1 00:00:06,506 --> 00:00:08,591 Dalam mitologi Greek, 2 00:00:08,675 --> 00:00:10,885 kepala Medusa ada ular, 3 00:00:10,969 --> 00:00:12,470 bukannya rambut. 4 00:00:13,221 --> 00:00:17,642 Tenungannya menukarkan orang yang memandang matanya jadi batu. 5 00:00:19,227 --> 00:00:22,522 Dia simbol wanita yang dicemuh. 6 00:00:23,314 --> 00:00:24,983 Makhluk tragis 7 00:00:25,525 --> 00:00:27,068 yang tak mampu menyayangi 8 00:00:27,736 --> 00:00:28,820 atau disayangi. 9 00:00:28,903 --> 00:00:30,155 Itu yang saya namakan 10 00:00:30,780 --> 00:00:32,323 "Kompleks Medusa." 11 00:00:32,907 --> 00:00:37,746 Di sebalik topeng rasional kehidupan kita, kita takut akan kegilaan. 12 00:00:38,329 --> 00:00:40,915 Kita tak berani persoalkan nilai kita 13 00:00:40,999 --> 00:00:44,794 atau peranan kita dalam masyarakat 14 00:00:44,878 --> 00:00:48,631 kerana kita takut meragui kewarasan kita sendiri. 15 00:00:50,884 --> 00:00:51,885 Seperti Medusa, 16 00:00:53,636 --> 00:00:56,890 kita ditakdirkan bersendirian. 17 00:01:07,984 --> 00:01:10,320 Helo? Sara? 18 00:01:10,403 --> 00:01:12,947 Saya Sara Guzmán, kawan anak awak, Nicandro. 19 00:01:13,031 --> 00:01:13,865 Ya, ada apa? 20 00:01:13,948 --> 00:01:15,533 Sesuatu jadi kepada dia? 21 00:01:15,617 --> 00:01:19,788 Ya. Saya risaukan dia. 22 00:01:19,871 --> 00:01:22,373 Saya pernah lihat dia jual dan guna dadah. 23 00:01:22,457 --> 00:01:24,042 Dadah jenis apa? 24 00:01:25,168 --> 00:01:27,921 Ganja, ekstasi, kokain. 25 00:01:28,671 --> 00:01:32,634 Encik, anak awak jual dadah kepada kawan-kawannya dah berbulan. 26 00:01:32,717 --> 00:01:35,470 - Dia ada rakan-rakan lain… - Apa awak buat? 27 00:01:48,024 --> 00:01:49,692 Angkat tangan! 28 00:01:50,985 --> 00:01:52,779 Nicandro Gómez de la Cortina. 29 00:02:10,755 --> 00:02:14,050 Ayah? Tolong bawa saya keluar dari sini. Saya merayu. 30 00:02:14,134 --> 00:02:16,427 Saya sanggup buat apa saja ayah suruh. 31 00:02:16,511 --> 00:02:19,264 - Tolonglah. - Kamu dan Daniela kecewakan ayah. 32 00:02:20,765 --> 00:02:22,934 Anak-anak ayah tak guna sesen pun. 33 00:02:23,017 --> 00:02:24,811 Ibu kamu gagal besarkan kamu. 34 00:02:24,894 --> 00:02:28,314 Entah kenapa saya buat. Sumpah, ia tak serius. Percayalah. 35 00:02:28,398 --> 00:02:30,483 - Saya tak tahu… - Tutup mulut kamu. 36 00:02:32,360 --> 00:02:34,779 Ayah yang panggil polis. 37 00:02:37,699 --> 00:02:42,495 Ayah juga boleh keluarkan kamu sebelum hari ini berakhir. 38 00:02:43,079 --> 00:02:45,498 Mulai sekarang, kamu bekerja untuk ayah. 39 00:02:47,375 --> 00:02:48,960 Baiklah, ayah. 40 00:02:49,460 --> 00:02:51,796 Saya akan turuti apa saja ayah mahu. 41 00:02:58,136 --> 00:03:00,638 Bantu ayah hapuskan Sara. 42 00:03:02,599 --> 00:03:05,810 Sara Guzmán perlu hilang. 43 00:03:05,894 --> 00:03:06,853 Faham? 44 00:03:36,174 --> 00:03:38,134 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 45 00:03:52,690 --> 00:03:54,776 Mana pula si Álex… 46 00:04:01,199 --> 00:04:03,993 Ini hari terakhir untuk bayar orang Hungary itu. 47 00:04:04,577 --> 00:04:07,121 Dia takkan berundur sehingga saya bayar. 48 00:04:07,205 --> 00:04:09,916 Kita ada masalah lebih besar untuk diselesaikan 49 00:04:09,999 --> 00:04:11,751 berbanding bayar alku ayah. 50 00:04:13,002 --> 00:04:14,545 Mereka bunuh Dr. Alanís. 51 00:04:15,171 --> 00:04:16,381 Ahli psikiatri Sara. 52 00:04:16,923 --> 00:04:19,092 Maknanya kita semua dalam bahaya. 53 00:04:19,676 --> 00:04:21,427 Ayah awak balik ke Mexico? 54 00:04:23,638 --> 00:04:26,224 Tidak. Saya tak tahu. Kenapa? 55 00:04:26,849 --> 00:04:29,769 Dr. Alanís ditembak mati tepat antara matanya. 56 00:04:30,436 --> 00:04:32,397 Itu gaya memburu ayah awak. 57 00:04:32,897 --> 00:04:34,524 Saya tak percaya kebetulan. 58 00:04:35,316 --> 00:04:36,484 Tolong saya, Álex. 59 00:04:37,485 --> 00:04:40,321 Kalau tidak, orang yang akan ditembak tepat antara mata 60 00:04:41,197 --> 00:04:42,031 ialah saya. 61 00:04:42,740 --> 00:04:44,659 Awak akan bayar mereka hari ini. 62 00:04:44,742 --> 00:04:45,576 Bagaimana? 63 00:04:46,411 --> 00:04:47,870 Kami tak ada duit. 64 00:04:54,669 --> 00:04:57,839 Saya tahu benda yang kita akan guna untuk bayar balik. 65 00:05:53,227 --> 00:05:56,606 Rodolfo, gembira jumpa awak. 66 00:05:57,190 --> 00:05:58,066 Tuan-tuan. 67 00:05:59,275 --> 00:06:00,985 Mari selesaikan dengan cepat. 68 00:06:02,111 --> 00:06:03,154 Saya bawa duit. 69 00:06:06,115 --> 00:06:07,492 Saya tak tahu cara di Hungary, 70 00:06:08,326 --> 00:06:11,662 tapi di Mexico, biadab kira duit depan orang. 71 00:06:11,746 --> 00:06:13,164 Ini duitnya. 72 00:06:13,956 --> 00:06:14,791 Saya datang. 73 00:06:14,874 --> 00:06:17,335 Saya tahu apa akan jadi kalau tak datang. 74 00:06:25,885 --> 00:06:26,803 Ini pula 75 00:06:27,387 --> 00:06:29,639 nombor kombinasi untuk beg bimbit ini. 76 00:06:32,100 --> 00:06:33,518 Jaga kod ini baik-baik. 77 00:06:35,978 --> 00:06:36,979 Ulang cakap saya. 78 00:06:38,022 --> 00:06:39,690 Ia kod yang amat ringkas. 79 00:06:39,774 --> 00:06:41,651 Saya memilih nombor kombinasi 80 00:06:42,485 --> 00:06:44,028 dengan cara yang istimewa. 81 00:06:54,372 --> 00:06:55,998 Nombor pertama ialah lapan. 82 00:06:57,083 --> 00:07:00,169 Jumlah urus niaga awak dan ayah saya. 83 00:07:01,170 --> 00:07:02,255 Nombor kedua, dua. 84 00:07:03,589 --> 00:07:05,758 Dua kali kita bersemuka. 85 00:07:07,093 --> 00:07:08,052 Kemudian, enam. 86 00:07:09,178 --> 00:07:10,930 Kalau tak silap, 87 00:07:11,013 --> 00:07:14,642 kami Lazcano dah bayar enam juta untuk barangan awak. 88 00:07:15,268 --> 00:07:16,102 Tujuh. 89 00:07:17,311 --> 00:07:19,272 Ia nombor bertuah saya. 90 00:07:22,984 --> 00:07:23,860 Dan sifar. 91 00:07:26,320 --> 00:07:30,032 Awak takkan ancam saya lagi, celaka. 92 00:07:34,787 --> 00:07:35,705 Meletup! 93 00:07:42,378 --> 00:07:44,881 Kepala otak awak bergeliga, Álex! 94 00:07:44,964 --> 00:07:46,007 Dahsyat! 95 00:07:52,472 --> 00:07:54,474 Jururawat itu bukan lagi masalah. 96 00:08:08,029 --> 00:08:10,281 Saya tak boleh maafkan pengkhianatan. 97 00:08:11,199 --> 00:08:13,868 Kita berdua ada perjanjian, Marifer. 98 00:08:15,119 --> 00:08:16,287 Kita satu pasukan. 99 00:08:18,080 --> 00:08:19,499 Saya ubah hidup awak. 100 00:08:23,085 --> 00:08:25,338 - Ada orang. - Sekejap saja. 101 00:08:25,421 --> 00:08:27,423 Kita tidak boleh dilihat bersama. 102 00:08:28,716 --> 00:08:31,260 Serapat mana awak dengan Sara Guzmán? 103 00:08:32,720 --> 00:08:34,138 Dia kawan baik saya. 104 00:08:34,222 --> 00:08:35,097 Bagus. 105 00:08:36,516 --> 00:08:37,934 Saya nak bantuan awak. 106 00:08:38,017 --> 00:08:39,852 Saya nak awak sertai saya 107 00:08:39,936 --> 00:08:42,855 dan ikut kawan awak siang dan malam. 108 00:08:43,564 --> 00:08:47,443 Bayarannya lumayan. Lebih daripada yang awak bayangkan. 109 00:08:47,527 --> 00:08:51,531 Awak takkan ada masalah dengan wang lagi. 110 00:08:52,114 --> 00:08:53,741 Awak boleh tolong saya? 111 00:08:58,120 --> 00:09:01,749 Awak fikir saya takkan tahu hal yang terjadi dengan Álex? 112 00:09:01,832 --> 00:09:03,167 Kuatkan. 113 00:09:03,251 --> 00:09:04,669 Kenapa dengan Nicandro? 114 00:09:06,879 --> 00:09:08,798 Awak kata dia bunuh adik saya. 115 00:09:08,881 --> 00:09:11,175 Bahawa awak potong tali payung terjun. 116 00:09:11,259 --> 00:09:15,805 Sekarang awak sebut Nicandro dan Dr. Alanís. 117 00:09:15,888 --> 00:09:18,140 Dr. Alanís, ahli psikiatri Sara? 118 00:09:18,933 --> 00:09:21,269 Awak ingat awak boleh perbodohkan saya. 119 00:09:28,150 --> 00:09:29,569 Apa rancangannya? 120 00:09:32,113 --> 00:09:35,616 Untuk sabotaj semua yang kita capai? 121 00:09:38,077 --> 00:09:39,745 Letak kita dalam bahaya? 122 00:09:41,914 --> 00:09:43,457 Ini bukan kehidupan. 123 00:09:45,793 --> 00:09:48,087 Neraka mungkin lebih selesa. 124 00:09:49,755 --> 00:09:50,923 Dan saya… 125 00:09:52,341 --> 00:09:54,802 boleh hantar awak ke sana. 126 00:09:59,307 --> 00:10:00,516 Sekarang. 127 00:10:11,360 --> 00:10:12,403 Saya cari ayah. 128 00:10:12,486 --> 00:10:13,988 Mereka kata ayah di sini. 129 00:10:26,000 --> 00:10:28,669 Saya nak minta ayah benarkan saya jumpa dia. 130 00:10:29,420 --> 00:10:30,546 Saya nak peluk dia. 131 00:10:32,089 --> 00:10:33,424 Dia kakak saya. 132 00:10:33,507 --> 00:10:36,010 Ada kemajuan pada dirinya. 133 00:10:36,093 --> 00:10:38,804 - Ayah tak nak… - Apa lagi ayah nak? 134 00:10:39,889 --> 00:10:42,600 Daniela dikurung di sini begitu lama. 135 00:10:44,602 --> 00:10:46,062 Benarkan saya jumpa dia. 136 00:10:50,107 --> 00:10:51,150 Apa kena? 137 00:10:51,233 --> 00:10:53,152 Awak nak bagi makan atau tidak? 138 00:10:53,235 --> 00:10:55,780 Saya kebulur sampai tak nampak skrin. 139 00:10:55,863 --> 00:10:59,033 - Jom beli piza. - Macam mengandunglah pula. 140 00:10:59,784 --> 00:11:02,078 - Siapa mengandung? - Tiada siapa. 141 00:11:03,204 --> 00:11:06,457 - Jom tengok apa ada di dapur. - Baiklah. 142 00:11:06,540 --> 00:11:09,043 - Hanya sebab hampir kalah. - Suka hatilah. 143 00:11:09,543 --> 00:11:11,629 - Nak apa-apa? - Tak, terima kasih. 144 00:11:11,712 --> 00:11:12,588 Baiklah. 145 00:11:21,555 --> 00:11:22,556 Daniela. 146 00:11:25,142 --> 00:11:26,894 Jika awak cari Nicandro, 147 00:11:26,977 --> 00:11:28,771 dia ikut Rodolfo ke dapur. 148 00:11:31,023 --> 00:11:31,857 Awak okey? 149 00:11:33,401 --> 00:11:34,443 Daniela, tunggu. 150 00:11:46,664 --> 00:11:47,498 Dani. 151 00:11:48,999 --> 00:11:52,878 Kalau nak apa-apa, saya boleh cakap dengan Nicandro atau ibu bapa awak. 152 00:11:53,671 --> 00:11:57,007 Hei… 153 00:11:59,176 --> 00:12:00,010 Tak apa. 154 00:12:01,011 --> 00:12:02,346 Bertenang. Tak apa. 155 00:12:14,400 --> 00:12:15,776 Daniela peliklah. 156 00:12:16,360 --> 00:12:19,238 Dia gila. Sebab itu mereka letak dia di rumah orang gila. 157 00:12:19,321 --> 00:12:20,906 Tunggu dulu. 158 00:12:21,574 --> 00:12:22,658 Dia tak gila. 159 00:12:23,451 --> 00:12:25,786 Dia cintakan seorang gadis, jadi ibu bapanya… 160 00:12:25,870 --> 00:12:27,538 Itulah maksud saya. Jelik. 161 00:12:27,621 --> 00:12:29,331 Apa maksud awak, jelik? 162 00:12:29,415 --> 00:12:30,833 Ia tak normal. 163 00:12:30,916 --> 00:12:32,668 Nak berlagak macam ibu? 164 00:12:33,169 --> 00:12:34,587 Kolot sangat. Tolonglah. 165 00:12:34,670 --> 00:12:37,214 Dia begitu sebab jatuh cinta pada gadis? 166 00:12:38,174 --> 00:12:41,051 Apa mereka buat sampai dia celaru begitu? 167 00:12:47,933 --> 00:12:48,768 Daniela. 168 00:12:51,061 --> 00:12:52,271 Lima minit. 169 00:13:00,821 --> 00:13:02,948 Kami tak dapat selamatkan aset awak. 170 00:13:03,032 --> 00:13:06,035 Maksudnya, harta awak akan dirampas. 171 00:13:08,662 --> 00:13:11,123 Akaun bank awak dah dibekukan. 172 00:13:11,207 --> 00:13:13,417 Anak-anak saya membesar di rumah itu. 173 00:13:13,501 --> 00:13:15,961 Bank juga dah batalkan kad-kad awak. 174 00:13:16,045 --> 00:13:17,838 Ada isu juga dengan kebakaran. 175 00:13:18,964 --> 00:13:21,926 Kamera keselamatan menunjukkan ia bukan kemalangan. 176 00:13:22,009 --> 00:13:22,885 Ia arson. 177 00:13:23,886 --> 00:13:24,887 Angkara Elisa. 178 00:13:27,389 --> 00:13:30,976 Jadi syarikat insurans takkan bayar sesen pun. 179 00:13:31,519 --> 00:13:35,147 Nasib baik kami berjaya halang mereka dakwa dia. 180 00:13:37,399 --> 00:13:39,276 Duit itu milik keluarga saya. 181 00:13:44,156 --> 00:13:45,533 Bagaimana dengan Chema? 182 00:13:46,075 --> 00:13:48,702 Malangnya, tiada duit untuk bayar ikat jamin. 183 00:13:51,956 --> 00:13:53,749 Atau untuk peguam peribadi. 184 00:14:00,422 --> 00:14:01,507 Buat mereka bayar. 185 00:14:02,299 --> 00:14:04,218 Mereka terlalu mesra. 186 00:14:04,301 --> 00:14:06,095 Awak perlu berhati-hati… 187 00:14:06,178 --> 00:14:08,722 - Kejap, saya ada hal. - Baik. 188 00:14:14,061 --> 00:14:15,646 Saya perlu buat panggilan. 189 00:14:16,146 --> 00:14:19,400 Awak tahu kehendak saya sebagai pertukaran untuk bateri. 190 00:14:21,277 --> 00:14:24,613 TIDAK DIKENALI 191 00:14:33,831 --> 00:14:34,665 Helo? 192 00:14:38,836 --> 00:14:39,670 Siapa? 193 00:14:41,922 --> 00:14:42,798 Chema? 194 00:14:44,466 --> 00:14:45,342 Kawan. 195 00:14:48,262 --> 00:14:49,513 Jaga jarak! 196 00:14:52,725 --> 00:14:53,726 Duduk. 197 00:15:01,025 --> 00:15:02,484 Saya gembira jumpa awak. 198 00:15:03,277 --> 00:15:04,653 Saya pun sama. 199 00:15:09,617 --> 00:15:11,368 Awak tak tahu apa saya lalui… 200 00:15:14,038 --> 00:15:15,539 untuk buat panggilan itu. 201 00:15:16,832 --> 00:15:18,334 Kami akan keluarkan awak. 202 00:15:19,043 --> 00:15:20,336 Saya sumpah. 203 00:15:20,419 --> 00:15:22,630 Kami buat semua yang terdaya. 204 00:15:22,713 --> 00:15:26,091 - Kami cari… - Cari Alma Solares untuk saya. 205 00:15:27,760 --> 00:15:30,346 Dia kawan sekolah undang-undang Lorenzo. 206 00:15:32,181 --> 00:15:33,682 Awak perlu cari dia. 207 00:15:34,516 --> 00:15:36,185 Cakap saya perlukan bantuan. 208 00:15:38,562 --> 00:15:42,775 Saya tak ada duit untuk bayar dia, tapi saya tak tahu siapa nak telefon. 209 00:15:43,484 --> 00:15:44,318 Álex! 210 00:15:48,739 --> 00:15:50,074 Saya dah tak tahan. 211 00:16:11,637 --> 00:16:12,554 Pandang aku. 212 00:16:12,638 --> 00:16:14,431 Kau akan jadi hamba seks aku. 213 00:16:15,307 --> 00:16:16,558 Tolong lepaskan saya. 214 00:16:17,101 --> 00:16:19,186 Saya takkan dapat bertahan di sini. 215 00:16:40,249 --> 00:16:41,959 Saya akan tolong awak, Chema. 216 00:16:43,669 --> 00:16:48,007 Bedebah itu takkan sentuh awak lagi. Dia atau sesiapa di penjara ini. 217 00:16:56,098 --> 00:16:57,266 Pandang saya. 218 00:16:58,183 --> 00:16:59,560 Chema, pandang saya. 219 00:17:00,936 --> 00:17:02,730 Tengok muka saya. 220 00:17:04,898 --> 00:17:08,068 Tiada siapa akan sentuh awak lagi. Saya sumpah. 221 00:17:08,152 --> 00:17:09,403 Awak tak keseorangan. 222 00:17:15,117 --> 00:17:16,577 Tapi saya abaikan awak. 223 00:17:18,162 --> 00:17:19,580 Saya tak pernah melawat. 224 00:17:22,791 --> 00:17:25,002 Saya tak tolong awak keluar penjara. 225 00:17:26,795 --> 00:17:29,631 Saya tak beri video yang awak minta. 226 00:17:29,715 --> 00:17:30,758 Saya juga… 227 00:17:33,927 --> 00:17:34,845 tipu awak. 228 00:17:36,055 --> 00:17:37,973 Saya kata ia hilang… 229 00:17:40,100 --> 00:17:41,518 Sebenarnya, saya bakar. 230 00:17:44,104 --> 00:17:45,314 Saya bakar 231 00:17:46,648 --> 00:17:48,442 kerana saya malu… 232 00:17:51,653 --> 00:17:53,697 Saya selalu rakam awak… 233 00:17:55,282 --> 00:17:56,825 tanpa awak tahu. 234 00:17:59,411 --> 00:18:00,454 Di bilik mandi. 235 00:18:02,122 --> 00:18:04,041 Maafkan saya. Saya dungu. 236 00:18:07,211 --> 00:18:09,213 Saya tak boleh kawal nafsu dan… 237 00:18:15,135 --> 00:18:18,639 - Tak dapat kawal perasaan terhadap awak. - Usah minta maaf. 238 00:18:19,181 --> 00:18:21,100 Saya akan bantu awak keluar dari sini. 239 00:18:21,183 --> 00:18:22,810 Jangan hampakan saya, Álex. 240 00:18:26,313 --> 00:18:27,689 Jangan hampakan saya. 241 00:18:42,704 --> 00:18:45,874 Saya perlukan perlindungan untuk José María Lazcano. 242 00:18:45,958 --> 00:18:49,294 Awak warden di sini dan awak boleh buat begitu. 243 00:18:50,212 --> 00:18:51,922 Chema dirogol. 244 00:18:52,005 --> 00:18:53,549 Dia dirogol. 245 00:18:54,550 --> 00:18:58,137 Guzmán, lupakan saja hal yang terjadi di sini. 246 00:18:58,220 --> 00:19:01,098 - Usah bincang hal lalu… - Kenapa tidak? 247 00:19:01,181 --> 00:19:04,476 Awak enggan ingat bahawa seorang banduan, 248 00:19:05,227 --> 00:19:07,688 di penjara ini, jadi penggodam, 249 00:19:07,771 --> 00:19:10,482 di pejabat ini, dengan bantuan awak? 250 00:19:10,566 --> 00:19:11,984 Awak janji 251 00:19:12,776 --> 00:19:14,278 takkan cakap tentang itu. 252 00:19:14,903 --> 00:19:16,697 Sekarang ada media sosial. 253 00:19:16,780 --> 00:19:19,366 Awak tahu berapa cepat saya boleh buat hal ini tular? 254 00:19:19,449 --> 00:19:20,784 Tak sampai 10 saat. 255 00:19:21,743 --> 00:19:24,913 Saya sanggup demi lindungi Chema. Itu dan lebih lagi. 256 00:19:25,497 --> 00:19:26,331 Percayalah. 257 00:19:26,832 --> 00:19:27,708 Saya tak buat. 258 00:19:27,791 --> 00:19:30,586 Mereka yang mulakan. Saya cuma pertahankan diri. 259 00:19:32,754 --> 00:19:34,756 Pengawal kata sebaliknya. 260 00:19:36,300 --> 00:19:38,010 Awak percaya semua kata-kata mereka? 261 00:19:40,721 --> 00:19:42,472 Tanya saja isteri awak. 262 00:19:42,556 --> 00:19:44,099 Kenapa dengan isteri saya? 263 00:19:44,641 --> 00:19:48,103 Awak di sini siang malam, seperti kami. 264 00:19:48,812 --> 00:19:50,814 Awak fikir dia tak main kayu tiga? 265 00:19:51,398 --> 00:19:54,318 Saya akan hantar awak ke sel pengasingan. 266 00:19:54,401 --> 00:19:56,612 Saya boleh tahu jika dia curang. 267 00:19:57,696 --> 00:19:58,864 Saya boleh tahu. 268 00:19:58,947 --> 00:20:01,450 Saya cuma perlukan beberapa benda. 269 00:20:10,375 --> 00:20:12,461 Dari mana awak dapat ini? 270 00:20:12,544 --> 00:20:15,005 Isteri awak tak pandai buat kata laluan. 271 00:20:16,381 --> 00:20:19,092 Dia nak keluar dengan kawan pada hujung minggu? 272 00:20:21,220 --> 00:20:22,179 Itu tak benar. 273 00:20:26,433 --> 00:20:28,810 Saya boleh tahu apa-apa tentang sesiapa. 274 00:20:29,394 --> 00:20:32,731 Saya cuma perlukan akses internet berkelajuan tinggi. 275 00:20:33,899 --> 00:20:35,275 Serta seorang guru. 276 00:20:35,901 --> 00:20:36,902 Bukan guru biasa. 277 00:20:37,527 --> 00:20:39,279 Penggodam. Terhandal. 278 00:20:40,822 --> 00:20:41,907 Satu perkara lagi. 279 00:20:44,785 --> 00:20:46,620 Saya tak mahu sebarang soalan. 280 00:20:52,417 --> 00:20:53,585 ELEKTRONIK DIGITAL 281 00:20:57,297 --> 00:20:58,966 Perkara penting ada di sini. 282 00:21:00,300 --> 00:21:03,220 Ingat, penting ada pintu belakang untuk masuk. 283 00:21:03,804 --> 00:21:06,515 INTERNET YANG TIDAK KELIHATAN 284 00:21:13,772 --> 00:21:15,649 RAHSIA WEB TERKAWAL 285 00:21:16,733 --> 00:21:19,820 Awak bukan sahaja akan beri perlindungan kepada José María Lazcano, 286 00:21:20,320 --> 00:21:23,740 awak juga akan hubungi Alma Solares. 287 00:21:26,451 --> 00:21:27,703 Dia peguam jenayah. 288 00:21:28,870 --> 00:21:32,541 Minta dia wakili José María dan bayar berapa saja dia minta. 289 00:21:33,417 --> 00:21:35,043 Tak kira jumlahnya. 290 00:21:35,127 --> 00:21:36,044 Faham? 291 00:21:37,254 --> 00:21:39,923 Saya harap awak suka dan harap ia berguna. 292 00:21:40,549 --> 00:21:41,883 Terima kasih, Frida. 293 00:21:43,510 --> 00:21:44,469 Mari kita lihat. 294 00:21:48,849 --> 00:21:51,226 Ia sama dengan yang saya guna pada paha. 295 00:21:52,769 --> 00:21:55,689 Penting untuk bersyukur. 296 00:21:55,772 --> 00:22:00,569 Perkara paling penting Father Benedicto, paderi yang dengar dosa saya ajar, 297 00:22:00,652 --> 00:22:02,946 adalah cara guna tubuh saya 298 00:22:03,613 --> 00:22:05,157 untuk tebus dosa. 299 00:22:06,116 --> 00:22:09,536 Ya, kita mesti belajar bersyukur untuk apa yang kita ada. 300 00:22:09,619 --> 00:22:10,996 Untuk anak-anak kita. 301 00:22:11,079 --> 00:22:12,497 Anak-anak kita. 302 00:22:13,081 --> 00:22:15,292 Daniela kembali ke terapi semalam. 303 00:22:15,375 --> 00:22:16,918 Saya ingin tengok klinik. 304 00:22:17,002 --> 00:22:19,338 - Di mana? - Sebuah rumah di Cuernavaca. 305 00:22:19,421 --> 00:22:21,173 Reinaldo sangat bangga. 306 00:22:22,257 --> 00:22:25,969 Kenapa awak berminat dengan terapi? 307 00:22:26,053 --> 00:22:27,846 Awak syak yang… 308 00:22:29,473 --> 00:22:30,307 Rodolfo? 309 00:22:30,390 --> 00:22:31,641 Tidak! 310 00:22:32,934 --> 00:22:35,854 - Tak, Rodolfo ada teman wanita. - Betul. 311 00:22:35,937 --> 00:22:37,397 - Sara. - Ya. 312 00:22:39,399 --> 00:22:40,901 José María? 313 00:22:47,908 --> 00:22:50,327 Awak akan suka tempat itu dan terapinya. 314 00:22:50,869 --> 00:22:53,705 Daniela gembira dalam kumpulan sokongannya. 315 00:22:53,789 --> 00:22:56,708 Dengan semua orang dalam kumpulan sokongannya. 316 00:22:58,835 --> 00:23:02,464 Perkara ini berlaku kepada perempuan dan juga lelaki. 317 00:23:03,757 --> 00:23:05,509 Apabila ayah tiada 318 00:23:05,592 --> 00:23:09,638 dan ada hubungan rapat dengan ibu. 319 00:23:10,430 --> 00:23:13,141 Salah kita mereka jadi begini. 320 00:23:15,769 --> 00:23:18,730 Tapi Reinaldo boleh sembuhkan mereka. 321 00:23:23,276 --> 00:23:25,112 Terima kasih atas maklumat itu. 322 00:23:28,949 --> 00:23:32,536 Itu Rodolfo. Dia dah uruskan orang Hungary. 323 00:23:34,788 --> 00:23:35,789 Baguslah. 324 00:23:37,207 --> 00:23:41,044 Boleh jelaskan bagaimana awak selalu dapat bantu semua orang? 325 00:23:43,422 --> 00:23:46,341 Sekarang saya perlu bantu Chema. Secepat mungkin. 326 00:23:47,426 --> 00:23:48,802 - Tengok. - Saya tahu. 327 00:23:48,885 --> 00:23:52,431 Di sini tunjuk Sara pakai paracut pada 4.05 petang. 328 00:23:53,640 --> 00:23:54,891 Lima minit kemudian, 329 00:23:55,475 --> 00:23:56,810 dia jatuh masuk air. 330 00:23:57,936 --> 00:23:58,979 Tuliskannya. 331 00:24:02,149 --> 00:24:06,111 Sebaik saja jatuh, saya dan Rodolfo terjun untuk selamatkan dia. 332 00:24:08,572 --> 00:24:10,240 Hal yang berlaku selepasnya… 333 00:24:11,450 --> 00:24:13,076 Saya tak begitu ingat. 334 00:24:13,160 --> 00:24:15,579 Saya cuma ingat sini sikit sana sikit. 335 00:24:17,914 --> 00:24:21,501 Seterusnya saya ingat kami naik kereta untuk ke hospital. 336 00:24:22,586 --> 00:24:25,005 Namun saya ingat dengan jelas 337 00:24:25,797 --> 00:24:27,591 waktu saya masuk hospital… 338 00:24:27,674 --> 00:24:29,301 - Tak boleh masuk. - Dia adik saya. 339 00:24:29,384 --> 00:24:31,511 Ada jam di dinding. 340 00:24:31,595 --> 00:24:34,514 - Awak tak boleh masuk! - Sara! 341 00:24:37,559 --> 00:24:41,688 Maksudnya Sara masuk Bilik Kecemasan pada pukul 5.00 petang. 342 00:24:42,606 --> 00:24:43,482 Ya. 343 00:24:44,316 --> 00:24:45,150 Tapi… 344 00:24:47,652 --> 00:24:48,487 Lihat. 345 00:24:49,279 --> 00:24:54,242 Sijil kematian tertulis dia mati pada 7.28 malam. 346 00:24:59,998 --> 00:25:01,416 Kita tahu itu tak benar 347 00:25:01,500 --> 00:25:04,127 sebab dia bersalin lapan bulan kemudian. 348 00:25:04,211 --> 00:25:05,295 Betul. 349 00:25:07,214 --> 00:25:10,759 Saya cuma tak faham, 350 00:25:11,843 --> 00:25:13,345 jika Sara masih hidup, 351 00:25:14,262 --> 00:25:16,681 siapa yang ibu awak kebumikan? 352 00:25:19,809 --> 00:25:24,648 Persoalannya, apa berlaku kepada Sara antara 5.00 petang dan 7.30 malam. 353 00:25:27,609 --> 00:25:29,986 Apa mereka buat selama dua jam setengah? 354 00:25:39,246 --> 00:25:42,249 Presiden Fox dan Bush bercakap melalui telefon Selasa ini 355 00:25:42,332 --> 00:25:44,876 untuk membincangkan isu air di sempadan 356 00:25:44,960 --> 00:25:46,962 dan kesegeraan untuk menanganinya. 357 00:25:51,258 --> 00:25:54,344 Ibu takkan lihat kamu bebas lagi. 358 00:26:27,752 --> 00:26:28,587 Tidak. 359 00:26:29,462 --> 00:26:32,632 Saya takkan pergi selagi Dr. Alanís tak bercakap dengan saya. 360 00:26:32,716 --> 00:26:35,802 Saya nak dia terangkan sebab anak saya tulis begini. 361 00:26:35,885 --> 00:26:37,846 Seperti saya kata, doktor tak… 362 00:26:37,929 --> 00:26:41,391 Saya perlu jawapan. Kalau tidak, saya akan jadi gila. 363 00:26:43,310 --> 00:26:45,478 Awak selalu layan saya dengan baik. 364 00:26:46,229 --> 00:26:47,564 Tolong saya. 365 00:26:48,064 --> 00:26:50,483 Anak saya tak layak mati begini. 366 00:26:52,652 --> 00:26:55,322 Saya akan beri kepada doktor. Usah risau. 367 00:28:08,228 --> 00:28:10,772 Tak payah jelaskan kebangkitan semula awak. 368 00:28:12,107 --> 00:28:14,359 Rodolfo beritahu saya semuanya palsu. 369 00:28:16,111 --> 00:28:18,071 Saya datang bukan untuk jelaskan. 370 00:28:19,489 --> 00:28:20,740 Saya nak minta maaf. 371 00:28:22,367 --> 00:28:23,910 Orang mati tak minta maaf. 372 00:28:24,619 --> 00:28:25,829 Memang, 373 00:28:26,746 --> 00:28:29,040 tapi saya masih hidup. 374 00:28:30,792 --> 00:28:33,420 Terasa lebih hidup apabila dekat dengan awak. 375 00:28:35,797 --> 00:28:39,008 Inikah masanya saya masuk dalam dakapan awak, 376 00:28:40,844 --> 00:28:42,846 dan kita hidup bahagia selamanya? 377 00:28:44,597 --> 00:28:46,349 Maaf, itu takkan berlaku. 378 00:28:48,768 --> 00:28:50,603 Saya papa kedana. 379 00:28:52,522 --> 00:28:54,065 Saya kehilangan segalanya. 380 00:28:55,608 --> 00:28:57,026 Bagaimana dengan duit awak? 381 00:28:57,110 --> 00:28:58,862 - Dah tiada. - Awak tipu. 382 00:29:00,363 --> 00:29:01,573 Ada orang curi. 383 00:29:02,157 --> 00:29:04,534 Ia tiba-tiba hilang daripada akaun saya. 384 00:29:06,786 --> 00:29:10,081 - Pencuri saling mencuri. - Saya bukan pencuri. 385 00:29:11,583 --> 00:29:13,042 Saya datang untuk terima akibat. 386 00:29:13,626 --> 00:29:15,587 Saya kehilangan segalanya, César. 387 00:29:16,129 --> 00:29:17,964 Duit, keluarga, anak-anak saya. 388 00:29:18,840 --> 00:29:19,841 Semua sebab awak. 389 00:29:20,884 --> 00:29:22,677 Awak tahu apa buat saya paling marah? 390 00:29:27,849 --> 00:29:29,851 Saya marah kerana percaya… 391 00:29:31,561 --> 00:29:33,688 tak perlu lagi terbeban dengan awak. 392 00:29:42,781 --> 00:29:45,241 Saya dah tiada perasaan terhadap awak. Lepaskan. 393 00:29:50,079 --> 00:29:51,080 Pergilah. 394 00:29:52,248 --> 00:29:54,751 Saya tak perlu lelaki yang saya dah tanam. 395 00:29:57,587 --> 00:29:59,547 Dengar baik-baik, César Lazcano. 396 00:30:02,884 --> 00:30:05,720 Sebab ini kali terakhir kita berjumpa. 397 00:30:22,821 --> 00:30:23,947 Ke tepi, tak guna. 398 00:30:27,033 --> 00:30:29,160 Siapa sampai dahulu, dia yang mandi. 399 00:30:33,039 --> 00:30:34,916 Badan saja sasa, 400 00:30:35,500 --> 00:30:37,544 tapi awak bukannya reti bertumbuk. 401 00:30:40,463 --> 00:30:41,673 Berambus. 402 00:30:48,471 --> 00:30:50,849 Berterima kasih kepada kawan awak, Álex. 403 00:31:05,029 --> 00:31:08,074 Awak datang nak cakap tentang José María Lazcano? 404 00:31:08,157 --> 00:31:09,576 Bukan sekarang. 405 00:31:12,579 --> 00:31:13,788 Saya datang ke sini 406 00:31:14,998 --> 00:31:17,542 sebab nak minta tolong gali mayat adik saya. 407 00:31:19,502 --> 00:31:21,629 Jika saya betul, Sara masih hidup. 408 00:31:22,338 --> 00:31:25,466 Saya hanya boleh buktikan dengan menggali kuburnya. 409 00:31:27,051 --> 00:31:29,596 Awak ada sijil kematian dan permit… 410 00:31:29,679 --> 00:31:31,931 Ini lebih penting daripada birokrasi. 411 00:31:34,225 --> 00:31:35,643 Jika saya betul, 412 00:31:36,269 --> 00:31:37,478 ia lebih berbahaya. 413 00:31:38,271 --> 00:31:39,898 Saya perlukan bantuan awak. 414 00:31:41,190 --> 00:31:42,150 Tolonglah. 415 00:32:04,213 --> 00:32:05,048 Ada apa? 416 00:32:07,008 --> 00:32:07,926 Álex! 417 00:36:08,958 --> 00:36:14,213 Terjemahan sari kata oleh NNorhan