1 00:00:08,550 --> 00:00:10,802 Hai. Saya Vinnie Green. 2 00:00:10,886 --> 00:00:13,764 Saya sedang bersiar-siar di sekitar California Selatan yang indah, 3 00:00:13,847 --> 00:00:17,059 berjumpa orang yang alami kesukaran untuk menjaga kesihatan. 4 00:00:17,142 --> 00:00:20,312 Macam kawan saya hari ini, di San Diego yang cerah. 5 00:00:20,395 --> 00:00:22,606 Saya dengar, dia sedang berdepan kesukaran 6 00:00:22,689 --> 00:00:24,316 menjaga badannya. 7 00:00:24,399 --> 00:00:26,235 Tapi anda nak tahu sesuatu yang menarik? 8 00:00:26,318 --> 00:00:27,945 Dia tak tahu saya akan datang. 9 00:00:28,028 --> 00:00:31,156 Betul. Saya akan beri kejutan buatnya. Seronok, bukan? 10 00:00:31,240 --> 00:00:33,033 Okey, saya semakin berdebar. 11 00:00:34,076 --> 00:00:36,119 Bagaimana dengan awak, Lady? Awak pun berdebar? 12 00:00:37,621 --> 00:00:39,498 Tentulah tidak. Awak hebat! 13 00:00:40,123 --> 00:00:42,835 Okey, ayuh! 14 00:00:58,308 --> 00:00:59,351 Hai! 15 00:01:01,103 --> 00:01:03,230 Letakkan senjata. Saya bukan nak cederakan awak! 16 00:01:03,313 --> 00:01:04,857 Oh, Tuhan! 17 00:01:05,482 --> 00:01:06,984 Vinnie Green! 18 00:01:07,067 --> 00:01:10,696 Apa awak buat di sini? Tak sangka! 19 00:01:10,779 --> 00:01:12,906 Percayalah. 20 00:01:12,990 --> 00:01:14,241 Kejutan! 21 00:01:17,244 --> 00:01:20,831 - Saya datang! - Vinnie! 22 00:01:22,666 --> 00:01:26,003 Sesuatu yang menarik terjadi di dapur. Awak hampir kelar saya! 23 00:01:26,086 --> 00:01:27,880 Saya ketakutan! 24 00:01:28,630 --> 00:01:30,883 Manalah saya tahu awak nak datang? 25 00:01:30,966 --> 00:01:33,177 Okey. Tapi sekarang, tengoklah. 26 00:01:35,429 --> 00:01:37,139 Saya rasa, awak ada kisah nak ceritakan. 27 00:01:38,599 --> 00:01:39,975 Dah bersedia nak ceritakannya? 28 00:01:40,851 --> 00:01:43,353 - Saya masih belum bersedia. - Itu hal biasa. 29 00:01:43,437 --> 00:01:45,898 Tapi saya ada, dan saya akan bantu awak. 30 00:01:46,481 --> 00:01:48,525 Awak ada masalah, bukan? 31 00:01:48,609 --> 00:01:50,527 Ya. Ya, betul. 32 00:01:50,611 --> 00:01:52,029 Dengan perkataan M. 33 00:01:52,112 --> 00:01:54,239 Bukan carutan. Saya maksudkan makanan. 34 00:01:55,073 --> 00:01:58,660 Ceritakan tentang hubungan awak dengan makanan. 35 00:01:58,744 --> 00:02:02,080 Okey. Ia agak sukar. 36 00:02:03,457 --> 00:02:04,458 Sebenarnya… 37 00:02:05,125 --> 00:02:08,836 Sejak remaja, saya alami, 38 00:02:09,795 --> 00:02:12,591 masalah… 39 00:02:12,674 --> 00:02:14,927 Tak mengapa. Saya ada. Pandang saya. Saya ada. 40 00:02:15,010 --> 00:02:17,429 Masalah… 41 00:02:17,513 --> 00:02:18,889 Kadangkala saya… 42 00:02:18,972 --> 00:02:20,307 Awak makan mengikut nafsu. 43 00:02:20,390 --> 00:02:24,144 Ya, tapi ia sebahagian daripada… 44 00:02:24,228 --> 00:02:26,104 Satu… 45 00:02:26,772 --> 00:02:27,773 Ia satu… 46 00:02:27,856 --> 00:02:30,317 …seperti satu rutin. 47 00:02:30,400 --> 00:02:32,528 Awak makan dan muntahkan. 48 00:02:33,111 --> 00:02:35,531 Ya. Sebaik saja saya lakukannya, 49 00:02:35,614 --> 00:02:38,450 saya rasa seolah-olah telah diculik. 50 00:02:39,201 --> 00:02:43,580 Seolah-olah ada orang… 51 00:02:43,664 --> 00:02:46,542 - Hunus pisau pada awak. - Ya. Saya… 52 00:02:46,625 --> 00:02:50,254 Saya makan banyak dan ia menyakitkan serta menakutkan. 53 00:02:50,337 --> 00:02:53,507 Saya rasa seperti akan meletup. 54 00:02:53,590 --> 00:02:56,051 Kalau saya tak muntahkan, saya akan mati. 55 00:02:56,134 --> 00:03:00,556 Aduhai! Saya bersimpati. Teruknya. 56 00:03:00,639 --> 00:03:02,099 Ya. Memang teruk. 57 00:03:02,182 --> 00:03:04,226 Saya raksasa teruk, menjijikkan 58 00:03:05,394 --> 00:03:07,271 dan tak guna. 59 00:03:07,354 --> 00:03:08,856 Betul. 60 00:03:10,691 --> 00:03:12,234 Tapi awak tak perlu jadi begitu. 61 00:03:12,317 --> 00:03:15,112 Awak percaya tak jika saya kata kami boleh bantu awak 62 00:03:15,195 --> 00:03:17,406 jadi sihat dan bahagia? 63 00:03:18,198 --> 00:03:20,284 Mulai hari ini, sekarang. 64 00:03:20,784 --> 00:03:22,244 Apa pendapat awak? 65 00:03:22,870 --> 00:03:24,496 Kenapa awak sentuh muka saya? 66 00:03:24,580 --> 00:03:25,831 Sebab saya sayang awak. 67 00:03:25,914 --> 00:03:28,292 Tapi awak tak kenal saya. 68 00:03:28,917 --> 00:03:30,252 Kenapa saya cakap dengan awak? 69 00:03:30,335 --> 00:03:33,046 Kenapa saya ceritakan kepada awak? Saya tak pernah beritahu sesiapa. 70 00:03:33,130 --> 00:03:36,633 Tiada siapa pun tahu! Tiada siapa! 71 00:03:36,717 --> 00:03:39,011 Ini tempat apa? 72 00:03:39,094 --> 00:03:41,388 Ini tempat apa? Saya di mana? 73 00:03:41,471 --> 00:03:44,933 Ini bukan rumah saya! Apa yang berlaku? 74 00:03:45,017 --> 00:03:46,643 Sedia untuk ceritakan? 75 00:03:47,186 --> 00:03:48,520 Rasanya, awak dah bersedia. 76 00:03:49,354 --> 00:03:50,731 Entah. 77 00:03:52,024 --> 00:03:53,775 Biar saya bantu awak bermula. 78 00:03:53,859 --> 00:03:57,237 Awak ada masalah dengan makanan. 79 00:03:57,321 --> 00:03:59,072 - Ya. Ya, betul. - Ya. 80 00:03:59,156 --> 00:04:02,659 Saya ada masalah dengan makanan. 81 00:04:02,743 --> 00:04:03,744 Ya. 82 00:04:04,828 --> 00:04:06,371 Sukarnya. 83 00:04:06,914 --> 00:04:08,415 Teruskan. Saya ada. 84 00:04:09,875 --> 00:04:12,544 Awak rasa tak terkawal, betul? 85 00:04:12,628 --> 00:04:15,297 Satu panggilan telefon boleh jadi langkah pertama 86 00:04:15,380 --> 00:04:17,632 dalam perjalanan memperbaiki diri anda. 87 00:04:17,716 --> 00:04:20,677 Sistem Roda Hidangan amat mudah, saya pun boleh buat! 88 00:04:20,761 --> 00:04:22,513 Sebaik saja anda kawal makanan anda, 89 00:04:22,596 --> 00:04:25,182 anda akan fikir, "Apa lagi yang saya boleh kawal?" 90 00:04:29,394 --> 00:04:33,732 Saya amat bangga dengan Mary Beth dan mahu bangga dengan anda juga. 91 00:04:33,815 --> 00:04:37,110 Jangan bazirkan walau sehari sedangkan anda boleh mulakan sekarang. 92 00:04:37,194 --> 00:04:38,695 Hubungi saya. 93 00:04:39,363 --> 00:04:40,572 Sayang? 94 00:04:41,990 --> 00:04:45,202 Awak terjaga lagi? Awak perlu berehat. 95 00:04:45,285 --> 00:04:47,329 Saya tahu, sayang. Saya tak boleh tidur. 96 00:04:47,412 --> 00:04:49,706 Mungkin ubat itu buatkan saya terjaga. 97 00:04:49,790 --> 00:04:52,292 Kemudian, saya akan mula berfikir dan rasa… 98 00:04:52,376 --> 00:04:54,670 - Saya ada idea tentang… - Ya. 99 00:04:54,753 --> 00:04:57,256 Tidak, sayang, saya tak nak awak risau tentang kerja. 100 00:04:57,339 --> 00:04:58,757 Awak tahu apa awak perlukan sekarang? 101 00:04:58,841 --> 00:05:01,718 Awak perlu berehat dan pulih. 102 00:05:01,802 --> 00:05:05,097 Saya mahu awak tambah berat badan. Okey? 103 00:05:05,180 --> 00:05:09,017 Kesihatan dan kesuburan awak amat penting. 104 00:05:09,101 --> 00:05:10,143 Sekejap. 105 00:05:10,227 --> 00:05:13,772 Doktor kata masih sempat, asalkan awak jaga diri. 106 00:05:13,856 --> 00:05:15,232 Cepat hentikannya. 107 00:05:15,315 --> 00:05:17,234 Awak tahu saya tak mahu hamil lagi, bukan? 108 00:05:18,402 --> 00:05:20,487 Tak perlu putuskan malam ini. 109 00:05:20,571 --> 00:05:21,947 Tidak, sayang. Percayalah, 110 00:05:22,030 --> 00:05:24,074 saya dah buat keputusan… 111 00:05:24,157 --> 00:05:27,369 Awak perlu berehat dan pulih. 112 00:05:27,452 --> 00:05:29,621 Kita bincang lain kali. Okey? 113 00:05:30,205 --> 00:05:32,124 Mari sini. 114 00:05:32,916 --> 00:05:34,084 Seronok, bukan? 115 00:05:34,168 --> 00:05:37,379 Mahu sertai saya dan kawal badan 116 00:05:37,462 --> 00:05:38,881 serta kehidupan anda? 117 00:05:38,964 --> 00:05:42,176 Anda cuma perlu hubungi saya hari ini. 118 00:05:42,259 --> 00:05:44,678 HUBUNGI SEKARANG! 1-800-555-LEAN 119 00:05:52,811 --> 00:05:55,105 Dah pukul 10:00 pagi. Dia masih di sini. 120 00:05:55,189 --> 00:05:56,982 Mungkin sebab awak buatkan dia telur dadar! 121 00:05:57,065 --> 00:05:59,067 Saya cuma bersikap baik. 122 00:05:59,151 --> 00:06:01,612 Saya suka berbuat baik dan saya tak boleh tahan. 123 00:06:01,695 --> 00:06:03,447 Awak tak begitu baik malam semalam. 124 00:06:03,530 --> 00:06:04,531 Awak nakal. 125 00:06:05,199 --> 00:06:07,367 - Betul. - Ya. 126 00:06:07,451 --> 00:06:10,120 Sekejap, betul. Betulkah? Awak rasa saya nakal? 127 00:06:10,204 --> 00:06:12,206 Saya rasa saya nakal. 128 00:06:12,289 --> 00:06:13,832 Ya. 129 00:06:13,916 --> 00:06:16,627 - Awak amat menghayatinya. Ya. - Ya. Betul. 130 00:06:16,710 --> 00:06:18,295 Saya terfikir, Ernie, 131 00:06:18,378 --> 00:06:20,839 saya terfikir mungkin lain kali, 132 00:06:21,465 --> 00:06:26,345 saya boleh pilih cara untuk jadikannya lebih menarik. 133 00:06:26,428 --> 00:06:29,056 Ya, suka hati awaklah, sayang. Saya tak kisah. 134 00:06:29,139 --> 00:06:32,142 Ya. Saya akan fikirkan. 135 00:06:32,726 --> 00:06:33,936 Kemahuan saya. 136 00:06:35,229 --> 00:06:38,857 - Okey, tapi boleh awak halau dia? - Terima kasih untuk malam yang indah. 137 00:06:38,941 --> 00:06:41,693 - Ya. Kami teruja. - Ya. 138 00:06:41,777 --> 00:06:44,821 Kami sama-sama teruja. 139 00:06:44,905 --> 00:06:46,114 Ya. 140 00:06:47,658 --> 00:06:48,659 Sebenarnya, 141 00:06:48,742 --> 00:06:50,702 itu singki untuk mainan seks. 142 00:06:50,786 --> 00:06:52,871 Tak mengapa. Tiada masalah. 143 00:06:52,955 --> 00:06:55,123 - Jangan risau. - Okey. 144 00:06:55,207 --> 00:06:56,625 Kami memang terbuka. 145 00:07:00,379 --> 00:07:01,588 Tak ada ombak. 146 00:07:02,673 --> 00:07:05,008 Maksudnya, tak boleh meluncur. 147 00:07:05,092 --> 00:07:07,386 Jika tak boleh meluncur, kita perlu pergi ke tempat lain. 148 00:07:07,469 --> 00:07:09,972 Kebanyakan kami mahu cari kerja sebagai penangkap tuna. 149 00:07:10,055 --> 00:07:12,182 - Awak masih boleh ikut kami. - Tuna? 150 00:07:12,266 --> 00:07:15,310 Ya. Albacore atau apa saja yang menguntungkan. 151 00:07:15,394 --> 00:07:19,231 Dia takkan jadi nelayan, bodoh. Dia akan bersama saya di sini. 152 00:07:21,024 --> 00:07:23,652 Okey. Selamat tinggal. 153 00:07:23,735 --> 00:07:24,945 Okey, selamat tinggal. 154 00:07:28,824 --> 00:07:31,994 Akhirnya, tuan rumah kita dah baiki tandas lagi satu. 155 00:07:32,870 --> 00:07:34,454 Jadi sekarang, dia boleh gandakan sewa. 156 00:07:36,540 --> 00:07:37,708 Semoga berjaya, kamu berdua! 157 00:07:50,179 --> 00:07:52,181 - Hai, semua! - Hei! 158 00:07:52,264 --> 00:07:54,141 - Masuklah. - Okey. 159 00:07:54,975 --> 00:07:56,018 Apa khabar? 160 00:07:56,101 --> 00:07:59,104 Saya harap masalah dah selesai, 161 00:07:59,188 --> 00:08:02,065 tapi rupa-rupanya, kesembuhan lebih mencabar daripada kesakitan. 162 00:08:02,149 --> 00:08:03,150 - Ya. - Ya. 163 00:08:03,233 --> 00:08:04,443 Awak sangat "berani." 164 00:08:04,526 --> 00:08:05,527 - Ya. - Okey, baiklah. 165 00:08:05,611 --> 00:08:08,405 - Ini untuk awak dan yang itu untuk Maya. - Okey. 166 00:08:08,488 --> 00:08:09,865 - Jangan bersedih. - Ya. 167 00:08:09,948 --> 00:08:12,784 Hei, sayang. Saya datang. Bagaimana keadaan awak? 168 00:08:13,327 --> 00:08:16,079 Terperangkap. Saya terperangkap di sini. 169 00:08:16,163 --> 00:08:18,999 - Terperangkap! - Ya, berehat memang susah. Saya faham. 170 00:08:19,082 --> 00:08:22,252 Bukan sebab itu. Saya nak kembali kepada rutin saya. 171 00:08:22,836 --> 00:08:23,837 Saya perlu kembali. 172 00:08:24,796 --> 00:08:27,716 Awak berdepan pelbagai kesukaran pada masa sama. 173 00:08:27,799 --> 00:08:29,927 Memang teruk. Saya tak dapat bayangkan. 174 00:08:30,010 --> 00:08:31,345 Entahlah. Mungkin saya boleh bayangkan. 175 00:08:31,428 --> 00:08:34,097 Bapa saudara kesukaan saya mati pada minggu sama saya lahirkan kembar. 176 00:08:34,181 --> 00:08:35,349 Saya terlebih bercerita lagi. 177 00:08:35,432 --> 00:08:36,767 Tak mengapa. 178 00:08:36,850 --> 00:08:39,269 Awak dalam bilik tidur saya. Kita dah rapat. 179 00:08:39,352 --> 00:08:41,605 Saya bersimpati, Sheila, atas segalanya. 180 00:08:41,688 --> 00:08:44,191 Tentang bapa dan ovari awak. 181 00:08:44,691 --> 00:08:46,193 Saya ada satu lagi. 182 00:08:46,276 --> 00:08:48,529 Ovari. Bukan bapa. 183 00:08:49,029 --> 00:08:51,073 Awak ada bawa buku nota yang saya sebutkan? 184 00:08:51,156 --> 00:08:55,327 Tidak, sebab saya bawakan sesuatu yang lebih menarik. 185 00:08:55,911 --> 00:08:57,120 Iaitu… 186 00:08:57,996 --> 00:09:00,123 papan putih mudah padam. 187 00:09:00,207 --> 00:09:02,501 Kawan Ernie dari MIT hantarkan. 188 00:09:02,584 --> 00:09:03,794 Tengok. 189 00:09:11,468 --> 00:09:12,594 Hilang. 190 00:09:12,678 --> 00:09:13,887 Hebat. 191 00:09:14,638 --> 00:09:15,848 Mari mulakan kerja. 192 00:09:16,473 --> 00:09:18,100 - Baiklah. - Ya! 193 00:09:18,183 --> 00:09:21,603 - Ayuh. Seperti dijanjikan. - Ayuh. Ya, bagus. 194 00:09:22,646 --> 00:09:24,398 - Menarik. - Silakan. 195 00:09:24,481 --> 00:09:27,693 Hei, jadi, hal pantai yang awak perjuangkan. 196 00:09:27,776 --> 00:09:29,862 - Ya. - Dengan budak-budak? 197 00:09:29,945 --> 00:09:32,197 Ia amat menarik. 198 00:09:32,281 --> 00:09:34,491 Ya, kami akan mengubah dunia, percayalah. 199 00:09:34,575 --> 00:09:35,993 Jadi, awak dapat halang pembinaan? 200 00:09:37,035 --> 00:09:37,953 Tidak. 201 00:09:38,036 --> 00:09:43,876 Perobohan dimulakan malam itu juga. Tapi kami terima banyak surat. 202 00:09:43,959 --> 00:09:45,711 Itulah penentu sebenar. 203 00:09:45,794 --> 00:09:47,004 Ya. 204 00:09:49,715 --> 00:09:52,426 Sedih melihat masyarakat kita berubah menjadi lebih konservatif. 205 00:09:52,509 --> 00:09:53,802 - Betul, bukan? - Ya. 206 00:09:53,886 --> 00:09:56,346 Ia bukanlah perubahan yang saya minati, jika awak faham. 207 00:09:56,847 --> 00:09:59,474 Okey. Ya, saya faham. 208 00:09:59,558 --> 00:10:02,936 Greta kata, awak dan Sheila pun sukakan keterbukaan. 209 00:10:03,604 --> 00:10:07,900 Menjadi lebih terbuka. 210 00:10:10,319 --> 00:10:12,696 - Faham maksud saya? - Awak maksudkan, sosialisme? 211 00:10:15,449 --> 00:10:18,702 Saya dan Greta berasmara dengan wanita kedua malam tadi. 212 00:10:19,328 --> 00:10:20,829 Ernie. Apa? 213 00:10:22,206 --> 00:10:23,207 Asmara bertiga? 214 00:10:23,290 --> 00:10:26,293 Ya, ia amat menyeronokkan. 215 00:10:26,376 --> 00:10:28,879 Wah! 216 00:10:29,463 --> 00:10:31,548 Tapi, tentu ia bukan perkara baharu bagi awak. 217 00:10:31,632 --> 00:10:34,384 Sudahlah, En. Berkeley, ramai kekasih. 218 00:10:34,468 --> 00:10:35,719 Itu kisah lama. 219 00:10:35,802 --> 00:10:37,304 Sangat lama. 220 00:10:38,138 --> 00:10:41,141 Baru-baru ini, saya cuba nak segarkan semula hubungan seks kami, 221 00:10:42,851 --> 00:10:44,394 tapi tak berjaya. 222 00:10:44,978 --> 00:10:48,732 Ya, Greta kata kamu berdua sedang berdepan masalah. 223 00:10:48,815 --> 00:10:50,526 Greta banyak bercerita dengan awak. 224 00:10:51,109 --> 00:10:52,402 Ya, dia ceritakan banyak perkara. 225 00:10:53,028 --> 00:10:54,279 Kadangkala, terlalu banyak. 226 00:10:54,988 --> 00:10:57,115 Okey, sebab saya fikir, pita video itu semakin menguntungkan. 227 00:10:57,199 --> 00:10:58,325 BADAN OLEH SHEILA SEBUAH JENAMA GAYA HIDUP 228 00:10:58,408 --> 00:10:59,409 Betul. 229 00:10:59,493 --> 00:11:02,996 Awak ada pengikut dan peminat di pesta tempoh hari. 230 00:11:03,664 --> 00:11:06,750 Tidak, saya cuma ada pelanggan. 231 00:11:06,834 --> 00:11:08,126 Tapi saya tak ada ini. 232 00:11:12,631 --> 00:11:14,716 - Awak pujuk diri dengan makanan? - Ya. 233 00:11:14,800 --> 00:11:16,134 - Ya. - Vinnie Green. Saya pernah tengok. 234 00:11:16,218 --> 00:11:19,012 Program TV lewat malam, bukan? Roda Hidangan? 235 00:11:19,096 --> 00:11:20,347 Tengok. 236 00:11:20,430 --> 00:11:22,224 Tengok cara wanita ini pandang Green. 237 00:11:22,307 --> 00:11:23,809 Itu bukan pelanggan. 238 00:11:23,892 --> 00:11:26,728 Tapi pengikut. Kesetiaan. 239 00:11:26,812 --> 00:11:28,981 Semua wanita itu pandang dia 240 00:11:29,481 --> 00:11:32,317 macam dah terpukau. 241 00:11:33,735 --> 00:11:35,571 Apa boleh buat? 242 00:11:35,654 --> 00:11:36,864 Lelaki suka mendesak. 243 00:11:38,949 --> 00:11:40,909 Contohnya, Ernie. 244 00:11:40,993 --> 00:11:43,161 Jika kita tunjukkan sebarang minat seksual, 245 00:11:43,245 --> 00:11:45,497 dia akan minta lebih lagi dan… 246 00:11:46,290 --> 00:11:49,585 Tidak. Maaf. Tidak. Ini bukan tentang saya. 247 00:11:49,668 --> 00:11:51,253 Ini semua tentang awak. Ya. 248 00:11:51,336 --> 00:11:53,964 Awak buatkan saya mahu ceritakan sesuatu. 249 00:11:54,047 --> 00:11:55,174 Maaf. Teruskan. 250 00:11:55,257 --> 00:11:57,259 Ada sesuatu awak mahu beritahu saya, Greta? 251 00:11:57,342 --> 00:11:58,594 Tiada. 252 00:11:58,677 --> 00:12:01,013 Saya sokong perjalanan awak 253 00:12:01,096 --> 00:12:03,515 dari segi profesional dan sebaliknya. 254 00:12:05,225 --> 00:12:06,852 Saya lakukan asmara bertiga. 255 00:12:07,477 --> 00:12:13,233 Setiap kali keadaan berulang 256 00:12:13,317 --> 00:12:14,943 Aku rasa diberkati… 257 00:12:15,027 --> 00:12:16,403 MASA KELUARGA IALAH MASA PALING PENTING 258 00:12:20,199 --> 00:12:21,200 Yelo. 259 00:12:24,578 --> 00:12:27,206 Isteri awak ada di rumah? 260 00:12:28,540 --> 00:12:32,169 Siapa mahu bercakap dengan isteri saya? 261 00:12:32,252 --> 00:12:33,712 Saya… 262 00:12:34,713 --> 00:12:38,592 Mike, dari Kowalski HVAC. 263 00:12:38,675 --> 00:12:41,720 Saya mahu bincang dengan dia tentang sistem pengalihan udara. 264 00:12:42,554 --> 00:12:45,516 Ia boleh membantu keberkesanan dapur gasnya. 265 00:12:45,599 --> 00:12:50,229 Saya tak tahu siapa yang beri awak nombor telefon kami, 266 00:12:50,312 --> 00:12:52,272 tapi kami tak berminat. 267 00:12:52,356 --> 00:12:53,982 Mungkin aku lemah 268 00:12:54,066 --> 00:12:55,776 Itu lagu Beach Boys? 269 00:12:55,859 --> 00:13:02,491 Untuk hadapi semua ini 270 00:13:05,827 --> 00:13:07,204 Saya boleh lakukannya. 271 00:13:07,287 --> 00:13:09,623 Saya boleh ciptanya. Saya boleh berkembang. 272 00:13:09,706 --> 00:13:10,958 Tentulah awak boleh. 273 00:13:11,500 --> 00:13:13,669 Ya. Vinnie Green tak ada bakat unik. 274 00:13:13,752 --> 00:13:16,547 Vinnie Green tiada apa-apa. Awak ada bakat unik, sayang! 275 00:13:16,630 --> 00:13:18,715 Hei, sayang! Hei. 276 00:13:18,799 --> 00:13:21,051 Ada orang bernama Kevin datang. 277 00:13:21,134 --> 00:13:22,803 Dari Stahl/Grunner. Dia nak jumpa. 278 00:13:22,886 --> 00:13:24,721 Dia desak nak jumpa awak walaupun saya beritahu dia, 279 00:13:24,805 --> 00:13:27,891 - awak tak boleh terima tetamu sekarang. - Tak mengapa. 280 00:13:27,975 --> 00:13:30,060 Hai, Kevin. Masuklah. 281 00:13:32,062 --> 00:13:33,272 Saya tak tahu awak… 282 00:13:33,355 --> 00:13:34,982 Maaf, saya tak tahu awak tak berpakaian. 283 00:13:35,816 --> 00:13:36,817 Tidak. 284 00:13:37,651 --> 00:13:39,236 Ini cuma jubah. 285 00:13:39,319 --> 00:13:42,322 Saya rasa, kita semua akan baik-baik saja. 286 00:13:42,906 --> 00:13:43,949 Cantiknya. 287 00:13:44,032 --> 00:13:45,576 - Semua bunga ini. - Ya. Terima kasih. 288 00:13:45,659 --> 00:13:49,121 Biar saya ambil dan letakkan dalam pasu berisi air. 289 00:13:49,204 --> 00:13:51,123 Ya? Jadi… 290 00:13:51,206 --> 00:13:53,542 Mungkin kamu berdua nak bincang banyak perkara. Jadi… 291 00:13:53,625 --> 00:13:55,043 Bakat unik, ya? Okey? 292 00:13:55,127 --> 00:13:56,253 - Okey. - Hei, Danny? 293 00:13:56,837 --> 00:13:58,422 Boleh tolong saya 294 00:13:58,505 --> 00:13:59,673 letakkan bunga dalam pasu? 295 00:13:59,756 --> 00:14:02,384 - Ya. Baiklah. - Saya perlukan banyak air. 296 00:14:02,467 --> 00:14:04,845 - Ya, kami ada banyak air, Greta. - Okey, bertenang. 297 00:14:04,928 --> 00:14:06,430 Awak ada bakat unik. 298 00:14:06,513 --> 00:14:10,017 Ya, jadi, saya terfikir. 299 00:14:10,642 --> 00:14:11,727 Tentang… 300 00:14:11,810 --> 00:14:13,896 Tentang pelan pemasaran. 301 00:14:13,979 --> 00:14:18,233 Saya tahu selama ini kita fokus pada perjumpaan secara berdepan. 302 00:14:18,317 --> 00:14:21,737 Tapi apabila difikirkan, saya tertanya-tanya langkah seterusnya. 303 00:14:21,820 --> 00:14:24,531 Ada perbincangan tentang kesihatan… 304 00:14:24,615 --> 00:14:27,576 Sebab saya terfikirkan televisyen, iklan maklumat. 305 00:14:27,659 --> 00:14:31,038 Dalam masa sejam, saya boleh tarik lebih ramai orang, berbanding… 306 00:14:31,872 --> 00:14:34,374 Maaf. Tadi awak kata "ada perbincangan"? 307 00:14:34,458 --> 00:14:35,959 Kita tak tahu tentang masa depan, betul? 308 00:14:36,043 --> 00:14:38,420 Doktor awak kata, sebulan lagi baru awak boleh mula bekerja. 309 00:14:38,504 --> 00:14:39,630 Awak tanya doktor saya? 310 00:14:39,713 --> 00:14:41,298 Tidak. Bapa saya yang tanya. 311 00:14:41,882 --> 00:14:43,675 Dia maklumkan kepada semua ahli kumpulan pemasaran. 312 00:14:43,759 --> 00:14:46,136 Satu bilik dipenuhi lelaki bercakap tentang kemaluan awak. 313 00:14:46,220 --> 00:14:47,638 Mereka bincang, 314 00:14:47,721 --> 00:14:50,015 berapa banyak kemunculan perlu dibatalkan, 315 00:14:50,098 --> 00:14:51,642 berapa banyak kos, 316 00:14:51,725 --> 00:14:53,644 maksud saya, kos… 317 00:14:53,727 --> 00:14:54,978 Isu perubatan peribadi? 318 00:14:55,062 --> 00:14:56,104 …perlu ditanggung oleh syarikat. 319 00:14:56,188 --> 00:14:58,148 Sebenarnya, banyak jumlahnya. 320 00:14:58,232 --> 00:15:00,484 Tapi nampaknya, awak dah sihat. 321 00:15:00,984 --> 00:15:02,277 Ayah tentu gembira mendengarnya. 322 00:15:02,361 --> 00:15:04,321 Si tak guna ini sedang mengintip. 323 00:15:04,821 --> 00:15:07,866 Kevin, awak boleh beritahu bapa awak 324 00:15:07,950 --> 00:15:10,744 yang dia tak perlu batalkan sebarang kemunculan 325 00:15:10,827 --> 00:15:14,623 sebab saya ada orang yang boleh gantikan saya sementara saya tak bekerja, 326 00:15:14,706 --> 00:15:16,375 dan dia boleh diharap. 327 00:15:16,458 --> 00:15:18,794 Dia hebat. Beritahu bapa awak. 328 00:15:27,386 --> 00:15:28,512 Tunggu dalam kereta. 329 00:15:30,764 --> 00:15:31,890 - Hei. - Hei. 330 00:15:31,974 --> 00:15:34,059 Jangan tekan hon kuat sangat. 331 00:15:34,142 --> 00:15:37,771 Maaf. Saya teruja. Saya dah bersedia nak menentang dunia. 332 00:15:37,855 --> 00:15:38,856 Saya bawa anak-anak. 333 00:15:38,939 --> 00:15:40,649 - Mereka aktif sebab minum soda. - Ya. 334 00:15:40,732 --> 00:15:42,818 - Kami buat papan tanda. - Maaf. Saya… 335 00:15:42,901 --> 00:15:44,236 Saya tak dapat sertai hari ini. 336 00:15:44,820 --> 00:15:45,821 Awak tak dapat datang. 337 00:15:45,904 --> 00:15:48,323 Saya sangka boleh tinggalkan dia, tapi setiap kali saya berpaling, 338 00:15:48,407 --> 00:15:50,826 dia bangun, ambil risiko. 339 00:15:52,077 --> 00:15:54,037 Dia takkan duduk diam jika saya tak… 340 00:15:54,121 --> 00:15:57,499 Perhatikan dia? Awak suami atau warden? 341 00:15:59,084 --> 00:16:02,838 Maaf. Saya tak patut bergurau. Awak suami yang hebat. 342 00:16:02,921 --> 00:16:05,007 Saya nampak awak bekerja keras. 343 00:16:05,090 --> 00:16:06,133 Awak nampak letih. 344 00:16:06,216 --> 00:16:09,845 Kadangkala, apabila perlu rehatkan badan dan minda, 345 00:16:09,928 --> 00:16:12,598 saya perlu bertanggungjawab. 346 00:16:12,681 --> 00:16:13,974 Saya gementar. 347 00:16:14,057 --> 00:16:16,935 PBS SoCal akan datang, dan awak pemimpin inisiatif ini. 348 00:16:17,019 --> 00:16:19,521 Saya tak tahu bagaimana kami nak berucap tanpa awak. 349 00:16:19,605 --> 00:16:22,649 Jangan begitu. Ucapkan dari hati, okey? 350 00:16:22,733 --> 00:16:26,111 Tiada siapa peduli jika kamu gagap atau kedengaran lapuk. 351 00:16:26,904 --> 00:16:28,906 Semua gerakan sosial terhebat sepanjang sejarah 352 00:16:28,989 --> 00:16:31,533 dimulakan oleh seorang amatur yang lakukan sehabis baik. 353 00:16:31,617 --> 00:16:35,078 Memandangkan awak takkan sertai kami… 354 00:16:35,704 --> 00:16:37,414 Apa awak bawa? 355 00:16:38,207 --> 00:16:39,208 Untuk saya? 356 00:16:40,375 --> 00:16:42,878 Ini roti rai berinti avokado dan keju Gouda. 357 00:16:42,961 --> 00:16:45,506 Saya taburkan sedikit garam cili limau. 358 00:16:45,589 --> 00:16:47,674 Saya beli di kedai Mexico. 359 00:16:47,758 --> 00:16:49,468 Awak memang mengagumkan. 360 00:16:51,178 --> 00:16:54,014 Pergilah. Pergi selamatkan dunia. 361 00:16:54,640 --> 00:16:56,225 - Selamat tinggal. - Ya. 362 00:16:57,434 --> 00:16:59,144 Hai. 363 00:16:59,228 --> 00:17:03,357 Ini sandwic keju panggang, kepakaran saya. 364 00:17:03,440 --> 00:17:05,651 Ia dipenuhi bayam beku. 365 00:17:05,733 --> 00:17:07,486 Tapi dah tak beku lagi 366 00:17:07,569 --> 00:17:09,820 dan ia tinggi zat besi. 367 00:17:09,905 --> 00:17:11,698 Awak pun tahu saya boleh pergi makan. 368 00:17:11,781 --> 00:17:13,659 Tidak. Awak tak boleh pergi ke mana-mana. 369 00:17:13,742 --> 00:17:16,787 Awak perlu berehat dan biarkan saya jaga awak. 370 00:17:16,869 --> 00:17:19,164 Gemukkan awak supaya dia boleh hamilkan awak lagi. 371 00:17:19,248 --> 00:17:21,625 Saya rasa lebih sihat, percayalah. 372 00:17:26,088 --> 00:17:28,882 Hei. Cantik seluar. 373 00:17:29,466 --> 00:17:30,968 Ada darah pada baju awak? 374 00:17:31,844 --> 00:17:32,845 Sos tomato. 375 00:17:32,928 --> 00:17:34,972 Apa-apalah. Di mana ibu awak? 376 00:17:36,181 --> 00:17:38,016 Jika saya kata, awak boleh dapat… 377 00:17:38,100 --> 00:17:42,896 - Mula balik. - Bayangkan awak boleh miliki apa saja… 378 00:17:42,980 --> 00:17:44,898 Mula balik. 379 00:17:45,899 --> 00:17:46,984 Saya perlukan pertolongan awak. 380 00:17:47,067 --> 00:17:48,151 Itulah yang sebetulnya. 381 00:17:50,988 --> 00:17:53,991 Mereka pecat atau gantung awak? 382 00:17:54,074 --> 00:17:55,284 Apa jadi? 383 00:17:56,410 --> 00:17:58,203 Saya alami masalah kesihatan 384 00:17:58,871 --> 00:18:01,206 dan saya tak mahu mereka singkirkan saya, 385 00:18:01,290 --> 00:18:03,000 jadi saya fikir mungkin awak boleh ganti. 386 00:18:03,083 --> 00:18:04,459 Jadi, saya berada di pentas tanpa awak? 387 00:18:05,377 --> 00:18:06,962 Buat sementara waktu, sehingga saya pulih. 388 00:18:07,045 --> 00:18:08,589 Kemudian, awak akan ketepikan saya sekali lagi? 389 00:18:09,298 --> 00:18:11,216 Saya akan bayar dua kali ganda daripada bayaran awak sebelum ini. 390 00:18:13,886 --> 00:18:15,095 Kenapa saya? 391 00:18:15,179 --> 00:18:19,516 Mereka tak jumpa klon berambut keriting lain untuk gantikan awak? 392 00:18:19,600 --> 00:18:20,976 Saya yakin mereka boleh jumpa, 393 00:18:21,059 --> 00:18:23,937 tapi tak sama macam awak, Bunny. Awak lebih sesuai. 394 00:18:24,021 --> 00:18:25,397 Awak ada keunikan, bakat, 395 00:18:25,480 --> 00:18:27,232 - pengalaman… - Apa-apalah. 396 00:18:27,316 --> 00:18:29,568 Jadi, apa masalah awak? 397 00:18:30,569 --> 00:18:31,737 Masalah kesihatan awak. 398 00:18:34,072 --> 00:18:38,160 Saya jalani pembedahan kecemasan membuang ovari berpintal. 399 00:18:38,243 --> 00:18:39,328 Jijiknya. Bila? 400 00:18:41,246 --> 00:18:44,333 - Hari sama bapa saya dikebumikan. - Tipulah. 401 00:18:45,250 --> 00:18:46,627 Awak serius. 402 00:18:46,710 --> 00:18:49,087 Ya. Jadi, sebab itu saya perlukan pertolongan awak. 403 00:18:49,171 --> 00:18:50,964 Saya dah tuliskan cek awak berserta panduan 404 00:18:51,048 --> 00:18:54,551 dan nota tentang cara menarik pengunjung supaya semuanya konsisten. 405 00:18:54,635 --> 00:18:57,846 Awak curi semua idea saya, dan sekarang awak cuba ajar saya pula. 406 00:18:57,930 --> 00:19:01,058 - Saya dah ubah banyak pergerakan. - Awak memang teruk. 407 00:19:01,141 --> 00:19:02,559 Saya tahu awak terdesak. 408 00:19:03,560 --> 00:19:06,146 Jangan lawan perasaan itu hanya kerana awak tersinggung. 409 00:19:06,230 --> 00:19:08,106 Tolonglah diri awak sekali ini saja. 410 00:19:23,997 --> 00:19:26,083 Awak akan dapat hadapinya. 411 00:19:27,209 --> 00:19:29,419 Awak boleh fikirkan idea lebih besar dan hebat. 412 00:19:30,671 --> 00:19:31,672 Tapi… 413 00:19:31,755 --> 00:19:32,756 PEMAKAIAN 414 00:19:32,840 --> 00:19:35,968 …budak tak guna upahan nepotisme Stahl/Grunner pun awak tak mampu uruskan. 415 00:19:37,386 --> 00:19:40,347 Mungkin awak tak ada bakat. Mungkin awak tak unik. 416 00:19:40,430 --> 00:19:43,851 Mungkin awak cuma seorang yang gagal… 417 00:19:44,351 --> 00:19:45,310 Hei. 418 00:19:45,394 --> 00:19:48,355 PBS SoCal sedang bersiaran. Saya tahu awak tak mahu terlepas. 419 00:19:49,064 --> 00:19:50,065 Mari sini, sayang. 420 00:19:52,568 --> 00:19:54,069 Peluncur, pembangun, 421 00:19:54,152 --> 00:19:55,195 nelayan. 422 00:19:55,279 --> 00:19:58,323 Siapa yang pimpin masa depan alam sekitar California? 423 00:19:58,407 --> 00:20:02,244 Menurut kumpulan baharu bergelar Inisiatif Remaja Alam Sekitar, 424 00:20:02,327 --> 00:20:03,954 masa depan adalah milik kanak-kanak. 425 00:20:04,037 --> 00:20:05,247 Tapi siapa memimpin mereka? 426 00:20:05,330 --> 00:20:07,207 Jangan letakkan harapan tinggi. 427 00:20:07,291 --> 00:20:10,294 Mereka mungkin akan guna semula rakaman ucapan saya ketika memprotes. 428 00:20:10,961 --> 00:20:12,921 Saya dibesarkan di pantai ini. 429 00:20:14,464 --> 00:20:16,258 Saya berjalan buat kali pertama di pantai ini. 430 00:20:16,341 --> 00:20:20,596 Saya tak pernah termimpi, akan kehilangan pantai ini. 431 00:20:21,180 --> 00:20:22,890 John Breem, awak tak malu. 432 00:20:22,973 --> 00:20:24,433 John Breem yang dia maksudkan 433 00:20:24,516 --> 00:20:27,144 ialah pembangun komersial paling terkemuka di San Diego. 434 00:20:27,227 --> 00:20:29,813 Syarikatnya miliki pajakan 30 tahun dengan bandar ke atas suak itu. 435 00:20:29,897 --> 00:20:32,274 - Oh, Tuhan. - John Lennon pernah kata, 436 00:20:32,357 --> 00:20:34,902 "Pemilikan bukan sebahagian daripada undang-undang. 437 00:20:35,527 --> 00:20:37,571 Tapi sebahagian daripada masalah." 438 00:20:37,654 --> 00:20:41,617 Pemikiran yang kita boleh miliki laut, langit dan bumi 439 00:20:42,326 --> 00:20:44,661 ialah fantasi gila kapitalis. 440 00:20:45,245 --> 00:20:46,580 Lihatlah, semua. 441 00:20:46,663 --> 00:20:50,709 Anak-anak kita, masa depan kita akan didengari. 442 00:20:56,590 --> 00:20:58,759 Okey. 443 00:20:59,551 --> 00:21:00,844 Hebat. 444 00:21:01,512 --> 00:21:04,806 Itulah yang kami mahu, iaitu kanak-kanak dijadikan fokus. 445 00:21:04,890 --> 00:21:07,476 Jadi, baguslah. 446 00:21:08,810 --> 00:21:11,271 Bagus. Ya. 447 00:21:12,064 --> 00:21:13,482 Sheil, apa awak buat dengan semua itu? 448 00:21:16,568 --> 00:21:18,445 - Dumbel? - Ya, dumbel. 449 00:21:21,490 --> 00:21:24,618 Doktor tak cakap saya tak boleh buat senaman bahagian badan atas. 450 00:21:24,701 --> 00:21:25,911 - Tak susah pun… - Saya tak peduli. 451 00:21:25,994 --> 00:21:28,288 Saya bukan korbankan tanggungjawab saya 452 00:21:28,372 --> 00:21:30,290 supaya awak boleh kembali buat begini. 453 00:21:30,374 --> 00:21:33,043 Saya tak suruh pun awak korbankan apa-apa, okey? 454 00:21:33,126 --> 00:21:34,545 Awak patut pergi saja ke pantai. 455 00:21:34,628 --> 00:21:37,381 Mungkin awak fikir awak tak diperlukan di sana, 456 00:21:37,464 --> 00:21:39,132 dan sekarang, semua orang yang ada televisyen tahu tentangnya. 457 00:21:39,925 --> 00:21:42,135 Saya harap, awak cakap begitu disebabkan kesan ubat. 458 00:21:42,219 --> 00:21:44,096 Tengok apa saya lukis! 459 00:21:45,931 --> 00:21:47,766 Jangan sentuh benda yang bukan milik kamu! 460 00:21:49,977 --> 00:21:51,103 Awak masih nak tambah anak? 461 00:21:51,812 --> 00:21:53,605 Okey, mari, sayang. 462 00:21:55,065 --> 00:21:57,943 Kita pergi ke taman. Mak perlu berehat. 463 00:22:03,073 --> 00:22:04,950 Apa masalah awak? 464 00:22:06,034 --> 00:22:07,578 Awak lemah? 465 00:22:07,661 --> 00:22:09,246 Awak tak boleh tinggalkan suami. 466 00:22:09,329 --> 00:22:10,956 Awak tak boleh uruskan perniagaan. 467 00:22:11,623 --> 00:22:13,876 Jadi, awak lepaskan kemarahan kepada anak awak? 468 00:22:17,004 --> 00:22:19,256 Awak rasa, dia akan lupakan kata-kata awak? 469 00:22:19,339 --> 00:22:21,758 Dia akan ingat awak sebagai orang kejam. 470 00:22:31,018 --> 00:22:32,561 Tapi, masuk akal, bukan? 471 00:22:32,644 --> 00:22:35,105 Ibu awak jejaskan emosi anaknya. Awak jejaskan emosi anak awak. 472 00:22:35,189 --> 00:22:38,734 Ia berterusan sehingga cucu perempuan awak mati terlebih dos di tandas stesen bas 473 00:22:38,817 --> 00:22:39,902 tanpa sesiapa. 474 00:22:39,985 --> 00:22:41,445 Awak pun sama. Malah lebih teruk. 475 00:22:41,528 --> 00:22:43,071 Pergilah. Pergi. 476 00:22:59,463 --> 00:23:01,965 Awak lebih teruk. 477 00:23:02,049 --> 00:23:03,675 Awak tak pernah berubah. 478 00:23:37,251 --> 00:23:39,086 - Apa semua ini? - Apa? 479 00:23:39,169 --> 00:23:41,004 - Awak berjumpa siapa? - Apa? 480 00:23:41,088 --> 00:23:43,799 - Jangan sakiti saya begini. - Awak perlu pergi. 481 00:23:43,882 --> 00:23:46,802 - Jangan buatkan saya terfikir satu… - Awak perlu pergi. Tolong pergi! 482 00:23:46,885 --> 00:23:49,221 Pergi dari sini. Keluar! 483 00:23:54,476 --> 00:23:56,979 Mereka fikir mereka boleh beli kita. 484 00:23:57,062 --> 00:23:58,397 Sekurang-kurangnya, untuk beberapa minggu. 485 00:23:58,480 --> 00:24:02,276 Mereka mahu tebus kesilapan mereka menggunakan duit. 486 00:24:02,359 --> 00:24:04,570 - Tentu seronok, bukan? - Kita perlukannya. 487 00:24:04,653 --> 00:24:07,197 Sejak kecil, kita diajar orang baik dapat kalahkan orang jahat. 488 00:24:07,281 --> 00:24:10,200 Seolah-olah itulah sesuatu yang mengagumkan? 489 00:24:11,201 --> 00:24:13,078 Semuanya bohong. 490 00:24:14,830 --> 00:24:16,248 Jika mahu menang, 491 00:24:17,666 --> 00:24:19,918 kita perlu jadi macam mereka. 492 00:24:20,002 --> 00:24:21,879 Maksud awak, orang kelas pertengahan tak guna? 493 00:24:21,962 --> 00:24:23,422 Maksud saya, mengugut. 494 00:24:25,340 --> 00:24:27,217 Saya tahu sesuatu tentang mereka. 495 00:24:27,968 --> 00:24:29,303 Sesuatu yang sangat teruk. 496 00:24:29,386 --> 00:24:31,054 Awak tahu sesuatu? 497 00:24:31,930 --> 00:24:34,016 Tentang Sheila dan suaminya? 498 00:24:36,018 --> 00:24:37,644 Bukan suaminya. 499 00:25:11,803 --> 00:25:13,013 Awak berdarah. 500 00:25:13,514 --> 00:25:16,808 Saya ada barang kecemasan dalam but kereta saya. 501 00:25:16,892 --> 00:25:19,394 - Saya boleh ambilkan. - Jangan. 502 00:25:21,313 --> 00:25:22,731 Sekurang-kurangnya, biar saya… 503 00:25:40,999 --> 00:25:42,042 Bapa saya meninggal dunia. 504 00:25:43,544 --> 00:25:44,586 Bila? 505 00:25:45,170 --> 00:25:46,380 Dua minggu lalu. 506 00:25:48,382 --> 00:25:50,509 Kemudian, saya terpaksa jalani pembedahan. 507 00:25:52,928 --> 00:25:54,555 Tapi… 508 00:25:54,638 --> 00:25:56,306 Semuanya okey. Dah berakhir. 509 00:25:56,390 --> 00:25:57,599 Saya bersimpati. 510 00:26:02,062 --> 00:26:04,898 Saya tak dengar berita daripada awak, jadi… 511 00:26:06,149 --> 00:26:07,276 Saya jadi gelisah… 512 00:26:11,196 --> 00:26:12,531 Maafkan saya. 513 00:26:12,614 --> 00:26:15,576 Awak sangka, saya datang sini untuk bersama orang lain. 514 00:26:17,953 --> 00:26:19,496 Sebenarnya, ia lebih teruk daripada itu. 515 00:26:21,498 --> 00:26:24,793 Saya memang jadi orang lain setiap kali saya ke sini. 516 00:26:26,670 --> 00:26:29,673 Ia menjijikkan, tapi itulah diri saya. 517 00:26:34,553 --> 00:26:36,680 Awak tak perlu teman saya. 518 00:26:37,222 --> 00:26:38,640 Awak boleh pergi. Tak mengapa. 519 00:27:50,379 --> 00:27:52,673 BADAN OLEH SHEILA SEBUAH JENAMA GAYA HIDUP 520 00:30:08,642 --> 00:30:10,644 Terjemahan sari kata oleh Hamizah