1 00:00:28,250 --> 00:00:32,125 MISI 10: DENDAM GREEN PHOENIX 2 00:00:39,750 --> 00:00:45,875 Semua orang kata awak yang paling lemah antara ketujuh-tujuh Pembunuh Bayang 3 00:00:46,375 --> 00:00:48,833 tapi juga yang paling bijak. 4 00:00:49,750 --> 00:00:51,416 Betulkah? 5 00:00:52,291 --> 00:00:54,833 Mari kita lihat. 6 00:01:55,250 --> 00:01:56,750 Tuan… 7 00:01:56,833 --> 00:01:57,833 Maafkan saya. 8 00:01:58,875 --> 00:01:59,791 Saya terlambat. 9 00:02:14,041 --> 00:02:15,541 Tuan… 10 00:02:23,125 --> 00:02:26,958 Pedangnya digelar Pedang Ketakutan. 11 00:02:27,833 --> 00:02:29,958 Ia menghasilkan ilusi 12 00:02:30,041 --> 00:02:34,125 yang sukar dibezakan daripada serangan sebenarnya. 13 00:02:35,666 --> 00:02:37,791 Kamu mesti atasi ketakutan kamu 14 00:02:39,416 --> 00:02:41,500 untuk kalahkan dia. 15 00:02:43,333 --> 00:02:46,833 Tangan kanannya cedera sebelum ini. Serangan ini satu ilusi. 16 00:04:32,208 --> 00:04:34,666 TAKDIR BAYANGAN 17 00:04:43,083 --> 00:04:45,291 Itu serangan yang kuat. 18 00:04:46,041 --> 00:04:50,500 Jika pembantu saya bukan robot yang dibuat daripada aloi kepadatan tinggi, 19 00:04:51,083 --> 00:04:55,041 pedang awak pasti akan menusuk saya. 20 00:04:56,291 --> 00:04:59,541 Awak telah sembunyikan kekuatan awak selama ini. 21 00:05:00,250 --> 00:05:03,000 Awak sebenarnya yang paling kuat 22 00:05:03,083 --> 00:05:05,500 antara kesemua Pembunuh Bayang. 23 00:05:08,083 --> 00:05:12,125 Siapa sangka ketua Liga Pembunuh Xuanwu 24 00:05:13,041 --> 00:05:15,416 akan ada pembantu robot Stern? 25 00:05:18,625 --> 00:05:22,000 Adakah awak betul-betul terkejut? 26 00:05:22,666 --> 00:05:27,625 Sebagai pembunuh, kita selalu guna muslihat untuk capai matlamat kita. 27 00:05:28,291 --> 00:05:30,875 Tiada apa-apa yang mustahil. 28 00:05:39,625 --> 00:05:42,708 Jadi, awak tahu kelemahan saya. 29 00:05:43,500 --> 00:05:47,541 Tapi awak terlepas peluang untuk bunuh saya. 30 00:05:58,875 --> 00:06:02,416 Nampaknya awak fikir saya tiada cara lain untuk bunuh awak. 31 00:06:03,250 --> 00:06:04,875 Kenapa awak begitu yakin? 32 00:06:09,333 --> 00:06:13,541 Awak abaikan deria-deria awak dan terus menyerang. 33 00:06:14,375 --> 00:06:19,458 Awak tahu walaupun pembantu saya cuba serang awak, 34 00:06:20,166 --> 00:06:22,583 dia takkan dapat bunuh awak 35 00:06:22,666 --> 00:06:24,708 sebelum pedang awak menusuk saya. 36 00:06:25,875 --> 00:06:28,458 Awak pertaruhkan segalanya untuk buat serangan itu. 37 00:06:28,541 --> 00:06:31,333 Saya tak rasa awak ada rancangan lain. 38 00:06:32,666 --> 00:06:33,833 Nak bertaruh? 39 00:07:03,958 --> 00:07:05,500 Aduhai. 40 00:07:05,583 --> 00:07:07,916 Kasihan dia. 41 00:07:08,000 --> 00:07:11,208 Kenapa tuan dia tak selamatkan dia? 42 00:07:16,291 --> 00:07:18,166 Saya tak peduli. 43 00:07:18,791 --> 00:07:22,416 Saya ambil dia sebagai anak didik untuk sembunyikan identiti sebenar saya. 44 00:07:23,625 --> 00:07:27,750 Saya mahu semua orang fikir sayalah tuan Pedang Berkembar. 45 00:07:28,833 --> 00:07:32,208 Dia hanyalah boneka saya. 46 00:07:45,708 --> 00:07:47,208 Saya mungkin tuan kamu, 47 00:07:48,375 --> 00:07:50,083 tapi saya tak pedulikan kamu. 48 00:07:51,458 --> 00:07:53,833 Jika kamu dalam bahaya, selamatkan diri sendiri. 49 00:07:54,458 --> 00:07:55,583 Saya takkan tolong kamu. 50 00:07:56,541 --> 00:07:58,916 Inilah maknanya menjadi pembunuh. 51 00:08:01,541 --> 00:08:05,166 Bau bunga yang melindungi dia hanya bertahan sejam. 52 00:08:05,708 --> 00:08:08,125 Syaitan-syaitan ular akan makan dia nanti. 53 00:08:09,041 --> 00:08:11,250 Awak pelari yang pantas, Green Phoenix. 54 00:08:11,333 --> 00:08:13,958 Awak masih boleh selamatkan dia kalau awak datang sekarang. 55 00:08:26,166 --> 00:08:28,125 Saya rasa fikiran awak 56 00:08:28,875 --> 00:08:30,625 sedang berkecamuk. 57 00:08:35,875 --> 00:08:37,833 Usah cakap lagi. Bertindak. 58 00:10:17,708 --> 00:10:19,916 Racun padanya dipanggil 59 00:10:20,000 --> 00:10:24,333 "Yang Beracun Membunuh Semua." 60 00:10:25,166 --> 00:10:28,083 Kalau awak selamatkan dia, awak juga akan diracun. 61 00:10:30,125 --> 00:10:32,125 Kesan racunnya masih ringan. 62 00:10:32,208 --> 00:10:34,875 Awak boleh selamatkan diri kalau awak letakkan dia. 63 00:10:37,333 --> 00:10:38,166 Aduhai. 64 00:10:38,958 --> 00:10:40,166 Awak marah? 65 00:10:40,708 --> 00:10:44,250 Cium saya dan saya akan pertimbangkan untuk berikan awak penawar. 66 00:10:55,083 --> 00:10:56,458 Pakaian saya dah kotor! 67 00:10:57,208 --> 00:11:00,833 Bagaimana dia buat begitu? Racun itu sepatutnya melemahkannya. 68 00:11:11,458 --> 00:11:12,291 Tuan… 69 00:11:13,333 --> 00:11:15,000 Adakah saya rosakkan rancangan tuan? 70 00:11:18,500 --> 00:11:19,500 Pertarungan saya… 71 00:11:20,458 --> 00:11:22,083 sudah kalah. 72 00:11:23,416 --> 00:11:27,000 Saya hanya terselamat kerana dia takut untuk bahayakan nyawanya. 73 00:11:29,333 --> 00:11:30,666 Saya gagal balas dendam. 74 00:11:31,791 --> 00:11:33,958 Semua pembunuh akan memburu saya. 75 00:11:36,083 --> 00:11:37,791 Tuan masih boleh larikan diri 76 00:11:38,458 --> 00:11:40,125 jika tuan tak cuba selamatkan saya. 77 00:11:44,625 --> 00:11:47,500 Sudah tiba masanya kamu tahu kebenarannya. 78 00:11:50,458 --> 00:11:52,125 Saya putera Qingyun dahulu. 79 00:11:53,041 --> 00:11:57,250 Saya sertai Liga Pembunuh untuk bunuh ketua dan balas dendam. 80 00:11:58,625 --> 00:12:02,666 Tapi Pembunuh Bayang yang lain selalu ada apabila saya jumpa dia. 81 00:12:03,208 --> 00:12:04,541 Saya tak boleh serang dia. 82 00:12:05,791 --> 00:12:11,041 Saya perlu cipta peluang untuk bertarung dengan dia satu lawan satu. 83 00:12:11,750 --> 00:12:14,583 Saya tahu saya boleh kalahkan dia begitu. 84 00:12:15,625 --> 00:12:18,541 Apabila saya nampak Seven lawan Redtooth di Pulau Ayam, 85 00:12:19,125 --> 00:12:20,500 saya buat rancangan saya. 86 00:12:22,583 --> 00:12:25,708 Saya buat dia datang ke Xuanwu, memperguna kepercayaannya kepada kamu 87 00:12:26,375 --> 00:12:28,708 dan meracuni dia dengan Pisau Belati Ibun Hitam. 88 00:12:29,458 --> 00:12:33,583 Saya tahu apabila dia mengamuk, semua pembunuh akan mengejarnya. 89 00:12:34,291 --> 00:12:38,083 Itulah peluang saya untuk bunuh ketua. 90 00:12:41,958 --> 00:12:42,875 Saya tahu 91 00:12:44,166 --> 00:12:45,875 ia akan bahayakan kamu. 92 00:12:49,458 --> 00:12:51,375 Dengan kata lain, 93 00:12:51,458 --> 00:12:52,708 saya memperguna kamu. 94 00:12:55,666 --> 00:12:58,416 Saya didik kamu dan ajari kamu teknik Pedang Berkembar 95 00:12:58,916 --> 00:13:02,291 untuk jadikannya nampak macam saya tuan Pedang Berkembar. 96 00:13:02,375 --> 00:13:04,625 Saya nak sembunyikan identiti sebenar saya. 97 00:13:06,791 --> 00:13:09,541 Tapi Pedang Berkembar bukan kemahiran paling kuat saya. 98 00:13:10,666 --> 00:13:14,250 Saya nak kamu pelajari teknik pedang terkuat Qingyun, 99 00:13:15,375 --> 00:13:17,541 Pedang Mengalir Qingyun. 100 00:13:40,291 --> 00:13:41,125 Thirteen, 101 00:13:42,250 --> 00:13:45,500 semua latihan kamu setakat ini menggunakan dua pedang. 102 00:13:46,625 --> 00:13:49,333 Kamu perlukan masa untuk kuasai teknik Qingyun. 103 00:13:51,208 --> 00:13:52,625 Tapi saya kesuntukan masa. 104 00:13:54,041 --> 00:13:58,791 Ada seorang lagi di Xuanwu Utara yang boleh ajar kamu. 105 00:14:18,458 --> 00:14:22,125 Saya tak pernah kalah permainan Go sejak usia saya lapan tahun. 106 00:14:23,166 --> 00:14:26,541 Ayah dan tuan memuji saya kerana bijak dan pandai. 107 00:14:27,583 --> 00:14:30,833 Tapi saya gagal mengambil kira 108 00:14:32,458 --> 00:14:34,500 ikatan yang menjadikan kita manusia. 109 00:14:51,791 --> 00:14:54,083 Racun itu masih ada dalam diri awak. 110 00:14:54,750 --> 00:14:57,083 Awak tak patut guna Qi dalam keadaan awak. 111 00:15:35,250 --> 00:15:37,041 Dia takkan mati semudah itu. 112 00:17:11,541 --> 00:17:13,750 Tuan, kuatnya tuan. 113 00:17:13,833 --> 00:17:17,625 Saya rasa tak berbaloi mati untuk selamatkan orang yang lemah. 114 00:17:19,708 --> 00:17:22,916 Hidup bukan permainan Go. Kamu tak boleh anggapnya begitu. 115 00:19:09,208 --> 00:19:14,000 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi