1 00:00:06,840 --> 00:00:08,925 Ini pejabat Reinaldo. 2 00:00:11,845 --> 00:00:13,680 Semestinya saya yang hias. 3 00:00:15,640 --> 00:00:17,684 Layak untuk presiden. 4 00:00:17,767 --> 00:00:19,561 Tidak, seorang raja. 5 00:00:20,437 --> 00:00:23,189 Raja pakar psikiatri. 6 00:00:23,773 --> 00:00:27,861 Frida, awak tahu saya tak minat gelaran dan kuasa. 7 00:00:27,944 --> 00:00:29,946 Saya cuma penyelidik 8 00:00:30,655 --> 00:00:32,949 dengan impian membantu 9 00:00:33,033 --> 00:00:34,117 ramai orang. 10 00:00:34,701 --> 00:00:36,202 Kenapa Cuernavaca? 11 00:00:36,286 --> 00:00:41,583 Pusat Medusa perlu berada di luar bandar. 12 00:00:41,666 --> 00:00:45,378 Jauh dari lalu lintas, asap 13 00:00:45,462 --> 00:00:46,671 dan bunyi bising. 14 00:00:46,755 --> 00:00:49,632 Saya nak pesakit saya 15 00:00:49,716 --> 00:00:52,469 sukar sampai ke sini. 16 00:00:53,344 --> 00:00:55,638 Supaya mereka rasa 17 00:00:56,890 --> 00:01:00,477 terasing tapi dilindungi pada masa yang sama. 18 00:01:01,352 --> 00:01:04,564 Sukar nak sampai atau sukar nak keluar? 19 00:01:05,231 --> 00:01:07,734 Keselamatan di sini mengejutkan, Reinaldo. 20 00:01:08,568 --> 00:01:10,612 Pengawal, pagar elektrik, 21 00:01:10,695 --> 00:01:13,323 gril di tingkap, dua titik pemeriksaan. 22 00:01:13,823 --> 00:01:16,451 Semua pusat psikiatri menyerupai Alcatraz? 23 00:01:17,368 --> 00:01:18,828 Maafkan saya, doktor. 24 00:01:19,913 --> 00:01:21,456 Masuklah, Tonya. 25 00:01:21,539 --> 00:01:24,292 Saya nak perkenalkan kawan rapat saya. 26 00:01:25,168 --> 00:01:28,421 - César dan Mariana Lazcano. - Selamat berkenalan. 27 00:01:28,505 --> 00:01:31,800 Tonya Calderón. Perantara saya dengan Dr. Alanís. 28 00:01:32,592 --> 00:01:35,261 Dia terima dan uruskan 29 00:01:35,345 --> 00:01:38,681 semua maklumat tempat ini. 30 00:01:40,683 --> 00:01:43,937 - Selamat berkenalan, En. Lazcano. - Selamat berkenalan. 31 00:01:56,324 --> 00:01:57,617 En. Lazcano. 32 00:02:12,549 --> 00:02:16,094 Awak dibenarkan panggil saya César apabila kita bersendirian. 33 00:02:25,228 --> 00:02:27,689 Kenapa awak di sini? Apa awak nak? 34 00:02:27,772 --> 00:02:30,108 Tak bolehkah saya melawat kawan lama? 35 00:02:31,943 --> 00:02:35,029 Minggu yang sama anak Sara lari 36 00:02:35,113 --> 00:02:36,531 dan Nicandro mati. 37 00:02:37,824 --> 00:02:42,829 Saya mungkin dah lama berhenti bekerja untuk Reinaldo, 38 00:02:42,912 --> 00:02:44,455 tapi jelas 39 00:02:44,539 --> 00:02:48,585 saya masih ikut perkembangan terkini tentang dia dan kes Sara Guzmán. 40 00:02:48,668 --> 00:02:50,003 Berterus teranglah. 41 00:02:50,587 --> 00:02:51,796 Kenapa awak di sini? 42 00:02:53,840 --> 00:02:56,259 Kenapa tak beritahu yang Sara masih hidup 43 00:02:58,011 --> 00:02:59,637 dan saya ada anak? 44 00:03:08,730 --> 00:03:10,440 Beritahu saya di mana Sara. 45 00:03:12,859 --> 00:03:16,446 Doktor, MRI dijadualkan pada pukul 4 petang. 46 00:03:16,529 --> 00:03:17,530 Bagus. 47 00:03:17,614 --> 00:03:20,158 Biar dia tidur dulu. 48 00:03:20,909 --> 00:03:22,827 Kita nak dia tenang dan… 49 00:03:29,959 --> 00:03:30,793 Helo? 50 00:03:33,087 --> 00:03:33,922 Apa? 51 00:03:34,005 --> 00:03:35,215 Doktor? 52 00:03:35,798 --> 00:03:37,467 Sara jumpa senjata. 53 00:03:41,429 --> 00:03:43,473 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 54 00:04:08,790 --> 00:04:10,083 - Álex. - Hei! 55 00:04:11,251 --> 00:04:13,002 Awak tak nak menari? 56 00:04:13,503 --> 00:04:15,505 Dengan siapa? Adik saya, bodoh? 57 00:04:16,881 --> 00:04:18,216 Okey, sudah, Chema. 58 00:04:18,800 --> 00:04:21,052 Mak awak kata awak dah cukup mabuk. 59 00:04:22,553 --> 00:04:24,097 Ayuh, Elroy! Tak mungkin. 60 00:05:14,605 --> 00:05:15,440 Hei! 61 00:05:16,107 --> 00:05:18,234 Apa ini? Bersembunyilah betul-betul. 62 00:05:19,068 --> 00:05:20,069 Dungu betul. 63 00:05:20,611 --> 00:05:24,699 Kami akan naik bot laju untuk cuba paracut Rodolfo sekejap lagi. 64 00:05:24,782 --> 00:05:27,243 - Baik kamu bersembunyi. - Nic! 65 00:05:28,494 --> 00:05:31,789 Beritahu ayah saya, saya akan telefon malam ini. 66 00:05:31,873 --> 00:05:32,749 Terima kasih. 67 00:05:32,832 --> 00:05:35,793 - Apa ini? Siapa mereka? - Menyusahkan. 68 00:05:35,877 --> 00:05:37,879 Ayah suruh mereka jenguk saya. 69 00:05:37,962 --> 00:05:40,381 Saya tak telefon dia dah dua hari. 70 00:05:40,465 --> 00:05:41,841 Bagaimana dengan paracut? 71 00:05:41,924 --> 00:05:45,720 Saya suruh Chema minta Elroy sediakan bot laju. Jom? 72 00:05:45,803 --> 00:05:48,473 - Saya nak ke tandas. - Saya ikut sekalilah. 73 00:06:11,120 --> 00:06:11,954 Ayuh. 74 00:06:13,790 --> 00:06:16,334 Nanti orang nampak. Mereka tak boleh tahu awak di sini. 75 00:06:16,417 --> 00:06:17,251 Mari sini. 76 00:06:18,586 --> 00:06:19,420 Mari. 77 00:06:23,549 --> 00:06:26,469 - Di mana Sara? - Biar betul! Awak kehilangan dia? 78 00:06:26,552 --> 00:06:30,890 - Ayah bayar awak untuk ikut dia. - Dia hilang. Saya terganggu. 79 00:06:30,973 --> 00:06:33,309 Ibu Rodolfo bawa dia bersiar-siar. 80 00:06:33,393 --> 00:06:34,602 Puan Mariana? 81 00:06:35,853 --> 00:06:38,231 Di sana. Saya rasa mereka mendaki bukit. 82 00:06:38,815 --> 00:06:41,150 Saya buat begini sebab ayah awak bayar. 83 00:06:41,651 --> 00:06:45,279 Demi wang. Supaya adik saya dapat kehidupan lebih baik. 84 00:06:45,363 --> 00:06:46,489 Tapi awak? 85 00:06:47,448 --> 00:06:49,742 Kenapa awak buat begini? 86 00:07:02,296 --> 00:07:04,966 Tak lama lagi, perut awak akan semakin besar. 87 00:07:05,049 --> 00:07:06,676 Awak tak perlu sorokkannya. 88 00:07:07,176 --> 00:07:10,471 Awak patut ambil kesempatan dan buat apa saja 89 00:07:10,555 --> 00:07:12,557 sebelum perut jadi lebih besar. 90 00:07:14,058 --> 00:07:15,351 Mahu dengar rahsia? 91 00:07:15,977 --> 00:07:18,396 Semasa saya hamil dengan anak pertama 92 00:07:18,479 --> 00:07:20,731 saya panjat Nevado de Toluca. 93 00:07:22,483 --> 00:07:25,945 Saya rasa amat bangga dengan diri saya. 94 00:07:26,779 --> 00:07:30,032 Sebab itulah awak patut dengar nasihat saya, Sara. 95 00:07:30,908 --> 00:07:34,120 Buat segala yang awak tak boleh buat lepas bersalin. 96 00:07:34,620 --> 00:07:35,997 Seperti menyelam, 97 00:07:36,080 --> 00:07:39,625 atau naik paracut baru Rodolfo. 98 00:07:40,251 --> 00:07:43,212 Buat semua yang awak tak boleh buat nanti. 99 00:07:44,464 --> 00:07:47,008 - Sara! - Ia dah nak putus! 100 00:08:04,609 --> 00:08:08,279 Maafkan saya. Jangan ambil hati. Ini cuma langkah berjaga-jaga. 101 00:08:08,362 --> 00:08:11,032 Saya tak boleh biar awak lari lagi. 102 00:08:14,911 --> 00:08:17,079 Awak sama seperti ibu awak. 103 00:08:20,500 --> 00:08:21,501 Di mana dia? 104 00:08:23,503 --> 00:08:26,130 Awak tak pernah tanya tentang dia. 105 00:08:27,465 --> 00:08:28,591 Saya nampak gambar. 106 00:08:29,467 --> 00:08:30,885 Saya jumpa pak cik saya. 107 00:08:31,427 --> 00:08:32,637 Mana ibu saya? 108 00:08:33,137 --> 00:08:34,347 Disebabkan Sara, 109 00:08:34,430 --> 00:08:37,767 kami dapat mencipta ubat revolusi, 110 00:08:37,850 --> 00:08:40,228 yang amat unik. 111 00:08:41,312 --> 00:08:42,146 Unik. 112 00:08:46,108 --> 00:08:47,318 Di mana dia? 113 00:08:48,027 --> 00:08:49,820 Apa awak buat dengan ibu saya? 114 00:08:56,244 --> 00:08:58,663 Boleh awak jelaskan apa ini? 115 00:08:59,705 --> 00:09:01,374 - Tak perlu. - Tak perlu? 116 00:09:01,457 --> 00:09:03,417 Bagaimana dengan senjata dan beg? 117 00:09:06,212 --> 00:09:09,173 Elisa, jelas selepas segala yang berlaku, 118 00:09:09,674 --> 00:09:12,009 Álex mahu cara mempertahankan dirinya. 119 00:09:13,302 --> 00:09:14,762 Saya hanya mahu 120 00:09:15,721 --> 00:09:18,224 selamatkan anak buah saya dan cari Sara. 121 00:09:18,307 --> 00:09:19,642 - Sebab itu. - Álex. 122 00:09:19,725 --> 00:09:22,645 Álex, dengar sini. Fikiran awak bercelaru. 123 00:09:23,187 --> 00:09:25,398 - Saya tak suka tengok awak begini. - Macam apa? 124 00:09:25,481 --> 00:09:26,983 Cara awak bertindak. 125 00:09:27,066 --> 00:09:30,361 Saya sanggup buat apa saja untuk cari Sara dan kebenaran. 126 00:09:30,444 --> 00:09:33,948 Apa awak nak buat? Cari tempat itu dan tembak semua orang? 127 00:09:34,031 --> 00:09:36,534 - Awak nak bunuh? - Saya tak rugi apa-apa. 128 00:09:36,617 --> 00:09:37,493 Tidak? 129 00:09:38,619 --> 00:09:39,662 Termasuk saya? 130 00:09:40,663 --> 00:09:43,082 Nampaknya, saya tak cukup penting 131 00:09:43,165 --> 00:09:46,544 untuk halang awak jadi pembunuh dan akhiri semua ini. 132 00:09:52,383 --> 00:09:54,343 Álex, awak perlu ikut saya. 133 00:09:54,427 --> 00:09:57,722 Apa awak buat di sini? Bagaimana tahu saya di sini? 134 00:09:57,805 --> 00:09:58,889 Saya yang telefon. 135 00:10:02,476 --> 00:10:05,146 Kalau nak cari Sara, ikut saya. 136 00:10:24,206 --> 00:10:25,374 Tempat apa ini? 137 00:10:36,802 --> 00:10:37,762 Tunggu di sini. 138 00:10:39,472 --> 00:10:41,223 Saya perlu masuk, ayah. 139 00:11:45,871 --> 00:11:48,833 Bawa dia ke Bandar Mexico. Sukar selamatkan dia di sini. 140 00:11:48,916 --> 00:11:49,792 Baiklah. 141 00:11:49,875 --> 00:11:52,795 Dapatkan helikopter yang terpantas. 142 00:11:52,878 --> 00:11:54,755 Kami akan bayar semuanya. 143 00:11:55,965 --> 00:11:58,926 Sediakan unit rawatan rapi 144 00:11:59,009 --> 00:12:01,011 dan hubungi Dr. Alanís 145 00:12:01,095 --> 00:12:04,849 supaya dia maklum dan boleh menyokong jika perlu, 146 00:12:04,932 --> 00:12:08,644 tapi yang paling penting ialah mengaktifkan protokol 147 00:12:08,728 --> 00:12:10,563 untuk berdepan dengan keluarga. 148 00:12:33,419 --> 00:12:34,628 Bagaimana adik saya? 149 00:12:34,712 --> 00:12:36,672 - Bagaimana keadaan Sara? - Dia kritikal. 150 00:12:36,756 --> 00:12:39,925 - Awak perlu tunggu di sini. - Saya nak jumpa Sara. 151 00:12:40,009 --> 00:12:43,095 - Tiada siapa boleh masuk tanpa kebenaran. - Álex. 152 00:12:43,179 --> 00:12:45,097 - Lepaskan saya! - Bertenang. 153 00:12:45,848 --> 00:12:46,974 Tak guna! 154 00:13:02,406 --> 00:13:06,035 Kita perlu atur semuanya supaya tiada persoalan tentang mayat. 155 00:13:06,118 --> 00:13:08,329 Ibunya juga boleh adakan pengebumian. 156 00:13:09,622 --> 00:13:13,334 Cerita rasminya, Sara mati kerana jatuh dari paracut. 157 00:13:13,417 --> 00:13:16,086 Kemalangan itu disebabkan oleh Marifer. 158 00:13:16,629 --> 00:13:18,631 Saya akan uruskan yang selebihnya. 159 00:13:18,714 --> 00:13:19,757 UNIT PSIKIATRI 160 00:13:19,840 --> 00:13:22,510 Maafkan saya. Kami tak boleh buat apa-apa. 161 00:13:22,593 --> 00:13:25,137 - Malangnya, dia meninggal dunia. - Saya nak tengok dia. 162 00:13:25,221 --> 00:13:27,139 - Kami dah buat… - Apa awak buat? 163 00:13:27,223 --> 00:13:29,099 - Álex. - Apa… 164 00:13:29,850 --> 00:13:30,684 Bagaimana? 165 00:13:31,977 --> 00:13:33,229 Tidak. 166 00:13:40,277 --> 00:13:42,279 Nicandro. 167 00:13:43,197 --> 00:13:44,865 Perlahankan suara, bodoh. 168 00:13:45,574 --> 00:13:47,743 Awak nak orang tahu awak di Valle? 169 00:13:48,619 --> 00:13:50,454 Apa jadi kepada Sara? Mana dia? 170 00:13:51,580 --> 00:13:54,500 Mereka ambil dia. Tiada siapa akan jumpa dia lagi. 171 00:13:55,459 --> 00:13:56,669 Pulang ke bandar. 172 00:13:57,461 --> 00:13:58,963 Tolong ibunya. 173 00:13:59,046 --> 00:14:01,757 Cuba faham yang kawan awak dah mati. 174 00:14:03,342 --> 00:14:04,343 Sara dah mati. 175 00:14:20,734 --> 00:14:21,735 Sara! 176 00:15:13,120 --> 00:15:15,039 …saat kematian kami. 177 00:15:16,290 --> 00:15:18,459 Wahai Mary, penuh rahmat. 178 00:15:18,542 --> 00:15:20,377 Tuhan bersamamu. 179 00:15:32,890 --> 00:15:34,308 Kenapa buat begini? 180 00:15:36,352 --> 00:15:37,394 Awak menderita. 181 00:15:40,981 --> 00:15:44,109 Orang macam saya mesti menderita. 182 00:15:45,527 --> 00:15:48,447 Saya nak sembuh. 183 00:15:48,530 --> 00:15:49,865 Siapa cakap begitu? 184 00:15:51,408 --> 00:15:54,203 Tolong jangan ganggu saya. 185 00:15:54,995 --> 00:15:56,747 Awak kelirukan saya. 186 00:15:57,665 --> 00:15:59,166 Saya nak sembuh. 187 00:15:59,959 --> 00:16:01,835 Saya tak nak menderita lagi. 188 00:16:02,336 --> 00:16:03,337 Tak nak. 189 00:16:06,382 --> 00:16:07,633 Jangan ganggu saya. 190 00:16:08,509 --> 00:16:10,260 Jangan ganggu saya! 191 00:16:10,344 --> 00:16:11,553 Jangan ganggu saya. 192 00:16:14,890 --> 00:16:15,766 Chema. 193 00:16:16,266 --> 00:16:18,102 - Pergi! - Chema. 194 00:16:22,648 --> 00:16:24,066 Apa awak buat di sini? 195 00:16:25,442 --> 00:16:26,568 Keluar dari sini. 196 00:16:27,653 --> 00:16:28,612 Lari. 197 00:16:29,738 --> 00:16:31,532 Awak dilahirkan untuk bebas. 198 00:16:31,615 --> 00:16:32,866 Daniela. 199 00:16:34,743 --> 00:16:36,286 Apa awak buat di sini? 200 00:16:36,370 --> 00:16:38,122 Ini baru saja bermula. 201 00:16:38,831 --> 00:16:40,332 Ia akan jadi lebih teruk. 202 00:16:43,168 --> 00:16:45,087 Awak tak tahu betapa peritnya 203 00:16:46,839 --> 00:16:48,257 lihat anak saya, 204 00:16:49,842 --> 00:16:52,011 darah daging saya sendiri… 205 00:16:54,138 --> 00:16:55,973 terpesong begitu. 206 00:16:56,515 --> 00:16:57,516 Saya tak tahan. 207 00:16:58,142 --> 00:16:59,226 Mariana, tidak. 208 00:17:00,352 --> 00:17:01,437 - Mungkin… - Chema. 209 00:17:01,520 --> 00:17:04,106 Mari, burger awak dah siap rasanya. 210 00:17:32,885 --> 00:17:34,344 Tonya Calderon. 211 00:17:35,929 --> 00:17:38,849 Pembantu Reinaldo selama lebih 20 tahun, 212 00:17:38,932 --> 00:17:41,018 dan perantaranya dengan Dr. Alanís. 213 00:17:41,560 --> 00:17:45,189 Dia terima dan uruskan semua maklumat di Pusat Medusa. 214 00:17:45,689 --> 00:17:48,067 Dia tahu di mana Sara berada. 215 00:17:51,111 --> 00:17:52,654 Tinggalkan saya sendirian. 216 00:17:52,738 --> 00:17:54,031 Bawa Elisa, Rodolfo. 217 00:17:55,699 --> 00:17:57,201 Elisa, mari pergi. 218 00:17:57,284 --> 00:17:59,953 Kenapa, ayah? Ayah kurung dia di sini? 219 00:18:00,788 --> 00:18:03,624 Selama ini? Ayah pukul dia? 220 00:18:04,249 --> 00:18:05,501 Apa kena dengan ayah? 221 00:18:05,584 --> 00:18:07,461 - Álex tahu apa dia buat. - Jangan! 222 00:18:07,544 --> 00:18:08,837 - Ayuh. - Diam! 223 00:18:08,921 --> 00:18:09,797 Mari. 224 00:18:12,091 --> 00:18:13,175 Pergi. 225 00:18:15,135 --> 00:18:16,136 Tak guna! 226 00:18:17,763 --> 00:18:19,973 Kita perlu bincang tentang wang saya. 227 00:18:22,768 --> 00:18:25,187 Awak hanya pentingkan wang awak. 228 00:18:27,147 --> 00:18:29,483 Sebab itu awak buat semua ini? 229 00:18:31,652 --> 00:18:34,029 Saya tak tahu anak saya itu masih hidup. 230 00:18:34,738 --> 00:18:36,615 Saya pun nak cari dia. 231 00:18:39,076 --> 00:18:40,702 Buatlah apa yang perlu. 232 00:18:42,329 --> 00:18:44,623 Tapi kita perlu bincang tentang wang. 233 00:18:52,464 --> 00:18:54,091 Elisa, awak nak ke mana? 234 00:18:56,301 --> 00:18:58,303 Dunia apa ini? 235 00:18:58,929 --> 00:19:01,890 Kenapa lelaki fikir segalanya boleh selesai begini? 236 00:19:01,974 --> 00:19:03,892 Dengan menembak dan menumbuk. 237 00:19:07,646 --> 00:19:08,647 Ayah pula? 238 00:19:09,398 --> 00:19:10,524 Kenapa dengan ayah? 239 00:19:11,483 --> 00:19:14,278 Ayah suka dera wanita, 240 00:19:14,361 --> 00:19:16,905 menculik dan sumbat mulut mereka? 241 00:19:16,989 --> 00:19:19,575 - Bertenang. - Tak nak! Jangan sentuh saya! 242 00:19:21,118 --> 00:19:24,079 Nampaknya, kamu semua lupa apa yang saya lalui. 243 00:19:25,497 --> 00:19:27,457 Saya tak kenal abang. 244 00:19:27,958 --> 00:19:29,418 Saya tak kenal Álex. 245 00:19:31,003 --> 00:19:32,421 Ayah lagilah. 246 00:19:33,130 --> 00:19:34,214 Elisa, dengar. 247 00:19:35,591 --> 00:19:39,553 Tak tahulah awak, tapi saya dah putuskan akan buat sesuka hati. 248 00:19:39,636 --> 00:19:40,762 Tahu kenapa? 249 00:19:41,513 --> 00:19:44,349 Sebab saya nak kawal hidup saya. 250 00:19:44,433 --> 00:19:46,351 Saya berhak kawal hidup sendiri. 251 00:19:46,435 --> 00:19:48,020 Kita berhak rasa bahagia. 252 00:19:48,520 --> 00:19:50,272 Kita tak patut peduli tentang ini. 253 00:19:50,355 --> 00:19:52,691 Itulah perbezaan antara saya dan abang. 254 00:19:54,693 --> 00:19:56,695 Saya peduli. 255 00:19:57,613 --> 00:19:58,780 Saya masih peduli. 256 00:19:59,698 --> 00:20:00,574 Amat peduli. 257 00:20:02,367 --> 00:20:03,452 Elisa. 258 00:20:05,495 --> 00:20:08,332 Kamu mungkin tak percaya, tapi ayah bangga dengan kamu. 259 00:20:09,625 --> 00:20:10,626 Dari dulu. 260 00:20:14,880 --> 00:20:15,714 Saya? 261 00:20:19,968 --> 00:20:20,969 Tak guna. 262 00:20:31,104 --> 00:20:32,397 Maafkan saya, Alanís. 263 00:20:32,481 --> 00:20:34,983 Álex tanya banyak soalan 264 00:20:35,067 --> 00:20:37,694 dan saya perlu tutup mulut orang. 265 00:20:37,778 --> 00:20:39,321 Jangan ambil hati. 266 00:20:41,240 --> 00:20:42,074 Reinaldo? 267 00:20:45,661 --> 00:20:47,621 Apa awak buat kepada anak saya? 268 00:20:47,704 --> 00:20:50,791 Awak bertanggungjawab atas kematian Nicandro. 269 00:20:50,874 --> 00:20:52,668 Awak rampas anak-anak saya. 270 00:20:56,004 --> 00:20:58,048 Mereka yang saya paling sayang. 271 00:20:58,882 --> 00:21:01,343 Saya ingat saya yang awak paling sayang. 272 00:21:02,052 --> 00:21:03,720 Dia beritahu saya segalanya. 273 00:21:03,804 --> 00:21:06,139 Dia kata Nicandro muncul dengan senjata 274 00:21:06,640 --> 00:21:07,849 untuk serang mereka. 275 00:21:08,517 --> 00:21:09,393 Kenapa? 276 00:21:12,437 --> 00:21:13,563 Awak paksa dia. 277 00:21:14,481 --> 00:21:16,358 Awak paksa dia. Kenapa… 278 00:21:22,906 --> 00:21:25,659 Sayalah yang awak paling sayang di dunia. 279 00:21:45,887 --> 00:21:46,722 Saya. 280 00:22:13,457 --> 00:22:15,959 Mana adik saya? 281 00:22:16,043 --> 00:22:17,961 Saya gembira bertemu awak, Álex. 282 00:22:18,879 --> 00:22:20,088 Awak tak kenal saya. 283 00:22:20,839 --> 00:22:22,883 Saya kenal awak. 284 00:22:22,966 --> 00:22:24,468 Saya kenal awak 285 00:22:25,218 --> 00:22:26,720 lapan belas tahun lalu. 286 00:22:26,803 --> 00:22:27,804 Awak, 287 00:22:28,513 --> 00:22:29,556 adik awak 288 00:22:30,098 --> 00:22:31,183 dan ibu awak. 289 00:22:31,683 --> 00:22:35,103 Saya perlu tahu jika adik saya hidup atau mati. 290 00:22:35,187 --> 00:22:36,271 Ibu awak. 291 00:22:36,355 --> 00:22:37,481 Kasihan dia. 292 00:22:37,981 --> 00:22:38,940 Dia didera. 293 00:22:39,024 --> 00:22:41,902 Ada anak perempuan yang sakit dan anak lelaki 294 00:22:42,402 --> 00:22:46,323 yang pentingkan kawannya yang kaya daripada keluarga sendiri. 295 00:22:47,074 --> 00:22:48,617 Untuk apa? 296 00:22:49,284 --> 00:22:52,245 Capai cita-cita. Melalui keluarga Lazcano. 297 00:22:52,329 --> 00:22:54,331 Mana mereka simpan adik saya? 298 00:22:54,414 --> 00:22:57,376 Adik awak ada banyak impian. 299 00:22:57,459 --> 00:22:58,710 Dia beritahu saya 300 00:22:58,794 --> 00:23:00,545 dia mahu jadi guru. 301 00:23:00,629 --> 00:23:03,173 Ajar kanak-kanak membaca dan menulis. 302 00:23:04,216 --> 00:23:05,175 Kenapa? 303 00:23:05,801 --> 00:23:07,469 Awak tak tahu? 304 00:23:07,969 --> 00:23:11,556 Nampaknya awak tak kenal adik awak. 305 00:23:11,640 --> 00:23:15,102 Awak tahu apa menghalang dia daripada memenuhi impiannya? 306 00:23:16,103 --> 00:23:17,187 Mindanya. 307 00:23:17,854 --> 00:23:19,689 Suara dalam kepalanya. 308 00:23:20,190 --> 00:23:21,900 Ia mengganggunya, Álex. 309 00:23:21,983 --> 00:23:25,195 Hanya seorang saja yang dapat membantunya. 310 00:23:25,278 --> 00:23:27,322 Reinaldo saja yang mampu. 311 00:23:28,490 --> 00:23:30,200 Reinaldo saja, Álex. 312 00:23:31,159 --> 00:23:35,038 - Di mana adik saya? - Awak betul-betul nak tahu? 313 00:23:49,469 --> 00:23:50,679 Saya tak boleh buka. 314 00:23:52,055 --> 00:23:53,014 Ia dah ditutup. 315 00:23:54,433 --> 00:23:55,392 Kenapa? 316 00:23:56,101 --> 00:23:57,185 Buka! 317 00:23:57,769 --> 00:24:01,064 Saya nak tengok dia buat kali terakhir. Tolong buka. 318 00:24:01,148 --> 00:24:02,399 Kenderaan dah sampai. 319 00:24:06,862 --> 00:24:07,904 Apa awak buat? 320 00:24:09,281 --> 00:24:13,201 Tunggu. Ke mana awak nak bawa dia? 321 00:24:13,285 --> 00:24:15,620 Saya nak tengok dia buat kali terakhir. 322 00:24:15,704 --> 00:24:17,247 Jangan bawa dia pergi. 323 00:24:41,813 --> 00:24:42,814 Ayuh. 324 00:24:53,450 --> 00:24:58,163 Membuat ubat baru bukan mudah. 325 00:24:59,414 --> 00:25:02,083 Dari permulaan kajian 326 00:25:02,167 --> 00:25:05,045 hingga ke saat ia boleh diberi 327 00:25:05,128 --> 00:25:07,130 kepada pesakit, 328 00:25:07,214 --> 00:25:08,840 ia boleh ambil masa 329 00:25:08,924 --> 00:25:12,010 12 hingga 15 tahun, atau lebih lagi 330 00:25:12,594 --> 00:25:15,222 jika kita mahukan ubat 331 00:25:15,305 --> 00:25:19,142 yang mampu mengubati homoseksualiti 332 00:25:19,226 --> 00:25:21,228 dan skizofrenia. 333 00:25:23,605 --> 00:25:26,942 Saya berfikiran jauh dari dulu lagi. 334 00:25:28,568 --> 00:25:30,362 Sebab itulah saya berdiri 335 00:25:30,946 --> 00:25:32,155 di depan anda. 336 00:25:36,451 --> 00:25:37,494 Buka mulut. 337 00:25:39,913 --> 00:25:41,414 Gerakkan lidah ke kanan. 338 00:25:43,208 --> 00:25:44,209 Pusing. 339 00:25:46,336 --> 00:25:48,880 Tanggalkan seluar dalam dan letak tangan pada dinding. 340 00:25:53,802 --> 00:25:55,053 Kangkang. 341 00:25:56,638 --> 00:25:58,306 Tidak, Sara! 342 00:25:59,975 --> 00:26:00,934 Lucía. 343 00:26:01,017 --> 00:26:02,561 Sara. Tidak! 344 00:26:03,853 --> 00:26:04,729 Lucía. 345 00:26:04,813 --> 00:26:05,939 Sara! 346 00:26:09,109 --> 00:26:09,943 Sara! 347 00:26:12,070 --> 00:26:14,072 Tolonglah, Lucía. 348 00:26:14,656 --> 00:26:16,074 Oh, anakku! 349 00:26:31,965 --> 00:26:33,008 Di mana saya? 350 00:26:33,633 --> 00:26:36,011 Di tempat terbaik untuk sembuh. 351 00:26:36,511 --> 00:26:38,513 Bertenang, Sara. 352 00:26:39,556 --> 00:26:41,266 Semuanya terkawal. 353 00:26:42,225 --> 00:26:44,269 Bayi awak sihat dan kuat. 354 00:26:45,270 --> 00:26:47,147 Saya nak jumpa Álex. 355 00:26:48,231 --> 00:26:49,232 Di mana Álex? 356 00:26:50,358 --> 00:26:51,276 Dengar sini. 357 00:26:52,193 --> 00:26:53,945 Awak akan ada masa 358 00:26:54,029 --> 00:26:57,157 untuk ketahui keadaan keluarga awak. 359 00:26:58,617 --> 00:26:59,618 Buat masa ini, 360 00:27:00,702 --> 00:27:03,830 yang penting cuma kesembuhan awak. 361 00:27:04,331 --> 00:27:05,165 Berehatlah. 362 00:27:07,834 --> 00:27:09,836 Ibu akan risau. 363 00:27:10,420 --> 00:27:12,213 Tolonglah, saya nak jumpa dia. 364 00:27:13,882 --> 00:27:15,925 Jangan pergi. 365 00:27:16,009 --> 00:27:17,594 Saya tak nak bersendirian. 366 00:27:18,261 --> 00:27:19,679 Jangan pergi! 367 00:27:19,763 --> 00:27:23,975 Disebabkan penemuan pesakit yang sangat pelik, 368 00:27:24,059 --> 00:27:27,687 kami berjaya melangkau 369 00:27:27,771 --> 00:27:28,938 beberapa langkah. 370 00:27:29,773 --> 00:27:32,942 Saya perkenalkan kepada anda, Sara Guzmán. 371 00:27:35,362 --> 00:27:38,740 Selepas beri dia pelbagai ujian, 372 00:27:38,823 --> 00:27:42,118 kami berjaya kenal pasti cara terbaik 373 00:27:42,202 --> 00:27:44,371 untuk meneruskan kajian. 374 00:27:45,580 --> 00:27:49,668 Sara jadi harapan segala penat lelah kami. 375 00:27:54,839 --> 00:27:55,674 Kangkang lagi. 376 00:27:56,758 --> 00:27:57,884 Lagi. 377 00:28:05,225 --> 00:28:07,018 Kes Sara Guzmán 378 00:28:07,102 --> 00:28:12,023 benarkan kami buat uji kaji terhadap pesakit. 379 00:28:13,441 --> 00:28:14,401 Tolong! 380 00:28:16,653 --> 00:28:17,654 Pusing. 381 00:28:19,072 --> 00:28:19,989 Pusing. 382 00:28:21,574 --> 00:28:23,368 Tolong saya! 383 00:28:25,829 --> 00:28:27,956 Atas jasa Sara Guzmán, 384 00:28:28,540 --> 00:28:30,625 ubat pertama 385 00:28:30,709 --> 00:28:36,047 yang mampu mengubati homoseksualiti dan skizofrenia 386 00:28:36,131 --> 00:28:38,508 kini dalam fasa pertama. 387 00:28:38,591 --> 00:28:41,136 Kami berikannya 388 00:28:41,219 --> 00:28:43,763 kepada sekumpulan sukarelawan dan pesakit. 389 00:28:44,514 --> 00:28:46,975 Kita cuma tunggu masa 390 00:28:47,058 --> 00:28:50,937 ia diluluskan pihak berkuasa. 391 00:28:51,020 --> 00:28:53,481 Atas jasa Sara Guzmán, 392 00:28:53,565 --> 00:28:55,191 kami berjaya cipta sejarah. 393 00:28:55,275 --> 00:28:57,777 Atas kemurahan hatinya, 394 00:28:57,861 --> 00:29:01,322 kami berjaya mengubah hala tuju psikiatri. 395 00:29:19,466 --> 00:29:20,383 Saya datang. 396 00:29:25,346 --> 00:29:26,556 Kenapa ayah di sini? 397 00:29:27,056 --> 00:29:28,850 Mereka bebaskan Álex Guzmán. 398 00:29:28,933 --> 00:29:29,851 Dia bebas. 399 00:29:31,060 --> 00:29:34,397 Hukumannya dikurangkan kerana berkelakuan baik. 400 00:29:35,690 --> 00:29:37,484 Dia patuh walaupun di penjara. 401 00:29:37,567 --> 00:29:41,613 Perkara pertama yang dia akan buat ialah siasat tentang adiknya. 402 00:29:41,696 --> 00:29:42,822 Apa saya nak buat? 403 00:29:42,906 --> 00:29:43,948 Kemas beg kamu. 404 00:29:45,033 --> 00:29:46,951 Ikut ayah ke Mexico. 405 00:29:50,163 --> 00:29:52,290 Bantu ayah alih perhatian Álex. 406 00:29:52,791 --> 00:29:54,167 Cari seseorang. 407 00:29:54,667 --> 00:29:56,961 Jadikan dia kambing hitam. 408 00:29:57,045 --> 00:29:58,797 Seseorang seperti kawan Sara. 409 00:30:00,006 --> 00:30:03,051 - Marifer. - Ya, kamu berdua berhubung. 410 00:30:03,134 --> 00:30:04,886 Tak, maksud saya… 411 00:30:04,969 --> 00:30:06,888 Pergi cari dia. 412 00:30:06,971 --> 00:30:07,972 Tipu dia. 413 00:30:08,056 --> 00:30:11,351 Gunakan dia untuk alih perhatian daripada kita. 414 00:30:13,311 --> 00:30:16,940 Kamu tak tahu kekecohan yang Álex timbulkan di kasino. 415 00:30:18,608 --> 00:30:22,487 Dia akan buru kita. Dia tak rugi apa-apa. 416 00:30:22,987 --> 00:30:25,406 Kamu perlu lebih pantas daripada dia. 417 00:30:25,907 --> 00:30:27,909 Jika Álex tahu perkara sebenar, 418 00:30:28,493 --> 00:30:31,287 kamu akan dipenjarakan. 419 00:30:31,788 --> 00:30:33,665 - Faham? - Okey. 420 00:30:33,748 --> 00:30:34,582 Gerak! 421 00:30:34,666 --> 00:30:35,625 Baiklah. 422 00:30:53,017 --> 00:30:55,937 Tak boleh, Clara! Saya dah lama tak pergi melawat. 423 00:30:57,188 --> 00:30:58,690 Saya rasa bersalah. 424 00:30:59,315 --> 00:31:02,694 Gadis itu sunyi. Saya patut lawat dia sekali sekala. 425 00:31:03,194 --> 00:31:05,113 Itu saja saya boleh buat, bukan? 426 00:31:06,990 --> 00:31:10,743 Saya pergi dulu. Saya telefon apabila kembali ke bandar. 427 00:31:24,632 --> 00:31:25,466 Helo? 428 00:31:26,217 --> 00:31:27,385 Ya, siapa bercakap? 429 00:31:27,468 --> 00:31:29,220 Apa khabar? Ini Álex Guzmán. 430 00:31:30,388 --> 00:31:33,266 Saya tahu ini mungkin pelik. 431 00:31:33,349 --> 00:31:34,475 Terutamanya sebab 432 00:31:35,059 --> 00:31:37,854 kita dah lama tak berbual, 433 00:31:39,063 --> 00:31:40,857 tapi kita perlu berjumpa. 434 00:31:41,941 --> 00:31:44,068 Awak ada sesuatu yang saya perlukan… 435 00:31:45,403 --> 00:31:48,823 Boleh saya telefon semula nanti? 436 00:31:48,907 --> 00:31:49,908 Baiklah. 437 00:31:49,991 --> 00:31:52,744 Tak, saya akan telefon awak. Ya, pasti. 438 00:31:53,494 --> 00:31:54,495 Okey! 439 00:31:55,079 --> 00:31:56,080 Lain kali. 440 00:31:59,000 --> 00:32:00,460 Apa yang dia mahu? 441 00:32:01,002 --> 00:32:02,003 Saya tak tahu. 442 00:32:02,712 --> 00:32:04,714 Kami nak jumpa di kedai kopi. 443 00:32:04,797 --> 00:32:07,133 Saya rasa awak patut tahu. 444 00:32:07,800 --> 00:32:10,094 Bagaimana dengan Diana Si Pemburu? 445 00:32:10,678 --> 00:32:11,512 Bagus. 446 00:32:11,596 --> 00:32:13,014 Dia tak syak saya. 447 00:32:14,015 --> 00:32:17,185 Idea awak sangat berguna untuk tahu apa Álex fikir 448 00:32:17,268 --> 00:32:18,978 atau apa langkah dia seterusnya. 449 00:32:19,646 --> 00:32:20,647 Baguslah. 450 00:32:21,564 --> 00:32:24,108 Gunalah pengetahuan IT 451 00:32:24,192 --> 00:32:25,818 yang saya bayar untuk awak. 452 00:32:25,902 --> 00:32:27,737 Beri dia maklumat palsu. 453 00:32:28,947 --> 00:32:30,573 Siasat apa dia nak. 454 00:32:33,701 --> 00:32:36,245 Jangan sebut tentang Sara atau anaknya. 455 00:32:37,747 --> 00:32:40,041 Ya, jangan risau. 456 00:32:40,708 --> 00:32:41,793 Saya bunuh dia. 457 00:32:42,335 --> 00:32:44,212 Saya potong tali paracut. 458 00:32:44,879 --> 00:32:46,506 Tiada siapa akan tahu hal sebenar. 459 00:32:58,101 --> 00:32:59,352 Nicandro, 460 00:32:59,435 --> 00:33:02,021 Álex hubungi Marifer. 461 00:33:02,689 --> 00:33:05,191 Ini lebih teruk daripada yang ayah sangka. 462 00:33:06,609 --> 00:33:08,778 Dah tiba masa untuk kita persalahkan 463 00:33:09,445 --> 00:33:10,530 Marifer. 464 00:33:16,869 --> 00:33:17,912 Zum masuk. 465 00:33:17,996 --> 00:33:18,871 Itu dia. 466 00:33:22,417 --> 00:33:23,376 Marifer? 467 00:33:24,752 --> 00:33:26,254 Faham maksud saya? 468 00:33:28,464 --> 00:33:31,426 Marifer di Valle pada hari mereka bunuh adik saya? 469 00:33:31,968 --> 00:33:33,970 Kenapa dia bersembunyi? 470 00:33:36,639 --> 00:33:38,266 Boleh saya minta tolong? 471 00:33:39,892 --> 00:33:41,477 Saya nak tengok bilik Sara. 472 00:33:42,311 --> 00:33:44,063 Saya perlu tutup bab ini. 473 00:33:46,107 --> 00:33:47,775 Sara sebahagian daripadanya. 474 00:33:49,861 --> 00:33:50,862 Lima minit. 475 00:33:52,447 --> 00:33:54,490 BILIK SARA GUZMÁN 476 00:33:58,453 --> 00:34:03,041 Ayah, semuanya nampak sama seperti 18 tahun lalu. 477 00:34:04,125 --> 00:34:06,502 Tapi saya tak jumpa diari itu. 478 00:34:07,003 --> 00:34:09,589 Bertenang. Tiada siapa tahu di mana Sara. 479 00:34:10,381 --> 00:34:11,924 Kita tak perlu risau. 480 00:34:16,054 --> 00:34:17,638 Betul kata awak, Álex. 481 00:34:18,890 --> 00:34:22,393 Dah tiba masa untuk awak tahu perkara sebenar. 482 00:34:24,312 --> 00:34:25,605 Saya akan beritahu awak 483 00:34:27,398 --> 00:34:29,776 di mana Sara berada. 484 00:38:13,874 --> 00:38:19,171 Terjemahan sari kata oleh NNorhan