1 00:00:10,845 --> 00:00:14,515 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:50,885 --> 00:00:51,719 KEPERLUAN ASAS 3 00:00:51,803 --> 00:00:55,223 Batang saderi, hummus, biskut bijian penuh, 4 00:00:55,932 --> 00:00:58,893 dan anggur tanpa biji jika umur mereka lebih dua tahun. 5 00:00:59,393 --> 00:01:02,438 Yogurt Greek rendah lemak dengan granola dan beri. 6 00:01:03,189 --> 00:01:08,736 Keju tali, pisang, kiwi dan buah pear. 7 00:01:08,820 --> 00:01:11,489 Adakah dia akan terus senaraikan buah-buahan? 8 00:01:12,949 --> 00:01:18,079 Beri biru, limau tangerin dan epal dengan mentega kacang. 9 00:01:24,377 --> 00:01:29,257 Ibu-ibu, apa snek sihat yang boleh diberikan kepada Jimmy 10 00:01:29,340 --> 00:01:31,676 dari piramid makanan? 11 00:01:32,426 --> 00:01:34,387 - Ya. - Snek kembara? 12 00:01:34,470 --> 00:01:36,681 Berhati-hati dengan snek kembara, 13 00:01:36,764 --> 00:01:40,351 terutamanya jika ia dibeli di kedai dan ada campuran gula-gula. 14 00:01:40,434 --> 00:01:44,021 Pastikan ia snek kembara kekacang dan beri. 15 00:01:45,189 --> 00:01:47,650 Ibu-ibu, masa kita dah tamat. 16 00:01:47,733 --> 00:01:51,779 Ingat, kanak-kanak perlukan tiga sajian sihat setiap hari. 17 00:01:51,863 --> 00:01:54,490 Ibu bapa tak boleh berhenti menjaga anak. 18 00:02:16,679 --> 00:02:18,181 - Hai. - Hei, sayang. 19 00:02:18,264 --> 00:02:20,183 Mari pergi. 20 00:02:24,395 --> 00:02:27,356 - Bagaimana dengan kelas? - Kami pakaikan lampin pada tembikai. 21 00:02:28,065 --> 00:02:28,900 Gary. 22 00:02:29,609 --> 00:02:32,028 - Mengapa saya perlu buat begini? - Perintah mahkamah. 23 00:02:32,111 --> 00:02:35,198 Ibu bapa yang kehilangan hak jagaan perlu hadiri kelas PEP. 24 00:02:35,281 --> 00:02:38,075 Yolanda nak beri saya syif pagi tadi, tapi saya menolaknya 25 00:02:38,159 --> 00:02:39,869 untuk belajar tentang bijian penuh. 26 00:02:39,952 --> 00:02:43,915 Menamatkan kelas ini akan membantu dalam pembicaraan kamu. 27 00:02:43,998 --> 00:02:47,585 Kalau boleh dapatkan Maddy semula, saya akan jadi pelajar terbaik. 28 00:02:49,086 --> 00:02:50,296 Minuman ini untuk kamu. 29 00:02:53,007 --> 00:02:56,260 - Kamu bawakan saya kopi? - Ia cuma kopi Folgers. 30 00:03:02,725 --> 00:03:03,559 Itu pun dia. 31 00:03:05,019 --> 00:03:07,813 - Hai, Howie. - Dee. 32 00:03:07,897 --> 00:03:12,360 - Sentiasa cantik. Ini Alex? - Ya, encik. Terima kasih banyak. 33 00:03:12,443 --> 00:03:14,403 Saya sangat menghargainya. Terima kasih. 34 00:03:14,487 --> 00:03:15,613 Sama-sama. 35 00:03:16,364 --> 00:03:17,657 Panggil saya Howie. 36 00:03:17,990 --> 00:03:20,117 Dah bertahun-tahun Howie beri nasihat guaman 37 00:03:20,201 --> 00:03:22,453 di Rumah Perlindungan McMullen pada hari Rabu. 38 00:03:22,536 --> 00:03:24,038 Isteri dia yang suruh dia buat. 39 00:03:24,121 --> 00:03:26,958 Tak. Dia lebih suka saya kalau saya lakukannya. 40 00:03:27,041 --> 00:03:28,751 Saya perlu berterus terang. 41 00:03:28,834 --> 00:03:31,253 Saya bukan peguam keluarga dan saya bukan peguam kamu. 42 00:03:31,337 --> 00:03:34,632 Saya peguam hartanah yang beri nasihat guaman percuma 43 00:03:34,715 --> 00:03:36,467 dalam bidang bukan kepakaran saya. 44 00:03:36,550 --> 00:03:39,178 Saya hargai sebarang nasihat kamu. Terima kasih. 45 00:03:39,261 --> 00:03:42,598 - Kamu akan ke mahkamah pada hari Jumaat? - Ya. 46 00:03:42,682 --> 00:03:45,226 Adakah kamu terlibat dalam jagaan harian anak kamu? 47 00:03:45,309 --> 00:03:47,853 - Saya yang menjaga dia setiap hari. - Baguslah. 48 00:03:47,937 --> 00:03:51,190 Bagus. Ia akan bantu kamu dapatkan hak jagaan bersama. 49 00:03:51,274 --> 00:03:54,944 Saya tak nak hak jagaan bersama. Saya nak Maddy sepenuh masa. 50 00:03:55,027 --> 00:03:59,865 Kamu bawa dia lari dari rumahnya selama 72 jam tanpa kebenaran ayahnya? 51 00:03:59,949 --> 00:04:01,117 Demi kebaikan dia. 52 00:04:01,659 --> 00:04:05,162 Ia tak penting. Kamu tak boleh bawa lari kanak-kanak begitu. 53 00:04:05,246 --> 00:04:08,499 Itu hujah merampas hak jagaan. Hanya kamu berdua tahu perkara sebenar. 54 00:04:08,582 --> 00:04:11,043 Howie percayakan kamu. 55 00:04:11,836 --> 00:04:12,837 Dah tentu. 56 00:04:12,920 --> 00:04:15,298 Namun penderaan emosi memang rumit. 57 00:04:15,881 --> 00:04:20,553 Menurut undang-undang, ia bukan keganasan rumahtangga di negeri ini. 58 00:04:21,220 --> 00:04:23,264 Kolot. 59 00:04:23,347 --> 00:04:26,350 Saya ada berjumpa orang pusat perlindungan KR dan mereka kata, 60 00:04:26,434 --> 00:04:28,561 penderaan emosi adalah keganasan rumahtangga. 61 00:04:28,644 --> 00:04:31,564 Namun mahkamah mengatakan sebaliknya? 62 00:04:31,647 --> 00:04:32,773 Betul. 63 00:04:33,858 --> 00:04:35,234 Habislah saya. 64 00:04:35,318 --> 00:04:38,362 Tak. Kita akan cari saksi perwatakan untuk kamu. 65 00:04:38,446 --> 00:04:41,073 Ada sesiapa yang boleh bercakap bagi pihak kamu? 66 00:04:43,117 --> 00:04:44,118 Ya. 67 00:04:44,201 --> 00:04:46,662 Boleh dapatkan rumah dekat dengan Sean? 68 00:04:46,746 --> 00:04:49,790 - Dia akan dapat rumah sementara esok. - Bagus. 69 00:04:49,874 --> 00:04:53,002 Hantar borang ini kepada kerani selewatnya jam tujuh malam esok. 70 00:04:53,085 --> 00:04:54,712 Saya perlu isi semua ini, 71 00:04:54,795 --> 00:04:57,131 bekerja dan pergi ke kelas sebelum jam tujuh esok? 72 00:04:57,214 --> 00:05:01,344 Ya. Mahkamah perlukan bukti bahawa kamu dah mendaftar faedah SNAP. 73 00:05:01,427 --> 00:05:04,221 Itu kad baucar makanan dan kad EBT kamu. 74 00:05:04,305 --> 00:05:07,475 Pergi mohon sendiri. Ramai orang di sana. 75 00:05:07,558 --> 00:05:11,645 Pergi awal. Bawa bukti kediaman, dokumen pendapatan, 76 00:05:11,729 --> 00:05:15,733 nama agensi penempatan sukarela atau VOLAG, jika ada. 77 00:05:15,816 --> 00:05:18,319 Mahkamah nak lihat bukti jaminan kewangan, 78 00:05:18,402 --> 00:05:22,281 bukti pekerjaan yang mematuhi undang-undang, 79 00:05:22,365 --> 00:05:25,201 salinan slip gaji, akaun bank, kad kredit, 80 00:05:25,284 --> 00:05:28,287 dokumen sewa rumah, bil utiliti dan resit perubatan. 81 00:05:28,371 --> 00:05:31,248 Jika kamu nak program jagaan kanak-kanak WCCC, 82 00:05:31,332 --> 00:05:34,001 dengan syarat kamu dah memenuhi keperluan TANF WorkFirst, 83 00:05:34,085 --> 00:05:36,629 mahkamah perlu lihat dokumen pengesahannya. 84 00:05:36,712 --> 00:05:39,256 Tunjukkan bukti sistem sokongan untuk LIHEAP juga. 85 00:05:39,340 --> 00:05:42,051 Keluarga luas, kawan-kawan dan orang hubungan kecemasan. 86 00:05:42,134 --> 00:05:43,552 Nama, nombor telefon, alamat. 87 00:05:43,636 --> 00:05:46,680 Serahkan testimoni bertulis tentang perwatakan kamu, 88 00:05:46,764 --> 00:05:48,974 orang yang boleh bercakap bagi pihak kamu. 89 00:05:49,058 --> 00:05:50,601 SEKARANG KE KAUNTER KOMPUTER ROSAK! 90 00:05:50,684 --> 00:05:52,520 - Mengatakan kamu mak yang baik. - Teruk! 91 00:05:55,731 --> 00:05:57,942 - Lewat! - Saya tahu, maaf. Bas B9. 92 00:05:58,025 --> 00:06:01,445 Saya akan panggil kamu Maaf. Maaf, kamu minta maaf. 93 00:06:01,529 --> 00:06:04,448 Kiara tunggu di luar. Ada pencucian pindah keluar di Merritt. 94 00:06:04,532 --> 00:06:07,827 - Siapa Kiara? Tak pernah jumpa dia pun. - Saya akan sediakan janji temu. 95 00:06:07,910 --> 00:06:09,954 Ada salad Cobb dan wain rosé. Kamu ke mana? 96 00:06:10,454 --> 00:06:11,497 Salin pakaian. 97 00:06:11,580 --> 00:06:14,667 Tak. Tak perlu uniform untuk pencucian pindah keluar. 98 00:06:14,750 --> 00:06:17,086 - Apa itu pencucian pindah keluar? - Kamu akan tahu. 99 00:06:19,380 --> 00:06:20,422 Kiara? 100 00:06:31,058 --> 00:06:32,059 Tempat duduk basah. 101 00:06:32,143 --> 00:06:35,729 Nampak seperti urin, tapi ia Mountain Dew. Masuklah. 102 00:06:43,362 --> 00:06:45,364 Terima kasih sebab jemput saya. 103 00:06:45,447 --> 00:06:49,201 Yolanda yang suruh. Namun saya tak boleh hantar kamu pulang. 104 00:06:49,285 --> 00:06:51,078 Tak mengapa. Saya akan menaiki bas. 105 00:06:51,162 --> 00:06:54,373 Kamu wanita dewasa tapi tiada kenderaan sendiri. 106 00:06:54,456 --> 00:06:55,291 Ya. 107 00:06:55,541 --> 00:06:57,543 PANGGILAN MASUK MAK 108 00:06:57,626 --> 00:07:00,296 Maaf, saya perlu jawab panggilan ini. 109 00:07:00,379 --> 00:07:03,424 - Mak. - Hei, Basil cakap kamu hantar mesej. 110 00:07:03,507 --> 00:07:05,009 Mengapa Basil pegang telefon mak? 111 00:07:05,092 --> 00:07:09,597 Dia ternampak mesej kamu semasa memasang aplikasi Venmo pada telefon mak. 112 00:07:09,680 --> 00:07:11,599 Mengapa Basil pasang aplikasi Venmo? 113 00:07:11,682 --> 00:07:15,227 - Itu maklumat bank mak. - Jangan nak mula. Mak sangat sibuk. 114 00:07:15,311 --> 00:07:16,604 Buat apa? 115 00:07:16,687 --> 00:07:20,024 Mak sedang menyulam buah dada dan faraj pada kemeja-T. 116 00:07:20,107 --> 00:07:22,860 - Ada tempahan dari Esty. - Ia dipanggil Etsy. 117 00:07:22,943 --> 00:07:24,945 Sororiti yang menempahnya. 118 00:07:25,029 --> 00:07:28,449 Sororiti bayar mak untuk menyulam buah dada dan faraj? 119 00:07:28,532 --> 00:07:31,827 Ya. Mereka nak gantikan topi faraj dengan kemeja-T bersulam. 120 00:07:31,911 --> 00:07:33,037 Ada apa? 121 00:07:33,120 --> 00:07:35,414 - Mak ada di sana esok? - Mengapa? 122 00:07:35,498 --> 00:07:38,292 - Mak buat apa dengan perabot nenek? - Mengapa? 123 00:07:38,375 --> 00:07:41,170 Saya nak pindah. Saya nak perabot dia. 124 00:07:41,253 --> 00:07:45,382 - Serta nak pinjam trak pikap mak. - Kamu nak pindah? Seronoknya. 125 00:07:45,466 --> 00:07:49,845 Mak nampak Sean di Penny Saver. Dia tak cakap apa-apa pun. 126 00:07:50,221 --> 00:07:52,848 Saya bukan nak pindah dengan Sean. Saya dah tinggalkan dia. 127 00:07:52,932 --> 00:07:56,852 - Adakah Maddy bersamanya di Penny Saver? - Tak. Dia sedang menunggang motosikal. 128 00:07:57,436 --> 00:08:00,981 Okey. Jadi boleh mak tolong saya esok? 129 00:08:02,233 --> 00:08:03,067 Tolong apa? 130 00:08:03,150 --> 00:08:04,151 Berpindah. 131 00:08:04,235 --> 00:08:07,196 Alex, mak rasa kamu tak patut berpindah, sayang. 132 00:08:07,279 --> 00:08:10,366 Jangan tinggalkan lelaki yang sedang cuba berubah. 133 00:08:10,991 --> 00:08:13,953 Sean sedang memperbaiki dirinya. 134 00:08:14,036 --> 00:08:17,289 - Boleh saya pinjam trak pikap mak? - Boleh. 135 00:08:17,373 --> 00:08:20,584 - Untuk apa? - Saya nak berpindah esok. 136 00:08:25,172 --> 00:08:27,132 Ya Tuhan. Bau apa itu? 137 00:08:27,633 --> 00:08:31,136 Sisa kumbahan. Setinggan yang pecah masuk atau penyewa yang dihalau 138 00:08:31,220 --> 00:08:33,514 tapi tak pergi selepas air dan elektrik diputuskan. 139 00:08:33,597 --> 00:08:37,017 Mereka masih gunakan tandas. Pengotor. 140 00:08:37,601 --> 00:08:40,521 - Saya rasa nak muntah. - Bernafas melalui mulut. 141 00:08:40,604 --> 00:08:43,732 Saya akan ambil pembersih vakum basah dan kelengkapan. 142 00:08:45,776 --> 00:08:46,610 Aduhai! 143 00:09:06,005 --> 00:09:08,674 Hei! Gadis baru, kamu di mana? 144 00:09:09,174 --> 00:09:12,011 Saya di sini. Ada seorang budak tinggal di sini. 145 00:09:12,970 --> 00:09:16,390 - Tergamak mereka buat begini? - Ia boleh membentuk diri. 146 00:09:16,473 --> 00:09:18,100 Okey. Mari bahagikan tugas. 147 00:09:18,475 --> 00:09:20,561 Saya akan uruskan bilik tidur. 148 00:09:20,644 --> 00:09:24,273 - Kamu uruskan dapur dan bilik air. - Mengapa saya dapat bilik paling teruk? 149 00:09:25,149 --> 00:09:26,233 Kamu pekerja baru. 150 00:09:45,961 --> 00:09:48,547 Dia hantar mesej untuk ajak berasmara. 151 00:09:55,429 --> 00:09:59,391 Tak, sebab mak cik dia nampak macam bunian rumah dalam Harry Potter. 152 00:09:59,475 --> 00:10:00,309 Saya tahu. 153 00:10:21,038 --> 00:10:25,501 Tiada sesiapa main golf mini, dia homoseksual! Betul. 154 00:11:02,705 --> 00:11:04,623 Saya akan hubungi kamu semula. 155 00:11:06,291 --> 00:11:07,292 Kamu okey? 156 00:11:14,007 --> 00:11:15,759 Kamu tak tahan kerja ini? 157 00:11:24,184 --> 00:11:25,978 Saya tak boleh cuci rumah lagi. 158 00:11:26,687 --> 00:11:28,939 Berhenti. Saya akan beritahu Yolanda. 159 00:11:31,150 --> 00:11:32,734 Saya tak boleh berhenti. 160 00:11:33,610 --> 00:11:37,823 Jadi jangan berhenti. Apa-apa pun, tandas masih perlu dicuci. 161 00:12:42,137 --> 00:12:44,848 JABATAN KHIDMAT SOSIAL DAN KESIHATAN KEWANGAN, PENDAPATAN 162 00:12:47,809 --> 00:12:49,811 BUKTI PERUMAHAN KEKAL, PENGHANTARAN, MAK KAMU 163 00:12:52,272 --> 00:12:53,273 PEMALAS 164 00:12:53,357 --> 00:12:55,359 TIADA SIAPA PEDULI, PERGI MATI 165 00:12:57,236 --> 00:12:59,571 ORANG KULIT PUTIH MISKIN ADA ORANG LAIN LEBIH MALANG 166 00:12:59,655 --> 00:13:01,823 KAMU AKAN KALAH 167 00:13:11,250 --> 00:13:13,210 Biar betul? 168 00:13:13,293 --> 00:13:15,420 Maaf! Boleh saya keluar? 169 00:13:28,267 --> 00:13:31,353 Boleh beri minuman untuk ayah tunggal di sini? 170 00:13:31,436 --> 00:13:33,939 Aduhai, kamu memang membantu… 171 00:13:34,356 --> 00:13:35,607 Di mana Maddy? 172 00:13:35,691 --> 00:13:37,025 - Tak guna. - Di mana Maddy? 173 00:13:37,109 --> 00:13:40,112 - Alex datang. Tak boleh berseronok lagi. - Mana Maddy? 174 00:13:40,195 --> 00:13:41,697 Bertenang. Dia bersama mak saya. 175 00:13:41,780 --> 00:13:43,657 Mengapa kamu bawa pembersih vakum? 176 00:13:43,740 --> 00:13:45,742 - Kamu mabuk? - Saya baru nak mabuk. 177 00:13:45,826 --> 00:13:47,744 - Kamu bermotosikal sepanjang hari? - Jadi? 178 00:13:47,828 --> 00:13:53,000 - Maddy dan mak kamu menonton Jeopardy? - Tak. Mereka menonton Wheel of Fortune. 179 00:13:53,083 --> 00:13:54,543 - Kamu rasa ini kelakar? - Ya… 180 00:13:54,626 --> 00:13:56,712 Biar betul. Bagaimana kalau dia jatuh sakit? 181 00:13:56,795 --> 00:13:59,298 Bagaimana kalau dia cedera dan perlu ke wad kecemasan? 182 00:13:59,381 --> 00:14:00,799 Mak saya akan bawa dia. 183 00:14:00,882 --> 00:14:03,677 Mak kamu yang pernah ketagih Oxycodone itu? 184 00:14:03,760 --> 00:14:07,180 Kamu mahu dia jaga anak kita? Cakap dengan saya, Sean! 185 00:14:07,264 --> 00:14:08,640 Mak saya tak khayal. 186 00:14:09,224 --> 00:14:11,768 - Saya tak faham! - Apa yang kamu tak faham? 187 00:14:11,852 --> 00:14:13,395 Maddy masih kecil. 188 00:14:13,478 --> 00:14:15,897 Dia sentiasa bersama saya dari dulu. 189 00:14:15,981 --> 00:14:19,901 Mengapa kamu nak dia kalau kamu tak nak luangkan masa dengan dia? 190 00:14:19,985 --> 00:14:22,195 - Boleh bertenang? - Tak! 191 00:14:22,279 --> 00:14:24,281 - Saya nak minum segelas saja. - Mengarut! 192 00:14:24,364 --> 00:14:25,616 Kemudian, saya akan balik. 193 00:14:25,699 --> 00:14:27,993 Kamu dah minum empat gelas! Mungkin lima! 194 00:14:28,076 --> 00:14:32,039 Alex, saya minum sebab nak lupakan kesedihan. 195 00:14:32,122 --> 00:14:34,458 Semua orang dengar kamu kata saya panas baran. 196 00:14:34,541 --> 00:14:37,669 - Kamu memang panas baran! - Mereka pelanggan tetap saya. 197 00:14:37,753 --> 00:14:40,297 - Kamu memang panas baran. - Mudahnya kamu bercakap. 198 00:14:40,380 --> 00:14:42,633 Kamu panas baran dan kaki botol. 199 00:14:42,716 --> 00:14:45,886 Kamu tak patut dapat hak jagaan jika mak kamu yang jaga Maddy. 200 00:14:45,969 --> 00:14:51,516 Mak saya ke sini sebab kamu tinggalkan saya dan bawa lari anak saya. 201 00:14:51,600 --> 00:14:55,646 Kemudian, kamu hampir buat anak saya maut dalam kemalangan kereta! 202 00:14:55,729 --> 00:14:57,105 Ini hal kecemasan. 203 00:14:57,606 --> 00:14:59,942 Kamu penyebabnya. 204 00:15:03,111 --> 00:15:04,738 Kamu berbau najis. 205 00:15:10,243 --> 00:15:12,496 - Maaf, semua. - Jangan risau. Minum. 206 00:15:25,634 --> 00:15:27,844 - Hai. - Dia dah tidur? 207 00:15:27,928 --> 00:15:28,887 Ya. 208 00:15:30,138 --> 00:15:31,848 Boleh saya tengok dia? 209 00:15:44,528 --> 00:15:45,445 Mak sayang kamu. 210 00:15:47,155 --> 00:15:48,740 Mak sangat sayang kamu. 211 00:15:58,083 --> 00:16:00,127 - Terima kasih, Doreen. - Selamat tinggal. 212 00:16:05,716 --> 00:16:11,054 Hari ini saya nak bercakap tentang kestabilan. 213 00:16:11,138 --> 00:16:12,389 Pusing! 214 00:16:14,433 --> 00:16:16,935 - Ambil daun. - Mari fikirkan satu senario. 215 00:16:17,519 --> 00:16:21,440 Ini Chloe, empat tahun. 216 00:16:21,940 --> 00:16:25,527 Chloe tinggal di rumah dengan ibu bapa 217 00:16:26,069 --> 00:16:30,657 yang sangat menyayangi dia. 218 00:16:30,741 --> 00:16:32,659 Dia ada kestabilan. 219 00:16:33,660 --> 00:16:35,370 Dia makan tiga kali sehari, 220 00:16:36,121 --> 00:16:38,832 makan snek pada waktu snek, masuk tidur pada jam tujuh 221 00:16:38,915 --> 00:16:41,543 dan dihantar ke pusat jagaan yang dia suka. 222 00:16:41,626 --> 00:16:46,673 Namun katakan yang ibu bapa Chloe tiba-tiba berpisah, okey? 223 00:16:47,257 --> 00:16:50,343 Chloe bergilir-gilir dijaga ibu dan bapanya. 224 00:16:50,844 --> 00:16:53,430 Suasana rumah yang dirasainya dulu… 225 00:16:57,642 --> 00:16:58,685 Musnah! 226 00:17:06,860 --> 00:17:11,907 Peluang Chloe untuk mengalami kesukaran emosi, psikologi dan akademik 227 00:17:11,990 --> 00:17:15,994 adalah 55 peratus lebih tinggi daripada sebelum ini. 228 00:17:16,078 --> 00:17:19,372 Begitulah betapa pentingnya kestabilan. 229 00:17:19,956 --> 00:17:23,418 Jadi ibu-ibu, apa yang kita boleh buat? 230 00:17:23,502 --> 00:17:27,506 Mari bantu gembirakan Chloe semula. Okey? 231 00:17:34,387 --> 00:17:36,264 Mak ada berita baik! 232 00:17:38,016 --> 00:17:41,061 - Kamu akan terkejut apabila kamu tahu. - Okey. 233 00:17:41,144 --> 00:17:44,397 Boleh singgah di bandar sebelum ambil kunci rumah saya? 234 00:17:44,481 --> 00:17:45,315 Ya! 235 00:17:47,275 --> 00:17:49,903 - Cuba teka mak jumpa siapa. - Siapa, mak? 236 00:17:49,986 --> 00:17:51,822 - Fey! - Siapa Fey? 237 00:17:51,905 --> 00:17:56,159 Dia kurator genius yang mak pernah jumpa dulu. 238 00:17:56,243 --> 00:18:00,205 Mak tak ingat tempatnya tapi mak rasa di kediaman artis di Maine. 239 00:18:00,288 --> 00:18:03,333 Ingat lagi semasa mak jumpa duit di tepi jalan dulu? 240 00:18:03,416 --> 00:18:08,964 Itulah karma! Dia datang ke sini. 241 00:18:09,047 --> 00:18:12,134 - Siapa? - Fey, kurator yang mak jumpa di Maine. 242 00:18:12,217 --> 00:18:15,387 Dia uruskan The Hummingbird dan mak terserempak dengannya. 243 00:18:15,470 --> 00:18:18,098 Saya nak memohon SNAP untuk saya dan anak saya. 244 00:18:18,181 --> 00:18:19,891 Borang permohonan, kad pengenalan. 245 00:18:19,975 --> 00:18:23,812 Dia kata, "Paula Langley, kamukah itu?" 246 00:18:23,895 --> 00:18:30,193 Mak kata, "Fey, The Hummingbird tak pernah beri saya peluang buat pameran seni." 247 00:18:30,277 --> 00:18:33,405 Saya nak memohon LIHEAP. Ini borang permohonan dan kad pengenalan. 248 00:18:33,488 --> 00:18:36,199 Dia kata, "Biar betul?" 249 00:18:36,283 --> 00:18:38,285 Macam mana nak memohon WCCC? 250 00:18:38,368 --> 00:18:42,581 Mak beritahu dia tentang projek baharu mak dan dia kata, "Bawa ke sini." 251 00:18:42,664 --> 00:18:46,209 - Terima kasih. - Mungkin kamu tak dengar. 252 00:18:47,252 --> 00:18:49,754 Mak ada pameran seni sendiri. 253 00:18:49,838 --> 00:18:50,797 Siapa? 254 00:18:51,339 --> 00:18:52,465 Mak! 255 00:18:52,549 --> 00:18:56,469 Mereka jemput mak buat pameran seni solo di The Hummingbird. 256 00:18:57,095 --> 00:19:00,098 Baguslah, mak. 257 00:19:00,182 --> 00:19:02,809 Ya, semuanya berjalan lancar. 258 00:19:02,893 --> 00:19:05,937 Arca gangsa kegemaran mak ada di rumah Larry. 259 00:19:06,021 --> 00:19:08,565 Kita akan ambilnya bersama perabot nenek kamu. 260 00:19:08,648 --> 00:19:11,443 Kemudian, kita akan hantar semua arca mak ke galeri itu. 261 00:19:11,526 --> 00:19:13,445 - Hari ini tak boleh. - Boleh! 262 00:19:13,528 --> 00:19:15,864 Dua orang diperlukan untuk angkat arca itu. 263 00:19:15,947 --> 00:19:18,700 Kita akan membantu satu sama lain. 264 00:19:20,118 --> 00:19:23,830 Mak, saya ada banyak kerja hari ini. Hai. Kamu Luis? 265 00:19:23,914 --> 00:19:27,667 Saya Alex, gembira bertemu kamu. Ini mak saya, Paula. 266 00:19:27,751 --> 00:19:29,377 Helo, Luis. 267 00:19:30,795 --> 00:19:32,005 Okey. Ikut sini. 268 00:19:32,881 --> 00:19:34,090 Jangan menggatal. 269 00:19:34,591 --> 00:19:37,469 Ini pusat perlindungan kecemasan. 270 00:19:37,552 --> 00:19:38,845 Ini bukan rumah kamu. 271 00:19:39,471 --> 00:19:42,682 Slip gaji perlu dihantar pada setiap minggu. 272 00:19:42,766 --> 00:19:46,686 Perubahan pendapatan atau bantuan anak perlu dilaporkan segera. 273 00:19:46,770 --> 00:19:50,023 Tetamu tak dibenarkan bermalam di sini. 274 00:19:50,106 --> 00:19:53,360 Ujian urin akan dijalankan secara rawak. 275 00:19:54,444 --> 00:19:58,198 - Ada ujian urin? - Separuh penghuni ialah gelandangan. 276 00:19:58,990 --> 00:20:01,117 Separuh lagi baru dibebaskan dari penjara. 277 00:20:01,201 --> 00:20:04,204 Jadi dadah atau alkohol adalah dilarang di sini. 278 00:20:04,287 --> 00:20:05,664 Ini rumah sementara? 279 00:20:05,747 --> 00:20:09,292 - Ada orang dalam parol tinggal di sini? - Pelbagai jenis orang di sini. 280 00:20:09,876 --> 00:20:12,212 Ini saja rumah bantuan kerajaan di daerah ini. 281 00:20:12,295 --> 00:20:14,297 Tandatangan pada dua bahagian ini. 282 00:20:15,757 --> 00:20:17,092 Tunggu sekejap. 283 00:20:19,761 --> 00:20:22,389 Mak suka rumah ini. Reka bentuknya bagus. 284 00:20:23,265 --> 00:20:26,768 Saya tak nak Maddy tinggal bersebelahan dengan bekas banduan. 285 00:20:26,851 --> 00:20:27,811 Jangan mengarut. 286 00:20:27,894 --> 00:20:31,773 Kita cuma perlu ceriakannya. Itu saja. Mak akan tolong kamu. 287 00:20:31,856 --> 00:20:33,316 Jangan risau. 288 00:20:33,400 --> 00:20:35,110 Kita akan letakkan pokok hias rumah. 289 00:20:35,193 --> 00:20:38,780 Kita akan ke rumah Larry dan ambil perabot lama nenek kamu. 290 00:20:38,863 --> 00:20:41,324 Mak akan suruh Basil hantar cat mak. 291 00:20:41,408 --> 00:20:46,496 Mak akan lukis mural monyet dan bunga matahari di atas katil Maddy. 292 00:20:46,579 --> 00:20:49,624 Kita akan ceriakan rumah ini. 293 00:20:49,708 --> 00:20:52,460 Barulah nampak macam rumah wanita. 294 00:20:52,544 --> 00:20:54,170 Jangan risau. 295 00:20:54,921 --> 00:20:59,175 Saya nak mak isi borang ini. Saya perlu hantarnya sebelum jam tujuh malam ini. 296 00:20:59,259 --> 00:21:00,802 Mudah saja. 297 00:21:00,885 --> 00:21:04,431 Pandu terus sampai jumpa jalan tanah. 298 00:21:05,598 --> 00:21:08,226 Saya tahu. Saya belajar memandu di jalan ini. 299 00:21:08,810 --> 00:21:10,979 Betulkah? Mak tak ingat pun. 300 00:21:11,354 --> 00:21:13,606 Larry ajar saya memandu dengan Bronconya. 301 00:21:13,690 --> 00:21:16,192 Bukankah kamu di sekolah menengah semasa kita di sini? 302 00:21:16,276 --> 00:21:19,571 Tak. Saya dijemput ke majlis tari-menari di sini. 303 00:21:20,488 --> 00:21:23,867 - Pada tahun akhir, kami ke rumah Craig. - Craig? 304 00:21:24,701 --> 00:21:28,330 Ya. Dia tinggal berdekatan takungan air dan membela feret. 305 00:21:30,040 --> 00:21:35,253 Craig. Aduhai! Namun Larry seorang yang baik. 306 00:21:36,087 --> 00:21:40,133 Dia tak nak berpisah dengan mak. Kasihannya. 307 00:21:46,014 --> 00:21:48,933 Mungkin sukar bagi dia untuk berpisah dengan batu obelisk itu. 308 00:21:49,017 --> 00:21:50,977 Biar mak yang cakap. 309 00:21:51,061 --> 00:21:53,855 Dia sangat sayangkan karya seni itu. 310 00:21:53,938 --> 00:21:57,609 Kita juga perlu ambil perabot nenek, sebab itulah kita ke sini. 311 00:21:57,692 --> 00:22:02,405 Ya. Bagaimana rupa mak? Dada mak terlalu terdedah? 312 00:22:03,323 --> 00:22:04,157 Mak nampak cantik. 313 00:22:05,992 --> 00:22:07,744 Alamak! 314 00:22:08,787 --> 00:22:11,873 - Bagus, nak. - Ya Tuhan! 315 00:22:13,541 --> 00:22:16,044 Maaf. Begitulah cara Wicket bertegur sapa. 316 00:22:16,294 --> 00:22:17,462 Hai, Larry. 317 00:22:18,630 --> 00:22:19,547 Itu Alex? 318 00:22:20,090 --> 00:22:22,425 Kamu dah besar panjang! 319 00:22:22,509 --> 00:22:23,510 Hai, Larry. 320 00:22:24,386 --> 00:22:26,763 Paula, cantiknya kamu. 321 00:22:27,597 --> 00:22:30,266 - Dah lama tak jumpa. - Comelnya cucu kamu. 322 00:22:30,767 --> 00:22:32,602 Wicket? Tak, dia anak saya. 323 00:22:33,144 --> 00:22:34,521 Anak kamu? 324 00:22:34,604 --> 00:22:38,274 Ya, saya ada beberapa anak sekarang. Mereka bersama mak mereka. 325 00:22:38,358 --> 00:22:39,192 Di atas sana! 326 00:22:39,275 --> 00:22:40,276 Ucap hai, Petal! 327 00:22:42,362 --> 00:22:44,322 Dia nampak macam perempuan tak guna. 328 00:22:45,949 --> 00:22:46,908 Paula. 329 00:22:47,450 --> 00:22:50,620 Akhirnya, kamu mahukan perabot lama kamu kembali? 330 00:22:50,703 --> 00:22:51,913 Ia di dalam bangsal. 331 00:22:52,497 --> 00:22:57,919 Lar, saya nak ambil batu obelisk itu. 332 00:22:58,878 --> 00:22:59,963 Apa itu "obelisk"? 333 00:23:01,339 --> 00:23:05,510 Arca gangsa yang saya buat untuk kamu semasa kamu berumur 45 tahun. 334 00:23:06,928 --> 00:23:08,429 Ia besar dan runcing. 335 00:23:11,724 --> 00:23:14,644 - Maksud kamu, arca zakar yang besar itu? - Ya. 336 00:23:15,145 --> 00:23:19,816 Batu obelisk. Ia simbol purba Tuhan matahari, Ra. 337 00:23:19,899 --> 00:23:24,028 - Saya simpannya di dalam bangsal. - Kamu simpannya di dalam bangsal? 338 00:23:24,112 --> 00:23:27,532 Itu hasil karya awal saya yang sangat penting. 339 00:23:27,615 --> 00:23:30,410 Petal berpindah ke sini. Saya perlu cari ruang. 340 00:23:31,452 --> 00:23:33,997 Bawa trak pikap itu ke pintu bangsal. 341 00:23:35,915 --> 00:23:38,209 Petal, itu bukan nama. 342 00:23:38,293 --> 00:23:40,086 Kayu pemukul sofbal lama saya. 343 00:23:40,170 --> 00:23:43,006 Dia cakap yang dia takkan berkahwin lagi, 344 00:23:43,089 --> 00:23:45,967 dan berpegang teguh pada prinsipnya. 345 00:23:46,050 --> 00:23:48,636 Mengapa mak peduli? Kamu dah berpisah sedekad lalu. 346 00:23:48,720 --> 00:23:50,471 Saya tak faham sebabnya mak marah. 347 00:23:50,555 --> 00:23:55,226 Dia sepatutnya langgar peraturan tak berkahwinnya untuk mak. 348 00:23:55,310 --> 00:24:00,815 - Ini semua jurnal lama saya. - Mak korbankan semuanya demi dia. 349 00:24:01,482 --> 00:24:04,027 Mak pindahkan seluruh studio ke rumahnya. 350 00:24:04,861 --> 00:24:05,945 Serta anak mak. 351 00:24:06,029 --> 00:24:09,407 - Dia sangat muda. - Begitu juga dengan Basil, mak. 352 00:24:10,742 --> 00:24:14,662 - Bagus. Mak. Saya dah jumpa. - Ya Tuhan. 353 00:24:14,746 --> 00:24:18,708 - Tak sangka dia tinggalkannya di sini. - Adakah ia akan muat dalam trak pikap? 354 00:24:20,418 --> 00:24:23,421 - Besarnya zakar ini. - Kamu buta? 355 00:24:23,504 --> 00:24:25,757 Ia langsung tak seperti zakar. 356 00:24:25,840 --> 00:24:29,594 Alex, kamu angkat bahagian bawah. Saya angkat bahagian atas. 357 00:24:31,512 --> 00:24:34,015 - Bahagian bawah ini? - Ya. 358 00:24:39,437 --> 00:24:43,524 - Mak langsung tak membantu. - Boleh kita pergi sekarang? 359 00:24:44,317 --> 00:24:47,028 - Mak sangat biadab. - Biadab? 360 00:24:47,111 --> 00:24:50,114 Mak dah kesuntukan masa untuk cari cinta, Alex, 361 00:24:50,198 --> 00:24:52,700 sebab mak membuang masa dengan Larry. 362 00:24:53,368 --> 00:24:54,202 Mak. 363 00:24:55,828 --> 00:24:58,373 Mari hantar karya seni mak di galeri. 364 00:24:59,540 --> 00:25:01,084 Mak seorang seniman. 365 00:25:02,085 --> 00:25:04,379 Hidup mak berjalan lancar. 366 00:25:06,881 --> 00:25:07,715 Betul. 367 00:25:08,549 --> 00:25:09,550 Begitulah. 368 00:25:09,634 --> 00:25:12,762 Kita sedang menyelamatkan batu obelisk ini daripada orang buta seni, 369 00:25:12,845 --> 00:25:16,099 dan kita akan hantarnya kepada orang yang menghargainya. 370 00:25:17,183 --> 00:25:21,771 Lambai selamat tinggal kepada Larry yang simpan barang mak selama sedekad. 371 00:25:25,608 --> 00:25:27,193 Pakailah bra. 372 00:25:37,704 --> 00:25:39,789 Boleh isi borang saya sekarang? 373 00:25:43,126 --> 00:25:46,212 Tuliskan yang saya ibu yang baik, stabil dan berkemampuan. 374 00:25:46,296 --> 00:25:47,797 Saya jaga Maddy dengan baik. 375 00:25:47,880 --> 00:25:51,426 Beri contoh dan tandatangan. Tolonglah, ia sangat penting. 376 00:25:51,509 --> 00:25:55,930 Saya perlu serahkannya ke mahkamah. Jika tak, saya boleh kehilangan Maddy. 377 00:25:57,265 --> 00:25:58,099 Hei. 378 00:26:00,643 --> 00:26:03,563 - Kamu nak mak tulis apa? - Saya ibu yang baik. 379 00:26:04,439 --> 00:26:06,357 Saya jaga Maddy dengan baik. 380 00:26:06,983 --> 00:26:09,444 Tulis juga yang Sean mendera saya. 381 00:26:14,157 --> 00:26:15,366 Sean? 382 00:26:17,452 --> 00:26:19,996 Penderaan emosi ialah keganasan juga. 383 00:26:21,039 --> 00:26:24,459 Apa maksudnya? Bagaimana emosi boleh didera? 384 00:26:24,542 --> 00:26:26,419 Bagaimana orang fikirkan istilah itu? 385 00:26:27,128 --> 00:26:30,465 Adakah mak perasan yang kita ke bank tadi? 386 00:26:30,548 --> 00:26:32,967 - Ya. - Mak perasan apa yang saya buat? 387 00:26:33,051 --> 00:26:34,177 Urusan bank. 388 00:26:34,260 --> 00:26:37,472 Saya buka akaun bank sebab saya tiada akaun bank 389 00:26:37,555 --> 00:26:40,558 sebab Sean ambil kad ATM saya apabila saya tak bayar bil elektrik 390 00:26:40,641 --> 00:26:42,435 dan dia kata dia akan uruskan wang. 391 00:26:42,518 --> 00:26:46,522 Sayang, Sean pandai uruskan wang, tak macam kita berdua. 392 00:26:47,190 --> 00:26:51,652 Saya terperap di dalam treler selama dua tahun tanpa pegang duit. 393 00:26:51,736 --> 00:26:54,864 Itu penderaan kewangan, juga sejenis penderaan emosi. 394 00:26:54,947 --> 00:26:57,492 Mana kamu tahu semua ini? Kelas kamu? 395 00:26:57,575 --> 00:27:01,037 Tak, daripada pusat perlindungan keganasan rumahtangga. 396 00:27:01,329 --> 00:27:03,664 Sebab itulah mak tak pergi jumpa doktor. 397 00:27:03,748 --> 00:27:07,627 Jika kita mula banyak berfikir sebab kita rasa ada sesuatu yang tak kena, 398 00:27:07,710 --> 00:27:09,796 masalah akan datang. 399 00:27:10,380 --> 00:27:12,465 Itu pemikiran yang tak sihat. 400 00:27:12,548 --> 00:27:16,344 Mak tolong kamu berpindah dan isi borang kamu. 401 00:27:16,427 --> 00:27:18,429 Mak memang menyokong kamu, 402 00:27:18,513 --> 00:27:22,266 tapi bolehkah mak sebutkan perbuatan lelaki terhadap mak 403 00:27:22,350 --> 00:27:24,852 yang lebih teruk daripada mengira perbelanjaan bulanan? 404 00:27:24,936 --> 00:27:26,604 Ya, boleh! 405 00:27:26,687 --> 00:27:31,484 Ayah kamu marah mak sebab mak tak nak 406 00:27:31,567 --> 00:27:33,861 terperap di pekan yang membosankan. 407 00:27:33,945 --> 00:27:37,573 - Mak memang banyak karenah. - Mak bersemangat. 408 00:27:38,032 --> 00:27:41,119 - Dia pula sangat murung. - Okey, mak. 409 00:27:43,162 --> 00:27:45,289 Fey, ini Paula! 410 00:27:46,958 --> 00:27:51,295 Kamu dapat perkara yang kamu mahukan! 411 00:27:52,505 --> 00:27:55,591 - Sayang, letak di sini! - Perkara yang saya mahukan? 412 00:27:55,675 --> 00:27:57,301 - Ini pameran utama. - Apa? 413 00:27:57,385 --> 00:28:00,680 Pameran saya! Saya dah keluarkan barang pameran lain dari trak pikap. 414 00:28:00,763 --> 00:28:05,184 Pameran saya ada maksud yang mendalam. 415 00:28:05,268 --> 00:28:09,939 Sepuluh lukisan, empat arca, beberapa media campuran. Alamak! 416 00:28:11,190 --> 00:28:12,400 Saya cakap media campuran. 417 00:28:12,483 --> 00:28:15,862 Saya maksudkan logam campuran, tapi saya boleh beri kamu media. 418 00:28:15,945 --> 00:28:17,447 - Paula, saya rasa ada… - Mak. 419 00:28:17,530 --> 00:28:20,366 Kita perlu kosongkan dinding itu. 420 00:28:20,450 --> 00:28:22,827 - Mak. - Hadapkan batu obelisk ke utara. 421 00:28:22,910 --> 00:28:25,288 - Sebab kita tak nak ada bayang-bayang. - Mak. 422 00:28:26,289 --> 00:28:28,541 - Mak sedang bercakap. - Saya tahu. 423 00:28:28,624 --> 00:28:31,335 Namun dia cuba nak cakap sesuatu kepada mak. 424 00:28:31,419 --> 00:28:33,421 Fey, saya minta maaf. 425 00:28:33,921 --> 00:28:36,340 - Ada apa? - Kamu dah salah faham. 426 00:28:36,424 --> 00:28:38,718 Saya tak suruh kamu buat pameran seni. 427 00:28:39,427 --> 00:28:43,181 Kamu kata karya saya patut ditunjukkan kepada penonton yang lebih besar 428 00:28:43,264 --> 00:28:44,891 dan saya patut bawanya ke sini. 429 00:28:44,974 --> 00:28:46,267 Maksud saya, secara am. 430 00:28:46,350 --> 00:28:49,771 Saya nak anjurkan pameran bersama sekumpulan seniman nanti. 431 00:28:49,854 --> 00:28:51,856 Saya tak maksudkan sekarang. 432 00:28:51,939 --> 00:28:55,234 Kamu kata kamu kesal 433 00:28:55,318 --> 00:28:58,529 sebab tak ambil arca gangsa saya dulu. 434 00:28:58,613 --> 00:29:01,115 Saya cuma nak berbudi bahasa. 435 00:29:01,657 --> 00:29:02,492 Saya… 436 00:29:03,576 --> 00:29:06,788 Maaf, Paula. Kamu tahu yang saya peminat karya kamu. 437 00:29:06,871 --> 00:29:09,582 Pekan ini takkan ceria tanpa kamu. 438 00:29:15,338 --> 00:29:17,173 Saya faham. 439 00:29:18,174 --> 00:29:21,594 Terima kasih sebab berminat dengan karya saya. 440 00:29:24,764 --> 00:29:26,766 Mak akan tunggu di dalam kereta. 441 00:29:36,526 --> 00:29:39,821 - Boleh saya tinggalkan arca ini? - Tak. 442 00:29:51,541 --> 00:29:56,087 Dia kelihatan serius untuk buat pameran bersama kumpulan seniman. 443 00:29:56,170 --> 00:29:57,713 Pasti mak akan menonjol. 444 00:29:58,297 --> 00:30:01,008 Kita dah dapat kembali batu obelisk itu, mak. 445 00:30:02,510 --> 00:30:04,804 Basil akan datang. Dia akan bawa cat mak. 446 00:30:04,887 --> 00:30:09,767 Mak boleh lukis mural bunga matahari dan rama-rama untuk Maddy. 447 00:30:10,643 --> 00:30:12,728 Pasti mak akan berasa gembira. 448 00:30:21,696 --> 00:30:26,033 - Kamu sangat biadab, bukan? - Kita tak perlu bercakap, Ketumbar. 449 00:30:26,117 --> 00:30:29,704 Kamu tak ucapkan terima kasih kepada orang yang bantu kamu. 450 00:30:29,787 --> 00:30:33,124 Saya dah berterima kasih apabila kamu sampai tadi. Terima kasih. 451 00:30:33,207 --> 00:30:36,377 - Kamu cuma menyindir saya. - Okey. 452 00:30:36,460 --> 00:30:39,672 Apa yang kamu cakap kepada mak kamu? Mengapa dia begitu? 453 00:30:39,755 --> 00:30:41,340 Dia sedih tentang pameran seninya. 454 00:30:42,341 --> 00:30:45,595 - Dia ada pameran seni? - Tak. 455 00:30:46,470 --> 00:30:47,388 Saya keliru. 456 00:30:48,514 --> 00:30:53,227 Saya tak perlu jelaskannya kepada kamu. Kamu akan berpisah juga nanti. 457 00:30:53,311 --> 00:30:55,396 Biar saya jelaskan sesuatu, Alex. 458 00:30:55,479 --> 00:30:57,940 Saya dan mak kamu dilamun cinta. 459 00:30:58,983 --> 00:31:02,987 Kamu akan pergi tiga bulan nanti dan saya akan cakap, "Selamat jalan!" 460 00:31:03,070 --> 00:31:07,742 Lancangnya mulut kamu. Tak sesuai dengan pekerja tukang cuci. 461 00:31:07,825 --> 00:31:10,745 Kamu belajar cakap begitu di Australia palsu? 462 00:31:12,246 --> 00:31:17,043 - Paula! Anak kamu biadab. - Saya ada idea yang bijak! 463 00:31:17,668 --> 00:31:21,714 Mari makan burger dan minum bir. 464 00:31:21,797 --> 00:31:22,632 Ya. 465 00:31:23,633 --> 00:31:26,719 - Terima kasih sekali lagi. - Sama-sama. 466 00:31:26,802 --> 00:31:30,389 Marilah sertai kami. Sehari suntuk kamu tak makan. 467 00:31:30,473 --> 00:31:32,183 Saya ada banyak kerja. 468 00:31:32,266 --> 00:31:36,228 Namun mak masih perlu isi borang itu. Mak boleh isi borang di sana! 469 00:31:37,563 --> 00:31:40,024 - Okey. - The Hummingbird boleh pergi mati. 470 00:31:40,608 --> 00:31:43,611 Mengapa ia dipanggil The Hummingbird? Teruk betul. 471 00:31:43,694 --> 00:31:46,238 Saya takkan ke pameran mereka lagi. 472 00:31:46,322 --> 00:31:48,157 Walaupun ada keju percuma. 473 00:31:48,240 --> 00:31:53,537 Saya ambil masa sepanjang hayat untuk menjadi seorang seniman begini. 474 00:31:53,621 --> 00:31:55,706 Kamu mengaspirasikan orang lain. 475 00:31:57,083 --> 00:31:58,167 Nampak? 476 00:31:58,668 --> 00:32:02,463 Basil menghargai mak. Dia menghargai masa mak. 477 00:32:03,005 --> 00:32:05,132 Tak macam Larry. 478 00:32:05,633 --> 00:32:07,885 - Siapa Larry? - Apa masalah pekan ini? 479 00:32:07,969 --> 00:32:11,597 Mereka tak nak tengok mak berkembang. 480 00:32:11,681 --> 00:32:14,100 Okey. Mari pergi. 481 00:32:14,183 --> 00:32:16,185 - Ayuh. - Kami nak minum lagi. 482 00:32:16,268 --> 00:32:18,771 Saya perlu ke pejabat kerani sebelum jam tujuh malam. 483 00:32:20,856 --> 00:32:21,691 Baiklah. 484 00:32:22,316 --> 00:32:25,611 Mari minta bil. Pelayan! Boleh tolong beri dia bil? 485 00:32:25,945 --> 00:32:28,531 - Mengapa beri saya bil? - Kamu perlu bayar. 486 00:32:28,614 --> 00:32:32,576 Kami tolong kamu pindah. Setidaknya, belanja kami makan burger. 487 00:32:32,660 --> 00:32:34,787 Kamu yang ajak saya, jadi kamu yang bayar. 488 00:32:34,870 --> 00:32:38,916 - Sayang, kita boleh guna kad kredit saya. - Tak. 489 00:32:39,500 --> 00:32:42,920 Itu peraturannya. Sekarang Waktu Ria, bilnya tak mahal. 490 00:32:43,004 --> 00:32:45,631 Cuma $36.85! 491 00:32:45,715 --> 00:32:47,466 Kamu boleh bayar! 492 00:32:47,550 --> 00:32:49,010 - Boleh? - Tak boleh. 493 00:32:49,093 --> 00:32:51,762 Kamu baru dapat kerja, Alex. 494 00:32:51,846 --> 00:32:54,557 Saya berpindah ke tempat perlindungan gelandangan. 495 00:32:55,433 --> 00:32:59,812 Kamu bayar burger dan kami akan bayar bir! 496 00:32:59,895 --> 00:33:02,398 - Adil, bukan? - Saya tak boleh bayar. 497 00:33:03,065 --> 00:33:05,192 Saya cuma ada enam dolar sehingga hari gaji. 498 00:33:05,276 --> 00:33:08,821 Enam dolar. Ia tak cukup untuk bayar burger kamu. 499 00:33:10,114 --> 00:33:13,451 - Biar betul? - Kamu tak bertimbang rasa, Alex. 500 00:33:13,534 --> 00:33:14,368 Tak. 501 00:33:15,786 --> 00:33:16,620 Okey. 502 00:33:18,914 --> 00:33:20,416 Saya perlukan borang itu. 503 00:33:21,292 --> 00:33:22,793 Tak guna. 504 00:33:23,961 --> 00:33:26,964 - Bila? - Sekarang. Saya perlu hantar sekarang. 505 00:33:27,048 --> 00:33:29,633 Saya akan tulis "tiada" sebab saya tiada saksi perwatakan. 506 00:33:29,717 --> 00:33:32,887 Mak bukan saksi perwatakan dan tak boleh cakap bagi pihak saya. 507 00:33:32,970 --> 00:33:35,431 Mak tak nak belanja makan walaupun keadaan saya teruk. 508 00:33:35,514 --> 00:33:39,435 - Mak ibu paling teruk di planet ini. - Mak bukan ibu paling teruk. 509 00:33:40,644 --> 00:33:42,563 Mak tak pernah kehilangan hak jagaan kamu. 510 00:33:46,442 --> 00:33:47,818 KELAKUAN CONTOH 511 00:33:47,902 --> 00:33:52,198 Saya tahu fikiran kamu. Hari ini, kita akan berjalan di pentas peragaan. 512 00:33:53,074 --> 00:33:55,826 Tak, kita bukan nak menjadi model, ibu-ibu. 513 00:33:55,910 --> 00:34:01,499 Hari ini, kita akan belajar tentang mengajar anak melalui kelakuan kita, 514 00:34:01,582 --> 00:34:04,085 perkara yang kita tunjukkan. 515 00:34:04,168 --> 00:34:09,423 Ia kedengaran klise, tapi perbuatan lebih memberikan gambaran daripada kata-kata. 516 00:34:09,507 --> 00:34:12,093 Apabila anak-anak melihat cara kamu menangani tekanan 517 00:34:12,176 --> 00:34:14,553 dan layanan kamu terhadap orang lain, 518 00:34:14,637 --> 00:34:18,682 mereka akan mengingati semua perkara yang dilihatnya. 519 00:34:19,558 --> 00:34:22,686 Kanak-kanak mencontohi kita. 520 00:34:22,770 --> 00:34:28,025 Kanak-kanak tak tahu menjadi ganas dan biadab setelah dilahirkan. 521 00:34:28,109 --> 00:34:30,778 Mereka belajar daripada kamu. 522 00:34:30,861 --> 00:34:32,404 Mari fikirkan satu senario. 523 00:34:38,828 --> 00:34:42,665 ETHAN HUBUNGI SAYA SEGERA! HAL PENTING! 524 00:34:42,748 --> 00:34:45,209 - Mengapa, Ethan? - Sean ada bersama kamu? 525 00:34:45,292 --> 00:34:46,585 Tak. Mengapa? 526 00:34:46,669 --> 00:34:48,420 - Okey. - Mungkin dia di bar? 527 00:34:48,504 --> 00:34:51,132 Dia tak datang. Tak mengapa. Saya gantikan dia. 528 00:34:51,215 --> 00:34:53,884 Namun dia akan dipecat kalau tak datang pada syif malam. 529 00:34:53,968 --> 00:34:56,929 - Pukul berapa dia sepatutnya datang? - Pukul 11:00 pagi. 530 00:34:57,012 --> 00:35:00,057 Mungkin dia terlajak tidur. Kami pulang lewat semalam. 531 00:35:00,141 --> 00:35:02,643 Kamu dah hubungi mak dia dan suruh dia kejutkan Sean? 532 00:35:02,726 --> 00:35:04,520 Ya. Dia tiada di sana. 533 00:35:05,479 --> 00:35:07,064 Okey, selamat tinggal. 534 00:35:09,775 --> 00:35:11,735 - Helo? - Maddy ada dengan kamu? 535 00:35:11,819 --> 00:35:14,321 Ya, dia ada di sini. Dia tak apa-apa. 536 00:35:14,405 --> 00:35:16,031 Kami sedang makan snek. 537 00:35:16,115 --> 00:35:19,034 - Di mana Sean? - Mungkin di bar. 538 00:35:19,118 --> 00:35:21,203 Sean tak pulang semalam, bukan? 539 00:35:21,287 --> 00:35:23,080 Itu urusan anak saya. 540 00:35:23,164 --> 00:35:25,291 Tiada masalah jika dia di luar sepanjang malam. 541 00:35:25,374 --> 00:35:28,377 Namun dia tak datang ke bar hari ini. Pasti ada masalah. 542 00:35:28,460 --> 00:35:30,671 Bila kali terakhir kamu dengar khabar dia? 543 00:35:30,754 --> 00:35:33,591 - Dua hari lalu. - Boleh kamu tolong jaga Maddy? 544 00:35:33,674 --> 00:35:35,134 - Ya. - Okey. 545 00:35:35,217 --> 00:35:38,137 - Selamat tinggal. Jasmine! - Ya? 546 00:35:51,025 --> 00:35:53,319 Turunkan saya di sini. 547 00:36:33,234 --> 00:36:36,153 Apa kamu buat di sini seorang diri, Sean? 548 00:36:36,237 --> 00:36:37,780 Saya sedang bersembunyi. 549 00:36:38,697 --> 00:36:40,991 - Pergi. - Boleh kamu berdiri? 550 00:36:41,992 --> 00:36:46,413 Saya okey. Namun saya akan jadi tak keruan apabila kesan kokain hilang. 551 00:36:46,872 --> 00:36:51,627 Okey. Beri saya kunci kereta kamu. Saya akan hantar kamu balik. 552 00:36:53,337 --> 00:36:56,924 - Saya bukan mak saya. - Jadi berhenti jadi macam mak kamu! 553 00:37:04,390 --> 00:37:07,518 Kamu nak tahu mengapa ada banyak kaca laut di pantai ini? 554 00:37:10,145 --> 00:37:13,357 Dulu kawasan ini tempat pembuangan sampah. Lama dulu. 555 00:37:14,984 --> 00:37:17,569 Laut menukar sampah menjadi khazanah apabila masa berlalu. 556 00:37:21,991 --> 00:37:23,492 Mengapa kamu tak suka saya lagi? 557 00:37:25,828 --> 00:37:28,831 Kamu upah peguam dan suruh hakim merampas anak saya. 558 00:37:28,914 --> 00:37:32,418 Bukan, sebelum itu lagi. Kamu dah lama tak suka saya. 559 00:37:35,004 --> 00:37:35,838 Mengapa? 560 00:37:37,298 --> 00:37:40,634 Saya masih sanggup hantar kamu pulang apabila kamu mabuk. 561 00:37:41,677 --> 00:37:42,511 Mengapa? 562 00:37:43,804 --> 00:37:45,431 Sebab kamu ayah Maddy. 563 00:37:47,224 --> 00:37:48,767 Itu saja sebabnya? 564 00:38:01,864 --> 00:38:06,076 Dulu, hubungan kita menyeronokkan. Kita berseronok. 565 00:38:09,455 --> 00:38:15,044 Dulu, kita selalu ke sini dan ketawa. Serta berasmara. 566 00:38:20,090 --> 00:38:21,425 Sekarang, kamu kata… 567 00:38:23,010 --> 00:38:27,014 - "Kamu lelaki tak guna, Sean." - Takkan nak seronok sepanjang masa. 568 00:38:27,097 --> 00:38:29,600 Maddy ialah satu tanggungjawab yang besar. 569 00:38:33,896 --> 00:38:34,855 Saya macam kaca laut. 570 00:38:38,067 --> 00:38:39,151 Saya bukan sampah. 571 00:38:42,988 --> 00:38:44,073 Beri saya masa. 572 00:38:44,656 --> 00:38:45,491 Saya bukan… 573 00:38:52,915 --> 00:38:55,125 Okey, mari pergi dari sini. Marilah. 574 00:39:04,093 --> 00:39:05,969 Buat lebih banyak khazanah, ombak! 575 00:39:12,434 --> 00:39:15,979 Saya nak muntah sekejap. Kita jumpa di kereta. 576 00:39:35,916 --> 00:39:37,376 Dia cuma perlu tidur. 577 00:39:40,504 --> 00:39:41,630 Maddy dah tidur? 578 00:39:42,965 --> 00:39:46,218 - Boleh saya cium dahi dia? - Ya, silakan. 579 00:40:24,089 --> 00:40:25,340 Sama seperti ayahnya. 580 00:40:26,842 --> 00:40:28,469 Burung yang tak pernah terbang. 581 00:40:34,975 --> 00:40:38,770 Mana sijil tamat kelas kamu? Untuk kelas PEP? 582 00:40:41,064 --> 00:40:43,275 - Kami tak dapat. - Kamu dapat. 583 00:40:43,358 --> 00:40:46,069 Gary berikannya pada penghujung kelas terakhir. 584 00:40:48,822 --> 00:40:53,160 - Saya keluar untuk jawab telefon. - Mana kenyataan saksi perwatakan kamu? 585 00:40:53,243 --> 00:40:55,078 Saya dah cuba cari saksi. 586 00:40:57,372 --> 00:40:58,582 Teruk sangatkah? 587 00:40:58,665 --> 00:41:02,211 Mahkamah suka melihat perkara begitu. Peluang kamu tipis. 588 00:41:02,920 --> 00:41:07,216 Namun kamu perlu masuk dan kata yang kamu stabil dan mampu jaga Maddy. 589 00:41:09,760 --> 00:41:11,887 Hei, boleh kita bercakap sebentar? 590 00:41:14,431 --> 00:41:15,265 Ya. 591 00:41:22,189 --> 00:41:23,023 Hai. 592 00:41:24,608 --> 00:41:25,442 Hai. 593 00:41:29,696 --> 00:41:31,490 Saya datang dari mesyuarat ketagihan. 594 00:41:36,078 --> 00:41:37,412 Maaf tentang semalam. 595 00:41:38,664 --> 00:41:40,999 - Terima kasih sebab… - Sama-sama. 596 00:41:44,253 --> 00:41:49,633 Saya nak batalkan usul ex parte ini. 597 00:41:53,178 --> 00:41:54,972 Saya tak nak hak jagaan penuh. 598 00:41:56,181 --> 00:42:01,895 Saya nak, tapi saya tak boleh jaga Maddy sepanjang masa tanpa minum. 599 00:42:04,356 --> 00:42:08,694 Saya tak nak mak saya tinggal dengan saya dan buatkan saya rasa nak minum. 600 00:42:11,405 --> 00:42:14,992 Maddy rindu kamu. 601 00:42:19,413 --> 00:42:20,247 Betulkah? 602 00:42:22,916 --> 00:42:27,421 Dia tak henti-henti panggil kamu dan tanya, "Di mana mak saya?" 603 00:42:27,504 --> 00:42:29,423 Saya cakap, "Ayah tak tahu." 604 00:42:35,387 --> 00:42:38,223 Namun kita perlu dapatkan hak jagaan bersama. 605 00:42:39,558 --> 00:42:41,351 - Dia anak saya juga. - Ya. 606 00:42:42,436 --> 00:42:46,440 Ya. Okey. Kita boleh dapatkan hak jagaan bersama. 607 00:42:47,399 --> 00:42:51,028 Kalau kamu ada kemalangan kereta lagi, kita akan ke mahkamah semula. 608 00:42:52,571 --> 00:42:57,075 Okey, ya. Samalah, kalau kamu mabuk lagi semasa kamu jaga dia. 609 00:43:00,912 --> 00:43:01,747 Baiklah. 610 00:43:04,625 --> 00:43:05,542 Baiklah. 611 00:43:11,214 --> 00:43:13,300 Bila saya boleh mula jaga dia? 612 00:43:14,760 --> 00:43:16,970 Ini bangunan baru mak dan Maddy. 613 00:43:17,054 --> 00:43:19,431 Ini pokok kesukaan mak dan Maddy yang baru. 614 00:43:19,514 --> 00:43:22,017 Ini kawan mak dan Maddy, Luis. 615 00:43:22,100 --> 00:43:23,810 Sapa Luis. Hai. 616 00:43:23,894 --> 00:43:27,314 Mak kamu datang. Saya benarkan dia masuk. Lain kali saya takkan buat begitu. 617 00:43:27,939 --> 00:43:30,776 - Okey. Dia masih di sana? - Tak. Dia dah pergi. 618 00:43:31,276 --> 00:43:32,944 Terima kasih. Maaf. 619 00:43:34,446 --> 00:43:38,033 Ini tangga baru untuk mak dan Maddy. 620 00:43:38,575 --> 00:43:41,912 Ini pangsapuri baru mak dan Maddy. 621 00:43:42,871 --> 00:43:45,499 Dapur baru mak dan Maddy. 622 00:43:45,582 --> 00:43:47,417 Bilik tidur baru Maddy! 623 00:43:58,470 --> 00:44:04,017 Tengoklah lukisan dia. Cantik, bukan? Nenek datang dan melukis untuk kamu. 624 00:44:05,644 --> 00:44:10,065 Lihatlah rama-rama yang dia lukis. Boleh kamu cium tangan monyet itu? 625 00:44:10,649 --> 00:44:12,150 Cantiknya. 626 00:44:13,026 --> 00:44:13,860 Ya. 627 00:44:59,823 --> 00:45:01,783 Kisah ini rekaan semata-mata. 628 00:45:32,772 --> 00:45:34,774 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri