1 00:00:06,006 --> 00:00:07,007 PRASEKOLAH SANDY FEET 2 00:00:07,090 --> 00:00:08,090 - Hai. - Hai. 3 00:00:08,175 --> 00:00:09,510 Saya boleh minta apa saja? 4 00:00:09,593 --> 00:00:14,890 Betul. Hari ini Hari Boleh Ayah. Ayah akan tunaikan apa saja kamu minta. 5 00:00:14,973 --> 00:00:16,600 Jika permintaan masuk akal. 6 00:00:17,726 --> 00:00:19,061 Boleh saya minta pelangi? 7 00:00:19,144 --> 00:00:23,649 Boleh. Pelangi telah dipesan. Masa penghantaran akan ditentukan. 8 00:00:23,732 --> 00:00:26,068 - Apa lagi? - Saya mahu ikan duyung. 9 00:00:26,151 --> 00:00:28,278 Senang sangat. Kita akan pergi ke pantai. 10 00:00:28,362 --> 00:00:30,822 Kita tengok dalam air dan cuba cari ikan duyung. 11 00:00:30,906 --> 00:00:31,907 Lagi? 12 00:00:32,698 --> 00:00:35,244 - Hamburger! - Apa? 13 00:00:35,327 --> 00:00:37,287 Saya mahu makan burger tengah hari ini. 14 00:00:37,371 --> 00:00:40,249 Maya, kamu pun tahu kita tak makan hamburger. 15 00:00:40,332 --> 00:00:43,335 Jika kamu tak kisah makan burger sayur, kita boleh pergi ke pasar organik. 16 00:00:43,418 --> 00:00:45,045 Mak makan hamburger. 17 00:00:45,796 --> 00:00:49,800 Sayang, mak kamu tak makan hamburger. 18 00:00:49,883 --> 00:00:52,219 Dia yang buatkan ayah berhenti makan daging merah 19 00:00:52,302 --> 00:00:54,429 sebab tak elok untuk badan dan jiwa. 20 00:00:54,930 --> 00:00:58,433 Pernah sekali, mak makan tiga biji hamburger. 21 00:00:58,934 --> 00:01:00,227 Tapi saya makan sebiji saja. 22 00:01:00,310 --> 00:01:01,770 Tapi saya suka. 23 00:01:02,855 --> 00:01:04,438 Maya, jujur dengan ayah. 24 00:01:04,522 --> 00:01:06,817 Adakah kamu nampak dalam mimpi kamu? 25 00:01:06,900 --> 00:01:10,362 Tidak, ia betul-betul terjadi. Macam ikan duyung. 26 00:01:18,161 --> 00:01:19,663 RAKAN SEBILIK DIINGINI 27 00:01:23,083 --> 00:01:24,710 Sayang, apa awak buat? 28 00:01:25,627 --> 00:01:28,046 Tak cukup bagus. "Rakan sebilik diingini"? 29 00:01:28,130 --> 00:01:31,008 Apalah saya fikir? Sepatutnya rakan sebilik diperlukan. 30 00:01:31,091 --> 00:01:32,634 Tak guna. 31 00:01:33,468 --> 00:01:34,761 Sayang, ia okey saja. 32 00:01:34,845 --> 00:01:37,639 Tak okey. Ia sangat teruk! 33 00:01:37,723 --> 00:01:41,852 Ty, jangan terlalu taasub. Awak mencemarkan rumah ini. 34 00:01:42,603 --> 00:01:44,813 Saya tenang setiap kali buat projek kreatif. 35 00:01:44,897 --> 00:01:46,356 Projek ini tak buatkan awak tenang. 36 00:01:46,440 --> 00:01:47,691 Sebab saya asyik buat silap! 37 00:01:50,736 --> 00:01:53,113 Kita mengugut seseorang. 38 00:01:53,197 --> 00:01:57,159 Untuk dapatkan sejumlah wang. Wang haram. 39 00:01:57,242 --> 00:02:00,120 Kenapa berbisik? Kita berdua saja tinggal di sini sekarang. 40 00:02:01,496 --> 00:02:02,789 Entahlah. 41 00:02:02,873 --> 00:02:07,336 Okey, awak cemas. Awak perlu fokus pada hal positif. 42 00:02:08,044 --> 00:02:10,464 Sebaik saja dia bayar kita, sayang, keadaan kita stabil. 43 00:02:10,547 --> 00:02:13,634 Betulkah? Bagaimana jika dia tak bayar? Apa patut kita buat? 44 00:02:13,717 --> 00:02:15,802 Kita hancurkan hidupnya! Sama-sama menang! 45 00:02:16,803 --> 00:02:20,015 Ada pilihan ketiga, Bun. Bagaimana jika dia balas dendam? 46 00:02:20,641 --> 00:02:23,060 Dia bijak dan licik. 47 00:02:24,561 --> 00:02:26,980 Kita patut lari ke Mexico dan bersembunyi di sana. 48 00:02:27,064 --> 00:02:28,565 Kita boleh dapatkan pasport. 49 00:02:28,649 --> 00:02:31,693 Cara itu ambil masa terlalu lama. Mungkin kita dapatkan yang palsu. 50 00:02:31,777 --> 00:02:35,948 Richie buat pasport palsu, tapi dia di Mexico. Bagaimana nak hubungi dia? 51 00:02:36,031 --> 00:02:38,283 Okey, cukuplah. Kita perlu keluar. 52 00:02:38,367 --> 00:02:40,619 Kita perlukan ketenangan. 53 00:02:41,537 --> 00:02:45,958 25,000 dolar? Apa masalah mereka? 54 00:02:46,041 --> 00:02:47,376 Apa masalah awak? 55 00:02:47,459 --> 00:02:50,796 Saya tak kisah tentang duit, tapi prinsip. 56 00:02:50,879 --> 00:02:53,549 Orang jenis apa fikir mereka boleh buat begini? 57 00:02:54,258 --> 00:02:56,343 Cetuskan kekacauan dengan niat jahat. 58 00:02:56,969 --> 00:02:58,720 Awak orang begitu. 59 00:02:59,805 --> 00:03:03,851 Saya tahu susah nak faham, tapi kita tiada banyak masa. 60 00:03:03,934 --> 00:03:05,894 Mereka berikan dua hari, jika tidak mereka akan sebarkan. 61 00:03:05,978 --> 00:03:08,897 Bagaimana mereka dapat rakaman itu? Itu yang saya cuba faham. 62 00:03:08,981 --> 00:03:10,816 Entahlah. Yang penting, mereka dapat. 63 00:03:10,899 --> 00:03:15,195 Kalau kita tak bayar, semua orang akan saksikannya. 64 00:03:18,031 --> 00:03:19,157 Mereka akan nampak kita. 65 00:03:22,286 --> 00:03:23,537 Bapa saya bunuh diri. 66 00:03:27,249 --> 00:03:30,377 Kami tak beritahu sesiapa sebab ia amat menyedihkan. 67 00:03:30,460 --> 00:03:32,296 Tapi dia memang bunuh diri. 68 00:03:33,130 --> 00:03:36,466 Ada sisi tersembunyi dalam hidupnya 69 00:03:36,550 --> 00:03:41,513 yang dia tak mampu atau tak mahu hadapi lagi. 70 00:03:42,472 --> 00:03:43,473 Saya bersimpati. 71 00:03:44,016 --> 00:03:45,058 Saya pun kesal. 72 00:03:47,436 --> 00:03:53,025 Saya sering mencari sebarang petunjuk. 73 00:03:53,108 --> 00:03:56,361 Haluan baharu. Cara berbeza. 74 00:03:57,362 --> 00:03:58,989 Mungkin inilah petunjuknya. 75 00:04:00,282 --> 00:04:01,450 Apa maksud awak? 76 00:04:01,533 --> 00:04:04,036 Mungkin inilah masanya kita perlu bertindak. 77 00:04:05,287 --> 00:04:07,831 Atau berdiam diri. 78 00:04:08,540 --> 00:04:14,046 Inilah peluang untuk jatuhkan sesuatu yang tidak stabil. 79 00:04:14,630 --> 00:04:18,884 Supaya kita boleh bangkit semula. 80 00:04:20,719 --> 00:04:23,597 Bersama-sama. Kita hebat, Sheila. 81 00:04:27,017 --> 00:04:28,310 Saya mahu bersama awak. 82 00:04:30,270 --> 00:04:32,064 Mungkin ini boleh jadi permulaan kita. 83 00:04:37,486 --> 00:04:40,364 Apa maksud awak? Mustahil. 84 00:04:40,447 --> 00:04:45,452 Awak mahu hancurkan kehidupan dan kerjaya kita? 85 00:04:45,536 --> 00:04:47,913 Kita bukan begitu. Mereka tahu. 86 00:04:48,413 --> 00:04:49,665 Mereka fikir mereka kenal saya. 87 00:04:50,415 --> 00:04:52,584 Tapi satu-satunya orang yang betul-betul kenal saya ialah awak. 88 00:04:53,585 --> 00:04:55,379 Selepas awak biarkan saya lihat keadaan di sini… 89 00:04:55,462 --> 00:04:56,880 Saya tak biarkan awak lihat… 90 00:04:56,964 --> 00:04:59,007 Saya rasa, awak boleh anggap saya begitu juga. 91 00:05:02,261 --> 00:05:03,303 Saya tahu ia tak masuk akal. 92 00:05:04,805 --> 00:05:10,561 Awak fikirlah dulu untuk sehari. 93 00:05:12,771 --> 00:05:18,110 Pertimbangkan sebelum kita lupakannya. 94 00:05:18,986 --> 00:05:20,195 Apabila bersama awak… 95 00:05:24,324 --> 00:05:26,076 Itu satu-satunya masa saya rasa bebas. 96 00:05:29,788 --> 00:05:32,457 Kita boleh rasakan begitu sepanjang masa. 97 00:05:36,461 --> 00:05:37,629 Apa yang menghalang kita? 98 00:05:46,054 --> 00:05:49,183 "Pesakit yang mengalami masalah anoreksia 99 00:05:49,266 --> 00:05:54,062 iaitu bulimia, ambil makanan kalori tinggi secara laju, tersorok atau mengikut nafsu, 100 00:05:54,146 --> 00:05:57,524 dan sering diakhiri dengan memuntahkan makanan 101 00:05:57,608 --> 00:06:01,778 secara sendiri atau dengan bantuan ubat muntah atau laksatif." 102 00:06:01,862 --> 00:06:04,114 Ayah, bila saya boleh beli hamburger? 103 00:06:04,990 --> 00:06:06,783 Maaf, sayang, nanti kita beli, okey? 104 00:06:06,867 --> 00:06:09,578 Apa kata kamu baca buku ikan duyung? 105 00:06:09,661 --> 00:06:10,787 Saya dah baca. 106 00:06:11,997 --> 00:06:13,165 Baca lagi. 107 00:06:15,000 --> 00:06:18,629 "Percubaan kurangkan berat badan begitu mengakibatkan berat turun mendadak 108 00:06:18,712 --> 00:06:24,134 kemurungan sederhana sehingga serius, amenorea dan juga kleptomania." 109 00:06:40,817 --> 00:06:42,110 Okey. 110 00:06:46,865 --> 00:06:48,992 WANITA BIJAK PILIHAN BODOH KEBERANIAN IALAH PERKATAAN TIGA HURUF 111 00:06:49,076 --> 00:06:50,160 PERTIMBANGAN MORAL SEORANG KANAK-KANAK 112 00:06:50,244 --> 00:06:51,828 Kami dapat jersi baharu 113 00:06:51,912 --> 00:06:54,373 dan ia dibuat daripada poliester yang menggatalkan. 114 00:06:54,873 --> 00:06:58,377 Warnanya pula terlalu kuning. 115 00:06:58,460 --> 00:07:01,129 Bukan kuning yang cantik, tapi… 116 00:07:01,213 --> 00:07:03,090 Kuning pelik macam mustard. 117 00:07:03,632 --> 00:07:07,427 Mak tahu? Kami nampak macam sesuatu yang menjijikkan. 118 00:07:07,511 --> 00:07:08,512 - Ya. - Pelik betul. 119 00:07:09,388 --> 00:07:12,307 Padahal, warna sekolah kami ialah biru dan kuning. 120 00:07:12,850 --> 00:07:14,643 Pilihlah biru. Semua orang suka biru. 121 00:07:15,727 --> 00:07:16,937 Ayah suka kuning. 122 00:07:18,105 --> 00:07:23,110 Ia melambangkan matahari, kegembiraan dan harapan masa depan yang lebih cerah. 123 00:07:24,611 --> 00:07:26,113 Bab baharu. 124 00:07:26,196 --> 00:07:27,865 Ia warna yang kurang dihargai. 125 00:07:29,074 --> 00:07:30,909 Kamu tahu warna kesukaan ayah, Zeke? 126 00:07:31,535 --> 00:07:33,453 Tidak. Warna apa, ayah? 127 00:07:33,537 --> 00:07:34,997 Kuning. 128 00:07:35,581 --> 00:07:36,582 Okey. 129 00:07:36,665 --> 00:07:39,168 Dulu, datuk kamu selalu pakai baju golf kuning. 130 00:07:40,210 --> 00:07:42,421 Nenek kamu buang tanpa pengetahuannya. 131 00:07:43,172 --> 00:07:44,882 Dia fikir, ia nampak keperempuanan. 132 00:07:46,717 --> 00:07:50,262 Baginya, itu perkara buruk. 133 00:07:53,307 --> 00:07:56,602 Kalau semua dah habis makan, anak-anak, tolong kemas meja. 134 00:07:56,685 --> 00:07:58,770 - Baik. - Bagaimana dengan lagu kesukaan ayah? 135 00:08:00,522 --> 00:08:01,523 Siapa tahu? 136 00:08:03,901 --> 00:08:05,569 Namakan satu daripada tiga lagu teratas. 137 00:08:06,278 --> 00:08:08,697 Kami faham, ayah. Ayah seorang yang misteri. 138 00:08:12,159 --> 00:08:13,577 Mak tak apa-apa? 139 00:08:15,537 --> 00:08:16,622 Tendangan yang kuat. 140 00:08:16,705 --> 00:08:22,336 Ini hal biasa, sayang. Badan cuba bersedia untuk hadapi keadaan baharu. 141 00:08:25,339 --> 00:08:32,346 Selamat hari jadi 142 00:08:32,846 --> 00:08:37,726 Selamat hari jadi 143 00:08:37,808 --> 00:08:41,897 Selamat hari jadi 144 00:08:41,980 --> 00:08:43,106 Ya! 145 00:08:43,190 --> 00:08:45,234 Terima kasih. Saya sangat seronok, terima… 146 00:08:46,735 --> 00:08:47,986 - Ya! - Ya! 147 00:08:50,614 --> 00:08:53,700 Saya tak tahu nak hajatkan apa sebab saya ada segalanya. 148 00:08:53,784 --> 00:08:55,744 Kecuali sebotol champagne lagi, betul? 149 00:08:55,827 --> 00:08:57,037 Bagaimana dengan kamu berdua? 150 00:08:57,120 --> 00:08:59,790 - Saya boleh minum segelas lagi. - Ya. Saya pun. 151 00:08:59,873 --> 00:09:02,334 Okey, kita tengoklah nanti. Kita sedang berseronok. 152 00:09:03,085 --> 00:09:05,963 Awak tak suka pasta primavera? Awak tak makan pun. 153 00:09:06,046 --> 00:09:08,549 Tidak, saya suka! Rasanya sangat sedap dan mengenyangkan. 154 00:09:09,049 --> 00:09:11,218 Biar betul? Cuma ada sayur dan pasta. 155 00:09:12,511 --> 00:09:14,638 Beginikah perasaan apabila lemas? 156 00:09:14,721 --> 00:09:17,391 Mungkin dia nak simpan ruang untuk pencuci mulut. 157 00:09:19,351 --> 00:09:21,186 Pengkritik amat suka pencuci mulut ini. 158 00:09:21,770 --> 00:09:24,815 Kek lava coklat cair. 159 00:09:24,898 --> 00:09:26,650 Kami dah pesan terlebih awal. 160 00:09:26,733 --> 00:09:28,986 Ernie yang pesan terlebih awal. 161 00:09:29,069 --> 00:09:32,281 Leona yang pesan semasa dia buat tempahan. 162 00:09:32,364 --> 00:09:34,283 Ia masih dikira, Ern. 163 00:09:35,450 --> 00:09:38,704 Oh, Tuhan. Berbaloi. Sama seperti yang diiklankan. 164 00:09:38,787 --> 00:09:42,291 Aduhai! Ya. Memang sedap. 165 00:09:42,374 --> 00:09:44,251 Saya boleh katakan, wah! 166 00:09:44,334 --> 00:09:46,879 Sekarang. Buat sekarang sementara mereka mabuk coklat. 167 00:09:46,962 --> 00:09:49,590 Baiklah, tuanku… 168 00:09:49,673 --> 00:09:51,300 Apa? Tidak. 169 00:09:51,383 --> 00:09:53,385 Saya dah kata, saya tak perlukan apa-apa. 170 00:09:53,468 --> 00:09:56,138 Ini bukan sesuatu yang awak perlukan, tapi yang awak mahu. 171 00:10:00,267 --> 00:10:02,769 Oh, Tuhan, Sheila. Oh, Tuhan, tidak. Ia terlalu berlebihan. 172 00:10:02,853 --> 00:10:05,355 - Apa hadiahnya? - Ya, saya pun nak tahu. Apa hadiahnya? 173 00:10:05,939 --> 00:10:07,733 Biar betul? 174 00:10:07,816 --> 00:10:10,235 Oh, Tuhan, Greta. Keluarkanlah. 175 00:10:10,819 --> 00:10:14,948 - Tengok. - Cantiknya. 176 00:10:16,074 --> 00:10:17,784 Ya, sangat cantik. 177 00:10:17,868 --> 00:10:20,746 Awak ingat. Siapa yang ingat? 178 00:10:21,622 --> 00:10:24,625 Nampaknya, saya ingat. Awak layak memilikinya. 179 00:10:26,084 --> 00:10:27,169 Okey, cukuplah. 180 00:10:27,252 --> 00:10:30,130 Kita perlu lakukan buih dalam buih. Ern, pergi bayar. 181 00:10:30,214 --> 00:10:32,299 Apa maksud buih dalam buih? 182 00:10:32,382 --> 00:10:33,759 Jangan fikir dan menolak. 183 00:10:34,968 --> 00:10:36,637 Tapi saya tak kisah nampak punggung. 184 00:10:37,513 --> 00:10:39,515 - Kalau bernasib baik. - Ern. 185 00:10:59,201 --> 00:11:01,078 Awak tak percayakan karutan ini. 186 00:11:01,787 --> 00:11:03,372 Saya tahu, tapi… 187 00:11:04,081 --> 00:11:05,457 Hei, jangan cakap "karutan." 188 00:11:06,750 --> 00:11:08,585 Jadi, kenapa kita ke sini? 189 00:11:09,670 --> 00:11:12,172 Sebab… 190 00:11:15,050 --> 00:11:17,845 Walaupun saya tak percayakan Tuhan, 191 00:11:17,928 --> 00:11:19,680 sebelum ini, saya akan tenang apabila berada di sini. 192 00:11:21,181 --> 00:11:24,726 Ada lilin dan… 193 00:11:26,979 --> 00:11:28,397 Awak tahulah. 194 00:11:28,480 --> 00:11:29,481 Suasana tenang? 195 00:11:33,277 --> 00:11:37,322 Mungkin macam pantai, tapi untuk orang membosankan. 196 00:11:45,080 --> 00:11:47,291 Kita berdua tak suka bertindak begitu. 197 00:11:48,458 --> 00:11:49,710 Tapi… 198 00:11:51,420 --> 00:11:53,297 bukan itu saja yang kita buat. 199 00:11:56,300 --> 00:11:57,968 Kita juga pernah buat kebaikan. 200 00:11:59,553 --> 00:12:00,596 Serta perkara lain. 201 00:12:01,763 --> 00:12:03,932 Itulah yang mengganggu saya. 202 00:12:05,225 --> 00:12:08,729 Kita boleh cetuskan kekecohan dengan tindakan kita. 203 00:12:11,481 --> 00:12:12,691 Saya maksudkan soal nasib. 204 00:12:15,068 --> 00:12:18,030 Mungkin ini idea yang teruk. 205 00:12:20,574 --> 00:12:21,783 Kita boleh lupakannya. 206 00:12:21,867 --> 00:12:25,537 Jangan, sekejap. Mari kita berehat sekejap. 207 00:12:33,462 --> 00:12:35,589 Colok di sini amat mengagumkan. 208 00:12:51,146 --> 00:12:52,898 - Buih dalam buih! - Ya! 209 00:12:52,981 --> 00:12:55,234 - Ya. - Faham? 210 00:12:55,317 --> 00:12:57,736 - Kami faham. - Champagne sejuk, air panas. 211 00:12:58,820 --> 00:12:59,821 Seronoknya. 212 00:13:00,322 --> 00:13:04,368 Seronok, walaupun menggunakan banyak kuasa elektrik. 213 00:13:04,451 --> 00:13:06,078 - Ya. - Ya. 214 00:13:06,161 --> 00:13:08,956 - Kami perlu balik selepas minum. - Betul, ya. 215 00:13:09,039 --> 00:13:11,250 Tidak. Kamu minum sikit saja. Tambah lagi. 216 00:13:12,417 --> 00:13:14,753 Apa-apa pun, bagi saya, 217 00:13:14,837 --> 00:13:17,840 ia pengalaman yang amat luar biasa. 218 00:13:17,923 --> 00:13:21,176 Segalanya berbeza, bukan seks saja. 219 00:13:21,260 --> 00:13:24,763 Kini, saya tengok kehidupan saya dari perspektif berbeza. 220 00:13:24,847 --> 00:13:26,014 Kehidupan awak saja? 221 00:13:26,098 --> 00:13:28,600 Tidak, kehidupan kami. Saya dan Greta. 222 00:13:28,684 --> 00:13:29,685 Betul, sayang? 223 00:13:30,227 --> 00:13:34,398 Saya mula percaya, seks yang hebat ialah kunci kebahagiaan. 224 00:13:34,481 --> 00:13:35,566 Saya setuju. 225 00:13:35,649 --> 00:13:37,651 - Demi kebahagiaan. - Ya. 226 00:13:38,944 --> 00:13:41,864 Tapi ia bergantung kepada maksud "seks hebat" bagi kamu. 227 00:13:41,947 --> 00:13:44,491 Bagaimana dengan awak, Pn. Sheila Rubin? 228 00:13:45,325 --> 00:13:46,535 Bagaimana maksudnya bagi awak? 229 00:13:47,619 --> 00:13:48,620 Ya. 230 00:13:49,454 --> 00:13:50,581 Apa? Saya teringin nak tahu. 231 00:13:50,664 --> 00:13:53,500 Awak buatkan dia tertekan. Tak adillah. 232 00:13:53,584 --> 00:13:56,211 Saya sangka memang itulah tujuannya. 233 00:13:56,920 --> 00:13:57,921 Okey… 234 00:13:59,715 --> 00:14:00,716 Bagi saya… 235 00:14:03,510 --> 00:14:04,887 Seks hebat ialah seks hebat. 236 00:14:04,970 --> 00:14:08,932 Kita akan tahu apabila kita nampak dan merasakannya. 237 00:14:09,433 --> 00:14:10,642 Apa? 238 00:14:11,602 --> 00:14:13,020 Tidak. Saya… 239 00:14:13,103 --> 00:14:17,065 Saya sayang awak, tapi awak mengelak. 240 00:14:17,774 --> 00:14:20,152 - Ini satu permulaan. - Saya rasa, jawapan itu bagus. 241 00:14:20,235 --> 00:14:21,695 Terima kasih, kamu berdua. Terima kasih. 242 00:14:21,778 --> 00:14:22,988 Okey, beginilah. 243 00:14:23,488 --> 00:14:27,951 Siapa kekasih impian awak, tak kira orang sebenar atau bayangan. 244 00:14:28,535 --> 00:14:30,787 Soalan yang bagus. Okey. 245 00:14:30,871 --> 00:14:32,539 Saya pilih Copernicus… 246 00:14:32,623 --> 00:14:34,958 Awak patut beritahu mereka segalanya. Sekarang. 247 00:14:35,042 --> 00:14:37,419 Beritahu awak dapat asmara yang awak inginkan selama ini 248 00:14:37,503 --> 00:14:39,171 tapi tak pernah ucapkan. 249 00:14:39,254 --> 00:14:42,758 Beritahu mereka. Cepat. Hancurkan mereka. Cepat tamatkan semua ini. 250 00:14:42,841 --> 00:14:44,218 Okey, Sheila. Jawablah. 251 00:14:45,677 --> 00:14:46,678 Lelaki dulu. 252 00:14:47,262 --> 00:14:49,556 Ya, baiklah. Ya, saya boleh jawab. 253 00:14:49,640 --> 00:14:53,310 Bagi saya, wanita idaman saya ialah, 254 00:14:55,395 --> 00:14:57,314 isteri saya, Sheila. 255 00:14:57,940 --> 00:14:58,941 Sudahlah. 256 00:14:59,525 --> 00:15:01,860 - Apa? Saya cintakan awak. - Tolonglah. 257 00:15:01,944 --> 00:15:03,820 - Awak cantik. Betul? - Awak… 258 00:15:03,904 --> 00:15:07,658 Kekasih idaman dan bayangan awak ialah saya, isteri awak? 259 00:15:07,741 --> 00:15:09,201 Jawapan awak membosankan. 260 00:15:10,327 --> 00:15:12,496 - Okey. - Jawapan yang comel, tapi selamat. 261 00:15:12,579 --> 00:15:14,706 Jadi, apa awak nak saya cakap? 262 00:15:14,790 --> 00:15:16,750 Saya betul-betul faham. 263 00:15:17,334 --> 00:15:20,045 Maksud saya, awak menarik. 264 00:15:21,713 --> 00:15:23,674 Memang betul cakap dia. 265 00:15:27,052 --> 00:15:28,053 Terima kasih, Greta. 266 00:15:31,473 --> 00:15:35,310 Hei, kamu pernah terfikir nak ubah suasana? 267 00:15:36,311 --> 00:15:38,689 Buat sesuatu yang berbeza? 268 00:15:39,398 --> 00:15:45,320 Mungkin bersama dua kawan yang sudah selesa dengan kamu? 269 00:15:52,703 --> 00:15:57,291 Kami berdua rasa 270 00:15:57,374 --> 00:16:02,462 kami perlu balik sekarang. 271 00:16:02,546 --> 00:16:04,047 - Ya. Kami sangat seronok. - Ya. 272 00:16:04,131 --> 00:16:06,508 - Jumpa lagi. Selamat hari lahir. - Ya. 273 00:16:07,259 --> 00:16:09,094 HIGHBALL 1 DOLAR SEMASA WAKTU RIA 274 00:16:15,934 --> 00:16:17,477 Boleh saya dapatkan pesanan? 275 00:16:19,563 --> 00:16:20,564 Sekarang waktu ria? 276 00:16:21,064 --> 00:16:22,065 Tidak. 277 00:16:23,150 --> 00:16:24,860 Bila lagi waktu ria? 278 00:16:24,943 --> 00:16:26,486 Esok, pukul 4:00. 279 00:16:28,030 --> 00:16:29,239 Awak orang Kanada? 280 00:16:29,823 --> 00:16:31,825 Hei, jangan biadab. 281 00:16:33,202 --> 00:16:35,537 Bukan. Maaf. Bukan. 282 00:16:35,621 --> 00:16:37,873 Saya tak biasa. 283 00:16:39,833 --> 00:16:44,046 Malangnya, sekarang bukan waktu ria. 284 00:16:45,839 --> 00:16:48,008 Tapi kamu masih hidangkan Highball? 285 00:16:48,091 --> 00:16:49,718 Ya, tentulah. 286 00:16:49,801 --> 00:16:52,971 Berapa harganya jika bukan waktu ria? 287 00:16:53,555 --> 00:16:54,723 Satu dolar dua puluh lima sen. 288 00:16:58,227 --> 00:17:03,148 Okey, setuju. Tolong beri saya segelas Highball. 289 00:17:05,358 --> 00:17:07,069 Baiklah, tapi jenis apa? 290 00:17:08,153 --> 00:17:09,154 Besar. 291 00:17:24,086 --> 00:17:27,214 Terima kasih sekali lagi. Maafkan saya. 292 00:17:33,220 --> 00:17:38,725 Jadi, bagaimana awak jelaskan kepada Caitlin, awak pulang kebasahan? 293 00:17:40,018 --> 00:17:42,646 Sebenarnya, dia tak tanya dan saya pun tak jelaskan. 294 00:17:42,729 --> 00:17:46,108 Saya cuma gandakan bayarannya dan beri dia tip. 295 00:17:46,191 --> 00:17:49,862 Wah, awak belanjakan duit sesuka hati. 296 00:17:49,945 --> 00:17:51,405 - Oh, ya. - Tanggung kekasih muda! 297 00:17:53,282 --> 00:17:55,951 Beg tangan Greta juga. 298 00:17:56,034 --> 00:17:57,703 Berapa harga beg tangan itu? 299 00:17:57,786 --> 00:18:01,707 Biar saya fikir. Duit saya… 300 00:18:02,499 --> 00:18:04,459 - Okey. - …dan 50 sen. 301 00:18:04,543 --> 00:18:05,669 Okey. 302 00:18:05,752 --> 00:18:07,588 - Awak cemburu? - Ya, mungkin. 303 00:18:08,213 --> 00:18:09,506 Awak mahu beg tangan? 304 00:18:10,132 --> 00:18:11,383 - Tak mahu. - Tak mahu? 305 00:18:11,466 --> 00:18:14,803 Tapi saya mahu tali pinggang baharu. 306 00:18:15,762 --> 00:18:17,139 Kebanyakan tali pinggang saya dah lusuh. 307 00:18:17,222 --> 00:18:18,599 Tunjukkan kepada saya. 308 00:18:25,022 --> 00:18:26,023 Awak nak tahu tak? 309 00:18:28,275 --> 00:18:33,238 Saya rasa, awak yang dorong mereka untuk menggoda kita tadi. 310 00:18:33,322 --> 00:18:35,824 - Apa? Sudahlah. - Saya tak buat apa-apa pun. 311 00:18:35,908 --> 00:18:38,785 - Ya, percayalah. - Sudahlah. Betul kata awak. 312 00:18:38,869 --> 00:18:42,080 Awak amat terkenal di prasekolah. 313 00:18:42,164 --> 00:18:44,958 - Okey. Betul. - Saya tahu apa jadi di sana. 314 00:18:45,042 --> 00:18:46,084 Saya tahu! 315 00:18:47,961 --> 00:18:50,714 Itu makanan pertama awak makan malam ini? 316 00:18:52,758 --> 00:18:54,426 Maaf, abaikan. Saya… 317 00:18:59,848 --> 00:19:01,433 Maaf. Saya minta maaf. 318 00:19:02,893 --> 00:19:04,353 Kenapa? 319 00:19:04,436 --> 00:19:07,606 Saya tak tahu punca saya mahu bincangkannya sekarang. 320 00:19:09,566 --> 00:19:10,651 Bincangkan apa? 321 00:19:12,819 --> 00:19:19,326 Saya betul-betul tak mahu, tapi saya rasa pada satu tahap, saya perlu lakukannya. 322 00:19:21,036 --> 00:19:26,291 Tiba-tiba saya sedar akan sesuatu yang saya harap saya tahu lebih awal. 323 00:19:28,418 --> 00:19:31,505 Tapi apabila difikirkan semula, saya mungkin dah tahu. 324 00:19:31,588 --> 00:19:34,258 Tenang. Awak tak tahu apa maksud dia. 325 00:19:34,758 --> 00:19:37,386 Aduhai! Saya betul-betul minta maaf, Sheila. 326 00:19:37,469 --> 00:19:41,265 Saya minta maaf sebab tak luangkan masa 327 00:19:41,348 --> 00:19:44,935 untuk melihatnya depan mata saya. 328 00:19:45,018 --> 00:19:49,189 Jangan bantu dia. Tenang. Jangan tunjukkan apa-apa. 329 00:19:49,273 --> 00:19:50,607 Awak ada masalah. 330 00:19:52,025 --> 00:19:55,988 Masalah perubatan berkaitan makanan. 331 00:19:56,905 --> 00:19:59,366 Itu saja yang dia tahu? Awak boleh hadapinya. 332 00:20:00,617 --> 00:20:04,162 Berdasarkan pembacaan saya, 333 00:20:04,246 --> 00:20:07,040 ia tiada kaitan dengan makanan, tapi lebih kepada kawalan. 334 00:20:07,916 --> 00:20:10,169 Awak baca buku. Tahniah, tak guna. 335 00:20:10,252 --> 00:20:12,629 Saya mahu awak tahu, saya bukan menuduh awak. 336 00:20:12,713 --> 00:20:18,886 Saya cuma nak beritahu, saya faham dan boleh bantu awak. 337 00:20:18,969 --> 00:20:21,054 Jangan cakap apa-apa. 338 00:20:25,434 --> 00:20:28,061 Awak makan ikut nafsu dan muntahkannya? 339 00:20:29,813 --> 00:20:31,064 Itukah masalah awak? 340 00:20:32,733 --> 00:20:33,859 Tak penting pun. 341 00:20:33,942 --> 00:20:36,987 - Saya tak tuduh awak begitu… - Bagi saya, awak macam menuduh. 342 00:20:37,487 --> 00:20:41,992 Saya tak nak bertengkar, okey? Saya cuma nak tolong jika awak benarkan. 343 00:20:43,368 --> 00:20:44,369 Mungkin bantu carikan kumpulan sokongan? 344 00:20:44,453 --> 00:20:46,246 - Saya terbaca, kumpulan sokongan boleh… - Kumpulan sokongan? 345 00:20:47,581 --> 00:20:50,584 Kumpulan sokongan? Saya perlu bercakap dengan kumpulan? 346 00:20:50,667 --> 00:20:52,211 Ya, kumpulan sokongan. 347 00:20:52,294 --> 00:20:54,838 Saya belum habis cakap. Saya terbaca tentang mereka, okey? 348 00:20:54,922 --> 00:20:57,341 - Mungkin juga saya tersilap. - Awak silap. 349 00:20:57,424 --> 00:20:59,343 Awak sangat silap! 350 00:20:59,426 --> 00:21:03,180 Bagus, jadi saya tak kisah! Biar saya habis cakap dulu, okey? 351 00:21:03,263 --> 00:21:06,475 Sebelum awak larikan diri macam selalu. 352 00:21:06,558 --> 00:21:09,144 Sheila, saya sayang awak. 353 00:21:09,228 --> 00:21:11,897 Saya ambil berat dan risau akan awak. 354 00:21:11,980 --> 00:21:13,315 Suruh dia diam sekarang! 355 00:21:13,398 --> 00:21:14,525 Okey, ada apa-apa lagi? 356 00:21:15,108 --> 00:21:19,613 Apa? Tiada. Tiada apa-apa. Itu saja. 357 00:21:21,990 --> 00:21:24,034 Awak boleh tutup pintu jika awak mahu. 358 00:21:47,599 --> 00:21:49,601 Apa pendapat awak jika kita beli bidet? 359 00:21:51,228 --> 00:21:53,063 Saya pernah sekali tengok bidet 360 00:21:53,146 --> 00:21:55,274 semasa saya kecil, bersama ibu bapa saya di Montreal. 361 00:21:55,357 --> 00:21:56,775 Tapi, awak belilah jika mahu. 362 00:22:01,613 --> 00:22:02,614 Awak okey? 363 00:22:03,282 --> 00:22:05,492 Apa? Ya, sudah tentu. Awak? 364 00:22:05,576 --> 00:22:06,577 Ya, saya… 365 00:22:07,870 --> 00:22:10,122 Saya tahu awak ada jangkaan. 366 00:22:14,001 --> 00:22:17,296 Saya bahagia. Percayalah. 367 00:22:19,464 --> 00:22:21,383 Setahun lalu, saya tak mungkin akan bangkitkannya. 368 00:22:22,676 --> 00:22:25,179 Saya suka. Saya semakin matang. 369 00:22:26,680 --> 00:22:28,056 Dari segi yang baik. 370 00:22:31,685 --> 00:22:32,686 Selamat hari lahir. 371 00:22:36,023 --> 00:22:37,649 Saya mahu mimpikan kek itu. 372 00:22:43,280 --> 00:22:45,324 Saya mahu mimpikan Rom purba. 373 00:22:54,958 --> 00:22:59,254 Saya tak jangka hal ini apabila bayangkan awak merayu meminta sesuatu. 374 00:22:59,922 --> 00:23:01,340 Inilah masalah kita sekarang. 375 00:23:03,467 --> 00:23:05,385 Awak dah pertimbangkannya? Awak… 376 00:23:05,469 --> 00:23:08,931 Saya tak boleh. Belum lagi. 377 00:23:09,014 --> 00:23:12,100 - Tapi awak dah pertimbangkan… - Sudah. Saya dah cakap, bukan? 378 00:23:12,184 --> 00:23:16,563 Tapi, ia agak mustahil. Inilah akibat daripada… 379 00:23:17,397 --> 00:23:19,358 - Akibat… - Semua ini! 380 00:23:24,446 --> 00:23:28,534 25,000 dolar. Banyak jumlahnya. 381 00:23:28,617 --> 00:23:31,787 Ya. Awak ada duit sebanyak itu, bukan? 382 00:23:32,371 --> 00:23:34,206 Ya, tapi itu tak penting. 383 00:23:34,289 --> 00:23:36,124 Awak simpan dalam peti selamat di suatu tempat? 384 00:23:36,750 --> 00:23:39,753 Awak ada dana haram yang awak gunakan untuk merasuah orang atasan? 385 00:23:40,462 --> 00:23:42,047 - Awak cakap macam saya… - Apa? 386 00:23:42,923 --> 00:23:46,260 Jangan pura-pura naif, sebab saya tahu awak tak sebaik itu. 387 00:23:46,343 --> 00:23:48,846 Di San Diego, kami ada norma dalam berniaga. 388 00:23:48,929 --> 00:23:50,597 Kami ada cara untuk laksanakan sesuatu. 389 00:23:50,681 --> 00:23:53,392 Jadi, awak saja yang boleh langgar peraturan untuk bina sesuatu? 390 00:23:54,268 --> 00:23:57,062 Saya pun membina sesuatu. Saya bukan merayu, tapi memberi arahan. 391 00:23:57,145 --> 00:23:59,022 Bangun. Ia akan dilaksanakan. 392 00:24:10,868 --> 00:24:13,495 Teruskan. Tiada siapa akan bantu awak. 393 00:24:13,579 --> 00:24:17,499 Inilah masa dan peluang untuk awak selesaikannya. 394 00:24:32,389 --> 00:24:33,390 Mana pita itu? 395 00:24:38,604 --> 00:24:41,773 - Kalau tak cukup… - Jumlahnya cukup. 396 00:24:45,861 --> 00:24:47,946 Bagaimana saya nak pastikan awak tak buat salinan? 397 00:24:48,030 --> 00:24:49,656 Awak perlu percayakan kami. 398 00:24:57,080 --> 00:24:58,081 Semoga berjaya. 399 00:25:01,043 --> 00:25:02,669 - Semoga berjaya juga. - Sayang… 400 00:25:04,671 --> 00:25:07,174 Tak apalah. Saya tarik balik. 401 00:25:12,346 --> 00:25:13,347 Helo? 402 00:25:13,430 --> 00:25:14,890 Awak semakin hampir, 403 00:25:14,973 --> 00:25:17,226 melainkan awak putus asa dan sia-siakan segalanya. 404 00:25:17,309 --> 00:25:18,727 Maria, saya dah balik. 405 00:25:23,023 --> 00:25:24,024 Sayang? 406 00:25:24,107 --> 00:25:26,109 Semua kerja keras dan kesakitan awak. 407 00:25:30,864 --> 00:25:31,990 Helo? 408 00:25:37,871 --> 00:25:40,415 Tidaklah sia-sia. Awak perlu terus mara. 409 00:25:40,499 --> 00:25:42,543 Kecapinya. Awak setuju? 410 00:25:59,685 --> 00:26:00,686 Mana dia? 411 00:26:00,769 --> 00:26:01,937 Di sini. 412 00:26:07,860 --> 00:26:10,529 Saya tahu ia sukar, tapi awak dah sampai sejauh ini. 413 00:26:13,448 --> 00:26:15,200 Bersabar sikit saja lagi. 414 00:26:16,285 --> 00:26:18,370 Satu cabaran terakhir. 415 00:26:22,040 --> 00:26:24,835 Saya yakin dengan awak. Begitulah. 416 00:26:24,918 --> 00:26:26,378 Awak boleh. 417 00:28:05,477 --> 00:28:07,479 Terjemahan sari kata oleh Hamizah