1
00:00:20,061 --> 00:00:23,565
{\an8}Raja Wapol dah kembali
untuk selamatkan Negara Drum.
2
00:00:24,190 --> 00:00:27,152
Satu-satunya orang yang boleh
selamatkan negara ini
3
00:00:28,570 --> 00:00:30,697
letupkan dirinya di depan mata kita.
4
00:00:33,700 --> 00:00:37,162
Negara ini hak kelahiran aku.
5
00:00:37,245 --> 00:00:38,997
Ia milik aku!
6
00:00:42,667 --> 00:00:46,212
Tiada siapa akan merampasnya
daripada aku lagi.
7
00:00:46,296 --> 00:00:51,509
Tiada takhta yang layak untuk raja
yang tinggalkan rakyatnya.
8
00:01:15,909 --> 00:01:17,285
Kau makan Buah Syaitan.
9
00:01:17,368 --> 00:01:20,246
Tubuh aku dah jadi macam kilang.
10
00:01:20,789 --> 00:01:26,753
Aku boleh makan, ubah
dan gabungkan apa saja aku makan
11
00:01:27,420 --> 00:01:29,422
jadi apa saja aku mahu.
12
00:01:30,298 --> 00:01:31,466
Kau raksasa.
13
00:01:31,549 --> 00:01:36,096
Bukan aku seorang saja
raksasa di sini, Dalton.
14
00:01:36,179 --> 00:01:38,389
Aku akan tunjuk kau raksasa.
15
00:01:50,110 --> 00:01:51,903
Itu pun dia.
16
00:01:51,986 --> 00:01:54,197
Raksasa yang dulunya taat kepada aku.
17
00:02:02,622 --> 00:02:03,540
Akhirnya,
18
00:02:03,623 --> 00:02:06,876
kau tunjuk hormat
yang selayaknya kepada aku.
19
00:02:06,960 --> 00:02:09,254
Kau tak layak dihormati sesiapa pun!
20
00:02:09,963 --> 00:02:11,673
Mana askar-askar kau?
21
00:02:11,756 --> 00:02:17,762
20 doktor dan dua pengikut tolol
tak cukup untuk dapatkan takhta kau.
22
00:02:18,346 --> 00:02:19,597
Jangan risau.
23
00:02:21,850 --> 00:02:24,352
Askar-askar aku bukannya memberontak.
24
00:02:27,355 --> 00:02:29,232
Mereka cuma sedang dihadam.
25
00:02:51,796 --> 00:02:53,756
Lili gurun.
26
00:02:54,799 --> 00:02:57,343
Tak kena langsung dengan tempat bersalji.
27
00:03:02,056 --> 00:03:03,433
Miss All Sunday.
28
00:03:04,225 --> 00:03:06,144
Kau selamat dari Little Garden.
29
00:03:07,687 --> 00:03:10,607
Tapi kau masih jauh
dari istana kau sendiri.
30
00:03:12,108 --> 00:03:14,277
Kau tak henti-henti buru kami.
31
00:03:14,777 --> 00:03:17,280
Urusan kau dan Baroque Works
belum selesai.
32
00:03:17,363 --> 00:03:21,326
Kau tak letihkah
jadi orang suruhan sosiopat?
33
00:03:23,203 --> 00:03:25,121
Begitulah hakikat perkongsian.
34
00:03:26,539 --> 00:03:28,875
Dia ada agenda dia, aku ada agenda aku.
35
00:03:30,126 --> 00:03:31,961
Kadang-kadang, macam sekarang,
36
00:03:33,671 --> 00:03:34,756
ia bertindih.
37
00:03:36,049 --> 00:03:37,967
Siapa agaknya betul tentang kau?
38
00:03:38,551 --> 00:03:41,054
Aku atau dia?
39
00:03:41,137 --> 00:03:42,764
Kau boleh cuba bunuh aku,
40
00:03:43,598 --> 00:03:45,433
tapi aku takkan mengalah.
41
00:03:45,516 --> 00:03:47,435
Itu yang aku buat tertarik.
42
00:03:48,686 --> 00:03:52,899
Kau patut tahu yang Mr. 0
bagi Wapol sebiji Buah Syaitan.
43
00:03:54,651 --> 00:03:57,362
Lebih tepat lagi, Buah Munch Munch.
44
00:03:58,488 --> 00:04:01,324
Dia dah kembali
untuk tuntut balik takhtanya.
45
00:04:01,407 --> 00:04:02,992
Kenapa kau beritahu aku?
46
00:04:04,953 --> 00:04:07,038
Aku nak tengok kau
dan Topi Jerami halang dia.
47
00:04:07,121 --> 00:04:08,706
Ini bukan permainan.
48
00:04:10,333 --> 00:04:13,336
Mereka tiada kaitan langsung.
Mereka cuma menolong.
49
00:04:13,419 --> 00:04:15,797
Sudahlah, tuan puteri.
50
00:04:16,464 --> 00:04:18,258
Sebagai pemimpin baik dan wanita kuat,
51
00:04:18,341 --> 00:04:22,053
kau akan cuba lindungi orang lain
dan salahkan diri kau sendiri.
52
00:04:22,804 --> 00:04:24,472
Aku datang nak beritahu kau,
53
00:04:25,556 --> 00:04:26,641
memang patut pun.
54
00:04:28,601 --> 00:04:30,895
Sedang kau lihat kawan-kawan kau mati,
55
00:04:31,396 --> 00:04:35,608
aku nak kau sedar yang rakyat Alabasta
akan terima takdir yang sama.
56
00:04:37,610 --> 00:04:39,529
Semuanya salah kau.
57
00:04:44,784 --> 00:04:46,244
Nyaris terlupa.
58
00:04:46,327 --> 00:04:50,081
Kau pasti suka apa dia buat
kepada tenteranya.
59
00:04:52,583 --> 00:04:53,710
Zoro?
60
00:05:20,403 --> 00:05:21,404
Tak guna.
61
00:05:21,487 --> 00:05:23,531
Usopp! Zoro!
62
00:05:24,574 --> 00:05:25,908
Kita ada masalah.
63
00:05:25,992 --> 00:05:27,327
Raja Wapol kembali.
64
00:05:27,410 --> 00:05:30,163
Dia menuju ke istana,
dan dia ada Buah Syaitan.
65
00:05:30,246 --> 00:05:33,416
Patutlah ada seangkatan raksasa
menuju kampung ini.
66
00:05:33,499 --> 00:05:34,542
Mana Dalton?
67
00:05:34,625 --> 00:05:37,295
Dia turun untuk menyiasat.
Dia belum balik.
68
00:05:38,671 --> 00:05:41,174
- Tentu mereka tangkap dia.
- Kita kena cari Luffy.
69
00:05:41,257 --> 00:05:44,469
Dalton suruh aku lindungi pekan.
Kau cari Luffy, Usopp.
70
00:05:44,552 --> 00:05:46,387
Tidak. Biar aku pergi.
71
00:05:47,305 --> 00:05:49,140
Aku dah tengok kemampuan kamu berdua.
72
00:05:49,640 --> 00:05:52,810
Orang kampung perlukan
Kapten Usopp dan Mr. Bushido.
73
00:05:54,687 --> 00:05:57,148
- Aku pergi cari Luffy.
- Sempatkah kau naik?
74
00:06:00,234 --> 00:06:01,486
Aku boleh bantu.
75
00:06:02,862 --> 00:06:04,947
Aku dah agak akan jadi begini.
76
00:06:05,448 --> 00:06:08,493
Memandangkan jalannya jauh
dan kita tak sekuat Luffy,
77
00:06:08,576 --> 00:06:10,328
kita perlukan pelan B.
78
00:06:11,204 --> 00:06:12,246
Kau dah uji?
79
00:06:12,330 --> 00:06:14,916
Baru siap, jadi belum.
80
00:06:15,666 --> 00:06:16,667
Okey.
81
00:06:19,045 --> 00:06:20,338
Macam mana nak guna?
82
00:06:20,838 --> 00:06:23,049
Mekanisme pelancar ada di sini.
83
00:06:23,132 --> 00:06:26,135
Cangkuk akan sangkut
pada kabel dalam gulungan ini,
84
00:06:26,219 --> 00:06:27,637
dan tarik kau naik.
85
00:06:27,720 --> 00:06:30,973
Tapi satu tembakan tak cukup,
jadi cari tempat berpijak, isi semula,
86
00:06:31,057 --> 00:06:32,934
dan terus tembak sampai ke puncak.
87
00:06:33,017 --> 00:06:33,893
Okey.
88
00:06:38,022 --> 00:06:39,399
- Pegang!
- Berapa laju...
89
00:06:42,443 --> 00:06:44,487
Syabas, puteri.
90
00:06:47,490 --> 00:06:48,741
Dia tak apa-apalah!
91
00:07:15,977 --> 00:07:17,478
Asyik nak buat aku kagum.
92
00:07:17,979 --> 00:07:19,063
Aku nak tolong.
93
00:07:20,106 --> 00:07:22,817
Kau betul-betul risau, ya?
94
00:07:22,900 --> 00:07:24,819
Aku dah elok sikit.
95
00:07:24,902 --> 00:07:27,071
Aku akan berhenti risau
lepas kau turun katil.
96
00:07:29,365 --> 00:07:30,575
Macam mana rasanya?
97
00:07:31,826 --> 00:07:33,953
Aku tambah perisa
sebab kau dah boleh rasa.
98
00:07:34,620 --> 00:07:36,164
- Sedap sangat.
- Ya.
99
00:07:36,247 --> 00:07:37,206
Pandai Zeff ajar kau.
100
00:07:38,374 --> 00:07:41,127
Orang tua itu ada ajar aku sikit-sikit.
101
00:07:41,210 --> 00:07:43,129
Tapi aku takkan cakap depan dia.
102
00:07:43,212 --> 00:07:44,255
Sebenarnya,
103
00:07:45,381 --> 00:07:46,757
aku belajar sendiri.
104
00:07:47,842 --> 00:07:48,843
Sejak kecil lagi.
105
00:07:51,220 --> 00:07:52,680
Bermula dengan mak.
106
00:07:53,264 --> 00:07:54,765
Kau masak dengan mak kau?
107
00:07:55,433 --> 00:07:56,517
Bukan dengan dia.
108
00:07:57,351 --> 00:07:58,186
Untuk dia.
109
00:07:59,687 --> 00:08:02,899
Sejak dulu mak sakit.
Masa itu aku masih kecil.
110
00:08:02,982 --> 00:08:04,859
Aku cuma nak dia lega.
111
00:08:05,985 --> 00:08:08,154
Memasak cara aku tunjuk
kasih sayang kepadanya.
112
00:08:10,907 --> 00:08:12,408
Mula-mula teruk.
113
00:08:14,243 --> 00:08:18,789
Aku pernah masakkan untuk dia
guna apa saja aku jumpa di dapur.
114
00:08:20,708 --> 00:08:22,543
Amuse-bouche pisang benyek.
115
00:08:23,628 --> 00:08:25,838
Kepala ikan lama dengan nasi mentah.
116
00:08:27,632 --> 00:08:29,509
Macam-macam, semuanya teruk.
117
00:08:30,426 --> 00:08:32,345
Aku akan berjalan di koridor
118
00:08:33,346 --> 00:08:34,889
dengan rasa bangga gila.
119
00:08:35,723 --> 00:08:38,851
Muka jururawat terus pucat
setiap kali aku masuk.
120
00:08:39,602 --> 00:08:40,811
Tapi mak aku tidak.
121
00:08:42,980 --> 00:08:46,275
Cara dia tengok aku datang,
kau tak boleh teka dia sakit.
122
00:08:47,109 --> 00:08:49,320
Betapa cerianya dia.
123
00:08:55,993 --> 00:08:57,245
Dia selalu kata,
124
00:08:58,913 --> 00:09:01,707
"Putera kesayangan mak,
apa kamu bawa hari ini?"
125
00:09:04,585 --> 00:09:07,255
Dia akan tengok bekal makanan itu,
126
00:09:09,799 --> 00:09:11,551
dia akan terus makan,
127
00:09:13,094 --> 00:09:14,053
dan senyum.
128
00:09:16,639 --> 00:09:19,350
Aku rasa macam aku membantu.
129
00:09:19,433 --> 00:09:20,810
Aku jadi makin pandai.
130
00:09:20,893 --> 00:09:25,481
Asah kemahiran aku, profil rasa aku,
gabungan hidangan aku.
131
00:09:27,483 --> 00:09:30,278
Tapi makin aku pandai,
makin teruk kesihatannya.
132
00:09:33,322 --> 00:09:36,033
Setiap kali dia habis makan,
aku akan peluk dia
133
00:09:36,117 --> 00:09:37,618
sampai susah dia nak bernafas.
134
00:09:48,462 --> 00:09:51,924
Kemudian tiba hari
aku dah tak perlu masak untuk dia lagi.
135
00:09:58,431 --> 00:09:59,473
Jadi...
136
00:10:00,808 --> 00:10:02,351
apa saja yang aku masak...
137
00:10:05,688 --> 00:10:07,106
aku masak untuk dia.
138
00:10:12,903 --> 00:10:14,030
Sanji, aku...
139
00:10:14,989 --> 00:10:16,240
Kawan-kawan!
140
00:10:16,324 --> 00:10:17,742
Vivi ada di sini!
141
00:10:30,421 --> 00:10:31,756
Sebab itu aku di sini.
142
00:10:32,757 --> 00:10:34,383
Tentu Wapol tak jauh.
143
00:10:34,467 --> 00:10:37,637
Tak sangka budak keding macam kau
boleh naik sampai ke sini.
144
00:10:38,554 --> 00:10:41,390
- Itu yang perlu dilakukan.
- Itulah Vivi kami.
145
00:10:43,059 --> 00:10:45,686
Jadi, raja itu nak buru kita
146
00:10:46,187 --> 00:10:48,522
dan dia ada kuasa Buah Syaitan?
147
00:10:48,606 --> 00:10:52,860
Ejen Baroque Works tak main-main
bila kata mereka takkan lepaskan kita.
148
00:10:56,947 --> 00:10:57,948
Okey.
149
00:10:58,949 --> 00:10:59,909
Biar aku belasah dia.
150
00:11:01,077 --> 00:11:03,120
Kita perlu turun dan tolong yang lain.
151
00:11:03,204 --> 00:11:07,208
Ya, kami akan turun gunung,
tapi bukan untuk lawan.
152
00:11:08,376 --> 00:11:10,211
Kami akan bersembunyi semula.
153
00:11:10,294 --> 00:11:11,712
Kau nak lari?
154
00:11:11,796 --> 00:11:14,131
Gunalah kuasa ahli sihir kau dan lawan.
155
00:11:15,424 --> 00:11:17,843
Kau nak bergasak? Baguslah.
156
00:11:18,469 --> 00:11:21,722
Aku tengok Wapol hancurkan
negara ini bertahun-tahun.
157
00:11:21,806 --> 00:11:23,391
Dulu dia teruk.
158
00:11:23,474 --> 00:11:25,351
Kini ada kuasa Buah Syaitan?
159
00:11:25,851 --> 00:11:28,479
Aku tak nak tengok musibah yang dia bawa.
160
00:11:29,480 --> 00:11:33,025
Cepat kemas, Chopper.
Kita guna salah satu laluan rahsia.
161
00:11:33,109 --> 00:11:38,614
Kita tak boleh pergi.
Jika ada pertempuran, orang akan cedera.
162
00:11:38,698 --> 00:11:40,366
Kita perlu bantu mereka.
163
00:11:40,449 --> 00:11:41,325
Bantu mereka?
164
00:11:41,409 --> 00:11:43,744
Orang yang panggil kamu raksasa.
165
00:11:43,828 --> 00:11:46,622
Orang yang tembak kamu.
Kamu nak tolong mereka?
166
00:11:47,623 --> 00:11:51,210
Ya, sebab itulah tugas doktor.
167
00:11:56,382 --> 00:11:57,883
Nasiblah kalau kau mati.
168
00:12:09,186 --> 00:12:11,439
Okey. Kita kena panggil Nami.
169
00:12:12,398 --> 00:12:13,941
Dia dah pulih?
170
00:12:14,859 --> 00:12:17,403
Atas jasa si kenit ini.
171
00:12:17,486 --> 00:12:18,571
Hampir pulih.
172
00:12:18,654 --> 00:12:20,489
Rawatannya belum selesai.
173
00:12:20,573 --> 00:12:23,826
Aku boleh guna IV mudah alih
supaya kita boleh bawa dia.
174
00:12:23,909 --> 00:12:26,287
Bagus! Mari kita turun dari gunung ini.
175
00:12:27,747 --> 00:12:28,998
Kau okey, Vivi?
176
00:12:29,498 --> 00:12:32,752
Ya. Aku akan hangatkan badan
sementara kamu uruskan Nami.
177
00:12:32,835 --> 00:12:34,545
- Okey, jom Chopper.
- Baik!
178
00:12:41,302 --> 00:12:42,636
Kami lengahkan mereka.
179
00:12:43,596 --> 00:12:45,931
Ambil barang penting saja.
Cari tempat berlindung.
180
00:12:46,015 --> 00:12:48,601
Ikut sini. Cepat.
181
00:12:49,518 --> 00:12:50,728
- Mari.
- Ayuh.
182
00:12:53,856 --> 00:12:54,732
Cepat!
183
00:13:00,696 --> 00:13:02,490
Mungkin aku patut ikut mereka.
184
00:13:03,532 --> 00:13:05,576
Kalau-kalau mereka perlukan perlindungan.
185
00:13:06,076 --> 00:13:09,038
Apa sangatlah sekumpulan raksasa
bagi wira Little Garden.
186
00:13:16,670 --> 00:13:18,088
Bukan masalah aku.
187
00:13:50,538 --> 00:13:51,539
Hei!
188
00:13:55,918 --> 00:13:57,670
Kau nak ke mana?
189
00:13:58,796 --> 00:13:59,839
Nak lawan.
190
00:14:01,340 --> 00:14:02,424
Wira sangat.
191
00:14:02,925 --> 00:14:05,052
Orang kampung tentu teruja
192
00:14:05,135 --> 00:14:09,223
ada mayat mengesot
untuk mati bersama mereka.
193
00:14:15,479 --> 00:14:16,981
Bila seseorang itu mati?
194
00:14:26,490 --> 00:14:28,158
Kau tak layak ucap kata-kata itu.
195
00:14:28,242 --> 00:14:30,578
Salah kau dia mati,
196
00:14:30,661 --> 00:14:33,914
dan aku takkan benarkan
kau cemari memori dia.
197
00:14:34,498 --> 00:14:36,125
Negara ini sakit.
198
00:14:37,001 --> 00:14:38,669
Kita berdua pun tahu.
199
00:14:39,920 --> 00:14:41,422
Dr. Hiriluk juga tahu.
200
00:14:43,591 --> 00:14:45,384
Dia nak sembuhkan negara ini,
201
00:14:45,926 --> 00:14:47,428
dan aku biar dia mati.
202
00:14:49,096 --> 00:14:50,973
Aku amat kesal biar dia mati.
203
00:14:53,309 --> 00:14:55,686
Tapi aku tak boleh buat silap yang sama.
204
00:14:56,437 --> 00:15:00,441
Aku tak boleh biar sesiapa lagi mati
disebabkan Wapol tak guna itu.
205
00:15:02,693 --> 00:15:05,988
Ini peluang terakhir kita
untuk bebas daripada dia.
206
00:15:08,824 --> 00:15:10,659
Jika kita tak lawan sekarang,
207
00:15:11,660 --> 00:15:13,495
kita akan jadi hamba dia selamanya.
208
00:15:15,956 --> 00:15:17,249
Aku akan lawan,
209
00:15:17,958 --> 00:15:19,418
walau apa pun akibatnya,
210
00:15:20,711 --> 00:15:22,922
sama ada kau tolong atau tidak.
211
00:15:34,308 --> 00:15:35,392
Lantaklah.
212
00:15:40,189 --> 00:15:41,357
Kau paksa diri.
213
00:15:44,902 --> 00:15:46,236
Ini masuk buku hutang.
214
00:15:50,908 --> 00:15:53,702
Kita kena cepat.
Wapol mungkin dah sampai kampung.
215
00:15:54,203 --> 00:15:55,037
Apa ini?
216
00:15:55,537 --> 00:15:57,790
Aku rembat semua makanan yang ada.
217
00:15:57,873 --> 00:15:59,708
Tak guna membazir.
218
00:16:00,209 --> 00:16:01,543
Kau pakai kot Nami?
219
00:16:02,461 --> 00:16:05,714
Ya. Kau buat aku teringat
di luar sejuk gila.
220
00:16:05,798 --> 00:16:08,592
Aku tak jumpa kot aku,
jadi aku pinjam dia punya.
221
00:16:08,676 --> 00:16:10,803
Dia pasti marah kalau jadi apa-apa.
222
00:16:10,886 --> 00:16:13,055
Relaks. Tak jadi apa-apalah.
223
00:16:22,231 --> 00:16:24,358
Wah, wah, wah.
224
00:16:25,776 --> 00:16:28,487
Puteri Vivi
225
00:16:29,321 --> 00:16:32,616
dari Alabasta.
226
00:16:33,117 --> 00:16:34,159
Siapa mamat ini?
227
00:16:35,202 --> 00:16:36,036
Wapol.
228
00:16:37,246 --> 00:16:40,124
Raja Wapol!
229
00:16:40,749 --> 00:16:44,712
Aku juga kapten Lanun Bliking.
230
00:16:44,795 --> 00:16:49,633
Aku dah kembali
untuk tuntut hak milik aku.
231
00:16:50,467 --> 00:16:54,096
Kau buat ramai orang berkuasa marah,
wahai tuan puteri.
232
00:16:54,179 --> 00:16:55,764
Apa kejadah dia buat?
233
00:16:58,308 --> 00:16:59,476
Regangkan badan.
234
00:17:01,145 --> 00:17:02,938
Bila dengar apa kau cakap,
235
00:17:04,273 --> 00:17:06,150
bunyinya kita akan berlawan.
236
00:17:06,233 --> 00:17:07,901
Kau tak nak lawan aku.
237
00:17:07,985 --> 00:17:11,780
Aku makan biskut kering macam kau
untuk sarapanlah!
238
00:17:12,489 --> 00:17:13,490
Kalau begitu...
239
00:17:16,285 --> 00:17:17,786
aku harap kau lapar.
240
00:17:18,287 --> 00:17:19,538
Luffy, tunggu.
241
00:17:20,247 --> 00:17:21,498
Giliran aku.
242
00:17:21,582 --> 00:17:24,418
Giliran kau nak buat apa?
243
00:17:25,127 --> 00:17:28,797
Kau masih lagi budak perempuan penakut
244
00:17:28,881 --> 00:17:30,758
yang aku kenal dulu.
245
00:17:30,841 --> 00:17:32,217
Tak melawan.
246
00:17:32,718 --> 00:17:34,053
Tak ada keberanian.
247
00:17:34,678 --> 00:17:37,389
Disebabkan kau penakutlah
248
00:17:37,890 --> 00:17:40,476
yang akan buat kau terbunuh.
249
00:17:40,976 --> 00:17:44,396
Serta sesiapa saja
yang cuba nak halang aku.
250
00:17:44,480 --> 00:17:48,358
Sebab itulah, wahai tuan puteri,
251
00:17:48,859 --> 00:17:52,029
ciri-ciri yang ada pada
252
00:17:52,946 --> 00:17:54,114
raja sejati!
253
00:17:54,823 --> 00:17:57,785
Itu perkara yang ayah bodoh kau
254
00:17:57,868 --> 00:18:00,120
tak pernah faham.
255
00:18:02,581 --> 00:18:04,124
Raja cuma manusia.
256
00:18:04,833 --> 00:18:06,585
Mahkota cuma topi.
257
00:18:08,295 --> 00:18:10,464
Penderitaan yang rakyat kau alami
258
00:18:10,547 --> 00:18:14,134
buktikan yang kau tak tahu langsung
cara untuk jadi pemimpin.
259
00:18:15,427 --> 00:18:17,096
Ayah aku tahu.
260
00:18:17,763 --> 00:18:19,973
Dia takkan tunduk pada Baroque Works,
261
00:18:20,057 --> 00:18:23,852
dan aku takkan tunduk pada kau.
262
00:18:24,770 --> 00:18:26,688
Ada masa untuk diplomasi.
263
00:18:27,648 --> 00:18:28,649
Tapi sekarang,
264
00:18:29,525 --> 00:18:30,901
masa untuk bertindak.
265
00:18:30,984 --> 00:18:34,071
Aku, Nefertari Vivi,
266
00:18:34,154 --> 00:18:37,199
anak Nefertari Cobra,
267
00:18:37,282 --> 00:18:39,535
bukannya pengecut!
268
00:18:49,211 --> 00:18:50,379
Baiklah.
269
00:18:52,047 --> 00:18:55,384
Kalau kau nak sangat bertindak,
wahai tuan puteri,
270
00:18:59,638 --> 00:19:01,640
aku menurut perintah!
271
00:19:06,145 --> 00:19:07,938
Hebat ucapan kau, Vivi.
272
00:19:09,606 --> 00:19:10,858
Sekarang giliran aku.
273
00:19:13,902 --> 00:19:16,864
- Tinggal kita berdua nampaknya.
- Tak semestinya.
274
00:19:24,288 --> 00:19:26,498
Wapol mungkin dah rampas askar kami,
275
00:19:27,082 --> 00:19:29,543
tapi itu tak bermakna kami tak berdaya.
276
00:19:30,085 --> 00:19:32,004
Dia bukan sekadar rampas mereka.
277
00:19:32,087 --> 00:19:33,589
Dia telan mereka.
278
00:19:34,256 --> 00:19:35,716
Kemudian ludah jadi...
279
00:19:46,476 --> 00:19:47,436
Raksasa.
280
00:20:03,869 --> 00:20:05,662
Pedang aku boleh uruskannya.
281
00:20:07,122 --> 00:20:08,624
Berlindung!
282
00:20:08,707 --> 00:20:09,917
Tidak!
283
00:20:18,050 --> 00:20:19,176
Berlindung!
284
00:20:29,519 --> 00:20:30,687
Hei, hodoh!
285
00:20:37,527 --> 00:20:38,987
Firestar Pasti Mati!
286
00:20:47,287 --> 00:20:49,122
Dia tak dengar "Pasti Mati" agaknya.
287
00:21:11,395 --> 00:21:14,231
- Tak mati-mati!
- Lawan sampai mereka matilah.
288
00:21:25,450 --> 00:21:27,327
Wapol datang bawa askar! Jom keluar.
289
00:21:27,411 --> 00:21:28,870
Apa jadi? Vivi okey?
290
00:21:28,954 --> 00:21:32,833
- Ya. Kami bawa kau jumpa dia.
- Kejap. Aku kena tukar IV.
291
00:21:32,916 --> 00:21:34,876
- Hati-hati sikit!
- Kamu berdua.
292
00:21:34,960 --> 00:21:37,671
- Siapa doktor?
- Doktor atau makanan?
293
00:21:39,381 --> 00:21:40,299
Apa?
294
00:21:53,145 --> 00:21:57,441
Jangan degil dan biar aku buat kerja aku!
295
00:21:58,358 --> 00:21:59,985
Sanji, elok ikut cakap dia.
296
00:22:04,406 --> 00:22:07,326
- Alamak.
- Apa benda itu?
297
00:22:08,160 --> 00:22:11,747
Apa pun ia, bunuh dan cari doktor itu.
298
00:22:15,917 --> 00:22:17,627
Apa sebenarnya yang berlaku?
299
00:22:17,711 --> 00:22:20,297
Baroque Works hantar raja
dengan kuasa ajaib buru kita.
300
00:22:20,380 --> 00:22:22,132
Mereka konco dia.
301
00:22:22,215 --> 00:22:25,469
Kami takkan biar mereka
sentuh kau atau yang lain.
302
00:22:25,552 --> 00:22:28,722
Kau tunggu sini. Tunduk dan jaga IV kau.
303
00:22:29,723 --> 00:22:32,059
Okey, Chopper. Masa untuk jadi raksasa.
304
00:22:32,142 --> 00:22:32,976
Ya!
305
00:23:45,632 --> 00:23:47,342
Alamak.
306
00:23:48,218 --> 00:23:50,137
Harap-harap Nami tak perasan.
307
00:23:52,431 --> 00:23:54,141
Boleh tak lawan serius sikit?
308
00:23:55,517 --> 00:23:57,102
Aku cuba bunuh kau!
309
00:24:01,314 --> 00:24:03,108
Terimalah akibatnya!
310
00:24:14,369 --> 00:24:15,579
Snow Splitter!
311
00:24:55,744 --> 00:24:57,329
Dia cabut rambutnya?
312
00:24:58,497 --> 00:24:59,331
Okey.
313
00:25:20,560 --> 00:25:22,145
Apa kejadah benda ini?
314
00:25:22,229 --> 00:25:24,814
Kuasa tarikan daya statik
rambut afro aku memang kuat.
315
00:25:24,898 --> 00:25:26,441
Cabut rambut kau!
316
00:25:29,611 --> 00:25:31,655
Kau dah tak boleh guna kaki.
317
00:25:48,004 --> 00:25:49,297
Kita tak boleh nak halang!
318
00:25:51,299 --> 00:25:54,678
- Kau Dewa Kemusnahan, bukan?
- Ya, kita yang dimusnahkan.
319
00:26:15,657 --> 00:26:16,658
Dalton!
320
00:26:19,536 --> 00:26:23,373
Dia ada kuasa Buah Syaitan?
Semua orang ada Buah Syaitan?
321
00:26:29,921 --> 00:26:34,175
Kita tengok macam mana rasa
orang yang makan Buah Syaitan.
322
00:26:57,282 --> 00:26:59,743
Chopper, boleh tolong aku di sini?
323
00:27:00,994 --> 00:27:02,787
Aku pun sibuk sekarang!
324
00:27:03,371 --> 00:27:04,623
Kejap lagi taklah, raksasa.
325
00:27:04,706 --> 00:27:07,626
Nama aku ialah Tony Tony Chopper.
326
00:27:07,709 --> 00:27:11,046
Aku dinamakan
oleh doktor terhebat di dunia.
327
00:27:20,639 --> 00:27:23,850
Berambuslah kau
328
00:27:23,933 --> 00:27:26,019
dari sini!
329
00:27:44,287 --> 00:27:46,289
Elok sangat kau tutup mulut.
330
00:27:59,761 --> 00:28:01,137
Sanji!
331
00:28:05,767 --> 00:28:07,352
- Apa?
- Pergi sanalah!
332
00:28:07,435 --> 00:28:09,354
Apa? Kau yang melekat pada aku!
333
00:28:09,437 --> 00:28:12,023
- Lepaskan kaki aku!
- Duduk diam boleh tak?
334
00:28:14,067 --> 00:28:15,944
Salah kaki, bodoh!
335
00:28:19,364 --> 00:28:21,324
- Kau tak membantu!
- Kau pun sama.
336
00:28:21,408 --> 00:28:22,992
Kamu tak bekerjasama!
337
00:28:23,076 --> 00:28:25,161
Tak macam aku dan rakan aku.
338
00:28:30,208 --> 00:28:33,002
- Alamak.
- Alamak.
339
00:28:46,099 --> 00:28:47,308
Baiklah.
340
00:28:57,861 --> 00:28:59,779
Party Table Kick Course!
341
00:29:19,924 --> 00:29:23,219
- Itu baru kerjasama.
- Ya.
342
00:29:24,387 --> 00:29:25,305
Ya.
343
00:29:29,476 --> 00:29:30,310
- Hei.
- Nami.
344
00:29:30,393 --> 00:29:31,269
Nami!
345
00:29:53,750 --> 00:29:54,834
Pergi!
346
00:30:04,385 --> 00:30:06,054
Aku tak tahu jika kau akan kembali.
347
00:30:06,554 --> 00:30:08,848
Penduduk Drum jiwa negara ini.
348
00:30:08,932 --> 00:30:11,935
Aku takkan berhenti berjuang
demi melindungi mereka.
349
00:30:12,435 --> 00:30:14,938
Hati-hati. Kau dah mula cakap
macam seorang pemimpin.
350
00:30:36,876 --> 00:30:38,795
- Perempuan sihir itu!
- Ya.
351
00:30:40,296 --> 00:30:42,507
Tengok cara aku menyihir.
352
00:30:50,265 --> 00:30:51,224
Luffy?
353
00:30:51,891 --> 00:30:53,142
Vivi!
354
00:30:53,226 --> 00:30:55,478
- Sanji! Nami! Kamu terlepas.
- Nami, kau okey!
355
00:30:55,562 --> 00:30:56,896
Syukurlah kau okey.
356
00:30:58,523 --> 00:30:59,941
Dia kalahkan Wapol?
357
00:31:02,652 --> 00:31:03,862
Luffy, itu kot aku?
358
00:31:05,238 --> 00:31:06,656
Itu Chopper?
359
00:31:22,380 --> 00:31:24,215
Berani kau!
360
00:31:24,299 --> 00:31:28,219
Kerajaan Drum ialah ahli Kerajaan Dunia.
361
00:31:28,303 --> 00:31:31,180
Menyerang aku dikira jenayah antarabangsa!
362
00:31:31,764 --> 00:31:34,392
Lanun tak ambil kisah benda begitu.
363
00:31:35,143 --> 00:31:36,936
Kalau kau betul lanun, tentu kau tahu.
364
00:31:37,645 --> 00:31:39,814
Cukup!
365
00:31:39,898 --> 00:31:43,401
Aku akan letupkan kamu semua
sampai hancur berkecai.
366
00:31:44,402 --> 00:31:48,323
Aku akan mula dengan bendera lanun
yang menyakitkan mata itu!
367
00:31:49,657 --> 00:31:51,117
Tidak!
368
00:31:55,830 --> 00:31:56,831
Luffy.
369
00:32:01,044 --> 00:32:02,420
Tidak.
370
00:32:05,465 --> 00:32:08,009
Dia lebih bodoh daripada yang aku sangka.
371
00:32:08,593 --> 00:32:10,970
Berkorban nyawa
372
00:32:11,054 --> 00:32:16,392
semata-mata untuk secebis kain buruk
yang tak berguna itu.
373
00:32:17,644 --> 00:32:19,395
Nampak sangat kau tak tahu,
374
00:32:20,104 --> 00:32:21,147
mulut besar.
375
00:32:25,985 --> 00:32:28,279
Tengkorak dan tulang bersilang
bukan benda remeh.
376
00:32:29,113 --> 00:32:30,823
Ia simbol yang tak boleh dilerai.
377
00:32:37,497 --> 00:32:40,375
Ia simbol keyakinan.
378
00:32:40,458 --> 00:32:41,751
Tapi bagaimana?
379
00:32:42,460 --> 00:32:44,337
Tembakan aku kena tepat tadi!
380
00:32:44,420 --> 00:32:46,214
Bendera ini
381
00:32:46,881 --> 00:32:48,841
bukan benda yang boleh dihina
382
00:32:49,425 --> 00:32:50,718
atau ditembak!
383
00:32:54,389 --> 00:32:57,100
Betul tak, Chopper?
384
00:32:58,142 --> 00:32:59,143
Betul.
385
00:33:09,821 --> 00:33:12,490
Berundur. Biar aku tamatkan dia.
386
00:33:20,123 --> 00:33:22,417
Jika meriam tak boleh bunuh kau,
387
00:33:22,500 --> 00:33:25,628
aku boleh guna senjata lain.
388
00:33:41,936 --> 00:33:43,479
Jadi, itulah lanun.
389
00:33:46,399 --> 00:33:48,067
Tiada lanun macam Luffy.
390
00:34:07,754 --> 00:34:10,465
Zoro! Kita tak mampu
halang lebih lama lagi!
391
00:34:20,308 --> 00:34:21,559
Kita perlu bantu dia.
392
00:34:29,734 --> 00:34:30,568
Biar aku tolong!
393
00:34:56,511 --> 00:34:57,637
Zoro?
394
00:34:58,221 --> 00:34:59,388
Peluru habis!
395
00:35:04,977 --> 00:35:08,272
Aku kecewakan dia di Loguetown.
Tidak lagi. Luffy!
396
00:35:12,735 --> 00:35:14,362
Gum Gum...
397
00:35:15,655 --> 00:35:18,116
Air Assault!
398
00:35:48,396 --> 00:35:50,398
Ya!
399
00:35:50,481 --> 00:35:51,816
Itu baru betul!
400
00:35:55,903 --> 00:35:58,447
Luffy, kau berjaya.
401
00:36:01,868 --> 00:36:02,743
Doktor...
402
00:36:05,163 --> 00:36:06,956
negara ini dah selamat.
403
00:36:29,228 --> 00:36:30,271
Kita dah selamat.
404
00:36:31,272 --> 00:36:33,357
Kita semua dah selamat.
405
00:36:35,693 --> 00:36:36,736
Kita berjaya.
406
00:36:37,778 --> 00:36:39,947
Topi Jerami memang selalu begini.
407
00:36:46,495 --> 00:36:48,164
Ada orang gembira.
408
00:36:48,831 --> 00:36:49,707
Teruskan.
409
00:36:50,333 --> 00:36:55,504
Lepas aku rawat luka kau,
kau mungkin takkan senyum begitu.
410
00:37:14,190 --> 00:37:15,107
Dah tamatkah?
411
00:37:16,067 --> 00:37:19,153
Belum. Ini baru permulaan.
412
00:37:19,779 --> 00:37:21,072
Hei!
413
00:37:21,155 --> 00:37:24,742
Mari tanggalkan belenggu itu.
Pergi rawat yang cedera.
414
00:37:24,825 --> 00:37:26,494
Gunakan kemahiran kamu.
415
00:37:26,577 --> 00:37:27,578
Gerak!
416
00:37:27,662 --> 00:37:29,747
Baiklah. Mari kita mulakan.
417
00:37:44,845 --> 00:37:46,389
Memudahkan, bukan?
418
00:37:47,223 --> 00:37:50,142
Aku boleh panjat.
Sebenarnya aku tak sabar panjat.
419
00:37:50,226 --> 00:37:53,479
Aku macam kambing gurun
kalau bab panjat gunung.
420
00:37:55,022 --> 00:37:56,899
Usopp! Zoro!
421
00:37:56,983 --> 00:37:58,901
Kamu dah sampai!
422
00:37:58,985 --> 00:38:02,655
- Syukurlah kamu okey.
- Kacanglah lawan raksasa.
423
00:38:03,281 --> 00:38:04,323
Mana Nami?
424
00:38:06,284 --> 00:38:07,868
Nami, kau okey!
425
00:38:07,952 --> 00:38:09,161
Ya, aku sihat.
426
00:38:10,079 --> 00:38:11,998
Aku dah tak rasa macam nak mati.
427
00:38:12,081 --> 00:38:13,249
Sama-sama.
428
00:38:14,625 --> 00:38:15,543
Itu kot aku?
429
00:38:17,044 --> 00:38:18,129
Nanti kira sekali.
430
00:38:18,212 --> 00:38:21,173
Kenapa lambat? Apa kamu buat di sini?
431
00:38:25,011 --> 00:38:26,429
Kami belasah raja.
432
00:38:28,723 --> 00:38:30,474
Anak muda itu kalahkan Wapol.
433
00:38:30,558 --> 00:38:31,767
Tak sangka betul.
434
00:38:31,851 --> 00:38:33,602
Mana dua konconya?
435
00:38:33,686 --> 00:38:35,354
Sanji dan Chopper uruskan mereka.
436
00:38:35,438 --> 00:38:36,981
Senang sangat.
437
00:38:39,400 --> 00:38:40,276
Siapa Chopper?
438
00:38:42,403 --> 00:38:43,279
Dia!
439
00:38:50,703 --> 00:38:52,121
Itu anak Hiriluk.
440
00:39:04,842 --> 00:39:06,052
Terima kasih.
441
00:39:08,512 --> 00:39:09,638
Kepada kamu semua.
442
00:39:11,432 --> 00:39:13,267
Disebabkan kamu berjuang untuk kami,
443
00:39:13,934 --> 00:39:15,811
negara ini boleh dilahirkan semula.
444
00:39:26,197 --> 00:39:28,657
Anggaplah kau dah bayar habis.
445
00:39:38,084 --> 00:39:40,836
Rakyat akan ada pemimpin baru.
446
00:39:46,384 --> 00:39:47,510
Keluarlah, rusa.
447
00:39:48,260 --> 00:39:49,220
Ikut kami.
448
00:39:50,471 --> 00:39:52,723
Apa? Apa maksud kau?
449
00:39:53,307 --> 00:39:55,059
Jom jadi lanun bersama.
450
00:39:59,397 --> 00:40:01,816
Aku nak jadi lanun dengan kamu semua,
451
00:40:02,316 --> 00:40:03,317
tapi tak boleh.
452
00:40:03,818 --> 00:40:05,694
Kenapa tak boleh?
453
00:40:06,320 --> 00:40:07,822
Kau selamatkan nyawa aku.
454
00:40:07,905 --> 00:40:11,826
Kami perlukan doktor,
memandangkan kami selalu cari masalah.
455
00:40:11,909 --> 00:40:15,788
Hebat betul kau bertukar tadi.
Berguna masa bertarung.
456
00:40:15,871 --> 00:40:16,872
Sudah!
457
00:40:21,752 --> 00:40:23,337
Aku bersyukur jumpa kamu.
458
00:40:23,921 --> 00:40:27,842
Kamu layan aku baik-baik
dan kamu buat macam-macam,
459
00:40:28,509 --> 00:40:30,177
tapi aku rusa.
460
00:40:30,261 --> 00:40:33,514
Aku ada telapuk, tanduk dan hidung biru.
461
00:40:33,597 --> 00:40:35,307
Aku bukan manusia macam kamu.
462
00:40:35,391 --> 00:40:38,686
Aku takkan boleh jadi
sebahagian daripada kamu. Mustahil...
463
00:40:38,769 --> 00:40:43,649
Diam sajalah dan ikut kami!
464
00:40:46,318 --> 00:40:47,653
Itu akan yakinkan dia.
465
00:41:03,294 --> 00:41:05,671
Okey. Aku akan sertai kamu.
466
00:41:06,672 --> 00:41:10,676
Ya!
467
00:41:11,510 --> 00:41:15,473
Kita jumpa di luar.
Ada benda aku kena buat dulu.
468
00:41:28,903 --> 00:41:29,987
Doctorine!
469
00:41:34,283 --> 00:41:35,784
Saya nak bincang sesuatu.
470
00:41:35,868 --> 00:41:38,621
Muncul pun pembantu aku.
471
00:41:39,163 --> 00:41:40,998
Teruk betul kau buat sepah.
472
00:41:41,624 --> 00:41:45,294
Kau kena keluar cari dan ganti
ubat yang kau dah rosakkan.
473
00:41:45,794 --> 00:41:47,922
Doctorine, saya nak pergi.
474
00:41:49,507 --> 00:41:53,260
Ya, aku dah kata
kau kena pergi cari dan ganti...
475
00:41:53,344 --> 00:41:54,803
Pergi bersama mereka.
476
00:41:57,348 --> 00:42:00,976
Saya akan jadi doktor mereka
dan belayar keliling dunia dengan mereka.
477
00:42:06,065 --> 00:42:08,526
Kamu memang tak reti kenang budi.
478
00:42:10,110 --> 00:42:12,029
Lepas semua yang aku buat untuk kamu...
479
00:42:13,197 --> 00:42:14,532
Bagi tempat tinggal,
480
00:42:15,241 --> 00:42:16,492
ajar ilmu perubatan.
481
00:42:17,326 --> 00:42:19,912
Saya terhutang budi atas segalanya.
482
00:42:19,995 --> 00:42:22,164
Tapi saya perlu kejar impian saya.
483
00:42:22,790 --> 00:42:23,624
Kamu?
484
00:42:24,208 --> 00:42:27,711
Anak rusa cengeng
macam kamu nak jadi lanun?
485
00:42:29,004 --> 00:42:31,715
Kamu takkan bertahan di laut sana.
486
00:42:34,385 --> 00:42:36,053
Itu mungkin betul,
487
00:42:36,136 --> 00:42:39,139
tapi saya juga manusia
dan saya ada impian.
488
00:42:39,223 --> 00:42:42,268
Saya bukan belayar sendiri.
Saya ada kawan-kawan.
489
00:42:42,351 --> 00:42:43,310
Awak...
490
00:42:43,394 --> 00:42:45,020
Awak tak boleh halang saya.
491
00:42:45,521 --> 00:42:49,441
Jadi, kamu nak pergi
ikut impian mengarut kamu itu.
492
00:42:49,525 --> 00:42:51,277
Macam doktor haprak itu.
493
00:42:51,360 --> 00:42:54,029
Kau akan jadi macam dia nanti.
494
00:42:56,407 --> 00:42:57,908
Balik ke sini!
495
00:43:04,415 --> 00:43:05,749
Sedia, aku datang!
496
00:43:06,292 --> 00:43:07,668
Kenapa dia tak keluar lagi?
497
00:43:09,003 --> 00:43:12,673
Tentu tak mudah.
Tinggalkan rumah buat kali pertama.
498
00:43:27,021 --> 00:43:28,022
Apa itu?
499
00:43:44,538 --> 00:43:47,499
Masuk, semua.
Kita turun gunung, terus ke laut.
500
00:43:48,709 --> 00:43:50,502
Satu lagi Chopper?
501
00:43:51,920 --> 00:43:53,130
Aku duduk belakang!
502
00:44:24,161 --> 00:44:24,995
Luffy!
503
00:44:57,861 --> 00:44:59,530
Selamat datang, doktor.
504
00:45:00,989 --> 00:45:03,200
Kapal lanun pertama aku.
505
00:45:03,826 --> 00:45:06,370
Ayuh! Masa untuk bertolak!
506
00:45:06,870 --> 00:45:08,664
Ayuh!
507
00:45:36,066 --> 00:45:37,651
Aku faham perasaan kau.
508
00:45:39,236 --> 00:45:40,279
Tinggalkan rumah.
509
00:45:43,824 --> 00:45:45,617
Tapi kau tak perlu gelabah.
510
00:45:48,078 --> 00:45:49,413
Kau lanun Topi Jerami.
511
00:45:52,124 --> 00:45:53,834
Going Merry ini rumah kau.
512
00:45:55,502 --> 00:45:56,879
Kami akan bersama kau.
513
00:45:58,547 --> 00:45:59,590
Sentiasa.
514
00:46:02,801 --> 00:46:06,180
Alamak! Aku tertinggal beg
dan semua peralatan aku!
515
00:46:06,263 --> 00:46:07,347
Beg ini?
516
00:46:11,894 --> 00:46:13,479
Ada dalam kereta luncur.
517
00:46:13,562 --> 00:46:15,522
Tapi aku tak...
518
00:46:19,026 --> 00:46:20,319
Doctorine.
519
00:46:21,361 --> 00:46:22,738
Mesti dia dah tahu.
520
00:46:36,043 --> 00:46:37,461
Apa itu?
521
00:46:39,379 --> 00:46:40,839
Rahsia.
522
00:46:47,846 --> 00:46:49,097
Kau jumpa apa aku perlukan.
523
00:46:52,810 --> 00:46:54,311
Ia di gudang senjata.
524
00:46:56,563 --> 00:46:57,940
Kenapa kau perlukannya?
525
00:46:58,023 --> 00:47:00,526
Aku tak suka bersedih
waktu ucap selamat tinggal.
526
00:47:03,654 --> 00:47:07,449
Hiriluk ada idea khusus
untuk sembuhkan negara ini.
527
00:47:08,617 --> 00:47:10,285
Akhirnya, dia tahu caranya
528
00:47:11,495 --> 00:47:13,747
tapi tak dapat buat sendiri.
529
00:47:18,418 --> 00:47:19,294
Tegakkan.
530
00:47:28,804 --> 00:47:30,180
Doktor, apa semua ini?
531
00:47:31,014 --> 00:47:31,890
Tengoklah.
532
00:47:40,107 --> 00:47:42,109
Mari lihat jika dia betul.
533
00:48:24,359 --> 00:48:26,612
Cantiknya.
534
00:48:29,656 --> 00:48:32,326
Ia salji, tapi nampak macam...
535
00:48:33,285 --> 00:48:35,329
Bunga sakura.
536
00:48:40,667 --> 00:48:42,669
Pasang lampu sorot.
537
00:48:45,631 --> 00:48:49,259
Apabila orang hilang harapan,
mereka tunduk kepada rasa takut.
538
00:48:49,801 --> 00:48:53,263
Kita perlu kembalikan harapan mereka.
539
00:48:55,474 --> 00:49:00,812
Emosi luar biasa
yang dia alami sewaktu melihat
540
00:49:00,896 --> 00:49:03,106
bunga sakura
541
00:49:04,066 --> 00:49:05,400
telah menyembuhkannya.
542
00:49:12,991 --> 00:49:15,327
Tiada yang mustahil.
543
00:49:16,036 --> 00:49:19,206
Kita takkan sesekali putus asa.
544
00:50:18,056 --> 00:50:20,726
Pergilah, budak bodoh.
545
00:50:24,771 --> 00:50:28,316
Jika orang boleh bawa bunga sakura
ke tanah dingin ini,
546
00:50:28,942 --> 00:50:31,319
mungkin rusa boleh jadi lanun.
547
00:50:33,280 --> 00:50:35,365
Ajaib juga kemampuan si bodoh.
548
00:50:36,366 --> 00:50:38,785
Orang bodoh yang selamatkan tempat ini.
549
00:50:39,453 --> 00:50:41,329
Bukan Dr. Hiriluk saja.
550
00:50:44,124 --> 00:50:46,460
Monkey D. Luffy.
551
00:50:47,377 --> 00:50:49,046
Dia pemuda yang istimewa.
552
00:50:50,172 --> 00:50:52,924
Mungkin dialah yang akan jumpa One Piece.
553
00:50:56,053 --> 00:50:59,014
Dia pun ada ciri-ciri tertentu
yang sama macam
554
00:50:59,514 --> 00:51:01,058
Gol D. Roger.
555
00:51:01,141 --> 00:51:02,434
Gol D?
556
00:51:03,727 --> 00:51:05,270
Maksud kau Gold Roger.
557
00:51:08,065 --> 00:51:10,525
Dia dikenali dengan nama itukah sekarang?
558
00:51:12,569 --> 00:51:17,866
Anak rusa kita memilih untuk bersama
orang-orang yang sangat menarik.
559
00:51:18,784 --> 00:51:21,870
Semangat D berterusan.
560
00:51:23,205 --> 00:51:24,623
Minum.
561
00:51:37,052 --> 00:51:38,261
Baiklah, semua!
562
00:51:39,679 --> 00:51:43,683
Mari kita alu-alukan
kedatangan doktor baru kita.
563
00:51:44,184 --> 00:51:46,853
Tony Tony Chopper!
564
00:51:54,820 --> 00:51:56,822
Chopper!
565
00:52:03,036 --> 00:52:04,871
Chopper, tengok ini!
566
00:52:05,372 --> 00:52:07,165
Ya!
567
00:52:18,468 --> 00:52:20,053
Hidang dinosaur yang aku bunuh?
568
00:52:20,137 --> 00:52:22,180
Tak ada pun. Sebab kau tak bunuh.
569
00:52:24,683 --> 00:52:27,018
Ya!
570
00:52:27,102 --> 00:52:29,604
Aku tak pernah seseronok ini.
571
00:52:31,106 --> 00:52:32,858
Boleh aku cuba main pisau?
572
00:52:35,235 --> 00:52:38,780
Tak larat layan? Aku ingat
kau dah biasa dengan telatah kami.
573
00:52:38,864 --> 00:52:40,073
Tak, cuma...
574
00:52:40,574 --> 00:52:42,409
- Nak bir?
- Aku suka coklat panas.
575
00:52:42,492 --> 00:52:43,451
Aku pasti rindu.
576
00:52:44,119 --> 00:52:45,162
Rindu?
577
00:52:45,996 --> 00:52:47,038
Kau nak ke mana?
578
00:52:48,248 --> 00:52:52,002
Di Alabasta nanti, kita akan berpisah.
579
00:52:52,669 --> 00:52:55,589
Kamu turunkan aku
dan pergi cari One Piece.
580
00:52:56,089 --> 00:52:59,634
Ya, kami akan cari One Piece.
581
00:53:02,512 --> 00:53:05,640
Tapi lepas kami tolong kau
kalahkan geng Baroque Works
582
00:53:05,724 --> 00:53:07,392
dan selamatkan kerajaan kau.
583
00:53:15,400 --> 00:53:16,902
Kau sudi tolong aku?
584
00:53:17,944 --> 00:53:19,863
Takkan kami nak tinggalkan kau?
585
00:53:21,072 --> 00:53:24,576
Macam aku cakap,
aku ingat dah biasa dengan telatah kami.
586
00:53:25,076 --> 00:53:27,662
Kau pun sebahagian daripada kami.
587
00:53:28,830 --> 00:53:30,874
Kawan saling membantu.
588
00:53:32,042 --> 00:53:33,084
Bodoh.
589
00:53:37,047 --> 00:53:38,673
Aku tak patut ragu.
590
00:53:40,592 --> 00:53:42,469
Aku betul-betul hargainya.
591
00:53:51,311 --> 00:53:54,147
Kalau nak tolong,
ada sesuatu kamu kena tahu.
592
00:53:54,231 --> 00:53:59,361
Maklumat yang aku bongkar
masa menyamar sampai Igaram terkorban.
593
00:53:59,945 --> 00:54:02,405
Itu cara kau bercakap dengan bos kau?
594
00:54:02,489 --> 00:54:04,324
Maaflah, Mr. 0.
595
00:54:04,824 --> 00:54:07,410
Marin dah sedar dengan aktiviti kita.
596
00:54:08,036 --> 00:54:11,456
Aku dah hantar Unluckies.
Buat pembersihan.
597
00:54:13,083 --> 00:54:14,709
Lanun Topi Jerami...
598
00:54:15,502 --> 00:54:16,962
...tumpangkan Puteri Vivi...
599
00:54:21,132 --> 00:54:23,969
Vivi. Puteri Alabasta yang hilang.
600
00:54:24,052 --> 00:54:27,639
Saya cam salah satu suara.
Anggota Topi Jerami.
601
00:54:29,182 --> 00:54:32,352
- Tapi seorang lagi...
- Mr. 0. Ketua Baroque Works.
602
00:54:32,435 --> 00:54:35,272
Kami bongkar rahsia mereka paling sulit.
603
00:54:35,355 --> 00:54:37,482
Identiti sebenar Mr. 0.
604
00:54:37,983 --> 00:54:41,861
Kalau Mr. 0 tahu rakaman ini wujud,
maknanya dia ada maklumat.
605
00:54:42,362 --> 00:54:43,196
Hubungan.
606
00:54:43,280 --> 00:54:46,908
Garp tak nak identiti Mr. 0 diketahui
selagi tak ada bukti.
607
00:54:47,742 --> 00:54:50,578
Tuduhan saja dah boleh buat Marin goyang.
608
00:54:50,662 --> 00:54:53,873
Kalau betul kita nak berdepan
dengan Baroque Works,
609
00:54:53,957 --> 00:54:56,293
kamu kena tahu siapa kita bakal hadapi.
610
00:54:56,376 --> 00:54:57,585
Baroque Works...
611
00:54:58,086 --> 00:54:59,004
Topi Jerami...
612
00:55:00,797 --> 00:55:02,507
Segalanya menunjuk ke Alabasta.
613
00:55:05,010 --> 00:55:06,177
Kita ke sana.
614
00:55:11,933 --> 00:55:16,229
Mr. 11 dan Miss Thursday sahkan
siaran pemintas sudah dimusnahkan.
615
00:55:16,313 --> 00:55:20,942
Bagus. Ada berita
tentang identiti sebenar Mr. Prince?
616
00:55:21,026 --> 00:55:22,152
Belum lagi.
617
00:55:22,861 --> 00:55:24,029
Kita akan cari dia.
618
00:55:25,238 --> 00:55:26,990
Macam mana dengan Raja Wapol?
619
00:55:27,073 --> 00:55:28,283
Boleh diabaikan.
620
00:55:29,659 --> 00:55:32,746
Dengan hadiah kau pun dia gagal.
621
00:55:35,582 --> 00:55:37,125
Kita dah dapat apa kita nak.
622
00:55:38,126 --> 00:55:42,255
Harta kekayaan dirajanya
akan bantu perancangan kita.
623
00:55:42,797 --> 00:55:44,966
Maksud kau perancangan kau?
624
00:55:51,222 --> 00:55:52,807
{\an8}DIKEHENDAKI
625
00:55:52,891 --> 00:55:54,934
{\an8}GANJARAN DIBATALKAN
626
00:55:55,018 --> 00:55:56,269
Jangan begitu.
627
00:55:56,770 --> 00:55:59,856
Yang baik untuk aku, baik juga untuk kau.
628
00:56:02,609 --> 00:56:03,943
Untuk kita semua.
629
00:56:05,153 --> 00:56:08,031
Aku dah arah ejen pegawai
berkumpul di Alabasta.
630
00:56:08,114 --> 00:56:10,450
Mereka boleh diharap berbanding yang lain.
631
00:56:10,533 --> 00:56:14,329
Aku dah naik muak
selesaikan masalah ejen bawahan.
632
00:56:15,663 --> 00:56:18,541
Kau menghiburkan, Nico Robin.
633
00:56:19,876 --> 00:56:22,504
{\an8}DIKEHENDAKI
HIDUP ATAU MATI
634
00:56:23,880 --> 00:56:26,132
Aku dah kata jangan guna nama itu.
635
00:56:28,510 --> 00:56:29,469
Relaks.
636
00:56:30,678 --> 00:56:34,265
Segala penat lelah kita
akan membuahkan hasil tak lama lagi.
637
00:56:35,683 --> 00:56:39,104
Kita mulakan Operasi Utopia.
638
00:56:39,771 --> 00:56:41,398
Alabasta akan tumbang.
639
00:56:42,899 --> 00:56:43,858
Aku pula
640
00:56:44,359 --> 00:56:46,319
akan semakin hampir
641
00:56:47,821 --> 00:56:49,906
untuk miliki One Piece.
642
01:00:05,727 --> 01:00:08,646
{\an8}Terjemahan sari kata oleh NNorhan