1 00:00:10,970 --> 00:00:14,390 SEBUAH SIRI NETFLIX 2 00:01:41,769 --> 00:01:44,981 Saya Denise. Saya mangsa keganasan rumahtangga. 3 00:01:45,064 --> 00:01:46,023 Hai, Denise. 4 00:01:46,107 --> 00:01:47,191 Hai, Denise. 5 00:01:47,275 --> 00:01:52,363 Ada sesiapa nak berkongsi apa-apa sebelum kita mulakan aktiviti khas kita? 6 00:01:54,157 --> 00:01:57,451 Okey. Kalau begitu, saya akan serahkannya kepada Alex. 7 00:01:57,535 --> 00:01:58,953 Mari alu-alukan kedatangan dia. 8 00:02:01,122 --> 00:02:02,165 Terima kasih, semua. 9 00:02:02,248 --> 00:02:06,669 Saya Alex dan saya mangsa keganasan rumahtangga. 10 00:02:06,752 --> 00:02:08,921 - Hai, Alex. - Hai, Alex. 11 00:02:09,005 --> 00:02:13,009 Saya tanya Denise jika saya boleh buat kerja sukarela dan… 12 00:02:13,593 --> 00:02:18,181 Saya maksudkan mencuci tandas tapi Denise suruh saya ke sini. 13 00:02:18,264 --> 00:02:23,394 Saya menolak, tapi dia berkeras. Sebab itu saya di sini pada hari ini. 14 00:02:23,477 --> 00:02:25,688 Tunjukkan buku nota pembunuh bersiri kamu. 15 00:02:25,771 --> 00:02:28,441 Dia kata tulisan saya macam tulisan pembunuh bersiri. 16 00:02:28,524 --> 00:02:30,234 Kamu yang tulis semua itu? 17 00:02:30,318 --> 00:02:34,363 Ya. Saya dah menulis sejak berada di Rumah Perlindungan McMullen. 18 00:02:35,698 --> 00:02:39,660 Ada sesiapa tulis untuk seronok-seronok? 19 00:02:42,413 --> 00:02:44,957 Brandi, kamu tak perlu angkat tangan. 20 00:02:45,625 --> 00:02:49,754 Saya ada diari ketika gred lima. Ia berbulu dan berwarna merah jambu. 21 00:02:49,837 --> 00:02:52,089 Ia juga ada kunci. 22 00:02:52,173 --> 00:02:54,634 Saya juga. Saya pernah ada satu diari. 23 00:02:56,135 --> 00:02:57,762 Ini persoalan yang sukar. 24 00:02:57,845 --> 00:03:01,265 Kamu menulis diari kepada siapa? 25 00:03:01,349 --> 00:03:03,893 Tiada sesiapa. Hanya saya. 26 00:03:03,976 --> 00:03:05,311 Ya, saya juga. 27 00:03:06,312 --> 00:03:10,316 Dengan menulis, saya dapat jadi jujur tentang perasaan saya. 28 00:03:10,983 --> 00:03:14,904 Kadangkala, itu satu-satunya cara untuk tahu perasaan sebenar saya. 29 00:03:14,987 --> 00:03:18,491 Saya perlu menulis untuk lihat perkara yang saya akan tulis. 30 00:03:18,574 --> 00:03:20,284 Kalau itu masuk akal. 31 00:03:21,118 --> 00:03:21,953 Namun… 32 00:03:22,954 --> 00:03:27,541 saya rasa lebih mudah untuk tulis kebenaran daripada menuturkannya. 33 00:03:29,377 --> 00:03:32,171 Tiada sesiapa boleh mempengaruhi tulisan kita. 34 00:03:32,254 --> 00:03:36,676 Tiada sesiapa boleh kata yang kita salah atau kata-kata kita salah. 35 00:03:36,759 --> 00:03:38,094 Sebab ia tak salah. 36 00:03:38,177 --> 00:03:40,888 Kita betul dan kata-kata kita adalah betul. 37 00:03:42,640 --> 00:03:44,141 Sebab itu kata-kata kita. 38 00:03:45,601 --> 00:03:49,105 Kamu semua dah diberi buku nota dan pen. 39 00:03:49,188 --> 00:03:52,650 Adakah kita perlu membacanya dengan kuat? 40 00:03:52,733 --> 00:03:56,237 Boleh, kalau kamu nak tapi tak perlu kalau kamu tak nak. 41 00:03:57,071 --> 00:03:59,991 Okey, saya bawa beberapa topik penulisan 42 00:04:00,074 --> 00:04:03,577 yang saya dapat daripada profesor sebenar di Internet 43 00:04:03,661 --> 00:04:06,455 yang layak untuk mengajar. 44 00:04:06,539 --> 00:04:10,209 Okey. Gambarkan hari anda yang paling menggembirakan dalam hidup anda. 45 00:04:10,293 --> 00:04:13,170 Ia boleh jadi hari yang benar-benar berlaku. 46 00:04:13,254 --> 00:04:16,465 Atau hari yang kamu nak sangat jadi kenyataan. 47 00:04:19,552 --> 00:04:21,429 Saya akan tetapkan masa selama… 48 00:04:22,596 --> 00:04:23,889 sepuluh minit. 49 00:04:23,973 --> 00:04:27,810 Jangan rasa tertekan, menulis dengan santai. 50 00:04:33,774 --> 00:04:35,192 Hebat betul sesi tadi. 51 00:04:35,276 --> 00:04:38,279 - Boleh saya tanya sesuatu? - Dah tentu. 52 00:04:38,362 --> 00:04:40,614 Saya dah tahu jawapannya, 53 00:04:40,698 --> 00:04:43,701 tapi pelawat tak dibenarkan di pusat perlindungan, bukan? 54 00:04:43,784 --> 00:04:46,162 Tak. Maaf, sayang. 55 00:04:46,245 --> 00:04:49,332 Hanya mangsa dan anak mereka dibenarkan. 56 00:04:49,999 --> 00:04:51,625 - Saya dah agak. - Mengapa? 57 00:04:53,836 --> 00:04:56,922 Saya baru tahu yang mak saya tinggal di dalam kereta. 58 00:04:57,006 --> 00:04:58,341 Saya bersimpati. 59 00:04:58,424 --> 00:05:01,469 - Terima kasih. - Dia mangsa keganasan rumah tangga? 60 00:05:02,178 --> 00:05:06,974 Dia mangsa keganasan rumahtangga yang kronik, tapi dia menafikannya. 61 00:05:07,058 --> 00:05:09,894 Dia juga ada delusi dan tak makan ubat. 62 00:05:10,644 --> 00:05:12,605 Usianya lebih daripada 55 tahun? 63 00:05:14,023 --> 00:05:17,568 Ada program SHARE yang menempatkan gelandangan di pusat warga emas, 64 00:05:17,651 --> 00:05:19,820 tapi dia perlu mendaftar. 65 00:05:19,904 --> 00:05:20,738 Ya. 66 00:05:21,697 --> 00:05:24,825 Dia sangat bencikan program kerajaan 67 00:05:24,909 --> 00:05:29,038 dan dia pelarian wad sakit jiwa, jadi pasti dia tak layak. 68 00:05:29,538 --> 00:05:30,373 Terima kasih. 69 00:05:31,040 --> 00:05:33,542 Ada sesiapa lagi yang boleh jaga mak kamu? 70 00:05:34,126 --> 00:05:37,046 Tak, saya yang jaga dia sejak saya berusia enam tahun. 71 00:05:38,506 --> 00:05:41,467 Apa yang akan berlaku kalau kamu tak jaga dia dulu? 72 00:05:50,643 --> 00:05:55,356 Saya akan buat kemasukan yang gah. 73 00:06:01,529 --> 00:06:06,742 Ia beri kesan yang kuat. Ya, itu idea yang baik. 74 00:06:09,203 --> 00:06:10,621 Alamak! 75 00:06:10,704 --> 00:06:13,332 - Hei, mak. - Alex, hei. 76 00:06:13,415 --> 00:06:18,754 Saya ternampak kereta mak dalam perjalanan pulang dari kerja. 77 00:06:18,838 --> 00:06:20,464 Kereta mak mudah dicam. 78 00:06:20,548 --> 00:06:25,010 - Mak buat apa di sini? - Lihatlah pemandangan ini. 79 00:06:25,094 --> 00:06:26,887 Musim bunga dah bermula. 80 00:06:26,971 --> 00:06:29,807 Gumpalan awan akan disinari matahari terbenam 81 00:06:29,890 --> 00:06:33,352 dan mak nak perhatikannya setiap saat. 82 00:06:33,435 --> 00:06:36,063 Mak macam bercakap dengan burung tadi. 83 00:06:36,147 --> 00:06:37,815 Tak, sayang. 84 00:06:38,440 --> 00:06:43,946 Mak muat turun aplikasi perencanaan dalam telefon mak. 85 00:06:44,029 --> 00:06:48,492 Sebab mak akan beri syarahan tentang konsep Neolitik 86 00:06:48,576 --> 00:06:50,786 kapal solar kepada kumpulan artis mak. 87 00:06:50,870 --> 00:06:54,957 Mak memang nak menulisnya, tapi tak boleh. 88 00:06:55,040 --> 00:06:56,876 Sebab tangan mak sakit. 89 00:06:56,959 --> 00:06:59,211 Mana simen tangan mak? 90 00:07:00,296 --> 00:07:01,672 Mana simen tangan mak? 91 00:07:03,507 --> 00:07:06,343 Tangan mak bersimen dulu. Mana simen tangan mak? 92 00:07:07,928 --> 00:07:11,265 Tangan mak gatal, jadi Micah tanggalkannya. 93 00:07:11,348 --> 00:07:14,351 Ia sangat erotik. 94 00:07:14,435 --> 00:07:17,688 Biar betul? Tangan mak perlu bersimen selama enam minggu lagi. 95 00:07:17,771 --> 00:07:19,732 - Tak mengapa. - Tak boleh. 96 00:07:19,815 --> 00:07:22,735 Tendon mak putus. Sekarang, ia takkan sembuh. 97 00:07:23,569 --> 00:07:27,323 Kalau kamu nak rosakkan suasana, kamu perlu pergi. 98 00:07:32,328 --> 00:07:35,956 Saya gembira saya terserempak dengan mak. 99 00:07:36,582 --> 00:07:40,586 Saya tahu mak gembira tinggal di pagu mak 100 00:07:40,669 --> 00:07:42,713 dengan kumpulan pelukis mak tapi… 101 00:07:44,632 --> 00:07:47,384 saya dah cakap saya akan pindah ke Montana. 102 00:07:49,762 --> 00:07:50,971 Apa kata mak ikut saya? 103 00:07:53,224 --> 00:07:55,184 Saya ada penginapan di kampus. 104 00:07:55,518 --> 00:07:56,977 Mak boleh bersama Maddy. 105 00:07:57,061 --> 00:08:01,690 Mak boleh keluar berjalan kaki dan melukis sepanjang hari. 106 00:08:02,441 --> 00:08:04,443 Maddy akan masuk ke tadika. 107 00:08:07,488 --> 00:08:09,865 Sayang, kehidupan itu tak sesuai untuk mak. 108 00:08:11,784 --> 00:08:14,662 - Mengapa pula? - Sebab mak tak membosankan. 109 00:08:16,997 --> 00:08:18,916 Mak ada kehidupan sendiri. 110 00:08:18,999 --> 00:08:21,794 Mak tak boleh sentiasa ikut kamu. 111 00:08:21,877 --> 00:08:24,463 Mak. Saya serius. Saya nak ajak mak ke sana. 112 00:08:26,423 --> 00:08:28,467 Keluarga mak ada di sini, sayang. 113 00:08:28,551 --> 00:08:33,514 Nenek kamu dan ibunya dikebumikan di sini. Semua wanita keluarga Langley ada di sini. 114 00:08:35,057 --> 00:08:38,310 Saya juga wanita keluarga Langley tapi saya akan pergi. 115 00:08:38,727 --> 00:08:40,646 Mak tahu, sayang. Itu diri kamu. 116 00:08:41,480 --> 00:08:42,356 Namun… 117 00:08:44,900 --> 00:08:46,110 mak tak boleh pergi. 118 00:08:49,572 --> 00:08:50,406 Okey. 119 00:08:52,992 --> 00:08:55,411 Pergi jumpa doktor sebelum saya pergi. 120 00:08:55,494 --> 00:08:58,247 - Doktor pergelangan tangan. - Tak. 121 00:08:58,330 --> 00:09:01,166 Saya akan buat janji temu untuk mak esok, okey? 122 00:09:01,250 --> 00:09:04,128 Kita akan berjumpa di sana. Angguk kalau dengar. 123 00:09:08,632 --> 00:09:11,218 Saya tak nak risaukan mak apabila di sana. 124 00:09:16,056 --> 00:09:19,143 Lihat. Gumpalan awan yang disinari matahari terbenam. 125 00:09:20,853 --> 00:09:24,648 Kita akan mula dari sini. Kemudian, kita akan melalui gunung. 126 00:09:25,232 --> 00:09:28,527 Kita akan ke Spokane, sebuah bandar yang besar. 127 00:09:28,611 --> 00:09:31,113 Kemudian, kita akan melalui gunung lagi. 128 00:09:31,739 --> 00:09:33,574 Kemudian, beberapa gunung lagi. 129 00:09:34,325 --> 00:09:36,535 Sehinggalah ke Missoula. 130 00:09:37,828 --> 00:09:39,038 Di sini. 131 00:09:39,121 --> 00:09:40,664 Missoula. 132 00:09:40,748 --> 00:09:41,582 Missoula. 133 00:09:43,459 --> 00:09:45,711 Tempoh perjalanannya selama ini. 134 00:09:45,794 --> 00:09:51,800 Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Lapan. Sembilan. 135 00:09:51,884 --> 00:09:52,718 Sembilan jam. 136 00:09:53,594 --> 00:09:56,096 - Jangan lupa "Shoop". - Betul. 137 00:10:31,715 --> 00:10:33,425 Tak! 138 00:10:34,343 --> 00:10:35,344 $45.00 - BAKI $90.00 139 00:10:55,864 --> 00:10:58,992 BAKI $135.00 140 00:10:59,076 --> 00:11:05,582 Hai, saya nak pesan buku teks Bahasa Inggeris 102, blok lima. 141 00:11:07,334 --> 00:11:08,836 $135.00 BAKI -$128.30 142 00:11:08,919 --> 00:11:09,920 Untuk buku? 143 00:11:11,338 --> 00:11:13,632 Kamu ada buku teks terpakai? 144 00:11:14,591 --> 00:11:16,719 BAKI $13.50 145 00:11:16,802 --> 00:11:21,348 Bagus. Boleh simpankannya untuk saya? Saya boleh tiba di sana pada hari Selasa. 146 00:11:24,143 --> 00:11:24,977 Terima kasih. 147 00:11:27,396 --> 00:11:29,148 PANGGILAN MASUK TARA 148 00:11:29,231 --> 00:11:30,732 - Tara. - Baguslah. Hai. 149 00:11:30,816 --> 00:11:33,277 Saya ada maklumat terkini untuk kamu. 150 00:11:33,360 --> 00:11:35,279 Saya datang dari pejabat kerani. 151 00:11:35,988 --> 00:11:36,905 Tak mengapa. 152 00:11:36,989 --> 00:11:39,616 Mereka membantah notis penempatan semula. 153 00:11:39,700 --> 00:11:43,454 Namun usul untuk perintah hak penjagaan kecemasan ex parte 154 00:11:43,537 --> 00:11:46,999 telah difailkan. Saya juga dah beri dia perintah tiada perhubungan sementara. 155 00:11:47,082 --> 00:11:49,251 Pasti dia faham. 156 00:11:49,334 --> 00:11:51,420 - Dia tak boleh hubungi saya? - Ya. 157 00:11:51,503 --> 00:11:54,506 Syerif dah beri dia perintah sekatan 158 00:11:54,590 --> 00:11:56,717 dan usul ex parte pagi tadi. 159 00:11:56,800 --> 00:11:57,634 Okey. 160 00:11:58,469 --> 00:12:01,054 - Apa yang berlaku sekarang? - Kita tunggu. 161 00:12:01,138 --> 00:12:03,932 Saya suruh peguam Sean hubungi saya nanti. 162 00:12:04,433 --> 00:12:07,603 - Okey, terima kasih. - Sama-sama, selamat tinggal. 163 00:12:08,896 --> 00:12:11,440 Brandi, giliran kamu seterusnya, bukan? 164 00:12:13,233 --> 00:12:16,612 Saya tak tahu jika ini hari paling gembira buat saya 165 00:12:16,695 --> 00:12:18,655 tapi ia yang terlintas dalam fikiran saya. 166 00:12:18,739 --> 00:12:19,990 Bagus. 167 00:12:21,700 --> 00:12:25,120 "Saya selalu berjalan-jalan dengan ayah saya semasa kecil. 168 00:12:25,787 --> 00:12:29,082 Kami akan berjalan-jalan pada bulan Jun sebelum musim panas yang melekit. 169 00:12:30,834 --> 00:12:35,380 Saya akan beli aiskrim oren Flintstone dari 7-Eleven. 170 00:12:36,381 --> 00:12:39,510 Jenis yang kita perlu tolak aiskrim ke atas dengan kuat. 171 00:12:39,593 --> 00:12:44,014 Kami berjalan di sepanjang laut untuk melihat buruj Virgo 172 00:12:44,097 --> 00:12:47,476 sebab hari jadi saya empat hari sebelum hari jadi dia. 173 00:12:48,352 --> 00:12:50,687 Ayah saya akan menuding ke arah langit dan cakap 174 00:12:50,771 --> 00:12:54,274 yang dia Gayung Besar dan saya Gayung Kecil. 175 00:12:55,108 --> 00:13:00,489 Kami berhenti berjalan-jalan apabila ayah saya jatuh sakit. 176 00:13:02,533 --> 00:13:04,868 Namun saya berjalan dengan anak saya baru-baru ini. 177 00:13:07,037 --> 00:13:09,456 Saya belikan dia aiskrim oren Flintstone. 178 00:13:12,668 --> 00:13:14,753 Ia lebih mudah ditolak sekarang. 179 00:13:16,463 --> 00:13:20,509 Apabila melihat langit malam… 180 00:13:21,301 --> 00:13:23,637 ia seolah-olah masa tak berlalu. 181 00:13:24,846 --> 00:13:26,473 Gayung Besar dan Gayung Kecil." 182 00:13:34,064 --> 00:13:34,982 Itu saja. 183 00:13:40,862 --> 00:13:44,032 Dah tentu kita nak pastikan kata-kata kita positif, 184 00:13:44,116 --> 00:13:48,870 tapi saya harap kita boleh sebut beberapa perkara 185 00:13:48,954 --> 00:13:53,709 yang kita akan ingat daripada kisah Brandi. 186 00:13:53,792 --> 00:13:55,919 "Musim panas yang melekit." 187 00:13:57,546 --> 00:13:59,298 "Ia lebih mudah ditolak." 188 00:14:02,467 --> 00:14:04,011 "Masa tak berlalu." 189 00:14:05,554 --> 00:14:07,222 "Gayung Besar dan Gayung Kecil." 190 00:14:08,724 --> 00:14:11,018 Ada sesiapa lagi nak berkongsi? 191 00:14:20,277 --> 00:14:25,574 MENGHUBUNGI MAK 192 00:14:26,366 --> 00:14:28,785 Sila tinggalkan pesanan selepas nada ini. 193 00:14:33,415 --> 00:14:36,960 ALEX - SAYA DI KLINIK DOKTOR DI MANA MAK? 194 00:14:38,378 --> 00:14:40,839 ALEX - MAK LEWAT 15 MINIT! 195 00:14:42,257 --> 00:14:43,759 ALEX - HELO? 196 00:14:53,602 --> 00:14:54,436 Mak. 197 00:14:54,519 --> 00:14:55,354 Mak! 198 00:14:55,938 --> 00:14:57,189 Hei, sayang. 199 00:14:57,272 --> 00:14:59,274 Jangan begitu. Ayuh jumpa doktor. 200 00:14:59,358 --> 00:15:01,693 - Doktor apa? - Doktor yang mak tak jumpa tadi. 201 00:15:01,777 --> 00:15:04,446 Dia boleh jumpa mak pada jam empat. Ayuh pergi sekarang. 202 00:15:04,529 --> 00:15:06,490 Ini hari Khamis. Mak tak janji nak pergi. 203 00:15:06,573 --> 00:15:09,117 Kami buka gerai pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. 204 00:15:09,201 --> 00:15:10,911 Mak juga tak nak tinggalkan Micah. 205 00:15:10,994 --> 00:15:14,081 - Mari jumpa anak saya. - Kami dah berjumpa tempoh hari. 206 00:15:14,915 --> 00:15:17,084 Mak. Tolonglah, boleh kita pergi? 207 00:15:17,709 --> 00:15:20,963 Mengapa ada perada pada badan kamu? Kamu pergi parti? 208 00:15:21,046 --> 00:15:23,465 - Saya cuci bilik permainan. - Kamu tahu perada? 209 00:15:23,548 --> 00:15:26,885 - Ia mengotorkan bilik seni. - Mak dah berjanji. Marilah. 210 00:15:26,969 --> 00:15:29,554 - Ia mudah berselerakan. - Boleh mak jadi matang? 211 00:15:29,638 --> 00:15:31,682 - Ayuh. - Kamu yang dilitupi perada. 212 00:15:31,765 --> 00:15:34,142 Masuk dalam kereta dan saya bawa mak jumpa doktor. 213 00:15:34,226 --> 00:15:36,520 Kamu bukan bos mak. Okey? 214 00:15:36,687 --> 00:15:38,105 Tangan mak yang sakit. 215 00:15:38,188 --> 00:15:42,234 Mak akan guna minyak kanabis, jumpa doktor atau potong tangan mak. 216 00:15:42,317 --> 00:15:44,653 Hanya sebab kamu perlu ke Montana, 217 00:15:44,736 --> 00:15:46,780 tak bermakna mak perlu ke sana. Mak baik saja. 218 00:15:46,863 --> 00:15:49,574 Risaukan orang lain saja. Tolonglah. 219 00:15:49,658 --> 00:15:51,410 - Sayang. - Maaf, sayang. 220 00:15:51,493 --> 00:15:54,204 Mak sedang bekerja. Mak ada kerja, okey? 221 00:15:54,830 --> 00:15:55,831 Hai. 222 00:15:57,207 --> 00:15:59,835 Senyuman kamu manis. Saya suka senyuman kamu. 223 00:15:59,918 --> 00:16:01,128 PANGGILAN MASUK TARA 224 00:16:01,211 --> 00:16:02,921 - Tara? - Ada perubahan rancangan. 225 00:16:03,380 --> 00:16:05,549 Boleh kita berjumpa di pejabat saya di Whitby? 226 00:16:05,757 --> 00:16:09,720 - Semuanya okey? - Saya dah bercakap dengan peguam Sean. 227 00:16:09,803 --> 00:16:15,183 Mereka nak menolak usul ex parte disebabkan kekurangan bukti penderaan. 228 00:16:15,267 --> 00:16:18,437 Sean tak nak menyemak semula rancangan keibubapaan 229 00:16:18,520 --> 00:16:20,856 atau lepaskan hak penjagaan dia. 230 00:16:22,899 --> 00:16:24,609 Okey. 231 00:16:24,693 --> 00:16:25,819 Terima kasih. 232 00:16:25,902 --> 00:16:28,822 Maafkan saya. Jadi apa maksudnya? 233 00:16:28,905 --> 00:16:31,700 Maksudnya, dia kata kamu tipu tentang didera. 234 00:16:31,783 --> 00:16:34,870 Ada pembicaraan sebab yang mencukupi dalam 14 hari 235 00:16:34,953 --> 00:16:38,081 untuk tentukan kesahihan tuntutan kamu dan hak penjagaan yang sesuai. 236 00:16:38,165 --> 00:16:42,002 Ia akan jadi kes menang kalah. 237 00:16:42,753 --> 00:16:45,756 Kalau kamu kalah, kamu tak boleh bawa Maddy. 238 00:16:48,258 --> 00:16:49,092 Langsung? 239 00:16:49,176 --> 00:16:53,346 Nasib mangsa penderaan emosi di Washington memang malang. 240 00:16:53,430 --> 00:16:56,933 Saya tahu. Saya dah lalui semua ini dan kalah sebab tiada kesan lebam. 241 00:16:57,017 --> 00:17:00,979 Kamu takkan kalah. Kita ada 14 hari untuk cari bukti kukuh. 242 00:17:01,063 --> 00:17:03,774 Tentu ada orang pernah lihat dia dera kamu dari segi emosi. 243 00:17:03,857 --> 00:17:06,276 Saya perlu bertolak ke Montana pada hari Isnin. 244 00:17:06,359 --> 00:17:10,530 Kamu tak boleh ke mana-mana dengan Maddy sebelum pembicaraan itu. 245 00:17:14,826 --> 00:17:20,332 Saya akan kehilangan rumah keluarga dan tempat saya di universiti. Saya… 246 00:17:20,415 --> 00:17:22,584 - Ya. - Satu lagi. 247 00:17:23,168 --> 00:17:26,046 Saya perlu tinggalkan rumah perlindungan pada hujung minggu ini. 248 00:17:26,129 --> 00:17:29,674 Apa yang saya patut buat? Saya tiada rancangan sokongan. 249 00:17:29,758 --> 00:17:31,176 Kita akan lawan dia. 250 00:17:31,259 --> 00:17:33,887 Kamu akan sempat ke sana sebelum semester musim luruh. 251 00:17:33,970 --> 00:17:37,599 Saya baru saja buat pinjaman pelajaran sebanyak $9,000. 252 00:17:37,682 --> 00:17:42,729 Ini hidup saya. Saya tak kaya macam kamu dan Regina. Saya tak boleh bayar balik. 253 00:17:42,813 --> 00:17:43,939 Ada lagi. 254 00:17:44,022 --> 00:17:46,608 Sean nak melawat Maddy. 255 00:17:48,193 --> 00:17:51,113 Tak. Kita ada perintah sekatan. Tak boleh. 256 00:17:51,196 --> 00:17:53,073 Ia cuma kepada kamu, bukan kepada Maddy. 257 00:17:53,156 --> 00:17:55,867 Mahkamah dah luluskan lawatan selama empat jam. 258 00:17:57,577 --> 00:17:58,703 Bila? 259 00:17:58,787 --> 00:17:59,621 Esok. 260 00:18:00,288 --> 00:18:03,333 Mereka akan lantik pemantau neutral pihak ketiga, 261 00:18:03,416 --> 00:18:06,211 melainkan kamu ada seseorang? Nenek? 262 00:18:06,294 --> 00:18:08,713 Tak. Saya tak boleh buat begitu kepada dia. 263 00:18:08,797 --> 00:18:11,967 Kalau kamu tak patuh, kamu akan melanggar rancangan keibubapaan kamu. 264 00:18:12,050 --> 00:18:16,388 Kamu akan ditimpa masalah dalam pembicaraan 14 hari lagi. 265 00:18:16,471 --> 00:18:19,099 Alex, saya bersimpati atas semua ini, tapi… 266 00:18:20,142 --> 00:18:22,978 ia masih belum berakhir. Ini cuma masalah kecil. 267 00:19:10,108 --> 00:19:11,276 Ini saya. 268 00:19:11,359 --> 00:19:14,070 Alex. Aduhai! Ya Tuhan. 269 00:19:16,781 --> 00:19:18,575 Terkejut mak. 270 00:19:18,658 --> 00:19:20,285 Apa kamu buat di sini? 271 00:19:21,328 --> 00:19:23,121 Saya perlukan bantuan mak. 272 00:19:23,205 --> 00:19:24,456 Apa mak buat di sini? 273 00:19:24,539 --> 00:19:30,128 Mak minum terlalu banyak margarita dan berhenti di sini untuk… 274 00:19:31,296 --> 00:19:33,215 tidur sebelum pulang. 275 00:19:34,132 --> 00:19:36,927 - Mak. - Ya, mak tak patut tidur di sini. 276 00:19:37,010 --> 00:19:37,928 Cuma… 277 00:19:39,054 --> 00:19:43,141 kumpulan pelukis mak sangat bising, jadi mak ke sini… 278 00:19:43,975 --> 00:19:44,893 untuk tidur. 279 00:19:46,144 --> 00:19:48,730 Saya tahu mak tidur di sini. Mak bersendirian di taman 280 00:19:48,813 --> 00:19:50,732 dan tiada kumpulan pelukis. 281 00:19:56,363 --> 00:19:57,364 Sebenarnya… 282 00:20:00,283 --> 00:20:03,245 mungkin kumpulan pelukis bukan perkataan yang betul. 283 00:20:04,871 --> 00:20:10,377 Ada sekumpulan orang yang baik di sini. 284 00:20:10,460 --> 00:20:11,503 Betul. 285 00:20:12,128 --> 00:20:15,465 Keluarga Flores tidur di dalam karavan itu. 286 00:20:15,548 --> 00:20:18,009 Billy dan Anna. Mak sayangkan mereka. 287 00:20:18,093 --> 00:20:21,888 Kami jaga satu sama lain. 288 00:20:21,972 --> 00:20:26,393 Ia seperti tidur di luar beramai-ramai atau pawagam pandu masuk. 289 00:20:26,476 --> 00:20:27,978 Kami cuma perlukan bertih jagung. 290 00:20:29,646 --> 00:20:31,982 Mengapa mak tak boleh jaga diri sendiri? 291 00:20:32,065 --> 00:20:35,402 Apa maksud kamu? Mak ada minuman di sini. 292 00:20:35,485 --> 00:20:37,862 Mak ada vitamin, sayang. 293 00:20:37,946 --> 00:20:40,240 Selimut tebal dan ganja. 294 00:20:40,323 --> 00:20:42,117 - Mak okey. - Mak gelandangan. 295 00:20:42,200 --> 00:20:43,743 Mak tinggal dalam kereta. 296 00:20:43,827 --> 00:20:46,496 - Boleh berhenti bercakap? Tolonglah. - Tak. 297 00:20:47,247 --> 00:20:48,665 Mak suka kereta mak! 298 00:20:49,499 --> 00:20:51,418 Kereta biru kobalt mak. 299 00:20:51,501 --> 00:20:53,503 - Kami seperti keluarga. - Gelandangan. 300 00:20:53,586 --> 00:20:56,631 - Boleh berhenti bercakap? - Mak gelandangan. 301 00:20:56,715 --> 00:20:59,050 Mak suka tidur berlangitkan bintang. Mak berdikari. 302 00:21:01,553 --> 00:21:03,722 Bukan setiap masa. 303 00:21:04,264 --> 00:21:09,352 Kadangkala mak tinggal dengan Micah, apabila Alaina-May tiada di sana. 304 00:21:09,436 --> 00:21:14,024 - Siapa Alaina-May? - Mak dah cakap. Isterinya. 305 00:21:14,107 --> 00:21:19,863 Mereka dah berpisah tapi tinggal bersama sebab hidup Alaina-May tak terurus. 306 00:21:19,946 --> 00:21:21,865 Yang penting, sayang, mak… 307 00:21:23,283 --> 00:21:28,413 Mak suka jadi gipsi. Saya tak nak terikat. Okey? 308 00:21:28,496 --> 00:21:29,998 Kamu pun tahu. Mak keras kepala. 309 00:21:30,081 --> 00:21:33,960 Saya tak mampu nak sewa motel untuk mak atau bawa mak ke rumah perlindungan. 310 00:21:34,044 --> 00:21:35,211 Entahlah. 311 00:21:35,295 --> 00:21:37,881 Mak bukan masalah kamu, Alexandra. 312 00:21:37,964 --> 00:21:40,300 - Mak masalah saya. - Tak. 313 00:21:40,383 --> 00:21:42,135 - Mak ibu kamu. - Tak. 314 00:21:42,218 --> 00:21:43,303 Ya! 315 00:21:44,262 --> 00:21:45,764 Ya! 316 00:21:45,847 --> 00:21:48,892 Kamu kata kamu perlukan bantuan mak. 317 00:21:48,975 --> 00:21:49,809 Ya. 318 00:21:49,893 --> 00:21:51,936 Apa yang kamu nak mak bantu? 319 00:21:52,520 --> 00:21:55,023 Boleh mak pantau pertemuan Sean dan Maddy? 320 00:21:55,106 --> 00:21:58,193 Dia boleh melawat Maddy dan pihak ketiga perlu hadir. 321 00:21:58,276 --> 00:22:01,321 - Bolehkah mak pantau mereka? - Ya, boleh. 322 00:22:02,030 --> 00:22:05,283 - Pukul berapa mak patut ke sana? - Pukul 12:30. 323 00:22:05,367 --> 00:22:06,826 Jangan risau. 324 00:22:07,452 --> 00:22:09,245 Mak akan jaga anak kamu. 325 00:22:13,041 --> 00:22:15,835 - Mak perlu jumpa doktor. - Langkah mayat mak dulu. 326 00:22:15,919 --> 00:22:17,796 Mak perlu pergi. Mak sakit. 327 00:22:17,879 --> 00:22:21,257 Berhenti berkelakuan begini dan jadi orang dewasa. 328 00:22:21,341 --> 00:22:24,010 Tangan mak nampak teruk. Pergi jumpa doktor! 329 00:22:26,304 --> 00:22:27,931 Mak dapat lolipop? 330 00:22:38,399 --> 00:22:39,984 Ya Tuhan! 331 00:22:41,486 --> 00:22:43,863 Bau apa daripada kereta kamu? 332 00:22:43,947 --> 00:22:46,783 - Macam najis terbakar. - Mak pergi jumpa doktor. 333 00:22:46,866 --> 00:22:49,327 Ya, tengok. Jari mak masih berfungsi. 334 00:22:49,410 --> 00:22:50,495 Hei, si comel. 335 00:22:50,578 --> 00:22:53,581 Dah sedia untuk janji temu dengan nenek dan ayah kamu? 336 00:22:54,290 --> 00:22:55,542 Kita akan berseronok. 337 00:22:55,625 --> 00:22:58,962 Saya bekalkan snek dan pakaian. Dia dah makan tengah hari. 338 00:22:59,045 --> 00:23:01,589 Jangan risau. Hai, sayang. 339 00:23:04,092 --> 00:23:05,552 Nenek tahu. 340 00:23:05,635 --> 00:23:08,680 Nampaknya, saya terpaksa tunggu di sini. 341 00:23:09,556 --> 00:23:12,142 Maddy, kamu akan bersama ayah selama empat jam. 342 00:23:12,225 --> 00:23:14,227 Terima kasih sebab hantar polis! 343 00:23:14,310 --> 00:23:15,270 Sangat berkelas! 344 00:23:15,854 --> 00:23:16,688 Kemudian… 345 00:23:17,564 --> 00:23:21,151 kita akan pergi makan aiskrim bersama-sama. Bagaimana? 346 00:23:21,234 --> 00:23:23,361 Kamu nak makan aiskrim? Okey. 347 00:23:25,572 --> 00:23:26,990 Mak sayangkan kamu. 348 00:23:28,074 --> 00:23:30,618 - Terima kasih, mak. - Kita akan berseronok. 349 00:23:34,789 --> 00:23:38,751 Mad sayang, kamu akan jumpa ayah kamu. 350 00:23:39,335 --> 00:23:40,170 Hei! 351 00:23:40,253 --> 00:23:42,922 Seanie, Mad sayang ada di sini. 352 00:23:44,799 --> 00:23:45,884 Hei, Seanie. 353 00:23:46,384 --> 00:23:48,595 - Beratnya dia. - Kamu dah besar. 354 00:23:48,678 --> 00:23:50,180 Dia dah besar. 355 00:23:51,639 --> 00:23:55,059 Mari main buaian. Ayun tinggi-tinggi. 356 00:23:55,143 --> 00:23:56,102 Mad sayang! 357 00:24:02,066 --> 00:24:04,819 - Terima kasih sebab datang. - Tiada masalah. 358 00:24:06,279 --> 00:24:10,408 Ayah risau kamu menghilang seperti dulu. 359 00:24:12,160 --> 00:24:13,244 Kamu nampak sihat. 360 00:24:15,038 --> 00:24:16,372 Saya sihat. 361 00:24:17,248 --> 00:24:20,585 Bagus. Maddy mana? 362 00:24:20,668 --> 00:24:22,795 Ayah nak jumpa dia. 363 00:24:24,881 --> 00:24:29,302 Dia di pusat perlindungan keganasan rumahtangga, tempat tinggal saya sekarang. 364 00:24:30,511 --> 00:24:32,680 Ada pusat asuhan di sana. 365 00:24:32,764 --> 00:24:33,973 Okey. 366 00:24:34,057 --> 00:24:38,061 Kamu dah pesan apa-apa? 367 00:24:40,563 --> 00:24:44,609 Ini kali kedua saya di pusat perlindungan kecemasan pada tahun ini. 368 00:24:48,112 --> 00:24:50,490 Ini kali kedua Sean hantar saya ke sana. 369 00:24:59,332 --> 00:25:00,959 Ayah dengar apa saya cakap? 370 00:25:02,168 --> 00:25:03,503 Ya, ayah dengar. 371 00:25:06,798 --> 00:25:07,632 Jadi? 372 00:25:11,010 --> 00:25:13,429 Sepatutnya kamu hubungi ayah. 373 00:25:14,347 --> 00:25:17,350 Sebelum bawa cucu ayah ke tempat seperti itu. 374 00:25:17,433 --> 00:25:18,643 Kamu ada tempat tinggal. 375 00:25:21,187 --> 00:25:23,147 Ayah sedia membantu kamu. 376 00:25:23,231 --> 00:25:27,735 Ayah sanggup beri kamu apa-apa saja, tahu? Namun kamu buat ayah risau. 377 00:25:29,279 --> 00:25:30,655 Kamu buat Sean risau. 378 00:25:32,156 --> 00:25:36,160 Puas ayah mencari kamu di stesen feri, Alex. 379 00:25:36,995 --> 00:25:40,623 Okey. Mungkin ayah boleh tolong saya sekarang. 380 00:25:42,083 --> 00:25:44,127 Saya perlukan bantuan ayah. 381 00:25:45,378 --> 00:25:46,212 Okey. 382 00:25:48,715 --> 00:25:51,634 Saya nak failkan hak penjagaan penuh ke atas Maddy 383 00:25:51,718 --> 00:25:55,972 supaya saya boleh bawa dia ke Missoula. Sean membantah. 384 00:25:56,472 --> 00:25:57,849 Ya, ayah tahu. 385 00:25:58,808 --> 00:25:59,934 Sean beritahu ayah. 386 00:26:00,810 --> 00:26:01,644 Kamu nak tahu? 387 00:26:02,729 --> 00:26:04,981 Keadaan Sean tak begitu baik sekarang. 388 00:26:05,064 --> 00:26:06,858 Saya tak peduli tentang Sean. 389 00:26:07,650 --> 00:26:12,113 Peguam saya sedang berusaha buktikan Sean mendera saya dari segi emosi. 390 00:26:13,865 --> 00:26:18,494 Saya perlu beri bukti dan testimoni daripada orang yang telah melihatnya. 391 00:26:21,372 --> 00:26:27,253 Ayah, boleh beri keterangan yang ayah nampak Sean mendera saya dari segi emosi? 392 00:26:28,963 --> 00:26:31,049 - Bila ayah nampak? - Di treler. 393 00:26:31,758 --> 00:26:34,594 - Bukan itu yang ayah nampak. - Saya lihat ayah nampak. 394 00:26:34,677 --> 00:26:37,889 - Bukan itu yang ayah nampak. - Ayah tak buat apa-apa. 395 00:26:37,972 --> 00:26:40,892 Ayah cuma nampak pasangan muda 396 00:26:40,975 --> 00:26:42,727 yang sedang dilanda masalah. 397 00:26:43,895 --> 00:26:46,731 Sean sedang bergelut untuk tak minum. 398 00:26:46,814 --> 00:26:49,233 Dia perlukan empati. 399 00:26:50,026 --> 00:26:52,487 Kamu menjauhinya pada masa yang salah. 400 00:26:52,570 --> 00:26:54,739 Saya tak boleh lagi bertanggungjawab untuk Sean. 401 00:26:56,324 --> 00:26:59,702 Saya perlu buat perkara yang terbaik untuk saya dan Maddy. 402 00:27:00,661 --> 00:27:01,829 Dia kaki botol. 403 00:27:02,955 --> 00:27:04,290 Okey? Dia… 404 00:27:04,791 --> 00:27:08,920 Dia ada penyakit yang mengubah dia menjadi jahat. 405 00:27:09,545 --> 00:27:12,090 Arak musuhnya, bukan dia. 406 00:27:12,173 --> 00:27:14,133 Jadi arak yang pukul mak? 407 00:27:19,097 --> 00:27:20,098 - Okey. - Jangan pergi. 408 00:27:20,181 --> 00:27:21,599 Biar betul? Tak! 409 00:27:21,682 --> 00:27:23,643 Alex, kamu nak ayah cakap apa? 410 00:27:23,726 --> 00:27:25,228 Saya nak ayah cakap, "Ya." 411 00:27:25,311 --> 00:27:28,398 Saya nak ayah cakap, "Ya, ayah pukul mak. Maafkan ayah." 412 00:27:29,941 --> 00:27:31,359 Ayah tak ingat pun. 413 00:27:34,904 --> 00:27:37,782 Ayah tak pernah ada di sisi saya sepanjang hidup saya. 414 00:27:40,201 --> 00:27:42,203 Namun tolong bantu saya sekarang. 415 00:27:49,961 --> 00:27:53,798 Ayah sentiasa di sisi kamu. Di sisi kamu dan Maddy. Cuma… 416 00:27:54,966 --> 00:27:56,467 Kalau begitu, bantu saya. 417 00:27:57,343 --> 00:27:58,553 Pertahankan saya. 418 00:28:00,096 --> 00:28:01,639 Bantu saya lindungi Maddy. 419 00:28:05,393 --> 00:28:06,894 Tuliskan testimoni. 420 00:28:15,194 --> 00:28:16,821 Ayah tak boleh buat begitu. 421 00:28:33,337 --> 00:28:35,882 Kalau begitu, kita tak perlu bercakap lagi. 422 00:28:39,218 --> 00:28:40,470 Boleh kamu… 423 00:28:47,143 --> 00:28:52,148 "Hari paling gembira adalah apabila anak saya menyentuh saya buat kali pertama. 424 00:28:52,857 --> 00:28:54,984 Ia masih segar dalam ingatan saya. 425 00:28:55,651 --> 00:28:57,320 Dia berusia sembilan minggu. 426 00:28:57,945 --> 00:28:59,906 Dia tak tahu yang saya sengsara, 427 00:28:59,989 --> 00:29:02,992 diseksa siang dan malam oleh ayahnya. 428 00:29:04,243 --> 00:29:08,539 Baginya, saya hanyalah wanita susu yang hangat dan selesa. 429 00:29:09,624 --> 00:29:13,085 Namun pada suatu pagi, ketika dia berusia sembilan minggu, 430 00:29:13,586 --> 00:29:17,215 sedang kami tidur di atas lantai, saya terjaga 431 00:29:17,298 --> 00:29:19,300 sebab seseorang menyentuh saya. 432 00:29:19,842 --> 00:29:21,010 Dia. 433 00:29:22,261 --> 00:29:26,432 Tangan bayi kecil ini memaut tangan saya. 434 00:29:26,974 --> 00:29:29,018 Dia pandang saya, 435 00:29:29,769 --> 00:29:33,439 menunjukkan kasih sayang yang tiada tandingan kepada saya. 436 00:29:33,981 --> 00:29:36,776 Dia percayakan saya. 437 00:29:38,402 --> 00:29:41,989 Dia nampak saya dan menyayangi saya. 438 00:29:44,450 --> 00:29:46,953 Itu detik paling gembira dalam hidup saya. 439 00:29:47,995 --> 00:29:51,499 Saya boleh jadi orang begitu untuk seseorang." 440 00:30:10,476 --> 00:30:11,769 Terima kasih, Denise. 441 00:30:13,229 --> 00:30:16,232 Apa perkara yang menarik perhatian pada kamu? 442 00:30:16,774 --> 00:30:18,776 "Kasih sayang tiada tandingan." 443 00:30:18,860 --> 00:30:21,070 "Wanita susu yang hangat dan selesa." 444 00:30:23,614 --> 00:30:25,324 "Diseksa siang dan malam." 445 00:30:30,329 --> 00:30:31,831 "Tangan yang kecil." 446 00:30:35,918 --> 00:30:38,045 Ada sesiapa lagi nak berkongsi? 447 00:30:41,048 --> 00:30:41,883 Trina. 448 00:30:41,966 --> 00:30:45,011 Kisah saya tentang keluar bersama kawan. Pelikkah? 449 00:30:45,094 --> 00:30:46,345 Tak. 450 00:30:47,305 --> 00:30:50,266 Saya tak tulis tentang anak-anak saya seperti kamu. 451 00:30:50,349 --> 00:30:53,102 Kamu boleh tulis apa-apa saja yang buat kamu gembira. 452 00:30:53,728 --> 00:30:54,562 Okey. 453 00:30:57,273 --> 00:31:00,568 "Saya di bar dengan kawan-kawan baik saya. 454 00:31:01,944 --> 00:31:04,113 Liv, Amanda dan Davina. 455 00:31:04,196 --> 00:31:08,993 Kami minum dan meraikan sesuatu. Saya tak ingat keraian apa. 456 00:31:10,244 --> 00:31:14,165 Namun saya mengaku yang saya tak begitu suka rupa saya pada malam itu. 457 00:31:15,041 --> 00:31:19,045 Kemudian, ada seorang lelaki kacak muncul dari belakang." 458 00:31:19,128 --> 00:31:21,964 Maaf, saya perlu keluar sekejap. 459 00:31:22,048 --> 00:31:23,925 - Teruskan membaca. Terima kasih. - Okey. 460 00:31:24,675 --> 00:31:27,178 "Nama dia Neil. Dia berpakaian kemas…" 461 00:31:27,261 --> 00:31:29,931 Tak mengapa. 462 00:31:30,014 --> 00:31:31,974 Kamu okey? Apa yang berlaku? 463 00:31:32,058 --> 00:31:34,435 Dia cuma sedikit marah. 464 00:31:34,518 --> 00:31:38,356 Dia mengamuk sedikit tadi. 465 00:31:38,439 --> 00:31:39,982 Betul, sayang? 466 00:31:40,066 --> 00:31:42,318 Dia hanya mahukan ibunya. 467 00:31:44,487 --> 00:31:48,449 Alex, Seanie tumpangkan kami ke sini dan dia nak bercakap dengan kamu. 468 00:31:53,204 --> 00:31:54,538 Saya ada kelas. 469 00:31:54,622 --> 00:31:57,375 Sayang, kamu perlu bercakap dengan dia. 470 00:31:57,458 --> 00:31:59,168 Ada masalah tadi. 471 00:32:04,840 --> 00:32:05,841 Apa yang terjadi? 472 00:32:07,009 --> 00:32:10,680 Apabila saya suruh dia turun buaian, dia mengamuk dan menjerit. 473 00:32:12,932 --> 00:32:16,602 - Dia memang tak suka turun buaian. - Saya tahu tapi saya dah tak tahan. 474 00:32:17,353 --> 00:32:19,981 Saya hilang sabar dan menjerit kepada dia. 475 00:32:28,864 --> 00:32:30,741 Dah 24 jam saya tak minum. 476 00:32:30,825 --> 00:32:33,494 Saya cuba kekal waras demi Maddy, tapi… 477 00:32:38,040 --> 00:32:39,375 Saya jadi cepat marah. 478 00:32:40,459 --> 00:32:42,128 Saya rasa tak sedap badan. 479 00:32:43,462 --> 00:32:46,716 Sinaran matahari menyakitkan. Kulit saya terasa melecet. 480 00:32:49,760 --> 00:32:53,681 Saya tolak Maddy di buaian. Dia asyik cakap, "Tinggi lagi, ayah." 481 00:32:56,058 --> 00:32:57,518 Saya berasa seronok. 482 00:32:58,811 --> 00:33:00,021 Dia ketawa. 483 00:33:01,939 --> 00:33:04,567 Namun saya masih terasa mahu minum. 484 00:33:04,650 --> 00:33:08,237 Saya cuba lepaskan ketagihan. 485 00:33:08,946 --> 00:33:12,658 Dia pula mengamuk. Saya tahu kalau Paula tiada di sana, 486 00:33:12,742 --> 00:33:15,244 saya akan minum di bar bersama Maddy. 487 00:33:18,956 --> 00:33:20,458 Sama macam mak saya. 488 00:33:26,297 --> 00:33:28,549 Saya tak nak buat begitu kepada Maddy. 489 00:33:32,803 --> 00:33:35,014 Saya akan serahkan hak jagaan penuh kepada kamu. 490 00:33:37,266 --> 00:33:39,018 Saya dah hubungi peguam saya. 491 00:33:46,650 --> 00:33:48,611 Maaf, saya suami tak guna. 492 00:33:51,739 --> 00:33:53,449 Kamu buat perkara yang betul. 493 00:33:56,452 --> 00:34:00,289 Datanglah ambil barang dia. Saya akan masukkannya ke dalam kotak. 494 00:34:04,085 --> 00:34:05,002 Terima kasih. 495 00:34:18,265 --> 00:34:20,684 Saya ada delirium tremens atau kamu sedang berkilauan? 496 00:34:24,772 --> 00:34:25,856 Saya sedang berkilauan. 497 00:34:42,706 --> 00:34:46,043 TARA - PEGUAM DIA HUBUNGI SAYA! HUBUNGI SAYA! 498 00:34:46,669 --> 00:34:49,338 TARA - KAMU BOLEH KE MONTANA! 499 00:34:50,005 --> 00:34:52,258 Bagus. Terima kasih sebab berkongsi. 500 00:34:57,805 --> 00:34:59,348 Bagus. 501 00:34:59,431 --> 00:35:02,226 "Pergi mampus Hukum Alam Murphy." Saya suka ayat itu. 502 00:35:03,561 --> 00:35:06,730 "Tumbuk seperti petinju." Saya suka ayat itu. 503 00:35:06,814 --> 00:35:08,399 "Lampu yang retak." 504 00:35:09,400 --> 00:35:11,026 Hitam, bukan biru. 505 00:35:11,110 --> 00:35:12,945 Saya suka semuanya. 506 00:35:13,028 --> 00:35:15,406 Kamu penulis yang hebat, Edith. 507 00:35:15,489 --> 00:35:17,074 - Esther. - Ya. 508 00:35:17,158 --> 00:35:19,493 Giliran saya seterusnya, bukan? 509 00:35:19,577 --> 00:35:21,412 Mak tak tulis apa-apa pun. 510 00:35:21,495 --> 00:35:22,997 Mak boleh jadi spontan. 511 00:35:23,080 --> 00:35:25,749 Mak hebat bercakap di khalayak ramai. 512 00:35:25,833 --> 00:35:26,750 Mak. 513 00:35:30,004 --> 00:35:31,672 Baiklah. Okey. 514 00:35:33,757 --> 00:35:37,094 - Boleh tunggu di luar? Saya hampir siap. - Okey. 515 00:35:37,178 --> 00:35:39,180 - Selamat tinggal. - Selamat jalan. 516 00:35:39,263 --> 00:35:42,391 - Selamat tinggal. - Kembalilah bila-bila masa, Paula. 517 00:35:42,474 --> 00:35:43,893 Terima kasih. 518 00:35:46,520 --> 00:35:47,354 Ya. 519 00:35:49,523 --> 00:35:53,194 Aduhai! Akhirnya, kamu berjaya keluar dari pekan ini. 520 00:35:55,988 --> 00:35:58,115 Keadaan Seanie sangat teruk. 521 00:36:00,868 --> 00:36:02,912 Ayah kamu menggigil begitu dulu. 522 00:36:06,874 --> 00:36:09,376 Apa hari paling menggembirakan bagi mak? 523 00:36:11,003 --> 00:36:14,298 - Apa? - Itu aktiviti berkumpulan kami tadi. 524 00:36:14,965 --> 00:36:17,843 Mak masih ingat saat paling menggembirakan? 525 00:36:22,014 --> 00:36:25,809 Pada pagi pertama kita di Alaska. 526 00:36:27,061 --> 00:36:29,480 Kita tiba di Anchorage pada tengah malam. 527 00:36:29,563 --> 00:36:33,609 Kamu kesejukan sebab mak terlupa bawa jaket kamu. 528 00:36:35,361 --> 00:36:38,489 Kita pergi dari rumah ayah kamu dalam keadaan tergesa-gesa. 529 00:36:40,783 --> 00:36:44,161 Mak sewa sebuah kabin untuk kita, tapi ia tiada perabot. 530 00:36:45,371 --> 00:36:46,288 Jadi… 531 00:36:47,122 --> 00:36:50,376 mak campakkan semua pakaian daripada beg 532 00:36:50,459 --> 00:36:53,420 ke tengah-tengah lantai dan buat katil. 533 00:36:54,255 --> 00:36:56,715 Kita tidur di situ sambil berpelukan. 534 00:36:59,260 --> 00:37:02,805 Pagi esoknya, ketika kamu masih tidur, 535 00:37:02,888 --> 00:37:04,765 mak keluar 536 00:37:04,848 --> 00:37:07,059 dan melompat ke atas salji. 537 00:37:08,269 --> 00:37:09,436 Mak baring di sana, 538 00:37:10,312 --> 00:37:12,022 dan buat bidadari salji. 539 00:37:13,274 --> 00:37:16,568 Tiada sesiapa di sana yang akan cakap mak gila 540 00:37:17,403 --> 00:37:19,613 atau tiba-tiba mak tersedar. 541 00:37:19,989 --> 00:37:21,699 Cuma ada mak… 542 00:37:23,242 --> 00:37:24,827 matahari dan salji. 543 00:37:29,707 --> 00:37:33,043 Tak sampai setahun, kita kembali ke sini, 544 00:37:33,127 --> 00:37:35,462 dan mak pokai. 545 00:37:35,546 --> 00:37:38,215 Sia-sia saja lawatan itu. 546 00:37:39,216 --> 00:37:40,217 Tak. 547 00:37:40,301 --> 00:37:41,593 Ia tak sia-sia. 548 00:37:42,303 --> 00:37:45,055 Mak jauhkan saya daripada ayah. Mak tak kembali kepada dia. 549 00:38:03,907 --> 00:38:04,783 Jadi… 550 00:38:09,496 --> 00:38:11,582 Jadi mak masih boleh ke Montana? 551 00:38:13,292 --> 00:38:14,335 Mak nak ikut? 552 00:38:15,961 --> 00:38:16,837 Ya. 553 00:38:19,757 --> 00:38:21,550 Mak nak ikut! 554 00:38:22,176 --> 00:38:26,013 Mak boleh cari kerja melukis mural, 555 00:38:26,638 --> 00:38:28,724 dan cari teman lelaki orang gunung. 556 00:38:30,476 --> 00:38:33,896 Lagipun, Maddy perlukan mak. Dia seorang artis seperti mak. 557 00:38:33,979 --> 00:38:36,315 Boleh mak bersiap menjelang hari Isnin? 558 00:38:37,733 --> 00:38:38,984 Mak dah siap. 559 00:38:39,068 --> 00:38:40,569 Mak dah kemas barang. 560 00:38:40,652 --> 00:38:43,447 Kebaikan tinggal di dalam kereta. Semua barang dah dikemas. 561 00:38:43,530 --> 00:38:45,783 Mak tak tahu jika kereta itu boleh sampai Montana. 562 00:38:45,866 --> 00:38:48,118 Mak mungkin perlu menjualnya ke kedai besi buruk. 563 00:38:49,995 --> 00:38:52,373 Mak boleh tumpang kamu, bukan? 564 00:38:53,374 --> 00:38:54,291 Ya. 565 00:38:54,375 --> 00:38:55,876 - Betulkah? - Ya. 566 00:38:55,959 --> 00:38:57,378 - Betulkah? - Dah tentu. 567 00:38:57,628 --> 00:38:59,505 Ya Tuhan. Betulkah? 568 00:39:00,547 --> 00:39:01,507 Maddy! 569 00:39:01,590 --> 00:39:03,258 Maddy, cuba teka. 570 00:39:03,342 --> 00:39:05,344 Kita akan mengembara! 571 00:39:05,844 --> 00:39:08,263 Kamu nak mengembara dengan nenek? 572 00:39:08,847 --> 00:39:10,599 Kita akan pergi mengembara! 573 00:39:10,682 --> 00:39:14,353 Ya Tuhan, kita akan pergi mengembara! 574 00:40:25,215 --> 00:40:26,675 - Itu saja? - Ya. 575 00:40:38,937 --> 00:40:41,064 Kamu boleh jumpa dia sepuas-puasnya. 576 00:40:43,066 --> 00:40:45,068 Saya nak bersihkan diri saya dulu. 577 00:40:48,906 --> 00:40:51,158 Kemudian, saya akan datang melawat sepanjang masa. 578 00:41:00,709 --> 00:41:02,461 Saya akan rindukan dia. 579 00:41:25,484 --> 00:41:27,027 Semoga berjaya, Alaska. 580 00:42:01,270 --> 00:42:04,147 - Ambil yang hitam. - Ya. 581 00:42:04,231 --> 00:42:06,692 Ya, yang hitam pun cantik. 582 00:42:07,359 --> 00:42:08,318 Ayuh, Maddy. 583 00:42:35,512 --> 00:42:36,346 Ikut sini. 584 00:43:15,969 --> 00:43:17,095 Baiklah, sayang… 585 00:43:18,972 --> 00:43:20,098 Mak akan kembali. 586 00:43:28,982 --> 00:43:31,109 Saya tak tahu kamu nak datang. Masuklah. 587 00:43:31,193 --> 00:43:33,987 Tak boleh. Maddy ada di dalam kereta. 588 00:43:34,071 --> 00:43:38,742 Saya cuma nak ucapkan selamat tinggal. Dah lama saya nak beri kamu baju ini. 589 00:43:38,825 --> 00:43:43,205 Saya tak pasti jika saya mencurinya, tapi ia ada pada saya. 590 00:43:44,289 --> 00:43:46,958 Saya nampak kamu memakainya. Hari Kesyukuran, bukan? 591 00:43:47,042 --> 00:43:48,168 Maafkan saya. 592 00:43:48,251 --> 00:43:50,837 Siapa yang tak suka baju panas kashmir? 593 00:43:53,382 --> 00:43:54,883 Jadi kamu nak ke Montana? 594 00:43:54,966 --> 00:43:55,801 Saya… 595 00:43:56,843 --> 00:44:00,639 akan ambil mak saya di Port Winslow dan melalui Lebuh Raya I-90. 596 00:44:02,557 --> 00:44:06,019 - Terima kasih sebab jadi kawan yang baik. - Kamu juga. 597 00:44:09,523 --> 00:44:13,527 - Ambillah baju panas ini. - Saya akan beli sendiri suatu hari nanti. 598 00:44:13,777 --> 00:44:15,612 Harganya $1,400. 599 00:44:16,655 --> 00:44:17,572 Beri saya. 600 00:44:59,990 --> 00:45:00,907 Mak? 601 00:45:02,451 --> 00:45:04,035 Hai. 602 00:45:07,914 --> 00:45:10,375 Sayang, pasti kamu sangat teruja. 603 00:45:11,293 --> 00:45:15,005 - Mak cakap mak nak jual kereta mak. - Betul. 604 00:45:15,088 --> 00:45:17,257 Ya. Namun, sayang, 605 00:45:17,340 --> 00:45:20,719 mak ada berita yang paling luar biasa. 606 00:45:24,014 --> 00:45:24,973 Apa? 607 00:45:25,056 --> 00:45:28,059 Micah dah halau Alaina-May dari rumahnya. 608 00:45:28,143 --> 00:45:30,854 Dia usir perempuan itu demi mak. 609 00:45:30,937 --> 00:45:34,274 Mak tidur di katilnya malam semalam, dalam pelukan dia. 610 00:45:34,357 --> 00:45:37,068 Percayalah, sayang. Kemudian, kami berasmara… 611 00:45:37,152 --> 00:45:39,779 Ya Tuhan, nikmatnya luar biasa. 612 00:45:39,863 --> 00:45:41,531 Mak tak pernah rasa begitu. 613 00:45:43,909 --> 00:45:45,327 Mak tak nak ikut? 614 00:45:45,952 --> 00:45:49,247 Bukan sekarang, sayang. 615 00:45:49,331 --> 00:45:51,583 Mak tak boleh tinggalkan Micah 616 00:45:51,666 --> 00:45:54,336 dengan keadaan hubungan kami sekarang. 617 00:45:54,419 --> 00:45:56,296 Ia sangat berkuasa dan… 618 00:45:57,339 --> 00:45:58,215 Ia sangat… 619 00:46:00,091 --> 00:46:01,760 Saya tak boleh tunggu mak. 620 00:46:01,843 --> 00:46:04,471 Mak faham. Jangan tunggu mak. 621 00:46:04,554 --> 00:46:05,764 Inilah saat kamu. 622 00:46:05,847 --> 00:46:10,393 Kamu pergilah. Beri mak alamat kamu di sana, 623 00:46:10,477 --> 00:46:13,104 dan mak akan menyusul. 624 00:46:13,188 --> 00:46:15,232 Kamu pergi dulu, okey? 625 00:46:16,274 --> 00:46:18,985 - Saya tak nak tinggalkan mak di sini. - Mak tahu. 626 00:46:19,277 --> 00:46:21,154 Kehidupan memang aneh, bukan? 627 00:46:21,238 --> 00:46:24,241 Sebaik saja mak beritahu Micah yang mak nak pergi, 628 00:46:24,324 --> 00:46:26,409 dia sedar yang dia ada perasaan terhadap mak. 629 00:46:26,493 --> 00:46:28,245 Mak terasa bahagia! 630 00:46:28,328 --> 00:46:31,540 Dia beritahu Alaina-May semuanya tentang mak. 631 00:46:33,166 --> 00:46:34,042 Tolonglah… 632 00:46:34,876 --> 00:46:36,419 tumpang gembira untuk mak. 633 00:46:40,549 --> 00:46:44,261 - Saya akan pergi tanpa mak. - Ya, pergilah. Kamu perlu pergi. 634 00:46:46,972 --> 00:46:50,225 Sayang, ini pengembaraan kamu. Bukan pengembaraan mak. 635 00:46:54,813 --> 00:46:56,231 Mak akan baik-baik saja? 636 00:46:58,483 --> 00:47:01,152 - Kamu sayangkan mak, bukan? - Saya memang sayangkan mak. 637 00:47:01,236 --> 00:47:04,698 - Mak tahu. Mari peluk mak. - Okey. 638 00:47:05,949 --> 00:47:07,367 Ya Tuhan. 639 00:47:07,450 --> 00:47:08,785 Sayang. 640 00:47:08,868 --> 00:47:11,413 - Saya sayang mak. - Ya, mak tahu, sayang. 641 00:47:40,191 --> 00:47:42,611 MISSOULA 911.2 KILOMETER 642 00:48:10,096 --> 00:48:13,141 Ayuh petik jari untuk semua orang. 643 00:48:21,441 --> 00:48:24,986 Terima kasih sebab sudi sertai aktiviti ini bersama saya. 644 00:48:25,070 --> 00:48:26,279 Ini satu penghormatan. 645 00:48:27,822 --> 00:48:29,074 Terima kasih. 646 00:48:29,157 --> 00:48:30,659 Terima kasih, Alex. 647 00:48:30,742 --> 00:48:33,453 Kami belum tahu hari paling menggembirakan bagi kamu. 648 00:48:39,709 --> 00:48:42,337 "Hari paling menggembirakan bagi saya belum berlaku. 649 00:48:43,672 --> 00:48:45,340 Namun ia bakal berlaku. 650 00:48:47,884 --> 00:48:52,180 Pada hari itu, saya akan masuk ke dalam kereta 651 00:48:52,263 --> 00:48:54,432 yang berbau macam tuna basi… 652 00:48:55,392 --> 00:48:58,103 yang akan dipenuhi dengan semua barang saya 653 00:48:58,186 --> 00:49:00,355 dan anak saya yang hebat. 654 00:49:01,022 --> 00:49:03,858 Saya akan keluar dari pekan ini. 655 00:49:05,110 --> 00:49:07,654 Saya akan memandu selama sembilan jam, 656 00:49:08,655 --> 00:49:13,868 sejauh 911.2 kilometer ke Missoula, Montana. 657 00:49:15,245 --> 00:49:19,249 Saya akan habiskan masa selama empat tahun akan datang di sana… 658 00:49:19,332 --> 00:49:21,084 belajar menjadi penulis. 659 00:49:22,460 --> 00:49:26,548 Harap-harap, ada banyak hari menggembirakan ketika itu. 660 00:49:28,216 --> 00:49:30,802 Saya tahu akan ada hari menyedihkan. 661 00:49:33,680 --> 00:49:38,435 Ramai orang tak yakin dengan ibu tunggal yang berusaha sendiri untuk ke kolej. 662 00:49:40,228 --> 00:49:42,439 Namun mereka tak tahu pengorbanan kita. 663 00:49:45,400 --> 00:49:48,445 Tiga ratus tiga puluh lapan tandas dicuci. 664 00:49:51,030 --> 00:49:53,700 Tujuh jenis bantuan kerajaan. 665 00:49:55,118 --> 00:49:57,078 Sembilan kali berpindah. 666 00:49:59,038 --> 00:50:01,374 Tidur semalam di lantai stesen feri. 667 00:50:02,751 --> 00:50:06,880 Seluruh tahun ketiga dalam hidup anak saya. 668 00:50:09,048 --> 00:50:11,342 Namun apabila kami tiba di Missoula… 669 00:50:12,594 --> 00:50:14,888 saya akan bawa Maddy ke Gunung Sentinel… 670 00:50:16,055 --> 00:50:19,559 yang menghadap seluruh bandar dan tunjukkan rumah baru kami. 671 00:50:23,521 --> 00:50:27,942 Saya dah beritahu dia tentang huruf M gergasi itu di puncak gunung. 672 00:50:34,032 --> 00:50:37,786 Denai menuju ke puncak adalah panjang dan bengkang-bengkok. 673 00:50:41,247 --> 00:50:42,290 Pendakiannya sukar. 674 00:50:45,084 --> 00:50:47,128 Namun kami akan sampai ke puncak. 675 00:50:49,297 --> 00:50:50,715 Setibanya kami di sana… 676 00:50:52,842 --> 00:50:55,970 saya akan beritahu dia yang M bermakna "Maddy". 677 00:50:59,140 --> 00:51:01,601 Seluruh dunia baru ini adalah untuk dia." 678 00:51:33,341 --> 00:51:38,221 Kalau anda atau seseorang yang anda kenali mengalami keganasan rumahtangga, 679 00:51:38,304 --> 00:51:40,265 layari laman web yang tertera. 680 00:51:40,348 --> 00:51:42,308 Kisah ini rekaan semata-mata. 681 00:52:25,810 --> 00:52:28,313 Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri