1 00:00:10,845 --> 00:00:14,432 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:00:30,490 --> 00:00:31,574 Alex? 3 00:00:33,576 --> 00:00:34,786 Kamu ada di dalam? 4 00:00:34,869 --> 00:00:36,162 Ini Regina. 5 00:00:41,793 --> 00:00:42,835 Helo? 6 00:00:44,796 --> 00:00:46,589 Kamu tak dengar bunyi ketukan? 7 00:00:48,007 --> 00:00:49,008 Helo? 8 00:00:49,884 --> 00:00:50,802 Ya. 9 00:00:50,885 --> 00:00:53,221 - Boleh saya bantu kamu? - Alex ada? 10 00:00:54,514 --> 00:00:56,057 - Siapa kamu? - Regina. 11 00:00:57,350 --> 00:01:01,312 Kadangkala, dia cuci rumah saya di Pulau Fisher. 12 00:01:01,395 --> 00:01:03,564 Dah empat minggu dia tak datang. 13 00:01:04,649 --> 00:01:07,068 - Macam mana kamu dapat alamat ini? - Value Maids. 14 00:01:08,236 --> 00:01:09,320 Dia ada di rumah? 15 00:01:10,154 --> 00:01:12,824 Tak. Dia tiada di sini. 16 00:01:12,907 --> 00:01:15,660 - Kamu tahu bila dia akan balik? - Tak. 17 00:01:18,579 --> 00:01:21,791 Dia tertinggal buku notanya di rumah saya. 18 00:01:21,874 --> 00:01:24,335 Saya nak pulangkannya kepada dia. 19 00:01:24,418 --> 00:01:26,546 Beri kepada saya. Saya akan beri kepada dia. 20 00:01:26,629 --> 00:01:31,259 Maaf, saya tak nak melampaui batas, tapi saya sendiri nak pulangkan kepada dia. 21 00:01:31,342 --> 00:01:34,220 Secara bersemuka. Saya nak lihat jika dia okey. 22 00:01:34,762 --> 00:01:39,475 Dia okey. Dia di sebalik pintu ini dan menggelengkan kepalanya. 23 00:01:39,559 --> 00:01:40,935 Dia tak nak jumpa kamu. 24 00:01:41,018 --> 00:01:43,104 - Alex? - Terima kasih sebab datang. 25 00:02:03,207 --> 00:02:07,461 - Boleh beri saya? - Saya tak suka kamu berikan alamat ini. 26 00:02:08,296 --> 00:02:12,258 - Boleh beri saya buku nota itu? - Kamu sangka saya akan mencurinya? 27 00:02:13,092 --> 00:02:15,303 Sean, boleh beri saya buku nota saya? 28 00:02:17,430 --> 00:02:19,223 Ambillah sendiri, si gila. 29 00:02:22,685 --> 00:02:26,772 - Kenapa Maddy masih memakai baju tidur? - Kami baru nak bersiap. 30 00:02:26,856 --> 00:02:29,942 Dah pukul empat petang. Memalukan saja. 31 00:02:30,026 --> 00:02:34,447 Ada orang datang, tapi dia masih belum berpakaian kemas? Selekeh betul. 32 00:02:36,073 --> 00:02:39,660 Dia seorang budak, Alex. Dia patut berpakaian kemas pada waktu makan malam. 33 00:02:41,662 --> 00:02:42,663 Betul cakap kamu. 34 00:02:44,999 --> 00:02:46,834 Saya akan mandikannya sekarang. 35 00:03:35,633 --> 00:03:37,301 Cantiknya. 36 00:03:42,306 --> 00:03:46,102 Lapan, sembilan, sepuluh, 11, 12, 13, 14, 15. 37 00:03:47,812 --> 00:03:51,023 - Nak pergi tengok Candy dan Sandy? - Ya. 38 00:03:53,276 --> 00:03:54,527 Ingatkan mak. 39 00:03:56,904 --> 00:04:00,491 Ini Candy dan ini Sandy, bukan? 40 00:04:00,574 --> 00:04:03,035 Tak, ini Sandy dan ini Candy. 41 00:04:03,786 --> 00:04:07,707 - Sandy dan Candy. - Ini Sandy dan ini Candy. 42 00:04:07,790 --> 00:04:09,125 Kedua-duanya Candy? 43 00:04:09,208 --> 00:04:10,668 - Tak. - Ini Sandy? 44 00:04:10,751 --> 00:04:12,545 Tak, ini Candy. 45 00:04:13,129 --> 00:04:15,589 Kamu rasa ia dah membesar sejak semalam? 46 00:04:35,776 --> 00:04:37,653 Mari pergi mandi. 47 00:04:38,195 --> 00:04:42,700 Mak rasa kita tak patut melompat ke dalam lopak ini. 48 00:06:02,196 --> 00:06:04,490 Kamu boleh kata saya gila, 49 00:06:04,573 --> 00:06:08,077 tapi saya masih rasa Hawks akan menang tahun ini walaupun dia tiada. 50 00:06:08,160 --> 00:06:10,037 Okey, kamu gila. 51 00:06:10,704 --> 00:06:12,790 Baiklah. Masa untuk makan. 52 00:06:16,043 --> 00:06:18,838 Ayuh, sayang. Datuk akan bawa kamu ke kerusi. 53 00:06:19,338 --> 00:06:20,214 Mari. 54 00:06:23,425 --> 00:06:25,302 Sean, ambilkan satu tin O'Doul's lagi. 55 00:06:25,386 --> 00:06:27,930 Baiklah. Alex, kamu nak minum apa? Soda? 56 00:06:28,013 --> 00:06:28,931 Alex? 57 00:06:29,473 --> 00:06:31,517 Alex, kamu nak minum apa? 58 00:06:34,103 --> 00:06:35,312 Tiada apa-apa. 59 00:06:40,442 --> 00:06:41,569 Banyaknya makanan. 60 00:06:41,652 --> 00:06:44,155 Shari yang masak. Saya cuma hantarnya ke sini. 61 00:06:45,447 --> 00:06:49,660 Dia kirim salam kepada semua orang. Dia sibuk dengan kembarnya hari ini. 62 00:06:50,411 --> 00:06:52,705 Sedapnya bau. Terima kasih. 63 00:06:54,165 --> 00:06:56,500 - Boleh kita berdoa? - Kamu nak ke mana? 64 00:06:56,959 --> 00:06:58,294 - Saya tak lapar. - Hei. 65 00:06:58,377 --> 00:07:00,462 Ayah kamu bawa makanan yang dimasak di rumah. 66 00:07:01,088 --> 00:07:03,632 Saya rasa tak sedap badan. Saya nak baring sekejap. 67 00:07:04,383 --> 00:07:05,593 Kami baru nak makan. 68 00:07:05,926 --> 00:07:08,721 Tak mengapa. Kita akan simpan makanan untuk dia. 69 00:07:08,804 --> 00:07:11,432 Jangan biadab. 70 00:07:12,808 --> 00:07:14,351 Saya tak nak makan, Sean. 71 00:07:14,435 --> 00:07:15,436 Duduk. 72 00:07:17,354 --> 00:07:20,191 - Saya tak nak… - Duduk. 73 00:07:36,665 --> 00:07:37,833 Maaf. 74 00:07:40,127 --> 00:07:42,880 Kita cakap tentang apa tadi? Kamu nak baca doa? 75 00:07:43,506 --> 00:07:44,340 Ya. 76 00:07:51,138 --> 00:07:54,225 Berkati kami, Tuhan dan kurniaan yang bakal kami terima 77 00:07:54,308 --> 00:07:55,643 daripada rezekimu 78 00:07:55,726 --> 00:07:57,394 melalui Jesus, Tuhan kami. Amin. 79 00:07:57,478 --> 00:07:58,312 Amin. 80 00:08:01,482 --> 00:08:02,358 Mari makan. 81 00:09:39,955 --> 00:09:41,665 - Kamu nak? - Ya. 82 00:09:42,249 --> 00:09:43,917 Bagus. 83 00:09:44,001 --> 00:09:45,919 - Kamu ada anak? - Ya. 84 00:09:46,003 --> 00:09:48,797 Ya, dia dah tidur. Sebab itulah kita perlu diam. 85 00:10:01,894 --> 00:10:03,937 Maaf, mak takkan menyentuhnya. 86 00:10:05,230 --> 00:10:06,815 Ia sangat cantik, Mads. 87 00:10:14,782 --> 00:10:18,118 - Kenapa kamu balik awal sangat? - Saya dipecat. 88 00:10:20,412 --> 00:10:21,246 Apa? 89 00:10:21,872 --> 00:10:24,792 Saya tersilap kira semasa saya tutup kedai pada hari Khamis. 90 00:10:24,875 --> 00:10:25,709 Sekali lagi? 91 00:10:26,585 --> 00:10:27,670 Boleh diam? 92 00:10:27,753 --> 00:10:31,632 Cubalah kira duit ratusan dolar pada pukul 4:30 pagi. 93 00:10:34,176 --> 00:10:37,096 Okey. Hubungi Phil dan jelaskan. Dia sukakan kamu. 94 00:10:37,179 --> 00:10:40,808 Phil yang pecat saya. Dia kata saya mabuk di belakang bar. 95 00:10:40,891 --> 00:10:43,310 - Kamu mabukkah? - Tak, Alex. 96 00:10:43,394 --> 00:10:45,771 Saya belanja pelanggan tetap saya minum. 97 00:10:45,854 --> 00:10:49,358 Itulah cara jadi pelayan bar yang betul untuk dapatkan wang. 98 00:10:50,442 --> 00:10:56,031 Kamu patut legakan hati saya. Cakap yang semuanya akan baik-baik saja. 99 00:10:57,074 --> 00:10:59,743 Saya tak tahu semuanya akan baik-baik saja. 100 00:11:01,036 --> 00:11:04,498 Atau kamu boleh buat saya berasa susah hati. Terima kasih. 101 00:11:04,581 --> 00:11:09,503 Saya bukan nak buat kamu rasa apa-apa. Ini reaksi saya terhadap berita ini. 102 00:11:10,170 --> 00:11:13,132 Kita akan dapat wang apabila kerja pertukangan kayu saya berjaya. 103 00:11:15,092 --> 00:11:17,344 Kita perlukan makanan untuk anak kita. 104 00:11:17,428 --> 00:11:20,722 Kamu tak dengarkah, Alex? Saya baru saja dipecat. 105 00:11:20,806 --> 00:11:23,350 Kamu patut bawa balik makanan, bukannya bir. 106 00:11:23,434 --> 00:11:25,269 Tak guna! 107 00:11:39,158 --> 00:11:39,992 Maddy? 108 00:11:42,536 --> 00:11:43,412 Maddy? 109 00:11:47,374 --> 00:11:48,250 Hei, Maddy? 110 00:11:51,670 --> 00:11:54,339 Maddy… 111 00:11:54,423 --> 00:11:55,299 Maddy? 112 00:11:57,634 --> 00:11:58,635 Hei, Maddy? 113 00:12:04,057 --> 00:12:04,892 Maddy? 114 00:12:06,435 --> 00:12:07,686 Maddy? 115 00:12:13,734 --> 00:12:14,610 Maddy? 116 00:12:19,156 --> 00:12:20,073 Maddy? 117 00:12:24,995 --> 00:12:27,331 Alex? Jangan risau, sayang. 118 00:12:27,956 --> 00:12:29,708 Sayang. 119 00:12:33,253 --> 00:12:34,379 Mak okey. 120 00:12:35,380 --> 00:12:36,757 Mak okey. 121 00:12:36,840 --> 00:12:39,384 Kamu okey. Mak okey. 122 00:12:42,304 --> 00:12:43,805 Maafkan mak. 123 00:12:51,146 --> 00:12:53,190 Kita akan keluar dari sini, okey? 124 00:14:32,289 --> 00:14:34,875 OLDFIELDS - MINYAK MURAH 125 00:14:34,958 --> 00:14:37,210 Boleh saya pinjam telefon kamu? 126 00:15:00,317 --> 00:15:04,071 Terima kasih. Maaf. Tiada orang lain yang saya boleh hubungi. 127 00:15:04,154 --> 00:15:05,614 Tiada masalah. 128 00:15:06,823 --> 00:15:10,911 Boleh hantar kami ke 351, Hurley Avenue? 129 00:15:12,162 --> 00:15:14,164 Kamu nak pergi ke rumah saya? 130 00:15:15,332 --> 00:15:17,334 Saya dah kemaskan bilik tetamu. 131 00:15:18,710 --> 00:15:21,463 Maaf, saya perlu ke alamat itu. 132 00:15:31,807 --> 00:15:35,560 Hei. Kamu nak saya masuk dengan kamu? 133 00:15:36,186 --> 00:15:38,438 Kamu tak boleh. Terima kasih. 134 00:16:17,394 --> 00:16:19,604 Hai. Mari sini. 135 00:17:06,777 --> 00:17:07,986 Lukisan yang sama. 136 00:17:08,070 --> 00:17:10,489 Semua apartmen ada lukisan ini. 137 00:17:11,448 --> 00:17:12,449 Okey. 138 00:17:13,784 --> 00:17:16,787 Kita akan uruskan pendaftaran kamu pada esok pagi. 139 00:17:17,662 --> 00:17:20,624 Adakah kamu tercedera 140 00:17:20,707 --> 00:17:23,126 atau perlukan bantuan perubatan? 141 00:17:23,210 --> 00:17:25,295 - Bagaimana dengan Maddy? - Tak. 142 00:17:25,378 --> 00:17:29,925 - Boleh beri saya telefon kamu? - Saya tak bawa telefon. 143 00:17:30,675 --> 00:17:34,721 Saya tak tahu apa yang saya fikirkan. Saya tak bawa apa-apa. 144 00:17:34,805 --> 00:17:38,016 Saya tak bawa wang, barang-barang Maddy atau apa-apa. 145 00:17:39,101 --> 00:17:42,312 - Saya akan bawakan baju tidur. - Terima kasih. 146 00:18:40,829 --> 00:18:43,331 Saya tak tahu kalau saya patut gunakan nama sebenar. 147 00:18:43,415 --> 00:18:44,958 Terpulang kepada kamu. 148 00:18:45,458 --> 00:18:49,379 - Nama sebenar saya ialah Alex. - Nama sebenar saya ialah Danielle. 149 00:19:39,930 --> 00:19:41,556 Mak. 150 00:19:46,061 --> 00:19:47,604 Pari-pari dah kembali. 151 00:19:54,653 --> 00:19:55,904 Ayuh, mak. 152 00:20:10,877 --> 00:20:12,879 Pari-pari sarapan datang lagi. 153 00:20:15,674 --> 00:20:17,759 Terima kasih, pari-pari makanan. 154 00:20:19,219 --> 00:20:21,513 - Saya tahu makanan ini. - Apa? 155 00:20:21,596 --> 00:20:22,806 Sirap. 156 00:20:47,497 --> 00:20:50,000 Siapa nama pari-pari makanan itu, mak? 157 00:20:53,003 --> 00:20:54,254 Pari-pari Makanan? 158 00:21:41,343 --> 00:21:42,635 Hei. 159 00:21:45,513 --> 00:21:50,060 - Helo. Apa perasaan kamu? - Dah berapa lama saya di sini? 160 00:21:50,143 --> 00:21:51,644 Beberapa hari. 161 00:21:52,687 --> 00:21:56,483 Menurut undang-undang, perlukah saya beritahu sesiapa yang saya ada di sini? 162 00:21:56,566 --> 00:22:00,987 Undang-undang beri kamu masa 21 hari untuk beritahu dia yang kamu di sini. 163 00:22:01,613 --> 00:22:05,158 Cik Maddy. Apa khabar kamu hari ini? 164 00:22:05,909 --> 00:22:09,162 Kanak-kanak sebaya kamu akan bermain sebentar lagi. 165 00:22:09,245 --> 00:22:10,914 Kamu nak main dengan mereka? 166 00:22:10,997 --> 00:22:13,208 Kamu nak main dengan kawan-kawan? 167 00:22:13,291 --> 00:22:15,251 Ada seni dan kraf tangan. 168 00:22:15,960 --> 00:22:19,756 Kita uruskan pendaftaran dulu, kemudian kita pergi membeli-belah. 169 00:22:21,466 --> 00:22:23,259 Kita akan pergi membeli-belah? 170 00:22:23,343 --> 00:22:28,098 Dulu, kamu bawa barang-barang. Pasti kamu tak nampak bilik ini, bukan? 171 00:22:28,181 --> 00:22:30,183 Tak. Saya tak pernah ke sini. 172 00:22:30,266 --> 00:22:34,437 Ada sesetengah wanita datang ke sini sehelai sepinggang. 173 00:22:34,521 --> 00:22:36,356 Jadi, kami buat bilik ini. 174 00:22:42,487 --> 00:22:43,738 Ini butik kami. 175 00:22:43,822 --> 00:22:49,035 Semua ini pakaian terpakai atau pakaian yang didermakan. 176 00:22:49,119 --> 00:22:51,663 Ada bahagian kanak-kanak di sudut itu. 177 00:22:52,580 --> 00:22:55,834 Ini Brandi, penghuni di sini. 178 00:22:57,377 --> 00:22:59,587 Dia boleh bantu kamu jika kamu ada soalan. 179 00:23:03,341 --> 00:23:06,302 - Saya tiada wang. - Semuanya percuma. 180 00:23:07,095 --> 00:23:10,306 Tanda harga itu kosong. Ia cuma untuk hiasan. 181 00:23:10,390 --> 00:23:11,516 Tak perlu bayar. 182 00:23:15,353 --> 00:23:18,731 Butik ini tak dibuka kepada orang awam. 183 00:23:19,399 --> 00:23:22,777 Hanya penghuni kami dibenarkan ke sini dan ambil pakaian yang mereka suka. 184 00:23:22,861 --> 00:23:25,405 Untuk tingkatkan keyakinan diri mereka. 185 00:23:26,239 --> 00:23:27,240 Okey? 186 00:23:29,284 --> 00:23:30,451 Berseronoklah. 187 00:23:33,079 --> 00:23:35,915 Hei. Saya ada di sini kalau kamu perlukan saya. 188 00:23:42,589 --> 00:23:46,092 Kamu pakai saiz berapa? Ada pakaian musim bunga di belakang. 189 00:23:48,678 --> 00:23:51,181 Saya akan datang balik nanti. Terima kasih. 190 00:23:51,264 --> 00:23:52,765 Kamu belum ambil apa-apa. 191 00:23:55,268 --> 00:23:57,103 Saya tak pasti apa… 192 00:23:58,188 --> 00:24:00,732 Tunggu dulu. Jangan fikir terlalu banyak. 193 00:24:00,815 --> 00:24:02,775 Kita akan ambil pakaian asas. 194 00:24:04,861 --> 00:24:09,073 Seluar, kemeja-T, 195 00:24:09,157 --> 00:24:13,161 stoking dan baju panas. 196 00:24:14,787 --> 00:24:18,124 - Anak kamu pakai saiz berapa? - Empat-T atau lima-T. 197 00:24:18,208 --> 00:24:20,335 Kami ada pakaian untuk dia juga. 198 00:24:21,711 --> 00:24:23,213 Dia suka unikorn? 199 00:24:24,339 --> 00:24:25,590 Ya. 200 00:24:29,719 --> 00:24:32,722 Semua orang terkejut pada kali pertama mereka masuk ke sini. 201 00:24:34,682 --> 00:24:38,394 Sebab kita masih tak lupakan perkara yang kita dah lalui. 202 00:24:40,772 --> 00:24:45,485 Masa mula-mula di sini, saya ambil masa yang lama untuk ingat warna kegemaran. 203 00:24:53,534 --> 00:24:56,621 Kenapa ada mesin daftar tunai kalau semuanya percuma? 204 00:24:56,704 --> 00:24:58,623 Untuk berasa normal. 205 00:25:01,000 --> 00:25:02,460 Ia tak terasa normal. 206 00:25:04,045 --> 00:25:07,507 Saya yang memasukkan belian olok-olok kamu 207 00:25:07,590 --> 00:25:09,842 ke dalam beg beli-belah olok-olok. 208 00:25:14,555 --> 00:25:17,350 Guna garam untuk lukis gambar atau reka bentuk di atas kertas. 209 00:25:17,433 --> 00:25:20,561 Kami ada telefon terpakai yang baru saja sampai. 210 00:25:22,981 --> 00:25:25,275 Ia dah diformat semula. Ambillah. 211 00:25:25,358 --> 00:25:29,279 Selepas dapatkan pelan telefon, kamu perlu keluar untuk gunakannya. 212 00:25:30,446 --> 00:25:32,824 FCC ada program bantuan 213 00:25:32,907 --> 00:25:36,619 untuk pelan telefon berdiskaun bagi orang di pusat perlindungan kecemasan. 214 00:25:37,412 --> 00:25:41,749 Namun, seperti biasa, ada banyak karenah birokrasi. 215 00:25:41,833 --> 00:25:44,085 Taip nombor keselamatan sosial kamu. 216 00:25:48,798 --> 00:25:50,758 Kamu tak tahu nombor keselamatan sosial? 217 00:25:52,635 --> 00:25:55,179 Saya belum bersedia sebab… 218 00:25:56,180 --> 00:25:58,516 Pasti dia dah hantar e-mel kepada saya. 219 00:25:58,599 --> 00:26:01,227 Jadi, tak perlu tetapkan e-mel. 220 00:26:01,311 --> 00:26:03,646 Hidupkan saja telefon kamu hari ini. 221 00:26:05,481 --> 00:26:06,607 Adakah… 222 00:26:08,276 --> 00:26:13,031 nombor ini tak disenaraikan di mana-mana? Kita tak boleh mencarinya? 223 00:26:14,407 --> 00:26:16,909 Hanya kamu yang ada nombor ini. 224 00:27:08,461 --> 00:27:11,422 Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi nada ini. 225 00:27:11,506 --> 00:27:14,967 Mak. Ini Alex. Saya… 226 00:27:16,427 --> 00:27:21,140 Saya tiada telefon beberapa hari ini. Saya tak pasti kalau mak hubungi saya. 227 00:27:21,224 --> 00:27:25,728 Ini nombor telefon baru saya. 228 00:27:26,896 --> 00:27:29,023 Jangan beritahu sesiapa nombor ini. 229 00:27:29,107 --> 00:27:33,069 Saya cuma nak tanya khabar mak. 230 00:27:33,152 --> 00:27:37,365 Itu saja. 231 00:27:38,408 --> 00:27:39,951 Saya sayang mak. Okey. 232 00:27:46,332 --> 00:27:48,334 Beli saja apa-apa makanan organik. 233 00:27:49,836 --> 00:27:51,045 Regina? 234 00:27:51,129 --> 00:27:54,799 - Siapa ini? - Maaf, ini Alex. 235 00:27:54,882 --> 00:27:56,634 Alex, pembantu rumah kamu. 236 00:27:56,717 --> 00:28:01,806 Alex. Maaf. Saya sangka kamu pengganti pembeli Instacart saya. 237 00:28:01,889 --> 00:28:04,142 Dia tak habis-habis hubungi saya. 238 00:28:04,225 --> 00:28:05,893 - Hai. - Hai. 239 00:28:05,977 --> 00:28:07,520 - Kamu apa khabar? - Sihat. 240 00:28:08,146 --> 00:28:09,230 Maaf. 241 00:28:11,023 --> 00:28:15,778 Kamu kata saya boleh hubungi kamu bila-bila masa. Betul? 242 00:28:31,961 --> 00:28:34,547 - Kamu pernah ke sini? - Tak. 243 00:28:36,090 --> 00:28:37,925 - Terima kasih. - Air kosong atau bergas? 244 00:28:38,009 --> 00:28:41,387 - Bergas. Boleh? - Ya. 245 00:28:41,471 --> 00:28:44,557 Flat white panas sekarang. 246 00:28:44,640 --> 00:28:47,643 Baiklah. Cef ada satu sajian tambahan dalam menu hari ini, 247 00:28:47,727 --> 00:28:52,398 Filet siakap digoreng tohor dengan asparagus dan gremolata sunchoke. 248 00:28:52,482 --> 00:28:53,816 Terima kasih. 249 00:29:04,786 --> 00:29:09,165 Saya belanja. Pesan apa-apa saja yang kamu nak. Jangan malu-malu. 250 00:29:10,208 --> 00:29:13,628 Saya patut belanja kamu makan selepas semua yang kamu buat untuk saya. 251 00:29:13,711 --> 00:29:16,380 Saya yang jemput kamu makan tengah hari. 252 00:29:20,885 --> 00:29:23,346 - Kamu nampak sihat. - Terima kasih. 253 00:29:25,932 --> 00:29:30,061 Ini kali pertama saya tinggalkan rumah perlindungan dalam 16 hari. 254 00:29:32,897 --> 00:29:35,983 Itu rumah perlindungan, tempat kamu turunkan saya. 255 00:29:37,151 --> 00:29:39,529 Jadi, bagaimana rasanya berada di luar? 256 00:29:43,491 --> 00:29:44,492 Pelik. 257 00:29:56,462 --> 00:29:58,005 Kamu nak pergi dari sini? 258 00:30:00,466 --> 00:30:01,300 Ya. 259 00:30:02,176 --> 00:30:06,305 Saya baca buku nota kamu yang kamu tinggalkan di pejabat saya. 260 00:30:07,431 --> 00:30:08,891 Saya tertanya-tanya. 261 00:30:08,975 --> 00:30:14,230 Pada mulanya, saya sangka mungkin kamu tinggalkannya untuk saya sebagai hadiah. 262 00:30:14,897 --> 00:30:16,983 Namun, sekitar Rumah Bulu Ari-ari, 263 00:30:17,066 --> 00:30:21,279 saya sedar yang kamu tertinggalkannya dan saya mencerobohi privasi kamu. 264 00:30:22,488 --> 00:30:26,450 Namun, saya tak boleh berhenti membaca. Penulisan kamu sangat bagus. 265 00:30:27,076 --> 00:30:28,077 Terima kasih. 266 00:30:32,582 --> 00:30:36,168 Siapa Rumah Hiburan Dewasa? Saya perlu belajar daripada pasangan itu. 267 00:30:38,963 --> 00:30:40,214 Saya takkan beritahu. 268 00:30:43,217 --> 00:30:44,844 Saya Rumah Wanita Jahat. 269 00:30:48,472 --> 00:30:52,059 - Saya tak kenal kamu lagi ketika itu. - Tak mengapa. 270 00:30:52,602 --> 00:30:56,147 Kamu pengsan di dalam rumah saya dan saya tak pedulikan kamu. 271 00:30:56,230 --> 00:30:58,900 Saya tak kenal kamu di khalayak ramai… 272 00:30:59,859 --> 00:31:02,111 Kenalah dengan nama rumah saya. 273 00:31:02,194 --> 00:31:03,863 Ya, saya culik anjing kamu, 274 00:31:03,946 --> 00:31:07,491 saya habiskan wain mahal kamu, mandi dalam tab air panas kamu 275 00:31:07,575 --> 00:31:09,744 dan ajak lelaki dari Tinder ke rumah kamu. 276 00:31:10,745 --> 00:31:11,579 Yakah? 277 00:31:11,662 --> 00:31:15,082 Ya, tapi tiada apa-apa berlaku sebab kamu balik awal. 278 00:31:19,879 --> 00:31:22,131 Kenapa buku nota kamu di pejabat saya? 279 00:31:22,214 --> 00:31:26,385 Saya guna komputer kamu untuk memohon ke kolej semasa kamu tidur. 280 00:31:26,969 --> 00:31:28,137 Kolej mana? 281 00:31:28,220 --> 00:31:29,931 Kolej Seni Halus Montana. 282 00:31:30,973 --> 00:31:34,769 - Saya diterima. Saya dapat biasiswa. - Bagus. Bila kamu nak pergi? 283 00:31:35,269 --> 00:31:37,563 - Saya takkan pergi. - Kenapa? 284 00:31:37,647 --> 00:31:42,485 Saya tak balas surat tawaran itu. 285 00:31:42,693 --> 00:31:44,987 Hanya perlu hubungi mereka. Kamu nak pergi? 286 00:31:45,071 --> 00:31:48,991 Ya, tapi kosnya terlalu mahal walaupun ada biasiswa. 287 00:31:49,075 --> 00:31:51,786 Ambil pinjaman pelajaran. Semua orang buat begitu. 288 00:31:51,869 --> 00:31:54,580 Sean takkan lepaskan saya. 289 00:31:54,664 --> 00:31:57,208 Tunggu. Kenapa dia berhak bersuara? 290 00:31:57,291 --> 00:31:59,877 Saya dah baca buku nota itu. Dia tak berhak bersuara. 291 00:32:00,336 --> 00:32:02,880 - Kami ada hak jagaan bersama. - Siapa kata? 292 00:32:03,547 --> 00:32:05,508 Mahkamah, undang-undang. 293 00:32:05,591 --> 00:32:08,177 Kamu tahu saya peguam, bukan? 294 00:32:08,260 --> 00:32:11,347 Ya, kamu peguam syarikat besar. 295 00:32:11,430 --> 00:32:16,018 Undang-undang korporat. Namun, saya ada kawan peguam keluarga. 296 00:32:16,102 --> 00:32:18,562 Kamu hanya perlu tanya jika kamu masih boleh mendaftar. 297 00:32:19,105 --> 00:32:22,191 Saya akan tanya dia jika kita boleh bertemu. 298 00:32:22,274 --> 00:32:24,235 Saya tak mampu upah dia, Regina. 299 00:32:24,318 --> 00:32:26,904 Bagus, sebab dia takkan terima wang kamu. 300 00:32:28,781 --> 00:32:30,950 Kenapa kamu layan saya dengan baik? 301 00:32:31,993 --> 00:32:34,787 Mungkin saya bukan perempuan jahat. 302 00:32:41,043 --> 00:32:43,504 Hai. Saya diterima masuk ke kolej ini pada bulan Mac. 303 00:32:43,587 --> 00:32:46,882 Saya dapat biasiswa, tapi disebabkan kecemasan keluarga, 304 00:32:46,966 --> 00:32:48,718 tak dapat balas. 305 00:32:48,801 --> 00:32:52,346 Saya masih boleh mendaftarkah? Bagus. Apa nombor telefonnya? 306 00:32:52,430 --> 00:32:56,434 Saya tak pasti jika perlu hubungi pejabat pendaftaran atau bendahari. Boleh bantu? 307 00:32:56,517 --> 00:32:59,729 Bagaimana saya nak semak status borang FAFSA? 308 00:32:59,812 --> 00:33:02,148 Hai. Saya nak minta borang FAFSA. 309 00:33:02,231 --> 00:33:04,275 Macam mana saya nak tahu kalau saya ada PIN? 310 00:33:14,535 --> 00:33:15,578 Semuanya okey? 311 00:33:17,121 --> 00:33:19,248 Ya. Dia langsung tak hantar e-mel kepada saya. 312 00:33:29,216 --> 00:33:31,177 SAYA BOLEH BAYAR SEPULUH DOLAR SEJAM 313 00:33:35,890 --> 00:33:37,558 SAYA BOLEH MENCUCI KALAU KAMU NAK 314 00:33:39,226 --> 00:33:40,269 Terima kasih. 315 00:33:54,575 --> 00:33:55,826 - Hai. - Hai. 316 00:33:55,910 --> 00:33:58,788 - Saya Alex, tukang cuci. - Terima kasih. Saya Penny. 317 00:33:59,663 --> 00:34:02,583 Kamu tahu saya hanya boleh bayar sepuluh dolar sejam, bukan? 318 00:34:03,334 --> 00:34:04,168 Ya, tiada masalah. 319 00:34:04,251 --> 00:34:07,421 Saya tiada bekalan, jadi saya tak boleh minta lebih. 320 00:34:07,505 --> 00:34:08,756 Cuma… 321 00:34:08,839 --> 00:34:11,884 Kamu mungkin akan minta lebih banyak wang apabila kamu tengok nanti. 322 00:34:11,967 --> 00:34:14,970 Saya nak kamu faham yang saya tak boleh bayar lebih. 323 00:34:15,930 --> 00:34:17,807 Saya langsung tak mampu. 324 00:34:17,890 --> 00:34:21,936 Namun, saya dah sarat mengandung, jadi kakak saya pinjamkan saya wang. 325 00:34:23,104 --> 00:34:23,938 Okey. 326 00:34:28,275 --> 00:34:29,276 Boleh saya masuk? 327 00:34:33,322 --> 00:34:34,990 Ini rahsia saya. 328 00:34:52,466 --> 00:34:53,676 Maaf. 329 00:34:54,927 --> 00:34:56,929 Tak perlu minta maaf. 330 00:34:57,596 --> 00:34:59,807 Kamu boleh menolak kalau kamu nak. 331 00:35:02,393 --> 00:35:03,477 Tak. 332 00:35:04,353 --> 00:35:06,021 Kamu pelanggan pertama saya. 333 00:35:06,105 --> 00:35:09,400 Jadi, tak mungkin saya akan menolak. 334 00:35:10,526 --> 00:35:13,070 Hanya perkara baik akan berlaku selepas ini. 335 00:35:14,321 --> 00:35:15,948 Boleh kamu tolong dia? 336 00:35:17,491 --> 00:35:18,325 Hai. 337 00:35:18,868 --> 00:35:19,827 Saya Alex. 338 00:35:20,494 --> 00:35:21,328 Itu Stu. 339 00:35:22,037 --> 00:35:23,247 Dia lambat bercakap. 340 00:35:26,375 --> 00:35:28,294 Gembira bertemu kamu, Stu. 341 00:35:29,295 --> 00:35:31,964 Saya ada dua anak lagi. Mereka di sekolah. 342 00:35:32,590 --> 00:35:33,924 Benji dan Samara. 343 00:35:38,596 --> 00:35:42,308 Saya nak berubah demi anak-anak saya. Ya. 344 00:35:42,892 --> 00:35:44,602 Baguslah. 345 00:35:46,854 --> 00:35:47,688 Saya faham. 346 00:35:49,940 --> 00:35:52,610 Kamu cakap yang kamu nak kemaskan barang? 347 00:35:52,693 --> 00:35:56,113 Ya. Kami akan pindah pada hari Sabtu, ke rumah yang lebih kecil. 348 00:35:56,197 --> 00:35:59,366 Saya perlukan bantuan kamu. Saya tak boleh buat seorang diri. 349 00:35:59,450 --> 00:36:00,284 Betul. 350 00:36:01,493 --> 00:36:03,037 Saya tahu ia macam sampah. 351 00:36:03,704 --> 00:36:07,666 Namun, ini barang lama anak-anak saya. Kita tak boleh buang kenangan begitu saja. 352 00:36:10,252 --> 00:36:15,132 Kamu juga perlukan ruang untuk mereka berkembang. 353 00:36:20,137 --> 00:36:21,472 Biar saya tolong kamu. 354 00:36:23,224 --> 00:36:24,058 Okey. 355 00:37:07,184 --> 00:37:08,227 Satu lagi. 356 00:38:02,323 --> 00:38:04,116 Kamu perlu berhenti. Dah tiba masanya. 357 00:38:04,199 --> 00:38:06,452 Saya tak boleh bayar lebih masa. 358 00:38:06,535 --> 00:38:09,163 - Jangan risau. - Saya tak boleh buat begini. 359 00:38:09,246 --> 00:38:13,000 Saya rasa macam nak selesaikan kemas rumah kamu. 360 00:38:14,460 --> 00:38:15,627 Mainkan, Stu. 361 00:38:30,726 --> 00:38:31,894 Terima kasih. 362 00:38:33,145 --> 00:38:33,979 Terima kasih. 363 00:38:34,063 --> 00:38:37,399 Saya ahli kumpulan sokongan dalam talian untuk pengumpul. 364 00:38:38,192 --> 00:38:40,986 Kami sukar nak dapatkan tukang cuci. 365 00:38:41,070 --> 00:38:45,282 - Boleh saya cadangkan kamu? - Ya. Boleh. Terima kasih. 366 00:38:45,366 --> 00:38:46,575 Bagus. Terima kasih. 367 00:39:13,852 --> 00:39:16,105 NOMBOR TAK DIKENALI PENNY BERITAHU TENTANG KAMU 368 00:39:16,188 --> 00:39:18,941 BILA KAMU BOLEH MENGEMAS? 369 00:39:19,650 --> 00:39:22,778 NOMBOR TAK DIKENALI SAYA KAWAN PENNY 370 00:39:22,861 --> 00:39:24,238 BERAPA KADAR SEJAM KAMU? 371 00:39:27,449 --> 00:39:32,037 NOMBOR TAK DIKENALI BOLEH KAMU MENGEMAS PADA HARI KHAMIS? KERJA BESAR! 372 00:39:32,538 --> 00:39:33,372 Hai. 373 00:40:01,275 --> 00:40:04,319 Hai. Saya nak tanya tentang bantuan perumahan keluarga. 374 00:40:04,862 --> 00:40:07,239 Ya, saya akan jadi pelajar sepenuh masa. 375 00:40:09,867 --> 00:40:10,701 BAKI $125.00 376 00:40:10,784 --> 00:40:12,744 Berapa deposit yang diperlukan? 377 00:40:12,828 --> 00:40:17,082 Ada penepian deposit jika saya ada masalah kewangan? 378 00:40:17,166 --> 00:40:20,002 Boleh sambungkan saya? Berapa saya boleh bayar? 379 00:40:20,085 --> 00:40:21,879 Saya langsung tak boleh bayar. 380 00:40:24,298 --> 00:40:26,633 BAKI $225.00 381 00:40:26,717 --> 00:40:29,636 Boleh, tapi saya tiada alamat tetap. 382 00:40:29,720 --> 00:40:32,806 Boleh kamu e-mel kepada saya? Boleh kamu mencepatkannya? 383 00:40:34,433 --> 00:40:35,976 $125.00 - BAKI $225.00 - BAKI $340 384 00:40:36,059 --> 00:40:39,563 Saya nak tandatangani nota janji hutang pinjaman pelajaran. Boleh kamu tolong? 385 00:40:39,646 --> 00:40:43,108 Ya. Ada di sini. 45612. 386 00:40:43,192 --> 00:40:45,736 Bagus. Bila saya akan dapat wang? 387 00:40:45,819 --> 00:40:47,863 Kalau saya masuk semester musim panas? 388 00:40:47,946 --> 00:40:51,408 $125.00 - BAKI $225.00 - BAKI $340 BAKI $405.00 - BAKI $575.00 - BAKI $755.00 389 00:40:51,492 --> 00:40:55,245 Langley ialah nama keluarga mak saya. Perumahan bermula pada 7 Jun. Baguslah. 390 00:40:55,329 --> 00:41:00,125 Macam mana saya nak jamin? Hubungi FAFSA? Boleh kamu e-mel borang itu kepada saya? 391 00:41:01,793 --> 00:41:02,628 Terima kasih. 392 00:41:09,051 --> 00:41:11,428 Tak guna. Ya Tuhan, bau apa itu? 393 00:41:11,970 --> 00:41:15,140 Pemiliknya tertinggalkan sekotak susu di belakang. 394 00:41:16,934 --> 00:41:19,144 - Berapa perbatuannya? - Dah 195 batu. 395 00:41:19,686 --> 00:41:22,564 - Saya akan beri kamu $400. - Baiklah. 396 00:41:24,066 --> 00:41:26,026 Apa pendapat kamu tentang kereta baru kita? 397 00:41:26,610 --> 00:41:29,238 - Patutkah kita namakannya? - Pai Busuk. 398 00:41:29,321 --> 00:41:30,822 Pai Busuk? 399 00:41:31,406 --> 00:41:34,535 Bagaimana dengan Jade bersempena warnanya? 400 00:41:34,618 --> 00:41:37,496 - Pai Busuk. - Baiklah. 401 00:41:38,497 --> 00:41:41,333 Kami akan namakan kamu Pai Busuk. Ya? 402 00:41:41,416 --> 00:41:45,629 Ada satu benda lagi perlu dibuat sebelum ia jadi kereta kita. Apa dia? 403 00:41:45,712 --> 00:41:47,130 "Shoop"! 404 00:41:49,508 --> 00:41:53,679 Saya datang Sekali lagi, apa kelemahan saya? 405 00:41:53,762 --> 00:41:55,556 Okey, bersantai 406 00:41:55,639 --> 00:41:56,848 Buat hal sendiri 407 00:41:56,932 --> 00:41:59,142 Salt, saya lihat sekeliling Saya tak percaya 408 00:41:59,226 --> 00:42:01,770 Saya sumpah, saya nampak Anak saudara saya saksinya 409 00:42:01,853 --> 00:42:04,064 Lelaki itu kelihatan nakal 410 00:42:04,648 --> 00:42:06,984 Jahat Saya nak menghampirinya 411 00:42:07,067 --> 00:42:09,111 Saya tak malu minta nombor telefon 412 00:42:09,194 --> 00:42:11,572 Saya bukan wanita murahan 413 00:42:11,655 --> 00:42:14,032 Ini cara saya berpakaian 414 00:42:14,116 --> 00:42:16,660 Saya serlahkan bentuk pinggul saya Kembali buat hal saya 415 00:42:16,743 --> 00:42:19,496 Untuk dapatkan wang Saya nak tarik perhatian dia 416 00:42:38,223 --> 00:42:41,184 Bekas suami kamu tak boleh halang kamu berpindah ke Montana, 417 00:42:41,268 --> 00:42:42,769 dan dia takkan halang kamu. 418 00:42:42,853 --> 00:42:45,147 - Perlukah saya dapatkan kebenaran dia? - Tak. 419 00:42:45,230 --> 00:42:47,357 Kamu cuma beritahu dia yang kamu nak pergi. 420 00:42:47,441 --> 00:42:51,028 Kami akan buat notis penempatan semula dan beri kepada dia. 421 00:42:51,111 --> 00:42:55,073 Selepas dia setuju, ubah rancangan keibubapaan kamu. Kemudian, kamu bebas. 422 00:42:55,991 --> 00:42:57,909 Macam mana kalau dia tak setuju? 423 00:42:57,993 --> 00:43:00,412 Secara teknikalnya, dia ada 30 hari untuk membantah. 424 00:43:00,495 --> 00:43:03,373 Kalau dia membantah, kita perlu ke mahkamah. 425 00:43:04,750 --> 00:43:05,584 Okey. 426 00:43:06,585 --> 00:43:08,337 Saya tiada masa 30 hari 427 00:43:08,420 --> 00:43:11,214 sebab saya patut berpindah keluar pada enam hari bulan, 428 00:43:11,298 --> 00:43:13,467 dan saya nak terus ke Montana 429 00:43:13,550 --> 00:43:17,346 sebab saya tak perlu bayar sewa apartmen lagi. 430 00:43:17,429 --> 00:43:20,349 Jadi, saya mendaftar dalam semester musim panas 431 00:43:20,432 --> 00:43:23,018 dan bayar deposit rumah di sana. 432 00:43:23,101 --> 00:43:25,604 Kamu rasa Sean akan membantah notis itu? 433 00:43:25,687 --> 00:43:26,521 Ya. 434 00:43:27,773 --> 00:43:32,152 Okey. Jika dia membantah, kita boleh beri dia perintah mahkamah. 435 00:43:32,235 --> 00:43:36,323 Beri dia perintah larangan menghubungi. Itu perintah sekatan. 436 00:43:36,907 --> 00:43:41,161 Kami akan dapatkan kamu hak jagaan kecemasan Maddy sebab dia seorang pendera. 437 00:43:41,244 --> 00:43:42,746 Ini isu keselamatan. 438 00:43:43,538 --> 00:43:47,501 - Saya boleh buat begitu? - Ya. Ada banyak lagi. 439 00:43:47,584 --> 00:43:52,464 Kita boleh buat laporan polis untuk dakwaan membahayakan kanak-kanak. 440 00:43:52,547 --> 00:43:54,800 Kita boleh saman dia sebab tekanan emosi. 441 00:43:54,883 --> 00:43:58,053 Kita boleh hancurkan jiwanya. Ia akan ambil masa. 442 00:43:58,136 --> 00:44:01,014 Cara terpantas untuk kamu ke Missoula pada musim panas ini 443 00:44:01,098 --> 00:44:03,392 adalah dia tandatangani notis ini. 444 00:44:04,142 --> 00:44:04,976 Okey. 445 00:44:08,188 --> 00:44:10,399 Siapa yang beri dia notis? 446 00:44:11,733 --> 00:44:15,362 Orang lain. Jangan risau. Kita guna perkhidmatan pihak ketiga. 447 00:44:15,987 --> 00:44:17,364 Boleh saya lakukannya? 448 00:44:20,200 --> 00:44:22,285 Saya tak tahu jika… 449 00:44:22,369 --> 00:44:23,829 Adakah tindakan itu bijak? 450 00:44:24,955 --> 00:44:27,624 Saya boleh lakukannya di tempat awam. 451 00:44:29,418 --> 00:44:30,335 Saya… 452 00:44:32,963 --> 00:44:34,381 Saya nak beritahu dia. 453 00:44:35,340 --> 00:44:38,385 Saya nak dia tengok yang saya tak takut pada dia lagi. 454 00:45:11,001 --> 00:45:12,252 Kita di mana? 455 00:45:14,463 --> 00:45:17,841 - Kita akan cari seseorang. - Siapa? 456 00:45:39,571 --> 00:45:40,572 Mak. 457 00:45:41,072 --> 00:45:44,868 Aduhai. Maddy. 458 00:45:47,370 --> 00:45:49,581 Nenek rindukan kamu. 459 00:45:51,082 --> 00:45:54,294 Nenek nak tengok kilauan nenek moyang kita dalam mata kamu. 460 00:45:54,544 --> 00:45:56,796 Nenek nampak. Ia masih di situ. 461 00:45:56,880 --> 00:45:59,966 - Aduhai. Nenek sayangkan kamu. - Hei, mak. 462 00:46:01,218 --> 00:46:02,052 Hei. 463 00:46:03,303 --> 00:46:05,972 Saya tak sangka mak ada di sini. 464 00:46:06,723 --> 00:46:08,058 Mak tak pernah pergi. 465 00:46:09,893 --> 00:46:11,978 - Saya andaikan… - Kamu andaikan. 466 00:46:12,938 --> 00:46:15,899 Apa yang kamu andaikan tentang mak, Alex? 467 00:46:16,650 --> 00:46:21,029 Saya sangka selepas Basil bawa mak keluar, mak tak nak lagi berada di sini. 468 00:46:21,530 --> 00:46:22,781 Kamu salah. 469 00:46:23,490 --> 00:46:27,619 Mak gunakan Basil untuk keluarkan mak dari penjara yang kamu letak saya dalam. 470 00:46:27,702 --> 00:46:29,454 Kemudian, mak halau dia. 471 00:46:29,538 --> 00:46:32,832 Mak dah baiki kereta mak. Mak ada kerja baru. 472 00:46:32,999 --> 00:46:35,377 Mak sangat gembira. 473 00:46:35,460 --> 00:46:38,129 - Apa yang berlaku di sini? - Sayang. 474 00:46:38,755 --> 00:46:40,465 - Masa rehat? - Tak. 475 00:46:40,549 --> 00:46:43,760 Ini anak saya dan anak dia. 476 00:46:45,011 --> 00:46:48,557 - Kamu seorang nenek? - Tak. Anak saya ada anak perempuan. 477 00:46:48,640 --> 00:46:51,643 - Ada pelanggan. - Ya. Maaf, sayang. 478 00:46:51,726 --> 00:46:53,770 Tunggu sekejap. Hai. 479 00:46:53,853 --> 00:46:57,649 Barang ini dibuat oleh pelukis tempatan yang terkenal. 480 00:46:57,732 --> 00:47:01,152 Tiga untuk $50 saja. Ia memang menakjubkan. 481 00:47:01,903 --> 00:47:03,989 Sayang, mak nak kamu tahu yang 482 00:47:04,072 --> 00:47:07,033 mak rasa sangat seimbang. Mak seorang pelukis sejati. 483 00:47:07,117 --> 00:47:08,660 Mak tak boleh cakap sekarang 484 00:47:08,743 --> 00:47:11,663 sebab kami perlu berkemas nanti. Kami sibuk. 485 00:47:12,247 --> 00:47:15,417 Okey. Boleh saya datang semula nanti? 486 00:47:18,211 --> 00:47:22,632 Kamu nak mak katakannya, Alex? Mak tak nak cakap dengan kamu. 487 00:47:24,884 --> 00:47:25,969 Tolonglah, mak. 488 00:47:26,636 --> 00:47:28,972 Boleh saya belanja mak minum bir? 489 00:47:29,055 --> 00:47:31,349 Baiklah. Namun, kami nak ke Portland malam ini. 490 00:47:31,433 --> 00:47:35,478 Micah perlu buka gerainya di pasar lambak di sana pada waktu pagi. 491 00:47:35,562 --> 00:47:37,564 Okey. Pukul berapa mak balik? 492 00:47:37,647 --> 00:47:40,358 - Sayang. Pelanggan. - Okey, sayang. 493 00:47:41,318 --> 00:47:43,570 Entahlah. Petang esok. 494 00:47:44,863 --> 00:47:47,949 - Bagaimana dengan pukul 6:00? - Ya, tiada masalah. 495 00:47:49,117 --> 00:47:50,285 Hei, sayang. 496 00:47:51,161 --> 00:47:53,079 - Paula. - Ya, sayang. Okey. 497 00:47:53,163 --> 00:47:55,915 - Tolonglah. - Mak ada kerja. Jumpa lagi. 498 00:47:56,333 --> 00:48:00,086 Hei. Saya suka topi kamu. Cantiknya. 499 00:48:00,170 --> 00:48:02,172 Ia memang kukuh. 500 00:48:26,154 --> 00:48:29,908 - Wang tunai palsu atau kad kredit palsu? - Wang tunai palsu. 501 00:48:29,991 --> 00:48:31,493 Warnanya agak biru. 502 00:48:31,993 --> 00:48:34,996 Biru langit. Warna kegemaran saya. 503 00:48:36,539 --> 00:48:39,417 Bukan biru kobalt atau biru kelasi. Biru langit. 504 00:49:04,609 --> 00:49:05,652 Hei. 505 00:49:07,278 --> 00:49:08,279 Maaf, saya terlambat. 506 00:49:12,158 --> 00:49:15,620 - Nak minum kopi sebelum kita berbincang? - Tak. 507 00:49:21,042 --> 00:49:22,460 Kamu nampak cantik. 508 00:49:23,712 --> 00:49:25,004 Ia bukan untuk kamu. 509 00:49:32,971 --> 00:49:37,225 - Apa di dalam sampul itu? - Saya nak beri kamu notis mahkamah. 510 00:49:40,603 --> 00:49:44,566 Saya dan Maddy akan berpindah ke Montana. Saya nak masuk kolej. 511 00:49:45,775 --> 00:49:47,360 Saya dah dapatkan bantuan perumahan 512 00:49:47,444 --> 00:49:50,947 dan ada program jagaan anak harian untuk pelajar sepenuh masa. 513 00:49:51,030 --> 00:49:54,534 Ia sangat bagus untuk kami. Kami akan pergi minggu depan. 514 00:49:54,617 --> 00:49:57,537 Ini notis penempatan semula. Ini pen untuk tandatangan. 515 00:49:57,620 --> 00:49:59,205 Mana Maddy sekarang? 516 00:50:01,750 --> 00:50:05,086 - Ia tak boleh dirunding… - Saya nak tahu mana anak saya. 517 00:50:09,549 --> 00:50:13,344 Kamu tak boleh kurung dia di dalam rumah perlindungan lagi, Alex. 518 00:50:13,845 --> 00:50:14,846 Dia selamat. 519 00:50:17,307 --> 00:50:20,310 Kamu wajib membenarkan saya jumpa anak saya. 520 00:50:20,393 --> 00:50:21,603 Sebenarnya, tak. 521 00:50:23,730 --> 00:50:26,649 Pemindahan ini bagus untuk saya dan Maddy. 522 00:50:28,860 --> 00:50:31,154 - Tandatangan borang dan kami boleh pergi. - Tak. 523 00:50:32,405 --> 00:50:36,159 Saya takkan benarkan kamu pergi ke Montana dengan anak saya. 524 00:50:36,242 --> 00:50:39,621 Saya beri kamu peluang untuk tandatangan sekarang. 525 00:50:39,704 --> 00:50:41,831 Jika tak, kita akan ke mahkamah. 526 00:50:41,915 --> 00:50:44,417 Jika kamu tak tandatangan, habislah kamu. 527 00:50:44,501 --> 00:50:45,752 Habislah saya? 528 00:50:47,212 --> 00:50:50,131 Hakim kata kamu tak layak jaga anak. 529 00:50:50,215 --> 00:50:51,716 Kali ini berbeza. 530 00:50:55,094 --> 00:50:57,347 Saya ada peguam hebat yang nak pastikan 531 00:50:57,430 --> 00:51:01,100 kamu tak boleh berada dalam lingkungan sepuluh kaki dari saya atau Maddy lagi. 532 00:51:02,101 --> 00:51:04,020 Saya juga tahu perbuatan kamu. 533 00:51:07,023 --> 00:51:09,359 Akibat itu, saya dapat kecelaruan stres pascatrauma. 534 00:51:11,694 --> 00:51:16,866 Saya tahu kamu takkan dapat kawal saya lagi, okey? 535 00:51:21,913 --> 00:51:23,790 Kita jumpa di mahkamah. 536 00:51:56,030 --> 00:51:58,867 Kalau kamu tak pernah lihat lelaki meniup kaca, 537 00:51:58,950 --> 00:52:01,661 kamu tak tahu yang ia mengghairahkan. 538 00:52:01,744 --> 00:52:04,998 Bibir mereka menyentuh kaca. 539 00:52:05,081 --> 00:52:06,833 Bibir menyentuh kaca. 540 00:52:06,916 --> 00:52:10,503 Ia berbahaya. Kamu patut tengok Micah. 541 00:52:10,587 --> 00:52:12,547 Dia ada buat demonstrasi. 542 00:52:14,299 --> 00:52:18,177 - Jadi, dia teman lelaki mak sekarang? - Dia nak jadi teman lelaki mak. 543 00:52:18,261 --> 00:52:21,347 Dia selalu cakap yang dia cintakan mak. 544 00:52:21,431 --> 00:52:22,473 Namun… 545 00:52:23,224 --> 00:52:26,895 Mak betul-betul kecewa dengan Basil. 546 00:52:26,978 --> 00:52:29,188 Mak akan ambil masa dengan Micah. 547 00:52:29,731 --> 00:52:35,236 Lagipun, entah kenapa, dia masih tinggal dengan bekas isterinya. 548 00:52:35,320 --> 00:52:39,324 Boleh beri kami kerepek kentang percuma? 549 00:52:42,410 --> 00:52:46,331 Apa pun… Mak ada beritahu kamu tentang kumpulan mak? 550 00:52:47,624 --> 00:52:49,667 - Tak. - Mak sertai kumpulan 551 00:52:49,751 --> 00:52:54,464 seniman baru dan… 552 00:52:54,547 --> 00:52:57,133 - Terima kasih. - Kamu nak tahu? 553 00:52:57,717 --> 00:53:00,678 Mereka kawan Micah, tapi sekarang mereka kawan mak. 554 00:53:00,762 --> 00:53:04,515 Semuanya pelukis dan pengarca. 555 00:53:04,599 --> 00:53:07,435 Kami tinggal dan makan bersama-sama. 556 00:53:08,186 --> 00:53:10,188 Mak tinggal di mana? 557 00:53:10,271 --> 00:53:11,397 Mereka ada… 558 00:53:11,481 --> 00:53:16,778 sebuah lof di Port Renfrew. Mereka beri mak sebuah unit penjuru. 559 00:53:16,861 --> 00:53:19,405 Pemandangannya cantik. Kamu patut datang. 560 00:53:20,198 --> 00:53:25,036 Mak nak cakap yang mak gembira sekarang. 561 00:53:25,995 --> 00:53:29,707 Mak usahakan karya seni sepanjang hari. Mak berjaga malam. 562 00:53:29,791 --> 00:53:32,752 Melihatkan bintang. Bercakap dengan rakan-rakan seniman mak. 563 00:53:32,835 --> 00:53:35,505 - Mak nampak sangat gembira. - Ya, sayang. 564 00:53:35,588 --> 00:53:40,551 Ya. Kejadian dengan Basil itu benar-benar mengubah hidup mak. 565 00:53:42,261 --> 00:53:43,513 Saya… 566 00:53:45,807 --> 00:53:49,227 Saya pun sedang lalui saat itu sekarang. 567 00:53:49,811 --> 00:53:50,770 Yakah? 568 00:53:51,896 --> 00:53:52,730 Ya. 569 00:53:54,816 --> 00:53:55,942 Saya… 570 00:53:56,025 --> 00:53:58,277 Saya rasa saya dah beritahu mak, tapi… 571 00:53:59,821 --> 00:54:03,074 Saya nak berpindah ke Montana. 572 00:54:03,157 --> 00:54:04,033 Betul. 573 00:54:04,534 --> 00:54:06,327 Kamu tinggalkan Sean lagi. 574 00:54:07,203 --> 00:54:10,540 Ya. Saya akan berpindah ke Missoula. 575 00:54:11,457 --> 00:54:12,542 Minggu depan. 576 00:54:13,084 --> 00:54:14,210 Juga… 577 00:54:16,004 --> 00:54:17,296 Saya nak masuk kolej. 578 00:54:21,968 --> 00:54:22,927 Wah. 579 00:54:30,101 --> 00:54:31,644 Kamu mampu bayar yurannya? 580 00:54:32,437 --> 00:54:33,312 Tak. 581 00:54:35,023 --> 00:54:36,816 Tak. Namun, saya… 582 00:54:37,608 --> 00:54:42,030 Saya buat pinjaman pelajaran. Saya akan cuci rumah kalau tiada kelas. 583 00:54:42,113 --> 00:54:44,115 Saya dapat bantuan perumahan keluarga. 584 00:54:44,198 --> 00:54:48,244 Saya juga dah daftarkan program jagaan kanak-kanak untuk Maddy. 585 00:54:51,456 --> 00:54:52,749 Macam itu saja. 586 00:54:53,916 --> 00:54:55,126 Lari saja dari pekan ini. 587 00:55:03,676 --> 00:55:04,844 Apa pendapat mak? 588 00:55:05,386 --> 00:55:07,055 Ya Tuhan, mak… 589 00:55:07,555 --> 00:55:09,724 Mak sangat bangga dengan kamu. 590 00:55:11,017 --> 00:55:11,893 Mak… 591 00:55:17,273 --> 00:55:18,149 Hei. 592 00:55:19,650 --> 00:55:23,446 Mak patut dapat pujian sebab ajar kamu mengejar kejayaan, bukan? 593 00:55:24,072 --> 00:55:26,199 Mak boleh berlagak, okey? 594 00:55:26,824 --> 00:55:29,911 - Mak boleh berlagak. - Terima kasih, mak. 595 00:55:29,994 --> 00:55:32,246 Hei. Hei, semua. 596 00:55:32,330 --> 00:55:34,999 - Anak saya akan masuk kolej. - Okey, mak. 597 00:55:38,961 --> 00:55:39,837 Ya Tuhan. 598 00:55:40,421 --> 00:55:42,006 Biar saya hantar mak ke kereta. 599 00:55:42,090 --> 00:55:44,842 Mak okey. Kereta mak di sana, sayang. 600 00:55:44,926 --> 00:55:47,303 Mak boleh regangkan kaki mak. 601 00:55:47,386 --> 00:55:51,516 - Mak okey. Kirim salam kepada Maddy. - Biar saya hantar mak ke kereta. 602 00:55:51,599 --> 00:55:53,851 Kenapa kamu begitu dramatik? 603 00:55:55,228 --> 00:55:59,023 - Boleh jumpa lagi sebelum saya pindah? - Ya. Baiklah. 604 00:55:59,148 --> 00:56:01,901 - Selamat malam. - Okey. 605 00:56:06,030 --> 00:56:07,365 Apa benda di belakang kereta? 606 00:56:07,448 --> 00:56:09,450 Barang-barang pasar lambak. 607 00:56:09,534 --> 00:56:12,537 Mak seronok. Terima kasih sebab belanja bir tadi. 608 00:56:12,620 --> 00:56:14,622 Kirim salam kepada Maddy. Selamat malam. 609 00:57:54,722 --> 00:57:56,682 Kisah ini rekaan semata-mata. 610 00:58:30,132 --> 00:58:32,635 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri