1 00:00:12,000 --> 00:00:14,833 Sekali lagi, saya sudah tulis tajuk utama untuk awak. 2 00:00:14,916 --> 00:00:15,958 "Cik Shed"? 3 00:00:16,041 --> 00:00:17,458 Cikgu gred pertama kita? 4 00:00:17,541 --> 00:00:19,875 Dia kejam. Saya tak suka ini. 5 00:00:19,958 --> 00:00:23,625 Katanya "misi tercapai." Kami kalahkan bot itu. 6 00:00:23,708 --> 00:00:27,208 Mereka nak makan kami, tapi mereka cuma makan penumbuk saya. 7 00:00:27,291 --> 00:00:30,583 Mereka kecewa sebab penumbuk itu tak cukup untuk mereka? 8 00:00:30,666 --> 00:00:32,666 Penumbuk ini cukup untuk mereka. 9 00:00:32,750 --> 00:00:33,666 Jadi, mereka menang? 10 00:00:33,750 --> 00:00:36,583 Jangan harap. Bangsat-bangsat itu ambil jalan keluar mudah. 11 00:00:36,666 --> 00:00:38,083 Kita boleh makan orang, 12 00:00:38,166 --> 00:00:40,708 tapi pada hari pertama, saya kata tak boleh. 13 00:00:40,791 --> 00:00:43,791 Jadi, semuanya muktamad. Kita ada perarakan untuk saya dan Lucy. 14 00:00:44,291 --> 00:00:46,708 Hal seterusnya, apa kata kita makan orang? 15 00:00:46,791 --> 00:00:48,875 - Aduhai. - Berhenti cadangkannya. 16 00:00:48,958 --> 00:00:52,125 Saya tahu orang nak tahu apa yang berlaku dengan saya dan Lucy. 17 00:00:52,208 --> 00:00:55,375 Tak juga. Kami cuba fahami apa yang berlaku di atas bot. 18 00:00:55,458 --> 00:00:58,500 Saya nampak seorang wanita muntah, kemudian muntah itu terbakar, 19 00:00:58,583 --> 00:01:01,125 kemudian api masuk badan dia dan dia meletup. 20 00:01:01,208 --> 00:01:04,250 Kami bekerjasama untuk selamatkan semua orang. 21 00:01:04,333 --> 00:01:07,458 Tapi hubungan kami cuma hubungan profesional. 22 00:01:07,541 --> 00:01:10,125 Adakah ia akan menjadi hubungan seksual? Soalan bagus. 23 00:01:10,208 --> 00:01:14,125 Seperti semua ahli pasukan yang hebat, jelas ada sesuatu di sana. 24 00:01:14,208 --> 00:01:15,958 Lihatlah Brady dan Gronk. 25 00:01:16,041 --> 00:01:19,208 Awak takkan begitu serasi jika awak tak melampaui batas fizikal. 26 00:01:19,291 --> 00:01:21,958 Di atas bot, saya nampak seorang lelaki berak lelaki lain. 27 00:01:22,041 --> 00:01:23,541 Aduhai, masih cakap tentang itu? 28 00:01:23,625 --> 00:01:26,875 Ia dah berakhir. Saya dah jadi wira lagi! Misi tercapai! 29 00:01:30,750 --> 00:01:32,541 Kenapa saya masih hidup? 30 00:01:32,625 --> 00:01:35,166 Usah dengar cakap dia. Ini hal lalu! 31 00:01:45,750 --> 00:01:47,541 Tunggu, awak bina radio? 32 00:01:47,625 --> 00:01:49,916 Supaya awak boleh minta satu lagi serangan? 33 00:01:50,000 --> 00:01:51,666 Saya tahu saya tak boleh percayai awak. 34 00:01:51,750 --> 00:01:55,708 Tiga kali awak cuba bunuh saya. Pencerobohan itu, batu itu… 35 00:01:55,791 --> 00:01:58,041 Beginilah. Situasi saya sukar, Farrah. 36 00:01:58,125 --> 00:01:59,708 Usah merungut. 37 00:01:59,791 --> 00:02:03,250 Saya tak merungut. Bukannya saya mahu hubungi mereka pun. 38 00:02:03,333 --> 00:02:04,333 Saya terpaksa. 39 00:02:04,416 --> 00:02:06,166 Tugas saya… 40 00:02:06,250 --> 00:02:07,083 Tahi. 41 00:02:07,166 --> 00:02:09,500 …mengikut Kod Kragnorp. 42 00:02:09,583 --> 00:02:13,083 Cara purbanya ialah perkara yang pisahkan kami daripada Lintah Kerja dan Jewz. 43 00:02:13,166 --> 00:02:14,458 Dengan "z". Ia berbeza. 44 00:02:14,541 --> 00:02:17,916 Kod itulah sebab kami perlu sebarkan kesedaran hebat kami 45 00:02:18,000 --> 00:02:19,500 kepada dunia yang lemah. 46 00:02:19,583 --> 00:02:20,625 Bunyinya macam alasan 47 00:02:20,708 --> 00:02:23,208 untuk merayau di alam semesta sambil bunuh orang. 48 00:02:23,708 --> 00:02:26,375 Beginilah, saya perlukan benda itu untuk cari TOD 49 00:02:26,458 --> 00:02:29,291 sebab kawan rapat anak-anak saya ialah siborg membunuh. 50 00:02:29,375 --> 00:02:33,000 Kalau awak nak cari TOD, awak perlukan bantuan saya. 51 00:02:33,083 --> 00:02:36,291 "Bantuan"? Mungkin awak boleh tipu dan masuk fikiran saya lagi. 52 00:02:36,375 --> 00:02:38,541 Mimpi saya sangat pelik sejak itu. 53 00:02:40,625 --> 00:02:41,750 Ayah. 54 00:02:43,250 --> 00:02:44,916 Teruknya. 55 00:02:45,000 --> 00:02:47,500 - Keluar dari otak saya. - Awak fikir saya mahu berada di sini? 56 00:02:47,583 --> 00:02:51,375 Radio itu dibina untuk Orang Cardi-B oleh Orang Cardi-B. 57 00:02:51,458 --> 00:02:52,708 Awak tahu, FUBU. 58 00:02:52,791 --> 00:02:54,500 Menggunakannya untuk mengesan isyarat 59 00:02:54,583 --> 00:02:57,958 memerlukan empat lengan dan satu siku yang melakukan ini. 60 00:02:59,125 --> 00:03:01,083 Baiklah, awak ikut saya. 61 00:03:01,166 --> 00:03:05,416 Boleh juga. Walaupun hari ini giliran saya untuk mengacara kelab buku. 62 00:03:05,500 --> 00:03:06,916 Saya ada kawan lain. 63 00:03:09,333 --> 00:03:12,125 Itu pun awak. Awak terlepas sidang akhbar saya. 64 00:03:12,208 --> 00:03:15,166 Ya, saya tak rasa nak bangun pagi tadi. 65 00:03:15,250 --> 00:03:19,000 Mak saya selalu buat begitu berhari-hari. Dia memang pandai. 66 00:03:19,083 --> 00:03:20,916 Saya rasa saya murung. 67 00:03:21,000 --> 00:03:25,833 Tunggu, awak betul-betul sedih? Kenapa? Kita selamatkan semua orang. 68 00:03:25,916 --> 00:03:27,291 Tidak, kita tak lakukan itu. 69 00:03:27,375 --> 00:03:31,333 Wanita bernama Joy itu dah jadi sup. Kita tak selamatkan sesiapa daripada bot. 70 00:03:31,416 --> 00:03:33,125 Mereka kanibal, kawan. 71 00:03:33,208 --> 00:03:35,333 Ya, tapi mereka sama seperti kita dulu. 72 00:03:35,416 --> 00:03:38,250 Adakah itu bermakna kita semua mampu jadi begitu? 73 00:03:38,333 --> 00:03:39,625 Adakah orang cuma jahat? 74 00:03:42,041 --> 00:03:43,375 Okey, selamat tinggal! 75 00:03:44,666 --> 00:03:46,458 Apa tujuan semua ini? 76 00:03:46,958 --> 00:03:48,333 Awak juga sedih. 77 00:03:48,416 --> 00:03:51,291 Biasanya di negara ini, bencana bot bermakna satu peluang. 78 00:03:51,375 --> 00:03:56,541 Peristiwa Maine, Lusitania, Pearl Harbor. Apabila bot meletup, kita naik gila. 79 00:03:56,625 --> 00:03:59,583 Pasaran saham meningkat dua kali ganda, kita memiliki Filipina 80 00:03:59,666 --> 00:04:02,125 dan bandar miskin dipenuhi heroin. 81 00:04:02,208 --> 00:04:03,375 Tapi saya… 82 00:04:03,875 --> 00:04:06,750 - Saya tak mampu lakukannya. - Itu kata dia, tapi tolonglah! 83 00:04:06,833 --> 00:04:09,208 Orang di atas kapal itu orang-orang saya. 84 00:04:09,291 --> 00:04:12,041 Orang Amerika sebenar. Sekarang mereka dah mati. 85 00:04:12,625 --> 00:04:15,041 Semua undian itu dah tiada. 86 00:04:15,125 --> 00:04:19,000 Kawan, mereka mati sebab kita kalahkan mereka yang kanibal. 87 00:04:19,083 --> 00:04:20,875 Kita patut raikannya. 88 00:04:20,958 --> 00:04:22,291 Beginilah. Perarakan. 89 00:04:22,375 --> 00:04:23,791 Arahan eksekutif. 90 00:04:23,875 --> 00:04:27,416 Awak dan Lucy perlu rancang perarakan kemenangan hari ini. 91 00:04:27,500 --> 00:04:29,083 Tapi bukan semasa kelab buku. 92 00:04:29,166 --> 00:04:32,125 Axatrax pilih The Goldfinch dan buku itu bagus. 93 00:04:36,708 --> 00:04:41,291 Saya tak tahu itu orang! Saya makan orang. Oh, Tuhan! 94 00:04:41,375 --> 00:04:42,666 Tidak, diamlah. 95 00:04:43,875 --> 00:04:45,125 Awak berdua pula? 96 00:04:45,208 --> 00:04:46,625 Tuan, kami perlukan kenderaan. 97 00:04:46,708 --> 00:04:49,208 Awak tak datang untuk merungut tentang kapal layar itu? 98 00:04:49,291 --> 00:04:52,833 Kenapa pula? Melihat manusia mati sambil melepak bersama kawan baik saya? 99 00:04:52,916 --> 00:04:53,958 Saya seronok. 100 00:04:54,041 --> 00:04:57,250 Saya perlu cari TOD. Dia aset ketenteraan, jadi kerajaan… 101 00:04:57,333 --> 00:04:59,583 Tunggu, kita ada Broken Arrow? 102 00:04:59,666 --> 00:05:02,500 Travolta, Slater, Mulligan. 103 00:05:02,583 --> 00:05:06,916 Dengan Samantha Mathis, Delroy Lindo, Frank Whaley, Howie Long… 104 00:05:07,000 --> 00:05:08,458 Tn. Presiden, hal ini penting. 105 00:05:08,541 --> 00:05:10,750 - Jeneral Scarpaccio. - Ya, tuan. 106 00:05:10,833 --> 00:05:15,250 Saya mahu kamu sediakan semua sumber untuk misi pencarian sasaran yang sukar 107 00:05:15,333 --> 00:05:18,541 dengan prasangka melampau. Sekarang, pergi dari sini. 108 00:05:18,625 --> 00:05:21,958 Okey. Saya sudah menyegi tiga suar pengesan TOD. 109 00:05:22,041 --> 00:05:24,666 Dia masih hidup? Saya akan bawa kompas. Saya ada kompas! 110 00:05:24,750 --> 00:05:27,458 Tidak, lokasinya tak berubah sepanjang pagi, 111 00:05:27,541 --> 00:05:28,958 maksudnya dia pasti… 112 00:05:29,041 --> 00:05:31,250 Mandi lama-lama selepas bola sepak. 113 00:05:31,333 --> 00:05:32,583 Kami jejaki isyarat itu 114 00:05:32,666 --> 00:05:35,125 ke pusat beli-belah di Taman Takoma, Maryland. 115 00:05:35,208 --> 00:05:39,375 - Yang ada kedai Lego? - Kamu yang terbaik di negara kita. 116 00:05:39,458 --> 00:05:41,541 Saya percayai kamu dengan misi ini… 117 00:05:41,625 --> 00:05:43,583 Tunggu! Kita perlukan nama hebat untuk misi ini. 118 00:05:43,666 --> 00:05:46,500 Okey, apa yang hebat? Operasi Rokok Zack Morris? 119 00:05:46,583 --> 00:05:49,833 - Operasi Pendakap Bersinar dalam Gelap? - Operasi Pin Lilin Dengan Belichick. 120 00:05:49,916 --> 00:05:51,000 Masa Tidur Tengah Malam. 121 00:05:51,083 --> 00:05:54,291 - Ayah Kata "I Love You" di WrestleMania. - Operasi Tangkap Bola Elak. 122 00:05:54,375 --> 00:05:57,916 - Operasi Parti Piza Mortal Kombat! - …Piza Mortal Kombat! 123 00:06:01,916 --> 00:06:03,208 Sama-sama! 124 00:06:03,833 --> 00:06:05,208 Nah, kawan. 125 00:06:05,291 --> 00:06:07,791 Tak, awak wira saya. 126 00:06:10,166 --> 00:06:12,458 Kecewa! 127 00:06:16,541 --> 00:06:18,625 Awak panggil itu perarakan? 128 00:06:18,708 --> 00:06:20,750 Perarakan sepatutnya ada bas air, 129 00:06:20,833 --> 00:06:23,791 begpaip yang saling bersaing hingga awak tak dengar apa-apa, 130 00:06:23,875 --> 00:06:28,708 serta Gronk tanpa baju yang memeluk Brady dan awak kata, "Adakah ini akan berlaku?" 131 00:06:29,750 --> 00:06:30,833 Sekarang awak? 132 00:06:30,916 --> 00:06:33,458 Tak. Awak Urkel saya. 133 00:06:33,541 --> 00:06:35,833 Di atas bot, saya hebat. 134 00:06:35,916 --> 00:06:38,541 Macam lelaki sukan. Tapi sekarang tidak lagi. 135 00:06:38,625 --> 00:06:40,750 Apa? Kenapa kalian masih bersedih? 136 00:06:40,833 --> 00:06:43,041 Sebab ada antara kita makan orang. 137 00:06:43,125 --> 00:06:44,125 Okey, Irstenkay, 138 00:06:44,208 --> 00:06:47,916 makan daging manusia dan bersedih tentangnya bukan satu personaliti. 139 00:06:48,000 --> 00:06:50,666 - Tuhan. - Kawan-kawan, sedarlah. 140 00:06:50,750 --> 00:06:53,083 Serangan makhluk asing lebih teruk daripada bot itu 141 00:06:53,166 --> 00:06:55,083 dan kita lupakannya dalam satu hari. 142 00:06:55,166 --> 00:06:56,958 Dengan nama Tuhan, 143 00:06:57,041 --> 00:06:59,791 dengan nama penuhnya, Godfrey von Mandaddy, 144 00:06:59,875 --> 00:07:01,375 apa yang awak cakapkan? 145 00:07:01,458 --> 00:07:04,458 Serangan itu berlaku berbulan lalu dan hidup kita bagus sekarang. 146 00:07:04,541 --> 00:07:05,666 Saya presiden. 147 00:07:05,750 --> 00:07:08,583 Kita tak kalahkan apa-apa. Semua orang tersayang kita dah mati. 148 00:07:08,666 --> 00:07:11,875 Entah apa saya akan buat jika saya tak ambil kursus Vanna White di UNLV 149 00:07:11,958 --> 00:07:13,375 tentang senyum dalam kesedihan. 150 00:07:13,458 --> 00:07:18,000 Peperiksaan akhirnya ialah perbualan selama 15 minit dengan Pat Sajak. 151 00:07:18,083 --> 00:07:22,083 - Awak nampak saya menangis setiap hari. - Saya sangka itu kerana hinaan saya. 152 00:07:22,166 --> 00:07:25,583 Tuan, bibir saya mungkin keras kerana kematian bibir, 153 00:07:25,666 --> 00:07:27,958 tapi saya masih berkabung atas pemergian kawan saya, Freddy 154 00:07:28,041 --> 00:07:30,541 yang buat barbeku terbaik di D.C. 155 00:07:31,500 --> 00:07:32,833 Freddy, saya kagum. 156 00:07:32,916 --> 00:07:35,416 Saya suka barbeku awak hampir seperti saya suka 157 00:07:35,500 --> 00:07:38,000 kebijaksanaan awak yang biasa dan unik. 158 00:07:38,083 --> 00:07:42,291 Persahabatan kita mungkin satu-satunya perkara suci di bandar kotor ini. 159 00:07:42,375 --> 00:07:43,666 Apa nama akhir saya? 160 00:07:45,791 --> 00:07:50,125 Tuan, jika awak fikir awak dah lupakan semuanya, awak sengaja nafikannya. 161 00:07:50,208 --> 00:07:53,000 Okey, beginilah. Dalam hidup, banyak benda akan berlaku. 162 00:07:53,083 --> 00:07:56,625 Kalau ia benda yang awak tak nak fikir, awak pendam saja. 163 00:07:56,708 --> 00:07:58,416 Itu cara Mulligan. 164 00:07:58,500 --> 00:08:01,041 Kecuali Pak Cik Billy. 165 00:08:01,125 --> 00:08:04,458 Tiada siapa nak cakap tentang perasaan sebenar mereka? 166 00:08:04,541 --> 00:08:05,916 Tanpa Mak Cik Agnes… 167 00:08:06,000 --> 00:08:09,083 Baguslah, Billy nak bercakap. 168 00:08:09,166 --> 00:08:11,041 Itu akan buat dia hidup semula. 169 00:08:13,125 --> 00:08:16,625 Sebab itulah saya jadi penjaga rumah api. Untuk lari daripada kalian. 170 00:08:16,708 --> 00:08:18,541 Kalau begitu, jagalah rumah api awak! 171 00:08:18,625 --> 00:08:20,750 Baiklah! Saya akan pergi jaga sekarang. 172 00:08:20,833 --> 00:08:22,541 Okey, kawan, jumpa lagi. 173 00:08:22,625 --> 00:08:24,166 Tak, jumpa lagi! 174 00:08:27,958 --> 00:08:30,375 Perasaan kalian terpendam. 175 00:08:30,458 --> 00:08:32,375 Kalaulah awak buat terapi semasa kecil. 176 00:08:32,458 --> 00:08:34,500 Saya nak rekomen ahli terapi saya, tapi mungkin dia dah mati. 177 00:08:34,583 --> 00:08:36,500 Dia pakar dalam hisap jari dewasa. 178 00:08:36,583 --> 00:08:39,541 Saya ada terapi sendiri, terima kasih banyak. 179 00:08:39,625 --> 00:08:43,875 Jika saya ada perasaan semasa saya kecil seperti marah atau menangis, 180 00:08:43,958 --> 00:08:46,166 atau perasaan melawat ayah awak di penjara 181 00:08:46,250 --> 00:08:48,500 dan mereka kata dia dibebaskan tiga bulan lalu, 182 00:08:48,583 --> 00:08:51,458 saya akan luah perasaan dengan bermain Grand Theft Auto. 183 00:08:51,541 --> 00:08:54,791 GTA 3 berlatarbelakangkan bandar yang pada dasarnya New York. 184 00:08:54,875 --> 00:08:59,458 Termasuk Stadium Yankee. Saya selalu huru-harakan tempat itu. 185 00:09:00,541 --> 00:09:01,666 Rasakan itu, Jeter. 186 00:09:01,750 --> 00:09:03,875 Awak teruk, Steinbrenner. 187 00:09:03,958 --> 00:09:07,250 Rivera, awak hebat, saya suka awak. 188 00:09:07,333 --> 00:09:10,708 - Tuan, orang lain nak main. - Kenapa awak panggil saya "tuan"? 189 00:09:10,791 --> 00:09:13,166 Ya, itu tak bagus. 190 00:09:13,250 --> 00:09:16,541 Ayah kurung saya di gudang bawah tanah sebab lipat baju Kakak. 191 00:09:16,625 --> 00:09:17,750 Awak yang sakit! 192 00:09:17,833 --> 00:09:19,833 Awak taasub dengan masa lalu. 193 00:09:19,916 --> 00:09:23,708 Awak patut ikut cara saya. Cuma pendam perasaan dan bergembira. 194 00:09:23,791 --> 00:09:25,958 Matty, jika awak perlu cakap dengan seseorang… 195 00:09:26,041 --> 00:09:26,916 Tentang apa? 196 00:09:27,000 --> 00:09:30,333 Kenapa mak saya orang berbeza satu tahun dulu dan tiada siapa sebut? 197 00:09:30,416 --> 00:09:32,333 Macam Mak Cik Viv dalam The Fresh Prince? 198 00:09:32,416 --> 00:09:34,333 Maknanya saya Will Smith. 199 00:09:34,416 --> 00:09:35,666 Baguslah. 200 00:09:37,375 --> 00:09:40,791 Hari ini hari yang baik untuk saya dan saya takkan biarkan awak rosakkannya. 201 00:09:40,875 --> 00:09:43,291 Keluar dari pejabat saya. Bawa dia bersama awak. 202 00:09:45,416 --> 00:09:49,500 Ya. Heret Fabia keluar seperti seguni spageti yang sedap. 203 00:09:49,583 --> 00:09:53,416 Saya tahu awak anggap saya bodoh, tapi ini diri sebenar saya. 204 00:09:56,708 --> 00:09:58,375 Kalau beginilah kelajuan kita, 205 00:09:58,458 --> 00:10:02,083 kita akan tiba di otak mati TOD dalam lapan jam. 206 00:10:02,166 --> 00:10:04,125 Melainkan awak bawa kami ke perangkap. 207 00:10:04,208 --> 00:10:05,708 Boleh picit saya? 208 00:10:05,791 --> 00:10:08,458 Saya minta awak picit kelenjar flermp saya. 209 00:10:08,541 --> 00:10:10,833 Saya sibuk sekarang dan jika ia pecah… 210 00:10:12,916 --> 00:10:15,083 Aduhai, ia dah keluar. 211 00:10:15,583 --> 00:10:17,791 Saya juga nak kata, apa dia? 212 00:10:17,875 --> 00:10:20,083 Kenapa awak fikir saya akan perangkap awak? 213 00:10:20,166 --> 00:10:24,083 Menipu saya dan cuba bunuh saya ialah kerja awak. 214 00:10:24,166 --> 00:10:28,250 Farrah, saya sedang cuba. Saya tak perlu beritahu awak tentang radio. 215 00:10:28,333 --> 00:10:32,125 Ya, satu bantuan kecil benar-benar memaafkan genosid besar. 216 00:10:32,208 --> 00:10:34,750 Saya sangka manusia percaya pada peluang kedua. 217 00:10:34,833 --> 00:10:37,458 Walaupun selepas Freddie Prinze Jr. mengaku kepada Rachael Leigh Cook 218 00:10:37,541 --> 00:10:38,625 semuanya pertaruhan. 219 00:10:38,708 --> 00:10:41,958 Dia memang patut tahu. Dia hodoh dengan cermin mata. 220 00:10:42,041 --> 00:10:45,541 Saya saintis. Saya percaya pada data. Fikir tentang TOD-209. 221 00:10:45,625 --> 00:10:49,166 Dua ratus lapan TOD lain hilang akal dan musnahkan diri sendiri, 222 00:10:49,250 --> 00:10:52,458 jadi saya tahu semua yang menanti kita di penghujung perjalanan ini 223 00:10:52,541 --> 00:10:55,041 ialah otak busuk di dalam robot berkarat 224 00:10:55,125 --> 00:10:58,750 di pusat beli-belah di mana gadis remaja pernah tolak saya ke bawah eskalator. 225 00:10:58,833 --> 00:11:00,833 Saya jatuh selama 45 minit. 226 00:11:00,916 --> 00:11:05,250 BAJU SEORANG NENEK TERKOYAK DEK ESKALATOR 227 00:11:05,333 --> 00:11:08,083 Aduh. Tak ada siapa nak tolong? 228 00:11:08,583 --> 00:11:10,166 Tidak! Seluar saya. 229 00:11:10,250 --> 00:11:13,250 Itu dia. 230 00:11:13,333 --> 00:11:16,875 Saya ada data awak yang cukup untuk tahu saya tak boleh percayai awak lagi. 231 00:11:16,958 --> 00:11:17,958 Jahatnya awak. 232 00:11:18,041 --> 00:11:20,541 Tak, ia dipanggil belajar daripada pengalaman lalu. 233 00:11:20,625 --> 00:11:24,708 Sebab itu saya takkan sentuh dapur panas atau ambil gambar kehamilan di zoo. 234 00:11:24,791 --> 00:11:27,750 - Saya tak mahu tahu… - Mereka perlu matikan seekor singa. 235 00:11:29,375 --> 00:11:31,041 Tuan, kita sudah bercakap… 236 00:11:31,125 --> 00:11:34,583 Tak! Percakapan awak dah rosakkan perarakan saya. 237 00:11:34,666 --> 00:11:36,250 Jangan rosakkan ini. 238 00:11:36,833 --> 00:11:39,916 Matty, saya tahu kita tak bersama, tapi awak boleh cari gadis sebenar. 239 00:11:40,000 --> 00:11:41,916 Petua, masukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro dulu. 240 00:11:42,000 --> 00:11:45,291 Ini model untuk tugu saya. 241 00:11:45,375 --> 00:11:47,916 Awak selamatkan manusia dua kali, awak dapat tugu. 242 00:11:48,000 --> 00:11:48,833 Peraturan baharu. 243 00:11:48,916 --> 00:11:50,958 Ia agak abstrak untuk cita rasa saya. 244 00:11:51,041 --> 00:11:53,375 Saya suka patung lelaki putih di atas kuda. 245 00:11:53,458 --> 00:11:56,125 - Kuda jantan. - Ini cuma prototaip. 246 00:11:56,208 --> 00:11:58,916 Untuk hasil akhir, kita upah pakar seperti wanita yang buat 247 00:11:59,000 --> 00:12:01,125 patung Make Way for Ducklings di Boston. 248 00:12:01,208 --> 00:12:04,583 Patung ibu itik itu selalu jaga saya semasa ibu bapa saya ke trek anjing. 249 00:12:04,666 --> 00:12:08,166 - Wanita itu pasti tak hidup lagi. - Sebab itu kami di sini. 250 00:12:08,250 --> 00:12:12,458 Kami tahu awak suka Boston, tapi awak perlu tahu ia dah tiada, bukan? 251 00:12:12,541 --> 00:12:13,375 Saya tak tahu. 252 00:12:13,458 --> 00:12:16,250 Boston selamat daripada bencana lebih teruk daripada serangan pepijat. 253 00:12:16,333 --> 00:12:18,708 Ingat lagi Banjir Molases 1919? 254 00:12:18,791 --> 00:12:21,166 Atau loghat Jack Nicholson dalam The Departed? 255 00:12:21,250 --> 00:12:24,291 Jadi, ya, Boston mungkin baik-baik saja. 256 00:12:24,375 --> 00:12:25,208 Aduhai. 257 00:12:25,291 --> 00:12:28,416 Matty, kali pertama saya kalah dalam pagean, saya tak boleh terima. 258 00:12:28,500 --> 00:12:31,500 Macam mana gadis dari Pahrump boleh menang Dewi Remaja Nevada? 259 00:12:31,583 --> 00:12:34,291 Maaf, tapi jika awak pekak, bahasa isyarat bukan bakat. 260 00:12:34,375 --> 00:12:37,333 Jika awak ceritakan kisah ini lagi, jangan kata begitu. 261 00:12:37,416 --> 00:12:40,666 Jadi, saya enggan mengaku kalah. Saya buat selempang dan tiara sendiri 262 00:12:40,750 --> 00:12:42,708 dan buat pembukaan pusat beli-belah sendiri. 263 00:12:42,791 --> 00:12:47,041 Pusat beli-belah ini tak dibuka hingga Dewi Remaja Nevada kata ia dibuka! 264 00:12:48,625 --> 00:12:51,583 Maksud saya, jika awak tak terima kebenaran, 265 00:12:51,666 --> 00:12:52,750 awak akan rasa marah. 266 00:12:52,833 --> 00:12:56,333 Awak perlu terima hakikat, nak. Makhluk asing itu musnahkan semuanya. 267 00:12:56,416 --> 00:12:59,250 Termasuk ladang keluarga saya selama bertahun-tahun. 268 00:12:59,333 --> 00:13:02,166 Kecuali beberapa tahun selepas Perang Saudara. 269 00:13:02,250 --> 00:13:06,083 Okey. Kami tahu awak tak nak dengar, jadi kami perlu tunjukkan sesuatu. 270 00:13:06,166 --> 00:13:08,375 Tunjukkan cara gerakkan pinggul semasa berjalan? 271 00:13:08,458 --> 00:13:09,333 Tidak! 272 00:13:14,625 --> 00:13:15,625 Tidak. 273 00:13:16,416 --> 00:13:17,625 Makhluk asing itu. 274 00:13:17,708 --> 00:13:19,500 Mereka musnahkannya! 275 00:13:20,000 --> 00:13:21,833 Ia terdampar beberapa minggu lepas. 276 00:13:21,916 --> 00:13:24,625 Kami enggan beritahu awak. Awak dah lalui macam-macam. 277 00:13:24,708 --> 00:13:27,041 Tapi sekarang kami tahu awak tak lalui apa-apa… 278 00:13:27,125 --> 00:13:30,458 Raksasa Hijau dimusnahkan oleh raksasa hijau. 279 00:13:30,541 --> 00:13:32,791 Sanggup mereka buat begini kepada makhluk sendiri? 280 00:13:32,875 --> 00:13:36,208 Saya tahu awak sedih, tapi ini untuk kebaikan awak. 281 00:13:36,291 --> 00:13:37,625 Boston dah tiada. 282 00:13:37,708 --> 00:13:38,833 Sudah tentu tiada! 283 00:13:38,916 --> 00:13:43,375 Mereka mungkin letupkannya dahulu. Ia hab pendidikan dan inovasi global. 284 00:13:43,458 --> 00:13:46,833 Dengan suasana malam yang lebih meriah daripada New York. 285 00:13:46,916 --> 00:13:48,916 Kerana kereta api berhenti beroperasi pada satu pagi, 286 00:13:49,000 --> 00:13:50,791 tapi bar dibuka hingga dua pagi, 287 00:13:50,875 --> 00:13:55,541 kemudian awak tak boleh balik rumah, jadi awak perlu terus minum! 288 00:13:56,375 --> 00:13:58,875 Ya, bagus, Matty. Luahkannya. 289 00:13:58,958 --> 00:14:00,791 Teruknya masa kecil saya! 290 00:14:00,875 --> 00:14:04,333 Saya pergi ke Sekolah Katolik di Charlestown, di mana biarawatinya 291 00:14:04,416 --> 00:14:07,541 ialah perompak bersenjata dalam topeng biarawati. 292 00:14:07,625 --> 00:14:11,291 Apabila ibu saya hilang, ayah saya akan kata, 293 00:14:11,375 --> 00:14:14,041 "Nak, kamu wanita di rumah ini sekarang." 294 00:14:14,125 --> 00:14:16,916 Kemudian dia dan semua adik-beradik saya ketawa. 295 00:14:18,375 --> 00:14:19,875 Sekarang mereka dah mati 296 00:14:19,958 --> 00:14:23,250 dan tiada orang lain yang saya boleh salahkan atas masalah saya. 297 00:14:23,333 --> 00:14:28,625 Sekarang saya silap kerana tolak biasiswa besbol ke B.C. 298 00:14:28,708 --> 00:14:32,250 sebab saya fikir ia kartun tentang orang gua. 299 00:14:34,375 --> 00:14:38,875 Semasa saya masih bayi, mak saya akan tinggalkan saya di balai bomba 300 00:14:38,958 --> 00:14:42,583 dan bomba akan tinggalkan saya di balai bomba lain. 301 00:14:43,875 --> 00:14:45,500 Itu mungkin cukup untuk satu hari. 302 00:14:45,583 --> 00:14:48,708 Baiklah, mungkin kita patut lupakan masalah ini. 303 00:14:48,791 --> 00:14:49,791 Dah terlambat! 304 00:14:49,875 --> 00:14:51,583 Saya rasa semua perasaan ini! 305 00:14:51,666 --> 00:14:53,416 Awak buat begini kepada saya. 306 00:14:53,500 --> 00:14:55,500 Sekarang saya tahu perasaan Pak Cik Billy. 307 00:14:55,583 --> 00:14:57,083 Sebab itulah dia lari, 308 00:14:57,166 --> 00:14:59,875 menipu tentang kelayakannya sebagai penjaga rumah api 309 00:14:59,958 --> 00:15:02,833 dan menyebabkan beberapa kapal karam. 310 00:15:02,916 --> 00:15:05,916 - Tunggu, awak nak ke mana? - Saya nak lari! 311 00:15:06,000 --> 00:15:09,541 Saya tak nak jumpa kalian lagi. 312 00:15:13,750 --> 00:15:19,375 Norm! 313 00:15:19,458 --> 00:15:20,916 Giliran awak, Dr. B. 314 00:15:21,500 --> 00:15:22,541 Baiklah. 315 00:15:22,625 --> 00:15:24,875 Saya mengintip dengan mata saya 316 00:15:24,958 --> 00:15:27,583 sesuatu yang dibakar oleh Axatrax 317 00:15:27,666 --> 00:15:31,541 kerana Kod Meepmop yang mulia atau apa sajalah. 318 00:15:31,625 --> 00:15:33,916 Timbunan abu berbentuk budak di buaian itu? 319 00:15:34,000 --> 00:15:35,000 Ya, betul. 320 00:15:36,333 --> 00:15:38,833 Tunggu. Isyarat bergerak. 321 00:15:38,916 --> 00:15:41,833 Adakah itu bermakna TOD bergerak? Dia masih hidup? 322 00:15:41,916 --> 00:15:43,041 Alamak. 323 00:15:43,125 --> 00:15:44,500 Hentikan kereta. 324 00:15:47,000 --> 00:15:48,916 Dengan nama Tuhan, 325 00:15:49,000 --> 00:15:51,458 Godzorp Von Aliendaddy, apa awak buat? 326 00:15:51,541 --> 00:15:53,250 Jika TOD masih hidup, kita perlu bunuh dia. 327 00:15:53,333 --> 00:15:58,458 Letakkan pistol hebat itu sekarang supaya saya boleh main dengannya. 328 00:15:58,541 --> 00:16:00,875 Dua ratus lapan TOD telah bunuh diri. 329 00:16:00,958 --> 00:16:04,250 Saya harap TOD ini lakukannya segera sebab TOD yang tak mati 330 00:16:04,333 --> 00:16:06,000 biasanya buat banyak kerosakan dulu. 331 00:16:06,083 --> 00:16:07,875 Sudah bertahun-tahun kami rahsiakannya. 332 00:16:07,958 --> 00:16:09,958 Peristiwa Putus Elektrik New York City 2003. 333 00:16:10,041 --> 00:16:11,875 Semua kebakaran hutan di California. 334 00:16:11,958 --> 00:16:14,416 Kekeliruan sampul di Oscar 2017. 335 00:16:24,166 --> 00:16:27,916 Jadi, awak akan tembak dia? Awak takkan berikan dia peluang? 336 00:16:28,000 --> 00:16:29,875 Dua ratus lapan… 337 00:16:29,958 --> 00:16:31,375 Awak hipokrit! 338 00:16:31,458 --> 00:16:34,583 Saya gunakan Kod Kragnorp sebagai alasan untuk buat perkara buruk? 339 00:16:34,666 --> 00:16:37,000 Data ialah Kod Kragnorp awak. 340 00:16:37,083 --> 00:16:39,375 Alasan untuk ambil jalan keluar mudah. 341 00:16:39,458 --> 00:16:41,750 Alasan untuk tak beri peluang kedua kepada orang. 342 00:16:41,833 --> 00:16:44,583 Sebab nombor kata awak mungkin akan cedera. 343 00:16:44,666 --> 00:16:46,750 Oh, Tuhan, TOD cuma robot. 344 00:16:46,833 --> 00:16:48,333 Tak, awak robot. 345 00:16:48,416 --> 00:16:50,666 - Wah! - Ya, saya rasa agak bagus. 346 00:16:50,750 --> 00:16:54,208 Jika awak mahu bunuh TOD, awak perlu lawan kami. 347 00:16:54,291 --> 00:16:56,875 Dua jeneral terhormat dengan… 348 00:16:57,666 --> 00:16:59,666 Kenapa awak buat begitu setiap kali? 349 00:17:05,875 --> 00:17:09,208 Awak takkan jumpa dia tanpa radio saya. Awak tak boleh gunakannya tanpa… 350 00:17:09,291 --> 00:17:10,125 lengan saya. 351 00:17:10,208 --> 00:17:12,041 Betul. Okey. 352 00:17:14,166 --> 00:17:16,625 Oh, Tuhan. Matty masih belum balik? 353 00:17:16,708 --> 00:17:20,416 Tak. Cuba teka apa saya buat dengan semua kuasa yang tak disekat itu? 354 00:17:20,500 --> 00:17:21,375 Tiada apa-apa! 355 00:17:21,458 --> 00:17:23,083 Tiada apa-apa langsung! 356 00:17:23,166 --> 00:17:24,708 Saya risau akan dia. 357 00:17:24,791 --> 00:17:26,375 Bagaimana dengan saya? 358 00:17:26,458 --> 00:17:29,458 Saya Republikan terakhir di Bumi. Parti itu mati bersama saya. 359 00:17:29,541 --> 00:17:32,208 Bersama bahasa komunikasi rahsia Mak dan saya. 360 00:17:32,291 --> 00:17:34,791 Tippata. Deesamay pettapay. 361 00:17:36,375 --> 00:17:39,083 - Saya pun rasa begitu. - Saya sangka awak kusyen! 362 00:17:39,166 --> 00:17:41,125 Saya ingat dia anjing yang makan ham. 363 00:17:41,208 --> 00:17:44,083 Saya asyik terfikir cara makhluk asing mengewap Robert Caro 364 00:17:44,166 --> 00:17:45,250 sewaktu dia menulis, 365 00:17:45,333 --> 00:17:47,791 "Kesimpulannya, Lyndon Johnson ialah…" 366 00:17:47,875 --> 00:17:50,083 Ialah apa? Kita takkan tahu! 367 00:17:51,000 --> 00:17:53,791 Setidaknya Matty tiada di sini, jadi saya tak perlu bazir 10 minit 368 00:17:53,875 --> 00:17:55,708 cuba meyakinkan dia itu bunyi kerusi. 369 00:17:55,791 --> 00:17:57,500 Betul. Awak percayai saya, bukan? 370 00:17:57,583 --> 00:17:59,916 Ingat tak kali terakhir kerusi awak buat begitu? 371 00:18:00,000 --> 00:18:02,208 Berhenti berlari supaya saya boleh baunya. 372 00:18:02,291 --> 00:18:05,833 Peranan cabang eksekutif ialah menjalankan dan menguatkuasakan undang-undang, 373 00:18:05,916 --> 00:18:07,208 jadi benarkan saya. 374 00:18:07,291 --> 00:18:09,416 Awak pelajari itu hanya atas sebab kentut? 375 00:18:09,500 --> 00:18:12,625 Mesyuarat itu menyedihkan. Dr. Braun bentangkan 376 00:18:12,708 --> 00:18:15,083 tentang cara minuman Dasani rosakkan alat sulit kita. 377 00:18:15,166 --> 00:18:17,583 Tapi kita ketawa kerana Matty. 378 00:18:17,666 --> 00:18:20,250 Dia tahu ringankan suasana dengan kelakuan bodohnya. 379 00:18:20,333 --> 00:18:24,041 Tak lupa juga kenakalannya. Serta kelucuannya. 380 00:18:24,125 --> 00:18:26,291 Saya selalu asuh budak dulu. Sebagai penghargaan, 381 00:18:26,375 --> 00:18:28,541 ayah mereka belikan saya minyak wangi sama dengan isteri mereka. 382 00:18:28,625 --> 00:18:32,916 Bersama Matty ibarat menjaga bayi. Awak tak boleh fikir masalah awak 383 00:18:33,000 --> 00:18:35,166 apabila menjaga budak daripada jatuh tangga. 384 00:18:35,250 --> 00:18:37,500 Matty memang begitu. 385 00:18:38,666 --> 00:18:41,583 - Kawan, Selamat Tahun Baharu! - Tuan, sekarang bulan Mei. 386 00:18:42,250 --> 00:18:44,166 Jadi, kenapa saya berpakaian begini? 387 00:18:45,500 --> 00:18:47,083 Alamak! Kenapa! 388 00:18:47,166 --> 00:18:51,416 Dia alih perhatian kita daripada hidup yang amat teruk sekarang. 389 00:18:52,125 --> 00:18:53,000 Alamak! 390 00:18:53,583 --> 00:18:55,500 Si bodoh itu sebenarnya berguna. 391 00:18:55,583 --> 00:18:57,708 Walaupun dia benar-benar bodoh. 392 00:18:57,791 --> 00:18:59,208 Dia berguna 393 00:18:59,291 --> 00:19:00,958 sebelum kita rosakkan dia. 394 00:19:01,041 --> 00:19:04,708 Kita perlu cari budak itu dan baiki dia. Seperti yang kami buat dengan Gerald Ford 395 00:19:04,791 --> 00:19:08,416 selepas dia jatuh dari satu helikopter ke bilah helikopter lain. 396 00:19:10,666 --> 00:19:12,583 PUSAT BELI-BELAH TAMAN TAKOMA 397 00:19:18,041 --> 00:19:20,041 MENGAPA ALIEN TIDAK AKAN SERANG BUMI 398 00:19:23,166 --> 00:19:24,000 Itu pun awak. 399 00:19:30,416 --> 00:19:33,041 Wah! Hebatnya. 400 00:19:33,125 --> 00:19:35,791 Awak takkan cakap begitu kalau awak kenal dia. 401 00:19:35,875 --> 00:19:37,541 Helo, Farrah. 402 00:19:37,625 --> 00:19:40,750 Okey, ini tak diramalkan oleh data. 403 00:19:40,833 --> 00:19:42,666 TOD main piano. 404 00:19:42,750 --> 00:19:44,458 TOD suka piano. 405 00:19:44,541 --> 00:19:49,000 Awak tak bunuh sesiapa atau paksa Apple keluarkan produk 406 00:19:49,083 --> 00:19:52,583 yang gunakan pengecas MagSafe, Lightning dan USB-C serentak? 407 00:19:52,666 --> 00:19:55,708 Ya, satu TOD lakukannya. Saya perlu hidup dengannya. 408 00:19:55,791 --> 00:19:59,083 TOD hanya menerokai perasaan melalui lagu. 409 00:19:59,166 --> 00:20:01,541 TOD tulis lagu ini malam tadi. 410 00:20:01,625 --> 00:20:04,541 Bulan, kenapa kau? 411 00:20:04,625 --> 00:20:05,916 Oh, Tuhan. 412 00:20:06,000 --> 00:20:06,958 Bintang 413 00:20:07,041 --> 00:20:08,458 Bintang lain 414 00:20:08,541 --> 00:20:10,041 Bintang ketiga 415 00:20:10,125 --> 00:20:11,791 Awak tak musnahkan apa-apa. 416 00:20:11,875 --> 00:20:15,791 Awak cuba cipta sesuatu. Saya yang cuba letupkan sesuatu. 417 00:20:15,875 --> 00:20:18,916 Ya. Untuk apa misil pembinasa kereta kebal itu? 418 00:20:20,416 --> 00:20:21,250 Kereta kebal. 419 00:20:21,333 --> 00:20:23,583 Ya. Kereta kebal paling teruk. 420 00:20:25,083 --> 00:20:28,916 - TOD, boleh kita mula semula? - Tak. TOD gembira di sini. 421 00:20:29,000 --> 00:20:31,916 TOD ada kawan sekarang. Kawan robot lain. 422 00:20:32,000 --> 00:20:34,458 Tapi awak bukan robot. 423 00:20:34,541 --> 00:20:35,833 Awak manusia. 424 00:20:36,833 --> 00:20:38,166 Lebih daripada saya. 425 00:20:38,250 --> 00:20:39,458 Jadi, pulanglah. 426 00:20:39,541 --> 00:20:43,041 Jangan dengar cakap dia, TOD. Dia tak peduli tentang muzik. 427 00:20:43,125 --> 00:20:44,583 Macam mana itu boleh berlaku? 428 00:20:46,291 --> 00:20:48,833 TOD perlu tukar cecair tangki otak yang baharu. 429 00:20:48,916 --> 00:20:51,250 Ya. Agak kotor di dalam sana, kawan. 430 00:20:51,333 --> 00:20:52,375 Adakah itu katak? 431 00:20:52,458 --> 00:20:55,125 Ya. Si Froggy. Ia hebat. 432 00:20:55,208 --> 00:20:56,333 Jadi, bagaimana? 433 00:20:56,416 --> 00:20:57,958 Dengan satu syarat. 434 00:20:58,041 --> 00:21:00,666 Kugiran TOD ada persembahan malam ini. 435 00:21:00,750 --> 00:21:01,750 Aduhai. 436 00:21:01,833 --> 00:21:04,000 Awak perlu pesan sekurang-kurangnya dua minuman, 437 00:21:04,083 --> 00:21:07,416 tapi pelanggan digalakkan pesan makanan juga. 438 00:21:08,541 --> 00:21:10,041 Saya akan datang. 439 00:21:12,666 --> 00:21:15,208 Matty! Saya tahu awak ada di dalam! 440 00:21:16,208 --> 00:21:17,666 Bagaimana kalian jumpa saya? 441 00:21:17,750 --> 00:21:19,833 Kami fikir awak akan buat macam Pak Cik Billy buat. 442 00:21:19,916 --> 00:21:21,916 Sebab awak kata awak akan buat macam Pak Cik Billy buat. 443 00:21:22,000 --> 00:21:23,375 Awak bukan lelaki yang rumit. 444 00:21:23,458 --> 00:21:25,041 Awak tahu apa lagi dia buat? 445 00:21:25,125 --> 00:21:28,500 Dia tak pernah jumpa orang dari masa lalunya lagi. 446 00:21:28,583 --> 00:21:31,000 Sebenarnya, dia tak pernah nampak apa-apa lagi 447 00:21:31,083 --> 00:21:33,625 sebab dia langgar satu-satunya peraturan jaga rumah api, 448 00:21:33,708 --> 00:21:35,083 jangan tengok api besar. 449 00:21:35,166 --> 00:21:37,750 Peraturan itu juga berguna jika awak mati sedikit. 450 00:21:37,833 --> 00:21:40,833 Awak berbeza daripada Pak Cik Billy dalam satu cara. 451 00:21:41,458 --> 00:21:43,166 Ya, saya bukan pak cik. 452 00:21:43,666 --> 00:21:45,083 Setahu saya. 453 00:21:45,875 --> 00:21:46,708 Tidak. 454 00:21:46,791 --> 00:21:49,000 Tiada siapa peduli untuk cari Pak Cik Billy. 455 00:21:49,083 --> 00:21:51,000 Sebab tiada siapa perlukan dia macam kami perlukan awak. 456 00:21:52,375 --> 00:21:53,375 Saya tak menangis. 457 00:21:53,458 --> 00:21:55,416 Ini peluh mata. Mata saya bersenam. 458 00:21:55,500 --> 00:21:57,541 Awak perlu kembali, tuan. 459 00:21:57,625 --> 00:22:01,958 Tanpa kepimpinan unik awak, kami hilang arah. 460 00:22:02,041 --> 00:22:04,666 Ya, jelas sekali. Cuma, disebabkan kalian, 461 00:22:04,750 --> 00:22:07,291 saya rasai banyak benda yang saya pendam. 462 00:22:07,375 --> 00:22:10,541 Contohnya, Mak Cik Mary jadi biarawati sebab semasa saya enam tahun… 463 00:22:10,625 --> 00:22:12,000 - Berhenti. - Saya tak nak dengar. 464 00:22:12,083 --> 00:22:14,416 Tuan, kami mungkin ada sesuatu 465 00:22:14,500 --> 00:22:17,333 yang boleh bantu awak berdepan dengan emosi teruk itu. 466 00:22:17,416 --> 00:22:18,583 Grand Theft Auto? 467 00:22:18,666 --> 00:22:23,041 Saya percaya ada yang lebih baik daripada itu, Tn. Presiden. 468 00:22:23,666 --> 00:22:27,291 Kawan, jika rancangan ini berhasil, kita akan ke Friendly's selepas ini. 469 00:22:30,375 --> 00:22:33,041 Bagaimana awak tahu ada silo misil di bawah Bulatan Dupont? 470 00:22:33,125 --> 00:22:35,541 Pada tahun 80-an, kami letak nuklear di merata tempat. 471 00:22:35,625 --> 00:22:38,041 Kerajaan tubuhkan rantaian restoran Applebee's 472 00:22:38,125 --> 00:22:42,208 untuk sembunyikan silo misil. Menunya direka untuk menjauhkan orang. 473 00:22:42,291 --> 00:22:45,625 Restoran jenis apa yang hidangkan fettuccine Alfredo 474 00:22:45,708 --> 00:22:47,500 dan ikan trout Cajun panggang? 475 00:22:47,583 --> 00:22:50,500 Tapi orang datang dan kami sibuk. 476 00:22:50,583 --> 00:22:53,541 Tuan, kami masih menunggu riblet. 477 00:22:53,625 --> 00:22:56,791 Tapi kenapa awak mahukannya? Awak rasa ia apa? 478 00:22:58,291 --> 00:23:00,708 Tunggu, kenapa awak berpakaian pelayan? 479 00:23:00,791 --> 00:23:01,708 Untuk tip. 480 00:23:01,791 --> 00:23:03,583 Awak lancarkan misil nuklear? 481 00:23:03,666 --> 00:23:06,833 Ya, kami sedang letupkan Stadium Yankee. Rasakan itu, Jeter! 482 00:23:06,916 --> 00:23:08,750 Kenapa dengan awak semua? 483 00:23:08,833 --> 00:23:10,541 Matty sedih. 484 00:23:10,625 --> 00:23:11,875 Jadi? 485 00:23:12,375 --> 00:23:13,833 Kami juga sedih. 486 00:23:13,916 --> 00:23:14,750 Oh, Tuhan. 487 00:23:14,833 --> 00:23:18,250 Saya pergi sehari saja… Simon, awak sebahagian daripada ini? 488 00:23:18,333 --> 00:23:20,125 Awak perlu lihat betapa sedihnya kami. 489 00:23:20,208 --> 00:23:23,708 Kami sedar kami perlukan Matty. Mungkin lebih daripada dia perlukan kami. 490 00:23:23,791 --> 00:23:27,250 Ya, saya ada pengalaman yang sama dengan TOD 491 00:23:27,333 --> 00:23:30,541 dan saya tak perlu lancarkan senjata nuklear pun. 492 00:23:30,625 --> 00:23:32,333 Diamlah. Ini dia. 493 00:23:33,333 --> 00:23:35,750 Semua orang sudah diperiksa. 494 00:23:35,833 --> 00:23:39,416 Pengurusan atas Goldman Sachs selamat. 495 00:23:40,166 --> 00:23:43,500 Baguslah kita bekerjasama dengan makhluk asing. 496 00:23:46,416 --> 00:23:47,833 Rasakan itu, Bucky Dent! 497 00:23:47,916 --> 00:23:51,583 Serta Clemens dan Boggs semasa mereka main untuk Yankee! 498 00:23:51,666 --> 00:23:54,125 Okey, saya gembira semua orang gembira. 499 00:23:54,208 --> 00:23:57,250 Kerana jika angin bertiup walaupun dua darjah ke selatan… 500 00:23:57,333 --> 00:23:59,666 Bagus. Mari letupkan ahli A.L. East yang lain… 501 00:23:59,750 --> 00:24:03,750 Tak. Kalian akan ikut saya ke konsert pertama kugiran TOD. 502 00:24:03,833 --> 00:24:06,000 Tak adil. Apa salah kami? 503 00:24:06,708 --> 00:24:12,375 Selamat hari jadi kepada anak Chuck E. hari jadi kepada kamu 504 00:24:14,291 --> 00:24:17,833 Okey, ini balasan bagi semua saat saya cuba bunuh awak. 505 00:24:19,291 --> 00:24:22,875 Terima kasih. Lagu seterusnya lagu asal. 506 00:24:23,916 --> 00:24:25,750 - Oh, Tuhan. - Ya, TOD! 507 00:24:25,833 --> 00:24:27,583 Froggy 508 00:24:28,291 --> 00:24:33,333 Froggy yang cantik Setelah kau pergi, aku rinduimu 509 00:24:37,083 --> 00:24:39,333 Froggy 510 00:24:39,416 --> 00:24:44,666 Froggy yang cantik Setelah kau pergi, aku rinduimu 511 00:24:44,750 --> 00:24:48,208 Froggy, lompat pergi sekarang, kau melompat pergi 512 00:24:48,291 --> 00:24:52,125 Kau tak pernah ucap selamat tinggal 513 00:24:52,916 --> 00:24:54,625 Tapi tak mengapa 514 00:24:54,708 --> 00:25:00,000 Froggy yang cantik Sebab kau basah, hijau dan katak 515 00:25:00,083 --> 00:25:04,125 Aku juga tahu "ribbit" bermaksud 516 00:25:04,208 --> 00:25:07,333 "Aku sayang kau" 517 00:25:08,416 --> 00:25:09,916 Froggy 518 00:25:10,416 --> 00:25:15,625 Froggy yang cantik Kau bertelur di dalam otakku 519 00:25:15,708 --> 00:25:19,041 Rasanya telur-telurmu buat aku lupa 520 00:25:19,125 --> 00:25:23,250 Cara blerm flerm blerm blerm flerm 521 00:25:23,916 --> 00:25:27,083 Froggy, Froggy 522 00:25:27,583 --> 00:25:32,333 Selamat tinggal, katak 523 00:25:34,416 --> 00:25:36,333 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi