1 00:00:45,921 --> 00:00:47,089 Malam ini menyeronokkan. 2 00:00:47,172 --> 00:00:49,216 - Ya. Seronok. - Ya. 3 00:00:51,844 --> 00:00:53,554 Maya sangat seronok. 4 00:00:54,429 --> 00:00:56,056 Itu yang penting. 5 00:00:56,139 --> 00:00:58,433 - Ya. Ya, betul. - Ya. 6 00:00:59,476 --> 00:01:01,979 Okey. Nanti saya hubungi awak. 7 00:01:02,062 --> 00:01:03,647 Ya, kita bincang Khamis nanti… 8 00:01:03,730 --> 00:01:05,649 - Okey. Ya. - …tentang rancangan hujung minggu. 9 00:01:07,943 --> 00:01:09,319 Okey. 10 00:01:10,237 --> 00:01:11,947 - Selamat malam. - Selamat malam. 11 00:02:11,715 --> 00:02:13,759 Silakan, Pn. Rubin. 12 00:02:13,842 --> 00:02:16,094 Keju kotej dadih kecil tak dijual di kedai itu. 13 00:02:16,178 --> 00:02:18,347 Saya harap awak tak kisah. Saya rasa, ini keju dadih sederhana. 14 00:02:18,430 --> 00:02:20,933 Tapi saya dah minta mereka sediakan keju dadih kecil. 15 00:02:21,016 --> 00:02:22,726 Mereka kata, mereka akan pertimbangkan. 16 00:02:22,809 --> 00:02:25,145 Bertenang, Fidelia. Ini nampak sedap. 17 00:02:25,229 --> 00:02:26,980 Saya harap awak boleh panggil saya Sheila. 18 00:02:27,856 --> 00:02:29,983 Tentu ambil masa lama untuk saya biasakan diri. 19 00:02:30,067 --> 00:02:32,277 Jika ibu saya dengar saya panggil bos menggunakan nama pertama… 20 00:02:32,361 --> 00:02:33,612 - Terima kasih. - Okey. 21 00:02:40,953 --> 00:02:44,039 Okey, semua. Ayuh. Letakkan semuanya di sini. 22 00:02:44,122 --> 00:02:45,541 Hai. 23 00:02:45,624 --> 00:02:47,167 Hei. Kenapa awak datang awal? 24 00:02:48,335 --> 00:02:51,421 Saya terserempak dengan Ernie di tempat letak kereta. Saya agak seronok. 25 00:02:51,505 --> 00:02:53,590 Tapi saya kata, "Jumpa di rumah, sayang. Sedang sibuk." 26 00:02:53,674 --> 00:02:55,384 - Apa semua ini? - Oh, ya. 27 00:02:55,467 --> 00:02:57,719 Ernie beli dan jual sebuah syarikat. 28 00:02:57,803 --> 00:03:00,097 Jangan risau. Semua orang dapat pampasan. Mungkin. 29 00:03:00,180 --> 00:03:02,432 Apa-apa pun, maksudnya, kita dapat perabot percuma. 30 00:03:02,516 --> 00:03:05,060 Percuma untuk kita. Hebat, bukan? 31 00:03:05,143 --> 00:03:08,814 Sebenarnya, saya suka keadaan sebelum ini. 32 00:03:09,523 --> 00:03:12,484 - Maksud awak, kosong? - Ya, betul. 33 00:03:12,943 --> 00:03:14,361 - Awak serius? - Ya. 34 00:03:14,444 --> 00:03:17,865 Tapi nanti kita perlu adakan mesyuarat. 35 00:03:17,948 --> 00:03:19,241 Mereka akan fikir kita tak serius. 36 00:03:19,324 --> 00:03:24,746 Bagi saya, ia terasa lapang dan penuh dengan kemungkinan. 37 00:03:24,830 --> 00:03:26,373 Saya setuju. 38 00:03:26,456 --> 00:03:29,084 Ya, tentulah awak setuju, sayang. Awak baru bekerja di sini. 39 00:03:29,168 --> 00:03:31,295 Tak. Tapi saya faham. 40 00:03:31,378 --> 00:03:33,589 Ya. Hidup dan permulaan baharu. 41 00:03:34,173 --> 00:03:36,717 Berhenti! Masukkan semula ke dalam lori. 42 00:03:36,800 --> 00:03:38,927 Bersihkan, semua. Kamu dengar apa katanya. 43 00:03:42,014 --> 00:03:48,103 Kos overhed kecil, jadi marginnya menguntungkan. 44 00:03:48,770 --> 00:03:52,149 Bagaimana dengan penghantaran? Nampak besar. 45 00:03:52,232 --> 00:03:55,527 Versi yang bakal dijual ada dua bahagian yang akan dicantumkan di tengah. 46 00:03:55,611 --> 00:03:58,322 Ya. "Versi bakal dijual" bermaksud versi sebenar. 47 00:03:58,405 --> 00:04:00,532 Yang ini digelar sebagai beta. 48 00:04:01,408 --> 00:04:05,162 Terima kasih sebab jelaskan kod misteri itu. 49 00:04:06,496 --> 00:04:08,624 Saya berkenan. Betul. 50 00:04:09,249 --> 00:04:13,629 Tapi saya tak begitu sukakannya. Saya perlulah sukakannya, betul? 51 00:04:13,712 --> 00:04:15,797 Tentulah. Awak yang jual. 52 00:04:15,881 --> 00:04:18,425 Jadi, mari bincang beberapa idea yang saya ada. Okey? 53 00:04:32,689 --> 00:04:33,941 Nampak? Ia terbuka. 54 00:04:34,816 --> 00:04:37,945 Baiklah. Okey. 55 00:04:39,363 --> 00:04:41,532 Tidak. Ia tak begitu… 56 00:04:42,282 --> 00:04:43,867 Ini bahaya. Maksud saya… 57 00:05:05,639 --> 00:05:07,266 MELANGKAH BERSAMA SHEILA 58 00:05:54,771 --> 00:05:57,107 Bagus. Nampak bagus. 59 00:05:57,191 --> 00:05:59,860 Perubahan yang bagus. Inilah yang saya mahu. 60 00:06:01,236 --> 00:06:03,447 Tapi saya terfikir. 61 00:06:03,530 --> 00:06:06,491 Kebanyakan wanita tak ada ruang berasingan untuk bersenam. 62 00:06:06,575 --> 00:06:08,660 Masalah utama ialah tempat penyimpanan. 63 00:06:08,744 --> 00:06:14,249 Jadi, saya nak tengok ia rata, tanpa menjejaskan kestabilannya. 64 00:06:14,333 --> 00:06:16,585 Ya, kita semakin hampir, Ern. Lakukan beberapa perubahan lagi. 65 00:06:16,668 --> 00:06:19,755 Kita tak boleh mengubahnya setiap masa. 66 00:06:19,838 --> 00:06:21,757 Kos prototaip ini tak murah. 67 00:06:21,840 --> 00:06:25,135 Saya sangka ia murah. Bukankah itu tujuan utamanya? 68 00:06:25,677 --> 00:06:28,305 Produk murah, harga mahal. 69 00:06:29,348 --> 00:06:32,059 Saya sangka, itulah yang menarik minat awak pada awalnya. 70 00:06:34,228 --> 00:06:37,898 Tiada siapa mahu belanjakan 19.99 dolar untuk beli papan pijak. 71 00:06:37,981 --> 00:06:40,484 Ada banyak papan pijak percuma di dunia ini. 72 00:06:40,567 --> 00:06:42,653 Kita boleh bincangkan di peringkat jualan nanti. 73 00:06:42,736 --> 00:06:45,864 Kita takkan sampai ke peringkat itu jika produk tak dihasilkan. 74 00:06:45,948 --> 00:06:48,075 - Saya jamin, ini… - Hei, proses ini menarik, bukan? 75 00:06:48,158 --> 00:06:50,744 Ya. Konflik sihat. Berdepan masalah sebelum kejayaan. 76 00:06:50,827 --> 00:06:52,955 Alasan wanita nak bersenam amat berbeza daripada alasan lelaki. 77 00:06:53,038 --> 00:06:54,748 Malah, saya nekad 78 00:06:54,831 --> 00:06:58,544 mahu hasilkannya berdasarkan apa wanita mahu dan perlukan apabila bersenam. 79 00:06:59,336 --> 00:07:00,587 Tak kiralah jika prosesnya lama. 80 00:07:08,887 --> 00:07:11,181 Kipas ini hebat, bukan? 81 00:07:16,103 --> 00:07:17,229 Tiga. 82 00:07:18,480 --> 00:07:19,481 Oh, Tuhan. 83 00:08:12,910 --> 00:08:14,453 Hei. 84 00:08:15,954 --> 00:08:20,626 Tengok. Tangan berdarah. Hebat, bukan? 85 00:08:20,709 --> 00:08:22,753 Bukankah itu sebabnya petinju pakai sarung tangan? 86 00:08:23,337 --> 00:08:25,297 Ya, saya tahu petinju pakai sarung tangan. 87 00:08:25,380 --> 00:08:28,759 Saya cuma nak kata, nampak hebat, bukan? 88 00:08:29,551 --> 00:08:30,677 Apa-apalah. 89 00:08:31,929 --> 00:08:32,929 Okey. 90 00:08:35,557 --> 00:08:36,558 Ya. 91 00:08:41,480 --> 00:08:45,025 Enam. Lima, enam, tujuh, ayuh. Okey. 92 00:08:48,820 --> 00:08:51,657 Berpecah. Sedia? 93 00:08:51,740 --> 00:08:55,118 Lima, enam, tujuh, lapan. Satu, dua, tiga, empat, 94 00:08:55,202 --> 00:08:57,246 lima, enam, tujuh, lapan. 95 00:09:00,624 --> 00:09:02,501 Ke depan, pusing. 96 00:09:02,584 --> 00:09:06,129 Lima, enam, tujuh. Undur. 97 00:09:12,719 --> 00:09:17,015 Dua, tiga, empat, lima, enam. 98 00:09:30,153 --> 00:09:32,155 Syabas. Terima kasih. 99 00:09:35,826 --> 00:09:37,327 Syabas. 100 00:09:43,584 --> 00:09:47,921 Saya mengaku, rekaan ini tak menyakitkan sendi saya. 101 00:09:48,505 --> 00:09:49,923 Sangat sempurna. 102 00:09:52,009 --> 00:09:58,557 Tapi saya lebih suka jika ada pilihan untuk meregang dan bermeditasi. 103 00:09:58,640 --> 00:10:02,060 Proses sejukkan badan pun sama penting dengan senaman. 104 00:10:02,144 --> 00:10:04,521 Itulah yang Vinnie kata, dan dia betul. 105 00:10:06,106 --> 00:10:07,649 Dia gila, tapi kata-katanya betul. 106 00:10:07,733 --> 00:10:10,235 Meditasi? Macam sami? 107 00:10:10,319 --> 00:10:15,199 Saya tahu ia kedengaran pelik, tapi kami lakukannya dalam terapi. 108 00:10:15,282 --> 00:10:16,575 dan ia amat membantu. 109 00:10:17,326 --> 00:10:19,870 Tak sangka dengan hanya menarik nafas saja 110 00:10:23,916 --> 00:10:25,417 kita boleh tenang. 111 00:10:28,128 --> 00:10:30,130 Ya. Inilah ciptaannya. 112 00:10:30,797 --> 00:10:33,050 Awak pasti? Ciptaan kelima? 113 00:10:33,717 --> 00:10:36,303 Saya tahu ia lebih mahal daripada yang kita dan Ernie harapkan, 114 00:10:36,386 --> 00:10:38,805 tapi bagi saya, ia berbaloi. 115 00:10:38,889 --> 00:10:40,390 Oh, ya, dia akan baik-baik saja. 116 00:10:40,474 --> 00:10:43,393 Fidelia, boleh ambilkan ale halia rendah kalori? 117 00:10:44,686 --> 00:10:46,647 Kita perlu raikan. 118 00:10:48,273 --> 00:10:49,525 Sangat susah. 119 00:10:50,317 --> 00:10:53,445 Walaupun tak nampak begitu, tapi memang susah. 120 00:10:53,529 --> 00:10:55,739 Saya tak terbayang imej awak sebegitu. 121 00:10:56,657 --> 00:10:58,492 Selama ini, awak tunjukkan imej lain. 122 00:10:58,575 --> 00:11:03,163 Imej yang saya tunjukkan selama ini tak berguna. Saya menyesal. 123 00:11:03,247 --> 00:11:05,332 Betulkah? Betulkah awak menyesal? 124 00:11:05,415 --> 00:11:08,919 Antara perbuatan teruk yang patut disesali, itu yang awak sesalkan? 125 00:11:09,002 --> 00:11:10,546 - Tak perlu mencarut. - Diamlah. 126 00:11:10,629 --> 00:11:14,633 Okey. Baiklah. Saya menyesal… 127 00:11:18,720 --> 00:11:21,598 Saya amat menyesal atas perbuatan teruk saya yang lain. 128 00:11:23,308 --> 00:11:25,519 - Saya rasa simpati. - Awak memang patut rasa begitu. 129 00:11:25,602 --> 00:11:27,187 Saya simpati terhadap awak. 130 00:11:27,271 --> 00:11:29,773 Simpati kerana dicurangi 131 00:11:30,357 --> 00:11:32,776 dan tidak menemui jalan untuk bertaubat, 132 00:11:33,360 --> 00:11:35,112 tidak seperti saya dengan ajaran Mormon. 133 00:11:35,195 --> 00:11:37,948 Saya rasa nak tumbuk awak sekarang. 134 00:11:39,032 --> 00:11:40,033 Itu bukan penyelesaian. 135 00:11:40,117 --> 00:11:42,703 Saya tak setuju langsung. 136 00:11:43,287 --> 00:11:45,163 Saya lebih kuat daripada awak. 137 00:11:45,247 --> 00:11:48,500 Ya, betul. 138 00:11:49,126 --> 00:11:51,879 Saya tak tahu saya cukup kuat untuk berasmara dengan isteri orang, 139 00:11:51,962 --> 00:11:54,006 hancurkan keluarga sendiri dan kemudian terfikir, 140 00:11:54,089 --> 00:11:57,551 "Hei, mungkin saya patut belajar tarian tap." 141 00:12:01,889 --> 00:12:03,056 Tangan awak cedera? 142 00:12:04,766 --> 00:12:07,186 Apa? Ya. 143 00:12:07,269 --> 00:12:09,354 Saya pukul karung tinju terlalu kuat. 144 00:12:10,105 --> 00:12:11,607 Awak pernah tumbuk orang? 145 00:12:12,733 --> 00:12:13,984 Saya banyak kali ditumbuk. 146 00:12:19,489 --> 00:12:22,367 Adakah kerana dia? Itu sebabnya awak belajar tarian tap? 147 00:12:23,118 --> 00:12:26,246 Tidak. Awak bertinju kerana dia? 148 00:12:26,330 --> 00:12:27,748 Ya. 149 00:12:31,710 --> 00:12:33,670 Bagaimanalah awak mampu bertahan? 150 00:12:34,630 --> 00:12:36,381 Saya tak ada jawapan yang memuaskan hati awak. 151 00:12:38,467 --> 00:12:42,304 Saya tak pernah buat begini dan takkan ulanginya lagi. 152 00:12:43,013 --> 00:12:44,389 Saya minta maaf, Danny. 153 00:12:44,473 --> 00:12:47,267 Saya harap, awak akan temui perasaan maaf dalam hati awak. 154 00:12:47,351 --> 00:12:49,770 Bukan untuk saya, tapi untuk Sheila. 155 00:12:50,354 --> 00:12:53,148 Seperti isteri saya temui kemaafan dalam dirinya. 156 00:13:00,072 --> 00:13:01,073 Tumpang lalu. 157 00:13:13,502 --> 00:13:17,422 Wah! Tema bar ini Tiki, ya? Benda kecil pun tak terlepas. 158 00:13:17,506 --> 00:13:18,632 Ya. 159 00:13:19,633 --> 00:13:22,845 Ia bantu kita lupakan tentang perkauman penjajahan. 160 00:13:23,554 --> 00:13:26,139 Tambahkan dua lagi dalam bil Banglo 243. 161 00:13:26,223 --> 00:13:27,224 Terima kasih. 162 00:13:28,725 --> 00:13:31,645 Tentu awak banyak berbelanja untuk bermalam di sini. 163 00:13:31,728 --> 00:13:33,105 Perlu bayar bil untuk bar juga. 164 00:13:33,188 --> 00:13:36,900 Kami bahagikan kosnya. 165 00:13:36,984 --> 00:13:38,777 - Baguslah. - Ya. 166 00:13:38,861 --> 00:13:40,404 Kedua-dua pihak perlu bekerjasama. 167 00:13:42,114 --> 00:13:43,824 Dah berasmara? 168 00:13:44,575 --> 00:13:47,828 Saya selalu bayangkan itulah keutamaan Seafarer's Village. 169 00:13:48,495 --> 00:13:51,206 Saya belum berasmara lagi. 170 00:13:51,290 --> 00:13:53,876 Ya. Itu satu lagi perkara yang buatkan saya kecewa. 171 00:13:56,545 --> 00:14:00,465 Awak beritahu Greta yang awak datang jumpa saya? 172 00:14:02,801 --> 00:14:05,262 Bijak. Sangat bijak. 173 00:14:10,309 --> 00:14:14,354 Jadi, awak ada peguam yang bagus? 174 00:14:14,438 --> 00:14:18,650 Saya ada peguam hebat dan dia pun sama. 175 00:14:18,734 --> 00:14:23,780 Serta, mereka sedang cuba fikirkan penyelesaian. 176 00:14:24,948 --> 00:14:27,784 Tapi sejujurnya, saya tak nak bergaduh dengan dia 177 00:14:27,868 --> 00:14:28,869 seumur hidup saya. 178 00:14:28,952 --> 00:14:33,498 Saya ada perjuangan lain. Saya baru mula bekerja di ACLU. 179 00:14:33,582 --> 00:14:35,459 Ya, merangka polisi. 180 00:14:35,542 --> 00:14:40,088 Menarik juga. Ia menggabungkan minat saya terhadap akademik dan politik, 181 00:14:40,172 --> 00:14:42,966 - dan saya rasa… - Baguslah, tapi awak perlu tahu. 182 00:14:43,050 --> 00:14:46,136 Perniagaan Sheila bakal menguntungkan. 183 00:14:46,220 --> 00:14:47,971 Semua peguam yang hebat… 184 00:14:48,680 --> 00:14:50,140 - Terima kasih. - Terima kasih. 185 00:14:51,850 --> 00:14:56,271 Peguam yang jahat akan pertikaikan awak mainkan peranan penting 186 00:14:56,355 --> 00:14:59,024 dalam pembentukan perniagaan itu. 187 00:14:59,107 --> 00:15:01,360 Awak memang tak berselindung, Ern. 188 00:15:01,443 --> 00:15:06,156 Hei, awak ada hak sebagai pemilik bersama perniagaannya. 189 00:15:06,240 --> 00:15:09,618 Hak yang awak boleh dan patut tuntut. 190 00:15:11,119 --> 00:15:13,121 Awak bukan datang sebagai kawan? 191 00:15:13,205 --> 00:15:16,959 Sheila dan Greta sedang berseronok, 192 00:15:17,042 --> 00:15:19,837 tapi mereka tak pandai buat pilihan. 193 00:15:19,920 --> 00:15:21,296 Sebagai pelabur… 194 00:15:23,257 --> 00:15:24,258 Saya risau. 195 00:15:24,341 --> 00:15:28,428 Awak fikir, penglibatan saya boleh membantu? 196 00:15:28,512 --> 00:15:31,014 Perempuan memang kreatif, okey? 197 00:15:31,098 --> 00:15:35,185 Tapi semua orang tahu, mereka tak pandai buat keputusan. 198 00:15:35,269 --> 00:15:38,981 Walaupun orang yang tak jalani rawatan masalah mental. 199 00:15:42,025 --> 00:15:43,902 Awak yang kata, bukan saya. 200 00:15:44,903 --> 00:15:47,114 Tapi betul kata awak. 201 00:15:47,197 --> 00:15:49,616 - Tak perlu bayar segera. - Ya, biar saya bayarkan. 202 00:15:49,700 --> 00:15:51,910 - Baiklah. - Masalah awak dah cukup banyak. 203 00:15:53,662 --> 00:15:56,999 Bunyinya macam tak begitu menyedihkan seperti yang saya bayangkan. 204 00:15:57,082 --> 00:15:58,584 Betul. Ia… 205 00:15:58,667 --> 00:16:02,087 Seribu kali lebih menyedihkan berbanding yang awak bayangkan. 206 00:16:03,589 --> 00:16:05,674 Tidaklah. Seronok juga. 207 00:16:05,757 --> 00:16:10,262 Kemudahan di sana bagus dan ada gelanggang bola tampar pantai. 208 00:16:10,929 --> 00:16:12,931 Awak main bola tampar pantai? 209 00:16:13,015 --> 00:16:14,474 Ya, saya main. 210 00:16:15,142 --> 00:16:17,519 Sekali. Saya main sekali saja. 211 00:16:17,603 --> 00:16:19,938 Saya dapat tahu, lengan saya agak sensitif, 212 00:16:20,022 --> 00:16:21,315 dan itu agak merugikan. 213 00:16:21,398 --> 00:16:23,734 Merugikan dunia bola tampar. 214 00:16:25,027 --> 00:16:28,697 Ya. Tapi saya masih boleh tunggang basikal. 215 00:16:28,780 --> 00:16:32,326 Jadi, saya datang sebab nak ambil basikal lama ini. 216 00:16:32,409 --> 00:16:34,620 Awak memang berhak ambil. Ini basikal awak. 217 00:16:34,703 --> 00:16:39,625 Ya. Betul. Saya tahu. Terima kasih. 218 00:16:40,792 --> 00:16:43,879 Memandangkan saya datang untuk ambil basikal, 219 00:16:44,588 --> 00:16:46,423 saya nak beritahu sesuatu. 220 00:16:46,507 --> 00:16:49,468 Saya tak mahu pergi tanpa mengatakan apa-apa 221 00:16:49,551 --> 00:16:52,596 dan buatkan awak marah sebab saya berdiam saja. 222 00:16:52,679 --> 00:16:54,973 Tapi awak tak cakap apa-apa pun. 223 00:16:57,976 --> 00:17:01,730 Baiklah. Saya dah bercakap dengan Terry. 224 00:17:01,813 --> 00:17:07,319 Berdasarkan perbincangan kami, tindakan yang perlu saya ambil 225 00:17:07,402 --> 00:17:11,240 ialah saya patut melibatkan diri dalam perniagaan awak. 226 00:17:17,829 --> 00:17:18,829 Apa maksudnya? 227 00:17:18,914 --> 00:17:22,667 Ia cuma sesuatu yang saya dan Terry bincangkan, 228 00:17:22,751 --> 00:17:25,462 dan dia akan sediakan dan masukkan syarat itu ke dalam perjanjian kita. 229 00:17:25,546 --> 00:17:27,964 Awak langsung tak terlibat dalam perniagaan saya. 230 00:17:29,299 --> 00:17:31,718 Awak tak pernah membantu pun. Kenapa tiba-tiba berubah? 231 00:17:31,802 --> 00:17:33,929 Sheil, kita berada di bilik ini, 232 00:17:34,012 --> 00:17:36,306 memikirkan pelbagai idea, tak sampai tiga bulan pun lagi. 233 00:17:36,390 --> 00:17:37,558 Idea teruk. 234 00:17:37,641 --> 00:17:39,768 Hisap ganja dan bincangkan idea dengan saya sekali saja 235 00:17:39,852 --> 00:17:41,186 tak melayakkan awak menjadi rakan kongsi saya. 236 00:17:41,270 --> 00:17:47,568 Yang penting, saya berhak tuntut separuh keuntungan. 237 00:17:47,651 --> 00:17:49,152 Langkah mayat saya dulu. 238 00:17:49,236 --> 00:17:51,822 Okey. Jangan terlalu beremosi. 239 00:17:52,656 --> 00:17:54,658 Saya tak minta lebih, okey? 240 00:17:54,741 --> 00:17:58,787 Itulah undang-undang di California. Kalau peranan bertukar… 241 00:17:58,871 --> 00:18:01,748 Tapi tidak! Peranan tak bertukar pun! 242 00:18:02,416 --> 00:18:05,377 Kalau awak ada walau separuh harta yang berbaloi dicuri, 243 00:18:05,460 --> 00:18:07,171 tentu awak faham perasaan saya sekarang. 244 00:18:07,254 --> 00:18:10,257 - Awak kejam. - Saya tahu! Saya sengaja cakap begitu. 245 00:18:13,510 --> 00:18:14,636 Apa guna awak buat begitu? 246 00:18:14,720 --> 00:18:16,680 Entahlah, tapi saya sangat puas hati. 247 00:18:18,098 --> 00:18:21,768 Nak tahu apa persamaan setiap wanita dalam kumpulan fokus yang saya jumpa? 248 00:18:21,852 --> 00:18:26,481 Senaman ialah satu-satunya perkara dalam hidup mereka yang tak perlu dikongsi. 249 00:18:26,982 --> 00:18:29,902 Dengan lelaki atau anak-anak. Untuk diri sendiri saja. 250 00:18:29,985 --> 00:18:31,862 Awak boleh bayangkan, Danny? 251 00:18:31,945 --> 00:18:36,825 Awak boleh bayangkan, tiada masa dan tenaga untuk diri sendiri? 252 00:18:37,409 --> 00:18:38,535 Tak boleh! 253 00:18:38,619 --> 00:18:41,288 Awak takkan dapat bayangkan sebab seumur hidup awak, 254 00:18:41,371 --> 00:18:42,998 awak cuma fikirkan diri sendiri! 255 00:18:43,749 --> 00:18:45,542 Berani awak. 256 00:18:47,085 --> 00:18:51,548 Walaupun awak menipu dan curang? 257 00:18:51,632 --> 00:18:54,885 Saya yang teruk? Saya? 258 00:19:01,975 --> 00:19:05,145 Saya nak tahu. Kenapa dia? 259 00:19:05,646 --> 00:19:08,232 Boleh jelaskan? Boleh jelaskan kepada saya, kenapa dia? 260 00:19:08,315 --> 00:19:12,819 Awak boleh pilih sesiapa saja, tapi kenapa John Breem tak guna itu? 261 00:19:15,531 --> 00:19:19,284 Saya bukan mahu bersamanya, tapi mahu jadi dia. 262 00:19:21,119 --> 00:19:23,413 Seseorang yang boleh dapat apa saja yang mereka mahu di dunia ini. 263 00:19:25,791 --> 00:19:27,292 Saya tak suka diri awak sekarang. 264 00:20:00,075 --> 00:20:01,201 Los Mormon. 265 00:20:01,285 --> 00:20:05,038 Bun! Penganut Mormon datang. Marilah tengok. 266 00:20:07,207 --> 00:20:11,378 Sebagai orang Amerika di luar negara, mungkin awak berminat nak sertai kami 267 00:20:11,461 --> 00:20:13,130 di pusat LDS terbaharu kami di kampung ini. 268 00:20:13,213 --> 00:20:15,549 Tak berminat, Momos. 269 00:20:15,632 --> 00:20:17,259 Saya harap awak dan penganut lain tak tersinggung, 270 00:20:17,342 --> 00:20:19,261 kamu mungkin salah pilih rumah. 271 00:20:19,344 --> 00:20:23,473 Kenalan kita sama. Lelaki baik bernama John Breem. 272 00:20:25,475 --> 00:20:28,520 Seperti awak tahu, kos pembinaan gereja baharu amat mahal. 273 00:20:28,604 --> 00:20:31,064 Dia beritahu kami, baru-baru ini kamu dapat banyak duit. 274 00:20:31,773 --> 00:20:33,358 Dia merasakan, kamu tentu berbesar hati 275 00:20:33,442 --> 00:20:36,695 berkongsi sedikit duit dengan kami. 276 00:20:37,654 --> 00:20:38,697 Boleh kami masuk? 277 00:20:46,622 --> 00:20:50,000 Mungkin dia agak terkejut. 278 00:20:50,083 --> 00:20:52,628 Baru sekarang dia nampak diri saya yang sebenar. 279 00:20:52,711 --> 00:20:56,298 Biar saya fikir jika saya bersimpati dengannya. 280 00:20:56,381 --> 00:20:58,634 Ya, tiada apa-apa. Lupakan dia. 281 00:20:58,717 --> 00:21:00,385 Dia kata, dia berhak tuntut separuh. 282 00:21:01,678 --> 00:21:04,389 Saya tak terkejut langsung. 283 00:21:05,224 --> 00:21:10,354 Mereka fikir mereka istimewa. Apa awak akan buat? 284 00:21:10,437 --> 00:21:13,524 - Saya takkan mengalah. - Bagus. 285 00:21:13,607 --> 00:21:17,444 Saya cuma perlu fikir akibatnya nanti. 286 00:21:17,528 --> 00:21:22,407 Hei, jangan menyeksa diri awak. Dengar sini, okey? 287 00:21:22,491 --> 00:21:25,369 Awak angkat telefon, dan bukan kunci kereta. 288 00:21:25,452 --> 00:21:28,163 Awak berdepan masalah awak dan bukan lari daripadanya. 289 00:21:28,247 --> 00:21:30,791 Ya, saya tahu. Itu yang saya buat, bukan? Betul. 290 00:21:30,874 --> 00:21:35,003 Itu yang saya buat, bukan? Sebab itukah saya rasa teruk? 291 00:21:35,087 --> 00:21:36,880 Tentulah! 292 00:21:36,964 --> 00:21:39,842 Perasaan menghargai kehidupan sekarang memang teruk. 293 00:21:40,801 --> 00:21:42,719 Saya amat benci perasaan itu. 294 00:21:42,803 --> 00:21:44,388 Sebab itu tiada siapa mahu lakukannya. 295 00:21:44,471 --> 00:21:48,892 Mereka cuma mahu makan, minum dan berasmara tanpa henti. 296 00:21:48,976 --> 00:21:50,894 Seronok bunyinya. 297 00:21:50,978 --> 00:21:54,606 Bersabarlah. Perjalanan ini masih panjang, okey? 298 00:21:57,276 --> 00:21:59,069 Aduhai! 299 00:22:02,155 --> 00:22:03,615 Awak apa khabar? 300 00:22:03,699 --> 00:22:06,952 Saya perlu buat begini. Hari ini agak gila. 301 00:22:07,035 --> 00:22:09,955 - Awak yang gila. - Okey, sudahlah. 302 00:22:10,038 --> 00:22:15,335 Akhirnya, kami pilih rekaan papan pijak itu. Bagi saya, ia amat hebat. 303 00:22:16,128 --> 00:22:17,754 Okey. 304 00:22:17,838 --> 00:22:20,257 Perlukah kita bincang tentangnya sekarang? 305 00:22:20,340 --> 00:22:25,179 Mungkin ia lebih mahal daripada yang awak harapkan, tapi berbaloi. 306 00:22:25,262 --> 00:22:26,513 Saya harap, awak pun fikir begitu. 307 00:22:27,097 --> 00:22:28,348 Awak… 308 00:22:28,432 --> 00:22:30,434 Awak cuba mengampu saya? Itukah yang awak cuba buat? 309 00:22:30,517 --> 00:22:33,145 Lebih baik awak tutup mulut. 310 00:22:33,228 --> 00:22:34,605 Tidak, saya serius. 311 00:22:34,688 --> 00:22:37,191 Sayang, awak memang bernafsu 312 00:22:37,274 --> 00:22:39,401 atau awak cuba dapatkan lebih banyak duit daripada saya? 313 00:22:40,569 --> 00:22:41,820 Kenapa tak boleh kedua-duanya? 314 00:22:42,946 --> 00:22:46,116 Sejak bila awak kisah tentang sebab saya nak berasmara? 315 00:22:46,200 --> 00:22:51,872 Sejak awak pujuk saya melabur dalam perniagaan besar awak. 316 00:22:51,955 --> 00:22:53,498 Awak… 317 00:22:56,210 --> 00:22:58,378 Awak sendiri kata, ia pelaburan yang bagus. 318 00:22:58,462 --> 00:23:00,547 Saya kata, mungkin. 319 00:23:01,465 --> 00:23:06,178 Saya pergi jumpa Danny di tempat tinggal baharunya. Apa? 320 00:23:07,346 --> 00:23:09,806 Awak pergi ke Seafarer's Village? Bila? 321 00:23:09,890 --> 00:23:12,726 Tempoh hari. Kami minum beberapa gelas mai tai. 322 00:23:12,809 --> 00:23:14,394 Kenapa tak beritahu saya? 323 00:23:14,478 --> 00:23:16,605 Kenapa saya perlu… 324 00:23:16,688 --> 00:23:18,982 Saya perlu beritahu ke mana saya pergi dan siapa saya jumpa? 325 00:23:19,066 --> 00:23:21,193 Kita tak pernah berahsia. Itulah identiti kita. 326 00:23:21,276 --> 00:23:23,320 Saya cuma nak jenguk keadaannya. 327 00:23:23,403 --> 00:23:26,532 Saya nak pastikan dia tahu hak dan tanggungjawabnya 328 00:23:26,615 --> 00:23:28,367 berkaitan keadaan sekarang. 329 00:23:28,450 --> 00:23:29,493 Tak baik, Ern. 330 00:23:29,576 --> 00:23:32,704 Sheila tak waras, Greta. Dia ada banyak tanggungjawab. 331 00:23:32,788 --> 00:23:35,290 Saya nak pastikan, Danny boleh ambil alih jika keadaan mendesak. 332 00:23:35,374 --> 00:23:38,544 Hei! Sheila tak perlukan Danny atau awak untuk yakin akan dia. 333 00:23:38,627 --> 00:23:39,962 Jadi sekarang, dia Tuhan? 334 00:23:41,088 --> 00:23:43,215 Maaf. Saya tak yakin. 335 00:23:46,885 --> 00:23:48,095 Awak nak ke mana? 336 00:23:49,847 --> 00:23:53,141 Berasmara pada bidet. Setelah selesai, saya harap awak tiada di sini. 337 00:23:57,312 --> 00:24:00,983 Dia kata, "par di padang." Saya tak faham maksudnya. 338 00:24:01,066 --> 00:24:04,194 Itu istilah golf, maksudnya purata jumlah pukulan. 339 00:24:04,278 --> 00:24:07,739 Jerod, saya tak peduli tentang golf, tapi maksudnya bagi saya. 340 00:24:08,448 --> 00:24:10,284 Maaf. Apa yang awak nak tahu? 341 00:24:11,493 --> 00:24:15,163 Saya nak tahu, kenapa dia merasakan dia boleh terlepas? 342 00:24:15,247 --> 00:24:18,083 California ialah negeri yang kenakan harta komuniti 343 00:24:18,166 --> 00:24:20,460 dan perniagaan awak dianggap sebagai harta komuniti 344 00:24:20,544 --> 00:24:21,920 yang diperoleh selepas perkahwinan. 345 00:24:22,004 --> 00:24:27,009 Jadi ada kemungkinan, dia boleh dan akan kekalkan hak sebagai pemilik. 346 00:24:27,801 --> 00:24:30,262 Jadi, saya… 347 00:24:31,430 --> 00:24:32,890 Saya tiada pilihan. 348 00:24:32,973 --> 00:24:34,892 Jika mengikut undang-undang, pilihan awak terhad. 349 00:24:36,435 --> 00:24:39,563 Bagaimana jika tak ikut undang-undang? 350 00:24:41,607 --> 00:24:42,941 Saya bergurau saja. 351 00:24:43,025 --> 00:24:46,195 Saya tak boleh nasihatkan awak melakukan perkara yang salah atau tak wajar. 352 00:24:46,278 --> 00:24:49,031 Ia akan melanggar tanggungjawab saya sebagai peguam awak. 353 00:24:52,534 --> 00:24:54,578 Ini bukan tentang sekeping plastik. 354 00:24:54,661 --> 00:24:57,080 Tapi jika ia plastik sekali pun, 355 00:24:57,164 --> 00:25:00,209 saya rasa, kami hasilkan plastik yang hebat! 356 00:25:02,878 --> 00:25:06,215 Ini tentang impian saya yang menjadi kenyataan. 357 00:25:06,882 --> 00:25:09,134 Semuanya atas sokongan beberapa orang hebat 358 00:25:09,218 --> 00:25:11,220 terutamanya satu orang ini. 359 00:25:11,303 --> 00:25:13,055 - Betul, Greta. - Tidak. 360 00:25:13,138 --> 00:25:15,224 - Terima sajalah. - Ya! 361 00:25:15,307 --> 00:25:17,226 Ayuh. Berikan tepukan, semua! 362 00:25:18,310 --> 00:25:20,437 Kita bekerja keras tanpa putus asa untuk sampai ke tahap ini, 363 00:25:20,521 --> 00:25:22,105 dan saya mahu semua orang tahu 364 00:25:22,189 --> 00:25:24,399 dan ucap terima kasih. Terima kasih. 365 00:25:24,483 --> 00:25:26,109 Apabila senaman Melangkah jadi terkenal, 366 00:25:26,193 --> 00:25:28,570 dan saya tahu ia akan terkenal, 367 00:25:28,654 --> 00:25:30,864 kami akan terus mara dari situ. 368 00:25:30,948 --> 00:25:32,699 Kecergasan hanyalah permulaan. 369 00:25:32,783 --> 00:25:36,620 Jenama gaya hidup. Itulah impian utamanya. 370 00:25:37,579 --> 00:25:40,916 Senaman ialah cara saya membebaskan diri. 371 00:25:41,458 --> 00:25:45,754 Ia membebaskan saya daripada rasa tak berguna dan rendah keyakinan diri. 372 00:25:45,838 --> 00:25:49,716 Ia mengajar saya menerima kekuatan dan keupayaan saya. 373 00:25:49,800 --> 00:25:54,137 Kami akan sebarkan kehebatan senaman ke seluruh dunia. 374 00:25:55,556 --> 00:25:58,517 Okey, mulakan di California Selatan dulu tapi siapa tahu, bukan? 375 00:25:58,600 --> 00:26:00,978 Penguasaan dunia? Sudah tentu. 376 00:26:01,061 --> 00:26:03,522 - Ya. Hebat. - Apa salahnya? 377 00:26:05,732 --> 00:26:07,901 Apa-apa pun, itu saja saya nak cakap. Terima kasih sebab datang. 378 00:26:07,985 --> 00:26:10,279 Berseronoklah. Ayuh minum demi masa depan. 379 00:26:10,362 --> 00:26:11,613 - Minum. - Ya! 380 00:26:11,697 --> 00:26:13,031 - Untuk Sheila! - Minum. 381 00:26:15,492 --> 00:26:16,994 Fidelia, boleh mainkan muzik? 382 00:26:21,206 --> 00:26:23,375 - Hei, sayang. - Hei. 383 00:26:23,458 --> 00:26:24,459 Hei. 384 00:26:25,127 --> 00:26:27,588 Kamu balik awal. Awal sehari. 385 00:26:27,671 --> 00:26:32,217 Ya. Rupa-rupanya dia tak bersedia nak bermalam. 386 00:26:32,301 --> 00:26:34,094 Padahal sepanjang hari saya pasangkan katil dua tingkat. 387 00:26:34,178 --> 00:26:36,013 Tapi tak kisahlah. Lambat laun dia akan bersedia. 388 00:26:36,096 --> 00:26:39,224 Tak mengapa, sayang. Kamu nak mak dodoikan kamu? 389 00:26:39,308 --> 00:26:40,559 - Ya. - Okey. 390 00:26:42,019 --> 00:26:46,231 Meraikan langkah besar, ya? Ciptaan terhebat itu? 391 00:26:49,234 --> 00:26:52,738 Parti syarikat. Saya rasa, ia ditanggung oleh syarikat. 392 00:26:52,821 --> 00:26:56,033 - Ia bukan urusan awak. - Separuh daripadanya milik saya. 393 00:26:56,116 --> 00:26:58,535 Tapi Terry beritahu saya, 394 00:26:58,619 --> 00:27:01,288 awak akan menentang, dan awak takkan menang, Sheila. 395 00:27:01,371 --> 00:27:04,166 Danny, apa gunanya? Awak mahu cuba kembali ke dalam hidup saya? 396 00:27:04,249 --> 00:27:06,001 Sebab awak takkan berjaya. 397 00:27:06,084 --> 00:27:08,545 Kamu berdua okey? Awak perlukan sesuatu, Danny? 398 00:27:09,254 --> 00:27:11,298 Saya mahu tequila ais dengan limau. 399 00:27:12,132 --> 00:27:13,717 Kamu kenal Kelly Kilmartin? 400 00:27:13,800 --> 00:27:15,302 Semua orang kenal Kelly Kilmartin. 401 00:27:15,385 --> 00:27:17,429 - Apa? Siapa dia? - Dia pelakon sitkom. 402 00:27:17,513 --> 00:27:20,682 Ya. Dia berlakon Trish out of Water, dan sebelum itu, Bet the Farm. 403 00:27:20,766 --> 00:27:23,101 - Saya dan ibu saya suka dia. - Semua orang suka dia. 404 00:27:23,185 --> 00:27:25,395 Maaf. Kenapa kita bercakap tentang dia? 405 00:27:25,479 --> 00:27:29,149 Tak sangka awak tak tahu sedangkan awak dah bekerja keras. 406 00:27:29,816 --> 00:27:32,361 Tengoklah Saluran Tiga, selepas berita jam 11. 407 00:27:32,444 --> 00:27:35,864 Anda boleh melompat, menendang, mencangkung atau menari di atasnya. 408 00:27:35,948 --> 00:27:37,741 Jangan risau. Ia kukuh. 409 00:27:39,576 --> 00:27:42,329 Ia amat selesa dan lembut 410 00:27:42,412 --> 00:27:44,498 serta kukuh dan stabil. 411 00:27:47,543 --> 00:27:50,838 Jadi, anda boleh bersenam tanpa perlu menyakitkan tubuh. 412 00:27:52,631 --> 00:27:56,426 Mahu sertai saya dan melangkah untuk menjadi diri baharu yang seksi? 413 00:27:56,510 --> 00:27:58,387 Langkah pertama amat mudah. 414 00:27:58,470 --> 00:28:01,056 Hubungi sekarang untuk mendapatkan tawaran istimewa. 415 00:28:01,139 --> 00:28:03,267 Operator kami sedang bersedia menantikan panggilan anda. 416 00:28:03,350 --> 00:28:05,644 Awak ingat, awak boleh berjaya? 417 00:28:05,727 --> 00:28:09,022 Menubuhkan perniagaan? Bukan, maaf, jenama gaya hidup? 418 00:28:09,106 --> 00:28:11,275 Terimalah kenyataan. Awak tak tahu apa-apa. 419 00:28:11,358 --> 00:28:13,277 Awak mahu hubungi kawan pelik dari pusat pemulihan? 420 00:28:13,360 --> 00:28:15,821 Tentu awak boleh ceria, tapi ia takkan mengubah 421 00:28:15,904 --> 00:28:17,239 keadaan dunia. 422 00:28:17,322 --> 00:28:19,283 Perempuan rambut perang itu dah kalahkan awak. 423 00:28:19,366 --> 00:28:22,494 Dia lebih muda, cantik dan bijak dan dia akan menang. 424 00:28:22,578 --> 00:28:23,996 Dia layak menang. 425 00:28:24,079 --> 00:28:26,832 - Sebab awak bodoh, pemalas dan gemuk. - Produk beta. 426 00:28:26,915 --> 00:28:30,085 - Awak, gemuk, tua, kendur, lembik! - Berhak tuntut separuh. 427 00:28:30,169 --> 00:28:34,131 Tapi ia belum berakhir. Belum lagi. Jika awak buat hal sepatutnya. 428 00:28:35,174 --> 00:28:38,802 Kawal situasi. Rancang dan ikut perancangan itu. 429 00:28:38,886 --> 00:28:43,265 Dengan sedikit usaha dan fokus, awak boleh mulakan semula. 430 00:28:43,348 --> 00:28:44,349 KAKITANGAN SAHAJA 431 00:28:44,433 --> 00:28:47,603 Sebelum terlambat. 432 00:28:50,898 --> 00:28:55,319 Tidak. Awak tak boleh berada di sini. Saya ada janji temu selepas ini. 433 00:28:55,402 --> 00:28:58,405 Ya, dengan Jabatan Perancangan bandar San Diego. 434 00:29:02,034 --> 00:29:03,493 Awak perlu pergi sekarang. 435 00:29:03,577 --> 00:29:04,745 Awak tak guna. 436 00:29:06,371 --> 00:29:09,541 Awak pura-pura sebagai lelaki Mormon yang tegas, baik dan mulia 437 00:29:09,625 --> 00:29:12,628 sedangkan awak cuma lelaki tak guna. 438 00:29:12,711 --> 00:29:15,547 Saya takkan biarkan saja saya dihina… 439 00:29:15,631 --> 00:29:18,258 Awak fikir awak layak kecapi semua kejayaan ini 440 00:29:18,342 --> 00:29:20,802 sebab awak bangun lebih awal dan bekerja keras daripada orang lain. 441 00:29:20,886 --> 00:29:23,680 Tapi kita berdua tahu, semuanya sebab awak menipu, merasuah 442 00:29:23,764 --> 00:29:26,767 dan mengugut setiap orang untuk berjaya. 443 00:29:27,434 --> 00:29:31,647 Awak si tak guna yang menipu, bodoh dan hipokrit 444 00:29:31,730 --> 00:29:34,733 yang didorong perasaan tamak dan lari daripada kesakitan dan ketakutan. 445 00:29:34,816 --> 00:29:36,818 Saya takkan biarkan saja… 446 00:29:36,902 --> 00:29:40,614 Walaupun begitu, saya mencintai awak. 447 00:29:42,199 --> 00:29:43,408 Mungkin disebabkan semua itu. 448 00:29:45,994 --> 00:29:48,956 Awak dah dapat perhatiannya. Gunakan dia. 449 00:29:49,039 --> 00:29:50,040 Saya perlukan pertolongan awak. 450 00:29:51,750 --> 00:29:53,335 Tidak, saya mahukan pertolongan awak. 451 00:29:58,465 --> 00:30:01,134 Saya ada dua orang musuh. 452 00:30:03,262 --> 00:30:05,055 Saya dah penat mempertahankan diri. 453 00:30:11,395 --> 00:30:12,604 Jadi, apa awak mahu? 454 00:30:14,523 --> 00:30:18,652 Hak sama rata atau balas dendam? 455 00:30:20,654 --> 00:30:21,780 Kemusnahan. 456 00:30:26,159 --> 00:30:29,162 SYARIKAT BREEM TEAM 457 00:31:57,376 --> 00:31:59,378 Terjemahan sari kata oleh Hamizah