 00:45:07,456 Okey. 463 00:45:48,038 --> 00:45:50,665 Saya dah buat keputusan untuk sain dokumen. 464 00:45:53,084 --> 00:45:54,336 Kami mahu kembali. 465 00:46:01,301 --> 00:46:03,929 Saya perlu tunjukkan sesuatu di dalam rumah. 466 00:46:06,473 --> 00:46:07,307 Okey. 467 00:46:12,395 --> 00:46:13,772 Buka laci itu. 468 00:46:15,190 --> 00:46:17,984 Jika saya ke hospital, ini baju saya. 469 00:46:18,068 --> 00:46:22,906 Cukup untuk tiga hari dan tiga malam supaya Biagia tak perlu basuh baju. 470 00:46:24,324 --> 00:46:26,159 Buka bahagian bawah. 471 00:46:27,869 --> 00:46:30,163 Ini persalinan untuk pengebumian saya. 472 00:46:30,914 --> 00:46:33,083 Kenapa awak beritahu saya? 473 00:46:33,583 --> 00:46:38,255 Supaya kedua-dua anak perempuan saya tahu mana nak cari. 474 00:46:41,633 --> 00:46:43,260 Apabila sampai umur begini, 475 00:46:45,136 --> 00:46:47,848 awak akan faham yang hidup ini cuma sementara. 476 00:46:47,931 --> 00:46:50,433 Di sini, orang tua akan kata, 477 00:46:50,517 --> 00:46:53,311 "Castelleone tempat Jesus terlupa bajunya." 478 00:46:53,395 --> 00:46:55,313 Ada orang kata maksudnya 479 00:46:56,690 --> 00:46:59,484 ia tempat yang mudah dilupakan. 480 00:47:00,110 --> 00:47:02,445 Orang pergi sekali dan tak pergi lagi. 481 00:47:03,154 --> 00:47:07,367 Tapi saya suka fikir ini tempat yang layak 482 00:47:08,660 --> 00:47:10,287 untuk Jesus lalu. 483 00:47:10,912 --> 00:47:12,080 - Faham? - Ya. 484 00:47:17,502 --> 00:47:24,217 Selama ini saya fikir saya di sini hanya untuk Idalia. 485 00:47:25,635 --> 00:47:26,469 Lihat. 486 00:47:28,805 --> 00:47:30,348 Sebaliknya saya jumpa ini. 487 00:47:33,518 --> 00:47:36,479 Lino pasti gembira tentang semua ini. 488 00:47:40,901 --> 00:47:46,656 Lino selalu naik ke sini untuk membaca waktu dia sepatutnya buat kerja. 489 00:47:49,910 --> 00:47:54,706 Kalau nak, kita boleh ubah ini jadi studio apabila awak ke sini. 490 00:47:56,458 --> 00:48:00,086 Untuk barang awak, seni awak. Macam di Los Angeles. 491 00:48:02,088 --> 00:48:04,215 Saya tahu ia penting bagi awak. 492 00:48:05,300 --> 00:48:08,887 Awak hasilkan benda indah. Itu yang saya nampak. 493 00:48:13,183 --> 00:48:14,351 Lino juga nampak. 494 00:48:16,353 --> 00:48:17,228 Ya. 495 00:48:19,064 --> 00:48:23,193 Kamu berdua seperti dua garpu, makan daripada pinggan yang sama. 496 00:48:30,867 --> 00:48:31,701 Ya. 497 00:49:53,450 --> 00:49:54,784 Awak orang Amerika? 498 00:50:08,048 --> 00:50:09,799 HIDUP SANTA ANNA 499 00:51:08,775 --> 00:51:10,985 Terima kasih sebab bawa saya ke sini. 500 00:52:15,341 --> 00:52:16,301 Awak dah pulang. 501 00:54:19,882 --> 00:54:23,886 Terjemahan sari kata oleh NNorhan