1 00:00:06,006 --> 00:00:08,967 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:06,858 --> 00:01:09,778 Tarik nafas. 3 00:01:40,600 --> 00:01:41,434 Mak. 4 00:01:42,727 --> 00:01:43,895 Mak perlu makan. 5 00:01:43,978 --> 00:01:46,606 Ikut Mak Cik Zora, ya? Dia akan baca cerita. 6 00:01:46,689 --> 00:01:47,982 Tak nak! 7 00:01:48,066 --> 00:01:50,026 - Idalia. Tolonglah. - Tak nak… 8 00:01:50,110 --> 00:01:51,111 Hei. 9 00:01:52,237 --> 00:01:54,572 Tinggalkan kami sebentar, okey? 10 00:02:00,829 --> 00:02:02,122 Bukan sekarang, Zora. 11 00:02:05,500 --> 00:02:06,417 Bukan sekarang. 12 00:02:07,919 --> 00:02:08,753 Okey. 13 00:02:11,297 --> 00:02:13,133 Saya akan kembali. 14 00:02:13,800 --> 00:02:16,052 Dalam seminggu? 15 00:02:17,720 --> 00:02:18,805 Mungkin sebulan? 16 00:02:20,390 --> 00:02:22,934 Apa kata lepas Idalia tamat sekolah tinggi? 17 00:02:23,017 --> 00:02:25,228 Awak berguraukah? 18 00:02:27,397 --> 00:02:30,358 Anak saya baru kehilangan ayahnya. 19 00:02:31,109 --> 00:02:33,194 Suami awak tak mati. 20 00:02:34,154 --> 00:02:36,030 - Dia ada di rumah. - Ya. 21 00:02:36,114 --> 00:02:38,199 Tapi saya tiada di sana. 22 00:02:38,283 --> 00:02:39,159 Saya di sini. 23 00:02:39,742 --> 00:02:42,537 Apa saya nak buat dengan itu? 24 00:02:43,997 --> 00:02:46,416 Saya tak bersedih ikut garis masa awak. 25 00:02:48,042 --> 00:02:49,210 Awak boleh pergi. 26 00:03:04,601 --> 00:03:09,189 Saya tak tahu apa yang awak lalui. 27 00:03:10,273 --> 00:03:14,068 Tapi saya tahu, bukan Lino saja yang menghilang. 28 00:03:15,236 --> 00:03:18,740 Kami lihat awak hilang depan mata kami. 29 00:03:18,823 --> 00:03:22,202 Mak dan Maxine kehilangan anak, saya hilang adik 30 00:03:22,285 --> 00:03:23,661 dan Idalia hilang ibu. 31 00:03:23,745 --> 00:03:27,916 Saya tahu tak adil minta awak tenang, tapi dia perlukan awak. 32 00:03:33,004 --> 00:03:35,048 Abunya, Amy. 33 00:03:35,548 --> 00:03:36,382 Tak boleh. 34 00:03:38,301 --> 00:03:39,385 Tak boleh, Zora. 35 00:03:39,469 --> 00:03:42,263 Saya tak nak ia di dalam but kereta lagi dua minggu. 36 00:03:42,347 --> 00:03:44,682 Saya akan bawa masuk. Awak tak perlu buat apa-apa. 37 00:03:44,766 --> 00:03:47,268 Saya perlu tunaikan janji saya kepada Lino, 38 00:03:47,352 --> 00:03:49,103 tapi saya tak boleh! 39 00:03:49,187 --> 00:03:51,105 Saya tak boleh turun katil. 40 00:03:51,814 --> 00:03:57,278 Tak boleh! Saya tak boleh bawa dia balik ke Sicily. 41 00:03:57,362 --> 00:04:02,200 Jangan minta saya buat begitu sebab saya tak boleh! 42 00:04:03,576 --> 00:04:05,870 Tak boleh! 43 00:04:07,121 --> 00:04:09,707 Tolonglah, Zora. 44 00:04:11,626 --> 00:04:12,877 Okey. 45 00:04:16,506 --> 00:04:18,466 Saya nak tanya satu soalan. 46 00:04:20,593 --> 00:04:23,179 Jangan marah, okey. 47 00:04:24,681 --> 00:04:25,515 Apa? 48 00:04:26,891 --> 00:04:30,478 Awak mandi tak sejak majlis pengebumian? 49 00:04:31,187 --> 00:04:32,021 Apa? 50 00:04:35,066 --> 00:04:35,900 Apa? 51 00:04:37,235 --> 00:04:40,530 Awak perlu cuci punggung awak. 52 00:04:42,031 --> 00:04:43,533 Awak nak kata saya busuk? 53 00:04:54,585 --> 00:04:55,670 Saya busuk. 54 00:04:56,838 --> 00:04:58,172 Awak busuk. 55 00:05:04,846 --> 00:05:09,267 Tapi, jika awak boleh hidu bau badan sendiri, 56 00:05:12,478 --> 00:05:14,522 awak masih hidup. 57 00:05:15,898 --> 00:05:17,191 Saya tahu. 58 00:05:19,027 --> 00:05:20,153 Tak apa. 59 00:05:23,448 --> 00:05:25,074 Saya akan bawa dia masuk. 60 00:05:32,290 --> 00:05:33,124 Okey. 61 00:05:36,044 --> 00:05:36,961 Okey. 62 00:05:38,713 --> 00:05:39,547 Okey. 63 00:06:57,041 --> 00:06:59,252 Beritahu apa saya perlu buat, sayang. 64 00:07:24,110 --> 00:07:25,319 Kita hampir sampai. 65 00:07:26,154 --> 00:07:28,698 Babbo tentu gembira kamu jumpa keluarganya. 66 00:08:04,609 --> 00:08:06,694 Idalia, cucu nenek. 67 00:08:06,777 --> 00:08:07,820 Nenek. 68 00:08:13,993 --> 00:08:15,203 Mak Cik Biagia! 69 00:08:15,286 --> 00:08:17,914 Helo, Idalia. 70 00:08:19,540 --> 00:08:20,416 Di mana Lino? 71 00:09:13,761 --> 00:09:16,973 Duduk di sebelah saya. Bawa Idalia. 72 00:09:35,825 --> 00:09:38,202 Mak, apa yang sedang berlaku? 73 00:09:40,162 --> 00:09:40,997 Mak tak tahu. 74 00:09:47,044 --> 00:09:48,629 Lino anak mak! 75 00:09:49,463 --> 00:09:51,716 Lino anak mak! 76 00:09:53,634 --> 00:09:55,344 Biagia, Idalia penat. 77 00:09:55,428 --> 00:09:59,140 Mak dah sediakan bilik untuk awak di atas. 78 00:10:04,645 --> 00:10:06,731 Kita akan tinggal di sini sekarang? 79 00:10:08,065 --> 00:10:09,108 Tidak, sayang. 80 00:10:11,444 --> 00:10:12,361 Tidak. 81 00:10:12,987 --> 00:10:16,490 Kita akan kebumikan babbo, kemudian pulang ke California. 82 00:10:18,409 --> 00:10:19,243 Kebumi? 83 00:10:19,744 --> 00:10:21,203 Ya, sayang. 84 00:10:22,121 --> 00:10:25,124 Kita bawa dia untuk dikuburkan di sini. 85 00:10:26,584 --> 00:10:29,128 - Ingat? - Kita akan tinggalkan dia di sini? 86 00:10:30,713 --> 00:10:32,840 Mak dan ayah dah bincang. 87 00:10:33,883 --> 00:10:35,384 Dia tak beritahu saya. 88 00:10:38,054 --> 00:10:38,888 Hei. 89 00:10:39,680 --> 00:10:44,810 Semua orang ingat dia suami mak, tapi tiada siapa ingat dia ayah saya. 90 00:10:53,319 --> 00:10:56,822 Umur nenek 10 tahun waktu ayah nenek meninggal dunia. 91 00:10:57,448 --> 00:11:01,077 Nenek sedih sebab tak dapat jumpa dia lagi. 92 00:11:01,661 --> 00:11:06,916 Kemudian nenek belajar guna imaginasi dan hati nenek. 93 00:11:06,999 --> 00:11:08,668 Buah hati nenek. 94 00:11:08,751 --> 00:11:11,212 Walaupun ayah kamu sudah tiada, 95 00:11:11,295 --> 00:11:15,174 nenek boleh nampak dan rasa dia, di sini. 96 00:11:15,257 --> 00:11:18,886 Semua sajian yang dia masak untuk kamu dulu? 97 00:11:18,969 --> 00:11:21,847 Kita boleh masak sajian itu bersama. 98 00:11:21,931 --> 00:11:25,685 Nanti kamu jadi tua macam nenek, 99 00:11:25,768 --> 00:11:27,812 malah lebih tua daripada nenek, 100 00:11:28,979 --> 00:11:30,981 kamu boleh ajar cucu kamu. 101 00:11:31,816 --> 00:11:35,111 Apabila dia di dapur, seperti ini, 102 00:11:35,861 --> 00:11:39,824 dia akan nampak kamu, nenek dan ayah kamu. 103 00:11:47,206 --> 00:11:48,833 Ia keterlaluan untuknya. 104 00:11:49,542 --> 00:11:52,044 Sepupu saya, Santina akan jaga budak-budak. 105 00:12:01,429 --> 00:12:03,472 Hai, nenek. Hai, Mak Cik Amy. 106 00:12:03,556 --> 00:12:04,640 Hai. 107 00:12:04,724 --> 00:12:06,058 Di mana Idalia? 108 00:12:06,142 --> 00:12:07,935 Di dalam, menunggu kamu. 109 00:13:57,086 --> 00:13:58,796 Boleh saya bantu? 110 00:13:58,879 --> 00:14:01,924 Tak. Saya bekerja sendiri di dapur. Duduk. 111 00:14:08,055 --> 00:14:08,973 Anak awak? 112 00:14:09,765 --> 00:14:10,683 Tidur. 113 00:14:18,524 --> 00:14:19,358 Terima kasih. 114 00:14:37,293 --> 00:14:39,420 Saya faham, Amy. 115 00:14:40,296 --> 00:14:42,131 Semasa Giacomo meninggal dunia, 116 00:14:43,215 --> 00:14:44,842 saya terasa penat, 117 00:14:45,342 --> 00:14:47,261 tulang terasa berat. 118 00:14:47,344 --> 00:14:49,221 Ibu saya juga terasa begitu 119 00:14:50,264 --> 00:14:51,724 semasa ayah saya mati. 120 00:14:52,391 --> 00:14:56,103 Saya tahu keperitan ini kerana saya pernah melaluinya. 121 00:14:56,186 --> 00:15:00,190 Saya tahu awak rasa ia berganda, untuk awak dan anak awak. 122 00:15:03,193 --> 00:15:04,820 Tapi awak mesti makan. 123 00:15:13,537 --> 00:15:16,624 Tengoklah siapa yang bangun. Hai. 124 00:15:18,125 --> 00:15:20,085 Boleh saya main dengan sepupu saya hari ini? 125 00:15:20,169 --> 00:15:23,464 Ya, boleh. Tapi mak nak kamu tukar baju dulu. 126 00:15:24,423 --> 00:15:27,092 Mak juga nak kamu sapa nenek kamu. 127 00:15:28,594 --> 00:15:29,553 Hai, nenek. 128 00:15:29,637 --> 00:15:30,554 Hai, sayang. 129 00:15:30,638 --> 00:15:31,972 Mari sini. Makan. 130 00:15:35,434 --> 00:15:40,147 Kamu mesti habiskan supaya jadi sihat dan kuat. 131 00:15:58,958 --> 00:16:02,127 Orang kampung kata awak tak pakai hitam. Memang betul. 132 00:16:02,211 --> 00:16:03,212 Santina! 133 00:16:03,295 --> 00:16:05,422 - Apa dia? - Apa yang awak fikirkan? 134 00:16:05,506 --> 00:16:07,007 Jangan jawab. 135 00:16:07,091 --> 00:16:11,762 Saya kata tentulah dia pakai hitam waktu Lino meninggal. 136 00:16:12,721 --> 00:16:13,973 Betul, bukan? 137 00:16:14,974 --> 00:16:17,309 Sekurang-kurangnya untuk sehari, bukan? 138 00:16:21,939 --> 00:16:23,732 Bila awak pulang? 139 00:16:23,816 --> 00:16:27,027 Kamu ada di sini sampai Pesta Santa Anna, bukan? 140 00:16:27,903 --> 00:16:29,238 Kami tak rancang… 141 00:16:29,321 --> 00:16:30,280 Sudah tentu. 142 00:16:30,364 --> 00:16:34,118 Budak itu gembira ada di sini dengan udara segar dan keluarga. 143 00:16:34,827 --> 00:16:39,289 Lino suka perarakan Santa Anna dari dulu. 144 00:16:47,798 --> 00:16:49,049 Saya nak jalan-jalan. 145 00:16:49,633 --> 00:16:50,843 Tumpang lalu. 146 00:16:56,015 --> 00:16:57,808 Awak sama saja dari dulu. 147 00:16:59,643 --> 00:17:01,311 - Mak akan kembali. - Okey. 148 00:17:05,649 --> 00:17:08,986 Zora, angkat telefon atau hubungi saya semula. 149 00:17:09,069 --> 00:17:10,529 Ini sukar bagi saya. 150 00:17:40,225 --> 00:17:42,519 - Selamat petang. - Selamat petang. 151 00:17:50,652 --> 00:17:52,571 Takziah, puan. 152 00:17:53,405 --> 00:17:55,240 Biar saya kenalkan diri. 153 00:17:55,324 --> 00:17:58,786 Saya Nunzio, datuk bandar Castelleone. 154 00:17:59,912 --> 00:18:01,330 Saya kenal suami awak, 155 00:18:02,539 --> 00:18:05,000 Semoga dia bersemadi dengan aman. 156 00:18:08,796 --> 00:18:09,797 Orang Amerika? 157 00:18:10,714 --> 00:18:12,049 Awak mungkin tak tahu 158 00:18:12,132 --> 00:18:15,844 saya rancang bina helipad dan gelanggang tenis 159 00:18:15,928 --> 00:18:17,471 di kampung kecil kami. 160 00:18:17,554 --> 00:18:19,723 Kami perlukan inovasi dan rekreasi 161 00:18:20,891 --> 00:18:22,101 seperti di Amerika. 162 00:18:24,228 --> 00:18:26,605 Bukankah hanya ada 300 penduduk? 163 00:18:26,688 --> 00:18:28,107 Ada 513. 164 00:18:28,190 --> 00:18:29,817 Dua kelahiran tahun lepas. 165 00:18:29,900 --> 00:18:31,276 Satu tahun ini. 166 00:18:31,985 --> 00:18:33,362 Serta 15 kematian. 167 00:18:36,824 --> 00:18:38,659 Gembira dapat bertemu. 168 00:18:46,917 --> 00:18:48,710 Mario! Tengok! 169 00:18:54,508 --> 00:18:58,262 Kulitnya gelap, tapi cantik. 170 00:18:59,179 --> 00:19:03,725 Dia baru keluar bar walaupun suaminya baru dikuburkan. 171 00:19:04,351 --> 00:19:06,061 Kasihan Filomena. 172 00:19:07,062 --> 00:19:09,857 Pada hari jadi awak? Apa itu perarakan? 173 00:19:10,524 --> 00:19:13,026 Saya rasa ia pesta bandar. 174 00:19:14,027 --> 00:19:17,239 Macam Pesta Semut Api Nenek Evelyn selalu bawa kita? 175 00:19:17,322 --> 00:19:21,201 Dengan santo, tanpa semut api gergasi. 176 00:19:22,661 --> 00:19:27,708 Rasa tak sanggup sambut hari jadi yang pertama tanpa Lino di sini, Z. 177 00:19:31,295 --> 00:19:36,383 Saya tak tahu jika dia nak saya atau cucunya di sini. 178 00:19:37,968 --> 00:19:39,136 Apa yang awak nak? 179 00:19:39,219 --> 00:19:41,138 Saya nak Lino. 180 00:19:41,221 --> 00:19:42,222 Pemikiran ajaib. 181 00:19:42,306 --> 00:19:44,308 Jangan nak guna bahasa pakar jiwa. 182 00:19:48,187 --> 00:19:51,690 - Saya tak boleh kecewakan dia lagi. - Itu tak boleh dielak. 183 00:19:51,773 --> 00:19:54,484 Awak tempuhi hidup baru sendirian, Amy. 184 00:19:56,445 --> 00:19:58,488 Pasti ada cabaran. 185 00:19:58,572 --> 00:20:00,949 Teruk sangatkah jika awak kekal di situ? 186 00:21:23,865 --> 00:21:25,617 - Awak pergi ke mana? - Apa? 187 00:21:25,701 --> 00:21:27,202 Pergi mandi. Cepat. 188 00:21:29,121 --> 00:21:32,708 Sementara awak di sini, awak perlu melawat mereka ini. 189 00:21:32,791 --> 00:21:33,959 Ini nama, 190 00:21:35,085 --> 00:21:38,463 rumah dan aturannya. 191 00:21:39,172 --> 00:21:43,218 Filomena, saya tak boleh baca ini. 192 00:21:43,302 --> 00:21:44,177 Kenapa? 193 00:21:44,261 --> 00:21:48,348 Saya tak boleh baca bahasa Sicily. Apa yang tertulis di sini? 194 00:21:49,433 --> 00:21:52,644 "Franco, dekat air pancut, dengan pintu merah." 195 00:21:52,728 --> 00:21:56,815 "Tuccio, di sebelah bar yang ada banyak van di depannya." 196 00:21:56,898 --> 00:21:59,359 "Pina Tua, dekat tanah perkuburan." 197 00:22:00,777 --> 00:22:01,862 Alamatnya? 198 00:22:01,945 --> 00:22:04,990 Siapa perlu alamat? Saya dah beritahu tempatnya. 199 00:22:05,073 --> 00:22:06,908 Awak mesti pergi hari ini. 200 00:22:14,666 --> 00:22:19,129 Giacomo beritahu saya roti di Amerika tak sedap 201 00:22:20,130 --> 00:22:24,426 dan ada begitu banyak buah di pokok sampai gugur dan orang pijak. 202 00:22:24,509 --> 00:22:26,470 - Silakan. - Tak, terima kasih. 203 00:22:30,599 --> 00:22:31,683 Kenapa? 204 00:22:35,145 --> 00:22:37,397 Mak dah kata, banyak sangat manisan. 205 00:22:38,648 --> 00:22:41,151 Dia nampak tak sihat. Mari sini. 206 00:22:41,234 --> 00:22:44,029 Dia tak nampak sihat. 207 00:22:44,112 --> 00:22:45,405 Tak, lebih baik… 208 00:22:46,698 --> 00:22:48,909 Lebih baik bawa dia jumpa doktor. 209 00:22:50,035 --> 00:22:51,828 Tak perlu. 210 00:22:51,912 --> 00:22:54,915 - Mari. Ayuh. - Santina… 211 00:22:54,998 --> 00:22:56,041 Pergilah. 212 00:22:56,875 --> 00:23:00,003 Anak itu tak sihat. Kami akan jumpa doktor. 213 00:23:00,087 --> 00:23:02,005 - Tak, dia okey. - Tak. 214 00:23:02,089 --> 00:23:05,008 Ini tak perlu, Santina. 215 00:23:05,759 --> 00:23:09,888 Doktor orang paling kaya di sini dan tiada siapa pernah masuk rumahnya. 216 00:23:09,971 --> 00:23:11,973 Ceritakan semua yang awak lihat. 217 00:23:12,057 --> 00:23:14,684 Saya nak pastikan anak itu sihat. 218 00:23:14,768 --> 00:23:16,937 Baik periksa daripada menyesal! 219 00:23:17,020 --> 00:23:21,024 Saya dengar ada piano cantik di dalam. 220 00:23:21,108 --> 00:23:24,694 Dia minum kopi guna cawan emas. 221 00:23:24,778 --> 00:23:27,322 Doktor pasti jemput awak minum kopi. 222 00:23:27,406 --> 00:23:29,950 Dia isteri Lino dan orang Amerika. 223 00:23:30,033 --> 00:23:33,537 Takkan nak biar awak di luar. Ini peluang kita. 224 00:23:33,620 --> 00:23:35,372 Nanti ceritakan semuanya. 225 00:23:35,997 --> 00:23:37,916 Pergilah. Saya tunggu di sini. 226 00:23:37,999 --> 00:23:38,875 Pergi. 227 00:23:44,673 --> 00:23:48,593 Saya akan pertaruhkan pencen yang saya dapat sebagai balu 228 00:23:48,677 --> 00:23:52,305 yang Filomena dan gadis Amerika itu takkan berdamai. 229 00:23:52,389 --> 00:23:56,393 Seorang ibu tak pergi majlis perkahwinan anak sendiri? 230 00:23:56,476 --> 00:23:59,980 Bila ia boleh dilupakan? 231 00:24:03,567 --> 00:24:05,485 Apa? Itulah kebenarannya. 232 00:24:12,617 --> 00:24:15,328 Isteri saya buat teh kamomil untuk anak awak. 233 00:24:15,412 --> 00:24:16,538 Dia akan rasa lega. 234 00:24:18,165 --> 00:24:19,916 Awak ada gambar ayah saya. 235 00:24:21,501 --> 00:24:23,712 Ya, itu ayah awak. 236 00:24:27,424 --> 00:24:29,968 Saya pernah melawat Florence 237 00:24:30,844 --> 00:24:33,555 dan makan di restoran tempat dia bekerja. 238 00:24:33,638 --> 00:24:36,349 Saya tak pernah nampak dia segembira itu. 239 00:24:37,267 --> 00:24:39,436 Apabila saya tahu dia sakit, 240 00:24:40,061 --> 00:24:41,897 saya selalu berdoa untuk dia. 241 00:24:42,564 --> 00:24:43,648 Dia orang kita. 242 00:24:46,485 --> 00:24:48,612 Lino seorang yang istimewa. 243 00:24:49,529 --> 00:24:50,655 Dia baik, 244 00:24:51,615 --> 00:24:52,782 penyayang… 245 00:25:03,251 --> 00:25:05,295 DR. RONALDO MUSCARELLA 246 00:25:08,256 --> 00:25:09,090 Apa jadi? 247 00:25:11,510 --> 00:25:13,637 Dia terkesan dengan keindahan rumah. 248 00:25:13,720 --> 00:25:17,307 Ceritalah, ada berapa banyak candelier di dalam? 249 00:25:18,099 --> 00:25:19,935 Saya cuma nampak tiga. 250 00:25:21,811 --> 00:25:26,650 Sebenarnya, ada lapan dan semuanya diperbuat daripada emas. 251 00:25:28,193 --> 00:25:31,112 Idalia, sayang. Jangan bergosip. 252 00:25:31,905 --> 00:25:32,989 Mari kita pergi. 253 00:25:35,492 --> 00:25:36,326 Pergi dulu. 254 00:25:40,830 --> 00:25:42,332 Dia sama saja dari dulu. 255 00:25:57,097 --> 00:26:00,475 Apa yang awak suka tentang wain? Saya tak pernah minum. 256 00:26:04,104 --> 00:26:05,021 Nah. 257 00:26:10,694 --> 00:26:11,611 Cubalah. 258 00:26:28,753 --> 00:26:30,380 Supaya tiada siapa nampak. 259 00:27:06,333 --> 00:27:07,709 Syabas hari ini. 260 00:27:09,085 --> 00:27:13,256 Wanita yang menunggu di luar rumah doktor dengan Santina… 261 00:27:13,340 --> 00:27:14,299 Yang mana satu? 262 00:27:14,382 --> 00:27:17,427 Anna "jari kaki bersilang" atau Pina bercermin mata? 263 00:27:18,595 --> 00:27:21,723 "Jari kaki bersilang?" Itu yang awak cakap? 264 00:27:22,432 --> 00:27:26,853 Kami panggil dia begitu sebab dia selalu merungut pasal kakinya, 265 00:27:26,936 --> 00:27:30,523 tapi asyik pakai kasut wanita muda. 266 00:27:31,900 --> 00:27:35,153 Pernah sekali, dia buat rawatan kaki di Palermo. 267 00:27:35,236 --> 00:27:38,323 Macamlah mewarnakan kuku boleh mengatasi masalahnya. 268 00:27:43,536 --> 00:27:46,498 Jadi awak pun bergosip? 269 00:28:18,780 --> 00:28:19,614 Sayang. 270 00:28:40,760 --> 00:28:42,637 Saya masakkan awak sesuatu. 271 00:29:30,101 --> 00:29:31,603 Pergi tukar baju. 272 00:29:32,145 --> 00:29:35,064 Awak akan ke Biagia untuk tandatangan dokumen. 273 00:29:35,148 --> 00:29:37,150 - Saya telefon awak tadi. - Apa? 274 00:29:37,984 --> 00:29:40,945 Ia tentang harta pusaka. Awak perlu jumpa notari. 275 00:29:41,613 --> 00:29:43,656 Awak ada janji temu pagi ini. 276 00:29:58,546 --> 00:30:02,425 Awak perlu tandatangan di sini, di sini dan di sini. 277 00:30:07,096 --> 00:30:09,808 Puan, sebagai isteri anak lelaki sulung, 278 00:30:09,891 --> 00:30:12,185 awak dan anak awak jadi pewaris. 279 00:30:17,273 --> 00:30:18,107 Tidak. 280 00:30:19,317 --> 00:30:20,944 Saya tak boleh tandatangan. 281 00:30:29,077 --> 00:30:32,789 Kenapa awak letak saya dalam situasi itu? 282 00:30:32,872 --> 00:30:36,251 Sampai hati tak beritahu saya tentang hal ini sebelum ini. 283 00:30:36,334 --> 00:30:38,044 Saya dah beritahu pagi tadi. 284 00:30:38,127 --> 00:30:42,465 Awak tak kata nak beri saya rumah dan tanah keluarga awak. 285 00:30:45,426 --> 00:30:47,095 Tempat saya bukan di sini. 286 00:30:47,178 --> 00:30:48,972 Ia juga untuk cucu saya. 287 00:30:51,516 --> 00:30:54,394 Amy! Nunzio perlukan bantuan awak! 288 00:30:57,188 --> 00:30:59,816 Awak perlu sain dan mengaku awak salah. 289 00:30:59,899 --> 00:31:01,860 Ia salah awak. Sain. 290 00:31:06,489 --> 00:31:09,033 Datuk Bandar tak berbahasa Inggeris. 291 00:31:09,117 --> 00:31:10,577 Awak langgar saya. 292 00:31:13,162 --> 00:31:16,708 Akhirnya, seseorang yang boleh jelaskan cara memandu di sini. 293 00:31:16,791 --> 00:31:19,794 Dia tak tengok dan langgar kereta saya. 294 00:31:19,878 --> 00:31:22,839 - Tolong buat dia faham. - Ya. Sain sajalah. 295 00:31:22,922 --> 00:31:25,008 - Biar saya cakap dengan dia. - Silakan. 296 00:31:25,091 --> 00:31:27,218 - Hai, saya Amy. - Hai. 297 00:31:27,302 --> 00:31:31,306 Beritahu dia, kalau tak alih kereta, saya akan panggil polis. 298 00:31:31,389 --> 00:31:35,685 Pulau ini sememangnya indah, tapi begitu menjengkelkan. 299 00:31:35,768 --> 00:31:37,353 Dia langgar saya. 300 00:31:37,937 --> 00:31:39,772 Dia datuk bandar di sini. 301 00:31:40,440 --> 00:31:42,901 Dia takkan sesekali 302 00:31:42,984 --> 00:31:45,528 mengaku salah depan mereka. 303 00:31:45,612 --> 00:31:47,906 Kalau saya jadi awak saya akan beredar 304 00:31:47,989 --> 00:31:49,699 sebelum dia panggil polis, 305 00:31:49,782 --> 00:31:51,326 yang mungkin sepupunya. 306 00:31:54,495 --> 00:31:56,497 Bagaimana awak tahu semua ini? 307 00:31:59,000 --> 00:32:00,084 Awak patut pergi. 308 00:32:04,505 --> 00:32:05,632 Terima kasih. 309 00:32:05,715 --> 00:32:07,425 Kirim salam pada Cornwall! 310 00:32:12,764 --> 00:32:13,848 Lentil. 311 00:32:15,266 --> 00:32:17,185 Ini dari ladang saya. 312 00:32:17,769 --> 00:32:20,730 Kerana bantu anak saya, Nunzio. 313 00:32:27,654 --> 00:32:28,780 Terima kasih. 314 00:32:28,863 --> 00:32:29,948 Saya betul, bukan? 315 00:32:30,031 --> 00:32:30,865 Ya. 316 00:32:31,366 --> 00:32:33,493 Saya datuk bandar kesayangan, bukan? 317 00:32:33,576 --> 00:32:34,744 - Ya! - Betul. 318 00:32:34,827 --> 00:32:37,038 Terima kasih. Saya masih muda. Saya selalu betul. 319 00:32:37,121 --> 00:32:38,164 Mak! 320 00:32:45,588 --> 00:32:47,006 Ini Don Matteo, mak! 321 00:32:48,549 --> 00:32:49,759 Siapa beri awak itu? 322 00:32:50,510 --> 00:32:51,928 Ibu Nunzio. 323 00:32:53,096 --> 00:32:55,098 - Saya tak boleh menolak. - Bagus. 324 00:32:55,181 --> 00:32:57,100 Jadi, awak menyebelahi Nunzio. 325 00:32:58,059 --> 00:32:59,185 Bagi saya. 326 00:33:09,487 --> 00:33:13,157 Maaf tentang hal tadi, 327 00:33:13,825 --> 00:33:16,285 pasal peguam dan tanah… 328 00:33:16,369 --> 00:33:19,080 Amy, kami ada pepatah. 329 00:33:19,163 --> 00:33:22,667 "Rumah selagi diperlukan dan tanah seluas mata memandang." 330 00:33:23,209 --> 00:33:25,586 Saya nak bersihkan lentil. 331 00:33:25,670 --> 00:33:28,506 Boleh habiskan bercakap dulu? 332 00:33:28,589 --> 00:33:31,634 Takkan nak jadi macam Balu Lentil Kotor. 333 00:33:32,135 --> 00:33:36,431 Gigi suaminya patah sebab dia tak basuh bersih-bersih. 334 00:33:37,015 --> 00:33:38,641 Jadi, awak takkan jawab? 335 00:33:40,226 --> 00:33:41,060 Amy. 336 00:33:42,645 --> 00:33:46,691 Di sini, orang datang dan pergi, tapi kita kekal, lindung orang kita. 337 00:33:47,442 --> 00:33:50,069 Macam awak buat tadi. Awak sebahagian daripada kami. 338 00:33:50,153 --> 00:33:52,572 Sama ada awak tahu atau tidak. Begitulah caranya. 339 00:34:18,347 --> 00:34:21,350 Filomena pergi ke gereja. Dia sedang menunggu awak. 340 00:34:21,434 --> 00:34:23,186 Kami akan jaga Idalia. 341 00:34:26,355 --> 00:34:28,316 Pergi, dia tunggu. 342 00:34:31,319 --> 00:34:35,323 Aduhai, nah ambil ini tutup bahu awak. 343 00:35:19,951 --> 00:35:23,830 Saya berdoa kepadanya waktu awak dan Lino berkahwin. 344 00:35:25,039 --> 00:35:27,667 Saya berdoa kepadanya semasa anak saya nazak. 345 00:35:28,167 --> 00:35:30,294 Hari ini saya berdoa kepadanya lagi. 346 00:35:36,509 --> 00:35:38,594 Selepas segala yang berlaku, 347 00:35:39,679 --> 00:35:42,807 kini saya tahu awak mungkin nak pergi 348 00:35:44,142 --> 00:35:45,768 dan takkan kembali lagi. 349 00:35:46,644 --> 00:35:48,896 Tapi saya berdoa dan berharap 350 00:35:50,356 --> 00:35:53,067 yang awak mahu bina sesuatu bersama saya. 351 00:35:55,069 --> 00:35:56,737 Saya mahu awak kembali. 352 00:35:59,157 --> 00:36:02,076 Anggap Castelleone seperti rumah sendiri. 353 00:36:04,078 --> 00:36:04,996 Sudah tentu, 354 00:36:05,872 --> 00:36:07,331 jika itu yang awak mahu. 355 00:36:11,210 --> 00:36:14,046 Filomena, saya tak pasti yang… 356 00:36:15,464 --> 00:36:18,009 Saya mahu luahkan hal yang terbuku di hati. 357 00:36:19,093 --> 00:36:19,927 Jadi, 358 00:36:20,720 --> 00:36:21,762 fikirkanlah. 359 00:36:54,545 --> 00:36:55,880 Tak adil. 360 00:36:55,963 --> 00:36:58,007 Kaki mak lebih panjang. 361 00:36:58,090 --> 00:37:00,009 Saya dah tak nak jalan. 362 00:37:03,137 --> 00:37:04,055 Okey. 363 00:37:04,138 --> 00:37:06,057 Naiklah. Mak akan dukung. 364 00:37:08,351 --> 00:37:09,393 Begitulah. 365 00:37:14,357 --> 00:37:15,316 Kita dah sampai. 366 00:37:18,611 --> 00:37:20,446 Lihat antara pokok itu. 367 00:37:20,529 --> 00:37:22,531 Boleh nampak Laut Mediterranean. 368 00:37:23,366 --> 00:37:26,369 Ini tempat sesuai untuk datang apabila hati terluka. 369 00:37:26,452 --> 00:37:28,162 Sebab itu mak bawa kamu ke sini. 370 00:37:33,042 --> 00:37:33,876 Hei. 371 00:37:35,211 --> 00:37:36,671 Mak pun rindu dia. 372 00:37:36,754 --> 00:37:38,172 Sakit, mak. 373 00:37:41,968 --> 00:37:42,885 Mak tahu. 374 00:37:44,262 --> 00:37:47,181 Kasih sayang babbo terhadap kita, 375 00:37:47,265 --> 00:37:50,142 ia takkan hilang. 376 00:37:51,852 --> 00:37:53,312 Dia masih bersama kita. 377 00:37:53,396 --> 00:37:55,064 Bagaimana mak tahu? 378 00:37:55,147 --> 00:37:58,693 Sebab mak nampak sisi terbaiknya dalam diri kamu. 379 00:38:01,487 --> 00:38:02,947 Idalia anak mak. 380 00:38:05,866 --> 00:38:06,867 Mak ada di sini. 381 00:38:06,951 --> 00:38:08,869 - Mak? - Ya? 382 00:38:10,371 --> 00:38:14,041 Jika rupa saya tak macam babbo, saya masih orang Italikah? 383 00:38:14,125 --> 00:38:16,002 Kamu memang orang Itali, 384 00:38:16,085 --> 00:38:17,920 sebab ia bukan tentang rupa. 385 00:38:18,421 --> 00:38:19,672 Ia tentang keluarga. 386 00:38:20,298 --> 00:38:23,551 Keluarga ialah orang yang kamu pilih untuk sayangi. 387 00:38:25,720 --> 00:38:28,556 Apa akan jadi kepada saya kalau mak mati? 388 00:38:32,852 --> 00:38:33,978 Buah hati mak… 389 00:38:35,021 --> 00:38:38,482 Kita manusia, jadi kita semua akan mati satu hari nanti. 390 00:38:41,277 --> 00:38:42,194 Saya juga? 391 00:38:44,905 --> 00:38:46,032 Kamu juga. 392 00:38:46,574 --> 00:38:51,329 Tapi masa itu lambat lagi akan tiba. 393 00:38:53,956 --> 00:38:57,001 Mak kamu sihat dan kuat. 394 00:38:59,003 --> 00:39:01,589 Kalau tak takkan mak boleh dukung kamu tadi. 395 00:39:03,299 --> 00:39:06,635 Tapi jika ia berubah pun, ada orang yang menyayangi kamu 396 00:39:06,719 --> 00:39:08,512 dan akan menjaga kamu. 397 00:39:10,723 --> 00:39:11,557 Ayuh. 398 00:39:20,024 --> 00:39:22,443 Helo. Saya Antonio. 399 00:39:23,986 --> 00:39:26,238 Awak jumpa tanah Ortolano? 400 00:39:27,406 --> 00:39:30,159 Datuk Lino tanam pokok-pokok itu. 401 00:39:30,242 --> 00:39:31,327 Apa? 402 00:39:31,911 --> 00:39:34,288 Waktu kami kecil, 403 00:39:34,830 --> 00:39:39,627 Lino tulis namanya pada perigi berdekatan pokok pic. 404 00:39:40,211 --> 00:39:42,254 Awak kenal ayah saya? 405 00:39:43,339 --> 00:39:47,051 Kami main bola sepak, walaupun Lino tak ada kasut yang sesuai. 406 00:39:49,053 --> 00:39:50,638 Tonino! 407 00:39:50,721 --> 00:39:53,391 Ayah kamu suruh kamu panggil saya itu? 408 00:39:53,474 --> 00:39:56,018 Ya, saya Tonino. 409 00:40:18,541 --> 00:40:22,294 Ajaklah keluarga awak datang Castelleone minggu depan. 410 00:40:22,378 --> 00:40:23,879 Untuk hari jadi awak. 411 00:40:24,380 --> 00:40:25,673 - Di sini? - Ya. 412 00:40:25,756 --> 00:40:27,466 Ajak mereka tengok perarakan. 413 00:40:28,008 --> 00:40:30,636 Cakap yang mereka dialu-alukan ke rumah saya. 414 00:40:30,719 --> 00:40:31,804 Aduhai… 415 00:40:40,312 --> 00:40:41,313 Saya nak tanya… 416 00:40:45,568 --> 00:40:47,111 siapa Santa Anna? 417 00:40:48,654 --> 00:40:52,575 Ibu kepada Mary. Ibu segala ibu. 418 00:40:52,658 --> 00:40:56,954 Hari Santonya jatuh pada hari sama dengan hari jadi awak. 419 00:40:57,037 --> 00:41:00,791 Dia santo penaung balu dan pengembara. 420 00:41:04,420 --> 00:41:06,172 Biar betul. 421 00:41:12,761 --> 00:41:15,097 Kami jarang terima tetamu. 422 00:41:15,181 --> 00:41:17,683 Saya harap ini memadai untuk keluarga awak. 423 00:41:19,310 --> 00:41:23,105 Ayah saya membesar di kampung seramai 300 orang. 424 00:41:23,189 --> 00:41:26,984 Texas Timur dan Castelleone 425 00:41:27,067 --> 00:41:29,528 ada banyak persamaan. 426 00:42:01,227 --> 00:42:03,103 Kali terakhir saya ditenung 427 00:42:03,187 --> 00:42:06,315 adalah waktu saya singgah guna tandas Stuckey's di Alabama. 428 00:42:14,490 --> 00:42:16,951 Selamat datang ke Castelleone. 429 00:42:17,535 --> 00:42:20,287 Selamat datang! 430 00:42:23,582 --> 00:42:25,334 Bantu mereka angkat beg. 431 00:42:30,089 --> 00:42:31,173 Hai! 432 00:42:33,592 --> 00:42:35,594 - Hei. - Hai! 433 00:42:36,178 --> 00:42:37,179 Mak Cik Zora! 434 00:42:37,763 --> 00:42:39,181 Selamat datang! 435 00:42:46,981 --> 00:42:48,232 Awak berjaya. 436 00:42:57,199 --> 00:43:01,036 Saya nak masakkan untuk kamu sajian 437 00:43:01,120 --> 00:43:04,623 yang tradisional dan tak dapat dilupakan. 438 00:43:05,374 --> 00:43:06,417 Terjemahkan. 439 00:43:06,500 --> 00:43:09,670 Dia akan masakkan sajian terbaik kamu pernah makan. 440 00:43:09,753 --> 00:43:13,299 Bagus sebab bayi ini akan buat perangai kalau saya tak makan. 441 00:43:13,382 --> 00:43:14,300 Saya dah sedia. 442 00:43:20,556 --> 00:43:22,474 Mari buat caponata. 443 00:43:25,436 --> 00:43:26,812 Resipi Lino. 444 00:43:40,784 --> 00:43:41,952 Terima kasih, mak. 445 00:43:42,036 --> 00:43:43,996 Mak panggil nenek "mak." 446 00:43:44,913 --> 00:43:47,291 Dia bertuah ada tiga orang ibu sekarang. 447 00:43:49,293 --> 00:43:53,422 Untuk mengajar mak cara jadi ibu yang terbaik kepada kamu. 448 00:43:56,342 --> 00:43:57,968 Okey, apa saya boleh bantu? 449 00:43:58,552 --> 00:44:00,929 Saya dah biasa dengan sayur-sayuran. 450 00:44:01,013 --> 00:44:03,307 Sayur yang pelbagai ini nampak cantik. 451 00:44:03,390 --> 00:44:06,518 Saya akan bantu dengan mengudap. 452 00:44:06,602 --> 00:44:07,770 Mana nak mula? 453 00:44:09,063 --> 00:44:11,357 Pertama, mulakan dengan haba. 454 00:44:14,068 --> 00:44:16,737 Wasap bawang kuat, penting, 455 00:44:16,820 --> 00:44:20,074 tapi kita perlu tundukkannya untuk keluarkan rasa baru. 456 00:44:20,574 --> 00:44:24,787 Pasli. Batangnya ada lebih rasa sebab ia lebih dekat ke tanah. 457 00:44:25,746 --> 00:44:29,583 Minyak zaitun Sicily tak boleh difahami selain asal usulnya. 458 00:44:32,336 --> 00:44:35,297 Di dapur, keseimbangan datang daripada mengetahui 459 00:44:35,381 --> 00:44:38,300 bila nak kurangkan pahit dengan sedikit kemanisan. 460 00:44:50,979 --> 00:44:51,939 Penghabisannya, 461 00:44:52,690 --> 00:44:54,650 sentiasa tambah kasih sayang. 462 00:45:06,286 --> 00:45:07,413 Okey. 463 00:45:47,995 --> 00:45:50,622 Saya dah buat keputusan untuk sain dokumen. 464 00:45:53,041 --> 00:45:54,293 Kami mahu kembali. 465 00:46:01,258 --> 00:46:03,886 Saya perlu tunjukkan sesuatu di dalam rumah. 466 00:46:06,430 --> 00:46:07,264 Okey. 467 00:46:12,352 --> 00:46:13,729 Buka laci itu. 468 00:46:15,147 --> 00:46:17,941 Jika saya ke hospital, ini baju saya. 469 00:46:18,025 --> 00:46:22,863 Cukup untuk tiga hari dan tiga malam supaya Biagia tak perlu basuh baju. 470 00:46:24,281 --> 00:46:26,116 Buka bahagian bawah. 471 00:46:27,826 --> 00:46:30,120 Ini persalinan untuk pengebumian saya. 472 00:46:30,871 --> 00:46:33,040 Kenapa awak beritahu saya? 473 00:46:33,540 --> 00:46:38,212 Supaya kedua-dua anak perempuan saya tahu mana nak cari. 474 00:46:41,590 --> 00:46:43,217 Apabila sampai umur begini, 475 00:46:45,093 --> 00:46:47,805 awak akan faham yang hidup ini cuma sementara. 476 00:46:47,888 --> 00:46:50,390 Di sini, orang tua akan kata, 477 00:46:50,474 --> 00:46:53,268 "Castelleone tempat Jesus terlupa bajunya." 478 00:46:53,352 --> 00:46:55,270 Ada orang kata maksudnya 479 00:46:56,647 --> 00:46:59,441 ia tempat yang mudah dilupakan. 480 00:47:00,067 --> 00:47:02,402 Orang pergi sekali dan tak pergi lagi. 481 00:47:03,111 --> 00:47:07,324 Tapi saya suka fikir ini tempat yang layak 482 00:47:08,617 --> 00:47:10,244 untuk Jesus lalu. 483 00:47:10,869 --> 00:47:12,037 - Faham? - Ya. 484 00:47:17,459 --> 00:47:24,174 Selama ini saya fikir saya di sini hanya untuk Idalia. 485 00:47:25,592 --> 00:47:26,426 Lihat. 486 00:47:28,762 --> 00:47:30,305 Sebaliknya saya jumpa ini. 487 00:47:33,475 --> 00:47:36,436 Lino pasti gembira tentang semua ini. 488 00:47:40,858 --> 00:47:46,613 Lino selalu naik ke sini untuk membaca waktu dia sepatutnya buat kerja. 489 00:47:49,867 --> 00:47:54,663 Kalau nak, kita boleh ubah ini jadi studio apabila awak ke sini. 490 00:47:56,415 --> 00:48:00,043 Untuk barang awak, seni awak. Macam di Los Angeles. 491 00:48:02,045 --> 00:48:04,172 Saya tahu ia penting bagi awak. 492 00:48:05,257 --> 00:48:08,844 Awak hasilkan benda indah. Itu yang saya nampak. 493 00:48:13,140 --> 00:48:14,308 Lino juga nampak. 494 00:48:16,310 --> 00:48:17,185 Ya. 495 00:48:19,021 --> 00:48:23,150 Kamu berdua seperti dua garpu, makan daripada pinggan yang sama. 496 00:48:30,824 --> 00:48:31,658 Ya. 497 00:49:53,407 --> 00:49:54,741 Awak orang Amerika? 498 00:50:08,005 --> 00:50:09,756 HIDUP SANTA ANNA 499 00:51:08,732 --> 00:51:10,942 Terima kasih sebab bawa saya ke sini. 500 00:52:15,298 --> 00:52:16,258 Awak dah pulang. 501 00:54:19,839 --> 00:54:23,843 Terjemahan sari kata oleh NNorhan